Search This Blog

Wednesday, March 9, 2011

Kelindan lori ditemui mati dalam bilik di Kota Damansara

Berita Harian Online




2011/03/09

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga tempatan ditemui mati dalam biliknya di rumah pangsa Projek Perumahan Rakyat Termiskin, Seksyen 8, Kota Damansara, hari ini.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata kelindan lori, L Manamohan, 49, yang tinggal bersendirian di rumah itu, ditemui dalam keadaan terlentang di lantai oleh adik lelakinya.
"Adik Manamohan yang tinggal berdekatan di flat yang sama, mengesyaki sesuatu berlaku padanya dan bertindak memecah pintu rumah yang berkunci dari dalam sebelum menemui mayat abangnya dalam keadaan sudah berbau," katanya di sini, hari ini.
Arjunaidi berkata, polis sedang menyiasat punca kematian Manamohan yang telah berpisah dengan isterinya.

Mayatnya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat. - BERNAMA

Ahli perniagaan hadapi 27 tuduhan ubah wang haram

Berita Harian Online




2011/03/09

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 27 pertuduhan pengubahan wang haram, dua tahun lepas, yang membabitkan urus niaga berjumlah RM695,800.

C Yoganandha Moorthy, 37, didakwa melakukan kesalahan itu di Public Bank Berhad, Jalan Tembaga SD 5/2A, Bandar Sri Damansara, di sini antara 5 Oktober 2007 hingga 6 November 2007 dan di Hong Leong Bank, Jalan Perak, antara 8 Oktober 2007 hingga 22 Oktober tahun sama.
Mengikut kertas pertuduhan, dia membabitkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menggunakan hasil daripada aktiviti haram sebanyak RM695,800 untuk membayar beberapa vendor melalui cek milik akaun Orient Coating Sdn Bhd.
Hakim S M Komathy Suppiah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM250,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 April untuk menyebut semula kes itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farez Rahman menawarkan jaminan sebanyak RM350,000 kerana jumlah wang yang terbabit dalam kes itu adalah tinggi.

Beliau berkata, pendakwaan menawarkan jumlah itu berikutan rekod Yoganandha Moorthy yang sudah empat kali tidak hadir pada perbicaraan kes tipu yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen lain.

Sementara itu, peguam Haijan Omar dan V.Thiru Kumar yang mewakili tertuduh meminta jumlah jaminan dikurangkan kepada RM100,000 kerana Yoganandha Moorthy merupakan penyara tunggal keluarga yang terdiri daripada isteri, dua anak perempuan serta ibu bapanya.
Beliau berkata, tertuduh bukan sengaja tidak mahu hadir pada perbicaraan kes berkenaan tetapi anak guamnya sakit dan mempunyai sijil cuti sakit dari Hospital Gleneagles. - BERNAMA

Pelajar UTP maut kereta dinaiki bertembung di Gua Musang

Berita Harian Online




2011/03/09

GUA MUSANG: Seorang penuntut Universiti Teknologi Petronas (UTP) Tronoh, Perak, maut, manakala seorang lagi cedera parah, dan tiga yang lain mengalami kecederaan ringan selepas dua kereta bertembung dalam satu kemalangan di Kilometer 48, Jalan Gua Musang-Lojing, pagi ini.

Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Che Rusli Che Sulaiman, berkata Khairul Hakimi Ismail, 22, yang berasal dari Kampung Kepong, Kuala Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan pada kira-kira jam 11.30 pagi itu.
Beliau berkata rakan Khairul, Azwan Arif, 22, mengalami kecederaan parah manakala dua lagi rakannya Khairulamin Ahmad dan Mohd Khairul Azhar, kedua-duanya berumur 22 tahun, mengalami kecederaan ringan dalam kejadian itu.
Bercakap kepada Bernama di sini hari ini beliau berkata, seorang lelaki berumur 40 tahun iaitu pemandu kereta yang bertembung dengan kereta pelajar itu turut mengalami kecederaan ringan.

Che Rusli berkata, kejadian berlaku semasa kereta yang dipandu Khairulamin sedang dalam perjalanan dari Tronoh, Perak menuju Terengganu itu bertembung dengan sebuah kereta.

Beliau berkata, pasukan bomba terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan mayat Khairul Hakimi yang tersepit di tempat duduk sebelah pemandu dalam kejadian itu. - BERNAMA

Pemandu maut rempuh belakang treler beras

Kosmo! Online - Terkini: "
09/03/2011 11:53am

IPOH — Seorang lelaki maut apabila lori yang dipandunya merempuh treler muatan beras di Batu 11 Jalan Segari-Pantai Remis, dekat sini awal hari ini.

S. Sasit Tharan, 31, dari Kedah cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian. Mayatnya dihantar di Hospital Manjung untuk bedah siasat.

Ketua Polis Trafik Perak, Supt. Wan Abdullah Ishak berkata dalam kejadian pada pukul 1.52 pagi itu, lori yang dipandu Sasit dalam perjalanan dari Lumut ke Pantai Remis.

'Akibat rempuhan itu, pemandu lori berkenaan tersepit dan mayatnya terpaksa dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat,” katanya ketika dihubungi hari ini. — Bernama"

Cubaan seludup heroin RM40,000 tumpas

Kosmo! Online - Terkini: "
09/03/2011 2:49pm

KUALA LUMPUR – Cubaan menyeludup heroin seberat 1.4kg, yang dianggarkan bernilai RM40,000 menggunakan khidmat penghantaran bungkusan ke luar negara, tumpas apabila pekerja syarikat tersebut mengesan dadah itu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Supt Abd Razak Elias berkata, dua lelaki warga Afrika datang menghantar dadah itu yang dimasukkan ke dalam dua bungkusan dan dialamatkan ke sebuah wilayah di China.

Beliau berkata, bungkusan pertama dirampas pada Sabtu lepas kira-kira 2.30 petang membabitkan bungkusan yang mengandungi sebuah beg tangan serta beberapa dompet duit.

'Setelah diperiksa, terdapat satu bungkusan heroin yang dibalut dengan kertas timah dalam beg tangan terbabit serta bungkusan-bungkusan nipis mengandungi dadah yang disisip dalam dompet duit seberat kira-kira 1kg,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.

Abd Razak berkata, rampasan kedua pula dibuat kira-kira 11.45 pagi ini membabitkan dadah seberat 400gm yang dibungkus dalam kotak.

Polis sedang menyiasat identiti kedua-dua lelaki tersebut melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di syarikat penghantaran itu. – Bernama"

Lelaki didakwa bunuh pekerja hotel

Kosmo! Online - Terkini: "
09/03/2011 1:18pm

NIBONG TEBAL — Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pekerja hotel, bulan lepas.

Muhamad Hafis Md. Yusoff, 26, didakwa membunuh U.Yuganthan, 21, di Lorong Lima Kongsi B, Taman Lima Kongsi, Sungai Bakap di sini, pada kira-kira 1 pagi, 25 Feb lepas.

Dia bersama-sama beberapa orang lagi yang masih bebas didakwa menyebabkan kecederaan hingga mendatang kematian Yuganthan.

Muhamad Hafis yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34, kanun yang sama.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.

Majistret Mohd Izham Ali menetapkan 9 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Khairul Fairuz Rahman sementara tertuduh tidak diwakili peguam. — Bernama"

Tujuh perompak kapal tangki ditahan

Kosmo! Online - Terkini: "
09/03/2011 2:39pm

JOHOR BAHRU — Tujuh lelaki rakyat Indonesia berjaya ditahan pihak berkuasa selepas merompak kru kapal tangki, MT Front Queen pada kedudukan 2.8 batu nautika Pulau Mungging, Pengerang, dekat Kota Tinggi awal pagi ini.

Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifili Abu Bakar berkata kejadian itu dikesan oleh anggotanya yang melakukan rondaan di perairan tersebut kira-kira 3.15 pagi selepas terdengar bunyi hon daripada kapal terbabit.

'Anggota APMM di dalam bot Kilat yang bergerak rapat ke arah kapal tersebut sempat melihat tujuh lelaki di dalam sebuah bot kayu yang sedang membuang dua batang galah panjang dan sejumlah barangan di dalam plastik,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Katanya anggota bot Kilat kemudian meminta bantuan sebuah lagi bot APMM, iaitu bot Petir sebelum kesemua sembilan anggota APMM tersebut berjaya menahan tujuh lelaki itu yang disyaki baru selesai merompak kru kapal itu.

Katanya pemeriksaan di dalam bot kayu terbabit menemui sebilah kapak, pisau, beberapa batang spanar, dompet, topeng dan sejumlah barangan lain. — Bernama"

Lemas: Satu lagi mayat ditemui

Kosmo! Online - Terkini: "09/03/2011 9:23pm

KUALA LUMPUR - Mayat seorang lagi lelaki, dipercayai rakyat Indonesia, yang dilaporkan hilang bersama-sama dua lelaki lain selepas dihanyutkan air deras ketika melakukan kerja pembersihan di longkang besar berhampiran Kondo Tiara, Segambut petang Isnin lepas, ditemui hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lembah Pantai Norizan Abu Bakar berkata, mayat lelaki berpakaian lengkap itu ditemui orang awam kira-kira pukul 8.30 pagi ini di sungai berdekatan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Pantai Dalam di sini.

'Mayat tersebut ditemui dalam keadaan tertiarap di celah-celah batu di dalam sungai itu dan anggota fizikalnya masih baik... kini hanya menunggu laporan bedah siasat untuk memastikan lelaki berkenaan adalah salah seorang rakyat Indonesia yang dilaporkan hilang itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Norizan berkata, mayat lelaki berkenaan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. - Bernama"

Lelaki temui ajal dalam tali air






ALOR SETAR - Hajat seorang tukang kebun Istana Anak Bukit untuk menghantar kuih seri ayu di sebuah kafeteria hospital berkecai apabila dia maut selepas diserang sakit jantung ketika dalam perjalanan ke premis itu di Hutan Kampung di sini semalam.
Kejadian pukul 8.30 pagi itu mengakibatkan motosikal yang ditunggang Roslan Hashim, 52, terbabas ke dalam tali air hingga menyebabkan berpuluh kuih seri ayu yang dibawa di dalam bakul bertaburan.
Mayat yang lengkap beruniform dengan logo istana tersebut ditemui di sisi motosikalnya oleh orang ramai sebelum menghubungi polis.
Difahamkan mangsa yang menetap di Taman Aman, Anak Bukit di sini menggunakan batas ban yang merupakan laluan pintas untuk menghantar kuih yang dibuat isterinya untuk dijual di kafeteria Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sejak enam tahun lalu.
Isteri Roslan, Remlor Rejab, 50, memberitahu, suaminya keluar rumah pada pukul 7 pagi dan dia dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira dua jam kemudian.

Bapa tuntut anak bayar nafkah





KUALA TERENGGANU 13 Julai – Sejak tujuh tahun lalu, seorang pesara swasta memelihara dua orang cucu yang ditinggalkan oleh anak lelakinya setelah bercerai dengan ibu kanak-kanak tersebut.
Dengan kudrat yang tidak seberapa, warga emas itu bersama isterinya membesarkan cucu-cucunya itu tanpa bantuan nafkah daripada bapa kanak-kanak tersebut.
Walhal anak pesara itu merupakan seorang pengurus di sebuah syarikat cari gali minyak di ibu negara dengan pendapatan RM17,000 sebulan.
Tidak tahan dengan sikap ‘lepas tangan’ anaknya itu, Mustafa Ismail, 64, telah mengemukakan tuntutan supaya Nasrun, 37, membayar tunggakan nafkah penjagaan dua cucunya itu selama tempoh tersebut sebanyak RM20,000 di Mahkamah Rendah Syariah di sini.
Mustafa dari Kampung Beladau Kolam, Manir turut menuntut perintah agar Nasrun memberi nafkah RM800 sebulan menerusi potongan gaji untuk keperluan dua cucunya yang kini berusia 13 tahun (perempuan) dan 15 tahun (lelaki).
Selain itu, beliau sebagai plaintif menuntut anak lelakinya itu memohon maaf kepadanya dan hadir ke mahkamah tersebut bagi menyelesaikan kes berkenaan.
Mustafa yang diwakili peguam syarie, Fazru Anuar Yusof mengemukakan tuntutan berkenaan ketika kes itu disebut di hadapan Hakim Syarie, Kamarulazmi Ismail hari ini.
Pada prosiding tersebut, Mustafa yang kelihatan sebak, membaca wakalah pelantikan peguam syarie dengan nada tersekat-sekat sebelum meminta Fazru Anuar membacakan tuntutantuntutan berkenaan.
Nasrun yang dinamakan sebagai defendan dalam permohonan itu tidak hadir di mahkamah hari ini.
Kamarulazmi kemudian menetapkan 24 Ogos ini untuk sebutan semula permohonan tersebut yang dibuat mengikut Enakmen Undang-undang Pentadbiran Islam Negeri Terengganu 1985.
Hakim tersebut menyifatkan kes itu cukup mengaibkan dalam institusi keluarga Islam dan tidak sepatutnya berlaku apatah lagi ia melibatkan antara bapa dengan anak kandungnya sendiri.
Malah jelasnya, kes itu merupakan kes kedua yang pernah menggemparkan negara berkaitan tuntutan nafkah yang dikemukakan ibu bapa terhadap anak kandungnya selepas kes membabitkan seorang pensyarah di Seremban kira-kira tiga tahun lalu.
Justeru itu, beliau berharap kes berkenaan dapat diselesaikan di luar mahkamah dengan kedua-dua belah pihak memberi pertimbangan wajar ke arah penyelesaian demi kebaikan bersama.
Sementara itu, Fazru Anuar sewaktu ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, plaintif terpaksa menanggung dua cucunya itu sejak tujuh tahun lalu tanpa bantuan nafkah daripada Nasrun.
‘‘Malah selama tempoh itu, Nasrun yang merupakan seorang pengurus di sebuah syarikat cari gali minyak di Kuala Lumpur dan berpendapatan RM17,000 sebulan tidak pernah menjenguk dua anaknya itu yang dijaga plaintif bersama isteri (ibu Nasrun),’’ katanya.
Menurut beliau, plaintif mendapat hak penjagaan ke atas kedua-dua cucunya itu pada 2004 daripada bekas menantunya setelah pasangan tersebut bercerai pada 30 Disember 1998.
Nasrun dan bekas isterinya masing-masing telah berkahwin lain.
Ditanya sama ada pihak plaintif akan akur dengan nasihat hakim untuk menyelesaikan konflik keluarga itu di luar mahkamah, beliau berkata:
‘‘Anak guam saya bersifat terbuka dan akan pasti mengubah pendirian jika defendan pulang menjenguknya dan isteri serta dua anaknya itu serta memohon maaf akan keterlanjuran,’’ ujarnya.

'Haiwan lebih baik'


Oleh Mohd Harzrul Aminuddin
harzrul@hmetro.com.my
2010/01/18 KUALA LUMPUR: “Lebih kejam daripada haiwan,” tegas penceramah bebas Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz ketika mengulas mengenai tindakan ibu bapa yang sanggup menggadai akidah mereka dengan menyerahkan anaknya kepada keluarga angkat bukan beragama Islam.

Menurut Hassan, tindakan itu lebih kejam daripada haiwan kerana haiwan contohnya kucing tidak akan sanggup menyerahkan anaknya kepada spesies lain.

“Saya hairan kenapa ibu bapa sanggup menyerahkan anak mereka kepada keluarga bukan Islam.

“Walhal dalam hukum Islam, ibu bapa wajib memberi perlindungan dari segi keselamatan, tempat tinggal dan bimbingan agama kepada anak mereka walau dalam kesempitan hidup sekalipun. Ia juga membuktikan tabiat haiwan lebih baik daripada ibu bapa terbabit,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Harian Metro minggu lalu melaporkan tindakan sepasang ibu bapa sanggup menyerahkan anak perempuan mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Suria kepada keluarga bukan Islam sejak bayi lagi.

Suria mengakui, sepanjang dibesarkan oleh keluarga angkat terbabit dia didedahkan cara hidup Kristian malah pernah menjadi penyampai kandungan kitab Injil dan pastor di gereja.

Suria berkata dia hanya mengenali Islam apabila datang ke ibu negara Mei tahun lalu selepas mengenali seorang pemuda yang kemudian mengahwininya sebelum kembali memeluk agama Islam pada awal Disember lalu.

Dia kini mempelajari asas ajaran Islam seperti saudara baru lain, malah pada mula sangat kekok untuk bergaul dan berdamping dalam masyarakat Islam.

Hassan berkata, tindakan ibu bapa terbabit juga seolah-olah menunjukkan anaknya itu jalan ke neraka sedangkan mereka meneruskan kehidupan sebagai pasangan beragama Islam.

Sikap lepas tangan ibu bapa sebegitu amat ditegah dalam ajaran dan sunnah Rasulullah sambil menyifatkan tindakan itu sebagai merugikan masyarakat Islam sendiri.


“Jangan jadikan kesempitan hidup sebagai alasan untuk lepas tangan serta menyerahkan anak kepada keluarga bukan Islam kerana saya percaya ibu bapa terbabit mempunyai banyak pilihan lain sebelum membuat tindakan di luar akidah berkenaan,” katanya.


Justeru, beliau berharap perkara sebegini tidak dipandang ringan dan wajar diberikan perhatian oleh pihak yang berwajib termasuklah jabatan agama Islam negeri.

Seleweng minyak masak



JOHOR BAHRU – Satu sindiket penyelewengan minyak masak menerima padah apabila menerima hukuman daripada Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini, semalam.

Ketua Penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK), Abdul Hamid Abu Bakar berkata, syarikat Perniagaan Megah Harmoni telah didakwa di Mahkamah semalam, atas kesalahan penyelewengan barang kawalan bersubsidi.

“Pemilik syarikat itu telah didakwa di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan pemilik berkenaan telah mengaku bersalah.

“Mahkamah telah menjatuhkan hukuman sebanyak RM40,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda dan minyak masak yang dirampas dijadikan hasil kerajaan,” katanya pada sidang media di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, di sini, semalam.

Pada 14 Januari lalu, sindiket penyelewengan minyak masak berjaya ditumpaskan oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Johor dalam satu operasi ke atas sebuah kilang.

Dalam operasi itu, sebanyak 25 tan metrik minyak masak bernilai lebih RM100,000 dirampas dalam satu kegiatan penyelewengan minyak masak bersubsidi.

Menurutnya, kes ini merupakan kes pertama dan paling cepat di dakwa oleh pihaknya, PPDNKK juga memberi amaran keras kepada syarikat-syarikat yang diberi permit agar tidak melakukan penyelewengan terhadap minyak masak ini.

“Dengan keputusan ini, pihak kami berharap ia menjadi pengajaran kepada mana-mana syarikat atau individu yang cuba melanggar undang-undang berhubung barang kawalan ini.

“Pihak kami juga akan terus memantau kegiatan-kegiatan sebegini dan akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang didapati melakukan penyelewengan bekalan barangan bersubsidi pada masa akan datang,” katanya.

Maut bertembung treler



KLUANG - Dua kakitangan Telekom Malaysia Berhad (TM) maut dalam kemalangan manakala seorang lagi cedera parah apabila kereta yang dinaiki bertembung dengan treler membawa muatan pasir di kilometer (KM) 76, Jalan Batu Pahat-Mersing, semalam.

Ketua Polis daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Fawzi Arsyad berkata, kejadian kemalangan maut tersebut berlaku lebih kurang jam 8 pagi semalam.

“Dalam kejadian di Kampung Gajah tersebut, kereta jenis Proton Saga BLM yang dinaiki tiga mangsa itu telah melalui laluan yang bertentangan sehingga merempuh treler pasir dan dipercayai pemandu mengantuk.

“Bagaimanapun, pemandu yang dikenali Jasni Samad, 51, gagal mengelak sebuah treler yang datang dari arah bertentangan sebelum merempuh treler berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Fawzi berkata, kedua-dua kakitangan TM yang meninggal dunia di tempat kejadian adalah Abdul Malik Abdullah, 49, dan Abdul Wahab Jaafar, 51, manakala pemandu kereta, mengalami kecederaan parah.

Beliau berkata, mayat dan pemandu kereta di hantar ke Hospital Kluang dan ketika kejadian, ketiga-tiga mangsa berasal dari Mersing dan lengkap memakai uniform syarikat.

“Dalam pada itu, pemandu treler yang berusia 41 tahun tidak mengalami kecederaan serius. Mayat mangsa yang tersepit dapat dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba dan penyelamat,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kluang berkata, pihaknya berkejar ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan ada mangsa yang tersepit dalam kemalangan maut itu.

“Apabila tiba di lokasi, kami (bomba) mendapati dua mangsa di bahagian tempat duduk hadapan kenderaan itu tersepit manakala seorang lagi penumpang di tempat duduk belakang sudah dikeluarkan dengan bantuan orang awam dan bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mereka.

“Manakala, pemandu cedera parah kerana tersepit pada bahagian kaki dan mengalami pendarahan di beberapa bahagian tubuhnya,” katanya.

Dua lelaki dicari



IPOH – Dua lelaki disyaki terlibat dalam dua kes bunuh berasingan dicari polis bagi membantu siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, kedua-dua lelaki berkenaan dipercayai dapat membantu menyelesaikan dua kejadian bunuh melibatkan seorang warga emas dan seorang warga Indonesia.

Menurutnya, salah seorang lelaki yang dikehendaki itu ialah Jayaganesh a/l Ramasamy, 28, tinggal di No. 153 Lebuh 12, Taman Meru Jaya, Ipoh.

“Lelaki itu dipercayai dapat membantu siasatan kes bunuh seorang warga emas berbangsa India yang masti ditetak di salah sebuah rumah setinggan,” katanya ketika ditemui pada sidang media di sini, semalam.

Sementara itu, seorang lagi lelaki Mani Vannan a/l Poonga, 20, dipercayai dapat menyelesaikan satu kes bunuh seorang lelaki warga Indonesia.

“Mangsa dipercayai mati dibunuh akibat pukulan kuat menggunakan topi keledar semasa disamun.

“Lelaki berkenaan difahamkan tinggal di alamat No.1 Hala Chemor 4, Taman Chemor Mutiara, Chemor, Perak,” katanya.

Azisman berkata, kedua-dua lelaki berkenaan kini dikehendaki polis dan meminta kerjasama orang ramai membantu.

Mereka yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis (IPD) Ipoh di talian 05-2541500 .

90 bungkus air ketum dirampas



SERI ISKANDAR - Sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Perak Tengah berjaya merampas sebanyak 90 bungkus air daun ketum dalam Ops Tapis yang dilakukan 2 Mac lalu di Kampung Gajah, di sini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat orang ramai dan seorang penjual air ketum berjaya diberkas setelah pihaknya membuat intipan.

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan pada jam 2.45 petang itu, suspek dalam keadaan mencurigakan sedang memegang satu bungkusan plastik hitam yang disembunyikan di celah pelepah kelapa sawit.

“Tindakan pantas polis berjaya menangkap lelaki ini dan pemeriksaan ke atas plastik hitam itu menunjukkan 90 peket plastik diikat dengan getah berisi cecair yang disyaki air daun ketum,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohamad Fakri berkata, air daun ketum berkenaan siap di peket dan dianggarkan berharga RM3 sepeket hanya menanti masa untuk dijual kepada pembeli tempatan.

“Kita percaya suspek memproses sendiri daun ketum ini yang diperoleh di kawasan sekitar,” katanya.

Katanya, suspek boleh dijatuhi hukuman di bawah Seksyen 33 Akta Racun 1952 dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada RM10,000 dan penjara tidak lebih empat tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam perkembangan lain, pihaknyan mengadakan Operasi Jenayah Bersepadu yang melibatkan semua jabatan polis.

Menurutnya, pada 16 Januari lalu pihaknya mengadakan operasi di kawasan Kampung Gajah dan berjaya menangkap seramai 43 suspek penagih dadah dan dalam ujian saringan awal seramai 28 suspek didapati positif dadah.

“Di Parit pula kita berjaya menangkap seramai 23 suspek penagih dadah dan ujian saringan awal mendapati kesemua mereka positif dadah dalam operasi yang diadakan 18 Januari lalu.

“Dalam operasi sama, kita berjaya menangkap tiga suspek bersama dadah jenis heroin seberat 8.07 gram,” katanya.

Katanya, operasi seumpama itu akan dijalankan sekerap mungkin bagi mengurangkan masalah penagihan dadah dan seterusnya mengurangkan masalah jenayah.

“Kita khuatir bukan sahaja golongan dewasa yang terlibat dengan najis dadah ini tetapi golongan pelajar sekolah.

“Saya mengingatkan agar masyarakat tidak mendekatkan diri dengan najis dadah kerana boleh membawa kepada pelbagai masalah lain,” katanya.

Terkejut jumpa dua bom lama



PANTAI REMIS – Seorang penduduk Kampung Sungai Batu, dekat sini terkejut apabila menemui dua bom yang dikatakan masih aktif dan boleh meledak pada bila-bila masa.

Azhman Ahmad, 46, berkata, dia menemui bom itu di Teluk Senangin dekat sini, di sebuah kawasan lombong tinggal ketika mencari daun palas petang kelmarin.

Menurutnya, pada awalnya dia tidak menyangka dua besi itu adalah bom sehingga mendorongnya membawa pulang ke rumah.

“Saya langsung tidak menyangka atau syak dua besi yang saya bawa balik dari Teluk Senangin ini adalah bom.

“Pada mulanya saya sangka ia hanya besi biasa dan bercadang untuk membuat perhiasan berikutan bentuknya agak menarik pada pandangan saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Azhman berkata, dia menemui bom itu kira-kira jam 7 malam dan setelah membawa balik ke rumah dia memaklumkan penemuan besi itu kepada Ketua UMNO Cawangan Tanjung Burung, Mustaffa Yun.

Dia meminta Mustaffa datang ke rumahnya untuk melihat besi yang ditemuinya itu untuk memastikan jenisnya.

“Saat mendapat tahu dua besi itu adalah bom dan boleh menyebabkan sebuah kampung menjadi abu, saya amat terkejut.

“Hilang jantung di dada dan saat itu juga saya menggigil hingga ke saat ini serta tidak senang duduk apatah lagi tidur,” katanya.

Menurut Azhman, saat mengangkat bom itu, dia dapat mengagak beratnya adalah lebih kurang 40 ke 50 kilogram setiap satu.

“Ketika jumpa, kedua-dua bom itu dalam keadaan terbaring di pantai dan tersusun elok sebelah menyebelah di mana muncung salah satu daripadanya telah hilang.

“Jika saya tahu kedua-dua besi yang saya temui itu adalah bom, tentu sekali saya tidak akan menyentuhnya apatah lagi membawanya balik dengan menaiki kereta kerana saya tahu ia melibatkan risiko nyawa bukan hanya kepada saya dan keluarga, bahkan semua penduduk kampung,” katanya.

Sementara itu, Mustaffa yang turut ditemui di kediaman Azhman semalam berkata, beliau telah mendapat panggilan daripada Azhman kira-kira jam 10 malam, dan tiba di rumah rakannya itu pada jam 11 malam.

“Saya terkejut ketika Azhman menunjukkan besi yang ditemuinya itu sebenarnya dua bom dan segera mengarahkan Azhman agar membuat laporan di Balai Polis Pantai Remis agar tindakan segera diambil.

“Saya tidak pasti bom jenis apa yang ditemui Azhman, namun saya pasti ia adalah bom yang masih aktif serta lengkap dengan nombor sirinya dan ini adalah kali pertama bom seperti ini ditemui di Teluk Senangin di Sungai Batu,” katanya.

Menurut Azhman, dia sering ke Teluk Senangin mencari daun palas, lokan dan kepah sebagai punca rezekinya, tetapi tidak pernah melihat dua bom itu sebelum ini dan tidak dapat memastikan bila kedua-dua bom itu diletakkan di situ.

Desak siasat kes kebakaran

 

SUNGAI SIPUT (U) – Sebahagian penduduk Jalan Lintang, di sini membuat laporan polis mendesak siasatan lanjut dilakukan kerana bimbang kebakaran yang berlaku, baru-baru ini berpunca angkara khianat.

Mereka mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut berhubung kebakaran membabitkan tiga rumah demi keadilan penghuni penempatan itu.

Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar berkata, sebelum ini, beberapa penduduk datang menemuinya melahirkan rasa bimbang sekiranya kejadian itu dirancang pihak tertentu.

Menurutnya, kekhuatiran itu dilahirkan berikutan kebanyakan penghuni mendirikan rumah di atas tapak yang disewa dan kawasan tanah berkenaan kini dalam proses pembangunan.

“Terdapat 60 keluarga tinggal di kawasan itu sejak sekian lama, tanah yang diduduki kebanyakannya bukan di atas tanah sendiri.

“Bimbang ada unsur sabotaj dilakukan pihak tertentu, hampir 20 keluarga menyokong dan turut serta ketika laporan polis dibuat di Balai Polis Sungai Siput,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Pada 2 Mac lalu, satu kebakaran berlaku menyebabkan tiga rumah musnah dan penghuninya tinggal sehelai sepinggan.

Jeyakumar berkata, setakat ini pihaknya tidak mempunyai sebarang bukti bagi mengesahkan dakwaan penduduk.

Bagaimanapun, menurutnya, dia tetap menyokong usaha penduduk yang mahu siasatan lanjut dilakukan pihak polis.

Daripada maklumat penduduk, kata beliau, pemilik rumah pernah meminta mengosongkan kawasan berkenaan kerana ia akan dijual kepada pemaju untuk dibangunkan.

“Penghuni ada meminta pampasan tetapi tidak dipersetujui, apabila kebakaran berlaku membuatkan penduduk curiga kerana belum pernah kebakaran berlaku di kawasan itu,” katanya.

Insiden itu, Jeyakumar berkata, menyebabkan penduduk di kawasan itu ketakutan.

“Kita harap siasatan penuh dilakukan segera bagi mengenal pasti punca sebenar agar penduduk mendapat gambaran sebenar keadaan, di situ,” katanya.

Melecur akibat gas bocor




KAMPAR – Seorang lelaki melecur di bahagian badan, kaki dan tangan akibat terkena letupan kecil yang dipercayai berpunca daripada kebocoran gas dalam kejadian di Bandar Baru, 10.10 pagi semalam.

Ketika kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Ting Kong Sow, seorang penyewa di bangunan rumah kedai Taman Bandar Baru di sini, sedang menyediakan makanan sebagai persiapan untuk membuka kedai.

Difahamkan, rumah kedai tersebut mempunyai beberapa penyewa terdiri daripada pengusaha kedai alat tulis dan penyewa kedai makan manakala pemilik sebenar kini berada di ibu negara.

Kejadian dikatakan berlaku apabila mangsa yang tidak menyedari berlaku kebocoran gas di dapur menyalakan api ketika hendak menyediakan masakan.

Satu letupan kecil berlaku menyebabkan pintu kedai serta peralatan di dalamnya jatuh bertaburan.

Kejadian itu kemudian disedari isteri mangsa apabila terdengar bunyi letupan kemudian disusuli kepulan asap dan api kecil namun kepantasan mangsa memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api menyelamatkan mereka.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, Mustapa Kamal Midi berkata, kemungkinan berlaku kebocoran gas tanpa disedari menyebabkan letupan berlaku sehingga menyebabkan kecederaan.

“Kesan kebocoran menjadi punca gas berkumpul dan hasil tekanan yang kuat menyebabkan pintu rumah kedai roboh, siling runtuh dan peralatan dalam kedai berterabur,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Mustafa berkata, kejadian itu bagaimanapun boleh dielakkan sekiranya pengguna membuat pemeriksaan terhadap gas memasak secara berkala.

“Saya nasihatkan pengguna supaya membuat pemeriksaan tong gas dan perkara ini boleh diuji dengan menitiskan air sabun di paip dan kepala gas bagi memastikan tiada kebocoran berlaku,” katanya.

Hadir sama wakil Ahli Parlimen, Chang Gwo Chyang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Keranji, Chen Fook Chye.

‘Port’ kutu rayau diserbu, 76 dicekup dalam operasi




GEORGETOWN - Seramai 76 kutu rayau dan pengemis termasuk seorang warga asing ditahan dalam operasi bersepadu awal pagi semalam.

Operasi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan kerjasama polis, Angkatan Relawan Rakyat (Rela), Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Jabatan Kesihatan dilakukan di sekitar daerah Timur Laut.

Operasi bermula selama enam jam bermula 1 pagi itu menahan 19 lelaki Melayu, 29 lelaki Cina, 26 lelaki India dan masing-masing seorang wanita Cina dan India.

Exco Kesihatan dan Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh berkata, ketika operasi dilakukan kebanyakan kutu rayau dan pengemis sedang tidur di bawah bangunan, rumah kedai dan rumah ibadat.

Menurutnya, operasi itu bertujuan menyelamatkan pengemis dan kutu rayau daripada meneruskan aktiviti yang tidak sihat yang boleh menjejaskan imej Pulau Pinang yang terkenal sebagai destinasi pelancongan dunia.

Beliau berkata, antara lokasi atau menjadi tempat berteduh dan bermalam golongan itu adalah Jalan Komtar, Jalan Penang, Jalan Datuk Keramat, Jalan Perak, Jalan Chowrasta, Jalan Masjid Kapitan Keling dan sekitar Hospital Pulau Pinang.

“Kita akan kenal pasti latar belakang mereka ini dan saya difahamkan JKM sudah menghubungi ahli keluarga mereka untuk memaklumkan perkara itu.

“Sekiranya ahli keluarga mereka dapat dihubungi, kita akan serahkannya kepada waris masing-masing.

”Tetapi yang tidak mempunyai ahli keluarga, mereka akan ditempatkan di beberapa institusi kebajikan mengikut tempoh yang ditentukan mahkamah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, terdapat beberapa orang pengemis dan kutu rayau yang pernah ditahan sebelum ini kerana masalah peribadi atau tidak diberi perhatian oleh ahli keluarga menyebabkan mereka kembali merayau di sekitar bandar raya ini.

‘Seludup’ kekasih dalam rumah



MELAKA - Seorang remaja lelaki di sebuah kampung dekat Masjid Tanah, di sini mengambil kesempatan setiap kali ibu bapanya tiada di rumah dengan membawa masuk kekasihnya untuk berasmara di dalam bilik.

Tindakan remaja berusia 23 tahun bagaimanapun terbongkar apabila dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), malam kelmarin selepas mendapat maklumat orang ramai.

Remaja terbabit dikatakan sudah beberapa kali membawa pasangannya masuk ke rumah sehingga menimbulkan syak terhadap penduduk sekitar.

Ketua Bahagian Penguat kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, pihaknya menjalankan serbuan kira-kira 11 malam dan mendapati seorang wanita berusia 20 tahun berada dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.

“Ketika ditahan pasangan terbabit sedang bersiap sedia untuk melakukan kegiatan maksiat,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Rahimin berkata, pada malam sama, dua lagi tangkapan di buat sekitar Krubong dan Ayer Keroh.

Katanya, penguat kuasa JAIM terpaksa memanjat pagar rumah sebuah rumah di Ayer Keroh Height, di sini kerana disyaki sedang berdua-duaan.

“Kita menunggu hampir 30 minit, barulah seorang perempuan Sarawak keluar membuka pintu. Pada masa sama, kelibat seorang lelaki dilihat menuju belakang rumah.

“Bagaimanapun, kita berjaya menangkap lelaki berkenaan yang ketika itu menyorok di bilik belakang,” katanya.

Gempar hidupan sungai mati



TIANG DUA - Penduduk sekitar Kampung Paya Redan, di sini gempar apabila mendapati beberapa hidupan sungai mati dan mereka mendakwa ia berpunca daripada sisa toksid kilang berhampiran.

Masalah yang mencemarkan alam sekitar itu mula disedari sejak Ahad lalu apabila mendapati ikan-ikan dan beberapa hidupan lain termasuk labi-labi kelihatan terapung di permukaan air sungai berkenaan.

Seorang penduduk, Abu Bakar Aziz, 51, berkata, masalah serupa pernah dialami mereka tahun lalu, namun tidaklah seteruk seperti apa yang berlaku sejak Ahad lalu.

Menurutnya, penduduk bimbang sekiranya air sungai di kawasan terbabit dicemari racun dan sudah pasti boleh mendatangkan kesan bahaya bukan sahaja kepada penduduk, malah segala hasil ternakan dan tanaman mereka.

“Sebelum ini, air sungai berkenaan cuma berbau tetapi kini warnanya agak kehitaman dan banyak ikan seperti sepat, haruan, puyu serta keli mati terapung di permukaan sungai,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Manakala, Sabri Hashim, 53, berkata, sebelum air sungai itu tercemar, ia menjadi sumber rezeki buat penduduk untuk menangkap ikan darat di situ.

Menurutnya, sekarang air sungai itu sudah jadi macam beracun pula kerana sebelum ini, mereka mampu memperoleh RM20 ke RM30 sehari dengan menangkap beberapa jenis ikan dan dijual kepada penggemar ikan darat.

“Malah, ramai juga penduduk menjadikannya sebagai lokasi riadah seperti memancing, namun kini tidak lagi kerana air sudah tercemar.

“Kami hanya boleh mengadukan sahaja tetapi pihak pemimpin, di sini perlu mencari jalan bagaimana hendak menyelesaikan masalah berkenaan,” katanya.

Sementara itu, masalah berkenaan sudah dibawa ke pengetahuan Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) negeri Melaka yang bertindak mengaturkan lawatan segera bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Molek, Datuk Md Yunos Husin.

Turut serta, Ketua Penyelia Pembela BN, Amir Hamzah Aziz; Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri Melaka, Abd Hafiz A Samad; Penghulu kawasan Ayer Molek, Ayub Husin dan Setiausaha Japerun Ayer Molek, Ibrahim Ali.

Berikutan daripada lawatan berkenaan, beberapa sampel air sudah diambil oleh pihak JAS termasuk sisa daripada kumbahan yang dikeluarkan kilang berhampiran seperti didakwa penduduk menjadi punca air sungai tercemar.

Ketika diminta mengulas Md Yunos menjelaskan hasil lawatan ke kilang berkenaan mendapati kesemuanya mematuhi standard yang ditetapkan JAS.

“Bagaimanapun saya sudah minta JAS membawa kesemua sampel air berkenaan untuk ujian makmal dan keputusan akan dapat diketahui beberapa hari lagi.

“Dalam masa sama, saya minta kerjasama penduduk sekiranya berlaku kejadian seumpama ini lagi, harap dapat laporkan kepada JAS agar siasatan dapat dilakukan segera,” katanya.

Lori tangki terbalik



SEREMBAN – Tayar meletup menjadi punca sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit terbalik di persimpangan� Jalan Paroi, berdekatan jalan masuk ke Lebuhraya Kajang - Seremban (Lekas), di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi, lori tangki membawa muatan minyak kelapa sawit mentah seberat 36 tan itu terbalik ketika pemandu, Mohd Syawal Yusuf, 22, membelok kenderaannya untuk masuk ke lebuh raya berkenaan.

Mangsa yang dalam perjalanan dari Kuala Pilah dikatakan dalam perjalanan menghantar minyak sawit berkenaan ke kilang pemprosesan di Dengkil, Selangor.

Bagaimanapun, mangsa bernasib baik kerana terselamat dalam kemalangan itu.

Menurut mangsa, semasa dia mahu membelok masuk ke lebuh raya itu, dia terdengar satu bunyi letupan di salah satu tayar kiri lori berkenaan menyebabkan dia gagal mengawal kenderaan.
“Saya terdengar bunyi letupan di bahagian tayar. Sewaktu membelok itu saya tidak memandu laju dan lampu isyarat juga hijau. Memang waktu itu lori tidak boleh kawal lagi dan terus terbalik,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi.

Menurutnya, lori itu dipercayai terbalik selepas bahagian belakang lori yang memuatkan minyak mentah terangkat.

“Saya bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan teruk. Hanya terkejut dan kepala saya terhantuk sedikit di bumbung lori ini,” katanya.

Mohd Syawal yang tinggal di Banting, Selangor dikatakan baru empat bulan bekerja sebagai pemandu lori itu dan ia merupakan kemalangan kali pertama berlaku sejak dia bekerja di syarikat berkenaan.

Sementara itu, sebuah jentera membabitkan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang berkejar ke lokasi kemalangan.

Pegawai Bomba Kanan 2, Ariffin Mat Isa berkata, pihaknya menerima panggilan orang ramai pada 11.14 pagi.

“Sebaik saja sampai di tempat kejadian, kita dapati minyak sawit sudah memenuhi sebahagian jalan.

“Kita terpaksa menabur habuk kayu bagi mengelakkan jalan licin,” katanya.

Lelaki maut kes langgar lari



SUNGAI TENGI - Seorang lelaki maut setelah motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah kenderaan lain ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Kilometer 44, Jalan Tanjung Malim - Berstari Jaya, berdekatan persimpangan Kilang Sawit Felda Sungai Tengi, di sini pagi semalam.

Kejadian langgar lari itu berlaku kira-kira jam 7 pagi ketika orang ramai keluar bekerja.

Mangsa, Rafisham Musa, 34, maut serta merta akibat kecederaan teruk di kepala sementara kaki kanannya hampir putus.

Rakan mangsa yang dikenali sebagai Amat, 35, berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa ditemui terlentang di bahu jalan dengan topi keledar masih terikat di kepala.

Menurutnya, makanan yang dibungkus mangsa bersama telur rebus dan sambal turut bertaburan di atas jalan.

“Berkemungkinan dia dilanggar dari belakang sebelum tercampak ke tepi jalan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Difahamkan, mangsa meninggalkan seorang isteri dan empat anak yang masih kecil serta dua bersekolah.

Menurutnya, mangsa juga baru kehilangan ibu kandungnya seminggu yang lalu.

“Saya sedih memikirkan nasib keluarganya kerana dia mati dalam keadaan begini dengan makanan yang masih belum sempat dijamah,” katanya.

Amat berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja di Klang.

Katanya, arwah rakannya itu adalah seorang yang peramah dan mudah didekati malah ramai yang mengenalinya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintenden Norel Azmi Yahya Affendi ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk bedah siasat.

“Pihak polis minta kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian ini supaya tampil atau menghubungi balai polis berhampiran memandangkan kes ini melibatkan insiden langgar lari.

“Berdasarkan siasatan dan melihat kepada keadaan mangsa, dia dipercayai dilanggar oleh kenderaan berat,” katanya.

Pengarah rugi RM50,000



PETALING JAYA – Seorang pengarah syarikat kimia, Liau Cheng Kiat kerugian RM50,000 apabila bahan kimia dipesannya menerusi Internet hanya air semata-mata.

Cheng Kiat berkata, perkara itu hanya disedari setelah pemeriksaan teliti dibuat menerusi ITS Testing Services (M) Sdn Bhd yang mendapati kandungan bahan diterimanya daripada syarikat pengedar bahan tersebut yang berpangkalan di China adalah 99.7% air.

Menurutnya, hingga kini beliau masih tidak mendapat sebarang pembelaan meskipun aduan mengenainya sudah dibuat di Kedutaan Republik China di Kuala Lumpur.

“Saya telah hubungi pengedar itu dan dan dia sudah serahkan laporan yang dibuat pada 7 Februari lalu. Syarikat itu berjanji akan menyelesaikan masalah ini selepas Tahun Baru Cina, namun hingga kini tiada khabar berita mengenainya,” katanya.

Katanya, perkara itu kemudiannya diadukan kepada Biro Aduan MCA.

Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan MCA, Datuk Theng Book pada sidang medianya berkata, beliau berharap Kedutaan China dapat mengambil tindakan segera berhubung aduan berkenaan.

“Kedutaan China sepatutnya mengarahkan pasukan polis mereka menyiasat perkara tersebut kerana ia jelas adalah satu penganiayaan. Masalah itu perlu menjadi tauladan supaya ianya tidak berulang kepada rakyat Malaysia.

“Pembelian menerusi Internet ini sebenarnya merbahaya kerana kita tidak tahu kesahihan syarikat dan barangan yang hendak dihantar, justeru elakkan urusan jual beli menerusi Internet,” katanya kepada Sinar Harian.

7 sekeluarga nyaris maut



KAMPUNG BARU – “Kami terkepung dalam rumah yang bergerak di bawa arus, dan hanya mampu berdoa sementara menanti bantuan menyelamat tiba.”

Itu antara luahan tujuh sekeluarga yang nyaris maut apabila terperangkap lebih sejam di dalam rumah yang turut dibawa arus dan hampir ranap sama sekali, setelah hujan lebat dan limpahan air luar biasa menyebabkan berlaku banjir lumpur dan memaksa tiga keluarga ditempatkan di Dewan Kampung Baru untuk seketika, manakala enam lagi tidak dipindahkan.

Ahli keluarga mangsa, Mohd Lozi Mohd Nasir, 30 an, berkata, kejadian berlaku sangat pantas bermula sekitar jam 2.00 pagi apabila aras air sungai berdekatan rumah mula meningkatkan sedikit demi sedikit.

Menurutnya, ketika itu dia bersama ahli keluarga yang lain masih sempat memindahkan barangan rumah, kereta dan motor ke kawasan lebih tinggi, manakala ibu, isteri dan anak kecil berusia dua tahun diarahkan tinggal di dalam rumah.

“Semua berlaku dengan cepat, kira-kira jam 3.00 pagi, kami tidak lagi berada di luar rumah mengalihkan barangan kerana bimbang suatu tidak diingini berlaku kerana arus sangat deras. Namun ketika semua berkumpul di dalam rumah, kami mula merasakan adanya gegaran dan terasa rumah mula bergerak di bawa arus.

“Tiada apa yang dapat diucapkan melainkan rasa syukur tidak terhingga, kerana semuanya selamat dipindahkan dengan bantuan bot bomba yang tiba kira-kira sejam kemudian. Kami dihantar untuk mendapatkan perlindungan di dewan, namun sebelum itu sempat melihat rumah ranap oleh arus deras,”katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Bagi ibunya, Siti Rokiah Yan, 50 an berkata, hujan lebat dan limpahan segera dalam kuantiti yang banyak berlaku pertama kali, sejak lebih 30 tahun menetap di kawasan tersebut.

Katanya, limpahan air yang berlaku dengan arus deras dan berlumpur bukan daripada sungai dan hujan lebat biasa, namun tidak mustahil ban takungan air yang dibina di lombong bijih dan kuari berdekatan pecah yang memburukkan lagi keadaan. 

Angin lalu terbangkan atap rumah



BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA – Seorang penduduk tidak menyangka cuaca cerah petang pada sebelah petang menjadi punca kepada kejadian angin lalu yang memusnahkan sebahagian besar bahagian dapur rumahnya.

Kamaazaman Razali, 60, berkata, ketika kejadian jam 3.30 petang kelmarin, cuaca cerah malah tidak menunjukkan langsung keadaan akan hujan mahupun ribut akan melanda.

Menurutnya, dia dan anaknya sedang berehat di ruang tamu rumah sebelum dikejutkan dengan bunyi kuat di bahagian dapur.

“Saya dan anak-anak bergegas ke dapur sebelum melihatbumbung rosak apabila lebih 25 keping atap diterbangkan angin lalu memandangkan cuaca amat baik.

“Mujurlah ketika kejadian saya dan dua anak lelaki sahaja ada di rumah kerana isteri dan dua lagi anak keluar kerana

Kamaazaman berkata, sebelum ini belum pernah berlaku kejadian sebegini dan dia sekeluarga terkejut dengan keadaan cuaca yang baik namun tiba-tiba berlaku kejadian angin lalu yang menerbangkan atap rumahnya.

“Mujurlah kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan cuma sebahagian besar bumbung dapur rosak kerana atap diterbangkan angin lalu tersebut.

“Kami berterima kasih kepada pihak Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jengka yang hadir melawat dan memaklumkan tindakan yang perlu kami lakukan,” katanya.

Pembantu Khas ADUN Jengka, Jalaluddin Long berkata, pihaknya telah memaklumkankepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan tuan rumah diminta untuk membuat laporan polis sebelum menghantar permohonan kepada pihak JKM untuk tindakan bantuan.

”Laporan polis perlu dibuat terlebih dahulu,” katanya.

3 Felda Wilayah Jengka banjir



FELDA SUNGAI RETANG – Sebanyak 43 buah rumah peneroka dari tiga Felda di bawah Wilayah Jengka, Parlimen Jerantut, terlibat dengan banjir kilat dalam kejadian kira-kira jam 4.00 pagi semalam.

Daripada jumlah itu, 21 rumah terlibat di Felda Sungai Retang, 13 di Felda Sungai Tekam Utara namun tidak dipindahkan, cuma sembilan rumah peneroka membabitkan 35 ahli keluarga di Felda Jengka 10 dipindahkan sementara ke dewan orang ramai.

Mangsa banjir kilat Felda Sungai Retang, Rohani Wan Hitam,53 berkata, sekitar jam 3.30 pagi membuatkan dua bersama empat lagi anggota keluarga tidak tidur lena, mula mengemas dan mengalihkan barangan ke tempat lebih tinggi.

Menurutnya, ketika itu air setinggi kira-kira 0.5 meter dan belum memasuki perkarangan rumah, namun sekitar jam 4.00 pagi keadaan mula berubah apabila hujan lebat berterusan terus membawa limpahan air dari sungai berdekatan.

“Ketika itu hanya Tuhan yang tahu perasaan kami sekeluarga, dan hanya mampu berfikir untuk mencari dokumen penting serta menumpangkan cucu yang masih kecil di rumah jiran.

“Secara tiba-tiba terjahan air dengan arus yang kuat memasuki pintu dapur bahagian belakang rumah, serentak itu juga air di bahagian pintu hadapan dan tepi juga mula memenuhi rumah. Tiada apa yang dapat diselamatkan sama ada barangan elektrik mahu pun pakaian, melainkan diri masing-masing sahaja,”katanya di rumahnya.

Rohani berkata, banjir itu antara yang terbesar pernah berlaku dengan kenaikan aras air melebihi satu meter, yang berlaku dengan cepat dan mendatangkan jumlah kerugian yang besar.

Menurutnya, mereka dibantu anggota Rela yang bertugas ketika itu untuk berpindah dan mengalihkan barangan ke tempat lebih tinggi.

Jirannya, Mohamad Bahari Rashid berkata, rumahnya juga pertama kali dinaiki air dengan kejadian berlaku turut menyebabkan pelbagai barangan keperluan rumah termasuk mesin basuh turut terapung.

“Kami selamatkan semua barangan namun mesin basuh telah rosak, dengan usaha mengalihkan barangan terpaksa dihentikan seketika berikutan aras air meningkat dan arus deras,”katanya.

Sementara itu, Pengerusi JKKK Felda Sungai Retang, Suran Jaafar berkata, kejadian banjir kilat yang berlaku itu dicatatkan yang terbesar, sehingga menyebabkan siren amaran awal banjir turut gagal berfungsi.

“JKKK bersama Felda bergotong-royong menyediakan makanan untuk kesemua mangsa banjir, bagi meringankan beban mereka.

“Kunjungan ke setiap rumah mangsa juga dilakukan untuk melihat dan menilai kerosakan serta anggaran kerugian yang dihadapi mereka,”katanya. 

Maut dipanah petir



KUALA ROMPIN – Seorang remaja yang bekerja sebagai pembantu juru ukur, maut dipanah petir ketika sedang menjalankan kerja-kerja mengukur paip di Kilang Sawit Felda Selendang, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa, Hamzah Ismail, 24, dari Temerloh, meninggal dunia di tempat kejadian, selain melecur di bahagian lengan kanannya.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya ber�kata, mangsa yang baru sehari tiba di Rompin, bersama dua lagi rakannya pada ketika itu dipercayai menjalankan kerja-kerja mengukur paip air di kilang sawit terbabit pada waktu hujan.

“Mangsa yang sedang asyik menjalankan kerja-kerja mengukur paip, tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri sebelum salah seorang rakannya melaporkan kejadian itu kepada polis,” katanya kepada Sinar Harian.

Johari berkata, mayat mangsa dibawa ke Poliklinik Kuala Rompin sebelum jenazahnya dituntut ahli keluarganya dari Temerloh untuk urusan pengebumian.

Dalam pada itu, Johari mengingatkan mana-mana orang awam terutama pekerja yang terdedah dengan bahaya ketika cuaca buruk segera berteduh atau berlindung di tempat yang lebih selamat bagi memastikan keselamatan nyawa mereka.

“Orang ramai perlu mengambil iktibar dengan kejadian seperti ini kerana kejadian seperti hujan dan ribut petir sukar dijangka. Langkah keselamatan dan pencegahan awal perlu diberi tumpuan terlebih dahulu.

“Pihak majikan juga dinasihati supaya tidak membiarkan pekerja-pekerja mereka terdedah dengan bahaya kilat dan petir sebaliknya perlu memastikan pekerja mereka tidak menjalankan kerja-kerja pada waktu tersebut,” katanya.

Padah lakukan seks dengan kekasih baru



KUANTAN - Hubungan cinta seorang pengawal keselamatan dengan gadis yang baru dua hari dikenali memakan diri apabila kekasihnya itu membuat laporan polis mendakwa dia dirogol lelaki terbabit, 26 Julai tahun lalu.

Tertuduh berusia 22 tahun, dari Kampung Nelayan Sungai Puteri, Rompin yang ditahan polis 4 Mac lalu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan semalam atas tuduhan tersebut.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap tuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Noor Nordin di hadapan Hakim Nor Adidah Ahmad.

Pada masa sama, tertuduh tidak menafikan ada menjalinkan hubungan seks dengan gadis berusia 18 tahun dua bulan itu di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran pusat Giat Mara Kuala Rompin, bagaimanapun ia berlaku atas kerelaan bersama.

Tertuduh memberitahu mahkamah, selepas peristiwa itu, mereka bergaduh dan memutuskan hubungan.

Dia berkata, mungkin atas alasan tersebut, kekasihnya membuat laporan polis mendakwa dia dirogol.

Penjelasan tertuduh itu menimbulkan persoalan memaksa Nor Adidah bertanya sebab dia membawa mangsa ke dalam ladang kelapa sawit dan merogolnya.

“Kamu terus melakukan hubungan seks dengan gadis itu walaupun baru dua hari kenal?”Tanya Nor Adidah kepada tertuduh bagaimanapun dia hanya diam membisu.

Sebelum itu, tertuduh ditawarkan ikat jamin RM8,000 oleh pihak pendakwaan bagaimanapun dia merayu jumlah itu dikurangkan memandangkan dia hanya mampu setakat RM3,000.

Rayuannya itu ditegur Nor Adidah memandangkan jumlah ikat jamin yang diminta terlalu rendah.

“Ini Mahkamah Sek-syen bukan Mahkamah Majistret, mana boleh jaminan serendah itu apatah lagi tuduhan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang kamu hadapi memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh disebat,” tegur beliau.

Menurutnya, jumlah jaminan yang ditawarkan pihak pendakwaan juga berpatutan dengan keseriusan kesalahan yang dilakukan tertuduh itu.

Bagaimanapun selepas mengambil kira rayuan dan kemampuan kewangan tertuduh yang turut menanggung ibu dan adik-adik, mahkamah mengurangkan jumlah jaminan itu kepada RM6,000 manakala tarikh perbicaraan ditetapkan pada 2 dan 3 Mei depan.

Niat suci bawa padah



BANDAR MARANG – Hasrat ingin meringankan beban kewangan suami membawa padah akibat salah pertimbangan setelah menjadikan hasil jualan air ketum sebagai sumber rezeki.

Ahad lalu, polis menahan seorang wanita berusia 54 tahun bersama 50 bungkusan kecil air perahan daun ketum di sebuah rumah di sini.

Dengan penangkapan itu polis berjaya melumpuhkan kegiatan menjual air ketum di kampung Batangan.

Serbuan pada jam 11 pagi itu melibatkan sepasukan anggota dan pegawai polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang, dibuat hasil maklumat orang awam setelah rumah itu disyaki dijadikan tempat menjual air ketum.

Difahamkan rumah terbabit menjadi sarang penjualan air ketum kepada pelanggan dipercayai penagih dadah sekitar kawasan itu sejak beberapa bulan lalu.

Air ketum dijual pada harga serendah RM1 bagi setiap bungkusan kecil.

Suspek dipercayai tinggal dengan suami dan empat anaknya di rumah itu, namun ketika serbuan dijalankan hanya suspek dan dua anak lelakinya berada di rumah termasuk anak sulungnya yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) berusia 40-an dan 16 tahun.

Juga difahamkan dua lagi anak lelaki suspek tiada di rumah kerana keluar menoreh getah.

Manakala suami suspek sudah dua hari tidak pulang ke rumah dan empat lagi anak suspek tidak tinggal bersamanya di rumah itu.

:Ketua Polis daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi Sinar Harian berkata, ketika serbuan dilakukan, hanya suspek dan anak lelakinya yang berusia 16 tahun berada di dalam rumah.

Hasil pemeriksaan di rumah itu katanya, polis berjaya merampas sebanyak 50 bungkusan kecil dipercayai berisi air daun ketum dan sebiji pil kemerah-merahan dipercayai pil kuda termasuk wang berjumlah RM30.

Menurut Ahmad Mazlan, siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

“Wanita itu juga didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki pil kuda,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Jururawat nyaris maut, van terbakar



Dungun - Pemandu van Hospital Kemaman dan empat penumpang terdiri daripada jururawat Kementerian Kesihatan Malaysia nyaris maut apabila van yang dinaiki terbakar.

Saiful Bahari Ismail, 28 yang memandu van itu untuk membawa jururawat tersebut menghadiri kursus di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Bagaimanapun apabila tiba di Jalan Kuala Terengganu menuju ke Kemaman berhampi-ran Simpang Tanjung Jara, Saiful Bahari terdengar bunyi sesuatu dari arah belakang van. Sejurus itu, dia mendapati enjin kenderaan berasap.

Dia kemudiannya memberhentikan van dan mengarahkan jururawat berkenaan keluar dari kenderaan.

Bomba menerima panggi-lan pada jam 6.04 minit dan tiba di lokasi kejadian beberapa minit selepas laporan diterima.

Menurut jurucakap bomba. punca kejadian masih dalam siasatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Dungun, Penolong Penguasa, Suki Annuar ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian tersebut.

Pengantin baru maut



BESUT - Seorang wanita yang baru melangsungkan perkahwinan 17 hari lalu maut apabila motosikal yang diboncengnya terbabas akibat dirempuh seekor babi hutan di Kampung Padang Bual, Hulu Besut.

Dalam nahas jam 8.15 malam Jumaat lalu, pengantin baru Haslina Yaacob, 16, membonceng motosikal yang ditunggang suaminya Adam Daud, 18, dari arah Jertih ke Keruak meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan jam 7 pagi keesokkannya.

Manakala suaminya hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Besut.

:Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, ketika kejadian, mangsa dari rumah keluarga mentuanya di kampung Padang Buluh menghala ke kampung Bukit Payong, Hulu Besut.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, seekor babi hutan tiba-tiba meluru keluar dari kebun getah sebelah kanan jalan dan merempuh bahagian kanan (enjin) motosikal ditunggang Adam.

“Akibat dilanggar babi hutan itu, kenderaan mangsa gagal dikawal sebelum terbabas ke kiri jalan menyebabkan mangsa dan suaminya terjatuh,” katanya.

Kamaruddin berkata, babi hutan dianggarkan berat sekitar 50 kilogram mati selepas merempuh motosikal dinaiki mangsa.

Kata beliau, keadaan ketika kejadian gelap dan kiri kanan jalan kebun getah yang dipercayai menjadi laluan babi melintas jalan.

“Mangsa berasal dari Kampung Bukit Payong tidak memakai topi keledar ketika kejadian disahkan meninggal dunia di HUSM keesokannya kerana kecederaan parah pada bahagian otaknya .

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. 

Janda muda dirogol bomoh veteran

 

KUALA TERENGGANU - Gara-gara terlalu percaya dengan kebole-han seorang ‘tok bomoh’ veteran yang kononnya mampu memulihkan kembali kasih sayang suami isteri, seorang janda muda dirogol di rumahnya sendiri dalam satu kejadian di Kampung Tepoh, awal pagi kelmarin.

Kejadian bermula apabila tok bomoh, 59, dari Kampung Wakaf Tengah itu datang ke rumah mangsa, 29, kira-kira jam 10 malam kononnya untuk mengubati mangsa yang berhadapan dengan masalah rumah tangga.

Ketika kejadian, difahamkan semua ahli keluarga mangsa termasuk kedua-dua ibu bapanya berada di situ tetapi seolah-olah dipukau kerana tidak mampu berbuat apa-apa dan membiarkan sahaja mangsa bersama tok bomoh itu di dalam bilik berdua-duaan.

Bas ekspres terbalik



KUALA TERENGGANU - Seramai 12 penumpang sebuah bas ekspres berhadapan detik mencemaskan apabila bas yang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Setiu itu terbabas lalu terjunam ke dalam parit sedalam dua meter dalam satu kemalangan di Kilometer 38, Jalan Pakoh Jaya, Kuala Terengganu ke Kota Bharu berhampiran Felda Belara, Kuala Nerus, semalam.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, Asisten Superintendan Khazahari Che Mat berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.05 pagi dan bas ekpress yang dipandu oleh Md Amin Mohamad, 40, itu dikatakan hilang kawalan lalu merempuh sebuah kereta Perodua Kancil yang datang dari arah bertentangan.

“Pemandu bas itu hilang kawalan ketika tiba di jalan selekoh lagi iaitu 25 meter jarak dari lokasi kejadian dan bergesel dengan sebuah kereta Perodua lalu terjunam ke dalam parit yang terletak kira-kira 30 meter dari jalan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Gaddafi sedia berundur?



TRIPOLI - Kementerian Luar Libya menafikan laporan mengenai pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi yang dilaporkan bersedia mengadakan rundingan dengan puak penentang untuk berundur selepas hampir 42 tahun memerintah, semalam.

Gaddafi dilapor mencadangkan tempoh peralihan kuasa diwujudkan untuk beliau berundur dengan beberapa syarat, menurut agensi berita Arab dan Al Jazeera.

Antara syarat yang diberikan Gaddafi termasuk kekebalan daripada dakwaan jenayah dan jaminan keselamatan untuk beliau dan ahli keluarganya serta sejumlah bayaran.

Puak penentang Gaddafi mengumumkan menerima tawaran rundingan itu tetapi menolaknya kerana menganggap ia sebagai perangkap dan akan menyinggung perasaan rakyat yang pernah menjadi mangsa kekejaman Gaddafi.

Pemimpin itu didakwa menghantar bekas perdana menteri, Jadallah Azzouz Talhi bertemu puak penentang bagi berunding mengenai pelan peralihan itu.

Penunjuk perasaan Libya memulakan protes antikerajaan, 16 Februari lalu dan pertempuran antara tentera yang setia kepada Gaddafi dan puak penentang bersenjata masih berterusan sehingga hari ini.

Tujuh lelaki ditahan bantu kes bunuh pekerja



KUALA LUMPUR - Tujuh lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes seorang pekerja stor besi buruk ditikam dan dipukul sehingga mati di sebuah pusat membeli belah terkenal di bandar raya ini Ahad lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, semua mereka berumur dalam lingkungan 20 tahun dan ditahan di pelbagai lokasi di bandar raya ini termasuk di hotel murah.

"Mereka ditahan secara berperingkat sejak kes itu dilaporkan sehingga semalam. Saya berpuas hati dengan siasatan yang dilakukan dan kami percaya dengan tangkapan ini, kes ini dijangka selesai tidak lama lagi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira6.30 pagi itu, Ahmad Shariff Akbar Shah, 25, yang bekerja dengan abang iparnya di sebuah stor besi buruk di Ampang ditikam dan dipukul hingga mati oleh sekumpulan lelaki.

Teman wanitanya pula, bekas guru tuisyen, 30, cedera di lengan kiri akibat dikelar dan kini dilapor kritikal. Dia kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur.

Zulkifli berkata, berdasarkan cara tikaman, pihaknya tidak menolak andaian motif pembunuhan adalah dendam, namun kes masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-Bernama

Pemandu maut rempuh belakang treler beras



IPOH - Seorang lelaki maut apabila lori yang dipandunya merempuh treler muatan beras di Batu 11 Jalan Segari-Pantai Remis, dekat sini awal hari ini.

S. Sasit Tharan, 31, dari Kedah cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian. Mayatnya dihantar di Hospital Manjung untuk bedah siasat.

Ketua Polis Trafik Perak, Superintenden Wan Abdullah Ishak berkata, dalam kejadian pada 1.52 pagi itu, lori yang dipandu Sasit dalam perjalanan dari Lumut ke Pantai Remis.

"Akibat rempuhan itu, pemandu lori berkenaan tersepit dan mayatnya terpaksa dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat," katanya ketika dihubungi hari ini.-Bernama

Lelaki didakwa bunuh pekerja hotel



NIBONG TEBAL - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pekerja hotel, bulan lalu.

Muhamad Hafis Md Yusoff, 26, didakwa membunuh U Yuganthan, 21, di Taman Lima Kongsi, Sungai Bakap di sini, pada kira-kira 1 pagi, 25 Februari lalu.

Dia bersama beberapa orang lagi yang masih bebas didakwa menyebabkan kecederaan hingga mendatang kematian Yuganthan.

Muhamad Hafis yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34, kanun yang sama.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.

Majistret Mohd Izham Ali menetapkan 9 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Khairul Fairuz Rahman
sementara tertuduh tidak diwakili peguam..-Bernama

Tujuh lelaki ditahan bantu kes bunuh pekerja



KUALA LUMPUR - Tujuh lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes seorang pekerja stor besi buruk ditikam dan dipukul sehingga mati di sebuah pusat membeli belah terkenal di bandar raya ini Ahad lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, semua mereka berumur dalam lingkungan 20 tahun dan ditahan di pelbagai lokasi di bandar raya ini termasuk di hotel murah.

"Mereka ditahan secara berperingkat sejak kes itu dilaporkan sehingga semalam. Saya berpuas hati dengan siasatan yang dilakukan dan kami percaya dengan tangkapan ini, kes ini dijangka selesai tidak lama lagi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira6.30 pagi itu, Ahmad Shariff Akbar Shah, 25, yang bekerja dengan abang iparnya di sebuah stor besi buruk di Ampang ditikam dan dipukul hingga mati oleh sekumpulan lelaki.

Teman wanitanya pula, bekas guru tuisyen, 30, cedera di lengan kiri akibat dikelar dan kini dilapor kritikal. Dia kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur.

Zulkifli berkata, berdasarkan cara tikaman, pihaknya tidak menolak andaian motif pembunuhan adalah dendam, namun kes masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-Bernama

Dua rakan baik dipenjara, sebat

Utusan Malaysia Online


ALOR SETAR 8 Mac – Seorang peniaga air dihukum penjara 10 tahun dan sebatan enam kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah menyamun dua remaja pada hujung tahun lalu.
Rakan baik Syed Anuar Syed Mohd. Arus, 39, iaitu penjaga tempat letak kereta, Mohd. Fazry Mohamad, 26, pula dihukum penjara sembilan tahun dan sebatan empat kali atas tuduhan yang sama.
Hakim Mohd. Sabri Ismail menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati kedua-dua tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas tuduhan berkenaan.
Hukuman tersebut diperintahkan berkuat kuasa mulai tarikh mereka ditangkap pada hari mereka ditangkap pada hari kejadian.
Kedua-dua tertuduh disabitkan kesalahan melakukan samun berkumpulan ke atas dua remaja berusia 15 dan 17 tahun iaitu seunit telefon bimbit I-mobile warna hitam bernilai RM200 di tepi jalan berhampiran jambatan Simpang Kuala di sini pada pukul 2 pagi, 24 Oktober tahun lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Menurut laporan polis oleh pengadu, kedua-dua tertuduh turut menyamun dompet yang berisi wang tunai RM6 dan kedua-dua tertuduh ditahan polis kira-kira setengah jam selepas menyamun dua remaja itu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Rizal Fadzil memohon hukuman setimpal ke atas kedua-dua tertuduh bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang awam.
“Tertuduh pertama iaitu Syed Anuar mempunyai 15 rekod kesalahan lampau antaranya samun bersenjata, pecah rumah, merusuh, membawa senjata di tempat awam dan curi kenderaan.
“Mohd. Fazry pula melakukan kesalahan itu ketika masih dalam tempoh parol dari 24 Ogos 2010 hingga 31 Disember 2010 setelah terlibat dalam kes samun,’’ katanya.
Kedua-dua tertuduh pula memohon hukuman ringan dengan Syed Anuar memberi alasan menanggung ibunya yang uzur sementara Mohd. Fazry juga berjanji akan mengubah sikapnya.
Kedua-duanya tidak diwakili peguam bela.

Bekas IO dipenjara setahun, denda RM60,000

Utusan Malaysia Online


SHAH ALAM 8 Mac - Seorang bekas Pegawai Penyiasat Trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang dihukum penjara setahun dan denda RM60,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah mengemukakan enam tuntutan palsu, tujuh tahun lalu.
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu selepas mendapati Asisten Supritendan Wan Nazli Wan Jaafar, 43, telah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Beliau turut memerintahkan tertuduh yang berbaju kemeja krim dan seluar gelap itu dipenjara setahun lagi sekiranya gagal membayar denda.
Azhaniz bagaimanapun membenarkan permohonan peguam M. Athimulan yang mewakili tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan kedua-dua hukuman itu bagi mengemukakan rayuan.
Wan Nazli didakwa atas enam pertuduhan, membuat tuntutan menggunakan enam resit palsu penginapan di Hotel Lok Pin dan Hotel Sri Ledang yang kesemuanya berjumlah RM1,300.
Dia didakwa menyerahkan resit-resit itu kepada kerani kewangan, Rosliah Mohamed di bangunan Kewangan IPD Klang antara 28 Februari dan 11 Mac 2004.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 11(c)Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan atau yang mana lebih tinggi.
Bagi setiap pertuduhan itu, dia dihukum penjara setahun dan denda RM10,000 atau dua bulan penjara. Hukuman penjara diperintahkan berjalan serentak namun hukuman denda secara berasingan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ng Siew Wee.
Sepanjang kes dibicarakan, pendakwaan memanggil 14 saksi dan tertuduh membela dirinya tanpa membawa saksi lain.

Lelaki didakwa samun warga emas

Utusan Malaysia Online - Mahkamah: "

MELAKA 8 Mac – Seorang pekerja restoran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyamun seutas rantai emas milik seorang warga emas, tujuh hari lalu.

Mohd. Tarmizi Kadir, 33, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Zaharah Hussain.

Lelaki itu didakwa menyamun seutas rantai emas yang dianggarkan bernilai RM600 kepunyaan Ruhaya Hashim, 52, di sebuah rumah beralamat 5 1/2, Kampung Pinang B, Batang Tiga di sini pada pukul 1.30 petang, 1 Mac lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 14 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Iffa Sirrhu Samsudin yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 manakala tertuduh memohon jumlah itu dikurangkan dengan alasan keluarganya tidak berkemampuan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM5,000 dan menetapkan 6 April ini untuk sebutan semula bagi memberi peluang tertuduh melantik peguam bela."

Syarikat didenda RM40,000 seleweng minyak masak subsidi

Utusan Malaysia Online


JOHOR BAHRU 8 Mac – Sebuah syarikat membungkus minyak masak didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah melakukan penyelewengan minyak subsidi Januari lalu.
Hakim Zamri Abu Bakar mengenakan denda tersebut ke atas syarikat Perniagaan Megah Harmoni yang beroperasi di Taman Perindustrian Cemerlang kerana melakukan kesalahan itu pada 13 Januari lalu.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Abdul Hamid Abu Bakar berharap keputusan itu menjadi pengajaran kepada mana-mana syarikat atau individu yang cuba melanggar undang-undang negara.
“Kita gembira dengan keputusan ini dan akan terus melakukan pemantauan ke atas kegiatan sebegini dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Dalam prosiding kes itu hari ini, pemilik syarikat tersebut yang merupakan seorang wanita rakyat tempatan mengaku bersalah dan membayar denda RM40,000 yang dikenakan dan minyak masak yang dirampas dijadikan hasil kerajaan.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Mohd. Izhar.
Pada 13 Januari lalu, bahagian penguatkuasaan menyerbu syarikat itu di Taman Perindustrian Cemerlang, Ulu Tiram, dekat sini kerana disyaki menjalankan aktiviti penyelewengan dan penyalahgunaan minyak masak bersubsidi seberat 39.93 tan metrik.

JOHOR BAHRU 8 Mac – Sebuah syarikat membungkus minyak masak didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah melakukan penyelewengan minyak subsidi Januari lalu.
Hakim Zamri Abu Bakar mengenakan denda tersebut ke atas syarikat Perniagaan Megah Harmoni yang beroperasi di Taman Perindustrian Cemerlang kerana melakukan kesalahan itu pada 13 Januari lalu.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Abdul Hamid Abu Bakar berharap keputusan itu menjadi pengajaran kepada mana-mana syarikat atau individu yang cuba melanggar undang-undang negara.
“Kita gembira dengan keputusan ini dan akan terus melakukan pemantauan ke atas kegiatan sebegini dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Dalam prosiding kes itu hari ini, pemilik syarikat tersebut yang merupakan seorang wanita rakyat tempatan mengaku bersalah dan membayar denda RM40,000 yang dikenakan dan minyak masak yang dirampas dijadikan hasil kerajaan.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Mohd. Izhar.
Pada 13 Januari lalu, bahagian penguatkuasaan menyerbu syarikat itu di Taman Perindustrian Cemerlang, Ulu Tiram, dekat sini kerana disyaki menjalankan aktiviti penyelewengan dan penyalahgunaan minyak masak bersubsidi seberat 39.93 tan metrik.