Search This Blog

Sunday, January 16, 2011

7 sekeluarga tinggal sehelai sepinggang



16/01/2011 3:48pm

GEORGE TOWN - Tujuh orang dari sebuah keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka hangus dijilat api dalam satu kebakaran di Jalan Padang Tembak, di sini, pagi ini.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Negeri, Mohd Rezam Tajarahim berkata, dalam kejadian pukul 7.30 pagi, kebakaran rumah itu turut merebak ke lima buah rumah dan sebuah kilang perabot berhampiran.
"Sebuah rumah hangus manakala lima buah rumah lagi dan kilang perabot itu terbakar kira-kira 10 peratus,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sebanyak 42 anggota dengan tujuh jentera bomba dari Jalan Perak, Lebuh Pantai dan Paya Terubong bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 8 pagi dan berjaya mengawal api dalam tempoh sejam.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala jumlah kerugian dan punca kebakaran masih disiasat, kata Mohd Rezam. - Bernama

Kematian Pramugari MAS, Polis Belanda Tolak Wujud Unsur Jenayah



16/01/2011 18:16:33
Susulan kematian pramugari MAS, Chin Swee Len di Belanda.

Polis Belanda menolak kemungkinan wujud unsur jenayah dalam kematian pramugari berusia 34 tahun, yang ditemui di tempat letak kereta di Hotel Radisson, Amsterdam, Jumaat lalu.

Perkara itu dimaklumkan polis Belanda kepada Wisma Putra.

Polis negara itu juga dilaporkan masih belum memperoleh maklumat lanjut berhubung kematian Chin.

Mayat Chin ditemui kira-kira 9 pagi Jumaat lalu oleh tetamu hotel.

Mendiang dipercayai diserang dan dicampak keluar tingkap dari bilik penginapan, yang terletak di tingkat empat hotel terbabit. 

Sebelum itu, biliknya dilapor dipecah masuk dan digeledah.

Chin dijadual berlepas dari Amsterdam ke Malaysia dengan penerbangan MAS, MH17 pada hari sama.

Bangunan Sekolah Musnah Dijilat Api

Sebahagian bangunan dua setengah tingkat Sekolah Maahad Qiraat Al Azhar Amal Dzalifah, Alor Setar, Kedah, musnah dijilat api kira-kira jam 10.55 pagi tadi.
Turut hangus sebahagian kitab dan Al Quran.
Kebakaran dikatakan berpunca akibat litar pintas.
Ketika kejadian anggota pentadbir sekolah berkenaan sedang bermesyuarat di tingkat bawah manakala 65 pelajarnya pula berada di asrama masing-masing.
Tiga jentera bomba bersama 10 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.
Api berjaya dipadamkan selepas 5 minit. Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan cedera.

Presiden Tunisia letak jawatan


TIDAK PUAS HATI: Seorang penunjuk perasaan bertempur dengan pegawai polis di ibu kota Tunis, kelmarin. - Foto REUTERS

Penunjuk perasaan terus mengganas ekoran masalah pengangguran dan rasuah


TUNIS: Selepas 23 tahun memerintah secara kuku besi, Presiden Tunisia kelmarin meletak jawatan selepas para penunjuk perasaan terus mengganas ekoran masalah pengangguran dan rasuah.
Presiden Zine El Abidine Ben Ali, 74 tahun, dilaporkan telah meninggalkan negara itu dengan tampuk pemerintahan negara akan diambil alih oleh pemerintah sementara.Pemerintah sementara itu dipimpin oleh Perdana Menteri Tunisia, Encik Mohammed Ghannouchi.Pejabat Raja Abdullah dari Arab Saudi semalam mengesahkan Encik Ben Ali dan keluarganya telah selamat tiba di negara itu.'Ekoran rasa hormat kerajaan Saudi ke atas keadaan luar biasa yang dihadapi oleh rakyat Tunisia, dan memandangkan kami mengharapkan keamanan dan keselamatan kembali di Tunisia, kami menyambut kedatangannya,' kata pejabat Raja Abdullah dalam satu kenyataannya.Tunjuk perasaan di Tunisia tercetus sejak pertengahan bulan lalu selepas seorang lelaki berusia 26 tahun, yang berpendidikan tetapi menganggur, membunuh diri selepas polis merampas buah-buahan dan sayur-sayuran yang dijual tanpa permit.Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh dalam rusuhan yang tercetus di beberapa daerah.Kelmarin, polis sekali lagi bertempur dengan penunjuk perasaan sebelum Encik Ghannouchi berucap menerusi televisyen untuk mengumumkan bahawa beliau akan mengambil alih pemerintahan negara Afrika Utara itu.'Saya mengambil alih tanggungjawab kepimpinan negara ini buat sementara dalam waktu sukar ini bagi membantu mengembalikan keselamatan. 'Saya berjanji untuk menghormati perlembagaan, untuk berusaha merombak ekonomi dan isu sosial dengan penuh berhati-hati dan berunding dengan semua pihak,' kata beliau.Encik Ghannouchi, sekutu rapat Encik Ben Ali berkata, Presiden itu meletak jawatan secara sukarela. Namun, situasi sebenar pengundurannya masih lagi kabur.Sebelum ini, Encik Ben Ali telah cuba meredakan ketegangan dengan membubarkan pemerintah dan berjanji untuk mengadakan pilihan raya perundangan dalam tempoh enam bulan.Khamis lalu, beliau malah berjanji untuk tidak bertanding lagi dalam pilihan raya pada 2014 di samping mengurangkan harga gula, roti dan susu.Dengan bilangan penduduk seramai 10 juta, kadar pengangguran di kalangan belia Tunisia mencapai 52 peratus.Kejatuhan Encik Ben Ali kini meresahkan pemimpin autokratik di serata dunia Arab yang khuatir mungkin menghadapi nasib yang sama.'Sebulan lalu, kami tidak menyangka pemberontakan ini boleh dilakukan. Tetapi para penduduk telah bangkit,' kata Encik Beya Mannai, seorang profesor di University Tunis.Mengenai penggulingan Encik Ben Ali, seorang doktor di Hospital Charles Nicole, Dr Souha Naija, berkata:'Akhirnya, saya rasa bebas. Mereka terima maksud kami. Rakyat tidak mahu seorang diktator.' - AP.

Kapal kargo Korea Selatan dan 21 anak kapal dirampas lanun



16/01/2011 2:18am

SEOUL, 16 Jan. - Sebuah kapal kargo Korea Selatan dengan muatan 10,000 tan bahan kimia bersama 21 anak kapalnya dirampas sekumpulan lanun Somalia di lautan Hindi semalam, kata sumber kementerian luar Seoul kepada AFP.
Kapal Samho Jewelry milik syarikat Samho Shapping yang berpangkalan di selatan bandaraya pelabuhan Busan itu sedang dalam pelayaran dari Emiriah Arab Bersatu ke Sri Lanka, dirampas semasa berada di perairan antara Oman dan India, lapor agensi berita Yonhap.
Kesemua anak kapal terdiri lapan warga Korea, 11 krew dari Myanmar dan dua Indonesia turut ditahan namun tidak diketahui lokasi terbaru mereka, kata sumber berkenaan.
Dua bulan lalu, kapal Samho Dream seberat 300,000 tan milik syarikat berkenaan turut dirampas tetapi membebaskan 24 anak kapalnya setelah kumpulan lanun itu menerima wang tebusan sebanyak AS$9 juta (RM28.8 juta). - AFP

Anggota tentera mati ditetak



16/01/2011 10:36am

JAKARTA 16 Jan. - Seorang anggota tentera Indonesia mati ditetak dengan parang oleh seorang lelaki di Depok dekat sini awal pagi ini.
Kejadian itu berlaku pada pukul 1.13 pagi waktu Indonesia Barat, apabila Amiruddin, 33, diserang oleh seorang lelaki dengan bersenjatakan sebilah parang.
Detiknews melaporkan mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Centra Medika, Depok. - Agensi

Mayat bayi baru lahir ditemui dalam sungai



16/01/2011 4:57pm



JOHOR BAHRU 16 Jan. – Mayat seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam plastik dan terapung di sungai berhampiran Kampung Sungai Bakar Batu, Taman Perling, di sini hari ini.
Mayat bayi malang itu ditemui dua kanak-kanak Orang Asli yang ketika itu sedang mandi di sungai tersebut kira-kira pukul 12.50 tengah hari.
Bayi yang masih bertali pusat itu dibungkus dalam plastik sebelum dipercayai dihanyutkan ke dalam sungai berkenaan. – Utusan

Polis rampas 19 botol heroin


PEGAWAI Penyiasat, Inspektor Mohamad Hafizan Sofian menunjukkan satu daripada 19 botol yang dipercayai mengandungi dadah jenis heroin yang disembunyikan di dalam seluar dan dalam kereta pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu, hari ini. Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu, Supritendan Roslan Abd Wahid (kanan). Kesemua botol berkenaan dirampas di hadapan Masjid Terapung, Kuala Ibai. - Foto Rozainah Zakaria

16/01/2011 4:54pm

KUALA TERENGGANU - Walaupun sudah tiga kali keluar masuk penjara, seorang lelaki berumur 55 tahun, di sini, nampaknya tidak kenal erti serik, dia ditahan sekali lagi tiga hari lepas kerana disyaki memiliki heroin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Supritendan Roslan Abd Wahid berkata, lelaki itu ditahan kira-kira pukul 6 petang, Khamis lalu, ketika berada dalam keretanya yang diletakkan di hadapan Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, di sini.
Beliau berkata, ketika ditahan, polis menemui sembilan botol kecil dipercayai mengandungi heroin di dalam poket seluar lelaki itu dan 10 botol lagi ditemui tersembunyi dalam kenderaan.
Katanya, polis turut merampas wang tunai RM3,100 yang dipercayai hasil jualan dadah daripada lelaki itu yang dipercayai pengedar dan penagih dadah tegar, yang pernah menjalani hukuman penjara 34 tahun dan 16 kali sebatan atas kesalahan dadah.
"Keseluruhan rampasan dadah dengan berat kasar kira-kira 96.95 gram itu dianggar bernilai RM30,000,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - Bernama

Dua pelabur mengadu 'kehilangan' wang dalam skim pelaburan menternak haiwan di Australia

MODAL habis, untung lesap.
Itulah kekecewaan yang dialami oleh beberapa orang pelabur di sini selepas mereka melabur dalam satu skim pelaburan penternakan haiwan di Australia yang diuruskan oleh seorang pengusaha Singapura.Pengusaha pelaburan itu, Encik Imran Musa, didakwa tidak memenuhi perjanjian yang ditandatangani beliau bersama pelabur-pelabur berkenaan.Seorang pelabur, yang hanya mahu dikenali sebagai Syed Omar, mendakwa beliau melabur sebanyak $65,000 sementara Encik Imran pula melabur baki $65,000 dalam satu pelaburan haiwan ternakan di ladang ternakan Melbourne, Australia.Syed Omar mendakwa perjanjian pelaburan berjumlah A$105,000 pada April 2008 itu, adalah bagi pelaburan ternakan lembu di Granya Snowy Mountains, Melbourne, Australia, yang sepatutnya diuruskan oleh Encik Imran dengan pemilik ladang di sana, yang dikenali sebagai Encik Roger Burns.Encik Omar mendakwa bukan sahaja beliau tidak mendapat dividen daripada hasil penjualan anak-anak haiwan pelaburan seperti yang dipersetujui dalam perjanjian itu, bahkan Encik Imran juga gagal menunjukkan dokumen atau resit mengenai perkembangan urusniaga pelaburan tersebut.Malah Syed Omar mendakwa hasil siasatannya menunjukkan Encik Imran sebenarnya tidak mempunyai kontrak langsung dengan peladang di Australia itu bagi pelaburan tersebut.Sebaliknya, Encik Imran menggunakan nama bapa mentuanya, Haji Abdullah Sardi, bagi pelaburan tersebut, Syed Omar mendakwa.'Saya rasa diperdaya dalam pelaburan ini. Apa yang saya tuntut daripada Imran adalah hak saya, pulangkan wang pelaburan saya. Itu sahaja. Imran berjanji dua kali sebelum ini yang beliau akan memulangkan wang saya, tetapi ternyata ia hanya janji-janji kosong. Sehingga kini saya belum dapat wang pokok pelaburan saya,' tegasnya dalam wawancara dengan Berita Minggu.Syed Omar juga memberitahu, selepas segala usaha yang dilakukan untuk mendapatkan semula wangnya itu gagal, beliau akhirnya memutuskan untuk membuat laporan polis dan mendapatkan khidmat guaman untuk mendapatkan semula wang pelaburannya.Seorang lagi pelabur, Encik Mohamed Dawood Mericar, 75 tahun, pula mendakwa 'kehilangan' sebanyak $18,000 dalam satu pelaburan pembelian kambing di Donald, Australia, yang dikendalikan Encik Imran.Di bawah perjanjian pelaburan yang ditandatangani antara beliau dengan Encik Imran pada Disember 2005 itu, Encik Imran didakwanya berjanji pelaburan pokok itu akan dikembalikan semula kepada Encik Dawood dalam masa 90 hari selepas perjanjian itu ditandatangani.Pulangan terjamin yang dijanjikan ialah 20 peratus.Namun, selepas tempoh 90 hari itu berlalu, Encik Dawood mendakwa beliau tidak mendengar lagi berita tentang pelaburannya itu daripada Encik Imran dan usaha menghubungi Encik Imran beberapa kali gagal.'Bukan sahaja dividen pelaburan saya tak diberinya, malah wang modal saya juga tidak dikembalikan,' ujarnya.Menurut beliau lagi, apabila akhirnya dapat menemui Encik Imran, beliau (Encik Imran) menyatakan bahawa beliau sudah bayar wang pelaburan nya itu dengan dividennya sekali menerusi cek.'Tetapi satu sen pun tak masuk akaun bank saya. Jika benar ada, apa buktinya dan apakah nombor ceknya?'Sampai sekarang ini semua wang pelaburan saya itu tidak dipulangkan. Tolonglah, saya orang tua, jangan buat saya macam ini,' kata Encik Mohamed Dawood dengan nada kecewa semasa ditemuui Berita Minggu baru-baru ini.Sementara itu, Encik Abdullah Sardi pula menafikan beliau menggunakan namanya bagi pelaburan antara Syed Omar dengan Encik Imran, menantunya.Encik Abdullah bagaimanapun berkata, beliau pernah membenarkan Encik Imran menggunakan namanya bagi pelaburan ternakan dengan peladang John Downes di Australia sebelum itu, tetapi bukan bagi pelaburan antara Syed Omar dan Encik Imran.Berita Minggu juga mewawancara Encik Imran untuk mendapatkan penjelasan beliau mengenai dakwaan beberapa pelabur tersebut.

Gempa 5.5 goncang persisiran pantai Indonesia



16/01/2011 10:14am

JAKARTA 16 Jan. - Gempa dengan kekuatan sederhana 5.5 skala richter menggoncang Sumatera, Indonesia.
Tiada amaran tsunami dalam gempa dengan kedalaman 24 kilometer sekitar 285 kilometer barat Sibolga, pada pukul 11.26 malam waktu tempatan itu, lapor Pusat Survei Geologi Amerika Syarikat. - AFP

2 nelayan selamat, tekong hilang bot karam



16/01/2011 5:59pm

MARANG - Dua nelayan selamat, manakala tekong sebuah bot nelayan tempatan dikhuatiri lemas dalam kejadian bot karam di perairan Marang di Rusila dekat sini, awal pagi tadi.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi, kira-kira dua batu nautika dari lokasi mereka bertolak dari Pantai Pandak, Cendering.
Mangsa yang masih hilang ialah Abdullah Salleh, 51, manakala dua yang terselamat ialah adiknya, Yusof, 49 dan Md Ali Musa, 61 apabila kedua-duanya sempat berpaut pada sebiji tong fiber hampir lapan jam sebelum ditemui dalam keadaan lemah di tepi pantai Rusila pukul 1 tengah hari ini.
Mereka berdua dikejarkan penduduk kampung ke Klinik Kesihatan Marang sebelum dirujuk di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut.
Operasi mencari dan menyelamat Abdullah digerakkan membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, pihak polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). - Bernama

6,500 kediaman, 14,900 penduduk terjejas


HAMPIR TINGGAL BUMBUNG: Salah sebuah rumah yang ditenggelami air di kejiranan Saint Lucia pada 13 Januari lalu. Mujur penghuninya telah dipindahkan ke kawasan tinggi yang selamat dalam gerakan menyelamat besar-besaran tempoh hari. - Foto REUTERS



PENDUDUK Melayu di Queensland tidak ketinggalan turut terjejas oleh banjir besar yang melanda Queensland, khasnya Brisbane baru-baru ini.
Ketika dihubungi, seorang warga Singapura yang bertugas di tengah-tengah bandar raya Brisbane, Encik Faizul Hamly Sadali, 34 tahun, memberitahu bahawa beliau dan teman-teman sekerjanya telah diarahkan supaya pulang ke rumah masing-masing disebabkan keadaan yang semakin genting di kawasan bandar.Beliau dan teman-teman sekerjanya baru saja mula bertugas hari itu, selepas bercuti selama tiga minggu.Bangunan Price Water House Coopers (PWC), tempat beliau bertugas sebagai akauntan, terletak berhadapan dengan Sungai Brisbane yang terus membanjiri kawasan bandar raya tersebut dalam masa hanya beberapa jam.'Semasa saya hendak bergerak pulang, air bah di bangunan PWC sudah pun naik ke paras buku lali,' ujar bapa kepada dua orang anak itu.Beliau turut mengalami masalah pulang ke rumah dengan menaiki pengangkutan awam kerana terlalu ramai orang yang turut berpusu-pusu untuk pulang ke rumah masing-masing.Rumah Encik Faizul di Springwood yang terletak sekitar setengah jam perjalanan dengan kereta dari kawasan bandar raya, bagaimanapun, tidak terjejas oleh banjir besar yang melanda Brisbane kerana ia terletak agak jauh dari kawasan bersungai.Tetapi, para penduduk di kejiranan-kejiranan lain yang terletak berdekatan Sungai Brisbane di West End, di kawasan sekitar bandar raya Brisbane serta di Strathpine dan Caboolture, di utara Brisbane telah diarahkan agar berpindah ke kawasan lebih tinggi.Turut terjejas teruk ialah bandar Ipswich, di barat Brisbane, di mana pihak berkuasa telah mengarahkan agar para penduduk di sekitar 40 kejiranan berdekatan Sungai Bremer berpindah ke pusat-pusat evakuasi.Awal sebelum ini, Datuk Bandar Brisbane, Encik Campbell Newman, berkata sebanyak 6,500 kediaman dan perniagaan dijangka terjejas, termasuk 14,900 orang.Sementara itu, ketika dihubungi, isteri Encik Faizul, Cik Sabrina Abdul Samad, 30 tahun, pula berkata pasar-pasar serbaneka di kawasan tempat tinggal beliau dipenuhi ramai pelanggan yang datang berpusu-pusu untuk membeli bekalan makanan untuk beberapa hari mendatang.'Bukan itu sahaja, ramai kasir atau juruwang juga tidak datang bekerja kerana keluaga mereka turut terjejas oleh banjir besar ini,' tambahnya.Menurut Cik Sabrina lagi, bekalan elektrik di kawasan rumah beliau turut terjejas kira-kira sejam sewaktu air banjir melimpah, termasuk hubungan melalui telefon.Namun, beliau dan keluarga akan terus memantau perkembangan terbaru menerusi siaran radio dan televisyen serta Internet tentang langkah yang perlu diambil sekiranya keadaan menjadi bertambah buruk.Dalam pada itu, beberapa pertubuhan bukan pemerintah dan perniagaan termasuk pasar-pasar serbanekasetempat utama seperti Woolworth dan Coles telah mula mengumpulkan dana untuk membantu mangsa-mangsa banjir besar Queensland.****NOTA: Penulis, mantan wartawan di Singapura, kini menetap di Melbourne, Australia.

Polis trafik cedera tertusuk kayu kejar mat rempit



16/01/2011 9:32pm



KUALA TERENGGANU 16 Jan. – Seorang anggota polis trafik berpangkat koperal cedera di leher setelah tertusuk ranting pokok hiasan selepas motosikalnya terbabas ketika sedang mengejar mat rempit yang melarikan diri daripada sekatan jalan raya di Gong Badak hari ini.
Mangsa, Robuan Ahmad, 51, yang kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan stabil. – Utusan

Empat lelaki Myanmar ditahan bantu siasatan kematian dua wanita



MELAKA - Polis menahan empat lelaki warga Myanmar bagi membantu siasatan kes dua wanita negara itu yang ditemui mati dipercayai dibunuh di dalam sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Malim Permai, dekat sini petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Melaka, ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata keempat-empat lelaki berusia antara 19 dan 34 tahun itu ditahan di sekitar kawasan Malim antara jam 12 tengah malam hingga 3 pagi tadi.

"Keempat-empat suspek kini ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian itu, polis menemui dua mayat wanita itu berusia 30-an dalam keadaan berlumuran darah di ruang berasingan dalam rumah berkenaan pada kira-kira jam 2.15 petang.

Seorang daripada mereka ialah ejen pekerja asing yang juga isteri kepada tuan rumah itu dan seorang lagi pembantu rumah.

Turut ditemui sebilah pisau dan tukul besi yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Anak ejen pekerja asing itu yang berusia enam bulan ditemui di sebuah bilik di tingkat atas rumah itu tanpa dicederakan. - BERNAMA
-sinarharian

7 sekeluarga sehelai sepinggang




BUKIT TENGAH – “Ketika sedang menonton televisyen, saya terkejut mendengar bunyi dentuman kuat seperti bom, setelah ditinjau di luar, alangkah terkejutnya mendapati rumah jiran sedang terbakar,” kata Norizan A Rahman, 47, saksi kebakaran yang memusnahkan keseluruhan rumah jirannya, di Kampung Tok Panjang, dekat sini, lewat malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, tujuh sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah tiga bilik yang didiami mereka musnah sama sekali. Lebih malang, kejadian berlaku ketika mereka tiada di rumah.

Norizan ketika ditemui berkata, api dikatakan muncul dari bahagian bilik tidur dan marak hanya dalam masa hanya beberapa saat.

Menurutnya, penduduk cuba memadamkan api bagi mengelakkan ia terus merebak ke rumah sebelah. Bagaimanapun, usaha mereka untuk menyelamatkan barang-barang yang ada di dalam rumah gagal ekoran api yang terlalu marak.

“Dalam keadaan kelam-kabut itu, penduduk hanya sempat mengalihkan dua motosikal yang diletakkan di hadapan rumah, manakala yang lain tidak dapat diselamatkan.

“Kejadian in benar-benar mengejutkan kami kerana bunyi letupan itu sangat kuat hingga menggegarkan rumah kami,” katanya.

Sementara itu, mangsa, Ramli Shaari, 51, berkata, mereka sekeluarga pulang ke kampung sebelah isteri di Tanjung Piandang, Perak bagi menghadiri upacara pengebumian ibu mertuanya yang meninggal dunia.

Menurutnya, dia bergegas pulang dari Tanjung Piandang selepas dimaklumkan jiran kira-kira jam 11.25 malam mengatakan rumahnya sedang terbakar.

“Saya tidak menyangka kejadian buruk ini menimpa kami sekeluarga kerana sebelum keluar rumah pada jam 4.30 petang, saya memastikan semua suis dalam rumah ditutup. Malah, tiada suis yang rosak kerana semua sudah diganti baru.

“Semua perkakasan di dalam rumah, dua komputer riba, satu komputer, tiga televisyen dokumen penting termasuk wang tunai RM5,000 hangus. Saya bercadang untuk memasukkan duit itu ke dalam bank pada Isnin nanti memandangkan Sabtu Ahad adalah hari cuti, tetapi apakan daya,” katanya yang menganggarkan jumlah kerugian mencecah RM60,000.

Dia yang bekerja sebagai pemandu forklift berkata, mereka sekeluarga menumpang di rumah jiran buat sementara waktu sebelum sebarang keputusan lain diambil.

Katanya apa yang berlaku sudah ditakdirkan, dan mereka reda dengan kejadian yang menimpa.

Dakwa ditipu, dinafikan hak



KLANG - Seorang penjawat awam bukan sahaja tertekan apabila ditipu syarikat jual kereta sehingga menyebabkan dia kerugian RM3,000, malah kelitu dengan reaksi balas Tribunal Pengguna terhadap aduannya.

Izhab Ismail, 50-an berkata, semuanya ekoran impian membeli kereta untuk anaknya yang belajar di sebuah institusi pengajian awam (IPTA) dalam jurusan perubatan berkecai kerana bayaran pendahuluan lesap dan kereta yang dijanjikan tidak diperoleh.

Menurutnya, kejadian bermula apabila dia berhasrat membeli kereta terpakai jenis Proton Gen2 di sebuah Kedai di sekitar Klang milik pasangan suami isteri berpangkat Datuk dan Datin pada Ogos tahun lalu.

“Pada awalnya harga kereta itu dijual dengan harga RM30,800. Jadi saya bersetuju membayar RM3,000 sebagai bayaran pendahuluan dan selebihnya menunggu kelulusan pinjaman.

“Bagaimanapun seminggu kemudian, saya dimaklumkan pekerja kedai itu bahawa pinjaman diperoleh berjumlah RM27,000. Oleh itu, saya bertemu dengan pemiliknya, seorang Datin dan Datin terbabit dimaklumkan harga kereta yang diingin dibelinya itu bukan RM30,800 sebaliknya meningkat beberapa ribu,” katanya.

Izhab berkata, dia pelik bagaimana mana harga kereta yang ingin dibeli bertambah sedangkan perjanjian awal harganya jauh lebih rendah.

Katanya, pekerja kedai itu memberi alasan bahawa mereka harus membayar pelbagai proses sebelum kereta itu diserahkan kepada pembeli.

“Ekoran kejadian ini saya membatalkan niat membeli kereta itu apabila merasakan mereka cuba memperdaya saya untuk mengaut keuntungan dan meminta mereka memulangkan semula wang pendahuluan saya namun mereka enggan.

“Saya kemudiannya membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna       Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor berhubung,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya hadir bagi mendengar perbicaraan masalah terbabit sebanyak empat kali namun Datin itu tidak hadir tiga kali atas alasan kurang sihat sehinggalah perbicaraan kali ke-4 diadakan.

“Hasil perbicaraan itu, pihak Tribunal meminta Datin itu membayar RM200 sahaja kepada saya sedangkan jumlah selebihnya mereka mendakwa sudah diguna untuk bayaran cukai jalan kenderaan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Puspakom yang diletakkan dalam satu resit.

“Apabila saya ingin melihat buktinya, mereka tidak benarkan. Perkara ini turut berlaku kepada pembeli kereta lain yang mendakwa mereka tidak diberikan resit Datin itu ketika membuat urusan beli kenderaan,” katanya.

Dalam pada itu, Izhab berkata, dia hanya mahu haknya sebagai pengguna diperjuangkan bukannya ditipu dan berharap pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini dengan segera demi kebaikan mereka yang senasib dengannya.

Restoran kena serbu



JOHOR BAHRU – Taktik yang digunakan majikan untuk menggaji warga asing tanpa sebarang dokumen nyata tidak berhasil apabila sebuah restoran diserbu Jabatan Imigresen kira-kira jam 12 tengah malam, di sini, semalam.

Operasi bermula dari jam 12 tengah malam mula membuat serbuan di sebuah restoran di Taman Universiti, Skudai, di sini, semalam.

Restoran terbabit memulakan perniagaan dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam dengan menghidangkan menu bakso asli dari tukang masak warga Indonesia yang digaji tanpa permit.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Johor, Mohd Nasir Abas berkata, pihaknya berjaya memberkas 10 warga Indonesia.

“Dari 10 warga Indonesia terbabit, enam daripadanya wanita dan empat lelaki ditahan ketika mereka asyik melayan pelanggan.

“Ketika serbuan dilakukan kesemua mereka yang bekerja di restoran berkenaan sedang sibuk melayan beberapa orang pelanggan,” katanya kepada selepas serbuan berakhir di sini semalam.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan mendapati kesemua Pati tersebut tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Menurut Mohamad Nasir, hasil siasatan mendapati restoran berkenaan dijadikan sebuah kafe makanan Barat pada siang hari sebelum bertukar menjadi restoran makanan Indonesia di sebelah malam.

Dalam operasi yang berlainan, Jabatan Imigresen turut menahan dua warga Bangladesh yang tidak mempunyai sebarang dokumen.

Dengan tangkapan itu, menjadikan jumlah ditahan 12 orang, kesemua mereka berumur antara 21 hingga 45 tahun.

Kes disiasat mengikut peraturan Imigresen 39 (B) Peraturan Imigresen 1963.

Kesemua mereka dibawa ke depoh tahanan di Pekan Nenas, Pontian untuk siasatan lanjut.

Samseng jalanan rempuh warga emas, cucu



KUALA TERENGGANU - Seorang wanita warga emas, 67, bersama cucu perempuannya, 21, nyaris maut apabila motosikal yang ditunggangi mereka dirempuh dari belakang oleh tiga buah motosikal yang sedang berlumba di atas jambatan Sultan Mahmud, lewat tengah malam, kelmarin.

Kejadian berlaku pada jam 12.50 pagi ketika kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Sinar Harian difahamkan, warga emas dan cucunya itu dilanggar oleh tiga motosikal jenis Ex-5 yang ditunggang tiga samseng jalanan yang sedang berlumba dengan melakukan aksi ‘Superman’ sambil mencelah, menyebabkan mangsa melambung ke bahu jalan.

Difahamkan, ketiga-tiga samseng jalanan itu kemudiannya melarikan diri dan dua daripada motosikal yang ditunggang mereka turut dibawa lari.

Akibat kemalangan itu, warga emas malang itu patah kaki kanan dan tulang rusuk kanan manakala cucunya mengalami luka pada badan serta kaki dan mereka dibawa ke HSNZ untuk rawatan lanjut. 

Ibu rayu Siti Nor Hazirah pulang



PASIR PUTEH – Sudah beberapa hari seorang ibu di sini, tidak menjamah makanan memikirkan anak perempuan sulungnya, Siti Nor Hazirah Hashim, 17, yang pergi tanpa meninggalkan pesan sejak Ahad lalu.

Ibu tersebut, Pauwina Khalid, 32, berkata, anaknya itu merupakan pelajar Tingkatan Lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Gaal dan menghilangkan diri dari rumahnya di Kampung Gong Garu, di sini dipercayai kerana mengikut teman lelaki.

“Semasa ingin mengejutnya ke sekolah hari tersebut, alangkah terkejutnya saya melihat dia tiada, begitu juga pakaian serta barangan kesayangannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya yang terletak berhampiran Sekolah Kebangsaan Gong Garu.

Menurutnya, Siti Nor Hazirah tidur bersama dua lagi adik perempuannya tetapi mereka tidak sedar bila dia keluar dari rumah.

“Apa yang menghairankan, saya dan suami, Hashim Hamzah dan empat lagi anak tidak pernah bergaduh atau mempunyai salah faham dengan Siti Nor Hazirah,” katanya.

Dia berkata, apa yang dilakukan Siti Nor Hazirah itu sangat dikesalinya, bagaimanapun dia dan suami merayu agar Siti Nor Hazirah pulang kembali ke sisi keluarga dengan segera.

“Tolonglah kakak, balik semula ke rumah, mak adan ayah tidak marah, kami hendak kakak pulang dengan selamat kerana kami sangat risaukan keselamatan kakak,” katanya yang merayu agar Siti Nor Hazirah pulang ke rumah semula.

Pauwina berkata, berikutan kejadian tersebut, mereka membuat laporan di Balai Polis Pasir Puteh pada hari berkenaan selepas beliau mendapati Siti Nor Hazirah tidak ke sekolah dan pulang ke rumah.

Pauwina berkata, mereka percaya anak gadisnya itu melarikan diri bersama seorang lelaki memandu sebuah kereta Proton Saga berwarna putih yang sudah diubahsuai.

“Penduduk kampung memberitahu pernah melihat Siti Nor Hazirah keluar dengan lelaki tersebut beberapa kali,” katanya.

Menurutnya, kepada mana-mana pihak yang melihat gadis berkulit putih dan berambut lurus melepasi bahu, bersama lelaki berkenaan diminta melaporkan kepada pihak polis berdekatan dengan segera atau menelefonnya sendiri atau suami, di talian 010-9191585.

“Saya bimbang kehilangan Siti Nor Hazirah akan menjejaskan masa depannya yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini,” katanya kepada Sinar Harian.

MPSJ serbu pusat hiburan haram



PUCHONG – Keghairahan pengunjung sebuah pusat hiburan di Pusat Bandar Puchong dekat sini dilayan gadis montok dan gebu daripada Filipina serta Indonesia malam kelmarin tidak bertahan lama apabila premis berkenaan diserbu pihak berkuasa.

Difahamkan, wanita warga asing berusia lingkungan 20-an dan bekerja sebagai pelayan di situ turut dijadikan stok ‘raba’ pengunjung hidung belang selain dijadikan pasangan berpelukan untuk melepaskan nafsu masing-masing.

Sinar Harian dimaklumkan, pengusaha bertindak bijak menyembunyikan kegiatan dengan memilih premis yang terletak agak jauh dari kawasan penempatan penduduk dan tersorok daripada penglihatan orang ramai.

Bagaimanapun, aktiviti tidak bermoral yang dilakukan di situ dapat dihidu apabila pihak berkuasa mendapat aduan pengusaha premis menjalankan aktiviti tanpa lesen sah.

Pengarah Jabatan Penguat-kuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, bertindak atas maklumat, operasi diketuai pegawai daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerbu sebuah premis di Jalan Bandar 14, Pusat Bandar Puchong.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati pengusaha menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen yang sah daripada pihak MPSJ.

“Ketika serbuan, tiga pekerja wanita warga asing berpakaian ketat dan sendat sibuk melayan pengunjung di premis hiburan terbabit tanpa segan silu.

“Pemeriksaan dibuat terhadap ketiga-tiganya mendapati mereka tidak memiliki permit perjalanan yang sah,” katanya wanita warga asing terbabit diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Mohd Zulkurnain berkata, tindakan terhadap pengusaha dikenakan di bawah Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Selangor 1995(Pindaan 2001)

“Ia berikutan pengusaha menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen daripada pegawai melesen MPSJ dan boleh dikenakan tindakan denda maksimum sebanyak RM 25,000.

“Operasi disertai 23 anggota penguatkusa MPSJ diketuai Penolong Pegawai Penguatkuasa (Kanan) Mazrul Zahar Mohd, manakala tujuh anggota KDN diketuai Fazi Amar dan tiga lagi dibantu anggota polis,” katanya.

Polis rampas 19 botol dadah disyaki heroin, lelaki 55 tahun ditahan



KUALA TERENGGANU - Walaupun baru dibebaskan dan pernah menjalani hukuman penjara 34 tahun dan 16 kali sebatan atas kesalahan dadah, namun seorang lelaki, 55, dekat sini ditahan sekali lagi selepas disyaki memiliki heroin.

Suspek yang baru dibebaskan dari penjara Marang pada penghujung Jun tahun lalu, berasal dari Kampung Alor Peroi, Kuala Besut ditahan tiga hari lepas dan dia dikatakan sudah tiga kali dipenjarakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superitendan Roslan Abd Wahid berkata, lelaki itu ditahan pada jam 6 petang Khamis lalu semasa berada dalam keretanya yang diletakkan di hadapan Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, dekat sini.

Beliau berkata, ketika ditahan polis menemui sembilan botol kecil dipercayai mengandungi heroin dalam poket seluar lelaki itu, dan 10 botol lagi ditemui tersembunyi dalam kenderaan.

Menurutnya, polis turut merampas wang tunai RM3,100 yang dipercayai hasil jualan dadah daripada lelaki itu yang dipercayai pengedar dan penagih dadah tegar.

"Keseluruhan rampasan dadah dengan berat kasar kira-kira 96.95 gram itu dianggarkan bernilai RM30,000," katanya pada satu persidangan media hari ini.

Roslan berkata, suspek kini ditahan reman sehingga 20 Januari bagi membantu siasatan yang dibuat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati.

Polis Ipoh tahan lelaki mabuk ketika memandu


IPOH - Polis menahan seorang lelaki kerana memandu dalam keadaan mabuk dalam "Operasi samseng dan mabuk" yang diadakan di jalan-jalan utama di bandar raya dekat sini awal hari ini.

Ketua Polis Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superitendan Mohd Rodzi Rejab berkata, lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di Jalan Perajurit pada jam 2 pagi selepas dikesan berada di bawah pengaruh alkohol ketika polis membuat pemeriksaan ke atasnya.

Lelaki berkenaan ditahan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Rodzi berkata, dalam operasi dari 12 tengah malam hingga 2.30 pagi, polis turut mengeluarkan saman ke atas sembilan pemandu atas pelbagai kesalahan, antaranya tidak memiliki lesen memandu, tiada cukai jalan, tiada cermin sisi, melanggar lampu isyarat dan mengubah suai nombor pendaftaran.

Polis turut menyita sebuah motosikal yang ditinggalkan oleh penunggangnya yang dipercayai melarikan diri, katanya.

Operasi berkenaan dianggotai 19 polis cawangan trafik membabitkan Jalan Kuala Kangsar, Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Pasir Puteh. - BERNAMA

Korban pertama mangsa kapal M.V Soon Bee II ditemui, tujuh masih hilang



KUCHING - Mangsa pertama korban tragedi kapal kargo M.V Soon Bee II yang karam di perairan Kuala Rajang Selasa lalu dijumpai di Pantai Tanjung Kembang dekat Kabong jam 9 pagi tadi.

Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Sarawak Laksamana Pertama, Ismaili Bujang Pit yang mengesahkan perkara terbabit berkata, pihaknya bagaimanapun belum dapat mengenal pasti identiti sebenar mayat terbabit namun yakin ia merupakan salah seorang daripada lapan krew kapal yang masih hilang.

"Mangsa korban pertama yang ditemui pagi ini telahpun dihantar ke hospital Saratok untuk bedah siasat dan setakat ini kita belum lagi mengenal pasti identiti sebenar mangsa," katanya.

Lapan mangsa yang dilaporkan hilang dalam kejadian tersebut ialah Bong Youn Choi, Jong Qing You, Bong Kui Son, serta Paturaa anak Sipor iaitu warga tempatan, manakala empat lagi rakyat India iaitu Tripati Yogesh Kumar, Arun Mathunny Raj, Vijit Hazarika, dan Akhand Pratap Singh.

Dalam kejadian tersebut 10 krew termasuk juragan kapal terbabit selamat setelah hanyut sejauh 21 batu nautika dari Boya No:1 Kuala Rajang selepas kapal yang mereka naiki karam malam Selasa lalu ketika dalam perjalanan dari Kuching ke Sibu. 
Mereka yang selamat dalam kejadian tersebut ialah lima rakyat Malaysia iaitu Iman Fahrudi (juragan), Sadri Ismail (ketua pegawai), Wong Kie Ket, Robert Aling anak Kiniding, dan Jong Poh Siong manakala lima lagi rakyat India iaitu Athoaba Baremron Kabul, Vivek Kumar Sharma, Narotam Banshiyar, Maniah Kumar Singh, dan Ravinderdeep Singh. 
Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) menerima laporan kecemasan daripada kapal kargo terbabit yang berdepan masalah kebocoran pada Selasa malam, namun cuaca buruk dan ombak besar sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter, menyebabkan usaha mencari dan menyelamat sukar.

Ismaili berkata, setakat lewat petang ini gerakan mencari dan menyelamat (SAR) masih giat dilakukan oleh pasukan APMM dengan bantuan Pasukan Gerakan Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat, RELA dan penduduk kampung sekitar Kabong.

"Operasi SAR masih kita buat setakat ini dan belum lagi dihenti," katanya. - BERNAMA

Rumah pasangan wartawan dipecah masuk



KOTA BAHARU - Malang tidak berbau, rumah pasangan wartawan New Straits Times Press (NSTP) Kelantan yang baru diduduki semalaman dipecah masuk dalam kejadian malam tadi di Taman Sireh, Pintu Geng dekat sini.

Dalam kejadian itu, mangsa, Adnan Mohamad, 38, yang merupakan wartawan Harian Metro dan isterinya Sharifah Mahsinah Syed Abdullah, 37, wartawan New Straits Times, keluar untuk makan malam pada 8.30 malam dan kembali dua jam selepas itu.

Bagaimanapun, Adnan berkata, sebaik tiba di rumah, mereka terkejut apabila melihat beberapa barangan berselerakan di lantai dan keadaan di dalam bilik berselerak apabila laci serta almari turut digeledah.

Adnan berkata, beliau dan isterinya segera memeriksa barangan berharga milik mereka dan mendapati barangan kemas, komputer riba, kamera dan jam tangan yang dianggarkan bernilai RM40,000 telah lesap dilarikan pencuri.

"Saya kemudian segera memeriksa sekitar rumah dan melihat mangga di pintu dapur rumah telah diumpil manakala pagar dawai besi yang menghubungkan rumah saya dan jiran sebelah telah digunting," katanya.

Beliau segera menghubungi pihak polis dan laporan dibuat kira-kira jam 1.30 pagi tadi. - BERNAMA

Tiga lelaki dicari



TAIPING - Polis meminta pertolongan orang ramai untuk mengesan dua lelaki berusia 20-an dan 30-an yang dipercayai dapat membantu siasatan kes pukul dan bunuh seorang lelaki di Kamunting.

Kejadian itu berlaku antara jam 10 hingga 11 malam pada 29 Disember tahun lalu, yang menyebabkan mangsa meninggal dunia di Hospital Taiping pada 31 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, dua individu yang dikehendaki itu ialah Zamarul Azuan Abd Rahim, 33, beralamat No 10, Lorong 31, Taman Lake View, Taiping dan rakannya, Shamsul Zaimi Soh Kawi, 23, beralamat 212, Kampung Seri Keramat Pasir Putih, Ipoh, Perak.

Menurutnya, kedua lelaki itu dikehendaki pihaknya bagi membantu siasatan kes pukul dan bunuh yang disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Individu ketiga yang dicari ialah Muhamad Syakir Muhamad Lutfi, 19, di alamat 22, Jalan Paduka Setia, Kampung Tersusun Paduka Setia, Kampung Boyan, Taiping,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu dikehendaki membantu siasatan kes Seksyen 457, Kanun Keseksaan, iaitu kes curi, Kad Tambah Nilai telefon Bimbit di sebuah kedai syarikat di Taman Saujana Kamunting pada Ogos tahun lalu, berjumlah RM172,000.

Katanya, kepada sesiapa yang mengetahui di mana lelaki itu berada, dikehendaki menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping menerusi talian 05-8080222 atau Asisten Superintendan Mohd Nordin Abdullah di talian 019-4431055.

Gajah serang kebun getah



TANAH MERAH – Angkara enam gajah seorang pekebun kecil getah berdepan kerugian RM50,000 berikutan tanaman getahnya di Air Petai dekat sini, ranap dimusnahkan haiwan itu.

Mangsa, Zahari Yusoff, 58, yang juga pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dari Kampung Kuala Tiga berkata, anak getah berusia lingkungan dua hingga tiga tahun itu dipijak, dicabut dan dipatahkan gajah liar dipercayai mendiami kawasan sekitar kebun getah tersebut.

Menurutnya, kejadian disedari berlaku awal bulan ini ketika hujan lebat tetapi beliau tidak dapat ke kebun terletak kira-kira 52 kilometer daripada Bandar Tanah Merah disebabkan keadaan jalan licin dan becak.

“Sebaik cuaca panas, keadaan jalan bertambah baik saya ke mari tetapi terkejut melihat sekitar 850 anak pokok getah yang dicabut, dipatahkan serta dipijak gajah.

“Anak getah yang dicabut sebahagiannya boleh ditanam semula, ada juga yang telah mati, tanaman ini dijangkakan dapat ditoreh sekitar tiga hingga empat tahun lagi,” katanya kepada pemberita ketika meninjau sekitar kawasan kebun yang musnah tengah hari semalam.

Zahari berkata, kejadian awal bulan ini adalah insiden kedua berlaku di kebun miliknya yang diusahakan sejak 1985.

Menurutnya, kejadian pertama menyebabkan kerugian sekitar RM10,000 sahaja berikutan kos pengurusan ketika itu agak rendah.

“Kerugian kali ini agak besar berikutan harga anak getah, kos upah menanam, menebas, membaja, meracun sekarang begitu mahal.

“Saya meminta pihak Perhilitan supaya memantau hidupan liar bagi mengelak kejadian sama berulang kepada pekebun kecil lain,” katanya.

Turut dimusnahkan anak pokok getah yang baru disemai berhampiran sungai di kebun ini.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan penduduk kampung, gajah tersebut masuk ke kawasan kebun setelah kawasan hutan didiami telah diterokai untuk tujuan pembalakan.

Woods geledah rumah janda





2011/01/16

MIAMI: Elin Nordegren, janda bekas pemain golf nombor satu dunia Tiger Woods, mendakwa bekas suaminya menyelinap masuk dan menggeledah rumahnya di Florida, untuk membaca diari dan mencari dokumen peribadinya. 

Majalah National Enquirer melaporkan, Elin memberitahu rakannya, kejadian berlaku ketika beliau meninggalkan dua anak mereka dalam jagaan Woods untuk bercuti pada hari kesyukuran.
Woods menggunakan kedua-dua anaknya sebagai alasan kepada pembantu rumah Elin, mereka tertinggal sesuatu dan perlu mengambilnya.

Woods menggeledah rumah, mencari dokumen peribadi dan membaca diari untuk mengetahui cinta baru dalam hidup saya. Saya berasa dikhianati. 

Saya benar-benar marah. Dia tiada hak berada di rumah saya. Saya tidak mahu dia curi-curi mengintip kehidupan peribadi atau menyelongkar laci, almari dan cuba mencari diari. 

Saya rasa dia sentiasa mengintip. Perkahwinan kami sudah berakhir, tidak bolehkah dia menerimanya? Saya hanya ingin meneruskan kehidupan tetapi dia seperti tidak mahu menghadapi kenyataan, katanya. 
Elin berkata, beliau menyimpan jurnal peribadinya seawal 2001 dan mencatatkan setiap butiran terperinci kehidupannya. 

Woods yang diketahui masih menyayangi isterinya, dilaporkan kecewa apabila mengetahui Elin berjaya meneruskan kehidupannya, ma-lah kini sudah menemui lelaki lain. 

Woods tidak pernah mahu bercerai dengan Elin dan sejak perpisahan mereka, dia menjadi amat cemburu terhadap wanita itu, kata sumber. 

Diari Elin dilapor mencatatkan pelbagai maklumat mengenai kehidupan dan perceraiannya termasuk juga lelaki terbaru dalam hidupnya. 

Bulan lalu, akhbar The Sun melaporkan teman lelaki terbaru Elin ialah pelajar dari Afrika Selatan berusia 35 tahun yang belajar bersamanya di Kolej Rollins. 
Berikutan kejadian itu Elin mengambil keputusan menyambut Krismas bersama kedua-dua anaknya di Sweden, berjauhan daripada Woods. 

Pasangan itu secara rasmi bercerai Ogos lalu, sembilan bulan selepas Woods mengalami kemalangan kereta dan pada malam sambutan hari kesyukuran. Agensi

Amaran bah gelombang kedua





2011/01/16

BRISBANE: Hujan lebat berterusan mencetuskan amaran banjir gelombang kedua di Australia ketika beribu-ribu penduduk dan sukarelawan bertungkus-lumus melakukan kerja pembersihan selepas air mula surut di Brisbane semalam. 

Setakat ini empat negeri sudah mengeluarkan amaran banjir berikutan limpahan air di beberapa sungai dan hujan lebat ketika Queensland beransur pulih daripada bencana alam itu, walaupun sebahagian besar kawasan masih ditenggelami air.
Laporan menyatakan, hujan lebat kini melanda wilayah lebih jauh dari pesisir pantai timur Australia menyebabkan beribu-ribu penduduk di negeri Victoria dan Tasmania terpaksa dipindahkan.
Beberapa bandar sudah dikosongkan ketika amaran banjir besar dikeluarkan ke atas lima sungai di Victoria. Tiga bandar di barat laut Tasmania juga ditinggalkan selepas hujan lebat sepanjang hari. 

Sementara itu seorang pakar ekonomi menganggarkan kemusnahan akibat banjir di Queensland boleh menyebabkan kerugian hingga AS$13 bilion (RM39.7 bilion) atau satu peratus daripada hasil keseluruhan produk tempatan dalam ekonomi Australia yang bernilai AS$1.29 trilion (RM3.94 trilion). 

Banyak syarikat perlombongan berkata mereka tidak mampu memenuhi kontrak pembekalan eksport arang batu, manakala kerugian dialami petani di wilayah itu mungkin menyebabkan harga makanan meningkat. 

Perkara yang lebih membimbangkan petani ialah amaran biro kaji cuaca bahawa hujan dijangka berterusan sehingga Mac berikutan keadaan sejuk di tengah Lautan Pasifik yang dikaitkan dengan fenomena La Nina yang diketahui menyebabkan hujan lebat. AFP

Ketua projek bina masjid di Park51 letak jawatan





2011/01/16

NEW YORK: Imam dan isterinya yang bertanggungjawab terhadap pelan kontroversi membina pusat kebudayaan Islam dan masjid berdekatan kawasan serangan 11 September di New York meletakkan jawatan sebagai ketua projek itu, kata pusat berkenaan kelmarin. 

Iman itu, Feisal Abdul Rauf dan isterinya, Daisy Khan menjadi tumpuan apabila mereka mengumumkan pembinaan pusat itu di lokasi sensitif dan seterusnya mencetuskan tentangan sejak tahun lalu.
Pusat yang dicadangkan itu setinggi 13 tingkat bernilai AS$100 juta (RM305 juta) dikenali sebagai Park51 hanya terletak dua blok dari kawasan Ground Zero, lokasi serangan pengganas pada 11 September 2001 yang menyebabkan kemusnahan bangunan berkembar Pusat Dagangan Dunia dan kematian hampir 3,000 orang.
Imam Feisal dan Daisy Khan tidak lagi bercakap mewakili Park51 atau mengutip dana untuk projek ini, kata Park51 dalam satu kenyataan. 

Bagaimanapun, Feisal masih kekal sebagai ahli lembaga pengarah pusat itu. 

Beliau menjelajah ke seluruh Amerika Syarikat untuk berceramah bagi membetulkan salah tanggapan terhadap tujuannya dan Islam secara amnya. Reuters 

Banjir lumpur di Brazil


PENDUDUK memerhati keadaan kereta yang terbenam di dalam lumpur dan kawasan sekitar perumahan mereka yang rosak teruk selepas dilanda banjir dan tanah runtuh terburuk di Nova Friburgo, Rio de Janeiro, sejak seminggu lalu. - Foto AFP


Perogol bersiri ditangkap

TAIF: Polis pencegah maksiat semalam menangkap seorang lelaki di sini berhubung beberapa siri kejadian rogol dan liwat, termasuk ke atas kanak-kanak.
Suspek ialah lelaki warga Chad berusia 24 tahun yang dikenali sebagai Abu Shams.

Pasukan berkenaan bertindak menangkapnya selepas menerima maklumat daripada seorang pelajar yang mendakwa lelaki itu bermain bola sepak dengannya sebelum membawanya ke sebuah apartmen dan meliwatnya.

Polis turut menemui 150 rakaman video lucah dalam telefon bimbit lelaki itu. - AN

Mayat dalam tangki masjid

JEDDAH: Tukang cuci sebuah masjid di daerah Waseita di bandar Hail semalam menemui mayat seorang lelaki, dipercayai warga Afrika, dalam tangki masjid itu.
Pekerja memeriksa tangki berkenaan selepas jemaah mengadu bau busuk di kawasan tangki itu.

Jurucakap polis, Lt Kol Abdul Aziz Al-Zenaidi berkata, tidak ada dokumen pengenalan diri ditemui.

Dia berkata, pihaknya percaya lelaki itu dibunuh dan mayatnya dicampakkan ke dalam tangki itu.

“Tidak mungkin dia terjatuh kerana tangki itu berkunci,” katanya. - AN

Suami tak tahu isteri dibedah

MADINAH: Pihak berkuasa kesihatan di sini semalam mengarahkan siasatan terhadap dakwaan doktor di sebuah hospital membedah seorang wanita tanpa pengetahuan suaminya.
Mazen Al-Saegh mendakwa isterinya yang melahirkan anak dua jam selepas dimasukkan ke Hospital Uhud menjalani pembedahan misteri.

Katanya, pembedahan itu dilakukan selepas isterinya tidak berhenti meraung menahan kesakitan setelah melahirkan kandungannya.

Jurucakap Direktorat Kesihatan, Abdul Razzaq Hafiz berkata, pihaknya mengarahkan siasatan dijalankan serta-merta terhadap dakwaan itu. - AN

102 penganut Hindu mati terpijak

KOCHI: Sekurang-kurangnya 102 penganut agama Hindu mati terpijak ketika pulang selepas menghadiri satu upacara keagamaan di sini, awal semalam.
Kejadian berlaku selepas sekumpulan peserta dalam sebuah jip merempuh sekumpulan peserta lain yang berjalan kaki di sepanjang lorong sempit setelah menunaikan upacara keagamaan di kuil Sabarimala, di atas puncak bukit di Kerala, selatan India.

Jurucakap polis tempatan, Sanjay Kumar berkata, 44 orang turut cedera, sebahagiannya serius.

“Kami menemui 102 mayat. Kerja menyelamat sudah berakhir,” katanya. Menurutnya, kawasan itu sesak dengan pengunjung dan kejadian mati terpijak itu berlaku kira-kira 80 meter ke timur laut kuil terbabit.

Upacara tahunan yang diadakan selama dua bulan menarik jutaan penganut.

Upacara Jumaat lalu menandakan berakhirnya pesta berkenaan dan kira-kira 150,000 pengunjung dipercayai menggunakan lorong sempit bukit berhutan untuk turun dan naik ke kuil itu.

Kira-kira 2,000 anggota polis sebelum ini dikerah mengawal kawasan kuil bagi mengelak kejadian seumpama itu. Seorang jurucakap hospital berkata, setakat ini 56 mayat telah dikenal pasti dan akan diserahkan kepada anggota keluarga masing-masing.’ Usaha menyelamat sebelum ini sukar dilakukan kerana hutan tebal mengelilingi kawasan kejadian. - AFP

Sindiket seludup pelacur tumpas

MOSCOW: Pihak berkuasa Russia menangkap beberapa anggota satu kumpulan penyeludup manusia yang memperdaya beratus-ratus wanita untuk menjadi pelacur di Eropah Barat dan Asia.
Polis di timur jauh Russia berkata, tiga lelaki akan dihadapkan ke mahkamah berhubung kes itu.

Mereka adalah sebahagian daripada sekumpulan warga Russia dan Greece yang terbabit dalam jenayah itu yang terbonkgar selepas siasatan oleh polis Greece.

Penyiasat Russia turut menemui beratus-ratus gambar wanita muda ketika mereka menyelongkar rumah anggota penyeludup berkenaan.

Menurut polis, 50 wanita bersedia untuk menjadi saksi.

Sebahagian mereka masih berada di luar negara tetapi majoritinya yang dikesan enggan memberi sebarang kenyataan.

Dua anggota terbabit ditahan di Khabarovsk, bandar berhampiran sempadan China, kata jurucakap polis Russia, Ilya Gudkov.

Disember lalu, polis Greece mengumumkan menahan 177 orang yang didakwa terbabit dalam penyeludupan wanita untuk dijadikan pelacur.

Selain Eropah, mangsa turut dihantar ke Jepun dan China untuk melacur. — AFP

Gelabah kerana salah

MERSING: Gelagat seorang pemandu lori tangki yang menggelabah ketika disoal siasat polis membongkar kegiatannya membawa 10,920 liter minyak diesel bersubsidi tanpa kebenaran di Kilometer 1, Jalan Mersing Endau, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi di satu persimpangan lampu isyarat, lelaki tempatan berusia 30-an itu ditahan berikutan gagal mengemukakan dokumen kebenaran membawa bahan bakar itu ketika diminta polis.

Timbalan Komander Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah 2, Superintendan N Kalai Chelvan berkata, bertindak di atas maklumat awam, anggota penguat kuasa menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan berat itu.

Katanya, meskipun lelaki itu cuba memberi maklumat palsu bagi mengaburi pihaknya, siasatan dijalankan mendapati bahan bakar itu dibawa tanpa kebenaran.

“Sepatutnya majikan lelaki itu mendapatkan permit kebenaran untuk membawa bahan bakar itu daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Bahan bakar bersubsidi itu dipercayai dibawa untuk dijual kepada pihak tertentu bagi mengaut keuntungan berganda.

“Pemandu lori itu ditahan dan kenderaan itu disita mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana membawa bahan bakar bersubsidi tanpa kebenaran,” katanya.

Kalai berkata, dalam kejayaan terdahulu iaitu akhir tahun lalu, pihaknya menahan seorang lelaki yang menyeludup 16,300 liter minyak diesel.

Nyaris terbunuh

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita nyaris terbunuh apabila disambar api selepas dapur gasnya disyaki mengalami kebocoran di Kampung Tebauk, dekat sini, pagi semalam.
Kejadian terbabit turut menyebabkan rumah sewanya musnah terbakar.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi, Walidah Abdul Ghani, 52, menyediakan nasi dagang untuk kira-kira 50 siswa dan kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi yang menyertai program Jom Masuk U di Pusat Dagangan Terengganu.

Menurut Walidah, keluarganya terpaksa berpindah ke rumah baru kira-kira 40 meter dari tempat kejadian.

“Sebenarnya rumah diduduki itu masih dalam pembinaan, namun kami sekeluarga tiada tempat berteduh lain,” katanya.

Katanya, walaupun kerugian, dia bersyukur kejadian itu tidak menyebabkan kemalangan jiwa kerana suaminya yang kini dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) selepas kaki dipotong akibat kencing manis tiada di rumah.

Anak mangsa, Nor Hasidah Harun, 30, berkata ibunya sempat menjerit dan mengarahkan dia membawa semua empat adik-beradiknya keluar dari rumah sambil berlari dari dapur.

“Selepas semua orang keluar saya cuba mengambil beg tangan dalam bilik tetapi dihalang ibu kerana api marak.

“Api marak dengan cepat dan rumah kami hangus tidak sampai 10 minit, menyebabkan kami tidak dapat selamatkan apa-apa barang berharga,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba II yang juga komander Operasi, Ridzuan Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.55 dan tiba di lokasi kejadian lapan minit kemudian.

“Ketika sampai, 90 peratus rumah terbakar dan kita hanya sempat menyelamatkan sebuah lagi rumah yang terletak berhampiran,” katanya

Burung serah bukti


Mohammed Riaz
Mohammed Riaz

LONDON: Sebuah mahkamah di St Albans semalam diberitahu, seorang suami yang membunuh abang iparnya dan kemudian mencincang mayat mangsa ditangkap selepas ibu jari mangsa ‘jatuh dari langit,’ dipercayai digugurkan oleh seekor burung.
Mohammed Riaz, 33, didakwa menculik Mahmood Ahmad, 41, dan menyeksanya hingga mati dalam usaha menjejaki isterinya, Nahid Ahmad, yang melarikan diri daripadanya. Dia didakwa menggunakan bantuan lima rakannya untuk menculik, mengurung dan membunuh mangsa dengan gergaji pemotong daging.

Mayat mangsa tidak ditemui dan anggota kumpulan itu hanya ditangkap selepas seorang pengawal keselamatan menemui ibu jari tangan kiri Mahmood di tempat letak kereta.

Seorang pendakwa memberitahu juri, rakaman CCTV menunjukkan ibu jari itu jatuh secara misteri dari langit dan polis percaya ia mungkin digugurkan oleh seekor burung yang mengutipnya.

Riaz bagaimanapun menafikan terbabit dalam pembunuhan, menculik atau bersengkongkol dalam pembunuhan abang iparnya.

Empat tertuduh lain, Sharif Mohammed, 37, Faisal Chowdhury, 18, Arnold Alexander Yousaf, 18, dan Armizada Hussain, 37, juga mengaku tidak bersalah. Pendakwa raya, Stuart Trimmer berkata, Mahmood dari Wartford hilang pada awal pagi 7 Mac lalu.

Mahkamah diberitahu, ibu jarinya ditemui oleh pengawal keselamatan tiga hari kemudian. - DM

Tiga remaja cuba langgar polis ditahan

BUKIT MERTAJAM: Dua anggota Skuad MPV Elit Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang nyaris maut apabila sebuah kereta jenis Proton Iswara merempuh sekatan jalan raya berhampiran Plaza Tol Juru arah selatan Lebuhraya Utara Selatan (Plus), awal pagi semalam.
Kereta dipandu remaja berusia 18 tahun itu memecut laju ketika menghampiri sekatan malah hampir melanggar anggota bertugas, namun mereka sempat mengelak.

Tindakan pantas dua unit peronda MPV Evo X IPK Pulau Pinang mengejar kereta itu akhirnya berjaya memintas kenderaan terbabit kira-kira satu kilometer dari lokasi sekatan.

Pegawai Turus Unit Kereta Peronda, Cif Inspektor Rohizad Halim berkata, suspek pada mulanya enggan memberhentikan kereta ketika dikejar selepas 200 meter, menyebabkan anggota terpaksa menghimpit kereta suspek ke bahagian tepi lebuh raya.

“Suspek iaitu tiga remaja lelaki berjaya dikepung kira-kira satu kilometer dari sekatan menggunakan dua unit MPV Evo X dan ditahan untuk siasatan.

“Pemeriksaan awal mendapati pemandu kenderaan yang berusia 18 tahun tiada lesen memandu dan kami menemui sebilah parang di bawah tempat duduk pemandu,” katanya.

Tiga remaja itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah di Nibong Tebal selepas menonton wayang di Pulau Pinang, ditahan atas kesalahan cuba melarikan diri dari sekatan polis, tidak mempunyai lesen memandu serta memiliki senjata.

“Semua remaja ditahan kerana membahayakan nyawa anggota bertugas, selain memandu tanpa lesen serta memiliki senjata.

“Kes ini disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tiada lesen memandu dan memandu secara melulu sehingga membahayakan anggota bertugas serta Seksyen 6, Akta Bahan Hakisan dan Senjata Berjadual kerana memiliki senjata,” katanya. Dalam sekatan sama, dua lelaki tempatan turut ditahan ketika cuba melarikan diri dengan membuat pusingan U sebelum sekatan berkenaan.

“Pada jam 12.30 tengah malam, sebuah kereta jenis Proton Wira memberhentikan kenderaan 300 meter dari sekatan dan membuat pusingan U setengah jam kemudian.

“Mereka dipercayai cuba melarikan diri apabila melihat sekatan,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati lelaki berasal dari Taiping, Perak itu dalam keadaan khayal serta positif dadah.