Search This Blog

Friday, February 18, 2011

Lelaki dihukum penjara setahun kerana dera anak perempuan secara seksual

SINGAPURA



SEORANG lelaki yang melakukan penderaan seksual terhadap anak perempuannya berusia empat tahun dijatuhi hukuman penjara 12 bulan semalam.
Lelaki berusia 38 tahun itu telah mengaku bersalah awal dari ini di Mahkamah Masyarakat kerana menggesel punggung anaknya itu dengan kemaluannya dan menyentuh kemaluan kanak-kanak itu.Dia melakukan kesalahan itu di rumahnya pada Jun 2009.Mahkamah diberitahu bahawa lelaki itu berada di rumah bersama anaknya itu serta dua anak lelakinya pada hari kejadian.Dia kemudian membawa anak perempuannya itu ke dalam bilik dan meraba pahanya. Setelah itu, dia menyentuh kemaluan anaknya itu sambil menggesel punggung kanak-kanak itu dengan kemaluannya.Sebelum membenarkan anaknya keluar dari bilik itu dia menyuruh anaknya diam dengan meletak jarinya di bibir anak itu.Mahkamah diberitahu bahawa isteri lelaki itu membuat laporan polis pada 25 Julai 2009 setelah anak perempuannya memberitahu bahawa dia telah didera secara seksual oleh ayahnya.Di bawah undang-undang lelaki itu boleh didenda sehingga $4,000 dan/atau dipenjara sehingga empat tahun.Awal dari itu, peguam lelaki itu, Encik Krishna Morthy, memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya itu mempunyai darjah kecerdasan (IQ) rendah.Laporan pakar psikologi Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan (MCYS) mendapati mangsa menderita kesan-kesan psikologi termasuk amat takut pada bapanya dan percaya bapanya tidak menyayanginya.Dokumen mahkamah mencatatkan bahawa demi memuaskan nafsunya, lelaki itu sanggup mengeksploitasi kelemahan anaknya itu apabila isterinya tiada di rumah.
Cyberita Online Singapura

Rusuhan antikerajaan Bahrain: 4 mati, 95 cedera




MANAMA: Unit rusuhan polis Bahrain semalam menyerbu sebuah dataran di Manama awal pagi semalam sambil melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata ke arah para pembantah antikerajaan, hingga menyebabkan empat orang mati, kata para saksi.Keganasan itu disifatkan sebagai langkah pihak berkuasa Bahrain bertindak keras terhadap pembantah dalam usahanya mengelakkan berlakunya pemberontakan ala Tunisia dan Mesir.Sehingga 95 pembantah cedera apabila polis melancarkan operasi mereka di kawasan ikonik Dataran Mutiara (Pearl Square), di sini, tanpa sebarang amaran sekitar 3 pagi (waktu tempatan), semalam.Para pembantah dilihat lintang- pukang sambil memekik-mekik dalam keadaan panik, kata para saksi dan pihak pembangkang.'Mereka menyerang dataran itu, di mana ratusan orang bermalam dalam khemah-khemah di sana,' kata seorang saksi, Encik Fadel Ahmad, 37 tahun.Di hospital Salamiyah, pusat perubatan utama bandar tersebut, kakitangan perubatan sibuk merawat mereka yang cedera, yang dibawa oleh ambulans dan kereta-kereta privet, selepas lebih tiga jam serbuan itu dilancarkan.Kelihatan beberapa wanita yang menangis teresak-esak di kalangan saudara-mara mangsa yang berkumpul di luar hospital itu.Ketika serbuan itu, bunyi letupan dan siren ambulans boleh didengari sehingga beberapa ratus meter dari dataran pusat itu, yang dikepung polis.Para pembantah melarikan diri sambil dikejar oleh pasukan keselamatan itu, sedang sebuah helikopter berlegar di udara.Pihak berkuasa Bahrain, yang mengingkari rayuan Amerika Syarikat supaya menahan tindakannya, berkata mereka tidak mempunyai pilihan lain.'Pasukan keselamatan mengosongkan Dataran Mutiara... selepas semua peluang berdialog diterokai,' kata jurucakap kementerian dalam negeri Bahrain, Jeneral Tarek al-Hassan, dalam satu kenyataan daripada agensi berita rasmi BNA.'Ada yang meninggalkan tempat itu atas kemahuan mereka sendiri, sementara ada yang enggan menyerah kepada undang-undang, yang memerlukan campur tangan menyuraikan mereka,' kata beliau lagi.Ribuan pembantah berhimpun di dataran tersebut, didorong oleh pemerontakan di Tunisia dan Mesir, sejak Selasa lalu. -- AFP.
Cyberita Online Luar Negara

Hari Kemarahan: 14 maut dalam pertempuran di Libya

PERGOLAKAN DI DUNIA ARAB


Pemberontak di empat bandar adakan protes anti-Gaddafi


TRIPOLI: Pemberontak Libya yang mahu menyingkirkan pemimpin negara itu, Kolonel Muammar Gaddafi, melawan satu tindakan keras dan keluar ke jalan-jalan di empat bandar semalam, dalam apa yang digelar 'Hari Kemarahan', di tengah-tengah laporan bahawa sekurang-kurangnya 14 orang maut ketika pertempuran dengan pasukan propemerintah.Kumpulan berpangkalan di New York, Pemerhati Hak Asasi, berkata pasukan keselamatan dalaman Libya juga memberkas 14 orang.Beratus-ratus penyokong pemerintah turut berhimpun di ibu kota Tripoli, hingga menghalang lalu lintas di beberapa kawasan, kata saksi.Satu laman pembangkang dan seorang aktivis anti-Gaddafi berkata kekacauan itu timbul ketika perarakan di empat bandar di Libya semalam.Para penganjur menggunakan laman Facebook dan Twitter bagi menyeru diadakan tunjuk perasaan.'Hari ini rakyat Libya memecahkan tembok ketakutan, ia satu hari baru,' kata seorang ketua pembangkang yang dibuang negeri, Encik Faiz Jibril.Pemerintahan Kolonel Gaddafi dengan segera bertindak menyekat rakyat daripada menyertai gelombang bantahan di Timur Tengah.Ia menggandakan gaji pekerja awam dan membebaskan 110 orang yang disyaki militan yang membangkangnya, taktik serupa yang digunakan rejim Arab lain yang menghadapi pemberontakan.Agensi berita rasmi Jana juga melaporkan, ribuan penyokong Kolonel Gaddafi merancang perhimpunan semalam di Tripoli dan beberapa bandar lain bagi melahirkan 'perpaduan abadi dengan saudara pemimpin revolusi ini'.Saksi-saksi di ibu kota berkata ramai penyokong pemerintah mengibarkan bendera dari tingkap kereta mereka dan melaungkan slogan menyokong Kolonel Gaddafi.Kata mereka, perniagaan seperti biasa di ibu negara itu dan kedai-kedai tetap dibuka.Namun pemberontakan menjadi semakin ganas.Laman pembangkang Libya, Al-Youm, berkata empat pemberontak diserang penembak curi daripada Pasukan Keselamatan Dalaman di Al-Baida, di mana berlaku bantahan Rabu lalu dan semalam. Namun tidak jelas bila pemberontak itu mati.Laman itu juga berkata terdapat demonstrasi di bandar Benghazi.Aktivis Libya berpangkalan di Switzerland, Encik Fathi Al-Warfali, berkata 11 pemberontak terbunuh di Al-Baida malam Rabu lalu dan puluhan orang cedera.Encik Al-Warfali turut berkata dua lagi orang maut di bandar Zentana semalam dan seorang pemberontak maut di Rijban, bandar di barat daya Tripoli.Namun laporan-laporan ini tidak dapat disahkan secara bebas kerana pemerintah Libya mengawal media dengan ketat. -- AP.
Cyberita Online Luar Negara

Mahkamah Pakistan tunda bicara warga AS yang dituduh bunuh



KES JADI TELINGKAH DIPLOMATIK: Dalam gambar fail 28 Januari ini, polis Pakistan menggiring seorang warga Amerika yang diberkas, Raymond Davis, ke sebuah mahkamah di Lahore. Davis dituduh membunuh dua lelaki Pakistan. -- Foto AFP
Mudah cetak
E-mel

18 Feb 2011

LUAR NEGARA



Sama ada tertuduh layak dapat lindungan diplomatik perlu dipastikan


LAHORE (Pakistan): Sebuah mahkamah Pakistan menangguhkan perbicaraan untuk menentukan sama ada seorang warga Amerika Syarikat yang ditahan kerana menembak mati dua lelaki Pakistan ada kekebalan diplomatik.Timbalan Peguam Negara, Encik Naveed Inayat Malik, berkata mahkamah tersebut akan menunggu hingga 14 Mac untuk memberi pemerintah Pakistan lebih masa menyediakan hujah sama ada kakitangan Kedutaan Amerika itu layak mendapat perlindungan diplomatik.Amerika berkata Raymond Davis menembak dua orang bersenjata itu untuk mempertahankan diri apabila mereka cuba merompaknya pada 27 Januari lalu dan penahanannya itu tidak sah mengikut perjanjian diplomatik.Mahkamah Tinggi Lahore memberi Kementerian Luar Pakistan 15 hari untuk menjawab sama ada Davis, yang ditahan reman, mempunyai status diplomatik penuh.Kementerian luar dan peguam bela Amerika semalam membuat pernyataan kepada ketua hakim sebelum cabaran guaman dibuat oleh peguam yang memfailkan petisyen mempersoalkan kedudukan Davis dan menghalangnya daripada meninggalkan negara itu.'Perbuatan Davis tiada kekebalan menyeluruh sebab dia telah melakukan satu jenayah kejam,' kata peguam, Encik Mohammad Azhar Siddique, kepada AFP.Davis berkeras mengatakan apabila dia menembak mati dua lelaki di sebuah jalan sibuk di Lahore, dia hanya cuba mempertahankan diri.Seorang warga Pakistan lain pula mati dilanggar sebuah kenderaan diplomatik Amerika yang datang untuk membantu Davis.Pemerintah Pakistan berdiam diri sejak kejadian itu tetapi pegawai Amerika bertegas mengatakan Davis harus dibebaskan.Perdana Menteri Pakistan, Encik Yousuf Raza Gilani, berkata mahkamah akan menentukan nasib Davis.Namun, beliau juga berkata saudara-mara dua warga Pakistan itu mungkin memaafkan Davis berikutan lawatan Senator Amerika, Encik John Kerry, ke negara itu bagi menyelesaikan hal tersebut.Hubungan Pakistan dan Amerika rapuh kerana Washington melancarkan gerakan memburu militan Taleban di Afghanistan, yang ketuanya dipercayai bersembunyi di sempadan Pakistan.Ramai warga Pakistan masih curiga tentang Davis, yang ditahan dengan membawa senjata dan alat GPS. Polis juga berkata dia bersalah, manakala Amerika pula kurang jelas tentang peranan Davis di Pakistan.Beratus-ratus warga Pakistan menunjuk perasaan menuntut Davis digantung dan media setempat menyebarkan cerita satu komplot pengintipan. Balu salah seorang yang ditembak mati itu pula membunuh diri. -- AFP, AP.
Cyberita Online Luar Negara

Suami isteri ditipu 'doktor' dapat kembali wang RM14,000



MELAKA 17 Feb. - Sepasang suami isteri yang kerugian kira-kira RM14,000 kerana ditipu doktor palsu, kini boleh menarik nafas lega apabila wang tersebut dikembalikan kepada mereka.
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) mengarahkan sebuah syarikat Vibracare ASL membayar RM14,000 iaitu sama jumlah yang dituntut oleh Sarip Sayed, 61, dan isterinya, Salihah Biran, 54, kepada syarikat tersebut dua tahun lalu.
Presidennya, D. Pretam Singh dalam penghakimannya memberitahu, hasil maklumat membuktikan pasangan suami isteri itu telah ditipu oleh syarikat terbabit yang menawarkan pelbagai jenis ubat namun gagal menyembuhkan penyakit mereka.
"Oleh itu, TTPM mengarahkan pihak penentang supaya membayar sebanyak RM14,000 kepada penuntut bermula tarikh penghakiman yang dibuat hari ini.
"Apa yang saya boleh katakan, penuntut sendiri perlu berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan apatah lagi ia melibatkan wang," katanya pada sidang TTPM di Wisma Persekutuan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini.
Sementara itu Salihah ketika ditemui memberitahu, kali pertama dia dan suami bertemu dengan 'doktor' terbabit ialah pada 14 Oktober 2009 di rumah lelaki itu di Taman Merak, Bukit Katil di sini.
"Apabila sampai di rumahnya, lelaki itu yang memakai stetoskop di leher memperkenalkan dirinya sebagai 'doktor' dan dia kemudian mengambil gambar mata saya dan memaparkannya di skrin besar sebelum menjelaskan saya turut mempunyai penyakit buah pinggang yang perlu dirawat segera sebelum melarat," katanya.
Kata Salihah lagi, sepanjang sesi penerangan itu, lelaki tersebut tidak berhenti-henti menyebut nama Allah dan berjanji akan merawat penyakit mereka sehingga sembuh tetapi perlu menggunakan ubatan herba yang dibekalkan pada harga RM14,000.
Kata Salihah, lelaki itu juga bijak memujuk dia dan suami supaya mengeluarkan simpanan di Tabung Haji dengan mengatakan tidak guna menunaikan haji sekiranya badan tidak sihat dan selalu sakit-sakit.
Tambahnya, selepas sebulan menggunakan 'ubat' yang diberikan oleh lelaki terbabit, penyakit yang dihadapi semakin teruk dan terkejut apabila 'doktor' terbabit mengarahkannya mendapatkan rawatan susulan di hospital.
Menurut Salihah, kata-kata lelaki tersebut berbeza dengan jaminan yang pernah dibuatnya sebelum ini yang berjanji akan merawat mereka sekeluarga sehingga sembuh.
"Setelah berasa tertipu, saya dan suami kemudian memfailkan tuntutan di TTPM pada 8 Februari 2009 dan membuat laporan polis pada 8 Januari 2010," katanya.
Utusan Malaysia Online - Mahkamah

Dua kereta api berlanggar, empat terbunuh




Anggota bomba membantu mangsa yang terselamat dalam kejadian dua buah kereta api berlanggar dekat stesen San Miguel, di pinggir Buenos Aires, semalam. - REUTERS


BUENOS AIRES 17 Feb. - Sekurang-kurangnya empat terbunuh, manakala 70 lagi cedera apabila dua kereta api penumpang berlanggar di sebuah kawasan di pinggir bandar Buenos Aires.
Para pegawai berkata, dalam kejadian pada kira-kira pukul 7 petang (6 pagi waktu Malaysia) itu, sebuah kereta api jarak jauh berlanggar dengan sebuah kereta api tempatan yang penuh dengan penumpang pada waktu puncak yang berlepas dari stesen Retira, menghubungkan kawasan luar bandar di utara dan barat laut negara ini.
''Seramai empat terbunuh dan 14 yang lain cedera teruk,'' kata Gabenor Wilayah Buenos Aires, Daniel Scioli.
Pengarah Hospital Larcade de San Miguel, Herman Galimberti berkata, kira-kira 70 orang yang cedera telah dibawa kepada hospital itu.
''Sebanyak 12 kanak-kanak merupakan antara yang cedera,'' katanya.
Ketua jabatan bomba tempatan, Oscar Ferrari berkata, sekurang-kurangnya tiga maut di tempat kejadian dan mayat mereka terperangkap dalam badan kereta api.
''Para penyelamat juga berjaya menyelamatkan tiga yang terperangkap dalam kereta api itu,'' katanya. - AFP
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Lelaki mati dibelasah ditemui



SENAI – Seorang lelaki yang dibelasah teruk ditemui mati oleh seorang pekerja ladang kelapa sawit, kira-kira 100 meter dari Jalan Johor Bahru-Kong Kong, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintenden Roslan Zainuddin berkata polis menerima panggilan sekitar 2.15 pagi, Isnin lalu setelah seorang pekerja ladang yang sedang dalam perjalanan pulang, dikatakan telah tersandung pada tubuh yang berlumuran darah di ladang kelapa sawit :berhampiran Kong Kong.

"Siasatan awal mendapati bahawa lelaki tersebut telah dipukul beberapa kali di kepala dengan senjata tumpul.

"Bagaimanapun polis tidak menemui sebarang objek yang dijadikan senjata di tempat kejadian,” katanya semalam.

Roslan berkata, polis percaya mayat lelaki terbabit adalah warga tempatan walaupun tiada dokumen pengenalan diri pada mangsa.

”Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sultan Ismail (HSI) mengesahkan lelaki terbabit mati akibat kecederaan parah di kepala dipercayai dipukul dengan objek tumpul,” katanya.

Roslan berkata, setakat ini tiada penangkapan telah dibuat dan kes terbabit diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai ahli keluarga atau rakan yang hilang atau maklumat mengenai kes terbabit memaklumkan ke talian hotline polis di 07-2212 999 atau kunjungi pejabat polis terdekat.
SH

Buruh rogol anak saudara



JOHOR BAHRU- Seorang buruh menerima padah dipenjara dua tahun dan satu sebatan selepas didapati bersalah merogol seorang anak saudaranya, tiga tahun lalu.

Tertuduh mengaku bersalah di hadapan Hakim Nu’ Aman Mahmud Zuhudi di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas dakwaan melakukan perbuatan terbabit ke atas seorang remaja bawah umur, 14 tahun di kediaman tertuduh di Parit Sulong, Rengit pada November 2007.

Mengikut fakta kes pada 13 November pada jam 10 pagi, pengadu iaitu ibu mangsa telah diberitahu anak perempuannya ketika itu berusia 14 tahun telah melahirkan seorang bayi lelaki di dalam tandas rumah mereka di Benut, Pontian.

Hasil daripada siasatan itu, remaja terbabit mengaku anak yang dilahirkan adalah hasil hubungannya dengan tertuduh di mana tertuduh adalah adik ipar ibu mangsa.

Menurut remaja tersebut, dia telah pergi ke rumah tertuduh pada hari kejadian, dan pada jam 4 pagi, mangsa telah diajak oleh tertuduh untuk melakukan: seks dan bertindak merogol mangsa.

Berikutan kejadian itu, tertuduh telah dirogol beberapa kali pada bulan Disember 2007 di rumah mangsa ketika ketiadaan ahli keluarga yang lain dan didakwa melakukan tindakan yang sama sebanyak 11 kali sama ada di rumah tertuduh mahupun mangsa.

Analisa darah tertuduh, mangsa dan seorang bayi lelaki telah dihantar ke Jabatan Kimia Petaling Jaya dan ujian paternity mengesahkan tertuduh dan mangsa adalah ibu bapa kandung bayi terbabit yang dilahirkan pada 13 November 2008.

Kes terbabit yang disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Jasmee Hameeza Jaafar Azreen dan Yas Mohammad Ramli, manakala tertuduh diwakili Peguambela Tarmeze Mohd Taib.

Dalam rayuannya, tertuduh yang kini telah berkahwin dan mempunyai seorang anak merayu agar tidak dikenakan hukuman sebatan dan telah insaf atas perbuatannya.
SH

Anak lari selamatkan diri




BIDOR – Dua rumah kakitangan Polis Gerakan Am (PGA) Bidor, di sini musnah dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku, pagi kelmarin.

Mangsa, Uda Gerentel, 44, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11 itu, dia sedang bertugas dan meninggalkan anak perempuan berusia 19 tahun seorang diri di rumah berkenaan.

Bagaimanapun, menurutnya, kebakaran itu disedari anaknya sebelum bertindak melarikan diri dan menghubungi balai bomba.

“Memang anak saya tinggal seorang kerana kebetulan isteri saya pulang ke kampung, mujurlah dia sempat melarikan diri, syukur dia selamat, hanya rumah sahaja yang hangus,” katanya kepada Sinar Harian.

Akibat kejadian itu, Uda mengalami kerugian hampir RM20,000 apabila semua peralatan dan kelengkapan rumahnya musnah.

Uda berkata, dia tidak menolak kemungkinan kejadian berlaku berpunca daripada litar pintas.

“Kejadian ini benar-benar mengejutkan saya dan anak kerana tidak menyangka akan berlaku, buat sementara waktu ini, saya dan keluarga akan menetap di rumah kakitangan yang kosong,” katanya.

Dua jentera bersama 10 anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian dan mengambil masa hampir 10 minit untuk mengawal kebakaran.

Pegawai Operasi Balai Bomba Bidor, Nazri Salleh berkata, pihaknya mengalami sedikit kesukaran semasa operasi memadam dijalankan kerana tekanan air yang rendah.

Menurutnya, usaha bomba selain memadam kebakaran adalah untuk mengawal api daripada merebak ke bahagian rumah lain.

“Keadaan struktur rumah kakitangan di sini kebanyakannya sudah lama dan dibina daripada papan menyebabkan mudah api merebak,” katanya.

Nazri berkata, tiada kemalangan jiwa atau mangsa cedera dilaporkan berlaku, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca dan jumlah kerugian.
SH

Jentera pengaut padam kebakaran




SUNGAI LIMAU DALAM- Dua jentera pengaut terpaksa digunakan untuk memadam 600 bongkah jerami dalam kebakaran di Gudang Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Limau Dalam pada jam kira-kira 4.30 petang, semalam.

Berikutan keadaan jerami yang padat dan tinggi, bantuan jentera pengaut diperlukan untuk memudahkan bomba memadamkan kebakaran.

Difahamkan, kebakaran berpunca daripada percikan bara api berikutan kerja kimpalan membetulkan tiang di gudang berkenaan.

Sebanyak tujuh jentera bomba sukarela dan dua jentera Bomba dan Penyelamat cawangan Guar Chempedak dan Yan membantu memadamkan kebakaran.

Saksi kejadian, Sofiah Salleh berkata, kebakaran disedarinya pada jam 4.30 petang.

“Ketika itu saya ingin mengambil baju di ampaian. Kemudian saya nampak kepulan asap datang dari arah gundang jerami. Saya ingat orang bakar sampah. Tetapi makin lama, makin banyak asapnya. Selepas itu saya terus menghubungi bomba,” katanya.

“Pihak bomba dan penyelamat terpaksa mengambil masa lima jam untuk memastikan kebakaran tersebut dapat dipadamkan dengan sepenuhnya,” katanya.

Menurutnya, tekanan air rendah menyebabkan pasukan bomba sukarela terpaksa menggunakan air longkang.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Limau Dalam, Datuk Ismail Arshad berkata, kerugian dianggarkan mencecah RM100,000

“Semua jerami akan dihantar ke Pahang dan Australia untuk ternakan lembu. Kerugian termasuk bumbung gudang yang baru saja dibina.

“Pada 16 Februari tahun lepas, PPK Sungai Limau Dalam pernah mengalami kebakaran di bahagian stor racun yang mencatatkan kerugian yang juga mencecah RM100,000. Kejadian tersebut berlaku pada Khamis sama seperti kebakaran pada hari ini (semalam),” katanya kepada Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Ismail Abu mengesahkan kejadian tersebut.
SH

Isteri tipu suami, buat maksiat




SUNGAI ULAR - Isteri kepada pesara polis ditangkap khalwat bersama seorang lelaki warga Bangladesh berusia 31 tahun di sebuah rumah kongsi dekat sini kira-kira jam 1.15 pagi kelmarin.

Ketika tangkapan dibuat, si perempuan hanya memakai baju kurung dan kain batik manakala lelaki itu berbaju kemeja T dan memakai kain pelikat.

Ketua Unit Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK), Azmi Rejab berkata, dari siasatan dijalankan, perempuan itu masih bergelar isteri dan mempunyai tiga anak.

Katanya, perempuan itu tinggal di Sungai Buloh, Selangor dan bekerja sebagai juruwang.

Menurutnya, PADK sampai di tempat kejadian dan membuat pemantauan serta mengepung rumah kongsi berkenaan sebelum serbuan dibuat.

Beliau berkata, penguat kuasa PADK kemudiannya memperkenalkan diri dan meminta pasangan itu membuka pintu dan apabila pemeriksaan dibuat, PADK mendapati ada seorang wanita di dalam bilik dan pasangan itu mengaku mereka tidak mempunyai hubungan mahram.

“PADK menerima maklumat daripada orang ramai mengenai kehadiran perempuan itu ke rumah kongsi berkenaan sebelum membuat serbuan. Perempuan yang masih berstatuskan isteri orang dan beranak tiga ini sudah lama berhubungan dengan lelaki warga Bangladesh ini. Dalam keterangan dibuat oleh perempuan itu ketika siasatan dijalankan mendapati dia berbohong kepada suaminya dengan menyatakan dia terpaksa pergi ke Pendang untuk mengikuti kursus penyediaan mi.

“Suaminya menghantar isterinya itu di hentian bas bagi tujuan berkenaan. Perempuan ini kemudiannya turun di stesen bas Kulim dan menghubungi lelaki terbabit dengan niat bermalam di rumah kekasihnya itu. Perempuan itu masuk ke rumah kongsi kekasihnya kira-kira jam 10 malam,” katanya.

Menurutnya, pasangan itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim dengan menaiki van PADK untuk membuat laporan tangkapan terhadap diri mereka.

Katanya, mereka akan disiasat mengikut Seksyen 9 (1) (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 kerana berkhalwat.

“Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman setahun penjara atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

“Selepas membuat laporan terhadap kedua-dua pasangan itu, mereka kemudiannya di tahan di lokap secara berasingan,” katanya.

Beliau berkata, mereka dibebaskan keesokan harinya setelah membayar wang jaminan diri RM1,000 setiap seorang.

“PADK akan mengarahkan pasangan itu hadir ke mahkamah untuk dibicarakan pada tarikh yang akan ditetapkan. Sekiranya ingkar berbuat demikian, waran tangkap akan dikeluarkan terhadap mereka,” katanya.
SH

Waspada lelaki gila seks




TELOK DATOK - Ibu bapa dinasihatkan supaya mengawasi anak mereka terutama pada waktu petang berikutan terdapat aduan berkenaan seorang remaja lelaki berusia sekitar 20-an yang menaiki motosikal jenis Honda EX-5, sering mengambil gambar anak perempuan menggunakan telefon bimbit.

Ketua Unit Skim Rondaan Sukarela (SRS), Kawasan Rukun Tetangga Taman Seri Telok Datok, Zawalajam Mashod berkata, pada hujung tahun lalu, suspek pernah ditahan pihak SRS kerana mengambil gambar sekumpulan remaja perempuan.

Menurutnya, kini difahamkan sekali lagi remaja berkenaan menunjuk serta menyuruh remaja perempuan memegang kemaluannya sehingga menyebabkan kerisauan kepada ibu bapa penjaga.

“Dalam pada itu, suspek juga sering menghampiri mangsa atas alasan hendak bertanya alamat yang ada di dalam telefon bimbit tetapi apa yang tertera di skrin telefon bimbit miliknya ialah gambar lucah.

“Kebiasaannya suspek akan melakukan perbuatan tersebut di kawasan lorong yang kecil, bagaimanapun sehingga hari ini keluarga mangsa yang terlibat tidak membuat laporan polis,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Zawalajam berkata, ibu bapa dinasihatkan membuat melaporkan segera kepada polis sekiranya perkara berkenaan berlaku kepada anak mereka.

“Kita tidak mahu aktiviti tidak sopan berkenaan berleluasa di taman berkenaan sehingga menyebabkan kebanyakan remaja perempuan berasa takut,” katanya.
SH

Cubaan seludup dadah tumpas



PERAI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan cubaan menyeludup dadah jenis syabu oleh warga asing apabila seorang lelaki Iran ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) jam 3.15 petang, 16 Februari lalu.

Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan Negeri, R Mariappa berkata, lelaki berusia 26 tahun itu ditahan Pegawai Kastam Bahagian Unit Khas Pemeriksaan Penumpang (UKPP) selepas mendapati bagasi yang dibawanya mempunyai objek meragukan ketika diimbas.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut ke atas bagasi terbabit oleh Pegawai Cawangan Narkotik JKDM berjaya menemui lima bungkusan kertas karbon berwarna biru yang disaluti plastik lut sinar mengandungi hablur kristal dipercayai syabu disorok dalam ruang khas di bahagian belakang bagasi berkenaan.

“Lelaki berkenaan menaiki kapal terbang transit Dubai ke Singapura dan seterusnya ke Pulau Pinang. Hasil pemeriksaan ke atas bagasinya mendapati lima paket dadah jenis syabu seberat 3.5 kilogram disorokkan di satu ruang khas di bahagian belakang bagasi dengan anggaran nilai pasaran sebanyak RM875,000.

“Ini adalah rampasan ketiga membabitkan cubaan menyeludup dadah melalui lapangan terbang selepas satu kes pada 9 Januari lalu dan terbaru seorang wanita warga Uganda ditahan kerana membawa dadah seberat 3 kilogram, 11 Februari lalu,” katanya pada satu sidang media di Kompleks Pencegah Negeri, di sini, semalam.

Dalam pada itu beliau berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu baru pertama kali datang ke negara ini dan mendaftarkan diri sebagai pelancong.

Begitu pun, beliau menolak kemungkinan sindiket ada kaitan antara satu sama lain.

Mariappa berkata, lelaki itu kini direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
SH

Dua beradik dipenjara tujuh tahun




KUALA TERENGGANU - Dua beradik dijatuhi hukuman tujuh tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas didapati bersalah membunuh tanpa niat abang tiri mereka pada tahun 2007.

Walau bagaimanapun, Hakim Tuan Azman Mustapha membenarkan pelaksanaan hukuman yang sepatutnya berkuat kuasa pada tarikh semalam ditangguhkan bagi memberi peluang kepada kedua-dua tertuduh, Mohd Hairul Faiza Yahaya, 30 dan Mohd Hairul Anuar Yahaya, 27, membuat rayuan di Mahkamah Tinggi melalui peguam bela mereka, Nik Mohd Radhia Nik Abdul Ghani.

Kedua-dua tertuduh yang beralamat dari Felda Kerteh 5, Ketengah Jaya, Dungun sebelum ini dituduh melaksanakan niat bersama dengan melakukan perbuatan membunuh tanpa niat ke atas mangsa, Mohd Nazli Yahya yang juga abang tiri mereka di rumah No.28, Felda Kerteh 5, Ke tengah Jaya, Dungun pada 4 Oktober 2007 jam 11.30 malam.

Oleh itu, mereka didapati melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang sama jika disabitkan kesala-han boleh dipenjara maksimum 20 tahun.

Kedua-dua tertuduh yang memakai seluar jeans dan berbaju kemeja berwarna putih kelihatan tenang sejurus hukuman dijatuhkan.
SH

Lagak samseng bawa padah




BIJANGGA - Lagak dua kumpulan remaja ibarat samseng ‘Kampung Dusun’ dalam filem P Ramlee tidak ke mana apabila mereka ditahan polis selepas terbabit dalam pergaduhan dekat sini, malam kelmarin.

Pergaduhan melibatkan dua kumpulan remaja dari Kampung Tok Kah dan Bijangga di Dataran Dewan Merdeka itu, dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati berikutan salah seorang daripada remaja terbabit melakukan sedikit ubah suai serta mengambil komponen pada motosikal dipinjam daripada rakannya.

Sehubungan itu, remaja dipercayai pemilik motosikal itu telah memarahi rakannya lalu berlaku pergaduhan sebelum salah seorang cedera ringan dipercayai akibat dipukul.

Tidak puas hati dengan kejadian itu, mangsa dikatakan bertindak memanggil beberapa lagi rakannya yang lain sebelum ke Kampung Bijangga untuk bertemu rakan yang memukulnya, lalu berlaku satu lagi pergaduhan membabitkan dua kumpulan.

Dalam pergaduhan� secara berkumpulan membabitkan remaja kebanyakannya berusia 20-an itu, salah seorang daripadanya dikatakan mengalami kecederaan serius di bahagian kepala sebelum dihantar ke Hospital Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk menerima rawatan lanjut.

Sebaik menerima maklumat dari orang ramai, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi terbabit, lapan remaja dipercayai terlibat dengan pergaduhan itu ditahan dalam tiga serbuan berasingan untuk membantu siasatan.

Ketua Polis daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kejadian terbabit dan kesemua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
SH

Anak warden penjara maut




MARANG - “Saya pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa apabila adik beria-ria ingin tinggal dengan ibu dan ayah di berek Penjara Marang, tetapi ia sebenarnya petanda dia akan pergi buat selama-lamanya,” kata Tengku Alina Tuan Mustapha, 23.

Tengku Alina adalah kakak kepada Allahyarham Tuan Mohd Shafiq, 20, yang maut dalam kejadian kemalangan di Kilometer 26.5 jalan Kuala Terengganu ke Kuantan di Kampung Alur Tuman, Pulau Kerengga di sini, pagi semalam.

Dalam kemalangan itu, mangsa dipercayai maut ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Kuala Terengganu apabila motosikal ditunggangnya merempuh seekor kerbau semasa tiba di tempat kejadian kira-kira 7.30 pagi.

Tengku Alina berkata, dia menerima panggilan telefon daripada ibunya, Azizah Yusof, 40-an kira-kira 7.45 pagi bagi memaklumkan kejadian itu, namun dia masih tidak dapat menerima bahawa kejadian itu menimpa adik kesayangannya.

“Ibu menghubungi saya untuk memaklumkan mengenai kejadian itu. Saya kemudiannya menghubungi suami saya untuk pergi ke tempat kejadian bagi melihat sendiri apa sebenarnya berlaku,” kata-nya kepada Sinar Harian.

Setiba di tempat kejadian Tengku Alina dan suaminya, Raimie Razali, 34, tidak dapat menahan air mata apabila melihat tubuh arwah adiknya masih terbaring di atas jalan raya.

Menurut Tengku Alina, arwah ialah pelajar di Politeknik Dungun dan baru mula bekerja dua hari lalu selepas cutinya berakhir Selasa lalu dan sedang menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat swasta di Losong, Kuala Terengganu.



Kali terakhir kakak bonceng motosikal

Lebih menyedihkan kata Tengku Alina, sehari sebelum kejadian iaitu pada Rabu lalu dia juga menumpang motosikal adiknya itu untuk ke tempat kerja di Kuala Terengganu selepas kedua mereka bermalam di rumah keluarga di berek Penjara Marang.

“Saya tidak menyangka arwah menerima nasib sebegini malang kerana sehari sebelum kejadian saya juga membonceng motosikal bersamanya untuk ke tempat kerja dari rumah keluarga kami di berek Penjara Marang. Itulah kali terakhir saya bersama arwah,” katanya yang turut memberitahu bahawa adiknya bercuti selama empat hari kerana membantu melancarkan urusan perkahwinannya Jumaat minggu lalu.

Malah kata anak warden penjara ini, selepas cuti adiknya berakhir Selasa lalu, arwah seolah-olah tidak mahu tinggal di rumah sewanya di Losong bersama rakannya sehingga sanggup balik ke rumah keluarga di berek Penjara Marang sehari sebelum kemalangan untuk menonton perlawanan bola sepak.



Kawasan berisiko kemalangan

Ketua Polis daerah Marang, Deputi Superintendan, Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan mengenai kejadian itu berkata, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha dilaporkan dalam perjalanan ke arah Kuala Terengganu.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga manakala kerbau terbabit dipercayai masih hidup, tetapi gagal dikesan selepas kejadian.

Dalam pada itu, Ahmad Mazlan turut mengingatkan pengguna jalan raya yang menggunakan laluan utama dari Pulau Kerengga ke Kelulut di sini, sentiasa berhati-hati terutama penunggang motosikal kerana risiko kemalangan mudah berlaku di kawasan itu.

“Semua pengguna jalan raya perlu sentiasa prihatin terhadap keadaan jalan, pejalan kaki, penunggang motosikal dan basikal termasuk haiwan yang melintas bagi mengelak kejadian seperti ini berulang.

“Lebih-lebih lagi dengan keadaan jalan yang bengkang-bengkok sepanjang Pulau Kerangga ke Kelulut,” katanya yang turut menyifatkan kawasan berkenaan mudah berlaku kemalangan yang membabitkan penunggang motosikal.

Sementara itu, seorang pengguna jalan raya, Siti Maisarah Taib, 30, berkata, selain pihak berkuasa, masyarakat khususnya pemilik haiwan ternakan harus berganding bahu menangani masalah yang seakan-akan tidak berpenghujung ini.

Menurut Penyelaras Puteri UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang ini, masalah haiwan ternakan berkeliaran di atas jalan raya bukan satu masalah baru dan ia tidak seharusnya diletakkan di bahu satu pihak sahaja.

“Dalam hal sebegini, kita tidak boleh menuding jari kepada pihak berkuasa kerana pemilik haiwan juga perlu bertanggungjawab. Kemalangan seperti ini dapat dielakkan apabila semua pihak bekerjasama,” katanya.

Sementara, Abdullah Aziz, 34, berkata, apa yang dilakukan pihak berkuasa bukan sahaja untuk mencegah haiwan peliharaan mereka tidak berkeliaran, tetapi untuk kebaikan semua pihak terutama pengguna jalan raya.

Difahamkan, haiwan ditangkap dikenakan bayaran kompaun RM250 seekor manakala denda sebanyak RM10 sehari sepanjang di bawah jagaan pihak berkuasa tempatan.
SH

Premis dua tingkat musnah




KOTA BHARU - Seorang peniaga kedai Hardware Teck Seng kerugian kira-kira RM300,000 selepas premis dua tingkat diusahakan sejak 20 tahun lalu musnah dalam kebakaran di Batu 2, Jalan Kuala Krai di sini kira-kira jam 8.30 malam semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri, Annurrul Hakim Mohny berkata, pihaknya ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kira-kira jam 8.40 malam dan jentera Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darul Naim yang pertama sampai di lokasi pada jam 8.46 malam.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian api marak dan anggotanya terpaksa memotong kunci pintu utama untuk masuk ke dalam premis tersebut kerana api di bahagian dalamnya sudah besar dan bomba mengambil masa lebih sejam untuk mengawal sepenuhnya kebakaran.

“Anggota mengalami kesukaran untuk memadamkan kebakaran kerana di laluan bahagian belakang premis dihalang oleh konkrit dan bagaimanapun kami tetap bertungkus-lumus memadamnya walaupun pada ketika itu juga tekanan air rendah.

“Kami dengan kerjasama orang awam juga terpaksa memecahkan cermin tingkap dua kenderaan yang diletakkan di hadapan kedai terbabit bagi mengelaknya daripada terbakar kerana api sangat besar,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian malam semalam.

Menurutnya, selain tekanan air yang rendah di kawasan itu menambah lagi kesukaran menyebabkan anggota terpaksa menggunakan dua tangki air yang dibawa dari balai berhampiran termasuk juga enam jentera bergegas ke lokasi kejadian.

Dalam pada itu, ketika anggota bomba berusaha memadam kebakaran terdapat beberapa letupan berlaku dan anggota bomba terpaksa berundur dari dalam premis kerana ia tidak selamat disebabkan bahan binaan mula runtuh dan api semakin marak yang hampir mengena pada premis berdekatan.

Bagaimanapun, orang ramai di tempat kejadian memuji tindakan tangkas bomba dengan kekuatan seramai 52 anggota kerana berjaya memadam kebakaran dan mengelak beberapa premis berdekatan terbakar walaupun api sangat besar serta berlakunya letupan.

Tindakan cepat anggota bomba juga turut berjaya menyelamatkan beberapa premis perniagaan di kawasan berdekatan dengan anggaran RM500,000 nilaian yang nyaris turut terbakar tanpa bantuan bomba dan bomba masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kejadian.

Turut sama ketika operasi berkenaan ialah Pengarah Bomba negeri, Azmi Osman bersama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Ketereh, Kota Darulnaim, Pengkalan Chepa dan Pengkalan Kubor termasuk anggota Skuad Bomba Sukarela.

Sementara itu, seorang saksi kejadian, Mohd Rosdi Jaafar, 35, berkata, ketika kejadian dia membaiki kereta kira-kira 30 meter dari premis terbabit dan terus menghubungi balai bomba setelah melihat asap keluar dari kedai tersebut.

Jiran mangsa, Lo Lim Swee berkata, dia menyedari kejadian itu kira-kira jam 8,30 malam selepas keluar rumah untuk membuang sampah.

“Saya terkejut melihat kepulan asap dan terus menelefon polis, bagaimanapun tidak dapat menghubungi pemiliknya kerana tidak mempunyai nombor telefonnya,” katanya.

Turut melawat tapak kejadian ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bunut Payong, Datuk Takiyuddin Hassan.
SH

Kes penculikan tumpas 24 jam




BUKIT BERUANG - Polis Diraja Malaysia (PDRM) kontinjen negeri berjaya menumpaskan kes penculikan membabitkan seorang penolong pengurus kilang di kawasan Perindustrian Cheng, 14 Februari lalu.

Ketua Polis Negeri, Senior Asisten Komisioner Datuk Chuah Ghee Lye berkata, mangsa adalah lelaki berbangsa Cina berumur 39 tahun.

Menurutnya, mangsa dilaporkan diculik sekumpulan penjenayah, tujuh daripadanya berbangsa Melayu dan seorang berbangsa India di hadapan kilang berkenaan sekitar jam 6 petang sewaktu mahu memasuki kenderaannya.

“Mangsa kemudian dikurung dalam sebuah rumah sewa yang juga inap desa di Batu Berendam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini.

:Hadir sama, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Raja Sharom Raja Abdullah.

Ghee Lye berkata, kes berkenaan berjaya diselesaikan dalam masa 24 jam selepas polis bertindak atas maklumat awal dan petunjuk yang diberikan.

“Daripada laporan daripada keluarga mangsa, mereka risau apabila mangsa tidak pulang ke rumah seperti biasa.

“Mereka juga terkejut apabila menerima panggilan daripada individu tidak dikenali sekitar jam 11.30 malam yang meminta menyediakan wang tebusan berjumlah RM500,000,” katanya.

Menurutnya, mangsa berjaya dikesan jiran apabila berjaya meloloskan diri dengan membuka pita pelekat yang ditampal di mulutnya dan menjerit meminta tolong.

“Jiran berhampiran kawasan inap desa berkenaan memaklumkan kepada pemilik kediaman terbabit dan dia datang membukanya dengan menggunakan kunci pendua.

“Sejurus mangsa diselamatkan, dia dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan anggota polis terus melakukan siasatan serta rondaan di kawasan inap desa berkenaan,” katanya.

Ghee Lye berkata, pihaknya bertembung dengan dua individu mencurigakan dan hasil siasatan mendapati mereka berdua adalah ahli kumpulan culik berkenaan.

“Daripada soal siasat awal, polis berjaya menahan enam lagi suspek berumur dalam lingkungan 18 hingga 41 tahun di sekitar Bandaraya Melaka.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Culik 1961 dan sabit kesalahan, semua suspek berdepan hukuman penjara seumur hidup, sebatan dan juga turut hukuman mati,” katanya.
SH

Kopiah, cek dipegang terpelanting sekelip mata




MELAKA - “Dalam sekelip mata saja saya terasa sesuatu menyondol belakang saya mengakibatkan saya tercampak dan terjatuh. Kopiah putih serta cek saya pegang terpelanting,” kata seorang warga emas, Ismail Bidin, 61, mengenai kemalangan yang menimpanya di hadapan :bangunan Digital Mall, Jalan Hang Tuah, dekat sini, semalam.

Ismail yang juga Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Yaakub Md Amin berkata, kemalangan itu berlaku apabila sebuah lori membawa cecair kumbahan milik Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang secara tiba-tiba gagal dikawal, lalu terbalik hingga terkena kereta jenis Honda Civic miliknya yang diletakkan di ruang letak kereta di bahu jalan.

Mujur katanya, dia hanya mengalami sedikit luka di lengan kiri setelah tercampak lalu tertiarap di atas jalan.

“Kemalangan berlaku kira-kira jam 11.40 pagi, sebaik saja saya mengambil barang iaitu buku cek yang diletakkan di tempat duduk belakang kereta untuk melakukan urusan di sebuah bank berhampiran.

“Apabila saya menutup pintu belakang dan ketika itu saya masih berdiri di luar sebelah pintu pemandu secara tiba-tiba terdengar bunyi deruman.

“Semasa jatuh saya sempat menahan diri saya dengan siku menyebabkan siku kiri saya mengalami calar. Nasib baik hanya belakang kereta saya saja terkena rempuhan lori itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Ismail berkata, sekiranya dia masih dalam kedudukan membongkok mengambil cek berkenaan di tempat duduk belakang sudah pasti keadaannya lebih buruk lagi.

“Saya benar-benar tidak menyangka lori berkenaan boleh terbabas begitu jauh hingga tersasar ke ke tempat letak kereta saya. Kejadian ini memang amat memeranjatkan, bagaimanapun saya bersyukur kerana terselamat daripada sebarang musibah lebih buruk lagi,” katanya.

Sementara itu, difahamkan lori terbabit dipercayai gagal dikawal semasa membelok keluar dari lorong persimpangan lampu isyarat bersebelahan bangunan Bank Rakyat di situ.

Bagaimanapun, pemandu kakitangan MBMB dan rakannya itu dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Sementara itu, Yaakub yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri, turut berada di tempat kejadian sejurus selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.
SH

Padah buang bayi




AYER KEROH - Seorang pelajar :perempuan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dijatuhi hukuman penjara 18 bulan setelah didapati bersalah menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat seorang bayi, Ogos lalu.

Majistret Aishah Hijriah Arshad menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Ratinah Rahmat, 22, semalam, selepas meneliti segala fakta yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat, termasuk pengakuan bersalah tertuduh.

Ratinah dituduh menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat bayi lelaki berkenaan dengan sulit di dalam tandas perempuan Wad Kecemasan Hospital Melaka pada 17 Ogos tahun lalu, antara jam 2.30 dan 3 pagi.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun berserta denda atau kedua-dua sekali.

Sementara itu, dalam mitigasinya, Ratinah menerusi peguam belanya, Hisyammudin Al Amin, memohon supaya pihak mahkamah meringankan hukuman atas alasan ia adalah kesalahan tertuduh yang pertama.

“Selain itu, tertuduh juga sudah insaf dan oleh itu seharusnya diberi peluang untuk memperbaiki dirinya,” katanya.

Bagaimanapun, Mahadi memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh berikutan kes seumpama itu sudah terlalu kerap berlaku.
SH

Samun pelajar sekolah, ‘polis’ masuk penjara




KUANTAN - Rayuan seorang ‘anggota polis’ mohon hukuman diringankan kerana terpaksa menyara ibu gagal melepaskan diri daripada hukuman penjara sebaliknya dia terpaksa meringkuk dalam tirai besi itu selama enam bulan dan didenda RM1,000 atau dua bulan penjara jika gagal menjelaskan denda terbabit.

Hukuman ke atas tertuduh, Abdul Khalil Kamarulzaman, 31 dari Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Balok Baru dekat sini itu diputuskan Majistret Nordiana Abdul Aziz selepas mengaku bersalah dalam Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas tuduhan menyamar sebagai anggota polis, 12 Februari lalu.

Dalam rayuannya juga, tertuduh yang tidak diwakili peguam mengakui tidak mempunyai rekod lampau dan kesalahan itu kali pertama dilakukan.

Dia yang hanya bekerja kampung dengan pendapatan kira-kira RM80 seminggu terpaksa menyara ibunya bagaimanapun dia berkata tanggungjawab itu turut dipikul seorang lagi adiknya.

Berdasarkan pertuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Ahmad Nazari, tertuduh bersama seorang rakan yang masih bebas didakwa menyamar sebagai anggota polis sebelum mengarahkan dua mangsanya menyerahkan barang berharga ketika berada di sebuah hentian bas di Jalan Teluk Sisek di sini, kira-kira jam 11.30 pagi, 12 Februari lalu.

Mangsa, seorang pelajar 14 tahun dan buruh berusia 19 tahun, yang ketakutan terpaksa menyerahkan sebuah telefon bimbit, cincin perak dan wang tunai RM10 membabitkan kerugian keseluruhan RM400.

Mangsa dalam kes ini bertindak bijak apabila bertindak mengekori tertuduh dengan bantuan seorang orang awam sehingga ke Taman Kerang di sini sebelum memaklumkan kepada polis.

Bertindak atas maklumat, tertuduh berjaya dikesan dan ditahan di lokasi itu bagaimanapun rakannya berjaya melarikan diri.
SH

32 penagih dadah dicekup

SH



MARAN – Setelah melakukan intipan selama satu minggu di sebuah ladang sawit terbiar di Jengka 10, seramai 32 individu berjaya ditahan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Negeri kerana positif dadah melalui Ops Tapis, awal pagi semalam.

Lokasi yang dikenali sebagai ‘Port Hutan’ itu menjadi tempat penagih melepaskan gian dan mendapatkan bekalan dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintandan Yap Toon Kuan berkata, hasil siasatan mendapati kesemua penagih yang ditahan positif dadah.

:Menurutnya, operasi itu bermula seawal jam 5 pagi dan berakhir jam 2 petang semalam diketuai Asisten Superintendan Azli Mohd Noor bersama 34 anggota dari jabatan itu.

“Atas aduan orang kampung, pihak polis telah melakukan intipan selama satu minggu sehingga memberkas penagih di ‘Port Hutan’ itu.

“Polis menjejaki kawasan itu dan mengawal laluan keluar masuk kawasan terbabit jam 5 pagi semalam,” katanya menerusi satu kenyataan yang difakskan semalam.

Beliau berkata, kira-kira dua jam selepas itu penagih mula masuk ke kawasan itu untuk mendapatkan bekalan untuk melepaskan gian.

“Ketika serbuan penagih dadah cuba melepaskan diri dan ada di antara mereka sanggup menggadai nyawa melarikan diri ke kawasan semak serta ada pula penunggang motosikal sanggup melanggar tali untuk melepaskan diri.

“Akhirnya kesemua penagih berjaya ditangkap dan menjalankan saringan air kencing,” katanya.

Yap berkata, kesemua penagih disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah 1983 dan jika mendapati bersalah mereka akan dihantar ke pusat pemulihan dadah.

Jadi mangsa serakah bapa tiri

SH



KUALA TERENGGANU - Dek kerana terlalu melayan nafsu yang sedang ‘menggila’, seorang bapa tiri sanggup mengetepikan maruah diri dengan mencabul anak gadisnya yang baru berumur 17 tahun di rumah mereka di kampung Nesan Empat, Tanjung, Kuala Terengganu di sini.

Suspek, 37, yang difahamkan bekerja sebagai buruh itu dipercayai bertindak agresif meraba di bahagian sulit anak tirinya yang masih bersekolah itu ketika mangsa sedang tidur di ruang tamu rumah tersebut pada jam 4 pagi kelmarin.

Tindakan rakus suspek disedari mangsa sejurus terkejut daripada tidur setelah merasakan ada ‘sesuatu’ yang sedang merayap di badannya.

Difahamkan suspek sekadar berperangai selamba sahaja walaupun menyedari tindakannya itu menimbulkan rasa marah mangsa terhadapnya.

Anak gadisnya yang sememangnya tidak berpuas hati dan terlalu marah terhadap bapa tirinya itu terus menceritakan segala perbuatan terkutuk itu kepada bapa saudaranya dan tanpa membuang masa, laporan polis dibuat pada hari sama jam 3 petang di Balai Polis Kuala Terengganu.

Sinar Harian difahamkan suspek berjaya ditahan polis pada hari sama jam 8 malam di hadapan Balai Polis Telemong.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin mengesahkan menerima laporan tersebut dan kes berkenaan masih dalam siasatan.

Bapa didakwa bunuh bayi perempuan berusia 10 hari

SH: "

KUALA LUMPUR - Seorang bapa didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan membunuh bayi perempuannya berusia 10 hari dengan menanam bayi itu dalam lubang yang baru digali di belakang rumah, lima hari lalu.

Pertuduhan dibacakan terhadap Muhammad Rafiq Suresh Abdullah, di hadapan Majistret Siti Shakirah Mohtarudin, namun tiada pengakuan direkodkan daripada bapa anak lima itu.

Muhammad Rafiq, 38, seorang penganggur didakwa melakukan kesalahan itu di alamat No 1, Jalan Kepong Batu 6 3/4, Jinjang, di sini, antara pukul 11 pagi dan 6 petang, 13 Februari lalu.

Tertuduh yang merupakan penganggur, dibawa ke Penjara Sungai Buloh untuk ditahan sehingga sebutan semula kes pada 18 April.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Abu Hassan Ramli, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.- Bernama"

Bank ditipu RM19 juta

Utusan Malaysia Online - Berita Utama: "

* Sebuah bank tempatan rugi RM19 juta setelah menyerahkan wang pinjaman kepada dua syarikat yang kononnya mahu membekalkan alat ganti pesawat MiG-29N milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

* Sumber berkata, dua syarikat terbabit sebelum ini mengemukakan permohonan pinjaman korporat kepada bank itu dan pihak bank tiada masalah meluluskan pinjaman setelah yakin dengan maklumat dan dokumen yang ditunjukkan oleh syarikat berkenaan.

* Katanya, setelah melalui beberapa proses, wang pinjaman berjumlah RM19 juta diserahkan kepada syarikat tersebut.

* Pihak bank menyedari ditipu apabila pemeriksaan di premis yang didakwa pejabat syarikat terbabit sebenarnya tidak wujud. Malah mereka juga gagal mengesan atau menghubungi individu yang berurusan membuat pinjaman."

Lagi warga Iran ditahan, syabu RM875,000 dirampas




R. MARIAPPA (kanan) menunjukkan dadah jenis syabu yang dirampas di Butterworth, Pulau Pinang, semalam.


BUKIT MERTAJAM 17 Feb. - Walaupun pelbagai taktik digunakan untuk membawa masuk dadah ke negara ini berjaya ditumpaskan pihak berkuasa, penyeludup khususnya dari Iran tidak pernah serik.
Terbaru cubaan seorang warganegara itu menyeludup 3.5 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM875,000 di satu ruang khas bagasi miliknya berjaya dipatahkan Unit Khas Pemeriksaan Penumpang (UKPP), Jabatan Kastam Diraja Malaysia negeri semalam.
Lelaki berusia 26 tahun itu ditahan ketika pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, pukul 3.15 petang.
Ia kes ketiga membabitkan penyeludupan dadah oleh warga asing di lapangan terbang tersebut dalam tempoh tidak sampai dua bulan.
Timbalan Pengarah Kastam negeri, R. Mariappa berkata, pegawai UKPP mendapati terdapat imej meragukan ketika imbasan terhadap bagasi suspek sebelum bertindak membuat pemeriksaan lanjut.
"Hasil pemeriksaan itu, kita menemui lima bungkusan kertas karbon berwarna biru disaluti plastik lutsinar mengandungi hablur kristal disyaki syabu," katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.
Menurut beliau, suspek yang menaiki penerbangan dari Dubai ke Singapura sebelum tiba di negeri ini semalam, kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.
Mariappa memberitahu, kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori.
"Mengikut rekod kita, suspek kali pertama datang ke negara ini dan dia datang bersendirian," katanya.
Beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai kaitan dengan seorang wanita Uganda yang turut ditahan di lapangan terbang itu 11 Februari lalu atas kesalahan yang sama.
Tambah beliau, pihaknya mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat aktiviti penyeludupan dadah atau bahan lain seperti rokok, minuman keras atau mercun melalui talian bebas tol 1-800-88-8855.
Utusan Malaysia Online - Jenayah

DVD Luna Maya, Miyabi dimusnahkan





2011/02/18

JAKARTA: Lebih tiga juta cakera padat VCD dan DVD lucah termasuk hasil rakaman seks Ariel, Luna Maya dan Cut Tari serta lagu cetak rompak bernilai 9 bilion rupiah (RM3.1 juta) dimusnahkan polis, kelmarin.

Selain rakaman seks selebriti Indonesia itu, cakera padat lucah lain yang dimusnahkan adalah lakonan bintang pornografi Jepun yang dikenali ramai di Indonesia, Maria Ozawa atau Miyabi.
Ariel baru-baru ini dihukum penjara atas rakaman berkenaan. Luna Maya pula bertaubat manakala Cut Tari mengakui takut keluar rumah.
Tidak hanya itu, agensi keselamatan juga memusnahkan 29,078 botol minuman keras yang cuba diseludup bernilai hampir tiga juta rupiah (RM1,028), lapor media di sini.

Pengarah unit keselamatan polis bahagian jenayah khas, Yan Fitri menyatakan 28 orang ditahan berkaitan kesalahan membabitkan cakera padat dan minuman keras itu. – Agensi
Berita Harian Online | DVD Luna Maya, Miyabi dimusnahkan

Kakitangan stesen TV mati ditekup bantal



Oleh Safeek Affendy Razali
bhnews@bharian.com.my
2011/02/18

Mayat mangsa ditemui terikat di dalam bilik tidur

KUALA LUMPUR: Pegawai promosi sebuah stesen televisyen swasta ditemui mati dipercayai lemas akibat ditekup dengan bantal di rumah sewanya di sebuah flet di Jalan Api, Sri Sentosa, Jalan Klang Lama di sini, lewat malam kelmarin.
Mayat mangsa ditemui jam 12 tengah malam dalam keadaan hanya memakai seluar dalam dan tertiarap di bilik tidurnya, manakala tangan, kaki dan lehernya diikat dengan wayar telefon.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Khalid, berkata rakan mangsa yang pulang selepas kerja jam 12 tengah malam terkejut apabila pintu jeriji rumah dan televisyen terbuka, namun tiada sesiapa yang menontonnya.

Wan Abdul Bari bagaimanapun mengesahkan tiada kesan pecah masuk ke dalam rumah dan tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh oleh orang dikenalinya berdasarkan keadaan rumah itu.

Katanya, pasukan polis yang bergegas ke lokasi kejadian sejurus selepas dimaklumkan oleh rakan serumah mangsa mendapati mangsa mati akibat lemas selepas mukanya ditekup dengan bantal.

“Kita juga percaya terdapat lebih daripada seorang suspek yang melakukan pembunuhan itu berdasarkan pada keadaan mangsa yang ditemui diikat, agak sukar untuk seorang melakukannya,” katanya.
Sehingga kini siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif pembunuhan.

Selain itu, polis juga sedang meneliti satu laporan polis yang pernah dibuat mangsa bulan lalu kerana diugut supaya mengahwini seorang wanita.

Wan Abdul Bari berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Saksi yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian itu diminta menghubungi Rakan Cops Polis KL di talian 03-21159999 bagi membantu siasatan.
Berita Harian Online | Kakitangan stesen TV mati ditekup bantal

2 beradik bunuh abang tiri dipenjara tujuh tahun





2011/02/18

MOHD Hairul Faiza (kiri) dan Mohd Hairul Anuar  dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam.
MOHD Hairul Faiza (kiri) dan Mohd Hairul Anuar dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam.
KUALA TERENGGANU: Dua beradik dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas didapati bersalah membunuh tanpa niat abang tiri mereka di Felda Kertih 5, Ketengah Jaya, Dungun pada Oktober 2007.

Tertuduh, Mohd Hairul Faiza Yahaya, 30, dan adik Mohd Hairul Anuar Yahaya, 27, didapati bersalah membunuh tanpa niat Mohd Nazly Yahaya kira-kira jam 11.30 malam pada 4 Oktober 2007 di rumah mereka di Felda Kertih 5.
Mohd Hairul Faiza yang berkemeja putih dan adiknya berkemeja biru kelihatan tenang ketika Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman itu di hadapan ahli keluarga tertuduh yang memenuhi Galeri Awam.
Bagaimanapun, peguam tertuduh, Nik Mohd Radhia Nik Abd Ghani memohon mahkamah menangguhkan pelaksanaan hukuman berikutan tertuduh mahu mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi untuk meringankan hukuman.

Azman kemudian membenarkan permohonan untuk meringankan hukuman itu berikutan ia kesalahan pertama tertuduh dan ia membabitkan kes adik beradik. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Hazeelia Muhammad.

Mengikut fakta pertuduhan, dua beradik itu dituduh menyebabkan kematian Mohd Nazly dengan niat mendatangkan kecederaan pada tubuh badan yang boleh menyebabkan kematian.

Tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan (Akta 574 dan dibaca dengan Seksyen 34 Kanun sama) yang jika sabit kesalahan boleh dihukum 20 tahun penjara.
Berita Harian Online | 2 beradik bunuh abang tiri dipenjara tujuh tahun

Tan Sri, artis antara 500 guna sindiket nikah palsu



Oleh Norfatimah Ahmad
tim@bharian.com.my
2011/02/18

PEGAWAI SPRM menunjukkan sijil nikah palsu yang didalangi kakitangan JAKIM, di Putrajaya, semalam.
PEGAWAI SPRM menunjukkan sijil nikah palsu yang didalangi kakitangan JAKIM, di Putrajaya, semalam.
SPRM tahan 3, seorang kakitangan JAKIM disyaki dalang

KUALA LUMPUR: Tokoh korporat bergelar Tan Sri dan artis adalah antara lebih 500 pelanggan yang menggunakan khidmat sindiket nikah palsu yang dibongkar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahad lalu. Kebanyakan pelanggan sindiket yang dianggotai empat orang itu dipercayai mereka yang mahu berpoligami tanpa kebenaran isteri.
Kegiatan kumpulan itu terbongkar selepas SPRM menahan empat anggota sindiket terbabit, termasuk dipercayai dalangnya, seorang kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Berita Harian Online | Tan Sri, artis antara 500 guna sindiket nikah palsu

3 suspek curi kondom ditahan


IPOH: Tiga lelaki yang juga pekerja kilang membuat kondom di Batu Gajah antara yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes kecurian lebih 700,000 kondom ultra nipis bernilai RM4.5 juta yang hilang dari kontena sebaik tiba di Tokyo, Jepun pada awal bulan lalu.
Bekalan alat kelengkapan seks berkenaan yang dihasilkan di dua kilang di negeri ini dihantar menerusi Pelabuhan Klang, Selangor pada 6 Januari lalu, namun sebaik tiba di Tokyo pada 25 Januari lalu, kontena berkenaan didapati kosong.

Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahlan yang diminta mengulas kes berkenaan semalam berkata, ketiga-tiga lelaki berkenaan berusia antara 20 dan 30 tahun ditahan di tiga lokasi berasingan di sekitar negeri ini dan Klang, Selangor kelmarin.
Beliau berkata, mereka (suspek) dipercayai anggota sindiket antarabangsa ditahan reman sehingga esok dan pihaknya yakin menahan beberapa lagi ahli sindiket berkenaan dalam tempoh terdekat.

“Sindiket berkenaan disertai sekumpulan individu yang mempunyai rangkaian luar negara,” katanya pada sidang media selepas majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, di sini, semalam.

Katanya, kondom yang hilang itu mempunyai nilai jualan yang tinggi di negara ini.myMetro | 3 suspek curi kondom ditahan