Search This Blog

Tuesday, February 8, 2011

Serang pengikut Qadiani: 8 ditangkap

myMetro | Serang pengikut Qadiani: 8 ditangkap: "


JAKARTA: Video mengenai serangan yang meragut nyawa tiga pengikut fahaman Qadiani mula beredar semalam, menunjukkan penduduk kampung memukul dan merejam mangsa hingga mati.

Kejadian itu, membabitkan lebih 1,000 penduduk menyerang sebuah rumah di Jawa Barat Ahad lalu bagi melarang pengikut ajaran itu daripada melakukan upacara akegamaan mereka, dikecam oleh kerajaan dan aktivis hak asasi.


Rakaman serangan yang berlaku pada awal ‘minggu harmoni antara agama’ di negara itu, menunjukkan polis tidak bertindak untuk menghentikan serangan.

Pengikut Qadiani itu dilihat dipukul dan direjam hingga mati dalam lumpur di luar rumah berkenaan.


Jurucakap polis, Boy Rafli Amar berkata, lapan orang ditahan untuk disoal siasat tetapi belum ada yang didakwa.


Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengarahkan polis menangkap penyerang terbabit dan mengheret mereka ke mahkamah jika perlu. - AFP"

Bekas perunding dipenjara tiga tahun kerana pecah amanah



KUALA LUMPUR - Seorang bekas perunding hari ini dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah melibatkan 498,000 unit saham P&O (Pacific & Orient Berhad) bernilai RM1.5 juta.

Hakim Rozana Ali Yusoff membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap Mohd Nasir Abd Samad, 60.

Bagaimanapun, Mohd Nasir yang mempunyai enam anak itu bernasib baik tidak dikenakan hukuman sebatan berikutan faktor umur.

Terdahulu, permohonan peguam bela Lalitha Nagamuthu, yang mewakili Mohd Nasir, untuk penangguhan pelaksanaan hukuman ditolak Rozana, yang mengarahkannya memfailkan permohonan terlebih dahulu.

Mohd Nasir didakwa melakukan kesalahan itu ketika bertugas sebagai perunding Yayasan Pemodalan Guru Kebangsaan Berhad (kini dikenali sebagai Yayasan Guru Malaysia Berhad).

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Keluarga Sdn Bhd Suite 901, Tingkat 9, Pernas International, Jalan Sultan Ismail, di sini, antara Oktober 1995 dan Disember 1995.

Mohd Nasir dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Sepanjang prosiding itu, seramai 11 saksi pendakwaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Nor Asma Ahmad manakala pihak pembelaan mengemukakan dua saksi. - BernamaSH

10 rumah sederet musnah terbakar






KLANG - “Jeritan kuat jiran berdekatan mengejutkan saya daripada tidur yang kepenatan selepas mengikuti Tarian Naga. Sepantas kilat saya berlari keluar masuk rumah beberapa kali kerana terlalu panik. Sebaik menyedari ruang tamu rumah terbakar, baru saya sedar saya dalam bahaya,” itulah reaksi seorang mangsa kebakaran, Wong Che Hou yang ketika itu sedang keseorangan di kediamannya memandangkan semua ahli keluarga sedang bercuti di Seremban.

Dalam kejadian malam kelmarin, 10 rumah sederet yang berusia kira-kira 24 tahun hangus terbakar di Jalan Keretapi Lama, Kampung Sungai Pinang, Rantau Panjang manakala dua lagi rosak teruk.

Berikutan kejadian itu, hampir 100 ahli keluarga hilang tempat tinggal yang mana membabitkan keluarga berketurunan Cina, Melayu dan India.

Keseluruhan kerugian dianggarkan berjumlah RM500,000 tidak termasuk peralatan dan barangan milik mangsa.

Apa yang menyedihkan semua hangus dalam sekelip mata termasuk barangan berharga, dokumen penting, pakaian dan peralatan sekolah.

Bagaimanapun, tindakan pantas anggota Bomba menyelamatkan beberapa rumah berdekatan dan kilang terletak beberapa meter daripada lokasi kejadian.

Sinar Harian yang berada di lokasi kejadian sempat melihat beberapa penghuni berdekatan berlari menyelamatkan diri sambil mengangkut peralatan rumah dan dokumen penting.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang (Klang Utara), Ishak Bakar berkata, Bomba menerima panggilan kira-kira jam 7.40 malam mengenai kebakaran 10 unit rumah yang didiami 10 keluarga pelbagai bangsa dan keturunan.
SH

Mayat mangsa bot karam dijumpai







KUAH - Mangsa bot karam di Teluk Penarak yang hilang empat hari lalu, ditemui oleh dua nelayan di Pulau Pasir kira-kira 0.3 batu nautika dari Pulau Tuba.

Mayat Zairy Zainol, 30, ditemui masih berpakaian lengkap dan semua anggota badan mangsa mula membengkak oleh nelayan ketika sedang memukat di kawasan perairan terbabit.

Ketua Operasi Pasukan Gerakan Marin (PGM) Langkawi, Koperal Shuiad Ibrahim berkata, kira-kira jam 10 pagi mereka mendapat panggilan berikutan penemuan mayat terapung.

Menurutnya, beliau bersama dua anggota Lans Koperal Fais Adnan selaku jurumudi dan Lans Koperal Rujius Zeust bergegas ke tempat kejadian bersama isteri mangsa Julia Jaafar, 30, dan beberapa anggota keluarga yang ketika itu sedang mengikuti operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Mayat itu ditunda bersama-sama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) hingga ke Pangkalan Nelayan Penarak sebelum diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis daerah Langkawi," katanya ketika ditemui wakil Sinar Harian.

Sementara itu, mayat yang ditunda PGM dan JPAM Langkawi tiba di Pangkalan Nelayan Penarak kira-kira jam 11 pagi dan dihantar ke Hospital Langkawi untuk dibedah siasat.

Ketika kejadian Jumaat lalu, mangsa bersama rakannya Shukor Ramjan, 29, dan Muhammad Fitri Baharudin, 23, dalam perjalanan dari Kuah ke Kuala Perlis selepas ketinggalan feri jam 7 malam.

Mangsa yang tiba bersama Muhammad Fitri di Langkawi dikatakan meminta pertolongan Shukor menghantarnya pulang ke Kuala Perlis dengan menggunakan bot gentian kaca.

Namun selepas beberapa minit, bot yang dipandu Shukor terlanggar seketul batu besar berhampiran Pulau Bumbun Besar mengakibatkan bot itu pecah dan karam.

Dua rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri masing-masing daripada lemas dengan berenang ke pulau berhampiran kira-kira 500 meter.

Manakala mangsa, tidak dapat dikesan, selepas dua rakannya itu memanggil namanya berkali-kali namun tiada tindak balas, sebelum mereka tertidur akibat keletihan.

Kedua-dua mangsa itu diselamatkan nelayan yang lalu tidak jauh dari tempat mereka bermalam.

Selepas dimaklumkan kepada pihak berkuasa, operasi SAR dilancarkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dibantu anggota Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Pasukan Gerakan Marin (PGM) Langkawi.
SH

Rumah bekas jaguh bina badan musnah terbakar

SH: "

KUCHING - Bekas jaguh bina badan negara Bujang Taha tinggal sehelai sepinggang apabila rumah kayu setingkat miliknya di Kampung Tanjung di sini musnah dalam satu kebakaran hari ini.

Dalam kejadian pada 2.40 petang tadi, rumah jiran beliau turut terbakar.

Ketua Balai Bomba Petra Jaya, Madu Anggut, berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi disiasat.

'Mangsa masih lagi trauma dan sukar untuk ditemuramah sekarang,' katanya kepada Bernama.

Antara pencapaian Bujang ialah meraih dua pingat emas dalam kategori bantamweight pada Sukan Sea 1977 dan 1979 dan memenangi Mr Asia pada 1980, 1982, 1983 dan 1986. - Bernama"

Melecur teruk selepas bakar diri

SH: "


TEMANGAN - Seorang pemuda berdepan dengan maut apabila badannya terbakar melebihi 90 peratus selepas dia bertindak membakar diri sendiri, di Kampung Belukar Panjang, dekat sini malam kelmarin.

Khairul Ashan Khairuddin, 31, yang mengalami kemurungan sejak Tingkatan Empat itu, bertindak di luar jangkaan keluarganya ketika mereka menikmati makan malam.

Khairul Ashan yang lebih mesra dengan panggilan Nan dipercayai mencurahkan petrol ke badannya sebelum membakar diri sendiri ketika waktu solat Maghrib.

Abangnya, Khairul Izani berkata, kejadian tersebut hanya disedari keluarga apabila mendengar jeritan Nan dari luar rumah.

Katanya, pada mulanya mereka menyangka Nan bergaduh dengan seseorang dan kesemua ahli keluarga yang ada menyerbu keluar rumah.

“Ketika itu api sedang marak membakar Nan, saya terus menerpa kepadanya bagi mematikan api tersebut dengan menggunakan tangan kerana terlalu terkejut.

“Saya mengoyak pakaiannya namun semuanya sudah terlambat, hanya bahagian tapak kaki sahaja yang belum terbakar dan lebih 90 peratus badannya terbakar,” katanya yang segera menghantarnya ke Klinik Temangan sebelum dihantar ke Hospital Machang dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia ( HUSM).

Khairul Izani berkata, adiknya tidak sedarkan diri dan ditempatkan di unit rawatan rapi hospital tersebut."

Polis tumpaskan geng 'Alip'

myMetro | Polis tumpaskan geng 'Alip': "


JOHOR BAHARU: Polis berjaya menumpaskan geng 'Alip' yang dipercayai terlibat dalam 21 kes samun di sekitar bandar raya ini dengan penahanan enam lelaki di sebuah rumah di Skudai Kiri, di sini, semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata kesemua mereka
yang dipercayai aktif melakukan samun sejak tiga bulan lalu ditahan kira-kira jam 12.20 tengah hari.


'Polis merampas pelbagai barangan yang dipercayai hasil samun di dalam rumah itu termasuk satu komputer riba, tiga telefon bimbit, wang tunai RM500, wang tunai Singapura SD79, tiga kad pengenalan dan dua lesen memandu.

'Turut dirampas empat kad ATM, empat buku bank, 15 beg pelbagai jenis dan saiz, satu kamera digital, sebuah motosikal jenis kawasaki, sebuah kereta jenis Toyota Camry dan sebuah kenderaan pacuan empat roda,' katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.
Beliau berkata polis turut menemui dua paket kecil dipercayai berisi dadah
jenis syabu dan pemeriksaan air kencing ke atas kesemua suspek mendapati mereka
positif dadah.

Katanya, tiga daripada mereka mempunyai rekod mencuri kenderaan, samun, melarikan diri dari Asrama Akhlak Bukit Senyum dan peras ugut.

Kesemua mereka yang berumur 19 hingga 26 tahun itu kini direman seminggu untuk siasatan, katanya. -Bernama"

Polis buru 2 suspek

PADANG BESAR: Polis sedang memburu dua suspek, seorang daripadanya bekas banduan yang dipercayai terbabit dengan kes jenayah berasingan di daerah ini dan Kaki Bukit minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supritendan Che Man Md Dros berkata seorang daripada suspek itu terbabit dalam kes serangan ke atas seorang tukang rumah berumur 41 tahun menggunakan parang ketika mangsa sedang bersarapan bersama dua rakannya di Pekan Sayur, Kaki Bukit dekat sini Ahad lalu.

"Suspek melarikan diri dengan menggunakan kereta Viva yang nombor pendaftarannya pecah bersama tiga rakan apabila orang ramai yang berada di kawasan itu membantu mangsa," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Padang Besar, di sini, hari ini.

Beliau berkata, suspek berusia 30-an, mempunyai ketinggian 155 sentimeter,
berkulit gelap, berbadan sasa dan rambut paras bahu.

Che Man berkata, polis juga sedang mengesan seorang bekas banduan, Rohakimi Ibrahim, 36, dari Batu Lapan Setengah, Jalan Kaki Bukit bagi membantu siasatan kes ragut di Kampung Padang Tebuan, Kubang Tiga dan mencuri sebuah motosikal di Kampung Semadong, di sini masing-masing pada Khamis dan Jumaat lalu.

"Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari, gadis itu sedang menunggang motosikal seorang diri untuk pulang ke rumah, dihalang suspek yang berpura-pura bertanyakan kedai menjual getah beku sebelum bertindak meragut rantai emas di leher mangsa," katanya.

Suspek juga dipercayai mencuri sebuah motosikal jenis Suzuki Shogun 125cc yang diletakkan di hadapan sebuah rumah di Kampung Semadong ketika pemiliknya, seorang lelaki berusia 26 tahun sedang bersiap untuk ke masjid untuk solat Jumaat, katanya.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai
kedua-dua suspek supaya menghubungi pegawai penyiasat Insp Tajuddin Md Fadilah

di talian 017-7191635 atau menghubungi IPD Padang Besar 04-9491481. - Bernama

Pekerja ladang maut dipanah petir

myMetro | Pekerja ladang maut dipanah petir: "


TAWAU: Seorang pekerja ladang Felda Kalabakan Utara 1 di sini maut sementara seorang rakannya cedera parah akibat dipanah petir semasa hujan di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah ACP Ibrahim Chin berkata hari ini yang maut dikenalpasti sebagai Alin Mohamad, 40, sementara rakannya itu dikenali sebagai Harun Kasmuri, 41. Kedua-duanya warga Indonesia.
Mangsa ditemui oleh rakan mereka pada kira-kira 6.30 ptg.

Harun dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Tawau.



Polis percaya kedua-dua mangsa sedang berlindung di dalam pondok berbumbung zink selepas selesai bekerja bila mereka dipanah petir.


Mayat Alin dijumpai tertiarap di dalam pondok itu sementara mayat Harun di
luar pondok. - Bernama"

Pelajar mati jatuh bangunan sekolah

Kosmo! Online - Terkini: "
08/02/2011 9:33pm

MELAKA – Seorang pelajar perempuan tingkatan lima Sekolah Menengah Seri Kota, Ayer Leleh di sini, ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat dua bangunan sekolah itu pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abdul Rahman berkata bahawa sebelum kejadian pada 9.15 pagi,Lee Qian Chun, 17, menghadiri kelas teori kimia.

'Tiba-tiba dia berlari keluar sebelum ditemui terjatuh di bawah,” katanya.

Mayat pelajar itu telah dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah-siasat. - Bernama"

Ditangkap semula selepas dibebas

Kosmo! Online - Terkini: "
08/02/2011 1:08pm

SHAH ALAM - Seorang buruh warga Indonesia yang dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan mengedar kanabis seberat 10.2 kg oleh Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, ditangkap semula oleh polis sejurus dia melangkah keluar dari mahkamah.

Herman Jubadi, 42, dari Jawa, ditahan empat anggota polis berpakaian preman termasuk pegawai penyiasat dalam kes itu.

Difahamkan lelaki itu, yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berumur enam tahun, ditangkap semula berhubung kes Imigresen.

Terdahulu, Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah Sheikh Hassan Badjenid memutuskan untuk membebaskan Herman tanpa dipanggil membela diri selepas berpuas hati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan itu di rumah Lot 1309, Jalan Teluk Kapas, Rantau Panjang, Klang, dekat sini, kira-kira pukul 11.30 malam pada 23 Disember 2007.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39 B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. - Bernama"

Lans koperal dibebaskan

Kosmo! Online - Terkini: "
08/02/2011 1:27pm

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dilepaskan dan dibebaskan Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada tuduhan pecah amanah membabitkan berpuluh-puluh ribu keping mata wang rupee palsu ketika bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh R. Vadi Vello, 48.

Mengikut pertuduhan, Vadi, yang dipertanggungjawabkan sebagai penjaga barang kes di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) IPD Cheras, didakwa melakukan pecah amanah ke atas 16,621 keping wang kertas mata wang Rupee 500 palsu dan 8,239 keping wang kertas mata wang Rupee 1,000 palsu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat BSJK, IPD Cheras, di sini pada 19 Sept 2009, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut seksyen sama.

Jika disabitkan kesalahan, Vadi Vello yang diwakili peguam M. Govindarajoo boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, sebatan dan denda. - Bernama"

RM2 juta biaya sindiket dadah

Kosmo! Online - Terkini: "
08/02/2011 1:29pm

KUALA LUMPUR - Polis berjaya merampas wang tunai hampir RM2 juta yang dipercayai digunakan bagi membiayai sindiket pengedaran dadah dan menahan 10 warga tempatan dan lima rakyat Nigeria dalam tiga serbuan berasingan di Lembah Klang.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, kesemua mereka, termasuk tiga wanita tempatan, yang berumur antara 24 dan 39 tahun dari tiga sindiket berbeza yang aktif menjalankan pengedaran dadah jenis syabu, heroin, ganja dan pil eramin 5 di sekitar Lembah Klang. - Bernama"

PGM rampas lembu dan petrol

Kosmo! Online - Terkini: "
08/02/2011 1:36pm

TUMPAT - Pasukan Gerakan Marin (PGM) Pengkalan Kubor merampas sembilan ekor lembu dan 1,260 liter petrol, kesemuanya bernilai RM31,894, dalam tiga serbuan di kawasan Kampung Simpangan berdekatan sempadan negara jiran di sini, sejak Rabu lepas.

Timbalan Pegawai Pemerintah PGM Pengkalan Kubor, ASP Wan Ismail Wan Mamat berkata, bagaimanapun tiada tangkapan dibuat kerana aktiviti itu dilakukan pada awal pagi antara pukul 5 dan 6 pagi, dalam keadaan gelap. - Bernama"

Polis berkas pelajar disyaki peragut



08/02/2011 5:09pm

KULIM - Hasil kerjasama Persatuan Prihatin Kebajikan Masyarakat (PPKM) Kulim, sebuah badan amal bagi membanteras jenayah, polis memberkas seorang pelajar disyaki anggota kumpulan peragut yang bergerak aktif di sini.
Ketua Polis Daerah Kulim Supritendan Ghuzlan Mohd Salleh berkata, sepasukan anggota polis yang sedang meronda, di sini, malam tadi, mengesyaki tiga remaja bila melihat tingkah laku mereka mencurigakan.
Katanya anggota-anggota polis tersebut mendekati kumpulan remaja itu yang tiba-tiba bergegas menaiki dua buah motosikal untuk melarikan diri.
"Anggota polis mengekori kumpulan itu yang memecut motosikal mereka ke dua arah. Seorang daripada mereka yang menunggang sebuah motosikal bagaimanapun berpatah balik dengan menongkah arus.
"Remaja berumur 17 tahun itu bergesel dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Bukit Awi menyebabkan dia terjatuh dan diberkas,” kata Ghuzlan.
Menurut Ghuzlan remaja itu pelajar sebuah sekolah menengah di sini juga didapati positif dadah dan dipercayai terbabit dalam beberapa kes ragut di Kulim. - BernamaKosmo! Online - Terkini

Murid antara maut kemalangan



08/02/2011 5:14pm

KUANTAN - Tiga termasuk seorang murid lelaki tahun empat, maut dalam kemalangan berasingan di Pahang, semalam.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supritendan Mohamed Fauzi Abd Rahim berkata, nahas yang membabitkan pelajar itu berlaku di Kilometer 42 Jalan Lipis-Merapoh pada 5.45 petang, semalam.
"Mangsa, Mohd Hazwa Haziq Mohd Fian, 10, berasal dari Kampung Pagar Sasak, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lipis akibat cedera parah di kepala,” katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa dipercayai dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika melintas jalan dari Sekolah Rendah Kebangsaan Pagar Sasar untuk ke rumah datuknya.
Kemalangan di Kilometer 118.8 Jalan Kuantan-Johor Bahru dekat Rompin pula membabitkan sebuah motosikal dan sebuah van.
Fauzi berkata dalam insiden itu, pekerja sebuah stesen minyak, Norizan Baki, 34, meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikalnya dilanggar van berkenaan pada 8.15 pagi.
Sementara itu, seorang lagi penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah motosikal lain di kilometer 3 Jalan Pekan-Kuantan dekat Pekan kira-kira 1.10 petang, semalam. - BernamaKosmo! Online - Terkini

Tunjuk perasaan anti-PM Italy bertukar jadi ganas




ROME: Pertempuran tercetus antara polis dan ratusan penunjuk perasaan yang menghala ke pekarangan kediaman Perdana Menteri Italy, Encik Silvio Berlusconi, awal pagi semalam.
'Berundur, berundur,' laung penunjuk perasaan di luar pintu pagar kediaman privet Encik Berlusconi di pinggir bandar Arcore, di Milan, tempat beliau menghabiskan cuti hujung minggunya.Penunjuk perasaan menjadi ganas dan cuba menembusi halangan yang dibuat anggota polis beberapa meter dari kediaman Encik Berlusconi sehingga mencetuskan pertembungan dengan polis antirusuhan.Mereka turut membaling botol dan benda lain ke arah anggota keselamatan.Satu kain rentang tertera 'Singkir pelacur dari negara ini', merujuk kepada Encik Berlusconi, yang dikaitkan dengan skandal seks dengan membayar pelacur, termasuk remaja muda, untuk mengadakan parti sex liar di rumah agamnya itu.Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Encik Berlusconi.Satu lagi pertempuran berlaku di depan stesen kereta api di Arcore dan beberapa pegawai polis, penunjuk perasaan serta wartawan dilaporkan cedera.Polis turut menahan dua penunjuk perasaan.Tunjuk perasaan itu dikatakan dianjurkan oleh pergerakan anti-Berlusconi yang dicetuskan menerusi Internet dan dikenali sebagai 'Purple People', yang sebelum ini menganjurkan 'Hari Tiada Berlusconi' pada 2009.Sementara itu, hakim dikatakan bersedia minggu ini untuk memohon agar Encik Berlusconi dibicarakan, tetapi perdana menteri berusia 74 tahun itu tetap menafikan beliau terbabit dalam skandal seks itu dan tidak mahu melepaskan jawatannya. -- AFP.Cyberita Online Luar Negara

Tiga kanak-kanak mati lemas di Sungai Perak



PERCUTIAN UNDANG TRAGEDI: Anggota penyelamat mengangkat mayat Mohd Abdul Aazar Ibrahim yang ditemui berhampiran Pulau Semat kelmarin. -- Foto UTUSAN MALAYSIA

KUALA KANGSAR: Seorang ibu pasti tidak dapat melupakan detik-detik bagaimana beliau melihat anak kesayangannya terkapai-kapai dibawa arus sungai sebelum ditemui mati lemas ketika mandi di Sungai Kampung Pauh, Ara Panjang, dekat sini Sabtu lalu.
Apa yang dikesalkan Cik Siti Zaleha Abu, 49 tahun, beliau hanya mampu melihat anaknya itu, Mohd Imran Rosli, 10 tahun, lemas sebelum tenggelam dibawa arus Sungai Perak tanpa dapat membantu kerana arus ketika itu sangat deras.Lebih menyedihkan, kejadian itu turut meragut nyawa dua lagi kanak-kanak iaitu Mohd Abdul Aazar Ibrahim, 10 tahun, dan Mohd Suhairi Sahai, 12 tahun.'Saya benar-benar terkilan kerana tidak mampu membantu menyelamatkan mereka. Saya tergamam. Saya nampak dengan jelas tangan ketiga-tiga mereka terkapai-kapai meminta tolong sebelum hilang dibawa arus.'Ini kali pertama saya datang ke sungai ini tetapi tidak sangka ia bakal menjadi tragedi paling menyedihkan untuk saya sekeluarga. Saya benarbenar terkilan tetapi saya reda,' katanya.Dalam kejadian sekitar 3 petang itu, Mohd Abdul Aazar dan Mohd Suhairi dipercayai cuba menyelamatkan Mohd Imran, yang dihanyutkan arus deras sebelum mereka turut menjadi mangsa.Mayat Mohd Suhairi ditemui sekitar 5.15 petang Sabtu lalu, kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.Mayat Mohd Imran pula ditemui pada 7.15 kelmarin di beting Pulau Perdana, kirakira satu kilometer dari tempat kejadian.Mayat Mohd Abdul Aazar pula ditemui sekitar lima kilometer dari tempat kejadian dalam keadaan terdampar berhampiran pasir di Pulau Semat.Menurut Cik Siti Zaleha, semasa kejadian, terdapat lebih kurang 10 kanak-kanak sedang mandi di sungai tersebut.'Sebaik sahaja mencecahkan kaki dalam air, saya terlihat anak saya sudah lemas. Saya menjerit hingga hilang suara, namun tiada yang membantu.'Mujurlah tidak lama kemudian, ada seorang lelaki yang mendengar jeritan saya dan kebetulan pula beliau merupakan abang kepada Mohd Abdul Aazar,' katanya.Sementara itu, Ketua polis daerah, Superintenden Abdul Ghafar Mohamad, berkata sepanjang tahun lalu, terdapat tujuh kes lemas di kawasan tersebut.Beberapa kes melibatkan orang luar dari kawasan itu yang datang bercuti atau berkelah. -- Utusan Malaysia.Cyberita Online Luar Negara

Amah bunuh diri dek kekasih enggan putus hubungan dengan temanita

SINGAPURA




SEORANG pembantu rumah warga Indonesia mengambil keputusan mengakhiri hidupnya kerana berasa begitu sedih setelah teman lelakinya enggan memutuskan hubungan dengan rakanitanya di Batam.
Mahkamah Koroner semalam diberitahu bahawa Anis Dwi Rianawati telah mendesak teman lelakinya, warga Malaysia berusia 45 tahun, memilih sama ada dirinya atau temanitanya di Batam, beberapa jam sebelum membunuh diri.Lelaki itu meminta beliau diberikan masa untuk memikirkannya.Namun semasa perbualan mereka di rumahnya pada 24 Oktober lalu, Anis, 29 tahun, telah menelan beberapa biji ubat tambahan kesihatan milik teman lelakinya itu meskipun dilarang.Sebaik menyaksikan tindakannya itu, teman lelakinya segera menepuk-nepuk belakang badan Anis bagi membolehkannya memuntahkan semula ubat tersebut.Anis kemudian tidak sedarkan diri seketika dan apabila sedar, teman lelakinya cuba menghalang beliau daripada beredar kerana khuatirkan keselamatan Anis.Tetapi Anis berjaya mendapatkan teksi dan pulang ke rumah majikannya di Meyer Road.Teman lelakinya segera menyusul, menghubungi Anis dan mengajaknya berbincang.Anis tetap bertegas meminta teman lelakinya itu menghubungi temanitanya di Batam, tetapi permintaannya ditolak.Anis cuba menghubungi wanita di Batam itu, tetapi tiada jawapan.Ini membuatkan Anis kecewa dan mengancam akan membunuh diri.Rakan lelakinya mengekori beliau ke lif dan Anis mengugut akan terjun apabila lif tiba di tingkat 20. Beliau kemudian melarikan diri.Semasa ditemui berdekatan pondok pengawal, Anis sekali lagi memintanya memutuskan hubungan dengan temanitanya, tetapi teman lelakinya itu tidak mengendahkannya dan berlalu pergi.Itulah kali terakhir Anis dilihat masih hidup.Cyberita Online Singapura

Askar Kemboja dan Thailand tempur lagi dekat kawasan kuil



SELAMATKAN DIRI: Orang kampung berpindah dari kawasan dekat kuil Preah Vihear semalam apabila askar Thai dan Kemboja bertempur buat hari keempat bagi merebut satu kawasan di sekeliling kuil itu. -- Foto REUTERS
Hun Sen gesa PBB adakan rundingan, sedia terima campur tangan Asean


PHNOM PENH: Askar Kemboja dan Thailand bertempur seketika buat hari keempat berturut-turut, kata Phnom Penh, sedang Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Ban Ki-moon, menyeru 'mengawal perasaan sepenuhnya' dalam pertelingkahan sempadan yang telah membunuh enam orang itu.
Kekacauan terbaru itu meletus ketika satu operasi askar Thai bagi mendapatkan semula mangsa akibat pertempuran kelmarin, menurut Kemboja, yang menuduh Thailand merosakkan sebuah kuil abad ke-11 di tengah- tengah medan pertempuran itu.Kemboja berkata seorang askarnya terbunuh semalam, dan ia menuduh Thailand cuba menduduki satu kawasan seluas 4.6 kilometer persegi di sekeliling kuil Preah Vihear itu.Thailand, bagaimanapun, berkata kejadian itu tidak serius. Satu satu sumber tentera berhampiran sempadan itu berkata ia hanya satu 'salah faham'.Pertempuran terbaru itu, yang dilaporkan mencederakan 13 askar Thai pada Ahad malam, menghancurkan satu gencatan senjata yang dipersetujui Sabtu lalu, setelah pertempuran paling teruk antara dua negara itu dalam beberapa tahun.Di New York, pejabat Encik Ban berkata ketua PBB 'amat prihatin' mengenai kejadian itu.'Setiausaha Agung menyeru kedua-dua pihak supaya melaksana sesuatu yang berkesan bagi menamatkan permusuhan,' katanya.Kemboja berkata kelmarin kuil Preah Vihear itu, yang dikelilingi kawasan yang dipertikai, telah dirosakkan oleh tembakan meriam Thailand hingga satu bahagian bangunan itu 'runtuh'.Ribuan penduduk di kampung-kampung di sempadan itu telah meninggalkan rumah mereka sejak pertempuran Jumaat lalu.Sekitar 15,000 orang bermalam di 38 tempat perlindungan sementara dan 23 sekolah dekat sempadan itu elah diarah tutup dari Isnin hingga Rabu, menurut Encik Somsak Suwansujarit, gabenor wilayah timur sempadan Thailand, Si Sa Ket.Apa yang mencetus keganasan terbaru itu tidak dapat dipastikan, tetapi ketegangan diplomatik telah meningkat sejak lewat Disember apabila tujuh warga Thai, termasuk seorang penggubal undang-undang, diberkas di Kemboja dekat sempadan atas tuduhan masuk secara haram.Dua daripada mereka dihukum penjara buat masa yang panjang atas tuduhan mengintip, dalam satu kes yang telah mencetus kemarahan di kalangan nasionalis Thai, yang telah menunjuk perasaan di Bangkok menuntut supaya Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva meletak jawatan.Perdana Menteri Kemboja, Encik Hun Sen, pula menggesa Majlis Keselamatan PBB mengadakan rundingan tergempar mengenai apa yang dikatakan 'pencerobohan Thailand', sambil memberi amaran kestabilan rantau itu terancam.Beliau juga berkata akan menerima campur tangan Asean.Hubungan antara dua jiran itu menjadi tegang sejak Preah Vihear diberi taraf Warisan Dunia PBB pada Julai 2008.Thailand dan Kemboja saling tuduh-menuduh, menyebabkan pertempuran berterusan itu.Mahkamah Dunia telah menetapkan pada 1962 bahawa kuil Preah Vihear itu milik Kemboja, walaupun pintu masuknya di sempadan Thailand. -- AFP.Cyberita Online Luar Negara

Cuba rogol anak murid, guru dipenjara lapan tahun

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

08/02/2011 8:08pm

Oleh YULPISMAN ASLI
KOTA BHARU 8 Feb. - Akibat cuba merogol anak muridnya berumur 15 tahun empat tahun lalu, seorang guru Bahasa Inggeris berusia 54 tahun dipenjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Zainal L. Salleh turut menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas tertuduh, Nasir Abd. Rahman kerana cuba mencabul kehormatan anak muridnya itu dan tiga tahun lagi atas kesalahan memiliki gambar lucah yang disimpan dalam telefon bimbit dan komputer ribanya.

Beliau bagaimanapun memerintahkan kesemua hukuman itu dijalankan serentak. Ini bermakna, tertuduh hanya menjalani hukuman penjara selama lapan tahun.

'Sebagai seorang pendidik, kamu telah lakukan perbuatan jijik terhadap anak murid kamu. Kamu didapati bersalah dan hukuman perlu setimpal dengan apa yang dilakukan agar dapat menyampaikan mesej kepada masyarakat. Bagaimanapun saya setuju untuk hukuman berjalan secara serentak,' kata Zainal dalam penghakimannya. - Utusan"

Tiga sekeluarga nyaris maut terhidu gas beracun

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

08/02/2011 8:42pm

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
SEREMBAN 8 Feb. – Tiga sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun warga Myanmar nyaris maut akibat sesak nafas selepas terhidu gas yang disyaki beracun di kediaman mereka di Taman Sri Inai, Sikamat dekat sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu berlaku apabila mangsa yang berusia 35 tahun dan juga seorang pengumpul besi buruk bertindak memotong sebuah tong gas yang diperolehinya beberapa hari lalu di kawasan laman rumah teres setingkat yang didiaminya itu.

Berikutan itu, isteri mangsa berusia 32 tahun bersama anak lelakinya yang berada dalam rumah berkenaan ketika kejadian turut terhidu gas tersebut sehingga mengalami kesesakan nafas, mata berair dan muntah-muntah. – Utusan"

Murid maut terjerlus dalam kolam berlumpur



JOHOR BAHRU – Hasrat seorang murid tahun dua untuk memulakan sesi persekolahan selepas bercuti sempena perayaan Tahun Baru Cina semalam tidak kesampaian apabila maut terjerlus di dalam sebuah kolam berlumpur di Johor Jaya, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, mangsa, S Tharwin, 8, merupakan pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Permas Jaya.

“Mangsa dikatakan keluar bersama abangnya berusia 12 tahun dan kakaknya, 10, serta beberapa lagi rakan di padang permainan tidak jauh dari rumahnya di Jalan Teratai 41, Johor Jaya di sini.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang. Ketika sedang bermain, mangsa dipercayai pergi ke kolam terbiar di tepi padang tersebut sebelum disyaki terjatuh ke dalam kolam berkenaan yang dipenuhi air dan lumpur,” katanya ketika dihubungi semalam.

Roslan berkata, abang mangsa yang melihat kejadian tersebut bergegas balik ke rumah untuk memaklumkan kejadian itu kepada keluarga.

“Namun sebaik mereka tiba kembali ke kolam tersebut mangsa sudah terjerlus ke dalam lumpur berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, ahli keluarga mangsa dengan bantuan jiran tetangga berjaya mengeluarkan mangsa dari kolam sedalam kira-kira 4 meter itu sebelum membawanya ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

Bagaimanapun katanya, mangsa gagal diselamatkan dan hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas.
SH

11 hilang tempat tinggal

SH


PONTIAN - Sebuah rumah musnah dan 11 sekeluarga hilang tempat tinggal dalam satu kebakaran di Kampung Parit Marjonet Laut, Benut, di sini, kira-kira jam 1.30 pagi semalam.

Ketika kejadian, semua ahli keluarga berkenaan sedang tidur sebelum disedari anak perempuan pasangan Mohd Isa Kassim dan Salmah Sidek yang terjaga dan menjerit setelah merasai bahan api di dalam bilik tidur.

Menurut Mohd Isa, suasana genting itu menyebabkan mereka hanya mampu terfikir untuk menyelamatkan anak-anak dan diri sendiri.

“Api marak terlalu cepat di bahagian tengah rumah dan bahangnya yang kuat tidak membolehkan kami mengambil sebarang benda di dalam rumah.

“Semasa di luar rumah, saya terdengar suara ayah menjerit meminta tolong dan menyedari itu, saya terus merempuh masuk untuk selamatkannya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Isa berkata, bapa mertuanya itu, Sidek Yunus, 74, mengalami penyakit asma dan terpaksa menggunakan alat pam pernafasan.

“Api merebak dengan begitu cepat dan memusnahkan seluruh rumah dalam masa 20 minit sahaja. Kami sekeluarga hanya dapat melihatnya tanpa mampu membuat apa-apa.

“Namun, kami bersyukur kerana tiada seorang pun daripada 11 anggota keluarga yang tercedera,” katanya.

Ugut ibu sendiri




IPOH – Seorang lelaki menukar pengakuan bersalah setelah dinasihatkan berbuat demikian di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Tertuduh, Khairul Azahar Zulkepli, 21, pada mulanya mengaku bersalah atas tuduhan melakukan ugutan terhadap ibunya sendiri, Sabariah Mohamed Noor, 53 di rumahnya di Taman Rasa Sayang, di sini sekitar 11 pagi pada 5 Februari lalu.

Atas kesalahan berkenaan Khairul didapati telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Di bawah seksyen tersebut Khairul juga boleh dihukum penjara selama tujuh tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun, ketika pertuduhan dibacakan, Khairul menafikan bahawa dia ada mengeluarkan kata-kata kesat seperti ‘Hang jangan cakap banyak, duduk diam-diam, kang aku bunuh kang’ terhadap ibunya.

Majistret, Intan Fareena Zainal Abidin kemudiannya menasihati Khairul menukar pengakuannya kepada tidak bersalah serta menasihatkannya memohon untuk dibicarakan sebelum menetapkan tarikh 28 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

Pendakwaraya Muhammad Al-Hirzan Mahamad Akhir mencadangkan agar Khairul dikenakan ikat jamin sebanyak RM1,500 sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Majistret, Intan Fareena Zainal Abidin kemudiannya menetapkan Khairul diikat jamin sebanyak RM600 dengan seorang penjamin tempatan.

Plastik hitam dalam bakul motosikal

SH


BAGAN SERAI - Seorang warga emas ditahan selepas memiliki 1,300 pil eramin 5 yang dianggarkan bernilai RM19,000 di Jalan Pantai Kuala Kurau, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian yang diketuai oleh Inspektor Mohd Sofian Kasudin kira-kira jam 2 pagi hari yang sama.

Katanya, polis tidak menjumpai barang yang menyalahi undang-undang ketika pemeriksaan ke atas badan suspek dilakukan, bagaimanapun polis menjumpai satu beg plastik hitam di dalam bakul motosikal milik lelaki berkenaan.

“Kita dapati ada 20 foil aluminium di dalam plastik itu dan setiap satu foil berisi 10 biji pil dipercayai pil Erimin 5,” katanya ketika dalam satu sidang media semalam.

Beliau berkata, suspek berkenaan turut membawa polis ke rumah di No.429 Jalan Pantai, Kuala Kurau dan menjumpai beberapa lagi pil.

“Hasil pemeriksaan di rumahnya polis menjumpai, satu bekas cecair pencuci yang mempunyai 110 foil aluminium, yang setiap satu Foil berisi 10 biji pil dipercayai Eramin 5.

Beliau berkata, suspek berasal dari Kuala Kurau dan mempunyai empat rekod kesalahan jenayah dan dadah.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah dan jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori.

“Suspek direman sehingga 10 Februari untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurut Mat Fuazi, anggaran nilai pasaran dadah yang dirampas lebih kurang RM19,000 yang boleh menampung pasaran dan bekal untuk 200 -300 orang penagih Erimin 5.

Beliau berkata, kejayaan tangkapan itu adalah hasil risikan Bahagian Narkotik Kerian dengan bantuan maklumat daripada orang awam.

Menurutnya, dengan tertangkapnya suspek itu dipercayai dapat melumpuhkan kegiatan pengedaran dadah jenis Erimen 5 di kawasan Utara Daerah Kerian.

Buat khianat atas landasan keretapi

SH


KARAI – Empat remaja berusia lingkungan 20-an diberkas polis kerana disyaki melakukan khianat dengan meletakkan beberapa keping bongkah konkrit (Concrete Sleeper) di atas landasan kereta api, berhampiran jambatan Victoria, di sini, kelmarin.

Akibat perbuatan itu, keretapi yang membawa 500 penumpang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Butterworth terkandas di tengah jalan selepas melanggar bongkah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput (U), Superintendan Azman Salim, berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, keretapi itu telah melanggar suatu objek yang diletakkan di atas landasan sehingga menyebabkan hos penyambung minyak dan air terputus.

Menurutnya, pemandu Keretapi Ekspres Langkawi berkenaan terpaksa memberhentikan kenderaan selama satu jam bagi tujuan baik pulih.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi, daripada siasatan awal kita dapati ia dilakukan sekadar untuk berseronok, namun tindakan itu sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada keselamatan penumpang,” katanya kepada pemberita, di sini.

Azman berkata, empat remaja dipercayai warga tempatan itu kini ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.

Menurutnya, ujian saringan awal yang dilakukan terhadap semua suspek mendapati dua daripadanya positif dadah jenis morfin.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 430 A Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Azman mengingatkan orang ramai tidak terlibat dalam kelakuan khianat seumpama itu kerana ia satu kesalahan serius sehingga boleh menyebabkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.

“Pihak polis juga sentiasa mengadakan rondaan bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi membanteras perbuatan seperti ini berulang,” katanya.

Guru cabul murid dipenjara 10 bulan

SH

NIBONG TEBAL - Seorang guru lelaki berusia sekitar 40-an dijatuhi hukuman penjara 10 bulan akibat mencabul seorang murid perempuan di sebuah sekolah di Sungai Duri.

Kejadian yang berlaku terhadap seorang murid perempuan berusia 8 tahun itu menjadi sejarah hitam apabila guru yang sepatutnya menjadi pelindung akhirnya mencabulnya.

Guru berkenaan, Anuar Shaari yang dibicarakan sejak 20 Januari tahun lalu di Mahkamah Majistret Jawi di sini, akhirnya dijatuhi hukuman penjara 10 bulan apabila dia yang berasal dari Jalan Sungai Baong didapati bersalah melakukan perbuatan terbabit.

Menurut sumber, ketika kejadian, mangsa yang juga murid sekolah rendah dari sekolah sama dikatakan datang ke bilik muzik pada waktu rehat.

Ketika berada dalam bilik terbabit, mangsa didatangi guru berkenaan dan bertindak mencabulnya.

Sehubungan itu, kejadian yang berlaku pada 17 November 2009 sekitar jam 3 petang itu menyebabkan mangsa mengadu kepada ibu bapanya selepas pulang dari sekolah.

Berikutan itu, ibu bapa murid berkenaan membuat laporan polis dengan harapan perkara sama tidak akan berlaku kepada murid lain.

Atas kesalahan terbabit, Majistret Mahkamah Jawi, Muhamad Izaham Ali, menjatuhkan hukuman di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu guru berkenaan dipenjara 10 bulan atas kesalahan yang dilakukan.

Kehilangan Zairy terjawab

SH

KUAH - Berkat solat hajat yang dilakukan oleh tiga masjid di Kangar, teka-teki kehilangan Zairy Zainol, 30, mangsa kejadian bot karam di Teluk Penarak, baru-baru ini, akhirnya terjawab.

Suasana hiba menyelubungi pekarangan pendaratan ikan di Pangkalan Nelayan Penarak selepas mayat mangsa, ditemui kira-kira jam 11 pagi, kelmarin.

Kira-kira 10 ahli keluarga mangsa berada di tempat termasuk bapanya, Zainol Baharom, 56, ibunya, Kamaliah Abdullah, 53, serta isterinya Julia Jaafar yang kelihatan menangis teresak-esak.

Zainol berkata, anak keduanya itu, mempunyai kepakaran berenang dan seorang anak yang taat kepada ibu bapa.

Menurutnya, sejak dimaklumkan kejadian itu, keluarganya melakukan solat hajat dan sebahagian lagi mengikuti operasi SAR.

“Kami reda dengan pemergian arwah, kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak berkuasa yang melakukan operasi mencari dan menyelamat ini sejak empat hari lalu.

“Namun ada juga kekesalan apabila melihat mayat arwah ditunda dengan tali tanpa diangkut ke dalam bot,” katanya.

Bagi ibunya pula, perubahan ketara berlaku ke atas anak kesayangannya itu apabila arwah dikatakan menjadi seorang pendiam dan kelihatan resah.

Kamaliah berkata, arwah sentiasa muram dan tidak selalu berada di rumah berbanding sebelum ini.

“Makcik tegur perbuatannya kerana kerap tiada di rumah, namun arwah ada sebut yang dia akan pergi jauh dan tidak akan pulang semula, ketika itu arwah agak marah dengan teguran makcik,” katanya.

Menurutnya, kali terakhir mereka bersama pada minggu lepas selepas arwah berhajat menikmati sate bersama keluarga.

Arwah meninggalkan seorang balu dan dua anak, Norhaifa, 8, dan Mohd Aidil Afifi, 2 tahun.

Arwah dikatakan rapat dengan kakak sulungnya, Zaini, 35, yang tinggal di Pulau Pinang.

Zaini berkata, arwah sering menghubunginya dan pasti akan pulang ke Kampung Abi Tok Hashim di Kangar sekiranya mengetahui kehadiran kakaknya itu.

Menurutnya, perubahan berlaku apabila pada awal Januari lalu, arwah tidak mahu bertemu dengannya.

“Kami tiada salah faham malah sering bergurau, arwah seorang yang rajin bekerja bagi menampung kehidupan keluarganya.

“Arwah berdegil ingin pulang pada malam kejadian itu kerana telah berjanji untuk memberi coklat untuk dua anaknya dan meminta bantuan rakan untuk menghantarnya pulang ke Kuala Perlis pada malam kejadian,” katanya.

‘Kami rindu adik’

SH

PADANG SERAI - Sepasang suami isteri, Mohd Said Dahalan, 51, dan Rahani Abdullah, 47, yang tinggal di Taman Ria terus merindui anak angkatnya, Nurul Shuhana Mohd Faizal, 6, yang lebih mesra dengan panggilan adik.

Kanak-kanak terbabit adalah penawar kepada pasangan itu memandangkan kedua-dua anak kandung mereka kini sedang melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan sudah berusia 23 tahun.

Walaupun kehadiran Nurul hanya sebagai anak angkat, tetapi kasih dan sayang dicurahkan kepadanya sudah seperti anak kandung sendiri.

Menurut Rahani, Nurul dipelihara dirumahnya sejak berusia setahun.

Katanya, ibu dan bapa Nurul sudah bercerai dan mereka berhadapan dengan masalah kewangan.

Nurul dijaga oleh Rahani manakala dua lagi adik beradiknya dibesarkan oleh keluarga lain.

“Ketika mula tinggal di rumah kami, Nurul seperti trauma dan mungkin sebelum ini tertekan dengan suasana keluarga kandungnya.

“Saya dan suami telah membawa Nurul untuk mendapatkan rawatan doktor bagi mengenal pasti permasalahan dihadapinya.

Enam tahun Nurul bersama kami. Dialah yang menceriakan rumah dan penduduk taman perumahan ini dan juga seorang kanak-kanak yang baik serta pintar,” katanya.

Rahani berkata, apa yang menjadi masalah sekarang ini, ibu kandung Nurul mengambilnya semula dan mereka seakan-akan hendak memutuskan hubungan kanak-kanak itu dengan keluarga angkatnya.

“Saya telah berjumpa dengan ibu kandungnya meminta supaya Nurul disekolahkan semula dan saya akan membiayai semua perbelanjaannya sekiranya mereka tidak berkemampuan. Tahun ini merupakan tahun kedua Nurul bersekolah,” katanya.

Bimbang dengan keselamatan kanak-kanak itu, dia cuba menjejakinya di sekitar kawasan Bukit Mertajam dan Tasek Gelugor tetapi gagal.

Setelah membuat semakan di seluruh tadika dan sekolah di kawasan itu, Rahina mendapati Nurul tidak didaftarkan di mana-mana sekolah. Menurutnya, dari sumber diperoleh menyatakan, Nurul sudah dihantar ke Kelantan dan tinggal bersama keluarga datuknya di sana.

Ini menimbulkan kerisauan kepada Rahani dan suaminya kerana Nurul mengalami permasalahan pernafasan sekiranya dia terlalu aktif.

“Sehingga hari ini kami masih cuba menjejaki Nurul dan berharap dapat dipertemukan semula kerana saya terlalu rindukannya.

“Laporan polis dibuat ketika Nurul mula diserahkan kepada kami dan terkini pada 5 Januari lalu apabila kami gagal berjumpa dengan Nurul semula. Ibu kandung Nurul sudah berkahwin lain dan mempunyai tiga anak. Bapa tiri Nurul pernah datang berjumpa kami dan menyatakan dia tidak sanggup membesarkan Nurul kerana tidak berkemampuan,” katanya.

Rahani meminta bantuan orang ramai yang terjumpa Nurul untuk menghubunginya menerusi talian 04-4851677.

Kes motosikal hilang meningkat

SH

BALING – Kecuaian pemilik motosikal sendiri menjadi punca banyak kes kehilangan atau kecurian motosikal berlaku dalam daerah ini, malah statistik yang diperoleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Baling menunjukkan berlaku peningkatan dari 2010 hingga 2011.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mat Daud Mat Hasan berkata, pada Januari lalu pihaknya menerima laporan sebanyak 31 kes kecurian motosikal berlaku berbanding Januari 2010 sebanyak 29 kes sahaja.

“Peningkatan jumlah kes ini juga menunjukkan berlaku peningkatan sebanyak 6.9 peratus melibatkan kecurian motosikal sahaja.

“Kebanyakan motosikal yang kita jumpa tidak lagi sempurna dan tinggal rangka sahaja.

“Beberapa peralatan dalam motosikal diambil yang berkemungkinan untuk dijual dalam pasaran haram,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, kes kecurian motosikal meningkat juga berlaku berpunca daripada sikap pemilik sendiri.

Beliau berkata, pemilik biasanya meninggalkan kunci di motosikal, malah ada juga yang meminjamkan motosikal mereka kepada rakan tetapi tidak dipulangkan.

“Sikap begini memberi ruang kepada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.

“Kita juga ada membuat tangkapan ke atas pencuri motosikal ini bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, terdapat juga kecurian motosikal berlaku di rumah, tidak terkecuali apabila diletakkan di tempat meletak motosikal di pekan.

Beliau menasihati pemilik motosikal menggunakan kunci tambahan dan meletakkan serta menyimpan motosikal mereka itu di tempat yang selamat.

Penjaja degil terima padah

SH


KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengadakan Ops Penjaja Tanjung Lumpur bagi mengambil tindakan terhadap peniaga yang bertindak menyambung gerai jualan mereka menggunakan kanopi dan meja tambahan.

Dalam operasi yang membabitkan 28 anggota termasuk dua anggota polis yang turut bekerjasama, MPK merobohkan beberapa gerai di tapak lama yang tidak dirobohkan pemilik walaupun notis diberikan minggu lalu.

Ketua Perhubungan Awam dan Kemasyarakatan MPK, Haslinda Hassan berkata, MPK tegas terhadap peraturan yang ditetapkan dalam syarat pelesenan kerana didapati terdapat peniaga yang melanggar syarat itu.

Menurutnya, MPK boleh mengambil tindakan dengan menyita peralatan yang digunakan dalam sambungan gerai jualan tersebut.

“Bagaimana pun, dalam operasi yang diadakan, peniaga diberi pilihan untuk mengalih atau menutup kanvas yang digunakan di kawasan melebih 20x20 yang disediakan MPK.

“MPK kesal dengan tindakan peniaga yang tidak mematuhi syarat dengan meletakkan kanopi dan meja makan di luar kawasan gerai secara tidak langsung menjejaskan imej bandar Kuantan,” katanya kepada Sinar Harian.

Haslinda berkata, peniaga boleh mendapatkan peralatan yang disita dalam tempoh 30 hari daripada tarikh sitaan.

Katanya, peniaga perlu memahami tugas MPK yang bukan sahaja memberi peluang kepada mereka untuk berniaga tetapi dalam masa yang sama menjaga imej dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Jika didapati situasi tersebut berulang, MPK akan mengambil tindakan tegas selepas ini,” katanya.

Tapak jualan yang baru beroperasi dua minggu lalu itu mempunyai 10 ruang niaga namun hanya lima peniaga memulakan perniagaan.

Kering air mata kenang anak

SH


BALAI BESAR - Krisis keamanan di Mesir membuatkan seorang ibu kering air mata mengenangkan keselamatan anaknya.

Aini Ismail, 57, tidak henti menunaikan solat Hajat memohon doa supaya nasib anak bongsunya, Ainatul Mardhiah Mohd Zahid, 21, yang kini difahamkan masih berada di bangunan Tabung Haji Jeddah sebelum menunggu penerbangan untuk pulang ke tanah air.

Aini berkata, sebelum tragedi rusuhan itu, boleh dikatakan selang beberapa hari dia akan menghubungi anaknya Ainatul Mardhiah yang kini menuntut di Universiti Iskandariah dalam jurusan perubatan itu.

Bagaimanapun, dia mula terputus hubungan dengan anak bongsunya itu sejak Mesir bergolak.

“Sudah beberapa minggu dia tidak menghubungi makcik. Mulanya kami tidak mengesyaki perkara buruk. Namun selepas menonton televisyen, baru makcik tahu bahawa negara terbabit kini tidak selamat.

“Sejak itu kami terputus hubungan, hati pula bimbang sebab tidak mengetahui keadaannya. Nasib baiklah talian telefon mula berfungsi semula sehingga akhirnya kami dapat bercakap dengannya,” katanya.

Menurutnya, selepas mendapat tahu bahawa anaknya itu terperangkap di rumah sewa, dia mula bimbang. Apatah lagi mendengar berita bahawa sudah ramai penuntut Malaysia yang pulang ke tanah air.

Katanya, anaknya itu ada memberitahu bahawa dia sukar untuk pulang kerana tidak dapat keluar rumah untuk membeli tiket kapal terbang, berikutan berlaku banyak rusuhan di luar bangunan berdekatan tempat tinggalnya.

Menurut Aini, hatinya berasa lega apabila diberitahu bahawa anaknya yang sedang belajar dalam tahun lima Univerisiti Iskandariah itu, kini sudah dihantar ke Jeddah sebelum menunggu penerbangan pulang ke tanah air.

“Makcik harap dia cepat pulang. Tidak sabar untuk menatap wajahnya. Ibu mana yang tidak bimbang apabila mengetahui nyawa anak terancam,” katanya.

Mardhiah adalah sebahagian daripada penuntut Jurusan Perubatan Universiti Iskandariah tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang kini ditempatkan di Bangunan Tabung Haji Jeddah sementara menunggu giliran menaiki penerbangan pulang ke tanah air berikutan berlakunya rusuhan di negara terbabit.

Mimpi isteri jadi petanda

SH

TIKAM BATU – “Petang semalam (kelmarin) saya mimpi abang pulang ke rumah dengan keadaan badan (tanpa baju) dan kain pelekat yang dipakainya basah,” begitulah cerita isteri Mohamed Rafas Mohd Yusoff, 27, individu yang dipercayai terjun ke Sungai Muda dan dikhuatiri lemas.

Isterinya, Siti Zubaidah Khalid, 26, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan suaminya ialah pada jam 11 pagi kelmarin (Ahad) sebelum Mohamed Rafas keluar rumah, dipercayai ke kedai membeli barang.

“Sebelum dia meninggalkan rumah, dia memberitahu saya bahawa dia ingin pergi berehat.

“Malah dia juga berpesan, supaya tidak perlu mencarinya kerana dia hanya mahu pergi berehat, saya dan suami juga selalu ke sini (lokasi kejadian) untuk berehat sebelum ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, pada jam 4 petang kelmarin dia didatangi mimpi berkenaan.

Siti Zubaidah berkata, sejurus terjaga dari tidur dan mendapati suaminya masih tidak pulang, dia ke rumah bapa mertuanya diKampung Pulau Sepom, di sini untuk meminta bantuan.

Sementara itu, Siti Zubadah berkata, dia kini hamil empat bulan hasil perkongsian hidup bersama suaminya selama satu tahun setengah dan Mohamed Rafas yang merupakan pengusaha bengkel motosikal tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kehilangannya.

“Malah ibu saya turut bermimpi abang pulang semalam dan sekali gus kehilangannya yang dipercayai telah terjun ke dalam sungai ini membimbangkan kami sekeluarga,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ketua Operasi Unit Skuba Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Mohd Zaidi Md Lazim berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kehilangan Mohamed Rafas yang dipercayai terjun ke Sungai Muda pada jam 6.30 petang, kelmarin.

“Kita mulakan operasi mencari dan menyelamat bermula daripada jam 8 pagi dan seramai 10 anggota unit skuba dibantu oleh empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu terlibat dalam operasi ini.

“Buat masa sekarang, pihak kami melakukan operasi mencari dan menyelamat dengan menyelam di sekitar kawasan yang dikatakan tempat dia terjun dan masih belum menemukan sebarang petanda. Hanya baju, kasut dan dompet mangsa yang ditemui berada di tebing sungai ini selain motosikalnya,” katanya.

Menurutnya, kedalaman sungai itu sedalam enam meter dan pihaknya menjalankan operasi mencari dan menyelamat sekitar 40 kaki persegi dari lokasi mangsa dikatakan terjun.

Sementara itu, bapanya, Mohd Yusoff Badruddin, 59, berkata, kali terakhir dia bertemu anaknya pada jam 12 tengah hari, kelmarin.

“Setelah menantu saya memberitahu Mohamed Rafas masih tidak pulang petang itu, saya pun mencari dia di sekitar kawasan persisiran sungai ini kerana dia selalu singgah di sini untuk menenangkan fikiran jika terdapat sebarang masalah.

“Apabila sampai di sini, saya mendapati hanya motosikal jenis Honda EX5 miliknya selain baju, dompet dan kasutnya ada ditinggalkan di tebing sungai.

“Saya kemudiannya membuat laporan polis kerana bimbang dia terjun ke sungai dan lemas,” katanya.

Dilayan doktor ala samseng

SH


AYER KEROH - Kedatangan seorang suri rumah ke sebuah hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan tiga anaknya disambut dengan lagak ala samseng seorang doktor wanita yang bertugas di unit kecemasan hospital itu, dalam kejadian tengah malam, semalam.

Siti Zulaika Husin, 38, bersama tiga anaknya, Nurfaizah Afiqah Naveed, 14, Nurfadilah Fauzi, 4, dan Putra Shah Rizal Fauzi, 2, ke hospital berkenaan, kira-kira jam 11 malam kelmarin selepas Nurfadilah menghidap demam panas yang teruk.

“Saya mendaftar ketiga-tiga anak saya kerana kebetulan dua lagi menghidap selesema dan Nurfaizah pula sakit perut akibat penyakit berkaitan penghadaman yang dihidapi setahun lalu.

“Seperti biasa, saya mengambil nombor giliran dan duduk di ruang menunggu untuk dipanggil,” katanya.

Menurutnya, :bilangan pesakit yang ramai menyebabkan dia terpaksa menunggu selama sejam sebelum namanya dipanggil untuk masuk ke bilik pemeriksaan.

“Tiga anak diperiksa dua pembantu kesihatan dan diambil tekanan darah serta suhu badan.

“Selepas itu barulah anak saya dipanggil ke satu ruang lagi untuk bertemu doktor. Saya mengiringi dua anak saya iaitu Putra Rizal dan Nurfadilah terlebih dahulu untuk diperiksa sebelum giliran Nurfaizah,” katanya.

Siti Zulaika berkata, kedua-dua anaknya diperiksa dua doktor wanita berlainan tanpa sebarang masalah tetapi ketika tiba giliran Nurfaizah, tiba-tiba doktor yang memeriksanya naik angin dengan tiba-tiba sambil bercakap dalam nada tinggi sebaik bertanya masalah anaknya itu.

Menurutnya, doktor wanita itu seperti menengking dengan nada menyindir “Apa mimpi pula awak bawa anak malam ni?”, sekarang baru nak bawak ke sini?”

“Saya seterusnya menerangkan penyakit yang dideritai anak saya yang berlarutan sejak tahun lalu dan mendapat rawatan di sebuah poliklinik di Ayer Keroh tetapi tetap tidak sembuh.

“Doktor berkenaan seterusnya bertanya adakah anak saya makan sayur dengan nada tinggi dan saya menjawab tidak,” katanya.

Siti Zulaika berkata, doktor berkenaan menyuruh anaknya makan sayur dan buah-buahan serta jangan ambil kesempatan datang ke unit kecemasan dengan penyakit dihidapi itu.

“Saya terkejut apabila doktor terbabit terus menengking seolah-olah hilang pertimbangan sambil menyentak fail di atas mejanya. Anak saya tanpa diperiksa kemudian diberikan dua botol ubat minum.

“Saya yang tidak berpuas hati dan menegur sikapnya tetapi doktor berkenaan tidak menghiraukan sambil terus membuat kerjanya,” katanya.

Menurutnya, dia mengambil ubat yang diberikan tetapi tidak berani menyuruh anaknya memakan ubat berkenaan kerana khuatir.

“Saya kesal dengan layanan doktor terbabit. Saya orang susah, tak mampu nak pergi klinik atau hospital swasta.

“Jika ada masalah peribadi sekalipun, janganlah melayan pesakit sebegini,” katanya yang juga penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan untuk persekolahan tiga anaknya.

Siti Zulaika amat berharap, doktor terbabit diambil tindakan kerana bimbang ada lagi pesakit dilayan sepertinya.

Menangis di kandang tertuduh

SH: "

KUALA TERENGGANU- Seorang gadis bawah umur yang tercicir pelajaran sejak Tingkatan Dua menangis teresak-esak di dalam kandang tertuduh selepas gagal membayar wang jaminan sejumlah RM2,000 yang ditawarkan oleh mahkamah kerana tiada seorang pun dalam kalangan ahli keluarganya yang hadir pada hari pertuduhan dibacakan, semalam.

Jaminan ditawarkan selepas dua pertuduhan terhadap tertuduh yang berusia 15 tahun dari Kampung Surau Baru, Jalan Pasir Panjang iaitu positif dadah berbahaya jenis Methamphetamine dan gagal menunjukkan kad pengenalan diri ketika ditahan pada 6 Febuari lalu dijalankan oleh Inspektor Miky Anak Dustan Muda di hadapan hakim, Siti Faraziana Zainuddin.

Tertuduh yang memakai baju lokap berwarna ungu hanya mendiamkan diri dan tunduk menangis selepas pertuduhan dibacakan dan tiada pengakuan direkodkan."

Mangsa lemas masih gagal ditemui

SH



KAMPUNG GELIGA BARU – Rasa hiba ibu mangsa lemas, Azizah Yahya, 46, yang masih lagi kelihatan trauma dan lemah dengan kejadian anaknya, Zainal Ikmal Abdullah, 12, yang dikhuatiri lemas sejak Jumaat lalu dikongsi bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera yang turun menziarahi Azizah sekeluarga di rumahnya, petang semalam.

Bagi meringankan penderitaan yang ditanggung mangsa sekeluarga, :Mohamed yang hadir bersama rombongan Pejabat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai turut menyampaikan sedikit sumbangan.

Sejurus melawat keluarga mangsa, beliau dan rombongan Pejabat DUN Chukai turut melawat pusat operasi mencari dan menyelamat yang diwujudkan sejak empat hari lalu di tebing pantai yang terletak kira-kira 300 meter dari rumah mangsa.

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat masuk hari keempat semalam namun mangsa yang dikhuatiri lemas selepas ditarik ombak ketika bermain bersama dua sepupunya pada Jumaat lalu masih gagal ditemui.

Malah, pelbagai agensi yang terbabit dalam operasi menyelamat di pesisir pantai dan di lautan itu termasuk polis, bomba, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah Tiga terpaksa berdepan dengan keadaan arus lautan yang berpusar sekitar tempat kejadian dengan keadaan ombak setinggi 1.5 hingga 2.5 meter dan kelajuan angin 30 hingga 40 kilometer/jam.

Menurut Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kemaman, Che Wan Mohd Razak Che Wan Besar, walaupun keadaan pusaran air itu menyukarkan penyelam dari PGM Wilayah Tiga untuk mencari mangsa yang dikhuatiri tersangkut pada tunggul kayu tempat ditarik ombak, tetapi mereka tetap berusaha agar penyelam dapat melawan pusaran arus.

Katanya, operasi semalam dimulakan sekitar jam 7.45 pagi menyaksikan empat penyelam PGM Wilayah Tiga turun menyelam bagi mengesan mangsa sebelum operasi menyelam disambung kira-kira jam 5 petang selain rondaan di sekitar pesisir pantai dan lautan lebih dipergiatkan.

Amah dakwa ditumbuk isteri majikan

SH


KUALA NERUS - Seorang pembantu rumah Indonesia mendakwa didera isteri majikannya di Kampung Seberang Takir menyebabkan cedera serius di bahagian muka, mata dan anggota badannya.

Pembantu rumah malang itu juga seorang ibu tunggal dari Tanjung Balai, Indonesia, 30, mendakwa dia sering dipukul, disebat dan ditumbuk isteri majikannya, 23, seorang pemilik butik sejak bekerja Julai tahun lalu dan berterusan hingga kini walaupun kesalahan kecil.

Dia turut mendakwa, sepanjang tempoh bekerja di rumah majikannya itu, dia tidak dibayar gaji seperti dijanjikan majikannya iaitu RM300 sebulan.

Difahamkan ini kali pertama pembantu rumah Indonesia itu datang ke negara ini mencuba nasib mencari rezeki untuk menyara anak tunggalnya yang ditinggalkan bersama keluarganya di kampung selepas kematian suami.

Selain penderaan secara fizikal, dia mendakwa majikannya juga tidak membenar dia menghubungi keluarga di Indonesia menyebabkan keluarganya tidak menerima khabar daripadanya.

Dia juga mendakwa, majikannya bersikap tidak berperikemanusiaan kerana hanya membenarkan dia mengambil masa kira-kira 10 minit saja untuk makan, lima minit menunaikan solat dan 20 minit untuk mandi.

Majikannya dikatakan menetapkan masa bekerja iaitu seawal jam 4.30 pagi hingga 12 tengah malam.

Kerana tidak tahan penderaan itu, amah itu nekad melarikan diri dan membuat laporan di Balai Polis Gong Badak, kira-kira jam 5.56 petang kelmarin.

Isteri majikan itu difahamkan kini ditahan reman tiga hari bermula semalam.

Undur atau mati!



Oleh M Hafizuddin Ikhsan
hifzuddin@bharian.com.my
2011/02/08

ZULIYARANA  menunjukkan hanya  pasport dan satu beg  berisi pakaian yang sempat dibawa pulang ke tanah air, dua hari lalu.
ZULIYARANA menunjukkan hanya pasport dan satu beg berisi pakaian yang sempat dibawa pulang ke tanah air, dua hari lalu.
Pelajar cerita detik cemas kenderaan ditembak

KUCHING: Undur atau mati! – Itulah pilihan diberikan anggota tentera Mesir kepada tiga pelajar perempuan dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, selepas kenderaan dinaiki mereka ditembak ketika cuba memasuki sempadan Iskandariah-Kaherah pada hari kedua perintah berkurung dikeluarkan di seluruh Mesir, baru-baru ini.

Sehari sebelum perintah berkurung dikeluarkan, ketiga-tiga pelajar berasal dari Sarawak, Zuliyarana Fauzi, 23; Siti Sarah Dahari, 23 dan Shahida Rashidi, 25, mengikut rakan mereka melawat perpustakaan di Universiti Iskandariah.
Ketiga-tiga mereka kemudian terpaksa berlindung tiga hari di rumah rakan sebelum berpindah ke Rumah Sabah di Iskandariah. Mereka tiba di sini, pagi kelmarin, dengan menumpang pesawat yang membawa pelajar tajaan Yayasan Sabah.

Menceritakan detik cemas itu, Zuliyarana berkata, mereka bercadang ke Iskandariah selama tiga hari dan tidak menyangka akan terperangkap selepas laluan kereta api dan lebuh raya ditutup.

"Kami nekad untuk pulang kerana semua pakaian dan kelengkapan lain berada di asrama Rumah Sarawak, Kaherah, namun sebaik tiba di kawasan tol berdekatan sempadan pada jam 10 pagi, kenderaan kami ditembak.

“Kami semua terpaksa tunduk selepas menyedari kenderaan ditembak sebelum beberapa anggota tentera mengarahkan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota dinaiki tujuh penumpang segera berpatah balik ke Iskandariah jika mahu selamat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Asajaya di sini, semalam.
Apabila memeriksa kenderaan itu kemudian, mereka menemui tiga kesan tembakan pada bahagian lampu, sisi kenderaan serta pintu penumpang, namun mujur kenderaan masih mampu bergerak dan tiba di Iskandariah.

Siti Sarah yang berasal dari Kota Samarahan, berkata mereka panik ketika kenderaan ditembak menyebabkan mereka bertiga menjadi trauma sehingga tidak boleh melelapkan mata pada setiap malam sepanjang tempoh perintah berkurung.
Berita Harian Online | Undur atau mati!