Search This Blog

Thursday, February 17, 2011

Empat cedera dalam bantahan di Yaman

SANAA: Pemberontak antirejim dan penyokong Presiden Yaman, Encik Ali Abdullah Saleh, yang bersenjatakan pisau belati bertempur di ibu kota Sanaa semalam hingga sekurang-kurangnya empat orang cedera, seorang koresponden AFP melaporkan.Tiga wartawan turut dibelasah penyokong presiden dalam pertempuran dekat Universiti Sanaa antara pelajar yang mendesak Encik Saleh supaya berundur dan penyokong partinya yang memerintah, Kongres Rakyat Umum (GPC).Sekumpulan pemberontak yang berarak dari universiti itu menuju dataran Al-Sabiine dekat istana presiden telah diserang ratusan penyokong presiden dengan belantan, batu dan pisau.Pemberontak itu melawan dengan membaling batu dan pergaduhan itu merebak ke kampus universiti. Polis melepaskan tembakan amaran bagi menyuraikan orang ramai.Pemberontak menuduh 'samseng' pemerintah menyerang mereka dan berkata ada daripada mereka sebenarnya polis berpakaian preman.'Samseng-samseng dan penyokong parti yang memerintah itu... (mahu) membunuh pelajar itu beramai-ramai,' kata ketua kesatuan pelajar, Encik Radwan Masud, kepada AFP.Beliau berikrar para pelajar akan 'terus memberontak dan tidak akan dihalang oleh tindakan parti yang memerintah'.Beratus-ratus orang hakim pula mogok buat hari kedua berturut-turut di luar kementerian kehakiman semalam bagi menuntut badan kehakiman lebih bebas dan penyingkiran Majlis Kehakiman Tertinggi, termasuk menterinya.Hakim-hakim itu, yang tiba di Sanaa dari seluruh Yaman, turut menuntut kenaikan gaji. -- AFP.Cyberita Online Luar Negara

Kaum Syiah Bahrain ratapi korban bantahan


BANTAHAN DITERUSKAN: Upacara pengebumian Encik Ali Abdulhadi Mushaima, 21 tahun, yang maut dalam pemberontakan Isnin lalu, berarak melalui jalan-jalan raya di Jidhafs, Bahrain, kelmarin. -- Foto AP


Berarak pada upacara pengebumian sambil tuntut hak
MANAMA: Ribuan penunjuk perasaan Syiah, yang mendapat inspirasi daripada pemberontakan besar di Tunisia dan Mesir, berhimpun di ibu negara Bahrain ini semalam bagi meratapi kematian pemberontak kedua yang terbunuh dalam pertempuran minggu ini.Ratusan orang menghadiri pengebumian lelaki tersebut, yang ditembak mati apabila polis dan orang ramai bertempur ketika pengebumian seorang lagi pemberontak Selasa lalu.'Kami sedang menuntut hak kami secara aman,' kata seorang pelajar universiti, Encik Bakr Akil, 20 tahun, yang memakai sehelai kain ditandai dakwat merah yang menurutnya menunjukkan kerelaannya berkorban nyawa bagi kebebasan.'Saya yakin dengan kehadiran kami yang ramai ini, kami boleh peroleh semua yang kami tuntut,' katanya.Wanita berpakaian abaya hitam turut mengikuti perarakan itu sambil berulang-ulang menyeru bagi keamanan dan perpaduan Bahrain.Menurut saksi, di tengah Manama kira-kira 2,000 pemberontak berkhemah di Bulatan Mutiara Bahrain. Jumlah itu sama jumlah yang berarak di jalan-jalan raya dua hari sebelumnya.Namun angka itu mungkin berubah kerana ada antara mereka perlu kembali bekerja selepas cuti umum Selasa lalu bagi menyambut Maulidul Rasul.Polis hanya melihat dari jauh.Penunjuk perasaan kaum majoriti Syiah itu berkata pemerintah, yang terdiri daripada kaum Sunni, sering tidak membenarkan mereka mendapat tempat tinggal, khidmat perubatan dan pekerjaan di sektor awam.Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Encik P.J. Crowley, dalam satu kenyataan berkata Washington amat prihatin akan keganasan terbaru di Bahrain,.Blok pembangkang Syiah utama, Wefaq, yang telah memulaukan parlimen bagi membantah tindakan keras oleh pasukan keselamatan Sunni, berkata ia akan berunding dengan pemerintah semalam.Pemberontak berkata tuntutan terbesar mereka ialah Perdana Menteri, Sheikh Khalifa bin Salman al- Khalifa, yang sudah memerintah sejak kemerdekaan pada 1971, meletak jawatan.Bapa saudara Raja Hamad bin Isa al-Khalifa itu dikatakan memiliki banyak tanah dan dilihat sebagai simbol kekayaan keluarga yang memerintah.Para aktivis turut berkata mereka mahu tahanan politik dibebaskan, seperti yang dijanji pemerintah, dan satu perlembagaan baru.Kemiskinan, pengangguran tinggi dan usaha pemerintah yang dikatakan cuba memberi status warga negara kepada pendatang asing daripada kaum Sunni bagi merubah imbangan penduduk telah memburukkan lagi rasa tidak puas hati di kalangan kaum Syiah.Sekitar setengah daripada 1.3 juta penduduk negara itu asal Bahrain. Selebihnya pekerja asing.Para penganalisis berkata kegelisahan besar-besaran di Bahrain itu boleh membuat penganut Syiah di negara-negara Arab lain lebih berani.Sementara itu, Raja Hamad telah menyampaikan takziahnya atas 'kematian dua putera kami yang tersayang' dalam satu ucapan di televisyen, dan berkata satu jawatankuasa akan menyiasat kedua-dua kematian itu. -- Reuters.Cyberita Online Luar Negara

Polis rayu bantuan kes wanita hilang, warga tua meninggal

Cyberita Online Singapura: "SINGAPURA



ORANG ramai yang ada maklumat tentang seorang wanita Melayu yang dilaporkan hilang sejak 17 November lalu diminta tampil membantu.

Wanita berkenaan, Cik Norhidahwaty Hashim, 30 tahun, dilihat kali terakhir berada dekat Blok 771, Woodlands Drive 60.

Menurut polis, Cik Norhidahwaty setinggi 1.72 meter, bertubuh sederhana, berkulit cerah dan berambut hitam.

Polis juga merayu agar saudara-mara atau sesiapa yang mengenali Allahyarham Hassan Bin Amin, 75 tahun, tampil membantu.

Warga tua penghuni di rumah jagaan Lions Nursing Home itu dilaporkan meninggal dunia di Hospital Khoo Teck Puat pada 7 Februari lalu.

Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang dua kes ini diminta menghubungi polis di talian 1800-255-0000."

Wanita ditemui mati di flat lama dengan beberapa liang tikaman



MENDIANG LOH: Dilaporkan hilang sebelum mayatnya ditemui dalam keadaan berlumuran darah.

SINGAPURA
Oleh
Linilidia Abdul Hamid

MAYAT seorang wanita warga Singapura yang berlumuran darah - dipercayai mangsa pembunuhan - ditemui pagi semalam di sebuah flat tingkat tiga di Blok 5, Yung Ping Road, di kawasan Jurong.Mayat Cik Loh Nyuk Moi, 50 tahun, ditemui dalam keadaan mengerikan oleh seorang lelaki yang dipercayai abang beliau di dapur flat tersebut.Dipercayai terdapat empat liang tikaman di dada mendiang.Pegawai paramedik yang tiba di tempat kejadian mengesahkan kematiang Cik Loh pada 9.24 pagi.Seorang lelaki yang mengenalkan dirinya sebagai abang ipar mendiang tetapi enggan memberikan nama, berkata bahawa mayat mendiang ditemui sekitar 8 pagi.'Abang beliau tolak pintu flat dan nampak beliau terbaring di dalam. Darah sedang mengalir dari luka-lukanya,' ujar lelaki tersebut.Menurut beliau lagi, barang-barang milik mendiang, seperti dompet, wang tunai dan kad pengenalannya, tidak ditemui.Flat itu, menurutnya, ialah rumah lama mendiang. Mendiang dan keluarganya telah berpindah ke flat baru di Kang Ching Road, tidak jauh dari situ.Kebanyakan flat di Blok 5 dan Blok 6 di Yung Ping Road sudah dikosongkan kerana kededua bangunan itu sudah dikenal pasti bagi Skim Pembangunan Semula Terpilih Bersama (Sers) sejak Mac 2006.Sebelum itu, Cik Loh dikatakan telah meninggalkan flat barunya selama beberapa hari dan tidak pulang ke rumah.Polis mengesahkan bahawa Cik Loh dilaporkan hilang Isnin lalu.Menurut abang ipar mendiang, keluarga beliau memutuskan untuk cuba mencari mendiang di kawasan kejiranan lamanya setelah beliau tidak pulang.Beliau menyifatkan Cik Loh, yang belum berumah tangga, sebagai seorang periang dan tidak diketahui mempunyai sebarang sejarah menghidap sakit mental.Tidak diketahui apa yang mendiang sedang lakukan di flat lamanya itu.Polis sedang menyiasat.Cyberita Online Singapura

Enam terbunuh apabila bot pelancong karam di Vietnam


HANOI: Sekurang-kurangnya enam terbunuh apabila sebuah bot pelancong karam awal pagi hari ini dalam kejadian di Teluk La Long, di sini.

Penyiasat polis di wilayah Quang Ninh, berkata 19 warga asing menaiki bot Vu Van dan tiba-tiba tenggelam pada kira-kira jam 5 pagi.
Enam mayat sudah ditemui tetapi tidak dapat dipastikan jumlah sebenar pelancong asing.
Sembilan pelancong asing dan enam Vietnamese berjaya diselamatkan dan usaha digerakkan bagi mencari mangsa yang masih hilang.

Teluk Ha Long ialah destinasi pelancongan menarik di Vietnam, terletak kira-kira tiga jam di timur Hanoi. - AP 

Dua maut keretapi bertembung di Argentina





2011/02/17

BUENOS AIRES: Sekurang-kurangnya dua maut dan ramai mengalami kecederaan semalam apabila dua keretapi penumpang bertembung di kawasan barat laut Buenos Aires, kata pegawai.

Datuk Bandar San Miguel, Joaquin de la Torre, berkata jumlah kematin mungkin lebih ramai selepas pertembungan di antara keretapi jarak jauh dan keretapi komuter dalam kejadian kira-kira jam 8 malam waktu tempatan.
Beliau berkata, pasukan penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap selepas nahas berkenaan.
"Setakat ini saya boleh katakan tiga orang mati," katanya.

"Seramai 31 lagi mengalami kecederaan serius dan sedang menerima rawatan," kata Pegawai Kesihatan, Alejandro Collia. 

"Saya tidak beritahu berapa ramai yang cedera," katanya.

Pegawai berkata, keretapi jarak jauh itu diaktakan merempuh komuter berkenaan yang bertolak dari stesen Retiro yang menghubungkan ibu negara dengan kawasan yang mempunyai ramai penduduk di utara dan barat laut. - AFP 

Polis tahan 3 lelaki bantu siasatan kes curi kondom RM4.5 juta





2011/02/17

IPOH: Polis menahan tiga lelaki berusia 29 hingga 30 tahun yang dipercayai anggota sindiket antarabangsa bagi membantu siasatan kes kecurian lebih 700,000 kondom bernilai kira-kira RM4.5 juta dari sebuah kontena ke Tokyo, Jepun, bulan lalu. 

Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahlan, berkata tiga lelaki itu yang juga pekerja kilang kondom di Batu Gajah, kira-kira 20 kilometer dari sini, ditahan di tiga lokasi iaitu di Ipoh, Klang dan sebuah lebuh raya semalam.
Katanya, ketiga-tiga suspek itu direman sehingga Sabtu dan hasil maklumat yang diperolehi, polis yakin dapat menahan beberapa lagi suspek dalam tempoh terdekat.
"Kita mengesyaki kegiatan itu dijalankan beberapa individu lain dan mereka terdiri daripada sebahagian kumpulan sindiket besar yang dipercayai turut membabitkan rangkaian luar negara," katanya pada sidang media selepas majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, di sini, hari ini. 

Kondom itu yang dihantar menerusi kontena dari Pelabuhan Klang ke Tokyo pada 6 Januari lalu didapati hilang setibanya di Tokyo pada 25 Januari lalu. 

Suami isteri tinggal sehelai sepinggang



Fauziah Mohd. Nasir bersama saudaranya melihat rumahnya yang hangus terbakar di Kampung Mantin Dalam, Nilai, kelmarin.


SEREMBAN 16 Feb. - Sepasang suami isteri tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Mantin Dalam dekat Nilai di sini, petang semalam.
Kejadian pukul 5.47 petang itu disedari suri rumah, Fauziah Mohd. Nasir, 48, yang melihat kepulan asap ketika berada di luar rumahnya.
"Saya ingin masuk rumah dari pintu belakang namun kepulan asap tebal menyebabkan saya panik.
"Saya meluru masuk ke dalam rumah untuk mengambil beg tangan dan beberapa dokumen penting sebelum meminta bantuan orang ramai," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Jelas Fauziah, ketika kejadian suaminya, Mohd. Azhar Md. Zin, 41 yang berkerja sendiri tidak berada di rumah.
Katanya, kejadian itu berlaku dengan pantas dan dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM20,000.
Dalam pada itu Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Abu Bakar Katain berkata, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai dan Mantin bergegas ke lokasi terbabit sejurus mendapat panggilan kecemasan daripada orang ramai.
"Seramai lapan anggota dan pegawai bomba dikejarkan ke lokasi kejadian. Kami berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh beberapa minit kemudian.
"Setakat ini kita masih lagi menyiasat punca kejadian," katanya.

Dompet dicuri di surau restoran jejantas



KUALA LUMPUR 16 Feb. - Memikirkan surau adalah tempat ibadat dan mungkin tiada siapa tergamak melakukan jenayah di situ, seorang wanita tanpa curiga menyerahkan beg tangan kepada anaknya sementara dia mengambil wuduk.
Namun, tanggapan wanita terbabit meleset kerana rupa-rupanya kesempatan itu digunakan oleh seorang jemaah untuk mencuri dompet dalam beg tangan yang dipegang anaknya yang berusia tujuh tahun itu.
Kakitangan kerajaan, Zalina Othman, 36, berkata, dia mengalami insiden itu semasa berhenti untuk menunaikan solat maghrib di surau Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Restoran Jejantas Sungai Buloh dekat sini, kelmarin.
Zalina berkata, tiba di R&R tersebut, dia bersama anak perempuannya telah masuk ke dalam surau wanita yang terletak bersebelahan tandas dan agak jauh dari kawasan tumpuan ramai.
"Saya yang menyangka keadaan dalam surau selamat meminta anak saya duduk seketika sementara saya pergi mengambil wuduk di paip berhampiran.
"Tanpa syak wasangka, saya menyerahkan beg tangan kepada anak saya dan memintanya agar memegang erat beg tersebut," katanya.
Ketika itu, kata Zalina, dia menyedari ada kelibat seorang wanita memakai telekung tergesa-gesa membuka telekung sebelum membaling kain tersebut ke lantai surau.
Katanya, dia memang hairan dengan tindakan wanita berkenaan kerana tergesa-gesa meninggalkan surau tanpa melipat atau meletakkan telekung yang dipakai.
Tidak lama selepas itu, Zalina terkejut apabila dimaklumkan anaknya bahawa wanita terbabit telah melarikan dompet yang disimpan dalam beg tangannya.
"Saya terkejut apabila anak saya memberitahu dompet saya telah dilarikan oleh wanita yang sebelum itu dilihat bersembahyang dalam surau.
"Kejadian itu berlaku terlalu pantas sehinggakan anak saya tidak sempat menjerit meminta tolong," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Zalina berkata, dia cuba bertanya kepada beberapa wanita lain yang turut berada dalam surau mengenai kejadian itu, namun tiada siapa menyedari perbuatan suspek.
Katanya, dia sendiri hanya mengingati suspek memakai tudung dan berbaju putih, malah bertambah malang kerana tempat kejadian tidak dipasang dengan kamera litar tertutup (CCTV) menyebabkan wanita terbabit gagal dikesan.
Tambah Zalina, kejadian itu menyebabkan dia kehilangan wang tunai, MyKad, lesen memandu, kad nikah dan beberapa kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
"Saya memang tak sangka ada individu tergamak berpura-pura bersembahyang untuk mencuri di surau.
"Saya dimaklumkan kejadian menimpa saya bukanlah pertama kali dilaporkan berlaku di R&R tersebut kerana beberapa mangsa lain turut pernah membuat laporan polis," katanya sambil memberitahu kes tersebut dilaporkan di Balai Polis Damansara Damai dekat sini pada hari yang sama.

Wanita Uganda ditahan bersama syabu bernilai RM750,000



BUKIT MERTAJAM 16 Feb. - Selepas seorang lelaki warga Iran ditahan kerana menyorokkan dadah dalam ruang khas beg bulan lalu, sekali lagi taktik sama digunakan untuk menyeludup dadah ke negeri ini.
Ia dikesan Unit Khas Pemeriksaan Penumpang, Jabatan Kastam Diraja Malaysia negeri setelah menahan seorang wanita warganegara Uganda di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, 11 Februari lalu.
Suspek yang tiba dari Kuala Lumpur ditahan pukul 2.45 petang selepas bagasi miliknya yang diimbas mengandungi imej meragukan.
Menurut Timbalan Pengarah Kastam negeri (Bahagian Penguatkuasaan), R. Mariappa, bagasi itu kemudian diperiksa dengan rapi oleh pegawai dari Cawangan Penguatkuasaan Narkotik sebelum berjaya menemui satu ruang khas di dalamnya.
"Di dalam ruang tersebut ditemui dua bungkusan aluminium mengandungi kristal yang disyaki syabu seberat tiga kilogram dipercayai untuk diedarkan di negeri ini.
"Anggaran nilai pasaran ketulan kristal itu adalah RM750,000 dan berdasarkan rekod wanita berkenaan pertama kali masuk ke Malaysia," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Tambah Mariappa, wanita yang bekerja sebagai tukang masak berusia 30-an itu dipercayai menaiki penerbangan dari Hong Kong dan transit di Kuala Lumpur sebelum datang ke Pulau Pinang.
Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
"Suspek kini ditahan reman selama 14 hari untuk siasatan lanjut dan kita masih menyiasat pasaran dadah itu," ujarnya.
Pada 9 Januari lalu, seorang lelaki warganegara Iran ditahan selepas menyorokkan 3.5 kilogram dadah jenis syabu di dalam ruang khas pada beg galas miliknya di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.

Ibu terkejut lihat anak berlumuran darah



KOTA BHARU 16 Feb. - "Saya terkejut apabila mendengar dua das tembakan dan kemudian ternampak anak saya rebah serta kelihatan bajunya berdarah di bahagian rusuk kanan".
Demikian ujar Che Minah Che Mat, 48, ibu Ahmad Nizamuddin Mohamad, 19, yang terkejut melihat anaknya berlumuran darah akibat ditembak oleh seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Pegawai itu bertugas di bawah Unit Pencegah Penyeludupan (UPP), Pengkalan Kubor, Tumpat.
Menurut Che Minah, kejadian itu berlaku sebaik sahaja beliau sampai di pekarangan Hospital Tumpat (HT) pukul 9.10 pagi ini, untuk melihat abang iparnya, Said Mat Hassan, 56, meninggal dunia.
Said didakwa dipukul oleh anggota UPP terbabit selepas disyaki terlibat dalam kes penyeludupan.
Kata Che Minah, apabila sampai, dia melihat sekumpulan lelaki berada di pekarangan hospital termasuk anaknya.
Katanya, dia bagaimanapun terkejut apabila terdengar bunyi dua das tembakan kira-kira 10 minit kemudian.
"Selepas mendengar tembakan tersebut, saya lihat Nizamuddin rebah serta berdarah di rusuk kanan. Dia terus dibawa ke unit kecemasan HT oleh ahli keluarga dan rakan-rakannya.
"Anak saya kemudian dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pukul 11 pagi untuk rawatan dan mungkin pembedahan mengeluarkan peluru," katanya ketika ditemui di hospital tersebut di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 9.20 pagi ini, sekumpulan lelaki dikatakan telah menyerang anggota UPP apabila mendengar khabar angin mengatakan Said meninggal dunia kerana dibelasah anggota terbabit.
Sebelum itu, Said disahkan meninggal dunia selepas dibawa empat anggota UPP yang menahannya kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan penyeludupan.
Hasil pemeriksaan di dalam kereta itu turut menemui 20 guni beras di dalam kenderaan yang dinaikinya.
Sementara itu, anak Said, Mohd Fazli, 24, berkata, dia tidak mendengar bunyi tembakan kerana ketika kejadian berada di Unit Forensik di belakang hospital tersebut.
"Saya tak dengar bunyi tembakan tetapi saya lihat keadaan menjadi kecoh lalu terus berlari ke arah hadapan hospital. Di sana saya lihat sepupu saya, Ahmad Nizamuddin berlumuran darah.
"Ketika itu saya tidak pasti apa yang berlaku sebelum dimaklum mengenai tembakan tersebut," ujarnya.
Menurut Mohd. Fazli, bapanya keluar dari rumah mereka kira-kira pukul 8 pagi dan dia yang baru pulang dari kedai berhampiran berselisih dengannya memandu kereta Perodua Kancil.
"Saya juga tidak pasti sama ada bapa dipukul kerana tidak dibenarkan masuk melihat keadaan jenazahnya. Setahu saya, bapa tidak mempunyai apa-apa penyakit kronik atau menerima rawatan daripada mana-mana hospital sebelum ini," jelasnya.

Remaja ditembak





TUMPAT 16 Feb. – Seorang remaja parah setelah terkena dua das tembakan ketika cuba menyerang anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) yang dikatakan membelasah bapa saudaranya sehingga mati.
Kejadian berlaku pukul 9.20 pagi ini apabila remaja itu datang ke Hospital Tumpat (HT) di sini, bersama sekumpulan rakannya lalu bertindak menyerang empat anggota UPP yang berpakaian preman di sebuah kedai makan.
Berikutan itu berlaku pergelutan dan bagi mempertahankan diri, anggota tersebut telah melepaskan dua das tembakan yang mengenai remaja tersebut, Ahmad Nizamuddin Mohamad, 19.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, sebelum kejadian, empat anggota itu telah menahan sebuah kereta Perodua Kancil dalam keadaan mencurigakan di Kampung Tin dekat sini hari ini.
Katanya, penahanan pukul 7.45 pagi itu dibuat setelah anggota-anggota terbabit mengesyaki kenderaan berkenaan membawa barangan seludup.
Tambahnya, kereta itu dipandu Said Mat Hassan, 56, yang merupakan bapa saudara Ahmad Nizamuddin.
“Menyedari dia diekori, Said melarikan diri dan ketika mengejar berlaku pelanggaran sehingga menyebabkan 4WD (kenderaan pacuan empat roda) UPP mengalami kerosakan.
“Bagaimanapun sebaik sahaja ditahan, anggota itu melihat mulut Said berbuih dan mukanya dalam keadaan pucat lalu dia dibawa ke HT untuk rawatan. Namun dia meninggal dunia sejurus sampai di hospital.
“Sejurus dibawa masuk untuk pemeriksaan, anggota-anggota itu keluar dan minum di kedai di hadapan hospital sementara pemeriksaan selesai,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Abdul Rahim, pada masa sama, lima buah kereta yang dinaiki sekumpulan lelaki datang ke kedai berkenaan dan terus menyerang anggota tersebut.
Katanya, tiga daripada anggota itu berjaya meloloskan diri.
“Seorang lagi iaitu anggota dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang ditugaskan di bawah UPP terus dibelasah dengan cota dan sebagainya.
“Ekoran itu, anggota tersebut cedera di kepala dan bagi mempertahankan diri, dia melepaskan dua das tembakan dan mengenai Ahmad Nizamuddin di perut dan dada kanan,” katanya.
Menurutnya, remaja terbabit kemudian dibawa ke HT untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu dan kini keadaannya dilaporkan stabil.
Dalam pada itu, katanya, hasil pemeriksaan di dalam kereta Perodua Kancil tersebut menemui 20 kampit beras yang dipercayai diseludup dari negara jiran.
Menurut Abdul Rahim, anggota UPP tersebut turut mendapat rawatan sebagai pesakit luar di hospital itu.

2 pengarah syarikat terima rasuah dicekup



DUA pengarah syarikat menutup muka mereka ketika dibawa ke mahkamah, Seremban, semalam. - UTUSAN/MD.SHAHJEHAN MAAMIN


SEREMBAN 16 Feb. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pengarah syarikat pembinaan setelah menerima suapan RM50,000 daripada rakan niaganya, kononnya bagi membolehkan mereka mendapat kontrak bernilai RM350 juta.
Kedua-dua mereka ditahan pukul 10 pagi di sebuah hotel di ibu negara, Rabu lalu.
Menurut jurucakap SPRM, kedua-dua lelaki berusia 45 dan 48 tahun itu dipercayai telah mengambil wang untuk projek berkenaan namun kontrak yang dinyatakan mereka tidak wujud.
Katanya, projek tersebut bagi menaik taraf Jalan Benta-Jerantut Maran, Pahang.
"Rakan niaga suspek dikatakan telah memberi wang itu kononnya bagi tujuan mendapatkan projek namun mangsa tidak menerimanya lalu melaporkan kepada SPRM.
"Kedua-duanya direman enam hari bagi membolehkan SPRM melengkapkan kertas siasatan," katanya di sini hari ini.
Tambahnya, SPRM turut memanggil beberapa individu untuk mendapatkan keterangan berhubung kes itu agar dapat diselesaikan.
Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Hishammuddin Hashim yang mengesahkan penahanan kedua-dua lelaki berkenaan berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci.
"Siasatan akan dibuat secara menyeluruh sebelum kes ini bawa untuk pendakwaan," katanya.
Jelas beliau, kes itu disiasat di Seksyen 16(a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.

Polis tumpaskan geng remaja curi motosikal



Azman Ayob (kiri) menunjukkan komponen motosikal curi yang berjaya dirampas ekoran penahanan empat remaja di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, kelmarin. - utusan/Hafiz Johari


KUALA LUMPUR 16 Feb. - Polis berjaya menumpaskan kumpulan curi motosikal berikutan penahanan empat remaja lelaki dan merampas empat buah motosikal disyaki dicuri dalam Ops Lejang, Khamis lalu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kajang, Supritendan Azman Ayob berkata, hasil soal siasat, kesemua suspek berusia 15 hingga 17 itu mengaku terlibat lebih 20 kes pecah kereta dan motosikal.
"Mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap dan dipercayai aktif melakukan aktiviti curi kereta dan motosikal di sekitar Kajang.
"Motosikal yang dicuri kumpulan tersebut tidak dileraikan tetapi dijual terus kepada pelanggan dengan harga RM300 hingga RM500 sebuah," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Tambahnya, kesemua suspek direman sehingga 17 Februari bagi siasatan lanjut.
Dalam pada itu, Azman memberitahu, pihaknya sebelum ini juga telah berjaya menumpaskan satu kumpulan curi motosikal pada 4 Februari lalu.
Menurutnya, dalam operasi itu, pihaknya berjaya menahan empat lelaki berusia 20-an di dua lokasi iaitu di Jalan Cheras dan di Kampung Baru Sungai Chua, Kajang.
"Dalam operasi tersebut polis merampas pelbagai komponen motosikal telah dileraikan, beberapa keping nombor plat dan peralatan membuka motosikal.
"Kesemua suspek sebelum ini juga pernah mempunyai rekod lampau dan mengaku terlibat di dalam 30 kes curi motosikal," katanya lagi.
Katanya, suspek akan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang bersangkutan kes lain dan ditahan di bawah seksyen 379 A Kanun Kesiksaan.

Gembala dipenjara 7 tahun





MELAKA 16 Feb. - Seorang gembala kambing dihukum penjara tujuh tahun dan sebatan 10 kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan memiliki 111.52 gram kanabis tahun lalu.
Hakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman itu terhadap Azmil Shah Zaito Ahmad, 42, yang mengaku melakukan kesalahan itu di belakang rumahnya lebih kurang pukul 8.40 malam, 19 April 2010.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dari Jalan Semabok, Kandang itu didakwa memiliki 11 paket plastik lutsinar ketulan mampat kanabis yang disimpan dalam sebuah laci di bilik stor belakang rumahnya.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952.
Bagi kesalahan itu mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan 10 sebatan.
Tertuduh juga didakwa menagih dadah jenis sama berdasarkan hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan oleh Hospital Melaka (HM).
Dia dihukum penjara dua tahun dan diletakkan di bawah pengawasan selama dua tahun bermula dari tarikh tangkap bagi tuduhan menagih.
Kedua-dua hukuman berjalan secara berasingan.
Sebelum itu, tertuduh merayu hukuman ringan kerana keluarga kini terpaksa mengharapkan isterinya untuk mencari rezeki.
Timbalan Pendakwa Raya Ifa Sirrhu Samsudin memohon hukuman berat sebagai pengajaran kerana kesalahan itu serius dan dadah adalah musuh nombor satu negara.

Syiah boleh jadi ancaman




ALOR SETAR - Fahaman Syiah di Kedah kini berada pada tahap membimbangkan dan perlu dibendung demi mengekalkan kesejahteraan ummah.

Penerima anugerah Tokoh Pendakwah Negeri Kedah, Profesor Madya Dr Abdul Aziz Hanafi berkata, fahaman itu kini sudah menular ke beberapa kawasan di negeri ini dan tidak menolak kemungkinan ia merebak ke seluruh Kedah sekiranya tiada tindakan pencegahan diambil.

Menurutnya, mereka yang mengamalkan ajaran Syiah dianggap sebagai ekstremis agama kerana ia menggalakkan perasaan benci terhadap pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Pada masa sama, pengikut ajaran Syiah bersifat militan dan bersedia mengancam nyawa sesiapa sahaja yang cuba menghalang mereka daripada melaksanakan aktiviti atau amalannya.

“Berdasarkan maklumat yang diperoleh, Syiah kini sudah bertapak di Pendang, Guar Chempedak, Sik serta Lubuk Kawah dan saya tidak menolak kemungkinan ia akan tersebar lebih meluas ke seluruh Kedah,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian di sini semalam.

Abdul Aziz yang juga Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berkata, pemimpin ajaran Syiah juga sering bermulut manis di hadapan pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah, namun menghasut ahlinya untuk membenci ahli Sunnah dalam setiap pertemuan yang diadakan.

Menurutnya, terdapat beberapa tanda yang menunjukkan kegiatan Syiah di negara ini semakin bersifat radikal dan memberi ancaman kepada masyarakat Islam di Malaysia.

Ini termasuk tindakan beberapa pengikutnya yang mencederakan badan sendiri menggunakan senjata semata-mata untuk memperingati kematian cucu Rasulullah SAW, Sayidina Husin sewaktu penahanan 200 pengikut dan dua ketua kumpulan ajaran itu di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 15 Disember lalu.

“Di Iran, pengikut Syiah yang mencederakan dirinya itu akan membunuh sekurang-kurangnya seorang ahli Sunni sebagai membalas dendam di atas kematian Sayidina Husin.

“Di Kedah, terdapat satu kes kematian membabitkan seorang aktivis Pas, Othman Talib yang didakwa terbunuh akibat pertembungan dua kumpulan yang berbeza fahaman politik pada pilihan raya kecil di Lubuk Merbau, Padang Terap 30 tahun lalu.

“Saya difahamkan tragedi itu juga disebabkan berlaku percanggahan fahaman agama antara dua pihak dan dikatakan terdapat unsur Syiah aliran Imamiyyah yang cuba diterapkan sewaktu pengebumian Allahyarham apabila jenazahnya dihantar bergilir-gilir oleh Pemuda Pas kawasan itu seraya melaungkan selawat yang diamalkannya,” katanya.

Abdul Aziz berkata, mengikut Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, fahaman dan ajaran Syiah adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana wujud beberapa percanggahan dari sudut akidah dan syariah.

Menurutnya, antaranya adalah menyanjung sahabat Rasulullah, Sayidina Ali secara keterlaluan, menghalalkan nikah mutaah, menolak hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah sekalipun hadis Mutawatir dan mengkafirkan sahabat Rasulullah.

“Penyelewengan dari sudut syariah pula adalah menolak ijmak ulama, qias dan mengamalkan nikah mutaah. Pengikut Syiah juga terlibat pelbagai penyelewengan umum seperti percaya ganjaran syurga jika menziarahi kubur Sayidina Husin.

“Selain itu, menyeksa diri dengan memukul badan menggunakan rantai sehingga berdarah sempena 10 Muharam, mengharuskan jamak sembahyang dalam semua keadaan dan tidak mewajibkan haji,” katanya.

Dr Abdul Aziz percaya ajaran Syiah yang memudahkan ibadat dan menghalalkan nikah mutaah menjadi punca tarikan umat Islam di negara ini untuk menjadi pengikutnya.

“Walaupun di negara ini terdapat satu fahaman lagi iaitu Wahabi yang turut menimbulkan kebimbangan umat Islam, ancamannya tidak begitu berbahaya sebagaimana ditimbulkan pengikut Syiah.

“Penganut Syiah menganggap umat Islam yang bermazhab lain sebagai kafir dan halal darah mereka untuk dibunuh. Jika sesama umat Islam pun puak Syiah ini menghalalkan pembunuhan, cuba kita fikirkan apa pula kesan dan tindakan yang boleh puak-puak ini ambil untuk golongan yang bukan Islam,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Abdul Aziz meminta pihak bertanggungjawab seperti jabatan agama dan Jawatankuasa Fatwa Negeri bertindak segera menghapuskan fahaman Syiah di samping membendung fahaman lain yang boleh merosakkan akidah umat Islam.

“Saya tidak menolak kemungkinan terdapat orang yang mempunyai kedudukan dan pangkat seperti ahli politik dan ketua jabatan yang melindungi aktiviti fahaman Syiah.

“Bagaimanapun, kewajiban untuk menentang sebarang usaha memecahbelahkan perpaduan dan akidah umat Islam perlu ditangani segera dan saya minta semua pihak bekerjasama ke arah itu,” katanya.

15 rumah musnah akibat ribut



SUNGAI BAKAP - Dalam masa dua minit, 15 rumah musnah akibat dibadai ribut di kawasan Tasek dan Kepala Gajah lewat petang kelmarin.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.50 petang itu menyebabkan penduduk mengalami gangguan bekalan elektrik dan terputus hubungan apabila pokok besar tumbang menghalang laluan beberapa jalan utama.

Ribut yang disertai hujan lebat dan kilat menyebabkan sebilangan penduduk di kawasan itu ketakutan kerana bimbang kemungkinan buruk yang boleh berlaku dalam keadaan seperti itu.

Seorang penduduk, Norizan Abdul Aziz, 45, berkata, kejadian lewat petang kelmarin memusnahkan hampir 90 peratus rumah pusaka berusia 40 tahun yang ditinggalkan arwah ayah dan ibunya.

“Ketika kejadian saya dan suami tiada di rumah dan apabila pulang kami melihat rumah pusaka itu rosak teruk manakala pelbagai barangan yang terdapat di dalamnya turut musnah.

“Bumbung rumah diterbangkan angin manakala sebahagian besar rumah roboh kerana dihempap pokok,” katanya ketika ditemui di Kampung Balik Bukit, Tasek.

Menurutnya, ini adalah kejadian pertama ribut atau puting beliung melanda kawasan perkampungan itu dan lebih menyedihkan rumah pusakanya musnah.

Bagaimanapun, kesuraman akibat bencana itu diceriakan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Makhtar Shapee dan Penyelaras Kawasan ADUN Sungai Bakap, Foad Mat Isa untuk meninjau keadaan dan bertemu mangsa.

Makhtar berjanji akan membantu penduduk yang terlibat bagi meringankan beban yang ditanggung.

“Saya akan cuba memberi bantuan sewajarnya manakala tindakan pantas ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Pasukan Rondaan Sukarela wajar dipuji kerana berjaya membantu meredakan keadaan.

“Inilah semangat kerjasama yang seharusnya dicontohi kerana ia bukan sahaja membantu golongan yang memerlukan tetapi semangat perpaduan dapat mewujudkan sebuah komuniti yang harmoni,” katanya.

Sementara itu, Foad berkata, kejadian ribut itu mungkin berpunca daripada tindakan pihak tertentu menebang pokok yang terdapat di sekeliling kampung berkenaan.

“Banyak tanah dikorek dan dibersihkan manakala pokok ditebang akan memudahkan angin bergerak pantas dan sekali gus memusnahkan rumah penduduk.

“Kita sedang berusaha untuk mendapat maklumat lanjut daripada mangsa kejadian untuk menghulurkan sumbangan. Warga emas yang terlibat akan dibantu melalui e-Kasih,” katanya.

Sorok syabu dalam bagasi



PERAI – Taktik seorang wanita warga Uganda menyorok dadah dalam bagasi gagal mengaburi pihak berkuasa apabila ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL), 11 Februari lalu.

Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan Pulau Pinang, R Mariappa berkata, wanita berusia lingkungan 30-an yang tiba dari Kuala Lumpur ditahan pegawai kastam Bahagian Unit Khas Pemeriksaan Penumpang (UKPP) kira-kira jam 2.45 petang, selepas terdapat imej meragukan ketika bagasinya diimbas.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas bagasi berkenaan oleh pegawai Cawangan Narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menjumpai dua bungkusan ‘aluminum foil’ yang mengandungi hablur kristal disyaki dadah jenis syabu disorokkan di satu ruang khas.

“Aluminium foil itu disorokkan dalam ruang khas dan diskru bagi mengelakkannya dikesan. Begitu pun, hasil pemeriksaan berjaya menemui hablur syabu seberat 3 kilogram dengan nilai RM750,000.

“Dengan penemuan itu, kita menahan wanita terbabit dan kini direman 14 hari untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pada sidang media di Kompleks Pencegah Negeri, di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Unit Narkotik Bahagian Penguatkuasaan JKDM Negeri, Mohammad Nizam Othman.

Mariappa berkata, siasatan awal mendapati wanita yang bekerja sebagai tukang masak di negara asalnya itu, baru pertama kali datang ke Malaysia dan mendaftar diri sebagai pelancong.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut sama ada wanita berkenaan dijadikan keldai dadah kerana kes itu masih dalam siasatan tetapi tidak menolak kemungkinan ia didalangi sindiket tertentu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya.

Pusat cuci kereta dibakar



SKUDAI – “Saya percaya kejadian kebakaran membabitkan pusat cuci kereta milik saya dan suami berpunca daripada perbuatan sabotaj individu tertentu namun tidak pasti apakah motifnya,” dakwa pemilik yang juga Pengerusi DAP cawangan Taman Nesa, S Kogilavani, 32.

Menurutnya, kejadian kebakaran yang berlaku kira-kira jam 8.50 malam kelmarin turut mengakibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda, jenis Mitsubishi Pajero milik pelanggannya hangus pada bahagian hadapan manakala beberapa peralatan mencuci kereta juga musnah.

“Sebelum kejadian berlaku, saya adalah orang terakhir berada di sini dan menutup kedai pada jam 8.20 malam serta terus pulang ke rumah sebelum dikejutkan dengan panggilan mengenai kebakaran itu,” katanya.

Katanya, ketika sedang berehat di rumah, beliau menerima panggilan daripada pemilik sebuah pasar mini berhampiran pusat cuci kereta milik beliau memaklumkan kebakaran tersebut lantas dia dan suaminya bergegas ke tempat kejadian.

“Ketika kami sampai, api berjaya dipadamkan oleh beberapa peniaga dan penduduk di sini yang ternampak kepulan asap tebal daripada luar premis ini namun tidak sempat menyelamatkan barangan yang terbakar termasuk kenderaan milik pelanggan,” katanya.

Beliau percaya kejadian tersebut angkara perbuatan khianat individu tertentu yang tidak berpuas hati dengannya namun tidak pasti sama ada berkaitan dengan persaingan perniagaan ataupun pembabitan pasangan itu dalam parti politik.

“Saya juga ingin menegaskan, sepanjang empat tahun pusat cuci kereta ini beroperasi, kami tidak pernah mempunyai sebarang urusan pinjaman dengan ceti haram ataupun ah long selain tidak menerima sebarang ugutan daripada mana-mana pihak,” katanya.

Kogilavani percaya kejadian ini adalah angkara perbuatan khianat kerana hanya bahagian luar premisnya sahaja yang terbakar, jika disebabkan litar pintas sudah tentu kebakaran bermula daripada bahagian dalam pusat cuci kereta miliknya disebabkan suis utama berada di situ.

Sinar Harian juga difahamkan, individu tersebut membakar sofa yang diletakkan di luar pusat cuci kereta itu sebelum api menyambar barangan lain termasuk kenderaan berhampiran.

“Disebabkan kebakaran itu, kami menganggarkan jumlah kerugian sekitar RM1,500, saya dan suami bernasib baik kerana ketika kejadian, hampir 30 orang membantu memadamkan api yang mulai marak,” katanya.

Beliau turut kecewa kerana ada yang sanggup mencuba membakar premisnya, selain itu menawarkan sedikit habuan kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kebakaran itu sehingga dalang yang melakukannya berjaya ditangkap.

“Saya tidak ada masalah untuk memberikan kerjasama kepada pihak polis dalam membantu siasatan dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada individu yang bertanggungjawab menyebabkan kebakaran itu,” katanya.

Berhubung kejadian kebakaran terbabit, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU) semalam, selain itu Kogilavani juga akan merujuk perkara itu kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mengetahui punca kejadian.

“Saya terpaksa menghentikan operasi pusat cuci kereta buat sementara waktu, bagi memperbaiki kerosakan termasuk sistem pendawaian di luar premis yang turut terbakar dan menjangkakan untuk memulakan semula operasi kami tiga hari kemudian,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada peniaga di kawasan Jalan Ronggeng 19, Taman Nesa dan penduduk berhampiran yang sudi membantu menyelamatka:n pusat cuci kereta miliknya daripada hangus akibat kebakaran yang dipercayai dirancang pihak tertentu.

Empat didakwa tuduhan menculik



MUAR – Tiga lelaki dan seorang wanita yang didakwa menculik mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961, dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Mereka yang didakwa adalah Lim Chong Meng, 30; Wong Ming Ching, 22; Tan Leng Hwa, 59; dan Chok Yi Wen.

Bagaimanapun tertuduh ditahan semula dan dibawa ke Kluang untuk didakwa mengikut Seksyen 343.

Empat tertuduh, termasuk Leng Hwa yang merupakan rakyat Singapura telah ditahan kerana menculik mangsa di Jalan Jaya di Kluang pada 27 Januari tahun lalu.

Menurut kes, keempat-empat tertuduh tinggal di Kluang telah meminta wang tebusan sebanyak RM2 juta daripada keluarga mangsa sebagai pembebasan, tetapi selepas berunding tertuduh setuju untuk menerima RM500,000.

Bagaimanapun, belum sempat pembayaran wang tebusan itu dibuat, keempat-empat tertuduh telah ditahan pada 1 Februari 2010 dan dituduh kerana menculik.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul semalam memohon keempat-empat tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan kerana mereka tidak menerima sebarang wang tebusan.

Tertuduh akan didakwa mengikut Seksyen 343 Kanun Jenayah untuk pengurangan hukuman dengan kebenaran Hakim, Datuk Ahmadi Asnawi.

Beliau juga berkata, tertuduh dibawa pulang ke Kluang untuk didakwa di Mahkamah Majistret Kluang, semalam.

Taktik warga Singapura terbongkar



JOHOR BAHRU - Taktik seorang lelaki warga Singapura menjadikan bilik rumah sewanya sebagai makmal memproses dadah akhirnya terbongkar ditahan polis dalam satu serbuan di Taman Sentosa, di sini, tiga hari lalu.

Dalam serbuan hasil daripada intipan dan maklumat, polis turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM60,000

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, lelaki berumur 41 tahun itu ditahan kira-kira 6.50 petang dan dipercayai terlibat dengan kegiatan memproses dan mengedar dadah di sekitar bandar raya ini sejak enam bulan lepas.

“Kesemua dadah yang dirampas membabitkan 1.8 kilogram ketamin, 71 biji pil ecstasy, lima biji pil Eramin 5 dan peralatan memproses dadah bernilai lebih kurang RM60,000.

“Pemeriksaan mendapati salah sebuah bilik di dalam rumah tersebut dijadikan makmal kecil memproses dadah,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Polis turut menyita dua buah kereta mewah milik suspek dianggarkan bernilai lebih kurang RM180,000 kerana dipercayai digunakan dalam aktiviti pengedaran dadah.

Beliau berkata, lelaki itu tidak mempunyai rekod jenayah dan dia kini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan mengedar dadah.

Abdul Samad berkata, suspek juga didapati positif dadah hasil ujian air kencing.

Tiga lelaki nyaris maut



IPOH - Tiga lelaki nyaris maut apabila kereta yang mereka naiki tiba-tiba terbakar ketika dalam perjalanan ke Medan Kidd berhampiran Dewan Bandaran di sini, semalam.

Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Raja berkata, kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 8.20 pagi di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di sini, ketika keadaan trafik sibuk.

Menurutnya, pemandu kereta dipercayai menyedari kejadian itu apabila melihat asap keluar di bahagian hadapan kereta berkenaan, sebelum mengarahkan rakannya menyelamatkan diri.

“Kereta yang dipandu itu diberhentikan di simpang berhampiran sebelum mereka bertiga bergegas keluar. Kereta itu musnah terbakar dan tiada kemalangan jiwa berlaku.

“Saya lihat semua yang ada dalam kereta itu selamat dan tiada kecederaan berlaku ke atas mereka kerana ketiga-tiganya bertindak pantas keluar dari kereta untuk menyelamatkan diri,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Kejadian itu juga menyebabkan perjalanan kenderaan lain yang melalui jalan itu bergerak perlahan kerana ramai mengambil kesempatan untuk melihat kereta terbakar menyebabkan berlaku kesesakan teruk.

Sinar Harian berusaha mendapatkan pemandu dan penumpang kereta berkenaan, tetapi mereka enggan mengulas berhubung kejadian yang berlaku ke atas mereka.

Sementara itu, Bilik Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu sambil berkata, pihaknya ada menerima panggilan mengenai kejadian dan bergegas untuk memadamkan kebakaran.

“Kereta yang terbakar itu musnah 100 peratus, manakala punca kejadian masih dalam siasatan dan tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan dilaporkan,” katanya.

Bencana ribut: lebih 20 rumah rosak



KUALA KANGSAR – Lebih 20 rumah di beberapa kampung sekitar Karai, Kota Lama Kanan dan Kledang, di sini mengalami kerosakan akibat ribut yang berlaku kira-kira 6.30 petang, kelmarin.

Beberapa rumah dilaporkan mengalami kerosakan serius di bahagian bumbung akibat ditimpa pokok tumbang, bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Sinar Harian dimaklumkan, di kawasan Rancangan Perumahan Awam (RPA) Karai sahaja, 11 rumah termasuk bengkel dan dewan orang ramai turut mengalami kerosakan sama.

Selain rumah kediaman, seorang pemilik kolam ikan juga menanggung kerugian hampir RM3,000 apabila sebahagian kolam ikannya di Kampung Kledang musnah.



Bunyi dentuman kuat

Seorang penduduk, Mat Rashid Abu, 55, berkata, ketika kejadian dia bersama keluarga sedang minum petang di dapur sebelum mendengar dentuman kuat di bahagian bumbung.

Menurutnya, dentuman kuat itu datangnya daripada dahan pokok yang terletak berhampiran rumah tumbang menyebabkan siling rumahnya pecah.

“kejadian berlaku terlalu pantas, pada waktu itu, angin memang kuat bersama hujan lebat, hampir keseluruhan bahagian dapur rumah saya rosak, beberapa kerosakan kecil turut berlaku di bahagian tempat letak kereta,” katanya.

Mat Rashid berkata, ia adalah kejadian pertama berlaku menyebabkan kerosakan rumahnya, beberapa pokok yang berada berhampiran kawasan rumahnya turut tumbang.



Terkejut pokok depan pintu

Seorang lagi mangsa, Nafsiah Sabri, 47, dari Kampung Kandang Hulu, berkata, perjalanan pulang ke rumahnya dikejutkan dengan keadaan rumah yang dihempap pokok tumbang.

Menurutnya, ketika kejadian, dia dan suami tiada di rumah kerana melawat seorang saudara yang sakit di hospital.

“Saya dan suami terkejut apabila melihat tempat meletak kereta sudah runtuh ditimpa ranting pokok, mujur kami tiada di rumah, kerana kalau tidak pasti kereta akan remuk,” katanya.



Nyaris cedera langgar pokok tumbang

Seorang guru agama, di sini nyaris cedera apabila kereta yang dipandu terlanggar pokok tumbang.

Mangsa, Mohd Hafiz Abd Latif, 45, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, dia dalam perjalanan mengajar kelas Tajwid di sebuah kampung berhampiran.

Menurutnya, keadaan hujan lebat dan angin kencang menyebabkan penglihatannya terbatas sebelum kereta yang dipandu melanggar sebatang pokok yang tumbang merintangi laluan.

“Berlaku kerosakan di bahagian hadapan kereta tetapi syukur, umur masih panjang dan tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan itu,” katanya.



Bumbung terbang

Seorang bapa dan anak terselamat apabila bumbung bahagian ruang tamunya diterbangkan angin.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, Ahmad Najwa Idris, 47, berkata, sewaktu kejadian di berada di rumah bersama seorang anaknya sebelum menyedari bumbung di ruang tamu diterbangkan angin.

“Keadaan pada waktu itu memang sangat menakutkan dengan angin kencang dan hujan lebat, walaupun kawasan ini sering dilanda ribut, tidak pernah berlaku kejadian seperti ini sehingga menyebabkan bumbung terbang, mujur anak saya ada di rumah, boleh juga berkongsi rasa takut,” katanya.



Turun padang tinjau mangsa ribut

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput, Datuk Mohd Dzulkifli Harun bersama Penyelaras Barisan Nasional (BN) Sungai Siput, R.Ganesan dan ketua kampung turun padang meninjau keadaan mangsa ribut, di sini.

Mohd Dzulkifli berkata, dalam lawatan itu, pihaknya mengumpul maklumat dan kerosakan yang dialami setiap keluarga bagi memudahkan urusan bantuan dilakukan.

Menurutnya, masalah bencana seumpama itu perlu diberi perhatian serius bagi meringankan beban mangsa.

“Dalam lawatan ini, kita dapati ada mangsa yang trauma dan terkejut tetapi bernasib baik kerana tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku.

“Segala kerosakan yang berlaku akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pejabat Daerah agar bantuan sewajarnya dapat disalurkan,” katanya.

Anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Daerah Kuala Kangsar turut tampil membantu kerja pembersihan pokok tumbang di sekitar kawasanyang terlibat bencana ribut, semalam.

Pegawai kerajaan didakwa rasuah



AYER KEROH - Bekas Penolong Pegawai Daerah Melaka Tengah dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana menerima rasuah lebih RM178,000 tiga tahun lalu.

Zahiruddin Abdullah, 43, yang mengangguk faham pertuduhan mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas mendengar pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh berasal dari Air Merbau itu didapati menerima sekeping cek Ambank bernombor 001359 bernilai RM178,567.47 untuk menjelaskan sepenuhnya pinjaman Bank Pertanian Malaysia sebagai balasan daripada Pang Sen Hwa, 32 di Bank Pertanian Berhad, Jalan Hang Tuah.

Suapan diterima 3 November 2008 itu membabitkan tanah lot 2299 dan lot 2300 yang dijadikan cagaran pinjaman tersebut, yang mana tertuduh mengetahui hubungan dengan kerja rasmi Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Melaka.

Dia didakwa mengikut kesalahan di bawah Sesyen 165 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah sesyen sama dan jika kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Gembala kambing dipenjara, sebat kerana dadah



AYER KEROH - Seorang pengembala kambing dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan 10 sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mengaku bersalah memiliki dan menagih dadah, tahun lalu.

Tertuduh, Azmil Shah Zaito Ahmad, 42, menerima hukuman yang dijatuhkan Hakim Abu Bakar Katar selepas meneliti semua fakta kes dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh tinggal di Jalan Semabok, Kandang didapati memiliki 11 paket plastik lutsinar ketulan mampat dadah jenis kanabis seberat 111.52 gram yang disimpan dalam sebuah laci di bilik stor terletak di belakang rumahnya pada 19 April 2010, kira-kira jam 8.40 malam.

Didakwa mengikut Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa kepada hukuman penjara maksimum dan sebat.

Dia yang juga berkerja mengambil upah menjalankan kerja-kerja kampung juga tidak terlepas dari menghadapi dakwaan menagih dadah jenis sama berdasarkan hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan.

Gadis hilang ditemui semula




MELAKA - Seorang ibu, di sini berjaya menemui anak gadisnya semula sebaik dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak hampir dua minggu lalu ketika sedang melepak bersama rakan-rakan di kawasan Perhentian Teksi Melaka Sentral kira-kira jam 11 malam, kelmarin.

Shaliha Ishak, 46, dari Kampung Bukit Katil di sini berkata, dia berjaya mengesan di mana anaknya, Noor Hidayah Abdullah, 13, berada setelah mendapat panggilan telefon daripada salah seorang rakan anaknya.

Menurutnya, rakan anaknya menyedari tentang kehilangan Noor Hidayah selepas terbaca di dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 15 Februari lalu.

“Saya terus memberitahu anak ketiga saya, Noor Sharini, 25, supaya dia dapat mendahului saya menjejaki di mana Noor Hidayah berada seperti diberitahu oleh rakannya.

“Saya dimaklumkan, ketika itu, Noor Hidayah sedang duduk melepak bersama rakan-rakannya yang lain di tangga tempat Perhentian Teksi di Melaka Sentral,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Shalika berkata, kemudian dia terus bergegas menaiki kereta yang dipandu seorang jiran menuju ke Melaka Sentral untuk mengambil Noor Hidayah.

“Bagaimanapun, saya berasa lega, apabila berjaya menemui semula Noor Hidayah dan mengucapkan terima kepada pihak yang mengambil berat mengenai kehilangan anak saya.

“Sebagai seorang ibu, saya rasa syukur dan berharap anak saya tidak mengulangi apa yang dia dilakukan dan berharap dia akan berubah,” katanya.

Sementara itu, Sinar Harian 15 Februari lalu, melaporkan mengenai kehilangan gadis berusia 13 tahun sebaik sahaja mengikuti kelas mengaji al-Quran di rumah jiran berhampiran.

Manakala, Noor Hidayah berkata, tujuan dia keluar rumah pada jam 10 malam, 2 Februari lalu adalah kerana mahu berseronok dan hidup bebas.

Menurutnya, dia sengaja tidak mahu memberitahu keluarganya kerana percaya tidak akan dibenarkan keluar.

“Pada malam itu, saya diambil oleh tiga rakan lelaki dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Persona untuk melepak di tapak bekas ‘Eye On Malaysia’ di Banda Hilir.

“Selepas itu, saya menumpang di rumah seorang rakan di Bukit Baru selama tiga hari sebelum mengambil keputusan untuk tinggal dengan seorang lagi rakan di Tanjung Kling,” katanya.

Noor Hidayah berkata, dia terpaksa berbohong dengan keluarga rakannya itu dengan mengatakan dia sudah berhenti sekolah dan secara kebetulan rakannya itu juga turut mengambil tindakan sama.

“Sepanjang tempoh kehilangan saya, saya sering melepak dan kadangkala pergi makan bersama kira-kira 10 rakan yang berusia antara 13 hingga 22 tahun,” katanya.

Pekerja asing mengamuk



BUKIT RAMBAI - Seramai 360 pekerja asing sebuah kilang perabot di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai, dekat sini melakukan mogok sejak Isnin lalu.

Mogok yang berlarutan sehingga semalam berlaku disebabkan pekerja warga Bangladesh dan Nepal itu tidak puas hati dengan kenaikan gaji, pemotongan levi dan bon jaminan tinggi dikenakan kepada setiap pekerja.

Menurut pekerja terbabit yang sudah bekerja antara dua dan enam tahun itu, mereka seolah ditindas dengan perolehan pendapatan antara RM100 hingga RM500 sebulan.

Malah, ada antaranya yang menerima gaji bulanan sebanyak RM30 selepas dipotong.

Semalam, kemuncak kemarahan mereka membara apabila seorang daripada ejen warga asing dikatakan itu diserang dan dibelasah sekumpulan mereka sewaktu berunding.

Seorang pekerja, Syafiqul Islam, 26, berkata, dia yang bekerja sejak empat tahun lalu sudah tidak tahan lagi apabila majikan membuat potongan gaji banyak serta tidak munasabah.

“Gaji kami terima tidak tetap. Sudahlah dipotong levi, selain yuran asrama sebanyak RM40, bon jaminan pula RM1,000, majikan juga memotong RM1 untuk yuran tandas.

“Kebajikan kami juga terabai. Sekiranya waktu malam ada yang sakit, mereka tidak mahu hantar ke hospital. Malah, sudah ada seorang yang meninggal baru-baru ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di asrama yang terletak di hadapan kilang terbabit.

Syafiqul berkata, mereka akan melakukan mogok itu sehingga majikan bersetuju memulangkan semula wang mereka.

“Kami tidak akan bekerja dan akan tunggu sehingga mereka berikan semula wang kami. Dalam masa yang sama kami menunggu bantuan pihak kedutaan,” katanya.

Mofzzal Hossain, 25, pula berkata, dia kesal dengan majikan mengambil kesempatan terhadap pekerja asing sehingga sanggup membayar gajinya kira-kira RM30 sebulan.

“Saya sudah tiga tahun bekerja di sini. Memang banyak majikan potong gaji saya. Pernah pada bulan November tahun lalu saya terima gaji bersih sebanyak RM30.70 selepas potongan dibuat.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Tenaga Kerja, S. Tharu Marajan berkata, pihaknya sudah bertemu dan berbincang mengenai masalah tersebut.

“Majikan bersetuju untuk membayar semula secara ansuran bon jaminan sebanyak RM1,000 yang dikenakan terhadap perkerja sebelum ini.

“Potongan levi terhadap 80 pekerja sebanyak RM100 sebulan juga akan dihentikan dan akan membayar semula levi yang diambil sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, yuran asrama juga akan dihentikan tetapi akan menghadkan penggunaan air dan elektrik supaya tidak melebihi had.

Menurut S. Tharu, syarikat itu bagaimanapun tidak sanggup untuk menaikkan gaji kerana dikhuatiri meningkat kos ditanggung.

“Tetapi syarikat itu bersetuju untuk menaikkan kadar gaji bulanan pekerja daripada RM18.50 yang ditetapkan sebelum ini kepada RM19,” katanya.

Berikutan persetujuan itu, mogok berkenaan dapat disuraikan polis, tengahari semalam.

Kereta terbabas, konstabel maut



TEMERLOH – Seorang anggota polis berpangkat konstabel maut apabila kereta dipandu terbabas lalu merempuh sebatang pokok di Kilometer 4 Jalan Temerloh-Mentakab di sini jam 11.30 malam kelmarin.

Mangsa Mohd Faizal Abdul Wahab 24, dipercayai dalam perjalanan pulang selepas makan malam bersama teman wanitanya yang turut berada dalam kenderaan yang sama.

Bagaimanapun teman wanitanya hanya mengalami cedera ringan di siku dan tangan telah menjalani rawatan pesakit luar di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS).

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Nissan Cefiro dipandu mangsa dari arah Mentakab hilang kawalan terbabas ke kiri jalan lalu terhumban ke dalam semak serta melanggar sebatang pokok. Kereta dipandu mangsa juga terbakar selepas merempuh pokok tersebut.

Akibat kemalangan Mohd Faizal mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Nor Mansor mengesahkan kejadian membabitkan seorang anggota polis.

“Semasa kejadian permukaan jalan kering, aliran trafik tidak sibuk dan keadaan cuaca baik namun kereta dipandu hilang kawalan,” katanya sewaktu dihubungi semalam.

Sementara itu Sinar Harian difahamkan mangsa yang bertugas di Balai Polis Taman Seri Lalang, Kluang, Johor baru membeli kereta itu pada petang kejadian.

Sebelum kejadian mangsa yang berasal dari Felda Jenderak Selatan sempat pulang ke rumah di Felda terbabit sebelum keluar makan bersama teman wanitanya.

Suspek kes tendang perut isteri direman



KUALA TERENGGANU - Suspek yang dipercayai menendang perut isterinya yang sedang mengandungkan anak ketiga mereka sehingga keguguran, berjaya ditahan polis pada 10 Februari baru-baru ini.

Suspek yang berumur 23 tahun itu ditahan di rumah ibunya di Kampung Kolam, Kuala Ibai pada jam 8 malam dipercayai menyembunyikan diri selepas malam kejadian di rumah mereka di Kampung Padang Luar, pada 5 Februari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut sehingga 22 Februari ini.

“Mangsa yang berumur 22 tahun kini menerima rawatan di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil serta sudah dibenarkan keluar pada 9 Februari lalu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Sebelum ini, Sinar Harian keluaran 11 Februari menyiarkan laporan seorang suami yang bertindak kejam sanggup menampar dan menendang perut isterinya yang mengandung anak ketiga mereka sehingga keguguran hanya kerana sedikit perselisihan faham.

Mangsa yang mengandung tiga bulan disahkan keguguran selepas mendapatkan rawatan di HSNZ pada 8 Februari iaitu empat hari selepas kejadian tersebut.

Kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 313 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan keguguran dengan tiada kerelaan perempuan.

Penyelia Instep maut



GONG BATU – Padah haiwan berkeliaran. Babi hutan yang melintas secara tiba-tiba menyebabkan seorang Penyelia Sukan Institut Teknologi Petronas (Instep) Batu Rakit maut dalam kejadian di Jalan Kota Bharu ke Kuala Terengganu di Kampung Gong Batu, semalam.

Kemalangan yang berlaku pada jam 7 pagi itu terjadi apabila kereta Nissan Murano yang dipandu mangsa terbabas dan berpusing beberapa kali ke ladang kelapa sawit setelah melanggar babi hutan yang melintas secara tiba-tiba.

Pemangku Ketua Polis, Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Setiu, Asisten Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, kejadian itu hanya melibatkan sebuah kenderaan sahaja.

“Hasil siasatan pihak polis, mendapati kereta yang dipandu mangsa gagal dikawal ketika melanggar babi hutan sehingga berpusing beberapa kali sejauh 120 meter, sebelum masuk ke ladang kelapa sawit di seberang jalan itu.

“Jika dilihat daripada keadaan kenderaan yang dipandu mangsa, kita mengesyaki ia dipandu dalam keadaan laju berdasarkan kerosakan luaran kereta terbabit,” katanya.

Abdul Hamid berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam sekitar jam 9 pagi memaklumkan terdapat sebuah kereta terbabas dan pemandu meninggal dunia di tempat kejadian.

“Semasa anggota polis sampai di situ, didapati mangsa telah keluar lebih awal dari kenderaannya melalui cermin pintu belakang dan berjalan sejauh 100 meter dari lokasi kenderaannya tersadai dipercayai untuk mendapatkan pertolongan.

“Namun, mangsa ditemui mati di bawah pokok kelapa sawit dalam keadaan mukanya tersembam ke tanah,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Setiu untuk bedah siasat, dan didapati punca kematian disebabkan keretakan di bahagian kepala dan patah tulang rusuk.


Arwah tidak tunjuk sebarang tanda 

“Tiada tanda pelik yang ditunjukkan arwah sebelum keluar rumah jam 5.30 pagi semalam untuk ke tempat kerja di Instep, Batu Rakit selepas menghabiskan cuti Maulidur Rasul kelmarin bersama keluarga.”

Demikian luah Nik Noor Baheeyah Noor Basir, 40, isteri kepada mangsa kemalangan� maut di Jalan Kota Bharu ke Kuala Terengganu di Kampung Gong Batu.

Nik Noor Baheeyah berkata, arwah suami, Nazaruddin Mohd Noor, 57, yang bekerja sebagai penyelia sukan di Instep Batu Rakit sentiasa pulang ke rumah di Kubang Kerian, Kelantan setiap hujung minggu atau cuti umum.

Menurutnya, memang sudah menjadi kebiasaan arwah sebelum ini bertolak ke tempat kerjanya di Batu Rakit pada awal pagi. Dalam perjalanan, dia akan singgah di mana-mana masjid menunaikan solat Subuh.

“Biarpun arwah suami tidak menunjukkan tanda dia akan pergi selama-lamanya semasa pulang bercuti kelmarin, tetapi saya ada melihat perubahannya yang begitu ketara sejak dua minggu lepas.

“Dia begitu menunjukkan kasih sayang kepada anak perempuan tunggal berumur 11 tahun dan sentiasa mengikut kehendaknya walaupun pada hakikatnya arwah seorang bapa yang tegas,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Setiu, semalam.

Baheeyah berkata, apa yang membuatkan dirinya cukup terkilan dan sedih kerana arwah suami telah merancang mengerjakan haji bersama-sama pada tahun ini, selain membina sebuah rumah di Kelantan.

“Selain itu, arwah suami sentiasa mengungkapkan kata-kata, walaupun pelbagai halangan yang perlu ditempuhi, cintanya akan kekal selama-lamanya dan berjanji untuk hidup semati bersama.

“Namun semuanya sudah tinggal kenangan dan saya redha dengan ketentuan Ilahi, biarpun banyak kenangan manis bersama arwah selama ini,” katanya yang bekerja sebagai guru di Sekolah Menengah (SM) Pengkalan Chepa 1, Kelantan.


Arwah rakan yang baik, peramah 

Menurut kenalan arwah, Ismail Mamat, 60, sepanjang perkenalan dengan arwah selama 30 tahun, dia seorang rakan yang baik, peramah dan begitu komited dengan kerja.

“Sikapnya yang mudah mesra dengan rakan dan masyarakat setempat menyebabkan dia menjadi pakar rujuk setiap kali program sukan ingin diadakan di kawasan kampung.

“Idea diberikan sentiasa bernas dan bersesuaian dengan keadaan kampung memandangkan kerjanya sebagai penyelia sukan di Instep banyak memberi pendedahan kepadanya,” katanya.

Ismail berkata, kali terakhir berjumpa dengan arwah dua hari yang lalu ketika berselisih kenderaan dan dia tidak sangka pertemuan itu adalah terakhir, walaupun rumah sewa arwah berdekatan dengan rumahnya di Gong Badak.


Jalan lurus, gelap jadi laluan haiwan 
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, Abdul Halim Jusoh, kemalangan di kawasan itu memang sudah kerap kali berlaku disebabkan beberapa faktor.

Menurutnya, antara faktor itu termasuk keadaan jalan yang lurus dan gelap selain kehadiran� haiwan yang melintas dan dibiarkan berkeliaran termasuk lembu dan babi hutan, sehingga menyebabkan pemandu yang memandu dalam keadaan laju membrek kenderaan mereka dalam keadaan mengejut.

“Sebelum ini, saya pernah mengesyorkan dalam mesyuarat tindakan Majlis Daerah untuk memasang lampu jalan di kawasan gelap dan menambah papan tanda isyarat keselamatan bermula dari kampung Fikri ke sempadan Besut.

“Berdasarkan kajian yang dibuat sepanjang laluan itu, kebanyakan kemalangan berlaku adalah di tiga kawasan utama iaitu kawasan sekolah, perkampungan penduduk dan laluan di sepanjang ladang kelapa sawit,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, walaupun lampu jalan telah dipasang, tetapi pihaknya berharap ia perlu ditambah lagi di kawasan berisiko tinggi.

Abdul Halim berkata, pihak berkenaan termasuk polis dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) perlu membuat kajian terperinci mengenai kaedah yang perlu diambil untuk mengurangkan kemalangan di kawasan terbabit.

“Setahu saya kemalangan yang meragut nyawa di kawasan itu adalah kali ketiga sejak tahun lalu. Apa yang penting kerjasama pemandu untuk sentiasa berhati-hati dan peka terhadap keadaan jalan tidak kira waktu siang atau malam perlu dititikberatkan,” katanya.


Kecuaian pemandu punca kemalangan

Menurut Penghulu Mukim Pantai, Suhaimi Isa, tidak dinafikan kemalangan di kawasan kampung Gong Batu sentiasa berlaku disebabkan kecuaian pemandu ataupun kehadiran haiwan yang melintas secara tiba-tiba.

“Sejak pemasangan lampu jalan di laluan kelapa sawit itu, kadar kemalangan agak kurang berbanding sebelum ini. Namun, ia perlu sentiasa diberi perhatian pihak berkenaan.

“Saya menyarankan Majlis Daerah Setiu (MDS) sentiasa membuat pemantauan secara berkala mengenai kehadiran haiwan ternakan yang dibiarkan oleh pemilik sehingga menjadi salah satu punca kemalangan,” katanya.

Penuntut IPT berhadapan hukuman penjara seumur hidup



KUALA TERENGGANU - Seorang mahasiswa akan berhadapan dengan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan sekiranya didapati bersalah atas tuduhan memiliki pil disyaki dadah jenis methamphetamine seberat 109 gram pada 2 Februari lalu.

Tertuduh, Che Saiful Syaqwan Che Ngah, 19, dari Kuala Besut bagaimanapun hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Tuan Azman Mustapha di Mahkamah Sesyen, semalam.

Tertuduh yang juga mahasiswa semester dua di sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di negeri ini didakwa memiliki 990 biji pil disyaki jenis methamphetamine seberat 109 gram di sebuah rumah di Jalan Sekolah, Kampung Beris Cawat, Kuala Besut pada 2 Februari lalu jam 11.10 malam.

Dia didakwa di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39 A (2) akta yang sama yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan diwajibkan tidak kurang 10 sebatan rotan.

Hakim menetapkan 19 April ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah.

Dua didenda ceroboh lokasi pencawang



KOTA BHARU – Dua lelaki berusia lingkungan 30 dan 40 tahun dikenakan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, kelmarin, kerana didapati bersalah menceroboh lokasi pencawang dua syarikat dalam dua kes berasingan, April dan Disember lalu.

Wan Rosmahadi Wan Yusof, 43, didapati bersalah bersama seorang lagi rakannya yang masih bebas, melakukan pencerobohan jenayah di kawasan milik Telekom Malaysia tanpa izin tuan punya dengan niat untuk melakukan kesalahan.

Tertuduh dikesan melakukan kesalahan pada jam 2 pagi, 29 April tahun lalu dan boleh dihukum mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Seorang lagi tertuduh, Mohd Zulkifli Musa, 37, juga bersalah bersama seorang lagi yang masih bebas, menceroboh kawasan pencawang sebuah syarikat telekomunikasi pada jam 9.30 malam, 16 Disember tahun sama.

Kedua-dua berdepan hukuman penjara selama tiga bulan sekiranya gagal menjelaskan denda RM2,000 tersebut.

Mohd Zulkifli turut bersalah kerana gagal mengemukakan kad pengenalan ketika pemeriksaan dibuat ke atasnya pada masa, tarikh dan tempat yang sama dia ditahan di kawasan pencawang terbabit.

Tertuduh didenda RM400 atas kesalahan yang dilakukan mengikut Seksyen 25(1)(N) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 dan boleh dihukum penjara dua bulan sekiranya gagal menjelaskannya.

Pendakwaan kedua-dua kes dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.