Search This Blog

Wednesday, February 23, 2011

Sepasang kekasih maut digilis lori



PELABUHAN KLANG – Hasrat sepasang kekasih untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian setelah maut digilis lori dalam kejadian di Jalan Kem, di sini tengah hari semalam.

Penunggang motosikal, A Surenraj, 26, dan pembonceng, S Philomena, 24, yang mengalami kecederaan parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Trafik merangkap Ketua Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abd Rahman berkata, kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC datang dari arah yang sama dengan lori terbabit.

“Mereka dari arah Bandar Pelabuhan Klang menghala Klang dan motosikal mereka dipercayai telah bergesel dengan bahagian kiri lori berkenaan.

“Geselan itu mengakibatkan motosikal yang dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbalik ke kiri jalan. Bagaimanapun, kedua-dua mangsa tercampak ke sebelah kanan jalan.

“Dalam masa yang sama, kepala kedua-dua mereka digilis tayar belakang lori menyebabkan otak dan beberapa organ dalaman kepala mangsa terburai di jalan raya.

“Berikutan itu, kedua-duanya maut serta merta di tempat kejadian,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, mayat kedua-duanya dihantar ke Bilik Mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

“Bagaimanapun, motosikal yang dinaiki mangsa tidak mengalami sebarang kerosa�kan.

“Pemandu treler terbabit sudah membuat laporan polis dan kita akan jalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
SH

4 pengarah syarikat hadapi 325 tuduhan penggubahan wang haram

Berita Harian Online

2011/02/23

IPOH: Empat pengarah Syarikat Bestino Golden House Sdn Bhd didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 325 tuduhan penggubahan wang haram berjumlah RM156.2 juta.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 9 September 2006 hingga 21 Disember 2008 lalu.
Hakim Julie Lack Abdullah membenarkan jaminan RM1.5 juta kepada setiap tertuduh dan menetapkan 11 April depan sebagai sebutan semula kes itu."

Shanmugam dipenjara 10 tahun

Berita Harian Online

2011/02/23

KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE), K Shanmugam dipenjarakan 10 tahun dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas kesalahan pecah amanah dana kesatuan membabitkan RM8 juta.

Hukuman itu dijatuhkan selepas dia didapati melakukan kesalahan terbabit pada 1996."

Lanun Somalia bunuh empat tebusan Amerika


2011/02/23

NAIROBI: Empat warga Amerika Syarikat yang menjadi tebusan lanun Somalia di Afrika Timur mati ditembak penculik semalam, kali pertama rakyat negara itu dibunuh sejak kejadian rampasan kapal di Teluk Aden dan Lautan Hindi berterusan bertahun-tahun lalu.

Empat kapal perang tentera laut Amerika mengekori kapal layar warga negara mereka selepas ia ditawan dan askarnya segera menaiki kapal itu selepas mendengar tembakan dilepaskan.
Anggota tentera cuba memberi rawatan tetapi mereka mati kerana tembakan, menurut kenyataan Ibu Pejabat Tentera Amerika di Tampa, Florida. Dua warga Amerika itu dikenali sebagai Jean dan Scott Adam.

Seorang anggota unit operasi khas Amerika menikam mati seorang daripada lanun itu di kapal layar berkenaan, kata Penolong Laksamana Mark Fox.

Dalam satu taklimat, Fox berkata, kejadian berakhir dengan pembunuhan selepas satu bom roket (RPG) dilancarkan dari kapal layar itu ke arah kapal pemusnah peluru berpandu, USS Sterett.

Tetapi, serangan itu tidak mengenai sasaran dan diikuti dengan tembakan senjata ringan dari kapal layar itu, katanya lagi.
Presiden Barack Obama yang dimaklumkan kematian itu pada 4.42 pagi waktu Washington, mengarahkan tentera menggunakan kekerasan jika tebusan itu menghadapi bahaya, kata jurucakap Rumah Putih, Jay Carney.

Dua lanun, seorang daripadanya ditikam mati selepas itu, pada 9 pagi waktu tempatan, dan 13 lagi ditahan. Mayat dua lagi lanun yang sudah mati untuk beberapa lama juga ditemui.

Tidak dapat dipastikan sama ada lanun terbabit bergaduh sesama mereka.
Rundingan sedang berlangsung untuk mendapatkan pembebasan kapal Quest apabila tembakan dilepaskan, kata tentera Amerika.

Fox ditanya wartawan mengenai butir-butir rundingan tetapi memberitahu dia tidak tahu menahu. – Agensi
Berita Harian Online

Suami isteri maut balik dari surau




JERLUN: Sepasang suami isteri yang baru pulang dari surau maut apabila motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah kereta di Jalan Pekan Sanglang, Kampung Tok Mengkula dekat sini, malam tadi. 


2011/02/23


Omar Ismail, 59 dan isteri Aishah Teh, 65, maut di tempat kejadian akibat
kecederaan parah di kepala dan badan. Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohamad Yusof, berkata pemandu kereta berkenaan yang berusia lingkungan 20an kini ditahan bagi membantu siasatan.

"Kita percaya suspek memandu kereta dengan laju berdasarkan kesan brek yang
terdapat pada jalan raya terbabit," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat
Polis Daerah Kubang Pasu hari ini.

Sementara itu, menantu pasangan terbabit, Rosli Abdul Hamid berkata ibu dan
bapa mentuanya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menunaikan solat Maghrib dan Isyak di surau yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah.

"Saya menyedari mereka sudah menyeberangi jalan untuk balik dan tiba-tiba
datang sebuah kereta melanggar motosikal yang dinaiki kedua-dua mentua saya,"
katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Rosli berkata, beliau ternampak ayah mentuanya terpelanting ke tepi sungai,
manakala ibu mentuanya pula melambung ke atas bonet kereta dan diseret kira-kira
30 meter dari tempat kejadian sehingga di hadapan rumah mereka.

"Saya terus ke arah kereta itu dan mendapati ibu mentua saya sudah tidak bernyawa. Saya memanggil isteri yang berada dalam rumah dan kemudian saya
mencari ayah mentua saya dan menjumpai mayatnya di tepi sungai," katanya.

Jenazah kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Jitra untuk dibedah siasat dan
dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sanglang selepas solat Zohor hari
ini. - BERNAMA
Berita Harian Online | Suami isteri maut balik dari surau

Anggota penyelamat terus cari mangsa gempa Christchurch


ANGGOTA penyelamat memanjat bangunan Pyne Gould yang runtuh di Christchurch selepas gempa bumi kuat hari ini. Sekurang-kurangnya 65 orang dilaporkan terbunuh dan ramai terperangkap dalam runtuhan bangunan. - AP



2011/02/23

CHRISTCHURCH: Anggota penyelamat New Zealand mengeluarkan mangsa yang terselamat dari runtuhan bangunan 24 jam selepas gempa bumi kuat menggoncang bandaraya ini ketika angka korban meningkat kepada 75 orang dengan berpuluh lagi terperangkap.

Anggota penyelamat terpaksa memotong tangan atau kaki beberapa daripada 120 mangsa yang berjaya dikeluarkan dari runtuhan bangunan selepas gempa bumi kuat tengah hari semalam. Angka korban dijangka meningkat.
"Kami menerima SMS dan isyarat ketukan daripada mangsa yang terselamat dan menyelamatkan mereka adalah tumpuan kami pada masa ini," kata pegawai polis, Russell Gibson.
Awal tengah hari tadi, seorang wanita diselamatkan dari runtuhan bangunan empat tingkat selepas seharian terperangkap di bawah meja pejabat kewangan itu.

Anggota penyelamat memberi tumpuan mencari lima lagi mangsa yang dipercayai terperangkap di bawah runtuhan bangunan itu tetapi harapan untuk menemui mangsa terselamat di sebuah lagi bangunan yang runtuh yang menempatkan stesen penyiaran dan sekolah bahasa Inggeris, semakin tipis.

Pihak berkuasa menafikan laporan awal menyatakan 15 orang sudah ditemui di situ. Antara mereka yang masih hilang di tapak runtuhan itu ialah 10 pelajar Jepun.

"Mereka memberitahu kami bahawa tiada harapan lagi," kata seorang wanita selepas anggota penyelamat khas meninggalkan tempat kejadian di mana ipar beliau terperangkap di bawah runtuhan bangunan itu. - Reuters
Berita Harian Online

Ramai terperangkap bawah runtuhan akibat gempa bumi di Christchurch


MASIH RAMAI YANG TERTIMBUS: Seorang wanita ditarik keluar daripada runtuhan batu sebuah bangunan selepas satu gempa bumi kuat menggegar Christchurch, bandar kedua terbesar di New Zealand, semalam. -- Foto REUTERS.


WELLINGTON (New Zealand): Beribu-ribu orang berjalan terpinga-pinga di sekitar Christchurch semalam, ramai yang mencari orang tersayang dan orang lain yang mungkin terperangkap di bawah runtuhan batu, selepas berlaku satu gempa bumi yang menjadikan bandar itu kelam-kabut.Jeritan kedengaran di sekitar dataran utama bandar di selatan New Zealand itu apabila beberapa bahagian Gereja Besar Christchurch runtuh menyembah bumi.Imej televisyen menunjukkan orang ramai berpaut sesama sendiri dan ada yang berlumuran darah atau terhincut- hincut ke sana ke mari.Sedang polis melaporkan kematian yang bertambah, para pekerja kecemasan pula terkejar-kejar untuk menyelamatkan mereka yang terperangkap di dalam beberapa bangunan pejabat angkara gempa itu yang turut menyebabkan jalan raya menjadi bengkang-bengkok dan dihujani serpihan batu.'Mereka akan datang turunkan awak. Jangan berdiri di pinggir,' jerit seorang wanita kepada rakan sekerja wanitanya yang terperangkap di tingkat atas sebuah bangunan yang dahulunya empat tingkat, tetapi kini terlipat seperti alat konsertina.Wanita yang ketakutan itu akhirnya diselamatkan oleh ahli bomba yang menggunakan kren. Sejurus diturunkan, beliau terus memeluk rakan- rakan sekerjanya yang lain.Kawasan di sekeliling pekerja-pekerja pejabat itu bersepah dengan serpihan kaca, kertas dan komputer serta perabot yang hancur.Namun, setelah berlaku beberapa lagi gegaran penghujung, pekerja-pekerja itu mula sedar empat lagi rakan mereka mungkin masih terperangkap di bawah konkrit di salah satu tingkat terendah bangunan itu sedang beberapa orang yang kepala mereka berlumuran darah hanya mampu melihat.'Kami bimbangkan rakan- rakan kami yang lain. Kami harap mereka selamat,' kata seorang wanita kepada TV3.Gempa bumi sekuat 6.3 di skala Richter itu berlaku hanya enam bulan selepas satu gempa berukuran 7.0 menggegarkan bandar kedua terbesar di negara pulau itu, hingga melemahkan struktur bangunan.'(Gempa September lalu) itu tidak seteruk yang ini,' kata seorang lelaki yang masih terkejut, kepada televisyen New Zealand.Gambar-gambar di televisyen menunjukkan para penduduk saling berpelukan di jalan-jalan sambil mereka merenung kenderaan, bangunan dan jalan-jalan yang rosak akibat gempa yang melanda pada 12.51 tengah hari waktu setempat itu.Laporan-laporan berkata bandar itu hingga kehabisan ambulans untuk menyelamatkan orang-orang yang cedera, sedang satu sedutan televisyen menunjukkan sebuah kereta privet digunakan bagi menghantar beberapa pekerja yang cedera ke hospital. -- AFP.Cyberita Online Luar Negara

Lebih 60 korban gempa NZ






DIKELUARKAN DARIPADA RUNTUHAN: Seorang lelaki ditarik keluar daripada runtuhan batu. Gempa sekuat 6.3 di skala Richter di Christchurch semalam telah meranapkan beberapa bangunan tinggi dan menyebabkan beberapa kebakaran. -- Foto REUTERS


Gegaran kuat pada waktu sibuk bawa kemusnahan besar ke atas bandar Christchurch


CHRISTCHURCH (New Zealand): Satu gempa bumi yang kuat telah melanda salah sebuah bandar terbesar New Zealand di tengah-tengah kesibukan waktu bekerja, meranapkan bangunan-bangunan tinggi dan gereja, memusnahkan beberapa bas dan mengorbankan sekurang-kurangnya 65 orang.Ia merupakan kali kedua bandar dengan 350,000 penduduk itu dilanda gempa, namun kejadian terbaru itu yang berukuran 6.3 di skala Richter mengakibatkan lebih banyak kerosakan berbanding gempa berukuran 7.0 September tahun lalu.Lebih daripada 100 orang, termasuk lebih 10 pelajar Jepun yang melawat negara itu, mungkin masih terperangkap dalam runtuhan batu sedang malam menjelang dan hujan renyai-renyai mula turun.'Ia betul-betul satu kemusnahan,' kata Perdana Menteri, Encik John Key, yang berkejar ke bandar itu beberapa jam selepas berlaku gempa.Menurut beliau, sejauh ini 65 orang maut dan angka ini mungkin meningkat.'Kita mungkin menyaksikan hari paling gelap New Zealand,' tambahnya.Puncak menara sebuah gereja besar jatuh di dataran utama bandar itu, sedang bangunan-bangunan tinggi turut menyembah bumi dan jalan-jalan raya bersepah dengan batu-bata dan serpihan konkrit.Kaki-kaki lima dan jalan-jalan raya retak atau terbelah.Ribuan orang yang kebingungan pula terjerit-jerit ketakutan di tengah-tengah bunyi semboyan kenderaan penyelamat dan hon kereta.Bandar itu kehabisan ambulans hinggakan ada orang yang menggunakan kereta mereka membawa mereka yang cedera ke hospital.Datuk Bandar Christchurch, Encik Bob Parker, mengisytiharkan keadaan darurat dan memerintahkan orang ramai supaya meninggalkan kawasan tengah bandar.Beliau berkata angka mangsa yang terperangkap sukar diberikan tetapi dianggarkan melebihi 100 orang.Tentera dikerah membantu orang ramai keluar daripada kawasan itu dan mengepungnya. Penduduk di bandar itu diseru supaya duduk di rumah sendiri atau di rumah jiran dan mereka diminta berjimat air dan makanan.Lapangan terbang turut ditutup dan Hospital Christchurch dikosongkan sementara sebelum dibuka semula.Bekalan elektrik dan talian telefon turut terjejas. Paip-paip air pula pecah hingga jalan-jalan dibanjiri air.Menurut polis, mereka yang terbunuh termasuk penumpang dua bas yang musnah kerana ditimpa bangunan runtuh.Orang ramai bertungkus lumus menggali serpihan-serpihan batu dengan tangan mereka bagi membantu orang yang terperangkap.Sebuah kren mengangkat sekumpulan penyelamat di atas sebuah platform untuk membantu beberapa orang yang tersadai dalam sebuah bangunan tinggi.Kepulan-kepulan asap kelihatan di beberapa bahagian bandar itu.Encik Parker berkata pasukan penyelamat itu termasuk beberapa anjing penghidu.Beberapa sekolah dan dewan masyarakat telah dijadikan tempat perlindungan, yang turut menyediakan makanan dan selimut yang didermakan kepada ribuan orang.Di sekurang-kurangnya satu taman di bandar itu, orang ramai, kebanyakan pelancong yang terpaksa meninggalkan hotel mereka, telah mendirikan khemah-khemah sementara. Pasukan Palang Merah juga bekerja keras menyediakan tempat tinggal bagi mereka.Antara mangsa gempa itu ialah beberapa pelajar pelawat dari Jepun yang dapat menelefon ibu bapa mereka di tanah air dan mengatakan mereka sedang terperangkap di dalam sebuah bangunan yang runtuh, kata seorang pegawai Jepun.Dua pelajar dari Maktab Bahasa Asing Toyama masih terperangkap, dan 11 lagi pelajar belum diketahui nasib mereka dan mungkin msih berada di dalam bangunan itu, kata pegawai itu yang enggan dinamakan.Sebelum itu, katanya, lapan pelajar dan dua guru telah dapat diselamatkan.Ada mangsa yang terperangkap di dalam runtuhan menggunakan telefon bimbit bagi menghubungi keluarga, pegawai dan media.Sebuah Bangunan Pyne Gould Guinness Building, yang menempatkan lebih 200 pekerja, runtuh dan sejumlah orang yang tidak diketahui bilangannya masih terperangkap.Satu badan kaji bumi, The U.S. Geological Survey (USGS), berkata bahawa gempa bumi itu berpusat lima kilometer dari tengah bandar dan terjadi hanya empat kilometer di bawah paras bumi.USGS berkata gempa terbaru ini melanda di kawasan yang 'lebih dekat dengan pusat penduduk utama di Christchurch' berbanding dengan gempa pada September lalu, yang terjadi 40 kilometer ke barat bandar itu. -- AP.
Cyberita Online

Senduk inilah senjata lawan harimau


NEKAD SELAMATKAN SUAMI: Cik Han menunjukkan cara beliau menggunakan senduk untuk memukul harimau yang menerkam suaminya pada awal bulan ini. -- Foto BHM
IPOH: Siapa sangka senduk besi berharga RM5 ($2) yang digunakan ketika menyediakan juadah tengah hari bagi keluarga rupa-rupanya menjadi senjata penyelamat nyawa si suami daripada dibaham harimau.'Saya ingatkan benda yang dipegang di tangan parang, rupa-rupanya senduk kuah. Ketika itu, saya tidak memikirkan apa-apa, saya nekad untuk menyelamatkan suami daripada dibaham harimau.'Selepas mendengar jeritan kuat suami saya terus bergegas keluar ke belakang rumah. Ketika itu, saya melihat belakang badan suami ditarik harimau belang sebesar anak lembu,' kata Cik Han Besau, 66 tahun, isteri Encik Tambun Gediu, mangsa serangan harimau ketika berburu di belakang rumahnya di Kampung Sungai Tiang, kira-kira 200 kilometer, dari sini, 12 Februari lalu.Kejadian itu kali pertama disiarkan di akhbar setempat apabila wartawan menemu ramah Encik Tambun yang mengalami kecederaan akibat digigit di belakang tengkuk dan kesan gigitan itu turut menembusi bahagian bawah tengkuk mangsa, selain kecederaan muka serta kepala.Cik Han ketika berkongsi detik mencemaskan itu berkata perasaan takutnya hilang selepas melihat percikan darah dan rontaan kuat daripada suami yang cuba melepaskan diri daripada cengkaman harimau.'Saya seolah-olah dirasuk keberanian luar biasa, semata-mata untuk menyelamatkan nyawa suami. Tanpa mengira keselamatan diri, saya bertubi-tubi memukul kepala harimau itu menggunakan senduk di tangan dengan diiringi jeritan kuat.'Mungkin terkejut dengan tindakan dan jeritan saya, harimau itu terus melonggarkan cengkaman dan melarikan diri ke hutan.'Suami rebah di pangkuan saya dan pada ketika itu baru saya meminta pertolongan orang kampung. Suami pengsan dua kali sebelum dia dibawa ke hospital,' katanya.Beliau yang bertubuh kecil berkata sepanjang lebih lima tahun tinggal di kampung itu, beliau dan keluarga tidak pernah terserempak dengan harimau yang sememangnya sukar kelihatan, apatah lagi bertindak menyerang manusia.'Entah bagaimana, hari itu suami saya tidak bernasib baik kerana terserempak dengan binatang itu. Mungkin disebabkan suami saya membelakangi binatang itu menyebabkan haiwan itu menganggap suami saya adalah makanannya,' katanya, lapor akhbar Berita Harian Malaysia semalam.Cyberita Online Luar Negara



Mengaku salah sebabkan kecederaan teruk anak temanita





 DIANIAYA: Sri Alyaniz Nazri atau lebih dikenali dengan panggilan manja 'Abut', dua tahun, meninggal dunia pada 14 Oktober 2009 di hospital setelah dihentak di kepala beberapa hari sebelum itu dan menjalani dua pembedahan. -- Foto ihsan LYDIA RAHMAN


SINGAPURA






Lelaki akan dijatuhi hukuman minggu depan





SEORANG lelaki berusia 30 tahun mengaku bersalah kelmarin atas dua tuduhan yang dipinda kerana menyebabkan kecederaan teruk terhadap anak perempuan temanitanya yang berusia dua tahun.
Mohd Azhar Ghapar mengaku dia menghentakkan kepalanya ke atas dahi Sri Alyaniz Nazri sebanyak dua kali dalam tempoh tiga hari kerana kanak-kanak itu muntah.
Bahkan, Mohd Azhar, yang menganggur, juga memijak perut Sri Alyaniz hingga tulang rusuk kanak-kanak itu patah.
Empat hari selepas itu, Sri Alyaniz meninggal dunia akibat kecederaan traumatik di otak.
Kelmarin, Hakim Daerah Lee Poh Choo menangguhkan hukuman ke atas tertuduh kepada 1 Mac ini untuk menimbangkan hujah pendakwa raya semasa menjatuhkan hukuman kelak.
Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Cik Gail Wong, berkata ibu mangsa telah menjalin hubungan dengan Mohd Azhar dari awal 2008.
Pada 20 September 2009, ibu mangsa meminta tertuduh agar membantu menjaga anaknya itu kerana beliau harus bekerja giliran petang.
Mohd Azhar bersetuju dan mula menjaga Sri Alyaniz dari 23 September.
Mahkamah mendengar kelmarin bahawa pada 8 Oktober, tertuduh sedang membuat kerja rumah apabila Sri Alyaniz muntah di atas lantai ruang tamu semasa bermain basikal.
Mohd Azhar naik berang dan memicit pipi kanak-kanak itu.
Selepas mengemas rumah, dia membawa Sri Alyaniz masuk ke bilik tidur dan menghentakkan kepalanya ke bahagian kiri dahi mangsa itu.
Mangsa kemudian terjatuh di atas tilam dan menangis. Mohd Azhar kemudian memijak perutnya hingga menyebabkannya meraung kesakitan.
Apabila ibu mangsa pulang ke rumah dan melihat dahi anaknya bengkak, Mohd Azhar berkata budak itu terjatuh daripada basikalnya.
Pada malam itu, Sri Alyaniz muntah selepas diserang demam panas, kemudian muntah sekali lagi pada hari seterusnya.
Mohd Azhar kemudian menampar bahagian kiri kepala kanak-kanak itu.
Pada 10 Oktober, apabila Sri Alyaniz menyelerakkan flat yang didiami mereka ketika dia bermain, Mohd Azhar menamparnya sebanyak dua kali.
Selepas diberi ubat bagi demam panasnya itu, mangsa muntah dan tertuduh kemudian menghentakkan kepalanya ke atas dahi kanak-kanak itu sekali lagi.
'Apabila dahinya menghentak dahi mangsa, mangsa mengeluarkan bunyi 'hek'. Tertuduh kemudian menyuruhnya tidur,' kata DPP Wong.
Sekitar lima minit kemudian, tertuduh melihat mangsa menggerakkan tangan dan kakinya serta menggigit lidahnya.
Tertuduh kemudian menghubungi temanitanya, yang pulang ke rumah dan melihat anaknya sedang mengantuk dan tidak memberikan respons. Beliau juga melihat ada bengkak baru di dahi anaknya itu.
Laporan autopsi menunjukkan terdapat pelbagai lebam di kepala, dada dan bahagian perut mangsa, calar-calar di kedua-dua kakinya dan keretakan di tulang rusuk.
Mohd Azhar, yang dibela oleh Encik S.S. Dhillon, memberitahu polis bahawa dia mendera kanak-kanak itu kerana 'stres' akibat dibuang kerja serta perkara-perkara lain.
Atas kesalahan menyebabkan kecederaan teruk, Mohd Azhar boleh dihukum penjara 10 tahun dan denda serta sebat bagi setiap tuduhan.
Bagi kesalahan menganiaya seorang kanak-kanak pula, dia boleh dihukum penjara empat tahun dan denda $4,000 bagi setiap tuduhan.




Buta akibat kencing manis




SUNGAI LING - “Bukan takut untuk memikirkan hari-hari mendatang, tetapi memang tidak dapat berfikir malah tidak mahu memikirkannya”.

Demikian luahan hati seorang warga emas yang hilang penglihatan sejak tiga bulan lalu akibat derita penyakit kencing manis.

Menceritakan saat kehilangan pancaindera itu, Deris Bakar, 70, berkata, ia disedari sebaik sahaja bangun dari tidur ketika ditahan di wad Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan kerana demam panas.

Menurutnya, seminggu sebelumnya, beliau menerima rawatan dan ditahan wad di hospital itu kerana penyakit kencing manis yang dihidapi sejak tujuh tahun lalu itu.

“Bangun sahaja dari tidur dan buka mata, semuanya gelap-gelita namun saya tidak terkejut, cuma tidak menyangka ia terjadi lebih awal daripada apa yang saya duga.

“Sebelum ini doktor memaklumkan bahawa saya berisiko untuk kehilangan daya penglihatan kerana penyakit kencing manis, bagaimanapun saya reda dengan apa yang berlaku” katanya ketika ditemui selepas menerima kerusi roda sumbangan dari Kawasan Felcra Berhad Sungai Ling dirumahnya, di sini.

Penyerahan disempurnakan Ahli Lembaga Pengarah Felcra Berhad yang jga Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib.

Hadir sama, Pengurus Kawasan Felcra Berhad Sungai Ling, Che Zahari Mohamad.

Deris yang juga peserta Felcra kawasan itu berkata, dengan hati terbuka, beliau menerima ketentuan Allah SWT malah bersyukur dapat menikmati kehidupan di sisi isteri dan anak.
SH

Penternak ayam curi air




JELEBU – Perbuatan seorang pengusaha ternakan ayam mencuri air sejak tiga tahun lalu, akhirnya terbongkar apabila pusat ternakan itu diserbu Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains), kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, lokasi ternakan ayam di Simpang Pertang di sini, diperiksa Unit Penguatkuasaan Sains dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi mencari bukti terhadap kesalahan dilakukan.

Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Sains, Azlan Abdul Aziz berkata, hasil pemeriksaan mendapati, pengusaha terbabit membuat sambungan haram menggunakan paip bersaiz 25 milimeter daripada paip utama milik Sains.

“Kami juga mendapati paip berkenaan turut disalurkan untuk kegunaan di tiga reban di ladang terbabit yang menempatkan hampir 43,000 ekor ayam.

“Pengusaha ladang berumur lingkungan 40-an itu dipercayai membuat sambungan haram ini sejak bekalan air ke ladang itu dipotong pada 2008,” katanya, semalam.

Menurutnya, pihaknya menjalankan pemeriksaan mengejut selepas membuat risikan selama seminggu terhadap premis berkenaan dan hasil daripada aduan awam.

“Pemeriksaan lanjut melalui ujian klorin turut mendapati bekalan air yang digunakan di premis terbabit adalah air terawat milik Sains.

“Pihak SPAN telah mengeluarkan notis makluman kesalahan terhadap pengusaha, selain menyita paip yang digunakan di ladang terbabit untuk dijadikan bukti,” katanya.

Azlan berkata, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 89 (9) Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Menurutnya, pihaknya akan meningkatkan pemantauan secara berterusan terhadap aktiviti kegiatan curi air di seluruh negeri ini tanpa mengira sama ada kes membabitkan pengguna komersial atau domestik.

“Mereka yang mempunyai maklumat atau mahu melaporkan kes curi air boleh menghubungi talian bebas tol Sains 1-800-88-6982. Identiti pemberi maklumat dirahsiakan,” katanya.
SH

Pramugari naik hantu

SUBANG JAYA: Seorang gadis berusia 15 tahun bukan saja cedera pada seluruh tubuh selepas dipukul di khalayak ramai sebaliknya mata kirinya juga dikhuatiri buta selepas terkena kasut bertumit tinggi hasil ‘tendangan terbang’ seorang pramugari yang juga ibu kandungnya di SS15, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, pramugari berusia lewat 30-an itu dilaporkan hilang pertimbangan selepas terserempak dengan anak perempuannya yang berkeliaran di kawasan berkenaan sebelum bertindak memarahinya.

Tindakan pramugari itu menyebabkan anak gadisnya tidak berpuas hati sebelum dua beranak itu bertengkar lebih 15 minit di kawasan berkenaan.

Menurut sumber, pramugari terbabit yang hilang pertimbangan mula memukul anak perempuannya dengan tangan tanpa mempedulikan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu.

“Pramugari itu terus membelasah anaknya itu biarpun gadis terbabit merayu dikasihani. Suspek terus menampar, menumbuk anak gadisnya sambil menghamburkan kata-kata kesat kepada mangsa biarpun ada orang awam yang cuba menenangkan wanita terbabit,” katanya.


Sumber berkata, gadis terbabit cuba melarikan diri, namun tindakannya mengundang padah apabila pramugari terbabit bertindak mengejarnya sebelum menendang mangsa.

“'Tendangan itu tepat mengenai mata kiri mangsa menyebabkannya terjatuh.

“Mangsa yang berjaya bangun semula bertindak melarikan diri sebelum bersembunyi di tangga sebuah flat di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, biarpun pramugari terbabit berlegar-legar mencari anaknya di kawasan itu, dia gagal menemui mangsa sebelum meninggalkan flat berkenaan.

“Mangsa yang ditemui dalam keadaan ketakutan oleh beberapa penduduk di kawasan itu segera menghubungi polis memaklumkan kejadian berkenaan.


“Lima minit kemudian, sepasukan anggota tiba di lokasi kejadian sebelum membawa remaja itu ke balai polis,” katanya.


Sehubungan itu, mangsa membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Subang, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.


Difahamkan, remaja terbabit kini berlindung di rumah ahli keluarganya yang lain.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Subang Jaya, Superintendan Abdul Aziz Abdul Majid ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.
myMetro

'Hanya ingat Allah'

KUALA LUMPUR: “Hanya Allah yang saya ingat ketika panik kerana lantai tiba-tiba bergegar,” kata seorang pelajar Malaysia, Muhamad Afiq Razin Ong Abdullah yang menceritakan detik cemas ketika terperangkap dalam gempa bumi sekuat 6.3 pada skala Richter di Christchurch, New Zealand, semalam.
Pelajar tahun kedua jurusan perakaunan di University of Canterbury, Christchurch, South Island itu berkata, ketika kejadian, dia tidak dapat melakukan sebarang tindakan, sebaliknya dalam keadaan panik dia mengucap dua kalimah syahadah dan berselindung di bawah meja.

“Saya ketika itu berada dalam bilik komputer perpustakaan. Ketika keadaan gelap kerana bekalan elektrik terputus, saya hanya mampu mengungkapkan ‘Ya Allah’ sambil bersembunyi di bawah meja.

“Gegaran memang kuat sehingga beberapa monitor komputer jatuh ke lantai dan jelas kedengaran bunyi rak buku tumbang di tingkat atas,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Muhamad Afiq, 20, berkata, gegaran berlaku dalam tempoh 30 saat jam 12.50 tengah hari waktu tempatan (kira-kira jam 8 pagi waktu Malaysia) sebelum dia bersama penuntut lain berhimpun di padang.
“Alhamdulillah, saya dan kira-kira 19 penuntut lain yang ketika itu berada di bilik komputer universiti selamat tanpa sebarang kecederaan.

“Ketika berada di padang antara 10 hingga 15 minit, berlaku lagi gegaran susulan selama beberapa saat menyebabkan ada yang meniarap di atas padang. Saya sendiri hilang imbangan sehingga terduduk sebelum universiti beri arahan supaya kami balik,” katanya.

Menurutnya, pengalaman berdepan gempa bumi kali ini lebih menakutkan berbanding gempa bumi pada 4 September tahun lalu di lokasi sama.

“Dulu, saya ada pengalaman berdepan gempa bumi, tetapi kali ini gegarannya lebih kuat. Apa tidaknya, dulu ketika kejadian saya berada di rumah yang jaraknya 40 kilometer (km) daripada pusat gegaran, tetapi kali ini jarak pusat gegaran dari universiti hanya 10 km,” katanya.

Dia berkata, di kawasan bandar, usaha mencari dan menyelamat berkemungkinan akan disambung pagi ini.

“Pelajar Malaysia rata-ratanya berkumpul di rumah rakan, kami duduk beramai-ramai antara 10 hingga 20 orang,” katanya.
myMetro

Lelaki miliki 50 peluru ditahan

PETALING JAYA: Seorang lelaki yang bekerja mengitar semula minyak masak ditahan polis dalam satu kekecohan antara suspek dengan beberapa individu lain di Persiaran Surian, Kota Damansara petang kelmarin, kerana memiliki tujuh butir peluru dan cota dalam beg sandangnya.
Pemeriksaan lanjut terhadap lelaki berusia 31 tahun itu di rumahnya di sebuah kondominium di kawasan berhampiran, polis menemui 43 butir peluru lagi dan sepucuk pistol semi auto.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kekecohan antara suspek dan beberapa individu lain kira-kira jam 6 petang sebelum dua kereta peronda bersama empat anggota dihantar ke lokasi kejadian bagi membuat siasatan.

Menurutnya, suspek kemudian ditahan untuk pemeriksaan dan hasilnya, polis menemui satu kelopak peluru serta beberapa butir peluru bersaiz 7.65 milimeter dalam begnya. “Susulan itu, pemeriksaan dilakukan di rumah suspek dan polis berjaya menemui 43 lagi butir peluru sebelum suspek membawa polis ke keretanya yang diletakkan di kawasan parkir untuk menunjukkan tempat dia menyembunyikan sepucuk pistol.

“Pemeriksaan dalam kereta suspek menemui sepucuk pistol semi auto dan sebilah pisau yang disembunyikan dalam but,” katanya di sini, semalam.


Arjunaidi berkata, siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan hasil ujian air kencing juga negatif. Namun, polis masih lagi menjalankan siasatan sama ada suspek terbabit dalam kes jenayah seperti samun atau pecah rumah serta tujuan sebenar pemilikan senjata api itu.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 Penalti Lebih Berat kerana memiliki senjata api, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara 14 tahun dan enam sebatan.

“Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 8A Akta Senjata Api 1960 kerana memiliki peluru dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman tujuh tahun penjara,” katanya.

Menurutnya, kejayaan kali ini adalah hasil maklumat orang awam yang bertindak pantas memaklumkan sesuatu kejadian kepada polis serta tindakan cekap anggotanya menjalankan tugas dan tindakan.

Berikutan itu, empat anggota polis yang berjaya mengambil tindakan pantas dengan melakukan pemeriksaan sehingga berjaya menemui pistol dan peluru berkenaan menerima sijil penghargaan daripada Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dan Arjunaidi kerana hasil kerja cemerlang mereka itu.
myMetro

Budak ditemui merayau diambil keluarga

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang ditemui merayau-rayau di Wangsa Maju, kelmarin sudah diserahkan kepada ahli keluarganya.
Difahamkan, ibu bapa kanak-kanak terbabit berusia 30-an tidak membuat laporan polis berhubung kehilangan anak mereka itu sebaliknya berusaha mengedarkan risalah kepada orang ramai dalam usaha untuk mengesannya.

Kanak-kanak terbabit, Ahmad Jazmi Junaidi, 7, dikatakan mempunyai sindrom hiper aktif dan keluar dari rumahnya di Kondominium Desa Putra, di sini, untuk bermain sebelum pasangan suami isteri itu menyedari kehilangannya kira-kira jam 1 tengah hari kelmarin.

Bagaimanapun, kanak-kanak yang juga murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Wangsa Jaya itu ditemui bersendirian di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Sri Rampai oleh seorang wanita berusia 20-an yang menyerahkannya kepada polis.

Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, berkata biarpun pasangan suami isteri itu tidak membuat laporan polis mengenai kehilangan Ahmad Jazmi, mereka berusaha untuk mengesannya dengan mengedarkan risalah di sekitar kediaman mereka. “Ahmad Jazmi bernasib baik kerana ditemui orang awam yang segera menyerahkannya kepada polis kira-kira jam 6 petang kelmarin.


“Pasangan suami isteri itu tampil di Balai Polis Wangsa Maju, kira-kira jam 11.10 malam, kelmarin untuk menuntut anak mereka,” katanya.

Zakaria berkata, pemeriksaan pihaknya juga mendapati tiada sebarang kecederaan dialami kanak-kanak itu sebaliknya dia cukup ceria sebelum diserahkan kepada ibu bapanya.

Sementara itu, ibu bapa kanak-kanak terbabit Junaidi Jamaludin, 36, seorang jurutera dan Noor Atirah Abdullah, 40, enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu.
myMetro

Kecoh bangunan bergoyang

KUALA LUMPUR: Beberapa pelajar, kakitangan dan orang ramai dalam bangunan di Pusat Bandar Damansara, di sini, kecoh serta turun dari bangunan itu selepas merasai gegaran kecil seperti gempa bumi, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, semua mereka menyelamatkan diri di kawasan lapang berhampiran bangunan itu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata dalam kejadian itu, pihaknya menerima laporan menyatakan dua daripada enam blok bangunan di kawasan itu seperti bergoncang.

Katanya, bomba menerima maklumat gegaran berkenaan kira-kira jam 12.45 tengah hari.

“Setiba di lokasi didapati orang ramai sudah mengosongkan bangunan berkenaan dengan turun dan berkumpul di tanah lapang di kawasan berhampiran.


“Mereka mendakwa ada gegaran di tingkat enam bangunan A dan E yang menempatkan Kolej Universiti Mahsa,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Meteorologi ketika dihubungi berkata pihaknya sudah membuat pemeriksaan di kawasan itu, namun tiada sebarang tanda gempa atau gegaran.

“Selepas ia dilaporkan, kami membuat pemeriksaan bagi mengesan sebarang pergerakan muka bumi atau tanda kehadiran gempa serta gegaran, tetapi kami tidak menemui apa-apa,” katanya.
myMetro

Tak mungkin cinta suami sebaya ayah kandung

KUALA LUMPUR: “Saya tidak mungkin cintakan dia kerana usia ‘suami’ sebaya dengan ayah kandung saya di Guangzhou, China. Malah, saya tidak pernah ingin tahu nama penuhnya,” katanya seorang pekerja spa di Bukit Bintang yang hanya mahu dikenali sebagai Qee, 20.
Dia mendakwa berkahwin dengan lelaki tempatan terbabit pada Jun tahun lalu hanya membolehkan dia tinggal lebih lama di negara ini tanpa perlu bimbang diberkas pihak Jabatan Imigresen atau polis.

“Jika ditahan, saya akan menunjukkan dokumen perkahwinan dengan lelaki tempatan, sekali gus saya tidak akan ditahan serta dilayan seperti pendatang asing selain dihantar ke depoh tahanan sementara.

“Berbanding gadis warga asing lain dari Indonesia atau Thailand, kami lebih bijak kerana mempunyai pasport sah memasuki negara ini. Perbuatan itu lebih berisiko berbanding kami yang sebelum ini berulang alik memasuki Malaysia menggunakan visa pelancong,” katanya.

Ditanya bagaimanapun perkahwinan terbabit boleh berlangsung, dia tanpa berselindung memberitahu diperkenalkan seorang rakan kepada ‘suaminya’ yang berusia 50-an dan sudah berkahwin. “Semuanya diuruskan mereka sebelum saya dibawa ke pejabat kerajaan untuk mendaftarkan perkahwinan itu. Agak melucukan apabila saya berpura-pura mesra dan kami saling mengenakan pakaian tradisional sebelum merakam gambar perkahwinan di sebuah studio perkahwinan di Jalan Pudu, di sini,” katanya.
myMetro

Pekerja mati, rakan hilang

KOTA TINGGI: Selepas lebih dua minggu menghilangkan diri, seorang pekerja asing ditemui mati dalam keadaan mengerikan dengan mayatnya sudah membengkak dan berbau dipercayai dibunuh dalam sebuah bangunan sarang burung di Ladang Fima, Jalan Perani, di sini.
Pekerja ladang buah naga di Batu 6 Jalan Perani-Waha, dekat sini, warga Indonesia dikenali sebagai Sahirin, 32, pada awalnya dilaporkan mati mengejut, tetapi hasil bedah siasat di Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru, kelmarin mendapati mangsa mati akibat dibunuh dengan kejam iaitu akibat kecederaan di kepala dan sesak nafas.

Bedah siasat mendapati tengkorak mangsa retak selain pakar forensik turut menemui kesan terbakar pada kepala, gigi dan muka.

Mayat mangsa ditemui dua pemancing Sabtu lalu ketika mereka memasuki bangunan sarang burung terbabit untuk mencari umpan ikan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin berkata, pemeriksaan pada mayat gagal menemui sebarang dokumen pengenalan diri, bagaimanapun mangsa dicam seorang rakannya yang juga warga Indonesia berdasarkan baju dipakai sama seperti gambar di dalam pasportnya.


“Menurut keterangan rakannya itu, mangsa bersama seorang lagi rakan warga Indonesia dikenali sebagai Ahmad Jupri, 26, hilang dari rumah kongsi pada 3 Februari lalu.

“Bagaimanapun, barangan milik Sahirin masih ada di kongsi, tidak seperti Ahmad Jupri yang disyaki melarikan diri bersama barangannya,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Difahamkan, semakan maklumat dengan pihak berkuasa Indonesia mendapati Ahmad Jupri mempunyai rekod jenayah kekerasan di negara asalnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Polis Johor di 07-2212999 atau terus ke balai polis berhampiran.myMetro | Pekerja mati, rakan hilang

Lori simen terbalik elak kereta buat pusingan U

myMetro

MELAKA: “Nasib baik saya paut stereng ke kanan sebaik ternampak kereta berkenaan membuat pusingan U di hadapan, kalau tidak keadaan pasti lebih teruk,” kata pemandu lori simen, Johari Abu Samah, 41, apabila kenderaan dipandunya terbalik ketika cuba mengelak sebuah Proton Saga di Pengkalan Minyak, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi berhampiran kawasan selekoh di hadapan jirat Cina itu, Johari memandu dari Gapam untuk menghantar muatan simen ke tapak projek di Duyong.


Johari berkata, sebaik melepasi kawasan selekoh di situ, dia ternampak sebuah Proton Saga berundur di tepi jalan berkenaan dan menyangkakan pemandunya mahu masuk ke kawasan kebun berhampiran.

Bagaimanapun, katanya, kereta terbabit tiba-tiba membuat pusingan U menyebabkan dia menekan brek sambil memaut stereng ke kanan."

3 nelayan terapung 16 jam

YAN: “Saya panik dan terkejut mendengar letupan kuat di bahagian tepi bot selain melihat bilik penghawa dingin berasap. Saya nampak serpihan penghawa dingin itu turut terpelanting dan terkena papan bot sehingga pecah menyebabkan air mula masuk ke dalam bot.
“Saya reda jika ajal saya sampai pada hari itu kerana sebagai umat Islam, saya percaya qada dan qadar kerana tidak larat bertarung nyawa lebih 16 jam di laut,” kata Mohd Zaini Saad, 55, yang terselamat bersama dua rakannya selepas bot mereka naiki karam di selatan Pulau Payar dalam perairan Langkawi, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa bersama tekong, Chia Chee Miang, 50, dan Mohd Fahmi Idris, 30, sedang memukat ikan.

Mohd Zaini berkata, dia bersama dua rakannya keluar dari pelantar Kuala Kedah kira-kira jam 1 tengah hari kelmarin untuk memukat ikan. “Ketika saya bersama dua lagi rakan memukat ikan, tiba-tiba kami terkejut mendengar letupan kuat di bahagian tepi bot dan melihat kepulan asap di bilik enjin bot berkenaan.

“Air memasuki dalam bot di bahagian depan menyebabkan kami panik dan bergegas mengambil tali sepanjang 10 meter serta tiga pelampung sebelum terjun ke laut. Tidak sampai lima minit bot kami mulai karam,” katanya yang ditemui di Hospital Yan, di sini, semalam.


Menurutnya, dia bersama dua lagi rakannya terpaksa mengikat tali antara satu sama lain bagi mengelak terpisah.

“Nasib baik kami sempat memakai jaket keselamatan. Saya bagaikan mati hidup semula, kerana dalam fikiran saya sudah ingat mati berikutan seluruh badan dan kaki kebas akibat terlalu lama berendam dalam air.

Mohd Zaini berkata, selepas mereka terapung di lautan, dia dan dua rakannya sempat berenang di tengah unjam sambil berpaut pada batang buluh yang terdapat di situ.

“Mujur selepas kami terjun arus laut deras sehingga membawa kami ke tengah unjam itu. Saya dan Chia serta Fahmi sempat berpaut pada batang buluh sehingga bantuan tiba.

“Selepas hampir 16 jam terapung, kami ternampak beberapa bot nelayan melalui kawasan itu, malangnya mereka tidak nampak kami kerana keadaan cuaca yang gelap.


“Namun, kami bersyukur kerana Tuhan masih panjangkan usia kami apabila seorang nelayan melihat kami terkapai-kapai di tengah laut kira-kira jam 9 pagi,” katanya.
myMetro

Nahas langgar belakang kereta




PASIR GUDANG – Seorang penunggang motosikal masih belum sedarkan diri sehingga jam 5 petang semalam, selepas terlibat dalam kemalangan di kawasan susur masuk lampu isyarat Jalan Rinting Masai kira-kira jam 1.15 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Roslan Zainuddin berkata, hasil siasatan awal polis dipercayai motosikal jenis Honda Wave 125 yang ditunggangi mangsa hilang kawalan.

Menurutnya, mangsa, Mohamad Firdaus Mat Kassim, 20, yang menunggang motosikal seorang diri gagal mengawal motosikalnya sehingga berlaku perlanggaran secara langgar belakang pada bahagian kiri sebuah kereta Myvi berwarna putih.

“Secara tiba-tiba sebuah kereta yang sedang berhenti di kawasan susur masuk ke lampu isyarat dilanggar belakang oleh sebuah motorsikal yang dipercayai hilang kawalan.

“Mangsa yang tidak sedarkan diri dipercayai mengalami kecederaan dalaman telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) oleh orang awam yang berada di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Mohd Roslan berkata, sehingga jam 5 petang semalam, mangsa yang beralamat di Jalan Cenderai 14 Taman Megah Ria masih belum sedarkan diri di HSI.

Menurutnya, kereta yang dipandu seorang lelaki beralamat di Jalan Ketapang, Taman Rinting hanya mengalami kerosakan pada bahagian belakang kereta.

“Kes disiasat di bawah RULE 10 LN 166/59,” katanya.
SH

Lelaki ditipu perniagaan import




KLUANG - Seorang lelaki yang terpikat dengan penawaran perniagaan import barangan 'hardware' dengan harga murah membuat laporan polis kerana mendakwa ditipu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner, Mohd Fawzi Arsyad berkata, pengadu ditawarkan untuk menjadi rakan kongsi dan diminta membayar wang deposit sebanyak RM2,000 bagi tujuan kos penghantaran barangan tersebut oleh seorang lelaki.

“Pengadu telah memasukkan wang yang diminta ke dalam akaun suspek.

“Selepas beberapa hari, suspek menghubungi pengadu dan menyuruhnya memasukkan lagi wang sebanyak RM5,000 dengan alasan kos mengimport :barangan telah bertambah.

"Pengadu cuba menghubungi suspek untuk mengetahui status dirinya dalam syarikat tersebut, tetapi suspek memberi perbagai alasan dan akhirnya menghilangkan diri,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, kelmarin.

Mohd Fawzi berkata, ekoran daripada laporan yang dibuat, pada 11 Februari lalu, pegawai penyiasat bersama pasukan ke sebuah bank di Taman Intan, Kluang sebelum dimaklumkan suspek yang menaiki sebuah kereta sedang menghala ke arah Batu Pahat.

“Polis menemui kereta tersebut di persimpangan Taman Saujana, Kluang dan apabila diarahkan keluar daripada kereta, suspek secara tiba-tiba melanggar pintu hadapan kereta polis dan melarikan diri bmenghala ke lebuh raya dan terus menuju ke Johor Bahru.

“Namun, polis berjaya memintas kereta yang dipandu dan menahan dua lelaki,” katanya.

Ekoran penahanan itu katanya, polis menangkap seorang lagi di Taman Melodi, Kluang dan hasil siasatan mendapati kereta yang digunakan adalah kereta curi.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan.

"Semua suspek dituduh di bawah Seksyen 379A Kanun pada 19 Februari lalu dan Mahkamah Majistret mengenakan ikat jamin sebanyak RM29,000," katanya.
SH

Lari berbogel elak dicekup





JOHOR BAHRU – Seorang warganegara asing bertindak melarikan diri dalam keadaan bogel untuk mengelak daripada dicekup polis dalam serbuan ke rumah tumpangan, di sini yang disyaki dijadikan ‘sarang pelacuran’ tidak berhasil.

Tindakan lelaki berusia lingkungan 30-an itu menemui jalan buntu apabila bangunan tiga tingkat itu telah dikepung polis dalam satu operasi jam 2 petang, semalam.

Serbuan dilakukan sepasukan polis daripada Bahagian Judi, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri yang mengadakan serbuan ke dua buah rumah tumpangan di Jalan Wong Ah Fook.

Pegawai Turus D7 IPK Negeri, Deputi Superintendan Mohammad Abd Hamid berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kedua-dua rumah tumpangan tersebut sebenarnya bersambung antara satu sama lain.

“Bertindak atas maklumat orang awam, kita menyerbu premis itu dan berjaya menahan 30 pelacur rakyat tempatan dan 35 pelanggan yang rata-ratanya warganegara asing dari Indonesia dan Bangladesh kerana dipercayai menjalankan aktiviti tidak bermoral.

“Hasil siasatan awal juga mendapati, rumah tumpangan itu telah beroperasi dalam tempoh dua bulan,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi tersebut.

Mohammad berkata, dalam operasi lebih satu jam, seramai 30 pelacur dan 35 pelanggan berusia dalam :lingkungan 22 hingga 35 tahun berjaya ditahan.

Polis turut merampas wang tunai kira-kira RM12,000 selain pelbagai barangan yang digunakan untuk aktiviti tidak bermoral antaranya kondom yang sudah dipakai dan tuala.

Siasatan awal juga mendapati, premis tersebut beroperasi setiap hari dan dipercayai menjadi tumpuan pelanggan terutamanya pada hujung minggu dengan bayaran dikenakan di antara RM60 hingga RM100.

”Semua yang ditahan termasuk seorang ibu ayam telah dibawa ke Balai Polis Sentral di sini untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan,” katanya.

Operasi terbabit membabitkan tiga pegawai dan 15 anggota berakhir jam 3 petang.
SH

Cubaan seludup dipatahkan




LUMUT – Dua cubaan penyeludup keluar anak dan benih kerang berjaya dipatahkan Cawangan Perlindungan Sumber (CPS) Perak, melalui Ops Kuar yang dilaksanakan secara berterusan bermula 17 Februari lalu.

Ketua Pengkalan Utama CPS Negeri, Inwi Eh Kliyau berkata, melalui dua siri gerakan yang dilakukan, pihaknya berjata merampas 270 guni benih kerang dan 16 tin anak kerang dengan nilai keseluruhan berjumlah lebih RM11,000.

Menurutnya, cubaan untuk mengaburi pihak berkuasa dengan menukar modus operandi tidak berjaya apabila dapat dihidu anggota CPS yang melancarkan operasi.

“Operasi pertama 17 Februari lalu telah membawa kepada tahanan dua lelaki berusia lingkungan 23 hingga 30 tahun yang ditahan bersama sebuah kenderaan jenis Proton di kawasan Kuala Sepetang oleh empat anggota CPS Cawangan Kuala Kurau.

“Kita telah mengekori kenderaan suspek selama satu hari, suspek berjaya meloloskan diri ketika cubaan untuk memintas kenderaan di Teluk Intan, bagaimanapun sekatan jalan raya yang kita jalankan di Kuala Sepetang membawa penemuan kepada kenderaan suspek,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat CPS Perak, Kampung Acheh, di sini, semalam.

Bersama penahanan itu, Inwi berkata, pihaknya berjaya menemui 16 tin mengandungi anak kerang berukuran empat milimeter (mm) bernilai RM2,080.

Menurut beliau, kegiatan penyeludupan seumpama itu sebelum ini, dilakukan menggunakan lori, namun gerakan berterusan yang dilakukan CPS menyebabkan suspek mengubah kaedah penyeludupan secara berpecah menggunakan kenderaan ringan bagi mengelak dikesan.

“Hasil maklumat orang ramai, kita berjaya menahan sebuah lori yang dipandu seorang lelak berusia 31 tahun yang ketika itu dalam perjalanan menghala ke utara di Jalan Taiping Simpang Hart.

“Pemeriksaan yang dijalankan ke atas lori berkenaan membawa penemuan 270 guni benih kerang berukuran empat hingga 25 mm yang dianggarkan bernilai RM9,000,” katanya.

Inwi berkata, kejayaan tangkapan yang dijalankan anggota CPS Cawangan Kampung Acheh, Lumut itu hasil komitmen anggota yang sanggup berkampung di lokasi operasi.

Menurut beliau, semua yang ditahan akan didakwa di bawah Peraturan Pemuliharaan dan Kultur Kerang 2002.
SH