Search This Blog

Monday, February 14, 2011

Tentera janji patuh segala tuntutan rakyat Mesir

SH: "


KAHERAH - Kepimpinan tentera Mesir sedang berusaha untuk meyakinkan rakyat negara itu dan seluruh dunia bahawa mereka akan menurut segala tuntutan awam dan menghormati komitmen antarabangsa seperti perjanjian pendamaian dengan Israel, kelmarin.

Penunjuk perasaan antikerajaan mendakwa peranan mereka dalam masa depan negara, menekan tentera untuk menarik balik arahan perintah berkurung yang dilancarkan ketika pertempuran antara dua kumpulan penyokong berlaku, 3 Februari lalu.

Selain itu, mereka turut berjanji akan kembali ke Dataran Tahrir untuk menyambut kemenangan dan memperingati mereka yang terkorban dalam protes 18 hari yang berjaya menggulingkan Presiden Hosni Mubarak selepas memerintah selama 30 tahun.

Jurucakap tentera menyatakan, kerajaan Mesir akan terus mematuhi segala perjanjian antarabangsa dan tempatan serta mereka akan menguruskan segala urusan negara sehingga kerajaan baru dibentuk.

'Kami akan memastikan peralihan kuasa dibuat secara aman dalam rangka sistem demokrasi bebas yang membolehkan rakyat memilih sesiapa sahaja untuk memerintah negara itu,' menurut kenyataannya.

Kesan pemberontakan Mesir turut tersebar ke seluruh benua Arab, seperti di Algeria dan Yaman."

Konstabel parah selamat dibedah




GEORGETOWN - Seorang konstabel yang cedera apabila motosikal yang ditunggangi merempuh sebuah kereta awal pagi kelmarin, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) dan keadaannya dilaporkan stabil walaupun masih belum sedarkan diri.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, mangsa Andri Jimin, 23, baru menjalani beberapa pembedahan termasuk membuang darah beku di kepala dan menampal daging paha yang terkoyak.

Ayub berkata, kejadian berlaku ketika Andri dari Balai Polis Pulau Tikus baru saja selesai tugasan rondaan cegah jenayah dan mahu pulang ke rumah sewanya di Jalan Pettani kira-kira jam 1.15 pagi.

Bagaimanapun, ketika melalui Jalan Gotlieb, sebuah kereta yang dipandu seorang wanita berusia 40 tahun secara tiba-tiba membelok di depannya.

“Kereta yang dipandu wanita itu membelok secara tiba-tiba, menyebabkan Andri tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian kiri pintu depan kereta, lalu terpelanting ke atas jalan raya.

“Akibat rempuhan itu, Andri mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala, kaki kirinya patah dan pangkal pahanya terkoyak,” katanya ketika ditemui media selepas melawat mangsa di ICU HPP di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng.

Sementara itu, Ayub berkata, pemeriksaan yang dilakukan terhadap wanita itu mendapati dia memiliki lesen memandu yang sah manakala keputusan ujian pernafasan negatif.

Menurutnya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dalam keadaan laju hingga menyebabkan kecederaan dan sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM4,000 atau melebihi RM10,000 dan boleh dipenjara tidak melebihi 12 bulan.
SH

Tiga ditahan cuba seludup diesel




KANGAR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Utara berjaya menahan tiga awak-awak warganegara Thailand serta merampas 11,000 liter minyak diesel bersubsidi yang cuba diseludup ke negara jiran, malam kelmarin.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 1 Langkawi, Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 8.20 malam pada 12 Febuari lalu, bot APMM yang keluar membuat rondaan menahan sebuah bot di kedudukan 1.5 batu nautika dari pantai Kuala Perlis.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati, bot berkenaan sudah diubahsuai dengan memuatkan 11 tangki yang mana setiap satu tangki berisi kira-kira 1,000 liter minyak diesel.

“Kelazimannya, bot seperti yang dinaiki tiga lelaki berumur antara 20 hingga 54 tahun itu hanya mempunyai antara dua hingga tiga tangki minyak yang dipasang di bahagian kiri dan kanannya, manakala kapasiti minyak yang boleh diisi ke dalam ketiga-tiga tangki itu adalah antara 4,000 hingga 5,000 liter minyak sahaja.

“Tetapi bot ini mempunyai 11 tangki yang diletakkan di setiap bahagian termasuk di bahagian enjin dan bumbung dan kapasiti minyak yang dibawa mereka ketika ditahan kira-kira 11,000 liter diesel. Kita percaya ia adalah untuk diseludup ke negara jiran memandangkan harga yang tinggi di sana dan nilai barang rampasan kes ini dianggarkan RM13,750.00,” katanya kepada media, semalam.

Abdul Rahim berkata, tiga awak-awak warganegara Thailand bersama bot dan hasil tangkapan di bawa ke Jeti Pangkalan Kuala Perlis untuk tindakan lanjut dan kesalahan boleh dipertuduhkan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana membawa barang-barang larangan.

Beliau berkata, kes cubaan seludup minyak itu adalah yang ketiga di Wilayah Maritim Utara bagi 2011.

Difahamkan, minggu lalu, APMM berjaya merampas 60 tong pelbagai warna berisi kira-kira 1,500 diesel di lokasi yang hampir sama.

Abdul Rahim berkata, pihaknya akan mempertingkatkan lagi rondaan dan pemantauan di sempadan dan perairan negara dari masa ke masa bagi mencegah aktiviti penyeludupan serta jenayah maritim.
SH

Bapa tak serik




JITRA - Bagaikan tidak serik. Baru sahaja setengah tahun dibebaskan dari penjara atas kesalahan dadah, seorang bapa berusia 52 yang juga suspek utama dipercayai mengedar dadah sekali lagi dicekup polis dalam serbuan yang dijalankan di rumahnya di Kampung Naga di sini, pagi Jumaat lalu.

Dalam serbuan sama, anak saudara lelaki berusia 35 tahun yang dipercayai menjalankan kegiatan membungkus dadah bersama bapa saudaranya itu turut ditahan, selain tiga lagi ahli keluarga suspek utama, isteri, 54, anak lelaki, 30 dan anak perempuan, 17.

Timbalan Ketua Polis Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohamed Ishak berkata, dalam serbuan di rumah kampung dua tingkat itu, pihaknya berjaya menahan lima suspek selain menemui dadah jenis heroin di lantai sebuah bilik di tingkat atas rumah terbabit.

Menurutnya, dadah jenis heroin itu dijumpai dalam paket beg plastik besar seberat 460 gram dan beberapa paket kecil seberat 54.6 gram dengan jumlah keseluruhannya seberat 514.6 gram dengan anggaran nilai RM30,000, namun dipercayai dijual dengan harga lebih tinggi iaitu mencecah RM35,000.

Ibrahim berkata, suspek dipercayai mendapatkan bekalan dadah itu dari Pulau Pinang sebelum membungkusnya semula ke dalam paket-paket kecil, bagi mengedarkan kepada penagih di sekitar Kubang Pasu dan Alor Setar.

Menurutnya, suspek dipercayai telah lama menjalankan kegiatan itu sebelum ini dan kembali aktif selepas dibebaskan dari penjara pada Ogos tahun lalu.

“Berdasarkan rekod jenayah yang ada, suspek mempunyai tujuh rekod atas kesalahan dadah iaitu pada 1994, 1996, 1999, 2002, 2004, 2006 dan 2008 serta tidak sampai setengah tahun dibebaskan atas kesalahan sama dari Penjara Pokok Sena, manakala anak saudaranya juga mempunyai enam rekod kesalahan sama pada 1996, 1998, 2003, 2005, 2006 dan 2009.

“Semua mereka kini ditahan reman selama seminggu bermula 12 Februari lalu, bagi membantu siasatan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
SH

Bahana rempit bawa padah




KAWASAN PERINDUSTRIAN PERAMU – Keseronokan malam minggu dengan aktiviti merempit mengundang padah kepada seorang remaja yang patah paha kiri selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah kereta ketika sedang berlumba dengan rakan-rakannya, kira-kira 11 malam kelmarin.

Remaja berusia belasan tahun itu dikatakan gagal mengawal motosikal yang ditunggang dalam keadaan laju sebelum merempuh sebuah kereta yang ketika itu berada di hadapannya, berhampiran persimpangan lampu isyarat di sini.

Empat motosikal lain yang turut menyertai perlumbaan tersebut sempat mengelak dan dipercayai melarikan diri selepas rakannya itu terlibat dalam kemalangan bagi mengelak dicekup pihak berkuasa.

Ketua Polis daerah, Superintenden Yahaya Othman berkata, rempuhan kuat yang berlaku menyebabkan remaja berkenaan mengalami kecederaan di bahagian badan dan patah peha kiri.

Menurutnya, remaja berkenaan telah dibawa ke Hospital Pekan untuk mendapat rawatan lanjut dan polis kini sedang menjalankan siasatan bagi menyelesaikan kes berkenaan.

“Kegiatan rempit masih ‘dihidupkan’ oleh remaja sekitar daerah ini terutamanya pada malam minggu dan ia seharusnya dihentikan bagi mengelak kejadian seumpama berulang.

“Kemalangan dan tangkapan yang dilakukan masih tidak memberi keinsafan kepada golongan ini untuk mengambil iktibar dan berhenti daripada menyertai kegiatan tidak berfaedah ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Yahaya turut meminta supaya ibu bapa mengawasi pergerakan anak masing-masing selain melarang anak yang masih di bawah umur serta tidak mempunyai lesen menunggang motosikal.

“Kerjasama ibu bapa melalui kawalan seumpama ini membantu mengurangkan seterusnya menghapuskan kejadian kemalangan dan keruntuhan moral mereka yang tidak mampu untuk membezakan perkara yang baik dan buruk.

“Pihak berkuasa akan terus memantau kegiatan tidak bermoral dan membahayakan pengguna jalan raya ini dan tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang terlibat,” katanya.
SH

Pakaian dalam bertaburan




KUANTAN -Tindakan orang gila seks. Mungkin itu sesuai untuk menggambarkan situasi menggemparkan berikutan penemuan sebahagian pakaian dalam wanita yang berhampiran semak di Lorong 12 Bukit Perdana, Setongkol di sini.

Paling mengejutkan, golongan terlibat itu sanggup menyusun coli pada tiang elektrik di lorong itu selain seluar dalam yang bertaburan dalam semak berdekatan.

Selain itu, turut ditemui uniform sekolah yang turut dibuang dalam semak tersebut.

Situasi ini menyebabkan penghuni lorong dan sekitarnya gusar berikutan kes kehilangan pakaian dan baju dalam milik mereka (wanita) sejak minggu lalu.

Seorang peniaga, Chew Yen Chin, 35 berkata, dia menyedari kehilangan baju dalam miliknya pada pagi Jumaat lalu selepas balik dari tugasan luar.

Menurutnya, selepas dua orang gajinya memberitahu, mereka memeriksa dan mendapati kehilangan pakaian dalam miliknya.

“Orang gaji saya turut kehilangan beberapa pasang coli dan seluar dalam milik mereka.

“Sebelum ini, saya pernah berhadapan dengan seorang lelaki bermotosikal yang cuba mencuri pakaian dalam di belakang laman rumah saya dua tiga tahun lalu,” katanya tindakan lelaki itu berjaya digagalkan selepas dia menjerit terhadap pelaku itu.

Menurutnya, dia risau tentang keselamatan penghuni terutamanya kanak-kanak dan wanita memandangkan laluan itu turut menjadi tumpuan penduduk beriadah (jogging) selain gelap di waktu malam.

Bagi dua orang gajinya, Asi dan Asu, 21 yang berasal dari Jawa itu berkata, mereka mengetahui lokasi kejadian itu selepas berjalan-jalan di lorong itu.

“Kami terkejut dan pantas memberitahu majikan tentang penemuan ini dan turut menjumpai batang pesi yang digunakan sebagai alat untuk mencuri pakaian dalam.

“Kami kini risau juga kalau mereka yang melakukan perbuatan ini ada niat lain dan buat perkara bukan-bukan,” kata mereka yang masih terkejut kerana pertama kali berhadapan dengan masalah itu.

Sementara itu Pegawai Khas Parlimen Kuantan, Sim Chon Siang yang berkunjung ke lokasi itu selepas mendapat aduan menasihatkan mangsa terlibat membuat laporan polis untuk langkah keselamatan.

“Kita berharap pihak berkuasa dapat menyiasat seterusnya menangkap mereka yang terlibat untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku suatu hari nanti,” katanya.
SH

Hati-hati pencuri menyamar pelanggan




SETIU – Seorang pemilik kedai peralatan elektrik dan perabot di Bandar Permaisuri terpaksa berputih mata apabila sebuah televisyen LCD bersaiz 32 inci berjenama yang dipamerkan, hilang di kedainya ketika dia menjalankan urus niaga dengan pelanggan kira-kira jam 1 petang, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu, Abdul Hamid Che Ahmad berkata, ketika kejadian, pemilik kedai bersama dua pekerja leka melayan pelanggan sehinggalah apabila membuat pemeriksaan biasa, dia mendapati sebuah televisyen hilang.

“Berdasarkan lapo-ran yang diterima, sebelum menjalankan urus niaga pada pagi kejadian, pemilik kedai itu pasti semua televisyen masih berada di tempat asal dan hairan mengenai punca kehilangannya.

“Ini sebab, televisyen itu bukan dikategorikan sebagai barang jualan tetapi untuk pameran kepada pelanggan yang datang ke kedai sebelum membuat pembelian secara terus,” katanya.

Menurutnya, apa yang menjadi tanda tanya ialah taktik yang digunakan oleh individu itu sangat licik sehingga menyebabkan ia terlepas pandang oleh pemilik dan pekerja kedai itu walaupun ia tidak diletakkan dalam kotak.

“Justeru, bagi mengelakkan kes kecurian dalam premis perniagaan berulang, semua peniaga diingatkan berhati-hati dengan kelicikan pencuri yang mungkin berpura-pura menjadi pelanggan.

“Walaupun kes kecurian ini kecil, namun ia boleh menjadi peringatan awal kepada peniaga dan individu lain pula agar sentiasa memastikan tahap keselamatan di kedai dan rumah berada dalam keadaan selamat.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam premis,” katanya.
SH

Rumah hangus sekelip mata




KUALA KRAI - Sebuah keluarga enam beranak tinggal sehelai sepinggang, apabila rumah yang mereka diami sejak 17 tahun lalu, musnah dalam kebakaran di Kampung Bukit Arang, dekat sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 10.15 pagi itu berlaku ketika mangsa, Daud Sulong, 67, dalam perjalanan pulang dari hospital, manakala isteri dan anaknya berada di sebuah bangsal berhampiran rumah yang terbakar.

Isteri Daud, Bidah Majid, 64, berkata, ketika kejadian, dia berehat bersama tiga anaknya di bangsal belakang rumahnya, selepas pulang menoreh kira-kira jam 10 pagi manakala seorang lagi anaknya tinggal di asrama sekolah.

“Tiba-tiba kami terdengar bunyi letupan dari atas rumah dan bila anak saya berlari naik, dia tengok api sudah marak dalam bilik tengah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam.

Kebakaran memusnahkan hampir keseluruhan rumah papan itu juga, menyebabkan sebuah motosikal milik jiran keluarga terbabit yang diletakkan berhampiran rumah mereka turut musnah.

Daud pula berkata, dia tidak menyangka jentera bomba yang terserempak dengannya ketika dalam perjalanan pulang dari hospital bergegas untuk menyelamatkan rumahnya yang terbakar.

“Saya baru balik ambil ubat untuk sakit lelah di hospital, bila terserempak dengan bomba di simpang lampu isyarat Batu Balai, tetapi tak sangka pula rumah saya yang terbakar,” katanya.

Dia sebelum itu menerima bantuan segera Tabung Serambi Mekah daripada Kerajaan Negeri yang disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat daerah, Pauzi Abdul Latiff berkata, seramai sembilan anggota dan dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian sejurus pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.30 pagi.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian pada jam 10.47 pagi, kira-kira 90 peratus rumah itu sudah musnah, dan api dapat dikawal daripada merebak ke kediaman berdekatan pada jam 10.52 pagi.

Menurutnya, mengambil kira nilai semasa rumah dan peralatan yang musnah dalam kejadian itu, kerugian dianggarkan RM75,000 manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.
SH

Paling ramai bilangan penagih




BUKIT JERUK - Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi yang mempunyai 33 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kini menjadi ‘juara’ bilangan penagih dadah paling tinggi di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali yang mendedahkan perkara itu berkata, dahulu DUN daerah lain terkenal dengan masalah bilangan penagih yang semakin meningkat, tetapi kini DUN Jabi pula mempunyai paling ramai penagih.

Menurutnya, kajian yang dilakukan penuntut sebuah universiti tempa-tan terhadap belia beberapa kampung di DUN ini mendapati, lapan daripada 10 pemuda terbabit dengan masalah dadah.

“Sementara itu, 34 penagih dadah dalam DUN ini menunggu masa mati kerana menghidap HIV Aids berpunca daripada penyalahgunaan dadah.

“Sekiranya kajian itu tepat, ia adalah fakta dan angka yang menakutkan dan perlu diambil perha-tian serius oleh semua pihak termasuk masyarakat, agar masalah ini dapat ditangani segera,” katanya.

Beliau berkata demi-kian pada Majlis Pengagihan e- Book Murid Tahun Lima DUN Jabi 2011 di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jeruk dekat Jabi.

Sementara itu, seramai 561 murid di 13 sekolah rendah dalam kawasan DUN Jabi menerima e-Book yang disampaikan sendiri oleh Ramlan.

Hadir sama, Pegawai Pelajaran Daerah, Baharuddin Ibrahim.

Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa dan masyarakat mengambil peranan masing-masing terutama untuk memantau akhlak dan pencapaian akademik anak masing-masing.

Ramlan berkata, masalah penagihan dadah turut menyumbang kepada masalah sampingan lain seperti pecah rumah dan curi kabel telekom yang serius belakangan ini.

“Malah, ada pelajar Tingkatan Tiga sudah pandai membawa pasangan mereka membonceng, manakala remaja perempuan tanpa segan silu membonceng motosikal teman lelaki mereka.

“Keadaan ini mungkin mengaibkan tetapi perlu diambil perhatian dan ditangani bersama semua pihak,” katanya.

Sementara itu, beliau juga menasihatkan ibu bapa jangan terlalu memberi kemewahan kepada anak umpamanya memberi motosikal walaupun anak masih belajar dalam Tingkatan Satu.
SH

Padah pandu tergesa-gesa




GUA MUSANG - Perubahan sikap seorang pelatih Jururawat Kolej Islam dan Sains Teknologi (KIST) Bachok, yang tergesa-gesa ketika pulang berjumpa bapanya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh Tiga, rupanya petanda dia akan menemui ajal.

Rosnita Yusoff, 22, sempat menemui bapanya, Yusoff Awang Kechik, 60, sejam di rumahnya di RKT Kesedar itu, sebelum bergegas pulang semula ke kolejnya kerana mendakwa ada kelas pagi semalam.

Mangsa maut apabila kereta Produa Kancil yang dipandunya untuk perjalanan pulang ke Bachok terbabas dan berpusing sebelum terhumban dalam longkang di Kilometer 68, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, kira-kira 8 malam.

Mayat mangsa dalam keadaan cedera ditemui orang ramai yang bergegas ke tempat kejadian berada dalam semak berhampiran kemalangan itu selepas dipercayai tercampak keluar kereta yang remuk itu.

Yusoff berkata, arwah memang beria-ia benar menemuinya hingga tidak sabar menyuruhnya datang separuh jalan ketika Rosnita berada di Kampung Sungai Sam menghala ke RKT Kesedar Paloh Tiga itu.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak boleh datang berikutan berada di bandar Gua Musang, tetapi meminta tunggu di rumah sehingga dia pulang kira-kira jam 6.15 petang.

“Sebaik saya sampai di rumah melihat Rosnita sedia menunggu dan sempat bersalam sambil melihat rumah yang saya baiki atas arahannya kerana ada orang akan datang merisiknya akhir bulan ini.

“Memang saya ikut kehendak arwah supaya membaiki rumah tersebut dan dia juga kelihatan tergesa-gesa pulang ke kolejnya di Bachok dengan memandu kereta seorang diri,” katanya semasa ditemui di Hospital Gua Musang (HGM), malam kelmarin.

Yusoff berkata, tidak sampai sejam selepas arwah bertolak dari rumah kira-kira jam 7.30 petang ada orang datang ke rumah memberitahu kejadian menimpa anak kesayangannya itu.

Dia yang bergegas ke tempat kejadian sebaik mengetahui kejadian itu berasa sedih melihat suasana tempat kejadian hingga arwah tercampak keluar dari kereta berkenaan.

“Saya memang terkejut kerana baru sejam bersalam dengan arwah yang tergesa-gesa pulang ke rumah sebelum bergegas semula ke kolejnya,” katanya.

Bagaimanapun, dia pasrah dengan kejadian menimpa anaknya itu kerana ia telah ditentukan Tuhan, tetapi masih teringat sikapnya yang menunjukkan keganjilan sebelum kejadian.
SH

Bekas Penolong Pegawai Daerah dipenjara kerana rasuah

SH: "

BUTTERWORTH - Bekas Penolong Pegawai Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Mohd Jamil Mohd Noor, 58, dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM300,000 kerana kesalahan cuba memperolehi rasuah lima tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Ikmal Hishan Mohd Tajuddin menjatuhkan hukuman itu setelah tiga kali menangguhkannya kerana tertuduh menjalani rawatan sakit jantung di Hospital Pulau Pinang.

Mahkamah juga membenarkan penangguhan hukuman penjara sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun tertuduh diarah menjalani penjara empat bulan kerana gagal
membayar denda.

Mohd Jamil melakukan kesalahan itu pada 27 Januari 2006 jam 11 malam di Kepala Batas.

Dia cuba meminta wang suapan sebanyak RM60,000 daripada Arizal Mohd Arshad untuk menaikkan nilai pampasan pengambilan balik sebahagian tanah bagi meluaskan kawasan meletak kenderaan.-Bernama"

Giliran kerajaan Afghanistan jatuh selepas ini: Taliban

WASHINGTON: Taliban hari ini memberi amaran kerajaan Afghanistan yang didokong Amerika dan sekutunya akan menerima nasib sama selepas ini yang dijatuhkan orang awam seperti regim Hosni Mubarak di Mesir.

Penggulingan Mubarak, Jumaat lalu selepas tiga dekad memerintah walaupun mempunyai banyak senjata dan askar serta bantuan asing tetapi 'kalah' dengan kuasa dan tuntutan rakyat," kata pergerakan Taliban dalam laman webnya.
Dalam satu kenyataan berbahasa Pashto, pergerakan itu berkata rakyat Afghanistan akan bangun untuk menjatuhkan kerajaan Kabul kerana mengamalkan rasuah dan menghalalkan Amerika berkuasa di bumi mereka.
"Amerika akan menukar wajahnya dengan menentang kerajaan pimpinan Presiden Hamid Karzai seperti dilakukan kuasa dunia itu terhadap Mubarak di Mesir.

Taliban juga menggesa rakyat Mesir supaya menubuhkan kerajaan Islam dan mematahkan campurtangan musuh asing. - AFP Berita Harian Online | Giliran kerajaan Afghanistan jatuh selepas ini: Taliban

Lelaki berpakaian gaun wanita ditemui mati dibunuh


2011/02/14

GEORGETOWN: Seorang lelaki yang berpakaian gaun wanita ditemui mati, dipercayai dibunuh di Lorong Love di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an yang dipercayai dihentak dengan tukul besi pada bahagian kepala itu mati di tempat kejadian.
"Menurut beberapa saksi, mangsa yang berjalan seorang diri di kawasan sebuah tokong tiba-tiba dihampiri seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dan memukulnya dengan tukul besi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Lelaki yang masih belum dipastikan identitinya itu dipercayai pondan dan menjalankan aktiviti pelacuran di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, polis menemui tukul besi berhampiran tempat kejadian yang dipercayai digunakan sebagai senjata untuk membunuhnya.

Sementara itu, polis mencari sepasang suami isteri rakyat Myanmar bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki rakyat negara itu di Lebuh Victoria di sini Jumaat lalu.

Gan berkata, pasangan suami isteri yang tidak memiliki dokumen perjalanan diri itu dikenali sebagai Nar Phet (suami) berusia dalam lingkungan 30-an manakala isterinya dikenali sebagai As, 20-an.
"Polis mengedarkan gambar pasangan berkenaan di seluruh negeri ini bagi menjejaki mereka untuk membantu siasatan pembunuhan rakan mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jumaat lalu, polis menemui mayat Kachut, 30-an, dengan kesan empat tikaman di dada dan kesan hentakan objek keras di kepala di asrama tempat kerjanya di sebuah rumah kedai di Lebuh Victoria di sini.

Gan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pasangan berkenaan menghubungi pegawai penyiasat kes itu, Asisten Superintendan A.Sidambaram menerusi talian 019-4137974 atau balai polis berhampiran.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak empat daripada 39 kes kebakaran yang dilapor di negeri ini sejak Januari lepas diklasifikasi sebagai perbuatan khianat.

"Empat kes itu ialah di Jelutong, Pasar Anson, Komtar dan Lebuh Melaka. Polis telah mengesan seorang lelaki dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV)," katanya. - BERNAMA
Berita Harian Online | Lelaki berpakaian gaun wanita ditemui mati dibunuh

Iran sekat perhubungan ke rumah ketua pembangkang


2011/02/14

TEHRAN: Polis Iran hari ini menyekat rangkaian perhubungan ke rumah ketua pemimpin pembangkang, Mir Hossein Mousavi, termasuk talian telefon bagi mencegahnya daripada mengadakan tunjuk perasaan menyokong revolusi yang berlaku di dunia Arab lain.

“Pasukan keselamatan sudah menghantar van dan kenderaan polis di sekitar kediaman Hossein Mousavi dan isterinya Zahra Rahnavard," lapor laman web pembangkang, Kaleme.com.
“Bermula hari ini, polis menghalang jalan masuk ke rumahnya," katanya.
Laporan itu menyebut semua talian telefon ke rumah Hossein, termasuk telefon bimbing kini disekat. - AFP
Berita Harian Online | Iran sekat perhubungan ke rumah ketua pembangkang

Mahkamah Moscow dengar kes fitnah ke atas Putin



2011/02/14

MOSCOW: Mahkamah Moscow hari ini mendengar perbicaraan kes saman fitnah terhadap Vladmimir Putin selepas Perdana Menteri Russia itu menggunakan rancangan televisyen bagi menuduh musuh politiknya menggelapkan wang kerajaan.

Putin mendakwa pada Disember lalu bahawa kumpulan pembangkang yang pernah bersama kerajaan atau Parlimen menggelapkan berbilion wang kerajaan pada 1990-an.
Beliau berkata, bekas Timbalan Perdana Menteri, Boris Nemtsov, bekas Timbalan Menteri Tenaga, Vladimir Milov dan bekas penggubal undang-undang bebas, Vladimir Ryzhkov pokai dan kini mencari kuasa semula untuk mengisi poket mereka.
Sebelum perbicaraan hari ini di mahkamah, Nemtsov, kini aktivis pembangkang paling berpengaruh memberitahu Associated Press bahawa dia jangka tidak boleh menang kes itu tetapi sekurang-kurangnya sudah dibicara dianggap sebagai kemenangan.

Dalam panggilan sempena program itu, Putin ditanya apa yang dicari tiga lelaki berkenaan.

"Wang dan kuasa, apa lagi yang mereka mahu," katanya. - AP
Berita Harian Online | Mahkamah Moscow dengar kes fitnah ke atas Putin

Pegawai PGA dituduh rasuah lepas kenderaan seludup petrol

Berita Harian Online | Pegawai PGA dituduh rasuah lepas kenderaan seludup petrol: "


2011/02/14

KANGAR: Seorang pegawai Pasukan Gerak Am (PGA) Batalion 18 berpangkat ASP, Zulkifli Ahmad, 55, tidak mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan rasuah membabitkan nilai suapan masing-masing RM5,000 dan RM7,500 untuk melepaskan kenderaan menyeludup petrol ke Thailand pada 9 Disember lalu."

Warga emas maut nahas selepas serangan jantung


2011/02/14

IPOH: Seorang warga emas, dipercayai mengalami serangan jantung, terbunuh selepas kereta yang dipandunya terbabas dan merempuh sebatang pokok di kanan jalan di Jalan Chempaka Sari, Taman Chempaka, di sini semalam.

Ketua Polis Trafik Daerah Ipoh, DSP Mohd Rodzi Rejab, berkata Yow Been, 63, meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, nahas berlaku pada 6 petang semalam ketika Yow Been dalam perjalanan dari Jalan Ampang ke rumahnya di Taman Chempaka.
"Siasatan awal polis mendapati Chin diserang sakit jantung menyebabkan Proton Wira yang dipandu sendirian gagal dikawal lalu terbabas dan merempuh pokok di kanan jalan.

"Hospital Raja Permaisuri Bainun mengesahkan mangsa mengalami serangan sakit jantung, katanya.

Sementara itu, katanya, seorang lagi warga emas terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta di KM9 Jalan Seberang Perak-Changkat Lada malam tadi.

Katanya, dalam nahas jam 9 malam itu, mangsa dikatakan gagal mengawal motosikal yang ditunggangnya lalu terbabas ke kanan jalan dan dirempuh oleh kereta yang datang dari belakang.
"Mangsa yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Changkat Melintang," katanya. - BERNAMA
Berita Harian Online | Warga emas maut nahas selepas serangan jantung

Ameng mengaku salah miliki dadah



AMENG Spring atau nama sebenar Wan Aminuddin Wan Ismail dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Melaka selepas mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah, hari ini. Bagaimanapun, isterinya, Sabariah Zakariah (belakang kiri) tidak mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah dan Menthamphemine di sebuah hotel di Melaka, 1 Febuari lalu. - Foto BERNAMA

2011/02/14

AYER KEROH: Vokalis kumpulan rock terkenal Spring, Ameng, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap dua pertuduhan memiliki dadah jenis kanabis dan methamphetamine di sebuah hotel di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, dekat sini, pada 1 Februari lalu.

Mengikut pertuduhan pertama, Ameng atau nama sebenarnya, Wan Aminuddin Wan Ismail, 43, dan isterinya, Sabariah Zakariah, 41, didakwa memiliki dadah jenis kanabis dengan berat kasar 122 gram dalam sebuah bilik di Hotel Senyum Mesra pada kira-kira 5.20 petang.
Bagi pertuduhan kedua pula, pasangan berkenaan turut didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine yang dianggarkan berat kasar sebanyak satu gram pada tarikh, tempat dan masa sama.
Bagaimanapun, Sabariah tidak mengaku bersalah terhadap kedua-dua dakwaan terbabit.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibacakan bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan serta Seksyen 12 Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12 (3) akta sama dan Seksyen 34 kanun sama.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup atau minimum tidak kurang dari lima tahun dan sebatan tidak kurang dari 10 bagi pertuduhan pertama, manakala bagi pertuduhan kedua, hukumannya didenda tidak lebih dari RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Berita Harian Online | Ameng mengaku salah miliki dadah

Pegawai polis dituduh rasuah



2011/02/14

KANGAR: Seorang pegawai polis berpangkat Penolong Penguasa Polis (ASP) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan menerima suapan berjumlah RM12,500 pada Disember tahun lalu.

Zulkifli Ahmad, 55, yang bertugas di Batalion 18, Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pengkalan Hulu, Perak didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di tempat letak kereta Masjid Solehuddin Al Ayubi Padang Besar pada jam 8.25 malam, 9 Disember 2010.
Bagi tuduhan pertama, dia didakwa menerima suapan wang tunai RM5,000 daripada Sarkumar@Shuhaimi Shafie dari kilometer 28, Jalan Padang Besar sebagai dorongan untuk melepaskan kereta-kereta yang menyeludup petrol ke Thailand.
Tuduhan kedua, Zulkifli yang tidak diwakili peguam didakwa menerima suapan wang tunai RM7,500 daripada Ismail Ramli dari Kampung Wang Kelian bagi tujuan yang sama.

Pegawai polis yang menetap di Sungai Petani, Kedah itu dituduh mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan atau mana yang lebih tinggi.

Hakim Wan Norzanuar Wan Ahmad membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 14 Mac ini.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Ishak Taib. - BERNAMA
Berita Harian Online | Pegawai polis dituduh rasuah

Buruh dipenjara 16 tahun dan 12 sebatan mengaku rogol warga emas


2011/02/14

SUNGAI PETANI: Seorang buruh yang mengaku bersalah atas tuduhan merogol dan meliwat seorang warga emas hampir dua tahun lalu hari ini dihukum penjara berjumlah 16 tahun dan 12 sebatan.

Hakim Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Zainol Saad memerintahkan hukuman ke atas tertuduh, Shariefuddin Arshad, 45, dari Serdang, Bandar Baharu dijalankan secara berasingan mulai tarikh dia ditangkap pada 27 September 2009.
Shariefuddin dituduh melakukan kesalahan tersebut secara berasingan ke atas jirannya seorang warga emas berusia 62 tahun di sebuah rumah di Taman Sri Wangsa, Serdang, dekat sini.
Dalam pertuduhan pertama, dia didakwa merogol jirannya itu antara jam 7 dan 8 pagi 6 September 2009.

Kesalahan itu adalah mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, Shariefuddin didakwa melakukan persetubuhan di luar tabie pada tarikh dan tempat sama dan didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang 20 tahun dan sebatan.

Bagi pertuduhan pertama, Shariefuddin dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan enam kali sebatan manakala pertuduhan kedua, dia dihukum penjara enam tahun dan enam sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Syazwani Syed Hussain memohon supaya hukuman penjara dijalankan secara berasingan sebagai pengajaran kerana mangsa mengalami trauma akibat kejadian terbabit. - BERNAMA
Berita Harian Online | Buruh dipenjara 16 tahun dan 12 sebatan mengaku rogol warga emas

Polis, penunjuk perasaan bertempur di Algeria


2011/02/14

ALGIERS: Ratusan penunjuk perasaan membaling batu ke arah polis di Bandaraya Annaba di timur Algeria dengan pembangkang mengumumkan untuk mengadakan satu lagi tunjuk perasaan besar-besaran minggu depan.

Sementara itu, Washington meminta pihak keselamatan Algeria supaya bertindak lebih berhati-hari selepas sehari protes seluruh negara terhadap kerajaan pimpinan Presiden Abdelaziz Bouteflika yang menyaksikan puluhan orang awam dan wartawan ditangkap.
“Kami ingin menegaskan sokongan kami kepada hak setiap rakyat Algeria termasuk mengadakan perhimpunan dan menyuarakan pendapat," kata jurucakap Jabatan Negara Amerika, Philip Crowley dalam satu kenyataan.

Tunjuk perasaan yang akan datang dijadual diadakan 19 Februari ini, kata
Mustepha Bouchahi dari Penyelaras Kebangsaan Bagi Demokrasi dan Perubahan (CNCD), iaitu kumpulan yang bergabung dalam perti pembangkang.

Semalam, dianggarkan 2,000 penunjuk perasaan bertembung dengan lebih 30,000 anggota polis yang bertindak menghalang mereka mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara itu.

Tunjuk perasaan juga diadakan di seluruh bandar di Algeria bagi menyatakan hasrat sama seperti berlaku di Mesir dan negara jiran, Tunisia. - AFP
Berita Harian Online | Polis, penunjuk perasaan bertempur di Algeria

Tiga warga Thailand cuba seludup 11,000 liter diesel


2011/02/14

KANGAR: Tiga awak-awak Thailand ditahan selepas dikesan menggunakan sebuah bot pukat tunda yang diubah suai dengan mempunyai 11 tangki minyak untuk menyeludup 11,000 liter diesel subsidi ke negara jiran melalui perairan Kuala Perlis, di sini, malam kelmarin.

Semua awak-awak berusia antara 20 dan 54 tahun itu ditahan bersama bot pukat tunda jenis C pada kedudukan 1.5 batu nautika dari pantai Kuala Perlis kira-kira jam 8.20 malam, iaitu lokasi sama di mana 1,500 liter diesel dan 500 liter petrol subsidi dirampas dua malam lepas.
Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 1 Langkawi, Kapten Abdul Rahim Abdullah, berkata bot berkenaan dikesan dilengkapi dengan 11 tangki bersaiz besar, yang mana setiap satunya mampu mengisi sehingga 1,000 liter.
Katanya, semua tangki terbabit dipasang khusus memenuhi ruang kabin bot yang kebiasaannya digunakan nelayan untuk tujuan berehat, iaitu masing-masing pada bahagian kiri dan kanan, manakala selebihnya dimuatkan pada bahagian atas kabin.

“Hasil siasatan, kita percaya bot berkenaan memang digunakan khusus sindiket sebagai transit untuk tujuan penyeludupan diesel subsidi ke negara jiran kerana tiada sebarang stok ikan ditemui ketika serbuan dilakukan,” katanya.

Abdul Rahim berkata, pihaknya percaya kegiatan berkenaan bukan suatu yang baru dan bot berkenaan juga sudah sekian lama digunakan sindiket untuk tujuan penyeludupan diesel subsidi terbabit di sekitar perairan berkenaan.

Beliau ketika ditanya mengenai punca stok diesel terbabit diperoleh sindiket, bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.
"Kebiasaannya diesel subsidi dikumpulkan sindiket sedikit demi sedikit, sebelum stok terbabit dibawa sekali gus ke negara jiran. Malah, sendiri kita tidak menolak kemungkinan berlakunya penyelewengan dalam pemberian subsidi nelayan.

"Justeru, semua bot dengan stok diesel bernilai RM13,750 itu dirampas, manakala ketiga-tiga awak-awak berkenaan pula ditahan untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.
Berita Harian Online | Tiga warga Thailand cuba seludup 11,000 liter diesel

Tak mengaku rogol, liwat gadis 15 tahun

Berita Harian Online | Tak mengaku rogol, liwat gadis 15 tahun: "


2011/02/14

KUALA TERENGGANU: Seorang juruelektrik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap pertuduhan merogol dan meliwat seorang gadis bawah umur pada 2008.

Baharudin Mohammad, 39, dari Kampung Losong Panglima Perang, di sini, didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas tuduhan merogol seorang gadis berusia 15 tahun di rumahnya antara jam 10 malam hingga 5 pagi pada 7 dan 9 Januari 2008.
Dia turut didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan atas tuduhan meliwat gadis sama pada jam 10 malam, 7 Januari 2008. Untuk kedua-dua pertuduhan itu, dia boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan 10 sebatan jika sabit kesalahan.
Tertuduh kini sedang menjalani hukuman penjara 10 tahun selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan merogol dan meliwat seorang gadis bawah umur pada 20 Februari 2008.

Hakim Zainal Abidin Kamaruddin menetapkan 14 Mac depan untuk sebutan semula kes."

Dua lelaki lemas dalam kejadian berasingan


2011/02/14

KUANTAN: Dua lelaki masing-masing berusia 21 dan 32 tahun lemas dalam dua kejadian berasingan di Sungai Kampung Seberang Kuala Kenau, Jalan Sungai Lembing dan pantai peranginan Cherating dekat Kampung In, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pertama kira-kira jam 11.45 pagi, Mohd Safri Ismail, 32, yang juga kakitangan sebuah syarikat telekomunikasi dikatakan lemas ketika cuba melepaskan mata pancingnya yang tersangkut.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, berkata mangsa yang hanyut, dibawa arus deras cuba diselamatkan lapan rakannya namun gagal malah mangsa sempat menjerit meminta tolong sebelum dia tenggelam dan terus hilang.
"Mangsa ditemui tersangkut kira-kira 10 meter dari lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian sebelum dia dihantar ke Klinik Kesihatan Sungai Lembing tetapi disahkan sudah meninggal dunia," katanya di sini, semalam.

Katanya, mayat mangsa kemudian di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat.

Sementara itu dalam satu lagi kejadian, pelajar Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS), Azlan Ahmad, 21, lemas ketika mandi di Pantai Cherating dekat Kampung In, di sini, kira-kira jam 5.30 petang.

"Mangsa dikatakan pergi ke pantai berkenaan bersama 17 rakannya dan bermain bola di pantai berkenaan sebelum bola mereka hanyut ke tengah laut.
"Mangsa cuba mengambil semula bola terbabit namun ditarik arus deras sebelum tenggelam, manakala rakan mangsa, Yusran Shamsuddin, 21, dari Kuala Lumpur juga nyaris lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa.

"Mayat mangsa ditemui terapung berhampiran lokasi kejadian kira-kira jam 9 pagi tadi (semalam) pasukan mencari dan menyelamat sebelum dihantar ke Hospital Kemaman, Terengganu," katanya.
Berita Harian Online | Dua lelaki lemas dalam kejadian berasingan

Pengawal buntu dokumen dipalsukan beli kereta


2011/02/14

KUALA TERENGGANU: Seorang pengawal keselamatan terkejut apabila dokumen peribadinya digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk membeli sebuah kenderaan mewah menggunakan identitinya.

Shamsul Bahrin Bidin, 36, dari Kampung Surau Haji Daud Atas Tol, di sini, berkata dia menyedari dokumen peribadinya diguna pihak lain sebaik ingin menyambung cukai jalan keretanya, Perodua Kancil.
Kejadian disedari awal Ogos tahun lalu, apabila kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri memberitahu bahawa sebuah kereta jenis Kia Optima didaftarkan atas namanya ada lima rekod saman.
“Mana mungkin saya yang hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan pendapatan RM730 sebulan mampu membeli dan memandu kereta import berharga mahal seperti itu,” katanya.

Shamsul berkata, menyedari dokumen peribadi miliknya dipalsu dan digunakan pihak lain, dia kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Chabang Tiga dan meneruskan hasrat menyambung cukai jalan keretanya akhir Ogos lalu.

“Apa yang mengejutkan, jawapan saya terima daripada kakitangan JPJ tetap sama iaitu kereta Kia Optima yang dipalsukan dokumennya dan didaftarkan atas nama saya mempunyai 17 saman pula,” katanya.

Dia berkata, tertekan dengan kejadian itu, dia sekali lagi ke Balai Polis Chabang Tiga membuat laporan mengenai pemalsuan dokumen sehingga dia terpaksa berdepan pelbagai masalah.
Katanya, akibat masalah itu, dia juga tidak dapat membuat pinjaman peribadi kerana pihak bank sudah menyenaraihitam maklumat dirinya.

“Pihak bank memberitahu kereta Kia Optima yang didaftarkan atas nama saya itu mempunyai jumlah hutang RM120,000 dan saya tidak boleh membuat sebarang pinjaman lain.

“Kini saya buntu memikirkan masalah yang tiada kesudahan ini dan lebih membimbangkan jumlah hutang yang besar itu perlu saya lunaskan sedangkan kereta berkenaan bukan milik saya dan tidak tahu di mana ia berada,” katanya.
Berita Harian Online | Pengawal buntu dokumen dipalsukan beli kereta

Pegawai polis berpangkat ASP dituduh rasuah

SH: "

KANGAR - Seorang pegawai polis berpangkat Penolong Penguasa Polis (ASP) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua tuduhan menerima suapan berjumlah RM12,500 pada Disember tahun lalu.

Zulkifli Ahmad, 55, yang bertugas di Batalion 18, Pasukan Gerakan Am (PGA) diPengkalan Hulu, Perak didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di tempat letak kereta Masjid Solehuddin Al Ayubi Padang Besar pada 8.25 malam, 9 Dis 2010.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa menerima suapan wang tunai RM5,000 daripada Sarkumar@ Shuhaimi Shafie dari kilometer 28, Jalan Padang Besar sebagai dorongan untuk melepaskan kereta-kereta yang menyeludup petrol ke Thailand.

Dalam pertuduhan kedua, Zulkifli yang tidak diwakili peguam didakwa menerima suapan wang tunai RM7,500 daripada Ismail Ramli dari Kampung Wang Kelian bagi tujuan yang sama.

Pegawai polis yang menetap di Sungai Petani, Kedah itu dituduh mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan atau mana yang lebih tinggi.

Hakim Wan Norzanuar Wan Ahmad membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 14 Mac ini.

Pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa SPRM Ishak Taib.- Bernama"

Pelajar sekolah antara lima ditahan bersama ganja bernilai RM240,000 di Pulau Pinang

SH: "

GEORGE TOWN - Seorang pelajar tingkatan lima adalah antara lima lelaki yang ditahan dalam satu operasi membabitkan rampasan dadah jenis ganja bernilai RM240,000 di sini kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri Supt S. Batumalai berkata, kelima-lima mereka yang berusia antara 17 dan 50 tahun ditahan kira-kira pukul 5 petang di Jalan Air Itam.

'Berdasarkan maklumat awam dan intipan sejak seminggu lepas, sepasukan anggota polis dari JSJN Bukit Aman dan Pulau Pinang menahan sebuah kereta jenis Honda yang dinaiki oleh empat lelaki dan dalam keadaan mencurigakan di kawasan Air Itam di sini.

'Hasil pemeriksaan ke atas kereta tersebut, polis menemui ketulan dadah seberat 61.3 kilogram bernilai kira-kira RM240,000 yang disembunyikan dalam satu ruang dalam kereta,' katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis juga menahan seorang lelaki yang menunggang motosikal dan mengekori kereta tersebut, dipercayai mempunyai kaitan dengan empat lelaki terbabit.

Batumalai berkata, siasatan mendapati dadah itu adalah untuk edaran di sekitar negeri ini.

Salah seorang daripada mereka juga didapati mempunyai rekod jenayah lampau, katanya.

Beliau berkata, kesemua lelaki terbabit kini direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung."

Lima sekeluarga bungkus dadah



Oleh Nahar Tajri
nahar@bharian.com.my
2011/02/14

Polis tahan 4 beranak, anak saudara disyaki terbabit kegiatan edar heroin

JITRA: Polis menahan lima sekeluarga termasuk Ibu, bapa, anak dan anak saudara kerana didapati menjalankan kegiatan membungkus serta mengedar dadah di rumah mereka di Jalan Naga, Kampung Naga di sini, Jumaat lalu.
Dalam serbuan kira-kira jam 10.30 pagi itu, polis menahan lima suspek iaitu seorang lelaki berusia 52 tahun, isterinya berusia 54 tahun bersama dua anak mereka seorang lelaki dan perempuan masing-masing berusia 30 dan 17 tahun serta anak saudara berusia 35 tahun di sebuah rumah dua tingkat yang disyaki dijadikan pusat membungkus dan mengedar dadah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan, Ibrahim Mohd Yusof berkata, dalam serbuan itu, polis turut merampas dadah jenis heroin dengan berat keseluruhan berjumlah 514.6 gram.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 460 gram heroin adalah dalam paket besar manakala selebihnya lima paket kecil dengan berat keseluruhan 54.6 gram yang dirampas bersama alat membungkus serta plastik lutsinar.

Beliau berkata, semua barang kes ditemui ditingkat atas rumah berkenaan bersama seorang lelaki dan anak saudaranya yang menjadi suspek utama kes ini manakala ahli keluarga lain iaitu isteri, anak lelaki dan perempuannya di tingkat bawah rumah berkenaan.

“Heroin dalam paket besar ditemui di atas lantai manakala lima lagi paket kecil ditemui di dalam sebuah beg kecil berdekatan. Kita percaya ketika serbuan, suspek dan anak saudaranya sedang sibuk membungkus dadah berkenaan sebelum diedar di sekitar kawasan berhampiran dan Alor Setar.
“Ketika diserbu, mereka tergamam dan cuba melarikan diri, namun berjaya diberkas oleh anggota polis. Kita percaya bekalan dadah ini dibawa masuk dari Pulau Pinang sebelum dibungkus kembali untuk diedar,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Ibrahim berkata, berdasarkan siasatan awal, polis mendapati dua suspek utama iaitu bapa mempunyai 11 rekod lampau berkaitan dadah antara 1994 hingga 2008 termasuk pernah ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan pernah dipenjarakan selama empat tahun.

Katanya, anak saudaranya pula terbabit dalam enam kes dadah antara 1996 hingga 2009.

“Suspek (bapa) pernah dikenakan hukuman penjara empat tahun dan baru dibebaskan Ogos lalu, sebelum didapati aktif semula beberapa bulan kebelakangan ini.

“Kebiasaannya dia menjalankan kegiatan ini bersama anak saudaranya dan kita percaya ia turut diketahui ahli keluarganya yang lain,” katanya.

Beliau berkata, anak perempuan suspek juga masih bersekolah dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati,” katanya.
Berita Harian Online | Lima sekeluarga bungkus dadah

Serpihan HINDRAF buat hal


2011/02/14

50 ditahan di empat negeri buat perhimpunan haram bantah Interlok

KUALA LUMPUR: Polis semalam menggagalkan cubaan Parti Hak Asasi Manusia (HRP) – serpihan pertubuhan haram HINDRAF, mengadakan perhimpunan di beberapa negeri bagi membantah penggunaan novel Interlok di sekolah, selepas menahan lebih 50 pemimpin dan penyokong pertubuhan itu.
Polis turut mengesan beberapa pelajar, termasuk berusia 10 tahun, diperalatkan HRP dalam perhimpunan haram yang diadakan di ibu negara serta Rawang, Selangor; Seremban, Negeri Sembilan dan Ipoh, Perak.
Berikutan itu, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Khalid Abu Bakar, memberi amaran polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana ibu bapa atau penjaga yang mempergunakan kanak-kanak dalam perhimpunan berkenaan.

Beliau juga percaya pertubuhan itu mempunyai motif tersembunyi di sebalik penganjuran perhimpunan berkenaan.

“Ini bukan mengenai Interlok semata-mata, tetapi mereka ada agenda lain untuk kepentingan pertubuhan itu. Perlu diingatkan, isu ini (Interlok) sudah diputuskan, termasuk pindaan beberapa kandungannya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bulan lalu, Kementerian Pelajaran dan MIC bersetuju mengekalkan penggunaan novel karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain itu sebagai buku teks sastera bagi pelajar tingkatan lima dengan meminda bahagian yang dianggap sensitif oleh kaum India.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, turut mengumumkan penubuhan satu panel khas bagi mengkaji pindaan yang sesuai dan mengemukakan perakuannya kepada kerajaan.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata dalam kejadian di Rawang, polis menahan Ketua Penerangan Pusat HRP, S Jayantas bersama Ketua HRP Selangor, K Selvam dalam sekatan di Jalan Templer, kira-kira jam 10.45 pagi ketika mengetuai konvoi kenderaan dari Pekan Sungai Dua, Rawang ke ibu negara.

Turut ditahan empat penyokong pertubuhan itu, termasuk seorang anggota polis sukarelawan dari Balai Polis Kepong selepas bertindak kasar dengan menolak seorang pegawai polis berpangkat Cif Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak yang cuba menahannya dalam sekatan itu.

Di BRICKFIELDS, 21 penyokong pertubuhan itu - 15 lelaki, lima wanita dan seorang pelajar berusia 10 tahun ditahan kerana menyertai perhimpunan haram berkenaan. Polis turut menyita lapan kenderaan yang menyertai konvoi terbabit.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, pada sidang medianya, berkata mereka ditahan kerana berarak serta mengedarkan risalah tanpa permit, tetapi dibebaskan dengan jaminan polis malam tadi selepas keterangan diambil.

Di SEREMBAN, 26 orang termasuk empat remaja berusia 11 hingga 16 tahun ditahan ketika menyertai konvoi pertubuhan itu, kira-kira jam 1.35 petang dari sebuah kuil di Lobak. Sebanyak 16 kenderaan turut disita.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata mereka ditahan sebaik konvoi berkenaan tiba di Jalan Za'ba berhampiran Balai Polis Rahang.

Saiful berkata, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 27A (6) Akta Polis 1967 kerana mengadakan perhimpunan haram serta mengingkari arahan pihak berkuasa.

Di IPOH, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof, berkata polis menahan enam lelaki termasuk Pengerusi HRP Perak, P Ramesh, 40; Timbalannya, N Subramaniam, 43, serta empat lagi anggota lain berhampiran Balai Polis Jelapang, kira-kira jam 10.15 pagi selepas bertindak agresif dan mencabar polis.

Beliau juga menafikan dakwaan sebuah laman web berita kononnya polis bertindak kasar terhadap kumpulan terbabit, sebaliknya penahanan itu dibuat selepas enam daripada anggota konvoi itu bertindak agresif.

Sementara itu, Setiausaha Agung Penaja HRP, P Uthayakumar mendakwa tindakan polis itu bertujuan menggagalkan rapat umum Anti-Umno yang dirancang pertubuhan terbabit pada 27 Februari ini di ibu negara.

Beliau juga mempertikaikan mengapa polis tidak menahan ahli PERKASA yang didakwa mengadakan perhimpunan Anti-Hindraf di Seremban.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali, bagaimanapun menjelaskan perhimpunan aman yang dirancang PERKASA bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan Pemuda Umno Negeri Sembilan dibatalkan.

“Kami memandang serius perkara itu dan meminta mana-mana pihak yang mahu melahirkan rasa tidak puas hati supaya mengikut saluran yang betul bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku,” katanya.
Berita Harian Online | Serpihan HINDRAF buat hal

Wanita mati terikat di katil


KHOR FAKKAN (Emiriah Arab Bersatu): Pihak polis sedang menyiasat kematian seorang wanita yang ditemui terikat di katil dalam keadaan bogel di kediamannya di kawasan Al-Lauluiyah, di pantai timur bandar raya ini, semalam.
Laila Al Gawi, 36, ditemui mati oleh abangnya Saif. Menurut Saif, kali terakhir dia bercakap dengan Laila ialah pada Selasa minggu lalu. Dia berkata, polis belum mendedahkan sama ada kematian adiknya itu disebabkan secara semula jadi atau ada unsur jenayah kerana masih menunggu laporan bedah siasat.

Polis turut memburu seorang pembantu rumah warga Bangladesh yang disyaki ada kaitan dengan kematian mangsa. “Pada petang Selasa lalu saya menghubungi Laila untuk mengesahkan adakah dia mahu pergi ke majlis perkahwinan anak saudara kami. Namun, pada malam Jumaat lalu kami sekeluarga curiga apabila dia tidak datang ke majlis itu kerana ketika menghubunginya, dia begitu teruja untuk menghadiri majlis berkenaan. Telefon bimbitnya juga tidak dapat dihubungi kerana dimatikan,” kata Saif. Saif berkata, dia pulang ke Khor Fakkan bersama ibu saudara dan anak lelakinya cuba memasuki kediaman Laila tetapi berkunci.
“Saya meminta anak lelaki saya, Khalfan memanjat tembok rumah dan cuba membuka pintu dari dalam. Namun, pintu berkunci dan kami terpaksa memecahkannya untuk masuk ke dalam. Kami menghidu bau busuk sebaik memasuki rumah itu dan hampir tidak mengenali Laila kerana tubuhnya mulai mereput.

Saif kemudian menghubungi polis yang tiba sejurus selepas itu.

“Ada kesan tikaman akibat senjata tajam di tubuh adik saya. Barang kemas, wang 20,000 dirham (RM16,613), dua telefon bimbit dan pasport milik pembantu rumahnya juga hilang menyebabkan saya mengesyaki pembabitan pembantu rumah itu,” katanya.myMetro | Wanita mati terikat di katil

18 cedera kereta meletup depan bank


YALA: Sebuah kereta meletup di Yala, semalam, menyebabkan 18 orang cedera, termasuk empat tentera.
Pegawai polis tempatan berkata, kereta dipasang bom itu diletupkan di luar sebuah bank dan ia turut menyebabkan kebakaran memusnahkan kedai berhampiran.

“Bom dipasang dalam alat pemadam kebakaran yang ditinggalkan dalam lori pikap di depan sebuah kedai runcit berhampiran Bank Siam City,” katanya.
Daripada 18 mangsa cedera, empat adalah parah, termasuk tiga tentera Thailand.

Kumpulan pemberontak di kalangan penduduk Islam mula melancarkan kempen memerangi pihak berkuasa Thailand sejak awal 2004.

Lebih 4,000 orang terbunuh akibat konflik itu setakat ini.
Sejak akhir-akhir ini, keganasan di selatan Thailand meningkat dengan serangan berlaku hampir setiap hari.

Khamis lalu, tiga orang, termasuk seorang guru, ditembak mati dan mayat mereka dibakar di daerah Pattani. - AFPmyMetro | 18 cedera kereta meletup depan bank

5 militan, 2 tentera maut di Pulau Basilan

myMetro | 5 militan, 2 tentera maut di Pulau Basilan: "


ZAMBOANGA: Tentera Filipina menawan satu kem Abu Sayyaf dan membunuh lima militan dalam pertempuran yang turut menyebabkan dua askar maut, kelmarin.

Antara militan yang maut dalam pertempuran berhampiran bandar Sumisip di Pulau Basilan itu adalah orang kanan ketua Abu Sayyaf, Juhaiber Alamsirul.
Jurucakap tentera berkata militan terbabit dipercayai bertanggungjawab dalam banyak kes culik dan pembunuhan tebusan. - AP"

11 paksa imigran wanita supaya melacur ditahan

myMetro | 11 paksa imigran wanita supaya melacur ditahan: "


MADRID: Polis Sepanyol berkata, mereka menahan 11 orang yang disyaki memaksa imigran wanita muda supaya bekerja sebagai pelacur dan menggunakan webcam untuk memantau kegiatan pelacuran bagi mendapatkan pelanggan.

Kenyataan Kementerian Dalam Negeri dikeluarkan semalam berkata, kumpulan itu menggunakan empat apartmen di Madrid untuk kegiatan seksual, di samping mempunyai pusat operasi berlainan di mana aktiviti pelacuran dipantau di komputer dan tiga skrin besar televisyen.
Kenyataan itu tidak menyatakan bila penangkapan dilakukan atau mendedahkan warganegara mereka yang ditahan. - AP"

Penunjuk perasaan gesa Berlusconi letak jawatan

myMetro | Penunjuk perasaan gesa Berlusconi letak jawatan: "


ROM: Beratus-ratus penunjuk perasaan mengetuk periuk dan kuali di Rom dan Milan menuntut Perdana Menteri Silvio Berlusconi supaya meletakkan jawatan.

Perhimpunan itu dilakukan sehari sebelum beribu-ribu wanita dijangka muncul di 200 bandar raya di Itali semalam untuk mengecam tindakan Berlusconi yang didakwa merendahkan martabat wanita.
Penunjuk perasaan mengetuk tudung periuk dan kuali termasuk yang mempunyai imej Berlusconi dalam penjara.

Pihak pendakwa raya mahu membicarakan Berlusconi yang dituduh membayar untuk khidmat seks daripada gadis warga Maghribi berusia 17 tahun. Membayar khidmat seks dengan gadis bawah umur adalah satu jenayah di Itali. Bagaimanapun, Berlusconi dan remaja itu menafikan tuduhan berkenaan. - AP"

Belasah anak hingga cacat


KESAL...Ayu menunjukkan laporan polis dibuatnya dan gambar anggota badan anak yang cedera.
KESAL...Ayu menunjukkan laporan polis dibuatnya dan gambar anggota badan anak yang cedera.

KUALA KUBU BARU: Berang perancangannya untuk menambah isteri keempat gagal, seorang lelaki melepaskan kemarahannya dengan membelasah isteri pertama dan empat anaknya sehingga seorang daripada mereka mengalami kecacatan kekal.
Lelaki terbabit yang berusia lewat 30-an menjadikan lima tanggungannya itu sebagai mangsa selepas tahu isteri pertamanya membocorkan rahsia kepada calon isteri keempat mengenai statusnya yang memiliki tiga isteri.

Isteri pertama lelaki itu yang hanya mahu dikenal sebagai Ayu, 34, berkata kejadian itu berlaku berulang kali sejak 2006 sehingga mereka tidak sanggup menanggung penderitaan.

“Saya berkahwin dengannya pada 1996 dan pada 2000 saya dimadukan sebelum madu saya bertambah seorang lagi pada 2004. Dua tahun kemudian, saya dapat tahu suami saya nak tambah seorang lagi isteri.

“Saya dapat berhubungan dengan calon madu keempat saya itu. Jadi, saya maklumkan kepadanya suami sudah ada tiga isteri. Gadis itu terkejut dan batalkan hasrat untuk berkahwin dengan suami saya,” katanya.

Ayu berkata, kejadian itu menyebabkan suaminya marah dan mula bertindak ganas terhadapnya serta empat anak mereka, hanya anak bongsunya yang terselamat daripada menjadi mangsa.

“Saya sering ditumbuk, ditendang dan dipijak. Lebih teruk, pada hujung tahun lalu saya terpaksa dikejarkan ke hospital selepas pengsan akibat dipukul suami.

“Di kalangan anak-anak pula, anak sulung saya (lelaki) paling teruk kena belasah. Pada 2006, ketika usianya lapan tahun kepalanya mengalami gegaran selepas dihentak dengan topi keledar. Akibatnya, dia menjadi kanak-kanak lembam dan keadaan itu kekal sampai sekarang,” katanya.

Menurut Ayu, anak perempuan kedua dan anak perempuan keempat pula yang masing-masing kini berusia 10 dan tujuh tahun selalu berbirat seluruh badan akibat disebat dengan tali pinggang dengan kejadian terbaru berlaku di rumah mereka di Subang Jaya, kira-hujung tahun lalu.

“Hanya anak perempuan bongsu berusia tiga tahun saja terselamat daripada kekejaman suami walaupun ada cubaan untuk menderanya,” katanya.

Ayu berkata, dia beberapa kali lari daripada suaminya dengan kali pertama pada 2006 dan berikutnya pada 2008, namun kembali semula akibat terpedaya pujukan serta helah licik suaminya.

“Ketika kali pertama saya meninggalkan dia bersama anak-anak pada 2006, suami menipu saya dengan mengatakan anak sulung kami sudah meninggal dunia kerana terlalu rindukan saya.

“Malah, dia juga membawa saya ke kubur kononnya anak kami dikebumikan. Selepas saya kembali ke pangkuannya, baru saya tahu dia hantar anak saya ke rumah anak yatim selepas membelasahnya dengan teruk,” kata Ayu.

Ayu berkata, suaminya yang tidak bekerja berkahwin tiga dan sebelum ini dia merelakan perbuatan lelaki terbabit kerana yakin suaminya berlaku adil.

“Bukan saya dan anak-anak saja selalu dibelasah, tapi isteri kedua dan ketiga berusia 20-an turut menjadi mangsa. Setahu saya isteri keduanya juga sudah meninggalkannya,” katanya yang kini membawa kelima-lima anaknya tinggal berasingan kerana sudah tidak tahan dengan kekejaman suaminya.

Selain itu, Ayu membuat laporan polis untuk memastikan suaminya tidak mengganggu dia anak-anaknya.

“Biarpun saya dan anak-anak kini berlindung dengan ahli keluarga, suami masih datang memaksa kami pulang ke rumah. Kami sudah memaafkannya, namun cukup penderitaan yang kami tanggung selama ini.

“Saya berharap dia bagi peluang saya dan anak-anak memulakan hidup baru,” katanya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan Ayu.

Sementara itu, aktivis Persatuan Pelindung Pengguna Islam Selangor, Abdul Aziz Ismail, berkata pihaknya bersedia memberi khidmat nasihat kepada Ayu berhubung krisis dihadapinya dan berharap ia diselesaikan secepat mungkin.

“Lebih penting ialah mereka sekeluarga terutama anak-anaknya dapat menikmati hidup seperti orang lain. Mungkin juga anaknya yang pernah melihat ibu mereka dipukul perlu menjalani sesi kaunseling bagi menghilangkan trauma yang dihadapi sejak beberapa tahun lalu,” katanya.myMetro | Belasah anak hingga cacat

Tanam anak belakang rumah


DI SINI...Ashaari menunjukkan lubang tempat mayat bayi terbabit ditemui.
DI SINI...Ashaari menunjukkan lubang tempat mayat bayi terbabit ditemui.

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri ditahan selepas cuba menanam anak kelima yang meninggal dunia selepas 10 hari dilahirkan di dalam lubang di belakang rumah mereka di kawasan setinggan di Jinjang Utara, di sini, tengah hari semalam.
Kejadian kira-kira jam 1.45 tengah hari itu disedari seorang jiran pasangan terbabit selepas bapa bayi berkenaan datang meminjam cangkul dengan alasan untuk menanam uri bayinya yang baru dilahirkan.

Jiran pasangan itu, Mohd Ashaari Ulong, 56, berkata dia mengesyaki sesuatu dengan tindakan jirannya itu kerana tiba-tiba ingin meminjam cangkul dan menanam uri sedangkan bayinya lahir sejak 10 hari lalu.
“Pada masa sama, dia tidak pernah mendengar tangisan bayi dari rumah jirannya itu walaupun tahu isteri jirannya sudah melahirkan anak,” katanya ketika ditemui, semalam.

Katanya, berikutan rasa was-was itu, dia enggan meminjamkan cangkul.

“Saya meminta anak buah saya meninjau kawasan rumah lelaki itu sebelum dimaklumkan ada kesan timbusan tanah di belakang rumah terbabit.
“Mungkin ada sesuatu ditanam, saya menghubungi polis memaklumkan kejadian itu sebelum sepasukan polis tiba untuk membuat siasatan. Saya terkejut apabila polis menemui mayat bayi lelaki ditanam dalam lubang berkenaan,” katanya.

Sementara itu, menurut sumber, bayi lelaki itu ditemui dalam lubang yang baru digali di belakang rumah suspek yang juga ibu bapa bayi berkenaan.
Katanya, mayat bayi itu dihantar ke Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Berikutan itu, pasangan terbabit berusia 40-an yang ada kaitan dengan kejadian itu ditahan untuk siasatan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad yang dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini, polis sudah menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan,” katanya.myMetro | Tanam anak belakang rumah

Geng ‘ayat-ayat cinta’ Internet tumpas


KUALA LUMPUR: Lima ahli sindiket yang menyamar rakan sembang di beberapa laman sosial sebelum ‘menjerat’ mangsa dengan kata-kata cinta sejak lebih setahun lalu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di taman perumahan elit di Kepong, di sini, pagi kelmarin.
Modus operandi sindiket terbabit yang terdiri daripada warga Nigeria, Thailand, Filipina dan warga tempatan berusia antara 20-an hingga 40-an termasuk tiga wanita itu dan seorang daripadanya baru melahirkan anak ialah melayan seberapa ramai pelayar dalam laman sosial di Internet menggunakan ayat-ayat cinta dengan tujuan memikat mangsa. Mereka akan menyamar sebagai kenalan dari luar negara.

Apabila mangsa sudah terpikat dan mabuk ‘cinta’, mereka akan memperdaya mangsa kononnya hendak menghantar barangan berharga sebagai tanda cinta.
Ketika proses penghantaran itu akan muncul pula ahli sindiket sama menghubungi mangsa dengan memaklumkan barangan yang dihantar ‘tersangkut’ di lapangan terbang dan perlu membuat bayaran tertentu jika mahu barangan berkenaan dihantar terus kepadanya.

Menurut sumber, rumah mewah yang disewa sindiket terbabit diserbu sepasukan anggota termasuk pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman kira-kira jam 11 pagi kelmarin.

Katanya, siasatan awal mendapati sindiket terbabit menjadikan rumah teres tiga tingkat itu sebagai markas utama kegiatan mereka, malah seorang wanita yang juga ahli sindiket itu masih berpantang berikutan baru melahirkan anak dua minggu lalu, namun masih melayari laman sembang bagi memerangkap mangsa terbaru.myMetro | Geng ‘ayat-ayat cinta’ Internet tumpas