Search This Blog

Monday, February 7, 2011

2 warga Myanmar mati disembelih dalam asrama





2011/02/07

SERI KEMBANGAN: Dua lelaki Myanmar ditemui mati dibunuh dengan lebih 12 kesan tikaman pada dada dan disembelih menggunakan pisau pemotong daging di tingkat tiga sebuah asrama di Taman Universiti Indah, di sini awal pagi semalam.

Mangsa berusia 20-an yang juga pekerja di Syarikat Kitar Semula Dakwat Pencetak di sini di temui orang awam yang curiga melihat kesan darah di tingkat bawah bangunan berkenaan sebelum menghubungi polis dan kejadian dipercayai berlaku jam 3 hingga 6.30 pagi.
Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati seorang mangsa yang hanya memakai kain pelikat ditemui terbaring berlumuran darah di ruang tamu dan lebih 10 tetakan di dada. Seorang lagi mangsa ditemui lengkap berpakaian di sebuah bilik tetapi ada kesan disembelih dan 12 kesan tetakan di dada.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abdul Razak Elias, berkata siasatan awal mendapati ada kesan pergelutan di lokasi kejadian dan suspek dipercayai cedera berikutan kesan darah di sepanjang laluan tangga tingkat tiga hingga ke bawah.

“Asrama berkenaan menempatkan empat pekerja, namun dua lagi rakan mangsa masih dikesan untuk siasatan lanjut. Polis percaya dalang di sebalik kejadian lebih daripada seorang. Susulan kejadian itu, seramai 30 warga asing termasuk seorang wanita ditahan untuk msembantu siasatan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Abdul Razak berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan polis akan mengambil keterangan majikan mangsa sebaik pulang dari bercuti di Hong Kong.
Berita Harian Online | 2 warga Myanmar mati disembelih dalam asrama

8 sukarelawan kita ditahan di Mesir



Oleh Sazarina Shahrim dan Syed Azwan Syed Ali
bhnews@bharian.com.my
2011/02/07

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberi taklimat kepada pelajar Malaysia yang dipindahkan dari Mesir melalui Ops Piramid di Pusat Transit Tabung Haji Madinatul Hujjaj Jeddah, semalam.
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberi taklimat kepada pelajar Malaysia yang dipindahkan dari Mesir melalui Ops Piramid di Pusat Transit Tabung Haji Madinatul Hujjaj Jeddah, semalam.
Penunjuk perasaan, pihak berkuasa cuba halang misi hantar makanan

PUTRAJAYA: Lapan rakyat Malaysia termasuk sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia ditahan kumpulan penunjuk perasaan dan pihak berkuasa Mesir kerana didakwa cuba membawa bekalan makanan kepada penunjuk perasaan.
Kumpulan itu ditahan tiga kali ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah ke Rumah Malaysia Abasiah untuk menghantar bekalan bantuan makanan kepada pelajar Malaysia di situ.
Mereka ditahan sekitar jam 2 pagi kelmarin apabila melalui jalan berdekatan istana Presiden Mesir, Hosni Mubarak oleh pihak berkuasa Mesir.

Malah, dalam insiden itu, pihak terbabit cuba merampas bekalan makanan kering seberat 10 tan yang diangkut menggunakan empat lori sewa diiringi teksi dan bas yang membawa lapan sukarelawan Malaysia selain dua rakyat tempatan.

Mohd Khairul Rizzuan Abu Hassan, 26, seorang sukarelawan yang terbabit dalam konvoi itu berkata beliau berasa amat tertekan selepas diperlakukan seperti penjenayah ketika ditahan.

“Seorang daripada kami hanya mahu membuktikan kami adalah sukarelawan daripada Malaysia dengan menunjukkan kad pengenalan kelab tapi seorang lelaki daripada kumpulan itu meludah ke kad itu sambil berkata ‘this is all bullshit’ kerana tidak percayakan kami.
“Ketika itu keadaan sangat emosi, mereka ingat kami cuba memberi makanan kepada kumpulan penunjuk perasaan. Semua barang kami diselongkar dan mereka turut merampas 10 set walkie-talkie yang kami bawa,” katanya ketika dihubungi dari Kaherah, semalam.

Katanya, konvoi itu kemudian ditahan dalam dua sekatan jalan raya lagi dan melalui proses hampir sama sebelum tiba di Dewan Malaysia Abbasiah jam 8 pagi.

Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Mesir, Abdullah Mat, berkata mereka ditahan kononnya kerana melanggar perintah berkurung dari jam 4 petang hingga 8 pagi.

“Walaupun dengan bantuan Timbalan Menteri Luar (Senator A Kohillan Pillai) dan Duta Malaysia ke Mesir, mereka enggan melepaskan kami. Kami semua ditahan sehingga jam 4 pagi sebelum membenarkan kami meneruskan perjalanan,” katanya.

Pengerusi kelab itu, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata pasukan sukarelawan terpaksa bergerak seawal 2 pagi ketika perintah berkurung masih berkuat kuasa untuk menyediakan makanan kepada warga Malaysia yang masih terkandas di wilayah itu.

“Kita kesal dengan sikap sesetengah pihak mengambil kesempatan terutama mereka bertindak merampas wang dan makanan. Namun, semua ini tidak mematahkan semangat sukarelawan walaupun ada antara kami tidur cuma empat jam sehari untuk memastikan kebajikan rakyat Malaysia dijaga sebelum dihantar pulang,” katanya.
Berita Harian Online | 8 sukarelawan kita ditahan di Mesir

Tunjuk perasaan diMesir


PENUNJUK perasaan antikerajaan berdiri di atas trak tentera dan polis Mesir yang musnah dan dijadikan halangan di Medan Tahrir, Kaherah, hari ini. Presiden Hosni Mubarak dilaporkan semakin menerima tekanan, termasuk dari Amerika Syarikat, untuk melaksanakan pelan peralihan kuasa. - Foto AP


Siasatan kes Anis Syafiah selesai

SH: "

KANGAR - Siasatan kes seorang kanak-kanak, Anis Syafiah Mohd Shukri, 2, yang dikatakan menjadi mangsa dera di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Repoh dekat sini bulan lalu selesai.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Superintenden Mohd Nashir Ya berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan hasil siasatan itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, Anis Syafiah dikatakan tersimbah air panas ketika mangsa bersama 10 kanak-kanak lain bersiap sedia untuk mandi sebelum mangsa terlanggar meja di dapur dan terjatuh.

Akibatnya, bekas berisi air panas yang digunakan untuk memanaskan susu terbalik dan tertumpah ke atas paha mangsa."

Penyelia ditemui mati tersangkut pada pukat

SH: "

BESUT - Seorang penyelia asrama Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas, Negeri Sembilan ditemui mati tersangkut di pukat di Sungai Besut Kampung Tok Gong setelah 10 hari dilaporkan hilang dari
rumah keluarganya di sini hari ini.

Mayat Rohaizat Ismail, 30, ditemui oleh penduduk kampung kira-kira 12.15 tengah hari setelah terlihat objek terlekat pada pukat ikan yang dipasang di sungai itu.

Mangsa yang masih bujang sebelum itu pulang bercuti sempena Tahun Baru Cina dan dilaporkan tidak pulang sejak keluar kira-kira jam 3 petang pada 29 Januari lalu.

Ibu mangsa, Rozita Abdullah, 49, yang ditemui di rumah mayat Hospital Daerah Besut petang ini berkata, anak sulungnya itu dilihat ke luar rumah pada hari kejadian dengan menaiki sebuah motosikal milik bapa saudaranya dan tidak kembali ke rumah selepas itu.

“Ketika dia keluar rumah, saya sekeluarga pergi kenduri di rumah saudara kami di Tumpat, Kelantan dan selepas mendapati dia tidak pulang, kami membuat laporan di Balai Polis Kuala Besut pada petang Jumaat,” katanya.-Bernama"

14 cedera pertempuran di sempadan Thai-Kemboja



BANGKOK: Tiga belas tentera Thai dan seorang orang awam cedera dalam pertempuran terbaru dengan tentera Kemboja di mana kawasan pertempuran diperluaskan di luar kawasan sempadan yang dipertikaikan ketika gencatan senjata berlangsung tidak sampai 24 jam.



2011/02/07


Jurucakap Tentera Thai, Kol Sansern Keowkamnerd hari ini berkata, mereka mengalami kecederaan itu ketika berlaku pertempuran pada 6.30 petang semalam di daerah Kantharalak, wilayah Si Sa Ket, kira-kira 550km timur Bangkok.
Kedua-dua pihak menggunakan senjata berat termasuk roket, mesingan, meriam, dan artileri dengan tentera Kemboja dilaporkan melancarkan serangan dari stesen mereka di Bukit Phu Ma Khua dan Chong Don Aou.
Kol Sansern mendakwa tentera Kemboja terlebih dahulu memulakan serangan di bumi Thai dan segera dibalas oleh pihak Thai.

"Sekolah dan banyak kampung terkena tembakan," katanya, sambil menambah insiden itu memaksa beribu-ribu penduduk kampung dipindahkan sementara ke kubu bawah tanah dan tempat lebih selamat.

Pihak berkuasa Si Sa Ket telah menjadikan dewan orang ramai dan stadium sebagai tempat perlindungan sementara.

Kedua-dua pihak mencapai perjanjian gencatan senjata pada 7 petang Sabtu lalu berikutan pertempuran yang tercetus di kawasan sempadan yang dipertikaikan pada Jumaat, mengorbankan dua rakyat Thai, seorang daripadanya orang awam, manakala 12 tentera cedera selain mengakibatkan kerosakan sebuah sekolah dan beberapa buah rumah dalam pertempuran yang berlangsung selama dua hari.
Pertempuran semalam berlangsung kira-kira tiga jam dan disambung semula kira-kira 8.30 pagi ini.

Dalam perkembangan lain, laporan dari Phnom Penh menyebut Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen menghantar surat kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) malam semalam untuk meminta campur tangan badan dunia itu.

Phnom Penh mahu Majlis Keselamatan mengadakan sidang tergempar untuk menghentikan pencerobohan Thai ke dalam wilayah Kemboja. - BERNAMA
Berita Harian Online | 14 cedera pertempuran di sempadan Thai-Kemboja

Mayat mangsa bot karam di Langkawi ditemui

Kosmo! Online - Terkini: "
07/02/2011 2:36pm

LANGKAWI - Mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot yang dinaikinya karam Jumaat lepas ditemui terapung berhampiran Jeti Pulau Tuba di Kuah di sini hari ini.

Pegawai Memerintah Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah 1 Langkawi, DSP Sallehuddin Mat Zaman berkata, mayat Zairy Zainol, 32, dari Kampung Abi Tok Hashim, Kangar, Perlis ditemui oleh orang awam pukul 9 pagi yang kemudian dibawa ke Jeti Penarak.

'Gerakan mencari dilancarkan sejak Jumaat lepas disertai anggota PGM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Langkawi,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 1.30 pagi Jumaat lepas, sebuah bot gentian kaca dalam perjalanan dari Kuah ke Kuala Perlis yang dinaiki tiga sahabat, pecah dan karam selepas terlanggar batu besar berhampiran Pulau Bumbun Besar. - Bernama"

Murid maut terjatuh dalam kolam berlumpur

Kosmo! Online - Terkini: "
07/02/2011 5:15pm

JOHOR BAHRU - Seorang murid meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam kolam berlumpur berhampiran rumahnya di Taman Johor Jaya di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt. Roslan Zainuddin berkata S. Tharwin, 8, murid darjah dua Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Permas Jaya dikatakan bermain di padang permainan berhampiran kolam itu bersama abang dan kakaknya serta beberapa kawan mereka kira-kira 4.30 petang.

'Ketika sedang bermain, Tharwin dipercayai pergi ke kolam terbiar di tepi padang tersebut sebelum disyaki terjatuh ke dalamnya,” katanya.

Abang Tharwin yang menyedari kejadian tersebut bergegas balik ke rumah untuk memaklumkan kejadian itu kepada keluarga mereka. - Bernama"

Samun bersenjata: Dua beradik dipenjara 8 tahun

Kosmo! Online - Terkini: "
07/02/2011 5:58pm

KOTA BHARU - Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun terhadap dua beradik selepas mengaku bersalah melakukan jenayah samun bersenjata pada November tahun lalu.

Hakim Irwan Suainbon menjatuhkan hukuman itu terhadap Wan Mohamad Nazri Wan Mat, 26, dan adiknya, Wan Mohamad Nazrul, 24, selepas mengaku melakukan perbuatan itu di Wakaf Baharu pada 14 November tahun lalu.

Irwan memerintahkan hukuman penjara itu bermula hari ini.

Mereka dituduh melakukan samun berkumpulan itu dengan bersenjatakan sebilah pisau di rumah mangsa, Ang Bee Tin, di Taman Sri Cenderong, Wakaf Baharu kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

Kedua-dua beradik itu telah menyamun barang kemas, telefon bimbit, komputer riba dan beg tangan milik mangsa sebelum melarikan diri. - Bernama"

Pengusaha kedai lusuh maut ditembak, 2 cedera

Kosmo! Online - Terkini: "
07/02/2011 7:21pm

TAIPING - Seorang peniaga barangan lusuh mati ditembak dalam satu rompakan di Jalan Barrack, di sini pagi ini, manakala dua lagi cedera akibat dipukul dalam kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Yusof Mohd. Diah berkata K. Pitchai, 71, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian dada dan kepala, manakala yang tercedera dalam kejadian itu ialah M. Palsamy, 67, dan S. Subramaniam, yang berumur sekitar 60-an.

Beliau berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 6.45 pagi apabila tiga lelaki yang menutup sebahagian daripada muka dengan kain, menyerbu masuk ke kawasan ruang niaga Pitchai.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini Yusof berkata, seorang daripada suspek kemudiannya melepaskan dua das tembakan ke arah kepala dan dada Pitchai selepas berlaku pergelutan, dan Pitchai terus rebah. - Bernama"

MPSP roboh 1,000 gerai di Taman Pelangi

Kosmo! Online - Terkini: "
07/02/2011 6:03pm

BUKIT MERTAJAM - Sebanyak 1,000 gerai yang melakukan penyambungan dengan rumah flat di Taman Pelangi di sini akan dirobohkan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dalam operasi bersepadu mulai hari ini.

Ahli Majlis MPSP M. Ramachandran berkata, operasi dari 9 pagi hingga 5 petang itu yang disertai 180 petugas dari Jabatan Direktorat MPSP, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Tenaga Nasional Berhad, Perbadanan Bekalan Air dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, akan diteruskan sehingga Jumaat ini.

'Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan akan merobohkan semua gerai yang melakukan penyambungan haram dengan rumah flat di unit bawah.

'Kami juga terima banyak aduan mengenai tempat ini terutama berkaitan penduduk tempatan yang menyewakan gerai mereka kepada rakyat asing dengan kadar sehingga RM300 sebulan dan perkara itu tidak dibenarkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama"

Warga emas edar 1,300 pil eramin 5 ditahan

Kosmo! Online - Terkini: "
07/02/2011 7:21pm

IPOH - Polis merampas 1,300 pil eramin 5 bernilai lebih RM19,000 daripada seorang warga emas yang ditahan di Jalan Pantai-Kuala Kurau, Kerian Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt. Mat Fauzi Nayan berkata, lelaki berusia 61 tahun itu ditahan pada 2 pagi oleh sepasukan anggota polis Jabatan Narkotik hasil maklumat dan risikan.

Polis menemui satu bungkus plastik hitam mengandungi 200 biji pil eramin 5 di dalam bakul motosikalnya yang diberhentikan di tepi jalan, katanya ketika dihubungi hari ini.

Hasil soal siasat ke atas lelaki berkenaan membawa penemuan 1,100 biji pil eramin yang dibungkus di dalam bekas plastik berwarna ungu di dapur rumah lelaki itu di Jalan Pantai. - Bernama"

Pengusaha kilang papan mati dibunuh

Kosmo! Online - Terkini: "
07/02/2011 7:14pm

LAHAD DATU – Seorang pengusaha kilang papan berumur 50 tahun mati dibunuh selepas menjamu selera bersama dua rakannya di sebuah gerai di Jalan Dam dekat sini, malam tadi.

Loy Ah Loh yang cedera ditikam di bahagian kiri perut, bahu kanan dan dua kesan tikaman di bahagian belakangnya meninggal dunia di hospital.

Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ASP Osri Sarikol berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama dua rakannya makan bersama di sebuah gerai di Jalan Dam kira-kira 10.20 malam.

Semasa hendak menaiki keretanya, seorang lelaki berpakaian gelap tiba-tiba muncul dan membalingnya dengan botol cili sebelum menyerang dan menikam mangsa beberapa kali.

Mangsa yang cedera kemudian kembali ke gerai untuk menemui rakannya yang kemudian menghantarnya ke hospital.

Osri berkata, polis menjumpai sebilah pisau di tempat kejadian yang dipercayai digunakan menyerang mangsa. – Bernama"

Penipuan melalui Internet masih berlaku

Kosmo! Online - Terkini: "
07/02/2011 7:21pm

ALOR SETAR – Orang ramai di Kedah dilaporkan masih tertipu dengan penipuan melalui internet yang dilakukan sindiket rakyat asing.

Kes sedemikian dilaporkan berlaku di Kedah sejak dua tahun lalu tetapi minggu lepas ia masih dilaporkan berlaku.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Supt Nasbah Jusoh, seorang guru lelaki di Kuala Muda telah ditipu oleh sindiket seperti itu sebanyak RM7,000 minggu lepas.

Beliau berkata, sebanyak enam kes yang melibatkan kerugian RM103,612 dicatat pada 2009 dan pada 2010 ia meningkat kepada 20 kes dengan jumlah kerugian sebanyak RM231,490.

'Dua lelaki dan empat perempuan berumur antara 33 tahun hingga 46 tahun ditipu pada tahun 2009 dan lima lelaki dan 15 perempuan berumur antara 19 hingga 51 tahun ditipu oleh sindiket pada tahun 2010,” katanya.

Nasbah berkata, mangsa ditipu apabila mengenali suspek melalui laman sosial yang mana suspek menjanjikan bermacam-macam hadiah termasuk mahu menghantar bungkusan yang mengandungi wang dan barang kemas. – Bernama"

Penyelia asrama ILP ditemui mati lemas

Kosmo! Online - Terkini: "
07/02/2011 8:00pm

BESUT – Seorang penyelia asrama Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas, Negeri Sembilan ditemui mati tersangkut di pukat di Sungai Besut Kampung Tok Gong setelah 10 hari dilaporkan hilang dari rumah keluarganya di sini hari ini.

Mayat Rohaizat Ismail, 30, ditemui oleh penduduk kampung kira-kira jam 12.15 tengah hari setelah terlihat objek terlekat pada pukat ikan yang dipasang di sungai di situ.

Mangsa yang masih bujang sebelum itu pulang bercuti sempena Tahun Baru Cina dan dilaporkan tidak pulang sejak keluar kira-kira jam 3 petang pada 29 Januari lepas.

Ibu mangsa Rozita Abdullah, 49, yang ditemui di rumah mayat Hospital Daerah Besut petang ini berkata, anak sulungnya itu dilihat ke luar rumah pada hari kejadian dengan menaiki sebuah motosikal milik bapa saudaranya dan tidak kembali ke rumah selepas itu.

“Ketika dia keluar rumah, saya sekeluarga pergi kenduri di rumah saudara kami di Tumpat, Kelantan dan selepas mendapati dia tidak pulang, kami mengambil keputusan untuk membuat laporan di Balai Polis Kuala Besut pada petang Jumaat,” katanya. – Bernama"

Lelaki diberkas kerana cuba sogok dua polis trafik lebih $4,000

Cyberita Online Singapura: "SINGAPURA


SERANG lelaki berusia 58 tahun diberkas pihak polis kelmarin setelah disyaki cuba memberi rasuah berjumlah $4,024 kepada dua pegawai polis trafik.

Dalam kejadian sekitar 10.20 malam 4 Februari lalu itu, Staf Sarjan Mohd Rizal dan Korporal Nur Mohd yang membuat rondaan di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) menahan sebuah kereta yang pemandunya disyaki memandu dalam keadaan mabuk.

Lelaki itu ditahan di susur keluar Clementi Avenue 6.

Semasa diperiksa, lelaki itu didapati memandu tanpa lesen memandu yang sah dan tidak dilindungi insurans.

Dalam masa yang sama, dia juga disyaki memandu dalam keadaan mabuk.

Menurut satu kenyataan polis kelmarin, lelaki tersebut merayu kepada dua pegawai tersebut dan menawarkan wang tunai agar melepaskannya.

Namun kedua-dua pegawai dengan tegas menolak wang rasuah $4,024 yang disogok kepada mereka.

Lelaki itu kemudian diberkas kerana cuba memberi rasuah dan kesnya dirujuk ke Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).

Komander Polis Trafik, Penolong Pesuruhjaya Cheang Keng Keongm memuji tindakan yang diambil oleh kedua-dua pegawai polis tersebut.

'Kewibawaan adalah antara nilai utama yang dipegang oleh Pasukan Polis Singapura (SPF).

'Saya bangga dengan pegawai saya yang berpegang kepada nilai ini dan menjaga nama baik SPF.'"

Tunjuk semangat kental walau hadapi pelbagai kesukaran



SIMBOL PERPADUAN: Rakyat Mesir di luar negara turut menunjukkan sokongan kepada pemberontakan antipemerintah di Mesir, dengan mengadakan perhimpunan di hadapan Rumah Putih di Washington, semalam, untuk mendesak Presiden Hosni Mubarak supaya meletakkan jawatan. -- Foto AFP
Mudah cetak
E-mel

7 Feb 2011

LUAR NEGARA

RUSUHAN DI MESIR


Pembantah berikrar terus bantah hingga Mubarak letak jawatan


KAHIRAH: Selepas hampir dua minggu berdepan terus dengan rejim autoritarian Mesir, para pembantah antipemerintah semakin menghadapi pelbagai kesukaran seperti kecederaan, dipukul, kekurangan tidur dan kelaparan.
Namun, puluhan ribu pembantah yang berhimpun di Dataran Tahrir, di Kahirah, setiap hari itu masih menunjukkan semangat kental yang berkobarkobar.Mereka berikar tidak akan berundur daripada gesaan supaya Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan mengakhiri pemerintahannya selama hampir 30 tahun.Berapa lama mereka boleh bertahan masih menjadi tanda tanya dalam krisis yang menyelubungi Mesir itu. Ini sedang pemerintah negara itu masih beranggapan ia akan dapat mengatasi pergolakan tersebut.Ia juga bermakna bahawa konfrontasi itu mungkin berubah menjadi satu ujian daya ketahanan.Para penganjur bantahan percaya mereka harus terus memberi tekanan dan memaksa pemerintah Mesir agar membuat perubahan ke arah demokrasi tulen. Mereka tidak mahu hanya pengubahsuaian kosmetik yang membolehkan rejim yang ada mengekalkan kuasa walaupun jika Encik Mubarak meletakkan jawatan.'Kami harus teguh untuk menggulingkan pemerintah,' kata seorang pelajar, Encik Ahmed Abdel Moneim, 22 tahun, yang bermalam di dataran tersebut sejak beberapa hari lalu.'Revolusi Perancis mengambil masa yang amat lama, jadi orang ramai akhirnya mendapatkan semula hak mereka... Jika kami harus menghabiskan masa sepanjang hayat sekali pun untuk menyingkirkan Mubarak, kami akan lakukannya,' tambahnya.Ia bukan saja merupakan sentimen yang dikongsi ribuan pembantah yang berada di Dataran Tahrir, malah dalam kalangan rakyat Mesir dan penyokong perjuangan mereka yang berada di luar negara itu.Di New Orleans dan beberapa bandar utama di Amerika Syarikat, misalnya, ratusan penunjuk perasaan secara aman semalam turut menggesa supaya presiden Mesir itu meletakkan jawatan. Ini merupakan simbol perpaduan bersama mereka yang berada di Kahirah.Kira-kira 150 orang berhimpun di luar bangunan federal New Orleans sambil meminta Encik Mubarak meletakkan jawatan.Sekitar 180 orang pula mengadakan bantahan di Atlanta, di luar ibu pejabat CNN, manakala di Washington lebih 100 orang berarak dari Kedutaan Mesir ke Rumah Putih untuk menyuarakan desakan yang sama.Beberapa perhimpunan juga diadakan di New York, Seattle dan di kawasan berdekatan Detroit. -- AP.Cyberita Online Luar Negara

Tipu helah melalui e-mel, telefon kian bertambah





AWAS!: Skim-skim tipu helah mene rusi e-mel dan telefon dipercayai berasal daripada sindiket-sindiket luar negara.


SINGAPURA
Wanita dakwa terima dua e-mel berasingan yang tawarkan lebih $19j
Oleh
Nuradilah Mahbob

APABILA menerima e-mel bahawa seorang lelaki tua ingin mendermakan harta pusakanya, beliau serta-merta mengesyaki bahawa ia merupakan satu skim tipu helah.
Pada keesokan harinya, Cik Halimah Juffri, 53 tahun, menerima satu lagi e-mel memaklumkan bahawa lelaki itu baru sahaja meninggal dunia.Sekali lagi, Cik Halimah tidak termakan dengan tipu helah tersebut tetapi beliau risau jika ada orang terdesak yang mungkin terjerat dengan e-mel bersiri seperti itu.Ternyata, skim-skim tipu helah menerusi e-mel dan telefon yang dipercayai berasal dari sindiket-sindiket luar negara kini timbul dalam pelbagai bentuk, sedang polis baru-baru ini memberi amaran bahawa jumlah wang yang telah ditipu semakin meningkat.Pelbagai taktik telah timbul dengan sindiket-sindiket tersebut kini menawarkan 'hadiah loteri' atau 'cabutan bertuah', selain helah peninggalan harta pusaka yang pernah dilaporkan sebelum ini.Pembaca Berita Harian (BH), Cik Halimah, mendakwa beliau menerima dua e-mel berasingan yang menawarkan lebih AS$15 juta ($19.12 juta) awal Januari ini.E-mel pertama diterima kononnya daripada seorang lelaki tua yang berpenyakit barah bernama Encik Graham N. Robert, 69 tahun, yang ingin mendermakan harta peninggalannya sejumlah AS$5.56 juta kepada Cik Halimah.Ia dihantar melalui seseorang yang bernama Raazia Waseem dengan alamat e-melraazia@lums.edu.pk.Ditulis dalam e-mel itu, lelaki tua berkenaan tidak mempunyai waris dan memohon si penerima memanfaatkan wang itu untuk menolong golongan susah 'daripada ia jatuh ke tangan saudara-mara isteri saya yang akan menggunakan wang tersebut secara tidak elok'.'Sebaik saya terima e-mel itu, saya fikir mustahil orang nak beri duit sebegitu banyak, jadi saya tidak endahkannya.'Yang pelik, esoknya, saya terima satu lagi e-mel yang menyatakan lelaki itu baru meninggal dunia dan meminta saya supaya menghubungi peguamnya,' kata Cik Halimah, seorang pentadbir projek di sebuah syarikat minyak dan gas.Helah 'harta peninggalan' seperti ini pernah dilaporkan BH pada 2009. E-mel helah-helah serupa turut disebarkan dalam bahasa Melayu, seolah-olah ingin menyasarkan kepada masyarakat Melayu.Kini, timbul juga helah menang loteri atau hadiah geran tunai yang disebarkan melalui e-mel dan telefon.Cik Halimah turut menerima satu lagi e-mel kononnya beliau telah dipilih antara beberapa penerima di serata dunia untuk menerima hadiah geran tunai AS$5 juta.E-mel itu pula dihantar oleh sebuah pertubuhan bernama 'Triodos Foundation UK' yang beralamat 'Brunel House 11 The Promenade Bristol BS8 3NN', kononnya sempena ulang tahun badan tersebut yang ke-15.E-mel tersebut juga meminta Cik Halimah mengisi borang dengan butir-butir termasuk alamat, nombor telefon kepada sesebuah alamat e-mel 'pengurus kewangan' mereka di Afrika.'Tak tahulah bagaimana mereka mendapat alamat e-mel saya. Saya tak jawab e-mel itu juga kerana saya syaki mesti mereka minta saya bayar wang pendahuluan dulu,'kata ibu seorang anak itu.Ternyata, kebanyakan skim tipu ini termasuk melalui telefon, meminta 'wang pendahuluan' sebelum memberi hadiah sepenuhnya (lihat kisah di kanan).Baru-baru ini, polis menggariskan tipu helah sebagai antara 'jenayah keprihatinan' tahun ini, dengan jumlah wang yang ditipu naik kepada $4 juta tahun lalu, berbanding $3 juta pada 2009.'Kini, kami bekerjasama lebih rapat dengan agensi-agensi penghantaran wang, dan sebab itulah kami dapat menghentikan sebelum wang itu dipindahkan.'Tetapi kalau duit itu sudah dihantar ke luar negara, memang susah untuk dikembalikannya,' kata Penolong Pesuruhjaya, Cik Ng Guat Ting, Pengarah Jabatan Ehwal Awam.Cyberita Online Singapura

Pak cik bimbang lebih sebulan remaja tidak pulang



BIMBANG DIANIAYA: Encik Khairul Annuar, yang memegang pasport dan gambar anak saudaranya, Muhammad Shazly, bimbang anak saudaranya itu, yang kurang cerdas akalnya, akan dianiaya atau didera orang-orang yang ingin mengambil kesempatan terhadap dirinya. -- Foto TUKIMAN WARJI

SINGAPURA
BUKAN sekali, dua atau tiga kali Muhammad Shazly Kamsari melarikan diri dari rumah.
Dengan kehilangannya pada 19 Januari lalu, ia merupakan kali keempat remaja, yang baru menyambut ulang tahunnya yang ke-14 bulan lalu, melarikan diri dari rumah pak ciknya, Encik Khairul Annuar Abdul Kadir, di daerah Woodlands.Sebelum ini, Shazly, anak kedua keluarga tiga beradik, dijaga oleh ayahnya, Encik Kamsari Kamid, setelah kedua ibu bapanya bercerai.Menurut Encik Khairul, beliau mula mengambil alih penjagaan Shazly setelah ayah remaja itu meninggalkannya di bawah jagaan nenek Shazly untuk ke Sabah sekitar lima tahun lalu.'Apa yang kami tahu, bapa dia ke Sabah dah kahwin dengan orang sana. Bapanya sudah lama tak cari anaknya. Ibunya juga tidak mahu menjaga Shazly kerana sudah bernikah semula dan mempunyai masalah keluarganya sendiri,' ujar Encik Khairul.Tambahnya, beliau juga risau kerana ini merupakan tempoh paling lama Shazly tidak pulang ke rumah.'Selalunya, paling lama pun, dalam masa kurang dua minggu kami sudah dapat temui Shazly semula. Tapi sekarang dah lebih sebulan dia tak balik dan kami bimbang akan keselamatannya,' ujar Encik Khairul.Menurutnya, Shazly tidak bersekolah sejak dua tahun lalu. Shazly merupakan seorang remaja yang ringan tulang dan cepat mesra dengan sesiapa pun, tetapi akalnya kurang cerdas.Katanya, beliau bimbang sifat cepat mesra Shazly dan ringan tulangnya itu akan dieksploitasi oleh mereka yang ingin ambil kesempatan untuk kepentingan mereka sendiri.Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Shazly diminta menghubungi hotline polis, 1800-255-0000. Cyberita Online Singapura

Rasuah: Ketua UMNO Pandan pitam ketika tuduhan dibaca

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

07/02/2011 6:07pm

KUALA LUMPUR, 7 Feb. - Ketua UMNO Bahagian Pandan Abdul Ghani Ismail yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen hari ini terhadap lapan pertuduhan pindaan menerima rasuah daripada seorang kontraktor, pitam di kandang tertuduh secara tiba-tiba ketika pertuduhan dibacakan.

Kejadian yang berlaku ketika pertuduhan dibacakan tidak sampai lima minit oleh jurubahasa di hadapan Hakim Rozilah Salleh, mengejutkan kesemua pihak termasuk anggota keluarga tertuduh dan para wartawan yang berada di galeri awam apabila kepalanya terhantuk pada kandang itu.

Isteri tertuduh yang turut hadir bergegas mendapatkan dan menenangkan suaminya yang mulai sedar. Difahamkan kejadian itu berlaku disebabkan Abdul Ghani tidak mengalas perutnya kerana berpuasa hari ini.

Prosiding bersambung setengah jam kemudian selepas Abdul Ghani memberitahu mahkamah bahawa dia masih mampu meneruskannya.

Abdul Ghani, yang diwakili peguam bela M. Athimulan kelihatan pucat dan tidak bermaya itu, masih tenang memberikan pengakuan tidak bersalahnya terhadap kesemua pertuduhan pindaan. - Bernama"

Hujan lebat berterusan, air laut pasang punca banjir di Melaka

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

07/02/2011 7:15pm

MELAKA 7 Feb. - Hujan lebat yang berterusan selama tiga hari dan keadaan air laut yang pasang penuh menjadi punca berlaku banjir di Melaka.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pada 29 Januari lepas bacaan hujan dicatatkan pada paras 22.8mm, manakala pada 30 Januari (86.2mm) dan 31 Januari (3.6mm).

'Purata hujan untuk tiga hari itu ialah 37.5mm dan jumlah bacaan tiga hari pula 112.6mm,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Omar Kaseh, pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Mohd. Ali berkata, keadaan air laut yang pasang penuh kira-kira jam 3 petang dan 3 pagi pada tiga hari tersebut juga merupakan punca banjir tersebut.

Banjir yang dialami pada tahun ini tidak seburuk banjir besar yang berlaku pada 2006 dan operasi menyelamat mangsa banjir kali ini berjalan lancar, katanya. - Bernama"

Ops Sikap: 11 lagi pengguna motosikal maut semalam

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

07/02/2011 1:46pm

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Seramai 11 lagi pengguna motosikal maut dalam kemalangan jalan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kematian golongan tersebut dalam Ops Sikap Ke-23 yang dilancarkan pada 27 Januari lalu seramai 93 orang.

Menurut Polis Trafik Bukit Aman, jumlah itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan 147 kematian di seluruh negara yang dicatat dalam operasi itu.

Daripada 1,099 kemalangan yang berlaku semalam, jalan bandaran mencatat kenaikan iaitu kepada 353 kes daripada 276 kes sebelum ini, diikuti jalan persekutuan (352), lebuh raya (189), jalan negeri (153) dan jalan-jalan lain (52).

Dalam operasi semalam, sebanyak 9,718 saman dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan.

Ops Sikap ke-23 berakhir Khamis ini. – Bernama"

41 rumah musnah akibat kebakaran hutan di Perth

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

07/02/2011 3:16pm

PERTH 7 Feb. - Sebanyak 41 buah rumah musnah dan 19 buah lagi rosak dalam satu kebakaran hutan di luar sebuah bandar di barat negara ini, kata pihak berkuasa hari ini.

Seorang anggota bomba cedera dan beberapa orang dirawat akibat terhidu asap.

Jabatan Bomba semakin hampir menyekat dua kebakaran berbeza yang bermula hujung minggu lalu di kawasan itu daripada terus merebak .

Jurucakap Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kecemasan dan Kebakaran, Alan Gale berkata, dua kebakaran tersebut memusnahkan kawasan hutan seluas 1,600 hektar dari utara hingga tenggara Perth sejak Sabtu lalu. - Agensi"

Anak saksi maksiat ibu


KESAL...Razif menunjukkan laporan polis berhubung tangkapan khalwat isterinya.
KESAL...Razif menunjukkan laporan polis berhubung tangkapan khalwat isterinya.


KUALA LUMPUR: Seorang isteri berusia 38 tahun terkedu apabila dicekup suami sendiri ketika asyik memadu asmara bersama teman lelakinya di sebuah rumah di Puchong Perdana, dekat sini.
Lebih mengaibkan perbuatan terkutuk wanita itu turut disaksikan anak perempuannya berusia 18 tahun yang mengikuti serbuan bersama beberapa pegawai sebuah masjid di kawasan itu.

Suami wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Razif, 47, berkata ketika serbuan kira-kira jam 2 pagi pada 2 Februari lalu, isterinya yang bekerja di sebuah hotel di ibu negara, berdua-duaan dengan teman lelakinya berusia 49 tahun.

Menurutnya, kereta lelaki terbabit yang diletak di luar rumah turut ditutup nombor pendaftarannya supaya ia tidak dicam jiran sekeliling, sekali gus melindungi perbuatan maksiat mereka.

“Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan saya apabila melihat isteri berasmara dengan lelaki itu. Lebih menyakitkan hati, lelaki terbabit turut berlagak samseng apabila mengeluarkan kata-kata kesat kepada saya di hadapan anak perempuan saya,” katanya.


Menurutnya, selepas dicekup isteri dan kekasihnya itu yang juga seorang kakitangan sebuah universiti terkemuka di ibu negara dibawa ke Balai Polis Bukit Puchong untuk tindakan lanjut termasuk merekodkan laporan mengenai tindakan khalwat mereka.

“Sebaik sampai di balai (polis) tanpa rasa malu atau kesal, lelaki itu bertindak berani apabila meluru masuk untuk membuat laporan kononnya dia tidak bersalah dan rumahnya diceroboh.

“Lebih teruk, dia juga sengaja memeluk serta bermesra dengan isteri di depan kami semua bertujuan untuk menaikkan kemarahan saya,” katanya.

Razif berkata, isterinya dipercayai sudah menjalinkan hubungan dengan lelaki itu sejak empat bulan lalu dan dia sebelum ini sudah mengesyaki perkara itu, namun tiada bukti sehingga kedua-duanya tertangkap. “Kami sudah berkahwin selama 20 tahun dan dikurniakan lima anak. Sekarang keluarga serta anak-anak kucar-kacir disebabkan perbuatan isteri saya yang melampau ini,” katanya.

Ahli Jawatankuasa masjid, Harun Nayan yang terbabit serbuan khalwat itu berkata, tiga ahli kariah termasuk imam masjid di situ membuat serbuan selepas menerima aduan suami wanita terbabit yang mendakwa isterinya berdua-duaan dengan lelaki lain dalam sebuah rumah.


Menurut Harun, suami serta anak perempuan wanita itu turut serta serbuan berkenaan dan sebaik pasangan terbabit ditahan, mereka dibawa ke balai polis.


“Laporan polis mengenai tangkapan pasangan khalwat itu dibuat imam yang mengetuai serbuan. Ia bagi membolehkan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat siasatan lanjut selepas ini.


“Selepas laporan dibuat kami semua beredar dan kebiasaannya polis akan merujuk kes itu kepada Jais yang kemudian akan memanggil kami untuk mendapatkan butiran kes berkenaan, namun setakat ini kami belum dipanggil untuk memberi keterangan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Jais, Mohamad Rais Rasid, berkata pihaknya belum menerima laporan kes terbabit, namun akan membuat tindakan susulan termasuk siasatan terperinci terhadap tangkapan itu.


“Walaupun tangkapan dilakukan pegawai masjid bersama penduduk, Jais masih mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan susulan termasuk pendakwaan kerana pegawai masjid dilantik oleh Jais dan mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya.


“Bilal, imam, nazir dan siak adalah pegawai masjid yang dilantik Jais dan tindakan yang diambil mereka tidak boleh dipertikaikan. “Dalam siasatan ini kami akan dapatkan keterangan saksi dan laporan daripada pihak sepatutnya seperti pihak masjid sebelum mengambil tindakan lanjut untuk pendakwaan,” katanya.


Menurutnya, jika ada bukti menunjukkan pasangan terbabit melakukan kesalahan syariah mereka tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.myMetro | Anak saksi maksiat ibu

Isu Mesir: Cubaan membisukan media

SH
Terpaksa berpatah balik ke Jeddah selepas menempuh perjalanan selama tiga hari untuk ke Kaherah, Mesir adalah sesuatu yang amat mengecewakan.

Penulis dan rakan media lain diarahkan pulang sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, malam kelmarin (waktu tempatan) di mana kamera dan peralatan penting kami dirampas oleh pihak imigresen Mesir.

Kerajaan Mesir kini galak menyasarkan petugas media yang tiba di negara itu bagi menghalang sebarang liputan dan berita mengenai protes di Kaherah, Iskandariah dan Suez ditontonkan kepada dunia.

Pihak berkuasa negara itu menapis orang ramai yang masuk ke Mesir seawal pesawat mendarat dan kami sendiri menyaksikan perkara ini apabila dilarang membuat liputan penghantaran pulang pelajar Malaysia di Mesir semasa mereka sedang menaiki pesawat C130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia.

Masalah pertama timbul apabila bas yang sepatutnya membawa kami dari landasan ke terminal lapangan terbang dihalang hanya kerana kami cuba merakam gambar pelajar sedang menaiki pesawat tentera.
Bantuan dan kecekapan pihak TUDM mengendalikan masalah itu dengan pegawai Mesir di landasan membolehkan kami melepasi halangan pertama dan dibawa ke terminal tanpa sebarang masalah lanjut.

Kemudian muncul pula masalah kedua. Pihak Imigresen Mesir nyaris tidak membenarkan penulis dan seorang lagi rakan media daripada Astro Awani melepasi pemeriksaan kerana terdapat bukti kami pernah memasuki Genting Gaza, Palestin pada pasport kami.

Namun nasib menyebelahi kami apabila akhirnya dilepaskan selepas perbincangan dibuat antara pegawai Imigresen Mesir, tetapi barangan penting seperti kamera tetap dirampas.

Melangkah keluar daripada lapangan terbang, penulis melihat khemah putih besar yang disediakan kerajaan Malaysia bagi menempatkan ratusan pelajar Malaysia yang sedang menunggu giliran untuk menaiki pesawat ke Jeddah.

Dalam suasana malam yang sejuk di Kaherah, penulis dimaklumkan kami perlu melepasi 25 sekatan jalan raya untuk menuju ke bandar dari lapangan terbang kerana perintah berkurung di Mesir dari jam 6 pagi sehingga 5 petang.

Kebanyakan sekatan jalan raya ini dilakukan oleh penduduk Mesir sendiri dan beberapa sekatan lain dikawal oleh pihak tentera. Penulis juga dimaklumkan mengenai nasib wartawan lain dari Malaysia yang sudah berada di Kaherah lebih awal, di mana mereka ditahan, diacukan parang dan peralatan elektronik hampir dirampas oleh penduduk.

Ramai petugas media dari negara lain termasuk Barat yang sudah berada di Kaherah turut ditahan berkali-kali dan diarah meninggalkan negara itu secepat mungkin.

Tidak cukup dengan itu, perkhidmatan teksi dan hotel di Kaherah juga sukar didapati menyebabkan kami terpaksa bermalam semalaman di lapangan terbang sementara menunggu penerbangan pulang.
Lebih mengecewakan, kami dilarang sama sekali oleh pihak berkuasa daripada mengambil sebarang gambar di kawasan lapangan terbang walaupun hanya menggunakan kamera biasa.

Menurut cerita rakan media lain yang ditemui di lapangan terbang, wartawan mahupun orang awam juga tidak boleh merakam sebarang gambar di kawasan konflik di Kaherah dan saluran internet di bandar itu tidak stabil, menyebabkan kami mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan ke destinasi utama, Dataran Tahrir.

Namun, hari yang penuh dengan kekecewaan berakhir dengan sedikit kelegaan dan kegembiraan apabila penulis dihantar pulang ke Jeddah menaiki pesawat bersama-sama lebih 300 pelajar Malaysia, keesokan harinya.

Karenah birokrasi luar biasa pihak berkuasa Mesir membuktikan betapa kerajaan negara itu berusaha memutuskan hubungan Mesir dengan dunia luar dengan menjadikan petugas media sebagai sasaran bagi mengekang sebarang maklumat disampaikan kepada masyarakat antarabangsa. -Farah Zamira Farush Khan

Tragedi kereta ‘makan jalan’

SH

SENAI - Tiga terbunuh manakala tiga lagi cedera parah dalam kemalangan maut membabitkan dua kereta yang bertembung dari arah bertentang di Kilometer 36, Jalan Kluang, Batu Pahat, di sini, kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris berkata, kemalangan berlaku jam 10.35 malam membabitkan dua kenderaan jenis Proton Wira Aeroback dan Perodua Viva.

“Kemalangan ini dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Viva yang datang dari arah Kluang ke Ayer Hitam telah makan jalan dan bertembung dengan kereta Proton Wira yang datang dari Ayer Hitam ke Kluang.

“Akibat kemalangan itu, tiga terbunuh di tempat kejadian dan tiga lagi penumpang kereta Proton Wira mengalami cedera parah.

“Mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta Wira, Mohd Zaid Nasir, 42, bersama isteri, Haslina Abu Bakar, 38 dari Kahang dan pemandu Perodua Viva, Mohd Hifzan Selamat, 19 pula berasal dari Parit Raja,” katanya.

Ibrahim berkata, dua mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Batu Pahat dan seorang lagi di Hospital Kluang.

Penduduk gempar nampak buaya

SH

MUAR – Penduduk Kampung Tanjung Olak, Bukit Pasir di sini, gempar apabila tiga anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) ternampak seekor buaya sepanjang kira-kira 13 kaki muncul di kawasan kampung berkenaan, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.15 petang, anggota Rela berkenaan sedang bertugas membuat rondaan di sekitar kawasan kampung dengan menaiki sampan.

Anggota Rela, Kamarudin Ahmad, 49, berkata, semasa rondaan dia ternampak sesuatu seperti kayu timbul di permukaan air berikutan banjir yang melanda kampung berkenaan.

Menurutnya, apabila menghampiri objek terbabit, dia sangat terkejut dan takut setelah mendapati ia adalah seekor buaya.

“Badan buaya ini sangat besar yang dipercayai tersesat daripada sungai berhampiran di kampung ini.

“Buaya ini juga dipercayai kelaparan dan hendak menyerang sekumpulan angsa yang sedang berenang beberapa meter berhampiran,” katanya kepada Sinar Harian.

Kamarudin berkata, bagaimanapun reptilia berkenaan tidak menyerang angsa terbabit dan beredar selepas ternampak ia dihampiri.

“Saya mengetahui bahawa kawasan sungai di kampung ini banyak buaya tetapi tidak pernah melihatnya.

“Sejak kemunculan reptilia ini menunjukkan kawasan banjir sedalam lima kaki di kampung ini sangat berbahaya,” katanya.

Menurutnya, meskipun kampung berkenaan turut dilanda banjir yang lebih teruk pada 2006, tetapi tidak pernah terjadi kemunculan reptilia di kawasan kediaman penduduk.

“Nasib baik semua 300 mangsa banjir di kampung ini telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Bukit Pasir.

“Sejak peristiwa ini, kami tidak membenarkan mana-mana mangsa banjir pulang ke rumah mereka secara berseorangan sebaliknya perlu beramai-ramai,” katanya.

Kamarudin berkata, dalam pada itu, semua anggota Rela juga meningkatkan kawalan dan mengawasi kanak-kanak supaya tidak ada di antara mereka yang bermain air banjir sebagai langkah keselamatan.

“Selepas kemunculan reptilia ini, semua anggota Rela tidak membuat rondaan menggunakan sampan untuk keselamatan.

“Saya harap buaya ini tidak mengganggu penduduk di sini dan pada masa sama penduduk juga tidak mengganggu buaya berkenaan,” katanya.

Katanya, setakat hari ini tiada perancangan untuk memasang jaring bagi menangkap reptilia berkenaan kerana ia belum mengganggu dan mengancam penduduk.

“Kerjasama daripada penduduk supaya mengikuti arahan yang dikeluarkan supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini,” katanya.

Tiga lelaki mabuk ditahan ketika memandu

SH

IPOH – Tiga lagi pemandu ditahan selepas memandu dalam keadaan mabuk dan berbahaya dalam operasi polis di Jalan Lim Seng Chew dan Jalan Medan Ipoh, di sini, kelmarin.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Deputi Superintendan Mohd Rodzi Rajab berkata, tiga lelaki berusia 20-an dan 30-an itu ditahan dalam Ops Samseng Jalanan/Mabuk bermula jam 11 malam kelmarin dan berakhir kira-kira jam 5 pagi semalam.

Menurutnya, turut dirampas sebuah motosikal jenis Honda EX5 kerana mengubah suai kaburator dan ekzos.

“Ketiga-tiga lelaki terbabit selepas pemeriksaan dilakukan dan pihak kami mendapati ketiga-tiganya memandu dalam keadaan mabuk.

“Mereka ditahan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu atau menjaga kenderaan motor dengan kepekatan alkohol melebihi had sebelum dibebaskan dengan ikat jamin polis,” katanya di sini, semalam.

Mohd Rodzi berkata, dalam operasi sama, 84 saman telah dikeluarkan membabitkan 58 motosikal, 25 kereta dan sebuah teksi atas pelbagai kesalahan.

“Antaranya tidak mempunyai lesen memandu, lesen tamat tempoh, cukai jalan tamat tempoh, ubah suai karburator, ekzos dan lampu, tidak mempunyai cermin sisi dan sebagainya.

“Operasi dijalankan secara sekatan jalan raya dan rondaan di Jalan Raja Dihilir, Jalan Kuala Kangsar, Jalan Pasir Puteh, Jalan Hospital dan Jalan Sultan Idris Shah,” katanya.

Rumah lebih 50 tahun terbakar

SH


KAMPUNG MASJID JENERI - “Selang 10 minit kami sekeluarga keluar rumah untuk menghantar emak mertua di Jitra, kami mendapat panggilan telefon daripada jiran yang memaklumkan rumah emak hangus terbakar,” kata Nur Aini Abdullah, 44.

Katanya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 2.15 petang semalam dan pada waktu itu kesemua penghuni rumah tiada kerana kebetulan masing-masing sudah pulang ke tempat mereka setelah beberapa hari bercuti di kampung.

“Jika diikutkan, pagi tadi (semalam) sekitar jam 8.30 pagi, kami dikejutkan dengan kejadian kotak fius secara tiba-tiba terbakar sebelum bertindak menelefon pihak bomba.

“Namun, kerana risau perkara buruk berlaku, kami bertindak sendiri dengan menyimbah air ke kawasan yang terbakar sebelum api padam dan memaklumkan kepada bomba keadaan sudah selamat serta mereka tidak perlu datang,” katanya.

Nur Aini berkata, walaupun pada masa itu, api sudah padam, namun dia terdengar bunyi berdekatan tempat kebakaran dan bau hangit sebelum memberitahu suaminya.

“Suami menyuruh saya bertenang kerana mungkin saya terlalu berfikir perkara buruk, tetapi tanpa saya duga itu adalah petanda buruk iaitu rumah ini akan terbakar.

“Walaupun kami sekeluarga masih terkejut dengan musibah ini, namun tetap bersyukur kerana tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa, tambahan pula kami hanya pulang ke sini sebulan sekali kerana ibu tinggal bersama kakak ipar,” katanya.

Pemilik rumah, Minah Md Daud, 77, berkata, malam semalam dia ada memberitahu anak untuk tinggal di rumah ini selama dua malam namun, dihalang anaknya.

“Sekiranya saya tetap berdegil untuk terus tidur di sini, kemungkinan sesuatu yang lebih buruk berlaku syukur nyawa saya masih panjang namun, tetap bersedih kerana semua kenangan bersama arwah suami sudah musnah.

“Rumah ini sudah berusia lebih 50 tahun, namun enam tahun lalu kami membuat sedikit tambahan di bahagian rumah bawah dengan menambah beberapa bilik untuk memberi keselesaan apabila berkumpul,” katanya.

Ketua Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Sik, Asmawi Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 2.24 petang dan kemudiannya bergegas ke tempat kejadian.

“Nilai keseluruhan kerugian dianggarkan RM100,000 termasuk peralatan dalam rumah dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sik, Ardanan Dollah, berkata, semasa kejadian itu, dia baru pulang dari kenduri dan sempat melihat api marak dan kebakaran itu turut disaksikan penduduk yang lalu di kawasan berkenaan.

Dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen Sik, Che Uda Che Nik, berkata, satu kebakaran melibatkan sebuah rumah penduduk Siam turut terbakar malam tadi di Kampung Kubang Kesom ketika penghuninya keluar ke wat Siam berdekatan.

Curi motosikal akibat dendam

SH


KULIM - Akibat merampas kekasih, motosikal rakan dicuri. Itulah yang dilakukan seorang remaja 22 tahun yang bertindak nekad mencuri motosikal rakan serumahnya ketika disoal siasat polis.

Menurut mangsa, pada hari kejadian, dia bersama dua rakan lain pergi ke sebuah pasar raya di Kulim kira jam 2.30 petang dengan menaiki motosikal jenis Yamaha LC 125 dan memakir di tempat meletak motosikal kira-kira jam 2.45 petang.

Kira-kira jam 3.30 petang, suspek memaklumkan kepada mangsa, dia terpaksa berjumpa teman wanita barunya yang sedang menunggu di luar pasar raya itu.

Kira-kira jam 4 petang, mangsa dan dua rakan lain turun ke tempat meletak kereta dan mendapati motosikalnya sudah hilang dan membuat laporan di Balai Polis Kulim.

Polis kemudiannya bertindak pantas dengan membawa mangsa melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di tempat kejadian.

Mangsa terkejut apabila mendapati motosikalnya dicuri oleh kawannya yang datang bersamanya ke pusat membeli belah di pasar raya itu.

Kira-kira jam 12.30 pagi, Ketua Balai Polis Kulim, Chif Inspektor Mohd Azlan Abdul Kadir bersama tujuh anggota berjaya menangkap suspek terlibat, di sebuah kedai makan di Sungai Dua.

Polis turut menangkap dua suspek di Taman Sri Petaling dan Jalan Padang Tembak pada hari sama. Dari siasatan dijalankan terhadap semua suspek terlibat mendapati, mereka membuat kunci pendua untuk memudahkan motosikal mangsa dilarikan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh berkata, masalah curi motosikal adalah jenayah yang sering berlaku dan meminta pemilik bersikap prihatin ketika meletakkan motosikal mereka di tempat awam.

"Polis sudah mengenal pasti individu dan kumpulan terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal di sekitar Kulim dan akan menjejaki mereka sehingga tertangkap," katanya.

Jambatan gantung runtuh



PASIR BESAR – Jambatan gantung yang menjadi laluan pintas sejak awal 80-an bagi penduduk setempat dari beberapa tanah rancangan dan kampung tradisi dekat sini, runtuh akibat kejadian banjir pada penghujung Januari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pasir Besar, Ismail Mohd berkata, pada Ogos tahun lalu, pihak Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah mengadakan sesi lawatan bagi meninjau keadaan jambatan gantung berkenaan untuk digantikan dengan jambatan konkrit yang bernilai jutaan ringgit.

Malah menurutnya, berdasarkan tinjauan itu pihak berkaitan juga mengesahkan bahawa jambatan berkenaan menjadi laluan utama bagi sekurang-kurangnya 6,000 orang dari pelbagai penempatan, memandangkan ia adalah laluan yang paling hampir ke kebun mereka.

“Walaupun hanya motosikal yang melalui jambatan ini, namun ia tetap menjadi laluan utama penduduk, terutamanya pekebun kecil kerana mereka tidak perlu melalui jalan lain yang dianggarkan sejauh lima kilometer.

“Oleh itu, kita amat berharap agar rancangan bagi membina jambatan konkrit bagi menggantikan jambatan gantung ini dapat disegerakan memandangkan ia menjadi laluan utama bagi banyak penempatan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, jambatan berkenaan bukan hanya tidak boleh digunakan kerana tersekat dengan kayu-kayu besar, bahkan di bahagian konkritnya juga runtuh susulan masalah hakisan.

Ismail berkata, dia hanya menyedari kerosakan itu semasa membuat tinjauan sekitar kampung setelah banjir surut dan terperanjat apabila mendapati jambatan berkenaan sudah dipenuhi sampah-sarap.

Menurutnya, ada penduduk kampung yang mendakwa, sebuah mesin mengorek pasir juga tersangkut di jambatan berkenaan dan telah dibawa keluar oleh pemiliknya.

“Oleh itu, amat besarlah harapan kami sebagai penduduk kampung dan pengguna laluan pintas ini agar kerajaan dapat menggantikannya dengan secepat mungkin.

“Malah, sekiranya boleh, kami juga masih menyimpan harapan agar jambatan gantung ini tetap ada, walaupun jambatan konkrit siap dibina, kerana ia menyimpan sejarah besar kampung ini,” katanya.

Makan malam terakhir



KLANG - “Arwah ayah berkeras tidak mahu makan selagi saya dan ibu tidak duduk bersamanya menjamu selera. Berkali-kali dia memanggil kami membuatkan kami pelik dan terus duduk di sebelahnya menjamu hidangan pada malam sebelum kejadian,” kata Hanafi, 20, anak kepada arwah Hosni Mohd Sani, 67, yang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pagi semalam, selepas beberapa hari terlibat dalam kemalangan.

Dia yang juga anak tunggal arwah berkata, itu adalah makan malam terakhir dia dan ibu bersama arwah yang kebetulan pulang bercuti hujung minggu di kediaman keluarganya di Jalan 6, Taman Pandamaran Jaya, dekat sini.

“Kebiasaannya kami akan panggil ayah untuk menjamu selera bersama bagaimanapun berlainan pada malam itu.

“Sudah menjadi kebiasaan ayah pergi kerja awal pagi sebab dia akan singgah di kedai makan sebelum ke tempat kerjanya untuk memulakan tugas syif pagi,” katanya.

Bagaimanapun katanya, dia tidak sangka, itu adalah makan malam terakhir dia bersama arwah ayahnya yang sering menasihati agar belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya bergelar jurutera pada satu hari nanti.

Difahamkan Hanafi adalah penuntut tahun pertama Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi beberapa hari lalu, Hosni yang bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di Bandar Puteri dalam perjalanan ke tempat kerjanya bagaimanapun dia dilanggar sebuah kereta yang gagal mengelak ketika mangsa keluar dari simpang tiga lampu isyarat Jalan Kim Chuan.

Akibat rempuhan itu, mangsa gagal mengawal motosikalnya lalu terperosok ke dalam parit berdekatan.

Sementara itu, Ketua Trafik merangkap Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, Deputi Superintenden Rosly Abd Rahman berkata, mangsa yang cedera parah segera dikejarkan ke HTAR dan meninggal dunia di Wad 4C, semalam.

Menurutnya, mangsa dipercayai meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di leher dan tulang belakang.

Mereka yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi Balai Trafik Klang Selatan menerusi talian 03-33722222 bagi membantu siasatan.

Dua ditahan bersama 990 biji pil kuda



BESUT - Seramai dua lelaki termasuk seorang penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) dipercayai pengedar dadah ditahan dalam satu serbuan di Kampung Beris Cawat, Kuala Besut Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, dalam serbuan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu dan IPD Besut kira-kira jam 9 malam itu, polis turut menemui 990 biji pil kuda.

“Semasa serbuan dijalankan, suspek yang berumur 19 tahun dan rakannya yang bekerja sebagai nelayan berusia 23 tahun dipercayai sedang menunggu pelanggan.

“Mereka ketika itu berada pada bahagian beranda rumahnya dan pil-pil kuda yang dirampas berada dalam lima bungkusan lipatan surat khabar yang disimpan berdekatan mereka,” katanya kepada pemberita, semalam.

Katanya, dalam operasi yang diketuai Cif Inspektor Rumaizur Rahman Ab Sattar itu, polis turut merampas dan menyita wang tunai berjumlah RM30,678, sebuah kereta Wira bernilai RM15,000 dan dua buah motosikal Honda EX5 serta Yamaha 125Z yang masing-masing bernilai RM3,000.

Menurutnya, semua barang itu disita mengikut peruntukan seksyen Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Hak dan Harta) 1988.

Siasatan awal mendapati, penuntut IPTA itu mempunyai dua rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 151 (A) ADB 1952 serta dan Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun mulai Jun 2009.

Kamaruddin berkata, kedua suspek kini ditahan reman selama seminggu sejak Khamis lepas bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B (ADB) 1952 yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum gantung sampai mati. - BERNAMA

Rumah terbakar ketika terima e-Book



BANGGOL CHEMPEDAK – Kegembiraan disulam duka. Begitulah nasib seorang murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baharu Serada Tahun Lima, Muhd Isma Hazwan Ismail.

Kegembiraannya mendapat sebuah e-Book yang baru diterimanya pada Majlis Penyerahan e-Book di sekolahnya, disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bertukar duka apabila dapur rumahnya terbakar.

Menurut Hazwan, apabila tiba di rumah bersama keluarga lain, dia dan bapanya, Ismail Awang, 40-an menyedari api sedang merebak pada bahagian dapur rumahnya.

“Masa itu saya turun dari kereta dan terus ke pintu dapur bersama ayah, tetapi apabila pintu dibuka, saya terkejut melihat api merebak.

“Kemudian ayah mengambil air dalam kolah untuk memadam api yang belum marak, dibantu ahli keluarga lain,” katanya yang masih terkejut dengan kejadian itu kerana tidak pernah mengalami pengalaman memadam kebakaran.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana ketika kebakaran, tiada orang di dalam rumah kerana semua menemaninya mengambil e-Book di sekolahnya bersama lapan lagi sekolah rendah lain di Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat.

“Mujur kami sampai di rumah awal, dan api tidak sempat merebak serta dapat dipadamkan dengan cepat sementara yang lain-lain memunggah barang untuk diletakkan di tempat selamat,” katanya.

Hazwan berkata, jirannya yang dikenali sebagai Pok We mendengar bunyi letupan di kawasan rumahnya tetapi keadaan api yang tidak begitu marak, menyebabkan jirannya itu tidak mengendahkan bunyi terbabit.

“Dia juga tidak menyangka bunyi yang didengar beberapa minit sebelum kami sekeluarga sampai di rumah itu tanda kebakaran akibat masalah lintar pintas,” katanya kepada Sinar Harian.

Wanita dalam pantang didenda



KUALA TERENGGANU - Seorang suri rumah yang masih dalam tempoh berpantang dijatuhi hukuman denda RM2,400 atau lima bulan penjara, selepas mengaku bersalah di Mahkamah Syariah di sini semalam kerana berkhalwat dengan pasangannya yang kini merupakan bekas kekasihnya, pada 7 September 2007.

Tertuduh, Salwa Rahayu Sharril, 23, dari Jerteh, Besut dituduh mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat dengan pasangannya di sebuah bilik hotel di Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 7 September 2007 jam 12.15 tengah malam.

Hakim, Kamarul Azmi Ismail menjatuhi hukuman itu selepas mengambil kira rayuan tertuduh agar meringankan bayaran denda kerana suaminya tidak memiliki pekerjaan tetap dan pendapatan tidak menentu.

Selain itu, tertuduh, ibu kepada dua anak ini turut merayu agar mahkamah meringankan hukuman disebabkan dia masih dalam tempoh berpantang.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Kamarul Azmi menasihati tertuduh agar bertaubat dengan segala dosa yang dilakukan itu dan mengingatkan tertuduh supaya menjadikan hukuman ini sebagai satu pengajaran buat dirinya.

Menurutnya, kes seperti yang dihadapi tertuduh iaitu ditangkap berkhalwat dengan lelaki lain tetapi berkahwin dengan orang lain, bukanlah satu kes baru buat generasi hari ini.

“Situasi ini jelas menunjukkan anak-anak gadis hari ini terlalu mudah membuat keputusan sedangkan tidak semestinya dia akan berkahwin dengan pasangannya itu, walaupun mungkin sudah menggadaikan maruahnya sendiri,” katanya.

Dalam hujah pendakwaan yang dijalankan Pegawai Pendakwa Syarie Mahkamah Syariah Terengganu, Azmi Tengah, mahkamah sewajarnya memberi hukuman setimpal dan memandang serius berhubung kes seumpama ini kerana individu-individu ini adalah antara penyumbang ‘koleksi’ peningkatan anak luar nikah di negeri ini.

“Bagi pihak pendakwaan, kes seumpama ini tidak wajar dipandang remeh kerana ia adalah penyumbang utama pertambahan koleksi anak luar nikah di negeri ini untuk masa akan datang.

“Hukuman setimpal wajar diberikan kepada tertuduh kerana ia juga boleh dijadikan pengajaran kepada anak-anak gadis di luar sana yang sentiasa terdedah dengan gejala sosial yang semakin membimbangkan kini,” katanya.

Berdasarkan fakta kes yang dibacakan Azmi, bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan anggota Penguat kuasa Syariah Daerah Kuala Terengganu menyerbu sebuah bilik di hotel berkenaan dan mendapati pintu bilik berkunci dari dalam.

Menurutnya, selepas mengetuk dan memberi salam, pintu dibuka seorang lelaki yang berbaju T dan berseluar jeans manakala hasil pemeriksaan turut mendapati ada seorang perem­puan­ berbaju T, berseluar jeans dan tidak memakai tudung sedang duduk pada bahagian kaki katil bujang.

Pasangan itu gagal menunjukkan sebarang bukti hubungan muhrim atau suami isteri.
Bagaimanapun, pasangannya, Nur Hazwan Mazli, 23, dari kampung Gong Kiat, Kuala Terengganu gagal menghadirkan diri semasa hari perbicaraan.

Mahkamah menetapkan 13 Februari ini untuk sebutan semula kes bagi memberi peluang terakhir kepada tertuduh.

Tinggal sehelai sepinggang



MACHANG - Seorang pemuda, Mohd Saifullah Mahmood, 26, tinggal sehelai sepinggang apabila rumah milik keluarganya hangus dalam kebakaran jam 9 malam, Jumaat lalu.

Mohd Saifullah tinggal seorang diri di rumah itu sejak kematian ibunya tiga tahun lalu.

Mohd Saifullah berkata, dia tidak sempat menyelamatkan apa-apa memandangkan tiada di rumah ketika kejadian dan dianggarkan kerugian sebanyak RM20,000.

Katanya, dia yang ketika itu berada di Kota Bharu hanya mendapat tahu daripada ibu saudaranya yang tinggal berdekatan.

“Buat sementara waktu, saya menumpang berteduh di rumah emak saudara yang terletak berdekatan rumah saya. Selain rumah saya, rumah bapa saudara saya yang terletak bersebelahan rumah saya turut hangus terbakar.

“Ketika kejadian, dia dan keluarga juga tiada di rumah memandangkan isterinya baru sahaja bersalin dan berpantang di Gua Musang,’’ katanya yang bekerja sebagai pembantu kedai.

Mohd Saifullah masih terkejut dengan kejadian itu dan masih belum membuat sebarang perancangan mengenai tempat tinggalnya.

Katanya, dia tidak mampu membina rumah dengan pendapatannya yang terhad sebagai pembantu kedai.

“Rumah itu peninggalan arwah ibu saya yang dibinanya hampir 14 tahun lalu. Buat masa ini saya masa tidak mempunyai sebarang perancangan memandangkan saya tidak berkemampuan bagi membina rumah baru.

“Buat sementara waktu saya tinggal di rumah ibu saudara saya sebelum memikirkan semula memandangkan saya benar-benar buntu sekarang,’’ katanya.

Ibu nekad selamatkan anak



KOTA BHARU - Seorang tukang rumah terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM150,000 apabila rumah dua tingkat, tiga pintu miliknya hangus dalam kebakaran di Jalan Long Yunus dekat sini, malam kelmarin.

Kejadian itu juga menyebabkan dua keluarga terpaksa tinggal sehelai sepinggang setelah sebuah rumah milik mangsa yang turut disewakan kepada lima sekeluarga turut terbakar dan tidak dapat diselamatkan.

Kejadian tersebut disedari isteri pemilik rumah berkenaan iaitu, Aniza Awang, 45, kira-kira jam 11.40 malam setelah melihat api semakin marak dipercayai bermula dari rumah belakang yang disewa kepada seorang penjual roti.

Aniza berkata, setelah melihat api semakin besar dan memasuki ke ruang rumahnya dia menjerit meminta tolong dan mengejutkan dua anaknya, Noranis Azleen, 12 dan Mohd Fahmin, 7, yang ketika itu tidur.

“Saya panik kerana api menuju ke arah kami, tanpa berlengah lagi saya menggoncang badan anak-anak yang tidur dan mengambil dokumen penting kemudian menarik mereka untuk terus keluar dari rumah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian malam kelmarin.

Sementara itu, suami mangsa, Mohd Ghazali Abdullah berkata, ketika kejadian dia berada di dalam bilik mandi selepas pulang daripada bermain badminton dan menyedari rumahnya terbakar setelah mendengar jeritan isterinya.

“Saya dengar api, api, api dan kemudiannya melihat cahaya terang dari bahagian belakang rumah.

“Saya kemudiannya terus melaung menyuruh isteri bersama anak keluar dari rumah dan saya bersyukur kerana mereka sudah bergegas menyelamatkan diri,” katanya.

Mohd Ghazali juga memberitahu, beberapa hari sebelum kejadian dia ada meminta bayaran sewa bulanan daripada penyewa tersebut kerana sejak lima bulan lalu tidak dibayar.

“Sebelum kebakaran saya ada juga mendengar bunyi bising daripada rumah tersebut dan ketika kejadian juga penyewa terbabit tidak dapat dikesan.

“Sebenarnya saya pernah menyuruhnya keluar dan bekalan elektrik di rumah tersebut juga dipotong tetapi saya tetap bersyukur kerana tindakan cepat anggota bomba dan penyelamat berjaya mengelak daripada bengkel yang menempatkan petrol serta barangan pertukangan saya hangus

“Saya juga berterima kasih kepada penduduk di sini kerana membantu menyelamat kereta saya dan juga komputer daripada terbakar.

Sementara, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri, Annurrul Hakim Mohny berkata, seramai 35 anggota bomba bersama lima jentera termasuk unit bomba sukarela dikejarkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan telefon kira-kira jam 12.04 malam semalam.

“Kita mengambil masa sembilan minit untuk mengawal sepenuhnya kebakaran dan anggaran kerugian adalah kira-kira RM150,000 serta punca masih dalam siasatan,” katanya.