Search This Blog

Sunday, February 13, 2011

Lelaki seludup ratusan haiwan

Cyberita Online Luar Negara: "

BANGKOK: Berpuluh-puluh ekor ular, beberapa kotak labah-labah dan seekor kura-kura daripada jenis paling jarang ditemui di dunia adalah antara ratusan haiwan hidup yang dijumpai di dalam beg seorang lelaki di sebuah lapangan terbang Thailand, kata pegawai negara itu.

Rivo Cahyono, warga Indonesia berusia 34 tahun, diberkas ketika cuba menaiki kapal terbang dari ibu negeri Thailand itu kerana pemeriksaan X-ray mendapati tiga beg pakaiannya mengandungi haiwan-haiwan itu, kata jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemuliharaan Tumbuhan itu.

Menurut pegawai Thai yang memberkas Cahyono, dia memberitahu pihak berkuasa bahawa dia membeli semua haiwan hidup itu dari Pasar Chatuchak di Bangkok. -- AFP."

Empat pendera kanak-kanak dihukum penjara 3-10 tahun




SYDNEY: Empat orang yang telah memukul teruk dan mendera hingga kebulur lima kanak-kanak hinggakan otak mereka mengecut kerana tidak cukup makan telah dihukum penjara antara tiga dengan 10 tahun dalam kes yang digelar 'rumah kedahsyatan' di Australia.
Seorang hakim Mahkamah Tinggi Adelaide menganggap penderaan itu 'sukar diterima'.Kanak-kanak tersebut telah dicekik, dipaksa berdiri sepanjang hari dengan tangan mereka diletak di atas kepala, hanya diberikan cebisan-cebisan makanan, dalam tempoh empat bulan pada 2008.'Cara kanak-kanak ini diperlakukan sukar diterima,' kata Hakim Kevin Duggan, menceritakan bagaimana kanak-kanak itu, ketika itu berusia antara empat dengan tujuh tahun, dibiarkan menderita.'Sampai satu peringkat, kanak-kanak itu dipaksa berdiri di tempat yang sama dari siang sampai malam,' tambah beliau.Penderaan itu, yang dilakukan di sebuah rumah yang kotor dan tidak terurus di luar bandar Adelaide, diketahui apabila salah seorang kanak-kanak itu dibawa ke hospital kerana pengsan akibat terlalu lapar dan terdedah kepada cuaca sejuk.Penyiasat mendapati kelima-lima kanak-kanak itu terlampau kurus dan pertumbuhan mereka terbantut.Kaki dan tangan mereka juga dipenuhi luka dan kudis buta.Pemeriksaan juga menunjukkan otak mereka telah mengecut kerana pemakanan tidak seimbang.Salah seorang pendera itu, Tania Staker, 36 tahun, yang dikatakan ketua kumpulan itu, dihukum penjara 10 tahun sementara bapa kanak-kanak itu, Luke Armistead, 38 tahun, bersama dua lelaki lain, dikenakan penjara sembilan tahun.Hakim Duggan berkata rumah itu, yang diduduki 21 kanak-kanak dan enam dewasa, 'tidak sesuai dijadikan tempat tinggal'.Tambah beliau, para pendera itu 'sentiasa berjaga-jaga' bagi memastikan mangsa-mangsa mereka tidak diberi makan dengan cukup.'Keadaan kanak- kanak yang semakin teruk itu pasti disedari setiap orang dewasa dalam rumah itu,' katanya, menurut stesen penyiar ABC.Ibu kanak-kanak yang didera itu sudah pun dihukum penjara sekurang-kurangnya tiga tahun setelah mengaku salah atas beberapa tuduhan.Menurut Hakim Duggan, Staker mungkin melakukan perbuatan itu akibat didorong rasa cemburu kerana dia kekasih bapa kanak-kanak itu. -- AFP.
Cyberita Online Luar Negara

Candi purba 'permainan politik' Thailand, Kemboja?


SASARAN SERANGAN: Seorang askar Kemboja menunjukkan sebahagian struktur Candi Preah Vihear yang terhakis ekoran serangan askar Thailand. -- Foto AP


Oleh
Suhana A. Samat

HUBUNGAN antara Thailand dengan Kemboja kembali tegang minggu ini.
Ini berikutan tindakan tentera kedua-dua negara itu bertempur lagi berhampiran candi purba kurun ke-11 Preah Vihear.Kedua-dua pihak menggunakan senjata berat termasuk roket, mesingan, meriam dan artileri dengan tentera Kemboja dilaporkan melancarkan serangan dari kubu mereka di Bukit Phu Ma Khua dan Chong Don Aou.Pertempuran yang berlaku sejak Jumaat lalu itu mengakibatkan beribu-ribu penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka serta merosakkan candi yang dibina pada kurun ke-11 itu.Sehingga kini seramai lapan orang telah terkorban.Apa yang mencetuskan pertempuran kali ini?Pihak berkuasa Kemboja berkata bedilan meriam Thailand meruntuhkan sebahagian dinding di candi Preah Vihear, kawasan Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tetapi pegawai Bangkok menyifatkannya propaganda semata-mata.Thailand mendakwa tentera Kemboja terlebih dahulu memulakan serangan di bumi Thai dan segera dibalas oleh pihak Thai.SEJARAH PERTIKAIANIni bukan kali pertama hak milik tapak candi Preah Vihear yang berusia 900 tahun itu dipertikaikan kedua-dua negara.Pada 1962, Mahkamah Dunia telah mengiktiraf bahawa candi itu terletak di wilayah milik Kemboja, walaupun pintu masuknya terletak di wilayah Thailand.Kemboja dan Thailand berkongsi sempadan darat sepanjang 800 kilometer tetapi sebahagian daripadanya tidak ditandakan dengan jelas kerana kedua-dua negara berpandukan peta yang berlainan.Thailand mengakui kedaulatan Kemboja ke atas candi berkenaan tetapi kedua-dua negara menuntut kawasan seluas 4.6 kilometer persegi di sekitarnya.Ini menyebabkan askar kedua-dua negara telah bertempur sebanyak beberapa kali disebabkan isu tersebut.Ketegangan meletus jadi pertempuran pada Julai 2008 apabila candi Preah Vihear diberikan status Warisan Dunia oleh Jawatankuasa Warisan Sedunia (Unesco).Empat askar terkorban dalam pertempuran di sekitar candi itu pada 2008 dan tiga lagi dalam pertempuran pada April 2009.KETEGANGAN BARUNamun, sejak kebelakangan ini, ketegangan antara kedua-dua negara anggota Asean itu meningkat ekoran tekanan daripada kumpulan nasionalis Thai yang mendesak Bangkok menyingkirkan tentera Kemboja daripada satu kawasan berdekatan candi berkenaan.Sebelum ini pun, hubungan dua hala tegang apabila Phnom Penh melantik mantan Perdana Menteri Thai, Encik Thaksin Shinawatra, yang kini hidup dalam buangan, sebagai penasihat ekonomi Kemboja pada 2009.Hubungan dua hala juga terjejas pada Disember lalu apabila tujuh rakyat Thai, termasuk seorang anggota Parlimen, ditangkap oleh Kemboja berdekatan candi itu atas tuduhan menceroboh.Dua daripada mereka dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun atas dakwaan melakukan risikan, sekali gus mencetuskan rasa marah kumpulan antikerajaan Thailand.Para pengamat berkata ketegangan kali ini digunakan oleh kedua-dua negara untuk membangkitkan semangat patriotik memandangkan pilihan raya bakal diadakan tidak lama lagi.Perdana Menteri Kemboja Hun Sen dilaporkan membuat ucapan berapi-api menuduh Thailand yang melakukan pencerobohan di samping menggesa campur tangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).'Hun Sen sengaja menggunakan isu ini bagi membangkitkan sentimen nasionalis dan sokongan untuk dirinya sendiri,' kata pengarah Pusat Penyelidikan Asia Tenggara di City University of Hongkong, Profesor William Case, kepada agensi berita AFP.Seorang pakar Kemboja di Universiti Monash, Profesor David Chandler, pula ditukil sebagai berkata:'Sejak dari abad ke-14 lagi, hobi Thailand ialah untuk menindas Kemboja. Kemboja mula bertindak balas sejak era kolonial dan tentunya selepas keputusan Mahkamah Dunia pada 1962.'Encik Hun Sen, 59 tahun, yang telah memerintah sejak 1985 sebelum ini pernah berikrar kekal berkuasa sehingga usianya mencapai 90 tahun.Kemboja dijadualkan mengadakan pilihan raya umum pada 2013.Namun, pada satu pihak, bagi Perdana Menteri Thailand, Encik Abhisit Vejjajiva, ketegangan itu membentangkan satu lagi masalah yang tidak diperlukan sedang kumpulan Baju Kuning yang antikerajaan terus mendesaknya agar meletak jawatan pada hujung minggu lalu.Kalau boleh, kerajaan Thai lebih suka konfrontasi di candi Preah Vihear tidak berlarutan.Lantas, sejak dari awal lagi Thailand menegaskan ia tidak bertanggungjawab memulakan pertempuran terbaru dengan Kemboja.'Pihak Thai tidak memulakan tembakan dan kami membalas tembakan hanya untuk membuat Kemboja menghentikan tembakan mereka,' kata jurucakap tentera Sansern Kaewkamnerd.Daripada meneruskan pertempuran, Thailand menawarkan agar isu itu dihuraikan melalui rundingan dua hala.Kumpulan Baju Kuning, yang antikerajaan, bagaimanapun lebih suka agar ketegangan itu berterusan memandangkan parti politik mereka sedang mengukuhkan kedudukan untuk menyertai pilihan raya umum yang dijangka diadakan menjelang pertengahan tahun ini.Isu pertikaian dengan Kemboja diharap dapat dijadikan alasan bagi menjatuhkan kerajaan Encik Abhisit.CAMPUR TANGAN PIHAK KETIGAKemboja dan Thailand kini menerima tekanan daripada China, Asean dan juga Amerika Syarikat supaya mengawal keadaan.Di New York, Majlis Keselamatan PBB pada mulanya menolak gesaan Encik Hun Sen agar mesyuarat tergempar diadakan, sambil berkata masalah itu harus dihuraikan di peringkat serantau.Namun, menteri luar kedua-dua negara kini dijadualkan memberi taklimat tentang perkara itu kepada Majlis Keselamatan PBB pada Isnin ini.Asean pula turut memainkan peranan dengan mengerahkan Menteri Luar Indonesia, Encik Marty Natalegawa, ke Kemboja pada Isnin lalu dan ke Thailand pada Selasa lalu untuk meredakan krisis itu.Indonesia merupakan pengerusi Asean.'Menjelang pembentukan masyarakat Asean pada 2015, tembakan senjata harus dihentikan di Asia Tenggara,' kata beliau semasa berada di Phnom Penh.Beliau optimistik ketegangan itu dapat dihuraikan secara damai melalui dialog dan rundingan.Berkongsi pandangan itu, Profesor Sombo Manara, dari bidang sejarah di Royal University of Phnom Penh, yang ditukil oleh AFP berkata:'Saya tidak fikir konflik ini akan berakhir tanpa campur tangan daripada pihak ketiga dan tanda sempadan yang jelas di antara kedua-dua negara dilakarkan.'Sehingga perkara itu dicapai, isu ini akan kekal sebagai duri dalam daging bagi hubungan dua hala.Cyberita Online Luar Negara

Gempar kubur bayi berlubang



KAMPUNG PASIR TINGGI - Penduduk di sini gempar apabila pusara seorang bayi lelaki yang meninggal dunia tujuh tahun lalu ditemui berlubang tengah hari kelmarin, dipercayai digali semula individu tidak bertanggungjawab.

Difahamkan, kejadian itu disedari seorang penduduk yang pergi ke Tanah Perkuburan Kampung Pasir Tinggi itu bagi membaca Yasin untuk arwah bapanya, dan terkejut apabila terpandang pusara berkenaan berlubang.

Malah, penduduk mengandaikan kejadian kubur berlubang melibatkan pusara bayi lelaki meninggal dunia sekitar Januari 2004 lalu selepas dua jam dilahirkan itu, sudah lama terjadi memandangkan keadaan tanah serta rumput di sekitar kubur itu.

Penduduk, Minah Jusoh, 70-an, berkata, walaupun dia tinggal berhampiran tanah perkuburan itu lebih 50 tahun, namun insiden seumpama itu pertama kali terjadi dan ia sememangnya satu perbuatan tidak bertanggungjawab.

“Makcik hanya menyedari kejadian kubur bayi digali ini ketika pulang dari kebun tengah hari semalam (kelmarin) apabila melalui kawasan tanah perkuburan ini. Mulanya, makcik fikir ada orang meninggal dunia, namun apabila ditanya, rupanya ia adalah kes kubur bayi berlubang.

“Bayi lelaki ini disemadikan bersebelahan pusara datuknya dan difahamkan ibu bapanya kini tinggal di Bukit Payong, Marang. Malah, sewaktu solat Jumaat semalam juga ada pengumuman dibuat di masjid mengenai perkara ini,” katanya.

Menurutnya, orang kampung juga tidak dapat mengandaikan motif sebenar pihak yang sanggup berbuat demikian.

“Perbuatan sebegini sekiranya berlaku pada zaman dahulu, sering dikaitkan dengan :amalan syirik serta khurafat, namun diharapkan masyarakat pada hari ini tidak lagi terpengaruh dengan perkara sebegini kerana ia salah di sisi agama,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di tanah perkuburan semalam mendapati, pusara bayi lelaki yang berlubang dipercayai digali itu ditimbus semula penduduk kampung petang kelmarin.
SH

Bau hangit disangka sampah bakar





KAMPUNG BELAKANG SEKOLAH BATU LIMA - Kesibukan sebuah keluarga sedang membuat persiapan memasak makanan tengah hari bertukar tragedi apabila tiba-tiba dikejutkan dengan kejadian kebakaran di bahagian ruang tamu rumah mereka, semalam.

Pemilik rumah, Jamilah Mat, 43, berkata, sewaktu kejadian berlaku sekitar jam 11.30 pagi, dia bersama kakak, Che Anton Mat, 45, serta anak mereka berada di bahagian dapur.

Katanya, bagaimanapun sewaktu seorang anak saudaranya meminta sebilah pisau daripadanya, dia tergerak hati untuk pergi ke ruang tamu mencari pisau yang dimaksudkan dan ketika itu baru menyedari sebuah almari pakaian miliknya hampir hangus terbakar.

“Memang pada awalnya, kakak ada memberitahu saya, dia terhidu bau hangit, namun sangka kami mungkin bau itu datang dari tempat pembakaran sampah kerana kami masih belum membuka dapur gas untuk memasak.

“Perbualan kami hanya terhenti setakat itu sahaja kerana saya langsung tidak terlintas rumah kami akan terbakar kerana sepanjang tinggal di rumah ini semenjak lapan tahun lalu tidak pernah berlaku sebarang masalah pendawaian elektrik,” katanya.

Jamilah berkata, walaupun panik ketika berhadapan dengan situasi itu, dia masih sempat menjerit meminta tolong daripada jiran untuk memadamkan kebakaran dari terus merebak ke bahagian lain.

“Saya juga turut bertungkus-lumus mengangkut peralatan rumah untuk dibawa keluar, sementara beberapa jiran segera mengangkut air menggunakan pili serta baldi untuk menyimbah air ke kawasan terbakar.

“Mujurlah dengan tindakan pantas dari semua pihak termasuk Bomba dan Penyelamat Daerah Sik, kebakaran dapat dikawal dalam tempoh beberapa minit dan bahagian tengah rumah serta dapur masih boleh diselamatkan,” katanya.

Sementara itu, menurut suaminya, Azmi Said, 44, dia hanya menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan oleh isterinya dan sempat melihat kepulan asap memenuhi bahagian luar rumah.

“Semasa kejadian, saya berada dalam jarak beberapa meter dari rumah kerana sedang melakukan kerja membersih serta menebas semak samun di belakang rumah sementara menunggu waktu makan tengah hari.

“Setakat ini, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih belum dapat dikenal pasti, namun saya akan membuat laporan polis dalam tempoh masa terdekat,” katanya.

Pada masa sama, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sik, Mahadzir Abdul Hamid berkata, pihaknya turut turun padang menyampaikan sumbangan segera kepada keluarga mangsa.

Katanya, pihaknya akan berusaha mendapatkan peruntukan membaik pulih rumah keluarga tersebut dari pihak Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda).

Turut hadir, Ketua Pemuda Pas Sik, Badrul Hisyam Abdul Rahman, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Sik, Bakri Hassan dan Setiausaha UMNO Bahagian Sik, Mohamad Nor Yahaya.
SH

Kerana kasih ketepi agama



KULIM – Sepasang kekasih ditangkap bersekedudukan dalam bilik di sebuah rumah teres setingkat dekat sini kira-kira jam 1 pagi kelmarin.

Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) bersama lima penguat kuasa mendapat maklumat dari orang ramai dan sampai di tempat kejadian kira-kira jam 12.45 pagi.

Jurucakap PADK berkata, setelah membuat pemantauan, PADK telah mengepung rumah itu sebelum memperkenalkan diri.

Menurutnya, PADK terpaksa menunggu hampir 10 minit kerana pasangan itu enggan memberi kerjasama.

Katanya, setelah pintu dibuka, PADK kemudiannya membuat pemeriksaan dan menemui pasangan itu dalam bilik dan dari siasatan dijalankan mendapati pasangan itu tidak ada sebarang hubungan mahram.

“Ketika tangkapan dibuat, pasangan lelaki yang berusia 20-an dan bukan beragama Islam sedang duduk di atas katil dengan memakai seluar pendek dan berbaju kemeja T manakala perempuan itu berusia 38 tahun, berdiri di sisi kekasihnya dengan hanya memakai kain batik dan berbaju kemeja T. Dari siasatan dijalankan, PADK mendapati pasangan ini bekerja di kilang yang sama,” katanya.

Menurutnya, ketika keterangan diambil, perempuan berkenaan memaklumkan kepada penguat kuasa PADK bahawa dia mahu keluar dari Islam dan menganut agama kekasihnya itu.

“Dia juga menyatakan sebelum ini dia tidak mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna kerana ibunya bukan Melayu, tetapi bapanya Melayu.

“PADK meminta perempuan itu untuk istifar dan menasihatkannya supaya jangan membuat sebarang keterangan yang boleh memesongkan akidah dan keimanannya sebagai seorang Islam. Penguat kuasa juga meminta perempuan itu mengucap dua kalimah syahadah tetapi dia enggan berbuat demikian sebaliknya bersungguh-sungguh menyatakan hasratnya untuk keluar dari Islam. Ini merupakan kes pertama yang melibatkan pengakuan seperti ini,” katanya.

Sementara itu menurut jurucakap berkenaan, PADK kemudiannya mengarahkan pasangan itu berpakaian lebih sempurna sebelum membawa mereka ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan.

“Perempuan itu kemudiannya dibebaskan setelah menjamin dirinya RM1,000,” katanya.

Menurutnya, perempuan terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Katanya, perlaksanaan undang-undang tetap dijalankan memandangkan perempuan itu masih beragama Islam ketika tangkapan dibuat.

Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai hasrat pasangan perempuan yang ingin keluar dari Islam dan menganut agama lain, Pegawai Agama Islam Daerah Kulim Kedah, Sheikh Radzi Abdul Mutalib pula berkata, PADK tidak ada hak untuk menghalang perempuan itu sebaliknya akan mengadakan sesi kaunseling terhadap dirinya.

“Hasrat perempuan itu untuk keluar dari Islam dan memeluk agama lain adalah tidak wajar. Ia boleh memesongkan akidah dan keimanannya. Kita jangan sesekali bermain dengan perkara seperti itu.

“PADK tidak mempunyai kuasa untuk menghalangnya selain memberikan kaunseling. Bagaimanapun, tindakan undang-undang yang telah diperuntukkan terhadap dirinya akan tetap dilaksanakan,” katanya.
SH

Enam rumah rosak ditiup ribut



SUNGAI PETANI – Sebanyak enam rumah dan sebuah gerai mengalami kerosakan akibat kejadian ribut yang melanda baru-baru ini di Taman Nilam.

Kejadian yang berlaku pada 3.45 petang itu turut mengakibatkan enam pemilik dan ahli keluarga rumah terbabit terpaksa bermalam di surau berhampiran kerana keadaan rumah yang rosak dan keselamatan mereka tidak terjamin.

Mangsa, Razak Othman, 48, berkata, kejadian itu mengakibatkan sebahagian bumbung dan anjung di rumahnya turut diterbangkan angin.

“Ketika kejadian, saya bersama ahli keluarga sedang berehat kerana hujan lebat, apabila saya mendengar bunyi bising, saya terus melihat ke luar dan ternampak ribut meranapkan sebuah gerai yang berada di hadapan rumah.

“Selepas itu, setelah kedai itu dilanda kejadian terbabit, angin datang ke arah deretan rumah kami dan terus menerbangkan anjung rumah saya ke belakang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, kejadian itu adalah yang pertama kali berlaku semenjak dia menetap di sini selama 21 tahun.

“Kejadian ini turut merosakkan keseluruhan bumbung rumah dan semua perabot yang ada. Bekalan elektrik terpaksa ditutup kerana dikhuatiri akan menyebabkan litar pintas dengan keadaan rumah yang basah.

“Sementara menunggu keadaan pulih seperti biasa, buat masa ini kami akan bermalam di Surau Taman Nilam kerana bimbang hujan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, kejadian yang melanda ini turut dirasai penduduk Kampung Baru, Shamsinar Zakaria, 40.

Shamsinar berkata, kejadian itu adalah yang kedua kali menimpa dia dan keluarga serta menyebabkan kerosakan yang sama.

“Kali ini yang kedua setelah ia berlaku pada April tahun lalu yang menyebabkan bumbung rumah saya dibawa angin.

“Pada mulanya saya dan keluarga mendengar bumbung rumah kami ditiup angin, selepas itu suami saya keluar untuk melihat keadaan bumbung, beberapa minit selepas itu dengan angin yang kuat terus membawa terbang sebahagian bumbung rumah,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Tan Wei Shu yang turut sama melawat mangsa kejadian terbabit berkata, beliau mengharapkan masalah yang dihadapi harus ditangani segera berikutan rumah adalah tempat berlindung.

“Saya berharap masalah rakyat perlu diselesaikan segera, tidak kiralah pihak mana pun, apa yang penting tindakan yang drastik perlu diambil.

“Bencana seperti ini sesiapa pun tidak mahu terjadi, oleh itu saya memohon kepada pihak yang berkenaan supaya mengatasi masalah ini dan proses baik pulih rumah dilakukan segera memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu,” katanya.
SH

Pemuda maut dirempuh kereta




BUKIT TINGGI - Malang tidak berbau bagi seorang pemuda apabila tindakannya membuat pusingan U di simpang tiga lampu isyarat membawa padah apabila keretanya dirempuh dua kereta lain dalam kejadian kemalangan di Persiaran Tengku Ampuan Rahimah, berhadapan pusat membeli-belah di sini, awal pagi semalam.

Mangsa, L Prakash, 26, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pada jam 3.30 pagi, manakala dua dari-pada tiga kenderaan terlibat remuk teruk.

Ketua Trafik merangkap Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintenden Rosly Abd Rahman berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa yang datang dari arah Klang membuat pusingan U.

“Secara tiba-tiba sebuah kereta jenis Toyota Wish yang datang dari arah Jalan Banting dipercayai dipandu laju gagal mengelak lalu merempuh kenderaan mangsa.

“Pada masa yang sama sebuah Kereta jenis Toyota Camry yang mengekori belakang kereta mangsa juga gagal mengelak lalu melanggar kedua-dua kenderaan terbabit.

“Berikutan itu, dua kereta itu remuk teruk manakala sebuah lagi kereta hanya kemik di bahagian depan,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, orang ramai yang berada di tempat kejadian menghantar mangsa ke HTAR bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia.

“Mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat dan hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

“Bagaimanapun kedua-dua pemandu kereta terbabit terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Justeru, mereka yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi Balai Trafik Klang Selatan menerusi talian 03-33722222 bagi membantu siasatan.
SH

Lampias nafsu di rumah kongsi



BALAI BESAR - Menjalani hukuman beberapa bulan di sebalik tirai besi belum cukup untuk memberi keinsafan buat seorang janda awal 20-an yang pernah disabitkan dengan kesalahan mendera anak tirinya sendiri.

Biarpun sudah dibebaskan dari penjara September tahun lalu, namun wanita terbabit dikatakan tidak pulang ke rumah ahli keluarganya.

Sebaliknya, dia dikatakan menjadikan rumah teman lelakinya sebagai tempat penginapan sementara untuk berlindung selain turut melakukan perbuatan tidak bermoral.

Bagaimanapun, rahsia janda anak satu itu mula terbongkar apabila rumah kongsi yang menjadi lokasi penginapan bersama teman lelakinya diserbu pihak berkuasa lewat tengah malam kelmarin.

Sebaik menyedari kehadiran tetamu tidak diundang itu, teman lelakinya dikatakan bertindak terjun melalui tingkap rumah kongsi terbabit lalu masuk ke kawasan semak berdekatan sebelum melarikan diri.

Janda itu bagaimanapun selepas disoal siasat pegawai penguat kuasa mengakui menumpang tidur di rumah kongsi berkenaan dan mula menjalinkan hubungan sulit dengan teman lelakinya yang bekerja sebagai buruh binaan sejak beberapa bulan lalu.

Wanita itu mengakui, dia sering menjadi teman tidur teman lelakinya yang difahamkan berasal dari kawasan penempatan Felda.

Sinar Harian juga difahamkan, sejak keluar dari penjara dia tidak pernah pulang ke rumahnya dan berita pembebasannya itu mula diketahui ahli keluarganya selepas dimaklumkan anggota penguat kuasa terbabit ketika memohon penjamin untuk membolehkan dia dibebaskan.

Janda yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu kemudiannya dibawa ke Unit Penguatkuasaan Syariah Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan selepas diikat jamin oleh seorang penjamin.
SH

35 motosikal ditahan, 70 saman dikeluarkan



TANAH MERAH – Polis Tanah Merah menahan 37 mat rempit bersama 35 motosikal dalam Ops Sepadu melibatkan semua jabatan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah di Kilometer 11 Jalan Tanah Merah, Lubok Jong bermula jam 6.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintenden Abdul Aziz Mahmud berkata, sebanyak 70 saman dikeluarkan terhadap mat rempit yang melibatkan pelbagai kesalahan dalam operasi sejam itu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan juga mendapati tiga daripada mereka yang ditahan juga pelajar positif dadah.

“Antara kesalahan dikenal pasti ialah tidak mempunyai lesen, mengubah plat kenderaan, tidak mempunyai cermin sisi dan tayar motosikal yang tidak ada bunga, kita terpaksa menyaman mereka bagi setiap kesalahan dilakukan supaya menjadi pengajaran buat mereka.

“Kesemua Mat Rempit yang ditahan dibawa ke Pondok Polis Alor Pasir untuk Proses dokumentasi dan pemeriksaan air kencing,” katanya kepada Sinar Harian sebaik tamat operasi di Pondok Polis Alor Pasir, malam kelmarin.

Abdul Aziz berkata, mereka yang ditahan berusia dalam lingkungan 14 hingga 28 tahun yang mana sebahagian besarnya terdiri daripada pelajar.

Menurutnya, laluan terbabit dikenal pasti menjadi salah satu tumpuan mat rempit melakukan aktiviti itu pada hari Jumaat dan Sabtu ketika menjelangnya waktu Maghrib.

“Aktiviti merempit ini bukan sahaja membahayakan mereka, malah juga pengguna jalan raya yang lain. Berikutan itu, kita meminta supaya ibu bapa dan penjaga supaya mengawasi anak masing-masing,” katanya.

Abdul Aziz berkata, pihaknya akan terus melaksanakan operasi yang sama di beberapa lokasi yang dikenal pasti untuk membendung gejala merempit di daerah ini.

Ops Sepadu kali ini melibatkan lima pegawai dan juga 50 anggota.
SH

Warga emas maut disebabkan keliru papan tanda




TUMPAT - Gara-gara keliru papan tanda, seorang warga emas yang menunggang motosikal maut apabila bertembung dengan sebuah lori di lampu isyarat di kilometer 4.5 jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor dekat Kota Kubang Labu, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa, Chin Ching Yong@Chin Ching Yeng, 68, berasal dari Kota Bharu cedera parah di kepala dan kaki, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintenden Khalid Munap berkata, siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berpunca ketika mangsa dan pemandu lori meneruskan perjalanan masing-masing ketika lampu isyarat berwarna hijau.

Menurutnya, disebabkan kekeliruan papan tanda di lampu isyarat tersebut, mangsa yang dari arah Wakaf Bharu terus membelok motosikalnya ke kanan untuk ke rumah anaknya di Taman SBJ, dekat sini melalui simpang ke Kampung Dusun Langgar.

“Sedangkan jalan yang dilalui mangsa tidak boleh membelok ke kanan, hanya boleh membelok ke kiri.

"Tetapi disebabkan kekeliruan pada papan tandan, mangsa tanpa memikir panjang terus membelok di simpang empat lampu isyarat tersebut.

“Lori yang datang dari arah Kota Bharu juga bila lampu isyarat berwarna hijau meneruskan perjalanan ke arah Wakaf Bharu menyebabkan lori ini bertembung dengan motosikal yang ditunggangi mangsa di simpang empat lampu isyarat tersebut,” katanya.

Beliau berkata, pemandu lori yang berasal dari Kampung Paloh bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Sesiapa sahaja yang sempat menyaksikan kejadian diminta tampil memberi keterangan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat di talian 09-7257222 untuk membantu siasatan kemalangan tersebut,” kata Khalid.
SH

Doktor palsu ditahan

SH: "

SHAH ALAM – Seorang wanita menyamar sebagai doktor pakar forensik di Hospital Kuala Lumpur ditahan polis di Kluang, Johor selepas diburu sejak Disember lalu.

Wanita berusia 39 tahun itu dipercayai pernah terlibat sekurang-kurangnya lima kes penipuan.

Akhbar ini pernah melaporkan mengenai berita suspek dikehendaki polis untuk membantu siasatan kes penipuan 21 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, suspek ditahan jam 12 tengah hari selepas polis menerima maklumat daripada orang awam.

Amiruddin berkata, sus�pek memperdayakan mang�sa melibatkan urusan pelaburan membekalkan peralatan hospital.

“Dia menggunakan modus operandi menyamar sebagai doktor pakar dengan menawarkan peluang kepada mangsa melabur membekalkan peralatan hospital dan menjanjikan pulangan lumayan.

“Kononnya, dia mengenali pembekal dan pihak hospital,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, mangsa adalah seorang pengusaha restoran diperdayakan melibatkan RM17,200.

Amiruddin berkata, suspek kini direman sehingga Isnin ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana penipuan.

Menurutnya, polis sedang melengkapkan siasatan dan akan merujuk kes terbabit dengan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya."

Switzerland beku aset Mubarak

Utusan Malaysia Online - Luar Negara: "

BERN 12 Feb. - Kerajaan Switzerland mengambil keputusan untuk membekukan aset-aset Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang mungkin disimpan di negara ini, kata Menteri Luarnya, Micheline Calmy-Rey, semalam.

Menteri itu berkata, satu arahan telah dikeluarkan untuk mengenal pasti dan membekukan sebarang aset milik Mubarak dan ahli keluarganya sejurus selepas Presiden Mesir itu meletakkan jawatannya, semalam.

Ia merupakan undang-undang sama yang dilaksanakan pada Januari lalu ke atas Presiden Tunisia, Zine el-Abidine Ben Ali yang digulingkan dan pemimpin Ivory Coast. Laurent Gbagbo.

Bern beberapa tahun ini melaksanakan undang-undang memudahkannya untuk memulangkan sebarang aset pemimpin yang korup kepada negara asal mereka, dengan syarat dana itu digunakan untuk kebajikan rakyat.

Harta Mubarak telah lama menimbulkan spekulasi.

Menurut laporan media, Mubarak dan ahli keluarganya dipercayai memiliki aset bernilai lebih AS$40 bilion (RM124 bilion). Sesetengah laporan menyatakan Mubarak memiliki aset melebihi AS$70 bilion.

Menurut Swiss National Bank, deposit rakyat Mesir dalam akaun bank di negara ini berjumlah 3.6 bilion franc (RM11.47 bilion). - dpa"

Bangunan runtuh di Mesir, 13 terkorban

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

13/02/2011 3:16am

KAHERAH 13 Feb. - Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan 23 orang cedera ketika sebuah bangunan di Luxor yang terletak di selatan Mesir runtuh hari ini.

Jumlah kematian mungkin akan meningkat kerana pasukan penyelamat masih menggali runtuhan bangunan setinggi enam tingkat yang runtuh akibat masalah pembinaan bangunan tersebut.

Kemalangan sedemikian sering berlaku di Mesir kerana garis panduan pembinaan sering dilanggar seperti penambahan tingkat bangunan tanpa mendapat kelulusan. - AFP"

Lebih 600 banduan lari dari penjara Kaherah

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

13/02/2011 3:16am

KAHERAH 13 Feb. - Lebih kurang 600 orang banduan melepaskan diri dari penjara di Kaherah selepas rusuhan berlaku, hari ini.

Menurut pegawai keselamatan, beberapa orang terbunuh dan cedera ketika banduan-banduan tersebut membuat rusuhan dan orang yang tidak dikenali di luar Penjara Marg menembak kearah pengawal.

Ia merupakan kali kedua banduan melarikan diri secara beramai-ramai sejak 28 januari lalu di Penjara Abu Zaabal ketika demonstrasi besar-besaran yang mahu Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai Presiden.

Antara mereka yang berjaya melarikan diri ketika itu termasuk militan Pakistan dan sekurang-kurangnya 14 orang terkorban. - AFP"

Kastam Melaka gagalkan cubaan seludup 14,000 karton keretek





2011/02/13

MELAKA: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Melaka mematahkan cubaan menyeludup kira-kira 14,000 karton rokok keretek pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM201,600 di Kilometer 204.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, dekat sini, semalam.

Pengarah KDRM negeri, Datuk Mohd Nasir Said, berkata rampasan itu dianggar mempunyai nilai cukai RM804,400, ditemui tersembunyi dalam sebuah lori seberat tiga tan yang ditinggalkan, kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Beliau berkata, seorang lelaki yang dipercayai pemandu lori terbabit meninggalkan kenderaan itu dengan menaiki kereta Bentley selepas dikejar sepasukan anggota KDRM yang menyedari kegiatannya itu.
“Ketika ditemui rokok itu ditutup dengan kanvas, manakala lori masih mempunyai kunci. Kita syak pemandu lori ini berjaya melarikan dengan bantuan tonto yang menggunakan Proton Saga,” katanya di sini, petang semalam.

Mohd Nasir berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan rokok keretek terbabit diseludup dari negara jiran melalui laut di sebuah tapak pendaratan di Pantai Barat Johor.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 iaitu kesalahan mengangkut barang larangan.

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 135(1)(iii)(aa) akta yang sama iaitu denda tidak kurang 10 kali ganda dan tidak lebih 20 kali nilai dagangan atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohd Nasir berkata, pihaknya merampas 103 kartun pelbagai jenis mercun dan bunga api di sebuah bekas tapak kilang industri kecil dan sederhana di Pulau Sebang, Alor Gajah, kira-kira jam 11.30 malam kelmarin.

Beliau berkata, mercun dan bunga api termasuk jenis telur, Cactus Rain, Cake 138 Shot, Cake 140 Shot dan Bateri 100 Das itu dianggarkan seberat 1,586 kilogram dan bernilai kira-kira RM92,000.

“Kita percaya mercun dan bunga api ini adalah stok simpanan untuk sambutan Tahun Baru Cina serta Tian Kong Tan dan Chap Goh Mei tidak lama lagi. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 iaitu kesalahan menyimpan barang larangan,” katanya.
Berita Harian Online | Kastam Melaka gagalkan cubaan seludup 14,000 karton keretek

Nafsu serakah


GUA MUSANG: Aktiviti liar seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang menjadikan hotel bajet di sekitar bandar ini sebagai tempat melepaskan nafsu dengan beberapa pasangan, akhirnya terbongkar apabila dia dicekup dalam satu serbuan, di sini, lewat malam kelmarin.
Lebih mengejutkan, remaja terbabit bukan saja dicekup berkhalwat bersama pasangan bukan Islam di hotel bajet di Jalan Besar, di sini, malah didapati asyik melepaskan gian menagih dadah.

Remaja berasal dari Kota Bharu itu mempunyai rekod melahirkan anak luar nikah setahun lalu dan tinggal di Kampung Lembaga, Gua Musang.
Serbuan kira-kira jam 11.30 malam itu dilakukan Skuad Amru bersama Pegawai Jabatan Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) diketuai Iman Muda Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang, Hazuari Che Hamid.

Pegawai Agama Jajahan, Anuar Hashim berkata, pihaknya beberapa kali menyerbu hotel bajet berkenaan yang sering berlaku kegiatan khalwat.

Katanya, remaja terbabit tidak sempat melarikan diri manakala pasangannya terpaksa dibebaskan kerana bukan beragama Islam.
“Ketika serbuan itu, lelaki berusia 29 tahun berasal dari Kampung Baru itu cuba melarikan diri, namun gagal apabila pintu bilik dikepung sambil mengakui dia tidak beragama Islam dan gadis berkenaan pula sedang khayal,” katanya.

Beliau berkata, pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang untuk dibuat laporan sebelum dibawa ke Pejabat Agama Jajahan bagi siasatan lanjut sebelum lelaki bukan Islam itu dibebaskan.myMetroNafsu serakah

Polis cari saksi kejadian bunuh


KUALA LUMPUR: Balai Polis Ampang Jaya kini mencari saksi kejadian pembunuhan kejam Fazlina Ahmad yang ditemui mati dalam almari pakaian di rumah dua tingkat di Taman Pinggiran Ukay, pada 30 Disember 2009.
Saksi terbabit adalah juga bekas pembantu rumah mangsa dikenali sebagai Yuyuk, warga negara Indonesia.

Dia dikehendaki bagi memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada 14, 24 dan 25 Februari ini.
Jurucakap polis berkata, saksi yang dicari pernah bekerja dengan pasangan berkenaan sehingga 30 Disember 2009.

“Bagaimanapun, dia dikatakan menghilangkan diri atau gagal dicari bagi membantu siasatan dan prosiding yang berjalan.

“Justeru, kami meminta saksi berkenaan tampil ke Mahkamah Tinggi, Shah Alam atau berhubung terus dengan Asisten Superintendan Siti Nathiroh Abu Bakat di talian 03-42897222,” katanya.
Dalam kejadian menggemparkan itu, suspek yang juga suami kepada Fazlina, Mohafri Mohamed dituduh membunuh isterinya pada tarikh berkenaan.myMetroPolis cari saksi kejadian bunuh

Remaja hidu gam


PETALING JAYA: Kegiatan hidu gam di Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, di sini, meresahkan penduduk apabila menemui lambakan botol gam bersepah di sekitar kawasan berkenaan.
Lebih membimbangkan, kondom turut ditemui, sekali gus menyebabkan ibu bapa risau anak mereka terbabit sama dalam kegiatan tidak bermoral itu.

Ketua Biro Keselamatan Penduduk Persatuan Penduduk Pangsapuri Damai, Azmi Ardi berkata, berikutan penemuan barangan itu, dia bersama beberapa penduduk pangsapuri mengambil keputusan mengadakan rondaan setiap malam bagi mengekang kejadian tidak berfaedah itu.
“Penghujung tahun lalu, kami berjaya menangkap murid perempuan berusia 11 tahun dalam keadaan khayal akibat penangan gam bersama beberapa rakannya.

“Akibat tidak tahan godaan rakan dan mudah terpengaruh, dia akhirnya turut hanyut dalam usia yang masih mentah,” katanya sewaktu ditemui baru-baru ini.

Menurut Ardi, kegiatan menghidu gam antara yang popular di kalangan remaja di sini. Ia turut disertai remaja luar kawasan yang membawa rakan masing-masing.
“Pun begitu, Alhamdulillah, rondaan yang kerap dilakukan persatuan penduduk menyebabkan aktiviti itu berkurangan.

“Kami perlu kerap membuat rondaan supaya kegiatan itu tidak berterusan dan usaha itu memerlukan pengorbanan kerana meninggalkan isteri dan anak setiap malam,” katanya.
Dalam pada itu, ketiadaan kemudahan asas seperti padang bola sepak, gelanggang futsal dan kawasan beriadah lain antara punca kegiatan sosial berleluasa.

Timbalan Setiausaha Persatuan Penduduk Pangsapuri Idaman, Osman Yaman yang lebih 10 tahun menduduki kawasan berkenaan berkata, kekurangan kemudahan itu menyebabkan remaja lebih banyak menghabiskan masa 24 jam di kafe siber tanpa lesen yang tumbuh bak cendawan lepas hujan di kawasan itu.

“Perkara ini sering diajukan kepada pihak pemaju, namun hingga kini masih tiada tindakan diambil, menyebabkan kami semakin buntu.

“Di samping itu, ada ibu bapa tidak mahu mengakui kesilapan anak mereka dan terlalu memanjakannya hingga tidak sedar anak mereka tersasar,” katanya kepada media selepas ditemui di Pangsapuri Idaman, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi berkata, pihaknya sentiasa membuat pemantauan untuk memastikan kegiatan jenayah sosial di kawasan itu berkurangan.

“Kami perlukan bantuan daripada masyarakat setempat bagi terus memerangi kadar jenayah dan akan sentiasa membuat pemantau bagi tujuan itu,” katanya.myMetroRemaja hidu gam

Konstabel parah


GEORGETOWN: Seorang anggota polis berpangkat konstabel yang dalam perjalanan pulang daripada tugasan cedera parah selepas motosikal ditungganginya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Lorong Kucing, Pulau Tikus, di sini, awal pagi semalam.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.15 pagi apabila mangsa, Andri Jimin, 23, dari Balai Polis Pulau Tikus dikatakan baru saja selesai tugasan rondaan cegah jenayah dan keluar dari kawasan balai untuk pulang. Ketika melalui Jalan Gotlieb, sebuah kereta jenis Honda Civic dipandu seorang wanita berusia 37 tahun secara tiba-tiba membelok di depannya.

Jurucakap polis berkata, kereta wanita itu membelok secara tiba-tiba di Jalan Kucing, menyebabkan Andri tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian kiri pintu depan kereta, menyebabkan mangsa parah akibat hentakan kuat.
Katanya, pemeriksaan mendapati mangsa cedera teruk di kepala, kaki kiri patah dan pangkal paha koyak.

Mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut sebelum dimasukkan ke unit rawatan rapi.

Katanya, pemeriksaan ke atas pemandu kereta mendapati dia memiliki lesen memandu yang sah manakala keputusan ujian pernafasan negatif. Wanita itu juga tidak cedera.
“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dalam keadaan laju hingga menyebabkan kecederaan dan sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM4,000 atau melebihi RM10,000 dan boleh dipenjara tidak melebihi 12 bulan,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang pemuda berusia 20-an parah selepas motosikalnya dirempuh sebuah kereta yang dipandu dari arah bertentangan di persimpangan Jalan Jelutong/Jalan Sungai Pinang, di sini, kira-kira jam 2 pagi semalam.
Dalam kejadian itu, pemuda yang masih belum dikenalpasti identiti itu dipercayai menunggang motosikal seorang diri dari arah Jalan Sungai Pinang ke pusat bandar sebelum sebuah kereta jenis Perodua Myvi secara tiba-tiba merempuh mangsa dan kereta yang dipandunya berpusing dan masuk ke kawasan premis perniagaan di Jalan Jelutong.

Jurucakap polis berkata, akibat kemalangan itu kedua-dua kenderaan rosak teruk, termasuk bahagian depan kereta remuk dan kedua-dua mangsa cedera dengan penunggang motosikal dilaporkan patah kaki.

Beliau berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian, termasuk sama ada pemandu kereta berada di bawah pengaruh alkohol.

Orang ramai yang ada maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di talian 04-2181822.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.myMetroKonstabel parah

Lalu lintas terganggu kerana mabuk


BERUSAHA... anggota bomba dan penyelamat terpaksa memecahkan cermin tingkap selepas lelaki terbabit tidak sedar apabila dikejutkan.
BERUSAHA... anggota bomba dan penyelamat terpaksa memecahkan cermin tingkap selepas lelaki terbabit tidak sedar apabila dikejutkan.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 20-an bukan saja tertidur di dalam kereta sehingga mengganggu lalu lintas, malah terpaksa menanggung kerugian apabila cermin tingkap keretanya dipecahkan bagi membangunkannya.
Dalam kejadian jam 7.50 pagi semalam di persimpangan lampu isyarat Jalan Maharajalela dan Jalan Hang Tuah berhampiran bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini, orang ramai yang menempuh kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan mulanya menyangka sesuatu yang buruk menimpa lelaki terbabit apabila dilihat seperti tidak sedar diri di dalam kereta Perodua Myvi.

Bagaimanapun, anggota polis dan bomba mendapati lelaki itu sebenarnya tertidur.
Apabila usaha mengejutkan lelaki itu selama 20 minit gagal, cermin tingkap keretanya terpaksa dipecahkan bagi membawanya keluar.

Lelaki terbabit akhirnya terjaga dan pemeriksaan dilakukan mendapati dia mabuk.myMetroLalu lintas terganggu kerana mabuk

Ketukan selamat nyawa


GEORGETOWN: Ketukan bertalu-talu jiran menyelamatkan sepasang suami isteri warga emas dalam kebakaran membabitkan sebuah kedai memproses kuih pau Cina ‘mee koo’ di Jalan Perak, di sini, awal semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi, bahagian depan rumah kedai satu tingkat mengandungi pelbagai peralatan, termasuk mesin membuat kuih serta kotak jualan kuih pau, musnah dalam kebakaran itu.

Ketika itu, pemilik kedai, Loo Eng Huat, 56, bersama isteri, anak lelakinya berusia 21 tahun dan seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia 40-an tidur di dalam bilik masing-masing.
Loo berkata, dia sekeluarga terkejut apabila terdengar ketukan pintu berulang kali selain jeritan jiran yang memaklumkan rumah yang juga kedainya terbakar.

“Saya terkejut apabila terdengar orang menjerit ‘api, api’ selain ketukan pintu berulang kali sebelum mengejutkan isteri, anak dan pembantu rumah.

“Saya lega kerana tiada sesiapa cedera dalam kejadian ini dan berterima kasih kepada jiran yang mengejutkan kami,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Yaakob Abd Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 1.37 pagi dan tiba di lokasi kejadian seminit kemudian kerana berdekatan Balai Bomba Jalan Perak yang terletak kurang satu kilometer.

Beliau berkata, tiga jentera bersama 17 pegawai dan anggota, termasuk tiga anggota Unit Tindakan Cepat Bermotosikal (RIM), bergegas ke lokasi kejadian dan api berjaya dikawal dua minit kemudian dan padam sepenuhnya pada jam 1.40 pagi dan punca kebakaran dan nilai kerugian masih lagi disiasat.
Katanya, kebakaran dipercayai berpunca di bahagian depan premis dan kepantasan anggota bomba mengawal api berjaya menyelamatkan lebih 10 kedai yang berada bersebelahan premis dan hasil siasatan tiada laporan kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku.

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Penduduk (JKKP) Jalan Perak, Goh Tiang Leng berkata, kekerapan kebakaran yang berlaku sejak kebelakangan ini membimbangkan penduduk, namun sebagai langkah berjaga-jaga pasukan rondaan sukarela dan cegah jenayah akan mempertingkatkan rondaan seharian.myMetroKetukan selamat nyawa

Penjenayah warga asing putih mata


JOHOR BAHRU: Cubaan sekumpulan penjenayah dipercayai warga asing menyamun seorang wanita terbantut selepas gelagat mencurigakan mereka ketika mengekori mangsa disedari orang awam yang kebetulan lalu di Jalan Persisiran Taman Perling, di sini, petang kelmarin.
Bukan saja berputih mata kerana terlepas habuan besar, malah seorang ahli kumpulan penjenayah terbabit berjaya dicekup ketika cuba meloloskan diri.

Difahamkan, kejadian berlaku jam 4.13 petang apabila suspek serta beberapa rakannya dilihat mengekori wanita terbabit yang baru selesai berurusan dengan bank dan dipercayai mengeluarkan sejumlah wang besar.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Superintendan Mohd Akhir Ishak ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan masih dijalankan.

Katanya, gelagat suspek menimbulkan rasa curiga seorang pelanggan bank berkenaan yang memaklumkan perkara itu kepada anggota polis yang menjalankan rondaan.

“Sejurus menerima maklumat, dua daripada suspek mencurigakan berjaya ditahan untuk pemeriksaan, bagaimanapun seorang daripadanya sempat melarikan diri ketika keadaan kelam kabut.
“Kami percaya dalam cubaan samun itu beberapa rakan suspek turut mengekori mangsa menggunakan motosikal, namun usaha anggota terbabit untuk menahan empat lagi penjenayah gagal apabila mereka terus memecut laju sebaik menyedari kehadiran polis,” katanya.

Mohd Akhir berkata, berdasarkan siasatan awal, pihaknya percaya kumpulan dianggotai warga asing itu baru saja aktif menyamun dengan menjadikan pelanggan bank sebagai sasaran utama.
Semakan dokumen perjalanan suspek yang ditahan mendapati lelaki berusia 23 tahun itu baru memasuki negara ini minggu lalu menggunakan pasport dan saluran sah.

“Bagaimanapun, kesahihan dokumen itu diragui dan kami jalankan siasatan lanjut untuk mengetahui ketulenan pasport digunakan.

“Ketika soal siasat, suspek mendakwa tidak mengenali rakannya yang lain dan ketika kejadian dia berjalan seorang diri serta langsung tidak tahu perkara itu,” katanya.

Berikutan itu, suspek ditahan reman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan samun yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Beliau turut memuji kerjasama orang ramai hingga berjaya menahan suspek, sekali gus mencegah jenayah di peringkat awal.

“Sikap prihatin orang awam perlu dalam membantu polis membanteras jenayah dan kita berharap kerjasama ini berterusan, terutama dalam penyaluran maklumat awal berhubung aktiviti menyalahi udang-undang,” katanya.myMetroPenjenayah warga asing putih mata

Wanita warga China lemas


BESUT: Percutian pasangan suami isteri dari China di Pulau Perhentian, dekat sini, berakhir dengan tragedi selepas seorang daripada mereka ditemui mati akibat lemas ketika mandi di pantai pulau itu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi semalam ketika pasangan itu dikatakan berenang berhampiran hotel mereka menginap di Pulau Perhentian Besar, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamarudin Mohd Zakaria yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa dikatakan ditinggalkan sementara oleh suaminya yang balik ke hotel untuk beberapa minit.
“Selepas ke hotel, dia mendapati orang ramai mengerumuni pantai dan terkejut sebaik mendapati wanita yang dikatakan lemas adalah isterinya,” katanya.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Hai Yan Li berusia 32 tahun manakala suaminya, Yong Gang, 32.

Kamarudin berkata, pasangan itu sepatutnya mendaftar keluar kira-kira jam 12 tengah hari, menyebabkan si suami kembali ke hotel untuk mengemaskan pakaian.
“Mereka dijadual bertolak ke ibu negara hari ini dan sepatutnya berlepas pulang 14 Februari ini.

“Siasatan awal polis mendapati mangsa berenang tanpa mengenakan jaket keselamatan dan ia dipercayai menjadi punca mangsa lemas,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, laporan kematian hanya akan diperoleh selepas bedah siasat dilakukan dan mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Besut untuk bedah siasat.

“Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut kerana kematian dipercayai berpunca akibat lemas,” katanya.myMetroWanita warga China lemas

Pasar Borong Selangor sarang PATI




SEBAHAGIAN daripada PATI yang ditahan oleh pihak berkuasa dalam operasi di Pasar Borong Selangor di Seri Kembangan semalam.


SERI KEMBANGAN – Lebih 300 pendatang asing yang bekerja di Pasar Borong Selangor di sini lari bertempiaran apabila pasar itu diserbu pihak berkuasa malam semalam.
Bagaimanapun, cubaan mereka untuk melarikan diri gagal apabila kawasan berkenaan sudah dikepung kira-kira 150 penguat kuasa termasuk sebuah helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abdul Razak Elias berkata, dalam serbuan pukul 8 malam itu, seramai 119 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk 78 orang daripadanya didapati bekerja secara haram di negara ini.
Katanya, seramai 17 warga Myanmar yang ditahan juga didapati memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) palsu.
Kosmo! Online - Negara

ADUN Kerdau meninggal dunia

Kosmo! Online - Negara: "


KUANTAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim meninggal dunia selepas terjatuh di bilik air rumahnya di Kerdau, Temerloh petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Supritendan Zundin Mahmood berkata, pihak Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh mengesahkan Zaharuddin, 63, meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital itu pada pukul 6.30 petang.

Zaharuddin sebelum ini pernah dua kali dimasukkan ke hospital berkenaan kerana mengalami komplikasi buah pinggang dan jantung serta tekanan darah tidak stabil pada Mei dan November tahun lepas.

Zaharuddin yang mewakil UMNO memenangi kerusi DUN tersebut pada Pilihan Raya Umum 2008 dengan menewaskan calon Pas, Hassanudin Salim dengan majoriti 1,615 undi.

Kawasan tersebut mempunyai 8,451 pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus lain-lain kaum."

Norlia Ghani kena ragut RM8,000



KUALA LUMPUR - Pelakon veteran, Norlia Ghani berputih mata selepas beg tangannya diragut dua lelaki bermotosikal sejurus dia keluar dari sebuah bank di pusat beli-belah Ampang Park di sini petang kelmarin.
Dalam kejadian pukul 5 petang itu, Norlia, 63, mengeluarkan wang berjumlah RM8,000 dari banktersebut dan menyimpannya di dalam sampul surat yang kemudian dimasukkan ke dalam beg tangannya.

Menurutnya, wang berkenaan adalah pendahuluan yang diterima daripada sebuah syarikat produksi tempatan bagi penggambaran sebuah drama bersiri.
Katanya, ketika berjalan di luar pusat beli-belah itu, dia telah dihampiri sebuah motosikal dinaiki dua lelaki yang tiba-tiba menarik beg tangannya menyebabkan dia terjatuh.