Search This Blog

Friday, March 11, 2011

Jepun dilanda gempa bumi 8.9 magnitud

Berita Harian




2011/03/11

TOKYO: Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.
Di beberapa tempat sepanjang peairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.
Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.

Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. - Reuters

4 penuntut maktab perguruan maut dalam kemalangan

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

11/03/2011 12:26pm

IPOH 11 Mac – Empat penuntut Maktab Perguruan Sultan Mizan, Besut, terbunuh apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain di KM 12 Lebuh Raya Timur Barat dekat Gerik semalam.

Mereka terdiri Joseph Phuah, 19, dari Sungai Bakap, Pulau Pinang; Yap Sin Wei, 20, berasal dari Seberang Perai, Pulau Pinang; Goh Shu Win, 19, dari Butterworth, Pulau Pinang; dan M. Iniyan, 19 dari Taiping.

Ketua Polis Trafik Perak, Supt Wan Abdullah Ishak berkata, dalam nahas yang berlaku pada 4.30 petang itu, Sin Wei dan Iniyan mati di tempat kejadian, manakala Joseph meninggal dunia di Hospital Gerik pada 8 malam tadi dan Shu Win meninggal dunia di Hospital Taiping pada 5 pagi tadi.

'Keempat-empat mangsa dalam perjalanan ke Pulau Pinang,' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Wan Abdullah berkata, semasa kejadian kereta jenis Proton Iswara yang dipandu oleh Joseph dipercayai gagal dikawal ketika melalui selekoh dan menuruni bukit lalu terbabas ke kanan jalan dan dirempuh sebuah kereta jenis Toyota Camry dari arah bertentangan. – Bernama"

Mangsa terjatuh sungai kelmarin ditemui lemas

Utusan Malaysia

11/03/2011 12:44pm

KUALA LUMPUR 11 Mac - Mayat lelaki India yang terjatuh sungai di Kajang pagi semalam ditemui terapung satu kilometer dari rumahnya yang terletak di belakang Kawasan Rehat dan Rawat Bukit Dukong - Grand Saga, Kajang dekat sini pagi ini.

Mangsa, M. Ramesh, 28, jatuh sewaktu membuang air kecil di belakang rumah ketika hujan lebat petang kelmarin, mangsa cacat tangan kiri.

Mangsa ditemui selepas operasi selama 24 jam oleh anggota bomba dan penyelamat. - Utusan"

Pecah amanah RM185j: 2 diarah bela diri

Kosmo! Online - Terkini: "
11/03/2011 3:42pm

KUALA LUMPUR – Dua bekas pengarah Cold Storage (M) Bhd diarah membela diri oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana melakukan pecah amanah berjumlah RM185 juta dengan memindahkan ke dalam akaun syarikat mereka, 13 tahun lepas.

Hakim SM Komathy Suppiah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap Datuk Yip Yee Foo, 52, dan Datuk Chun Wai Meng, 46.

Mahkamah menetapkan selama empat hari bermula 3 Mei ini untuk sambung bicara.

Mereka diarah membela diri terhadap pertuduhan pilihan iaitu kedua-dua tertuduh sebagai pengarah Cold Storage (M) Bhd menyalahgunakan wang itu dengan memindahkannya daripada akaun bank syarikat berkenaan (Cold Storage) di Deutsche Bank (Malaysia) Bhd, ke akaun bank Cycle & Carriage Limited di Standard Chartered Bank di Singapura untuk pembelian unit saham yang sama oleh Ecoplex Sdn Bhd dan Fulham Finance And Trade Limited.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tuduhan pilihan itu di Deutsche Bank (Malaysia), Tingkat 18-20, Menara IMC, 8, Jalan Sultan Ismail, di sini antara 16 September 1997 dan 20 Mac 1998. – Bernama"

2 kapal pindah minyak secara haram ditahan



11/03/2011 5:05pm

JOHOR BAHRU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan menahan dua kapal yang sedang melakukan pemindahan 80,000 liter Marin Fuel Oil (MFO) tanpa permit di perairan Tanjung Piai, dekat Pontian, semalam.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifili Abu Bakar berkata, kegiatan dua kapal terbabit, kapal MT Sentek 20 dan Farmosaproduct Alphine itu dikesan pada pukul 6.20 petang di kedudukan 2.8 batu nautika barat daya Tanjung Piai.
"APMM menerima satu maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan oleh dua kapal yang berhimpit antara satu sama lain yang disyaki melakukan pemindahan minyak secara haram.
"Bertindak dari maklumat itu, bot laju APMM yang berada di kedudukan berhampiran diarah ke lokasi yang dilaporkan bagi menjalankan siasatan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Zulkifli berkata, pemeriksaan mendapati kedua-dua kapal itu gagal mengemukakan permit daripada Pengarah Jabatan Laut untuk melakukan aktiviti pemindahan minyak. – Bernama

Bekas pengetua didakwa pecah amanah

SH


Bekas pengetua didakwa pecah amanah

GEORGETOWN - Mahkamah Sesyen Georgetown menetapkan 23 Mac ini untuk sebutan semula bagi meneruskan prosiding bicara berhubung kes pecah amanah wang berjumlah RM15,550 membabitkan seorang Pegawai Naziran Kementerian Pelajaran apabila pengakuan bersalahnya ditolak.

Hakim, Zanol Rashid Hussin menetapkan tarikh itu bagi membolehkan tertuduh, Dr P Iskandar Abdullah, 55, melantik peguam.

Iskandar yang pada mulanya mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan terhadapnya yang dilakukan pada 2007 ketika dia menjawat sebagai Pengetua sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kumbar 2, Jalan Kampung Masjid, Bayan Lepas bagaimanapun membuat rayuan setelah pengakuannya ditolak.

Iskandar membuat rayuannya selepas mahkamah menangguhkan perbicaraan selama beberapa jam bagi menjatuhkan hukuman terhadapnya.

Dalam rayuannya, Iskandar menyatakan dia tidak mengambil kesemua wang yang didakwa kerana ketika kejadian, bangunan sekolah tempatnya bekerja belum memperoleh sijil menduduki (OC) dan itu membuatkan semua wang yang diberikan Kementerian Pelajaran akan dimasukkan ke dalam akaun persendiriannya bagi tujuan hal ehwal kewangan sekolah.

“Saya sedar ia satu kesalahan dari segi teknikal namun saya tiada pilihan berikutan saya Pengetua pertama di sekolah itu yang ketika itu bangunannya belum memperoleh sijil menduduki dan semua peruntukkan kewangan yang diberikan kementerian akan dimasukkan ke dalam akaun saya.

“Wang itu juga akan dikeluarkan secara serta-merta sebaik ia dimasukkan bagi pembayaran biasiswa pelajar, kos pembaikan sekolah serta urusan lain dan itu adalah amalan biasa untuk pengetua pertama iaitu sebagai ketua jabatan di sekolah itu,” katanya.

Bagaimanapun, pegawai pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Janariah Abdul Mutalib menjelaskan bahawa sebarang cek harus melalui akuan sekolah dan bukannya akaun persendirian.

Mengikut pertuduhan, Iskandar melakukan pecah amanah terhadap lima keping cek Maybank International Airport bernilai RM7,750, RM1,800, RM3,200, RM1,800 dan RM1,000 yang merupakan peruntukan bagi hal ehwal kewangan sekolah itu.

Dia didakwa mendepositkan kesemua cek itu ke dalam akaun simpanan miliknya di antara 26 Februari hingga 19 Disember 2007 di sekolah itu.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Zanol Rashid kemudiannya membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Rompakan bersenjata

SH


KOTA BHARU – Seorang lelaki yang melakukan rompak berkumpulan bersenjatakan sepucuk pistol terhadap sepasang suami isteri dua bulan lalu, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Mohd Zamani Berahim, 34 dituduh bersama seorang lagi rakannya yang masih bebas merompak Onn Azli Puade dan Sarah Iskandar Zulkarnain semasa di rumah mereka di Lorong Pok The Soh, Jalan Raja Perempuan Zainab II, Kubang Kerian, 31 Januari lalu.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mereka didakwa melarikan sebuah motokar jenis Toyota Vios WPK 8870, dua komputer riba, Twinhead dan Apple Ipad serta dua telefon bimbit, Nokia E90 dan Sony Ericson Satio milik mangsa.

Turut dilarikan, empat topi keledar Arai, dua kasut boot, wang tunai RM414 dan beg duit milik kedua-dua pasangan pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kampus Kubang Kerian itu.

Jika disabitkan, tertuduh boleh diseksa dengan penjara sehingga tempoh selama 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 379 kanun sama akibat rompak berkumpulan menggunakan senjata.

Pada prosiding bermula jam 11 pagi itu, tertuduh bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah dan memohon dirinya dibicarakan atas tuduhan tersebut.

Berikutan kesalahannya serius, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nor Hilwani Mat Rifin tidak menawarkan sebarang jaminan dengan alasan bimbang tertuduh tidak hadir pada tarikh perbicaraan yang ditetapkan.

Peguam belanya, Mohd Alami Nazin bagaimanapun memohon mahkamah untuk membenarkannya mengikut budi bicara mahkamah di bawah peruntukkan 388 Kanun Keseksaan.

“Nilai jaminan tinggi dan membebankan tertuduh akan memastikan kehadirannya ke mahkamah,” katanya.

Hakim Zainal L. Salleh kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sejumlah RM10,000 dan kes akan disebut semula 10 April depan.

Padah jual barang curi




MUAR – Niat jahat seorang penganggur untuk mendapatkan wang hasil menjual telefon yang diragut daripada seorang mangsa tidak kesampaian apabila dia ditangkap polis ketika sedang berurusan menjual telefon bimbit di Bukit Gambir, Ledang.

Dalam kejadian pada 17 Februari lalu, mangsa seorang wanita yang bekerja di salah sebuah hotel di Muar dalam perjalanan pulang ke rumah daripada tempat kerja.

Mangsa dipercayai diragut semasa berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Bakariah. Pada mulanya dia tidak men�yangka motosikal seorang lelaki yang berhenti di sebelahnya akan meragutnya.

Dengan pantas, suspek telah meragut beg miliknya yang diletakkan dalam bakul motosikal sebelum melarikan diri.

Wanita tersebut membuat laporan di balai polis berhampiran sejurus selepas insiden tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Lee Choon Guan berkata, berdasarkan maklumat yang diberikan oleh mangsa, pihak polis berjaya memberkas suspek.

Menurutnya, dengan penangkapan suspek itu, polis berjaya menyelesaikan lima kes ragut di bandar Muar.

“Siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai kesalahan rekod lampau termasuk dua rekod mengambil dadah.

“Pihak polis masih membuat siasatan lanjut untuk mengenal pasti rakan sejenayah yang masih bebas,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun ragut.

Puting beliung mengganas lagi


JERLUN - “Saya kembali trauma apabila dikejutkan dengan kejadian puting beliung yang berlaku di rumah saya lewat petang kelmarin,” kata seorang mangsa, Haton Saad, 58, di Kampung Permatang Bonglai Kecil dekat sini, semalam.

Pengalaman yang sama dialami Haton dua tahun lalu ditambah pula mengimbas kejadian petir yang menimpa anak keenamnya 17 tahun lalu mengembalikan trauma kepadanya sewaktu menyaksikan puting beliung berkenaan kelmarin.

Menceritakan detik cemas itu, Haton yang sedang mengaji al-Quran dalam biliknya pada ketika itu terkejut apabila terdengar bunyi angin yang kuat seolah-olah bunyi rumahnya meletup.

Menurutnya yang hanya berada bersama seorang daripada anaknya di rumah ketika kejadian, dia sempat melaungkan azan beberapa kali selepas menyaksikan puting beliung yang menerbangkan bumbung hadapan rumahnya.

“Saya nampak sendiri kejadian berlaku apabila sebahagian bumbung diterbangkan manakala bumbung zink di bahagian belakang rumah ditiup angin yang kuat.

“Kira-kira 10 minit juga ia berlaku sebelum reda walaupun ketika itu cuaca di luar hanya hujan renyai sahaja bercampur dengan dentuman guruh,” katanya.

Dalam kejadian puting beliung yang berlaku kira-kira jam lima petang kelmarin, difahamkan terdapat empat rumah termasuk sebuah gerai di Kampung Titi Tokdiah, Kubang Sepat dan sebuah rumah di Kampung Permatang Bonglai Kecil di sini terjejas akibat kejadian terbabit.

Kerusi gerai terbang sampai atas pokok



Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di Kampung Titi Tokdiah mendapati sebuah gerai makanan di tepi Jalan Sungai Korok selain empat rumah penduduk di situ turut terjejas dalam kejadian terbabit.

Peniaga gerai makanan, Norshakinah Shaari, 34, berkata, sewaktu kejadian dia berada di rumahnya yang terletak kira-kira 500 meter dari gerai miliknya itu.

Menurutnya, kejadian yang berlaku sekitar jam 4.30 petang kelmarin itu benar-benar mengejutkannya kerana ia adalah kejadian pertama menimpanya sejak 12 tahun berniaga di situ.

“Semasa kejadian saya baru sahaja tutup gerai kira-kira jam 2 petang dan pulang ke rumah untuk berehat, namun tidak menyangka kejadian ini sekelip mata memusnahkan sebahagian gerai makanan begitu sahaja melibatkan kerugian melebihi RM10,000.

“Cuaca pada ketika itu mendung sahaja dan orang ramai yang melalui jalan itu ada beritahu mereka nampak bagaimana pusaran angin datang dan menerbangkan gerai saya termasuk kerusi di gerai terpelanting sampai atas pokok mempelam berdekatan,” katanya.

Manakala seorang lagi mangsa, Mariah Omar, 44, berkata, sewaktu kejadian dia berada di dapur dikejutkan dengan jeritan anak bongsunya, Syafiqah Che Omar, 6, dari arah bilik tidur utama rumah mereka.

Menurutnya, sebaik menjerit, anaknya itu berlari ke dapur dan memberitahu bahawa biliknya dipenuhi batu simen daripada runtuhan bumbung akibat ditiup puting beliung itu.

“Dengan pantas pada masa itu suami mengangkat salah seorang lagi anak kami yang orang kelainan upaya (OKU) yang sedang baring di ruang tamu rumah untuk bergegas keluar bagi menyelamatkan diri.

“Pada masa sama ketika itu jiran menjerit meminta kami keluar dari rumah bagi menyelamatkan diri dan kejadian berlaku kira-kira 10 minit sahaja.

“Selepas ia berhenti barulah kami sedar tiga bilik termasuk bilik air dan ruang dapur terjejas apabila bumbung rumah diterbangkan selain sampah dan daun kering memenuhi ruang rumah,” katanya.

JKM siasat kerugian

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kubang Pasu, Mohd Shabberi Othman ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima semua laporan berkaitan kerosakan yang dialami mangsa puting beliung melibatkan empat rumah termasuk sebuah gerai di Kampung Titi Tokdiah dan sebuah rumah di Kampung Permatang Bonglai Kecil.

Menurutnya, pihaknya meninjau ke kawasan terlibat bagi menjalankan siasatan untuk mengenal pasti jumlah kerugian yang ditanggung semua mangsa itu.

“Kita akan menyiasat jumlah kerugian dan laporan akan diserahkan segera ke jabatan untuk tindakan selanjutnya.

“Bantuan kewangan untuk bencana alam akan diberikan kepada mangsa berdasarkan jumlah kerugian yang dikenal pasti dan bantuan akan disegerakan,” katanya.
SH

pasangan suami isteri ditahan




KAMPUNG SUNGAI NAMEK - Tindakan nekad dua pasangan suami isteri mengejar keuntungan segera dengan menjual air daun ketum bagi mendapatkan pendapatan sampingan akhirnya membawa padah apabila mereka berjaya ditahan, awal pagi semalam.

Difahamkan, kedua-dua lelaki yang ditahan dalam kes berasingan mempunyai talian persaudaraan dan mereka dipercayai melakukan perniagaan itu sejak beberapa bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superitendan Zaidong Mustaffa berkata, kedua-dua kes itu mendapatkan sumber bekalan bahan mentah secara percuma kerana menanam sendiri pokok ketum di sekeliling rumah.

Menurutnya, dalam kes pertama, serbuan dilakukan sekitar jam 7 pagi dalam sebuah rumah tidak bernombor oleh lapan anggota detektif Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) IPD Sik dengan diketuai Inspektor Awang Rablin Kasta.

“Dalam serbuan tersebut, pihak polis berjaya menemui 84 bungkusan plastik berisi air ketum seberat 16.80 liter yang disembunyikan dalam bilik air rumah bersama dengan peralatan memasak air ketum, periuk, tong gas serta dapur memasak.

“Dipercayai air ketum itu akan dijual kepada pelanggan yang singgah ke gerai isteri suspek dengan alasan ingin membeli nasi lemak, namun tujuan asal sebenar ingin mendapatkan air itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Zaidong berkata, mengikut harga pasaran bagi sebungkus air ketum itu biasanya akan dijual dengan harga RM2 dan mereka boleh mendapatkan pulangan pendapatan sekitar RM168 sehari.

“Berdasarkan hasil maklumat orang awam, gerai nasi lemak tersebut beroperasi pada waktu pagi manakala sebelah petang menjual laksa, dan pelanggan sering ke sana untuk mendapatkan bekalan mereka.

“Kedua-dua suspek yang ditahan berketurunan Melayu, lelaki berumur 39 tahun manakala isterinya berumur 31 dan hasil ujian saringan awal polis terhadap lelaki berkenaan mendapati positif dadah ketamine,” katanya.

Menurutnya, kes kedua, serbuan dilakukan di sebuah rumah yang juga tidak bernombor dengan jarak kira-kira 20 meter dari rumah pertama sekitar jam 7.15 pagi.

“Semasa serbuan dibuat mendapati terdapat sepasang suami isteri tinggal di rumah tersebut dan apabila menyedari kehadiran polis, suspek lelaki cuba bertindak agresif manakala isterinya berlari ke bilik air rumah untuk memecahkan bungkusan plastik air ketum.

“Dipercayai air ketum itu akan dijual kepada pelanggan kebanyakannya terdiri daripada golongan penoreh getah yang datang ke rumah mereka dan urus niaga dilaksanakan antara jam 5 hingga 6 pagi sebelum pelanggan ke tempat kerja,” katanya.

Zaidong berkata, polis berjaya menahan kedua-duanya dan mereka turut merampas 14 bungkusan air ketum seberat 2.8 liter, periuk, tong gas, dapur memasak serta satu beg plastik berisi daun ketum seberat 2.5 kilogram.

“Suspek lelaki yang ditahan berumur 33 tahun dan ujian awal polis mendapati suspek tersebut positif dadah ketamine, manakala isterinya berumur 28 tahun juga ditahan,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan jika disabitkan kesalahan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga empat tahun atau kedua-duanya sekali.

Bumbung musnah akibat ribut

SH


BUKIT JENUN – Sebanyak empat keluarga di Kampung Baru Bukit Jenun di sini dikejutkan dengan bencana ribut berserta angin kencang yang melanda kawasan itu sehingga menyebabkan bumbung dan dinding rumah mereka musnah dalam kejadian terbabit.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 6 petang kelmarin mengejutkan penduduk kampung itu dan beberapa kampung berhampiran dan beberapa pokok turut tumbang.

Mangsa, Saad Hussin, 82, berkata, ketika kejadian dia berada di dapur rumahnya dan terkejut apabila ribut berserta angin kencang memusnahkan bumbung rumahnya.

“Ketika itu hujan lebat, saya sedang berbual dengan ahli keluarga di dapur dan tiba-tiba terdengar bunyi kuat di bahagian atas dan mendapati seluruh bumbung rumah diterbangkan angin.

“Kejadian yang berlaku hanya sekelip mata itu tambah mengejutkan saya sekeluarga apabila pokok mangga berusia lebih 20 tahun tepi rumah saya turut tumbang,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya semalam.

Menurutnya, dalam kejadian itu dia mengalami kerugian lebih RM2,000 apabila keseluruhan bumbung rumah diterbangkan angin sehingga menyebabkan air hujan melimpahi kawasan atas dan bawah rumahnya.

Saad berkata, banyak kelengkapan rumah turut mengalami kerosakan akibat dilimpahi air hujan kerana tidak sempat diselamatkan.

“Saya bersyukur kerana pokok mangga yang tumbang itu tidak menghempap rumah saya kerana jarak pokok itu dengan rumah terlalu dekat.

“Kejadian ini adalah kali pertama yang berlaku di kawasan kampung ini,” katanya.

Terus tutup suis elektrik


Sementara itu, seorang lagi mangsa, Limah Din, 70, berkata, kejadian itu menakutkannya sehingga menyebabkan dia bertindak menutup semua suis elektrik di rumahnya.

Limah berkata, ketika kejadian dia berada di rumah bersama seorang cucunya.

“Pokok besar tumbang sehingga menghempas pendawaian elektrik dan menghasilkan api serta menyinari ruang rumah saya,” katanya.

Bagi Noraziah Zulkifli, 26, dia turut terkejut melihat bunyi kuat dari bahagian atas rumahnya.

Noraziah berkata, rumah itu disewanya dan dia hanya menyewa rumah itu di bahagian bawah sahaja, namun kerosakan itu dibaiki pemilik rumah dengan segera.

Namun bagi seorang mangsa, Rusdi Shaarif, 38, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumah dan terkejut melihat beberapa bumbung rumah penduduk kampung diterbangkan angin dan beberapa pokok turut tumbang, tetapi selepas sampai di rumah mendapati nasibnya juga sama dengan penduduk lain.

Penghulu turun padang


Ketika tinjauan ke kawasan bencana ini, Sinar Harian menemui Penghulu Mukim Air Puteh, Zakaria Mansor dan beliau berkata, difahamkan kejadian jam 6 petang kelmarin memusnahkan rumah empat keluarga dan beberapa tanaman penduduk.

Menurutnya, beliau turun padang bagi menemui mangsa bencana untuk menilai kerugian yang dialami supaya dapat didaftarkan untuk diberikan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Zakaria berkata, kejadian ini adalah pertama kali berlaku di kampung ini.

Turut membantu mangsa bencana itu di kampung terbabit adalah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Pendang.

Dua sahabat karib maut, motosikal langgar lori

SH

TANAH MERAH – Dua sahabat karib ditakdirkan menemui ajal bersama apabila motosikal yang ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 62, Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli malam semalam.

Ketika kejadian, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang belajar tinju di Air Machang.

Kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu menyebabkan mangsa, Wan Syahrul Nizam Wan Kamaruzaman, 15, dari Kampung Lalang dan Mohd Yussuf Fauzi, 14, terperosok ke bawah lori balak setelah merempuh lori itu yang diletakkan di bahu jalan.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud berkata, ketika kejadian, pemandu lori balak berusia 47 tahun dalam perjalanan mengambil kayu dari Meranto, Gua Musang.

Menurutnya, pemandu yang tinggal di Batu Hitam, Tanah Merah kemudian singgah berehat di sebuah kedai sebelum menghantar kayu balah ke salah sebuah kilang papan di daerah ini.

“Ketika sedang berehat, dia terdengar satu bunyi kuat dari arah lorinya lalu bergegas ke tempat kejadian. Pemandu terbabit mendapati dua remaja terperosok ke bawah lori dalam keadaan cedera parah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Abdul Aziz berkata, kedua-dua mangsa dipercayai datang dari arah Jeli dan merempuh lori balak yang diletakkan di bahagian kiri jalan.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan meninggal di tempat kejadian.

“Jenazah kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Daerah Tanah Merah untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, mangsa kemalangan di Jalan Tanah Merah Gual Ipoh berhampiran Sekolah Kebangsaan Kelewek pagi semalam, Zul Amri Mohd Hanapi,17, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian jam 11.35 malam. Beliau menasihatkan ibu bapa agar peka dengan keselamatan anak masing-masing.

Dua sahabat karib maut, motosikal langgar lori

SH

TANAH MERAH – Dua sahabat karib ditakdirkan menemui ajal bersama apabila motosikal yang ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 62, Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli malam semalam.

Ketika kejadian, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang belajar tinju di Air Machang.

Kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu menyebabkan mangsa, Wan Syahrul Nizam Wan Kamaruzaman, 15, dari Kampung Lalang dan Mohd Yussuf Fauzi, 14, terperosok ke bawah lori balak setelah merempuh lori itu yang diletakkan di bahu jalan.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud berkata, ketika kejadian, pemandu lori balak berusia 47 tahun dalam perjalanan mengambil kayu dari Meranto, Gua Musang.

Menurutnya, pemandu yang tinggal di Batu Hitam, Tanah Merah kemudian singgah berehat di sebuah kedai sebelum menghantar kayu balah ke salah sebuah kilang papan di daerah ini.

“Ketika sedang berehat, dia terdengar satu bunyi kuat dari arah lorinya lalu bergegas ke tempat kejadian. Pemandu terbabit mendapati dua remaja terperosok ke bawah lori dalam keadaan cedera parah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Abdul Aziz berkata, kedua-dua mangsa dipercayai datang dari arah Jeli dan merempuh lori balak yang diletakkan di bahagian kiri jalan.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan meninggal di tempat kejadian.

“Jenazah kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Daerah Tanah Merah untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, mangsa kemalangan di Jalan Tanah Merah Gual Ipoh berhampiran Sekolah Kebangsaan Kelewek pagi semalam, Zul Amri Mohd Hanapi,17, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian jam 11.35 malam. Beliau menasihatkan ibu bapa agar peka dengan keselamatan anak masing-masing.

Ancaman nelayan asing



Oleh Ramli Hussin
bhkb@bharian.com.my
2011/03/11




KEHADIRAN nelayan  asing   di kawasan perkampungan di Tok Bali membimbangkan penduduk tempatan.
KEHADIRAN nelayan asing di kawasan perkampungan di Tok Bali membimbangkan penduduk tempatan.

Warga Thailand, Vietnam, Kemboja kerja di Tok Bali


PASIR PUTEH: Kehadiran nelayan asing termasuk dari Thailand dan Vietnam yang semakin bertambah di jeti pendaratan ikan di Tok Bali, di sini dan bergerak bebas memasuki perkampungan, merisaukan penduduk tempatan.
Sebelum ini, penduduk tempatan hanya melihat kelibat nelayan dari Thailand tetapi kini nelayan Kemboja dan Vietnam yang langsung tidak boleh bercakap atau memahami bahasa Melayu berkeliaran di sekitar kampung berhampiran.
Nelayan terbabit, dengan penampilan menggerunkan termasuk mempunyai tatu di badan dilihat sering mengunjungi kedai makan secara berkumpulan dalam keadaan mabuk sehingga menimbulkan kebimbangan penduduk.

Tumpuan kedai makan atau premis yang menjadi pilihan mereka ialah yang menyediakan pelayan daripada negara jiran selain menyediakan minuman keras secara tertutup.

Kebanyakan nelayan itu mengambil kesempatan selepas mendaratkan hasil tangkapan mereka di pangkalan di sini dengan memasuki kampung, untuk mencari spesies hidupan liar seperti biawak, ular, tenggiling dan ada yang mendakwa mereka mencuri ternakan penduduk.

Difahamkan ketika ini nelayan asing yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan di Kelantan lebih 6,000 adalah dari Thailand tapi dipercayai terdapat warga Kemboja dan Vietnam yang menyamar sebagai rakyat Thailand, bertujuan bagi memudahkan mereka mendapat buku pelaut untuk bekerja di sini. 
Seorang penduduk, Mohd Saupi Ishak, 47, berkata kemasukan nelayan asing yang bergerak bebas di kawasan perkampungan amat membimbangkan penduduk tempatan memandangkan mereka bergerak secara berkumpulan.

Mohd Saupi berkata, beliau berharap pihak berkuasa mengehadkan kemasukan nelayan asing di kawasan pelabuhan sebelum sesuatu yang buruk berlaku kepada penduduk kampung.

“Perangkaan terkini nelayan asing yang berada di negeri ini dianggarkan lebih 6,000 orang sedangkan nelayan tempatan yang ada hanya 3,000 termasuk nelayan tradisional.

"Apa yang berlaku sekarang amat membimbangkan terutama apabila mereka berlabuh dalam jangka masa panjang. Ekoran daripada itu mereka mengambil kesempatan dengan memasuki kampung untuk mencari haiwan liar selain mencuri ternakan, tanaman seperti tembikai, sayur yang diusahakan petani di sini," katanya.

Pengusaha restoran, Rosdi Said, 43, berkata beberapa tahun lalu nelayan asing yang berlabuh di sini tidak agresif seperti sekarang.

Katanya, sebelum ini golongan pengusaha kedai makan dan restoran memang mengharapkan kehadiran mereka selain dapat membantu negara dalam memesatkan industri produk berasaskan hasil laut sekali gus boleh merancakkan ekonomi setempat.

"Tetapi kini apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila mereka semakin berani bertindak di luar batasan seperti mencuri hasil tanaman serta ternakan selain bergaduh dengan penduduk atau bergaduh sesama sendiri akibat mabuk," katanya.

Sementara itu Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Pasir Puteh, Zawawi Othman, ketika dihubungi berkata, memang diakui perkara demikian berlaku sejak dulu lagi dan beliau berharap pengusaha bot dapat memantau pergerakan nelayan mereka. 

Lima wanita dakwa rugi RM50,000



Oleh Mahani Ishak
bhjb@bharian.com.my
2011/03/11

JOHOR BAHRU: Tertarik dengan pelbagai ganjaran ditawarkan sebuah syarikat kecantikan menyebabkan lima wanita mendakwa kerugian kira-kira RM50,000 apabila 14 rangkaian kedai itu menutup perniagaan secara serentak, Sabtu lalu. 

Kebanyakan mangsa yang menjangkau usia pertengahan mengakui terpesona dengan janji bayaran rebat ditawarkan untuk setiap pakej disertai, selain mahu tampil anggun dengan raut wajah cantik dan tubuh langsing.
Namun, impian itu lebur apabila semua pusat kecantikan itu ditutup selepas pengurusannya bertukar tangan, membuatkan ratusan wanita yang berurusan dengan syarikat terbabit bingung, terutama sesi rawatan yang dijanjikan masih berbaki penuh.
Kontraktor dan pemilik syarikat, Lee Hwa Heong, 39, berkata sepanjang menjalani rawatan kecantikan pada 2009 menerusi cawangan syarikat itu di Nusa Bestari, beliau tidak curiga berikutan perkhidmatannya yang memuaskan hingga mendorongnya memilih empat pakej kecantikan. 

"Saya mengetahui mengenai pusat kecantikan itu selepas rakan memberitahu mengenai perkhidmatannya yang berkualiti dan mesra pelanggan, selain tertarik dengan rebat dijanjikan. Setakat ini, saya baru mengikuti 15 sesi kecantikan dan pelangsingan. 

"Tambahan saya sudah memperoleh dua cek awal tahun ini yang masing-masing berjumlah RM560," katanya pada sidang media di sini, semalam. 

Ibu kepada tiga anak itu mendakwa, kerugian RM16,000 kerana empat pakej kecantikan disertainya itu tidak dapat digunakan dan lebih dikesali apabila lapan daripada 10 cek rebat yang diberikan tidak dapat ditunaikan. 
Suri rumah, Lim Kim Heok, 48, tidak menduga pelaburan menggunakan simpanan yang dikumpulkan selama beberapa tahun tidak mendatangkan hasil apabila pusat kecantikan itu ditutup, hingga menyebabkan beliau kerugian RM5,600 untuk tiga pakej berasingan selain gagal menerima produk dijanjikan bernilai RM1,500. 

"Saya tidak menduga hanya berpeluang menjalani 20 sesi kecantikan sebelum dihubungi rakan yang memaklumkan syarikat itu ditutup. 

"Syarikat itu bukan saja berkembang di Johor Bahru tetapi dikenali di Muar dan Batu Pahat, tetapi saya terkejut kerana penutupan semua 14 premis cawangannya,” katanya. 

Pengerusi Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam Pemuda MCA Johor, Kua Song Tuck, berkata setakat ini pihaknya menerima aduan daripada lima wanita, termasuk golongan profesional yang mendakwa terpedaya dengan syarikat berkenaan membabitkan kerugian berjumlah RM50,000. 

Beliau berkata, semakan pihaknya mendapati syarikat kecantikan itu mempunyai sekurang-kurangnya 300 ahli, selain dipercayai mengaut keuntungan kira-kira RM10 juta menerusi tawaran pelbagai pakej rawatan. 

"Apabila kami melakukan semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), didapati pemilik dan rakan kongsi cawangan pusat kecantikan itu terdiri daripada individu sama iaitu seorang lelaki berusia 30-an. 

"Kami akan melaporkan kejadian ini kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) secepat mungkin," katanya. 

Bekas pemandu dipenjara sembilan tahun, 13 sebatan

SH: "

GEORGETOWN - Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan 13 sebatan terhadap bekas pemandu bagi dua kesalahan memiliki dadah empat tahun lalu.

Bagi kesalahan pertama, tertuduh A Rejini Ganth, 34, dihukum penjara sembilan tahun dan 10 sebatan, manakala kesalahan kedua hukuman penjara tiga tahun dan tiga sebatan.

Bagaimanapun hakim Nurmala Salim mengarahkan hukuman penjara dijalankan serentak dari tarikh ditangkap.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa memiliki heroin seberat 23.5 gram dan monoacetylmorphines seberat 30.3 gram di sebuah hotel pada 5.25 petang, 19 September 2007.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau minima lima tahun dan 10 sebatan.-Bernama"

51 warga asing ditahan

Utusan Malaysia



Anggota DBKL memeriksa dokumen pengenalan dan perjalanan pendatang asing yang ditahan dalam operasi bersepadu di Pasar Borong Selayang dan Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 10 Mac – Sebanyak 51 penjaja warga asing ditahan dalam operasi bersepadu pihak berkuasa di Pasar Borong Harian Selayang dan Pasar Borong Kuala Lumpur, awal pagi ini.
Operasi tersebut diketuai oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela).
Penguasa Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL, Minhad Ahmad berkata, operasi itu boleh dianggap berjaya walaupun kehadiran pihak berkuasa disedari oleh penjaja haram di situ dan bertindak melarikan diri.
Namun, katanya, pihaknya berjaya menahan sebahagian daripada mereka itu dan kesemua 51 pendatang asing itu dibawa ke ibu pejabat untuk pemeriksaan lanjut.
“Pemeriksaan kami mendapati kesemua warga asing itu tidak mempunyai lesen peniagaan yang sah manakala 10 daripada mereka tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah,” katanya sidang akhbar selepas operasi berakhir.
Minhad berkata, 41 daripada yang ditahan kemudian dilepaskan kerana mempunyai pasport manakala 10 orang lagi telah diserahkan kepada Imigresen untuk tindakan lanjut.
Katanya lagi, dalam operasi itu juga, DBKL telah menyita barangan-barangan perniagaan mereka yang terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan.
“DBKL tidak akan membenarkan warga asing menjaja merata-rata tempat kecuali di premis-premis bangunan dengan lesen yang sah.
“Selain itu, terdapat juga penjaja tempatan yang tidak berada di tempat berniaga ketika operasi dijalankan,” katanya.

Saman pemula Mustapa Kamal cabar Angkasa ditolak

Utusan Malaysia


11/03/2011 12:50pm

KUALA LUMPUR 11 Mac - Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Kuala Lumpur hari ini menolak saman pemula yang difailkan oleh Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Cawangan Kuala Lumpur, Datuk Mustapa Kamal Maulut bagi mencabar keputusan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa) yang menggantungnya daripada menyertai mana-mana persidangan atau mesyuarat koperasi itu bagi tempoh lima tahun.
Hakim Datuk Aziah Ali membuat keputusan itu hari ini.
Pada 28 Oktober 2010, Mustapa memfailkan saman pemula itu bagi memohon pengisytiharan keputusan Angkasa yang menggantungnya pada 26 Ogos tahun lalu sebagai tidak sah dan batal.
Beliau mendakwa, tiada sebarang peruntukan dalam undang-undang kecil Angkasa untuk melucutkan hak peribadinya daripada menghadiri mana-mana persidangan kebangsaan, negeri atau mesyuarat Angkasa.
Mustapa digantung selepas didapati bersalah melakukan perbuatan yang dikatakan memudaratkan Angkasa. - Utusan.

Sindiket samun kereta mewah lumpuh



ANTARA kereta mewah yang disamun ditemui semula selepas 11 suspek ditahan baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 10 Mac - Polis melumpuhkan satu sindiket samun kereta mewah di sekitar ibu negara yang menggunakan taktik langgar dari belakang selepas menahan 11 individu yang terlibat dalam kegiatan itu, baru-baru ini.
Kesemua suspek yang berusia antara 20 hingga 35 tahun dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya 20 kes samun kenderaan untuk tahun ini sahaja.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, sindiket ini menjadikan laluan lebuh raya di sekitar Lembah Klang sebagai lokasi jenayah mereka.
"Modus operandi kumpulan ini adalah mengekori kereta mewah dan melanggar belakang kenderaan itu sebelum menyamun mangsa dengan senjata seperti parang atau kayu sebaik sahaja pemandunya keluar dari kenderaan.
"Hasil siasatan polis mendapati, kira-kira 100 kes samun menggunakan modus sebegitu sejak 2009 sehingga Februari lalu membabitkan kerugian kira-kira RM10 juta," katanya pada sidang akhbar di Maktab Polis Diraja Malaysia Cheras di sini hari ini.
Tambah Bakri, susulan penahanan kesemua suspek itu, polis menemui lapan buah kereta mewah yang dicuri antaranya jenis Toyota Alphard, BMW, Mitsubishi Airtrek, Honda Civic dan Toyota Altis yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM800,000.
"Turut ditemui, pelbagai jenis senjata berbahaya seperti parang, pedang dan kayu yang digunakan untuk melakukan jenayah terbabit.
"Sebahagian daripada suspek juga dikesan memiliki rekod jenayah lampau, malah seorang daripadanya baru sahaja dibebaskan dari Penjara Simpang Renggam, Johor," katanya sambil menambah, kumpulan ini dikesan aktif melakukan kegiatan samun di lebuh raya sekitar Rawang dan Gombak.
Salah seorang daripada mangsa termasuklah Pengarang Sukan Utusan Malaysia, Meor Herman Meor Shakri yang disamun di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Rawang ketika pulang bertugas pada 8 Februari lalu.

20 dokumen mencurigakan dalam 4 fail

Utusan Malaysia


KUALA LUMPUR 10 Mac – Suruhanjaya Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock hari ini diberitahu terdapat lebih 20 dokumen yang mencurigakan dijumpai dalam empat fail tuntutan peruntukan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan yang diperoleh dari Pejabat Tanah dan Daerah Petaling.
Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Arman Alies, 35, berkata, dokumen itu ditanda semasa beliau membuat semakan untuk mencari empat invois dan sebut harga pembekalan serta pembinaan terhadap empat syarikat yang dicetak daripada komputer riba milik Beng Hock sekiranya ada di dalam fail-fail tersebut.
‘‘Dokumen itu dianggap mencurigakan kerana saya beranggapan seolah-olah bukan pemilik syarikat yang tandatangan tetapi sengaja diada-adakan.
‘‘Tandatangan tersebut juga terlalu sama selain ada dokumen yang ditandatangani oleh Beng Hock tetapi menggunakan cop rasmi Yang Berhormat (YB) Ean Yong Hian Wah,’’ katanya.
Menurut Arman, walaupun semakan itu bertujuan mencari empat dokumen sahaja, ia berlanjutan dari pukul 10.40 hingga 11.50 malam kerana Beng Hock lebih banyak berdiam diri seolah-olah cuba mengingati sesuatu selain membelek satu persatu dokumen di dalam empat fail keras itu.
Ketika itu, beliau dibantu oleh Penolong Penguasa Mohd. Ashraf Mohd. Yunus membuat tandaan pada dokumen-dokumen yang dianggap mencurigakan untuk dimaklumkan kepada Ketua Bahagian Siasatan SPRM Selangor, Hairul Ilham Hamzah bagi tindakan selanjutnya.
‘‘Apabila ditanya kenapa empat dokumen berada dalam komputer ribanya, Beng Hock menjawab mungkin ia dimuat turun daripada e-mel yang diterima. Dia juga tidak dapat ingat dengan tepat kerja-kerja pembinaan dan pembekalan yang telah dibuat.
‘‘Beng Hock juga tidak sedar bahawa arahan perbendaharaan memerlukan tiga sebut harga daripada syarikat berbeza dan hanya memproses apa yang diterima selain pemilihan kontraktor dibuat oleh YB Ean,’’ jelas beliau.
Bagaimanapun, kata Arman, empat dokumen tersebut gagal ditemui dan Beng Hock memberi jaminan untuk mengemukakannya kepada SPRM sekiranya ia ditemui dalam komputer pejabat.
Beliau kemudiannya menyuruh Mohd. Ashraf membawa Beng Hock keluar dari bilik mesyuarat utama dan berjumpa dengan Hairul Ilham untuk memaklumkan hasil semakan dokumen itu.
Semasa disoal oleh pegawai pengendali, Awang Armadajaya Awang Mahmud sama ada saksi mengambil kira kebajikan Beng Hock atau tidak mempedulikan lelaki tersebut, Arman dengan tegas menjawab:
‘‘Lepas keluar dari bilik mesyuarat saya tidak lagi jumpa Beng Hock. Pasal kebajikan, ada pegawai penyiasat. Saya tidak boleh cakap tidak peduli. Ia agak kasar. Pada saya, tugas rasmi saya sudah tamat.’’
Sementara itu, Arman yang bertugas di Bahagian Perisikan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya memberitahu, beliau diarah hadir dalam satu taklimat berkaitan penyelewengan peruntukan dua ahli DUN di SPRM Selangor pada pukul 7.15 pagi, 15 Julai 2009.
Beliau kemudiannya ditugaskan untuk mengesan seorang kontraktor di Sungai Buloh sebelum menemui lelaki berkenaan di Seksyen 25, Shah Alam.
Pada pukul 8 malam, dia dimaklumkan oleh Hairul Ilham terdapat empat dokumen yang tidak sepatutnya disimpan oleh Beng Hock dijumpai di dalam komputer ribanya dan mengarahkan dokumen yang sama dicari di dalam empat fail.

Bekas Exco didenda RM40,000

Utusan Malaysia


SUNGAI PETANI 10 Mac – Bekas Exco kerajaan negeri yang juga seorang doktor didenda RM40,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah mengendalikan klinik perubatan swasta yang tidak didaftarkan di bawah Kementerian Kesihatan.
Datuk Dr. Shuib Saedin, 54, dikenakan hukuman tersebut oleh Hakim Zainol Saad dengan alasan kesalahan itu serius dan melibatkan kepentingan awam.
Shuib yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka membayar denda itu. Ini merupakan kes pertama kesalahan seperti itu didakwa di mahkamah di negeri ini.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengendalikan sebuah klinik perubatan swasta, Klinik Shifa di Bukit Selambau, dekat sini yang digunakan bagi amalan perubatan pesakit luar tanpa didaftarkan mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Swasta 1998.
Shuib didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 7.40 malam, 22 September tahun lalu di Klinik Shifa, Gerai No. 1, pekan Bukit Selambau, dekat sini.
Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 4(1) akta tersebut dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(1)(b)(i) akta yang sama. Seksyen berkenaan memperuntukkan denda tidak melebihi RM300,000 atau penjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya.
Berdasarkan fakta kes, sepasukan anggota Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta, Jabatan Perubatan Kedah telah menyerbu klinik perubatan itu yang sedang beroperasi.

PKFZ: Bicara 3 individu didakwa menipu 12 April

Utusan Malaysia


SHAH ALAM 10 Mac - Perbicaraan kes terhadap tiga individu yang didakwa menipu dalam projek pembinaan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) akan didengar di Mahkamah Sesyen di sini mulai 12 hingga 14 April ini.
Tarikh berkenaan dimohon oleh pihak pendakwaan yang diketuai oleh Ketua Unit Pelucuthakan Harta Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Dzulkifli Ahmad pada prosiding pagi ini.
Mahkamah sepatutnya mendengar permohonan salah seorang tertuduh, Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi Sdn. Bhd., Stephen Abok, 52, supaya dilepaskan daripada 26 pertuduhan alternatif menipu OSK Trustees Bhd. dalam projek pembinaan PKFZ.
Bagaimanapun, peguam bela Stephen, Hisham Teh Poh Teik memohon supaya pendengaran itu ditangguhkan sementara menunggu semakan di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen, Asmadi Husin pada 11 Februari lepas yang menolak permohonan anak guamnya untuk memanggil seorang wartawan sebuah akhbar harian sebagai saksi untuk mengetepikan 26 pertuduhan itu.
Dzulkifli berkata, pihaknya tidak ada bantahan dengan penangguhan itu tetapi perbicaraan kes yang melibatkan ketiga-tiga individu itu mesti dijalankan dari 12 hingga 14 April ini tanpa menunggu sebarang keputusan rayuan dan semakan atau sebagainya.
Perbicaraan ketiga-tiga tertuduh sebelum ini dijadualkan bermula pada 29 dan 30 Mac ini.
Hisham bersetuju dengan permintaan Dzulkifli dan memohon mahkamah menetapkan tarikh mendengar permohonan Stephen supaya 26 pertuduhan pilihan ke atasnya digugurkan pada 7 April ini.
Asmadi menetapkan tarikh pendengaran permohonan itu pada 7 April ini selepas tidak mendapat bantahan daripada Dzulkifli.
Dzulkifli berkata, pihaknya memohon penangguhan perbicaraan ketiga-tiga mereka memandangkan Hisham perlu menghadiri beberapa kes rayuan dan semakan pada 29 dan 30 Mac ini sementara pihak pendakwaan perlu menghadiri satu persidangan pendakwaan dari 26 hingga 28 Mac ini.
Stephen; bekas pengurus projek Kuala Dimensi, Law Jenn Dong, 52; dan arkitek, Bernard Tan Seng Swee, 49, dari BTA Architect mengaku tidak bersalah pada 8 November lalu atas 24 pertuduhan pilihan menipu OSK Trustees Bhd. untuk membuat pembayaran berjumlah RM116.85 juta kepada Kuala Dimensi bagi dua projek di PKFZ.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di OSK Trustees di Plaza OSK, Ampang antara 30 Jun 2006 dan 20 Jun 2008.
Ketiga-tiga mereka didakwa menipu OSK Trustees untuk mempercayai bahawa kerja-kerja infrastruktur elektrik untuk sistem 33kV bagi PKFZ, Pulau Indah telah dilaksanakan sedangkan mereka mengetahui bahawa kerja-kerja itu tidak dilaksanakan.
Mereka juga didakwa menipu OSK Trustees untuk mempercayai bahawa sistem elektrikal 33kV ke Presint 2 dan Presint 8 bagi PKFZ telah dilaksanakan sedangkan mereka mengetahui kerja-kerja itu tidak dilaksanakan.
Tindakan mereka itu didakwa telah mendorong OSK Trustees untuk membuat pembayaran berjumlah RM116.85 juta.
Selain itu, Stephen dan Bernard Tan mengaku tidak bersalah terhadap dua lagi pertuduhan pilihan menipu OSK Trustees di antara 31 Julai 2007 dan 8 Oktober 2008 dengan memperdaya syarikat pemegang amanah itu untuk mempercayai bahawa sistem 33kV ke Presint 2 dan Presint 8 bagi PKFZ telah dilaksanakan.
Justeru, tindakan mereka telah mendorong OSK Trustees membayar RM5.42 juta kepada Kuala Dimensi.
Bagi setiap pertuduhan, mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda jika disabitkan kesalahan.
Sebelum ini, Stephen dan Bernard Tan mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan asal menipu Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membabitkan tuntutan RM5.42 juta pada 31 Julai dan 21 September 2007.
Bernard Tan dan Law pula menghadapi 24 pertuduhan asal menipu LPK bagi mendapatkan pengesahan pembayaran sebanyak RM116.85 juta kepada Kuala Dimensi melibatkan dua projek yang sama antara 30 Jun 2006 dan 30 Mei 2008. - BERNAMA

Mayat terdampar belakang flat bukan mangsa lemas


myMetro
KUALA LUMPUR: Polis menafikan mayat seorang lelaki yang ditemui terdampar di kawasan sungai di belakang Flat Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Pantai Dalam, di sini, pagi kelmarin mangsa lemas di Sungai Segambut berhampiran Kondominium Tiara, Ahad lalu.
Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, ketika dihubungi menafikan mayat lelaki yang ditemui kira-kira jam 8.30 pagi itu lelaki warga Indonesia yang dilaporkan hilang akibat lemas.

Menurutnya, mayat tanpa identiti itu milik lelaki lain yang belum dikenal pasti identitinya dan berdasarkan pemeriksaan awal, mayat terbabit tidak cedera.

“Bagaimanapun, kami menghantar mayat itu ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk memeriksa identitinya,” katanya.

Katanya, berdasarkan pakaian mayat, mangsa dipercayai bekerja sebagai pekerja kontrak.


Sementara itu, menurut sumber, Ketua Penghulu Penempatan Warga Indonesia di Segambut Dalam yang diminta mengecam mayat lelaki yang ditemui pagi kelmarin turut menafikan mayat berkenaan lelaki Indonesia yang lemas Ahad lalu.

Dalam kejadian Ahad lalu, tiga lelaki warga Indonesia lemas di Sungai Segambut ketika menjalankan kerja membersihkan sungai berkenaan.

Seorang mangsa ditemui di kawasan sungai berdekatan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Isnin lalu, manakala dua lagi mangsa masih gagal ditemui.

Seloroh terakhir


myMetro

PILU...Tuan Norhidayah sebak bakal suami meninggal dunia.
PILU...Tuan Norhidayah sebak bakal suami meninggal dunia.


PASIR PUTEH: “Dia sempat berjenaka dengan melafazkan akad nikah menerima saya sebagai isteri. Tak sangka impian itu musnah,” kata Tuan Norhidayah Tuan Lah, 24, tunang kepada Muhammad Nur Farhan Razali, 26, yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Bukit Gedombak, Jelor dekat sini, petang semalam.
Kemalangan maut itu menyebabkan impian Muhammad Nur Farhan melangsungkan pernikahan bersama tunangnya itu sempena tarikh lahirnya ke-26 malam tadi, tidak kesampaian.

Kejadian memilukan itu berlaku kira-kira jam 4.10 petang, apabila kereta Proton Satria dipandu Muhammad Nur Farhan bertembung sebuah lori ketika dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Pulau Kues, Kuala Berang, Terengganu menuju ke rumahnya di Kampung Baung, Pengkalan Chepa.

Pasangan terbabit sepatutnya diijabkabulkan di masjid Kampung Baung malam tadi, namun kemalangan yang meragut nyawa Muhammad Nur Farhan menyebabkan hasrat itu berkecai.


Menceritakan perbualan terakhirnya, Tuan Norhidayah yang juga lepasan Kolej Komuniti Selayang, Selangor, berkata dia dihubungi Mohd Nurfarhan kira-kira jam 2.30 petang semalam.


“Saya hairan kerana dia (arwah tunang) terlalu ceria dan ghairah untuk bernikah petang tadi (semalam). Ketika berbual melalui telefon, arwah sempat melafazkan ‘Aku terima nikah Tuan Norhayati Tuan Lah dengan mas kahwinnya sebanyak..., tunai’, melalui telefon menyebabkan saya terharu.

“Dia memberitahu akan tiba ke rumah saya di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, kira-kira jam 4 petang untuk mengambil baju persalinan pernikahan,” katanya yang sempat berbual dengan tunangnya itu selama kira-kira 15 minit.

Tuan Norhidayah berkata, tidak menyangka itu perbualan terakhir antara mereka berdua.

“Saya tidak menyangka kejadian ini akan berlaku. Ketika berada di sebuah kedai berdekatan rumah kira-kira jam 5 petang semalam, saya dihubungi keluarga lelaki menyatakan Muhammad Nur Farhan terbabit dalam kemalangan.

“Saya tak percaya sebelum bergegas ke hospital bersama keluarga untuk melihat keadaan sebenar. Walaupun diberitahu mengenai kematiannya, saya seperti sukar menerima kejadian yang berlaku ke atasnya,” katanya yang juga anak bongsu daripada lima beradik.

Tuan Norhidayah berkata, mengikut perancangan, dia akan tinggal bersama bakal suaminya itu di Felcra Pulau Kues, Kuala Berang, Terengganu.

“Sabtu lalu, kami bertemu kerana arwah pulang ke kampung dan dua minggu lalu, dia bercuti sakit selepas terbabit dalam kemalangan di Kecau-Merapoh, namun keadaannya beransur pulih beberapa hari lalu serta dapat memulakan tugas,” katanya.

Katanya, Allahyarham sebelum ini hanya datang merisik bersama keluarganya sebelum menetapkan tarikh pernikahan malam tadi bersempena hari lahirnya ke-26.

“Jika mengikut perancangan, majlis persandingan di rumah saya pada 13 Mac ini, manakala bagi pihak lelaki pula dua hari berikutnya,” katanya.

Bapa mangsa, Razali Salleh, 50, dari Kampung Baung, berkata dia yang sedang sibuk memasang khemah bagi persiapan majlis persandingan anak sulungnya itu terkejut dimaklumkan kemalangan membabitkan anaknya, petang semalam.

Kakitangan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Pasir Mas itu berkata, sebaik isterinya, Nur Aini Wan Jaafar, 50, dihubungi polis mengenai kemalangan itu, mereka sekeluarga bergegas ke hospital untuk melihat keadaan anaknya itu.

“Kebetulan saya sedang bercuti sebab nak buat persiapan persandingan anak.
Ketika dihubungi, saya sedang memasang khemah di rumah menyebabkan saya tergamam selepas isteri memberitahu anak terbabit dalam kemalangan maut,” katanya.

Menurutnya, keadaan arwah anaknya itu tidak berapa sihat kerana baru saja terbabit dalam kemalangan, namun begitu bersemangat untuk dinikahkan malam ini (malam tadi).

Tunai haji ghaib



TERSEBAR...ajaran Tarekat Naqsyabandiah Al Kholidiyah yang disebarkan melalui facebook.
TERSEBAR...ajaran Tarekat Naqsyabandiah Al Kholidiyah yang disebarkan melalui facebook.


IPOH: Tidak perlu berbelanja besar dan bersusah payah ke Makkah, sebaliknya hanya menjalani upacara ghaib dikenali sebagai ‘khatam batu’, pengikut sebuah ajaran sesat menganggap mereka sudah menunaikan Rukun Islam kelima serta menggunakan gelaran haji atau hajah.
Berdasarkan siasatan jabatan agama, ajaran sesat Tarekat Naqsyabandiah Al Kholidiyah itu didalangi seorang lelaki bergelar syeikh yang mempunyai pengikut sekitar Sungkai, Perak dan beberapa daerah berhampiran.

Ajaran yang diharamkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak itu turut memperkenalkan beberapa amalan lain yang bertentangan hukum syarak.

Bekas pengikut yang enggan namanya disiarkan mendakwa, ajaran sesat itu yang berkembang terutama di Kampung Menderang di Sungkai mempunyai kira-kira 100 pengikut terdiri di kalangan penduduk kampung.


Menurutnya, pada peringkat awal dia mengikuti ajaran yang turut terkenal di Indonesia itu, ia dilihat tidak jauh berbeza dengan tarekat lain yang cuba mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.


“Namun, agak menggusarkan apabila semua pengikut perlu mengikuti beberapa syarat awal sebelum menyertai tarekat itu antaranya diwajibkan mandi taubat dan sujud taubat.

“Selain itu, ada amalan mandi air zam-zam, kauthar dan mahfuz, kononnya bagi membuka hijab dan makrifat antara murid dengan syeikh berkenaan sebagai tok guru,” katanya.

Menurutnya, pengikut juga boleh melalui pengalaman dan melakukan Israk Mikraj seperti dilalui Rasulullah SAW.

“Ketika itu, saya mula sedar ajaran itu tidak masuk akal kerana hanya Rasulullah SAW diberikan mukjizat dan kelebihan untuk melalui pengalaman itu.

“Lebih pelik apabila pengikut boleh bergelar haji dan hajah tanpa perlu menunaikan ibadat itu di Makkah. Mereka hanya perlu melakukan ibadah itu secara ghaib melalui majlis dipanggil khatam batu, membabitkan zikir dan beberapa amalan lain,” katanya.

Menurutnya, terkini ajaran tarekat itu turut disebarkan melalui laman sosial facebook di Internet dalam usaha mencari lebih ramai pengikut.

Antara yang diketengahkan di laman sosial itu ialah perlunya setiap umat Islam menyertai tarekat terbabit kerana hanya dengan cara itu mereka memiliki tok guru dan itu kononnya satu kemestian di dalam Islam disebabkan Rasulullah SAW sendiri dikatakan memiliki guru iaitu malaikat Jibrail.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip), Mohd Yusop Husin berkata ajaran kumpulan tarekat terbabit diharamkan kerana ia didapati bertentangan amalan Tarekat Naqsyabandiah yang asal.

“Mereka melakukan amalan yang disandarkan kepada tarekat muktabar iaitu Terekat Naqsyabandiah, tetapi ada amalan tertentu yang diamalkan pengikut, berlawanan dengan tarekat sebenar.

“Antaranya mengerjakan ibadah haji secara ghaib atau dinamakan khatam batu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Mohd Yusop menasihatkan umat Islam berhati-hati dengan tarekat kerana bimbang mereka terjebak ajaran salah yang menyimpang akidah dan ajaran Islam.

“Ramai yang menyertai tarekat kerana mahu menjadi baik, tetapi ada amalan tertentu bertentangan hukum syarak.

“Justeru, kami meminta umat Islam berhati-hati dengan kegiatan seperti ini kerana ramai yang menggunakan Tarekat Naqsyabandiah atau nama tarekat lain yang muktabar, tetapi melakukan amalan terpesong.

Menurutnya, dalam soal tarekat, umat Islam mesti menyelidik dengan rapi siapa gurunya dan membuat rujukan terhadap amalan kerana dikhuatiri bertentangan Islam.

Sebelum ini, 14 ajaran atau kumpulan sudah difatwakan sebagai sesat di Perak iaitu Ajaran Azhar Wahab, Ajaran dan Amalan Ilmu Hakikat Hassan Jonit, Ajaran Islam Jamaah, Kumpulan Al Maunah, Ajaran dan Fahaman Anti Hadis serta Kumpulan Darul Arqam/Al-Arqam.

Ajaran lain ialah Tarian Bubu, Ajaran Ayah Pin, Syarikat Rufaqa’ Corporation, Ajaran Cahaya Qursani, Black Metal, Yoga, Pengkid dan Tidak Mendirikan Solat Jumaat Ketika Bersuluk.

myMetro