Search This Blog

Thursday, February 10, 2011

Peniaga dakwa dikasari petugas MPSP

Kosmo! Online - Terkini: "
10/02/2011 2:07pm

BUKIT MERTAJAM - Seorang peniaga di Taman Pelangi, di sini, membuat satu laporan polis di ibu pejabat polis daerah Seberang Perai Tengah, mendakwa dia dikasari oleh petugas Majlis Perbandaraan Seberang Perai (MPSP) semasa mereka menjalankan operasi meroboh gerainya, semalam.

Mohd Syukri Md Zain, 48, berkata, kejadian pada kira-kira pukul 11 pagi itu bermula dengan salah faham apabila dia ditolak dari belakang semasa operasi meroboh gerai-gerai di kawasan itu dijalankan, menyebabkan dia bersama seorang penguatkuasa MPSP terjatuh.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di bekas tapak gerainya, katanya, akibat salah faham ekoran insiden itu beliau ditendang dan dipijak oleh beberapa anggota polis bantuan MPSP, sebelum dibawa ke balai Polis Bukit Tengah dalam keadaan pitam.

'Saya turut digari sehingga tangan jadi lebam, dan hanya dibawa ke klinik untuk dapatkan rawatan oleh anggota polis di balai berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama"

Bot nelayan Thai terbakar, seorang awak-awak cedera

Kosmo! Online - Terkini: "
10/02/2011 6:42pm

KUALA TERENGGANU - Seorang awak-awak warga Thailand melecur di bahagian badannya setelah bot nelayan yang dinaiki bersama enam lagi krew, terbakar dalam satu kejadian berhampiran Pelantar Minyak Tapis D iaitu kira-kira 112 batu nautika dari Kuala Terengganu petang semalam.

Bot nelayan itu ditemui terbakar oleh kapal pembekal Bayu Tiram milik ExxonMobil kira-kira pukul 6.30 petang dan selepas diperiksa, seorang daripada awak-awak bot nelayan Thailand itu didapati mengalami kecederaan melecur hampir 50 peratus.

Ketua Penguatkuasa Maritim Kuala Terengganu, Kapten Maritim Adam Aziz berkata, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dengan menggunakan helikopter milik ExxonMobil Kemaman pukul 11.45 malam semalam. - Bernama"

Lelaki cedera ditikam selepas motosikal bergesel

Kosmo! Online - Terkini: "
10/02/2011 6:46pm

KUANTAN - Seorang lelaki cedera parah ditikam selepas motosikal yang ditungganginya bergesel dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Gambang-Panching di sini, awal pagi semalam.

Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata, kejadian berlaku pada kira-kira 4 pagi itu semasa lelaki berumur 21 tahun itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Panching, apabila motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah kereta di satu persimpangan lampu isyarat Jaya Gading, di sini.

Beliau berkata, insiden itu mencetuskan pertengkaran kecil antara lelaki itu dengan penumpang kereta terbabit, dan mereka kemudiannya beredar dari situ, sebelum terserempak sekali lagi di persimpangan lampu isyarat Jalan Gambang-Panching, kira-kira satu kilometer dari tempat berlaku kemalangan.

'Seorang lelaki kemudiannya meluru keluar dari kereta tersebut dan menikam penunggang motosikal itu dua kali dengan sebilah pisau sebelum melarikan diri,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - Bernama"

Warga emas ditemui mati dalam kejadian samun

Kosmo! Online - Terkini: "
10/02/2011 6:50pm

IPOH - Seorang warga emas ditemui mati dengan kesan kecederaan parah di kepala dipercayai akibat dipukul dengan objek keras dalam satu kejadian samun di sebuah rumah di Taman Pertama, Jalan Silibin di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata, mayat J. Sarojini, 73, yang terbaring dalam keadaan kepala berlumuran darah ditemui oleh anak lelaki wanita itu yang balik ke rumah pada pukul 11 pagi untuk menghantar makanan tengah hari.

Beliau berkata, warga emas itu dipercayai diserang oleh lebih daripada seorang dalam kejadian tersebut, dan dia mungkin dipukul dengan objek keras di kepala semasa bergelut dengan penyerangnya.

'Kejadian dipercayai berlaku awal pagi selepas kelima-lima anaknya keluar bekerja. Tiada sebarang senjata ditemui di tempat kejadian dan wang tunai Sarojini bernilai RM4,000 selain barang kemas dan telefon bimbit didapati hilang,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian. - Bernama"

Dua lelaki pecah amanah wang umrah

Kosmo! Online - Terkini: "
10/02/2011 6:47pm

KUALA TERENGGANU - Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap sembilan pertuduhan pecah amanah dengan menggelapkan wang tunai dan cek untuk mengerjakan umrah berjumlah RM192,500 dua tahun lepas.

Tertuduh pertama, Johari Kamarudin, 35, dari Kampung Kedai Lalat, Sering, Kota Baharu, Kelantan menghadapi satu pertuduhan pecah amanah wang sebanyak RM5,500 di Maybank Cawangan Jerteh, Besut pada 1 Jun 2009.

Rakannya, Mustafar Ismail, 56 didakwa dengan lapan pertuduhan pecah amanah yang dilakukan antara 2 Februari hingga 25 Mac 2009.

Untuk enam pertuduhan pertama, Mustafar dituduh pecah amanah wang tunai berjumlah RM16,000 pada 2 Februari, RM14,500 (15 Februari), RM37,500 (3 Mac), RM50,000 (23 Mac) dan RM20,000(25 Mac) yang kesemuanya dilakukan di sebuah rumah di Taman Che Yah, Kampung Amir, Kampung Raja, Besut. - Bernama"

Warga emas Singapura ditemui mati

Kosmo! Online - Terkini: "
10/02/2011 2:15pm

JOHOR BAHARU - Seorang lelaki warga Singapura ditemui mati dengan muka dibaluti plastik lutsinar di sebuah hotel di Jalan Tebrau, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Zainuddin Yaacob berkata, mayat Kong Soon Chay, 63, ditemui petugas hotel yang pergi ke bilik mangsa kira-kira pukul 6 petang setelah lelaki tersebut gagal dihubungi.

'Petugas tersebut menghubungi mangsa untuk bertanya sama ada mangsa ingin menyambung penginapan selepas mangsa didapati tidak mendaftar keluar, namun panggilan tersebut tidak berjawab,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Petugas itu yang berasa curiga kemudian ke bilik Kong dan membuka pintu bilik menggunakan kunci pendua kunci pendua sebelum menemui mayat lelaki tersebut terbaring di atas lantai, katanya.

Zainuddin berkata Kong mendaftar masuk ke hotel berkenaan seorang diri pukul 6.22 petang pada petang Selasa. - Bernama"

Dua pegawai Imigresen bebas tuduhan rasuah

Kosmo! Online - Terkini: "
10/02/2011 3:11pm

ALOR SETAR - Dua pegawai Imigresen yang bertugas dengan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Kedah hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada dua pertuduhan rasuah.

Hakim Norsharidah Awang membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Abu Bakar Sidek Atan, 43, dan Mohd. Azmi Adenan, 51.

Kedua-dua mereka dituduh meminta suapan RM2,000 daripada Lim Hock Leong sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan ke atas Hock Leong kerana melindungi dua warga Bangladesh yang disyaki memiliki pas lawatan (kerja sementara) palsu di Bukit Kayu Hitam pada 10 Mei, 2005.

Mereka juga dituduh memperoleh suapan RM2,000 daripada Hock Leong melalui Mohd. Zaki Othman sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap lelaki itu bagi kesalahan yang sama pada 1.05 tengah hari di Kompleks Seri Temin, Bukit Kayu Hitam,dua hari kemudiannya. - Bernama"

Hukuman gantung bekas anggota polis kekal

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

10/02/2011 4:55pm

Oleh NORLIZAH ABAS
PUTRAJAYA 10 Feb. - Seorang bekas anggota polis hari ini kekal menjalani hukuman gantung setelah dia gagal dalam permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan untuk mencabar penghakiman mahkamah terdahulu yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Ini kerana isu perlanggaran bahasa yang dikemukakan bukan kes yang sesuai bagi membolehkan mahkamah menyemak keputusan terdahulu menggunakan kuasa semakan berdasarkan Kaedah 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan dan melalui bidang kuasa tersirat.

Harcharan Singh, 45, mengemukakan permohonan semakan agar dibebaskan daripada sabitan membunuh atas alasan penghakiman mahkamah terdahulu yang ditulis dalam Bahasa Inggeris tidak sah kerana melanggar Perlembagaan. - Utusan"

Dua janin ditemui dalam tempoh 3 jam

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

10/02/2011 5:05pm

Oleh ASSIM HASSAN dan SYAFIQ ROOS ANNUAR
KUALA LUMPUR 10 Feb. – Dua janin bayi ditemui dalam tempoh kira-kira tiga jam di ibu negara hari ini.

Janin pertama ditemui seorang juruteknik Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. di loji rawatan kumbahan di Metro Prima Kepong, kira-kira pukul 11.05 pagi.

Pada pukul 2.30 petang tadi, satu lagi janin ditemui di tebing sungai di belakang Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) Jalan Ipoh, oleh seorang wanita. – Utusan"

Tikai sempadan Thai, Kemboja ke PBB




Menteri luar akan beri taklimat kepada Majlis Keselamatan dan mungkin bertemu


BANGKOK: Thailand dan Kemboja akan merujuk pertikaian kawasan sempadan antara mereka, yang telah menyebabkan pertempuran berdarah, ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu depan.
Menteri Luar Thailand, Encik Kasit Piromya, dilaporkan akan memberi taklimat kepada Majlis Keselamatan PBB Isnin ini. Beliau mungkin bertemu rakan sejawatannya dari Kemboja, Encik Hor Namhong, semasa di New York.Kali terakhir dua pemimpin itu bertemu ialah Jumaat lalu - beberapa jam sebelum pertempuran berlaku di sempadan berdekatan candi purba Preah Vihear.Sekurang-kurangnya lapan orang telah terkorban apabila pertempuran itu berlarutan selama empat hari.Dua negara itu bertegang urat berhubung kawasan seluas 4.6 kilometer persegi yang masih belum ditandakan dekat candi itu. Pada 1962, Mahkamah Dunia memutuskan candi abad ke-11 itu terletak dalam wilayah Kemboja.Sementara itu di Phnom Penh, jurucakap pemerintah Kemboja, Encik Ek Tha, berkata beliau tidak dapat mendedahkan siapa akan mewakili negara itu di mesyuarat Majlis Keselamatan itu.'Kami tidak lagi yakin pada rundingan dua hala dengan Thailand,' tambah beliau.Kelmarin, Setiausaha Agung PBB, Encik Ban Ki-moon, berbincang dengan Perdana Menteri Thailand dan Kemboja dan sekali lagi menawarkan bantuan badan dunia itu.Sebelum ini, Thailand berkata campur tangan pihak ketiga tidak diperlukan.Bangkok menuduh Phnom Penh cuba membesar-besarkan konflik itu ke peringkat antarabangsa.Kemboja telah meminta agar pasukan pengaman PBB diletak di kawasan sempadan, selain menggesa mesyuarat Majlis Keselamatan PBB diadakan segera bagi membincangkan perkara itu.Sementara itu, Perdana Menteri Thailand, Encik Abhisit Vejjajiva, dijadualkan menghubungi Encik Ban malam tadi bagi memberi penjelasan berhubung pertikaian tersebut.Encik Abhisit berkata beliau akan menjelaskan bahawa tentera Thai tidak menyerang tentera Kemboja terlebih dahulu, sebagaimana didakwa Phnom Penh.'Kami juga tidak pernah menyerang orang awam,' katanya.Beliau akan turut memberitahu Encik Ban bahawa lebih 10,000 warga Thai kehilangan tempat tinggal kesan daripada pertempuran yang tercetus.Dalam pada itu, Menteri Luar Indonesia, Encik Marty Natalegawa, telah ke Kemboja Isnin lalu dan Thailand kelmarin bagi meredakan krisis itu.Indonesia pengerusi Asean.Mengulas usaha itu, jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura dalam satu kenyataan semalam berkata lawatan Encik Natalegawa ke dua negara itu disambut baik oleh Singapura.'Kami menyokong usaha pengerusi Asean meneruskan rundingan dalam usaha membantu mencapai huraian damai bagi pertikaian sempadan ini. Kami terus menggesa semua pihak yang relevan agar mengawal diri dan ingat kepentingan dan reputasi Asean,' kata jurucakap MFA. -- Agensi.Cyberita Online Luar Negara

AS gesa Mesir tarik balik undang-undang darurat



PENGGERAK BANTAHAN: Seorang pegawai eksekutif laman Google, Encik Wael Ghonim, yang dibebaskan kelmarin selepas ditahan selama dua minggu oleh pihak berkuasa, berucap kepada para penunjuk perasaan di Dataran Tahrir, kelmarin. Beliau dikatakan bertanggungjawab menggerakkan bantahan itu melalui laman Facebook. -- Foto REUTERS




Washington juga mahu Kahirah segera laksana pembaharuan demokrasi


WASHINGTON: Amerika Syarikat menggesa pemerintahan Mesir agar menarik balik undang-undang darurat yang dikuatkuasakan sejak 30 tahun lalu di samping melaksanakan segera pembaharuan demokrasi.
Naib Presiden Amerika, Encik Joe Biden, membuat gesaan itu ketika menghubungi rakan sejawatannya, Encik Omar Suleiman, semalam.Gesaan itu dibuat sehari selepas penunjuk perasaan meningkatkan protes mereka di Kahirah dan di beberapa bandar raya lain.Demonstrasi di tengah Kahirah berlarutan sejak 25 Januari lalu.Gesaan dan bantahan mendesak Presiden Hosni Mubarak segera berundur terus meningkat meskipun pemerintah mengumumkan rancangannya mahu melihat peralihan kuasa secara aman.Presiden Mubarak pula mahu mengekalkan jawatannya sehingga September ini dan berjanji tidak akan bertanding semula buat penggal keenam.Encik Biden dikatakan memberitahu Encik Suleiman agar segera melaksanakan perubahan politik dan 'tidak boleh ditarik balik'.Namun, Encik Suleiman memberi amaran bahawa pembaharuan yang dijalankan secara tergesa-gesa akan mencetuskan 'huru-hara' di negara itu.Kenyataan Rumah Putih menyebut Encik Biden dan Encik Suleiman mengadakan beberapa perbincangan sebagai menyokong usaha pembaharuan di Mesir selepas kejadian tunjuk perasaan besar-besaran sejak hampir tiga minggu lalu.Antara perkara yang disarankan ialah mengadakan dialog nasional yang lebih luas dengan parti pembangkang.Encik Biden juga memberitahu Menteri Dalam Negeri Mesir bahawa pihaknya harus menghentikan segera tindakan menahan dan memukul pemberita dan membenarkan kebebasan berhimpun.Laporan BBC menyebut inilah kali pertama sejak kebangkitan rakyat 25 Januari lalu Washington membuat tuntutan secara khusus yang terbuka.Laporan media asing juga menyebut peningkatan bantahan menunjukkan langkah diumumkan kerajaan Mesir sejak beberapa hari lalu tidak mencukupi.Tunjuk-tunjuk perasaan juga menyaksikan kehadiran ramai penunjuk perasaan di Iskandariah dan beberapa bandar lain.Buat masa ini Encik Mubarak telah menubuhkan jawatankuasa yang mengesyorkan pindana perlembagaan.Antara pindaan yang dikaji ialah mengehadkan tempoh mandat presiden.Pertubuhan Human Rights Watch (HRW) melaporkan seramai 297 orang terbunuh sejak 28 Januari lalu.Sementara itu, di Kahirah, beratus-ratus ribu penduduk terus berhimpun di Dataran Tahrir semalam dan berikrar akan kekal sehingga Encik Mubarak meletak jawatan.'Jangan rasa penat. Jangan rasa penat. Kebebasan tidak akan datang secara percuma,' laung seorang penunjuk perasaan melalui pembesar suara untuk memberi semangat kepada penunjuk perasaan yang lain. -- AFP.Cyberita Online Luar Negara

Gereja di Indonesia terus dikawal polis

'HUKUMAN RINGAN' KES HINA ISLAM CETUS RUSUHAN



JAKARTA: Pihak polis terus mengawal gereja-gereja di Indonesia semalam selepas beberapa kejadian jenayah agama melanda negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam itu.
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, yang menerima kritikan kerana gagal menghalang keganasan itu, telah mengarahkan polis dan tentera menentang 'sedaya upaya' kumpulan pelampau di sebalik pergolakan itu.'Setiap orang harus dijamin perlindungan dan keselamatannya, biar apa pun sekali kepercayaan, kaum, hubungan politik atau kerjayanya,' kata beliau dalam ucapannya kepada para gabenor wilayahnya, yang dipetik agensi berita AFP semalam.'Rentetan keganasan ini harus dihentikan. Saya mengarahkan semua ketua, polis dan tentera wilayah agar melancarkan tindakan sedaya upaya... untuk mencegah daripada berlakunya tindakan ganas ini,' tambahnya.Imej Indonesia sebagai benteng keharmonian antara kaum dengan agama akhir-akhir ini dicemari oleh keganasan kumpulan berfahaman pelampau.Ahad lalu, ratusan anggota kumpulan pelampau Islam yang berang telah menyerang penganut fahaman Ahmadiyah di Banten, dekat sini, hingga menyebabkan tiga pengikut fahaman agama itu mati dan lima lagi cedera parah.Sedang kejutan daripada serangan itu masih mencengkam benak penduduk di tempat itu, satu lagi kumpulan pelampau Islam mengamuk di Temanggung, Jawa Tengah, kelmarin.Kali ini dua gereja penganut Kristian dibakar dan sebuah sekolah Katolik dirosakkan kerana mereka mahu pihak mahkamah menjatuhan hukuman mati ke atas seorang penganut Kristian yang dituduh menghina Islam.Sementara itu, polis yang menyiasat serangan ke atas penganut Ahmadiyah di Banten semalam berkata hanya seorang daripada dua suspek serangan tersebut ditahan, lapor versi dalam talian akhbar The Jakarta Globe.Kelmarin, jurucakap polis Indonesia, Inspektor Jeneral Anton Bachrul Alam, berkata dua lelaki yang hanya dikenal pasti sebagai 'A' dan 'U' telah didakwa terbabit memainkan peranan dalam kesalahan yang boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga 15 tahun itu.Semalam, rakan jurucakapnya, Komander Kanan Boy Rafli Amar, bagaimanapun berkata hanya 'U' yang ditahan, manakala 'A' dibebaskan kerana kekurangan bukti.'Kami perlu mengumpulkan lebih banyak bukti terhadap yang seorang lagi, 'A',' kata beliau, sambil menegaskan bahawa 'A' masih menjadi suspek dalam kes tersebut. -- Agensi.Cyberita Online Luar Negara

Campak anak, bunuh diri dek rajuk pada suami



TRAGEDI TIDAK DISANGKA: Mayat anak pasangan Encik Teoh Hock Hwa dan mendiang Tan Meng Leng (kiri) ditemui di kaki blok. -- Foto UTUSAN MALAYSIA

SERDANG: Merajuk terhadap suaminya, seorang wanita mencampak anak tunggal perempuan mereka berusia lima tahun dari tingkat enam sebuah pangsapuri sebelum beliau sendiri terjun dari tingkat 10 sebuah lagi blok.Kedua-duanya mati dalam kejadian kira-kira 11.40 pagi kelmarin di pangsapuri Seri Alam di sini itu.Wanita itu, Cik Tan Meng Leng, 35 tahun, marah dan merajuk apabila suaminya yang mahu keluar membaiki kereta di sebuah bengkel berhampiran enggan membawa anak mereka.Menurut suaminya, Encik Teoh Hock Hwa, 45 tahun, 10 minit selepas keluar beliau mendapat panggilan daripada jirannya yang memaklumkan isteri dan anaknya mati terjatuh dari bangunan.Encik Teoh berkata pada 11 pagi itu beliau mengambil anaknya dari tadika dan menghantarnya pulang bersama makanan segera yang dibelinya.'Ketika itu isteri saya berada di rumah dan sebaik saya tiba kami makan bersama dan dia langsung tidak menunjukkan sebarang tanda pelik. Sebaik saya ingin keluar untuk ke bengkel bagi membaiki kereta, anak perempuan saya mahu ikut. Namun saya enggan membawanya kerana saya akan terus ke tempat kerja selepas membaiki kereta,' kata beliau.Tiba-tiba isterinya turut mendesaknya supaya membawa anak mereka, tetapi beliau tidak menghiraukannya.'Ketika menyambut Tahun Baru Cina minggu lalu, isteri saya ada bertanya bagaimana mayatnya akan diurus, sama ada dibakar atau ditanam. Saya tidak menjawab pertanyaannya itu dan kini baru saya tahu apa dikatakannya itu ada kaitan dengan kejadian ini. Sepanjang cuti hujung minggu lalu isteri saya kelihatan agak sugul,' dedah Encik Teoh.Ketua Polis Daerah Serdang, Superintenden Abdul Razak Elias, berkata kededua mangsa, yang tinggal di tingkat dua, meninggal dunia di tempat kejadian. Siasatan awal mendapati selepas anaknya jatuh dari tingkat enam, Cik Tan terus naik ke tingkat 10 blok berasingan dan berdiri di atas kerusi lalu terjun. -- Harian Metro.Cyberita Online Luar Negara

Suami isteri kantoi




KUALA TERENGGANU - Taktik sepasang suami isteri yang membawa dua anak perempuannya berumur 11 tahun dan setahun untuk sama-sama ke lokasi berjumpa dengan ‘pelanggan’ bagi menjual dadah kantoi, apabila ditahan di kampung Simpang Tok Ku, petang kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner (ACP) K Manoharan berkata, taktik ‘kotor’ pasangan suami isteri yang berumur 36 tahun itu dipercayai untuk mengaburi mata pihak berkuasa terbongkar selepas ditahan di dalam sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Simpang Tok Ku, 4 petang kelmarin.

“Anggota kami yang sedang membuat rondaan terserempak dengan kereta Perodua Myvi yang dinaiki pasangan itu di lampu isyarat Simpang Tok Ku.

“Melihat keadaan pasangan suami isteri itu yang mencurigakan, mereka diarahkan memberhentikan kenderaan di bahu jalan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dijalankan di dalam kereta dan pada badan kedua-dua suspek, polis berjaya menjumpai kira-kira 128 biji pil berwarna merah dan hijau dipercayai pil kuda.

Turut ditemui, wang tunai berjumlah RM12,600 yang dipercayai hasil jualan pil berkenaan.

Menurutnya, pasangan yang berasal dari Kampung Tok Dir itu dipercayai dalam perjalanan untuk mengedar dadah ke lokasi seterusnya setelah melihat jumlah pil yang dipercayai pil kuda yang dijumpai itu dalam kuantiti yang banyak dan keadaannya yang dibungkus di dalam plastik.

Manoharan berkata, kedua-dua suspek kini ditahan reman sehingga 12 Februari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39 (a) (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
SH

Bekas setiausaha politik Menteri dituduh miliki RM2.13 juta wang haram

SH: "

BUTTERWORTH - Hasbie Satar, bekas setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, terhadap tuduhan terlibat dengan pengubahan wang haram dan memiliki RM2.13 juta hasil daripada aktiviti
haram tahun lepas.

Hakim Mohd Zairan Aman menetapkan 14 Mac ini untuk sebut semula kes dan membenarkan Hasbie diikat jamin sebanyak RM60,000 dengan dua orang penjamin.

Hasbie, 38, dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri di Teluk Air Tawar, pada 11 Feb tahun lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya sekali. - Bernama"

465,000 bakal terlepas mengundi



PUTRAJAYA 9 Feb. - Seramai 465,201 penduduk Sarawak bakal terlepas mengundi pada pilihan raya negeri yang diadakan selewat-lewatnya Julai ini jika tidak mengambil langkah bersungguh- sungguh mendaftar sebagai pengundi baru pada suku pertama tahun ini.
Mengingatkan perkara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, bulan ini dan Mac selain Januari lalu adalah peluang terakhir untuk mereka mendaftar memandangkan proses untuk mengesahkan status termasuk mewartakan daftar pemilih memerlukan masa empat bulan sebelum pilihan raya.
"Masa terlalu suntuk sebenarnya, katakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan bulan depan bersempena cuti sekolah, kesemua 465,000 orang tadi pastinya tidak boleh mengundi.
"Salah siapa? salahkan diri anda sendiri sebab dah 'berbuih' SPR cakap, uar-uarkan namun kesedaran untuk mendaftar tidak ada langsung. Jadi, pada bulan ini dan Mac mereka kenalah mendaftar seberapa segera, itupun kalau ada kesedaran diri," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Abd. Aziz bagaimanapun tidak menolak kebanyakan mereka yang telah mencapai usia kelayakan 21 tahun itu berada di Semenanjung sebagai pemastautin tetap dan bekerja.
Ditanya cara hendak mengenalpasti mereka yang belum mendaftar itu, beliau berkata: "Katakan penolong pendaftar sementara (PPS) daripada parti-parti politik mahu membantu, mereka boleh berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapatkan senarai nama."
Mengikut Daftar Pemilih terkini suku ketiga 2010 yang diwartakan pada 27 Disember, Sarawak mempunyai 1,435,638 penduduk yang melepasi umur 21 tahun dengan 970,437 daripadanya telah mendaftarkan diri sebagai pengundi.Utusan Malaysia Online - Politik

Kes Belusconi disegerakan



ROM 9 Feb. - Majistret Itali hari ini akan meminta supaya Perdana Menteri Silvio Berlusconi (gambar) dihadapkan kepada perbicaraan singkat berhubung tuduhan melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur dan menyalahgunakan kuasa untuk membantu gadis itu.
Ketua pendakwa raya, Edmondo Bruti Liberati dan beberapa hakim di Milan telah menyelesaikan siasatan berhubung dakwaan Berlusconi membayar sejumlah wang untuk mengadakan hubungan seks dengan penari kelab malam, Ruby, yang ketika itu masih di bawah umur.
Pertuduhan itu termasuklah penyalahgunaan kuasa sebagai Perdana Menteri untuk meminta polis Milan membebaskan penari rakyat Magribi itu selepas dia ditahan kerana mencuri Mei lalu.
Majistret, termasuk pemburu Mafia, Ilda Boccassini mungkin mempunyai bukti yang cukup untuk melangkau proses pendengaran permulaan dan meminta perbicaraan singkat untuk kedua-dua pertuduhan itu.
Bruti Liberati berkata, perbicaraan itu akan diasingkan dengan siasatan tentang pelakon muda dan ejen televisyen Lele Mora dan Emilio Fede serta bekas pakar kesihatan mulut, Nicole Mora yang masih dalam siasatan kerana menggalakkan pelacuran.
Mengikut undang-undang Itali, prosedur perbicaraan singkat boleh diminta oleh pejabat pendakwa raya awam apabila terdapat bukti kukuh.
Pendakwa raya itu kemudiannya mempunyai sekurang-kurangnya lima hari untuk membuat keputusan dan menetapkan tarikh permulaan perbicaraan.
Namun, jika permintaan itu mempunyai bukti yang tidak kukuh untuk mendapatkan proses perbicaraan singkat, majistret akan cuba membawanya kepada perbicaraan normal, iaitu perbicaraan yang mengambil masa lama. - AFPUtusan Malaysia Online - Luar Negara

21 pelajar sekolah, kolej ponteng diberkas



KANGAR 9 Feb - Seramai 17 pelajar sebuah sekolah menengah, dua daripadanya perempuan yang ponteng sekolah dan leka menghisap rokok di sebuah rumah di sini, lari lintang pukang selepas kediaman itu diserbu anggota polis dan pihak sekolah.
Serbuan dilakukan lima anggota polis bersama pengetua dan dua guru disiplin sekolah terbabit di rumah itu yang terletak bersebelahan dengan sekolah kira-kira pukul 12 tengah hari.
Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Ismail Che Isa berkata, serbuan dilakukan di rumah dua tingkat setelah pihaknya menerima aduan daripada penduduk setempat yang tidak tahan dengan tindakan pelajar berkenaan kerana sering membuat bising di rumah itu.
"Ketika intipan dibuat, terdapat 21 pelajar, empat daripadanya pelajar kolej berdekatan sedang berbual-bual dan menghisap rokok dalam rumah tersebut," katanya kepada para pemberita di sini hari ini.
Beliau menambah, polis yang cuba memasuki rumah tersebut gagal berbuat demikian kerana pintu berkunci dari dalam dan mereka terpaksa menunggu lebih lima minit sebelum salah seorang daripada mereka membuka pintu.
Dalam masa yang sama, katanya, para pelajar sekolah berkenaan termasuk ada antara mereka masih berpakaian sekolah cuba melarikan diri ke tingkat atas rumah tersebut namun berjaya ditahan.
Menurut Ismail, rumah berkenaan sering menjadi tumpuan para pelajar untuk ponteng sekolah dan ia merupakan rumah sewa salah seorang pelajar kolej yang berdekatan.
"Mereka yang ditahan berusia antara 14 dan 20 tahun termasuk dua pelajar perempuan berusia 14 tahun.
''Mereka dibawa ke balai polis di sini untuk ujian saringan air kencing dan dokumentasi," katanya.
Beliau menegaskan, pihak sekolah akan memanggil ibu bapa pelajar terbabit untuk tujuan kaunseling.
Dalam pada itu katanya, pihak polis akan meneruskan operasi seperti itu bagi mencegah kegiatan ponteng sekolah di kalangan pelajar.Utusan Malaysia Online - Jenayah

19 kes buang bayi dilaporkan Januari



KUALA LUMPUR 9 Feb. – Gejala buang bayi di seluruh negara kini perlu diberi perhatian oleh semua pihak kerana angka kes jenayah itu yang dilaporkan kepada pihak polis kian membimbangkan.
Ini berikutan pendedahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa sepanjang bulan Januari lalu sahaja, sebanyak 19 kes buang bayi dilaporkan berlaku di seluruh negara.
Jumlah itu merupakan sebahagian daripada 517 kes pembuangan bayi yang dilaporkan berlaku sejak Januari 2005 sehingga Januari tahun ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, berdasarkan statistik PDRM, daripada 517 bayi yang dibuang, 203 ialah lelaki, 164 perempuan manakala 150 lagi tidak diketahui jantina kerana dilahirkan ketika belum cukup sifat.
Menurutnya, jumlah tertinggi dicatat pada tahun 2008 apabila 102 bayi dilaporkan telah dibuang.
“Daripada jumlah 102 kes itu, 37 daripadanya adalah bayi lelaki, 25 (perempuan) dan 40 lagi tidak ketahui jantina.
“Jumlah tersebut diikuti dengan 91 kes pada 2010, 83 kes (2006), 79 kes (2009), 76 kes (2007) dan 67 kes (2005),” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.
Beliau menambah, dalam tempoh enam tahun itu, seramai 37 orang termasuk empat pada tahun ini telah ditahan bagi membantu siasatan.
Daripada jumlah tersebut, katanya, 15 wanita dan tiga lelaki telah didakwa di mahkamah manakala tujuh daripada wanita dan dua lelaki telah dijatuhi hukuman.
Mohd. Bakri memberitahu, kajian pihaknya mendapati kawasan perumahan antara lokasi yang sering dijadikan tempat meninggalkan bayi selain tempat pembuangan sampah, tepi jalan, masjid, sungai, semak dan tandas.Utusan Malaysia Online - Jenayah

Awasi taktik penjenayah langgar, samun kenderaan mangsa



KUALA LUMPUR 9 Feb. - Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya peka dengan modus operandi kumpulan jenayah yang menggunakan kaedah melanggar kenderaan mangsa sebagai taktik untuk menyamun.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, orang ramai yang terlibat dalam kemalangan di jalan-jalan atau lebuh raya terutama kawasan sunyi pada waktu malam, diminta terus membuat laporan di balai polis berhampiran.
"Kegiatan penjenayah yang berpura- pura melanggar belakang kereta mangsa sebelum melarikan barang-barang berharga termasuk kenderaan sudah banyak kali dilaporkan sebelum ini.
"Ia bukan modus operandi jenayah baru dan wajar diambil iktibar oleh pengguna jalan raya yang lain," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini, hari ini.
Beliau mengulas kejadian menimpa Pengarang Sukan Utusan Malaysia, Meor Harman Meor Shakri yang disamun empat lelaki menggunakan taktik langgar belakang kereta berhampiran Plaza Tol Rawang di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian pukul 1 pagi itu, kereta mangsa jenis Honda Civic dilarikan penjenayah terbabit yang salah seorang daripadanya bersenjatakan parang.
Modus operandi serupa turut menimpa seorang wartawan akhbar Guong Ming kira-kira tiga bulan lalu, di salah sebuah kawasan perumahan di Rawang mengakibatkan mangsa kehilangan kereta dan barangan berharga yang lain.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullahberkata, pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengesan suspek dan kereta mangsa.
Mengenai dakwaan Meor Harman bahawa pihak berkuasa lambat menghantar bantuan sedangkan hampir sejam sudah menghubungi panggilan kecemasan 999, Abdul Rahim berkata, masalah tersebut tidak timbul jika mangsa menghubungi terus pusat kawalan polis daerah.
"Panggilan kecemasan 999 dikawal oleh Telekom Malaysia dan ia terpaksa melalui beberapa prosedur sebelum disampaikan kepada kita menyebabkan laporan lambat diterima.
"Atas sebab itu, saya nasihatkan orang ramai supaya menyimpan nombor pusat kawalan polis di setiap daerah agar senang dihubungi jika berlaku kecemasan," ujarnya sambil memberitahu beliau bagaimanapun sudah mengarahkan siasatan dilakukan terhadap dakwaan mangsa.
Selain itu, Abdul Rahim turut menasihatkan mangsa langgar belakang supaya tidak berunding di tempat kejadian tetapi segera mencatatkan nombor pendaftaran, jenis dan warna kereta yang melanggar mereka.
Katanya, selepas mencatatkan maklumat tersebut, segeralah pergi ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan bagi membolehkan siasatan dijalankan.Utusan Malaysia Online - Jenayah

700,000 kondom dari Malaysia ke Jepun hilang



IPOH 9 Feb. - Sebuah kontena mengandungi lebih 700,000 kondom ultra nipis bernilai RM850,000 yang dihantar dari dua buah kilang milik sebuah syarikat Jepun di sini, didapati kosong setelah tiba di Tokyo pada 25 Januari lalu.
Kelengkapan seks itu dihasilkan di dua buah kilang iaitu Sagami Manufacturers Sdn. Bhd. di Kawasan Perindustrian Bemban, Batu Gajah dan Kawasan Perindustrian Jelapang di sini.
Ia yang dimuatkan dalam kontena dihantar ke Tokyo pada 6 Januari lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supritendan Amarjit Singh ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima dua laporan polis berhubung kehilangan misteri kandungan kontena itu.
Katanya, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Pusing, Batu Gajah pada 25 Januari manakala satu lagi di Balai Polis Ipoh sehari kemudian.
"Berdasarkan laporan itu, lori kontena tersebut keluar dari kilang di Batu Gajah pada 6 Januari dan singgah di kilang di Jelapang sebelum ke Pelabuhan Klang, Selangor dan kontena itu disimpan selama beberapa hari sebelum dihantar ke Jepun.
"Di Jepun pula, kontena itu disimpan selama beberapa hari sebelum kehilangan kandungannya disedari pihak pengurusan kilang di Jepun pada 25 Januari lalu. Tempoh keseluruhannya kes ini adalah selama tiga minggu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Amarjit, setakat ini, pihaknya belum membuka kertas siasatan kerana belum dapatdipastikan di mana sebenarnya kecurian itu berlaku.
"Polis sedang bekerjasama dengan syarikat yang membuat laporan serta pihak insurans untuk menentukan di mana insiden itu berlaku.
"Namun, pihak syarikat itu sendiri tidak dapat menyatakan di mana kehilangan itu berlaku dan laporan polis yang dibuat juga terlalu umum," ujarnya.
Tambah beliau, pihak Sagami Manufacturers Sdn. Bhd. hanya membuat laporan polis itu setelah dimaklumkan oleh syarikat induk, Rubber Industries Co. Ltd, Japan mengenai kehilangan barangan itu.
"Pihak insurans dan syarikat tersebut sedang membuat penyiasatan berhubung beberapa kod penghantaran," ujarnya.
Sementara itu, usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan reaksi pengurusan ibu pejabat kilang Sagami Manufacturers Sdn. Bhd. di Kawasan Perindustrian Bemban, Batu Gajah tidak berjaya apabila diberitahu bahawa pengurusnya sedang bercuti dan tiada kakitangan lain yang boleh memberikan kenyataan.
Pihak pengurusan cawangan kilang Sagami Manufacturers Sdn. Bhd. di Jelapang pula enggan membuat sebarang ulasan kerana hanya pihak ibu pejabat di Batu Gajah sahaja boleh memberikan ulasan.
Namun, seorang kakitangan syarikat itu memberitahu kontena tersebut dihantar dari kilang di Jelapang tetapi kehilangan misteri 700,000 kondom itu hanya disedari di Tokyo.
"Saya tidak tahu kondom itu hilang di mana tetapi kontena itu dibawa keluar dari sini dan hanya tahu ia kosong apabila sampai di Jepun," katanya.
Mengikut laporan AFP hari ini, seorang pengurus kanan Sagami Rubber Industries Co Ltd, Japan, Sato Koji berkata, pihaknya sedih dengan insiden kehilangan tersebut.
Sato berkata, pihaknya telah membuat laporan polis berhubung kehilangan barangan tersebut semasa dalam proses penghantaran dari Malaysia ke Jepun itu.
"Kami tidak gembira dengan kehilangan ini. Ini merupakan kali pertama perkara seperti ini berlaku sejak kami memulakan operasi di Malaysia pada 1997," katanya.
Sagami Rubber Industries Co. Ltd, Japan merupakan kilang pertama dari Jepun yang menghasilkan kondom.Utusan Malaysia Online - Jenayah

Menteri selatan Sudan ditembak mati akibat kes peribadi

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

10/02/2011 2:47am

JUBA, Sudan 10 Feb. – Seorang menteri selatan Sudan, Jimmy Lemi Milla dan pengawal peribadinya ditembak mati dipercayai berpunca daripada perbalahan peribadi di sini, hari ini.

Jurucakap Tentera Pembebasan Rakyat Sudan (SPLA), Philip Aguer berkata, Menteri Koperasi dan Pembangunan Luar Bandar serta pengawal peribadinya ditembak di kompleks kementerian itu.

Saksi berkata, suspek memecah kereta Lemi di luar kompleks berkenaan dan merampas sepucuk pistol yang ditinggalkan pengawal peribadinya di dalam kereta tersebut, sebelum menceroboh pejabat Lemi lalu menembaknya beberapa das.

“Dia menembak menteri itu dua das di dahi, dua di bahu dan sekali di tangan dan Lemi meninggal di tempat kejadian,” ujar menteri dalam Gerakan Pembebasan Rakyat Sudan (SPLM), Thomas Wani Kondo.

Suspek kemudian menembak pengawal peribadi Lemi sebelum bergelut dan ditangkap pegawai keselamatan.

Menurut Kondo, suspek mempunyai kaitan dengan Lemi dan pernah bekerja dengannya tetapi telah dipecat dan dipercayai dia mahu membalas dendam. - AFP"

200 lelaki ditangkap sedang berparti homoseksual di Bahrain

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

10/02/2011 2:51am

MANAMA 10 Feb. – Kira-kira 200 lelaki yang sedang berparti homoseksual ditangkap pihak berkuasa Bahrain, semalam.

Pegawai di Kementerian Dalam Negeri berkata, kumpulan tersebut ditangkap atas kesalahan melakukan aktiviti tidak bermoral.

Polis telah menyerbu sebuah dewan di bandar kecil Muharraq yang penuh dengan lelaki berpakaian seperti wanita sambil menikmati minuman keras.

Negara-negara Teluk mengharamkan kegiatan homoseksual kerana ia mencabuli ajaran Islam.

Lelaki homoseksual yang ditangkap akan dikenakan hukuman penjara. - REUTERS"

Peniaga kantin ke tali gantung

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

10/02/2011 11:38am

GEORGE TOWN 10 Feb. - Seorang peniaga kantin sekolah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, selepas didapati bersalah mengedar kanabis seberat 4.4 kilogram dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Nurmala Salim membuat keputusan itu terhadap Shahrizal Abdul Ghani, 37, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Nurmala dalam penghakiman ringkasnya berkata, pembelaan hanya bersifat penafian semata-mata.

Dalam kes itu pihak pendakwaan memanggil 10 saksi manakala hanya tertuduh memberi keterangan bagi pihak pembelaan.

Shahrizal didakwa melakukan kesalahan itu pada 14 Mac 2009 di Restoran Nasi Kandar Pelita, Juru Autocity, Seberang Perai Tengah pada pukul 10 malam.

Pendawaan dilakukan oleh Muna Mohamed Jaafar manakala tertuduh diwakili R.S.N Rayer. - Bernama"

10 terbunuh serangan bom berani mati di Pakistan

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

10/02/2011 12:28pm

PESHAWAR, Pakistan 10 Feb. - Seorang pengebom berani mati meletupkan diri dalam serangan ke atas sekumpulan tentera yang sedang menjalani latihan pagi di kem tentera menyebabkan sekurang-kurang 10 anggota tentera terbunuh.

Serangan itu berlaku di bandar Mardan yang terletak berhampiran sempadan Pakistan dengan Afghanistan yang sering menjadi sasaran serangan militan Islam.

Polis berkata, beberapa orang anggota tentera turut cedera dalam serangan tersebut.

Sementara jurucakap tentera mengesahkan sebanyak 14 orang terbunuh, manakala 12 anggota lagi cedera. - Agensi"

12 lagi kematian dicatatkan hari ke-14

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

10/02/2011 12:32pm

Oleh MUHAMMAD SYAFIQ ROOS ANNUAR
KUALA LUMPUR 10 Feb. – Penunggang dan pembonceng motosikal terus mencatatkan angka kematian tinggi apabila 10 daripada 12 kematian yang dicatatkan dalam tempoh 24 jam Ops Sikap Ke-23, semalam, pengguna jalan raya terbabit.

Menurut laman web Polis Diraja Malaysia (PDRM), 12 kematian dicatatkan semalam, menjadikan angka korban kemalangan jalan raya sepanjang Tahun Baru Cina ini meningkat kepada 189 orang.

Ops Sikap Ke-23 yang dilancarkan sejak 27 Januari lalu akan berakhir hari ini. – Utusan."

Ketua sindiket seludup manusia ditangkap

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

10/02/2011 2:35pm

PUTRAJAYA 10 Feb. - Tiga individu termasuk seorang warga Indonesia telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semalam, dipercayai ketua sindiket jenayah penyeludupan manusia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, penahanan melibatkan seorang wanita itu adalah rentetan penahanan anggota Imigresen di bawah ISA pada 10 Oktober lalu. - Utusan"

Kereta api rempuh enam biji kereta

SH: "


HANOI - Sekurang-kurangnya 26 orang cedera dalam kejadian rempuhan kereta api yang melibatkan enam buah kereta di jambatan Ghenh di daerah Dong Nai, Ahad lalu.

Kejadian sekitar jam 7.35 petang waktu tempatan itu berlaku disebabkan kereta api SE2 itu tidak menerima amaran kesesakan lalu lintas yang berlaku di jambatan tersebut.

Kereta api dari bandar Ho Chi Minh itu merempuh enam biji kereta dan menyebabkan dua penumpang maut iaitu Tran Ngoc Khai, 49, serta anak lelakinya Tran Thanh Tuan, 20.

Pihak pentadbiran kereta api telah memberi amaran kepada pemandu kereta api mengenai kesesakan lalu lintas tetapi pemandu itu menyatakan bahawa dia tidak menerima sebarang amaran tersebut.

Tujuh orang termasuk pemandu kereta api serta pekerja landasan kereta api ditahan bagi membantu siasatan mengenai kes pelanggaran tersebut."

H5N1: Kanak-kanak 5 tahun maut

SH: "


PHNOM PENH - Seorang kanak-kanak perempuan berumur 5 tahun menjadi mangsa pertama meninggal dunia akibat selesema burung di Kemboja sejak tahun lalu.

Kanak-kanak itu mula dikesan mengalami simptom selesema burung dan jatuh sakit sejak 30 Januari lalu, oleh pihak hospital di Phnom Penh.

Kanak-kanak itu dilaporkan meninggal dunia 12 jam selepas mendapatkan rawatan bagi komplikasi tersebut.

Kanak-kanak tersebut menjadi mangsa yang ke-11 dijangkiti virus H1N1 dan mangsa kesembilan meninggal dunia akibat penyakit itu di Kemboja sejak tahun 2003.

Laporan menunjukkan seramai 300 orang di seluruh dunia maut akibat jangkitan virus tersebut sejak tahun 2003."

Sekatan Facebook, YouTube ditarik balik

SH: "


BEIRUT - Pengguna internet di Syria menyatakan mereka boleh melayari ke laman sosial :Facebook: dan :YouTube: buat pertama kali selepas tiga tahun berikutan keputusan kerajaan untuk menarik balik sekatan terhadap kedua-dua laman sosial tersebut.

Bagaimanapun, Ketua Pusat Kebebasan Suara Media Syria, Mazen Darwish berkata, pengesahan perkara itu belum dilakukan secara rasmi.

Tindakan melonggarkan sekatan itu diambil susulan kemelut yang melanda Mesir dan Tunisia.

Kempen yang diadakan secara dalam talian untuk mengadakan 'Hari Kemarahan' sebagai bantahan terhadap pemerintahan rejim Presiden Bashar Assad, minggu lalu tidak mendapat sambutan apabila tiada penunjuk perasaan berhimpun di Damsyik.

Hal ini membuktikan kerajaan Syria tidak terjejas walaupun negara di benua Arab lain sedang bergolak."

"Mangsa buat kawad cam

SH:


PETALING JAYA – Pemilik kedai telekomunikasi yang sarat mengandung lapan bulan dipanggil untuk kawad cam kali kedua di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, semalam, bagi membantu siasatan berhubung laporan yang dibuatnya.

Chow Soo Meng, 36, sebelum itu mendakwa polis menampar, menggari dan mencuri wang tunai hampir RM20,000 ketika kedai telekomunikasi miliknya di Bandar Baru Sungai Buloh diserbu akhir bulan lalu.

Wanita itu turut mendakwa polis mengambil pelbagai jenama rokok, beberapa botol minuman keras dan 30 keping kad SIM telefon bimbit.

Soo Meng yang ditemani Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng memasuki perkarangan balai polis kira-kira jam 12 tengah hari dan keluar setengah jam kemudian.

Ketika ditemui pemberita, wanita itu berkata, dia mengambil masa kurang 30 saat untuk mengenal pasti polis yang mengasarinya dalam serbuan di premisnya baru-baru ini.

“Terdapat lapan polis wanita ditempatkan untuk sesi kawad cam dan saya dapat kena pasti polis yang bertindak mengasari dan mengambil wang saya,” katanya.

Menurutnya, dia telah mengenal pasti lima lagi anggota polis yang didakwa terlibat dalam kawad cam pertama, Sabtu lalu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, polis akan mengambil tindakan sewajarnya."

Cubaan menyeludup tumpas



BANDA HILIR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Melaka berjaya mematahkan dua cubaan menyeludup barangan larangan membabitkan nilai berjumlah kira-kira RM293,600 dalam tempoh dua hari lalu.

Dalam serbuan pertama kelmarin, mereka berjaya merampas beraneka mercun dan bunga api bernilai RM92,000, sementara satu lagi rampasan membabitkan rokok keretek yang diseludup bernilai kira-kira RM201,600.

Pengarah KDRM negeri, Datuk Mohd Nasir Said berkata, kejayaan terbaru dicatatkan apabila sepasukan penguat kuasa berjaya mematahkan satu cubaan menyeludup rokok keretek di KM204.4 Lebuhraya Utara-Selatan.

Menurutnya, anggota penguat kuasa berjaya menahan sebuah lori tiga tan selepas mengejarnya.

Bagaimanapun katanya, pemandu lori terbabit berjaya melarikan diri setelah menyedari kehadiran anggota penguat kuasa dihidu tonto yang berada di dalam dua buah kereta.

“Hasil pemeriksaan mendapati, lori berkenaan berisi 14,000 karton rokok keretek pelbagai jenama, membabitkan cukai sebanyak RM806,400.

“Rokok berkenaan adalah buatan negara jiran dan dipercayai dibawa masuk menerusi jalan laut serta mendarat di sebuah pendaratan haram di pantai barat Johor,” katanya kepada media di pejabat KDRM Melaka, di sini, semalam.
SH

Lelaki temui cebisan tulang manusia




TANDOP - Seorang pekerja lelaki yang sedang membersihkan longkang terkejut apabila menemui cebisan tulang manusia dalam longkang di tepi jalan Batu Empat, kira-kira jam 7.10 petang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asistan Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, penemuan tulang dan tengkorak itu disyaki mempunyai kaitan dengan kehilangan seorang lelaki empat bulan lalu.

Menurutnya, pihaknya mengesyaki cebisan tulang itu milik Beh Kuan Tong, 56, dari Sungai Korok hasil penemuan kad rawatan pesakit yang ditemui dalam baju mangsa oleh anggota Jabatan Forensik.

“Setelah menemui nama pada kad rawatan itu dan kita mendapati nama mangsa terdapat pada senarai orang yang dilaporkan hilang.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kehilangan mangsa dilaporkan oleh ahli keluarganya sejak September tahun lalu,” katanya.

Adzaman berkata, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) turut dilakukan ke atas mayat untuk mengesahkan identiti mangsa.

Beliau berkata, keluarga Kuan Tong turut dipanggil bagi membuat pengecaman di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Menurutnya, keluarga itu mengesahkan tulang yang ditemui adalah milik seorang ahli keluarga mereka berdasarkan pakaian yang ditemui.

“Namun, kita akan menunggu laporan DNA bagi tujuan pengesahan mayat mangsa walaupun ia disahkan oleh keluarga.

“Kita masih menyiasat dan siasatan lanjut akan dijalankan mengenai punca kematian sama ada mempunyai unsur jenayah ataupun tidak,” katanya.

Adzaman berkata, pihaknya tidak dapat mengesan keadaan mayat kerana keadaannya yang hanya tinggal tengkorak dan tulang.
SH

Terkejut Kancil kena saman




KUALA KANGSAR - Seorang pembantu kedai makan, Zuraida Abd Rahman, 49, terkejut apabila menerima surat daripada pihak berkuasa meminta dia menjelaskan saman di atas kesalahan memandu melebihi had laju sedangkan dia tidak pernah melakukan kesalahan itu.

Lebih mengelirukan apabila surat saman itu dikeluarkan menggunakan nombor pendaftaran keretanya, Perodua Kancil sedangkan berdasarkan surat berkenaan, rekod kesalahan dilakukan oleh sebuah MPV.

Zuraida berkata, beberapa hari lalu dia menerima surat saman ketika berada di pejabat pos yang menyatakan dia melakukan kesalahan lalu-lintas memandu laju di Kilometer 23 Jalan Ipoh menuju ke Lumut.

Menurutnya, kesalahan yang dinyatakan adalah mustahil dilakukannya kerana dia tidak pernah melalui jalan itu pada 3 Disember lalu sepertimana kesalahan yang direkodkan melalui surat berkenaan.

“Berdasarkan surat saman ini, kesalahan dilakukan kenderaan jenis Toyota Avanza pada jam 9.57 pagi dikesan memandu pada kelajuan 106 Kilometer sejam melebihi 90 kilometer had laju ditetapkan di laluan itu.

“Berdasarkan rekod, MPV ini menggunakan nombor pendaftaran kereta saya dan ini menyebabkan saya terkejut kerana saya tidak pernah ke sana, malah sedang sibuk bekerja ketika itu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di Pekan Kuala Kangsar, di sini, kelmarin.

Zuraida berkata, berikutan kejadian itu, dia telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Kangsar supaya saman yang dikeluarkan dapat dibatalkan.

“Saya risau sekiranya nombor pendaftaran kereta saya digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menjalankan kegiatan jenayah atau sebagainya.

“Jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini akibat kesilapan ini saya juga enggan dipersalahkan atau dipertanggungjawabkan, oleh itu saya segera membuat laporan polis,” katanya.

Katanya, dia kesal dengan kesilapan seumpama itu dan berharap ia tidak berulang kepada orang lain kerana boleh mendatangkan kesan buruk.
SH

Matnus tinggal sehelai sepinggang




KAMPAR - Seorang penoreh getah tinggal sehelai sepinggang apabila rumahnya hangus terbakar sebaik sahaja pulang dari menoreh dalam kejadian jam 12.30 tengah hari semalam, di Kampung Bukit Terang, Jalan Padang Tembak.

Mangsa, Matnus Bahdosi, 49, berkata, ketika kejadian hanya anak perempuan bongsu tinggal bersendirian di rumah itu dan bersyukur tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurutnya, dia bersama isteri, Long Ngah, 44, dan tiga anak masing-masing keluar bekerja sementara anak bongsu, Nor Yanti berusia 21 tahun tinggal di rumah.

“Sebaik sahaja pulang menoreh, saya dapati rumah sudah terbakar dan semua harta benda tidak dapat diselamatkan lagi” katanya kepada Sinar Harian.

Matnus yang berketurunan Orang Asli berkata, semua dokumen pengenalan diri dan ahli keluarga musnah dalam kebakaran memandangkan tiada satu pun sempat untuk diselamatkan.

“Kami hanya tinggal sehelai sepinggang, tak tahu bagaimana nasib selepas ini,” katanya yang lebih 20 tahun menetap di situ.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, Baharudin Saru berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 12.30 tengah hari dan tiba lima minit kemudian.

“Api dapat dikawal pada jam 12.38 tengah hari dan kebakaran dipadamkan sepenuhnya pada jam 1.30 tengah hari,” katanya menjelaskan seramai 15 anggota bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja panggilan diterima.

Selain itu, wakil Ahli Parlimen Kampar yang juga Penyelaras Barisan Nasional (BN) Kampar, Chang Gwo Chyang dan Pemuda MCA Kampar, Leong Tak Chee hadir meninjau keadaan.

Menurut Gwo Chyang, bantuan kilat sebanyak RM500 telah disumbangkan bagi meringankan beban mangsa, selain boleh digunakan untuk membantu menguruskan perbelanjaan sementara mendapat tempat berteduh.

“MCA akan memberi sumbangan pakaian terpakai buat sementara, di samping telah memaklumkan kejadian ini kepada pihak berkenaan supaya beberapa bentuk bantuan lain dapat disalurkan,” katanya.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan, Nor Yanti masih lagi trauma dengan kejadian itu dan hanya mampu mengalirkan air mata tanpa menceritakan apa sebenarnya terjadi.
SH

Lelaki disyaki curi kabel direman H



PORT DICKSON – Seorang lelaki berumur 20 tahun yang disyaki terlibat dengan jenayah curi kabel berjaya ditahan di Ladang Tanah Merah, di sini.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Baljeet Singh berkata, tangkapan dibuat awal pagi kelmarin dan suspek ditahan reman sehingga minggu depan.

Menurutnya, terdapat 10 kes berkaitan jenayah curi kabel dilaporkan sehingga awal Februari ini.

"Terdahulu tiga lelaki berjaya ditahan secara berasingan pada 2 Februari lalu berusia antara 28 hingga 40 tahun.

“Seorang daripada mereka adalah penjaga sebuah kedai barang lusuh di Lukut,” katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas program Community Policing Bersama Wakil Telekom Malaysia (TM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Daerah Port Dickson.

Hadir sama, timbalan ketua polis daerah, ketua balai polis, ketua unit pemilik dan pemilik kedai barangan lusuh.

Baljeet berkata, Community Policing itu dijalankan sebagai antara usaha menangani jenayah curi kabel dan lain-lain barangan atau kemudahan milik syarikat utiliti berkenaan yang terdedah dengan kegiatan terbabit.

“Polis memandang serius jenayah curi kabel yang semakin berleluasa dan usaha membanterasnya akan terus dilaksanakan secara menyeluruh dalam semua sudut.

“Pertemuan dengan semua wakil syarikat utiliti dilaksanakan untuk membincangkan jalan pencegahan dan penyelesaian jenayah ini," katanya.

Menurutnya, semua syarikat utiliti dinasihatkan untuk mempertingkatkan perlindungan harta masing-masing agar tidak mengundang sebarang kegiatan jenayah.

Menurutnya, syarikat berkenaan juga disarankan menubuhkan satu pasukan khas secara bersepadu untuk menjalankan pemantauan secara lebih efektif, sekali gus mendatangkan rasa gerun penjenayah, selain pemantauan daripada polis.

“Dalam pada itu, satu pamplet bersepadu mengandungi semua nombor yang boleh dihubungi secara terus kepada semua pengurusan syarikat berkenaan perlu dibuat bagi memudahkan penyebaran maklumat berkenaan tindakan harus dilakukan orang ramai jika terlihat jenayah curi kabel, kerosakan dan sebagainya.

“Kempen kesedaran kepada masyarakat juga perlu dipergiat oleh syarikat utiliti. Selain itu, banyak lagi jalan penyelesaian dan pencegahan yang dibincangkan hampir satu jam program ini dijalankan,” katanya.

Selain itu menurutnya, polis juga akan terus membuat pemantauan dari masa ke semasa.

“Pemeriksaan juga akan dibuat ke atas lori membawa barang lusuh atau logam yang bergerak selepas waktu operasi kedai barangan lusuh iaitu pada jam 7 pagi hingga 7 malam.

“Pemantauan ke atas kedai barang lusuh juga dibuat bagi memastikan pengusaha kedai tidak berjual beli berkaitan barang curi," katanya.
SH

4 ditahan larikan kenderaan



KOTA BHARU - Empat suspek ditahan dalam satu kes samun pacuan empat roda jenis Storm di Cabang Tiga, Perol dekat sini Khamis lalu.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.15 pagi itu menyebabkan seorang wanita yang merupakan penjawat awam berusia 51 tahun, mengalami kerugian hampir RM 60,000 akibat kenderaannya itu dilarikan oleh suspek.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang membuang sampah di luar rumah dihampiri dua lelaki yang bertindak menyerangnya menggunakan senjata.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa kemudian melaporkan mengenai kejadian terbabit kepada anaknya yang turut menghubungi rakan-rakannya yang juga ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) di kawasan terbabit.

“Hasil maklumat yang diperolehi, kenderaan terbabit dapat dikesan polis ketika berada di Gunung, Bachok kira-kira jam 11.30 pagi selepas empat jam kenderaan terbabit dilarikan.

“Polis berjaya menahan tiga lelaki dan seorang wanita dalam kenderaan terbabit yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun,” katanya.

Keempat-empat suspek yang juga positif dadah, ditahan reman bagi membantu siasatan kes terbabit. Kes disiasat di bawah seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan.
SH

30 pesalah juvana terbabit dadah





KOTA BHARU - Kes penyalahgunaan dadah yang melibatkan wanita, kakitangan awam dan pesalah juvana semakin meningkat berdasarkan statistik sepanjang Disember tahun lalu sehingga Januari tahun ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Assistan Komisioner, Azham Othman, seramai 30 pesalah juvana yang terlibat dalam kesalahan terbabit berusia dalam lingkungan bawah 18 tahun ke bawah, lima merupakan wanita yang berusia 25 hingga 45 tahun dan tiga terdiri daripada penjawat awam.

“Kesemua golongan yang terlibat 95 peratusnya terlibat dalam kes memiliki dan menggunakan sendiri jenis dadah pil kuda di bawah seksyen 12 (2),15 (A) (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB).

“Keadaan ini amat membimbangkan kerana banyak kes melibatkan golongan juvana di bawah umur yang merupakan pelajar sekolah termasuk aliran biasa dan sekolah agama serta dan penjawat awam yang merupakan guru dan pengawal keselamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian, selepas merasmikan program perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Bharu, Pengkalan Chepa di sini kelmarin.

Seramai 16 anggota dan pegawai menerima surat penghargaan di atas jasa dan bakti mereka dalam menjalankan tugas dan amah sepanjang berkhidmat dalam pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

Katanya, kes terbabit juga turut melibatkan pasangan suami isteri termasuk ahli keluarga disebabkan bahan kes terbabit dijumpai dalam sebuah rumah yang didiami oleh keluarga yang disyaki memiliki dadah berkenaan.

“Faktor yang menyebabkan golongan juvana ini terlibat dalam kes berkenaan disebabkan persekitaran serta terpengaruh dengan rakan dan golongan dewasa di sekeliling mereka.

“Manakala golongan wanita yang terlibat dalam kes seumpama ini kebanyakannya dipengaruhi oleh suami yang sudah lama terjerumus dalam kegiatan ini,” katanya.

Beliau mengharapkan kerjasama orang ramai dan peranan ibu bapa untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa mengenai kes pengedaran dadah yang berlaku di kawasan setempat.
SH

Ibu bapa mangsa tuntut ganti rugi



KOTA BHARU – Mahkamah Tinggi, semalam menangguhkan keputusan kes saman suami isteri terhadap Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) berjumlah lebih setengah juga kerana didakwa cuai hingga menyebabkan kematian anak mereka, enam tahun lalu.

Keputusan itu dibuat hakim Ahmad Zaidi Ibrahim selepas membenarkan permohonan defendan yang diwakili Peguam bela dan Peguam cara, Tetuan Nora, Noreha dan Hartini untuk penambahan hujah berkaitan kes.

Plaintif pertama, Fadzil Abdul Aziz, 48, dan isterinya Saloma Yaacob, 43, yang diwakili Peguam bela dan Peguam cara Tetuan Shaharudin, Hidayu dan Marwalis, akur dengan keputusan tersebut.

Dalam kejadian 11 Ogos 2005, Nursyazana Fadzil, 5, anak pasangan suami isteri dari Kampung Padang Mokkan, Peringat itu ditemui mati lemas selepas terjatuh ke dalam saluran kunci kawalan tali air seliaan Kada berhampiran kediamannya.

Menurut fakta tuntutan, mangsa menunggang basikal dari rumahnya menyeberangi titian tersebut menuju ke rumah jiran di seberang tali air, jam 4.30 petang.

Ketika mangsa menyeberanginya, disebabkan kecuaian dan kelalaian defendan pertama yang gagal memagarkan titian yang di bawah tanggungjawab kawalan, kelolaan dan senggara defendan tersebut hingga mangsa jatuh dan mati lemas dalam tali air itu pada hari yang sama.

Akibat kejadian itu, ibu bapa mangsa mengalami trauma, kejutan mental yang amat berat, perubahan personaliti, perubahan perangai, gangguan dan tekanan mental serta penderitaan yang teruk.

Ibu mangsa, Saloma (plaintif kedua) juga beberapa kali dirujuk ke pakar psikiatri kerana mengalami kemurungan yang berpanjangan.

Mereka menuntut ganti rugi Am dan Khas mengikut peruntukan Seksyen 7 (1) dan Seksyen 7 (3A) & (3B) Akta Undang-Undang Sivil 1956 dengan menamakan Pengurus Besar Kada sebagai defendan pertama dan Kada sebagai defendan kedua.

Tuntutan termasuk ganti rugi teladan berjumlah RM500,000, ganti rugi khas (pengebumian) sebanyak RM3,000, laporan polis dan bedah siasat RM170 serta ganti rugi lain. Mahkamah kemudian menetapkan 23 Februari ini sebagai tarikh keputusan.
SH

Gelombang benci agama





2011/02/10

ANGGOTA polis dan tentera membersihkan sekolah gereja yang dibakar pelampau agama di Temanggung, semalam.
ANGGOTA polis dan tentera membersihkan sekolah gereja yang dibakar pelampau agama di Temanggung, semalam.
Polis mula kawal luar gereja

JAKARTA: Polis Indonesia berkawal di luar gereja semalam selepas satu gelombang jenayah kebencian agama melanda penduduk republik ini, mengejutkan masyarakat umum dan mencetuskan kebimbangan antarabangsa.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, yang dikritik kerana gagal menghapuskan keganasan itu, mengarahkan polis dan tentera ‘berhabis-habisan’ menentang puak pelampau di sebalik rusuhan itu.
“Setiap individu perlu diberi jaminan perlindungan dan keselamatan, apa saja pegangan, etnik, agama, kaitan politik atau kerjaya mereka,” kata bekas jeneral yang lemah lembut dalam satu ucapan kepada gabenor wilayah.
“Siri keganasan perlu dihentikan. Saya sudah mengarahkan semua ketua rantau, komander serantau polis dan tentera untuk melancarkan tindakan habis-habisan bagi menghalang tindakan ganas itu daripada berulang.”

Imej Indonesia sebagai kubu ‘sederhana’ keharmonian antara kepercayaan beragama tercalar dengan beberapa kejadian buruk sejak beberapa bulan kebelakangan ini di tangan pelampau agama.

Gelombang jenayah kebencian menyasarkan penduduk Kristian dan minoriti lain memuncak Ahad lalu apabila ratusan penduduk yang berang membunuh dengan kejam tiga pengikut mazhab Ahmadiah di hadapan polis, yang tidak berbuat apa-apa untuk campur tangan.

Negara itu masih belum pulih daripada video mengejutkan serangan samseng apabila samseng lain menyerbu jalanan di Temanggung, Jawa Tengah kelmarin.
Kali ini polis memberi tindak balas dengan menembak gas pemedih mata dan tembakan amaran, namun sekali lagi mereka gagal menghentikan samseng terbabit daripada membakar dua gereja dan merosakkan sebuah sekolah Katolik ketika menuntut hukuman mati ke atas seorang penduduk Kristian lelaki yang dijatuhi hukuman penjara kerana menghina Islam.

Duta Amerika Syarikat, Scot Marciel, berkata Amerika ‘menyertai majoriti besar penduduk Indonesia dalam menyatakan kekesalan terhadap keganasan’ ke atas golongan Ahmadiah dan ‘kebimbangan’ terhadap pembakaran gereja di Jawa Tengah. – AFP
Berita Harian Online | Gelombang benci agama