Search This Blog

Friday, February 11, 2011

Mati sebelum sempat sarapan kena belasah penyamun





2011/02/11

IPOH: Seorang wanita warga emas ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah oleh anaknya yang pulang menghantar sarapan pagi di rumah mereka di Taman Pertama, Jalan Silibin, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, berkata mayat, J Surojini, 73, ditemui dalam keadaan tersembam dan kesan luka di muka serta kepala, dipercayai dipukul dengan objek keras pada kira-kira jam 11.15 pagi.
Katanya, polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai kes samun berikutan keadaan rumah itu yang berselerak dan ada kesan seperti diselongkar.
Beliau berkata, siasatan juga mendapati beberapa barang berharga milik keluarga mangsa hilang.

“Kita percaya mangsa dipukul suspek dengan benda keras hingga menyebabkan kematiannya. Polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kes itu, termasuk menjejaki suspek," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Azisman berkata, pihaknya meminta kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di 05-2451500.

Sementara itu, anak mangsa, V Ganesan, 50, berkata dia menyedari kejadian itu ketika menghantar sarapan pagi dan barang keperluan dapur untuk ibunya.
“Ketika tiba di rumah, saya lihat pintu pagar dan rumah terbuka. Melihat keadaan itu, saya bergegas masuk ke dalam untuk memastikan tiada kejadian buruk berlaku.

“Sejurus selepas masuk, saya terkejut apabila melihat keadaan ibu yang sudah kaku serta berlumuran darah,” katanya.

Beliau berkata, sejumlah wang tunai serta barang berharga milik keluarganya dipercayai dilarikan penjenayah terbabit.
Berita Harian Online | Mati sebelum sempat sarapan kena belasah penyamun

Pengsan dipijak polis bantuan MPSP



Oleh Amin Ridzuan Ishak

2011/02/11

MOHD SYUKRI menunjukkan gambar dia dipijak polis bantuan MPSP ketika operasi meroboh gerai.
MOHD SYUKRI menunjukkan gambar dia dipijak polis bantuan MPSP ketika operasi meroboh gerai.
Peniaga dakwa diperlakukan macam binatang ketika operasi merobohkan gerai

BUKIT MERTAJAM: “Saya diperlakukan macam binatang,” dakwa seorang peniaga di Taman Pelangi, Mohd Syukri Mat Zain, yang ditolak dan ditendang polis bantuan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) dalam operasi meroboh gerai di kawasan berkenaan, kelmarin.

Mohd Syukri yang mengusahakan gerai makan di situ sejak lima tahun lalu berkata, ketika kejadian dia sedang meleraikan kekecohan antara penguat kuasa MPSP dengan rakan bersebelahan gerainya.
“Tiba-tiba saya ditolak dan terjatuh bersama dengan seorang penguat kuasa MPSP. Di situlah berlaku salah faham sehingga menyebabkan polis bantuan MPSP menendang serta memijak saya hingga tidak sedarkan diri.
“Saya yang turut digari dan dibawa menaiki van MPSP ke Balai Polis Bukit Tengah. Saya hanya menerima rawatan selepas itu,” katanya di sini, semalam sambil mendakwa mata pencariannya hilang berikutan tindakan meroboh gerainya itu.

Operasi meroboh gerai dan penyambungan haram di kawasan itu dilakukan MPSP sejak Isnin lalu dengan fasa pertama selesai kelmarin, yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peniaga.

Sebanyak 60 peratus peniaga di kawasan itu adalah warga tempatan, manakala 40 peratus lagi warga asing.

Sementara itu, seorang penyokong kuat PAS Cawangan Juru, Abd Kadir Mohamed, 54, membidas tindakan kerajaan Pulau Pinang merobohkan gerai mereka yang hanya mahu mencari sesuap nasi.
“Inilah subsidi yang paling mahal kami dapat pada 2011 iaitu gerai kami diroboh yang menyebabkan kami tidak lagi dapat mencari rezeki seperti dulu.
“Saya mahu ini menjadi pengajaran kepada orang ramai. Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang, kita tolak mereka ini kerana gagal menjaga kebajikan rakyat walaupun sering mendakwa berbuat demikian,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir, mahu kerajaan Pulau Pinang bersikap adil dalam melaksanakan operasi meroboh gerai di Taman Pelangi.

“Kebanyakan gerai diroboh adalah milik peniaga Melayu, sepatutnya semua gerai dirobohkan, bukan di kawasan ini saja. Di kawasan lain keadaannya lebih teruk yang menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk...(tetapi) kenapa tindakan tidak diambil terhadap mereka,” katanya.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, ketika dihubungi mengesahkan sudah menerima laporan berhubung kejadian itu.

Yang Dipertua MPSP, Mohd Mokhtar Jait, berkata pihaknya akan menyiasat dakwaan polis bantuan berkenaan menggunakan kekerasan dalam operasi itu.
Berita Harian Online | Pengsan dipijak polis bantuan MPSP

Helah jumpa bayi terbongkar





2011/02/11

BATU PAHAT: Seorang pekerja kilang dan tunangnya ditahan akibat laporan palsu mengenai penemuan bayi di tepi jalan berhampiran Kawasan Perindustrian Seri Gading bagi menutup perlakuan sumbang mereka.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris, berkata lelaki berusia 23 tahun itu membuat laporan pada jam 9.15 malam kelmarin, mendakwa menemui bayi lelaki di tepi jalan raya ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.
Ibrahim berkata, suspek mendakwa menemui bayi itu ditinggalkan kesejukan dalam bakul sebelum membawanya pulang ke rumah keluarganya di kawasan berhampiran. “Hasil siasatan mendapati bayi lelaki itu sebenarnya dilahirkan tunang suspek sehari sebelum laporan dibuat.

“Tunangnya yang berusia 22 tahun dari Melaka, melahirkan bayi lelaki itu secara normal di hospital swasta daerah ini.

“Pasangan berkenaan yang bekerja di kilang sama akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi dan membuat laporan palsu itu bagi menutup kelakuan sumbang mereka hingga melahirkan bayi lelaki. Mereka juga bimbang perkara itu diketahui keluarga,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat, di sini, semalam.

Ibrahim berkata, pasangan berkenaan ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat aduan palsu.
Jika sabit kesalahan seseorang itu boleh dipenjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Bayi terbabit dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kes berkenaan akan dirujuk kepada Jabatan Agama Johor untuk tindakan lanjut.
Berita Harian Online | Helah jumpa bayi terbongkar

Janin berulat di Sungai Gombak



Oleh Nor Azizah Mokhtar dan Safeek Affendy Razali

2011/02/11

KUALA LUMPUR: Tidak sampai sehari selepas polis Bukit Aman mendedahkan 517 kes pembuangan bayi direkodkan di seluruh negara dalam tempoh lima tahun lalu, dua lagi janin bayi ditemui di dua lokasi berasingan di ibu negara dalam tempoh 24 jam semalam.

Janin pertama dipercayai berusia kira-kira lima bulan ditemui seorang juruteknik Indah Water Konsortium (IWK) ketika melakukan kerja penyelenggaraan di loji rawatan kumbahan di Metro Prima Kepong di sini, kira-kira jam 11 pagi.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata janin perempuan yang sudah cukup sifat itu ditemui tersangkut pada satu saluran masuk dipercayai dihanyutkan air yang mengalir melalui paip pembetungan ke loji rawatan kumbahan berkenaan dari kawasan berhampiran.
“Tiada orang luar dilihat memasuki loji itu berikutan kawasan berkenaan sentiasa dikawal pengawal keselamatan.

“Kita percaya janin itu dibuang di tempat lain sebelum hanyut ke dalam loji berkenaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, selain cedera di kepala, kaki kiri janin itu dipercayai patah.

Sementara itu, satu lagi janin reput ditemui seorang awam yang menggunakan ruang pejalan berhampiran tebing Sungai Gombak tidak jauh dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jalan Ipoh di sini, pada jam 2.30 petang.
Janin sebesar tapak tangan dewasa dipercayai berusia tiga hingga empat bulan itu ditemui sudah berulat dan dihurungi lalat.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman, berkata pihaknya masih menunggu keputusan hospital berhubung jantina dan umur janin berkenaan memandangkan keadaannya yang sudah reput.

Kedua-dua janin itu dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Berita Harian Online | Janin berulat di Sungai Gombak

Anak ikut lelaki Myanmar

JITRA: “Saya mengesyaki anak saya mungkin tinggal di rumah kongsi bersama lelaki Myanmar yang melarikannya sejak tiga tahun lalu kerana dia tidak boleh bergerak ke mana-mana disebabkan tiada pengenalan diri.
“Apabila saya cuba menghubungi anak melalui telefon bimbitnya, dia seperti tidak berani memberitahu perkara sebenar, malah namanya juga sudah ditukar Ros,” kata Mohd Yussoff Ahmad.

Mohd Yussoff, 51, pesawah dari Kampung Naga, dekat sini, berkata, dia bimbangkan keselamatan anak perempuan bongsunya, Milhan, 18, kerana ketika meninggalkan rumah pada 2008, dia tidak membawa kad pengenalan dan sijil kelahiran.

Menurutnya, ketika melarikan diri, Milhan dipercayai baru pulang dari sekolah dan rakannya mendakwa dia mengikut lelaki Myanmar dikenali sebagai Hasan kerana lelaki terbabit menyukai anaknya yang ketika itu masih belajar dalam tingkatan tiga di Sekolah Menengah Agama Darussaadah, Kepala Batas, dekat sini.

Katanya, ketika itu, Hasan bekerja sebagai buruh binaan di projek perumahan satu kilometer dari rumah mereka dan menetap di rumah kongsi di situ.


“Anak saya pernah memberitahu ibunya, Khatijah Ismail, 49, lelaki terbabit sering mengganggunya terutama ketika pulang dari sekolah menyebabkan dia takut, tetapi kami menasihatkannya supaya jangan melayan dan menjaga diri.

“Isteri turut menemui surat ditulis anak saya dalam beg sekolahnya yang dia tidak sukakan Hasan dan surat itu ditemui beberapa hari selepas dia tidak pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Mohd Yussoff berkata, dia bimbang anaknya mungkin menjadi mangsa keadaan jika ditahan pihak berkuasa kerana tinggal bersama warga asing dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Menurutnya, dia juga bimbang anaknya itu dibawa pulang lelaki itu ke negara asal secara haram dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera mengesan anaknya.

“Isteri ada menghubunginya beberapa kali, tetapi kecewa apabila Milhan memberitahu dia berada di Kelantan dan tinggal bersama ‘keluarganya’ selain menggunakan banyak nama samaran.


“Kami masih kenal suara Milhan walaupun dia bertutur loghat Kelantan dan berharap dia berubah dan kembali ke pangkuan keluarga,” katanya yang mengesyaki anak perempuannya itu mungkin terkena ubat guna-guna.


Katanya, dia bersedia memaafkan anak bongsu daripada dua beradik itu jika pulang ke rumah dan berbincang secara baik jika benar mahu mengahwini lelaki Myanmar terbabit.


Menurutnya, dia membuat dua laporan kali pertama di Balai Polis Bukit Kayu Hitam pada 19 Januari 2008, disusuli laporan kedua di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu tidak lama kemudian.


“Kami sudah hilang punca mencarinya kerana sudah menghubungi semua rakannya termasuk guru di sekolah, tetapi mereka langsung tidak tahu di mana anak kami.


“Sesiapa yang mengenali dan pernah ternampak Milhan boleh menghubungi saya di talian 04-7141361 atau 013-4073697 atau balai polis berhampiran,” katanya.myMetro | Anak ikut lelaki Myanmar

Waris bayi ditinggal dalam beg plastik dicari

KUALA LUMPUR: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling (PKMDP) sedang mengesan ibu kandung atau waris kepada dua bayi berusia dua bulan dan seorang kanak-kanak berumur 12 tahun yang kini berada di bawah jagaan pihaknya.
Bayi perempuan, Jasmin, dijumpai tergantung dalam beg plastik di pagar sebuah rumah di Damansara Utama manakala bayi kedua, Lokman Hakim, kedua-duanya berusia dua bulan, ditinggalkan ibunya Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pelindung Kanak-Kanak, PKMDP, Nor Asmaniza Ahmad berkata, usaha mencari waris penting bagi membolehkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjalankan siasatan lanjut berhubung penempatan kedua-dua bayi itu.

“Lokman menghidap masalah ‘frontal eucephalous’ iaitu tisu otaknya terkeluar melalui mata. “Buat masa ini mahkamah mengeluarkan perintah untuk mereka ditempatkan sementara di Rumah Kanak-kanak sehingga siasatan selesai.

“Sementara itu, Nazzatul Atirah Din, 12, ditempatkan di Rumah Kanak-kanak sejak 2007 dan perintah mahkamah tamat Oktober lalu. “Malah, dia juga akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Menurutnya, Nazzatul sebelum ini pernah diserahkan kepada keluarga angkat oleh keluarga kandungnya, tetapi dipulangkan kepada JKM kerana mendakwa didera bapa angkat.
Katanya, ibu bapa kandung, waris mahupun orang ramai yang mengenali kedua-dua bayi dan kanak-kanak itu diminta menghubunginya di talian 03-78422584 dengan segera.myMetro | Waris bayi ditinggal dalam beg plastik dicari

Polis masih siasat

myMetro | Polis masih siasat:


SEREMBAN: Polis masih menyiasat punca sebenar kejadian seorang pemuda mengamuk sebelum mati ditembak selepas menyerang seorang anggota polis di sebuah rumah di Taman Cempaka, Bahau, dekat sini, Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan kes itu secara menyeluruh dari setiap sudut.


“Buat masa ini, kita masih menyiasat kes itu termasuk mengenal pasti punca sebenar lelaki berkenaan mengamuk.

“Kami akan mengambil keterangan semua saksi termasuk ibu lelaki itu yang turut berada di lokasi kejadian,'” katanya ketika dihubungi, semalam.


Harian Metro semalam melaporkan drama amuk selama tiga jam di sebuah rumah di Taman Cempaka, Bahau, dekat sini, berakhir apabila seorang lelaki mati ditembak manakala seorang anggota polis berpangkat sarjan pula cedera parah."

Pakai topeng kebas RM134,957

KLANG: Seorang penyamun bertopeng melarikan wang tunai berjumlah RM134,957.35 yang disimpan dalam peti besi di sebuah pasar raya besar di Batu Belah, dekat sini, semalam.
Kejadian berlaku jam 1.30 pagi, bagaimanapun ia hanya disedari seorang pengawal keselamatan berusia 21 tahun jam 6.10 pagi apabila mendapati bilik kawalan keselamatan pasar raya berkenaan dipecah masuk.

Sumber berkata, rakaman kamera litar terutup (CCTV) berjaya mengesan kelibat seorang lelaki memakai kain penutup muka sebelum menutup CCTV.

“Terdapat kesan peti besi dibuka dengan kunci premis sebelum suspek melarikan wang tunai terbabit.

“Polis masih menyiasat sama ada kejadian ini membabitkan pakatan antara orang dalam atau sebaliknya dan siasatan sedang dijalankan bagi mengesan individu terbabit,” katanya.


Sepasukan polis dari Unit Forensik turut dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengumpul bukti berhubung kejadian itu dan hasil penelitian, polis berjaya mengesan kesan cap jari.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd Shukor Sulong mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis.myMetro | Pakai topeng kebas RM134,957

Ibu dibunuh penyamun

IPOH: “Setiap pagi, ibu akan keluar ke laman rumah mengutip bunga yang gugur untuk upacara agama. Itu rutin hariannya, namun saya tidak menyangka ‘tabiat’ itu mengundang padah kepadanya,” kata V Ganesan, 50, anak lelaki kepada J Sarojini, 73, warga emas yang ditemui terbunuh dalam kejadian samun di kediamannya di sini, semalam.
Kejadian kira-kira jam 11.15 pagi di Taman Pertama, Jalan Silibin itu, mangsa ditemui mati di ruang tamu dengan kesan kecederaan parah di kepala dan muka dipercayai dipukul dengan senjata tumpul.

Lebih malang, wanita itu disamun dan dibunuh selepas selesai mengutip bunga yang gugur di laman rumahnya untuk upacara keagamaan.

Ganesan pemilik restoran berkata, dia pulang ke rumah kira-kira jam 11 pagi bagi menghantar sarapan dan sayur-sayuran kepada ibunya.

Menurutnya, sebaik tiba di depan rumah, dia terkejut apabila mendapati pintu pagar terbuka.


“Sebaik melangkah ke dalam rumah, saya terkejut apabila menemui ibu terbaring kaku di ruang tamu dengan keadaan muka dan badan tersembam ke lantai. “Saya turut memeriksa keadaan rumah dan mendapati semua bilik terdapat kesan selongkar. Beberapa barangan berharga turut hilang termasuk barang kemas milik ibu, telefon bimbit dan wang tunai,” katanya ketika ditemui di kediamannya di sini, semalam.

Katanya, dia percaya perompak mengekori ibunya masuk ke dalam rumah sebelum menyamun dan membunuhnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, pihaknya mengklasifikasikan kejadian itu sebagai kes samun dan bunuh berikutan keadaan rumah mangsa yang berselerak dan terdapat kesan selongkar.

“Siasatan awal mendapati, beberapa barang berharga milik keluarga mangsa turut hilang dan kami masih lagi menjalankan siasatan lanjut termasuk menjejaki suspek.

“Ketika kejadian, mangsa tinggal bersendirian manakala semua anaknya keluar bekerja,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.


Katanya, polis memohon bantuan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu atau terlihat individu yang mencurigakan berkeliaran di kawasan itu semalam supaya tampil membantu siasatan.myMetro | Ibu dibunuh penyamun

Cif inspektor koma nahas mula pulih

myMetro | Cif inspektor koma nahas mula pulih: "


KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields yang koma selepas motosikal ditungganginya merempuh tiang lampu ketika mengejar dua suspek dipercayai penagih dadah di Jalan Tun Sambanthan pada 16 Januari lalu, sudah sedar dan kini beransur pulih.

Cif Inspektor Mohd Shukri Hat, 31, dilaporkan bertambah pulih dan mula menunjukkan perkembangan positif namun masih dalam proses penyembuhan berikutan mengalami cedera pada kepala.
Dalam kejadian itu, mangsa gagal mengawal motosikalnya sebelum merempuh tiang lampu.

Shukri sebelum itu mengejar dua suspek yang dipercayai terbabit dalam pengedaran dadah."

Percutian gerun

SEPANG: Sepasang suami isteri tidak menyangka kegirangan percutian ke Mesir sambil menjenguk anak lelaki yang belajar di negara itu `dihidangkan’ suasana terperangkap ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, selepas selesai mengunjungi anak mereka di negara berkenaan.
Lebih malang, mereka terperangkap ketika rusuhan mula-mula tercetus dan keadaan amat kelam-kabut dengan ratusan ribu penunjuk perasaan berkumpul di Medan Tahrir di Kaherah.

Bagaimanapun, mereka bernasib baik kerana kunjungan ke negara itu tidak lama kerana sudah terlebih dahulu menempah tiket penerbangan ke Republik Chech bagi melawat seorang lagi anak perempuan yang belajar di negara berkenaan.

Menceritakan peristiwa itu, anak pasangan berkenaan, Muhammad Hakim Nordin, 22, berkata, ibu, Ruslina Mohd Sumari, 50; bapa, Nordin Rozali, 55 dan adik perempuannya, Norhanani, 14, tiba di Mesir beberapa hari sebelum insiden terbabit berlaku untuk bercuti sekali gus melawatnya yang sudah empat tahun belajar di Universiti Ain Shams, Kaherah.

Muhammad Hakim berkata, rusuhan bermula pada 28 Januari dan mengikut jadual, ahli keluarganya berada di Kaherah sehingga 30 Januari sebelum berlepas ke Republik Chech.


Menurutnya, sebaik menerima berita rusuhan bermula, mereka tidak keluar dari rumah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Pada 30 Januari ketika ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, mereka menjadi takut apabila pertama kali berdepan dengan kejadian rusuhan seumpama itu.

“Mereka dapat melihat kereta kebal merata-rata dan penunjuk perasaan di merata-rata tempat. Namun, kami bernasib baik kerana tidak diganggu walaupun terpaksa menempuh kumpulan penunjuk perasaan itu.

“Saya percaya ia satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh ayah dan adik perempuan yang pertama kali menjejakkan kaki ke Mesir,” katanya ketika ditemui di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.

Penuntut tahun empat jurusan perubatan itu berkata, sepanjang empat tahun belajar di Kaherah, ia adalah pengalaman pertama berdepan keadaan tegang seumpama itu.


Sementara itu, sekumpulan 567 penuntut Malaysia di Mesir yang menyertai Ops Piramid selamat tiba dengan Penerbangan Malaysia (MAS) dan Saudi Airlines, kira-kira jam 10.45 pagi.


Bagi penuntut pengajian Bahasa Arab dari Universiti Al-Azhar, Mohd Hafiz Rafi, 20, berkata kebanyakan penuntut takut dengan banduan yang melepaskan diri daripada penjara, kerana mereka boleh bertindak sesuka hati dan boleh mengancam keselamatan orang awam sama ada rakyat Mesir sendiri atau rakyat Katanya, dia tetap akan meneruskan pengajian di Mesir selepas keadaan kembali pulih, namun ketika ini masih mendapatkan maklumat dari universiti mengenai tarikh semester baru akan bermula kembali.myMetro | Percutian gerun

Trauma diragut

myMetro | Trauma diragut: "


KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang mengandung dua bulan kini trauma selepas diragut seorang remaja lelaki ketika membonceng motosikal bersama suaminya di Batu Caves, di sini.

Wanita terbabit, Nur Idwanis Mohd Idris, 28, berkata, walaupun kejadian itu berlaku kira-kira jam 7 malam pada 27 Januari lalu, dia masih tidak dapat melupakannya kerana ia berlaku sekelip mata.


Malah, dalam kejadian itu, dia yang cuba mempertahankan beg tangan daripada diragut remaja terbabit yang datang dari arah belakang turut cedera.

Suami mangsa yang mahu dikenali sebagai Ismadi, berkata ketika kejadian dia baru saja menjemput isterinya itu dari tempat kerjanya di sebuah bank di ibu kota.


Katanya, ketika dia melalui jalan di hadapan kuil di tempat kejadian, sebuah motosikal ditunggangi seorang remaja memecut dari arah belakang lalu menghimpit motosikalnya dan pada masa sama cuba meragut beg tangan isterinya."

Serbu 2 ‘lubuk’ DVD haram

myMetro | Serbu 2 ‘lubuk’ DVD haram: "


SUBANG JAYA: Dua premis yang dikesan menjadi ‘lubuk’ pengedaran cakera video digital (DVD) cetak rompak termasuk lucah bagi memenuhi permintaan tinggi di Lembah Klang diserbu pihak berkuasa kelmarin dan berjaya merampas lebih 30,000 bahan haram berkenaan.

Malah, berdasarkan maklumat diterima, premis di SS15, di sini, antara pusat pengedaran DVD popular di kalangan rangkaian penjualan bahan haram itu.
Bagaimanapun, pergerakan mereka tidak bertahan lama selepas diserbu sepasukan pegawai termasuk anggota dari Bahagian Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya, kira-kira jam 2.30 petang."

3,000 kakitangan hospital pulau tugas

myMetro | 3,000 kakitangan hospital pulau tugas: "


KAHERAH: Kakitangan perubatan di hospital terbesar di Kaherah semalam memulaukan tugas sebagai menyokong beratus-ratus ribu rakyat Mesir menuntut supaya Presiden Hosni Mubarak mengakhiri pemerintahannya selama 30 tahun.

Kira-kira 3,000 kakitangan Hospital Qasr al-Aini keluar dari bangunan hospital dan menuju ke bangunan Parlimen untuk menyertai beratus-ratus ribu penunjuk perasaan yang mengepung bangunan itu, lapor media. Sambil melaungkan nyanyian revolusi ‘Rakyat mahu regim Hosni berakhir’ kakitangan hospital turut disertai pegawai perubatan dari seluruh negara. Pelajar perubatan Universiti Zagazig di Delta Nil, Abdallah Kader menuju ke Kaherah semalam untuk menyertai penunjuk perasaan.


“Saya mahu menyertai rakan perubatan lain di Kaherah yang menjadi pusat revolusi ini. Kami mahukan hak kami, kami mahu mereka yang bertanggungjawab mencuri, rasuah dan jenayah dibicarakan,” ujarnya. Penduduk Qasr al-Aini, Soha Mohammed pula berkata, penunjuk perasaan menuntut perubahan politik di negara itu. - AFP"

Pemandu bas, pengangkutan awam ikut mogok

myMetro | Pemandu bas, pengangkutan awam ikut mogok:


KAHERAH: Bantahan pekerja merebak di Mesir semalam apabila pemandu bas dan pekerja pengangkutan awam lain melancarkan mogok ketika tunjuk perasaan secara besar-besaran menuntut Presiden Hosni Mubarak berundur telah mencetuskan kemarahan rakyat terhadap jurang perbezaan ekonomi yang wujud di negara itu.

Beribu-ribu penunjuk perasaan memenuhi Medan Tahrir pada hari ke-17 sambil berikrar tidak akan berundur sehingga pemimpin negara itu meletakkan jawatan walaupun kerajaan cuba untuk bertolak ansur.


Penganjur merancang satu lagi tunjuk perasaan secara besar-besaran esok (hari ini) dengan harapan mengulangi demonstrasi semalam yang menarik satu perempat juta rakyat untuk berhimpun dan menyokong pergerakan itu.

Khaled Abdel-Hamid yang bercakap bagi pihak penunjuk perasaan berkata, mereka mahu rakyat Mesir berhimpun di enam lokasi utama di Kaherah dan dari situ mereka akan berjalan menuju ke Medan Tahrir yang menjadi lokasi utama penunjuk perasaan. - AP"

Serah tubuh kepada ketua

KUALA LUMPUR: “Dia banyak melakukan maksiat. Bukan saja menari dengan pengikut wanita penuh keseronokan tapi pernah mencabul serta merogol anak seorang pengikut kanannya.
“Setahu saya, mangsa nafsu serakahnya itu sanggup menyerahkan tubuh mereka dalam upacara dipanggil acara penyerahan.”

Demikian kata wanita dikenali sebagai Liza ketika mendedahkan salah laku dan penyelewengan ketua satu kumpulan ajaran sesat yang diikutinya hampir empat tahun lalu dan masih aktif di beberapa lokasi terutama di Selangor dan Perak.

Wanita berusia 30-an itu berkata, dia meninggalkan kumpulan ajaran sesat berkenaan selepas mendapati terlalu banyak penyelewengan dan amalan bertentangan ajaran Islam diajarkan ketuanya.


Kata Liza, lelaki berusia 50-an itu berselindung di sebalik sifat warak dan mencampuradukkan amalan songsang dalam majlis zikir yang diajar kepada pengikutnya.


“Pada setiap malam Selasa dan Jumaat dikenali sebagai malam tawajjuh (berdepan), kami berzikir dalam gelap dengan mata dipejam rapat.

“Muka ahli perempuan ditutup dengan kain telekung manakala ahli lelaki menutup muka dengan serban sambil berniat kepada syeikh (ketua) ajaran itu,” katanya.

Menurutnya, upacara aneh itu diadakan di markas di pinggir ibu kota secara beramai-ramai dalam keadaan taksub dan separa sedar, disusuli dengan amalan tawajjuh iaitu berdepan dengan syeikh oleh seorang ahli yang ditugaskan dengan cara meletakkan tangannya di kepala ahli lain.

“Amalan itu memang pelik, tetapi pada peringkat awal saya tidak mengesyaki apa-apa, sehinggalah semakin lama saya menyertainya bermacam-macam lagi yang saya tahu, termasuk tidak melakukan solat Jumaat di kalangan lelaki.

“Mereka beri alasan di kawasan markas itu tidak mencukupi 40 orang (jemaah), tidak wajib kepada mereka mengerjakan solat Jumaat.

“Jadi, ketika umat Islam mengerjakan ibadat mingguan itu, mereka tidur. Jika berada di khalayak umum, mereka berlakon mengikuti solat Jumaat, namun sebaik selesai, mereka mendirikan solat lain kerana beranggapan solat Jumaat itu tidak sah,” katanya.

Liza yang juga seorang kakitangan awam berkata, dia tertarik menyertai kumpulan itu bersama suami sebelum ini kerana melihat kepada aspek luaran ahli dan ketua ajaran berkenaan.

“Memang dari luar mereka kelihatan alim, membaca kitab dan berzikir. Sebab itu saya tidak membantah pelawaan suami untuk menyertai kumpulan mereka.

“Saya masih ingat lagi, pada hari pertama ke markas itu iaitu selepas Asar pada pertengahan 2006 saya dikehendaki mandi sunat taubat dan mengerjakan solat sunat taubat. Saya pelik, kenapa ada solat sunat selepas Asar kerana setahu saya tiada solat sunat selepas waktu itu.

“Pada malamnya pula solat Isyak dilewatkan kepada jam 9.30 malam, kemudian saya dibaiah (ikrar) oleh ketua. Saya dikehendaki mengikuti lafaznya supaya sumpah setia kepada ajaran berkenaan.

“Selepas itu semua lampu dipadamkan, mata dipejam dan muka ditutup untuk melafazkan zikir beberapa ratus kali, kemudian datanglah seorang ahli meletakkan tangannya di kepala setiap ahli melakukan tawajjuh.

“Dalam majlis itu dianggarkan 50 ahli, lelaki dan perempuan terdiri pelbagai lapisan usia. Ada antara mereka datang dari jauh,” katanya.

Menurutnya, ahli kumpulan ajaran itu juga diberi minum sejenis air supaya mereka terus taat dan taksub kepada tuan guru.

“Selepas tahu banyak perkara yang tidak betul, saya nekad meninggalkan kumpulan itu, tetapi saya takut kerana ada antara pengikutnya memburu saya supaya kembali kepada mereka,” katanya.

Mengenai salah laku seks ketua ajaran sesat itu dan amalannya menari dengan wanita, Liza berkata dia mendapat maklumat itu daripada orang kanan kumpulan berkenaan, malah mempunyai bukti mengenainya.

“Setahu saya, wanita termasuk anak gadis menjadi mangsa nafsu serakahnya apabila mereka ingin melakukan upacara penyerahan, kerana ada antara mereka menyerah maruah diri, selain barangan yang berharga.

“Ketika inilah ketua mengambil kesempatan. Kemudian, barulah seseorang itu boleh menyempurnakan amalan suluk (menyepikan diri) di bilik kecil yang tersedia di markas itu.

“Saya sudah membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengenai semua aktiviti dan amalan dalam kumpulan itu serta menyerahkan bukti yang saya ada, namun sehingga kini belum ada tindakan diambil,” katanya.myMetro | Serah tubuh kepada ketua

2 maut hidu gas beracun


BANTU...pegawai perubatan memberi bantuan alat pernafasan kepada mangsa.
BANTU...pegawai perubatan memberi bantuan alat pernafasan kepada mangsa.


KUALA LUMPUR: Dua warga asing ditemui maut manakala dua lagi tidak sedarkan diri dipercayai terhidu gas beracun selepas masuk ke dalam lubang pembetungan sebuah restoran di pusat beli-belah, Subang Jaya, di sini, tengah hari semalam.
Difahamkan, keempat-empat warga asing itu terdiri daripada dua warga Bangladesh yang juga pekerja restoran terbabit manakala dua lagi warga Nepal yang bekerja sebagai pengawal keselamatan pusat beli-belah berkenaan.

Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.45 tengah hari, dua pekerja restoran itu dipercayai membuka penutup lubang pembetungan yang digunakan sebagai saliran kumbahan yang terletak bersebelahan restoran tempat mereka bekerja sebelum menjerit meminta bantuan.

Katanya, jeritan mereka didengari dua pengawal keselamatan berkenaan yang kemudian cuba membantu dengan masuk ke dalam lubang pembetungan itu, namun kedua-duanya turut berdepan masalah apabila menghadapi masalah pernafasan akibat gas beracun.


Menurutnya, mangsa berusia 30-an itu dipercayai lemas akibat terhidu gas beracun menyebabkan mereka gagal keluar dari lubang pembetungan itu.


“Kami mendapat panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira jam 2 petang sebelum sepasukan polis dihantar membuat siasatan.

“Hasil siasatan awal, semua mangsa dipercayai terhidu gas beracun menyebabkan mereka sesak nafas lalu pengsan.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih diteruskan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, seorang warga Bangladesh meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang warga Nepal meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Punca kematian masih belum diketahui sehingga keputusan lengkap bedah siasat diperoleh. Dua daripada masih dirawat di PPUM,” katanya.

Zainal berkata, sehingga kini, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Katanya, pihaknya juga masih menyiasat tujuan pekerja restoran terbabit masuk ke dalam lubang pembetungan itu.myMetro | 2 maut hidu gas beracun

Sepak perut isteri hamil

KUALA TERENGGANU: Seorang ibu kepada dua anak terpaksa menerima rawatan di sebuah hospital di sini, apabila kandungannya berusia tiga bulan gugur selepas ditampar dan ditendang di perut oleh suaminya, Sabtu lalu.
Wanita berusia 22 tahun itu pada mulanya bertengkar dengan suaminya di rumah mereka di Kampung Padang Luar, dekat sini.

Akibat tidak dapat menahan sabar, suaminya menampar mangsa beberapa kali sebelum menendang tubuh wanita itu dan perutnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata mangsa yang mengandung tiga bulan terpaksa menahan kesakitan selepas dikasari suaminya.


“Meskipun isterinya mengalami kesakitan akibat kekasaran yang dilakukannya, suami mangsa yang berusia 23 tahun meninggalkannya di rumah pada keesokan harinya untuk melakukan kerja di sebuah pelantar minyak,” katanya.


Manoharan berkata, berikutan tidak dapat menahan sakit dan menyedari berlaku pendarahan, mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, petang Selasa lalu.

Katanya, doktor mengesahkan mangsa mengalami keguguran dan tertekan dengan kejadian berkenaan, wanita itu membuat laporan di Pondok Polis HSNZ pada jam 11 malam hari sama.

Kes itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

“Mangsa kini stabil dan menjalani rawatan akibat keguguran di hospital berkenaan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 313 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan keguguran tanpa kerelaan perempuan dan jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara sehingga sehingga 20 tahun dan denda.

Manoharan berkata, tiada tangkapan dilakukan setakat ini kerana suspek berada di luar daerah disebabkan bekerja di pelantar minyak berkenaan.myMetro | Sepak perut isteri hamil

Pelajar pandu mabuk didenda RM2,000

myMetro | Pelajar pandu mabuk didenda RM2,000:


IPOH: Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) didenda RM2,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda selepas mengaku bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol pada 30 Januari lalu.

Safuan Yahaya, 22, dari bandar raya ini mengaku bersalah di depan Majistret Rabiatul Adawiyyah Che Khalid di kamar Mahkamah Khas Trafik, di sini, semalam.
Dia juga mengaku kali pertama mengambil minuman keras itu ketika ditahan dalam sekatan jalan di Jalan Medah Ipoh, di sini, kira-kira jam 3.45 pagi, 30 Januari lalu.

Dia didakwa memandu dengan kadar alkohol dalam darah melebihi had dibenarkan iaitu 118 miligram (mg) bagi 100 mililiter (ml) darah iaitu melebihi 38 mg daripada had dibenarkan (80mg).



Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu yang boleh dihukum mengikut Seksyen 45A(1), Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



Terdahulu, Safuan dalam rayuannya memohon maaf terhadap perbuatannya selain berjanji tidak mengulangi kesalahan itu dan meminta dijatuhi hukuman ringan.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Trafik, Cif Inspektor Amrin Paiman meminta mahkamah mengenakan hukuman berat kerana sebagai seorang Islam, tertuduh sepatutnya bukan saja perlu tahu peraturan dunia, malah memikirkan soal akhirat.

“Berikutan itu, saya memohon mahkamah mengenakan hukuman berat sebagai pengajaran kepadanya,” katanya."

Adik pelakon komedi kena cekup

myMetro | Adik pelakon komedi kena cekup: "Adik pelakon komedi kena cekup


AMPANG: Adik pelakon komedi terkenal yang pernah memenangi beberapa anugerah ditahan bersama 12 orang ketika serbuan dijalankan dalam satu operasi dadah oleh Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang di Lorong Bukit B2, Cheras Baru, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 7 malam itu, lelaki berusia 27 tahun dipercayai adik pelakon dan pelawak terkenal itu ditahan bersama rakan-rakannya yang sedang khayal di bawah pengaruh dadah.
Difahamkan, polis yang melihat wajah lelaki terbabit mirip pelakon komedi itu kemudian didesak sebelum mengaku dia adalah adik kepada pelawak terbabit.

Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, adik pelawak terbabit kini ditahan polis selepas hasil pemeriksaan mendapati dia positif dadah jenis ganja. Bagaimanapun, polis tidak menjumpai sebarang dadah bersamanya."

Lindsay Lohan dituduh mencuri di mahkamah




LINDSAY LOHAN memakai gaun pendek berwarna putih semasa tiba di Mahkamah Tinggi Los Angeles kelmarin.


LOS ANGELES - Selebriti terkenal, Lindsay Lohan kelmarin mengaku tidak bersalah di sebuah mahkamah atas tuduhan mencuri seutas rantai leher berharga AS$2,500 (RM7,611) milik sebuah butik aksesori di California.
Lohan tampil di mahkamah tersebut dengan memakai gaun pendek berwarna putih dan bercermin mata hitam.
Selebriti berusia 24 tahun itu bakal berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun jika didapati bersalah.
Dia didakwa membawa keluar rantai leher itu dari butik Kamofie & Company di Venice, California, pada Januari lalu tanpa membuat sebarang bayaran.
Namun, Lohan sudah memulangkan rantai leher tersebut kepada polis.
Insiden itu berlaku tiga minggu selepas Lohan menamatkan rawatan di sebuah pusat pemulihan akibat mengalami masalah ketagihan dadah dan alkohol.
Peguam selebriti itu, Chapman Holley memberitahu Lohan mengaku tidak bersalah dalam pendengaran kes tersebut.
Lohan yang kelihatan cukup tenang semasa memakai gaun berwarna putih mirip pelakon Sharon Stone dalam filem Basic Instinct dibebaskan dengan ikat jamin AS$20,000 (RM60,930).
"Kamu kini berada dalam satu situasi yang berbeza kini kerana satu dakwaan telah difailkan. Setiap orang perlu patuh pada undang-undang," kata Hakim Mahkamah Tinggi Los Angeles, Keith Schwartz.
Lohan memulakan kerjaya dalam bidang seni seawal usia 11 tahun apabila dia berlakon dalam filem keluaran Disney, The Parent Trap sebelum muncul dengan Freaky Friday dan Herbie Fully Loaded.
Beberapa rakan memberitahu bahawa pelakon filem Mean Girls itu pada mulanya menganggap bahawa rantai leher itu sebagai satu pinjaman daripada butik tersebut.
Dia akan sekali lagi dihadapkan ke mahkamah pada 23 Februari depan. - AgensiKosmo! Online - Dunia

Kosmo! Online - Dunia

Kosmo! Online - Dunia: "Enam maut pesawat terhempas di Ireland

Enam maut pesawat terhempas di Ireland


BEBERAPA anggota jabatan bomba memeriksa pesawat yang terhempas di Lapangan Terbang Cork, selatan Ireland
BEBERAPA anggota jabatan bomba memeriksa pesawat yang terhempas di Lapangan Terbang Cork, selatan Ireland semalam.

DUBLIN - Sebuah pesawat penumpang terhempas dan terbakar semasa mendarat di Lapangan Terbang Cork, di selatan Ireland semalam dengan menyebabkan enam orang terbunuh manakala enam yang lain cedera, kata beberapa pegawai.

Nahas berlaku ketika pesawat berenjin kipas itu yang membawa 12 orang, cuba mendarat untuk kali ketiga dalam cuaca berkabus selepas ia bertolak dari Lapangan Terbang Belfast, di Ireland Utara.

'Saya boleh mengesahkan bahawa terdapat enam kemalangan jiwa dan enam lagi mangsa dirawat di hospital,' kata jurucakap daerah Cork, Tom O'Sullivan.

Gambar-gambar yang dirakamkan beberapa saksi menunjukkan pesawat milik syarikat penerbangan Manx2 itu berada dalam keadaan terbalik dengan bahagian hadapannya hampir musnah sama sekali selepas kemalangan dahsyat tersebut.

Pihak Berkuasa Penerbangan Ireland pula memberitahu, pesawat jenis The Fairchild Metroliner SW4 berkenaan membawa 10 penumpang dan dua krew apabila ia terhempas dalam keadaan jarak penglihatan yang terhad.

'Terdapat api dan serpihan berselerakan di atas landasan,' kata kenyataan pihak berkuasa tersebut. - AFP"

Dua lelaki dituduh tipu wang pakej umrah

Kosmo! Online - Negara: "
Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my


JOHARI (kanan) dan Mustafar yang dituduh melesapkan wang bagi pakej umrah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam.
JOHARI (kanan) dan Mustafar yang dituduh melesapkan wang bagi pakej umrah di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Dua lelaki dituduh melesapkan wang dan cek milik pelanggan yang mahu mengerjakan umrah berjumlah RM192,500 pada tahun 2009 di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Tertuduh pertama, Johari Kamarudin, 35, dari Kampung Kedai Lalat, Kota Bharu, Kelantan berdepan satu pertuduhan pecah amanah melibatkan wang RM5,500 pada 1 Jun 2009.

Rakannya, Mustafar Ismail, 56, pula berdepan lapan pertuduhan serupa melibatkan wang dan cek berjumlah RM187,000.

Enam daripada lapan pertuduhan terhadap Mustafar membabitkan kesalahan yang didakwa dilakukan di antara 2 Februari hingga 25 Mac 2009 di rumah beralamat 3432, Taman Che Yah, Kampung Amir, Kampung Raja, Besut."

Datuk didakwa rogol cucu di kandang lembu

Kosmo! Online - Negara: "
KOTA BHARU - Seorang datuk berusia 89 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merogol cucunya berusia 10 tahun enam bulan.

Tertuduh yang hadir dengan memakai kain pelikat dan kopiah tidak mengaku bersalah atas tuduhan itu di hadapan Hakim Zainal L. Salleh.

Mengikut kertas pendakwaan, dia dituduh merogol mangsa di kandang lembu sebuah rumah tanpa nombor di Pasir Puteh pada pukul 9 malam 25 Ogos 2010.

Selepas mendengar pengakuan tertuduh, Hakim Zainal menasihatkannya mendapatkan khidmat peguam tetapi tertuduh mahu membela dirinya sendiri dengan alasan peguam memerlukan kos.

Zainal berkata: 'Kes ini berat, bukan macam curi getah skrap. Kalau minta dibicarakan, kamu mesti menggunakan khidmat peguam sebab jika sabit kesalahan, bukan tiga tahun tetapi boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun.'"

Restoran salai daging babi secara terbuka

Kosmo! Online - Negara: "
Oleh NIK NOORSUHAIDA AB. KAHAR
berita@kosmo.com.my


SEORANG pekerja menyalai daging babi secara terbuka di belakang sebuah restoran di Rawang semalam.
SEORANG pekerja menyalai daging babi secara terbuka di belakang sebuah restoran di Rawang semalam.

RAWANG - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) digesa mengambil tindakan tegas terhadap sebuah restoran di sini yang didakwa menjalankan aktiviti memotong dan menyalai daging babi secara terbuka sejak dua minggu lalu.

Aktiviti pemilik restoran tersebut didakwa tidak menghiraukan sensitiviti orang awam terutama pelanggan di restoran Melayu yang terletak berhampiran dengan restoran tersebut.

Seorang pembantu kedai, Hanipah Rahman, 35, mendakwa selalu melihat beberapa pekerja di restoran terbabit menjalankan aktiviti tersebut di belakang restoran berkenaan.

'Sebelum ini aktiviti itu bermula dari pukul 3 petang hingga 9 malam dan kadangkala menjangkau sehingga pukul 11 malam tetapi hari ini (semalam) mereka memulakan aktiviti itu sejak pukul 9 pagi lagi,' katanya di sini semalam."

Tangisan ibu tak pengaruhi hakim

Kosmo! Online - Negara: "
Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my


ANGGOTA polis membawa Wan Hafiz (kanan sekali) ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu semalam.
ANGGOTA polis membawa Wan Hafiz (kanan sekali) ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Tangisan hiba seorang ibu pada sesi sebutan semula kes membabitkan seorang pemuda yang terlibat dalam jenayah di Mahkamah Sesyen di sini semalam gagal melembutkan hati hakim mahkamah itu untuk menawarkan jaminan kepada anak wanita terbabit.

Ini kerana Hakim Zainal Abidin Kamarudin menyifatkan tuduhan jenayah terhadap Wan Hafiz Wan Omar, 21, yang didakwa menculik, merogol dan meliwat adalah jenayah berat.

“Saya faham puan mahu jamin tertuduh ini (Wan Hafiz) tetapi jika boleh jamin sekali pun bayarannya amat tinggi.

“Namun untuk hari ini, tiada jaminan ditawarkan. Kes tertuduh ini amat berat kerana dia dikenakan tiga pertuduhan,” kata Zainal Abidin ketika memanggil wanita itu pada sesi sebutan semula kes membabitkan anaknya di sini semalam.

Selain itu, Zainal Abidin turut menasihatkan wanita itu supaya melantik peguam untuk membantu anaknya yang dituduh atas tuduhan menculik, merogol dan meliwat."