Search This Blog

Thursday, March 10, 2011

Bekas pramugara dalang geng culik

Utusan Malaysia



Tun Hisan Tun Hamzah menunjukkan satu daripada sepuluh kepingan emas yang dirampas daripada kumpulan penculik dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, Klang, semalam.


KLANG9 Mac – Polis berjaya memberkas kumpulan penculik yang diketuai seorang bekas pramugara kira-kira 15 minit selepas mereka menerima wang tebusan berupa 10 ketul emas bernilai RM1.44 juta dalam dua serbuan berasingan di bandar ini awal pagi ini.
Serbuan pertama yang melibatkan penahanan dua penculik dilakukan di Jalan Pos Baru di sini kira-kira pukul 1 pagi dan enam jam selepas itu tiga rakan jenayah mereka diberkas di Taman Sentosa.
Terdahulu, polis menyelamatkan seorang pengarah sebuah syarikat sekuriti berusia 62 tahun yang diculik kumpulan itu sejak Isnin lalu di lokasi dirahsiakan pada pukul 12.45 tengah malam iaitu kira-kira 48 jam selepas dia diculik.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pengarah syarikat terlibat yang menghidap penyakit kencing manis diculik di belakang sebuah restoran di Persiaran Raja Muda, Pelabuhan Klang di sini pada Isnin lalu.
Beliau berkata, selepas menculik mangsa, kumpulan penjenayah itu meminta 10 kilogram emas sebagai bayaran tebusan.
Menurut beliau, pihaknya yang menerima laporan berhubung kejadian telah menubuhkan pasukan khas dan berjaya memberkas mereka selepas bayaran tebusan diberi.
“Ketika diberkas kumpulan penculik itu menggunakan kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max yang ditampal pelekat Unit K-9 dan sebuah motosikal jenis Kawasaki.
“Kesemua penculik, terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan yang pernah bertugas sebagai pramugara selama 13 tahun dan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Nepal.
“Kita juga menemui semula 10 ketul emas di dalam kenderaan pacuan empat roda berkenaan,” kata beliau kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang di sini petang ini.
Hadir sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah yang mengetuai serbuan dan Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof.
Tun Hisan turut menunjukkan 10 ketul emas yang dirampas selain kenderaan pacuan empat roda dan motosikal Kawasaki milik penculik, lima unit telefon bimbit, wang tunai RM45, topeng ski dan ‘teaser gun’.
Tambah beliau lagi, semasa soal siasat dibuat, ada di antara penculik mengaku sebagai pelatih anjing tetapi siasatan yang dibuat mendapati mereka menipu.
“Kita juga mendapati kenderaan pacuan empat roda yang digunakan didaftarkan atas nama isteri salah seorang penculik,” katanya sambil memberitahu kesemua penculik berusia 30-an ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Akta culik 1961.
Katanya, kesemua mereka juga direman selama seminggu bermula hari ini.

'Hilang dan Jumpa' taktik terbaru seludup dadah

Utusan Malaysia


KUALA LUMPUR 9 Mac - Selepas pelbagai taktik dibongkar pihak berkuasa, sindiket pengedaran dadah antarabangsa kini dikesan menggunakan modus operandi (MO) baru menggunakan taktik 'Hilang dan Jumpa' bagi menyeludup masuk dadah melalui lapangan terbang negara.
Berikutan itu, polis merampas sejumlah 9.8 kilogram (kg) syabu bernilai 2.35 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dan menahan tiga orang termasuk dua wanita dalam tiga kes dari Sabtu lalu sehingga semalam.
Ini berikutan taktik menelan dadah atau mengubah suai bagasi yang dibawa mereka berjaya digagalkan pihak berkuasa melalui operasi penguatkuasaan yang ketat di semua pintu masuk negara itu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim (gambar) berkata, melalui MO terbaru itu, sindiket dadah tidak membawa bagasi seperti biasa tetapi akan melaporkan kehilangan bagasi yang dibawa anggota sindiket atau penyeludup upahan.
Katanya, selang beberapa hari kemudian, anggota sindiket kembali ke lapangan terbang terbabit untuk menuntut bagasi yang dilaporkan 'hilang'.
Beliau berkata, MO itu berjaya dibongkar JSJN Bukit Aman dalam operasi di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) apabila mengesan sebuah beg berisi dadah ditinggalkan di kaunter 'Hilang dan Jumpa', Sabtu lalu.
"Hasil pemeriksaan ke atas beg pakaian di KLIA, kita berjaya menemui 4.2 kilogram dadah yang bernilai RM1.1 juta. Bagaimanapun, tiada individu ditahan ketika operasi itu," katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.
Tambah Noor Rashid, kurang 24 jam selepas penemuan dadah itu, sepasang lelaki dan wanita warga Iran berjaya ditahan ketika datang ke kaunter 'Hilang dan Jumpa' bagi menuntut bagasi.
Katanya, curiga dengan tindakan suspek, pihaknya membuat pemeriksaan ke atas dua buah beg dan menjumpai dadah jenis syabu yang disembunyikan di dalam beg bagasi itu.
"Salah satu beg berisi 1.4 kilogram dadah jenis syabu manakala sebuah lagi yang dibawa oleh wanita Iran itu seberat 1.2 kilogram syabu. Kesemua dadah itu bernilai RM500,000," katanya.
Noor Rashid memberitahu, hasil risikan pihaknya turut berjaya menahan seorang wanita warga Vietnam berusia 30 tahun yang turut menuntut bagasi di kaunter Hilang dan Jumpa, semalam.
Katanya, hasil pemeriksaan ke atas bagasi suspek, pihaknya menemui dadah jenis syabu seberat tiga kilogram bernilai RM750,000 yang disembunyikan di bawah beg suspek.
"Hasil siasatan, wanita terbabit datang dari Doha ke Kuala Lumpur menggunakan penerbangan Qatar Airways.
"Kita masih lagi menjalankan siasatan jika mereka terdiri dari sindiket yang sama," katanya.
Beliau berkata, kesemua suspek kini ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Banjir di Kemaman dan Besut pulih

myMetro
KUALA TERENGGANU: Kawasan dilanda banjir di Kemaman dan Besut semalam akibat hujan lebat sejak Isnin lalu kini telah pulih sepenuhnya.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri, Zuhami Omar, berkata seramai 54 orang daripada 15 keluarga yang dipindahkan ke pusat pemindahan telah dibenarkan pulang ke rumah semalam.

Katanya, kawasan yang terlibat ialah Pekan Renek, Jabi di Besut melibatkan 20 mangsa dari enam keluarga yang berpindah ke Balai Raya Renek dan penduduk Kampung Sungai Mas, Kijal di Kemaman membabitkan 34 orang berpindah ke Balai Raya Kampung Sungai Mas.

Ada juga antara mangsa yang berpindah ke rumah saudara-mara masing-masing.

Cuaca di kebanyakan tempat di Terengganu termasuk kawasan yang dilanda banjir juga cerah sejak semalam.

Pembantu hakim didakwa rasuah

myMetro
SEREMBAN: Seorang pembantu hakim Mahkamah Tinggi Seremban bersama rakannya kakitangan Jabatan Penjara Seremban, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dakwaan menerima suapan sebanyak RM2,000 untuk menghilangkan fail kes mahkamah.
Pembantu hakim itu, Mohd Tarmidzi Zulkapli, 27, dan Adi Lala Rahim Mansah, 26, didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Ar Robah, Taman Desa Anggerik, Senawang pada 19 Sept 2008 dengan menerima suapan daripada Mohd Azam Azhari Juhari.

Tertuduh telah diminta untuk menghilangkan fail mahkamah yang mengandungi kes rogol melibatkan Azam.

Kedua-dua lelaki itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ketika pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Datin Nursinah Adzmi.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh perbicaraan pada 7 April depan.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 10(a)(aa) dan dihukum di bawah Seksyen 16 Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari 14 hari dan tidak melebihi 20 tahun penjara dan didenda tidak melebihi lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000.

Pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Fieza Fazlin Fandi dan kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.- Bernama

Tiga pelajar samseng

href="http://www.hmetro.com.my/articles/Tigapelajarsamseng/Article">myMetro

NOREL AZMI...ambil keterangan tiga pelajar.
NOREL AZMI...ambil keterangan tiga pelajar.


HULU SELANGOR: Tiga pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini, bertindak samseng dengan mengugut untuk membunuh seorang guru disiplin, kelmarin.
Difahamkan, kumpulan terbabit bertindak demikian kerana tidak puas hati apabila guru terbabit enggan menerima buku teks yang mahu dipulangkan mereka.

Berikutan itu, ketiga-tiga pelajar terbabit ditahan pihak berkuasa sejurus guru lelaki berkenaan membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.

Kejadian itu bermula kira-kira jam 11 pagi apabila tujuh pelajar sekolah berkenaan pergi ke pejabat sekolah bertemu pengetua untuk memulangkan buku teks yang enggan digunakan mereka.


Menurut sumber, tindakan tujuh pelajar itu yang berlagak samseng dengan meluru masuk ke pejabat sekolah tanpa meminta kebenaran bagaimanapun cuba dihalang guru berkenaan.


“Hairan dengan tindakan pelajar terbabit, guru disiplin itu bertanyakan tujuan mereka mahu berjumpa pengetua dan mereka memberitahu mahu memulangkan buku teks yang tidak mahu digunakan lagi.

“Guru itu menjelaskan kepentingan dan salah faham yang timbul mengenai buku berkenaan yang dianggap memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar,” katanya.

Namun, pelajar terbabit tidak puas hati dengan penjelasan guru itu dan menganggap dia sengaja menghalang mereka bertemu pengetua dan mula bertindak biadab dengan meninggikan suara.

Sumber berkata, guru disiplin yang tergamam dengan tindakan pelajar terbabit cuba menenangkan keadaan dan menjelaskan perkara sebenar.

“Bagaimanapun, keadaan menjadi kecoh apabila tiga daripada pelajar terbabit mengugut guru itu kerana mendakwa dia menyinggung perasaan mereka,” katanya.

Bimbang keselamatan diri berikutan ugutan pelajar terbabit, guru berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendy ketika dihubungi mengesahkan penahanan ketiga-tiga pelajar itu.

Menurutnya, semua mereka ditahan dalam tempoh 24 jam bagi mengambil keterangan berhubung insiden itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sementara itu, Bernama memetik Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan, sebagai berkata beliau akan mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa dan guru sekolah berkenaan esok berhubung isu buku teks itu.

“Saya akan pastikan pelajar menerima kembali buku berkenaan kerana itu arahan kerajaan yang mengekalkan novel berkenaan sebagai teks komponen sastera (Komsas) tingkatan lima,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.

Kamalanathan berkata, berikutan kejadian itu, guru berkenaan sudah membuat laporan polis kerana mendakwa diugut abang seorang daripada pelajar itu pada Isnin lalu, manakala pelajar terbabit turut membuat laporan polis kerana perkataan yang digunakan guru itu.

Polis tumpas geng langgar dan samun kereta mewah

myMetro


KUALA LUMPUR: Taktik licik 11 lelaki yang menyamun kereta mewah dengan cara melanggar belakang kereta tersebut di kawasan sunyi, tumpas selepas polis menahan mereka serta merampas lapan kereta mewah bernilai RM1 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata lelaki berumur 20 hingga 35 tahun itu ditahan sejak dua minggu lalu dan dipercayai terbabit lebih 10 kes samun kereta mewah di lebuh raya di sekitar Lembah Klang sejak awal tahun ini.

"Antara kereta mewah yang berjaya dirampas ialah Toyota Alphard, BMW, Mitsubishi Airtrek dan Honda Civic.

"Modus operandi kumpulan ini adalah dengan sengaja melanggar kereta mangsa di kawasan sunyi sebelum melarikan kereta serta barangan berharga mereka. Mangsa pula akan ditinggalkan di tepi jalan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya daripada tangkapan itu, polis turut menjumpai parang, kayu dan pistol yang mungkin digunakan suspek sebagai senjata untuk mengugut mangsa. Bakri berkata, polis melalui Ops Lejang Elite, yang dilancarkan untuk mengesan kegiatan samun kereta mewah pada ketika ini sedang giat mengesan saki baki anggota kumpulan itu yang menggunakan modus operandi sama. - Bernama

Lelaki bebas tuduhan dadah dinasihat taubat

myMetro


SHAH ALAM: Seorang lelaki yang bekerja sendiri dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini tanpa dipanggil membela diri atas tuduhan mengedar dadah, tahun lepas.
Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas Muhamad Aizat Abdul Manab, 26.

Dalam penghakimannya, Mohtaruddin berkata meskipun tertuduh mempunyai pengetahuan ke atas dadah yang dijumpai dalam sebuah almari yang terletak di dalam bilik stornya, namun pendakwaan gagal membuktikan beliau (Muhamad Aizat) mempunyai kawalan dan milikan ke atas dadah tersebut.

"Dalam kes ini, pihak pendakwaan boleh menuduh kedua-dua ibu bapa awak tetapi tidak berbuat demikian. Maka itu, awak bernasib baik dan perlu bertaubat," katanya ketika memberikan keputusannya.

Muhamad Aizat didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 479.02gram di No 10, Desa Al-Amin, Sungai Tangkas, Kajang di Daerah Hulu Langat, Selangor, kira-kira pukul 1.15 pagi, 23 April 2010. Dia didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


Seramai enam saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Yasser Mohd Nasri manakala peguam Muhammad Rafique Rashid Ali mewakili Muhamad Aizat. - Bernama

Dua maut kereta gagal memotong

myMetro
JASIN: Seorang pelajar Politeknik Merlimau, di sini, sempat memasak juadah terakhir untuk dimakan bersama rakan serumahnya sebelum maut dalam kemalangan di Kilometer 29, Jalan Melaka-Muar, Sebatu, dekat sini, semalam.
Mangsa, Muhammad Jeffrey Jamian, 20, memasak nasi goreng sebagai sarapan untuk dia dan tiga rakan di rumah sewa mereka di Taman Muhibbah, dekat sini, kira-kira jam 10 pagi.

Rakan arwah, Mohd Izwandi Azamey, 20, berkata sebelum ke kelas, Muhammad Jeffrey memasak nasi goreng untuk dia dan dua lagi rakan makan bersama.

“Saya tidak sangka nasi goreng itu juadah terakhir dimasak arwah untuk kami,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Jasin, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang, kereta Proton Wira dipandu Muhammad Jeffrey cuba memotong kenderaan di hadapannya, namun tidak berjaya menyebabkannya bertembung sebuah pikap Mitsubishi Triton yang datang dari arah bertentangan.


Berikutan itu, mangsa maut di tempat kejadian kerana parah di kepala dan badan. Turut terbunuh seorang lagi rakannya, Mohammad Yazair Ingan, 20, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan manakala seorang lagi rakan mereka, Mohd Ikhmahisham Ibrahim, 20, yang berada di belakang parah.

Mereka pelajar tahun akhir Sijil Ukur Tanah (Jabatan Kejuruteraan Awam) Politeknik Merlimau.

Sementara itu, ibu Muhammad Jeffrey, Jumiah Hashim, 46, berkata anaknya itu hampir setiap minggu pulang ke rumahnya di Taman Bakri Jaya, Muar, Johor.

“Anak saya pulang ke rumah petang Jumaat lalu dan kembali semula ke Politeknik Merlimau hujung minggu. Saya tak nampak perubahan pada dirinya kerana dia seperti biasa dan mengikut saya menziarahi keluarga,” katanya.

Kelindan lori mati dalam bilik tidur

myMetro
PETALING JAYA: “Saya terbau seperti bangkai binatang dari arah tingkat atas ketika menyidai baju di luar rumah sebelum menyuruh anak lelaki saya memeriksa apa yang berlaku,” kata saksi penemuan mayat lelaki, Jamiah Ahmad Leong, 65, di Blok A Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Seksyen 8, Kota Damansara, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, Jamiah yang tinggal di tingkat 11 menyidai baju sebelum terbau busuk dari sebuah unit di tingkat 12.

Dia yang berasa pelik menyuruh anak lelakinya yang baru selesai mandi pergi memeriksa.

Jamiah berkata, anaknya ditemani beberapa jiran ke sebuah unit di tingkat berkenaan selepas memaklumkan penghuni unit itu kali terakhir dilihat pada Isnin lalu.

“Selepas itu, anak saya menghubungi adik mangsa,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed, berkata mangsa dikenali sebagai L Manamohan, 49, ditemui dalam keadaan bogel dan telentang di atas tilam di dalam bilik tidurnya.

Katanya, adik mangsa memecahkan pintu rumah yang berkunci dari dalam sebelum masuk dan menemui mayat abangnya yang juga seorang pekerja kelindan lori.

“Menurut adik mangsa yang tinggal di kawasan sama, dia gagal menghubungi abangnya sebelum datang ke rumah itu untuk membuat pemeriksaan.

“Setakat ini, kami mengklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur jenayah,” katanya dalam sidang media majlis pelupusan barang kes di sini, semalam.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

Polis mati dek kencing tikus

href="http://www.hmetro.com.my/articles/Polismatidekkencingtikus/Article">myMetro

SEDIH...Zamilah (kiri) dan anak perempuan, Norhidayah menunjukkan MyKad arwah Azizan yang maut akibat virus kencing tikus.
SEDIH...Zamilah (kiri) dan anak perempuan, Norhidayah menunjukkan MyKad arwah Azizan yang maut akibat virus kencing tikus.

KUALA KANGSAR: “Saya sangka dia demam panas akibat penat menjalani latihan dan tidak menyangka dia dijangkiti virus kencing tikus,” kata Zamilah A’ala, 52, ibu Mohd Azizan Azirid, 25, pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) yang meninggal dunia akibat diserang bakteria leptospirosis (kencing tikus) dan virus adeno, malam kelmarin.
Menurutnya, Azizan yang mengikuti latihan di Pulapol Jalan Semarak, Kuala Lumpur pernah menghubunginya mengadu demam panas selang seminggu selepas mula menjalani latihan di Pulapol, tetapi masih meneruskan latihan.

“Saya terkejut apabila dia dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 1 Mac lalu selepas pengsan ketika latihan kawat kaki.

“Apa yang saya tahu dia mengalami demam panas, cirit-birit dan batuk sebelum meninggal dunia,” katanya.


Zamilah yang ditemui di rumahnya di sini, semalam, berkata, pada mulanya doktor gagal mengesan penyakit arwah sehingga anaknya itu terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana paru-parunya mengalami jangkitan bakteria.


“Sepanjang berada di ICU, Azizan bergantung kepada mesin pernafasan. Selain kurang bercakap dan demam panas melampau, dia turut hilang selera makan menyebabkannya kurus.

“Ketika dirawat di hospital, arwah sempat memberitahu dia tidak mahu meneruskan latihan di Pulapol kerana tidak tahan dengan latihan,” katanya.

Menurutnya, pada masa sama, arwah turut bimbang namanya akan disenarai hitam jika gagal menamatkan latihan sekali gus menyukarkan dia memohon jawatan lain dalam kerajaan.

Menurutnya, sebelum menerima tawaran sebagai pelatih konstabel polis itu, arwah bekerja sebagai pembantu jurujual di kedai runcit di pekan Kuala Kangsar sejurus tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Zamilah berkata, dia tidak menggalakkan arwah bekerja sebagai polis kerana pekerjaan itu bahaya namun akur kerana arwah sudah lama menanti untuk mendapatkan pekerjaan dalam kerajaan.

Difahamkan Mohd Azizan yang mula mendaftar sebagai pelatih konstabel di Pulapol di Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 1 Januari lalu, dimasukkan HKL pada 1 Mac lalu selepas tidak sedarkan diri.

Selepas lapan hari, arwah yang berasal dari Kampung Sayong Tebing, Kuala Kangsar, di sini, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8 malam kelmarin, akibat serangan virus bahaya itu.

Rokok bernilai RM2 juta dirampas

Kosmo! Online


10/03/2011 5:05pm

BUTTERWORTH - Pegawai penguat kuasa kastam Pulau Pinang merampas rokok putih bernilai sekitar RM2.02 juta yang ditemui dalam sebuah lori 20 tan membawa barangan pengguna di Terminal Kargo Utara Butterworth (NBCT) di sini, yang dipercayai rokok cuba diseludup, Selasa lepas.
Pengarah Kastam negeri, Datuk Zulkifli Yahya berkata, nilai rampasan rokok jenama Paradox berjumlah 4,217,600 batang sebelum dicukai itu dianggar lebih RM463,936.
"Beberapa paket rokok yang ditemui itu didapati tidak dilekat dengan tanda
“Amaran Oleh Kerajaan Malaysia”, tidak mempunyai duti setem, tiada tanda dakwat keselamatan serta tidak dipaparkan gambar amaran yang disyorkan Kementerian Kesihatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, seorang agen penghantaran dalam lingkungan 40-an ditahan untuk membantu siasatan.
Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(g) Akta Kastam 1967(semakan 1980) iaitu berkaitan kesalahan mengimport atau mengeksport barang tidak berkastam atau apa-apa barang larangan, yang jika disabit kesalahan boleh membawa denda tidak kurang dari 10 kali ganda nilai barang-barang dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai barang atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. - Bernama

2 bot nelayan cuba seludup ikan ditahan

Kosmo!


10/03/2011 4:13pm

PASIR PUTEH 10 Mac - Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Daerah Tok Bali menahan dua bot nelayan yang dipercayai cuba menyeludup 100 metrik tan ikan bernilai RM23,000 ke negara jiran, semalam.
Pegawai Memerintah KM Amanah Lt Komander Mohd Kharulanuar Abdul Majid @ Razali berkata, kedua-dua bot, sebuah milik nelayan tempatan dan sebuah lagi milik nelayan asing, ditahan bersama 70 nelayan asing dalam satu operasi APMM semalam.
"Aktiviti mereka terbongkar apabila kedua-dua bot itu dikesan sedang berhimpit-himpit bagi tujuan berkenaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.
Katanya, apabila menyedari kehadiran kapal KM Amanah, kedua-dua bot itu memadamkan lampu supaya sukar dikesan dan cuba melarikan diri, tetapi mereka berjaya ditahan pada jarak kira-kira 100 batu nautika dari Timur Tok Bali. - Bernama

Kegiatan samun kereta mewah lumpuh

Kosmo!


10/03/2011 4:18pm

KUALA LUMPUR – Taktik licik 11 lelaki yang menyamun kereta mewah dengan cara melanggar belakang kereta tersebut di kawasan sunyi tumpas selepas polis menahan mereka serta merampas lapan kereta mewah bernilai RM1 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, kesemua lelaki berumur 20 hingga 35 tahun itu ditahan sejak dua minggu lalu yang dipercayai terbabit lebih 10 kes samun kereta mewah di lebuh raya di sekitar Lembah Klang sejak awal tahun ini.
"Antara kereta mewah yang berjaya dirampas ialah Toyota Alphard, BMW, Mitsubishi Airtrek, Honda Civic dan Toyota Altis.
"Modus operandi kumpulan ini adalah dengan sengaja melanggar kereta mangsa di kawasan sunyi sebelum melarikan kereta serta barangan berharga mereka. Mangsa pula akan ditinggalkan di tepi jalan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Katanya, daripada tangkapan itu, polis turut menjumpai parang, kayu dan pistol yang mungkin digunakan suspek sebagai senjata untuk mengugut mangsa.
Bakri berkata, polis, melalui Ops Lejang Elite, yang dilancarkan untuk mengesan kegiatan samun kereta mewah pada ketika ini sedang giat mengesan saki baki anggota kumpulan itu yang menggunakan modus operandi sama. – Bernama

Tak sempat rai perkahwinan kakak

Kosmo!


10/03/2011 5:01pm

KUALA LUMPUR - Hasrat seorang pemuda meraikan perkahwinan kakaknya Sabtu ini tidak kesampaian apabila dia maut setelah terjun dari tingkat dua sebuah rumah kedai di sini bagi mengelakkan serangan sekumpulan lelaki.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supritendan Zainuddin Ahmad berkata, pemuda itu Khairul Helmi Kamaruddin, 20, mengunjungi sebuah pusat Internet di Taman Melati awal pagi ini apabila sejurus kemudian sekumpulan lima lelaki bersenjatakan parang, rantai dan batang besi menyerbu masuk ke pusat itu pada 3.00 pagi.
Katanya, oleh kerana ketakutan, Khairul Helmi serta tujuh pelanggan lain bergayut pada tingkap bangunan sebelum terjun bagi menyelamatkan diri.
"Tetapi malangnya Khairul Helmi patah tengkuk dan meninggal dunia di tempat kejadian, dua lagi koma manakala lima lagi sempat melarikan diri.
"Beberapa orang pelanggan lain sempat meluru ke bilik belakang pusat Internet itu dan mengunci pintu ketika suspek menyerang meja kaunter bayaran dan memukul juruwang.
"Manakala seorang pelanggan diserang dengan parang dan seorang lagi ditarik keluar dan dibawa lari,” kata Zainuddin.
Zainuddin berkata, motif serangan itu dipercayai balas dendam ekoran satu pergaduhan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

Penjara 9 tahun, 13 sebatan

Kosmo!


10/03/2011 5:30pm

GEORGE TOWN - Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan 13 sebatan terhadap bekas pemandu bagi dua kesalahan memiliki dadah empat tahun lepas.

Bagi kesalahan pertama tertuduh A. Rejini Ganth, 34, dihukum penjara sembilan tahun dan 10 sebatan manakala kesalahan kedua hukuman penjara tiga tahun dan tiga sebatan.

Bagaimanapun hakim Nurmala Salim mengarahkan hukuman penjara dijalankan serentak dari tarikh ditangkap.

Bagi tuduhan pertama dia didakwa memiliki heroin seberat 23.5 gram dan monoacetylmorphines seberat 30.3 gram di sebuah bilik bernombor 6224, Hotel Pearl View, Seberang Perai pada 5.25 petang, 19 Sept 2007.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau minima lima tahun dan 10 sebatan.

Bagi tuduhan kedua, Rejini didakwa memiliki methamphetamine seberat 19 gram pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Dia dituduh mengikut Seksyen 12(2) akta yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) yang membawa hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi lima tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang tiga sebatan dan tidak melebihi sembilan sebatan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muna Mohamed Jaafar dan tertuduh diwakili peguam S.Yagoo. - Bernama

Temui barang kemas dalam saluran pembentung

Kosmo!



GAMBAR fail menunjukkan pintu masuk ke kedai emas Harry Winston dekat Champs-Elysees di Paris pada 5 Disember 2008.


PARIS - Polis Perancis menemui barang kemas bernilai AS$25 juta (RM75.8 juta) yang disembunyikan di dalam saluran pembentung di sini.
Barang kemas tersebut yang disimpan di dalam sebuah bekas plastik, merupakan sebahagian hasil rompakan ke atas butik barang kemas Harry Winston di sini.
Penemuan itu melibatkan 19 cincin dan tiga pasang anting-anting dengan sepasang anting-anting itu dipercayai bernilai AS$19.5 juta (RM59.1 juta).
Polis mengesahkan penemuan itu selepas berita itu disiarkan di sebuah stesen radio.
Pada 5 Disember 2008 sekumpulan perompak sebahagiannya berpakaian wanita dan rambut palsu melarikan batu permata dan jam tangan mewah dengan nilai mencecah AS$118.1 (RM358.3 juta).
Sebahagian cincin yang dicuri, rantai leher dan jam tangan ditemui semula apabila polis menangkap 25 orang dalam serbuan pada Jun 2009 dengan sembilan daripada mereka dihadapkan ke mahkamah.
Antara yang didakwa termasuk perancang rompakan itu yang pernah dihukum penjara 15 tahun dalam satu kes penyeludupan dadah.
Polis menemui sejumlah barang kemas yang dirompak bersama wang tunai AS$1.1 juta (RM3.3 juta) di rumahnya.- Agensi

Penculik terperangkap

Kosmo!



Tun Hisan menunjukkan kenderaan yang mempunyai logo K9 yang dirampas daripada kumpulan penculik di Klang semalam.


KLANG - Lima penculik termasuk empat lelaki warga Nepal berputih mata apabila mereka diberkas polis sebelum sempat menggadai 10 ketul jongkong emas berharga RM1.44 juta yang diterima sebagai tebusan satu kes culik.
Sebelum ditahan pada pukul 1 pagi semalam, suspek-suspek yang berusia 30-an itu telah menculik seorang pengarah sebuah syarikat sekuriti yang terletak di belakang sebuah restoran di Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang di sini Isnin lalu.
Difahamkan, kesemua suspek diketuai seorang pramugara warga tempatan itu menyamar sebagai polis selain menggunakan alat renjatan elektrik untuk menakutkan mangsa yang berusia 62 tahun sebelum membawa lari lelaki itu menaiki kereta Proton Iswara.
Beberapa orang awam yang melihat kejadian itu juga tidak berani membantu mangsa kerana penculik turut mengugut untuk mencederakan mereka menggunakan alat renjatan elektrik tersebut.
Kesemua suspek itu kemudian membawa mangsa ke satu lokasi yang dirahsiakan dan dikurung selama dua hari.

100 orang hamba seks lelaki gay

Kosmo!



Empat mangsa menunjukkan gambar lelaki gay di Jabatan Perkhidmatan dan Pengaduan MCA di Jalan Ampang semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki gay menunjukkan kehebatannya apabila dia yang mempunyai rupa paras kacak dan pandai berkata-kata mampu memikat 100 lelaki untuk dijadikan teman seks sebelum mencuri barang-barang berharga mangsanya.
Sasaran suspek yang masih bebas itu melibatkan remaja lelaki berusia 17 tahun hingga 20-an. Mangsa-mangsa dipikat melalui rangkaian laman sosial Facebook dan sebahagiannya menerusi panggilan telefon.
Semalam, tembelang lelaki berusia 20-an yang menggunakan pelbagai nama samaran seperti Kevin, Alvin, Alex dan Elvis itu terbongkar apabila empat mangsa tampil membuat aduan di Jabatan Perkhidmatan dan Pengaduan MCA, Wisma MCA sini semalam.
Mengikut maklumat dari Facebook, suspek sehingga kini dipercayai telah berjaya memperdaya seramai 193 mangsa dengan mencuri barang berharga mereka manakala 100 daripada mangsa itu pula mengaku mengadakan hubungan seks dengan suspek itu.
Mangsa-mangsa yang melakukan hubungan seks dengan suspek dikhuatiri dijangkiti HIV (Immunodeficiency virus) ekoran pengakuan suspek dia mempunyai HIV.
Seorang mangsa dari Cheras yang mahu dikenali sebagai Tai, 17, mendakwa, dia mengenali suspek yang menggunakan nama Kevin pada bulan Oktober 2010 melalui sebuah majalah mencari kenalan.

Pelatih mati diserang jangkitan Adenovirus

Kosmo!
Oleh NOR SHAFAWATI YUP dan AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
berita@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR – Seorang pelatih konstabel di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, yang sebelum ini didakwa diserang virus misteri, meninggal dunia kelmarin setelah empat hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Mohd. Azizan Azidi (gambar), 25, dari Kampung Sayong, Kuala Kangsar, didapati mati akibat serangan jangkitan Adenovirus.

“Dia dirujuk ke ICU pada 5 Mac lalu kerana memerlukan rawatan rapi dan disahkan meninggal dunia pada pukul 8.30 malam Selasa lalu.

“Maklumat lanjut yang diperoleh mendapati, semenjak melaporkan diri di Pulapol pada 1 Februari lalu, dia hanya menjalani aktiviti latihan kawad dan sentiasa berada di pusat latihan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam.

Tiong Lai memberitahu, sehingga pukul 8.30 malam Selasa lalu, seramai 210 pelatih didapati mengalami gejala penyakit seakan-akan influenza (Influenza-Like-Illness)."

Pengakuan salah bekas pengetua ditola

Kosmo!
GEORGE TOWN - Mahkamah Sesyen semalam menolak pengakuan bersalah bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kumbar II, Dr. P. Iskandar Abdullah berhubung tuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM15,550 milik sekolah itu.

Pengakuan itu ditolak oleh Hakim Zanol Rashid Hussain selepas Iskandar, 55, memberitahu mahkamah bahawa wang yang dimasukkan ke dalam akaunnya itu tidak pernah diambilnya walaupun satu sen. Sebaliknya, kata Iskandar, wang itu digunakan untuk pembayaran biasiswa pelajar, kos pembaikan sekolah dan urusan lain.

Dia yang kini bertugas sebagai Pegawai Naziran di Kementerian Pelajaran di Putrajaya menyatakan demikian ketika mahkamah memberinya peluang untuk membuat rayuan selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan berkenaan semalam.

'Saya mengaku salah tetapi sebagai pengetua pertama di sekolah tersebut yang belum mendapat OC (sijil layak menduduki bangunan) pada masa itu, sudah menjadi amalan biasa wang itu dimasukkan dalam akaun saya sebagai ketua jabatan di sekolah itu tetapi saya tidak ambil apa-apa,' katanya."

Tujuh lanun Indonesia ditahan

Kosmo!




TUJUH lanun Indonesia ditahan selepas merompak kapal dagang MT Front Queen di Perairan Pengerang, Kota Tinggi semalam.


JOHOR BAHRU - Ketangkasan sepasukan anggota Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan mengesan bunyi siren sebuah kapal dagang membawa kepada penahanan tujuh lanun warga Indonesia yang merompak kapal MT Front Queen semalam.
Siren pada pukul 3.15 pagi itu disedari oleh sembilan anggota APMM ketika mereka sedang melakukan rondaan kira-kira 2.8 batu nautika dari Pulau Mungging, Perairan Pengerang, Kota Tinggi di sini.
Ketika kejadian, kapal yang berdaftar di Pulau Majuro itu membawa 24 krew termasuk seorang kapten kapal warga Rusia.
Ketua Penguat Kuasa Wilayah Maritim Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifli Abu Bakar berkata, sebaik dihampiri APMM, terdapat sebuah bot kayu yang dinaiki tujuh lelaki berada di belakang kapal dagang itu dan sedang membuang dua batang galah serta beberapa bungkusan plastik ke dalam laut.
"Kita percaya ketika kejadian mereka (suspek) baru sahaja turun dari kapal MT Front Queen selepas merompak," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.