Search This Blog

Loading...

Wednesday, March 2, 2011

Mayat dikerat dipercayai warga asing

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

02/03/2011 3:12pm

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
IPOH 2 Mac – Polis percaya mayat seorang lelaki yang ditemui dikerat-kerat anggota badannya di Batu Lapan, Chemor pada 26 Februari lalu merupakan seorang warganegara asing.

Hasil bedah siasat terhadap anggota badan yang ditemui mendapati, terdapat beberapa kesan penggunaan senjata tumpul yang berkemungkinan besi atau kayu.

Cap ibu jari mayat itu telah dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan mahkamah, namun ia gagal dikesan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, mayat yang dikerat-kerat dan dimasukkan dalam dua beg berasingan ditemui orang ramai pada Sabtu lalu. – Utusan"

Pakaian, kasut tiruan dirampas

Kosmo! Online - Terkini: "
02/03/2011 2:01pm

JOHOR BAHARU – Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Johor merampas pakaian dan kasut tiruan berjenama bernilai RM100,000 dalam serbuan di dua premis perniagaan dan stor di kawasan Pandan City, di sini, awal hari ini.

Timbalan Pengarahnya, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, serbuan oleh 15 anggota penguatkuasa mulai 7.30 malam sehingga 3 pagi tadi itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada pemilik jenama berkenaan.

'Dianggarkan sebanyak 10,000 barangan dirampas di premis berkenaan yang melibatkan jenama Adidas, Nike dan Crocs,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Abdul Hamid berkata, kesemua barangan itu dipercayai dibawa masuk dari China untuk diedarkan di pasar malam, pasar borong dan kedai kecil yang menjual barangan tiruan di negeri ini.

Beliau berkata, pihaknya turut menahan dua lelaki berumur 20-an dan 30-an untuk siasatan lanjut.

Kesemua barangan itu disita mengikut Seksyen 3 1(b) Akta Perihal Dagangan 1972 dan jika disabit kesalahan pemilik premis itu boleh didenda RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali, katanya. - Bernama"

UUM tanggung kos rawatan Seow Ching

Kosmo! Online - Terkini


02/03/2011 3:05pm

ALOR SETAR — Universiti Utara Malaysia (UUM) menanggung kos rawatan pelajarnya, Lim Seow Ching, yang cedera akibat kemalangan jalan raya dan kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.
Naib Canselor UUM, Datuk Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata universiti itu amat prihatin dengan nasib pelajarnya yang ditimpa musibah dan akan membantu mereka semampu boleh.
"Seow Ching, pelajar semester akhir bidang perhotelan diberi kelonggaran menangguhkan pengajiannya dan dia boleh menyambung semula selepas pulih nanti,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi pelajar itu di HSB, hari ini.
Seow Ching, 23, cedera parah setelah kereta Perodua Kancil yang ditumpanginya berlanggar dengan sebuah Proton Waja di Jalan Sintok kira-kira pukul 7 pagi dua hari lepas.
Rakannya, Lim Hsiao Pei, 23, yang memandu kereta itu dan seorang lagi rakan yang duduk di bahagian depan, Teh Chiew Sien, 23, terbunuh di tempat kejadian.
Dr Mohamed Mustafa mengucapkan takziah kepada keluarga dua pelajarnya yang terbunuh dan berkata UUM akan membantu mereka sekadar yang mampu serta meminta bersabar menghadapi dugaan.
Katanya UUM akan menguruskan insurans berkelompok untuk ketiga-tiga pelajar terbabit.
Ibu Seow Ching, Tan Ah Yeow, 45, yang ditemui di HSB mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Naib Canselor UUM dengan musibah yang menimpa pelajar mereka.
Suri rumah dari Bagam Ajam, Butterworth itu berkata Seow Ching merupakan anak sulung daripada lima beradik, kesemuanya masih belajar. Suaminya Lim Ah Keng, 54, ialah bekerja sebagai mekanik. - Bernama

Geng Mamat di Tawau tumpas

Kosmo! Online - Terkini: "
02/03/2011 3:15pm

KOTA KINABALU - Polis Sabah menumpaskan kumpulan perompak bersenjata dikenali “Geng Mamat”, yang beroperasi di negeri itu dan di Semenanjung Malaysia sejak dua tahun lepas, dengan penahanan lima anggota itu di Tawau, bahagian pantai timur Sabah, dua minggu lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kelima-lima perompak warga asing berumur antara 22 dan 27 tahun itu dipercayai terlibat dalam 28 kes rompakan termasuk lima kes di Johor, satu kes di Terengganu dan selebihnya berlaku di sekitar Tawau.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata, anggota kumpulan itu diberkas dalam operasi Ops Rantau di kawasan perkampungan Jambatan Putih, Kuhara, Tawau pada 14 Februari lepas, yang dilancarkan selepas mereka melakukan rompakan di sebuah rumah banglo di Taman Falma, dekat pusat bandar Tawau, dua hari sebelum itu. - Bernama"

13,500kg minyak masak cuba diseludup

Kosmo! Online - Terkini: "
02/03/2011 4:42pm

TAWAU - Sebanyak 13,500 kilogram minyak masak cuba diseludup ke negara luar dengan bot di sini, malam tadi.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut mengesan 240 kilogram gula cuba diseludup menerusi bot tersebut yang sedang menuju ke Tarakan, Indonesia, kira-kira 9.10 malam.

Pegawai Unit Operasi APMM Tawau, Lt (Maritin) Norihan Ngah berkata, enam orang awak-awak dan tekong bot warga Indonesia ditahan di bawah Akta Imigresen 1959 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Bot tersebut turut disita di bawah Akta Kastam 1967. - Bernama"

Pesakit alzhiemer sesat 30km dari rumah

Kosmo! Online - Terkini


02/03/2011 6:01pm


KUALA LUMPUR — Seorang pesara guru yang menghidap alzhiemer dan dilapor hilang kira-kira seminggu lepas, ditemui di Jinjang Khamis lepas, kira-kira 30 kilometer dari rumahnya di Bandar Mahkota Cheras.
Ooi Ho Chuah, 63, berkata, beliau hanya ingat keluar dari rumah dan selepas itu tidak dapat mencari jalan pulang.
Menceritakan pengalamannya kepada pemberita di Biro Pengaduan MCA, di sini hari ini, Ho Chuah berkata, beliau bernasib baik kerana ada yang bersimpati dan memberinya makanan.
"Saya tidur di merata-rata seperti hentian bas. Saya berterima kasih kepada dua anggota polis yang menemui saya dan memberitahu keluarga saya.
"Saya kemudian dibawa ke hospital dan menerima empat jahitan di kepala,” katanya yang tidak ingat bagaimana beliau mendapat kecederaan itu.
Ketua Biro Aduan Awam MCA, Datuk Michael Chong menasihatkan mereka yang mempunyai anggota keluarga yang menghidap alzhiemer supaya memakaikan tag di tangan pesakit bagi membolehkan mereka dikenali dan dibantu. - Bernama

Kastam rampas rokok seludup RM3.9 juta di Butterworth

SH
BUTTERWORTH -- Pegawai-pegawai kastam Pulau Pinang merampas rokok bernilai RM3.88 juta yang cuba diseludup ke negeri itu di kawasan pelabuhan di sini pada Isnin.

Pengarah Kastam Pulau Pinang Datuk Zulkifli Yahya berkata rokok itu ditemui dalam sebuah lori yang membawa barangan pengguna di Terminal Kargo Utara Butterworth (NBCT) di sini.

Nercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata rokok yang belum dicukai itu dianggarkan berharga RM836,000.

Beliau berkata, beberapa paket rokok yang diperiksa didapati dilekat dengan tanda "Amaran Oleh Kerajaan Malaysia" tetapi tidak mengandungi duti setem, tiada tanda dakwat keselamatan serta tidak dipaparkan gambar amaran yang disyorkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Zulkifli berkata siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan mereka yang terbabit dalam sindiket itu. -- BERNAMA

Empat beradik cari ibu hilang

SH

SEDENAK – Empat beradik dari Kampung Melayu Sedenak, di sini merayu kerjasama dari orang ramai memberi maklumat sekiranya ternampak ibu mereka yang hilang dari rumah sejak enam hari lalu.

Anak bongsu mangsa, Norman Yusof, 23, berkata, dia menyedari kehilangan ibunya, Ruzita Ahmad, 47, kira-kira jam 4.30 petang pada 25 Februari lalu selepas pulang dari kebunnya.

Norman berkata, menyedari kejadian itu dia segera mencari ibunya yang juga mengalami masalah gangguan mental sejak lebih 20 tahun lalu di sekitar kawasan kampung berkenaan, namun tidak menemuinya.

“Hari itu saya ke kebun seperti biasa dari jam 11 pagi hingga 4.30 petang dan ibu pula tinggal seorang diri di rumah, biasanya dia akan mandi dan melakukan rutin hariannya sendiri seperti menonton televisyen.

“Apabila pulang, saya dapati ibu sudah tiada di rumah dan saya segera mencarinya di sekeliling kampung namun tidak menemuinya.

“Ibu saya sudah lama alami masalah mental sejak bercerai dengan ayah, tetapi ini merupakan kejadian pertama ibu saya hilang kerana sebelum ini dia tidak pernah dibiarkan keluar rumah seorang diri,” katanya.

Norman berkata, dia dan abangnya turut menjalankan usaha mencari di sekitar Pekan Kelapa Sawit dan kawasan berhampiran kerana khuatir dengan keselamatan ibu mereka yang juga mengalami penyakit darah tinggi dan kencing manis.

“Puas kami berusaha mencari ibu sehingga ke hari ini (semalam), namun tetap tidak jumpa, kami risau mengenai keadaannya tambahan pula ibu perlu mengambil ubat setiap hari bagi merawat penyakitnya,” katanya.

Menurutnya, beliau turut dimaklumkan penduduk kampung bahawa ibunya kelihatan kemas lengkap berbaju kurung dan bertudung ketika terserempak dengan ibunya yang sedang berjalan kaki di dalam kawasan kampung, pada hari kehila�ngannya.

“Kali terakhir saya lihat ibu memakai baju T berwarna hitam dan seluar jalur-jalur sebelum saya meninggalkannya di rumah untuk ke kebun.

“Tetapi ada penduduk yang ternampak ibu memakai baju kurung corak bunga-bunga sedang berjalan kaki berhampiran rumah kami,” katanya.

Dalam pada itu katanya, dia turut melaporkan kehilangan ibunya itu di Balai Polis Kelapa Sawit sehari selepas ibunya didapati hilang.

Sehubungan itu, dia mengharapkan kerjasama dari orang ramai untuk menghubunginya di talian 010-7051788 atau kakaknya, Ruzaniah Yusuf di talian 010-7112991 sekiranya mempunyai sebarang maklumat mengenai ibunya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya mengesahkan menerima laporan mengenai kehilangan Ruzita dan menjalankan siasatan mengikut kes orang hilang.

Bunuh dalam ladang

SH


KULAIJAYA – Seorang remaja berusia 20 tahun dari Taman Puteri Wangsa, Johor Bahru dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulai, di sini, semalam atas tuduhan membunuh seorang lelaki di dalam sebuah ladang.

Tertuduh, Benny Chang Xin Hao, 20, dituduh melakukan kesalahan membunuh Tang Chung kiong, 20 bersama dua rakannya pada 15 Januari lalu kira-kira jam 12 tengah hari di ladang kelapa sawit di Jalan Ulu Tiram-Seelong, di sini.

Benny yang memakai baju T berwarna biru dan seluar jeans paras lutut, hanya menganggukkan kepala tanda faham selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Zaiton Anuar, kira-kira jam 2.30 petang semalam.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh manakala mahkamah memutuskan 4 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan forensik.

Benny dituduh melakukan kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi menjejaki rakan tertuduh yang bersama-samanya ketika kejadian, bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, Sinar Harian difahamkan tertuduh turut didakwa di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan atas dua kesalahan mencederakan orang awam, pagi semalam sebelum dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulai.

Terdahulu, Sinar Harian bertarikh 20 Januari lalu, melaporkan penemuan mayat dalam keadaan rentung oleh pekerja Ladang Felda Techno Plant Taib Andak, Jalan Ulu Tiram-Seelong, di sini semasa sedang menjalankan tugasnya.

Dua remaja maut motosikal terbabas

SH


SUNGKAI – Dua remaja maut apabila motosikal yang ditunggangi mereka terbabas dan lalu masuk ke dalam longkang yang baru dibina di Kampung AA Tin di sini, tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, pembonceng motosikal, Muhamad Hazwan Nursimriyadi, 13, maut di tempat kejadian, manakala penunggang, Mohamad Amirul Asraff Osman, 15, meninggal dunia di Hospital Besar Ipoh (HBI).

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad berkata, ketika kejadian, kedua-dua mangsa dipercayai menunggang motosikal untuk bermain di kawasan sekitar kampung berkenaan.

Menurutnya, setibanya di tempat kejadian, motosikal yang dinaiki tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam longkang.

“Akibat kecederaan parah di kepala, pembonceng motosikal maut di tempat kejadian dan penunggang motosikal maut di Hospital Ipoh pada jam 7.30 malam hari kejadian.

“Kedua-dua mangsa cedera parah di bahagian kepala dan dipercayai tidak memakai topi keledar semasa menunggang motosikal berdasarkan kepada kecederaan yang dialami,” katanya kepada Sinar Harian.

Roslan berkata, kedua-dua mangsa merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai di sini, dan menuntut di Tingkatan Satu dan Tingkatan Tiga.

Katanya, mayat Muhamad Hazwan dihantar ke Hospital Tapah untuk di bedah siasat dan sudah dituntut keluarganya untuk dikebumikan.

“Kemalangan ini berlaku di jalan kampung dan di sebelah kiri jalan berkenaan terdapat longkang yang sedang dalam pembinaan dan mereka ini terbabas ke dalam longkang itu.

“Saya ingin menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa patuh kepada undang-undang kerana kita tidak mahu sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dan mangsa tidak mematuhi undang-undang sepenuhnya,” katanya.

Tinggal sehelai sepinggang

SH


SUNGAI SIPUT (U) – Dua keluarga nyaris maut melibatkan tiga rumah didiami mereka musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Lintang di sini, semalam.

Bagaimanapun, keluarga berkenaan sempat menyelamatkan diri dan beberapa barangan berharga termasuk pakaian, peralatan dapur dan barangan elektrik sebelum kediaman mereka ranap.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput, Mohamad Idris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.45 pagi dan terus bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.

Beliau berkata, memandangkan api besar dan marak dengan pantas, pihaknya terpaksa mendapatkan bantuan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar.

“Seramai 10 anggota bomba bergegas ke tempat kejadian dan lima daripadanya dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar. Kita menggunakan dua jentera dalam operasi memadamkan api yang menghanguskan tiga rumah ini.

“Ketika tiba di tempat kejadian, api sudah marak dan anggota bomba berusaha mengawal kebakaran daripada terus merebak ke rumah berhampiran,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Mohamad berkata, api dapat dikawal pada jam 9.10 pagi dan dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 10.45 pagi.

“Punca kebakaran dan anggaran kerugian belum diketahui serta siasatan lanjut masih dijalankan. Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dengan semua mangsa berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Ibu anak dua ditangkap khalwat

SH


KULIM - Seorang ibu beranak dua berusia 23 tahun ditangkap khalwat bersama kekasihnya di sini, kira-kira jam 9 malam.

Ketua Unit Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) Azmi Rejab berkata, suami pasangan perempuan berusia 25 tahun, telah beberapa kali memberi amaran kepada teman lelaki isterinya supaya tidak menjalinkan hubungan kerana mereka sudah mempunyai anak berusia enam bulan dan satu tahun setengah.

Menurutnya, pada hari kejadian, dia (suami) menerima panggilan telefon daripada penduduk memaklumkan seorang lelaki telah pun masuk ke rumahnya.

Dia yang ketika itu sedang bekerja balik ke rumah bersama seorang rakan.

Sebaik sahaja sampai di rumah, dia mendapati pintu rumahnya berkunci. Apabila pintu dibuka oleh isterinya, dia melihat teman lelaki isterinya sedang berbaring di atas sofa. Dia kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada PADK untuk tindakan seterusnya.

“PADK pergi ke tempat kejadian bersama tiga penguat kuasa. Apabila sampai di rumah pasangan itu, PADK mendapati berlaku pergelutan di antara suami dengan teman lelaki isterinya.

“Kami dimaklumkan oleh si suami bahawa dia pernah terserempak isteri dan kekasihnya keluar bersama-sama beberapa kali, ” katanya.

Azmi berkata, keadaan lebih tegang apabila pasangan perempuan mengamuk dengan memecahkan beberapa barangan di dalam rumahnya.

Untuk memastikan tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini, orang ramai yang ada terpaksa mengikat tangannya.

Pasangan itu akan disiasat di bawah seksyen 9(1)(2) Enekman Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988. Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 setiap seorang atau kedua-duanya sekali.

Pasangan itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan tangkapan terhadap diri mereka.

“Saya sudah berbincang dengan mahkamah dan akan melaksanakan pertuduhan yang lebih berat terhadap mana-mana pasangan yang terlibat dalam kesalahan berkhalwat.

“Dari bulan Januari hingga Februari tahun ini, 20 kes tangkapan mengikut seksyen 9 sudah dibuat dan ia melibatkan hampir 40 individu.

“Mereka yang terlibat terdiri dari kalangan pelajar, warga asing, kakitangan awam dan pegawai kanan pertubuhan beruniform serta sukarelawan,” katanya kepada Sinar Harian.

Cetak permit kerja palsu

SH


SEREMBAN - Jabatan Imigresen negeri berjaya membongkar kegiatan mencetak pelekat permit kerja warga asing palsu didalangi seorang lelaki rakyat Indonesia di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Cempaka Fasa 2, Senawang, dekat sini, semalam.

Timbalan Pengarah Imigresen negeri, Ahmad Shakirin Zainal Abidin berkata, kegiatan itu dikesan dalam satu serbuan yang dilancarkan hasil maklumat orang ramai, kira-kira jam 12 tengah hari.

“Siasatan awal menemui peralatan dipercayai digunakan untuk mencetak permit kerja palsu seperti tiga cop keselamatan Jabatan Imigresen dan tiga cop visa.

“Kami juga menjumpai komputer riba, mesin cetak, dakwat dan alat tulis disyaki digunakan bagi tujuan sama,” katanya pada sidang media selepas serbuan.

Menurutnya, sebanyak 148 pasport Indonesia yang masih belum mempunyai pelekat permit kerja dan wang tunai RM2,000 turut ditemui dalam salah sebuah bilik di tingkat atas rumah berkenaan.

“Seramai 14 warga Indonesia termasuk seorang lelaki berumur 39 tahun dipercayai dalang kegiatan berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut.

“Lelaki berasal dari Jawa Timur itu didapati memiliki Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR), dipercayai palsu,” katanya.

Ahmad Shakirin berkata, pihaknya percaya lelaki terbabit melakukan kegiatan memalsukan pelekat permit kerja warga asing di kawasan berkenaan sejak sebulan lalu.

“Sebelum ini, dia mungkin beroperasi di tempat lain.

“Warga Indonesia lain ditahan ketika serbuan di rumah sama, termasuk lapan lelaki dan tiga wanita serta seorang bayi perempuan berumur 5 bulan,” katanya.

Menurutnya, semua warga Indonesia terbabit dipercayai pelanggan kepada lelaki yang menjadi dalang kegiatan menyalahi undang-undang itu dan mereka tidak mempunyai hubungan kekeluargaan antara satu sama lain.

“Siasatan mendapati mereka memasuki negara ini secara sah tetapi tidak memiliki permit kerja.

“Mereka cuba mendapatkan permit kerja palsu dengan membayar RM250 setiap seorang kepada suspek,” katanya.

Ahmad Shakirin berkata, kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966 memperuntukkan denda tidak lebih RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Difahamkan, kos mendapatkan permit kerja warga asing sah di negara ini antara RM460 (pembantu rumah) hingga RM1,800 (pekerja pembinaan).

Denda RM2,500 kerana melacur

SH

AYER KEROH - Seorang wanita warga Thailand dijatuhi hukuman denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, kerana terlibat aktiviti pelacuran.

Tertuduh, Busaba Seedaubon, 28, dari Udon Thani, mengaku salah selepas mengangguk faham pertuduhan yang dibaca jurubahasa mahkamah dengan bantuan seorang penterjemah bahasa Thailand.

Berdasarkan pertuduhan, Busaba didapati melakukan perbuatan mencari langganan bagi tujuan persundalan di 310-A, Jalan Tun Ali, Melaka Tengah, kira-kira jam 1.15 pagi pada 14 Januari lalu.

Busaba didakwa mengikut Seksyen 372 B Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak melebihi tempoh setahun atau denda atau kedua-duanya.

Tertuduh yang diwakili Peguam Goh Han Koon daripada Tetuan Damian Yoh merayu mahkamah memberikan hukuman ringan kerana tertuduh adalah ibu tunggal miskin dan hanya bekerja sebagai petani di Thailand sebelum ini.

“Tertuduh datang ke Malaysia mengikut rakannya untuk mencari pendapatan lebih.

“Saya percaya tertuduh yang bersekolah hingga tingkatan enam tidak dapat memahami dengan baik mengenai undang-undang, lebih-lebih lagi di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Pendakwa, Inspektor Rosli Rasi ketika pendakwaan memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal terhadap tertuduh.

Majistret Muhammad Hazri Hanafi kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,500 kepada tertuduh atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda.

Beliau turut mengarahkan tertuduh diusir sebaik sahaja bayaran denda dijelaskan berikutan pasport antarabangsa tertuduh tamat sejak 23 Disember lalu.

Terdahulu, Rosli ketika membacakan fakta kes secara lisan memberitahu mahkamah, bertindak atas maklumat Ops Noda, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Melaka Tengah (IPD) telah melakukan pemeriksaan di kawasan Jalan Tun Ali sebelum menahan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Pasukan itu kemudian memeriksa butiran dan telefon bimbit milik lelaki itu sebelum mendapati beberapa gambar wanita terdapat di dalam telefon berkenaan.

“Lelaki terbabit membawa polis ke bilik sewa miliknya dan apabila pintu bilik sewa pertama dibuka, didapati seorang perempuan dan seorang lelaki cuba melarikan diri.

“Lelaki itu mengaku melakukan seks dengan bayaran RM80, selain seorang lelaki di bilik kedua turut mengaku baru mengadakan seks dengan tertuduh,” katanya.

Dua bot nelayan sambilan hilang

SH

KAMPUNG GELAM – Dua nelayan sambilan di sini mengalami kerugian mencecah RM13,000 apabila bot masing-masing berserta peralatan menangkap ikan diletakkan di Pengkalan Nelayan Kampung Gelam dicuri, awal pagi kelmarin.

Dalam insiden terbabit, kedua-dua mereka menyedari bot hilang pada pagi Isnin lalu ketika mahu ke laut.

Mangsa, Nurhazari Harun, 41, berkata, seawal jam 5.30 pagi Isnin lalu, dia mahu ke laut dan terperanjat kerana bot yang diletakkan di pengkalan nelayan itu sudah hilang.

Menurutnya, sebelum kejadian itu, kali terakhir dia menggunakan bot terbabit adalah pada jam 8 malam Sabtu lalu untuk ke laut dan balik semula ke pengkalan pada 7.30 pagi Ahad.

“Dianggarkan jumlah kerugian mencecah RM8,000 termasuk beberapa peralatan menangkap ikan.

“Bot itu baru dibeli kira-kira enam bulan lalu dan masih ada lagi bayaran tunggakan,” katanya ketika ditemui di Pengkalan Nelayan Kampung Gelam, semalam.

Nurhazari menambah, walaupun nelayan adalah pekerjaan sampingannya tetapi ia juga pendapatan tambahan bagi menyara keluarga.

“Jika bergantung semata-mata dengan pendapatan pekerjaan utama, jumlahnya memang tidak cukup.

"Pengkalan nelayan berkenaan memang tiada pengawal keselamatan sejak dulu lagi dan kecurian seumpama ini juga pernah berlaku pada awal tahun lalu mengakibatkan kerugian besar lima bot termasuk enjin angkut," katanya.

Sementara menurut seorang lagi mangsa, Rudy Kasim, 28, dia sudah dua hari tidak ke laut dan menyedari botnya hilang apabila diberitahu bapanya yang kebetulan mahu menggunakan bot tersebut untuk kegiatan nelayan.

“Kali terakhir saya menggunakan bot itu pada Sabtu lepas dan awal pagi Isnin lalu, semasa bapa mahu ke laut bot tersebut didapati hilang.

"Dalam kejadian ini, saya mengalami kerugian mencecah RM5,000 dan bot tersebut baru dibelinya dua tahun lalu," katanya.

Semasa kejadian, terdapat 22 bot di pengkalan tersebut dan bot yang hilang itu adalah yang masih baru dan sedikit besar.

Sinar Harian difahamkan, Pengkalan Nelayan Kampung Gelam menempatkan seramai 20 nelayan.

Kedua-dua mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson.

Ayah bimbang anak hilang

SH



TERACHI – Sebuah keluarga di Kampung Mampas Kecil, dekat sini dirundung kebimbangan berikutan seorang daripada ahli keluarganya menghilangkan diri sejak dua minggu lalu.

Anak ketiga dari enam beradik, Mohd Fadeli Mohd Fauzi, 26, dilaporkan hilang sejak 21 Februari lalu dan sehingga kini masih belum ada sebarang khabar berita mengenainya.

Bapanya, Mohd Fauzi Majid, 54, berkata, walaupun anak lelakinya mempunyai masalah lemah minda dan lembab pemikiran selepas penyakit demam panas sewaktu tetapi, fizikalnya seperti orang normal.

“Akibat demam panas terlalu tinggi menyebabkan otaknya terjejas dan ingatannya tidak begitu baik. Saya bimbang akan keselamatannya kerana dia tidak banyak cakap selain pendiam dengan orang yang dia tidak kenali.

“Ini adalah pertama kali dia tidak pulang ke rumah. Pada hari pertama dia hilang, saya dan isteri pulang dari menoreh getah dan dia hanya maklumkan untuk keluar sekejap. Tetapi sejak itu, dia tidak pulang-pulang ke rumah,” katanya.

Fauzi berkata, dia sudah cuba menghubungi telefon bimbit anaknya itu, bagaimanapun tidak berjawab.

“Apabila dia tidak pulang ke rumah malam itu, kami hubungi telefon bimbitnya kira-kira 9 malam pada hari sama, tetapi tidak berjawab.

“Biasanya, apabila saya telefon, Fadeli akan menjawab panggilan. Selepas itu kami cuba beberapa kali lagi tetapi gagal kerana telefonnya tidak berjawab sebelum dimatikan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini.

Mohd Fauzi berkata, dia sekeluarga bimbang memikirkan kehilangan anaknya itu.

“Saya bimbang entah ke mana dia pergi. Puas kami bertanya orang kampung, keluar mencarinya sehingga ke Kuala Lumpur. Tetapi usaha kami belum berhasil.

“Anak saudara serta adik-beradiknya juga turut membantu mencari tetapi tidak berjumpa,”katanya.

Berikutan kehilangan itu, dia akhirnya beliau membuat laporan di Balai Polis Terachi pada 25 Februari lalu.

Menurutnya, kali terakhir Mohd Fadeli meninggalkan rumah dengan memakai kemeja-T dan berseluar jeans serta sehelai sepinggang dan hanya membawa MyKad.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan Mohd Fadeli boleh menghubungi Mohd Fauzi di talian 019-2849232 atau menghubungi balai polis berdekatan.

Mat despatch’ songlap duit

SH

AYER KEROH - Gara-gara tidak jujur dan amanah, seorang ‘mat despatch’ dijatuhi hukuman penjara setahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, kerana pecah amanah dan melarikan wang RM25,430, tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Rezal Kuzaini, 32, dijatuhkan hukuman itu selepas menukar pengakuan bersalah di hadapan Majistret Muhammad Hazri Hanafi terhadap dua pertuduhan kes, dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhather Mohd Kudus.

Berdasarkan pertuduhan pertama, sebagai ‘mat despatch’ kepada Syarikat Lekok Paper Sdn Bhd, Mohd Rezal didapati melakukan pecah amanah jenayah terhadap harta iaitu sekeping cek UOB Bank bernombor 571908 bernilai RM25,000 kepunyaan syarikat berkenaan untuk ditunaikan bagi kegunaan diri sendiri.

Kesalahan itu dilakukan di syarikat berkenaan di Jalan TTC 1, Kawasan Perindustrian Cheng, Melaka Tengah, dekat sini, pada 7 Julai 2010.

Bagi pertuduhan kedua, pada tarikh dan tempat sama, tertuduh didapati pecah amanah jenayah terhadap wang tunai RM430, diamanahkan Melati Nordin, 38, untuk bayaran ansuran kereta miliknya.

Lapan jam kawal kebakaran

SH


PELABUHAN KLANG - Tindakan pihak tidak bertanggungjawab membakar sisa industri di kawasan tanah kosong berhampiran kilang di Telok Gong membahayakan nyawa orang ramai yang tinggal berdekatan kerana asap yang terhasil berisiko menyebabkan masalah kesihatan.

Pegawai Bomba Kanan, Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang, Zaini Samat berkata, kejadian kali keempat itu berlaku malam kelmarin sekitar jam 7 malam.

Menurutnya, bilik gerakan menerima maklumat awam kira-kira jam 7.32 malam memaklumkan kebakaran besar berlaku di kawasan kilang berkenaan.

“12 anggota dan dua jentera dikejarkan ke kawasan berkenaan, bomba mengambil masa lebih lapan jam mengawal api daripada merebak, kebakaran itu sukar dipadamkan kerana ia melibatkan bahan mudah terbakar.

“Ketiadaan pili bomba di kawasan berkenaan memaksa anggota bomba berulang alik lebih dari lima kali untuk mengambil air di luar kawasan.

Beliau berkata, sebelum ini lebih tiga kali pihaknya dikejarkan ke tempat sama.

Beliau berkata, pihaknya mengambil masa sejam bagi mengawal api daripada merebak ke longgokan sampah yang lain dengan masing-masing memakai alat pernafasan memandangkan asap hitam yang dikeluarkan amat bahaya.

“Kita khuatir ia merebak ke kawasan kilang berhampiran memandangkan sisa buangan ini berada hampir antara satu sama lain,” katanya.

“Proses memadam mengambil masa lebih lapan jam, oleh itu, anggota bomba terpaksa bergilir-gilir mengawal kebakaran dari merebak sehingga keesokan paginya,” katanya.

Zaini berkata, beliau kecewa dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera agar masalah ini tidak lagi berulang lagi.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Majlis Perbandaran Klang (MPK), Wan Mohd Sofian Wan Hussain ketika dihubungi berkata, kawasan terbabit bukan tapak pelupusan sampah sebaliknya ia telah ditebus guna tanah oleh pemiliknya.

Menurutnya, melalui mesyuarat yang diadakan tengahari semalam, Yang Dipertua MPK telah mengarahkan agar Jabatan Perancang Bandar dan Kejuruteraan menyiasat perkara itu melalui pemeriksaan lesen, permit dan juga plan pembangunan.

“Jika pihak tidak bertanggungjawab terbabit tidak memiliki kesemua ini maka tindakan tegas akan diambil.

“Oleh itu, saya nasihatkan pemaju atau pemilik tanah agar tidak membuang sisa buangan di kawasan berkenaan dan bertindak membakarnya kerana ia akan menyusahkan banyak pihak termasuk bomba untuk memadam kebakaran yang berlaku,” katanya.

Dituduh tukar hak milik tanah

SH


KUALA TERENG-GANU- Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah atas tuduhan rasuah sebanyak RM1,300 yang dikenakan terhadapnya, atas dorongan menukar hak milik tanah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di sini, semalam.

Hussin Che Mohamad, 52, yang merupakan Pembantu Am Rendah yang bertugas di Pejabat Tanah Kuala Terengganu dan berasal dari kampung Wakaf Tembesu, didakwa melakukan perbuatan itu, empat tahun lalu.

Mengikut pertuduhan kes, perbuatan itu didakwa dilakukan pada jam 12.40 tengah hari, pada 14 Januari 2007 di Pejabat Tanah Kuala Terengganu.

Tertuduh sebagai seorang ejen, dituduh telah secara rasuah memperoleh satu suapan daripada Mohd Shahril Saleh, sebagai satu dorongan untuk menukar nama hak milik tanah penama Omar Ismail yang telah meninggal dunia kepada bapa saudara Mohd Shahril Saleh, iaitu Mohamad Awang.

Dia didakwa melakukan kesala-han di bawah Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) boleh dihukum Seksyen 16, akta sama.

Hussein didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan huku-man penjara minimum 14 hari atau maksimum 20 tahun dan denda sehingga RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, mengikut mana lebih tinggi.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Syafinas Shahbudin manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hisham Hashim.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan Hakim Azman Mustapha menetapkan 30 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Cemas terbabit kemalangan

SH


PULAU KERENGGA - “Kami dalam perjalanan pulang ke Gong Limau, Kemaman selepas isteri saya selesai menjalani rawatan fisioterapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) tetapi terpaksa dikejarkan semula ke HSNZ kerana kemalangan ini,” kata Mohamad Salleh, 64.

Mohamad yang memandu kereta jenis Proton Wira merupakan salah seorang daripada lapan mangsa kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan dalam kejadian kemalangan di Kilometer 32 Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan di sini, petang kelmarin.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 5.20 petang apabila sebuah kereta Perodua Viva yang dipandu seorang lelaki dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Terengganu melanggar sisi kanan kereta Proton Wira dipandu Mohamad dari arah bertentangan.

Mohamad berkata, ketika kejadian dia dan isteri, Asnah Mamat, 54, dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kemaman untuk membawa pulang isterinya.

“Apabila sampai di tempat kejadian kereta Perodua Viva itu meluncur laju lalu melanggar sisi kanan kereta saya. Beberapa saat kemudian kereta itu merempuh pula sebuah van yang berada di belakang,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini.

Difahamkan, pelanggaran itu mengakibatkan kereta Perodua Viva berada di lorong tengah lalu terbabas ke lorong kanan sebelum bertembung dengan sebuah van yang dinaiki sekumpulan kakitangan Pejabat Hal Ehwal Agama Kemaman.

Bagaimanapun, pemandu dan penumpang van serta pemandu Perodua Viva terbabit selamat, kesemua mereka dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan lanjut termasuk isteri Mohamad.

Mohamad berkata, dia bersyukur kerana isterinya tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan hanya luka kecil pada kening kanan manakala semua penumpang termasuk dua pemandu yang terlibat dalam kemalangan juga selamat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

Tongkang gergasi jadi tarikan

SH


TELUK MAK NIK – Sebuah tongkang gergasi membawa muatan arang batu yang terdampar di pesisir pantai di sini sejak Januari lalu menjadi tarikan terbaru penduduk dan pengunjung hingga pantai ini kini menjadi tumpuan ramai dengan kehadiran pengunjung meningkat berkali-kali ganda.

Sinar Harian difahamkan, kewujudan tongkang sarat membawa muatan arang batu berkenaan yang hanyut sebelum terdampar di tepi pantai itu disedari seorang nelayan yang mahu turun ke laut pada awal pagi dua bulan lalu.

Sejurus penemuan itu, pantai berkenaan menjadi tumpuan ramai terutama bagi pengunjung yang sebelum ini tidak pernah melihat tongkang gergasi dari dekat.

Malah, rata-rata pengunjung turut teruja melihat arang batu sebenar sehingga majoriti pengunjung turut mengabadikan kenangan dengan merakam gambar berlatarbelakangkan tongkang gergasi itu.

Penduduk yang juga juruteknik komputer, Abdul Aqiif Aiman Che Johan, 25 berkata, tongkang gergasi seberat kira-kira 130,000 tan metrik itu dipercayai terputus tali ketika sedang ditunda.

“Keadaan gelombang dan angin yang kuat mungkin menyebabkan tongkang gergasi ini hanyut dan terdampar di tepi pantai selepas talinya putus,” katanya ketika ditemui di pantai berkenaan.

Katanya, tongkang itu dipercayai dalam :perjalanan menghantar bekalan arang batu dari Thailand ke Singapura.

“Mungkin tongkang ini berhenti seketika di Kemaman untuk mengambil bekalan di perairan daerah ini sebelum hanyut,” katanya.

Katanya, tongkang gergasi yang berukuran lebih 100 kaki panjang dan 40 kaki lebar itu kini terus menjadi tarikan sehingga setiap petang ramai keluarga turut berkelah dan bersantai di pantai berkenaan.

Warga India dijel 30 bulan kerana sebabkan kematian

Cyberita Online Singapura: "

SEORANG warga India yang menyebabkan kematian empat penumpang setelah lorinya merempuh sebuah treler yang diletakkan di tempat meletak kenderaan di Tuas dua tahun lalu telah dijatuhi hukuman penjara 30 bulan semalam.

Ramaiah Raja, 32 tahun, juga dilarang memandu selama 15 tahun. Ia berkuat kuasa apabila dia dibebaskan dari penjara.

Dia mengaku bersalah menyebabkan kematian rakan-rakan sekerja dari Bangladesh, Allahyarham Rabiul Alam Shorab Hossein, 25 tahun; Mahbub Mofizur Rahman, 34 tahun; Aowlad Hossain Abul Hossain, 25 tahun, dan seorang warga India, mendiang Pitchaiah Govindaraj, 30 tahun.

Kejaian itu berlaku di Gul Road pada 18 Mei 2009.

Mahkamah diberitahu bahawa Ramaiah gagal memantau keadaan sekeliling dan memandu pada kelajuan 87 kilometer sejam - melebihi had laju 50 kilometer sejam - apabila dia merempuh bahagian belakang treler terbabit pada 4.05 pagi.

Ketika itu Ramaiah, yang bekerja dengan Hi-Tech NDT Inspection Services, sedang membawa sembilan penumpang untuk bekerja di kawasan berdekatan syarikat Keppel FELS di Tuas.

Ramaiah, yang kini menganggur, dan lima lagi pekerja turut cedera dalam kemalangan itu"

Seorang maut, enam cedera dalam kemalangan libatkan keluarga peniaga setempat



REMUK: Keluarga Haji Mohamed Abdul Jaleel sedang menaiki MPV ini apabila ia terbabas dan tercampak ke dalam gaung sedalam 10 meter sebelum melanggar pokok dekat Pagoh. -- Foto CHINA PRESS

KEMALANGAN DI JOHOR

KEMALANGAN jalan raya di Johor yang menimpa keluarga peniaga dan pemimpin masyarakat Islam setempat, Haji Mohamed Abdul Jaleel Shaik Mohamed, kelmarin melibatkan tujuh anggota keluarganya.

Pemilik syarikat Mini Environment Service (MES) Pte Ltd itu cedera manakala ibunya, berusia 74 tahun, meninggal dunia.Jurucakap Balai Polis Batu Pahat, Johor berkata kejadian itu berlaku di Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Pagoh di kilometer 116.5.Dipercayai pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota itu terbabas setelah gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar pengadang jalan raya.Tidak segera diketahui siapakah pemandu MPV tersebut.MPV berwarna biru itu tercampak ke dalam gaung sedalam 10 meter sebelum melanggar sebatang pokok.Kenderaan tersebut remuk teruk sehingga sukar mengenali jenis kenderaannya.Malah, cermin depan dan tingkap berkecai sementara getah dan plastik aksesori kereta bersepah di tengah jalan.Sebuah kereta Honda terpaksa mengelak serpihan-serpihan itu sehingga melanggar bahagian tepi sebuah lori. Pemandu kereta Honda itu turut tercedera.Terdapat tujuh penumpang di dalam MPV terbabit - empat lelaki dan tiga perempuan - kesemuanya warga Singapura.Jurucakap polis berkata tiga yang tercedera dibawa pulang ke Singapura, manakala seorang dirawat di hopsital Muar dan dua lagi di Hospital Batu Pahat.Haji Mohamed Abdul Jaleel pula dirawat di Hospital Mount Elizabeth.Anaknya, Encik Shaik Mohamed, berkata bapanya dan lima lagi yang cedera dalam keadaan baik.Beliau yang enggan mengulas lanjut hanya berkata kepada akhbar The New Paper: 'Saya harap anda faham. Saya baru kehilangan nenek saya. Ini adalah masa yang sukar bagi keluarga kami.'Syarikat Haji Mohamed Abdul Jaleel telah menjadi pembekal kambing korban yang diluluskan sejak 2007 melalui proses tender terbuka Jawatankuasa Korban Masjid-Masjid Singapura (JKMS).Syarikatnya juga mempunyai empat dormitori bagi penginapan pekerja asing di Singapura seperti Blue Stars Dormitory, Jurong Penjuru Dormitory dan Asrama Kaki Bukit.Syarikat itu juga meluaskan perniagaan di Timur Tengah seperti Oman dan Qatar.
Cyberita Online Singapura

Lelaki dijatuhi hukuman penjara 12 tahun, 12 sebatan


MOHD AZHAR: Tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika dijatuhi hukuman.


SINGAPURA
KES SEBABKAN KECEDERAAN TERUK ANAK TEMANITA
LELAKI yang bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan teruk ke atas anak temanitanya telah dijatuhi hukuman 12 tahun penjara dan 12 kali sebatan, semalam.
Mohd Azhar Ghapar, 30 tahun, dijatuhi hukuman itu kerana menyebabkan kecederaan teruk ke atas Sri Alyaniz Nazri, dua tahun.Mahkamah diberitahu bahawa Mohd Azhar telah menghentakkan kepalanya ke atas dahi Alyaniz dan memijak perut kanak-kanak itu sehingga rusuknya patah sekitar Oktober 2009.Akibat kecederaan-kecederaan yang dialaminya itu, Sri Alyaniz telah dimasukkan ke hospital pada 10 Oktober 2009.Sri Alyaniz meninggal dunia di hospital empat hari kemudian kerana kecederaan otak.Mahkamah juga mendengar bahawa sebelum itu, Mohd Azhar telah beberapa kali mendera Sri Alyaniz, sama ada dengan menumbuk, menampar atau mencubit kanak-kanak itu.Dalam menjatuhkan hukuman, Hakim Daerah, Cik Lee Poh Choo, menyatakan beliau menganggap kes itu sebagai antara kes penderaan kanak-kanak yang paling teruk.'Anda telah menyebabkan kanak -kanak itu sengsara dan merasakan bagai di neraka,' ujar Cik Lee.Tambahnya lagi, Sri Alyaniz tentu telah menderita kesakitan yang amat dahsyat akibat rusuknya yang patah.Menurut Cik Lee, beliau tidak yakin dengan rayuan peguam bela bagi meringankan hukuman dan tidak dapat merasakan yang Mohd Azhar menyayangi kanak-kanak itu.Sebaliknya, Cik Lee menyifatkan Mohd Azhar sebagai seorang 'pembuli' dan 'pengecut' kerana mendera mangsa yang lemah.Beliau rasa ia sesuatu yang membimbangkan apabila ibu kanak-kanak itu tidak terkejut melihat lebam-lebam pada anaknya.Cik Lee menegaskan perlunya ibu bapa, penjaga dan pengasuh, yang menyerahkan anak-anak kecil yang tidak berdaya kepada penjagaan orang lain, memastikan mereka tidak didera.Mohd Azhar telah mengenali ibu Sri Alyaniz, Cik Siti Junaina, sejak awal 2008.Dia mula menjaga Sri Alyaniz pada 23 September 2009, setelah diberhentikan kerja sebagai seorang tukang masak di sebuah restoran makanan Brazil.Bagi setiap tuduhan menyebabkan kecederaan teruk, Mohd Azhar boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda atau disebat.Bagi kesalahan menganiaya seorang kanak-kanak, dia boleh didenda sehingga $4,000 dan/atau dipenjara sehingga empat tahun bagi setiap tuduhan.Cyberita Online Singapura

Terima padah tuntut hutang cara merompak




KOTA BHARU – Seorang polis bantuan antara tiga individu yang menerima padah apabila mereka dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan tiga sebatan rotan akibat menuntut hutang secara rompakan, dua bulan lalu.

Wan Mohd Elias Muhammad Noor, 31 bersama dua rakannya Ramli Ishak, 33 dan Muhammad Khairul Anuar Mat Salleh, 28 bersalah merompak seorang lelaki semasa berada di belakang klinik Kampung Badak, 13 Januari lalu.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, mereka menggunakan sepucuk pistol tiruan dan sebilah pisau untuk merampas wang tunai milik Khairul Anuar Mohamad berjumlah RM1,000 serta empat cincin dan telefon bimbit mangsa.

Semasa prosiding, peguam bela yang mewakili mereka memohon mahkamah menjatuhkan hukuman seminimum mungkin dengan alasan kesalahan tersebut membabitkan tuntutan hutang Elias terhadap mangsa.

“Tertuduh bukannya didorong perasaan tamak tetapi tersilap langkah berhubung kutipan hutang,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nor Hamizah Ghazali bagaimanapun menegaskan kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.:

“Orang awam memerlukan perlindungan mahkamah daripada penjenayah seperti mereka,” katanya.

Selepas menimbang hujah kedua-dua belah pihak, Hakim Rofiah Mohamad kemudiannya menjatuhkan hukuman tersebut berkuat kuasa pada tarikh ia dijatuhkan, semalam.
SH

Tujuh tahun penjara, 10 sebatan



KOTA BHARU 1 Mac - Seorang pembantu kedai runcit, dihukum penjara tujuh tahun dan sebatan 10 kali oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan memiliki dadah, tahun lalu.
Hukuman ke atas Sahidan Mat Zain (gambar), 31, dijatuhkan oleh Hakim Zainal L. Salleh.
Bagaimanapun dua sahabatnya iaitu tertuduh pertama, Mohd. Zoriff Mat Zain, 26, dan tertuduh ketiga, Wan Mohd. Shahriel Wan Mohd. Noor, 25, bernasib baik apabila dibebaskan selepas pihak pendakwa menarik balik pertuduhan itu.
Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Sahidan didakwa memiliki 6.52 gram heroin pada pukul 5.15 petang, 28 Disember tahun lalu di Kampung Terusan Limbat, di sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama.
Sahidan dipenjarakan tujuh tahun dan sebatan 10 kali untuk kesalahan itu.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga pula, tertuduh didapati memiliki 0.38 gram heroin dan 0.10 gram methamphetamine pada hari, masa dan tempat yang sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta sama bagi kedua-dua pertuduhan itu.
Setiap pertuduhan tersebut, dia dihukum penjara setahun yang berjalan secara serentak.
Sahidan yang diwakili peguam Latifah Ariffin merayu hukuman ringan kerana telah insaf selain ia kesalahan pertamanya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin.
Zainal dalam penghakimannya bagaimanapun menegaskan, kesalahan yang dilakukan tertuduh amat serius kerana membabitkan penyalahgunaan dadah.
''Walaupun mahkamah mempertimbangkan hujah peguam, namun kes dadah adalah serius,'' katanya.Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Pusat judi warga asing diserbu



PULAU PINANG 1 Mac - 'Rahsia' tiga buah premis di Lebuh Chulia di sini yang sering dikunjungi warga asing pada setiap malam terbongkar apabila serbuan polis kelmarin mendapati ia menjalankan kegiatan perjudian haram.
Permainan judi komputer itu mengenakan bayaran antara RM2 hingga RM5 setiap kali kaki judi bermain.
Serbuan tersebut dilakukan kira-kira pukul 9 malam oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut diketuai Asisten Supritendan Mohd. Sauti Harun.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun yang merupakan penjaga premis itu ditahan.
Menurutnya, turut ditahan, empat warga asing yang bekerja di premis itu iaitu seorang lelaki dan wanita warga Indonesia serta dua lelaki Vietnam, kesemuanya berusia lingkungan 20-an.
"Polis turut menahan dua lelaki tempatan dan seorang wanita Vietnam berusia antara lingkungan 20-an hingga 30-an yang sedang leka berjudi.
"Sebanyak 53 buah komputer termasuk unit pemprosesan komputer (CPU), papan kekunci dan wang tunai RM1,801 dipercayai wang perjudian juga dirampas," katanya di sini hari ini.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4b(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(2) kerana menganjurkan mesin perjudian tanpa lesen hiburan yang sah.
Kesemua warga asing yang ditahan kini disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah.Utusan Malaysia Online - Jenayah

Warga emas maut selepas sertai Perkasa

Utusan Malaysia Online - Jenayah: "

IPOH 1 Mac - Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas menghadiri perhimpunan anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) pada Sabtu lalu, ditemui mati akibat kemalangan.

Said Tiran, 66, meninggal dunia selepas motosikal yang dinaikinya terbabas di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Felcra Changkat Lada, Teluk Intan, dekat sini.

Mangsa dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah setelah menghadiri perhimpunan Perkasa di Litar Datuk Sagor, Kampung Gajah yang turut dihadiri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supritendan Mohd. Fakri Che Sulaiman berkata, mayat Said ditemui pada pukul 10 malam Ahad lalu oleh penduduk kampung.

'Polis percaya mangsa terbabas sewaktu menunggang motosikal ketika melalui kebun tersebut.

'Kita tidak mengesyaki kaitannya dengan jenayah, memandangkan barang milik mangsa tidak diusik,' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mangsa dikatakan keluar rumah pukul 7 pagi Sabtu lepas menunggang motosikal bersendirian untuk menghadiri perhimpunan tersebut."

Bas rempuh lori sampah, pemandu selamat



KUALA LUMPUR 1 Mac - Seorang lelaki bernasib baik apabila tidak mengalami kecederaan setelah bas dipandunya merempuh belakang lori sampah di Kilometer 452.7, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh, dekat sini awal pagi ini.
Kemalangan berlaku pukul 6.45 pagi semasa pemandu bas sewa khas terbabit, Shahrul Azman Musa, 43, dalam perjalanan pulang ke Sitiawan, Perak selepas menghantar penumpang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.
Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, bas dipandu Shahrul Azman yang berada di lorong tengah tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri laluan.
Bas itu kemudian merempuh sisi kanan belakang sebuah lori sampah yang bergerak perlahan di lorong kiri.
Rempuhan kuat itu menyebabkan penutup lori tersebut rosak dan sampah bertaburan di atas lebuh raya.
Pemandu lori sampah hanya ingin dikenali sebagai Chee, 60, ketika ditemui di tempat kejadian memberitahu, dia dalam perjalanan dari pusat pelupusan sisa pepejal di Kepong menuju ke tapak pelupusan sampah di Bukit Tagar, dekat sini.
Menurutnya, dia menyedari belakang lorinya dirempuh oleh bas tersebut.
"Saya terasa ada benda berat tiba-tiba merempuh belakang lori dan terkejut apabila mendapati ia adalah sebuah bas.
"Bas dan lori saya kemudian terheret beberapa meter ke hadapan sebelum berhenti di lorong kecemasan," katanya yang bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu.
Menurut Chee, dia bersama Shahrul Azman terpaksa menunggu hampir tiga jam di tepi lebuh raya untuk melihat kerja-kerja pembersihan sampah dan menarik kenderaan selesai dijalankan.Utusan Malaysia Online - Jenayah

Bapa nyaris cedera dilibas parang guru



KUALA KRAI 1 Mac - Akibat membuat aduan kepada sekolah tentang tindakan seorang guru mendenda anak lelakinya makan dalam tong sampah, seorang bapa nyaris cedera dilibas dengan sebilah parang oleh guru berkenaan.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.15 petang kelmarin ketika lelaki terbabit, Mohamed Noor Salleh, 56, datang ke sekolah berkenaan di Rancangan Pembangunan Tanah Chuchuh Puteri di sini untuk mengadu tindakan guru itu yang didakwa mendenda anaknya selama dua hari berturut-turut.
Menurutnya, beberapa jam selepas itu, guru berkenaan tiba-tiba menyerangnya dengan parang panjang ketika dia minum di sebuah kedai makan bersama beberapa penduduk kampung.
"Saya pergi ke sekolah untuk bertanya mengenai hukuman guru berkenaan terhadap anak saya dan meminta pihak sekolah memberi penjelasan.
"Bagaimanapun, waktu petang ketika sedang minum, guru itu tiba-tiba datang menyerang saya dengan melibas sebilah parang, mujurlah tidak kena pada saya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Mohamed Noor, dia terselamat apabila sekumpulan 20 penduduk kampung datang membantu menenangkan guru terbabit yang juga warden asrama sekolah berkenaan.
Dakwanya lagi, insiden tersebut tidak terhenti setakat itu sahaja apabila guru berkenaan memarahinya ketika mereka bertemu di pagar sekolah kira-kira pukul 6.45 petang hari yang sama ketika dia dan isterinya datang menjemput anak mereka yang tinggal di asrama.
Ketika itu, dakwanya, guru lelaki berkenaan ditemani dua ahli keluarganya yang turut bertindak memarahinya.
Sehari sebelum kejadian itu, isterinya juga dimaki-hamun oleh guru berkenaan apabila datang ke sekolah bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakannya mendenda anak lelaki mereka yang belajar di tahun enam.
"Guru itu mencabar isteri saya supaya berjumpa dengan guru besar dan buat aduan, sebab itulah saya sendiri datang keesokannya untuk membuat aduan.
"Tetapi apabila saya datang ke sekolah, guru itu pula marah dengan tindakan saya dan menyerang saya dengan parang," dakwanya.
Berikutan tindakan guru terbabit, Mohamed Noor membuat satu laporan di balai polis berdekatan kerana bimbang dengan keselamatan diri dan ahli keluarganya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Rahim Ab. Ghani ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan kes itu sedang disiasat.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hussin Awang berkata, pihaknya belum dimaklumkan mengenai kejadian itu dan akan meminta laporan daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Krai terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan.Utusan Malaysia Online - Jenayah

Pemandu teksi mati dengan dua kesan tembakan



SANDAKAN 1 Mac - Seorang pemandu teksi ditemui mati dengan dua kesan tembakan di tapak pembinaan Universiti Malaysia Sabah di Kilometer 16, Jalan Sungai Batang di sini petang semalam.
Mangsa, Junaidi Saman, 53, ditemui dengan kesan tembakan di kerongkong dan bawah kanan mulutnya dipercayai ditembak menggunakan pistol jenis Caliber .45.
Mayat mangsa ditemui seorang pengawal keselamatan di tapak pembinaan itu dalam keadaan tertiarap tidak jauh dari teksinya kira-kira pukul 6.30 petang.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat pemandu itu kira-kira pukul 7 petang daripada orang awam.
"Sebaik sahaja dimaklumkan, polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui mayat seorang lelaki dengan kesan tembakan di bahagian kerongkong dan bawah mulut sebelah kanan.
"Polis turut menemui dua kelongsong peluru berhampiran mayat tersebut dan kita percaya mangsa telah diarah keluar dari teksinya sebelum ditembak," katanya.
Rowell berkata, sebaik sahaja polis sampai di tempat kejadian, enjin teksi jenis Proton Wira yang dipandu mangsa masih hidup dan tiga pintu kenderaan itu dalam keadaan terbuka.
Katanya, berdasarkan maklumat pengawal keselamatan yang menemui mayat mangsa, dia mendakwa ternampak sebuah teksi melalui jalan di tepi tapak pembinaan berkenaan kira-kira pukul 6 petang.
"Bagaimanapun, pengawal keselamatan yang bertugas itu tidak mendengar sebarang bunyi tembakan kerana ketika itu hujan turun dengan lebat," katanya.
Rowell memberitahu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess Of Kent untuk bedah siasat.
Beliau tidak menolak kemungkinan kes itu bermotifkan rompakan atau dendam berdasarkan kesan tembakan yang ditemui.
"Pihak polis akan menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut berhubung motif pembunuhan itu. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya sambil mengesahkan belum ada tangkapan dilakukan setakat ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Balai Polis Sandakan di talian 089-212222 bagi membantu siasatan.

Junaidah tunggu anaknya pulang





JUNAIDAH Mahmod menunjukkan gambar anak sulungnya, Nur Aqilah Mohamad ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Seberang Takir, Kuala Terengganu, semalam. - UTUSAN/SHAIFUDIN MOHD. NOR


KUALA TERENGGANU 1 Mac - Rutin harian seorang ibu tunggal, Junaidah Mahmod, 38, adalah menghantar dan menjemput anak sulungnya, Nor Aqilah Mohamad, 16, dari, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim Fikri, dekat sini.
Namun Ahad lalu, kelibat anaknya tidak kelihatan ketika dia ke sekolah itu di Seberang Takir untuk menjemputnya pulang ke rumah seperti biasa.
"Itulah (27 Februari lalu) kali terakhir saya hantarnya ke sekolah dan ketika menunggu untuk menjemputnya pulang kira-kira pukul 1.30 petang, dia tak muncul-muncul sehinggalah sekarang.
"Hari itu, saya tunggu hingga pukul 3 petang tapi kelibatnya tetap tidak kelihatan.
"Telefon bimbitnya juga gagal dihubungi dan pada malam hari dia hilang, saya telah buat laporan di Balai Polis Gong Badak," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Seberang Takir, di sini hari ini.
Justeru, ibu kepada lima anak itu yang cemas dan gelisah merayu supaya Nor Aqilah pulang segera ke pangkuan keluarga kerana mereka sangat bimbangkan keselamatannya.
Menurut Junaidah, keesokannya dia menemui guru kelas Nor Aqilah dan beberapa rakannya sebelum diberitahu bahawa anaknya itu tidak hadir ke sekolah Ahad lalu.
"Ketika saya hantarnya ke sekolah pada Ahad lalu, saya nampak Nor Aqilah berdiri dekat pintu pagar utama sekolahnya dan pada hari itu, ada acara sukan di sekolahnya.
"Dia anak yang baik dan tak pernah timbulkan masalah kepada keluarga, dia juga banyak uruskan adik-adiknya memandangkan dia anak sulung," katanya.
Jelas Junaidah lagi, pelbagai usaha dilakukan oleh keluarganya termasuk meminta pertolongan orang kampung untuk mencari anaknya itu.
"Saya bimbangkan keselamatannya kerana dia masih muda dan tak pernah berpisah dengan keluarga. Saya hanya mampu berdoa agar dia dapat pulang dengan segera," katanya.
Junaidah meminta sesiapa yang mempunyai maklumat atau terjumpa Nor Aqilah supaya segera menghubunginya di talian 014-5367221.

Menteri letak jawatan kerana dituduh plagiat tesis





2011/03/02

Guttenberg
Guttenberg
BERLIN: Menteri Pertahanan Jerman yang juga ahli politik yang popular di kalangan parti pemerintah, Karl-Theodor zu Guttenberg meletakkan jawatan semalam selepas didakwa terbabit dalam aktiviti memplagiat tesis kedoktoran.

Ahli politik yang paling menyinar dalam pemerintahan Canselor Angela Merkel memberitahu ia adalah keputusan yang terlalu menyedihkan dalam hidupnya. Guttenberg berkata beliau tidak mampu menjalankan tugasnya sebagai menteri di tengah-tengah skandal itu.
Bulan lalu, Guttenberg melakukan kesilapan besar dalam tesis pada 2007 dan menggugurkan gelaran akademik Doktor tetapi masih menegaskan beliau tidak sengaja meniru bagi menyiapkan tesisnya.
Berikutan itu, Universiti Bayreuth menggugurkan gelaran akademiknya bagi menjaga standard institusi itu yang turut menekankan Guttenberg melanggar peraturan kerana kegagalan untuk memberi pengiktirafan sumber yang dipetik.

Tekanan terus bertambah dengan skandal itu memenuhi liputan berita walaupun undian menunjukkan majoriti rakyat Jerman menyokongnya.

Kelmarin, kira-kira 23,000 ahli akademik Jerman menyertai kebangkitan rakyat mendesak beliau supaya meletakkan jawatan dengan menghantar surat kepada Merkel membantah keputusannya mengekalkan Guttenberg.

“Saya sentiasa sedia untuk berjuang, tetapi saya akui sudah mencapai had,” kata Guttenberg. – AP
Berita Harian Online