Search This Blog

Sunday, February 27, 2011

Polis Kelantan tahan 3 suspek kes bunuh



27/02/2011 2:08pm

KOTA BAHARU - Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terbabit dalam kes bunuh dan samun, serta merampas sepucuk pistol berserta peluru daripada mereka.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, Polis Cawangan Jenayah Berat menahan ketiga-tiga suspek berumur antara 23 hingga 30 tahun itu Jumaat lepas dalam satu serbuan di sebuah chalet di Perdana Resort, dekat Pantai Cahaya Bulan pada pukul 4.25 pagi.
Hasil pemeriksaan di chalet itu, polis menemui sepucuk pistol jenis .357 Magnum bersama enam butir peluru, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata, salah seorang daripada suspek itu merupakan orang yang sangat dikehendaki polis kerana banyak terbabit dalam kes jenayah berat di negeri ini sejak tiga tahun lepas. - Bernama
Kosmo! Online - Terkini

Dua sepupu maut kereta dirempuh lori


27/02/2011 8:01pm


MARANG - Dua sepupu maut apabila kenderaan yang mereka naiki terbabas dan melanggar sebuah lori yang diletakkan di tepi jalan di kilometer 13.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Rusila, di sini hari ini.
Muhammad Shukri Awang, 41, dan sepupunya Ismail Ibrahim, 38, dari Chendering, Kuala Terengganu, cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mazlan Yahya berkata, dalam kejadian pada pukul 5 pagi itu, kereta yang dipandu Muhammad Shukri dipercayai terbabas dan masuk ke laluan bersebelahan lalu merempuh sebuah lori 16 tan yang diletakkan di tepi jalan.
"Berdasarkan maklumat yang diterima, kedua-duanya dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu dari Kuantan, Pahang kerana Muhammad Shukri menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan.
"Sepupunya itu menemani Muhammad Shukri ke sana,” katanya kepada pemberita, di sini.
Beliau berkata, kedua-dua lelaki itu bekerja sebagai jurukimpal. Mayat mereka dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk bedah siasat. - Bernama
Kosmo! Online - Terkini

Rumah ibu tunggal hangus terbakar

Kosmo! Online - Terkini: "
27/02/2011 8:12pm

KUALA TERENGGANU - Rumah milik seorang ibu tunggal, di sini, hangus dijilat api dalam kebakaran yang dipercayai berpunca daripada lilin yang digunakan ketika bekalan eletrik terputus.

Kebakaran menyebabkan Nah Ngah, 59, yang tinggal bersama seorang anak perempuan yang juga ibu tunggal berusia 30-an serta tiga cucu berusia antara tujuh dan 15 tahun tinggal sehelai sepinggang.

Nah yang bekerja sebagai pembantu kantin di Sekolah Kebangsaan Kuala Berang ketika ditemui pemberita, berkata beliau menyalakan lilin bagi memudahkan cucu-cucunya bersiap ke sekolah setelah bekalan eletrik di rumahnya di Kampung Titian Hangus, Bukit Besar, di sini terputus kira-kira pukul 7 pagi ini. - Bernama"

Hindraf cari publisiti burukkan Malaysia: Najib

TEMERLOH - Tindakan kumpulan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) dengan mengadakan demonstrasi di ibu kota adalah bertujuan untuk memburukkan Malaysia melalui media antarabangsa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mereka berharap agar polis menggunakan kekerasan supaya Kerajaan Malaysia dilihat sebagai kerajaan zalim.
Menurutnya, kerajaan tidak akan menggunakan kekerasan dalam isu berkenaan kerana itu menjadi harapan kepada mereka bagi menuduh kerajaan.
"Jika kita guna kekerasan mereka harap ia diterokai melalui televisyen antarabangsa yang menunjukkan kononnya kita sebuah rejim autokratif dan sebagainya, itulah niatnya yang sebenar," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika mengulas mengenai lebih 15 orang individu dipercayai anggota Hindraf yang ditahan polis, semasa cuba melakukan demonstrasi bagi membantah novel Interlok di sekitar perkarangan KLCC pagi ini.
Najib berkata, sekiranya masalah kaum India diperkatakan, kita ambil tindakan dan kini banyak masalah kaum India telah diatasi.
Beliau berkata, pihak berkenaan (Hindraf) sekiranya mempunyai sebarang masalah mereka boleh menyuarakan secara baik dengan menyerahkan memorandum kepadanya atau mana-mana pemimpin di Putrajaya.
SH

Dua sepupu maut kereta terbabas rempuh lori



MARANG - Dua sepupu maut apabila kenderaan yang mereka naiki terbabas dan melanggar sebuah lori yang diletakkan di tepi jalan di kilometer 13.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Rusila, di sini hari ini.

Muhammad Shukri Awang, 41, dan sepupunya Ismail Ibrahim, 38, dari Chendering, Kuala Terengganu, cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mazlan Yahya berkata, dalam kejadian pada jam 5 pagi itu, kereta yang dipandu Muhammad Shukri dipercayai terbabas dan masuk ke laluan bersebelahan lalu merempuh sebuah lori 16 tan yang diletakkan di tepi jalan.

"Berdasarkan maklumat yang diterima, kedua-duanya dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu dari Kuantan, Pahang kerana Muhammad Shukri menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan.

"Sepupunya itu menemani Muhammad Shukri ke sana," katanya kepada pemberita, di sini.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki itu bekerja sebagai jurukimpal. Mayat mereka dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk bedah siasat.- Bernama
SH

Guru didakwa cuba adakan hubungan seks dengan anjing

Cyberita Online Luar Negara: "

PHOENIX (Arizona): Pihak berkuasa berkata seorang guru sekolah menengah adalah antara dua lelaki yang didakwa cuba mengadakan hubungan seks dengan beberapa ekor anjing.

Seorang pegawai di pejabat Sherif Wilayah Maricopa berkata Keith D Kiefer, 47 tahun, dan Patrick Stephen Trejo, 25 tahun, masing-masing didakwa bersubahat dalam mengadakan hubungan seks dengan haiwan.

Mereka berkata kededua lelaki itu menggunakan Internet untuk menghubungi para pemilik anjing berkenaan, yang menawarkan haiwan mereka untuk tujuan seks.

Dua lelaki itu ditangkap selepas mereka didakwa bersetuju untuk bertemu dengan seorang jurulatih anjing di sebuah hotel Khamis lalu.

Kini, kededuanya harus memakai alat pemantau elektronik dan tidak boleh menyentuh haiwan.

Trejo sedang menjalani cuti dari tugas di sebuah sekolah di barat Phoenix.

Kiefer pula adalah seorang pekerja rencam yang ketika ini sedang menganggur. -- AP."

Lori masuk longkang, kereta sondol pokok


ALOR SETAR: “Saya terkejut mendengar satu dentuman kuat hingga terjaga daripada tidur. Sejurus bergegas keluar dari rumah, saya terkejut melihat h lori simen terhumban ke dalam longkang, manakala kereta Kancil terbabas akibat pelanggaran itu,” kata Mohd Shahnizan Mustapa, 21, saksi kejadian kemalangan di Kilometer 5, Jalan Putra, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, pemandu kereta itu, Syamzuri Salim, 32, mati di tempat kejadian selepas kereta dipandunya dirempuh lori berkenaan sebelum kereta itu terbabas dan melanggar pokok.

Berikutan itu, lebih 500 penduduk Taman Zapin terputus bekalan elektrik lebih 10 jam apabila dua tiang elektrik di taman berkenaan turut dirempuh lori simen terbabit.

Bagaimanapun, pemandu lori terbabit, Abdul Basir Abdul Malek, 42, bersama isteri dan seorang anak lelakinya bernasib baik kerana tidak cedera walaupun lori dipandunya tercampak ke dalam longkang dan mengalami kerosakan teruk.

Mohd Shahnizan berkata, akibat pelanggaran itu pemandu lori terbabit naik berang lalu keluar dari lori untuk memarahi pemandu kereta berkenaan kerana dikatakan menjadi punca kemalangan dengan memasuki lorong arah bertentangan.

“Namun, apabila teguran pemandu lori itu tidak dijawab, dia mengesyaki sesuatu terjadi kepada mangsa lalu membuka pintu kereta terbabit dan terkejut melihat mangsa sudah meninggal dunia dengan mengalami pendarahan yang banyak, selain perut dan pahanya terburai.

“Sewaktu mengeluarkan anak dan isteri mangsa, kami mendapati kedua-dua mereka dalam keadaan lemah dan terkapai-kapai untuk keluar daripada lori,” katanya.

Beliau berkata, dia bersama tiga lagi rakannya yang menginap di sebuah rumah di bengkel paip tempat kerjanya turut menyelamatkan anak dan isteri pemandu lori yang tersepit dalam lori terbabit.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kira-kira jam 5.30 pagi oleh anggota bomba daripada Balai Alor Setar untuk bedah siasat.

Dalam kejadian itu, pemandu lori terbabit dikatakan dalam perjalanan dari Chuping, Perlis ke Alor Setar manakala pemandu kereta difahamkan daripada Taman Desa Anggerik, Jalan Perak untuk ke rumah neneknya di Kubang Rotan.

Sementara itu, pemandu lori bersama anak dan isterinya dibawa ke Balai Trafik Alor Setar untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan dan pihaknya masih menyiasat punca kemalangan.

Jual dadah di sebalik DVD

RAMPAS...Amiruddin menunjukkan dadah yang dirampas.
RAMPAS...Amiruddin menunjukkan dadah yang dirampas
AMPANG: Satu sindiket pengedaran dadah di daerah ini dikesan berselindung di sebalik penjualan cakera padat digital (DVD) dan video cakera padat (VCD) untuk mengedar dadah kepada penagih, sejak tiga bulan lalu.
Bagaimanapun, hasil maklumat orang awam, tujuh lelaki dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah berkenaan ditahan dalam tiga siri tangkapan berasingan di sebuah pangsapuri di Pandan Jaya, Rabu lalu.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, sindiket itu dipercayai aktif menjalankan kegiatan mereka sejak tiga bulan lalu menggunakan taktik menjual DVD dan VCD bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Difahamkan, nilai rampasan dadah dan barangan berkaitan mencecah lebih RM258,000 termasuk dua kereta.

“Dalam operasi pertama kira-kira jam 2.30 petang, empat lelaki berusia antara 21 hingga 27 tahun diberkas di rumah sewa mereka di Pandan Jaya, di sini.
.


“Hasil tangkapan itu, polis menemui ketamin seberat 311 gram, 90 pil Ecstacy, 130 pil eramin 5. Turut dirampas sebuah kereta Toyota Caldina,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini semalam.

Beliau berkata, empat suspek itu bekerja sebagai buruh dan penjual cakera padat (CD) dan polis tidak menolak kemungkinan menjadikan pekerjaan menjual DVD dan VCD untuk menjalankan urusan pengedaran dadah.

Menurutnya, hasil soal siasat ke atas keempat-empat suspek terbabit, polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Ampang Jaya menahan seorang lagi suspek berusia 33 tahun ketika dia mahu menaiki lif menuju ke rumah sewa semua suspek.
“Ketika penahanan suspek yang bekerja sebagai buruh kira-kira jam 4.30 petang itu, polis merampas ketamin seberat 512 gram bernilai RM25,600 yang disorok dalam bekas makanan dan minuman,” katanya.

Amiruddin berkata, sejurus tangkapan itu, polis memberkas dua lagi suspek berusia 39 dan 24 tahun di kawasan parkir kereta pangsapuri berkenaan dan merampas ketamin seberat 1,003 gram bernilai RM50,150 bersama sebuah Proton Waja.

“Suspek yang berusia 39 tahun bekerja sebagai pemandu teksi dan seorang lagi penarik kereta. Hasil ujian saringan air kencing, enam suspek positif ketamin dan seorang mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah. “Semua suspek direman sehingga 3 Februari ini bagi membantu siasatan,” katanya.

3 jari hancur terkena mesin





3 jari hancur terkena mesin

Mangsa tergelincir semasa bekerja

:KEDAI DUA –: Seorang pemuda di sini, hampir kehilangan tiga jari kanannya akibat terkena mesin sewaktu bekerja di sebuah kilang kertas yang terletak di Nibong Tebal.

:Pemuda,Zulkifli Saad, 27, berkata, kejadian itu berlaku apabila dia tergelincir sewaktu melakukan kerja dan berpaut pada gerigi mesin yang sedang berfungsi.

:Menurutnya, ketika berpaut jarinya termasuk ke dalam ruang gerigi mesin dan dikisar dengan pantas sehingga menghancurkan daging tiga jari kanannya.

:“Mujurlah saya sempat tarik jari dari terus dihancurkan oleh mesin itu,” katanya ketika dikunjungi Pemuda UMNO Prihatin ke rumahnya.

:Hadir sama, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bagan Serai, Sharudin Ahmad.

:Zulkifli berkata, sia berterima kasih kepada Pemuda UMNO Prihatin yang sudi mengunjunginya sekali gus mengembalikan semula semangatnya untuk segera pulih dan meneruskan kerja seperti biasa.

:Sementara itu, Sharudin berkata, dia amat simpati dengan kejadian yang menimpa pemuda itu.

:Katanya, dia diharap Zulkifli akan bekerja de�ngan lebih berhati-hati dan sentiasa mementingkan keselamatan semasa menjalankan tugas.

:“Majikan juga perlu memandang serius terhadap setiap kejadian yang menimpa pekerja mereka dan mencari jalan penyelesaian bagi mengelakkan perkara yang sama berulang kembali,” katanya.
SH

Rebah di tepi jalan




ALOR SETAR - Seorang lelaki rebah di tepi jalan dipercayai akibat serangan jantung selepas berjalan kira-kira 20 meter dari kenderaannya di Jalan Seberang Putra, Mergong pagi semalam.

Mangsa, Tan Siou Hong, 50, dikatakan berjalan ke arah sebuah kedai selepas meletakkan lori di bahu jalan, sebelum tiba-tiba pengsan di tepi jalan.

Saksi, Ang Kwong Loon, 28, berkata, mangsa yang keluar daripada lori dan berjalan sejauh 20 meter itu tiba-tiba rebah, menyebabkan orang ramai membantu membawanya berteduh di bawah pokok, sebelum menghubungi ambulans.

“Ketika di bawah pokok, mangsa masih sedarkan diri dan apabila melihat mangsa pengsan, saya dan rakan termasuk anggota Jabatan Pertahanan Awam cuba membantu tetapi gagal. Sejurus ambulans tiba, dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Isteri mangsa, Lim Guek Yan, 44, yang masih terkejut dengan kejadian itu berkata, dia menerima panggilan telefon mengatakan suaminya pengsan di tepi jalan dan bergegas ke tempat kejadian.
SH

Tauke DVD cetak rompak tidak serik diserbu




GEORGETOWN – Degil. Itulah yang boleh dilabelkan kepada pemilik premis menjual cakera padat video digital (DVD) cetak rompak yang baru diserbu Khamis lalu yang mana dia masih meneruskan operasinya semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, dalam operasi ke atas premis yang sama di Kompleks Prangin Mall itu dilakukan oleh sepasukan anggota dari Unit Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut.

“Dalam serbuan itu, kita berjaya merampas 3,003 DVD cetak rompak dengan anggaran nilai RM15,000 yang mana premis sama telah kita serbu Khamis lalu dengan merampas 1,270 DVD. Hasil pemeriksaan dalam premis itu mendapati 660 DVD pelbagai tajuk filem dipamerkan di ruang pameran manakala sebanyak 2,543 DVD dijumpai disimpan di bahagian setor premis itu.

“Selain DVD, kita juga menahan dua wanita yang mana seorang daripadanya warga China yang bertindak melarikan diri menggunakan pintu masuk hadapan ketika serbuan dibuat ke atas premis yang terletak di tingkat empat di pusat membeli belah itu,” katanya kepada media semalam.

Menurutnya, dalam operasi yang dilakukan kira-kira jam 5.45 petang itu, berjaya menahan kedua-dua wanita itu yang berusia 20-an yang mana ketika ditahan, kedua-duanya enggan memberi kerjasama kepada arahan anggota polis.

“Hasil siasatan, seorang wanita itu adalah orang tempatan berasal dari Balik Pulau dan seorang lagi warga China yang menggunakan pas lawatan sosial untuk bekerja secara haram di negara ini,” katanya.
SH

Kereta rempuh dua motosikal




SUNGAI LIMAU DALAM - Sebuah kereta yang dipercayai hilang kawalan merempuh dua motosikal sehingga menyebabkan penunggang motosikal terbabit cedera ringan di pekan Sungai Limau Dalam, petang kelmarin.

Kejadian yang berlaku kira-kira 1.30 petang itu berpunca daripada satu tayar kereta berkenaan yang dikatakan meletup secara tiba-tiba sehingga membuatkan pemandu gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh dua motosikal.

Berikutan itu, sebuah lagi motosikal yang berada di belakang dikatakan gagal mengelak kemalangan tersebut lalu merempuh sebuah motosikal terbabit.

Pemandu kereta, Ng Ain Choi, 42, berkata, ketika itu dia dalam perjalanan balik dari pekan Guar Chempedak ke Kampung Kabu 10.

“Saya pergi pekan Guar Chempedak untuk beli barang dapur, kemudian, saya pulang macam biasa. Saya tidak rasa perubahan pada kereta saya. Lagipun, saya selalu periksa kenderaan saya sebelum pergi ke mana-mana.

“Masa saya pandu, tayar kereta saya masih elok. Lagipun, baru dua hari lalu saya pam tayar kereta saya. Namun begitu, masa saya saya pulang dari pekan Guar Chempedak, tiba-tiba tayar kereta saya meletup,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, akibat letupan itu, dia gagal mengawal kenderaannya.

“Selepas tayar saya meletup, saya memang tidak dapat kawal kereta saya. Stereng kereta saya seperti berpusing sendiri. Saya memang tidak boleh buat apa ketika itu. Saya sedar, ada beberapa motosikal berada di sebelah saya, saya cuba mengelak tapi tidak boleh.

“Kereta saya asyik berpusing ke kiri dan ke kanan. Selepas, datang lagi sebuah motosikal dari arah belakang lalu merempuh sebuah motosikal terbabit,” katanya.

Penunggang motosikal, Mohd Redzuan Rosli, 17, berkata, ketika itu dia sedang dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Lepas tayar kereta tersebut meletup, pemandunya hilang kawalan dan masuk ke bahagian jalan saya. Sebelah saya pun ada sebuah motosikal, lepas itu, saya nampak kereta itu ke kiri dan ke kanan lalu merempuh motosikal saya dan sebuah lagi motosikal.

“Ketika itu saya berada dalam keadaan terkejut dan tidak tahu nak buat apa. Nasib baik orang ramai ada, mereka bantu saya,” katanya yang hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki.

Kemalangan itu dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan dan siasatan sedang dilakukan.
SH

Rumah didiami 10 tahun musnah




PEKAN BATU LIMA - Sebuah keluarga di Taman Sepakat berputih mata apabila rumah mereka hangus dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 2.15 awal pagi, semalam.

Pemiliknya, Mohd Sobri Othman, 54, yang bertugas sebagai Juruteknologi Makmal Hospital Kota Bharu berkata, ketika itu dia bersama empat lagi anaknya sedang tidur sementara isteri serta anak bongsu berada di Hospital Sik.

Katanya, dia kemudiannya terjaga apabila terhidu bau asap kemudian bergegas ke ruang tamu untuk memeriksa suis kipas kerana menyangka suis itu bermasalah, namun tidak ada sebarang kesan kerosakan yang berlaku.

“Dalam keadaan kelam-kabut, saya terus bergegas ke bahagian ruang dapur rumah dan terlihat kepulan asap tebal mula keluar melalui bilik kecil yang menempatkan pakaian kami sekeluarga.

“Justeru tanpa membuang masa, saya segera mengarahkan anak saya supaya berlari keluar dan ketika pintu hadapan dibuka secara tiba-tiba api semakin marak hingga merebak ke hampir semua sudut rumah,” katanya.

Mohd Sobri berkata, walaupun panik dengan kejadian itu, dia sempat menghubungi bomba untuk membantu memadam kebakaran kerana ramai jiran yang tidak menyedari kejadian berkenaan.

“Jika diikutkan, nilai kerugian yang terpaksa ditanggung dianggarkan berjumlah RM300,000 termasuk peralatan barangan rumah, namun saya tetap bersyukur kerana tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

“Buat sementara waktu, kami sekeluarga menumpang di rumah jiran manakala isteri masih di hospital menemani anak bongsu yang ditahan dalam wad berikutan masalah cirit-birit,” katanya.

Menurutnya, mereka sekeluarga mula mendiami rumah itu semenjak 10 tahun lalu dan turut melakukan sedikit pengubahsuaian rumah beberapa tahun lepas tetapi tidak menghadapi sebarang masalah.

“Pada malam kejadian juga, lampu dalam bilik tengah turut dipasang tetapi kebakaran berpunca dari bahagian dapur dan sehingga kini punca kejadian masih belum dapat dipastikan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Batu Lima, Mohamad Nor Yahaya dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Sik, Bakri Hassan, turut hadir menyampaikan bantuan segera kepada mangsa terlibat.
SH

Tragedi iringi lori mayat




PAYA RUMPUT - Tugasnya mahu mengiring sebuah kenderaan mayat untuk ke tanah perkuburan, bagaimanapun ia bertukar menjadi pengalaman ngeri.

Itu yang berlaku kepada seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) di sini apabila dia nyaris maut selepas motosikal bergesel dengan sebuah lori semasa mengiringi kenderaan mayat terbabit dari arah bandaraya Melaka ke Simpang Ampat.

Kejadian berlaku kira-kira 12 tengahari di lampu isyarat Paya Rumput Indah, dekat sini.

Akibat kejadian itu, mangsa, Tan Choo Cheong, 31, cedera di bahagian kaki, tangan dan beberapa anggota dalaman turut pengsan selepas jatuh daripada motosikal ditungganginya.

Dia yang menunggang di sebelah kiri kenderaan mayat diiringinya dikatakan terkejut mendengar bunyi hon sebuah lori di belakangnya sebelum bertindak memperlahankan motosikalnya.

Bagaimanapun, malang bagi mangsa apabila motosikalnya digesel lalu mangsa terjatuh ke sebelah kiri jalan.

Dia bagaimanapun diselamatkan orang ramai dan beberapa anggota keselamatan sebelum anggota perubatan dari Hospital Alor Gajah dan Hospital Melaka (HM) tiba di tempat kejadian untuk membantu.

Choo Cheong dibawa ke HM untuk rawatah lanjut, manakala pemandu lori terbabit sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Trafik Melaka Tengah, petang semalam.
SH

Tragedi Motosikal




Empat kemalangan membabitkan penunggang motosikal berlaku di dua negeri ini, malam kelmarin dan pagi semalam.

Kemalangan pertama berlaku membabitkan dua motosikal berlanggar sesama sendiri di Kilometer 12, Kampung Pernu, dekat sini kira-kira 12 tengah malam kelmarin. Kedua-dua mangsa bagaimanapun cedera.

Pada 9.30 pagi semalam, seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh belakang treler sedang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 233.9 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Rembau.


Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang bagi menghadiri majlis perkahwinan saudara isterinya di Jemantah, Johor.

Kira-kira sejam selepas itu, di Rembau juga, seorang lagi penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Kilometer 2 Jalan Kundur - Pilin, Rembai.

Motosikal ditunggangi mangsa terbabas, lalu merempuh sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

Tidak berakhir di situ, sekali lagi pada 12 tengahari semalam, seorang anggota Rela cedera apabila terjatuh daripada motosikal ditungganginya selepas bergesel dengan sebuah lori di Paya Rumput, Melaka semasa mengiringi kenderaan mayat ke tanah perkuburan.

Bapa mangsa, Abdul Ghani Abdul Samad, 60, berkata, dia sudah beberapa menasihatkan anaknya itu supaya menaiki kereta sekiranya ingin ke mana-mana kerana bimbang dengan risiko menunggang motosikal.

“Bagaimanapun, dia enggan dan tetap menggunakan motorsikal untuk pulang ke rumah isterinya di Jementah setiap kali cut,” katanya ketik ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Tampin, di sini semalam.

Sementara itu, isteri mangsa, Misnah Mohd Lani, 30, berkata, dia redha dengan ketentuan untuk meneruskan hidup bersama tiga anaknya berusia lapan hingga 12 tahun.

Menurutnya, kali terakhir dia berhubung dengan suaminya adalah pada malam kejadian menerusi sistem pesanan ringkas (SMS).
Katanya, dalam SMS itu, suaminya meluahkan rasa rindu teramat sangat terhadapnya.

“Entah mengapa suami saya menyatakan dia terlalu rindu dengan saya dan tidak sabar untuk bertemu hari ini (semalam). Namun, semuanya tidak kesampaian,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, jurucakap polis berkata, motosikal jenis Honda EX-5 yang ditungangginya mangsa merempuh bahagian belakang lori treler yang sedang berhenti di lorong kecemasan di lebuh raya itu.

Katanya, mangsa yang beralamat di Felcra Bukit Kepong, Muar, Johor mengalami kecederaan parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa dari arah Seremban merempuh treler yang sedang mengalami kerosakan,” katanya.
Beliau berkata, pemandu treler berkenaan sudah membuat laporan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau sejurus selepas kejadian.
SH

Tiga pekerja nyaris terbakar




KLANG – Hostel yang menjadi tempat tinggal lebih 400 pekerja warga asing kilang sarung tangan di Jalan Istimewa, Batu Belah hangus terbakar pagi semalam menyebabkan mereka kehilangan tempat tinggal tinggal sehelai pinggang.

Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 9.30 pagi itu juga menyebabkan stor kilang yang terletak bersebelahannya hangus bagaimanapun ketangkasan bomba mengawal api daripada merebak menyelamatkan kilang terbabit daripada terbakar keseluruhannya.

Dalam keadaan kelam-kabut dan masing-masing menyelamatkan diri, tiga pekerja mengalami kecederaan di badan.

Ketiga-tiga mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Ishak Bakar berkata, salah seorang mangsa mengalami kecederaan serius selepas terkena api kira-kira 40 peratus manakala dua lagi kira-kira 20 peratus.

“Kesemua mangsa ini dipercayai sedang tidur dan cuba menyelamatkan diri sebaik mendengar jeritan dan bunyi bising” katanya.

Menurutnya, pihaknya menerima maklumat kira-kira jam 9.47 pagi dan seramai 28 anggota bomba dari Balai Sungai Pinang, Pelabuhan Klang, Kota Raja dan Shah Alam dikejarkan ke tempat kejadian bersama lima jentera.

“Kita mengambil masa kira-kira sejam mengawal api daripada merebak namun kita mengalami sedikit kesukaran kerana tekanan air rendah,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata, bahan yang tersimpan dalam hostel dan stor terbabit juga adalah bahan yang mudah terbakar berupa getah dan plastik.

“Kebakaran kuat itu juga menyebabkan asap tebal memenuhi kawasan sekitar hingga dapat dilihat dari jarak lima kilometer.

“Sehingga jam 2 petang, anggota kita masih memantau kawasan bagi mengelak api merebak ke kawasan lain,” katanya.

Dalam pada itu Ishak berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kebakaran berpunca dari kantin yang terdapat berdekatan hostel pekerja.

“Anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
SH

Ibu lalok gabra



SUBANG JAYA – Gara-gara terlalu cuak apabila premis hiburan yang dikunjungi diserbu pihak berkuasa, seorang pengunjung wanita gagal memberikan sampel air kencing bagi ujian saringan awal dadah yang dilaksanakan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor awal pagi, semalam.

Hanya selepas lima jam menunggu, sampel terbabit akhirnya diperoleh selepas dan ujian mendapati wanita berusia 28 tahun terbabit positif dadah jenis ekstasi.

Difahamkan, wanita yang juga ibu kepada empat anak itu berkunjung ke premis hiburan terbabit bersama suami dan seorang rakannya dari Tampin, Negeri Sembilan untuk berhibur sempena cuti hujung minggu.

Wanita terbabit adalah antara 11 yang ditahan dalam serbuan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) diketuai Penolong Pegawai Penguat kuasa (Kanan), Mazrul Zahar Mohd dengan kerjasama AADK bermula jam 1 pagi semalam.

Dalam serbuan itu, 87 pengunjung rata-rata dalam lingkungan umur 20-an diperiksa 16 anggota penguat kuasa AADK yang diketuai Penolong Pegawai Antidadah Cawangan Operasi AADK Selangor, Hasmi Manawar.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, serbuan dilakukan sebagai langkah pencegahan mengelakkan penyalahgunaan dadah dalam premis hiburan.

Katanya, dengan bantuan 25 anggota penguat kuasa dan tiga pegawai penguat kuasa MPSJ, premis berkenaan dikepung dan pengunjung menjalani ujian air kencing yang dilaksanakan.

“Kesemua yang ditahan positif dadah jenis ketamin, syabu dan ganja dalam ujian saringan awal diserahkan kepada AADK untuk tindakan selanjutnya dan bakal disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah 1983 kerana disyaki mengambil dadah.

“Tindakan penguatkuasaan seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa dengan kerjasama agensi lain,” katanya.

Mati terkejut diragut





JOHOR BAHRU – Hasrat seorang wanita untuk menyelamatkan beg tangannya daripada diragut tiga lelaki warga asing berkecai apabila dia mati selepas terjatuh daripada motosikal yang ditunggang bersama seorang rakan anak lelakinya di Bandar Baru UDA di sini semalam.
Kejadian pukul 5.50 pagi itu menyebabkan seorang tukang cuci, R. Alamelu (gambar), 49, mati di lokasi kejadian.
Difahamkan, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan namun kematiannya lebih kepada rasa terkejut dengan kejadian itu.
Anak mangsa, R. Mugash, 20, berkata, rakannya, Ganesan yang menunggang motosikal itu memberitahu, ketika kejadian, mereka telah didekati oleh dua buah motosikal yang ditunggang oleh tiga lelaki warga asing lalu cuba meragut beg tangan ibunya.
Bagaimanapun katanya, ibunya enggan melepaskan beg tersebut sebelum berlaku adegan tarik menarik.

1,949 mangsa jenayah pemerdagangan orang diselamatkan



KANGAR 26 Feb. - Pihak berkuasa menyelamatkan 1,949 orang mangsa di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 di seluruh negara dari 28 Februari 2008 hingga Februari tahun ini.
Setiausaha Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran, Ismail Ahmad memberitahu, kesemua mangsa daripada 20 buah negara itu diselamatkan dan diberi perintah perlindungan sementara (IPO).
"Seramai 753 orang dikenal pasti sebagai mangsa sebenar dan diberikan perintah perlindungan (PO) manakala 450 orang berjaya ditangkap dalam jenayah ini dengan 342 pertuduhan telah dijalankan," katanya.
Beliau berucap pada Kempen Kesedaran dan Rolled-Out Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2001 di Sekolah Menengah Vokasional Kangar di sini hari ini.
Turut hadir Pegawai Kewangan negeri, Ramky Dai dan Pengerusi Kelab Usahawan Koridor Utara, Dr. Amar Hassan.
Menurut Ismail, jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran merupakan satu jenayah kompleks kerana melibatkan sindiket yang beroperasi secara teratur dan terancang.
"Ia melibatkan merekrut, pengangkutan, pemindahan, perlindungan, penyediaan atau penerimaan seseorang bagi maksud eksploitasi.
"Eksploitasi termasuk segala bentuk melibatkan seks, kerja atau perkhidmatan paksa, perhambaan atau menyerupainya, pengabdian, apa- apa aktiviti menyalahi undang-undang atau pemindahan organ manusia," tambah beliau.
Katanya, penyeludupan migran pula adalah membawa masuk seseorang secara haram atau tanpa dokumen ke dalam sesebuah negara secara terancang.
Beliau menjelaskan, jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran merupakan satu jenayah berat yang melibatkan nilai kemanusiaan seseorang individu.
Sehubungan itu kata beliau, kerajaan amat mengharapkan sokongan rakyat untuk membantu menangani jenayah tersebut.
Utusan Malaysia Online - Jenayah

Pemandu lori rebah, maut di tepi jalan



ALOR SETAR 26 Feb. - Jalan Perak Off Jalan Putra, di sini laluan terakhir dilalui seorang pemandu lori, Tan Seow Hong (gambar), 50, apabila meninggal dunia sebaik sahaja rebah selepas turun dari lorinya hari ini.
Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, 30-an berkata, pada mulanya dia melihat Seow Hong turun dari lori lalu berjalan kira-kira 30 meter dan berdiri di tepi jalan dalam kejadian pukul 11.20 pagi itu.
"Saya nampak dia berdiri di tepi jalan seperti hendak melintas jalan, tetapi tiba-tiba dia rebah," kata Lim ketika ditemui di sini hari ini.
Lim berkata, ketika itu dia sedang memandu di jalan itu dan ternampak mangsa berdiri di tepi jalan berhampiran sebuah pusat servis kenderaan.
"Sebaik melihat dia rebah, saya menghentikan kereta dan segera membantunya. Ketika itu dia masih sedarkan diri dan mulutnya berbuih.
"Saya kemudian meminta bantuan beberapa pekerja pusat servis kenderaan itu mengangkat mangsa ke tempat redup sebelum seorang daripada mereka menghubungi ambulans," katanya.
Menurutnya, anggota paramedik yang tiba beberapa minit kemudian cuba membantu mangsa tetapi gagal dan mangsa meninggal dunia.
Isteri mangsa, Lim Guek Yan, 44, berkata, selama ini suaminya tidak ada mengalami sebarang masalah kesihatan dan sentiasa sihat.
"Sejak beberapa hari ini dia juga nampak sihat. Saya tak nampak dan tak pernah tahu sama ada dia ada menghidap sebarang penyakit. Yang saya pasti, dia selalu nampak sihat," katanya.
Guek Yan berkata, ketika keluar dari rumah mereka di Taman Pelangi, di sini pukul 8 pagi, suaminya juga bersikap seperti biasa dan tidak menunjukkan sebarang perubahan.
Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikan kejadian sebagai kematian mengejut.
Utusan Malaysia Online - Utara

3 cedera, gudang terbakar







KLANG 26 Feb. - Tiga pekerja warga asing cedera setelah gudang dan asrama sebuah kilang sarung tangan getah musnah dalam kebakaran di Batu Belah di sini, hari ini.
Dalam kejadian pukul 9.30 pagi itu, gudang menempatkan beratus-ratus kotak sarung getah musnah sekali gus menyebabkan 300 pekerja kilang tersebut berhadapan risiko hilang pekerjaan.
Ketika kejadian, beberapa pekerja bertungkus-lumus menyelamatkan kotak berisi sarung tangan itu manakala yang lain cuba mengawal kebakaran daripada merebak.
Beberapa pekerja yang ditemui di tempat kejadian hari ini mendakwa kebakaran dipercayai berpunca dari kawasan dapur asrama pekerja sebelum api merebak ke seluruh bangunan.
Dua daripada pekerja yang cedera itu dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini untuk rawatan lanjut selepas melecur manakala seorang lagi hanya menerima rawatan pesakit luar.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Isa Bakar berkata, lima jentera iaitu dua dari Sungai Pinang manakala tiga lagi masing-masing dari Klang Selatan, Pelabuhan Klang dan Shah Alam dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.47 pagi.
"Kita berjaya mengawal kebakaran kira-kira sejam kemudian daripada merebak ke kawasan penempatan penduduk berhampiran yang terletak kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.
"Setakat ini kami masih menyiasat punca kejadian termasuk jumlah sebenar kerugian ekoran kejadian itu," katanya.
Utusan Malaysia Online - Jenayah

13 anggota PGA ditahan berjudi



KUCHING 26 Feb. - Tiga belas anggota Polis Gerakan Am (PGA) ditahan ketika berjudi di sebuah kuarters anggota di Ibu Pejabat PGA Briged Sarawak, Batu Kawa di sini, semalam.
Dalam kejadian pukul 5.15 petang itu, 13 anggota PGA pelbagai pangkat terbabit leka bermain "holo" ketika diserbu sepasukan polis dari Unit Pencegahan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak.
Difahamkan wang tunai berjumlah RM2,000 turut dirampas dalam serbuan tersebut.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mun Kock Keong ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Kesemua anggota yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis, katanya. - BERNAMA
Utusan Malaysia Online - Jenayah

Pengurus hidup mewah curi duit pelanggan RM1.5j ditahan



SUNGAI PETANI 26 Feb. - Selama ini seorang pengurus sebuah bank di sini melaram dengan gaya hidup mewah sehingga menimbulkan tanda tanya di kalangan rakan sejawatannya.
Setiap kali ditanya, pengurus muda salah sebuah bank asing di sini yang berusia 28 tahun memberi alasan bahawa dia memperoleh harta-hartanya daripada pelaburan.
Bagaimanapun, rahsia pengurus akaun dan khidmat pelanggan itu selama lebih setahun terbongkar apabila dia ditahan bagi membantu siasatan mengenai kehilangan sejumlah besar wang milik pelanggan yang dianggarkan lebih RM1.5 juta.
Lelaki itu ditahan di rumahnya sekitar bandar ini malam Rabu lalu.
Dia ditahan selepas pegawai atasan dan para pelanggan bank tersebut membuat aduan mengenai kegiatannya.
Menurut sumber, suspek terbabit dikatakan bertugas selama tiga tahun di cawangan berkenaan dan mengenali secara rapat pelanggannya.
"Rahsianya terbongkar apabila seorang pelanggan membuat aduan mengenai kehilangan sejumlah wang daripada akaun semasa dan deposit tetap miliknya," katanya.
Menurutnya, kebanyakan mereka yang menjadi mangsa sebelum itu dikatakan telah meminta bantuan suspek menguruskan pinjaman perumahan.
"Suspek kemudian meminta mangsa memindahkan wang daripada deposit tetap ke akaun simpanan dengan alasan mampu meluluskan permohonan dalam kadar segera," katanya.
Sumber itu berkata, selepas mangsa memasukkan wang ke dalam akaun simpanan, suspek akan mengambil beberapa maklumat peribadi dan mula memindahkan wang atau mengeluarkan cek atas nama individu ketiga.
"Bagi mengelakkan mangsa mengesan, suspek menukar alamat dan penyata akaun akan dihantar ke alamat rumahnya sendiri," katanya.
Namun begitu, taktik tersebut berjaya dikesan apabila beberapa pelanggan tampil membuat aduan mengenai kehilangan wang baru-baru ini.
Selepas beberapa hari, penyiasat bank tersebut dapat menjejak suspek dan memaklumkan kes itu kepada polis.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supritendan Ong Aik Chang ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
Katanya, sehingga semalam 13 laporan telah dibuat terhadap suspek.
Menurutnya, suspek kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda.
"Polis masih menyiasat jumlah kerugian dan bekerjasama dengan bank untuk menyemak kemungkinan terdapat mangsa lain terlibat," jelasnya.
Utusan Malaysia Online - Jenayah

Askar Mesir belasah penunjuk perasaan





2011/02/27

KAHERAH: Polis tentera Mesir memukul penunjuk perasaan semalam untuk menyuraikan mereka daripada berkumpul di luar pejabat Kabinet, tempat mereka cuba berkhemah untuk mendesak pembaharuan politik dan penyingkiran saki baki rejim Presiden Hosni Mubarak.

Kejadian itu menunjukkan pendirian tegas pemerintah tentera Mesir, yang mengelak insiden ganas ke atas penunjuk perasaan antikerajaan di jalanan sambil berjanji memenuhi tuntutan mereka untuk satu pembaharuan demokrasi dan mengembalikan pemerintahan awam kepada negara.
Majlis Tertinggi Angkatan Tentera yang memerintah kemudian meminta maaf dengan berkata, tindakan ke atas penunjuk perasaan itu ‘tidak disengajakan.’
Beribu-ribu berarak lagi di Dataran Tahrir di sini sepanjang hari kelmarin untuk terus memberi tekanan, terutama penyingkiran Perdana Menteri Ahmed Shafiq yang dilantik Mubarak. Kira-kira 150 penunjuk perasaan cuba bermalam di luar pejabat Kabinet berhampiran Dataran Tahrir.

Selepas tengah malam, apabila perintah darurat berkuat kuasa, polis tentera bergerak untuk menyuraikan mereka dan memukul penunjuk perasaan, sesetengah cuba mengelak, menurut Shady Ghazali, seorang aktivis belia yang mengatakan beliau menyaksikan pertembungan itu.

“Seorang lelaki ditampar dengan kuat sehingga berdarah ketika perhimpunan terbabit,” kata Ghazali.

Beliau dan sekurang-kurangnya empat yang lain ditahan dan dibawa ke lokap yang sudah menahan berpuluh penunjuk perasaan lain yang jelas ditahan sepanjang hari, katanya. Sesetengahnya cedera dan menerima layanan buruk lain, katanya.
“Polis tentera bertindak seperti pengawal keselamatan negara,” kata Ghazali merujuk kepada pasukan keselamatan dalaman dibenci yang digunakan rejim Mubarak untuk mengenakan tindakan keras ke atas pemberontak dan dituduh melakukan penderaan. – AP
Berita Harian Online | Askar Mesir belasah penunjuk perasaan

Wanita disyaki bergaduh ditemui mati





2011/02/27

POLIS mengusung mayat wanita tanpa identiti yang ditemui sebuah pangsapuri di Jelutong, kelmarin.
POLIS mengusung mayat wanita tanpa identiti yang ditemui sebuah pangsapuri di Jelutong, kelmarin.
GEORGETOWN: Mayat seorang wanita berlumuran darah ditemui di tingkat dua kawasan letak kereta sebuah pangsapuri di Lorong Madrasah, Jelutong di sini, malam kelmarin selepas dipercayai bergaduh dengan seorang lelaki.

Mayat wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu mengalami cedera teruk di bahagian kepala dan ditemui lengkap berpakaian oleh orang ramai, kira-kira jam 7.30 malam.
Namun, tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersamanya.
Jurucakap polis berkata, berdasarkan maklumat orang ramai, mereka terdengar bunyi kekecohan seperti orang bergaduh di tingkat 11 pangsapuri terbabit diikuti dentuman kuat beberapa minit kemudian.

“Orang ramai yang bergegas ke kawasan itu mendapati mayat wanita dalam keadaan terlentang dan mengalami pendarahan teruk di kepala, kaki dan tangan dipercayai patah.

“Tiada dokumen pengenalan diri pada mayat mangsa yang dipercayai bukan penduduk pangsapuri terbabit. Polis menemui payung miliknya di tingkat 11 manakala kasutnya tersangkut di tingkat lima selain cermin mata di sisi mangsa,” katanya di sini, semalam.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dibuat bagi mengesahkan sama ada wujud perbuatan jenayah.

“Kami meminta mereka yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di talian 04-2181822 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Berita Harian Online | Wanita disyaki bergaduh ditemui mati

Tiga cedera asrama kilang terbakar


Tiga cedera asrama kilang terbakar
Oleh Wan Jailani Razak
wanjai@bharian.com.my
2011/02/27

ANGGOTA bomba bersama pekerja kilang cuba memadamkan kebakaran di Batu Belah, semalam.
ANGGOTA bomba bersama pekerja kilang cuba memadamkan kebakaran di Batu Belah, semalam.
Api didakwa tercetus dari kawasan dapur

KLANG: Tiga pekerja asing cedera selepas sebuah gudang dan asrama pekerja sebuah kilang membuat sarung tangan getah di Batu Belah, di sini, musnah dalam satu kebakaran, semalam.
Dua daripada mereka dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, untuk rawatan lanjut selepas melecur teruk manakala seorang lagi hanya menerima rawatan pesakit luar.
Kebakaran kira-kira jam 9.30 pagi itu menyebabkan kira-kira 300 pekerjanya hilang pekerjaan, selain memusnahkan gudang yang menempatkan beratus kotak sarung tangan getah.

Beberapa pekerja dilihat turut bertungkus-lumus menyelamatkan kotak berisi sarung tangan itu ketika rakan lain cuba mengawal kebakaran daripada merebak.
Seorang pekerja yang enggan dikenali berkata, syarikatnya belum menganggarkan jumlah kerugian akibat kebakaran itu.

Beberapa pekerja yang ditemui mendakwa kebakaran dipercayai berpunca dari kawasan dapur asrama pekerja sebelum merebak ke seluruh bangunan.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Isa Bakar, berkata lima jentera iaitu dua dari Sungai Pinang dan masing-masing sebuah dari Klang Selatan, Pelabuhan Klang dan Shah Alam dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 9.47 pagi.

Katanya, pihaknya dapat mengawal kebakaran daripada merebak ke penempatan berhampiran yang hanya letaknya 50 meter dari tempat kebakaran, kira-kira sejam kemudian.

“Punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat,” katanya sambil menambah tiada kehilangan jiwa dilaporkan.
Berita Harian Online | Tiga cedera asrama kilang terbakar

Suspek curi itik dipukul hingga mati





2011/02/27

BANDA ACEH: Polis di daerah tenggara Aceh menyoal beberapa penduduk yang dipercaya ada kaitan dengan pembunuhan dua lelaki Khamis lalu kerana disyaki mencuri itik.

“Kejadian itu berlaku di perkampungan Lawe Serke, dalam daerah Lawe Sigala-gala,” kata ketua polis daerah itu, Adjung Arsyad.
Katanya, penduduk kampung yang melakukan kawalan waktu malam menemui tiga lelaki tidak dikenali dan mengejar mereka selepas menganggap bertanggungjawab atas beberapa kes kecurian itik.
“Seorang daripada tiga lelaki dilaporkan terlepas, namun dua ditangkap. Mereka ditemui bersama lapan ekor itik, yang menyebabkan penduduk kampung mula menyerang,” kata Adjung.

Katanya, serangan itu menyebabkan kematian apabila penduduk mula memukul lelaki terbabit dengan pelbagai senjata, termasuk pisau dan parang. – Agensi
Berita Harian Online | Suspek curi itik dipukul hingga mati

Mayat berdarah

GEORGETOWN: Mayat seorang wanita berusia 20-an ditemui mati dengan berlumuran darah di tingkat dua kawasan letak kereta sebuah pangsapuri di Lorong Madrasah, Jelutong, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, mayat wanita yang tiada pengenalan diri itu ditemui dalam keadaan terlentang dengan kesan kecederaan teruk, terutama di kepala, selain berpakaian lengkap.

Jurucakap polis berkata, berdasarkan keterangan awam sebelum kejadian berlaku, beberapa penghuni terdengar bunyi bising dipercayai orang bergaduh di tingkat 11 dan selang beberapa minit kemudian terdengar bunyi dentuman kuat.

Beliau berkata, ketika itu orang ramai bergegas ke tempat kejadian dan mendapati seorang wanita terlentang serta mengalami pendarahan teruk di kepala, kaki dan tangan dipercayai patah.

Katanya, ketika pemeriksaan dilakukan anggota polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat mangsa dan dia dipercayai berasal dari tempat lain.


Menurutnya, polis menemui payung di tingkat 11, kasut tersangkut di tingkat lima dan cermin mata di sisi mangsa. “Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian, termasuk sama ada ia disebabkan masalah percintaan atau sebaliknya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika ditemui mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan sama ada wujud perbuatan jenayah atau sebaliknya.

Katanya, polis juga meminta mereka yang kehilangan ahli keluarga menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di talian 04-2181822 atau mana-mana balai polis berhampiran.
myMetroMayat berdarah

Gagal larikan peti besi

KOTA KINABALU: Tiga penyamun, termasuk dua kanak-kanak, berputih mata apabila gagal dalam cubaan mereka melarikan peti besi keselamatan dari sebuah kedai di Wisma Yakin, di sini, semalam.
Difahamkan, mereka gagal mengawal troli yang digunakan untuk melarikan peti berkenaan selepas satu rodanya terlanggar lubang lalu troli terbalik.

Disebabkan gagal mengangkat peti itu yang terlalu berat, mereka meninggalkannya di tepi jalan sebelum melarikan diri kerana bimbang diketahui orang ramai.

Saksi, Jaliau Jorin, 34, berkata dia berehat di luar premis berkenaan kira-kira jam 7.30 pagi sebelum melihat tiga lelaki, termasuk dua kanak-kanak, membawa satu peti menggunakan troli yang disorong dengan laju.

“Ketika tiba di tepi jalan, troli terbalik menyebabkan peti yang diangkut terjatuh.


“Saya melihat mereka berusaha mengangkatnya ke atas troli, namun gagal,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Dia kemudian cuba menolong tetapi ketiga-tiga mereka terkejut lalu melarikan diri.

“Saya kasihan melihat mereka dan cuba membantu tetapi mereka melarikan diri sebaik disapa. Ketika membelek peti itu, saya tersedar ia adalah peti besi keselamatan lalu bertindak menghubungi polis,” katanya.

Jaliau berkata, kemungkinan peti itu dicuri di sebuah premis perniagaan sekitar kawasan berkenaan dan cuba dilarikan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan polis masih menjalankan siasatan.


“Polis menerima laporan daripada orang ramai yang mendakwa menemui peti besi terbiar di luar bangunan Wisma Yakin.


“Berdasarkan maklumat, sepasukan polis dikejarkan ke tempat kejadian dan menemui peti berkenaan yang masih berkunci,” katanya.


Ahmad Sofi berkata, peti terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut manakala ketiga-tiga suspek diburu.


“Orang ramai yang kehilangan peti besi keselamatan diminta menghubungi polis di talian 088-242111 bagi membantu siasatan,” katanya.
myMetroGagal larikan peti besi

Rakyat cemas hadapi serangan



SEDIH...Mohamed Shalgham (kiri) didakap timbalannya, Ibrahim Dabbashi, selepas memberi ucapan di Majlis Keselamatan PBB di New York, semalam.
SEDIH...Mohamed Shalgham (kiri) didakap timbalannya, Ibrahim Dabbashi, selepas memberi ucapan di Majlis Keselamatan PBB di New York, semalam.



TUNTUT REFORMASI...Amal Khamis (kanan) menjadikan wajahnya sebagai wadah menyatakan sokongan kepada kebangkitan rakyat Timur Tengah di New York, semalam.
TUNTUT REFORMASI...Amal Khamis (kanan) menjadikan wajahnya sebagai wadah menyatakan sokongan kepada kebangkitan rakyat Timur Tengah di New York, semalam.


TRIPOLI: Orang ramai berdebar-debar menunggu perkembangan terbaru protes antikerajaan semalam, selepas Muammar Gaddafi mengumumkan dia bersedia menyerahkan senjata kepada penyokongnya untuk bertempur.
Ketika AS mengenakan sekatan ke atas pemimpin Libya dan empat anak lelakinya, Libya terus berada dalam keadaan tidak menentu, manakala jumlah korban pula terus meningkat.

Dalam ucapannya di depan pengagumnya di Tripoli, Gaddafi berkata, kumpulan antikerajaan akan ditewaskan.

“Kita akan menentang dan mengalahkan mereka.

“Menyanyilah dan menarilah kerana kita sedang mempersiapkan diri menghadapi mereka.


“Jika perlu, semua gudang senjata akan dibuka,” katanya.


Pada masa sama, desakan menyingkirkan Gaddafi juga terus memuncak dengan puluhan ribu orang mengadakan protes di seluruh dunia Arab mengecam kekejamannya menghadapi kebangkitan rakyat.

Memimpin Libya sejak 1969, Gaddafi berdepan protes paling besar daripada rakyatnya dan ia turut mendapat sokongan diplomat serta anggota tentera.

Duta Libya ke PBB - juga rakan Gaddafi pada zaman kanak-kanak - Mohammed Shalgham, menjadi diplomat terbaru memberi sokongan kepada kebangkitan rakyat.

Sambil menitiskan air mata, dia merayu PBB bertindak menyelamatkan Libya daripada kekejaman Gaddafi.


Kenyataan itu mendorong Majlis Keselamatan PBB mengarahkan sidang khas diadakan bagi mempertimbangkan sekatan ke atas Gaddafi.


Sejurus selepas Mohammed Shalgham berucap di PBB, penduduk Tripoli bergembira seketika, sebelum tergamam tidak lama kemudian apabila bekalan elektrik dimatikan.


Seorang penduduk Tripoli berkata, mereka takut jika ia menandakan rejim Gaddafi bersiap sedia melancarkan serangan.


“Kami mencapai apa saja yang ada untuk dijadikan senjata dan berkurung dalam rumah,” katanya. - AFP
myMetroRakyat cemas hadapi serangan

Dua wanita gagal lolos diri

GEORGETOWN: Cubaan dua wanita, termasuk seorang wanita warga China, meloloskan diri dengan keluar melalui pintu depan sebuah premis menjual cakera padat video digital (DVD) cetak rompak bernilai RM15,000 gagal apabila dicekup polis dalam satu serbuan di tingkat empat, Kompleks Prangin Mall, di sini, petang kelmarin.
Serbuan kira-kira jam 5.45 petang itu membabitkan sepasukan anggota polis dari Unit Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) selepas premis berkenaan berdegil dengan meneruskan operasi selepas diserbu hari sebelumnya.

Ketika serbuan, kedua-dua wanita itu cuba melarikan diri tetapi gagal kerana anggota polis bersedia di luar premis dan berjaya mengepung mereka.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, dalam pemeriksaan itu, 660 keping DVD pelbagai tajuk filem ditemui dipamerkan di ruang pameran manakala pemeriksaan di stor premis sama menemui 2,543 DVD.

Beliau berkata, ketika pemeriksaan dilakukan semua 3,003 keping DVD dianggarkan bernilai RM15,000 dirampas dan hasil pemeriksaan mendapati seorang daripadanya adalah wanita tempatan manakala seorang lagi warga China dan kedua-dua wanita berusia dalam lingkungan 20-an.


“Hasil siasatan wanita tempatan itu berasal dari Jalan Balik Pulau manakala wanita warga China itu berasal dari Jiangsu, China dan siasatan lanjut turut dijalankan bagi mengenal pasti aktiviti sebenar mereka sama ada terbabit dalam sindiket pengedaran DVD cetak rompak atau sebaliknya.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 18 (4) Akta Penapisan Filem 2002 atas kesalahan tiada sijil perakuan B manakala wanita China itu disiasat kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja secara haram di negara ini mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1959/1963,” katanya.myMetroDua wanita gagal lolos diri

Tikam dada lebih 10 kali

HULU KLANG: Tidak tahan dengan tekanan hidup, seorang lelaki berusia 56 tahun nekad menikam dada dan perutnya lebih 10 kali dengan pisau ketika di bilik tidur bersama isteri di rumah mereka di Jalan Wangsa 11, Bukit Antarabangsa, di sini, pagi semalam.
Oleh MUHAMMAD APENDY ISSAHAK apendy@hmetro.com.my Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi, isteri lelaki terbabit dikatakan menyedari kejadian selepas terjaga daripada tidur sebaik terdengar bunyi seperti orang bergaduh.

Dia segera membuka lampu sebelum menjerit kerana melihat suaminya berlumuran darah serta nazak.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada keluarga lelaki berkenaan sebaik menyedari kejadian yang berlaku dan beberapa anggota bergegas ke rumahnya bagi menjalankan siasatan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pekerja syarikat swasta itu mati akibat menikam diri beberapa kali dengan pisau yang turut ditemui berhampiran mayatnya.


“Setakat ini, hasil siasatan tiada unsur jenayah dan kita dapati lelaki itu membunuh diri. Mengikut keterangan ahli keluarga, lelaki terbabit mengalami tekanan perasan serius baru-baru ini disebabkan pelbagai masalah dihadapi.

“Ketika kejadian, empat ahli keluarganya berada di rumah iaitu dua anak perempuan dan seorang anak lelaki serta isterinya, warga British berusia 51 tahun,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan setakat ini kes terbabit diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

Difahamkan, lelaki yang bekerja di syarikat perbankan itu baru saja pulang ke tanah air dua bulan lalu selepas ditamatkan kontrak kerjanya di Singapura.

Sementara itu, beberapa jiran lelaki berkenaan yang ditemui, termasuk pelakon terkenal, Elly Suriati Omar menyifatkan dia sebagai peramah dan baik hati serta selalu mengundang mereka jika ada majlis.


Elly yang tinggal selang tiga rumah dari rumah lelaki dikenali sebagai Peter di kalangan jiran, berkata dia bersimpati terhadap keluarga lelaki itu.


“Dia menginap di sini lebih 15 tahun dan memang baik hati serta peramah dengan jiran. Peter juga sering bertegur sapa dengan kami serta selalu membuat majlis makan di depan rumahnya dengan mengajak jiran.


“Kami sebagai jiran tidak pula tahu dia atau keluarga mengalami masalah dan tekanan,” katanya.
myMetroTikam dada lebih 10 kali