Search This Blog

Saturday, March 26, 2011

11,824 DVD, CD haram dirampas





Penguat kuasa KPDNKK merampas DVD cetak rompak bernilai lebih RM60,000 dalam serbuan di sebuah premis di Lebuh Naning, Georgetown, kelmarin.


PULAU PINANG 25 Mac - Seorang penjaga sebuah stor mengedar cakera padat digital (DVD) cetak rompak tergamam ketika diserbu sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri petang semalam.
Bagaimanapun, dalam serbuan itu, tiga pekerja lain sempat meloloskan diri melalui pintu belakang premis di Lebuh Nanning di sini.
Serbuan dilakukan sepasukan 15 anggota yang diketuai Pegawai Kanan Penguat Kuasa, Wan Mohd. Marzuki Wan Abdul Kadir kira-kira pukul 5 petang.
Ketika serbuan dilakukan, beberapa orang tonto yang menggunakan alat penghubung walkie-talkie dilihat berulang-alik di hadapan premis tersebut.
Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, M. Guna Seelan berkata, pihaknya membuat pemantauan selama sebulan di premis itu dan percaya bahan optik tersebut dijual di sekitar Georgetown.
"Hasil serbuan, kami merampas sebanyak 11,454 keping DVD filem Melayu, Inggeris, Cina dan kartun serta 370 keping cakera padat (CD) lagu pelbagai tajuk yang dianggarkan bernilai RM60,000.
"Lelaki berusia 25 tahun yang bekerja sebagai penjaga premis itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Hak Cipta 1987," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Guna Seelan menambah, pihaknya sedang mengesan pemilik asal premis tersebut dan menyiasat sama ada DVD itu dibawa masuk dari luar Pulau Pinang atau diproses di sini.

Polis serbu rumah teres stor dadah



Mohamad Md. Yusof (tengah) bersama pegawainya menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, Klang, semalam.


KLANG 25 Mac - Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM160,000 dalam serbuan di sebuah rumah teres yang dijadikan stor dan tempat pembungkusan dadah di Taman Juara di sini awal pagi kelmarin.
Dadah yang dirampas ialah heroin seberat 0.92 kilogram, syabu (0.63 kilogram) ketamin (0.25 kilogram) dan 1,000 biji pil Eramin 5.
Dalam serbuan pukul 6.30 pagi, seorang lelaki berusia 33 tahun yang menginap di rumah tersebut dan dipercayai pengedar dadah turut diberkas.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof berkata, serbuan itu dilakukan hasil risikan pihak polis yang memantau kegiatan tersebut sejak beberapa bulan lalu.
"Sebelum serbuan, polis telah menahan suspek di kawasan rumahnya dan menemui sejumlah dadah jenis syabu bersamanya.
"Sepasukan polis kemudian memeriksa rumah tersebut dan menemui pelbagai jenis dadah yang disorokkan dalam sebuah bilik di rumah tersebut," katanya kepada pemberita hari ini.
Menurut Mohamad, siasatan awal percaya suspek telah beberapa bulan menjalankan kegiatan mengedar dadah di sekitar daerah ini.
Beliau berkata, suspek yang didapati positif dadah kini ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 sehingga 31 Mac depan.

Taktik baru guna nelayan seludup dadah



KUALA LUMPUR 25 Mac - Setelah cubaan menyeludup dadah menggunakan gadis tempatan sebagai kurier sering gagal, sindiket dadah antarabangsa kini dikesan mengubah taktik dengan mengupah nelayan tradisional untuk membawa bahan larangan itu ke luar negara.
Menurut sumber, taktik terbaru iaitu menyorok dadah dalam tong ikan bersama longgokan ais oleh nelayan itu terbongkar hasil kejayaan Badan Narkotika Nasional (BNN) Indonesia memberkas dua lelaki rakyatnya dan seorang lelaki warga Itali bersama 44 kilogram syabu dan 40,000 pil amphetamin bernilai lebih RM2 juta pada Sabtu lalu.
Beliau berkata, siasatan ke atas suspek mendapati, dadah itu diseludup dari negara ini menggunakan khidmat bot-bot nelayan tradisional.
"Dadah terbabit dipercayai dibawa oleh nelayan Malaysia sebelum diserahkan kepada nelayan di negara jiran berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sumber berkata, selain sukar dikesan kerana tidak perlu melalui pemeriksaan kastam dan imigresen, taktik baru digunakan ini juga dianggap menguntungkan sindiket disebabkan kos lebih murah.
Menurutnya, dadah yang diseludup akan dibawa ke pelabuhan atau jeti nelayan.

Sindiket curi motor tumpas


GEORGETOWN: Satu sindiket curi motosikal dan kereta yang bergiat aktif di negeri ini berjaya ditumpaskan hasil gerakan bersepadu polis sejak awal tahun ini.
Seramai 27 anggota sindiket yang dipercayai terbabit kegiatan jenayah berkenaan berjaya ditahan sejak Januari hingga Mac.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, semua yang ditahan berusia antara 18 dan 50-an.

Beliau berkata, pihaknya menemui 48 motosikal dan tiga kereta yang dilaporkan hilang sejak awal tahun ini.


“Daripada jumlah itu, lapan sudah didakwa di mahkamah dan selebihnya masih dalam proses siasatan, manakala bagi curi kereta empat orang suspek ditahan, dua sudah didakwa di mahkamah dan selebihnya masih dalam siasatan,” katanya.

Katanya, kadar jenayah jalanan di bandar raya dikurangkan 23 peratus bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

“Tanpa sokongan masyarakat menerusi pembabitan dalam skim rondaan sukarela, polis bantuan dan polis komuniti, polis tidak mampu mencapai sasaran penurunan itu,” katanya.

Pemuda putus cinta nekad terjun bangunan


SERDANG: Kecewa selepas putus cinta dengan teman wanita, seorang lelaki berusia 27 tahun nekad terjun dari sebuah pangsapuri 15 tingkat di Serdang Perdana, dekat sini awal pagi semalam.
Kejadian kira-kira jam 2 pagi itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, siasatan awal menunjukkan mangsa baru putus cinta dengan teman wanitanya berusia 19 tahun.

Katanya, sebelum kejadian mangsa menghantar SMS kepada rakan-rakannya memaklumkan mahu membunuh diri akibat putus cinta.


“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas Sambutan Hari Polis Ibu Pejabat Polis Daerah di Balai Polis Serdang, semalam.

Bawa geng pukul tauke pusat snuker


SELAYANG: Seorang lelaki yang ingin meminta hutang RM20 daripada dua lelaki membawa padah apabila dia dan isteri dibelasah rakan itu menggunakan parang, buluh dan cota di Pusat Snuker Taman Selayang Baru, di sini, malam kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 9.30 malam menyebabkan mangsa, Muhammad Faizul Fadarshah, 26, cedera di lengan kiri akibat ditetak dan menerima lima jahitan di kepala manakala, isterinya, Fatimah Che Kathbudeen, 21, cedera di tangan.

Kejadian berlaku di pusat snuker yang juga milik pasangan itu selepas mangsa meminta hutang RM20 daripada dua lelaki itu.

“Saya minta wang itu kerana mereka selalu berhutang dan merosakkan barangan snuker dalam premis saya.

“Pada mulanya mereka tidak mahu membayar hutang berkenaan kerana tiada wang, tetapi selepas berbincang, mereka meminta diri untuk pulang mengambil duit sebelum muncul 10 minit kemudian bersama kira-kira 15 lelaki lain,” katanya ketika ditemui di Hospital Selayang, di sini, semalam.

Menurutnya, kumpulan itu kemudian terus menyerang mangsa bertubi-tubi.

Katanya, dia dan isteri cuba melawan namun tidak berdaya apabila mereka menggunakan pelbagai senjata berbahaya.

Sementara itu, Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan kes berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. “Pelanggan lain tidak berani membantu kerana mereka begitu agresif memukul kami.
“Saya kemudian dibantu rakan dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut sebelum ditempatkan di wad,” katanya.

Muhammad Faizul berkata, isterinya turut membuat laporan di Balai Polis Gombak berhubung kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan kes berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Pengedar amatur masuk jerat


RAMPAS...Mohamad menunjukkan dadah yang dirampas.
RAMPAS...Mohamad menunjukkan dadah yang dirampas.

KLANG: Cubaan seorang pengedar dadah amatur untuk menipu polis dengan menyimpan bahan terlarang itu dalam beberapa kotak biskut tidak menjadi apabila polis menemui lebih dua kilogram (kg) pelbagai jenis dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Juara, di sini, awal pagi kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira jam 6.30 pagi itu, empat anggota polis diketuai Inspektor Nor Azfandy Azemi dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menahan suspek berusia 33 tahun itu serta merampas pelbagai jenis dadah membabitkan heroin seberat 915 gram, syabu (629 gram), ketamin (249 gram) dan 1,000 pil eramin.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, pada mulanya polis menemui 13 gram syabu di tubuh suspek dan dia mengaku hanya penagih biasa serta tidak mempunyai pekerjaan tetap.

“Helah itu digunakan bagi mengelak polis meneruskan pemeriksaan di rumah terbabit yang bakal mengundang padah dan mungkin membawa suspek ke tali gantung jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

“Namun, selepas beberapa minit, polis yang meneruskan pemeriksaan di rumah berkenaan menemui kira-kira dua kilogram dadah pelbagai jenis dibungkus kemas di dalam beberapa kotak biskut,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya tidak menghadapi masalah mengesan taktik lelaki itu dan menyifatkannya sebagai pengedar dadah amatur.

Katanya, suspek yang direman tujuh hari akan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Klang minggu depan dan siasatan kes mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Ditanya mengenai latar belakang suspek, Mohamad berkata, lelaki itu tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini dan polis percaya dia terjebak dengan kegiatan itu beberapa bulan lalu menerusi rangkaian pengedar dadah beroperasi di sekitar Lembah Klang.
“Dadah yang dirampas kebanyakannya sudah dibungkus dalam peket kecil untuk dijual kepada penagih di daerah ini. Ini membuktikan lelaki itu pengedar kecil-kecilan,” katanya.

Menurutnya, dadah yang sudah dibungkus itu dipercayai dijual pada harga di antara RM80 dan RM300 mengikut jenis dan gred.

Menurutnya, serbuan itu adalah kejayaan ke-14 dicatat sepanjang tahun ini mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya membabitkan 335 pengedar dan 211 penagih dadah di bandar ini.

Dicekup bersama bukan mahram


MELAKA: Keseronokan sepasang kekasih berusia 19 dan 22 tahun menjadikan bilik sebuah pangsapuri di Bandar Hilir, dekat sini, sebagai tempat memuaskan nafsu berakhir apabila ia diserbu sepasukan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) kira-kira jam 1.30 tengah malami, semalam.
Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Rahimin Bani berkata, berdasarkan aduan yang diterima sejak beberapa hari lalu sepasukan anggotanya menyerbu rumah disewa pekerja sebuah syarikat jualan langsung itu kerana dikatakan terdapat sepasang pasangan bukan mahram tinggal bersama di dalam satu bilik.

Katanya, ketika serbuan pihaknya menemui dua lelaki sedang tidur di ruang tamu dan pemeriksaan lanjut di sebuah bilik yang bertutup pintunya mendapati pasangan berkenaan sedang tidur dengan pakaian lengkap.

“Soal siasat dilakukan mendapati pasangan terbabit tidak mempunyai hubungan mahram dan mendapati lelaki berkenaan bukan Muslim dan kedua-duanya adalah rakan sekerja.

“Wanita itu adalah jurujual, manakala lelaki berkenaan pula penyelianya dan mereka mengakui mempunyai hubungan sebagai sepasang kekasih,” katanya, di sini, semalam.

Rahimin berkata, siasatan lanjut mendapati pasangan terbabit mengakui sudah bermalam bersama dalam satu bilik sejak beberapa hari lalu.
Katanya, mereka juga baru berkenalan sejak empat bulan lalu apabila bekerja di tempat sama dan mengakui terlanjur beberapa kali.

“Pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan muhrim.

Bangun pagi anak jadi arwah


PILU...Norazilawati merenung tempat anaknya, Nur Hasniatul Nabila ditemui terapung.
PILU...Norazilawati merenung tempat anaknya, Nur Hasniatul Nabila ditemui terapung.

KUALA TERENGGANU: “Apabila tengok anak bongsu tiada di sisi ketika bangun tidur, saya bingkas mencarinya dan hati mula berdebar. Sebaik membuka pintu depan, luluh hati saya apabila nampak dia terapung dalam air dengan sebelah tangannya memegang anak tangga.”
Demikian kata Norazilawati Ibrahim, 30, yang kematian anak bongsunya, Nur Hasniatul Nabila Zaidi, 13 bulan, yang lemas apabila pekarangan rumah mereka di Kampung Raja Baram, Chendering di sini, dinaiki air sedalam kira-kira 0.2 meter, kira-kira jam 8 pagi semalam.
Norazilawati berkata, sebaik melihat anaknya dalam keadaan menyayat hati itu, dia terus mengangkat bayinya dan memanggil suami, namun usaha mereka menyelamatkan anak bongsu daripada dua beradik itu dengan memberi pertolongan cemas tidak berjaya.

“Kebiasaannya saya terjaga daripada tidur dengan dikejutkannya, tapi hari ini (semalam) hari paling malang kerana saya pula yang terkejut apabila mendapati dia tiada di sisi apabila bangun tidur,” katanya.


Menurutnya, mangsa sebelum ini bersikap pelik apabila kelihatan gembira malah selera makannya bertambah selain sempat bergurau dengan bapanya, Zaidi Mamat, 32, seorang nelayan kira-kira jam 10 malam sebelum tidur.

“Malam tadi (kelmarin) dia sempat bermain telefon bimbit bapanya. Biasanya suami menegur tetapi semalam (kelmarin) pelik apabila dia hanya tengok dan tidak cakap apa-apa.

“Sebelum ini, dia seperti tunjuk tanda pelik kerana mesra dengan semua ahli keluarga dan nak bersalam dengan mereka, sedangkan sebelum ini dia agak pemalu,” katanya.

Norazilawati berkata, sebelum kejadian dia bersama anak dan suami tidur di ruang tamu berhampiran pintu depan kerana khuatir air bertambah naik selepas perkarangan rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat sejak petang kelmarin.

Menurutnya, kira-kira jam 2 pagi dia terjaga dan mengalihkan Nur Hasniatul Nabila daripada buaian untuk tidur di sebelahnya sebelum anaknya itu merengek meminta susu kira-kira jam 4 pagi.

“Saya tidak sangka itu kali terakhir melihat wajah anak yang menangis mahukan susu sebelum menemuinya terapung dalam air pagi tadi (semalam),” katanya.

Datuk mangsa, Mamat @ Muhammad Muda, 62, membuat laporan kejadian itu di Balai Polis Chendering dan jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pantai Pandak, Chendering di sini, kira-kira jam 3 petang selepas solat Jumaat, semalam.

Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Asisten Superintendan Khazahari Che Amat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
-metro

Mayat jadi bukti


TRIPOLI: Orang awam - termasuk wanita - adalah antara mangsa pengeboman tentera Bersekutu dalam serangan terbaru ke atas ibu negara Libya, kata pegawai kerajaan dan kakitangan hospital, semalam.
Menurut pegawai kerajaan, jumlah kematian sejak serangan bermula awal pagi Ahad lalu mencapai 100 orang.

Mereka turut menuduh tentera Bersekutu mengambil sikap menyokong perjuangan pemberontak yang mahu menggulingkan Muammar Gaddafi sebagai pemimpin Libya.

Pekerja rumah mayat, Ahmed Hussein, berkata dia menguruskan mangsa serangan ke atas lokasi awam dan tentera.

Wartawan agensi berita asing turut dibawa melawat Hospital Pusat Tripoli dan ditunjukkan 15 mayat yang didakwa mangsa serangan terbaru tentera Bersekutu.

Bagaimanapun, tiada mana-mana pihak bebas yang boleh mengesahkan setiap dakwaan berkenaan.

Pada masa sama, tentera Bersekutu terus menafikan mereka menyerang lokasi awam dalam usaha menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya.

Ketika melawat hospital itu, wartawan melihat mayat berkenaan diatur di atas troli besi dan petugas memakai penutup hidung bagi mengurangkan kesan bau busuk.
Tiga daripada mayat itu adalah wanita berpakaian biasa, manakala kebanyakan mangsa lain mengenakan pakaian seragam tentera.

Sesetengah mayat rentung dan sukar dikenal pasti.

Tiada sebarang nama diberikan dan doktor juga tiada di situ untuk memberi kenyataan.

Petugas hospital berkata, mayat itu adalah mangsa serangan udara semalam dan kelmarin walaupun satu daripada bungkusan mayat itu tercatat tarikh 18 Mac - hari pertama serangan udara dimulakan. - Reuters

Pelajar kejuruteraan kena tahan kes mencuri





2011/03/26

ARAU: Tiga lelaki termasuk seorang pelajar kejuruteraan di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini, ditahan selepas dikesan mendalangi sindiket curi motosikal yang menjadikan lokasi sekitar kampus pengajian sebagai kawasan operasi. 

Kegiatan sindiket itu terbongkar apabila ketiga-tiga suspek berusia antara 20 dan 21 tahun itu berjaya diumpan anggota polis yang menyamar untuk menjalankan urus niaga barangan curi di sekitar Padang Katong, jam 5.30 pagi semalam.
Ketika serbuan dibuat, suspek dikatakan cuba menjual komponen motosikal jenis Yamaha RXZ yang baru dicuri kepada anggota polis yang menyamar sebelum ketiga-tiga mereka, termasuk pelajar IPT yang berasal dari Baling, Kedah, ditahan.
Hasil serbuan mendapati, dua enjin motosikal termasuk milik Yamaha RXZ yang dilaporkan hilang di sebuah IPT, di sini serta komponen lain daripada motosikal sama yang sudah dileraikan, ditemui dalam kereta dinaiki tiga lelaki terbabit. 

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, berkata pihaknya percaya ketiga-tiga suspek aktif dalam kegiatan curi motosikal sejak beberapa bulan lalu, malah seorang daripada mereka dikehendaki polis kerana disyaki terbabit dalam jenayah sama di negeri ini. 

"Kita percaya dua lelaki masing-masing berasal dari Padang Telela dan Pauh, dekat sini menggunakan pelajar IPT terbabit sebagai 'runner' untuk membawa keluar motosikal terutama jenis Yamaha RXZ dari kampus pengajiannya, sebelum ia dileraikan di markas operasi mereka di Jitra, Kedah. 

"Ini terbukti apabila serbuan ke atas rumah terbabit menemui pelbagai komponen motosikal Yamaha RXZ yang dileraikan, dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan sindiket terbabit," katanya ketika ditemui, semalam. 
Mengulas mengenai modus operandi sindiket itu, Mohd Nadzri berkata, kumpulan terbabit tidak menyimpan lama motosikal yang dicuri sebaliknya meleraikan komponen diperlukan untuk dijual. 

“Manakala casis dilupuskan di lokasi tertentu dan ia masih dalam siasatan,” katanya. 

Nadzri berkata, polis sedang menyiasat pembabitan ketiga-tiga suspek dalam jenayah curi motosikal di daerah atau negeri lain, termasuk dalam kes kehilangan Yamaha RXZ milik seorang pelajar di IPT di sini, pagi kelmarin. 

"Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Rakan Cop Perlis di talian 04-9711999 untuk membantu siasatan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya. 

Baru-baru ini, polis daerah menahan 13 lelaki sebahagian besarnya pelajar sekolah dari sekitar Kodiang kerana terbabit dalam sindiket curi motosikal. Polis juga menemui kira-kira 30 rangka motosikal terutama jenis Honda EX-5 di dasar Sungai Sentap, dekat sini, yang menjadi lubuk pelupusan rangka motosikal curi. 

Wanita mahu kurus pilih syabu, pil kuda



Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin
hanneeyzah@bharian.com.my
2011/03/26

Golongan profesional sanggup bayar ratusan ribu 

MARANG: Semakin ramai golongan wanita yang obses dengan kecantikan, terutama yang mahu menurunkan berat badan dan kekal langsing, sanggup memilih syabu atau pil kuda bagi berbuat demikian.
Tindakan terbabit bukan saja memudaratkan diri mereka, tetapi menyebabkan bilangan penagih dadah itu meningkat mendadak malah antara yang tertinggi berbanding dadah jenis lain.
Lebih menyedihkan, trend baru pengambilan syabu di kalangan wanita semata-mata untuk menguruskan badan ini turut membabitkan golongan profesional yang sanggup membayar harga mencecah RM1,000 satu gram dan antara RM100,000 hingga RM250,000 sekilogram bagi membolehkan mereka kelihatan cantik. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid, berkata dunia, termasuk Terengganu kini menghadapi ancaman besar dadah perangsang itu yang turut menyaksikan remaja termasuk pelajar sekolah turut cenderung mengambil dadah berkenaan sehingga ketagihan. 

“Sudah menjadi trend pada peringkat global sekarang, wanita yang mahu menguruskan badan mengambil syabu. Jadi, wanita yang mulanya tidak mengambil dadah, apabila mengambil syabu akan menjadi kurus. Pada peringkat global ia sudah menjadi satu epidemik (wabak). 

“Terengganu tidak terkecuali berdepan ancaman syabu, malah negeri ini turut mencatatkan sebilangan kes yang mana golongan wanita mengambil dadah perangsang itu untuk menguruskan dan mengekalkan bentuk badan, berikutan dadah berkenaan membuatkan mereka tidak makan dan tidur,” katanya selepas perhimpunan sempena sambutan Hari Polis ke-204 di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang di sini, semalam. 
“Apa yang kita perlu ingatkan bahaya pengambilan syabu kerana apabila sudah ketagih, tiada ubat untuk rawatan. Malah, di negeri ini saja ada lebih 10,000 penagih pil syabu dan ini sangat membimbangkan. Malah, kesan yang lebih buruk lagi, pelajar berumur 12 dan 13 tahun pun sudah ketagih syabu,” katanya. 

Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Hamzah Jamil. Hadir sama Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya. 

Beliau berkata, negara berdepan ancaman apabila banyak sindiket dan keldai dadah dari Afrika Barat dan Iran yang menyeludup sejenis pemangkin dikenali 'pseudoephderine' dari negara ini dan beberapa negara lain, sebelum diproses menjadi syabu dan dibawa masuk semula ke negara ini untuk dijual secara haram. 

“Bagi memproses syabu, sindiket ini memerlukan 'epidrin', iaitu bahan yang terkawal oleh pihak berkuasa kita khususnya KASTAM dan farmasi. Bagaimanapun, disebabkan kesukaran untuk memperoleh epidrin, mereka mendapatkan gantian bahan ini, iaitu ubat selesema yang mengandungi dadah dinamakan 'pseudoephderine'. 

“Ada sindiket yang membeli ubat ini dan mengeksport secara haram dari Malaysia ke negara tertentu. Contohnya, tiga negara yang menjadi ancaman sekarang ialah Malaysia, Singapura dan Korea, yang menghantar pseudoephderine ini ke Thailand,” katanya.

Tak mengaku cabul wanita





2011/03/26

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur yang menghadapi tuduhan mencabul seorang pekerja wanita sebuah kedai kek, di sini mengaku ada tersentuh wanita berkenaan tetapi tidak pasti di bahagian tubuh yang mana. 

Jemson Jastiny, 24, dari Sabah membuat kenyataan itu ketika dihadapkan di depan Majistret Hafizza Sauni atas tuduhan menyentuh bahagian kemaluan mangsa berusia 22 tahun di kaunter sebuah kedai kek di Kuala Lumpur City Centre pada jam 8.30 malam, 18 Mac lalu.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dakwaan itu yang dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Mahkamah menetapkan 26 April ini untuk sebutan semula kes.
Sementara itu, seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mencederakan jirannya yang juga pesara polis dengan mengacu leher mangsa menggunakan sebilah pisau, tahun lalu. 

S Devika, 47, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zulkpli Abdullah. 

Dia didakwa mengugut dengan niat mendatangkan kematian atau cedera parah terhadap S Kumari, 52, bertindak mengacukan pisau ke leher mangsa, di Rumah Blok B-1-14 Perumahan Pantai Rakyat (PPR) Raya Permai, Sungai Besi di sini, jam 8.20 pagi, 9 Januari 2010. 

Mahkamah menetapkan 18 April ini untuk sebutan semula kes. 
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan. 

Timbalan Pendakwa Raya, Haderiah Siri menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin, bagaimanapun mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM2,000 yang dibayar oleh suaminya. 

Mahkamah menetapkan 18 April ini untuk sebutan semula kes. 

Baju Kuning kena denda RM51.4 juta





2011/03/26

Pampasan lumpuhkan operasi lapangan terbang 

BANGKOK: Sebuah mahkamah Thailand semalam mengarahkan 13 pemimpin kumpulan bantahan 'Baju Kuning' membayar sejumlah AS$17 juta (RM51.4 juta) sebagai pampasan berikutan pembabitan kumpulan yang melumpuhkan operasi lapangan terbang pada 2008.
Mahkamah Awam negara mendapati bahawa kumpulan terbabit campur tangan secara haram dalam operasi dua lapangan terbang utama Bangkok ketika bantahan yang menyebabkan lebih 300,000 pelancong terkandas dan menyebabkan kerugian besar bagi ekonomi Thailand.
Mahkamah mengarahkan Baju Kuning membayar sejumlah 522.1 juta baht (RM51.4 juta) kepada pengendali Lapangan Terbang Thailand termasuk faedah sebanyak 7.5 peratus setahun bermula 3 Disember 2008 apabila bantahan terbabit berakhir. 

“Defendan menghasut penunjuk perasaan melalui ucapan mereka untuk memenuhi lapangan terbang, kata keputusan terbabit. 

Kumpulan baju Kuning yang mendapat sokongan dari golongan elit Bangkok dan tentera pernah dikaitkan dengan Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva tetapi hubungan mereka terjejas berikutan cara pengendalian beliau dalam isu pertikaian sempadan dengan Kemboja. 

Antara defendan ialah Chamlong Srimuang, bekas gabenor Bangkok dan juga pemimpin Pakatan Pakatan Rakyat Ke arah Demokrasi (PAD), organisasi rasmi Baju Kuning. 
Mahkamah menolak cadangan bahawa demonstrasi Baju Kuning mendapat perlindungan perlembagaan kerana menyifatkan perhimpunan dilakukan secara tidak aman dan beberapa penunjuk perasaan bersenjata. 

Siasatan jenayah terhadap Baju Kuning setakat ini tidak membawa sebarang tuduhan, sehingga mencetuskan dakwaan wujudnya pilih kasih oleh lawan mereka, kumpulan Baju Merah. 

Ramai pemimpin dari kawasan luar bandar, kelas pekerja Baju Merah dipenjara atas dakwaan keganasan selepas melakukan bantahan jalanan di Bangkok yang berakhir Mei tahun lalu, walaupun kebanyakan mereka sudah dibebaskan dengan jaminan. – AFP 

Kolej swasta diserbu



FAHMI (dua dari kanan) menunjukkan peralatan yang dirampas daripada sebuah kolej swasta di Klang kerana dipercayai menggunakan perisian cetak rompak pada sidang akhbar di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Sebuah kolej swasta di Klang, Selangor diserbu pihak berkuasa kerana dipercayai menggunakan perisian cetak rompak dalam operasi pengurusan dan pembelajaran kelmarin.
Dalam serbuan pukul 2.20 petang itu, 10 orang penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyita 15 buah komputer bernilai RM45,000 dan 34 perisian cetak rompak bernilai RM62,000.
Ketua Petugas Khas Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK, Fahmi Kasim memberitahu, serbuan yang diketuai Pembantu Penguat Kuasa, Azmindar Md. Sahlan dijalankan hasil maklumat orang ramai dan risikan yang dilakukan pihaknya.
"Pihak pengurusan kolej memberi alasan menggunakan perisian cetak rompak kerana ia murah dan mendakwa tidak tahu penggunaannya salah di sisi undang-undang," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Antara perisian yang dirampas ialah Adobe After Effects CS4 dan Microsoft Office 2003.
-kosmo

20 tahun berdepan banjir kilat




BEBERAPA peniaga membersihkan premis perniagaan selepas banjir surut di Hentian Bas MBKT, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Para peniaga berhampiran Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini merayu pihak MBKT agar dapat menangani masalah banjir kilat yang terpaksa dihadapi setiap kali hujan lebat sejak 20 tahun lalu.
Menurut seorang peniaga, Eyong Hang, mereka sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak MBKT namun tiada tindakan susulan diambil.
"Kalau hujan, kedai kami akan dinaiki air sehingga satu meter dan cuba bayangkan bagaimana kami hendak berniaga.
"Masalah ini sudah berlaku sejak 20 tahun lalu dan setiap kali hujan lebat, perniagaan kami pasti terjejas kerana dinaiki air," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Menurutnya, banjir kilat dipercayai berpunca daripada longkang yang terlalu sempit dan gagal menampung jumlah air yang banyak.
Seorang lagi peniaga yang enggan dikenali berkata, setiap kali banjir kilat berlaku, banyak kerugian terpaksa ditanggung.
-kosmo

44 guni beras wangi seludup dirampas




ZAMBERY (tiga dari kanan) bersama anggotanya menunjukkan beras wangi seludup yang dirampas pada sidang akhbar di Rantau Panjang semalam.


RANTAU PANJANG - Hasrat sekumpulan lelaki untuk mengaut keuntungan melalui aktiviti penyeludupan beras tidak kesampaian apabila kegiatan mereka terbongkar selepas diserbu oleh anggota tentera dari Batalion 2 Rejimen Sempadan (RS).
Dalam kejadian pukul 10.15 malam kelmarin, empat anggota RS sedang melakukan rondaan rutin sebelum ternampak sebuah lori yang ditinggalkan berhampiran Sungai Golok di Kampung Banggol Tok Bidang, Jeram Perdah dekat sini.
Pegawai Memerintah Batalion 2 RS, Lt. Kol. Zambery Jefry Darus berkata, selepas mendapati kenderaan tersebut berada dalam keadaan mencurigakan, anggota RS ternampak pula sekumpulan lelaki sedang melintasi Sungai Golok dengan menggunakan sebuah perahu.
Menurutnya, selepas disergah, kesemua lelaki terbabit membuat pusingan sebelum melarikan diri menyeberangi sungai tersebut ke negara jiran.
-kosmo

Seludup ketum dalam tangki




CHE MAN menunjukkan ruang tangki tambahan kereta Mitsubishi Champ yang digunakan untuk menyembunyikan daun ketum di Padang Besar semalam.


PADANG BESAR - Taktik licik seorang lelaki Thailand menyembunyikan 330 bungkusan daun ketum di dalam tangki tambahan sebuah kereta jenis Mitsubishi Champ terbongkar apabila dia ditahan ketika diperiksa di Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin di sini Selasa lalu.
Ketika ditahan pada pukul 7.30 malam, pihak berkuasa mendapati suspek berusia 44 tahun itu telah membalut beratus helai daun seberat 66 kilogram tersebut untuk disembunyikan di dalam tangki kereta yang kebiasaannya menjadi tempat simpanan diesel atau petrol.
Difahamkan, ia menjadi trend terbaru penjenayah untuk menyeludup bahan khayal itu ke Thailand selain diesel kerana harganya yang mencecah RM70 sekilogram berbanding pasaran tempatan iaitu RM18.
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supritendan Che Man Md. Dros berkata, daun ketum mudah disembunyikan di dalam kereta berbanding diesel yang berisiko tinggi.
-kosmo

Penganggur 'kaya' tertangkap



MOHAMAD (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas daripada seorang penganggur di Klang semalam.


KLANG – Kegiatan licik seorang lelaki yang disyaki pengedar pelbagai jenis dadah di sekitar daerah Klang berakhir apabila dia ditahan di rumah sewanya di Taman Juara di sini Rabu lalu.
Penganggur berusia 33 tahun itu diberkas pada pukul 6.30 pagi bersama dadah jenis heroin seberat 915 gram, syabu (629 gram), ketamin (249 gram) dan pil eramin sebanyak 1,000 biji.
Kesemua dadah tersebut dianggarkan bernilai RM160,000.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, ketika serbuan dilakukan ke atas rumah teres setingkat itu, suspek yang berada di luar rumah tidak sempat melarikan diri.
Menurut beliau, lelaki terbabit kemudian dibawa masuk ke dalam premis tersebut untuk menunjukkan lokasi dadah yang disorok.
“Pihak kami menemui dadah disorok di dalam sebuah bilik di belakang rumah dan ada beberapa bungkus dadah seberat dua gram setiap satu disimpan dalam kotak biskut bagi mengelakkan daripada dikesan,” katanya di sini semalam.
-kosmo