Search This Blog

Wednesday, February 9, 2011

48 bunuh diri bagi setiap 100,000 rakyat Venezuela





2011/02/09

CARACAS: Pihak berkuasa Venezuela berkata, mereka mencatatkan 48 kes bunuh diri bagi setiap 100,000 rakyat di negara itu tahun lalu sekali gus menjadikan ia salah satu tempat paling berbahaya di Amerika Selatan.

Menteri Keadilan, Tarek El Aissami tidak mendedahkan jumlah sebenar ketika perbahasan dalam Dewan Negara semalam.
Bagaimanapun, beliau berkata, purata itu mengatasi jumlah biasa bagi rantau berkenaan dan menyifatkannya "sebagai amat tinggi".
Laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tahun lalu meletakkan kadar bunuh diri bagi Amerika Selatan ialah 20 bagi setiap 100,000 orang.

Kerajaan yang dipimpin Presiden Hugo Chavez tidak mengeluarkan statistik komprehensif bagi lima tahun tetapi pegawai berkata, sebelum ini lebih 12,000 kes bunuh diri bagi tempoh 11 bulan pertama 2010.

Venezuela mempunyai seramai 28 juta penduduk. - AP
Berita Harian Online | 48 bunuh diri bagi setiap 100,000 rakyat Venezuela

Kanak-kanak perempuan Kemboja mati akibat selesema burung





2011/02/09

PHNOM PENH: Seorang kanak-kanak perempuan Kemboja berusia lima tahun mati akibat selesema burung iaitu kematian pertama sejak awal tahun lalu, kata Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Kanak-kanak itu demam di sini pada 30 Januari lalu dan dibawa ke hospital dengan batuk dan sukar bernafas, kata kenyataan bersama kerajaan dan WHO.
Kanak-kanak itu mati pada 4 Februari lalu.
"Walaupun mendapat rawatan perubatan intensif, dia mati 12 jam selepas dimasukkan akibat komplikasi," katanya.

Kanak-kanak itu adalah orang ke-11 di negara itu yang dijangkiti virus H5N1 dan kematian kesembilan sejak 2003.

Kemboja berkata, mereka sedang mengesan rakan karib dan "mengambil langkah pencegahan seperti yang diperlukan."

Menteri Kesihatan, Mam Bun Heng meminta rakyat yang mempunyai tanda-tanda jangkitan penyakit itu selepas "mengunjungi orang mati atau haiwan sakit supaya mendapatkan rawatan." - AFP
Berita Harian Online | Kanak-kanak perempuan Kemboja mati akibat selesema burung

Lelaki mengamuk tetak polis ditembak mati di Bahau

Berita Harian Online | Lelaki mengamuk tetak polis ditembak mati di Bahau: "

2011/02/09

SEREMBAN: Seorang lelaki berusia 30-an yang mengamuk, ditembak mati selepas menetak bertubi-tubi seorang anggota polis berusia 50-an yang cuba mententeramkannya di Bahau, Jempol, semalam.

Kejadian berlaku jam 5 petang semalam di Taman Cempaka, Bahau."

4 maut stor pembuatan sofa terbakar di Puchong





2011/02/09

PUCHONG: Empat rentung dalam kebakaran stor pembuatan sofa yang hangus dijilat api di Taman Perindustrian Bandar Kinrara 1/19, Puchong, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, tiga terselamat dalam kejadian sekitar jam 1 pagi itu, yang mana tujuh pekerja sedang tidur di tingkat atas stor terbabit.
Mangsa yang didakwa terkunci dari luar berjaya diselamatkan apabila sebuah kereta peronda yang secara kebetulan melalui kawasan berkenaan bagi melakukan rondaan cegah jenayah.
Empat jentera bomba dengan 30 anggota dan pegawai dari Balai Bomba Bukit Puchong, Subang Jaya, Petaling Jaya dan Shah Alam bergegas ke lokasi sejurus menerima maklumat beberapa minit selepas itu.

Hasil pemeriksaan pihak bomba, dua mayat rentung dalam keadaan berpelukan ditemui; di mana satu mayat ditemui di bahagian tengah stor tingkat bawah manakala satu lagi mayat ditemui berhampiran dinding bahagian belakang stor iaitu mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri.

Mangsa warga tempatan dikenal pasti sebagai Bravo Kumar, 21, manakala identiti tiga lagi mangsa yang sedang dikenal pasti adalah warga Vietnam.

Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Berita Harian Online | 4 maut stor pembuatan sofa terbakar di Puchong

10 kematian membabitkan pengguna motosikal





2011/02/09

KUALA LUMPUR: Penunggang motosikal terus menjadi kumpulan tertinggi yang maut akibat kemalangan jalan raya semalam, yang juga hari ke-13 Ops Sikap ke-23.

Statistik yang dikeluarkan Polis Cawangan Trafik Bukit Aman, menerusi laman webnya menunjukkan 1,217 kemalangan direkodkan di seluruh negara semalam, yang membawa kepada 12 kematian dengan 10 daripadanya membabitkan penunggang motosikal.
Angka itu menjadikan 179 kematian direkodkan sejak operasi bermula pada 27 Januari lalu sehingga semalam, dengan 118 daripadanya membabitkan penunggang motosikal.
Jalan-jalan bandaran merekodkan angka kemalangan tertinggi dengan 552 kemalangan diikuti jalan persekutuan (284), jalan negeri (200), lebuhraya (100) dan jalan-jalan lain (81).

Sebanyak 12,981 saman dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan trafik semalam.
Ops Sikap ke-23 berakhir esok. - BERNAMA
Berita Harian Online | 10 kematian membabitkan pengguna motosikal

4 rentung dalam kebakaran di Puchong





2011/02/09

PETALING JAYA: Empat orang, tiga daripadanya rakyat Vietnam, rentung dalam kebakaran di sebuah stor pembuatan sofa di Taman Perindustrian Bandar Kinrara, Puchong dekat sini, awal hari ini.

Mereka yang maut dalam kejadian 1 pagi itu terdiri dari dua lelaki dan sepasang suami isteri. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang.
Rakyat Vietnam yang rentung itu dikenali sebagai Ma Van Ma, 26, dan Bao Van Kien, 28, serta seorang wanita Ngo Yen Tai Nhung, 35, manakala rakyat tempatan yang maut ialah B Prabu, 21.
Mayat suami isteri itu ditemui dalam keadaan berpelukan manakala satu mayat ditemui di tengah stor dan satu lagi ditemui di tepi dinding belakang, kata Pemangku Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Anuar Harun.

Beliau berkata, ketika kebakaran terdapat tujuh pekerja terdiri dari empat lelaki dan tiga wanita tidur di tingkat atas stor itu.

"Tiga daripada mereka termasuk dua wanita sempat keluar dari stor itu. Seorang daripadanya cedera ringan," katanya.

Beliau berkata, kebakaran itu disedari seorang daripada pekerja lelaki berkenaan yang hanya dikenali sebagai Deepak. Dia kemudian mendapatkan pertolongan daripada kereta peronda polis yang kebetulan membuat rondaan di kawasan itu.
"Anggota peronda terpaksa memecahkan rantai kunci di belakang stor itu bagi mengeluarkan mangsa kerana api marak terlalu cepat berikutan terdapat bahan mudah terbakar seperti span dan kayu dalam stor itu," katanya.

Beliau berkata empat jentera bersama 30 anggota bomba dan penyelamat dari balai Bukit Puchong, Subang Jaya, Petaling Jaya dan Shah mengambil masa kira-kira sejam untuk mengawal kebakaran. - BERNAMA
Berita Harian Online | 4 rentung dalam kebakaran di Puchong

Bapa tidak mengaku salah sembelih anak


2011/02/09

KOTA BAHRU: Seorang bekas pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan membunuh anaknya yang berusia tiga tahun dengan cara menyembelih menggunakan pisau pada 24 Ogos tahun lalu.

Muhaimi Sautar, 34, memohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Datuk Tuan Azman Abdullah.
Tuan Azman kemudiannya menetapkan 9 Mac ini untuk sebutan semula kes itu bagi membolehkan tertuduh mendapatkan peguambela.
Pada 2 September lalu, Mahkamah Majistret di sini memerintahkan supaya tertuduh dihantar ke hospital psikiatri untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mental, dan dia dihantar ke Hospital Bahagia di Tampoi, Johor.

Muhaimi didakwa membunuh anaknya Muhammad Adam Muzhaffar antara 11.45 pagi hingga 12 tengah hari di rumahnya di No 133, Jalan Atas Paloh, Kampung Sungai Budor di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Rehan Mohd Aris. - BERNAMA
Berita Harian Online | Bapa tidak mengaku salah sembelih anak

Ribuan penumpang KTM Komuter terkandas

Berita Harian Online | Ribuan penumpang KTM Komuter terkandas: "


2011/02/09

KUALA LUMPUR: Ribuan penumpang perkhidmatan KTM Komuter terkandas di semua stesen selepas bekalan elektrik untuk semua laluan terputus selama 30 minit sejak 6.35 petang tadi.

Menurut pengumuman Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB), gangguan bekalan elektrik itu disebabkan talian kuasa berhampiran Stesen Putra terputus.

Bagaimanapun, perkhidmatan di semua laluan kecuali ke Rawang dan Batu Caves pulih seperti biasa mulai 7.05 malam tadi."

Isteri redah api selamatkan suami uzur


2011/02/09

TANAH MERAH: Seorang isteri nekad menggadai nyawa dengan meredah api yang marak membakar rumahnya sebelum menyelamatkan suaminya, seorang warga emas, daripada rentung di Kampung Telaga Bijih, Batu Gajah, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian 7.29 pagi itu, mangsa Zakaria Taib, 80, yang sakit tua, bersendirian di rumah apabila isterinya, Minah Senik, 58, keluar menoreh getah.
Minah berkata, beliau menyedari kejadian itu apabila diberitahu penduduk kampung sebaik sahaja selesai bersarapan pagi di sebuah warung tidak jauh dari rumahnya sebelum ke kebun.
"Makcik yang terkejut kemudian segera berlari pulang kerana memikirkan pakcik berada di rumah seorang diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Minah berkata, sebaik tiba beliau terkejut apabila keadaan api marak hampir di seluruh rumah papannya itu dan tanpa memikirkan keselamatan diri segera merempuh masuk dan mengheret suaminya keluar.

"Ketika itu makcik hanya ingat nak selamatkan pakcik sebab pakcik memang tak kan mampu bangun sendiri...mujurlah tindakan makcik sempat menyelamatkan kami berdua di saat api sedang marak membakar," katanya sambil menambah bahagian belakang tubuh suaminya melecur.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Abdul Razak Abdul Rahman, berkata api yang marak dengan pantas menyebabkan rumah papan itu musnah. - BERNAMA
Berita Harian Online | Isteri redah api selamatkan suami uzur

Penolong jurutera maut dalam nahas lori


TERLALU SEBAK UNTUK BERKATA-KATA: (Dari kiri) Cik Sarah, adik Allahyarham Mohammed Faizal Kamsani, dan ibunya, Cik Kasmah Salleh, terharu mengenang kematian orang yang mereka sayangi, sedang isteri Allahyarham, Cik Azimah Adnan, cuba menghalang jurugambar daripada mengambil gambar jenazah. -- Foto M.O. SALLEH


SINGAPURA



Mengadu pada ibu terlalu penat kerana dikehendaki bekerja setiap hari

Oleh
Siti Farhana Shariff

SELALUNYA beliau hanya perlu bekerja lima hari seminggu, tetapi pada minggu lalu, Encik Muhammad Faizal Kamsani dikehendaki bekerja setiap hari.
Dan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pada pagi Ahad lalu, Encik Faizal, 29 tahun, terkorban dalam satu nahas jalan raya setelah beliau gagal mengawal lori yang dipandunya.Kejadian itu berlaku di Pasir Ris Drive 6 sekitar 9 pagi apabila lori tersebut dikatakan terbabas sebelum merempuh bendul jalan dan melanggar pili bomba.Ia kemudian terbabas ke arah beberapa pejalan kaki yang kebetulan sedang berada di kawasan tersebut.Paramedik yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan Allahyarham Faizal, seorang penolong jurutera AL Technologies Ptd Ltd dan bapa seorang anak, meninggal dunia sekitar 9.20 pagi.Seorang wanita Cina dalam lingkungan usia 50-an tahun yang dilanggar lori tersebut pula telah menerima rawatan luar di Hospital Besar Changi (CGH).Ibu Allahyarham, Cik Kasmah Salleh, yang ditemui Berita Harian di rumah besannya di Yishun Street 11, berkata anak sulungnya itu mengadu terlalu penat kerana tidak cukup rehat pada minggu tersebut.'Beliau serta isteri dan cucu saya datang ke rumah saya pada Tahun Baru Cina. Apabila kami sedang bersembang-sembang, beliau ada mengeluh juga yang beliau penat bekerja pada minggu itu sebab selalu pulang lewat malam.'Saya pesan kepadanya supaya berehat secukup-cukupnya dan kalau betul-betul tak boleh tahan berhenti sahaja,' ujarnya.Beliau juga menambah bahawa Allahyarham bukan sahaja mempunyai hasrat untuk tinggal di rumah sendiri, bahkan beliau dan isterinya telah pun membeli sebuah flat di kawasan Yishun.'Beliau memberitahu saya bahawa beliau teringin nak tinggal sendiri selepas empat tahun tinggal dengan ibu mentuanya.'Tapi pada masa yang sama, beliau mahukan sebuah rumah yang berdekatan dengan saya dan mentuanya.'Tinggal ambil kunci sahaja dalam masa sebulan dua ni, siapa sangka beliau pergi dahulu ' kata Cil Kasmah menahan sebak.Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Pusara Abadi semalam, sementara polis masih menjalankan siasatan.Cyberita Online Singapura

Pejalan kaki alami keretakan pada dua kaki

Cyberita Online Singapura: "SINGAPURA



PEJALAN kaki wanita yang terlibat dalam nahas melibatkan sebuah lori Ahad lalu mengalami kecederaan di kededua kakinya yang dikatakan retak, kata jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Wanita Cina berusia dalam lingkungan 50-an tahun itu dikatakan dilanggar lori yang dipandu Allahyarham Muhammad Faizal Kamsani di Pasir Ris Drive 6, sekitar 9 pagi.

Beberapa saksi memberitahu akhbar berbahasa Cina, Shin Min Daily News, bahawa wanita itu tidak sempat mengelak kerana beliau membelakangi lori tersebut.

Dalam kejadian tersebut, lapan orang yang berada di kawasan itu sama-sama mengangkat lori itu untuk 'membebaskan' kaki kanan wanita tersebut yang terperangkap di bawah tayar lori berkenaan.

Selain beliau, dua lagi pejalan kaki nyaris dilanggar lori tersebut.

Difahamkan salah seorang pejalan kaki itu ialah anak perempuan wanita tersebut yang dilihat berteriak untuk mendapatkan bantuan orang ramai.

Seorang saksi juga berkata, ada baiknya lori itu melanggar pili bomba kerana ia mengurangkan impak ke atas mangsa."

Bekas ketua tentera Filipina dipercayai bunuh diri




MANILA: Bekas ketua tentera Filipina semalam membunuh diri semasa beliau menziarahi kubur ibu bapanya.
Beliau dikatakan 'tidak keruan' setelah didakwa mengamalkan rasuah, kata pihak berkuasa dan rakan-rakannya.Jeneral Angelo Reyes, 65 tahun (gambar), yang juga pernah memegang jawatan setiausaha pertahanan Filipina dan beberapa jawatan kabinet lain, mati akibat sebutir peluru yang ditembak ke dadanya, menurut polis.Jurucakap polis kebangsaan Filipina berkata satu kenyataan rasmi mengenai bagaimana Jeneral Reyes mati akan dibuat selepas satu siasatan tetapi para penyiasat yang bertanggungjawab secara langsung dalam kes itu berkata ia adalah kes bunuh diri.'Laporan awal kami ialah bahawa beliau telah menembak dirinya sendiri,' kata ketua polis daerah timur Manila, Ketua Superintenden Francisco Manalo, kepada agensi berita AFP.Seorang penjaga kubur tempat ibu bapa Jeneral Reyes dikebumikan memberitahu sebuah stesen radio, DZBB, bahawa bekas ketua tentera itu telah menziarahi kubur berkenaan bersama anak-anak dan pengawal peribadi beliau pada pagi semalam.'Beliau meminta anak-anak dan pengawal peribadinya berjalan dahulu dan menunggu beliau dalam kereta.'Beberapa ketika kemudian, mereka mendengar bunyi tembakan dan beliau rebah ke tanah sambil memegang pistol,' kata penjaga kubur yang enggan namanya didedahkan itu.Jeneral Reyes menjadi tumpuan utama selepas seorang bekas pegawai bajet tentera minggu lalu mendakwa beliau mengambil wang yang diagihkan bagi pihak tentera semasa beliau menjadi ketua turus tentera pada 2000 dan 2001.Beliau menafikan dakwaan itu dan dijadualkan hadir dalam satu siasatan parlimen semalam untuk memberikan keterangan. -- AFP.Cyberita Online Luar Negara

Pelampau Muslim Indonesia bakar gereja

HUKUMAN RINGAN' KES HINA ISLAM CETUS RUSUHAN
TEMANGGUNG (Jawa Tengah): Sekumpulan perusuh membakar gereja dan bertempur dengan polis di Indonesia, semalam, sambil menggesa dijatuhi hukuman mati ke atas seorang lelaki yang didakwa menghina Islam, kata polis.
Kejadian itu berlaku selang dua hari selepas sekumpulan perusuh Muslim membunuh tiga anggota puak Ahmadiyah di negara yang sama.Semalam, sekumpulan perusuh Islam yang meluahkan perasaan marah membakar dua gereja selepas kurang senang dengan hukuman lebih ringan yang dikenakan ke atas Antonius Bawengan, 58 tahun.Sebuah gereja ketiga pula digeledah selepas sebuah mahkamah di bandar Temanggung, di wilayah Jawa Tengah, menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atas lelaki berkenaan, yang dituduh menyebarkan risalah menghina Islam, kata polis Indonesia.'Hari ini (semalam) adalah kemuncak perbicaraan itu... Para perusuh itu melaungkan bahawa dia harus menerima hukuman mati atau diserahkan kepada orang awam,' kata jurucakap polis wilayah Jawa Tengah, Encik Djihartono, kepada agensi berita AFP.Para pembantah itu melaungkan kata: 'Bunuh! Bunuh!', semasa berada di luar mahkamah, dan 'Bakar! Bakar!' semasa membakar gereja-gereja itu.Sekitar 1,500 pembantah membaling batu ke arah polis, yang bertindak balas dengan menggunakan gas pemedih mata dan tembakan amaran ke arah udara.Sebuah kenderaan polis dibakar, lapor agensi berita Antara News.Kejadian keganasan agama terbaru itu berlaku sedang pemerintah Indonesia menghadapi tekanan untuk menangani fahaman pelampau agama dan menunjukkan komitmennya terhadap kepelbagaian dalam masyarakatnya.Kumpulan-kumpulan hak asasi utama Ahad lalu mengecam tindakan sekumpulan perusuh beragama Islam terhadap puak Ahmadiyah di Jawa Barat dan menggesa agar diadakan siasatan segera terhadap kegagalan polis menghalang tindakan para perusuh itu.Mereka bersama Suruhanjaya bagi Kebebasan Agama Antarabangsa Amerika, sebuah badan bebas yang menasihati pemerintah Amerika, menggesa diadakan satu kajian semula ke atas peraturan yang dilihat sebagai menindas puak minoriti, seperti undang-undang perbuatan ingkar agama 1965.'Indonesia adalah sebuah negara yang bertoleransi, yang seharusnya tidak toleran terhadap kumpulan fahaman pelampau,' kata pengerusi suruhanjaya itu, Encik Leonard Leo, di Washington, semasa mengulas keganasan Ahad lalu.November lalu, Presiden Amerika, Encik Barack Obama, memuji Indonesia sebagai sebuah negara yang toleran semasa lawatan rasminya ke sana. -- AFP.Cyberita Online Luar Negara

Pemberontak Chechen mengaku serang lapangan terbang Moscow


MENGAKU BERTANGGUNGJAWAB: Ketua pemberontak Chechen, Doku Umarov, dalam sedutan video yang tidak bertarikh. -- Foto REUTERS


MENGAKU BERTANGGUNGJAWAB: Ketua pemberontak Chechen, Doku Umarov, dalam sedutan video yang tidak bertarikh. -- Foto REUTERS
MOSCOW: Ketua pemberontak Chechen, Doku Umarov, mengaku bertanggungjawab atas serangan bom di lapangan terbang utama Moscow bulan lalu yang membunuh 36 orang, selepas satu amaran lebih awal akan menjadikan 2011 tahun 'darah dan air mata'.
'Operasi ini atas perintah saya,' katanya dalam satu sedutan video yang disiarkan lewat kelmarin di lelaman Kavkaz Centre, merujuk kepada serangan nekad di lapangan terbang Domodedovo 24 Januari lalu.Umarov berkata dia melakukan perkara itu dengan tujuan menubuhkan satu negeri Islam yang bebas di Caucasus Utara.Katanya, serangan itu juga bagi membalas dendam ke atas 'jenayah Russia' di rantau itu. Beliau juga menekankan, ia sengaja dibuat di dewan ketibaan antarabangsa kerana sasarannya ialah orang asing.Aktivis hak asasi telah lama mengkritik muslihat dalam serbuan-serbuan ke atas militan di Caucasus Utara kerana terlalu ganas dan turut melibatkan orang awam.Minggu lepas, Umarov, yang menganggap dirinya pemimpin 'Amiriah Caucasus', satu pertubuhan yang cuba menyatukan pelbagai kumpulan dalam Caucasus Russia dan menubuhkan pemerintahan Islam, telah berikrar dalam satu tayangan video bahawa beliau akan membuat kacau-bilau di Russia tahun ini.Dalam video lewat Jumaat lalu di lelaman rasmi kumpulan itu, dia memberi amaran: 'Dengan izin Tuhan, kami akan jadikan 2011 tahun darah dan air mata bagi anda.''Anda harus sedar dan fikirkan,' kata Umarov, menggesa Russia supaya memaksa pemimpin mereka agar membebaskan rantau itu.Katanya, serangan itu akan berhenti selepas Russia berundur.Pegawai keselamatan Russia berkata serangan bom ke atas lapangan terbang Domodevodo itu dilakukan oleh seorang penagih dadah berusia 20-an tahun dari salah satu republik di Caucasus Utara.Satu sumber keselamatan Russia memberitahu agensi berita Interfax bahawa pemuda itu, Magomed Yevloyev, datang dari rantau Ingushetia yang bersempadankan Chechnya. -- AFP.Cyberita Online Luar Negara

Polis berkas suspek dalam kes langgar lari

SINGAPURA




POLIS telah memberkas seorang lelaki berusia 26 tahun kelmarin kerana dipercayai terlibat dalam satu kes langgar lari.
Menurut polis, dalam kejadian pada malam Khamis lalu itu, seorang lelaki berusia 33 tahun dilanggar sebuah kereta ketika beliau menyeberangi jalan di Ang Mo Kio Avenue 5 menuju ke Yio Chu Kang Road.Namun, pemandu terbabit dipercayai tidak memberhentikan keretanya selepas itu, sebaliknya lari meninggalkan tempat kejadian.Mangsa, yang mengalami kecederaan di kepala dan perut, kemudian dikejarkan ke hospital dengan ambulans dalam kejadian pada hari pertama Tahun Baru Cina itu sekitar 11.15 malam.Menurut kenyataan polis kelmarin, pihaknya telah menjumpai bahagian kecil bampar kereta, bahagian-bahagian kecil lampu depan yang pecah dan pelindung bawah kereta di tempat kejadian.Berdasarkan bukti-bukti yang diperolehi, sebuah pasukan polis trafik kemudian menjalankan operasi menjejak suspek terbabit.Hasil operasi itu, polis menemui sebuah kereta yang bamparnya rosak di Bedok North Avenue 3.Siasatan lanjut kemudian berjaya menjejaki suspek sekitar 4 petang kelmarin.Polis berkata, para pemandu yang terlibat dalam sesuatu kemalangan jalan raya dan meninggalkan tempat kejadian serta gagal memanggil ambulans jika mangsa tercedera boleh didenda tidak lebih $3,000 atau dijatuhi hukuman penjara tidak lebih 12 bulan jika ia merupakan kesalahan pertama.Bagi kesalahan kedua atau seterusnya, pesalah boleh dikenakan denda tidak lebih $5,000 atau dijatuhi hukuman penjara tidak lebih dua tahun.Cyberita Online Singapura

2 kedai runcit, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti digelidah



KEMAMAN 8 Feb. - Dua buah kedai runcit dan sebuah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Felda Neram Dua di sini, dipecah masuk malam kelmarin, menyebabkan sejumlah barangan makanan dan wang tunai yang kesemuanya bernilai lebih RM5,000 dilarikan pencuri.
Wang tunai yang dilarikan itu termasuk tabung makanan pelajar istimewa PDK lebih RM300.
Apa yang menghairankan, penceroboh turut meninggalkan tulisan 'Lanun tarbus, terima kasih dan makan malam' di papan puteh premis berkenaan.
Salah seorang peniaga kedai runcit yang menjadi mangsa, Zaid Din, 43, berkata, kejadian disedari anak perempuannya ketika hendak memulakan perniagaan pukul 8 pagi.
Katanya, anaknya itu kemudian terus menghubunginya dan hasil pemeriksaan mendapati berpuluh-puluh kartun rokok dan sejumlah wang tunai di dalam laci telah lesap.
"Apabila kedai dibuka, kami dapati sebahagian barangan termasuk rokok dan wang telah hilang, kami lalu membuat laporan di Balai Polis Bandar Ceneh Baru," katanya di sini semalam.
Katanya, dia mengesyaki pencuri terbabit memecah masuk kedainya melalui pintu belakang berdasarkan kesan umpil pada kunci pintu berkenaan.
Sementara itu, Penyelia PDK Felda Neram Dua, Zaini Muda, 45, berkata, dia terkejut apabila melihat semua barangan dalam kelas bertaburan melalui tingkap cermin sebelum membuka pintu.
Katanya, setelah melakukan pemeriksaan, dia mendapati sebuah tabung yang digunakan untuk menyimpan duit makanan pelajarnya telah hilang dan sebahagian barangan makanan pelajar turut dicuri.
"Setelah mendapati berlaku kecurian, kami membuat laporan di Balai Polis Bandar Ceneh baru kira-kira pukul 8 pagi," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdullah Sani Salat ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.Utusan Malaysia Online - Timur

4 ditahan kes pecah rumah




MOHD. Mokhtar Mohd. Shariff (kiri) menunjukkan senapang, peluru dan dadah yang dirampas pada sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 8 Feb. - Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita di sebuah rumah di Masai, dekat sini Rabu lalu kerana disyaki terlibat dalam sekurang-kurangnya 15 kes pecah rumah dan curi di sekitar negeri ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, dalam serbuan pukul 12.30 tengah hari di sebuah rumah di Kampung Pertanian, polis turut menemui selaras senapang, 108 butir peluru hidup, enam peket dadah jenis heroin dan sebungkus dadah ketamin.
"Selain itu, kita turut menemui dua plastik ganja, enam plastik syabu, telefon bimbit dan dua motosikal disyaki hasil curi kumpulan tersebut yang berusia antara 20 hingga 46 tahun," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.
Mohd. Mokhtar berkata, siasatan mendapati, ketiga-tiga suspek lelaki memiliki sembilan rekod jenayah melibatkan kes curi, menyimpan harta curi, menyembunyikan harta curi, pecah amanah dan pelbagai kesalahan lain.
''Malah salah seorang daripada mereka merupakan individu yang dikehendaki polis kerana terlibat dalam enam kesalahan lampau antaranya curi, pecah amanah dan pecah rumah,'' katanya.
Menurut Mohd. Mokhtar, kesemua suspek kini ditahan reman sehingga Selasa depan untuk membantu siasatan lanjut dan polis yakin mampu menyelesaikan sejumlah besar kes pecah rumah dengan tertangkapnya kesemua suspek ini.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Mohd. Mokhtar berkata, bagi kes narkotik, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12 (2), Seksyen 6 dan Seksyen 3 (1) akta yang sama.Utusan Malaysia Online - Johor

Guru bahasa Inggeris cuba rogol anak murid dijel 8 tahun



KOTA BHARU 8 Feb. - Akibat cuba merogol anak muridnya empat tahun lalu, seorang guru bahasa Inggeris berusia 54 tahun dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Nasir Abd. Rahman dari Gual Nering, Rantau Panjang turut dihukum penjara lima tahun kerana cuba mencabul kehormatan anak muridnya itu yang berusia 15 tahun ketika kejadian.
Bukan itu sahaja, tertuduh juga dihukum penjara tiga tahun lagi atas kesalahan memiliki gambar lucah yang disimpan dalam telefon bimbit dan komputer riba kepunyaannya.
Hakim Zainal L. Salleh bagaimanapun memerintahkan kesemua hukuman itu berjalan serentak dan ini bermakna tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara lapan tahun.
''Sebagai seorang pendidik, kamu telah lakukan perbuatan jijik terhadap anak murid kamu.
''Kamu didapati bersalah dan hukuman perlu setimpal dengan apa yang dilakukan agar dapatmenyampaikan mesej kepada masyarakat,'' tegas Zainal dalam keputusannya.
Namun mahkamah membenarkan permohonan tertuduh untuk menggantung pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan selesai di Mahkamah Tinggi selain lelaki itu diizinkan diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.
Mengikut pertuduhan pertama, Nasir didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan mangsa di bilik unit peperiksaan sebuah sekolah menengah di Rantau Panjang pada pukul 3.30 petang, 16 Mac 2007.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa cuba merogol anak muridnya itu di sebuah rumah beralamat PT 1832 Kampung Gual Nering pada pukul 12 tengah hari, 14 April 2007.
Nasir turut menghadapi pertuduhan ketiga iaitu didakwa memiliki gambar lucah dalam telefon bimbit jenis Nokia N90 dan komputer riba jenis Acer berwarna perak di Balai Polis Rantau Panjang pada pukul 11.25 malam, 24 April 2007.
Terdahulu, peguam bela tertuduh, Shamsul Baharin Abdullah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang minimum memandangkan anak guamnya sudah agak berusia untuk menjalani hukuman penjara bagi tempoh yang lama.
''Tertuduh juga satu-satunya yang menyara keluarga. Isterinya yang merupakan warganegara Thailand tidak bekerja dan hidup sebatang kara. Mereka mempunyai anak angkat berusia dua tahun,'' katanya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nooriah OsmanUtusan Malaysia Online - Mahkamah

Penuntut dakwa disihir sehingga bernikah tanpa kerelaan



KUALA LUMPUR 8 Feb. - Prosiding kes pengesahan nikah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini membabitkan seorang penuntut universiti yang mendakwa dirinya disihir sehingga bernikah tanpa rela dengan seorang lelaki Pakistan, dikejutkan dengan tindakan wanita itu menampar lelaki berkenaan berkali-kali.
Yani Yuhana Mohd. Zambri, 25, yang menuntut di sebuah universiti di United Kingdom bertindak demikian selepas pemohon, Muhammad Kamran Babar Nazir Khan, 46, selesai memberi keterangan berhubung majlis akad nikah yang didakwa berlaku di Sadiqadad Raw, Pakistan pada April 2009.
Kejadian berlaku ketika Yani Yuhana yang sedang berjalan keluar melalui hadapan tempat duduk Muhammad Kamran tiba-tiba naik angin lalu menampar muka lelaki itu berulang kali dengan tangan dan fail yang dibawanya sambil memarahi warga asing tersebut.
Pada masa yang sama, ibu Yani Yuhana yang duduk di galeri awam bertindak mengambil fail berkulit keras dan cuba melemparkannya ke arah pemohon namun tersasar lalu mengenai kepala peguam syarie, Ismanizam Ismail yang mewakili Muhammad Kamran.
Hakim Syarie, Abdul Walid Abu Hassan yang turut menyaksikan kejadian itu kemudian mengarahkan anggota polis supaya mengawal keadaan apabila ayah Yani Yuhana yang berada di luar turut masuk ke dalam mahkamah dengan membawa sebatang tongkat sambil memarahi pemohon dan saudara-maranya yang hadir.
Prosiding hari ini ditetapkan untuk keputusan pengesahan nikah pasangan itu namun Abdul Walid menyatakan, beliau memerlukan keterangan dan bukti yang cukup sebelum membuat keputusan.
Abdul Walid kemudian mengarahkan Yani Yuhana selaku responden yang diwakili peguam syarie, Othman Mohd. Noor supaya mengemukakan bukti-bukti daripada pakar dalam bidang tersebut bagi mengesahkan dia disihir.
Beliau kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 7 April ini bagi mendengar keterangan daripada pihak responden dan soal balas terhadap keterangan pemohon.
Kata Abdul Walid, sekiranya responden tidak mengemukakan bukti itu, mahkamah akan merujuk kepada satu hadis dengan memberi peluang kepada pemohon mengangkat sumpah bahawa dia tidak menyihir responden.
Selain itu, mahkamah meminta pihak responden mengemukakan sebarang dokumen dari kerajaan Pakistan berkaitan majlis pernikahan tersebut.
Permohonan pengesahan nikah difailkan oleh Muhammad Kamran yang merupakan ahli perniagaan tekstil di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 26 April tahun lalu.
Pemohon dalam keterangannya hari ini mendakwa, dia dan Yani Yuhana dinikahkan secara rela oleh seorang pendaftar nikah bernama Hafiz Rahman dengan tiga kali lafaz berserta mahar RM350.
Katanya, responden sendiri telah menandatangani borang nikah selepas akad nikah selesai.Utusan Malaysia Online - Mahkamah

Pecah amanah saham RM1.5j: Pesakit kanser dijel tiga tahun



KUALA LUMPUR 8 Feb. - Seorang pesakit kanser kolon hanya mampu menundukkan kepalanya sebaik sahaja dijatuhi hukuman penjara tiga tahun setelah didapati bersalah melakukan pecah amanah saham bernilai RM1.5 juta milik sebuah yayasan guru, 16 tahun lalu.
Ahli keluarga tertuduh, Mohd. Nasir Abd. Samad, 60, yang berada di galeri awam Mahkamah Sesyen di sini turut dilihat sugul apabila mendengar keputusan di akhir kes pembelaan tersebut.
Hakim Rozana Ali Yusof bagaimanapun tidak membuat sebarang keputusan berhubung permohonan tertuduh untuk menggantung pelaksanaan hukuman itu sebaliknya meminta peguam bela, N. Lalitha yang mewakili tertuduh memfailkan notis rayuan terlebih dahulu.
Rozana memutuskan demikian selepas mendapati pembelaan tertuduh dan seorang lagi saksi gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah.
''Awak dikira bernasib baik kerana telah melangkaui umur 50 tahun, kalau tidak, adalah mandatori hukuman sebat dikenakan,'' ujar hakim tersebut.
Pada 7 Ogos 2007, Mohd. Nasir yang merupakan juru perunding bagi Yayasan Permodalan Guru Kebangsaan Bhd. (kini Yayasan Guru Malaysia Bhd.) didakwa telah melakukan pecah amanah ke atas 498,000 unit saham Pacific & Orient Bhd. (P&O) milik pertubuhan itu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di antara Oktober dan Disember 1995 di pejabat syarikat miliknya, Keluangsa Sdn. Bhd., Suite 901, Tingkat 9, Pernas International, Jalan Sultan Ismail di sini.
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Asma Ahmad mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda.
Sewaktu mengemukakan rayuan, tertuduh menyatakan bahawa dia perlu mendapatkan rawatan perubatan bagi penyakitnya malah dia dijadualkan untuk menjalani pemeriksaan doktor pada 11 Februari ini.
Mohd. Nasir yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di salah sebuah universiti tempatan turut menanggung enam anak termasuk dua daripadanya masih bersekolah.
Dia turut memohon agar tidak dikenakan sebarang denda.
Rayuan tersebut bagaimanapun dibantah oleh Nor Asma atas alasan kepentingan awam perlu diutamakan di samping kerugian yang terpaksa ditanggung oleh yayasan terbabit.
Selain itu, mahkamah membuat keputusan selepas satu perbicaraan penuh dijalankan dan sebanyak 11 saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula sejak 20 Oktober tahun lalu, katanya.Utusan Malaysia Online - Mahkamah

Pengarang Sukan Utusan disamun, kereta dilarikan 4 penjenayah



KUALA LUMPUR 8 Feb. - Pengarang Sukan Utusan Malaysia, Meor Harman Meor Shakri melalui detik-detik mencemaskan setelah disamun empat lelaki menggunakan taktik melanggar belakang kereta berhampiran Plaza Tol Rawang, dekat sini awal pagi ini.
Dalam kejadian pukul 1 pagi itu, kereta mangsa Honda Civic dilarikan penjenayah terbabit yang salah seorang daripadanya bersenjatakan parang.
Modus operandi serupa turut menimpa seorang wartawan akhbar Guan Ming kira-kira tiga bulan lalu, di salah sebuah kawasan perumahan di Rawang, mengakibatkan mangsa juga kehilangan kereta dan barangan berharga yang lain.
Menurut Meor Harman, ketika kejadian beliau dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Country Homes.
Bagaimanapun semasa tiba di Kilometer 446, beliau dihampiri sebuah kereta Mitsubishi berwarna cerah yang mengekorinya dengan rapat sebelum keretanya tiba-tiba dilanggar dari belakang.
Jelasnya, beliau tidak memberhentikan keretanya itu walaupun kereta suspek berbuat demikian dan menyala-nyalakan lampu memintanya melakukan perkara sama.
"Saya hanya memberhentikan kereta di kawasan yang terang iaitu dua kilometer sebelum plaza tol itu lalu menelefon talian kecemasan 999. Selepas itu saya dihampiri seorang lelaki berusia awal 20-an.
"Suspek kelihatan seperti mabuk dan memohon tidak dilaporkan kepada polis kerana melanggar kereta saya, namun saya curiga dan minta diselesaikan dengan kehadiran pihak berkuasa," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini hari ini.
Jelas Meor Harman lagi, mulanya beliau menjangkakan suspek ingin melarikan diri setelah masuk semula ke dalam kenderaannya itu.
Namun, jelas beliau, jangkaannya silap apabila suspek itu meletakkan kenderaan mereka di hadapan keretanya.
"Ketika itulah suspek terbabit keluar bersama rakannya serta memaki-hamun saya. Rakannya itu tiba-tiba mengeluarkan parang yang diacu-acukan di leher saya.
"Saya terkejut dan sempat mengelak dengan berundur hingga ke belakang kereta. Suspek yang berpura-pura mabuk tadi lalu masuk dalam kereta saya dan melarikannya.
"Suspek yang memegang parang itu pula melarikan diri dengan memandu kereta mereka," jelasnya lagi.
Difahamkan, terdapat dua lagi lelaki berada di dalam kereta suspek.
Kata Meor Harman, dia ditinggalkan keseorangan di lebuh raya terbabit dan terpaksa menumpang seorang lelaki bermotosikal untuk ke Plaza Tol Rawang bagi meminta bantuan.
Katanya, secara kebetulan dia bertemu dengan seorang peronda polis bermotosikal di tol itu yang kemudian meminta bantuan peronda polis Bukit Aman untuk dibawa ke Balai Polis Rawang.
"Apa yang saya terkilan pihak berkuasa lambat menghantar bantuan sedangkan hampir sejam yang lalu, saya telah menelefon panggilan kecemasan 999 empat kali, iaitu sebelum keluar dari kenderaan lagi," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika ditemui hari ini mengesahkan kejadian tersebut.
Mengulas tentang kelewatan pihak berkuasa di lokasi kejadian, katanya, panggilan kecemasan 999 yang dihubungi mangsa tidak akan terus disambung kepada polis di kawasan tersebut.
"Oleh itu, kita amat berharap orang ramai terus menghubungi bilik gerakan jika ada kecemasan kerana dengan cara ini, mereka akan berhubung terus dengan polis di kawasan setempat dan menghantar bantuan secepat mungkin," ujarnya.Utusan Malaysia Online - Jenayah

Pelajar mati jatuh bangunan sekolah



MELAKA 8 Feb. - Seorang pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kota, Air Leleh di sini ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat dua bangunan sekolah itu hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 pagi itu, mangsa yang merupakan pelajar tingkatan 5A sedang mengikuti pelajaran Kimia di makmal tingkat satu Blok C sekolah berkenaan.
Sally Lee Qian Chun, 17, bagaimanapun dilihat melarikan diri ke kelasnya yang terletak di tingkat dua bangunan tersebut dan memanjat beranda, sebelum ditemui mati di tingkat bawah bangunan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman berkata, setakat ini, kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun siasatan lanjut dari pelbagai sudut sedang dijalankan.
"Mayat mangsa yang merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu, tinjauan sehingga pukul 11.30 pagi ini di sekolah itu mendapati, kesemua pelajar sekolah yang mempunyai 906 pelajar itu telah diarahkan berkumpul di dewan perhimpunan terbuka sekolah.
Seorang guru sekolah tersebut turut dilihat memberi taklimat kepada semua pelajar yang menghadapi masalah supaya merujuk kepada guru kaunselor bukannya dengan cara menggunakan laman sosial untuk melepaskan tekanan.
Dalam pada itu, keluarga mangsa yang berasal dari Jalan Johor, Semabok di sini ketika ditemui enggan memberikan sebarang komen.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam turut meluangkan masa melawat sekolah tersebut.Utusan Malaysia Online - Jenayah

Ibu, anak maut jatuh pangsapuri




Anggota polis memeriksa mayat kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang tercampak dari tingkat 6 pangsapuri di Seri Kembangan, Selangor, semalam.


KUALA LUMPUR 8 Feb. - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut dalam keadaan tragis selepas tercampak dari tingkat enam sebuah pangsapuri ketika didukung oleh ibunya di Seri Kembangan dekat sini hari ini.
Tidak lama selepas insiden itu, ibu kanak-kanak tersebut yang berusia 35 tahun dan dipercayai mengalami masalah mental pula menemui ajal selepas dikatakan terjatuh dari tingkat 11 pangsapuri berkenaan.
Insiden tragis yang berlaku di Pangsapuri Aman, Jalan SK 6/1, pada pukul 12 tengah hari itu mengakibatkan ibu dan anak tersebut mati di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias ketika ditemui di tempat kejadian berkata, pihaknya percaya wanita itu hilang pertimbangan dan bertindak sedemikian ketika suaminya keluar untuk membaiki cermin keretanya yang pecah di bengkel berhampiran.
"Mayat dua beranak itu ditemui di dua lokasi berasingan di pangsapuri berkenaan. Mayat kanak-kanak itu ditemui selepas terjatuh dari tingkat enam Blok A manakala ibunya ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat 11 Blok B bersebelahan.
"Kedua-dua mereka cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian. Polis masih menyiasat punca kejadian itu dan kita menunggu laporan bedah siasat sebelum mengesahkan punca kematian," katanya sambil memberitahu mayat mereka dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Sementara itu, suami wanita tersebut yang hanya dikenali sebagai Chong, 40-an, memberitahu, dia tidak menyangka akan kehilangan dua ahli keluarga serentak.
"Sebelum kejadian, saya memaklumkan kepada isteri, saya hendak pergi membaiki cermin kereta kami yang pecah.
"Namun, isteri saya tidak membenarkan saya membawa anak tunggal kami itu dengan berkata, dia tidak mahu makan jika saya bawanya bersama," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Menurut pekerja sebuah kilang kasut itu, dia kemudian pergi ke sebuah bengkel pada pukul 11.30 pagi selepas menjemput anaknya dari tadika dan meninggalkannya bersama isteri.
Sebaik sahaja pulang dari bengkel pada pukul 12.30 tengah hari, dia melihat orang ramai berkerumun di persekitaran kawasan perumahan itu dan terkejut apabila mendapati isteri dan anak tunggalnya itu sudah tidak bernyawa lagi.
Keluarga itu difahamkan menyewa sebuah rumah di tingkat dua pangsapuri itu sejak 10 tahun lalu.
Sementara itu, rakan kepada Chong yang dikenali sebagai Ling memberitahu, dia percaya kejadian itu berpunca daripada masalah mental yang dialami wanita tersebut.
Menurutnya, wanita itu bergantung kepada ubat untuk mengawal penyakit yang dialaminya sebelum pasangan itu berkahwin dan dikurniakan seorang anak.
Malah, katanya, wanita itu sebelum ini ada menyatakan hasrat kepadanya untuk membunuh diri.Utusan Malaysia Online - Jenayah

Polis Eropah lumpuh kegiatan seludup warga Vietnam

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

09/02/2011 3:04am

THE HAGUE 9 Feb. – Polis Eropah berjaya melumpuhkan kegiatan penyeludupan imigran Vietnam selepas 35 ahli kumpulan antarabangsa itu ditangkap dalam satu serbuan bersama di Jerman, Perancis, Republik Czech, Hungari dan Britain.

Beratus-ratus pegawai terlibat dalam serbuan subuh hari dan berjaya merampas peralatan komputer dan telefon bimbit.

“Polis dari lima negara mengambil bahagian menentang rangkaian penjenayah canggih yang terlibat dalam pemerdagangan rahsia imigran, kebanyakannya rakyat Vietnam,” kata agensi penguatkuasa undang-undang Eropah, Europol dan Eurojust dalam satu kenyataan bersama.

Seramai 19 orang ditangkap di Perancis, lapan di Jerman dan selebihnya di tiga negara lain yang terbabit.

Sejak September lalu, seramai 22 suspek telah ditahan kerana terlibat dalam pemerdagangan 72 rakyat Vietnam dari Jerman ke Britain melalui Belgium atau Perancis.

Mereka membayar sehingga 3,000 euro (RM12,374) untuk memasuki Jerman, selalunya melalui Moscow. Mereka akan dibawa masuk ke Britain dengan harapan dapat menyertai komuniti Vietnam yang besar di sana, kata kenyataan itu. - AFP"

Suspek pecah rumah ditahan




JOHOR BAHRU – Polis berjaya memberkas empat orang termasuk seorang wanita dipercayai suspek kes pecah rumah dalam satu serbuan di Kampung Pertanian, Masai pada 2 Februari lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, penahanan kesemua suspek itu turut menemui 108 butir peluru senapang patah dan sebatang besi laras senapang berukuran lebih kurang dua kaki lima inci yang dilaporkan hilang pada Ogos tahun lalu di Terengganu.

Menurutnya, kesemua suspek berusia antara 20 hingga 43 tahun kini masih ditahan reman sehingga Isnin depan untuk membantu siasatan.

“Semakan rekod mendapati tiga dari empat suspek itu mempunyai rekod lampau di mana seorang dari mereka pernah ditahan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) di Batu Gajah.

“Suspek pertama mempunyai satu jenayah lampau manakala seorang lagi mempunyai lima rekod,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Kontinjen Johor (IPK), di sini semalam.

Beliau berkata, hasil siasatan yang dijalankan, pihak polis percaya telah dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 15 kes pecah rumah dan curi.

Mohd Mokhtar memberitahu, barang-barang yang turut dirampas termasuk enam paket plastik disyaki heroin anggaran berat 31.5 gram, satu :bungkusan dipercayai ketamin dengan anggaran berat 12.4 gram, dua plastik mengandungi daun kering disyaki dadah ganja seberat 6.5 gram dan enam plastik syabu anggaran berat 1.3 gram.

Jelasnya, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 8 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya

“Manakala bagi kes narkotik pula akan disiasat di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1953 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Suspek juga akan disiasat di bawah Seksyen 12 (2) ADB dan jika sabit kesalahan penjara tidak melebihi lima tahun atau denda tidak lebih daripada RM100,000 atau kedua-duanya," katanya.

Selain itu kata Mohd Mokhtar, suspek juga akan dibicara di bawah Seksyen 6 ADB dan jika sabit kesalahan akan dipenjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak kurang RM20, 000 atau kedua-duanya sekali.

“Pertuduhan keempat pula akan di siasat di bawah Sekseyn 3 (1) Akta Penagih Dadah dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.
SH

Polis sapu geng samun




JOHOR BAHRU – Kelicikan Geng Alip yang dipercayai melakukan 21 kes samun sekitar bandar raya ini sejak tiga bulan lalu berakhir apabila polis berjaya menahan enam lelaki dalam satu serbuan di sebuah rumah di Skudai Kiri, di sini semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kesemua suspek berumur di antara 19 hingga 26 tahun telah ditangkap di rumah itu kira-kira jam 12.20 tengah hari.

Menurutnya, tangkapan itu turut menemui semula beberapa barang milik mangsa-mangsa samun berserta wang tunai bernilai RM690 dan dua paket kecil dipercayai berisi dadah jenis syabu.

“Antara barang yang dirampas adalah sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis yang dipercayai digunakan ketika menyamun sebuah kereta dan sebuah motosikal.

“Selain itu, tiga telefon bimbit, tiga kad pengenalan, dua lesen memandu, empat kad pengeluaran wang ATM, empat buku bank dan beberapa barang lain turut ditemui bersama mereka,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor (IPK) di sini semalam.
SH

Polis sapu geng samun




JOHOR BAHRU – Kelicikan Geng Alip yang dipercayai melakukan 21 kes samun sekitar bandar raya ini sejak tiga bulan lalu berakhir apabila polis berjaya menahan enam lelaki dalam satu serbuan di sebuah rumah di Skudai Kiri, di sini semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kesemua suspek berumur di antara 19 hingga 26 tahun telah ditangkap di rumah itu kira-kira jam 12.20 tengah hari.

Menurutnya, tangkapan itu turut menemui semula beberapa barang milik mangsa-mangsa samun berserta wang tunai bernilai RM690 dan dua paket kecil dipercayai berisi dadah jenis syabu.

“Antara barang yang dirampas adalah sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis yang dipercayai digunakan ketika menyamun sebuah kereta dan sebuah motosikal.

“Selain itu, tiga telefon bimbit, tiga kad pengenalan, dua lesen memandu, empat kad pengeluaran wang ATM, empat buku bank dan beberapa barang lain turut ditemui bersama mereka,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor (IPK) di sini semalam.
SH

Zubaidah redha pemergian suami



TIKAM BATU – Isteri mangsa lemas Siti Zubaidah Khalid, 26, terkejut sejurus menerima berita penemuan mayat suaminya, Mohamed Rafas Mohd Yusoff, 27, pada jam 4 pagi semalam, ketika dimaklumkan oleh ibu saudaranya.

Menurutnya, dia tidak sangka dengan penemuan mayat suaminya itu yang dikhuatiri lemas di Sungai Muda sejak Ahad lalu, kerana sebelum ini dia masih berharap bahawa suaminya masih hidup.

“Sebelum ini, saya tidak merasakan sesuatu yang buruk menimpa suami saya, perasaan saya kuat mengatakan bahawa dia masih lagi bernyawa dan akan kembali ke pangkuan saya.

“Setelah saya melihat sendiri mayatnya pagi tadi (semalam), barulah saya sedar dan menerima hakikat bahawa dia telah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam di rumahnya di Kampung Pulau Sepom di sini, selepas upacara pengebumian Mohamed Rafas.

Siti Zubaidah berkata, suaminya merupakan seorang yang pendiam dan selalu berkongsi masalah dengannya.

“Dia pernah berjanji tidak akan meninggalkan saya sehingga ke akhir hayat, tetapi apa boleh buat, Tuhan lebih menyayanginya.

“Saya akan terus bekerja untuk menyara hidup saya dan anak kami yang bakal lahir ini, saya akan menjaganya sebaik mungkin tanda kasih sayang saya kepada suami,” katanya yang kini hamil empat bulan.

Dalam perkembangan sama, Siti Zubaidah akan terus tinggal di rumah mereka yang terletak di Kampung Pulau Sepom dan ditemani adiknya.

Katanya, suaminya memang gemar ke pantai dan sungai untuk beristirehat dan pernah di suatu hari ketika mereka ke Batu Feringhi, Pulau Pinang, dia mengambil wuduk dan bersolat di situ.

“Mungkin dia mahu mengambil wuduk di Sungai Muda lalu tergelincir ke dalam sungai.

“Pernah sekali saya melarangnya kerana dia berdiri terlalu hampir dengan sungai,”katanya.

Sementara itu, semalam Sinar Harian melaporkan mengenai Mohamed Rafas yang dipercayai lemas di Sungai Muda setelah bapanya, Mohd Yusoff Badruddin, 59, menjumpai baju, kasut, dompet dan motosikal milik Mohamed Rafas di tebing Sungai Muda selepas keluar rumah, Ahad lepas.

Operasi mencari dan menyelamat oleh Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani dan Tikam Batu dimulakan sejak pagi kelmarin, namun mayat Mohamed Rafas dijumpai jam 3 pagi semalam dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pulau Sepom kira-kira jam 11 pagi, semalam.
SH

Penangan hutang ah long, penjara sepanjang hayat



POKOK SENA - Tidak ada hala tuju, sentiasa dikejar oleh ah long siang dan malam yang menuntut jumlah hutang sebanyak RM70,000 menyebabkan seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Leong nekad mengambil jalan singkat.

Dia bertindak menyamun sebuah kedai emas di Kuala Sanglang, Perlis kira-kira 12 tahun lalu bagi melangsaikan hutang itu.

Rompakan bersenjata yang cuba dilakukan secara bersendirian itu berjaya, namun dalam tempoh hanya tiga hari sahaja jejaknya dikesan dan diberkas polis.

Lelaki yang berasal dari Kangar, Perlis itu berkata, gara-gara meminjam sebanyak RM40,000 daripada ah long dia tidak menyangka terpaksa membayar hampir seganda dari jumlah pinjamannya itu.

Duda berumur 40 tahun itu menjawab setiap pertanyaan daripada wartawan dengan baik, namun di setiap jawapan yang keluar daripada mulutnya nyata tersurat rasa penyesalan yang tidak mampu diterjemahkan dengan kata-kata.

Menurutnya, dia bersyukur kerana sepanjang 12 tahun menjalani hukuman penjara, keluarganya langsung tidak meminggirkannya walaupun tahu dia menjalani hukuman penjara sepanjang hayat.

“Dahulu langsung tidak terfikir sanggup melakukan secara bersendirian, namun saya terdesak kerana setiap hari dikacau oleh ah long yang meminta saya menjelaskan hutang.

“Disebabkan tidak ditahan diganggu, saya nekad untuk melakukan rompakan bersenjata, walaupun berjaya tetapi akhirnya saya diberkas juga tiga hari selepas kejadian,” katanya kepada Sinar Harian.

Ah Leong berkata, semasa berada dalam penjara barulah dia mengerti nilai kehidupan yang memaksanya berpisah dengan keluarga, masyarakat di sebalik tembok dan tirai besi penjara.

Menurutnya, dia tidak menafikan setiap malam teringat akan kenangan manis bersama keluarga, sahabat dan masyarakat sebelum ini.

“Saya menjalani hukuman penjara sepanjang hayat dan hanya menunggu dan mengharapkan mendapat keampunan daripada Sultan. Tidak tahu sampai bila akan berada di sini ataupun mungkin sepanjang hayat berada di sini,” katanya.

Ah Leong adalah salah seorang daripada 14 banduan yang diraikan pada Program Perjumpaan Bersemuka Tahun Baru Cina Peringkat Penjara Pokok Sena, di sini.

Program yang dimulakan dengan tarian singa mengiringi pertemuan 14 banduan dengan keluarga masing-masing yang kelihatan begitu ceria menceritakan perkembangan terbaru di antara satu sama lain.

Hal yang sama turut dilalui seorang banduan lelaki yang mahu dikenali sebagai Ah Chai yang dijatuhi hukuman penjara selama 13 tahun kerana kesalahan mengedar dadah.

Disebabkan mahu mendapatkan wang dengan cara mudah, Ah Chai, 36 sanggup mengambil risiko untuk berbuat demikian. Namun, ternyata kelibat dan kepandaiannya akhirnya dapat ditumpaskan pihak Polis.

Ah Chai juga menggunakan peluang yang ada untuk bermesra bersama ibu dan keluarganya, malah sempat menyuapkan limau kepada ibunya, Ah Siau, 74. Ternyata lelaki itu begitu merindui ibu dan ahli keluarga lain.

“Kerana memikirkan bahawa dengan mengedar dadah dapat mencari wang dengan mudah, saya menjadi seronok sehingga lupa bahawa dadah adalah musuh kepada negara dan akhirnya tumpas dan menjalani hukuman tujuh tahun di dalam penjara.

“Saya tidak sabar untuk bebas dan melalui kehidupan ceria bersama ibu dan keluarga,” katanya.

Timbalan Pengarah Penjara Pokok Sena, Zawari Abd Rashid berkata, banduan berkenaan adalah yang terpilih, berdisiplin dan sentiasa mengikuti arahan semasa menjalani hukuman di penjara.

Menurutnya, perjumpaan bersama keluarga sentiasa diadakan pada setiap sambutan perayaan dan melibatkan semua kaum.

“Penghuni yang memberikan kerjasama dan menunjukkan disiplin yang tinggi akan diberi peluang berjumpa dengan keluarga masing-masing. Ini adalah salah satu proses pemulihan dan mereka juga dilihat mempunyai harapan untuk dipulihkan.

“Pada waktu sama kita mahu banduan lain mengikuti contoh yang sama sekiranya mahu berjumpa dengan keluarga secara bersemuka dan program seumpama ini diadakan sejak beberapa tahun yang lalu,” katanya
SH