Search This Blog

Wednesday, February 2, 2011

Pendakwa siap sedia heret kekasih Ariel





2011/02/02

Luna Maya
Luna Maya
Pihak berkuasa Indonesia percepat siasat Luna, Cut Tari 

JAKARTA: Sehari selepas vokalis kumpulan Peterpan Nazriel ‘Ariel’ Irham dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan denda 250 juta rupiah (RM85,000), atas kesalahan menghasil dan mengedarkan video lucah, pihak berkuasa Indonesia kini bersiap sedia untuk mengheret kekasihnya Luna Maya dan Cut Tari ke muka pengadilan.
Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Awam Polis Indonesia, Jeneral Anton Bach-rul Alam, berkata polis Indonesia akan mempercepatkan proses siasatan ke atas kedua-dua selebriti terbabit untuk proses pendakwaan.
“Apa yang mereka lakukan mempunyai kaitan dengan Ariel. Pegawai kami pasti akan segera meneruskan siasatan sebaik saja Ariel didapati bersalah. 

“Sebaik saja kami melengkapkan siasatan, kedua-dua mereka akan dihadapkan ke mahkamah,” katanya yang mengakui pelbagai perkara perlu diselidiki untuk tujuan mengukuhkan bukti. 

“Perbuatan Ariel membabitkan satu rangkaian kegiatan dan sudah tentu ramai yang terbabit. Kita perlu menunggu maklumat lebih terperinci,” katanya. 

Polis sebelum ini tidak menahan Luna dan Cut, apabila kedua-duanya berjanji tidak mengulangi perbuatan mereka dan memberi kerjasama penuh dalam siasatan itu. 
Peguam Luna, Afrian Bonjol, ketika ditemui wartawan enggan mengulas kenyataan polis itu. 

“Saya tidak akan memberi sebarang ulasan buat masa ini. Saya perlu menunggu tindakan polis selepas ini,” katanya. 

Bagaimanapun, peguam yang melaporkan kes video lucah Ariel, Farhat Abbas, berkata, Luna perlu segera mengakui kesalahannya membabitkan video lucah itu bagi membolehkan dia memulihkan kerjayanya. 

“Saya menyarankan Luna mengaku. Mungkin dengan pengakuannya Luna dapat meningkatkan kerjayanya,” katanya. 

Sehingga kini Luna belum mengakui bahawa pelaku video lucah itu adalah dirinya, walaupun Cut Tari sudah memberi pengakuan. 

Sementara itu Luna dilaporkan sedang berusaha menenangkan diri selepas dikatakan terkejut apabila hakim Mahkamah Bandung, Jawa Barat menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun enam bulan ke atas Ariel. 

“Luna benar-benar terkejut. Dia sangat menyayangi Ariel. Sebagai rakan saya akan memberi sokongan moral kepadanya seberapa yang boleh,” katanya. – Agensi 

Depe saman Jupe RM595,000





2011/02/02

Peguam anggap tuntutan material amat berpatutan 

JAKARTA: Penyanyi dangdut Indonesia, Dewi Persik semalam mengemukakan tuntutan ganti rugi berjumlah 1.7 bilion rupiah (RM595,000) terhadap seorang lagi penyanyi dangdut negara itu Julia Perez, berikutan insiden perkelahian dan cakar-mencakar antara kedua-dua mereka baru-baru ini.
Peguam Dewi Persik, Angga Brata Rosihan, berkata jumlah itu dianggap berpatutan dengan kecederaan fizikal dialami penyanyi yang lebih dikenali dengan panggilan Depe itu.
Ia juga bagi menggantikan perbelanjaan yang ditanggung Depe ketika menjalani rawatan bagi memulihkan wajahnya yang cedera. 

“Kami berpendapat tuntutan itu tidak berlebihan dan ia sebanding dengan kerugian material dan bukan material dialami Depe,” kataya. 

Angga berkata, pihaknya mengemukakan tuntutan di Mahkamah Negeri Jakarta Timur. 
Beliau berkata, Depe mengalami kerugian material dan bukan material ketika menjalani penggambaran filem Arwah Goyang Kerawang akhir tahun lalu. 
“Selepas perkelahian, anak guam saya ke hospital dan dia menanggung kerugian kerana terpaksa membiayai rawatan wajahnya yang dicakar Julia Perez (Jupe). 
Angga berkata, Depe membelanjakan 1.7 bilion rupiah untuk merawat wajahnya dan Jupe perlu bertanggungjawab bagi perbelanjaan itu. 

“Depe sudah menyediakan semua bukti untuk menyokong tuntutannya dan ia akan dikemukakan ketika perbicaraan nanti, kerana kami tidak mahu dianggap keterlaluan atau sengaja mengada-adakan cerita,” katanya. – Agensi 

Toshiba disaman RM306j dakwa amal diskriminasi





2011/02/02

NEW YORK: Seorang pengurus kanan sumber manusia wanita di Toshiba Corp memfailkan saman berjumlah AS$100 juta (RM306 juta) ke atas majikannya itu kerana didakwa mengamalkan diskriminasi terhadap wanita dalam bayaran gaji dan kenaikan pangkat. 

Plaintif, Elaine Cyphers, berpendapat dasar Toshiba America Inc menyebabkan kakitangan wanita dibayar gaji dan bonus lebih rendah daripada golongan lelaki yang melakukan kerja yang sama.
Cyphers berkata, hasilnya “sesuatu yang menghairankan kerana kekurangan wanita dalam jawatan tinggi,” walaupun Toshiba sudah mewujudkan polisi kesaksamaan jantina sejak enam tahun lalu. Aduan itu berkata hanya 3.4 peratus daripada 6,273 pengurus Toshiba di seluruh dunia adalah wanita.
“Jumlah ini mengerikan,” kata David Sanford, rakan kongsi Sanford Wittels & Heisler LLP yang mewakili Cyphers, dalam satu temubual. 

“Kami percaya tuntutan ini penting dan ia boleh dijadikan asas dalam perundangan,” kata jurucakap Toshiba, Tom Gallatin dalam emelnya. 

Beliau berkata, syarikat itu lazimnya tidak membincangkan isu perundangan yang sedang diadili. 

Cyphers berkata, beliau adalah pengurus sumber manusia di Toshiba America Nuclear Energy Corp dan kakitangan sumber manusia memegang jawatan paling tinggi dalam unit di negara itu. 
Wanita itu berkata, beliau dibayar AS$90,000 hingga AS$91,000 (RM275,399 hingga RM278,459) di antara tahun 2008 hingga 2010, sedangkan lelaki yang memegang jawatan sama di Toshiba dibayar kira-kira AS$120,000 (RM367,199) setahun. – Reuters 

Kapal perang India, dagang bertembung





2011/02/02

MUMBAI: Kapal perang India dan kapal dagang bertembung di persisiran Mumbai, mencetuskan suasana panik serta kebakaran yang merosakkan kapal perang laju itu, sebuah stesen televisyen mendedahkan semalam. 

Stesen televisyen NDTV turut menyiarkan rakaman video kejadian yang berlaku atas kapal INS Vindhyagiri semasa ia bertembung dengan kapal kontena Cyprus, MV Nordlake di laluan yang sibuk, Ahad lalu.
Ketika kejadian, keluarga anggota angkatan tentera laut itu baru saja melawat mereka di kapal Vindhagiri yang sedang menuju ke limbungan. Mereka mendengar jeritan sebaik saja kedua-dua kapal itu bertembung.
Rakaman kamera turut menyiarkan lelaki dan wanita serta kanak-kanak jatuh bergelimpangan selepas kerusi plastik yang diduduki turut terbalik. – AFP. 

Penduduk Brisbane diancam Taufan Yasi





2011/02/02

PENDUDUK mengangkat beg pasir sebagai persediaan menghadapi Taufan Yasi di Queensland semalam.
PENDUDUK mengangkat beg pasir sebagai persediaan menghadapi Taufan Yasi di Queensland semalam.
SYDNEY: Helikopter tentera digunakan untuk memindahkan pesakit hospital berikutan pihak berkuasa mengarahkan beribu-ribu penduduk melarikan diri dari kemungkinan taufan yang mengancam nyawa melanda timur laut Australia.

Taufan Yasi diramalkan melanda bandar utara Cairns lewat hari ini dengan membawa angin selaju hingga 250 kilometer sejam, kata Biro Meterologi. Hujan sehingga satu meter diramalkan di kawasan komuniti di Queensland itu yang sudah dilanda banjir sejak beberapa bulan lalu.
“Ribut ini amat besar dan mengancam nyawa.
“Saya tahu ramai antara kita akan merasakan bahawa Queensland sudah mengalami banyak bencana dan ribut tetapi lebih banyak lagi dibawakan kepada kita dan saya yakin bahawa kita akan mampu berhadapan dengan cabaran akan datang ini,” kata Ketua Menteri Queensland, Anna Bligh.

Lebih 9,000 penduduk di kawasan rendah dan bahagian pantai Cairns diarahkan berpindah berikutan ombak dijangka meningkat sehingga dua meter dan banjir melnada beberapa bahagian di bandaraya terbabit.

Bligh berkata, tentera akan memindahkan 250 pesakit melalui udara di Cairns Base dan hospital Persendirian Cairns ke Brisbane, ibu kota Queensland. Rumah penjagaan orang tua turut dipindahkan.

Kebanyakan penduduk di bandaraya yang mempunyai 164,000 orang itu memutuskan sendiri untuk meninggalkan rumah mereka, kata Ian Stewars, penyelaras bencana negeri. – AP 

Banjir lima negeri belum surut





2011/02/02

  ADUN Bukit Ibam, Datuk Mohamad Sahfri Abdul Azizi (depan)   membawa barang keperluan asas untuk diagihkan oleh pihak Bomba dan Penyelamat kepada penduduk yang terlibat   banjir di Kampung Meripoh, Muadzam Shah.  Seramai 260 orang daripada 35 keluarga di Kampung Meripoh,   terputus perhubungan darat.
ADUN Bukit Ibam, Datuk Mohamad Sahfri Abdul Azizi (depan) membawa barang keperluan asas untuk diagihkan oleh pihak Bomba dan Penyelamat kepada penduduk yang terlibat banjir di Kampung Meripoh, Muadzam Shah. Seramai 260 orang daripada 35 keluarga di Kampung Meripoh, terputus perhubungan darat.
60,389 mangsa masih ditempatkan di 356 pusat pemindahan sementara 

KUALA LUMPUR: Banjir yang melanda Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Sabah masih belum surut menyebabkan kira-kira 13,826 keluarga dan 60,389 mangsa masih ditempatkan di 356 pusat pemindahan sementara di seluruh negara sehingga semalam.
Sehubungan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengarahkan semua pegawai dan petugas kemen-terian itu bersiap sedia 24 jam bagi membantu mangsa banjir di negeri terbabit.
Di JOHOR: Cuaca yang agak baik sepanjang hari, membantu meredakan banjir seluruh negeri ini, apabila hampir 10,000 daripada 50,000 mangsa pada tengah malam kelmarin, dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, petang semalam. 

Setakat jam 4 petang, 46 pusat pemindahan sudah ditutup tetapi 41,647 penduduk membabitkan 10,009 keluarga, masih berlindung pada 247 pusat pemindahan banjir. 

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri, berkata pusat pemindahan yang ditutup merangkumi 19 di Johor Bahru; Muar (2), Segamat (6), Kluang (12), Pontian (1), Kota Tinggi (2) dan Kulaijaya (4). 

Katanya, ketika ini pusat pemindahan yang masih beroperasi membabitkan lima di Johor Bahru, Muar (21), Batu Pahat (29), Segamat (89), Kluang (40), Pontian (9), Kota Tinggi (18), Mersing (1), Ledang (28) dan Kulaijaya (7). 
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pihaknya akan membuka kaunter khas di setiap pusat pemindahan banjir bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa. 

Katanya, ketika ini pihaknya mempunyai anggota yang cukup untuk membantu proses pemindahan dan juga mereka yang keluar dari pusat pemindahan itu. 

Berdasarkan laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mendapati semalam, antara sungai yang berada pada paras bahaya termasuk Sungai Muar di Bukit Kepong, Olak Sepam, Seri Maamor dan Kampung Awat, Sungai Bekok, Sungai Rantau Panjang di Kota Tinggi dan Sungai Benut di Simpang Renggam. 

Di NEGERI SEMBILAN: Seramai 2,393 mangsa banjir membabitkan 572 keluarga dipindahkan ke 25 pusat pemindahan sementara di seluruh negeri ini, semalam. 

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata bilangan mangsa banjir meningkat berbanding kelmarin berikutan paras air sungai yang tidak berubah berikutan banjir di Johor. 

Di PAHANG: Jumlah mangsa banjir di negeri ini semalam meningkat kepada 1,777 orang membabitkan 226 keluarga berbanding hampir 800 orang kelmarin. 

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Pahang berkata, sehingga jam 5 petang semalam, jumlah berkenaan membabitkan 1,687 orang daripada 204 keluarga di Rompin dan 90 mangsa membabitkan 22 keluarga di Bentong. 

Di MELAKA: Seramai 4,101 mangsa banjir masih lagi ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara di seluruh negeri ini sehingga jam 7 malam semalam, berikutan kawasan mereka masih ditenggelami air. 

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri di Ayer Keroh berkata, 2,114 mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara daripada 557 keluarga di daerah Melaka Tengah, manakala 1,575 dari 380 keluarga di daerah Alor Gajah dan di daerah Jasin sebanyak 419 orang daripada 93 keluarga. 

Di SABAH: Banjir di empat daerah di Sabah sejak tiga hari lalu semakin surut semalam dengan kebanyakan mangsa yang dipindahkan di pusat penempatan sementara sudah dibenarkan pulang. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, bilik gerakan banjir di daerah Kota Marudu, Beluran, Pitas dan Sandakan masih dibuka bagi menghadapi kemungkinan air meningkat semula. 

Ini penggal akhir saya: Mubarak






2011/02/02

KAHERAH: Presiden Mesir, Hosni Mubarak, berkata beliau tidak akan bertanding semula pada September depan tetapi menolak desakan yang membawa jutaan rakyat ke jalan raya di seluruh negara supaya beliau segera melepaskan jawatan. 

Pengumuman melalui perutusan di televisyen itu menyebabkan kemarahan penunjuk perasaan yang sekali lagi melanggar perintah berkurung dan berada di Dataran Tahrir - pusat demonstrasi untuk hari kelapan berturut-turut.Penegasan Mubarak untuk terus kekal bagi mengurus peralihan kuasa juga tidak menepati tuntutan kumpulan pembangkang yang menetapkan Jumaat ini sebagai tarikh akhir untuk beliau menamatkan pemerintahan selama 30 tahun itu.
“Saya menyatakan dengan ikhlas dan tanpa mengambil kira keadaan semasa, saya tidak merancang untuk menawarkan diri untuk satu lagi penggal sebagai presiden. 

“Saya sudah meluangkan cukup masa berkhdimat kepada Mesir dan rakyatnya...Sejarah akan mengadili saya," katanya sambil disambut cemuhan daripada ribuan penunjuk perasaan yang masih berkumpul di Dataran Tahrir. - AFP 

Mubarak umum berundur selepas pilihan raya





2011/02/02

KAHERAH: Presiden Hosni Mubarak malam tadi mengumumkan beliau akan berundur dalam masa beberapa bulan lagi sebaik penggantinya dipilih, tindakan yang disifatkan boleh meredakan ketegangan yang semakin memuncak memintanya meletakkan jawatan sekarang.
Pengumuman itu dibuat pemimpin yang sudah berkuasa lebih 30 tahun itu di tengah ketegangan yang menyaksikan lebih satu juta rakyatnya mengadakan tunjuk perasaan terbesar dalam sejarah itu, awal semalam.

Di ibu negara, Kaherah iaitu di Dataran Tahrir, penunjuk perasaan yang berkumpul dan menguasai dataran itu sejak seminggu lalu bersorak meraikan pengumuman Mubarak yang disiarkan stesen televisyen.

Namun sebaik ucapan pemimpin yang berusia 82 tahun itu selesai, ramai yang sangsi sama ada peralihan kuasa itu berlarutan berbulan-bulan lagi sedangkan pembangkang mahu Mubarak segera meninggalkan jawatannya bagi mengelak Mesir dilanda krisis penentangan lebih buruk.

"Keluar, keluar", demikian teriakan sebahagaian penunjuk perasaan yang mahu Mubarak yang kini memasuki pemerintahan penggal kelimanya supaya segera berundur.
Tampil dengan tenang dengan memakai kot dan bertali leher, Mubarak berkata: "Saya berkata dengan ikhlas dan prihatin dengan keadaan yang berlaku sekarang bahawa saya tidak akan mempertahankan jawatan presiden.

"Masanya sudah cukup untuk saya berkhidmat untuk negara dan rakyat.

"Saya kini berhasrat untuk menyelesaikan tugas saya untuk negara dengan memastikan proses peralihan ini berlangsung dalam keadaan aman dan lancar," katanya. - Reuters

Dihukum jel dan rotan kerana cederakan lelaki dengan pisau

SINGAPURA




MEREKA berjanji akan bertemu kerana Mohammad Ridwan Rashid, 29 tahun, mahu melangsaikan hutangnya.
Bagaimanapun, semasa pertemuan itu, Mohammad Ridwan membawa bersamanya senjata - sebilah pisau.Semalam, dia dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan kerana menyerang Encik Muhammad Firzan Abdul Rahman, 25 tahun.Dia juga dikenakan denda $100,000 atas lima tuduhan membantu tailong dalam urusan memberi pinjaman secara haram.Jika dia gagal membayar denda itu, dia perlu menjalani hukuman penjara dua setengah tahun lagi.Mahkamah Rendah diberitahu bahawa Mohammad Ridwan bekerja di Schenker Logistics di Loyang Crescent tahun lalu.Pada hari dia tidak bekerja pada 12 Ogos tahun lalu, dia menelefon dan menuduh Encik Muhammad Firzan menyebarkan khabar angin kononnya dia berhutang dengan rakan-rakan sekerjanya.Dia kemudian berjanji akan bertemu Muhammad Firzan untuk membayar hutangnya kepada lelaki tersebut.Sebelum keluar rumah, dia mencapai sebilah pisau sepanjang 20 sentimeter daripada dapur.Mereka bertemu pada 3 petang di pondok keselamatan syarikat tersebut.Di situlah Mohammad Ridwan mengeluarkan pisau daripada kocek jaketnya dan cuba mengelar dada lelaki tersebut.Mereka bergaduh dan Muhammad Firzan berjaya menjatuhkan Mohammad Ridwan. Beliau memujuknya agar membuang pisau di tangannya itu.Mohammad Ridwan kemudian meninggalkannya.Mangsa kemudian ke Hospital Besar Changi. Selain luka di lutut kiri, dada mangsa juga luka sepanjang 12 sentimeter.

Polis Indonesia siap heret Luna Maya, Cut Tari




JAKARTA: Susulan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas Nazriel Irham atau Ariel Peterpan kelmarin, polis Indonesia dijangka membawa Luna Maya dan Cut Tari, yang terlibat dalam video seks melibatkan ketiga-tiga artis itu, ke mahkamah.
Jurucakap polis nasional Indonesia, Inspektor-Jeneral Anton Bachrul Alam, berkata mereka akan mempercepat siasatan ke atas Luna Maya dan Cut Tari.Polis dijangka melengkapkan siasatan berhubung penglibatan kedua-dua artis wanita itu - masing- masing bekas kekasih dan teman wanita semasa Ariel.Ariel kelmarin dikenakan hukuman penjara tiga setengah tahun dan denda 250 juta rupiah ($35,300).'Apa yang mereka lakukan berkaitan dengan Ariel. Pegawai penyiasat sudah tentu akan mengambil tindakan memandangkan (Ariel) sudah didapati bersalah,' kata Inspektor-Jeneral Anton dipetik akhbar Jakarta Globe.Polis tidak menahan Luna Maya dan Cut Tari atas alasan kedua-duanya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan mereka dan bekerjasama dengan pasukan siasatan.Kedua-dua mereka juga muncul sebagai saksi dalam perbicaraan awal bulan lalu.Ariel dan Luna Maya tidak mengakui bahawa mereka adalah 'pelakon' dalam aksi porno itu.Namun, Cut Tari telah membuat pengakuan dan memohon maaf secara terbuka bahawa video itu benar adalah antara dirinya dengan Ariel, dan mempertahan kenyataan itu sebagai saksi dalam perbicaraan kes Ariel itu.Luna Maya berada di mahkamah kelmarin semasa hukuman dijatuhkan ke atas Ariel dengan ditemani beberapa artis, termasuk penyanyi legenda dan penulis lirik Titiek Puspa, bintang rok Achmad Albar dan pemuzik Melly Goeslaw.Luna Maya memberikan Ariel pelukan mesra sebelum Ariel dibawa ke dalam mahkamah.Ketua pasukan pendakwa raya, Encik Rysmanto, berkata Ariel terbukti melanggar Undang-undang Tentang Pornografi dan Undang-Undang Jenayah.Dia dituduh mengedar video porno setelah dua rakaman video pornonya dengan Luna Maya dan Cut Tari diedar di Internet sejak Jun lalu.Ariel diberi waktu seminggu untuk mengemukakan rayuan. -- Agensi.

Lelaki sorok bawah katil bila diserbu pegawai agama




ALOR STAR: Seorang lelaki hampir pengsan akibat sesak nafas selepas menyorok terlalu lama di bawah katil yang sempit ketika cuba mengelak daripada dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) kerana dipercayai berkhalwat bersama pasangannya di hotel murah Jalan Bukit Pinang, di sini, Ahad lalu.
Bagaimanapun, percubaan lelaki itu melepaskan diri gagal apabila anggota penguat kuasa Jaik menemuinya berbaring dengan hanya memakai seluar pendek tanpa baju ketika pegawai mengangkat tilam katil.Dalam serbuan sekitar 1 pagi itu, lelaki tersebut, seorang pesawah, dicekup bersama pasangannya yang berusia 20-an, pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Jitra.Ketua Operasi Jaik, Encik Mat Nasir Md Dali, berkata pihaknya yang menerima aduan berhubung kegiatan maksiat di hotel murah itu kemudian membuat pemeriksaan dan mendapati pintu bilik yang disewa pasangan itu terkunci daripada dalam manakala keadaan di luar hotel itu cerah.Katanya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang wanita membuka pintu bilik dan terkejut melihat kehadiran anggota penguat kuasa di luar.Beliau berkata, pada mulanya wanita itu memberi alasan menyewa seorang diri di situ dan hasil pemeriksaan rambang tidak menemui sesiapa bersamanya pada waktu itu.'Bagaimanapun, ketika hendak melangkah keluar daripada bilik itu, kami menemui barangan milik lelaki terbabit dan mengesyaki dia masih berada dalam bilik itu. Anggota Jaik yang membuat pemeriksaan menyeluruh selepas itu, menemui lelaki terbabit di bawah katil dalam keadaan ketakutan dan hampir sesak nafas,' katanya, di sini, kelmarin.Encik Mat Nasir berkata, pasangan itu memberi alasan baru masuk menyewa di hotel terbabit dan merayu supaya dilepaskan kerana bimbang perbuatan mereka diketahui keluarga masing-masing.Pasangan itu ditahan bagi siasatan lanjut kerana disyaki melakukan maksiat dan dibawa ke Balai Polis Kepala Batas, di sini untuk dibuat laporan tangkapan, katanya. -- BHM.

Tertuduh waras, berdaya buat akuan

SINGAPURA

KES BUNUH DANISH


Oleh
Nurul Dayana Simangoon

PENILAIAN psikiatrik ke atas Muhammad Raffiq Jaffah, yang dituduh membunuh anak rakan wanitanya, Allahyarham Danish Iman Abdullah, tiga tahun, mendapati dia berfikiran waras. Mahkamah diberitahu semalam bahawa pemerhatian psikiatrik mendapati Raffiq, 23 tahun, berdaya membuat akuan.
Selain tuduhan membunuh, Raffiq menghadapi tujuh tuduhan mendera Allahyarham di sebuah hotel dan rumah kedai di Geylang antara pertengahan September dengan 10 Disember lalu.Pada mulanya dia dituduh menyebabkan kecederaan serius ke atas Allahyarham dengan menampar muka kanak-kanak itu, mengakibatkan kepalanya terhantuk dan mengalami pendarahan pada 15 Disember lalu.Danish meninggal dunia lima hari kemudian di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) dan tuduhan diubah kepada membunuh, yang boleh membawa hukuman mati.Bagi setiap satu daripada tujuh tuduhan mendera, Raffiq menghadapi hukuman denda hingga $4,000 atau penjara hingga empat tahun atau kedua-duanya. Antaranya dia dituduh menggigit tangan dan kaki kanak-kanak itu, mencucuh api pada badannya dan menamparnya.Persidangan praperbicaraan (PTC) bagi kesnya akan diadakan pada 15 Mac, sebelum didengar lagi pada pada 26 Mac. Raffiq akan terus direman di Kompleks Penjara Changi.

Tiga maut, tentera dikerah bantu


SUKAR: Anggota bomba cuba menarik kenderaan yang dihanyutkan arus banjir ke dalam sungai di Kampung Rahmat, Johor, dan meragut nyawa pemandunya. -- Foto HARIAN METRO


BANJIR 



KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di lima negeri di Malaysia semakin buruk dengan tiga nyawa terkorban sejauh ini.
Kerajaan pula telah mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggerakkan anggota dan semua kelengkapannya bagi membantu operasi pemindahan mangsa banjir.Sejauh ini, banjir dilaporkan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Sabah.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau sudah meminta Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menggerakkan aset ATM bagi operasi pemindahan banjir.Katanya, pengalaman Johor ketika berhadapan dengan banjir besar pada 2006 apabila puluhan ribu rakyat negeri itu menjadi mangsa dan ditempatkan di pusat-pusat pemindahan amat berguna dalam menghadapi bencana banjir kali ini.Tan Sri Muhyiddin yang ditemui di Labis berkata banjir yang melanda Labis, Segamat, Kluang, Ledang dan beberapa daerah lain sejak dua hari lepas berpunca daripada hujan lebat yang disifatkan sebagai luar biasa.Di Johor, banjir meragut nyawa dua wanita - seorang di Cha'ah, Segamat, dan seorang lagi di Kampung Rahmat, Kulaijaya - apabila mereka terperangkap dalam kenderaan masing-masing yang dihanyutkan arus deras, malam kelmarin.Sehingga 10 pagi semalam, lebih 47,000 penduduk di 10 daerah di Johor dipindahkan di 267 pusat pemindahan di seluruh negeri.Bandar Segamat pula hampir terputus hubungan dengan tempat lain.Seorang jurugambar bebas di Segamat, Encik Khairil Faizi Jamian, ketika dihubungi, berkata semua laluan dari Segamat ke Kuala Lumpur, Gemas dan selatan terputus, manakala satu-satunya jalan keluar ialah melalui Lebuhraya Tun Razak ke Kuantan.'Selepas lima hari baru hujan berhenti... harap air surut selepas ini. Banyak bank dan kedai ditutup kerana premis dinaiki air. Ramai yang ingin pulang beraya Tahun Baru Cina dari Singapura tidak dapat balik lagi,' katanya.Banjir di Melaka pula meragut mangsa pertama semalam di Jasin sementara 2,714 mangsa dipindahkan di 26 pusat pemindahan di ketiga-tiga daerah di Melaka.Di Negeri Sembilan, kira-kira 1,921 penduduk dari empat daerah dipindahkan ke pusat pemindahan semalam.Banjir di Gemas kali ini paling teruk berbanding 2006, ekoran hujan luar biasa yang berterusan dalam tempoh dua hari menyebabkan air Sungai Muar melimpah.Pahang turut merasai bencana banjir dengan 1,899 mangsa banjir dari tiga daerah di Pahang kini ditempatkan di 13 pusat pemindahan.Di Sabah, 2,742 orang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir di Sandakan, Beluran, Kota Marudu dan Matunggong. -- Bernama, BHM.

59 lagi pelajar Singapura dijangka pulang

SINGAPURA

KRISIS MESIR


Oleh
Siti Farhana Shariff

SERAMAI 59 pelajar Singapura di Mesir dijangka pulang hari ini menyusuli keadaan semakin kacau-bilau di negara itu.
Mereka antara 150 pelajar Singapura yang berada di Kahirah, tempat tunjuk perasaan besar-besaran sedang berlaku bagi menuntut pengunduran Presiden Hosni Mubarak.Tunjuk perasaan turut diadakan di Suez, Iskandariah dan sekurang-kurangnya 11 daripada 28 wilayah di Mesir.Ketika dihubungi semalam, presiden Perhimpunan Kebajikan Mahasiswa Mesir (Perkemas), Encik Ahmad Hilmi, 25 tahun, berkata pihaknya sedang bekerja rapat dengan Kedutaan Singapura bagi menguruskan penerbangan pulang kumpulan pelajar itu pagi ini.Ketika dihubungi semalam, salah seorang pelajar tersebut, Cik Nur Hafiza Roslee, 21 tahun, berkata mereka sedang menunggu bas untuk ke Lapangan Antarabangsa Kahirah.'Saya bersyukur sangat akan pulang ke pangkuan keluarga tapi saya risaukan teman-teman yang masih berada di Kahirah.'Insya-Allah saya akan kembali ke sini apabila keadaan lebih stabil,' ujar pelajar tahun ketiga jurusan Syariah Universiti Al-Azhar itu.Di Singapura pula, salah seorang daripada enam pelajar yang pulang Ahad lalu, Cik Sri Nurmiftah Hayati Munawar, bimbang akan keselamatan teman-temannya di sana.Ketika dihubungi, pelajar tahun ketiga jurusan Syariah itu berkata beliau menempah tiket penerbangan balik ke Singapura selepas mendapat tahu rakan serumahnya akan pulang pada musim sejuk.'Saya mulanya tiada rancangan untuk balik dalam masa terdekat, tapi bila saya beritahu ibu tentang rancangan rakan saya itu, ibu terus menggesa saya supaya beli tiket secepat mungkin kerana beliau bimbang saya seorang diri di sana,' kata Cik Sri Nurmiftah, 25 tahun.Beliau membeli tiket penerbangan sebelum kekacauan di Mesir tercetus.Apabila tunjuk perasaan tiba di kawasan tempat tinggalnya dia El-Mansoura, Cik Sri Nurmiftah dan rakannya disuruh melarikan diri ke Kahirah esoknya.Apa yang di luar jangkaan mereka ialah keadaan di Kahirah juga tidak begitu stabil.'Setahu saya cuma Ramses dan Tahrir yang sedang huru-hara. Pada mulanya tiada apaapa teruk berlaku ke atas kami di Kahirah. Tapi pada satu solat Jumaat, sekumpulan orang tempatan mula berkumpul dan mengadakan satu tunjuk perasaan,' ujar pelajar Universiti Al-Azhar itu.Walaupun begitu, Cik Sri Nurmiftah berhasrat menyambung pelajarannya setelah keadaan di Mesir selamat memandang hanya tinggal setahun untuk beliau menggenggam ijazah.Sementara itu, ibu bapa yang ingin tahu tentang perkembangan terkini pelajar Singapura di Mesir boleh menghubungi hotline Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), 6258-1502.

$400,000 - program urus bencana Gunung Merapi


HAMBAT USAHA KIRIM BANTUAN: Antara jambatan di Magelang yang musnah selepas 'dilanda' banjir lahar akibat hujan lebat di kawasan bencana.

SINGAPURA



Dana daripada Mercy Relief bantu penduduk bersiap untuk masa depan


BADAN kemanusiaan Mercy Relief telah menyediakan program pengurusan bencana bernilai $400,000 kepada mangsa gunung berapi Merapi di Indonesia.
Program tersebut dapat membantu penduduk yang terjejas membuat persediaan ketika menghadapi bencana - ini termasuk pembinaan pusat-pusat pelarian bencana, kemudahan dapur pusat pelarian dan kemudahan tandas bagi penduduk yang terpaksa dipindahkan jika berlakunya bencana.Selain menawarkan pelindungan dan bantuan kepada penduduk yang terpaksa dipindahkan, pusat-pusat pelarian itu apabila siap kelak dapat digunakan untuk menganjurkan bengkel pendidikan seperti program kesihatan awam dan latihan berpindah.Semuanya itu dapat membantu penduduk mempersiapkan diri menghadapi bencana gunung be- rapi di masa depan.Hampir tiga bulan lalu, Gunung Merapi meledak dan kesannya masih dirasakan penduduk di sana.Hujan lebat yang turun di kawasan bencana pula menyebabkan batu-batu besar dan banjir lahar melimpah ke kawasan kam- pung.Akibatnya beberapa kampung di kawasan itu musnah, sebanyak 10 daripada 11 jambatan turut musnah dan rosak, sekali gus menghambat usaha pengiriman bantuan ke kawasan pergunungan tersebut.Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mercy Relief, Encik Hassan Ahmad, pihaknya terpanggil untuk menghulurkan bantuan kepada penduduk di kawasan itu.'Program untuk penduduk yang tinggal di kawasan Gunung Merapi ini dapat dilaksanakan dengan sumbangan korporat dan orang ramai.'Turut menghulurkan dana bagi projek ini ialah pemerintah Singapura, MediaCorp, SingPost dan Yayasan Rahmatan Lil 'Alamin,' kata Encik Hassan.Program pengurusan bencana itu telah dilancarkan dengan sokongan Universiti Magelang di Indonesia.Selain itu, syarikat elektronik Philips telah mendermakan alat bantuan pernafasan kepada tiga klinik di daerah Dukun, Sewangan dan Srumbung.Peralatan tersebut diharap dapat membantu penduduk yang menghadapi masalah pernafasan, khususnya jika Gunung Merapi meledak lagi.Mercy Relief juga akan membantu memperbaiki sistem bekalan air di daerah Sweukan, Krinking dan Keningar.Hadir di Magelang menyaksikan pelancaran projek tersebut minggu lalu ialah Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar), Encik Zainul Abidin Rasheed, dan Naib Pengerusi Mercy Relief, Encik Ong Bon Chai.'Dengan sokongan padu daripada badan korporat dan penduduk Singapura, kami berupaya memulakan projek pembinaan semula ini demi mempersiap penduduk di kawasan terjejas menghadapi bencana gunung berapi di masa depan,' kata Encik Ong.

USTAZ AZHAR - LEBAI JAHIL [PART 3]

Pegawai imigresen diberkas



SHAH ALAM - Kegiatan jahat seorang pegawai imigresen berpangkat tinggi yang dipercayai bersekongkol dengan satu sindiket memalsukan surat kemudahan imigresen bagi melepaskan individu yang disenarai hitam ke luar negara sejak tiga tahun lalu terbongkar apabila dia ditahan bersama lapan individu lain baru-baru ini.
Pegawai berusia 41 tahun itu ditahan selepas polis menjalankan siasatan sebaik menerima maklumat mengenai penglibatannya dalam sindiket tersebut.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Supritendan Mohd. Sakri Arifin berkata, sebelum itu, pihaknya telah menahan lima individu berusia di antara 30 dan 45 tahun kerana memiliki dokumen palsu tersebut pada pukul 11.45 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini pada 9 Januari lalu.
Lima individu tersebut disenaraihitamkan selepas diisytihar muflis oleh mahkamah atas pelbagai sebab termasuk gagal membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau pinjaman bank.
Katanya, polis kemudian menahan seorang ejen pelancongan berusia 57 tahun di Klang, dekat sini pada Ahad lalu.
Difahamkan, individu yang telah disenarai hitam akan membayar di antara RM1,500 dan RM2,000 kepada ejen pelancongan tersebut sebelum suspek menemui beberapa lagi individu termasuk pegawai imigresen berkenaan untuk mendapatkan dokumen palsu itu.

Pendatang asing ditahan di tengah laut




NORZAID (berdiri, kanan) memeriksa sebahagian daripada 24 PATI yang ditahan di perairan laut Sungai Haji Dorani, Sungai Besar dekat Pelabuhan Klang semalam.


PELABUHAN KLANG - Cubaan 24 rakyat Indonesia termasuk tiga wanita untuk keluar masuk ke negara ini secara haram gagal apabila dua buah bot yang dinaiki mereka ditahan Pasukan Gerakan Marin (PGM) di perairan laut berdekatan Sungai Haji Dorani, Sungai Besar dekat sini semalam.
Kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia di antara 18 dan 35 tahun itu ditahan pada pukul 1 pagi ketika proses pemindahan penumpang sedang giat dijalankan antara bot pom-pom dengan bot sampan.
Difahamkan, 16 daripada 24 PATI itu ingin pulang ke negara asal. Mereka dibawa dengan sampan ke tengah laut untuk dipindahkan ke bot pom-pom yang membawa lapan penumpang yang mahu masuk ke negara ini.
Turut ditahan tiga tekong Indonesia termasuk seorang tekong darat.
Pegawai Pemerintah PGM Pelabuhan Klang, Deputi Supritendan Norzaid Muhammad Said berkata, serbuan dilakukan ketika mereka sedang leka memindahkan PATI.