Search This Blog

Monday, March 7, 2011

Pemilik ladang lembu ditemui mati dengan kesan tetakan

SH: "
JOHOR BAHARU - Mayat seorang pemilik ladang lembu ditemui di sebuah ladang getah berhampiran Sungai Tiram, Ulu Tiram, kira-kira 20km dari sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Roslan Zainuddin berkata, polis menerima laporan mengenai penemuan mayat R.Nithyananthan, 38, oleh orang ramai yang melalui kawasan ladang berkenaan pada kira-kira pukul 2.40 petang.

'Dia ditemui dengan beberapa kesan tetakan pada bahagian leher serta badan, dan kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,' katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya polis percaya lelaki itu mati 24 jam sebelum mayatnya ditemui di ladang tersebut, hanya beberapa meter dari motosikalnya, dan beliau seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi polis dengan menelefon 07-2212999 bagi membantu siasatan.

Katanya keluarga Nithyananthan sudah dimaklumkan mengenai kes itu, dan mayat lelaki berkenaan akan dibedah siasat esok. - Bernama"

Lelaki mati ditetak akibat cemburu

Berita Harian Online


Oleh Hardi Effendi Yaacob

2011/03/07

Mangsa, wanita diserang dalam bilik hotel

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan berketurunan India Muslim dibunuh kejam dipercayai akibat cemburu di sebuah hotel mewah di ibu negara, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 6.20 pagi itu, Ahmad Sharif Akhbar Shah, 26, bersama seorang wanita tidak dikenali dikatakan didatangi sekumpulan lelaki dipercayai anggota kumpulan samseng ke bilik penginapan dan berlaku pertengkaran.
Mereka kemudian membelasah peniaga besi buruk itu dan menetaknya dengan parang menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk pada kepala dan mukanya. Wanita terbabit yang belum dipastikan hubungannya dengan mangsa atau kumpulan penyerang dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman ketika mengesahkan kejadian, berkata mayat mangsa yang berlumuran darah ditemui pekerja hotel.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa diserang menggunakan objek tumpul dan senjata tajam.

“Kita menolak kes bermotifkan samun kerana semua barang berharga milik mangsa tidak hilang. Kita juga tidak menolak kemungkinan mangsa dan wanita terbabit mengenali penyerang,” katanya.

Mereka yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Rakan Cop 03-2115 9999 bagi membantu siasatan.

Mat rempit lari tinggal mayat rakan

Berita Harian Online


Oleh Mohamed Farid Noh

2011/03/07

Dua remaja bergesel MPV ketika berlumba

BATU PAHAT: Akibat terbabit dalam perlumbaan haram bersama-sama kira-kira 20 pelumba haram lain, dua remaja menerima padah apabila maut selepas bergesel dengan sebuah kenderaan pelbagai guna di Kilometer (KM) 76.1 Lebuh Raya Utara Selatan di laluan Machap ke Ayer Hitam, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, remaja lain melarikan diri dengan meninggalkan mayat dua rakan mereka terbujur di atas lebuh raya.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, Muhammad Saddam Hussein Sheikh Awaf, 20, dan rakannya, Mohd Faiz Ahmad, 19, kedua-dua pelajar kolej, mati di tempat kejadian akibat cedera parah.
Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Adnan Azizon, berkata kemalangan itu berlaku apabila sekumpulan pelumba haram menghampiri satu selekoh di lebuh raya berkenaan dan bergesel dengan sebuah kereta jenis Proton Ixora.

“Motosikal dinaiki salah seorang mangsa dipercayai tidak sempat mengelak lalu bergesel dengan Proton Ixora, mengakibatkannya gagal mengawal motosikal sebelum merempuh seorang rakan di sebelahnya menyebabkan kedua-dua berdua maut di tempat kejadian.

“Mat rempit lain sempat mengelak dan melarikan diri dari tempat kejadian,” katanya selepas ditemui pada Hari Polis Bertemu Pelanggan di Kompleks Beli Belah The Summit di sini, semalam.

Adnan berkata, mat rempit kini menjadikan lebuh raya sebagai litar lumba haram mereka selepas polis meningkatkan operasi di beberapa laluan berisiko sekitar daerah ini.
“Jika dulu laluan Jalan Kluang-Parit Raja serta Jalan Ayer Hitam-Yong Peng adalah tempat pilihan yang sering dijadikan laluan untuk berlumba,” katanya.

Dalam kejadian berasingan, dua remaja lelaki maut apabila kedua-duanya yang juga menunggang motosikal, bertembung sesama sendiri di Kilometer 126.5 Jalan Tanjong Laboh-Batu Pahat, jam 2.20 pagi semalam.

Adnan berkata, kedua-dua remaja berusia 17 dan 19 itu menunggang motosikal dari arah bertentangan sebelum seorang daripada mereka terbabas dan merempuh motosikal di hadapannya.

Lapan maut serangan bom di Iraq

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

07/03/2011 2:24am

BAGHDAD 7 Mac - Seramai lapan orang maut manakala 12 lagi cedera dalam satu kejadian serangan bom terhadap sebuah bas kecil di bandar Basra yang terletak di sebelah selatan Iraq, semalam.

Menurut saksi, letupan tersebut berlaku hanya 100 meter dari pos pasukan tentera rondaan Amerika Syarikat (AS).

Ini adalah serangan kali pertama untuk tahun ini di bandar yang terkenal dengan pengeluaran minyak yang itu yang terletak 550 kilometer dari Baghdad. - Agensi"

Berlusconi sedia tunjuk bukti

Berita Harian Online




2011/03/07

PM Itali dakwa rekod rasmi umur Karima al-Mahroug tidak tepat

ROME: Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi berkata, beliau akan membuktikan di mahkamah bahawa penari gelek keturunan Maghribi, Karima el-Mahroug, bukan gadis bawah umur ketika dia didakwa dibayar untuk melakukan hubungan seks dengannya.

Berlusconi, 74, memberitahu ahli parlimen partinya, Parti Kebebasan Rakyat bahawa peguam sudah merumuskan bukti menunjukkan Mahroug juga dikenali sebagai ‘Ruby Si Pencuri Hati’ dua tahun lebih tua daripada usia yang dinyatakannya.
Rumusan baru ini bererti, Ruby berusia 19 tahun dan bukan 17 tahun ketika dia pergi buat kali pertama ke Villa San Martino berhampiran Milan pada Hari Kekasih, tahun lalu. Di Itali, perbuatan membayar seorang gadis berusia di bawah 18 tahun untuk melakukan hubungan seks adalah satu jenayah.
Berlusconi akan menghadapi perbicaraan di Milan bulan depan atas dakwaan membayar untuk melakukan hubungan seks dengan Mahroug ketika dia masih di bawah umur dan menyalahgunakan kuasa dengan mengatur rancangan untuk membebaskannya daripada tahanan polis atas kesalahan mencuri pada bulan Mei tahun lalu.
Pendakwa berkata, Mahroug menyertai pesta seks beramai-ramai ‘bunga-bunga’ dengan Berlusconi, kumpulan penari dan pelacur. Berlusconi dan Mahroug menafikan dakwaan itu.

Mahroug sebelum ini berkata, Berlusconi memberinya wang tetapi ‘tidak pernah menyentuhnya’.

Minggu lalu, Berlusconi memberitahu: “Kami ada bukti bahawa dia bukan gadis bawah umur. Pendaftaran namanya dibuat dua tahun selepas dia dilahirkan.”
Sementara itu, akhbar Corriere della Sera melaporkan, pasukan peguam bela Berlusconi mengesahkan perkara ini di bandar Feki Ben Salah, di Maghribi, tempat Ruby dilahirkan.
Catatan pasport Ruby menyatakan dia dilahirkan pada November 1992.

Harapan Berlusconi untuk menang mungkin sukar berikutan kenyataan bapa Rubi, M’Hammed, seorang peniaga kaki lima di Sicily yang berkata: “Adalah tidak benar Ruby hanya didaftarkan dua tahun selepas dilahirkan.”

Dalam satu kes berasingan, Berlusconi dibicarakan di Milan semalam atas dakwaan penipuan cukai di dalam syarikat perfilemannya Mediatrade. Jumaat ini beliau akan hadir di mahkamah bagi mendengar pertuduhan memberi suapan kepada peguam British, David Mills, suami kepada bekas menteri dari parti Buruh, Tessa Jowell untuk berbohong di mahkamah disusuli perbicaraan ‘Rubygate’ pada 6 April depan. – Agensi

Paha disambar api mesin pemotong rumput

DUNGUN: “Dia meloncat-loncat sambil meminta tolong dan kami sangka dia bergurau,” kata Zulkifli Mohd Zari, 23, menceritakan detik cemas ketika memadamkan kebakaran paha dan tangan kanan rakannya yang terbakar di sini, semalam.
Rakannya, Riduan Othman, 30, melecur di belakang paha dan tangan kanan selepas mesin pemotong rumput yang digalasnya bocor dan terbakar sebelum menyambar mangsa.

Zulkifli berkata, kejadian jam 11.30 pagi itu berlaku ketika dia bersama mangsa serta empat rakannya memotong rumput di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seberang Pintasan, di sini.

“Ketika kami asyik memotong rumput, mangsa tiba-tiba meraung meminta tolong dan saya melihat dia terloncat-loncat dan ketika itu api menyambar seluarnya,” katanya.

Menurutnya, dia serta beberapa rakan berlari memberi pertolongan dan ketika itu api semakin besar membakar seluar termasuk pergelangan tangan kanan mangsa.


“Dalam keadaan panik, saya mengangkat mesin rumput di belakangnya sebelum mencapai tuala di poket belakang dan memadam api itu,” katanya.

Zulkifli berkata, dia percaya kejadian itu berpunca daripada kebocoran minyak mesin rumput terbabit sebelum mengalir ke pakaian mangsa dan berlaku kebakaran.

“Kami memapah mangsa ke Klinik Kesihatan Kuala Abang sebelum dia dikejarkan ke Hospital Dungun untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, majikan mangsa, Mat Yahya Mohamad ketika dihubungi berkata, pekerjanya yang berasal dari Kampung Jambu Bongkok, Marang itu kini berada di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

Syak anak dilarikan bekas isteri

myMetro


SEREMBAN: Seorang bapa merayu kerjasama orang ramai membantu mengesan dan menemukan semula anak perempuannya yang hilang selepas dipercayai dilarikan bekas isterinya sejak lima bulan lalu.

Azli Md Sani, 48, mendakwa anak bongsu daripada enam beradik itu, Hanis Syahirah, 10, dilaporkan hilang ketika berada di bawah jagaan Rumah Kanak-kanak Tunku Budriah, Cheras, Kuala Lumpur, dipercayai dibawa keluar tanpa kebenaran oleh bekas isterinya yang berusia 40-an, 4 Oktober lalu.


“Sebulan sebelum itu, dia (Hanis) tinggal bersama bekas isteri dan dihantar ke pusat jagaan berkenaan selepas diarahkan mahkamah sementara menunggu kes perbicaraan kami berhubung hak penjagaannya selesai.

“Walaupun berat hati saya terpaksa akur dengan perintah mahkamah. Selepas bercerai dengan bekas isteri pada 2007, empat anak termasuk Hanis yang masih belajar memilih untuk tinggal dengan saya,” katanya di sini, semalam.


Azli yang tinggal di Taman Gadong Jaya, di sini, bimbang masa depan anaknya yang didakwa tidak bersekolah ketika dijaga bekas isteri.


Orang ramai yang mengetahui maklumat anak dan isterinya itu boleh menghubungi Azli di talian 016-6107607/016-2317057 atau balai polis berdekatan."

Gaji minimum pembantu rumah Indonesia di Arab Saudi RM4,800

myMetro | Gaji minimum pembantu rumah Indonesia di Arab Saudi RM4,800: "


RIYADH: Bagi melindungi kebajikan warga Indonesia di Arab Saudi, Jakarta mengenakan syarat lebih ketat bagi mana-mana agensi mahu mendapatkan perkhidmatan rakyat negara itu.

Jurucakap Kedutaan Indonesia di Arab Saudi, Wishnu Krisnamurthi, berkata walaupun kerajaannya masih membenarkan pembantu rumah pergi bekerja di negara itu, jumlahnya merosot dengan ketara.


Antara langkah diambil adalah mewajibkan majikan menyatakan tugas yang mesti dilaksanakan dan jumlah ahli keluarga mereka.

Selain itu, gambar dan butiran peribadi majikan turut diambil untuk memudahkan sebarang tindakan jika perlu.


Pembantu rumah pula mesti diberi gaji minimum RM4,800, manakala pemandu RM6,500 sebulan. - SG"

Benigno mahu jeneral rasuah dihukum

myMetro MANILA: Presiden Filipina, Benigno Aquino (gambar) semalam berikrar untuk menghukum jeneral dan pegawai lain yang disyaki terbabit dalam skandal rasuah berprofil tinggi.
Sehubungan itu, beliau mengarahkan panglima baru tentera negara itu melakukan pembaharuan dengan matlamat menghentikan kegiatan rasuah berskala tinggi dalam pasukan tentera yang antara paling lemah di Asia.

Benigno menggunakan ucapan pada majlis tamat latihan di Akademi Tentera Filipina - yang secara tradisinya tertumpu pada gerakan antipemberontak dan isu keselamatan kebangsaan - untuk menggesa 196 pegawai baru itu menolak rasuah.

“Saya berharap anda boleh berkata ‘tidak’ jika ada orang yang melambakkan satu lori penuh dengan wang. Anda berada di sini bukan untuk menjadi kaya,” katanya.

Rasuah menjadi isu paling hangat di kalangan 126,000 anggota tentera yang tidak dilengkapi senjata secukupnya serta bergaji rendah.


Tentera Filipina berdepan dengan kekurangan senjata dalam memerangi pemberonta komunis dan penduduk Islam di selatan negara itu.

Skandal baru terbongkar Januari lalu apabila seorang bekas pegawai bajet tentera memberi keterangan di depan Senat bahawa sekurang-kurangnya tiga bekas ketua tentera mengaut sejumlah besar wang daripada bajet yang telah diluluskan untuk gaji anggota, senjata, perisikan dan sebuah hospital tentera.

Seorang daripada tertuduh, Jeneral Angelo Reyes menafikan dakwaan itu tetapi membunuh diri di pusara ibunya bulan lalu ketika siasatan Senat diteruskan. Benigno yang berjanji untuk memerangi rasuah dan kemiskinan ketika berkempen untuk pilihan raya tahun lalu memberitahu kadet di akademi di bandar Baguio itu: “Kita akan memastikan perompak dan kuncu mereka membayar jenayah yang telah mereka lakukan. Tidak ada orang yang akan terlepas.” - AP

4 korban amuk

myMetro | 4 korban amuk: "


MANILA: Seorang bekas pemimpin sebuah kampung di tengah Filipina yang kecewa, mengamuk semalam dengan melepaskan tembakan menyebabkan empat orang terbunuh dan tiga cedera.

Bekas ketua kampung di Silay itu, menyerbu satu mesyuarat dan menembak seorang demi seorang pegawai yang hadir, kata Ketua Polis wilayah, Allan Guisihan.


“Kejadian itu berkait dengan permusuhan politik tempatan,” kata Guisihan.

Menurutnya, seorang daripada mangsa itu mengalahkan Ayalin dalam pilihan raya baru-baru ini.


Gerakan dilancarkan untuk memburu Ayalin yang melarikan diri selepas serangan itu.


Pembunuhan berkait dengan politik adalah perkara biasa di Filipina. Pada 2009, satu suku kaum yang berpengaruh di selatan negara itu didakwa membunuh 27 orang dalam kejadian pembunuhan politik paling buruk dalam sejarah negara itu.


Mangsa termasuk sekumpulan wartawan dan anggota keluarga penentang suku kaum berkenaan yang bersiap sedia untuk mengemukakan pencalonannya di sebuah pejabat pilihan raya tempatan. - Reuters"

"Wanita menyamar ibu keluarkan duit pencen

myMetro | Wanita menyamar ibu keluarkan duit pencen:


FERNDALE (Washington): Pihak berkuasa berkata, seorang wanita ditahan kerana disyaki menipu ketika dia cuba membuka akaun bank sambil menyamar sebagai ibunya untuk mendapatkan pencen.

Sheriff Whatcom County, Bill Elfo, berkata Loewen B Craft memakai rambut palsu kelabu dan mekap supaya kelihatan lebih tua ketika berurusan dengan kakitangan bank di Ferndale.


Katanya, Loewen, 59, menyamar sebagai ibunya, Betty Becker, yang mati pada 2007.

Sebelum ditahan, kata Elfo, Loewen sempat memperoleh lebih daripada RM439,000 daripada bank lain melalui penipuan sama.


“Penipuan itu mula dikesan secara tidak sengaja apabila seorang detektif menyiasat satu kes lain yang tidak berkaitan dengan Loewen,” katanya. - Reuters"

7 ditangkap

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan dari Sarawak dan enam rakan lelakinya dari Afrika mengaut keuntungan jutaan ringgit sejak setahun lalu dengan memperdaya pemegang akaun bank tempatan melalui penipuan perbankan Internet.
Modus operandi mereka cukup mudah iaitu menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel secara rambang kepada mana-mana individu dengan menyatakan akaun mereka kini digantung sementara kerana masalah teknikal.

Mereka kemudian akan meminta mangsa memasukkan nombor akaun dan nombor PIN kononnya untuk mengaktifkan semula atau mengemas kini akaun itu.

Sebaik mendapat maklumat penting berkenaan, sindiket terbabit akan segera mengeluarkan wang mangsa. Mangsa hanya menyedari tertipu selepas wang dalam akaun mereka tiba-tiba hilang.

Bagaimanapun, tindakan licik sindiket terbabit yang dalam perhatian polis akhirnya terbongkar apabila semua mereka yang menuntut di dua kolej swasta di Puchong ditahan secara berasingan malam Rabu lalu.


Menurut sumber, pelajar perempuan berusia awal 20-an, enam lelaki iaitu masing-masing dua warga Tanzania, dua (Nigeria) dan dua (Zimbabwe) berusia pertengahan 20-an yang juga konco pelajar berkenaan turut ditahan.

Katanya, semua suspek lelaki memasuki negara ini menggunakan pas pelajar sebelum aktif menjalankan kegiatan itu.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas beberapa komputer riba dan kad ATM. Semua suspek diserahkan kepada polis Kontinjen Melaka untuk siasatan lanjut,” katanya.myMetro | 7 ditangkap

Empat dicekup menculik

BUTTERWORTH: Berang dan tidak puas hati selepas berasa ditipu dalam satu urusan jual beli motosikal, empat lelaki bertindak menculik dan meminta wang tebusan daripada keluarga seorang lelaki yang dikatakan menipu mereka dekat sini, dan padahnya, mereka ditahan polis atas dakwaan menculik, Khamis lalu.
Selain tuduhan menculik itu, keempat-empat lelaki berkenaan juga bakal menghadapi tuduhan lain selepas polis menemui pistol tiruan digunakan mereka.

Menurut sumber, kejadian berlaku 28 Februari lalu apabila adik kepada mangsa membuat laporan polis kehilangan abangnya di Balai Polis Perda, mendakwa diculik. Katanya, berdasarkan laporan adik mangsa itu, polis mendapat maklumat sekumpulan lelaki terbabit dalam kehilangan mangsa dan mereka dikenal pasti.

“Berikutan itu, usaha mengesan mangsa berusia 30 tahun dilakukan dan polis mengesan seorang suspek berusia 20-an di sebuah rumah pada malam 28 Februari lalu.

“Susulan itu, polis menyerbu di sebuah rumah kampung di belakang Taman Mesra, dekat Mak Mandin dan menahan dua lelaki berusia 20-an serta 45 tahun. Pemeriksaan lanjut di rumah berkenaan, polis menemui sepucuk pistol tiruan.


“Hasil maklumat daripada tertangkapnya tiga lelaki itu, polis menahan seorang lagi lelaki di kampung Mengkuang Dam pada 4 Mac lalu,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, berdasarkan siasatan awal, kejadian berkenaan berpunca rasa tidak puas hati apabila mangsa dikatakan menjual motosikal adiknya kepada seorang daripada suspek.

Katanya, mangsa berjanji menyerahkan geran motosikal dijual itu tetapi didakwa gagal berbuat demikian walaupun selepas menerima wang bayaran jualan motosikal berkenaan sebanyak RM5,500.

“Selepas dikatakan memberi banyak dalih mengenai geran kenderaan berkenaan, suspek yang membeli motosikalnya tidak dapat terus bersabar lalu menahan mangsa dan menuntut semula RM5,500 daripadanya. “Mereka menghubungi adik mangsa meminta wang itu dan membebaskan mangsa di tepi jalan di Sungai Dua berhampiran rumah mangsa,” katanya.

Menurut sumber, keempat-empat suspek itu kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan hasil pemeriksaan ujian air kencing mendapati dua positif dadah dan kes berkenaan disiasat Mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan.myMetro | Empat dicekup menculik

Mati terseret pecah kepala

BATU PAHAT: Bukan saja terseret lebih 50 meter, malah tempurung kepala seorang daripada dua lelaki dipercayai Mat Rempit yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 76.1, Lebuhraya Utara-Selatan, berhampiran Machap menghala ke Ayer Hitam, dekat sini, awal pagi semalam, turut pecah.
Sebelum kejadian, mangsa yang dikenali Muhammad Saddam Hussein Syed Awad, 20, dan rakannya, Mohd Faiz Ahmad, 19, dipercayai menunggang motosikal secara beriringan dalam satu kumpulan, cuba memotong sebuah kenderaan di hadapan.

Bagaimanapun, cubaan mereka gagal selepas salah seorang daripadanya bergesel dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) sebelum melanggar pula motosikal rakannya menyebabkan kedua-dua motosikal tercampak dan terseret lebih 50 meter.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mereka dipercayai maut serta-merta di lokasi kejadian berikutan parah di kepala dan beberapa anggota badan lain.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Adnan Azizon, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila sekumpulan Mat Rempit yang disertai kira-kira 20 motosikal jenis Yamaha RXZ itu menghampiri satu selekoh di lebuh raya berkenaan dalam keadaan laju.


“Seorang daripada mereka panik apabila melihat kenderaan di hadapan terlalu dekat dan cuba untuk masuk semula ke laluan asal namun bergesel dengan MPV berkenaan.
“Mangsa kemudian gagal mengawal motosikal yang ditunggang dan merempuh rakannya sebelum jatuh serta maut di lokasi sama,” katanya.myMetro | Mati terseret pecah kepala

Tragedi balik main futsal

MASJID TANAH: Perjalanan empat sahabat yang mahu pulang selepas selesai bermain futsal bertukar tragedi apabila terbabit dalam kemalangan menyebabkan dua daripada mereka cedera parah di Kampung Empang Batu, Durian Daun, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang, semua penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkenaan iaitu Amirul Afifi Mahyudin, Syed Mohd Nazrin Syed Zahari, Mohd Naqiyuddin Khairul Azman dan Mohd Fadhli Mokhtar berusia 20-an dalam perjalanan pulang ke kampus mereka di Lendu.

Bagaimanapun, sebuah motosikal ditunggang dua daripada mereka dikatakan hilang kawalan lalu terbabas di satu selekoh tajam menyebabkan ia dirempuh sebuah lagi motosikal yang mengekori dari belakang. Menurut Amirul Afifi yang cedera di kepala dan tangan, mereka ketika itu baru selesai bermain futsal di sekitar Klebang, dekat sini.

“Setiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang rakan saya (Naqiyuddin) yang berada di depan terbabas.

“Terkejut dengan keadaan itu, saya gagal mengelak lalu merempuh motosikal mereka,” katanya, semalam.


Menurutnya, kemalangan itu dipercayai akibat jalan licin berikutan hujan renyai menyebabkan motosikal mereka hilang kawalan ketika melalui selekoh tajam.

“Saya tidak dapat mengelak kerana ada sebuah kenderaan lain dari arah bertentangan dan sebuah lagi kenderaan di belakang. Jika saya mengelak mungkin seorang daripada kami maut digilis kenderaan,” katanya.

Keempat-empat mereka dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.myMetro | Tragedi balik main futsal

'Lembaga' pindah rumah

BETONG: Gangguan kemunculan lembaga berambut panjang di bangunan baru Ibu Pejabat Polis (IPD) Betong di sini, selepas sebulan berpindah ke lokasi itu kini memasuki episod baru apabila makhluk jelmaan menyerupai wanita itu dikatakan beralih angin dan sering merayau di kediaman pegawai pula.
Jelmaan wanita terbabit dikatakan sering dilihat sekitar kediaman beberapa pegawai IPD berkenaan, malah kelibat menyeramkan itu didakwa turut dilihat penduduk kawasan berdekatan ketika melalui bangunan itu, kira-kira jam 2 pagi.

Lembaga itu dikatakan berpakaian lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang dan dilihat sering merayau sekitar kediaman pegawai setiap awal pagi sebelum menghilangkan diri.

Beberapa pegawai di IPD itu mendakwa pernah melihat kelibat wanita berjalan sendirian, malah lebih mengerikan apabila lembaga itu pernah menjenguk kepalanya menerusi tingkap di sebuah kediaman didiami pegawai.

“Kami pernah melihat kelibat seorang wanita berdiri berdekatan tingkap sebelum menghilangkan diri. Kejadian ini sering berlaku terutama pada awal pagi dan wanita terbabit dikatakan berlegar-legar sekitar kediaman pegawai.


“Boleh dikatakan setiap minggu pasti ada yang melihat kelibat wanita itu. Bukan itu saja, malah dalam lokap pun turut berlaku gangguan tetapi dipercayai oleh makhluk lain,” kata pegawai terbabit yang yang enggan dikenali.

Menguatkan lagi dakwaan itu apabila ada beberapa penduduk berhampiran terserempak dengan lembaga menyerupai pegawai di atas bumbung rumah terbabit.

Kejadian berlaku beberapa bulan lalu apabila individu berkenaan melihat kelibat ‘pegawai’ berkenaan di atas bumbung pada jam 2 pagi.

“Namun, tidak lama selepas itu, ‘pegawai’ berkenaan dikatakan menghilangkan diri dan apabila ditanya pada keesokan hari, pegawai terbabit menafikan dia berada di atas bumbung rumahnya pada waktu itu,” katanya.

Katanya, beberapa anggota bertugas juga pernah melihat kelibat individu tidak dikenali sedang tidur dalam lokap pada waktu malam dan keadaan itu bukan saja membuatkan mereka ketakutan, malah tahanan sendiri merayu supaya dipindahkan ke lokap lain.


Sebelum ini, IPD Betong menjadi tumpuan apabila kelibat wanita berpakaian putih dan berambut panjang yang dikaitkan dengan pontianak didakwa sering mengganggu anggota dan pegawai polis bertugas pada waktu malam selepas sebulan berpindah.


Kejadian berlaku beberapa hari selepas IPD berkenaan berpindah ke lokasi barunya kira-kira dua kilometer dari Jalan Kuek Huat Wee bersebelahan Stadium Betong, April lalu.


Sejak itu, satu demi satu kejadian menyeramkan dialami anggota bertugas apabila mereka mendakwa ternampak wanita misteri dalam lokap di IPD berkenaan. Malah, kejadian itu berlarutan beberapa hari selepas itu dengan anggota lain turut mendakwa melihat kelibat lembaga yang ‘menyamar’ rakan setugas mereka.


Turut didakwa berlaku gangguan menyebabkan seorang anggota penyiasat hampir pengsan dan terpaksa melompat dari tingkap bangunan berkenaan selepas melihat lembaga menyeramkan itu berdiri di depannya. Berikutan itu, pengurusan IPD terpaksa mendapatkan khidmat seorang pengamal perubatan Islam bagi ‘menangkap’ lembaga berkenaan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai enggan mengulas lanjut sambil menjelaskan kes itu bukan berkaitan jenayah.myMetro | 'Lembaga' pindah rumah

Pelajar alami H1N1

myMetro | Pelajar alami H1N1: "


KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Long, Kajang dilaporkan menerima rawatan di Hospital Kajang kelmarin selepas mengalami simptom awal influenza A (H1N1).

Dia antara mangsa terbaru selepas seorang pelajar tingkatan empat di daerah sama meninggal dunia kerana serangan virus berkenaan seperti dilaporkan akhbar Jumaat lalu.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata, bagaimanapun keadaan pelajar terbabit tidak serius dan menerima rawatan pesakit luar.

“Bagi hari ini, hanya dua kes dilaporkan positif H1N1 dan satu kes yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU),” katanya."

Teman lelaki maut ditetak

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut manakala teman wanitanya cedera ditetak sekumpulan lelaki bersenjata yang tiba-tiba datang ke rumahnya di sebuah pangsapuri berhampiran Jalan Changkat Thambi Dollah, di sini, semalam.
Mangsa, Ahmad Shariff Akbar Shah, 26, seorang pekerja bengkel besi buruk mati di tempat kejadian dipercayai akibat tikaman lebih lima kali di dada selain cedera di kepala dan badan.

Abang ipar mangsa, Asriy Ramachandran, 35, ketika ditemui di tempat kejadian berkata, mangsa seorang yang pendiam dan tidak mempunyai musuh. “Mangsa tidak pernah bercerita atau berkongsi masalah peribadi dengan saya kerana kami tinggal berasingan dan hanya bertemu ketika keluar bekerja. Saya tidak tahu sama ada mangsa ada berhutang dengan along atau pernah menerima ugutan daripada sesiapa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, berkata mangsa dipercayai bergaduh dengan sekumpulan lelaki menyebabkan dia dipukul dan ditikam bertubi-tubi.

Katanya, teman wanita mangsa yang berada di tempat kejadian turut cedera dan kini dirawat di HKL.


Beliau berkata, mangsa mati di tempat kejadian disebabkan parah akibat dipukul senjata tumpul dan benda tajam.

“Siasatan polis di tempat kejadian tidak menemui sebarang senjata atau peralatan yang digunakan suspek, malah bilik mangsa juga tiada kesan diceroboh,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.myMetro | Teman lelaki maut ditetak

Anakku Maduku


KECEWA... Azie ketika menceritakan pengalaman hitamnya kepada wartawan Harian Metro.
KECEWA... Azie ketika menceritakan pengalaman hitamnya kepada wartawan Harian Metro.


KUALA LUMPUR: Hati wanita mana tidak terguris apabila melihat suami sedang berasmara dengan anak kandungnya di dapur rumah ketika dia baru pulang dari hospital selepas menjalani rawatan pembedahan kerana mengandung di luar rahim.
Biarpun kejadian itu dua tahun berlalu, situasi ibarat ‘bermadu dengan anak sendiri’ menyebabkan dia yang mahu dikenali sebagai Azie amat kecewa kerana hatinya disakiti dua insan paling disayangi.

Azie, 30-an berkata, hidupnya tidak menentu selepas melihat perbuatan bekas suaminya yang mengambil kesempatan terhadap anak tiri.

Menurutnya, anak gadisnya yang ketika itu berusia 15 tahun anak sulung hasil perkongsian hidup dengan suami pertama yang dikahwini pada 1994 sebelum bercerai lima tahun kemudian.


“Hasil perkahwinan itu, saya dikurniakan dua anak. Seorang lagi anak lelaki yang kini berusia 13 tahun. Selepas bercerai, kedua-dua anak itu dijaga nenek mereka di pantai timur,” katanya.


Menurutnya, selepas tiga tahun menjanda, hatinya ditambat seorang lelaki berusia 40-an dan mereka melangsungkan perkahwinan pada 2002.

“Perkahwinan kali kedua ini pada awalnya bahagia dan kami mendapat dua anak masing-masing seorang lelaki yang kini berusia lapan tahun dan perempuan berusia lima tahun.

“Namun, kebahagiaan itu mula tergugat sedikit demi sedikit selepas saya mengambil dua anak dengan suami dulu tinggal dengan kami di ibu kota,” katanya.

Menurutnya, ketika anak gadisnya berusia 13 tahun, dia sudah mula mencurigai sikap suami yang seolah-olah cuba mengambil kesempatan terhadap anaknya itu.

“Saya pernah terserempak suami yang berada dalam bilik anak dan dia cuba meraba anak saya yang ketika itu tidur.

“Bagaimanapun, ketika ditanya dia membuat alasan mahu menghalau nyamuk dan saya mendiamkan diri kerana enggan bergaduh selain tidak mahu anak lain tahu,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu makin menjadi-jadi apabila anak gadisnya berusia 15 tahun dan pernah anaknya itu demam teruk dan meminta dibawa ke klinik.

“Ketika dalam perjalanan ke klinik, baru anak saya menceritakan kejadian sebenar yang dia sudah beberapa kali menjadi pemuas nafsu suami, namun tidak berani menceritakannya kepada sesiapa kerana diugut bapa tirinya itu.

“Saya membawa anak saya ke balai polis untuk membuat laporan rogol kerana anak masih di bawah umur,” katanya.

Azie berkata, suami keduanya itu juga seorang yang panas baran dan suka memukulnya dan anak-anak, namun hanya anak sulung yang dijadikan hamba seks itu tidak dipukul.

“Lebih mengecewakan apabila suami memukul dan memijak perut saya walaupun ketika itu saya baru tiga hari selesai menjalani pembedahan kerana mengandung di luar rahim.

“Mungkin dia bertindak begitu kerana marah selepas saya ternampak dia berasmara dengan anak ketika mereka di dapur,” katanya.

Menurutnya, selepas kejadian itu, anak lelaki keduanya turut menceritakan yang dia pernah terserempak kakaknya beberapa kali masuk ke bilik bapa tiri sebelum keluar dua hingga tiga jam kemudian.

“Bagaimanapun, anak saya itu tidak berani menceritakannya sebelum ini kerana takut dipukul suami yang panas baran, malah dia pernah diseksa dengan diterbalikkan kepala ke bawah kerana mengetahui hubungan bapa tiri dengan kakaknya itu.

“Selepas mendengar semua cerita dan mengetahui apa yang berlaku ditambah dengan apa yang saya lihat, saya meminta cerai dan kami berpisah Ogos tahun lalu,” katanya.

Bagaimanapun, Azie kini buntu apabila anak gadisnya itu yang kini berusia 17 tahun menghilangkan diri sejak enam bulan lalu dan dia syak kemungkinan bekas suaminya mengambil anaknya itu.

“Saya sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan anak dan syak bekas suami melarikannya kerana saya tahu dia bijak memujuk.

“Tidak mustahil anak gadis saya mengikutnya kerana dia masih mentah dan mudah termakan pujuk rayu bapa tirinya,” katanya.myMetro | 'Bermadu' anak sendiri

Pencuri hampa bakar kereta

KUALA LUMPUR: Geram apabila usaha mereka untuk merampas sebuah kereta gagal, dua lelaki berusia 20-an nekad membakar kenderaan itu di Bandar Manjalara, di sini, kelmarin sebelum melarikan diri.
Lebih kejam, kedua-dua suspek turut membakar kenderaan seorang lagi mangsa yang cuba membantu lelaki terbabit daripada disamun.

Difahamkan, kereta milik kedua-dua mangsa diletakkan bersebelahan di tempat letak kereta kawasan itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, dua kereta jenis Honda City dan Toyota Vios hangus dijilat api akibat dibakar suspek.


Menurut sumber, kekejaman dua suspek itu bermula apabila mereka cuba merampas sebuah kereta jenis Honda City milik seorang lelaki berusia 20-an.


“Bagaimanapun, mangsa yang menyedari perbuatan itu cuba mempertahankan keretanya itu menyebabkan suspek naik berang dan hendak membelasahnya,” katanya.myMetro | Pencuri hampa bakar kereta

Tunjuk perasaan bantah bajet di Hong Kong




SEORANG anggota polis terbaring selepas dia bergelut dengan sekumpulan penunjuk perasaan di Hong Kong semalam.


HONG KONG - Beberapa pergelutan kecil berlaku di antara anggota-anggota polis dan penunjuk perasaan semalam yang membantah rancangan bajet pemerintah di pulau itu.
Seorang jurugambar agensi berita AFP berkata, sekurang-kurangnya seorang penunjuk perasaan dan seorang anggota polis cedera dalam pergelutan kecil di antara dua pihak itu.
Tunjuk perasaan berlaku sehari selepas pengumuman bajet oleh Setiausaha Kewangan, John Tsang yang didakwa tidak memenuhi kehendak orang awam seperti tiada skim keselamatan persaraan, perumahan awam dan perlindungan alam sekitar.
Tsang dilaporkan enggan memperuntukkan sejumlah wang untuk membantu rakyat walaupun bajet itu mempunyai lebihan sebanyak AS$9 bilion (RM27.25 bilion) pada 2010.
Sambil melaungkan slogan dan mengibarkan sepanduk, ahli-ahli politik dan rakyat berarak ke ibu pejabat pemerintah.
Tunjuk perasaan itu dihadiri oleh 10,000 orang.
Mereka mendakwa pemerintah gagal menyelesaikan banyak masalah termasuk harga hartanah yang tinggi dan jurang kekayaan yang luas.
Penganjur tunjuk perasaan itu berkata, penunjuk perasaan telah mengambil inspirasi dari gerakan kebangkitan rakyat dari negara lain di seluruh dunia untuk berhimpun.
"Rakyat Hong Kong berada dalam keadaan sangat tidak puas hati, kami mahu pemerintah yang lebih baik," kata seorang anggota perwakilan rakyat, Tanya Chan.
Hong Kong diberikan kuasa separuh autonomi oleh pemerintah komunis China. - AFPKosmo! Online - Dunia

Sembilan maut pub terbakar di Taiwan

Kosmo! Online - Dunia: "
TAICHUNG - Sembilan orang termasuk dua pasangan mati dalam kebakaran sebuah pub dua tingkat di tengah Taiwan semalam, kata polis dan pegawai bomba.

Sisatan awal menunjukkan kebakaran itu bermula apabila seorang penari menggunakan bunga api semasa membuat persembahan di pub tersebut yang terletak di Taichung.

Penari dan pemilik pub itu kini ditahan polis selepas kejadian tersebut turut menyebabkan 12 orang cedera.

Seorang wanita yang cedera memberitahu bahawa ramai orang sedang menari dan minum semasa asap mula keluar.

Menurutnya, para pengunjung pub itu kemudian panik dan menyebabkan mereka berasak-asak untuk keluar bagi menyelamatkan diri.

Wanita itu menyatakan, kira-kira 70 orang berada di dalam pub tersebut semasa kejadian.

Seorang anggota bomba menjelaskan bahawa mayat-mayat sukar dikenal pasti kerana rentung akibat terbakar. - AFP"

Lelaki bergaduh mati ditikam



KUALA LUMPUR - Seorang pengumpul besi buruk ditemui mati dengan lima kesan tikaman di badannya selepas terlibat dalam pergaduhan dengan sekumpulan lelaki di tingkat 15, Season Tower, Jalan Changkat Thamby Dollah di sini semalam.
Kejadian pukul 6.30 pagi itu mengakibatkan Ahmad Sharif Akhbarshah, 26, mati selepas disyaki dipukul dan ditikam dengan objek tumpul dan tajam di kepala, dada, belakang badan dan kedua-dua tangannya.
Difahamkan, ketika kejadian, teman wanita mangsa turut berada di dalam bilik apartmen yang disewa sejak sebulan lalu itu. Dia kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengalami cedera parah apabila tangan kirinya dipukul hingga menampakkan tulang.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, selepas menerima panggilan daripada pekerja apartmen berkenaan, pihaknya telah membuat siasatan dan mendapati mangsa mengalami kecederaan teruk akibat dipukul dengan objek tumpul serta tajam.
"Kita masih menyiasat motif kejadian kerana semua barang berharga milik mangsa ada bersamanya dan tiada kesan pecah masuk. Setakat ini, tiada sebarang tangkapan dibuat untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh," katanya ketika dihubungi semalam.
Sementara itu, kakak mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Bairog Barnu, 30, berkata, dia jarang bertemu dengan mangsa sejak dia berpindah ke apartmen tersebut kira-kira sebulan lalu.
"Kami jarang bertemu kerana saya tinggal di Segambut. Pada malam kejadian, dia ada beritahu hendak keluar minum dengan kawan-kawannya," ceritanya yang memberitahu mangsa menyewa apartmen itu dengan bayaran RM98 sehari atau RM3,000 sebulan.Kosmo! Online - Negara

Telefon bimbit jadi penyelamat





ANGGOTA bomba membersihkan luka pada kepala Khairul Rafiuddin yang diselamatkan selepas terjatuh ketika cuba mendaki bukit Gua Kelam, Padang Besar kelmarin.


PADANG BESAR - Tindakan seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang membawa telefon bimbit ketika mendaki Gua Kelam di sini ternyata berbaloi apabila alat komunikasi itu membantu pihak berkuasa mengesannya ketika dia terjatuh di dalam gua tersebut kelmarin.
Kejadian pukul 3.30 petang itu berlaku ketika Khairul Rafiuddin Isa, 26, sedang berjoging dan mendaki bukit di situ sebelum terjatuh lalu tersangkut pada sebatang pokok kecil yang tumbuh di permukaan gaung sedalam 110 meter.
Menurut pelajar tahun empat jurusan Kejuruteraan Perhubungan itu, kejadian berlaku selepas batu yang dipegang ketika mendaki bukit terlepas lalu menimpa kepalanya.
Katanya, ekoran itu, dia telah tergelongsor dari laluan pendaki dan terus tersangkut pada sebatang pokok kecil sebelum pitam seketika.
"Selepas sedar, perkara pertama saya ingat ialah menghubungi bomba dan nasib saya baik kerana talian telefon masih boleh digunakan di dalam hutan tersebut.
"Pada mulanya mereka gagal mengesan lokasi saya terjatuh tetapi selepas beberapa kali berhubung dan memberikan petunjuk, mereka akhirnya menemui saya," ceritanya yang turut mengalami luka di kepala, lengan dan bahu ketika ditemui semalam.
Tambah pelajar dari Bertam Hulu Melaka itu, dia datang ke situ bersendirian pada pukul 3 petang untuk berjoging dan mendaki bukit.
Menurut Khairul Rafiuddin, sebaik ditemui dalam keadaan keletihan pada pukul 4.30 petang, pihak bomba terpaksa menggunakan akar pokok yang ada di situ untuk menariknya naik.
"Selepas mendapati ia sukar, mereka kemudian menggunakan tali pula," katanya lagi.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Padang Besar, Halil Hassan ketika dihubungi memberitahu, seramai enam anggota terlibat dalam operasi itu dan mangsa telah diberi rawatan kecemasan oleh Unit Perubatan Bomba sejurus diselamatkan.Kosmo! Online - Negara

Penculik akhirnya terima padah



KUALA TERENGGANU – Selepas lima tahun melarikan diri, seorang lelaki yang menculik seorang kanak-kanak perempuan di Kuala Ibai dekat sini pada 2006 akhirnya ditahan di Inanam, Sabah Selasa lalu.
Juruelektrik berusia 30 tahun dari Ipoh, Perak itu ditahan di sebuah rumah di situ pada pukul 7.30 pagi 1 Mac lalu selepas polis mencarinya sejak lima tahun lalu sebaik menerima laporan daripada bapa mangsa pada 22 Oktober 2006.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan, pada hari kejadian, suspek telah menculik kanak-kanak tersebut yang ketika itu berusia tiga tahun semasa suspek melakukan kerja-kerja pendawaian di rumah mangsa di Kuala Ibai dekat sini.
Katanya, ketika kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumah dan kanak-kanak itu hanya ditemani oleh pembantu rumahnya.
“Ahli perniagaan itu hanya menyedari anaknya telah diculik pada pukul 12 tengah hari selepas dia menerima panggilan daripada suspek yang memintanya wang tebusan RM200,000.
“Suspek kemudian membebaskan mangsa berhampiran Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai dua jam kemudian selepas dia bersetuju untuk mengurangkan wang tebusan menjadi RM42,800,” katanya.
Tambahnya, bapa mangsa hanya membuat laporan lapan hari kemudian kerana mereka trauma dengan kejadian yang menimpa anak bongsunya itu.
Menurut Manoharan, suspek yang telah diserahkan kepada pihaknya oleh polis Sabah kini direman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961.Kosmo! Online - Negara

Lelaki kena jel 5 tahun




RUSLINA (kanan) bersama dua anaknya termanggu di jendela semalam mengenangkan nasib mereka yang tidak mempunyai rumah selepas dibakar suaminya. Mereka kini tinggal di rumah seorang saudara di Besut.


KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki yang bertindak membakar rumah sendiri selepas naik berang ketika bertengkar dengan isterinya dijatuhi hukuman penjara lima tahun setelah dia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Tertuduh Maliki Mohamed @ Lee See Tee, 39, (gambar) yang hanya mampu berjalan terhenjut-henjut ke kandang mahkamah akibat melecur pada kaki kanannya membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Azman Mustapha.
Azman menetapkan hukuman tersebut bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 27 Februari lalu.
Maliki didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana membakar rumahnya menggunakan mancis sehingga menyebabkan kerugian hampir RM100,000 di Kampung Balik Bukit, Bandar Permaisuri, Setiu pada 26 Februari kira-kira pukul 12.30 tengah malam.Kosmo! Online - Negara

Ketua kelas patah tangan dibelasah




ANOAR menunjukkan tangan anaknya, Muhammad Shahfaly yang patah didakwa akibat dibelasah 11 pelajar di Simpang Empat, Kangar semalam.


KANGAR - Ketua kelas ini sekadar melaksanakan tugas mencatatkan nama pelajar ponteng sebagaimana kebiasaan dilakukannya setiap hari.
Namun, tindakan murninya itu kelmarin membawa padah apabila dia dibelasah oleh sekumpulan 11 pelajar samseng yang sudah lama berdendam dengannya.
Akibatnya lengan kiri pelajar itu patah, tulang bahu terseliuh manakala kening kiri turut luka dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu, kira-kira pukul 11 pagi.
Muhammad Shahfaly Anoar, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Saffi dekat sini terpaksa mengambil cuti sakit selama 11 hari akibat kejadian itu.Kosmo! Online - Negara