04/03/2011 5:45pm
KOTA BHARU - Peniaga bukan Islam di sini mendakwa tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menyerbu dua kedai buku menjual loteri kebajikan, minggu lepas, adalah satu bentuk penindasan.
Anggota Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Ti Lian Ker berkata, loteri yang dijual oleh kedua-dua kedai berkenaan adalah jenis loteri kebajikan yang mendapat kelulusan lesen penjualannya oleh Kementerian Kewangan mengikut Akta Loteri 1952 (Akta 288).
"Akta Loteri merupakan undang-undang persekutuan dan kedudukan akta itu lebih tinggi daripada undang-undang pengharaman perjudian negeri (Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kelantan 1993) dan undang-undang pengharaman perjudian itu terbatal jika bercanggah dengan Akta Loteri,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Lian Ker yang juga seorang peguam berkata, pihaknya tidak mahu mencetuskan kekecohan dalam isu itu tetapi ingin mencari penjelasan sebenar mengenai kedudukan peniaga bukan Islam menjual loteri kebajikan di Kelantan. - BernamaKosmo! Online - Terkini