Search This Blog

Tuesday, March 22, 2011

Suspek bukan orang tempatan



SERI MANJUNG - Dua lelaki berjaya ditangkap kerana disyaki melakukan kegiatan pecah rumah dan rompakan di sekitar kawasan Sitiawan, 17 Mac lalu hasil daripada laporan yang dibuat seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd Jamil Osman berkata, wanita berkenaan mengemukakan laporan mengatakan rumahnya di pecah masuk dan kehilangan barangan elektrik serta wang tunai

Menurutnya, pegawai penyiasat jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung melaksanakan satu operasi untuk menjejaki suspek.

“Hasil maklumat yang diperoleh, kita berjaya mengesan sebuah kereta jenis Mitsubishi putih di hadapan sebuah kedai berdekatan Hotel Flamingo, Sitiawan.

“Kereta ini cuba disekat namun enggan berhenti menyebabkan anggota polis terpaksa memotong dan menghalangnya,” katanya ketika ditemui di IPD Manjung, Jumaat lalu.

Mohd Jamil berkata, kereta itu bagaimanapun telah dapat diberhentikan setelah melanggar kereta yang dinaiki anggota polis.

Menurutnya, polis mendapati dua lelaki itu berasal dari Johor Bahru, pemandu berumur 31 tahun tidak bekerja dan mempunyai satu rekod silam yang dijatuhkan hukuman atas kesalahan pecah rumah, serta dua rekod di kehendaki atas kesalahan pecah rumah dan kes dadah di bawah Seksyen 15 (1) (A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Sementara penumpang berumur 25 tahun, tidak bekerja dan mempunyai dua rekod lampau yang dijatuhi hukuman berhubung kes dadah dan kecurian kenderaan, serta satu rekod dikehendaki berkaitan kes dadah di bawah Seksyen 12 (3) ADB 1982,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan dalam kereta itu, pihaknya menemui sebuah TV LCD, satu alat GPS, dua resit deposit tetap atas penama lain, satu beg putih, tiga beg hitam dan tiga beg tanpa jenama.

“Turut ditemui adalah dua penukul besi, satu pemutar skru yang diubahsuai, satu gergaji besi, satu gerudi, satu botol gas pembakar dilekatkan dengan tape hitam dan satu paket kecil disyaki berisi dadah jenis syabu.

“Kedua-dua suspek telah disoal siasat dan setakat ini mereka mengaku melakukan tiga kes pecah rumah di sekitar kawasan Sitiawan,” katanya.

Katanya, kedua-dua suspek kini di reman untuk membantu siasatan dan pihaknya percaya kedua-dua suspek terlibat dalam lebih tiga kes pecah rumah sekitar daerah ini.

“Bermakna, bukan hanya orang tempatan yang melakukan jenayah di daerah ini, malah orang luar daerah ini turut melakukan jenayah.

“Polis juga percaya suspek sebenarnya bergerak seramai tiga orang, suspek ketiga dipercayai orang tempatan yang bertindak sebagai penunjuk lokasi bagi mereka melakukan kegiatan pecah rumah di sini,” katanya. 

Hasrat Kamalia tak kesampaian



BAGAN DATOH – Hasrat Kamalia Kamaruzzaman, 16, hendak bersiar-siar dengan abang tidak kesampaian apabila pelajar Sekolah Menengah Tunku Abdul Razak itu meninggal dunia akibat penyakit leukemia yang dihidapnya kelmarin.

Ibu arwah, Siti Mahfuzah Mohd Bakin, 40, berkata, Kamalia begitu gembira apabila mendapat tahu abangnya akan pulang minggu depan dan berjanji membawanya menunggang motosikal baru.

Bagaimanapun, katanya hasrat itu tidak kesampaian apabila arwah meninggal dunia pada jam 3.50 petang kelmarin, selepas mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh sejak Rabu lalu.

Menurutnya, arwah menerima rawatan kerana demam dan selepas itu doktor membenarkan dia pulang kelmarin.

Namun begitu, menurut Siti Mahfuzah, keadaan Kamalia dikatakan semakin teruk pada Sabtu lalu apabila arwah mula mengadu sakit kepala sebelum diberikan bantuan perubatan oleh pihak hospital berkenaan.

“Setelah bertarung nyawa, akhirnya Kamalia pergi meninggal kami sekeluarga selama-lamanya selepas genap setahun arwah menghidap penyakit leukemia ketika dia berada di tingkatan tiga lagi.

Saya juga akan mengambil upah mengerjakan haji untuk arwah Kamalia dengan menggunakan sebahagian daripada sumbangan yang dihulurkan pelbagai pihak dan selebihnya akan digunakan untuk kenduri tahlil arwah,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian selepas selesai pengebumian Allahyarham Kamalia di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tiang Darat semalam.

Kisah penderitaan Kamalia disiarkan Sinar Harian pada 21 Februari lalu setelah ibu bapa arwah memohon bantuan daripada pihak berkenaan menampung perbelanjaan harian sepanjang pembedahan pemindahan tulang sum-sum anaknya tidak lama lagi.

Namun begitu, setelah bertarung selama lebih kurang satu tahun dengan penyakit leukemia, pelajar tingkatan empat itu berakhir dengan pemergian arwah, petang kelmarin.

Siti Mahfuzah berkata, keluarga reda dengan pemergian anak ketiga daripada tujuh adik beradik dan berharap semangat serta kecekalan yang ditunjukkan oleh arwah anaknya itu dalam melawan penyakit diikuti oleh anak-anaknya lain.

“Kami sekeluarga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sinar Harian kerana turut membantu keluarga kami dalam usaha mencari peruntukan bagi mengubati penyakit yang dihidapi oleh arwah anak saya,” katanya.

Tidak sempat jumpa keluarga



PENDANG - Kegembiraan rombongan persatuan seni silat Rela Bakti dari Kampung Alor Rela Langgar Pokok Sena bertukar kepada suasana sedih apabila sebuah van yang membawa ahlinya terbabit dalam kemalangan maut awal pagi, semalam.

Kemalangan maut itu berlaku kira-kira jam 3.30 pagi berhampiran lampu isyarat Titi Haji Idris dekat Jalan Pendang ke Langgar menyebabkan lima penumpang di dalam van berkenaan maut, seorang berada dalam keadaan kritikal dan sedang mendapat rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar manakala tiga lagi hanya mengalami kecederaan ringan.

Sinar Harian yang turut ke lokasi kejadian kira-kira jam 4 pagi, semalam mendapati beberapa pihak iaitu bomba, polis, kakitangan kesihatan cuba mengeluarkan mangsa yang berada dalam kenderaan itu.

Satu demi satu penumpang yang dibawa keluar didapati sudah meninggal dunia manakala pakaian dan alat-alat muzik yang dibawa turut bertaburan di tempat kejadian.

Mereka pergi menyahut panggilan Ilahi dan tidak kesampaian untuk bertemu keluarga masing-masing walaupun sudah begitu hampir untuk sampai ke rumah atau destinasi masing-masing.

Penyelia Bomba Jalan Raja Alor Setar, Mat Nasir Syafie berkata, setelah mendapat maklumat mengenai kemalangan itu, anggotanya bergegas ke tempat kejadian dan mendapati semua mangsa yang terbabit adalah warga emas kecuali pemandu van.

Menurutnya, anggota bomba mendapati satu mangsa tercampak dari kenderaan ke dalam sawah manakala yang lain berada dalam van.

“Tiga mangsa dikenal pasti meninggal dunia manakala tiga mangsa lain dikejarkan segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Tiada apa yang tinggal




ULU KINTA – “Saya sedang sibuk memasak makan tengah hari, tiba-tiba api menyambar dapur dan sepantas kilat saya menyelamatkan anak-anak yang bermain di ruang tamu kerana bimbang tong gas akan meletup.

“Kerana terlalu panik saya dan anak-anak berlari ke rumah jiran yang terletak di bahagian belakang rumah untuk mendapatkan pertolongan,” kata Salmah Aziz, 38.

Beliau mangsa kebakaran rumah kayu setingkat yang terletak di Jalan Bunga Melur, Rancangan Perumahan Awam (RPA) II, di sini.

Salmah sempat menyelamatkan dua anaknya Kamarul Hisham Mohd Taridi, 6, dan Mohd Rahmady, 2 tahun daripada menjadi mangsa dalam kebakaran itu.

Sewaktu kejadian, lima anaknya berada di sekolah manakala suaminya masih di tempat kerja di Manjoi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, sembilan sekeluarga hilang tempat tinggal apabila rumah mereka musnah dijilat api dalam kebakaran yang berlaku semalam.

Menurut Salmah, api marak terlalu cepat kerana hampir keseluruhan struktur rumah diperbuat daripada kayu.

“Saya tidak sempat menyelamatkan sebarang harta benda kerana api marak terlalu pantas. Saya sedih kerana sudah tinggal di rumah ini sejak 50 tahun lalu,” katanya ketika ditemui di Pusat Komuniti RPA II, Ulu Kinta.

Ibu kepada tujuh anak itu berkata, semua dokumen penting, peralatan elektrik, pakaian dan kelengkapan persekolahan anak hangus hanya dalam sekelip mata.

“Kami sangat sedih kerana terlalu banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan sewaktu menetap di rumah berkenaan,” katanya yang masih trauma akan kejadian itu.



20 tahun menyewa



Mohd Taridi Mohd Yusop, 39, berkata, rumah itu sudah didiaminya sejak 20 tahun sebelum beliau mendirikan rumah tangga.

“Saya menyewa sudah 20 tahun dan tidak menyangka kejadian malang ini akan menimpa kami sekeluarga,” katanya yang menerima panggilan pada jam 12.15 tengah hari.

Bagaimanapun, Mohd Taridi bersyukur kerana kesemua ahli keluarganya terselamat daripada menjadi mangsa dalam kebakaran itu.

Dalam perkembangan sama, jiran bersebelahan rumah mangsa, Mahani Mohd Ali, 52, berkata sewaktu kejadian beliau dan suami berada di rumah.

“Kerana terlalu cemas saya menjerit meminta tolong sehingga beberapa jiran menyedari kejadian itu,” katanya.

Mahani yang bersama suaminya, sudah menetap lebih empat tahun di rumah itu selepas mewarisi daripada ibunya.

“Tingkap dan bumbung rumah sedikit terjejas kesan daripada api yang marak daripada rumah bersebelahan,” katanya.



Tiga jentera dan 15 anggota dikejarkan



Pegawai Kanan Bomba dan Penyelamat Ibu Pejabat Ipoh, Zulkifli Ahmad berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan berhubung kejadian kebakaran itu jam 12.13 tengah hari daripada orang awam.

Menurutnya, seramai 15 anggota termasuk pegawai serta tiga buah jentera daripada Ibu Pejabat Bomba Ipoh bergegas ke tempat kejadian dan berjaya mengawal api kira-kira 40 minit kemudian.

Nazri berkata, punca kebakaran masih belum diketahui namun siasatan awal mendapati ia mungkin bermula daripada tong gas di bahagian dapur.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Keluarga terbabit kini ditempatkan di Pusat Komuniti RPA II, Ulu Kinta dan menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dari segi bantuan asas seperti makanan dan pakaian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ulu Kinta, Datuk Rusnah Kassim menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa.

Kepingan besi disangka bom

 

JAMBU BONGKOK - Penduduk Jambu Bongkok gempar apabila kepingan besi sepanjang satu meter yang ditemui seorang lelaki di kampung itu tiga bulan lalu disangka sebutir bom.

Kepingan besi yang ditemui Mat Ali Salleh, 68, di kawasan pantai itu agak pelik kerana ia kelihatan seperti jerangkap samar yang digunakan tentera pada zaman Jepun lalu penduduk membuat laporan di balai polis berdekatan untuk tindakan selanjutnya.

Selepas menerima laporan, anggota polis dari balai berkenaan memindahkan kepingan besi tersebut dari rumah Mat Ali ke kawasan lapang di pantai sebelum sepasukan polis dari Unit Pemusnah Bom bergegas ke kampung tersebut.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu berkata, hasil pemeriksaan, polis mengesahkan ia bukan bom seperti yang didakwa penduduk.

Ditahan ketika tertiarap atas tilam



PAKA – Gara-gara gagal hadir ke mahkamah bagi mengikuti perbicaraan atas tuduhan jenayah syariah khalwat ke atasnya, seorang pekerja pasar raya terpaksa bermalam di lokap polis selepas dia ditahan pihak berkuasa dekat sini, malam semalam.

Tertuduh yang hanya dikenal sebagai Nurul berhadapan tuduhan jenayah syariah mengikut Seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah selepas didapati berkhalwat dengan pasa-ngan bukan muhrim di sebuah rumah dekat sini, kira-kira jam 5.20 pagi, Ramadan lalu.

Dia yang gagal tampil untuk menghadapi tudu-han tersebut berjaya dikesan pasukan Unit Penguat Kuasa Syariah sebelum menahan di tempat kerjanya di sebuah pasar raya, dekat sini kira-kira jam 10 malam semalam.

Dalam serbuan berasingan pula, seorang ibu sanggup bersubahat dengan anak gadisnya sendiri apabila cuba menyembunyikan anak kesayangannya daripada ditahan pihak berkuasa apabila menyedari kehadi-ran tetamu tidak diundang itu untuk mengheret ke muka pengadilan.

Wanita terbabit sanggup membohongi anggota penguat kuasa dengan mengatakan suspek tiada di rumah kerana pergi ke rumah neneknya.

Namun, pemeriksaan lanjut menemui suspek yang berumur awal 20-an berada dalam keadaan tertiarap atas tilam dalam bilik tidur sebelum bertindak menahannya.

Kedua-dua suspek dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun akhirnya didapati bersalah atas pertuduhan yang dikenakan lalu masing-masing dikenakan denda RM2,000 atas kesalahan khalwat yang dilakukannya.

Pelajar koma dipanah petir meninggal dunia



22/03/2011 6:37pm

MELAKA 22 Mac – Pelajar tingkatan satu yang koma akibat dipanah petir ketika bermain bola sepak berhampiran rumahnya di Kampung Padang semalam, meninggal dunia di Hospital Melaka di sini hari ini.
Haikal Izwan Rahimin, 13, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5.50 petang di unit rawatan rapi (ICU) hospital tersebut. Perkara itu disahkan sendiri ibunya, Saniah Abu Bakar, 34, ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini. – Utusan

Dua beranak diseret kenderaan ke dalam longkang



22/03/2011 6:11pm

MELAKA 22 Mac – Seorang murid tadika nyaris lemas, manakala ibunya patah kaki kanan setelah dirempuh dua kenderaan ketika sedang berjalan kaki sebelum dua beranak itu tercampak ke dalam longkang di Lebuh AMJ dekat Semabok di sini hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.15 tengah hari ketika mangsa, Misliah Nafahan, 34, sedang berjalan kaki pulang ke rumah selepas mengambil anaknya, Nurshamsiah Samawi, 6, pulang dari Tabika Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Semabok. – Utusan

Anak diculik empat jam

SYUKUR....Norfaizal bersama Wan Izaratul Azura mencium anak mereka, Ahmad Uqassyah.
SYUKUR....Norfaizal bersama Wan Izaratul Azura mencium anak mereka, Ahmad Uqassyah.

PERIKSA...anggota polis memeriksa kereta mangsa, semalam.
PERIKSA...anggota polis memeriksa kereta mangsa, semalam.

PORT DICKSON: “Kereta hilang tidak mengapa, tapi jangan nyawa anak jadi taruhan,” kata Norfaizal Md Nor, 31, yang terkejut selepas anak lelakinya berusia empat tahun diculik dan dilarikan bersama Toyota Unser miliknya di pekan Pasir Panjang, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, kanak-kanak terbabit, Ahmad Uqassyah, anak ketiga daripada empat beradik melalui pengalaman menakutkan kira-kira empat jam apabila dilarikan seorang lelaki tidak dikenali kira-kira 30 kilometer dari Pasir Panjang ke Sungai Udang, Melaka.

Norfaizal yang juga kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR), cawangan Pasir Panjang, berkata sebelum kejadian, dia singgah di kedai runcit di pekan berkenaan untuk membeli barang keperluan anaknya itu.

Berikutan hujan, katanya, dia meninggalkan anaknya di tempat duduk penumpang sebelah pemandu selepas meletakkan keretanya empat meter dari pintu kedai tanpa mematikan enjin.

“Tak sampai lima minit berada di dalam kedai, tiba-tiba saya dengar pintu kereta ditutup kuat dan saya ternampak seorang lelaki tidak dikenali berada di tempat duduk pemandu dan memecut menuju ke arah Kuala Sungai Baru.

“Saya cuba mengejar dengan motosikal bersama seorang lelaki, namun selepas kira-kira 500 meter mengejar, kereta itu hilang daripada pandangan dan gagal dikesan,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Pasir Panjang, di sini, semalam.


Beliau berkata, dia panik kerana selain kereta, anaknya turut dilarikan.

“Selepas gagal mengejar kereta itu, saya menghubungi isteri (Wan Izaratul Azura Md Aris, 31) dan membuat laporan di Balai Polis Pasir Panjang.
“Saya juga memaklumkan kejadian ini kepada rakan-rakan di Melaka untuk menjejaki kereta dan anak saya yang dipercayai dilarikan menuju ke negeri itu,” katanya.

Katanya, suatu keajaiban berlaku apabila kira-kira empat jam kemudian, polis memaklumkan anaknya dan kereta berkenaan ditemui di Taman Terendak Height, Sungai Udang, Melaka, kira-kira jam 1 tengah malam.

“Kami seperti hidup mati semula dan amat bersyukur menerima berita itu. Kami terus pergi ke Sungai Udang untuk mengambilnya, tetapi sayu apabila mendapati anak kami berada dalam keadaan trauma,” katanya.

Norizan berkata, dia kesal sebab tidak membawa anaknya turun sekali kerana tidak menduga kejadian seperti itu boleh berlaku.

“Jika hendak ambil kereta ambillah, tapi jangan ambil anak saya.

“Selama ini, saya hanya baca dan dengar pengalaman ibu bapa yang kehilangan anak akibat diculik, tapi kali ini ia berlaku kepada saya.

“Saya berterima kasih kepada polis dan orang ramai yang membantu mengesan anak saya,” katanya.

Elak 'lembu besar'

Elak 'lembu besar'


ZIARAH...keluarga dan kenalan menziarahi jenazah Ahmad di Kampung Alor Rela, semalam.

ZIARAH...keluarga dan kenalan menziarahi jenazah Ahmad di Kampung Alor Rela, semalam.

ALOR SETAR: “Saya ternampak seekor ‘lembu besar’ berwarna hitam melintas secara tiba-tiba. Saya cuba mengelak tapi gagal,” kata Rashidi Ahmad, pemandu van yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan lima guru silat di Jalan Titi Haji Idris, Pendang dekat sini, awal pagi semalam.
Rashidi, 24, memandu van Ford Econovan membawa lapan penumpang yang dalam perjalanan pulang selepas mengadakan pertunjukan silat di majlis perkahwinan ahli keluarga seorang daripada mangsa di Sungai Buloh, Selangor, kelmarin.

Seorang daripada yang terbunuh dalam kejadian jam 3.30 pagi itu ialah ayah Rashidi, Ahmad Ismail, 60, dari Kampung Alor Rela, Langgar, yang maut di tempat kejadian.
Turut maut di tempat kejadian Juhari Darus, 65, dari Kampung Pering, Kodiang dan Jumaat @ Saad Mat Akhir, 65, dari Malau, Jitra.

   
  • FotoREMUK...keadaan van selepas terbabit kemalangan.
  • FotoPILU...keluarga Ishak sebak selepas diberitahu mengenai kematian mangsa.
Sudin Idris, 65, dari Kampung Telaga Mas dan Eshak Awang Kechik, 78, dari Kampung Tualang, Pokok Sena, pula meninggal dunia pada jam 9 dan 11.45 pagi semalam ketika dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Rashidi, Ariffin Mahazon, 56, dan Mohd Idris Mohd Senapi, 20, dirawat sebagai pesakit luar manakala seorang lagi penumpang, Che Ishak Hussin, 54, ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.

Menurut Rashidi, selepas cuba mengelak ‘lembu besar’ hitam itu, van dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok berhampiran sawah.


“Selepas itu, saya tak ingat apa berlaku. Apa yang saya tahu, saya berada di tepi jalan sebelum ternampak ayah masih berada di tempat duduk penumpang hadapan van dan dipercayai sudah meninggal dunia kerana tersepit,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Alor Rela, Langgar, dekat sini, semalam.
Rashidi dan semua penumpang van berkenaan adalah guru silat yang juga ahli Persatuan Persilatan dan Pergendangan Negeri Kedah.

Mereka bertolak dari Sungai Buloh dengan diikuti sebuah kenderaan lain berkonvoi untuk pulang ke Kedah, kira-kira jam 6 petang kelmarin dan kejadian berlaku ketika van dipandu Rashidi menghala ke Langgar dari arah Pendang.
Rashidi berkata, dia tidak mengantuk ketika memandu kerana sepanjang perjalanan mereka berhenti rehat di lima hentian rehat dan rawat (R&R) Lebuhraya Utara-Selatan sebelum meneruskan perjalanan pulang.
“Ayah tak banyak bercakap cuma ketika berhenti di hentian R&R Bukit Gantang, Perak, dia singgah minum bersama rakan-rakannya manakala saya duduk di meja lain.

“Sejak di Sungai Buloh lagi hati saya tak tenteram kerana berasakan sesuatu yang bakal berlaku, namun saya cuba melupakannya. Akhirnya berlaku kemalangan ngeri ini sehingga menyebabkan kematian ramai termasuk ayah,” katanya.

Rashidi yang juga anak keenam daripada tujuh beradik berkata, sebaik ternampak ‘lembu hitam’ melintas jalan, dia tidak sempat berbuat apa-apa kerana jalan raya di situ gelap dan hanya menyedari kemalangan itu sebaik berada di bahu jalan.

Dia dipercayai tercampak keluar melalui tingkap van akibat rempuhan kuat itu yang menyebabkan dia berada dalam keadaan separuh sedar dan dibawa ke HSB untuk mendapatkan rawatan dengan menaiki ambulans.

“Setahu saya, kawasan itu tidak pernah ada lembu pun dan kalau ada sekali pun hanya waktu siang, tetapi jarang pula ada waktu tengah malam dan awal pagi.

“Saya reda dengan apa yang berlaku kerana kehilangan ayah dalam sekelip mata selain rakannya yang menjadi orang kuat dalam persatuan silat itu,” katanya.
metro

Mohon maaf sebelum ajal

Mohon maaf sebelum ajal

GUA MUSANG: “Saya tidak sangka, dia (Allahyarham Hasmah Idrus, 28) bersama adiknya, sanggup menunggu kepulangan kami dua beranak daripada melawat sepupunya yang sakit di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, semata-mata untuk memohon maaf.
“Cuma ketika itu, tingkah laku dua beradik yang periang itu bertukar menjadi pendiam ketika bersalaman dan tidak sangka ia pertemuan terakhir,” kata Robiah Mat Daud, 50, ibu kepada Hasmah Idrus dan adiknya Siti Aminah, 22, yang maut dalam kemalangan jalan raya, awal pagi semalam.

Perjalanan Hasmah yang juga pegawai bank RHB Kuala Lumpur bersama adik dan sepupunya selepas selesai menghadiri majlis kenduri kahwin di rumah keluarga mereka bertukar tragedi memilukan apabila tiga daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat sini.

Kemalangan kira-kira jam 12.45 tengah malam itu membabitkan sebuah Perodua Kelisa dinaiki empat sepupu terbabit dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda menyebabkan dua daripada sepupu itu meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang lagi di Hospital Kuala Krai (HKK).

Hasmah dan seorang lagi sepupunya, Shaibah Che Danial, 24, meninggal dunia di tempat kejadian dan adiknya, Siti Aminah disahkan meninggal di HKK.

Adik Shaibah, Syaikhah, 23, yang cedera parah kemudian dihantar ke HKK untuk rawatan lanjut dan dua lagi yang turut cedera termasuk pemandu kenderaan pacuan empat roda bersama seorang penumpangnya berusia dalam 40-an, dirawat di hospital sama.


Kejadian itu berlaku ketika kereta dinaiki empat sepupu itu dalam perjalanan dari Kampung Pasir Era, Kuala Krai ke Kuala Lumpur sebelum bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda dinaiki pasangan suami isteri dari arah bertentangan.

Dua mangsa tercampak keluar dari kereta Perodua Kelisa yang berpusing di tengah jalan ketika kemalangan berlaku, manakala Hasmah yang juga pemandu kereta berkenaan tersepit di tempat duduk dan terpaksa mendapat bantuan anggota bomba untuk mengeluarkan mayatnya.
Robiah berkata, empat sepupu itu pulang ke kampung berkenaan enam hari lalu untuk menghadiri majlis kenduri menyambut menantu abang sulung Hasmah, Abdul Wahid, 30, pada Sabtu lalu di Kampung Pasir Era, Kuala Krai.

Katanya, semua sepupu terbabit bertolak lewat kira-kira jam 10 malam kelmarin untuk pulang ke Kuala Lumpur kerana menunggu kepulangannya daripada melawat seorang anak saudara yang sakit di HUSM, Kubang Kerian bersama Abdul Wahid.

“Sebaik kami tiba di rumah, arwah terus bersalam dengan memohon maaf untuk pulang ke Kuala Lumpur dan tidak sangka kesungguhannya bersalaman menjadi detik terakhir saya bersama dua beradik berkenaan,” katanya.
metro

Wang yang baru dikeluar dari bank dikebas



22/03/2011 2:10pm

KUANTAN - Seorang lelaki yang dipercayai baru mengeluarkan wang dari bank dan kemudianya singgah untuk minum di sebuah kedai kopi kerugian RM36,400 apabila wang tersebut yang disimpan di dalam kereta dikebas pencuri.
Mangsa yang berumur 45 tahun sebelum itu berurusan di sebuah bank di Jalan Sultan Ismail di sini berhampiran kedai kopi tersebut.
Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, ASP Noor Ashikin Shamsuri berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 12.50 tengah hari semalam. - Bernama

Bekas pegawai perhubungan awam maut dilanggar lori



22/03/2011 2:11pm

PASIR PUTEH - Seorang bekas pegawai perhubungan awam di sebuah syarikat komunikasi di Kuala Lumpur maut apabila dirempuh sebuah lori ketika melintas jalan di Jalan Dalam Kemungting-Sri Aman di sini pagi tadi.
Ketua Polis Pasir Puteh, DSP Mohd. Kamal Zainal berkata, Mohd. Farid Che Nordin, 27, dilanggar kira-kira 7.30 pagi dan meninggal di tempat kejadian.
"Mengikut laporan pemandu lori berkenaan, mangsa tiba-tiba melintas dan dia tidak sempat mengelak lorinya lalu merempuh mangsa,” katanya. - Bernama

Polis tahan penjenayah tegar bersama heroin RM35,000



22/03/2011 8:52pm

KOTA TINGGI - Polis menahan seorang lelaki bersama peket berisi serbuk dipercayai heroin seberat 1,055 gram dalam satu rondaan cegah jenayah di Simpang Waha di sini hari ini.
Ketua polis daerah, Supt Osman Muhammad Sebot berkata, lelaki berusia 30 tahun yang ditahan kira-kira pukul 8 pagi itu dikenal pasti sebagai seorang penjenayah tegar yang amat dikehendaki oleh pihak polis.
"Semasa kejadian, pasukan polis menjumpai sebuah kereta bercermin gelap terbabas di kiri jalan dengan enjinnya masih hidup.
"Ketika pihak polis menghampiri kenderaan, lelaki berkenaan cuba mengundurkan keretanya sehingga memaksa polis memecahkan cermin kereta itu untuk menahannya,” katanya kepada pemberita.
Selain dadah yang dianggarkan bernilai RM35,000 itu, turut dijumpai ialah sebuah penimbang digital serta wang tunai RM9,409, S$78 dan Rupiah 2,100, sebilah pedang samurai bersarung, peralatan pecah rumah dan pelbagai plat kenderaan termasuk pendaftaran Singapura. - Bernama

Keadaan banjir di Hilir Perak, Kerian tak berubah



22/03/2011 4:30pm

IPOH - Keadaan banjir di dua daerah di Perak tidak berubah hari ini dan 169 orang daripada 43 keluarga yang dipindahkan semalam berikutan kampung mereka dinaiki air sedalam antara 0.5 meter hingga satu meter, masih lagi di tempat pemindahan banjir.
Mangsa banjir yang dipindahkan itu semalam membabitkan 81 orang daripada 19 keluarga di daerah Hilir Perak dan daripada jumlah itu 44 orang ditempatkan di dewan dan 37 orang di surau.
Sementara itu 88 orang daripada 24 keluarga di daerah Kerian dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Bukit Merah.
Ketua Polis Daerah Kerian, Supt. Mat Fauzi Nayan berkata, empat buah kampung dari daerah Kerian yang terbabit dalam kejadian banjir terdiri dari Kampung Parit Abu Hasan, Permatang Mat Keling, Batu 40 Bukit Merah dan Batu 38 Jalan Keretapi.
Mereka dipindahkan pada pukul 3 petang semalam berikutan air empangan Bukit Merah melimpah berikutan hujan sejak dua hari lepas menyebabkan kampung mereka dinaiki air sedalam 0.5 meter hingga satu meter, katanya ketika dihubungi hari ini. - Bernama

Bekas pramugara, warga Nepal didakwa menculik



22/03/2011 5:42pm

KLANG - Seorang bekas pramugara dan dua warga Nepal dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menculik seorang pengarah syarikat keselamatan dan meminta tebusan sebanyak 10 jongkong emas bernilai RM1.44 juta, pada awal bulan ini.
C. Rudhra, 37, dari Taman Klang Utama di sini, dan dua buruh warga Nepal, R. Roshan dan T.J. Ramesh, kedua-dua berusia 29 tahun, didakwa menculik A. Kanapathy, 64, di kawasan berhampiran Restoran Pulau Ketam, Persiaran Raja Muda Musa di sini, pada pukul 9.30 pagi, 7 Mac lepas.
Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan ketika pertuduhan dibacakan terhadap tertuduh di hadapan Majistret Liew Horng Bin. - Bernama

Mangsa jatuh laut ditemui mati lemas di Pangkor



22/03/2011 6:14pm

LUMUT - Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh ke dalam laut semasa memancing di Sungai Pinang Kecil di Pulau Pangkor di sini semalam ditemui mati kira-kira 10 meter dari tempat kejadian itu hari ini.
Mayat Leo Ding Khoon, 54, ditemui pada 8.30 pagi tadi dan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin di Kampung Acheh di sini sebelum dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM) untuk bedah siasat.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi PGM Wilayah Satu, DSP Shaari Ariffin berkata, mangsa dilaporkan terjatuh ke laut ketika sedang memancing di pelantar ikan Hai Seng Hing.
"Kejadian itu kemudian dilaporkan kakak mangsa, Leo Poh Chu, 58, di Balai Polis Pulau Pangkor kira-kira 6.10 petang sebelum sepasukan anggota PGM dikejarkan ke situ lima minit kemudian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

Juruteknik elektrik mengaku miliki ganja



JOHOR BAHRU - Seorang juruteknik elektrik dihadapkan di Mahkamah Sesyen, semalam atas kesalahan memiliki dadah jenis kanabis atau ganja seberat 191.26 gram.

Tertuduh, Ridzuan Romli, 31, didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 21 Mac lalu kira-kira jam 12.30 tengah hari di Pandan City, di sini.

Kesalahan tersebut dibicarakan di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun atau penjara seumur hidup dan diwajibkan tidak kurang 10 sebatan rotan.

Tertuduh mengaku bersalah ketika kes dibacakan Timbalan Pendakwaraya, Anwar Ab Raof di hadapan Hakim, Zamri Bakar dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Pertuduhan pertama itu merupakan pindaan daripada kesalahan pada hari, masa, dan tempat yang sama atas kesalahan mengedar dadah jenis ganja dengan jumlah berat kasar 215.5 gram.

Kesalahan terdahulu, dibicara di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya dan tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta yang sama yang mana ianya boleh membawa hukuman mandatori gantung sampai mati.

Bas rombongan pengantin terbabas



BATU ANAM - Sebuah bas persiaran membawa penumpang terdiri rombongan pengantin terbabas ketika dalam perjalanan pulang dari Bangi menghala Segamat lewat petang kelmarin.

Bas rombongan itu yang membawa kira-kira 30 penumpang dari Kampung Gelang Chincin bertolak dari Segamat sekitar jam 9 pagi dan dijadualkan pulang pada hari sama.

Seorang penumpang, Siti Ibrahim, 50, berkata, kejadian berkenaan berlaku begitu pantas dan sepanjang perjalanan tiada masalah dari segi pemanduan bas berkenaan.

Menurutnya, sebaik hampir tiba di Segamat, bas berkenaan terbabas di bahu jalan sehingga menyebabkan ia senget ke arah ladang kelapa sawit.

“Sewaktu kejadian berlaku, saya duduk di bahagian kerusi nombor dua di belakang pemandu dan sedar tetapi tidak sempat berbuat apa-apa kerana ia terlalu pantas.

“Disebabkan bas berkenaan senget ke bahagian pintu utamanya, saya terhumban ke sebelah kiri sehingga tingkap pecah dan saya terpelanting ke dalam kawasan ladang sawit,” katanya kepada Sinar Harian.

Siti berkata, sewaktu tercampak dia tidak sedar apa yang sedang berlaku, tetapi sebaik sedar dia merasakan badannya lemah tidak bermaya tetapi sempat menghubungi saudaranya kerana telefon bimbit masih di tangan.

“Saya bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan serius walaupun terpaksa ditahan di hospital bagi pemeriksaan lanjut,” katanya.

Difahamkan, kira-kira enam penumpang bas itu tercedera dan dirawat di Hospital Segamat.

Tiga beranak jadi mangsa rompak



FELDA CHEMPLAK - Sebuah rumah di sini, dipecah masuk empat lelaki sekitar jam 4.15 pagi, semalam.

Semasa kejadian, penghuninya sedang nyenyak tidur mengakibatkan mereka kerugian membabitkan sebuah kereta Proton Iswara, sebuah komputer riba, gelang dan rantai emas serta wang tunai.

Mangsa, Rohaizat Muhammad, 32, berkata, kejadian berkenaan hanya disedarinya apabila perompak mengejutkannya meminta kunci kereta.

“Sebaik terjaga, penyamun berkenaan mengugut saya dengan parang dan meminta menyerahkan kunci kereta kemudian mengikat tangan saya dengan tali pinggang supaya tidak mengejar mereka.

“Semasa dalam usaha melepaskan diri, saya terdengar jeritan emak di luar bilik kerana rantai dan gelangnya turut dirampas,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, ketika perompak berusaha melarikan diri dengan keretanya, dia mendapati salah seorang mereka sedang menunggu di luar rumah dan dia sempat membaling pasu bunga ke arah keretanya.

Rohaizat berkata, ini adalah kejadian pertama rumahnya dimasuki perompak dan bersyukur kerana adik serta ibunya tidak dicederakan walaupun dia sendiri mengalami kecederaan ringan pada pipi akibat dipukul dengan hulu parang.

Sementara itu, anggota Rukun Tetangga Felda Chemplak, Malik Abd Hamid, 60, berkata, pada tengah malam sebelum kejadian, pasukannya ada terserempak dengan empat penyamun berkenaan semasa membuat rondaan dan mereka lari ke dalam kebun sebaik dikejar.

“Anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) kita sentiasa berjaga hingga lewat malam bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku tetapi tidak menyangka masih terjadi dan melibatkan penduduk di sini,” katanya.
sh

Lelaki ditemui mati dibunuh



GUNUNG JERAI – Mayat seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an ditemui dalam keadaan separuh bogel di sini pagi, kelmarin.

Mangsa yang hanya berseluar dalam ditemui dalam keadaan terbaring di lereng bukit itu dipercayai dibunuh dan identiti mangsa masih belum dikenal pasti berikutan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Superintendan Law Tiang Huat berkata, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan menerima laporan daripada orang ramai, jam 8.30 pagi dan pihak polis bergegas ke tempat kejadian.

“Sejurus mendapat laporan, pihak polis menghantar satu pasukan penyiasat yang di ketuai oleh Asisten Superintendan, Hazril Kamis untuk menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan daripada orang ramai berkenaan kehilangan ahli keluarga.

“Mangsa seorang lelaki berbangsa Cina dipercayai dibunuh di tempat lain dan dicampakkan di sini berdasarkan kesan tikaman yang ditemui di bahagian depan dan belakang lehernya.

“Motif kejadian masih lagi dalam siasatan dan kes akan di siasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dan jika disabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman mati mandatori,’’ katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Beliau juga merayu kepada orang awam jika terdapat ahli keluarga mahupun saudara mara terdekat yang hilang boleh menghubungi Hazril di talian 019-6410607.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk dibedah siasat.


SH

Mangsa lambai minta tolong



PENDANG – Seorang penumpang van yang mengalami cedera ringan dilihat berada dalam keadaan duduk di bahu jalan sambil tangannya melambai-lambai meminta tolong kepada pengguna jalan raya yang lalu di situ walaupun dalam keadaan gelap dan sunyi.

Seorang saksi, Md Isa Syafie, 34, terkejut melihat seorang lelaki berada dalam keadaan duduk di bahu jalan sambil melambai tangan ke arahnya.

Beliau kemudian terpandang sebuah van berada dalam sawah padi ketika dalam perjalanan pulang dari Tajar ke rumahnya di Kampung Banggol Pauh Air Puteh Pendang.

Menurutnya, atas dasar simpati walaupun dalam keadaan takut dia segera memberhentikan keretanya lalu berlari menuju ke tempat kejadian walaupun keadaan begitu sunyi dan tiada kenderaan lain yang lalu di situ ketika itu.

“Saya terfikir di dalam hati bahawa orang yang melambai ke arah saya adalah mangsa kemalangan van itu. Saya pergi ke arahnya sambil menghampiri van.

“Lelaki yang melambai tangan kepada saya itu hanya mengalami kecederaan ringan dan meminta saya menolong rakannya yang lain,” katanya.

Mat Isa berkata, dia menolong seorang mangsa yang mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala yang tercampak keluar dari van ke dalam sawah padi.

“Saya semakin panik apabila mendengar suara meraung kesakitan dan minta tolong dari dalam van itu menyebabkan saya cuba menghubungi 999. Keadaan panik ketika itu menyebabkan saya gagal memberi maklumat yang jelas kepada mereka.

“Saya cuba pula menghubungi rakan dan meminta pertolongannya supaya menghubungi bomba dan polis,” katanya.

Dalam beberapa minit berada di tempat kejadian itu seorang diri, beliau tidak mampu menolong mangsa di dalam van kerana keadaan gelap.

Menurutnya, sebuah kereta Proton Wira yang melepasi melalui kawasan itu kemudian berpatah balik ke untuk melihat apa yang berlaku.

“Keadaan menjadi sangat sedih apabila kereta yang berpatah balik itu rupa-rupanya adalah rakan-rakan mangsa yang sama-sama pulang dari Kuala Lumpur,” katanya

Sementara itu, rakan mangsa, Harun Saad, 57, pulang menaiki kereta Wira dari destinasi yang sama turut meluahkan rasa sedih kerana tidak menyangka rakan-rakannya terbabit dalam kemalangan itu ketika melintasi kawasan berkenaan.

Beliau berkata, van itu berada di hadapan dan mereka mengikut dalam jarak yang dekat sebelum melihat satu kemalangan menyebabkan kereta itu berpatah balik.

“Apabila melihat kemalangan itu, saya terkejut kerana rakan-rakan pesilat dan pemain muzik persatuan kami yang terbabit.

“Seramai 14 pemain muzik dan pesilat mengikuti jemputan persembahan kenduri perkahwinan itu. Begitu menyedihkan apabila rakan-rakan yang meninggal itu sempat bergurau ketika berehat makan di beberapa destinasi perhentian lebuh raya,” katanya.
SH

Pelajar parah, paru-paru pecah





Pelajar parah, paru-paru pecah

Dipanah petir ketika mahu bergerak menaik basikal selepas main bola, masih kritikal

NORDIANA JOHARI



BANDARAYA MELAKA – Pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Molek di sini, bertarung dengan maut akibat dipanah petir, kira-kira jam 3 petang, kelmarin.

Mangsa, Haikal Izwan Rahimin, 13, masih kritikal di Unit Rawatan Rapi Hospital Melaka.

Abang mangsa, Haikal Iman, 15, berkata, ketika kejadian, mereka berhenti bermain bola sepak di Kampung Padang sebaik hujan gerimis.

“Kami mahu pulang ke rumah tetapi secara tiba-tiba, adik saya dipanah petir semasa mahu bergerak menaiki basikal,” katanya.

Menurutnya, mereka segera mengangkat mangsa dan memaklumkan kepada keluarga sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Haikal Izwan mengalami bengkak otak, gegendang telinga dan paru-paru pecah, selain kecederaan buah pinggang,” katanya.

Sementara itu ibu mangsa, Saniah Abu Bakar, 34, berkata, anaknya menunjukkan perubahan sikap pada hari kejadian.

“Selalunya dia minta wang sebaik sahaja bangun tidur untuk beli sarapan tetapi kelmarin dia hanya berdiam diri.

“Haikal Izwan memang anak yang baik dan aktif bermain bola sepak,” katanya.

Sementara itu, nasib malang yang menimpa keluarga itu mendapat perhatian apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek, Datuk Md Yunos Husin turun padang melawat mangsa.

Menurutnya, kejadian seperti itu amat jarang berlaku dan pihaknya akan memberi bantuan sewajarnya me�ngikut keperluan mangsa.

“Kami berharap keluarga mangsa bersabar dengan kejadian ini,” katanya.

Banjir kilat berulang semula



JELAI – Dalam tempoh kurang dua bulan kejadian banjir besar melanda daerah kecil Gemas penghujung Januari lalu, peneroka di Felda Jelai 4, dekat sini, terpaksa menempuh pengalaman kali kedua dilanda banjir kilat petang Ahad lalu.

Jika kejadian sebelum ini hanya kira-kira 40 buah keluarga sahaja terlibat, namun kali ini sebanyak 51 keluarga terpaksa berpindah pada kejadian bermula 4.30 petang itu.

Bagaimanapun, ianya mulai surut sepenuhnya pada tengah malam hari sama.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda Jelai 4, Zainal Wahab berkata, jumlah mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Felda Jelai 4 pada banjir Ahad lalu ternyata bertambah daripada sebelumnya iaitu daripada 136 orang kepada 280 orang.

“Kita harap agar kerja pembersihan saliran dan longkang di Felda Gugusan Jelai, dari Jelai 4 hingga ke Jelai 1 melalui Jelai 2 dapat dilaksanakan segera oleh pihak bertanggungjawab bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang kembali.

“Seingat kita, kerja pembersihan saliran dan longkang ini kali terakhir pernah dilaksanakan awal tahun 90-an. Namun, kita harap agar ianya dapat dilaksanakan secepat mungkin bagi mengurangkan risiko banjir kepada penduduk yang berdekatan saliran berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Zainal berkata, cadangan atau permohonan bagi kerja pembersihan saliran dan longkang berkenaan sudah bertahun-tahun lamanya diusulkan kepada pihak bertanggungjawab, namun sehingga ke hari ini, masih belum ada maklum balas berkaitan perlaksanaannya.

Atas sebab itu, katanya, dia amat berharap agar permohonan berkenaan dapat dipertimbangkan sebaik mungkin memandangkan kejadian banjir kilat berkenaan berlaku dalam tempoh kurang dua bulan.

“Bagaimanapun, kita di peringkat Felda mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat bagi membantu mangsa banjir termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), polis dan Rela yang turut sama memantau keadaan,” katanya.
SH

Maut bergesel treler



MALIM - Seorang warga emas maut, sementara isterinya putus
tangan kanan dan pergelangan kaki kanan selepas motosikal yang
dinaiki bergesel dengan sebuah treler di persimpangan lampu isyarat
Lorong Pandan, dekat Lebuh AMJ, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 malam di simpang lima
itu, mangsa, Pang Hee Mui mati di tempat kejadian dan isterinya,
Wi Ah Shuan yang cedera parah hingga menampakkan tulang betis dihantar ke Hospital Melaka.

Kedua-dua pasangan berumur 56 tahun itu dalam perjalanan dari Semabok ke rumah mereka di Cheng sebelum terlibat kemalangan dengan treler yang membawa muatan biskut, kira-kira enam tan.

Saksi kejadian, Khairul Arifi n Kamaruzaman, 21, yang menaiki motosikal dalam perjalanan ke kedai makan di Balai Panjang, berkata, dia melihat motosikal mangsa terhimpit antara tayar belakang treler dan pembahagi jalan.

“Saya datang dari Malim dan mahu ke kedai makan di Balai Panjang. Saya nak buat pusingan U tetapi berhenti ketika lampu merah dan masa itulah saya ternampak treler terbabit cuba potong motosikal mangsa hingga menyebabkan mangsa tersepit sebelum terjatuh tertiarap.

“Treler terbabit tetap meneruskan perjalanan dan berhenti kira-kira 100 meter selepas sebuah kenderaan di belakangnya memberikan hon,” katanya.

Sementara itu, pemandu treler, Samsuri Rohani, 35, ketika ditemui berkata, dia yang dalam perjalanan dari Muar, Johor ke Ipoh, Perak, ada mendengar bunyi seperti terlanggar sesuatu tetapi tidak m:enyangka ia adalah mangsa.

“Saya bercadang masuk tol Alor Gajah melalui Lebuh AMJ dan apabila tiba di persimpangan, saya meneruskan pemanduan ke-rana lampu hijau sebelum terdengar bunyi sesuatu.

“Selepas memberhentikan lori, saya terkejut melihat dua mangsa terbaring di sisi motosikal yang dinaiki mereka,” katanya.

Anak pasangan terbabit, Pang Kia Yee, 31, berkata, kedua-dua ibu bapanya yang baru pulang bercuti di Singapura itu dari rumah ibu saudaranya di Kampung Semabok menuju rumah mereka di Cheng.

“Mereka berjalan-jalan di Singapura bersama keluarga makcik menaiki bas pada sebelah pagi dan sampai di Melaka Sentral, jam 10 malam.

“Mereka singgah dahulu mengambil motosikal di rumah makcik tetapi belum sempat sampai rumah, mereka terlibat kemalangan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, pemandu treler ditahan bagi membantu siasatan.
SH

Ribut terbangkan 30 bumbung



KUBANG ROTAN - Kira-kira 30 buah rumah termasuk gerai makan mengalami kerosakan terutama di bahagian bumbung akibat dilanda ribut kira-kira jam 5.30 petang, kelmarin.

Kejadian yang berlaku di tujuh kawasan itu membabitkan Taman Samudera, Taman Seri Abadi, Tambak Bunga, Kampung Tepi Laut Kuala Kedah, Kubang Bongor, Telaga Juan dan Sematang Bongak.

Suri rumah di Taman Samudera, Fatimah Dahman, 47, berkata, sewaktu kejadian angin bertiup kencang dan kejadian yang berlaku amat pantas sehinggakan dia tidak menyedari bagaimana bumbung rumahnya diterbangkan.

Fatimah berkata, bunyi angin juga membuatkan dia berasa ketakutan dan bertindak pantas menyelamatkan bayi yang diasuh berusia 11 bulan.

Menurutnya, bayi yang sedang tidur di dalam buai di bahagian dapur rumahnya itu diselamatkan terlebih dahulu berbanding perkakas rumah yang lain.

“Masa kejadian saya langsung tidak memikirkan mengenai perkakas rumah dan apa yang saya fikir hanyalah menyelamatkan nyawa.

“Apabila selamatkan bayi, saya segera ke ruang tamu dan mendapati bumbung diterbangkan angin dan mengalami kebocoran,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Fatimah berkata, dia masih terkejut dengan kejadian yang berlaku kerana ini merupakan tragedi pertama sejak tinggal di situ kira-kira 13 tahun yang lalu.



Rugi hampir RM2,000



Penyewa di Taman Sri Abadi, Mohd Rizal Abdul Rashid, 27, berkata, ketika kejadian berlaku dia dan isterinya berada di tempat kerja dan mengetahui setelah dimaklumkan oleh jirannya.

Mohd Rizal berkata, dia bersyukur kerana kejadian yang berlaku tidak membabitkan nyawa ahli keluarganya.

Menurutnya, kejadian yang berlaku itu menyebabkan bahagian bumbung di rumahnya mengalami kebocoran.

Peniaga gerai makanan, Mohd Zaki Man, 48, berkata, kejadian kali kedua itu menyebabkan dia terpaksa menanggung kerugian hampir RM2,000.

Menurutnya, setelah kejadian itu berlaku dia terpaksa menangguhkan perniagaannya kerana banyak peralatan yang rosak.

“Banyak peralatan saya yang musnah dalam kejadian kali ini termasuklah meja, khemah dan meja masak.

“Selepas kejadian ini saya mungkin akan berpindah lokasi perniagaan di kawasan yang lebih selamat,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa ketika meninjau tempat kejadian berkata, pihaknya turut menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terlibat.

Menurutnya, bantuan lain turut diberikan kepada mangsa yang terlibat bagi meringankan beban mereka.

“Pemilik rumah yang terlibat dengan kejadian itu turut dinasihatkan agar menyenaraikan jumlah kerosakan.

“Saya nasihatkan mereka agar menyenaraikan peralatan yang rosak bagi memudahkan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membuat penilaian,” katanya.

Rumah ditimbus tanah runtuh



KAMPUNG HUMA – “Hanya Allah sahaja yang tahu kudrat saya ketika membantu menyelamatkan isteri yang sudah tertimbus separuh badan dalam tanah runtuh dengan keadaan kepalanya berlumuran darah disebabkan dihempap batu, “ kata seorang warga emas, Yusuf Husin, 67, selepas rumahnya ditimbus tanah ketika kejadian tanah runtuh di sini, petang kelmarin.

Yusuf berkata, ketika kejadian, dia sedang meninjau bahagian halaman rumah kerana berlaku kebocoran, manakala isterinya, Robeah Sabu, 64, sedang mengelap air di bahagian dapur dalam kejadian hujan lebat kira-kira jam 4.20 petang itu.

Menurutnya, walaupun pendengaran dan penglihatannya tidak berapa jelas, namun semasa kejadian, dia dapat merasakan sesuatu telah berlaku sebaik sahaja mendengar dentuman kuat dari bahagian belakang dan segera masuk ke dalam rumah bagi melihatkan keadaan isteri.

“Dengan kekuatan yang saya ada, saya menarik tangan isteri keluar dari timbunan berkenaan dan syukur kerana dia masih dipanjangkan umur,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Khairat Kematian Kampung Huma berkata, sebaik sahaja menyedari wang persatuan masih dalam timbunan, dia segera meminta anaknya mendapatkan wang berkenaan.

“Alhamdulillah semua selamat dan kini ahli keluarga sedang membantu mengeringkan kesemua wang kertas kutipan khairat berjumlah kira-kira RM7,000 yang turut basah dalam kejadian ini,” katanya.

Yusuf berkata, mujur isterinya ketika itu berada di satu sudut lain dan tidak bersandar di pintu dapur rumah memandangkan runtuhan tanah pertama berlaku di pintu dapur sebelum sisanya memasuki ruang dalam rumah.

“Saya tak dapat bayangkan sekiranya isteri sedang mengelap air di pintu dapur, bagaimana nasibnya kalau ditimpa runtuhan pertama. Bersyukur kerana beliau masih dipanjangkan usia,” katanya.

Robeah berkata, kejadian itu merupakan kali pertama berlaku dalam hidupnya dan ia tidak akan dilupakan sepanjang hidupnya.

“Runtuhan ini secara tiba-tiba terus meranapkan bahagian dapur rumah, walaupun menjerit memanggil suami untuk mendapatkan pertolongan, namun hujan lebat ketika itu menenggelamkan suara saya,” katanya.

Menurutnya, dia hanya mampu memberi isyarat tangan kepada suami dan mujur Yusuf bertindak pantas masuk ke dalam rumah untuk mencarinya.

“Saya tidak menyangka tindakan suami menarik keluar saya dari timbunan mampu menyelamatkan nyawa,” katanya.

Akibat kejadian itu, Robeah mengalami luka di badan, lebam di bahagian kaki, dan benjolan di kepala akibat terkena batu dan tanah.

“Kemungkinan pembinaan sebuah taman (Taman Cendana) di belakang rumah di tapak bekas ladang kelapa sawit menyebabkan runtuhan selain dibantu hujan lebat setiap hari menyebabkan berlakunya hakisan tanah seterusnya tanah runtuh,” katanya.

Robeah kemudiannya mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.

Duda merogol dijel enam tahun, sebat



KLANG – Seorang duda anak satu dihukum penjara enam tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana merogol seorang gadis, dua tahun lalu.

Hakim, Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman terhadap Mohd Ridzuan Muhammad Azhan, 25, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap seorang gadis berusia 19 tahun.

Mohd Ridzuan yang bekerja kilang, mengaku merogol mangsa di bilik rumah kedai tingkat 2, Jalan Bendahara 9, Taman Sentosa, Klang, antara jam 11.30 dan 12.30 malam, pada 10 November 2009.

Mengikut fakta, mangsa berasal dari Felda Mayam Triang berkenalan dengan seorang lelaki bernama Nik.

Nik mengajak mangsa ke rumah kedai itu dan keluar meninggalkan mangsa di bilik rumah tersebut.

Semasa menunggu Nik, mangsa didatangi Mohd Ridzuan yang memaksanya membuka pakaian.

Mangsa enggan berbuat demikian menyebabkan Mohd Ridzuan mengasarinya dengan bertindak memukul dan merentap pakaian serta merogol mangsa.

Mangsa yang berjaya melarikan diri membuat laporan di balai polis dan Mohd Ridzuan ditangkap pada 12 November 2009.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Aimi Syazwani Sarmin mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

Peguam, Khairil Anuar Azmi memohon mahkamah mempertimbangkan pengakuan bersalah anak guamnya menjimatkan masa dan kos pendakwaan.

Menurutnya, Mohd Ridzuan memperoleh pendapatan RM800 sebulan, masih menyara ibunya di kampung dan bekas isteri dan anaknya.

Aimi Syazwani memohon mahkamah jatuhkan hukuman berat berdasarkan faktor kepentingan awam dan kes serius.

Norsharidah memerintahkan Ridzuan dipenjara enam tahun dari tarikh tangkapan dan empat sebatan.

Bapa cam tatu sahkan mayat anak



KUALA LUMPUR – Seorang bapa yakin mayat lelaki ditemui dalam sebuah rumah kosong di Petaling Jaya, Jumaat lalu adalah mayat anak lelakinya yang hilang sejak 14 Mac lalu.

Wong Kim Sai, 55, berkata, tanggapannya itu dibuat berdasarkan kesan tatu di lengan dan rantai leher dipakai anaknya dikenali sebagai Wong Fook Onn, 35.

“Rantai leher itu pemberian anak perempuan saya kepada mendiang,” katanya.

Laporan mengenai kehilangan itu dibuat di Balai Polis Subang Jaya pada 16 Mac lalu sambil dia sendiri dan rakannya berusaha mencari Fook Onn.

Menurutnya, hasil maklumat seorang rakan mangsa yang juga kontraktor, Kim Sai mendapat tahu mangsa sering ke Jalan Klang Lama untuk mengambil pekerjanya yang merupakan warga asing.

Menurutnya, menerusi petunjuk itu dia dan rakannya ke sana bersama alat penggera kereta simpanan milik mangsa dan berjaya mengesan kenderaannya.

“Penemuan kereta itu dirujuk ke Balai Polis Subang Jaya kerana mengesyaki sesuatu buruk berlaku kepada mangsa,” katanya ketika ditemui di Wisma MCA di sini, semalam.

Bagaimanapun, pada petang 18 Mac lalu, Kim Sai dihubungi seorang lelaki mengenai penemuan satu mayat di Petaling Jaya, dipercayai sudah tiga hari dengan keadaan tangan terikat.

Dia kemudian membuat pengecaman terhadap mayat itu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Tiga pengarah didakwa lupus aset syarikat



KUANTAN - Tiga penga-rah tetap sebuah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap tuduhan melupuskan aset syarikat tanpa kelulusan mesyuarat agung, manakala seorang lagi didakwa bersubahat.

Mereka, Tang Hin Leong, 43, Lee Guo Ling, 39 dan Low Teck Khiang, 58, didakwa melakukan kesalahan itu antara 15 Februari 2006 dan 3 Mac 2006 di pejabat syarikat itu, tingkat dua, Jalan Datuk Lim Hoe Lek, di sini.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa bertindak secara tidak jujur dan gagal menggunakan alasan munasabah dalam melepaskan tanggungjawab sebagai pengarah seperti dikehendaki Seksyen 132(1) Akta Syarikat 1965 apabila melupuskan aset syarikat tanpa kelulusan melalui perjanjian jual beli.

Akibatnya, kesemuanya diwakili peguam, Philip Mathew berdepan hukuman mengikut Seksyen 132(3)(b) Akta Syarikat 1965 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda RM30,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Steve Chin Yun Cheong menawarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap setiap seorang dan jumlah itu kekal selepas mereka tidak membuat sebarang bantahan atau rayuan.

Dalam mahkamah sama, Khoo Kah Jin, 42, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan bersubahat dengan ketiga-tiga pengarah itu.

Dia diwakili peguam sama didakwa bersubahat melupuskan aset syarikat tanpa kebenaran dengan tiga pengarah tetap itu di tempat dan tarikh sama.

Pertuduhannya mengikut Seksyen 132(1) Akta Syarikat 1965 (Akta 125) dan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Dia berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda RM30,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan

Hakim Fathiyah Idris membenarkan dia diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 21 April depan untuk serahan dokumen perbicaraan.

Mata lebam ditumbuk imam



SUNGAI CHOH - Pengerusi sebuah surau di sekitar Sungai Choh di sini, lebam mata kirinya selepas mendakwa ditumbuk imam surau berkenaan.

Baharuddin Watab, 63, mendakwa, matanya ditumbuk secara tiba-tiba setelah cuba menegur imam berkenaan melantik bilal surau menjadi imam ketika solat Maghrib.

Menurutnya, dia tidak tahu mengapa imam bertindak sedemikian sedangkan niatnya hanya mahu menegur tindakan imam berkenaan.

“Sebagai pengerusi surau, saya berhak menegur imam sekiranya perlu, jadi ketika itu saya hanya menegurnya.

“Tetapi, tidak semena-mena mata kanan saya ditumbuk ketika jemaah lain sedang mengerjakan solat Maghrib,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Menurut Baharuddin, kejadian itu berlaku khamis lalu ketika waktu Maghrib dan jemaah lain telah memulakan solat.

Menurutnya, seorang imam yang dilantik oleh ahli kariah sepatutnya bertanggungjawab mengimamkan solat jemaah dan tidak sesuka hati melantik orang lain menjadi imam.

“Ketika itu, bilal 1 azan dan saya qamat kerana mahu memberi laluan kepada imam mengetuai solat, tetapi, dia beri bilal menjadi imam.

“Jadi saya tegur, tetapi, ketika solat jemaah dipimpin oleh bilal berkenaan, imam itu tarik tangan saya dan menumbuk mata kanan sehingga lebam,” katanya.

Baharuddin berkata, tindakan imam terbabit tidak bertanggungjawab selain bertindak di luar kebiasaan kerana mencederakan makmum ketika solat.

Bagaimanapun, beliau tetap meneruskan solat sebelum beredar sebaik solat selesai. Namun, keadaan menjadi kecoh seketika apabila jemaah melihat keadaan mata Baharuddin yang merah dan lebam.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kasim yang ditemui ketika melawat mangsa menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya.

Beliau turut melahirkan rasa dan kecewa menganggap insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi di surau.

Peserta ratu cantik beragama Islam terima ancaman bunuh



LONDON - Seorang wanita warganegara Britain beragama Islam, yang menyertai pusingan kelayakan pertandingan ratu cantik, didakwa menerima ancaman bunuh atas tuduhan merendahkan martabat Islam, kelmarin.

Shanna Bukhari, 24, dikatakan mahu menjadi wanita beragama Islam pertama mewakili Britain dalam pertandingan ratu cantik antarabangsa tetapi ditentang hebat masyarakat Islam sedunia.

Shanna, juga seorang graduan kesusasteraan Inggeris di Universiti Manchester, berkata, ancaman itu bermula apabila sebuah akhbar tempatan mendedahkan cita-citanya 10 hari lalu untuk menjadi wanita beragama Islam pertama mewakili Britain dalam pertandingan berprestij itu.

Agensi media tempatan melaporkan, ancaman tersebut datang dari pelbagai pihak, bermula daripada masyarakat Islam mendakwa Shanna merendahkan martabat Islam, rakyat �Britain sendiri tidak membenarkan orang Asia mewakili negara itu dan terdapat segelintir wanita mengutuk pertandingan itu sebagai penghinaan terhadap fahaman kewanitaan.

Sejak itu, Shanna menerima sekitar 300 mesej, di mana kebanyakannya berbentuk ancaman bunuh sehari dalam profil laman sosial Facebooknya.
SH

Dua remaja maut nahas jalan raya



KUANTAN - Dua remaja termasuk seorang gadis maut selepas kenderaan dinaiki terbabit nahas jalan raya berasingan di Kilometer (KM) 43.5 Jalan Kuantan-Kemaman, dan di KM 13 Jalan Raub, Raub, awal pagi kelmarin.

Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kemaman, Terengganu dan Hospital Raub.

Pegawai Penguat kuasa Tadbir/ Trafik Pahang, Asisten Superintendan Zai-nalabidin Othman berkata, dalam kejadian pertama, mangsa, Mohamad Sharil Mohamad Din, 19, dari Gong Limau, Kemaman, Terengganu dikatakan memandu bersendirian dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Kuantan.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan ketika melalui satu laluan berselekoh sebelum ‘berpusing’ dan merempuh sebuah kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan.

“Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi di KM 43.5 Jalan Kuantan-Kemaman itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan.

“Mangsa yang juga seorang pekerja swasta dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 4.25 petang di hospital berkenaan akibat kecederaan serius dialaminya manakala seorang lagi pemandu hanya cedera ringan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Zainalabidin berkata, dalam satu lagi kejadian, seorang pembonceng maut manakala penunggang cedera parah selepas motosikal yang dinaiki terbabas ke dalam semak di KM 13 Jalan Raub, Raub, kira-kira jam 3.50 pagi kelmarin.

Beliau berkata, pembonceng, seorang gadis berusia 17 tahun dari Sungai Klau yang mengalami kecederaan parah di kepala dan badan akibat tercampak dari motosikal itu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.41 malam ketika menjalani rawatan lanjut.

“Manakala rakannya seorang remaja lelaki juga berusia 17 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda itu dilaporkan cedera parah dan dirawat di hospital sama,” katanya.

Zainalabidin berkata, siasatan mendapati kejadian berpunca apabila motosikal itu hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam semak di kiri jalan.

Menurutnya, kedua-ua kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

2 DUN dilanda banjir



BENTONG – Hujan lebat sejak jam 5.00 petang kelmarin menyebabkan beberapa kawasan rendah dinaiki air di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari dan DUN Sabai dinaiki air.

Ahli Dewan Undangan Ne-geri (ADUN) Ketari, Datuk Dr Ng Keong Chye berkata,di bawah DUN Ketari, 32 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu.

Menurutnya, pusat pemindahan dibuka pada jam 12.30 pagi dan kira-kira jam 10 pagi semalam kesemua 132 mangsa sudah kembali ke rumah masing-masing.

“Antara kawasan yang dibanjir air ialah Kampung Malaysia, Kampung Tengah, Kampung Chegar Medang, Kampung Benus, Rumah Kilat Jalan Lama Kuala Lumpur dan Taman Chegar Medang.

“Kejadian berlaku disebabkan peningkatan paras air Sungai Benus dan menyebabkan air sungai melimpah serta membanjiri rumah penduduk,” katanya kepada Sinar Harian.



Mangsa diminta tidak pulang



Sementara itu ADUN Sabai, Datuk M Davendran berkata, di DUN Sabai pula pusat pemindahan dibuka pada jam 8.00 pagi semalam dengan menempatkan 95 mangsa.

Menurutnya, kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan Karak Setia.

“Kebanyakan mangsa terdiri dari penduduk Kampung Pasir dan ini merupakan kejadian banjir kali kedua berlaku pada tahun ini.

“Sehingga jam 5.00 petang semalam, kesemua mangsa masih belum dibenarkan pulang kerana cuaca tidak menentu dan dikhuatiri banjir berlaku sekali lagi,” katanya.



Bina benteng elak banjir



Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Mawar- Orkid, Mat Jamal Jantan berkata, kawasan Rumah Kilat Jalan Lama Kuala Lumpur dekat sini turut dinaiki air sedalam hampir 0.3 meter.

Menurutnya, ia berpunca dari peningkatan paras air longkang monsun yang terdapat di sini.

“Hampir 16 buah rumah penduduk yang terdapat di sini dinaiki air dan kejadian yang berlaku begitu mengejutkan kerana air naik dengan mendadak.

“Buat sementara waktu kami bergotong-royong membina benteng untuk menghalang air dari masuk ke dalam rumah semula kerana dibimbangi berlaku banjir sekali malam ini (semalam),” katanya.

Seorang mangsa, Nazri Isa, 55, berkata, ini kali pertama rumahnya dinaiki air dan mengakibatkan dia sekeluarga kerugian hampir RM5000.

Menurutnya, pihaknya amat berharap Jabatan Pengairan Saliran (JPS) dapat mengkaji semula dan menaik taraf longkang yang terdapat di sini supaya masalah banjir tidak berulang.

“Kami yang tinggal di sini bimbang kerana cuaca tidak menentu dan akan menyebabkan paras air longkang meningkat dan memasuki kawasan kediaman penduduk.

“Apa yang diharapkan tindakan segera dapat diambil untuk menanganinya,” katanya.

Rugi RM10,000 akibat dipukau



KUANTAN – Seorang kakitangan awam terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM 10, 000 akibat terpedaya dengan kad cabutan bertuah yang ditawarkan seorang wanita yang mengetuk cermin keretanya di tempat letak kereta, East Coast Mall, pada 24 Januari lalu.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Nurul, 29, berkata, pada mulanya dia enggan menerima tawaran itu, bagaimanapun, dia seolah-olah dipukau kerana hanya mengikut semua arahan yang diberikan.

“Setelah saya membuka kad cabutan bertuah itu, wanita tersebut memberitahu bahawa saya telah memenangi cabutan bertuah dan perlu ke pejabatnya untuk mengetahui hadiah yang dimenangi.

“Antara hadiah yang ditawarkan termasuklah kereta, motosikal, peti ais, tilam jed, set home theatre’ dan banyak lagi,” katanya ketika perbicaraan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), semalam.

Katanya, wanita tersebut turut memberitahu bahawa dia tidak perlu membuat sebarang bayaran untuk menuntut hadiah yang telah dimenangi.

“Tanpa berfikir panjang, saya terus mengikut wanita itu ke pejabatnya yang terletak di Jalan Haji Ahmad. Bagaimanapun, setelah sampai, saya diminta untuk membuat pembayaran sebelum menerima hadiah tersebut.

“Biasanya, sebelum mengeluarkan wang di bank, saya akan meminta izin daripada suami terlebih dahulu. Tetapi hari itu, saya langsung tidak menghubunginya, malah terus ke bank untuk mengeluarkan wang,” katanya.

Nurul berkata, setelah membuat pembayaran, barangan yang diterima tidak setimpal dengan wang yang diberi.

“Ketika itulah baru saya tersedar bahawa saya telah ditipu. Saya cuba merayu kepada pihak berkenaan untuk memulangkan bayaran yang telah diberi.

“Namun, pihak terbabit enggan berbuat demikian dengan alasan saya telah menandatangani borang perjanjian,” katanya.

Turut menjadi mangsa, Mohd Khairul Nizam Mansor, 26, yang kerugian sebanyak RM 6,000 akibat ditipu oleh syarikat yang sama.

Katanya, dia didatangi seorang lelaki berbangsa Cina ketika membeli-belah di Kuantan Parade dan menawarkannya kad gores dan menang.

Tertarik dengan tawaran pelbagai hadiah lumayan, Khairul Nizam sanggup mengikut lelaki tersebut ke pejabatnya untuk mendapatkan hadiah yang dijanjikan.

Perkara yang sama turut berlaku kepadanya, apabila dia dikehendaki membayar RM 6,000 sebelum menerima hadiah yang telah dimenangi iaitu tilam jed dan dapur digital.

Dalam perbicaraan kedua-dua mangsa, TTPM telah mengeluarkan perintah tribunal kepada syarikat terbabit untuk membayar ganti rugi kepada mereka.

Menurut kenyataan Presiden TTPM, Reihana Abd Razak, syarikat terbabit diarah membayar ganti rugi kepada kedua-dua mangsa dalam tempoh 14 hari dari tarikh perbicaraan bagi menyelesaikan tuntutan tersebut.

Pada masa yang sama, kedua-dua mangsa turut diarah memulangkan barangan yang diterima dalam tempoh yang sama sekiranya pihak syarikat telah membayar ganti rugi.

Bagaimanapun, ketika prosiding berlangsung, tiada wakil daripada pihak penentang yang hadir.

'Polis' berdepan hukuman



KUANTAN - Tindakan seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis bukan sahaja berdepan tuduhan menyamar sebagai penjawat awam itu malah dituduh menipu dan memiliki peluru senapang patah.

Jenayah lampau tertuduh berusia 45 tahun dari Kampung Tanjung Batu, Nenasi, Pekan terdedah setelah dia dicekup polis 27 Februari lalu selepas cuba menyamar sebagai anggota keselamatan itu ketika berada di Kampung Belukar, Baru 3, Jalan Gambang, dekat sini.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan yang disebut dalam Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen Kuantan di hadapan Pendaftar Mahkamah Rendah, Norita Mohd Noh dan Ermy Syaifuddin Pasah.

Bagi tuduhan memiliki 17 butir peluru senapang patah jenama SME Rimba, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata api 1971 (Akta 37) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan tidak kurang enam sebatan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah, Lorong Sungai Isap Damai 19, dekat sini, kira-kira jam 10.30 malam, 27 Februari 2008.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Mohamad Azman Ariffin.

Tertuduh ditawarkan ikat jamin RM7,000 dan jumlah itu dikekalkan memandang dia tidak membuat sebarang rayuan berhubung jaminan tersebut.

Bagi tuduhan menyamar sebagai anggota polis , tertuduh berdepan hukuman penjara hingga 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali seperti yang diperuntukkan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Tertuduh bagaimanapun dibenarkan diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin bercagar.

Sementara itu, dalam mahkamah berasingan, tertuduh turut didakwa menipu seorang peniaga sehingga mendorong lelaki itu menyerahkan wang sumbangan RM200 kononnya untuk disumbangkan kepada pelajar miskin dalam Parlimen Pekan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah syarikat di Jalan Haji Ahmad, di sini, kira-kira jam 3.20 petang, 25 Ogos 2010.

Tertuduh mendakwa wang tersebut akan diserahkan sempena majlis penyampaian bantuan persekolahan kepada pelajar miskin yang turut dihadiri Perdana Menteri, bagaimanapun majlis itu sebenarnya tidak wujud.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebatan serta boleh didenda.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan dibenarkan diikat jamin sebanyak RM2,500.

Semua tuduhan ke atas tertuduh akan disebut semula pada 4 April depan bagi sebutan lantikan peguam.


SH