Search This Blog

Thursday, February 3, 2011

Pasar malam maut

Berita Harian Online |

Pasar malam maut
Oleh Nazdy Harun

2011/02/03

Kenderaan melalui jalan Kampung Tok Adis, Kuala Ibai berisiko tinggi apabila laluan biasa ditutup untuk aktiviti pasar malam menyebabkan kerap berlaku kemalangan. Gambar kecil, kakitangan Hospital Sultanah Nur Zahirah memeriksa mayat Masri Mamat.
Kenderaan melalui jalan Kampung Tok Adis, Kuala Ibai berisiko tinggi apabila laluan biasa ditutup untuk aktiviti pasar malam menyebabkan kerap berlaku kemalangan. Gambar kecil, kakitangan Hospital Sultanah Nur Zahirah memeriksa mayat Masri Mamat.
4 terkorban tempoh dua tahun di Jalan Kampung Tok Adis-Kampung Laut

KUALA TERENGGANU: Pasar Malam Kuala Ibai di Jalan Kampung Tok Adis-Kampung Laut di sini sudah meraih reputasi sebagai pasar malam maut apabila sudah banyak pengguna menjadi korban kerana keliru dengan perubahan aliran trafik di kawasan itu setiap kali pasar malam beroperasi.

Justeru, orang ramai yang sudah tidak tahan melihat banyak kemalangan maut menyayat hati, termasuk terbaru minggu lalu membabitkan seorang lelaki baru 20 hari mendapat anak sulung, meminta supaya pasar malam di kawasan itu dipindahkan ke tapak lain.
Dalam tempoh dua tahun, pasar malam di situ sudah merekodkan empat kemalangan maut selain kemalangan yang membabitkan kecederaan.
Dalam kejadian terbaru Rabu lalu, seorang jurukimpal terbunuh selepas motosikalnya bertembung dengan kereta.

Penduduk, Awang Ali, 39, dari Kampung Tok Adis, berkata orang ramai runsing dengan kesesakan trafik dan perangkap kemalangan kepada pengguna jalan raya.
Katanya, kemalangan sering berlaku terutama membabitkan orang luar yang datang dari kawasan Masjid Tengku Tengah Zaharah dan mengambil Jalan Kampung Tok Adis untuk ke Kampung Laut.

“Ketiadaan tanda jalan dikatakan menjadi punca menyebabkan ramai pengguna luar terus memandu di laluan bertentangan selepas kawasan pasar malam, sedangkan mereka sepatutnya masuk semula ke laluan kiri dan meneruskan perjalanan ke destinasi mereka.
"Sudah jelak kami lihat kejadian kemalangan di kawasan ini pada hari pasar malam beroperasi, malah kawasan ini sudah menjadi tidak ubah seperti perangkap maut kerana pengguna jalan raya yang terkeliru akan tersalah dan memandu di laluan bertentangan," katanya.

Daud Alias, 42, dari Kampung Laut, di sini, berkata setiap kali hari pasar malam keadaan lalu lintas menjadi tidak terkawal ditambah pula dengan ketiadaan papan tanda amaran bagi memudahkan pengguna jalan raya di kawasan itu.

"Setiap kali pasar malam beroperasi, mesti ada pengguna jalan raya yang tersasar memasuki laluan bertentang yang jelas membahayakan nyawa pengguna jalan raya sehingga ada yang terbabit dalam kemalangan maut," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Samiun Salleh, berkata sudah banyak kali pihaknya mengadakan perbincangan dengan persatuan peniaga pasar malam di kawasan itu, namun sukar untuk mengalihkan lokasinya kerana tiada kawasan baru sesuai.

Katanya, pihaknya terpaksa menggunakan jalan terbabit sebagai tapak pasar malam kerana tiada tapak alternatif untuk berpindah.

| Pasar malam maut

Berita Harian Online | Pasar malam maut

Pasar malam maut
Oleh Nazdy Harun

2011/02/03

Kenderaan melalui jalan Kampung Tok Adis, Kuala Ibai berisiko tinggi apabila laluan biasa ditutup untuk aktiviti pasar malam menyebabkan kerap berlaku kemalangan. Gambar kecil, kakitangan Hospital Sultanah Nur Zahirah memeriksa mayat Masri Mamat.
Kenderaan melalui jalan Kampung Tok Adis, Kuala Ibai berisiko tinggi apabila laluan biasa ditutup untuk aktiviti pasar malam menyebabkan kerap berlaku kemalangan. Gambar kecil, kakitangan Hospital Sultanah Nur Zahirah memeriksa mayat Masri Mamat.
4 terkorban tempoh dua tahun di Jalan Kampung Tok Adis-Kampung Laut

KUALA TERENGGANU: Pasar Malam Kuala Ibai di Jalan Kampung Tok Adis-Kampung Laut di sini sudah meraih reputasi sebagai pasar malam maut apabila sudah banyak pengguna menjadi korban kerana keliru dengan perubahan aliran trafik di kawasan itu setiap kali pasar malam beroperasi.

Justeru, orang ramai yang sudah tidak tahan melihat banyak kemalangan maut menyayat hati, termasuk terbaru minggu lalu membabitkan seorang lelaki baru 20 hari mendapat anak sulung, meminta supaya pasar malam di kawasan itu dipindahkan ke tapak lain.
Dalam tempoh dua tahun, pasar malam di situ sudah merekodkan empat kemalangan maut selain kemalangan yang membabitkan kecederaan.
Dalam kejadian terbaru Rabu lalu, seorang jurukimpal terbunuh selepas motosikalnya bertembung dengan kereta.

Penduduk, Awang Ali, 39, dari Kampung Tok Adis, berkata orang ramai runsing dengan kesesakan trafik dan perangkap kemalangan kepada pengguna jalan raya.
Katanya, kemalangan sering berlaku terutama membabitkan orang luar yang datang dari kawasan Masjid Tengku Tengah Zaharah dan mengambil Jalan Kampung Tok Adis untuk ke Kampung Laut.

“Ketiadaan tanda jalan dikatakan menjadi punca menyebabkan ramai pengguna luar terus memandu di laluan bertentangan selepas kawasan pasar malam, sedangkan mereka sepatutnya masuk semula ke laluan kiri dan meneruskan perjalanan ke destinasi mereka.
"Sudah jelak kami lihat kejadian kemalangan di kawasan ini pada hari pasar malam beroperasi, malah kawasan ini sudah menjadi tidak ubah seperti perangkap maut kerana pengguna jalan raya yang terkeliru akan tersalah dan memandu di laluan bertentangan," katanya.

Daud Alias, 42, dari Kampung Laut, di sini, berkata setiap kali hari pasar malam keadaan lalu lintas menjadi tidak terkawal ditambah pula dengan ketiadaan papan tanda amaran bagi memudahkan pengguna jalan raya di kawasan itu.

"Setiap kali pasar malam beroperasi, mesti ada pengguna jalan raya yang tersasar memasuki laluan bertentang yang jelas membahayakan nyawa pengguna jalan raya sehingga ada yang terbabit dalam kemalangan maut," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Samiun Salleh, berkata sudah banyak kali pihaknya mengadakan perbincangan dengan persatuan peniaga pasar malam di kawasan itu, namun sukar untuk mengalihkan lokasinya kerana tiada kawasan baru sesuai.

Katanya, pihaknya terpaksa menggunakan jalan terbabit sebagai tapak pasar malam kerana tiada tapak alternatif untuk berp

Kami tidur bertemankan pisau

Kosmo! Online - Terkini: "“”
03/02/2011 2:00pm

SEPANG - “Kami tidur dalam ketakutan dengan bertemankan pisau dan penyembur lada di sisi” kata dua sahabat baik yang merupakan penuntut tahun ketiga jurusan perubatan di Universiti Mansoura, Mesir.
Publish Post
Nazeera Mohd Nasir dan Nurul Shafiqah Mohd Tajudin, masing-masing 21 tahun ditemui Bernama selepas selamat tiba bersama tiga lagi pelajar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 10.00 malam tadi dengan menaiki penerbangan EK0342 Emirates dari Kaherah.

Nazeera berkata, mereka dibelenggu perasaan cemas dan takut ekoran kawasan rumah sewa mereka di Mansoura agak tegang terutamanya ketika malam dengan bunyi tembakan dan cermin rumah dipecahkan.

'Pada hari pertama, ketika itu kami sedang tidur dan tiba-tiba dikejutkan dengan pengumuman dari masjid berdekatan yang meminta semua penduduk agar menutup lampu dan mengunci semua pintu kerana banduan terlepas di penjara yang berdekatan dengan rumah sewa kami.

'Kami berkongsi katil setiap malam dan asyik berjaga kerana terdengar bunyi pecah rumah, pengumuman dari masjid jika ada rumah yang dipecah, kereta kebal lalu lalang selain bunyi tembakan hingga menyebabkan kami terpaksa tidur dengan pisau dan penyembur lada demi keselamatan,” katanya. - Bernama"

Jelapang ke utara lebuh raya PLUS sesak



03/02/2011 2:05pm

IPOH - Laluan Lebuh raya Plus dari Jelapang ke utara mengalami kesesakan sehingga di Km 258 mulai pagi tadi.
Bagaimanapun selepas Km 258 itu keadaan trafik adalah lancar.
Jurucakap Plusline berkata, kesesakan di laluan itu adalah disebabkan aliran kenderaan yang meningkat dari hari biasa berikutan cuti sempena Tahun Baru Cina dan hujung minggu. - Bernama

ATM pindahkan rakyat Malaysia ke Jeddah

Kosmo! Online - Negara: "

SEKUMPULAN krew penerbanganTUDM yang terlibat dalam misi bantuan untuk pelajar-pelajar Malaysia di Mesir bersiap sedia sebelum menaiki pesawat C-130 di Pangkalan Tentera Udara Subang semalam.

KUALA LUMPUR - Tiga pesawat tentera Malaysia yang berlepas ke Mesir petang semalam dijangka mengambil masa lima hari untuk operasi pemindahan rakyat Malaysia dari negara itu ke Jeddah, Arab Saudi.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata, operasi tersebut akan bermula secepat mungkin sebaik sahaja pesawat tersebut tiba di Kaherah.

'Pesawat C-130 akan beroperasi selama 24 jam berturut-turut tanpa henti bagi memindahkan kira-kira 14,000 rakyat Malaysia yang berada di sana,' katanya kepada pemberita di Kementerian Pertahanan di sini semalam.

Azizan berkata, beliau telah bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan mengenai operasi memindahkan rakyat Malaysia itu.

Beliau kemudian melawat Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang untuk melihat anggota-anggota tentera memuatkan barang makanan dan keperluan lain ke dalam pesawat tersebut"

Penyeludup gandum terjun sungai

Kosmo! Online - Negara: "

MOKHTAR (tiga dari kiri) menyerahkan barangan rampasan berupa gandum dan minyak masak kepada Hanapi di Pasir Mas semalam.

RANTAU PANJANG - Sekumpulan lelaki warga Thailand yang sedang sibuk memunggah puluhan guni gandum untuk diseludup bertempiaran lari sebelum terjun ke dalam Sungai Golok dan berenang ke negara jiran selepas disergah oleh 10 anggota tentera Batalion 1, Rejimen Sempadan (RS) semalam.

Serbuan dilakukan pada pukul 1 pagi di kawasan Jeram Perdah dekat sini ketika anggota tentera sedang melakukan rondaan rutin bersempadan dengan Pekan Mundok di Thailand.

Ketua Kompeni D Batalion 1, RS, Mejar Mokhtar Mat Ali berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menemui 54 guni seberat 1,350 kilogram (kg) berisi tepung gandum yang cuba diseludup ke Thailand.

Menurutnya, kumpulan lelaki terbabit sedang memunggah gandum dari tebing sungai ke dalam sebuah bot."

Hosni rela mati di Mesir

Kosmo! Online - Dunia



Hosni Mubarak


KAHERAH – Presiden Mesir, Hosni Mubarak menegaskan bahawa beliau sanggup mati di tanah air sendiri daripada hidup dalam buangan di luar negara.
Dalam ucapannya yang disiarkan televisyen Mesir kelmarin ketika lebih sejuta penunjuk perasaan berkumpul di sini, Hosni turut menyatakan bahawa beliau akan berundur hanya apabila penggalnya tamat pada September depan.
Kedegilannya itu mencetuskan kemarahan para penunjuk perasaan yang menuntut beliau berundur sekarang sekali gus menamatkan pemerintahan kuku besinya selama 30 tahun di Mesir.
Menurut presiden berusia 82 tahun itu, beliau tidak akan bertanding untuk penggal kedua apabila penggalnya tamat pada September depan.
“Saya akan terus bekerja sepanjang baki penggal saya untuk memastikan pertukaran kuasa berlaku secara aman,” katanya.
Kepada para penunjuk perasaan yang mahu beliau meninggalkan Mesir, Hosni memberitahu: “Ini adalah negara saya dan saya akan mati di sini.”
Ucapan selama 10 minit itu dibuat semasa lebih sejuta orang berhimpun di Kaherah, Iskandariah dan Suez bagi menuntut peletakan jawatannya.
Beliau didesak berundur selepas para penentangnya mendapat ilham daripada peristiwa penyingkiran Zine El Abidine Ben Ali sebagai Presiden Tunisia oleh rakyatnya pada bulan lalu ekoran dakwaan korup dan masalah pengangguran tinggi.
Sejak Hosni memerintah, tiada perubahan besar yang dilakukannya bagi membaiki taraf hidup rakyat yang dihantui dengan kadar pengangguran tinggi.
Sektor pelancongan merupakan sumber utama pendapatan Mesir dengan mewakili lebih 11 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar.
Pada 2009, kira-kira 12.5 juta pelancong melawat Mesir dengan membawa pendapatan kepada negara itu sebanyak AS$10.8 bilion (RM32.15 bilion).
– Agensi

Ribut salji lumpuhkan AS

Kosmo! Online - Dunia: "

SEORANG penduduk mengayuh basikal dalam hujan salji di Milwaukee, Wisconsin semalam.

WASHINGTON - Berjuta-juta warga Amerika Syarikat (AS) terputus bekalan elektrik apabila ribut salji yang dikatakan lebih hebat daripada fenomena sama pada tahun 1967 melanda lebih 30 buah negeri dan memberi kesan kepada satu pertiga penduduk di AS semalam.

Ribut salji itu menyebabkan banyak lapangan terbang, sekolah, kolej dan pejabat pentadbiran ditutup.

Ais dilihat meliputi jalan raya Chicago.

'Jangan pergi ke mana-mana. Duduk di dalam rumah. Angin kencang dan salji tebal membuatkan perjalanan hampir mustahil,' jelas satu mesej daripada Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan.

Sementara itu, Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) menggesa orang ramai supaya bersiap sedia untuk menghadapi cuaca buruk itu.

Presiden AS, Barack Obama telah diberi taklimat tentang kejadian ribut itu dan pelan-pelan bantuan kecemasan sedang disediakan.

Pakar meteorologi, Jeff Johnson yakin ribut salji itu akan melumpuhkan sistem pengangkutan selama beberapa hari. Hampir 6,000 penerbangan terpaksa dibatalkan.

Keadaan ini dijangka mengakibatkan huru-hara apabila perkhidmatan penjadualan semula terpaksa dibuat seperti mana yang berlaku ketika sambutan Krismas dan Tahun Baru yang lalu. - Agensi"

43,000 masih di pusat pemindahan

Kosmo! Online - Negara: "

MUHYIDDIN (duduk dua dari kiri) berbual-bual dengan mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Pagoh semalam.

MUAR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata, helikopter akan digunakan untuk operasi penghantaran bekalan makanan kepada mangsa banjir di kawasan yang tidak dapat dilalui oleh kenderaan atau bot.

Katanya, tindakan itu adalah bagi menjamin bekalan makanan kepada mangsa banjir tidak terputus dan sampai ke tempat pada waktu yang diperlukan.

Bagaimanapun, katanya, belum ada laporan diterima daripada mangsa banjir yang gagal menerima bantuan bekalan makanan daripada agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat."

Pegawai penyiasat mati dengan kesan tembakan

Kosmo! Online - Negara: "
Oleh NORHAYATI YAHAYA
norhayati.yahaya@kosmo.com.my

ANGGOTA polis menjalankan siasatan di lokasi Mat Saini yang ditemui mati dengan kesan tembakan di kepalanya di Puncak Alam 2, Kuala Selangor semalam.

KUALA SELANGOR – Seorang pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Shah Alam ditemui mati dengan satu kesan tembakan pada bahagian kiri kepalanya berhampiran kawasan tanah lapang di Jalan Mahang, Puncak Alam 2 di sini semalam.

Mayat Sarjan Mat Saini Omar, 50, ditemui pada pukul 9.45 pagi dalam keadaan berlumuran darah berhampiran kereta jenis Proton Wira berwarna kelabu milik isterinya.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supritendan Mohd. Taib Ahmad berkata, ketika ditemui, pintu tempat duduk penumpang depan dan but kereta masih terbuka.

Mangsa pula dikatakan berada dalam keadaan bersandar dengan sepucuk pistol jenis .38 Smith & Wesson dipercayai milik mangsa, berada berhampirannya.

Katanya, salah satu daripada lima peluru pada pistol tersebut didapati telah digunakan."

Ameng ditahan lagi

Kosmo! Online - Negara: "
Oleh ROSLI HASSAN
rosli.hassan@kosmo.com.my

REAKSI Ameng ketika diiringi keluar dari Mahkamah Majistret Melaka semalam.

MELAKA – Tidak serik-serik! Penglibatan segelintir artis tanah air dengan najis dadah seakan-akan tidak dapat dipisahkan walaupun mereka telah ditahan dan dikenakan hukuman tetapi ia ibarat mencurah air ke daun keladi.

Kelmarin, bekas vokalis kumpulan Spring, Ameng dan isterinya ditahan sepasukan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan ganja seberat 122 gram ketika sedang menginap di salah sebuah bilik di hotel bajet di Taman Melaka Raya di sini pukul 5.20 petang.

Difahamkan, anak lelaki pasangan berkenaan yang berusia empat tahun turut berada di dalam bilik berkenaan ketika serbuan itu dilakukan. Dia bagaimanapun dibebaskan.

Menurut sumber, serbuan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka terhadap Ameng, 43, atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail dan isterinya, 41, dilakukan hasil maklumat orang ramai.

“Pemeriksaan di dalam bilik itu menemui ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 122 gram disembunyikan di dalam sebuah beg yang diletakkan di bawah sebuah kerusi panjang."

"Anak kehabisan makanan, duit"

Kosmo! Online - Negara



GHAZALI (tiga dari kiri) berbincang sesuatu dengan ibu bapa pelajar di HRPZ II di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – “Anak kami dalam bahaya, tolong selamatkan mereka.”Demikian rayu lebih 30 kakitangan Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) di sini, yang juga ibu bapa kepada pelajar-pelajar Malaysia yang terperangkap dalam pergolakan politik di Mesir.
Kesemua mereka merayu agar kerajaan menghantar wakil dari Kedutaan Malaysia untuk memastikan keadaan anak-anak mereka selamat.
Pakar Pergigian HRPZ II, Datuk Dr. Rosli Abdul Rahman berkata, ketika dia menghubungi anaknya, Mohd. Fathur Rahman, 21, semalam, suara anaknya itu dalam keadaan terketar-ketar kerana dalam ketakutan.
Menurutnya, biar pun anaknya itu cuba meyakinkan dirinya bahawa dia dalam keadaan selamat, namun kebimbangan tetap menyelubungi anaknya yang menuntut dalam bidang perubatan itu.
“Saya tak pernah dengar suaranya terketar-ketar sebelum itu. Saya yakin, bukan sahaja anak saya tapi semua pelajar yang berada di sana juga dalam keadaan ketakutan dan saya minta kerajaan bertindak cepat.
“Dia cakap kali terakhir dapat beli bahan makanan ialah empat ekor ayam Jumaat lalu. Sekarang ini dah berapa hari duduk dalam rumah enam orang, mesti tidak cukup dan macam mana mahu beli kalau ada perintah berkurung dan rusuhan,” katanya.

"Lelaki dijel 80 tahun, 40 sebatan kerana merogol

Kosmo! Online - Negara:
Oleh IKHWAN IDERIS
ikhwan.ideris@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Seorang bapa bukan sahaja tergamak merogol darah daging sendiri tetapi lebih keji lagi apabila ia dilakukan di hadapan isterinya yang juga ibu remaja berkenaan sehingga menimbulkan trauma kepada kedua-dua wanita malang tersebut.

Perlakuan buas lelaki kepada sembilan anak itu bagaimanapun dibalas dengan hukuman penjara 80 tahun dan 40 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas peniaga gerai makan itu mengaku salah merogol anak kelimanya sebanyak empat kali, tahun lalu.

Hakim Mohamad Sekeri Mamat memutuskan tertuduh berusia 47 tahun itu dipenjara 20 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan dengan kesemuanya diarah berjalan secara berturut-turut mulai tarikh ditangkap pada 27 Januari lalu.

Tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 15 tahun itu pada pukul 2 petang, 23 Januari lalu serta tiga lagi tuduhan serupa pada bulan November dan Disember tahun lalu di rumah mereka."

Ops Sikap: Sembilan lagi kematian



KUALA LUMPUR 2 Feb. - Sebanyak sembilan lagi kematian dicatatkan dalam Ops Sikap Ke-23 sempena Tahun Baru Cina semalam, menjadikan jumlah angka korban meningkat 68 orang sejak operasi itu dilancarkan Khamis lalu.
Daripada jumlah itu, penunggang dan pembonceng motosikal terus menjadi korban tertinggi jalan raya dengan tujuh kematian, manakala dua lagi membabitkan pengguna kereta dan seorang pemandu teksi.
Mengikut statistik yang dikeluarkan laman web Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini, sebanyak 1,260 kemalangan berlaku sepanjang tempoh 24 jam semalam.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 519 kemalangan berlaku di jalan bandaran, diikuti 347 di jalan Persekutuan, jalan negeri (193), lebuh raya (125) dan 76 kes di jalan-jalan lain," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, kemalangan maut tertinggi berlaku di jalan negeri dan jalan bandaran iaitu masing-masing tiga kes, manakala dua kemalangan lagi berlaku di jalan Persekutuan, diikuti satu kes di jalan-jalan lain.
Sebanyak 12,139 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan semalam dan jumlah itu didapati menurun berbanding 12,451 saman yang dikeluarkan kelmarin.
Ops Sikap Ke-23 yang dilancarkan pada 28 Januari lalu akan berakhir 10 Februari depan.

Gudang terbakar, peniaga dakwa rugi RM5j



SERI KEMBANGAN 2 Feb. - Seorang pemilik gudang perabot terpaksa melupakan kegembiraan menyambut ambang Tahun Baru Cina petang ini apabila gudangnya yang terletak di Kilometer 10, Jalan Putra Permai di Seri Kembangan di sini musnah dalam kebakaran.
Kebakaran pada pukul 1 petang itu turut merencatkan hasrat Desmond Lim, 39, untuk menyambut perayaan itu esok apabila dia dianggarkan mengalami kerugian sebanyak RM5 juta.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian tersebut.
Menurut Lim, kebakaran dipercayai bermula dari belakang gudang tersebut sebelum ia disedari oleh lima pekerjanya yang berada di hadapan gudang.
"Semua pekerja saya hanya sedar kebakaran itu selepas dimaklumkan oleh orang ramai. Mereka juga tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak begitu cepat.
"Kejadian ini telah memusnahkan semangat saya untuk menyambut Tahun Baru Cina esok tetapi saya mungkin akan menyambut juga dalam keadaan sederhana," katanya sedih ketika ditemui di tempat kejadian.
Lim memberitahu, gudang perabot tersebut dijadikan ibu pejabat kepada 10 buah kedai perabot miliknya sejak dua tahun lalu.
Menurutnya, kebakaran tersebut bukan sahaja memusnahkan perabot tetapi semua dokumen perniagaan.
Sementara itu, Timbalan Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Serdang, Zolkipli Sailan, berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.41 petang dan tiba di lokasi lima minit kemudian.
Bagaimanapun, katanya, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, sebahagian besar premis tersebut telah terbakar dan bomba berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 16 minit.
Menurutnya, tugas tersebut dilakukan dengan bantuan 35 anggota dan lapan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang, Cyberjaya, Seri Kembangan dan Putrajaya dengan menggunakan lapan buah jentera.

Sambut Tahun Baru Cina dalam lokap





PULAU PINANG 2 Feb. – Seorang lelaki terpaksa menyambut Tahun Baru Cina di dalam lokap selepas ditahan kerana dipercayai memiliki makmal memproses dadah sintetik.
Malah, lelaki berusia lingkungan 40-an itu boleh dikenakan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritendan Abdul Halim Bulat berkata, suspek ditahan semasa serbuan pihaknya di sebuah rumah di Jelutong di sini kira-kira pukul 11 malam kelmarin.
Menurutnya, dalam serbuan itu, polis menemui 12 peket serbuk dan ketulan disyaki heroin seberat 60 gram dan serbuk merah disyaki dadah jenis ekstasi seberat 215 gram.
Beliau menambah, harga pasaran kesemua dadah tersebut adalah kira-kira RM10,000.
“Pemeriksaan susulan di rumah tersebut turut menemui peralatan memproses dadah seperti pemampat besi membuat pil, gas dan penimbang.
“Polis turut merampas sejumlah 300 botol berisi cecair memproses dadah dalam serbuan itu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Kes tersebut, katanya, disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Menurut Abdul Halim, suspek yang masih bujang mempunyai 11 rekod lampau kes dadah dan tiga kes jenayah. Dia kini ditahan reman sehingga 7 Februari depan bagi membantu siasatan.
Beliau menambah, kejayaan operasi itu adalah hasil pemantauan pihaknya ke atas premis berkenaan sejak seminggu lalu.

Dua beranak ditemui rentung





ANGGOTA bomba menemui dua mayat yang rentung dalam kebakaran sebuah rumah di kampung Bulut Kokol, Menggatal, malam semalam.


KOTA KINABALU 2 Feb. - Dua beranak ditemui rentung selepas terperangkap dalam kebakaran di rumah mereka di Kampung Bulut Kokol, Menggatal di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 malam, mayat Salibun Gadamin, 47, dan anak lelakinya, Rodbinson, 2, ditemui terbaring bersebelahan di bawah sisa-sisa kebakaran oleh pasukan bomba dan penyelamat.
Bagaimanapun, isteri Salibun serta dua lagi anak mereka sempat menyelamatkan diri dalam kejadian itu dan hanya mengalami cedera ringan.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata, ketika kejadian, rumah kampung yang tidak mempunyai bekalan elektrik itu didiami lima sekeluarga terbabit.
"Kita percaya mangsa dan anak lelakinya yang sedang tidur dalam sebuah bilik terperangkap dalam kebakaran itu selain terhidu asap tebal," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurutnya, mayat dua beranak itu dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di sini untuk bedah siasat.
Tambah beliau, isteri mangsa yang melecur di badan turut menerima rawatan di hospital yang sama.
Dalam pada itu, Ahmad Sofi berkata, berdasarkan siasatan awal, polis percaya kebakaran berpunca daripada api lilin.
"Kita masih menyiasat punca kebakaran dan setakat ini kita percaya kejadian tersebut tidak mempunyai unsur jenayah," katanya.
Sementara itu, Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, Mohamad Nor Amit berkata, dua jentera bomba bersama 20 anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan.
"Pihak kami menerima panggilan pada pukul 11.02 malam dan berjaya mengawal kebakaran pada pukul 11.40 malam.
"Buat masa ini kita masih menyiasat punca kejadian dan jumlah kerugian yang dialami penghuni rumah itu," ujarnya.

Anggota polis maut ditembak di kepala



KUALA SELANGOR 2 Feb. - Seorang anggota polis berpangkat sarjan ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di Jalan Mahang, Puncak Alam 2 di sini hari ini.
Mayat Mat Saini Omar, 50, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam ditemui tersandar berlumuran darah di tepi kereta jenis Proton Wira berwarna kelabu oleh orang awam yang lalu di tempat kejadian kira-kira pukul 11.45 pagi.
Kenderaan bernombor BGY 9676 didaftarkan atas nama isterinya yang merupakan seorang kontraktor Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supritendan Mohd. Taib Ahmad berkata, turut ditemui di sisi mayat Mat Saini ialah sepucuk pistol jenis .38 'Smith & Wesson'.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati, anggota polis itu mati akibat tembakan dari sebelah kiri kepalanya dan tembus ke kanan menggunakan sebutir peluru daripada pistol tersebut yang merupakan miliknya.
"Buat masa ini, kes tersebut disiasat sebagai kematian mengejut. Bagaimanapun, kita akan menjalankan siasatan terperinci mengenai kejadian ini dan mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak.
"Semuanya akan diketahui selepas bedah siasat dilakukan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan; Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob dan pegawai-pegawai kanan polis dari Shah Alam turut melawat tempat kejadian.
Mohd. Taib memberitahu, mangsa, Mat Saini yang merupakan anak jati Tanjung Karang telah berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama lebih 25 tahun.
Katanya, mangsa yang tidak mempunyai masalah disiplin di tempat kerja sepatutnya bertugas pagi ini.
Tambahnya, mayat bapa kepada empat orang anak itu dihantar ke Hospital Tanjung Karang untuk dibedah siasat.
Sementara itu, seorang pengawal keselamatan yang bertugas berhampiran tempat kejadian berkata, dia hanya terdengar bunyi satu das tembakan.
Saksi kejadian yang enggan dikenali memberitahu, curiga dengan bunyi tembakan itu, dia kemudian membuat rondaan dan terkejut apabila mendapati seorang lelaki bersandar dalam keadaan berlumuran darah berhampiran sebuah kereta Proton Wira.
"Kawasan ini memang sunyi dan agak jarang dilalui oleh kenderaan dan sebab itu saya boleh terdengar bunyi das tembakan.
"Sebaik sahaja sampai, saya nampak pintu dan bonet kereta ini terbuka seolah-olah rosak tetapi sebaik sahaja menghampirinya, saya nampak seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah," ujarnya.