
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, penghuni, Rosman Md Abidin, 47, bersama isteri dan seorang anaknya sedang beristirahat di bahagian belakang rumah sebelum keseluruhan bumbung rumahnya di terbangkan angin ribut.
Rosman berkata, sebelum kejadian, kawasan kampung berkenaan di landa hujan lebat berserta angin kencang selama lebih setengah jam.
Menurutnya, secara tiba-tiba, dia terdengar bunyi guruh diikuti gegaran di seluruh rumah sebelum seluruh bumbung rumahnya terbang di bawa angin.
“Ketika ini, saya terus memegang tangan kedua anak dan isteri sebelum berlari ke arah ruang tamu bagi menyelamatkan diri daripada dihempap serpi�han� bumbung rumah,” katanya yang juga seorang bekas anggota tentera.
Rosman berkata, dia bagaimanapun bersyukur kerana tiada sebarang kejadian buruk menimpa keluarganya.
Dalam perkembangan sama, masalah yang menimpa keluarga Rosman mendapat perhatian Pemuda UMNO Bahagian Teluk Intan.
Rombongan yang diketuai Ketua Pemudanya, Yuzaile Yusop membantu meringankan beban keluarga berkenaan dengan menghulurkan bantuan membaiki kerosakan bumbung keluarga itu.
Yuzaile berkata, bantuan melalui Program Pemuda UMNO Teluk Intan Prihatin itu berupa zink baru bernilai lebih RM2,000 yang dipasang sendiri kontraktor dalam kalangan Pemuda UMNO Teluk Intan.
Sementara itu, ketika ditanya, Rosman berkata, pihaknya terharu atas keprihatinan pihak Pemuda UMNO dan bantuan kemanusiaan yang dihulurkan pihak berkenaan.
“Setahu saya bantuan akan menyusul dari pihak tertentu tetapi akan memakan masa yang lama selepas melalui pelbagai proses.
“Namun, hari ini saya seakan tidak percaya kerana belum pun 24 jam selepas kejadian ini bantuan sudah tiba,” katanya.