Search This Blog

Saturday, March 5, 2011

2 penjenayah ditembak mati

KOTA KINABALU: Dua penjenayah yang dipercayai ketakutan selepas menembak mati seorang pemandu teksi beberapa hari lalu, akhirnya maut ketika berbalas tembak selepas tempat persembunyian mereka diserbu polis di Jalan Sungai Batang Batu 10, Sandakan, di sini, kelmarin.
Difahamkan, kedua-dua penjenayah yang belum dikenal pasti identitinya itu bersembunyi di sebuah pondok ladang sawit berhampiran tapak pembinaan Universiti Malaysia Sabah (UMS), kira-kira tujuh kilometer dari lokasi mereka melakukan pembunuhan itu.

Dalam serbuan kira-kira jam 2 petang, kedua-dua suspek berusia 30-an gagal melarikan diri selepas lokasi persembunyian mereka dikesan dan dikepung polis.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, sebaik menyedari tempat persembunyian mereka dikepung polis, dua penjenayah terbabit melepaskan tembakan terhadap polis yang mengarahkan mereka menyerah diri.

Beliau berkata, polis membalas tembakan itu menyebabkan kedua-duanya maut. “Sebelum itu, polis yang curiga dengan kehadiran individu di dalam rumah itu mengarahkan penghuninya keluar, tetapi arahan itu dibalas dengan tembakan oleh seorang daripada lelaki terbabit.


“Keadaan itu menyebabkan polis tidak memiliki pilihan sebelum berlaku tembak menembak antara suspek dengan polis menyebabkan dua penjenayah itu maut,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Beliau berkata, polis yang melakukan pemeriksaan di rumah itu menemui sepucuk pistol jenis Caliber45 dipercayai sejata sama digunakan suspek untuk membunuh pemandu teksi pada 28 Februari lalu.

Malah, katanya, siasatan mendapati peluru digunakan suspek sama dengan peluru yang digunakan untuk membunuh pemandu teksi berkenaan.

“Polis akan menghantar barang bukti yang diperoleh termasuk satu telefon bimbit dipercayai milik pemandu teksi ke Jabatan Kimia untuk siasatan lanjut,’’ katanya.

Sebelum ini, seorang pemandu teksi ditemui mati dengan dua kesan tembakan di leher dan dagu berhampiran teksinya, pada 28 Februari lalu.


Mangsa yang dikenali sebagai Junaidi Saman, 53, ditemui dalam keadaan tertiarap oleh pengawal keselamatan tapak pembinaan Universiti Malaysia Sabah dengan muka berlumuran darah.


Hamza berkata, polis akan terus menjalankan siasatan walaupun suspek kes pembunuhan pemandu teksi itu sudah ditembak mati.


“Polis masih menjalankan siasatan dari pelbagai sudut, termasuk mengesan motif pembunuhan pemandu teksi itu, termasuk wujud suspek lain dalam pembunuhan ini,” katanya.myMetro | 2 penjenayah ditembak mati

13 rumah rosak akibat ribut

Kosmo! Online - Terkini: "
05/03/2011 4:13pm

KANGAR - Tiga belas buah rumah di tiga buah kampung rosak terutama di bahagian bumbung dalam kejadian ribut yang melanda kawasan Arau, semalam.

Penolong Pengarah Unit Ekonomi Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis Wan Shuhairee Wan Salim berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, tujuh rumah di Kampung Guar Sanji, empat di Kampung Belakang Stesen dan dua buah di Kampung Titi Besi mengalami kerosakan.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Guar Sanji, Jafperi Othman melawat tempat kejadian hari ini manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat membuat bancian mangsa ribut itu.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu yang berlaku semasa hujan lebat. - Bernama"

Pemilik rumah kedai rugi RM100,000 dalam kebakaran

Kosmo! Online - Terkini: "
05/03/2011 4:57pm

GEORGE TOWN - Seorang peniaga kerugian lebih RM100,000 apabila dua rumah kedai miliknya hangus dalam satu kebakaran di Jalan C.Y Choy, di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi negeri, Mohd Razam Taja Rahim berkata, dalam kejadian pukul 9.30 pagi tadi, punca kebakaran rumah kedai yang berstrukturkan batu dan kayu itu dipercayai daripada bumbung premis itu sebelum ia merebak ke rumah kedai berhampiran.

'Ketika sampai di tempat kejadian, api sedang marak dan memusnahkan tingkat atas dua premis terbabit, tindakan pantas anggota bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke beberapa rumah kedai yang lain,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, 25 anggota dengan empat jentera bomba dari Jalan Perak dan Lebuh Pantai bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 9.32 pagi dan api berjaya dikawal kira-kira 30 minit kemudian.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.

Pemilik kedai, Chan Shoak Cheng, 40, berkata, kedua-dua premis yang terbakar itu adalah tempat tinggal kepada 10 orang pekerja warga asing yang bekerja di kedai papannya berhampiran premis itu.

'Ketika kebakaran ,tiada orang di dalam premis terbabit kerana kesemua pekerjanya bekerja di kedai papan,” katanya. - Bernama"

Sorok peluru dalam kasut

SH


BUKIT SIPUT - Seorang lelaki berumur 28 tahun ditahan sepasukan polis dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah di rumahnya di Taman Jaya, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan M Anuar Ismail berkata, anggotanya membuat pemeriksaan ke rumah berkenaan pada jam 5.15 petang, 28 Februari lalu.

“Hasilnya, polis menjumpai satu bungkusan dadah yang di dalamnya mengandungi dadah jenis syabu, pil ecstacy, ketamin dan kanabis.

“Pemeriksaan lanjut di rumah suspek turut menjumpai 11 butir peluru hidup dalam kotak yang disorokkan di dalam kasut dalam rumah berkenaan, katanya pada sidang media, di IPD Segamat, semalam.

Menurutnya, jika sabit kesalahan, suspek bolah dijatuhkan hukuman di bawah Akta Dadah Berbahaya dan di bawah Akta Senjata Api yang boleh membawa kepada tujuh tahun penjara atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Jeritan anak jadi penyelamat

SH


MUAR – Jeritan seorang anak yang terkejut melihat ibu bapanya bergelut dan dipukul penyamun berjaya menyelamatkan nyawa peniaga surat khabar berkenaan daripada menjadi mangsa penjenayah terbabit.

Tee Hock Seng, 48, mengalami kecederaan di kepala akibat dipukul dengan kayu oleh penjenayah yang menyamar membeli minuman di kedai runcitnya di Pekan Panchor di sini, semalam.

Manakala isterinya, Er Yee Fong, 48 cedera di kedua-dua tangannya akibat bergelut dengan penyamun berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.10 pagi itu, peniaga, Yee Fong sedang membuat persiapan untuk memulakan perniagaan menjual surat khabar.

Hock Seng berkata, seperti biasa dia memulakan perniagaan seawal jam 6 pagi dan ketika isterinya sedang sibuk membuka pintu kedai mereka, secara dia didatangi dua lelaki mahu membeli minuman.

Menurutnya, isterinya hanya menunjukkan air minuman di dalam peti sejuk berhampiran.

“Sedang leka isteri saya menyusun surat khabar yang siap sedia untuk dijual dia telah diserang daripada belakang oleh salah seorang penyamun.

“Apabila mendengar :kekecohan di tingkat bawah rumah, saya bergegas turun untuk melihat isteri dan terkejut apabila dia sedang bergelut dengan penyamun,” katanya kepada Sinar Harian.

Hock Seng berkata, ketika dia cuba menyelamatkan isterinya, tanpa diduga seorang lagi penyamun turut menyerang dan memukulnya dengan kayu.

“Kami terpaksa bergelut dengan jenayah hampir 10 minit sebelum penyamun berkenaan kemudiannya melarikan diri selepas mendengar jeritan anak saya yang kebetulan hendak ke sekolah.

“Akibat pergelutan ini saya dan isteri cedera cedera ringan di tangan selain turut dicekik semasa bergelut untuk menyelamatkan diri,” katanya.

Menurutnya, dipercayai kedua-dua suspek bukan warga tempatan berdasarkan percakapan mereka.

Pasangan terbabit kemudiannya melaporkan insiden tersebut di balai polis berhampiran dan kemudiannya mendapatkan rawatan di klinik berhampiran bagi merawat kecederaan yang dialami oleh mereka.

Pemandu hilang kawalan

SH


SEDENAK – Seorang bapa saudara maut apabila lori yang dipandu anak saudaranya hilang kawalan lalu merempuh kenderaan di hadapan, dalam nahas kilometer 40.2 Lebuh Raya Utara Selatan, semalam.

Nahas membabitkan dua lori dari arah Kuala Lumpur menuju ke Johor Bharu kira-kira jam 7 pagi, semalam sehingga menyebabkan Reduwan Sallehman, 30, yang juga kelindan salah sebuah lori maut.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, kemalangan berlaku apabila sebuah lori cuba memotong lori di hadapannya namun gagal.

Zulkelfly berkata, lori itu bagaimanapun gagal memotong menyebabkan pemandunya hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang sebelah kanan lori di hadapan.

“Anak saudara mangsa hanya mengalami kecederaan ringan manakala pemandu sebuah lagi lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang berasal dari Mambau, Seremban mengalami kecederaan teruk di bahagian perut dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibarahim, di sini.

Tabung masjid kena pecah

SH


GONG BALAI – Lebih sembilan kali tabung Masjid Gong Balai di sini, rosak apabila dipecahkan pencuri sepanjang 2010 malah terus menjadi sasaran sepanjang bulan lalu.

Pengerusi Masjid Gong Balai, Abdul Razak Abdullah, 64, berkata, terdapat empat tabung diletakkan di situ iaitu dua di tandas wanita dan lelaki manakala dua lagi di dalam masjid.

Menurutnya, kejadian terbaru itu disedari jawatan kuasa masjid selepas mendapati kunci tabung dirosakkan.

“Hasil sumbangan biasanya diperoleh lebih RM1,000 sebulan dan kami membawa pulang hasil kutipan itu setiap hari. Apa dikesalkan, tabung masjid terus dirosakkan dan kuncinya pula perlu diganti setiap bulan,” katanya ketika menghubungi Sinar Harian, semalam.

Abdul Razak berkata, pencuri mudah keluar masuk ke masjid sebab ia tidak dikunci kerana digunakan sepanjang masa oleh pengunjung serta peniaga selain pengguna jalan raya di kawasan itu.

Sementara itu timbalannya, Abd Aziz Ibrahim pula berkata, berdasarkan kesan kerosakan pada tabung itu, pihaknya percaya ia dilakukan penjenayah sama yang dipercayai merosakkan tabung itu sebelum ini.

Menurutnya, perbuatan itu jelas menunjukkan sikap masyarakat kita kini yang tiada langsung rasa hormat dan takut melakukan kesalahan di tempat ibadat.

“Setakat ini, kami belum membuat laporan polis secara bertulis mengenainya kerana hasil kutipan tidak hilang sebab kami membawanya pulang setiap hari, tetapi pihak masjid perlu menggantikan kunci baru setiap kali tabung dirosakkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain katanya, pihak masjid akan terus menganjurkan pelbagai program bagi mengimarah masjid dan merancang mengadakan forum perdana bulan depan selepas berjaya menganjurkan kursus penyembelihan ternakan minggu lalu.

6 ditahan terbabit dadah

SH


SEGAMAT - Polis Segamat menahan lima rakyat tempatan dan seorang wanita warga asing dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Abdullah, di sini paada 28 Februari lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat Deputi Superintendan M. Anuar Ismail berkata, bertindak atas maklumat, kesemua suspek iaitu tiga lelaki dan tiga wanita itu itu ditahan dalam serbuan pada jam 11.30 malam.

Menurutnya, sepasukan polis dari bahagian narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Segamat menahan semua suspek di dalam rumah itu kerana dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

"Dalam serbuan yang dilakukan, polis menjumpai menjumpai 550 gram ketamin dan 15 keratan aluminium yang mempunyai 150 biji Eramin 5.

"Polis juga merampas sebuah kereta Proton Saga di hadapan rumah berkenaan dan menjumpai dua paket ketamin seberat 51.4 gram dan 37 keratan aluminium yang mempunyai 370 biji Eramin 5 di dalam kenderaan tersebut," katanya ketika sidang media di IPD Segamat, semalam.

Semua suspek yang ditahan berusia antara 28 hingga 44 tahun dan didapati positif dadah.

M. Anuar berkata, jumlah pasaran bagi dadah yang dirampas adalah ketamin sekitar RM6,000, manakala Eramin 5 dalam RM11,000.

"Semua suspek ditahan dan jika disabit bersalah, mereka boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati,” katanya.

Curi motosikal remaja kena bon

SH

IPOH –Seorang remaja dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM2,000 setelah mengaku salah atas tuduhan mencuri motosikal di hadapan sebuah premis di Taman Mewah, Batu 8 di sini, tahun lalu.

Mohammad Faruk Mohd Yusof, 22, didakwa melakukan kesalahan berkenaan antara jam 2.20 hingga 2.30 pagi pada 25 Jun tahun lalu dengan mencuri motosikal jenis EX-5 bernombor plat AEG 7770 milik Saaidah Abdul Hamid, 35.

Atas kesalahan itu, Mohammad Faruk didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman tidak kurang satu tahun penjara dan tidak lebih 7 tahun dan denda.

Bagi pertuduhan pilihan, Mohammad Faruk juga dituduh memiliki harta curi di tempat pelupusan sampah, Tanjung Rambutan kira-kira jam 5.30 petang pada 26 Jun 2010 dengan memiliki Honda EX-5 dengan nombor plat G 70 yang dipercayai telah dipatahkan dengan sengaja.

Atas kedua-dua tuduhan itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman lima tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali dan jika harta itu kenderaan bermotor atau mana-mana komponennya, atau enam bulan penjara dan tidak lebih lima tahun dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Al-Hirzan Mahammad Akhir mencadangkan agar hukuman minimum enam bulan penjara dikenakan kepada Mohammad Faruk atas semua kesalahan tersebut.

Bagaimanapun, peguam belanya memohon agar hukuman dikurangkan berdasarkan Mohammad Faruk masih berusia 21 tahun ketika kejadian dan pada ketika ini tertuduh sudah memulakan persekolahan di sebuah sekolah agama.

Majistret Nurul Intan Fareena Zainal Abidin, kemudiannya menetapkan Mohammad Faruk dikenakan bon untuk berkelakuan baik dengan jaminan berjumlah RM2,000.

Rasuah untuk sijil halal

SH

IPOH -Bagi mendapatkan pengesahan sijil halal, seorang lelaki sanggup menyerahkan habuan berjumlah RM200 berserta dengan baucar makanan kepada seorang pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dua tahun lalu.

Peniaga, Chong Kim Hee @ Wong Kim Hee dituduh melakukan perbuatan itu pada 14 September 2009 ketika berkunjung ke Bahagian Penyelidikan JAIPk di bangunan Kompleks Islam di sini, kira-kira jam 10.30 pagi.

Kim Hee dikatakan cuba memberi suapan kepada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JAIPk, Jamil Sapri berhubung kelulusan logo sijil halal premis makanannya.

Kim Hee melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta sama memperuntukkan hukuman tidak lebih 20 tahun penjara.

Kim Hee juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah daripada nilai suapan yang menjadi hal perkara berkenaan jika suapan itu dinilai dalam bentuk wang atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Hakim Mahkamah Sesyen, Julie Lack kemudiannya menangguhkan perbicaraan hingga ke satu tarikh yang belum dipastikan lagi bagi sesi soal balas pihak pendakwa.

Derita disimbah asid

SH


KUALA KANGSAR - Seorang wanita, kini terpaksa menanggung derita akibat perbuatan suaminya yang tidak bertanggungjawab menyimbah asid ke wajahnya ketika dalam keadaan mabuk beberapa bulan lalu.

D Nayagamal, 55, ibu kepada lapan anak berkenaan bukan sahaja menanggung kesan di bahagian wajah dan leher akibat simbahan asid itu tetapi perlu menguruskan keperluan anak-anak.

Salah seorang anaknya, B Roshini, 12, berkata, kejadian itu menjadi pengalaman ngeri kepada ahli keluarganya yang lain dan sehingga kini ibunya masih trauma.

Menurutnya, bapanya bertindak sedemikian kerana berada dalam keadaan mabuk dan kejadian berlaku sebulan sebelum perayaan Deepavali.

“Pada bulan Oktober tahun lalu, selepas disimbah asid ibu saya menjerit kerana tidak dapat menahan kesakitan dan kami terus meminta pertolongan jiran.

“Ibu saya perlu menjalani rawatan secara berterusan, manakala bapa saya dihukum penjara selama lima tahun akibat perbuatannya itu,” katanya kepada Sinar Harian ketika program MyDaftar di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Cawangan Kuala Kangsar, di sini.

Katanya, kini, abangnya terpaksa menanggung keluarga termasuk menguruskan keperluan lima adik yang masih lagi bersekolah.

Sementara itu, bagi meringankan beban mangsa, pihak MIC Perak menghulurkan sumbangan sebanyak RM1000, manakala di peringkat Kuala Kangsar turut menyumbangkan jumlah yang sama.

Wakil MIC Daerah Kuala Kangsar, R Ramachandran berkata, bagi membantu meringankan beban keluarga mangsa pihaknya berusaha untuk mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kita bersimpati dengan masalah yang menimpa wanita ini dan berharap dia tabah mengharungi kehidupan pada masa hadapan.

“Segala sumbangan dan bantuan kita berusaha menyalurkannya serta memanjangkan kepada pihak berkaitan supaya golongan seperti ini tidak dipinggirkan,” katanya.

Tauke boleh didenda RM400j

SH


GEORGETOWN - Seorang pengusaha pusat karaoke dan rekreasi di Persiaran Gurney di sini bakal berdepan dengan tindakan denda RM400 juta selepas didapati menyimpan 20,000 lagu yang disalin secara cetak rompak.

Ia dikesan dalam operasi yang dilakukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) malam kelmarin.

Serbuan yang dilakukan kira-kira jam 8.30 malam itu turut disertai Persatuan Industri Perakam Muzik Malaysia (RIM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) .

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNKK Pulau Pinang, M Guna Selan berkata, serbuan itu dilakukan selepas mendapat aduan orang ramai selain menerima laporan daripada RIM.

Guna berkata, hasil siasatan dan intipan pihaknya mendapati premis itu baru sahaja beroperasi sejak awal tahun ini.

Menurutnya, selepas melakukan pemeriksaan di premis itu, pemiliknya didapati melanggar hak cipta salinan lagu tempatan dan antarabangsa secara cetak rompak.

Turut ditemui dalam serbuan itu ialah kira-kira 20 salinan lagu tempatan dendangan artis popular seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Jamal Abdillah.

“Hasil siasatan mendapati kelab sukan itu memiliki 20,000 salinan lagu yang disalin tanpa izin untuk menghiburkan pengunjung. Kita turut merampas beberapa sistem pelayan (server) di premis terbabit.

“Seorang lelaki ditahan kerana bertindak menghalang anggota kami namun dibebaskan dengan jaminan polis selepas memberi keterangan,” katanya ketika ditemui media di tempat kejadian di sini kelmarin.

Guna berkata, pemilik premis berkenaan bakal menghadapi tindakan denda yang tinggi kerana mengikut akta setiap kepingan CD yang mengandungi lapan hingga 10 lagu yang disalin tanpa izin RIM dan setiap salinan lagu boleh dikenakan denda minimum RM2,000.

Menurutnya, pemilik premis itu bakal dikenakan denda minimum RM40 juta atau sehingga maksimum RM400 juta kerana menyalin hampir 20,000 salinan langganan lagu dengan tujuan perniagaan.

“Pemilik premis itu didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Hak Cipta 1987 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda minimum RM2,000 atau maksimum RM20,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-dua sekali,” katanya.

Empat kenderaan bertembung

SH


SEKINCHAN - Berpantang maut sebelum ajal, semua tujuh mangsa kemalangan melibatkan empat kenderaan iaitu dua kereta, motosikal dan lori di kilometer 70, Jalan Teluk Intan–Klang, Tali Air Enam dekat sini, terselamat dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang, semalam.

Pemandu lori, Kamarudin Yaakob, 45, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Sungai Wang menuju Sungai Besar membawa muatan 2.5 tan beras. Walau bagaimanapun, semasa dalam perjalanan di Tali Air Enam, sebuah Proton Saga berwarna coklat dari arah Sabak ke Sekinchan terbabas ke laluan bertentangan.

“Saya melihat dengan jelas, kereta itu cuba mengelak motosikal yang berada di garisan tengah laluan dua lorong jalan dari arah Sabak, namun gagal menyebabkannya terbabas ke laluan kedua dari arah Sekinchan.

“Saya cuba mengelak kereta yang meluru ke laluan saya, namun ia tetap merempuh bahagian belakang sebelah kanan lori menyebabkan lori yang saya pandu terbalik dan keretanya berpusing,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, pemandu Proton Saga, Mohd Hasan Abdullah, 31, berkata, dia dalam perjalanan pulang dari Sabak ke Kuala Lumpur sebelum merempuh motorsikal terlibat kemalangan itu kerana tiada pilihan.

“Dalam keadaan itu, saya tiada pilihan sama ada merempuh mangsa atau motosikal dan saya mengambil keputusan merempuh motosikal yang akhirnya masuk ke parit berhampiran untuk mengelak daripada melanggar wanita itu,” katanya.

Suami kepada penunggang motosikal, Zulkifli Ahmad, 42, yang kemudiannya tiba di tempat kejadian, memaklumkan isterinya, Umi Kalsom Munari, 48, mendapatkan rawatan di Hospital Tanjong Karang kerana mengalami kecederaan dengan luka ringan di bahagian kaki dan tangan.

“Isteri saya dalam perjalanan pulang selepas selesai bermesyuarat di Dewan Simpang Lima. Saya bersyukur kerana isteri hanya cedera ringan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, kejadian berlaku apabila kereta Proton Saga dari arah Sabak cuba mengelak sebuah motosikal dari arah sama.

“Walau bagaimanapun, dipercayai kereta itu terbabas ke laluan bertentangan selepas melanggar motosikal sebelum merempuh bahagian belakang lori yang membawa muatan beras menyebabkan kereta itu berpusing dan lori terbalik.

“Sementara itu, penunggang motosikal yang terbaring di tengah jalan terselamat daripada digilis sebuah lagi kereta Proton Saga dari arah Sabak yang terpaksa merempuh motosikal untuk mengelak mangsa yang terbaring di jalan,” katanya.

Maut dirempuh bas

SH


KUANTAN - 22 penumpang sebuah bas ekspres termasuk pemandunya nyaris maut selepas kenderaan itu hilang kawalan dan terbalik akibat terlanggar sebuah motosikal di Kilometer 12, Jalan Pekan-Kuantan berhampiran persimpangan Tanah Putih dekat Pekan, petang semalam.

Dalam nahas kira-kira jam 2.45 petang itu, semua penumpang terselamat bagaimanapun empat daripada mereka cedera ringan.

Penunggang motosikal warga emas dikenali sebagai Mohd Aris Abdul Rahman, 72 dari Kampung Ubai, Pulau Rusa, Pekan yang parah akibat dilanggar bas terbabit meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Ya-haya Othman berkata, bas ekspres yang dinaiki 21 penumpang itu dalam perjalanan dari Terengganu ke Johor Baharu.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi nahas, pemandu bas, Adam M Nor, 43 menyedari mangsa yang menunggang sendirian cuba melintas jalan dari simpang sebelah kiri menghala ke Kuantan.

“Pemandu bas cuba me-ngelak bagaimanapun gagal lalu terlanggar mangsa.

“Akibat kejadian, bas ekspres terbabit hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan terbalik merentangi kedua-dua laluan,” katanya ketika ditemui di lokasi kemalangan itu, petang semalam.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat manakala semua penumpang yang cedera turut menerima rawatan di hospital sama.

Pemandu bas, Adam M Nor berkata, dia dalam perjalanan dari Terengganu menuju ke Johor Baharu dan singgah di Terminal Makmur, Kuantan untuk mengambil sebahagian penumpang di situ sebelum meneruskan perjalanan.

Menurutnya, dia yang saban hari berulang alik menghantar penumpang menggunakan laluan tersebut ternampak sebuah motosikal keluar simpang dan cuba melintas.

“Saya membunyikan hon beberapa kali sebagai tanda amaran bagaimanapun mangsa gagal berhenti dan terus masuk ke laluan.

“Saya cuba mengelak namun gagal lalu terlanggar motosikal mangsa ekoran jarak terlalu dekat,” katanya.

Adam berkata, ketika itu juga bas yang dipandunya mula hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar pembahagi jalan lalu terbalik kira-kira 100 meter dari tempat mangsa dilanggar.

“Ketika itu saya memandu dalam kelajuan biasa memandangkan sudah menjangka terdapat simpang di kawasan tersebut,” katanya yang berpengalaman lebih 10 tahun sebagai pemandu bas.

Ketua Operasi Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia dari Balai Bomba Peramu, Mohammad Salleh berkata, seramai 22 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba Peramu dan Kuantan bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima maklumat berhubung kejadian.

Menurutnya, pihaknya yang tiba bersama dua jentera cuba untuk membantu semua penumpang, bagaimanapun semua mereka berjaya keluar sebelum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan susulan

Pecah rumah: Tiga remaja diberkas

SH


KUALA TERENGGANU - Kebimbangan lebih 800 keluarga di Kampung Pasir Panjang, di sini, berhubung kes pecah rumah yang semakin menjadi-jadi sejak sebulan lalu, dijangka berakhir apabila tiga remaja termasuk dua beradik ditangkap, awal pagi 2 Mac lalu.

Dua beradik itu, yang juga bekas banduan dan seorang lagi rakan mereka diberkas dalam dua serbuan berasingan di Kampung Pasir Panjang, di sini.

Tiga sekawan berumur antara 19 dan 28 tahun itu diberkas polis di rumah masing-masing kira-kira jam 1.30 pagi dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta penduduk setempat.

Difahamkan, gerak geri ketiga-tiga suspek itu yang juga penagih pil khayal dan ganja diperhatikan sejak seminggu lalu oleh penduduk rentetan daripada kejadian pecah rumah terbaru pada 24 Februari.

Dalam kejadian itu, pemilik rumah kehilangan sebuah mesin basuh, kipas angin, televisyen, tong gas serta wang tunai. Sinar Harian difahamkan, kesemua barangan curi itu telah dijual oleh ketiga-tiga suspek.

Sebelum ini, dalam tempoh sebulan, lebih daripada 15 kes pecah rumah dikatakan berlaku di kampung itu tetapi hanya lapan kes sahaja yang dilaporkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi semalam, mengesahkan tangkapan ketiga-tiga remaja itu untuk siasatan lanjut.

Penuntut IPTA ditahan miliki dadah

SH


JERTIH - Seorang lagi penuntut kali ini membabitkan mahasiswa sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Machang, Kelantan berdepan masa depan kelam selepas dia ditahan kerana disyaki memiliki dadah, di sini.

Suspek berusia 21 tahun ditahan di rumahnya di sebuah taman perumahan di Kampung Padang Luas pada jam 3.20 pagi.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, bertindak atas maklumat sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah telah menyerbu rumah suspek.

Menurutnya, ketika serbuan, polis menemui suspek yang tinggal bersama ibunya sedang bersembunyi di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.

“Setelah disoal siasat, suspek menunjukkan kepada polis tempat dia menyembunyikan dadah di bahagian kabinet dapur rumah terbabit,” katanya.

Kamaruddin berkata, selepas diperiksa polis menemui satu beg berzip di dalamnya mengandungi 196 biji pil dipercayai dadah jenis Methamphertamine (pil kuda).

Turut dijumpai 12 peket plastik berisi ketulan hablur disyaki dadah jenis syabu dan merampas wang tunai sebanyak RM790.00 dipercayai hasil jualan dadah.

Menurutnya, saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah.

Beliau berkata, suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan suspek juga disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1959 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara antara dua hingga lima tahun dan tidak kurang tiga hingga sembilan sebatan.

Suspek juga disiasat di bawah Seksyen 15(1) akta sama kerana menagih dadah.

Wanita cedera parah maut




MARANG - Wanita maut apabila kereta Proton Wira Aeroback dipandu merempuh sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipercayai gagal memasuki lorong selepas memotong di Kilometer 58 jalan Kuala Terengganu ke Kuantan di Rhu Kubur di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa, Kharidah Abdul Kadir, 55, dari Seberang Takir dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu ke Kuantan, manakala kereta Proton Saga yang dipandu seorang lelaki dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Terengganu.

Difahamkan pemandu Proton Saga gagal memasuki lorongnya semula selepas memotong kenderaan menyebabkan mangsa gagal mengelak, lalu berlaku pertembungan sehingga menyebabkan kedua-dua kenderaan itu berpusing.

Saksi, Nurul Hasenah Mohamad, 23, yang memandu Proton Waja berada selang sebuah kenderaan di belakang kereta mangsa berkata, akibat pertembungan itu kereta mangsa terbabas ke kiri jalan manakala kereta Proton Saga pula merintangi jalan.

“Pertembungan itu juga menyebabkan sebuah kenderaan jenis Honda CRV yang berada di hadapan kami iaitu di belakang kereta mangsa mengelak ke kiri jalan lalu terbabas dan melanggar sebatang pokok,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, kelmarin.

Nurul Hasenah berkata, akibat rempuhan itu, kereta mangsa remuk teruk pada bahagian kanan dan hadapan menyebabkan kaki mangsa tersepit dalam kereta sebelum dikeluarkan dan dikejarkan ke hospital bersama pemandu kereta Proton Saga dan Honda CRV.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan mengenai kejadian itu berkata, mangsa disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Dungun akibat kecederaan parah.

“Pemandu Proton Saga selamat dan pemandu Honda CRV yang terbabas ke kiri jalan dan melanggar sebatang pokok hanya mengalami cedera ringan dan dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan di hospital Dungun,” katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan pemandu Honda CRV adalah anak arkitek terkenal yang membina Masjid Tengku Tengah Zaharah, Raja Mohamad Baharuddin Syah Datuk Raja Kamarul Bahrain Syah, 28.

Bagaimanapun, episod kemalangan itu tidak berakhir di situ sahaja apabila kesesakan yang berlaku dipercayai turut menyebabkan empat buah kenderaan terbabit dalam kemalangan lebih kurang dua kilometer dari tempat kejadian kira-kira sejam kemudian iaitu pada 5.45 petang.

Kemalangan empat buah kenderaan itu membabitkan sebuah Toyota Camry, sebuah Naza Forte, sebuah Proton Wira Aeroback dan sebuah Proton Iswara. Kesemua mangsa terlibat dalam kemalangan itu dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kuala Terengganu.

Kejadian berlaku apabila Toyota Camry dipandu seorang wanita dilanggar dari belakang pemandu lelaki kereta jenis Naza Fonte yang mendakwa dirempuh dari arah belakang sebuah Proton Wira Aeroback dipandu penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dungun.

Manakala, sebuah lagi kereta jenis Proton Iswara juga dipandu penuntut UiTM Dungun yang dalam perjalanan pulang bercuti ke Besut dengan membawa lima penumpang juga tidak sempat memberhentikan kenderaannya lalu melanggar belakang Proton Wira Aeroback.

Mangsa yang memandu Proton Wira Aeroback, Wan Izati Wan Ismail, 22, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Dungun ke Kuala Terengganu untuk pulang bercuti dan mendakwa telah memberhentikan kenderaan, tetapi dilanggar dari belakang.

“Apabila sampai di tempat kejadian saya sudah memberhentikan kenderaan, tetapi sebuah kenderaan dari arah belakang tiba-tiba melanggar kenderaan saya dengan kuat menyebabkan kereta meluncur laju dan melanggar kenderaan di depan,” katanya.

Mangsa kemudian diselamatkan pengguna lalu lintas dan dibawa keluar dari kenderaannya sebelum dikejarkan ke Hospital Dungun oleh ambulan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Bagaimanapun, Wan Izati yang cedera di hidung dan bahagian bawah pinggang. Sementara kesemua pemandu dan penumpang yang terlibat dalam kemalangan kedua membabitkan empat buah kenderaan itu tidak me-ngalami kecederaan serius.

Ahmad Mazlan turut mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian kemalangan kedua itu yang berlaku di Kilometer 60 Jalan Kuantan ke Kuala Terengganu iaitu dua kilometer daripada lokasi kejadian kejadian pertama sebelum itu.

Lelaki dituduh miliki heroin

SH

KOTA BHARU – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana tuduhan memiliki dadah berbahaya jenis heroin, kelmarin.

Pauzi Mohd Noor dituduh memiliki dalam anggaran berat 4.22 gram heroin di bilik 212 Ridel Boutique Hotel, Blok H, Pasar Wakaf Che Yeh, 2 Mac lalu.

Dalam serbuan jam 12.30 pagi itu, sejumlah 58 tiub straw setiap satu berisi serbuk putih dadah bersama satu botol lut sinar bertudung kuning berisi serbuk putih dadah jenis heroin.

Semasa prosiding di mahkamah, semalam, Pauzi bukan sahaja dituduh sebagai pemilik kepada kesemua dadah tersebut malah turut menghadapi pertuduhan menagih dadah jenis morphine ketika berada di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kota Bharu, jam 1 pagi.

Tertuduh dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) akta sama dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 kerana menagih. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun dan sebatan tidak kurang tiga dan tidak lebih sembilan sebatan rotan. Kes disebut semula 23 Mac ini. Tertuduh dibenar ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.

‘Kegiatan curi air dah lama’

SH


JENUN - Beberapa penduduk di daerah ini mendakwa wujudnya kegiatan mencuri air sejak dua tahun lalu, di sebuah bangunan kedai dipercayai milik persendirian di Jalan Jenun.

Kegiatan yang dipercayai dilakukan beberapa kontraktor binaan di situ dikatakan tidak mendapat perhatian pihak yang bertanggungjawab walaupun kegiatan mencuri air itu jelas kelihatan.

Pengerusi Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Kampung Berjaya Titi Bom, Hanapiah Endit, 55, berkata, kontraktor binaan terbabit menyambung semula paip yang dikatakan berpunca daripada rumah tinggal yang tidak berpenghuni.

“Kegiatan curi air dah lama, dari bermula projek sehinggalah bangunan itu siap sepenuhnya.

“Saya hairan mengapa perkara sebegini tidak mendapat perhatian daripada pihak yang sepatutnya.

“Maknanya di sini, selama dua tahun, mereka menggunakan air secara percuma. Perkara itu juga menjejaskan tekanan air di beberapa kampung di kawasan ini,” katanya.

Selain itu, kegiatan mencuri air juga berlaku di kawasan perumahan pekerja kontraktor landasan kereta api di Kampung Berjaya Titi Bom.

“Kegiatan berkenaan dilakukan sejak dari lima bulan yang dulu. Sesiapa sahaja yang melalui jalan ini pasti melihat penyambungan paip haram yang dilakukan mereka.

Menurutnya, beberapa pekerja Syarikat Air Darul Aman (Sada) pernah datang melawat ke tempat kejadian tetapi tiada tindakan susulan dilakukan.

Sehubungan itu, jurucakap pegawai Sada cawangan Yan berkata, masalah kecurian itu memang diketahui oleh mereka tetapi tidak boleh bertindak berikutan tidak mendapat arahan daripada pihak atasan.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Sada, Rufidi Sulaiman berkata, perkara ini akan dipantau dan tindakan segera akan diambil jikalau dakwaan kegiatan mencuri air ini sememangnya berlaku.

“Sada tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang terjebak dalam kegiatan ini.

“Saya akan arahkan penyelia saya untuk memantau kawasan yang didakwa berlakunya kegiatan mencuri air di Jalan Jenun dan juga Kampung Titi Bom secepat yang mungkin,” katanya.

Kes rogol bawah umur meningkat

SH


SIK - Pertambahan satu lagi kes rogol melibatkan mangsa bawah umur akhir Februari lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes rogol yang dilaporkan tahun ini kepada tiga kes perlu dipandang serius oleh semua pihak terutamanya golongan ibu bapa.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Zaidong Mustaffa berkata, daripada tiga kes itu, dua kes membabitkan mangsa yang memilih untuk mengamalkan gaya hidup bebas sementara satu kes lagi hasil dari keruntuhan rumah tangga.

Menurutnya, dalam kes berkenaan, mangsa bertindak membohongi ibunya dengan memberi alasan untuk berjumpa dengan ayah kerana keduanya telah berpisah namun mengambil kesempatan untuk keluar bersama teman lelaki.

“Paling membimbangkan hasil laporan yang kami terima kebanyakan mangsa saling mengenali suspek, sama ada sebagai teman lelaki, abang angkat atau sekadar kawan biasa sahaja.

“Rata-rata mereka berumur dalam lingkungan 15 tahun ke bawah dan masih menjalani persekolahan, namun kejadian rogol kerap kali dilaporkan selepas waktu persekolahan sama ada sebelah petang, waktu malam atau ketika cuti hujung minggu,” katanya.

Zaidong berkata, ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk memantau dan mengawasi pergerakan anak-anak remaja mereka terutamanya remaja perempuan serta perlu mengambil tahu kenalan anak mereka.

“Walaupun kadar kes rogol yang berlaku di daerah ini masih rendah tidak seperti di bandar-bandar besar, namun masyarakat diingatkan supaya tidak mengambil mudah tentang perkara itu.

“Pihak polis sendiri akan mengambil inisiatif untuk mengadakan aktiviti turun padang dengan lebih kerap bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kes ini serta jenayah-jenayah lain,” katanya.

Dalam perkembangan lain, pihaknya turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terlalu mudah percaya sistem jual-beli yang dilakukan secara online, sebaliknya memeriksa terlebih dahulu kewujudannya bagi mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan.

“Setakat ini kami masih belum menerima sebarang kes melibatkan mangsa penipuan Internet namun sekiranya ada, kes berkenaan akan dirujuk terus kepada Unit Jenayah Siber, Multimedia,” katanya.

Mati dipukul

SH



SUNGAI PETANI – Seorang wanita ditemui mati dipercayai dipukul di bahagian kepala dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi dekat sini, semalam.

Mangsa K Magersulli, 33, mati selepas cedera parah dalam kejadian pada pukul 5 pagi di sebuah rumah teres di Jalan Indah 6, Taman Sejati Indah.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan berkenaan kes itu sedang dijalankan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan polis daripada lelaki yang berusia 23 tahun, memaklumkan isterinya mati terjatuh di dalam rumah.

“Suspek telah membuat laporan polis kira-kira jam 9 pagi dan berikutan tingkah laku mencurigakan, sepasukan anggota polis dihantar ke rumah terbabit untuk membuat pemeriksaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Zakaria berkata, polis yang tiba di rumah terbabit mendapati mayat mangsa ditutup rapi dengan kain dan diletakkan di ruang tamu.

“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kecederaan di bahagian kepala mangsa, suspek ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan keterangan saksi, pasangan berkenaan dikesan bertengkar kira-kira jam 4 pagi tadi (semalam).

“Kedua-dua mereka bertikam lidah sehingga didengari oleh jiran pada awal pagi, tidak lama selepas itu, suspek dikatakan keluar dari rumah dan kembali semula.

“Selepas itu, jirannya tidak mendengar lagi suara wanita terbabit,” katanya.

Beliau juga berkata, siasatan lanjut mendapati, pasangan berkenaan tinggal tanpa sebarang ikatan perkahwinan sejak lebih setahun lalu dan mempunyai seorang anak lelaki berusia kira-kira tiga bulan.

“Suspek tidak mempunyai pekerjaan tetap sementara mangsa pula tidak bekerja dan kita percaya, pasangan ini menghadapi masalah kewangan kerana didapati gagal membayar tunggakan bil elektrik serta air sejak beberapa bulan lalu.

“Polis mengklasifikasikan kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dan jika disabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman mati mandatori,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali memberitahu, mangsa pernah mengadu bahawa mereka menghadapi kesempitan hidup dan suspek mahu menjual bayi mereka.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk dibedah siasat.

Mayat duda hampir reput

SH


KULIM - Seorang pekerja buruh yang tinggal bersendirian di Kampung Kilang Sagu, ditemui mati dalam keadaan terbaring dan mayatnya hampir reput di pangkin biliknya kira-kiranya jam 10.30 pagi, semalam.

Sebelum penemuan mayat Yong Kei Choy, 64, dia dilihat bersarapan di kedai kopi berhampiran seperti biasa.

Jurucakap polis berkata, penduduk yang tinggal berdekatan dengan rumah mangsa membuat laporan polis berikutan terhidu bau busuk dari rumah mangsa.

Apabila pemeriksaan dibuat, polis menemui mayat mangsa di bilik tengah dalam keadaan hanya berseluar dalam.

“Berdasarkan siasatan awal dijalankan, mangsa dipercayai mati tiga hingga empat hari lalu berdasarkan keadaan mayatnya yang semakin melecur dan busuk.

“Mangsa dikatakan tinggal di rumah itu bersendirian selepas kematian isterinya kira-kira empat tahun lalu dan tidak mempunyai anak,” katanya.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat. Doktor mengesahkan mangsa mati akibat penyakit kencing manis.

“Tidak ada sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa.

“Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut,” katanya.

Menurut bapa saudara mangsa yang ditemui di bilik mayat Hospital Kulim berkata, mangsa sering mengasingkan diri sejak kematian isterinya dan tidak mahu tinggal di rumah waris berdekatan walaupun diarahkan untuk berbuat demikian.

Guru disiplin nafi cabul 11 pelajar

SH

AMPANG – Seorang ketua guru disiplin di sebuah sekolah menengah di sini, mengaku tidak bersalah diMahkamah Majistret, semalam terhadap 11 tuduhan mencabul pelajar perempuan berumur antara 15 dan 16 tahun,bulan lalu.

Ismazi @ Megat Ismazi Ismail, 48, didakwa mencabul kehormatan 11 pelajar berkenaan dengan meletakkan tangannya di atas dada mereka dalam bilik guru disiplin antara jam 7.30 hingga 8.30 pagi, 25 Februari lalu.

Guru itu didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya,Jaizah Jaafar Sidek yang menawarkan ikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun peguam, Amir Asree Meor Nordin yang mewakili Ismazi, memohon supaya wang jaminan dikurangkan kepada RM800 bagi setiap pertuduhan memandangkan tawaran pendakwaan itu tinggi.

Katanya, Ismazi ialah penanggung tunggal keluarga dan perlu menyara empat anak masih bersekolah kerana isterinya tidak bekerja.

”Sejak anak guam saya ditangkap 25 Februari lalu, berita mengenainya tersebar luas menyebabkan reputasi dan maruahnya sebagai penjawat awam tercalar.

”Tertuduh berkhidmat sebagai guru selama 23 tahun,” katanya.

Bakal dipenjara 1,120 tahun

SH


MELAKA - Seorang juruwang sebuah bank di Alor Gajah, dekat sini, bakal berdepan hukuman penjara maksimum 1,120 tahun jika sabit kesalahan melakukan 56 pertuduhan mendepositkan cek berjumlah RM1,925,500.

Tertuduh, Roslizam Zabar, 40, bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan terhadap semua tuduhan dibaca jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Abu Bakar Katar di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, semalam.

Berdasarkan pertuduhan pertama pertuduhan, Roslizam seorang yang diamanah bagi semua urusan kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Masjid Tanah dengan curangnya dan tanpa kebenaran pihak bank, didapati membuat deposit cek tidak wujud RM20,000 dan memasukkan ke dalam akaun Roslen Enterpise bernombor 04024010016444.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di BIMB Kompleks Perniagaan Masjid Tanah, Alor Gajah, 15 Disember 2008.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh dari Batu Gajah, Merlimau, Jasin itu juga dengan curangnya dan tanpa pengetahuan serta kebenaran pihak bank, didapati membuat deposit cek tidak wujud sebanyak RM25,000 dan memasukkan ke dalam akaun dan tempat sama 26 Disember 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Selain itu, bagi 54 pertuduhan lain, dia dituduh melakukan kesalahan sama iaitu medepositkan cek bernilai antara RM5,000 hingga RM49,500 antara 5 Disember 2008 dan 17 Ogos 2010.

Timbalan Pendakwa Raya, Haslinda Abu Bakar menawarkan mahkamah jaminan berjumlah RM1 juta diberi terhadap tertuduh, selain mencadangkan syarat tertuduh perlu melapor diri di balai polis setiap awal bulan dan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Tertuduh diwakili peguambela, Shah Rizal Alias dan Shahrul Amali Shafie memohon mahkamah mengurangkan jaminan kerana akaun bank anak guamnya dibeku, walaupun digantung kerja bergaji penuh setiap bulan.

Selepas mendengar permohonan dan rayuan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan, Abu Bakar membenar jaminan RM500,000 dan seorang penjamin serta menetapkan bicara mulai 13 Jun ini.

30 cedera bas ekspres terbalik

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri: "

MIRI 4 Mac - Lebih 30 penumpang bas ekspres cedera setelah kenderaan yang mereka naiki itu terbabas lalu terbalik di Jalan Miri-Bintulu, dekat sini hari ini.

Kejadian pukul 1.30 tengah hari itu berlaku kira-kira 41 kilometer dari sini, berhampiran Bukit Song, ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke Bintulu.

Antara mangsa yang cedera ialah pasangan warga emas dari Brunei yang merupakan sepupu kepada Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang.

Difahamkan, pasangan berusia 60 dan 70 tahun itu menuju ke Bintulu untuk melawat saudara-mara sambil bercuti.

Pegawai Trafik Daerah, Inspektor Rosmadi Ismail berkata, kejadian berlaku 30 minit selepas bas berkenaan meninggalkan bandar raya ini pada pukul 1 petang.

Katanya, punca kejadian masih disiasat tetapi semasa kemalangan jalan licin akibat hujan lebat.

'Semua penumpang bernasib baik kerana tiada kemalangan jiwa berlaku walaupun bas terbalik.

'Tujuh daripada penumpang dimasukkan ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut manakala selebihnya menerima rawatan sebagai pesakit luar,' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira dua jam untuk membantu dan membawa kesemua mangsa ke Hospital Miri."

30 cedera bas ekspres terbalik



MIRI 4 Mac - Lebih 30 penumpang bas ekspres cedera setelah kenderaan yang mereka naiki itu terbabas lalu terbalik di Jalan Miri-Bintulu, dekat sini hari ini.
Kejadian pukul 1.30 tengah hari itu berlaku kira-kira 41 kilometer dari sini, berhampiran Bukit Song, ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke Bintulu.
Antara mangsa yang cedera ialah pasangan warga emas dari Brunei yang merupakan sepupu kepada Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang.
Difahamkan, pasangan berusia 60 dan 70 tahun itu menuju ke Bintulu untuk melawat saudara-mara sambil bercuti.
Pegawai Trafik Daerah, Inspektor Rosmadi Ismail berkata, kejadian berlaku 30 minit selepas bas berkenaan meninggalkan bandar raya ini pada pukul 1 petang.
Katanya, punca kejadian masih disiasat tetapi semasa kemalangan jalan licin akibat hujan lebat.
"Semua penumpang bernasib baik kerana tiada kemalangan jiwa berlaku walaupun bas terbalik.
"Tujuh daripada penumpang dimasukkan ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut manakala selebihnya menerima rawatan sebagai pesakit luar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira dua jam untuk membantu dan membawa kesemua mangsa ke Hospital Miri.Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Warga emas maut dirempuh bas




keadaan bas ekspres yang terbalik setelah merempuh sebuah motosikal di Kilometer 12. Jalan Pekan-Kuantan di Pekan, semalam.


PEKAN 4 Mac - Seorang warga emas terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah bas ekspres di Kilometer 12, Jalan Pekan-Kuantan, Kampung Tanah Putih di sini hari ini.
Mangsa, Mohd. Aris Abdul Rahman, 72, dari Kampung Ubai, Pulau Rusa di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Yahaya Othman berkata, kejadian pukul 2.45 petang itu berlaku ketika bas ekspres membawa 28 penumpang dalam perjalanan dari Terengganu ke Johor Bahru.
Menurut beliau, ketika tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai keluar dari simpang sebelah kiri sebelum dirempuh bas terbabit.
"Bas itu kemudian terbabas kira-kira 100 meter dari simpang ke kanan jalan sebelum terbalik.
"Mangsa yang cedera parah di kepala dan badan itu meninggal dunia di tempat kejadian. Hanya empat penumpang bas cedera ringan manakala yang lain tidak cedera," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat dan penumpang yang cedera hanya mendapat rawatan pesakit luar.
Kata Yahaya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sementara itu, pemandu bas, Adam M. Nor, 43, memberitahu, dia telah membunyikan hon kenderaannya beberapa kali selepas melihat mangsa keluar secara tiba-tiba dari simpang tersebut.
Bagaimanapun, dia mendakwa tidak dapat berbuat apa-apa kerana jarak yang terlalu hampir.
"Saya cuba mengelak ke kanan jalan sehingga menyebabkan bas terbalik. Mujur tidak ramai penumpang yang cedera dalam kemalangan ini," katanya.
Tambahnya, kejadian itu merupakan kemalangan pertama sejak menjadi pemandu bas ekspres 10 tahun lalu.
Seorang saksi, Nor Fadhilah Mohd. Nor, 23, terkejut apabila terdengar bunyi hon bertalu-talu sebelum mendengar bunyi dentuman kuat yang mengakibatkan seorang lelaki tercampak di atas jalan.
"Ia berlaku dengan pantas, sebelum itu, saya dengar bunyi hon. Tiba-tiba saya nampak mangsa terbaring kaku di atas jalan.
"Bas itu pula terbabas ke kanan jalan sebelum terbalik. Saya kemudian lihat beberapa penumpang keluar dari bas," katanya yang bekerja di sebuah kedai peralatan memancing di sini.Utusan Malaysia Online - Pahang

20 gerai makan musnah terbakar




SEORANG anggota bomba memeriksa medan selera berhampiran Taman Sri Gombak, Batu Caves yang terbakar malam semalam selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya.


KUALA LUMPUR 4 Mac - Sebanyak 20 buah gerai musnah dalam satu kebakaran di medan selera berhampiran Taman Sri Gombak, di sini malam tadi.
Kejadian berlaku pada pukul 9.40 malam ketika terdapat ramai pelanggan yang sedang makan malam di situ.
Bagaimanapun, kebakaran yang bermula dari sebuah gerai itu tidak melibatkan sebarang kecederaan kerana kesemua pelanggan dan pekerja sempat melarikan diri.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Selayang, Zakaria Aini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 9.51 malam dan sampai lapan minit kemudian.
"Setibanya kami di tempat kejadian, api sedang marak di sebahagian medan selera tersebut. Kami berjaya memadamkan kebakaran kira-kira pukul 11 malam.
"Siasatan awal mendapati 10 buah gerai di bahagian hadapan dan 10 lagi di barisan belakang terlibat dalam kebakaran tersebut," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.
Tambahnya, punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Katanya, empat buah jentera bersama 27 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Selayang, Gombak Selatan dan Pusat terlibat memadam kebakaran.
Sementara itu, seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Faizal, 27, memberitahu, ketika kejadian terdapat beberapa pelanggan sedang menjamu selera di kedai milik ibunya.
Dia yang sering membantu ibunya di gerai berkenaan berkata, kejadian itu merupakan kali pertama sejak mereka mula berniaga tahun lalu.
"Saya dalam perjalanan ke gerai dari tempat kerja dan terkejut apabila dimaklumkan mengenai kebakaran itu.
"Saya bersyukur ibu dan beberapa pekerja kami tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.Utusan Malaysia Online - Kota

Empat lelaki dicekup menyamar polis



KLANG 4 Mac - Tindakan seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) meminjamkan sepasang gari kepada dua rakannya, membawa padah apabila dia turut ditahan selepas didapati menyalahgunakan alat tersebut untuk tujuan jenayah.
Kedua-dua rakan anggota Rela itu dipercayai menggunakan gari berkenaan untuk menyamar sebagai anggota polis dan seterusnya menyamun serta melakukan pemerasan terhadap seorang wanita.
Mangsa berusia 29 tahun itu turut dirogol oleh kedua-dua suspek pada kira-kira pukul 2 pagi, 27 Februari lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, mangsa yang dibawa ke sebuah bilik hotel di Bayu Perdana di sini untuk dirogol, kemudiannya berjaya dapat melepaskan diri dan membuat laporan polis.
Berikutan itu, katanya, polis menahan empat lelaki berusia antara 24 dan 36 tahun termasuk anggota Rela terbabit di sekitar daerah ini, Selasa lalu.
Katanya, siasatan awal mendapati suspek aktif melakukan beberapa kes samun, pemerasan dan menyamar sebagai anggota polis di sekitar Klang Selatan, Klang Utara dan Shah Alam bersama beberapa rakan lain yang masih bebas.
Selain itu, Mohamad berkata, siasatan turut mendapati seorang daripada empat suspek mempunyai tiga rekod kesalahan lampau bagi kes dadah, samun dan curi manakala tiga daripada mereka positif dadah.
"Kesemua suspek direman sehingga 9 Mac ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376, Seksyen 170 dan Seksyen 363 Kanun Keseksaan," katanya.Utusan Malaysia Online - Kota

Juruwang hadapi 56 pertuduhan pecah amanah bernilai RM1,925,500



MELAKA 4 Mac - Seorang juruwang sebuah bank hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap 56 pertuduhan pecah amanah membabitkan deposit cek tidak wujud bernilai RM1,925,500.
Roslizam Zabar, 40, dari KM28.4, Kampung Batu Gajah, Merlimau, Jasin didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di Bank Islam Malaysia Bhd. (BIMB), Kompleks Perniagaan Masjid Tanah, Alor Gajah antara 15 Disember 2008 dan 17 Ogos 2010.
Bagi setiap pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda serta boleh juga dikenakan sebatan.
Jika sabit kesalahan, Roslizam berdepan hukuman penjara maksimum 1,120 tahun.
Hakim Abu Bakar Katar membenarkan tertuduh diikat jamin RM500,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan perbicaraan pada 13 Jun depan.
Mengikut kertas pertuduhan, Roslizam sebagai orang yang diamanahkan bagi semua urusan kaunter bank berkenaan, secara curang dan tanpa pengetahuan serta kebenaran pihak bank, telah mendeposit 56 cek yang tidak wujud bernilai antara RM5,000 hingga RM49,500 ke akaun Roslen Enterprise bernombor 04024010016444.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Haslinda Abu Bakar meminta mahkamah mengenakan wang jaminan sebanyak RM1 juta terhadap tertuduh kerana melakukan kesalahan serius yang membabitkan 56 pertuduhan.
''Dia bukan tidak berkemampuan kerana beberapa hari sebelum ditangkap, telah mengeluarkan wang melebihi RM400,000 daripada satu akaun yang telah ditutup,'' katanya sambil menambah Roslizam menerima gaji penuh walaupun digantung kerja.
Sementara itu, peguam Shah Rizal Alias dan Shahrul Amali Shafie merayu mahkamah mengurangkan wang jaminan kerana akaun bank Roslizam telah dibekukan.
''Selain itu, tertuduh mempunyai isteri yang tidak bekerja dan tiga orang anak yang masih kecil (yang) perlu disara, oleh itu, saya memohon mahkamah meletakkan jumlah wang jaminan yang munasabah,'' kata Shah Rizal. - BERNAMAUtusan Malaysia Online - Mahkamah

Pecah pintu berkas 15 GRO warga asing



PULAU PINANG 4 Mac - Sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Imigresen negeri terpaksa memecah pintu sebuah pusat karaoke di sini, sebelum berjaya menahan 15 gadis pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan di premis itu malam tadi.
Tindakan itu dilakukan setelah pemilik premis yang terletak di Pulau Tikus di sini, enggan membuka pintu ketika diserbu pukul 11.30 malam.
Serbuan oleh 28 anggota dan pegawai Imigresen itu diketuai Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen negeri, Abdul Rahman Hassan.
Kesemua GRO terbabit yang ditahan terdiri daripada 13 warga China manakala selebihnya warga Vietnam berusia 20-an hingga 30-an.
Pengarah Imigresen negeri, Abdul Qader Siddiq Ahmad berkata, pada mulanya tiada GRO ditemui sebaik sahaja anggotanya memasuki premis berkenaan.
"Apabila diperiksa dalam setor, kita berjaya menemui 15 GRO itu sedang bersembunyi di belakang timbunan kotak minuman keras.
"Mereka dipercayai bekerja secara haram di negara ini dan melanggar pas lawatan sosial serta menyalahgunakan pas pelajar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambahnya, 20 wanita lain dipercayai berjaya meloloskan diri melalui pintu belakang premis terbabit hasil bantuan tonto.
Kesemua wanita tersebut kini ditahan di Depot Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Juru untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1959/1963.Utusan Malaysia Online - Jenayah

Kematian pengiring suspek kes Sosilawati disiasat



KUALA LUMPUR 4 Mac - Polis akan mengambil keterangan ahli keluarga dan rakan Lans Koperal N. Devaraju, 29, bagi membantu siasatan kematian anggota itu yang terbabit dalam nahas jalan raya di Taman Desa Jaya, Kepong, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, siasatan dilakukan bagi mengenal pasti jika wujud perbuatan khianat melibatkan motosikal yang ditunggang mendiang ketika kemalangan.
Tambahnya, ahli keluarga mendiang juga mahukan polis menyiasat kes itu dengan teliti kerana mendakwa semasa kejadian motosikal mendiang tidak rosak.
Menurutnya, selain mengambil keterangan, pihaknya juga akan menyemak rekod khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan akhir.
"Kita siasat SMS dan panggilan akhir jika mendiang ada terima ugutan atau apa-apa yang boleh dikaitkan sebelum kemalangan berlaku.
"Hasil bedah siasat di Hospital Selayang semalam menunjukkan mangsa maut akibat lemas dan tiada kecederaan mencurigakan termasuk penggunaan alkohol berlebihan.
"Kes itu setakat ini diklasifikasi sebagai mati mengejut bagaimanapun siasatan dibuat mengikut kehendak keluarga mangsa yang mengesyaki sesuatu tidak kena," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan mangsa yang sering mengiringi suspek kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya maut akibat lemas selepas motosikal ditunggangnya terbabas lalu merempuh tembok sebelum terhumban ke dalam longkang.
Menurut Pemangku Ketua Trafik dan Ketenteraman Selangor, Deputi Supritendan Ismail Ibrahim, mayat anggota polis itu ditemui kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian akibat dihanyutkan oleh arus longkang terbabit.
Pemeriksaan awal polis tidak menemui sebarang kesan kecederaan serius pada mayat mangsa kecuali kesan luka di bibir kanan.
Sebelum ini, mangsa sering dilihat mengiringi suspek pembunuhan Sosilawati dan imejnya yang berambut panjang sentiasa mendapat perhatian ramai.Utusan Malaysia Online - Jenayah

Dua suspek kes bunuh pemandu teksi ditembak mati




HAMZA Taib (tengah) menunjukkan beberapa butir peluru dan pistol yang dirampas daripada penjenayah ditembak mati semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Kota Kinabalu, semalam.


KOTA KINABALU 4 Mac - Polis menembak mati dua penjenayah yang dikehendaki kerana dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan pemandu teksi di ladang kelapa sawit di Jalan Sungai Batang, Sandakan, Isnin lalu.
Dalam kejadian pukul 2.05 petang semalam, kedua-dua suspek itu ditembak kira-kira tujuh kilometer dari lokasi pemandu teksi terbabit dibunuh.
Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Hamza Taib berkata, penjenayah itu berjaya dikenal pasti hasil maklumat awam dan intipan pihak polis.
"Apabila sampai di tempat kejadian, lelaki berkenaan diarahkan menyerah diri tetapi telah bertindak melepaskan tembakan kearah polis.
"Pasukan polis terpaksa membalas tembakan dan mengenai kedua-dua penjenayah itu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri, Senior Asisten Komisioner Omar Mamah dan Timbalannya (Risikan dan Operasi), Asisten Komisioner Mohd. Khalil Mohd. Kadir.
Pada Isnin lalu seorang pemandu teksi ditemui mati tertiarap berhampiran teksinya dengan kesan tembakan di mulut dan kerongkong di kawasan tapak pembinaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Jalan Sungai Batang, Batu 10, Sandakan.
Mangsa, Junaidi Saman, 53, dijumpai oleh seorang pengawal keselamatan tapak pembinaan tersebut dalam keadaan tertiarap kira-kira satu meter daripada teksinya pada pukul 6.30 petang.
Menurut Hamza, hasil pemeriksaan di lokasi kejadian menemui sepucuk pistol jenis Colt 45, empat butir peluru dan telefon bimbit daripada suspek-suspek.
Katanya, bagaimanapun tiada sebarang pengenalan identiti ditemui pada suspek-suspek berusia 30-an itu.
"Motif kejadian masih disiasat dan kita tidak menolak kemungkinan samun dan balas dendam.
"Pihak polis percaya penjenayah itu terlibat dalam pembunuhan pemandu teksi berdasarkan kepada jenis senjata yang digunakan," katanya.
Beliau berharap orang ramai terus memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membanteras jenayah di negeri ini.
"Jadi saya ingin merakamkan terima kasih kepada orang ramai yang beri maklumat tersebut kepada polis," ujarnya.Utusan Malaysia Online - Jenayah

Lelaki bunuh kekasih enggan jual anak




ANGGOTA polis mengangkat mayat K. Magapugie yang ditemui mati dipercayai dipukul di Taman Sejati Indah, Sungai Petani, Kedah, semalam.


SUNGAI PETANI 4 Mac - Pasangan ini hidup bersekedudukan lebih setahun lalu dan hasilnya dikurniakan seorang 'cahaya mata' berusia kira-kira dua bulan.
Sepanjang tempoh tersebut, wanita itu kerap mengadu kepada jiran yang dia dipukul teman lelakinya.
Malah, difahamkan mangsa pernah lari ke rumah ibunya di Johor Bahru kerana tidak tahan dipukul tetapi kembali berdamai selepas dipujuk teman lelakinya.
Namun, segala-galanya berakhir hari ini apabila wanita terbabit ditemui mati dengan kesan lebam di bahagian kepala.
Mangsa dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul yang ditemui di rumah sewanya di Jalan Indah 6, Taman Sejati Indah, dekat sini hari ini.
Mangsa, K. Magapugie, 33, dikatakan bertengkar dengan teman lelakinya berusia 23 tahun selepas didakwa enggan menyerahkan bayi mereka untuk dijual kepada orang lain akibat kesempitan hidup.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad, pada mulanya lelaki itu tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani memaklumkan isterinya mati terjatuh di dalam rumah.
"Suspek membuat laporan polis kira-kira pukul 9 pagi. Bagaimanapun tingkah lakunya yang mencurigakan mendorong polis menghantar sepasukan anggota ke rumah terbabit untuk membuat pemeriksaan," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali.
Mohd. Zakaria berkata, polis yang tiba di rumah terbabit mendapati mayat mangsa ditutup rapi dengan kain dan diletakkan di ruang tamu.
"Pemeriksaan lanjut mendapati ada beberapa kesan kecederaan di bahagian badan dan kepala mangsa. Ekoran itu, suspek ditahan bagi membantu siasatan," katanya.
Beliau memberitahu, berdasarkan keterangan saksi, pasangan tersebut dikatakan bergaduh kira-kira pukul 4 pagi ini.
"Kedua-duanya bertengkar dengan kuat sehingga boleh didengari oleh jiran-jiran pada awal pagi. Tidak lama selepas itu, suspek dikatakan keluar dari rumah dan kembali semula tetapi jiran-jiran tidak lagi mendengar suara wanita terbabit," katanya.
Tambah Mohd. Zakaria, semakan lanjut mendapati, pasangan itu tinggal tanpa ikatan perkahwinan sejak lebih setahun lalu dan hasilnya mempunyai seorang anak lelaki berusia kira-kira dua bulan.
"Suspek tidak mempunyai pekerjaan tetap sementara mangsa pula tidak bekerja. Kita percaya, pasangan ini menghadapi masalah kewangan kerana didapati gagal membayar tunggakan bil elektrik serta air sejak beberapa bulan lalu," katanya.
Kata beliau, siasatan kes tersebut dianggap selesai berikutan penahanan suspek berkenaan.
"Polis mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori," katanya.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk dibedah siasaUtusan Malaysia Online - Jenayah

Lelaki dakwa ‘isteri’ mati jatuh bilik air ditahan





2011/03/05

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki berusia 33 tahun yang membuat laporan polis kononnya ‘isterinya’ mati akibat terjatuh dalam bilik air di rumahnya di Taman Sejati Indah di sini, pagi semalam, akhirnya diberkas selepas tembelangnya pecah.

Hasil siasatan awal polis mendapati, suspek bergaduh dengan ‘isteri’ yang sebenarnya teman wanita, lalu disyaki memukul kepala mangsa dengan objek tumpul hingga menyebabkan kematian wanita terbabit.
Lelaki itu ditahan kira-kira jam 9 pagi semalam selepas dia datang ke Balai Polis Sungai Petani, di sini untuk membuat laporan mendakwa ‘isterinya’ mati akibat terjatuh dalam bilik air.
Bagaimanapun, polis mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila lelaki terbabit memberi maklumat mengelirukan ketika disoal siasat, lalu bertindak menahan suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad, berkata sebaik lelaki itu ditahan, sepasukan anggota polis pergi ke rumah suspek untuk menyiasat dan menemui mayat seorang wanita dikenali sebagai K Magapulie, 33, terbaring di ruang tamu dengan kesan kecederaan di kepala dipercayai dipukul objek keras.

“Hasil soal siasat mendapati berlaku pergaduhan antara suspek dengan mangsa iaitu teman wanitanya pada kira-kira jam 4 pagi dan selepas itu, suspek keluar dari rumah.

“Tidak lama selepas itu, suspek pulang dan membuat laporan di balai polis pada jam 9 pagi mendakwa ‘isterinya’ mati kerana terjatuh dalam bilik air. Hasil siasatan juga mendapati mereka belum berkahwin dan mempunyai seorang bayi lelaki yang berusia tiga bulan,” katanya di sini, semalam.
Mohd Zakaria berkata, ketika pergaduhan itu, suspek dipercayai memukul kepala mangsa dengan objek tumpul sehingga menyebabkan wanita itu mati.
Berita Harian Online