Search This Blog

Saturday, January 15, 2011

Letupan ragut 4 nyawa, cedera 5 di selatan Russia





2011/01/15

ROSTOV-ON-DON (Russia): Letupan kuat memusnahkan sebuah kafe di selatan Russia, wilayah Dagestan yang diancam keganasan, hari ini, meragut empat nyawa dan mencederakan lima yang lain, kata penyiasat negara itu.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Penyiasatan Persekutuan, berkata bahan letupan yang dipasang pada kereta itu meletup berdekatan kafe di barat bandar Khasavyurt. - AP

95 cedera kereta api bertembung di Afrika Selatan





2011/01/15

JOHANNESBURG: Dua kereta api penumpang bertembung berdekatan Johannesburg, Afrika Selatan mencederakan 95 penumpang. 

Media tempatan yang memetik jurucakap perkhidmatan ambulans swasta, Netcare911, Jeff Wicks, berkata tujuh penumpang mengalami kecederaan serius dan tidak ada mangsa yang terbunuh.
Punca kemalangan masih belum dikenal pasti. - AP

12 tahanan bolos berpakaian polis

BAGHDAD: Seramai 12 pengganas yang ditahan melarikan diri dari penjara di selatan Basra dengan memakai pakaian seragam polis, kata pihak berkuasa Iraq, semalam.
Pegawai risikan Iraq dan anggota polis Basra berkata, insiden itu berlaku pagi semalam di sebuah pusat tahanan di salah satu bekas istana Saddam Hussain.
Tidak dapat dipastikan bagaimana tahanan mendapat pakaian seragam polis tetapi pegawai perisik berkata, pihaknya sedang menyiasat sama ada mereka mendapat bantuan pengawal di pusat tahanan itu. - Agensi

Tiga polis terima rasuah daripada banduan ditahan

MANAMA: Tiga anggota polis ditahan di Bahrain kerana menerima rasuah daripada banduan supaya mereka dibenarkan keluar ke restoran dan pulang bertemu ahli keluarga, kata sumber Kementerian Dalam Negeri, semalam.
Anggota polis terbabit ditugaskan untuk mengiringi tahanan itu ketika berkunjung ke pusat kesihatan bagi sesi rawatan.
Bagaimanapun, dalam perjalanan pulang ke pusat tahanan, anggota polis berkenaan bertindak menyalahi undang-undang apabila membenarkan tahanan pulang ke kediaman mereka untuk bertemu ahli keluarga dan berhenti makan di restoran.

Menurut kenyataan polis, anggota yang disyaki menerima rasuah itu akan ditahan untuk siasatan selama seminggu. - Agensi

Suspek maut diseksa polis

MANAMA: Menteri Dalam Negeri Kuwait, Shaikh Jaber Al Khalid Al Sabah meletakkan jawatan semalam sejurus selepas kementeriannya mengesahkan rakyat negara itu, Mohammad Gazzay Al Maymouni Al Mutairi mati akibat diseksa polis.
Menteri itu dikecam berikutan laporan mengatakan Mohammad Gazzay diseksa ketika dalam tahanan polis dan dibawa ke hospital dalam keadaan bergari sambil diiringi lima pegawai perisik. “Ya, saya meletakkan jawatan kerana ingin bertanggungjawab terhadap janji yang diucapkan Rabu lalu. Demi menjaga maruah, saya tidak akan mengetuai kementerian yang menyebabkan kematian rakyat negara ini,” katanya. Doktor mengesahkan Mohammad Gazzay mati akibat dibelasah dan diseksa.

Laporan awal yang menyebut kematiannya disebabkan oleh serangan jantung dicurigai Persatuan Undang-Undang Kuwait hingga mereka membentuk jawatankuasa bagi menjalankan siasatan. Menurut kenyataan awal Kementerian Dalam Negeri, Mohammad Gazzay ditahan Sabtu lalu kerana menyeludup minuman keras. Pihak polis menemui 24 botol wain bersamanya dan dia juga mengaku melanggar undang-undang negara itu.

Laporan juga menyebut Mohammad Gazzay melarikan diri ketika cuba ditahan polis. Ketika insiden kejar-mengejar dengan pihak berkuasa, dia menggunakan pisau dan papan untuk menyerang anggota polis sebelum berjaya diberkas. Pihak polis mendakwa Mohammad Gazzay kemudian mengalami sakit dada dan dia dibawa ke hospital untuk rawatan. - Agensi

Wanita Britain dakwa dirogol 6 lelaki

LONDON: Seorang wanita Britain mendakwa sekumpulan lelaki Sweden dan Thailand bergilir-gilir merogolnya selama dua jam dalam sebuah hotel di Phuket sebelum menghubungi ibunya untuk mendapatkan wang tebusan.
Mangsa berusia 23 tahun itu berkata, dia diserang dalam sebuah hotel di Pantai Patong.

Sebelum itu, katanya, dia pulang ke bilik ditemani seorang lelaki Sweden.

“Apabila tiba di bilik, saya terkejut mendapati ada lima lelaki lain di situ, termasuk tiga pemuda Thailand,” katanya.

Katanya, selepas dirogol, lelaki terbabit mengugut untuk mengasarinya lagi kecuali ibu mangsa membayar sejumlah wang yang dituntut.

Seorang saksi berkata, lelaki terbabit menyarung kepala mangsa dengan kain dan ketawa sambil bercakap dengan ibunya di Britain.

“Mangsa kemudian menghubungi pegawai Kedutaan Britain untuk mengadu, tetapi saya tak fikir dia mampu mengingati wajah penyerangnya kerana dia mabuk ketika itu,” katanya. Sumber berkata, wanita terbabit bekerja secara haram di Phuket selepas tempoh visanya tamat. - ANI

Polis buas menyerah diri

MANILA: Seorang polis menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas dituduh merogol seorang penjaja jalanan di Ibu Pejabat Polis Manila, kata pihak berkuasa semalam.
Berpengalaman 10 tahun dalam polis, Antonio Bautista, 39, menjadi buruan selepas seorang wanita membuat aduan dia dirompak dan dirogol pada malam tahun baru.
Sumber berkata, mangsa mendakwa Bautista merogolnya dalam pejabat tempat pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap kes salah laku polis. - AFP

Kanak-kanak mati lemas dalam besen



15/01/2011 8:25pm

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun mati lemas selepas terjatuh ke dalam besen berisi air di bilik air rumahnya di Kampung Baru, Senai, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supt Zulkefly Yahya berkata, Chali Lek Kuan ditemui dengan keadaan kepalanya terendam di dalam besen oleh ibunya kira-kira pukul 7.40 malam.
"Kehilangan kanak-kanak itu sebelum itu telah disedari kedua-dua ibu bapanya. Ibunya terus mencarinya di dalam bilik air apabila melihat pintu bilik itu yang terbuka,” katanya.
Beliau berkata, kanak-kanak itu terus dihantar ke Hospital Kulai, namun dia disahkan meninggal dunia, dan menurutnya bedah siasat mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia akibat lemas.
Zulkefly berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Bernama

2 wanita Myanmar ditemui mati dibunuh



WARGA Myanmar, Nanda mendukung bayi yang terselamat dalam kejadian bunuh dua warga Myanmar di Taman Malim Permai untuk dihantar ke Hospital Melaka bagi menerima Rawatan. - Foto Mohd Jamah Nasri. 
Jan 15, 2011 6:39 pm

15/01/2011 8:28pm


MELAKA – Dua wanita warga Myanmar berusia sekitar 30-an, ditemui mati dipercayai dibunuh di dalam rumah di Taman Malim Permai dekat sini, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Melaka, ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, polis yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima aduan pukul 2.15 petang, menemui mayat isteri kepada tuan rumah itu di ruang tamu, manakala mayat pembantu rumahnya di ruang dapur.
"Anak wanita itu yang berumur enam bulan ditemui di sebuah bilik di tingkat atas rumah itu, tidak dicederakan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah itu.
Beliau berkata, semasa kejadian suami wanita itu yang dipercayai seorang peniaga rakyat Myanmar tiada di rumah, dan menurutnya kematian kedua-dua wanita itu disedari oleh adik kepada wanita tuan rumah itu yang datang ke rumah tersebut tengah hari tadi.
Katanya, siasatan awal polis mendapati berlaku pergaduhan dalam rumah itu sebaik sahaja dua lelaki memasuki rumah tersebut pagi tadi.
Raja Shahrom berkata, sebilah pisau dan satu penukul yang dipercayai digunakan dalam insiden itu ditemui di tempat kejadian, dan polis sedang menyiasat sekiranya ada barang berharga yang hilang dari rumah itu. – Bernama

Lebih 100 Maut Ketika Festival Keagamaan

Sekurang-kurangnya 102 penganut Hindu terbunuh dan 44 cedera dalam rempuhan di sebuah festival keagamaan di India.

Insiden berlaku apabila sebuah kenderaan membawa penganut itu melanggar sekumpulan lain yang sedang berjalan menuruni bukit.

Mangsa dalam perjalanan pulang selepas melakukan upacara di sebuah kubur di puncak bukit Sabarimala di daerah Idukki.

Terdapat mangsa yang mengalami cedera parah.

Menurut polis, insiden berlaku kira-kira 80 kilometer dari tapak kuil.

Kesukaran untuk tiba di lokasi kejadian melambatkan operasi bantuan.

Seorang Rakyat Malaysia Koma Di England Akibat H1N1

Seorang rakyat Malaysia di England koma selama dua minggu akibat jangkitan virus H1N1.

Zamzurina Ahmad, 30, isteri kepada pelajar persendirian hanya sedar dari koma 12 Januari lalu di Unit Rawatan Rapi, City Hospital, Birmingham.

Akibat jangkitan virus itu, paru-parunya tidak berfungsi.

Zamzurina dimasukkan ke hospital 25 Disember lalu selepas sesak nafas.

Walaupun sedar dari koma, dia masih di bawah jagaan unit rawatan rapi kerana masih lemah serta sering demam.

Zamzurina dan suaminya Ahmad Najami Mohamad Zubir dijadual pulang ke Malaysia 2 Januari lalu.

Najami baru tamat pengajian ijazah lanjutan di Birmingham City University.

Mereka mempunyai 2 anak kecil berumur 2 dan 3 tahun.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia, MSD, Prof. Madya Dr. Rosman Abdullah antara yang melawat Zamzurina di hospital.

Dera seksual kanak-kanak: Remaja ditahan bantu siasatan



15/01/2011 6:52pm

GEORGETOWN 15 Jan. – Polis menahan seorang remaja berumur 15 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes penderaan seksual membabitkan kanak-kanak berusia seawal lapan tahun di sebuah rumah pelindungan kanak-kanak di sini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, remaja itu, yang dipercayai tinggal di pusat berkenaan sebelum ini, ditahan di Sungai Petani, Kedah, kira-kira pukul 1 pagi tadi.
Beliau berkata, remaja itu akan direman sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan, dan menurutnya, polis percaya kes itu akan dapat diselesaikan tidak lama lagi.
Ketika dihubungi disini hari ini beliau berkata, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 377(C) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan.
Dua hari lepas, Kong Meng dilaporkan berkata, polis akan menubuhkan sebuah pasukan petugas khas untuk menyegerakan penyiasatan berhubung penderaan seksual di sebuah rumah perlindungan kanak-kanak di sini ekoran laporan polis yang dibuat oleh seorang ahli perniagaan wanita berusia 41 mengenai perkara itu. – Bernama

Angka korban akibat tanah runtuh kini lebih 500


JALAN RAYA MUSNAH: Sebuah kenderaan hanyut selepas ribut teruk yang melanda desa Vieira, 35 kilometer dari Nova Friburgo, di Rio de Janeiro, kelmarin. -- Foto AFP



BENCANA BANJIR DI SANA SINI -- BRAZIL

TERESOPOLIS: Brazil mengalami bencana terburuknya selepas kejadian tanah runtuh membunuh lebih 500 orang di Rio De Janeiro, menurut angka terbaru semalam.
Menurut para pegawai di wilayah Serrano, utara Rio, sekurang-kurangnya 506 orang terkorban.Ini mengatasi 437 korban tanah runtuh 1967, yang dahulu dianggap bencana paling teruk Brazil.Banyak lagi mayat dikhuatiri ditemui oleh para penyelamat yang akhirnya berjaya tiba di kawasan itu setelah terhalang oleh jalan-jalan dan jambatan yang musnah.Hujan tidak henti-henti telah menjadikan kawasan itu tidak stabil, menyukarkan lagi usaha menyelamat.'Semuanya tidak boleh dibayangkan. Keadaan amat memeranjatkan,' kata Presiden Dilma Rousseff setelah melawat wilayah itu kelmarin.Beliau mengikrarkan 'tindakan segera' pemerintahnya, yang telah mengeluarkan AS$470 juta ($605 juta) sebagai bantuan awal, serta menghantar tujuh tan bantuan perubatan.Bencana itu dilihat sebagai cabaran pertama bagi beliau yang baru menyandang jawatan presiden selama dua minggu, menggantikan mantan presiden yang popular, Encik Luiz Inacio Lula da Silva.Jumlah hujan yang biasanya dilihat dalam sebulan tiba-tiba turun dalam beberapa jam bersama ribut Rabu lalu.Ini menyebabkan tanah runtuh yang memusnahkan rumah, jalan raya dan jambatan, serta memutuskan hubungan telefon dan bekalan elektrik di banyak bandar dan desa.Bandar-bandar yang paling teruk terjejas ialah Novo Friburgo dengan 225 kematian, Teresopolis (223 kematian) dan Petropolis (39 kematian), demikian menurut pegawai bandaran.Lagi 19 korban dilaporkan di desa Sumidouro.Angka kematian bagi bencana ini sahaja lebih tinggi daripada 473 kematian berkaitan hujan yang terakam bagi seluruh Brazil sepanjang tahun lalu.Bau mayat yang reput menyelubungi gereja-gereja dan balai-balai polis yang telah diubah menjadi rumah mayat sementara.Di luar sebuah rumah mayat di Teresopolis, ramai berkerumun mencari kenalan atau saudara daripada gambar-gambar orang yang korban.'Saya tidak boleh masuk. Saya tidak berani,' kata seorang wanita, Cik Ana Maria, 40 tahun.'Anda tidak dapat bayangkan perasaan melihat banyaknya mayat kanak-kanak... Sangat dahsyat,' kata seorang ahli bomba.Di sebuah gimnasium pula, ratusan orang yang hilang tempat tinggal hanya mampu duduk termenung di atas tilam. Ada yang cedera.Encik Edmar Da Rosa, seorang buruh berusia 44 tahun, masih belum boleh menerima kematian anggota keluarganya.Menurutnya, sebuah tembok penahan menimpa rumah yang didiami beliau dan isteri serta tiga anak dan cucunya.'Isteri saya maut. Cucu saya juga akhirnya tidak dapat bertahan. Yang lain-lain pula cedera,' katanya. -- AFP.

Tiga beradik nyaris lemas

GUA MUSANG: Kegembiraan sebuah keluarga berkelah di kawasan air terjun Lata Kertas, Kampung Lepan Anjur, Kemubu, dekat sini, bertukar cemas apabila tiga beradik nyaris lemas ditelan pusaran air kuat, petang kelmarin.
Kejadian jam 6.30 petang apabila mangsa pertama, Mohd Afandi Kamarudin, 17, tenggelam ke dalam pusaran air berkenaan menyebabkan kakaknya, Nor Aniza, 18, cuba membantu menyelamatkan adiknya.

Tidak lama kemudian, seorang lagi kakak mereka, Azuan, 20, bertindak terjun ke dalam kawasan sama selepas melihat dua adiknya itu hilang daripada pandangan.

Azuan turut lemas dalam pusaran air itu menyebabkan bapa mereka, Kamarudin Yusoff, 46, nekad terjun untuk menyelamatkan ketiga-tiga anaknya itu.

Kamarudin yang berasal dari Kampung Kala, Bertam, dekat sini, berjaya menyelamatkan tiga anaknya itu selepas menyelam berulang kali untuk membawa mereka naik ke darat sambil dibantu beberapa sepupu mangsa yang turut berada di tempat kejadian.

Bagaimanapun, Azuan dan Nor Aniza terpaksa dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk menerima rawatan kerana tertelan terlalu banyak air dan keadaan mereka dilaporkan semakin pulih.

Azuan ketika ditemui di HGM berkata, dia tergerak hati untuk menyelamatkan dua adiknya yang sedang lemas dalam pusaran air kuat itu menyebabkannya nekad terjun ke dalam sungai berkenaan.

“Pada mulanya saya berada di sisi ibu bapa dan tidak sedar dua adik saya itu turun mandi. Tiba-tiba saya ternampak tangan mereka terkapai-kapai dalam pusaran air.

“Sebaik melihat kejadian itu, saya terus terjun untuk menyelamatkan mereka menyebabkan saya pula lemas. Sedar-sedar, saya mendapati sudah berada di hospital ini,” katanya.

Kamarudin pula berkata, perasaannya cukup cemas sebaik mendapati tiga anaknya hilang di dalam pusaran air itu.

“Saya nekad terjun ke dasar sungai untuk menyelamatkan mereka seorang demi seorang. Ketika itu, saya langsung tidak memikirkan keselamatan diri saya,” katanya.

Dia bersyukur kerana ketiga-tiga anaknya selamat, walaupun dua daripada mereka terpaksa dikejarkan ke HGM untuk menerima rawatan.

Bahagia jadi mama

KUALA LUMPUR: “Saya nak jadi mama (ibu) yang baik kepada anak saya. Dia permata hati dan saya sangat berbahagia menjalani kehidupan bersamanya...tak nak mengimbas lagi perkara lalu,” kata Salsabila Yunan, 17, yang kisahnya menjadi perhatian ramai pada penghujung 2009 apabila nekad mengikut kekasihnya dan berkahwin di Pulau Lombok, Indonesia.
Dalam kunjungan wartawan akhbar ini ke rumahnya semalam, jelas dapat dilihat betapa mendalam kasih sayang Salsabila atau Bella kepada anaknya, Sakura Afifi Abdullah yang kini berusia hampir tujuh bulan.

Dia yang pernah membintangi beberapa drama tempatan termasuk Gerak Khas, Renjis, Ke Syurga Cinta dan iklan Ribena, berkata sejak melahirkan Sakura Afifi di Hospital Selayang pada jam 7.40 malam 22 Jun tahun lalu, dia tidak boleh berenggang dengan anaknya itu.

“Pengalaman bersama Fifi (panggilan manja Sakura Afifi) menyedarkan saya susah payah membesarkan seorang anak. Memang penat sebenarnya, namun saya bahagia. Seronok membawa Fifi jalan-jalan keliling rumah. “Semua kawan sebaya saya berebut nak dukung Fifi sebab saya seorang saja yang sudah ada anak,” katanya.

Bella berkata, dia sudah memutuskan hubungan dengan Hafiz Sukma, 31, lelaki Lombok yang dinikahinya di pulau itu sebelum dia dibawa pulang Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno ke tanah air pada 23 Februari tahun lalu dalam keadaan hamil lima bulan.

Bella memberitahu, dia tidak mahu lagi mengingati perkara lalu dan apa yang difikirkan kini hanyalah perancangan membesarkan anaknya.

“Saya sedang memikirkan sama ada mengikuti kelas kemahiran solekan atau membantu perniagaan kantin kakak saya (Faridah, 51),” katanya.

Walaupun terlepas peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) gara-gara terjebak janji manis pemuda Lombok ketika masih di tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Batu Muda, dekat sini, Bella reda dengan ketentuan nasibnya.

“Sudah berkali-kali saya menangguhkan untuk bekerja sebab belum mampu berenggang dengan Fifi. Jika bekerja mesti kena hantar anak ke rumah pengasuh sebab ayah dah uzur,” katanya.

Sementara itu, ayah Bella, Yunan Mat Ayat, 78, berkata, dia berharap anaknya dapat mempelajari erti kehidupan sebenar selepas bergelar ibu.

Menurutnya, perasaan sayangkan anak itulah menyebabkan dia tidak malu merayu pelbagai pihak termasuk polis, Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno serta dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat Migrant Care serta Kijang Care apabila Bella tidak pulang pada 7 Ogos 2009.

Tiada sebarang kejadian tidak bermoral berlaku di rumah amal

GEORGETOWN: “Berdasarkan siasatan dalaman, tiada sebarang kejadian tidak bermoral berlaku di rumah kebajikan ini,” kata Pengerusi Rumah Kebajikan St Joseph, Jalan Penang, Eustace Anthony Nonis, di sini semalam.
Beliau mengulas laporan media mengenai tindakan seorang peniaga wanita berusia 41 tahun membuat laporan polis selepas mendakwa beberapa kanak-kanak lelaki dan perempuan dari sebuah rumah kebajikan di sini, menjadi mangsa rogol dan cabul.

Sehubungan itu, Eustace yang mewakili rumah kebajikan berkenaan bertindak tampil memberi penjelasan berhubung perkara berkenaan bagi mengelak spekulasi keterlaluan secara berterusan.

Beliau berkata, sejak mengambil alih pengurusan rumah kebajikan berkenaan November 2009, pihaknya hanya menerima aduan daripada keluarga seorang remaja lelaki berumur 15 tahun yang mendakwa diliwat rakan sebayanya pada 2006 dan dicabul tutor sukeralawan baru-baru ini.

“Kami hanya tahu mengenai dakwaan remaja berkenaan pada 26 Disember lalu, apabila Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri melawat rumah ini bersama remaja berkenaan dan kakaknya berusia 16 tahun, ibu saudara mereka serta seorang ahli perniagaan wanita dikenali sebagai Cik Lim selain seorang wanita daripada Persatuan Buddhist Malaysia.

“Pada hari itu, ibu saudara remaja lelaki berkenaan mendakwa anak saudaranya diliwat rakan sebaya di rumah ini dalam kejadian empat tahun lalu tetapi tiada laporan polis atau laporan perubatan dibuat untuk menyokong dakwaan berkenaan menyebabkan kes berkenaan ditutup begitu sahaja,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hadir sama, Biskop Gereja St Joseph merangkap Presiden rumah kanak-kanak berkenaan, Anthony Selvanayagam.

Eustace berkata, pada hari sama, remaja berkenaan juga didakwa dicabul seorang tutor sukarelawan di rumah kebajikan itu yang dikatakan menyentuh kepala, bahu dan paha remaja lelaki itu.

Pelabur serai terpaksa gigit jari

KUALA KUBU BHARU: “Saya geram kerana pelaburan dalam projek tanaman serai berkelompok ini mengakibatkan saya kerugian puluhan ribu ringgit,” kata Mohamad Diah Hamidon, 31, mangsa sindiket pelaburan tidak berdaftar secara sah.
Menurutnya, dia seorang daripada 35 mangsa yang mengalami kerugian RM600, 000 selepas melabur antara RM5,000 dan RM30, 000 seorang mengikut saiz tanah yang dilabur untuk projek tanaman serai di kawasan Felda Sungai Tengi di sini.

Katanya, dia kerugian RM15,000 selepas menyertai projek itu awal tahun lalu dan kini hampir berputih mata kerana masih gagal mendapatkan semula wang dibelanjakan itu.

“Saya dan rakan kecewa apabila diperdaya anak tempatan yang gagal memaklumkan status pelaburan itu.

“Kami mendapat tahu pemilik syarikat terbabit melarikan diri bersama wang pelaburan kami ke Kelantan beberapa bulan lalu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mohd Diah berkata, dia bersama mangsa lain membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kubu Bharu, pada 16 Oktober lalu.

Katanya, dia tertarik menyertai skim pelaburan pertanian itu apabila dijanjikan pulangan serta keuntungan melebihi RM80,000.

Seorang lagi mangsa, Rizal Kasmu, 26, berkata, dia melabur RM10,000 dengan dijanjikan pulangan mencecah RM68,000 mengikut hasil tuaian serai seluas lebih sehektar.

Namun, katanya, bagaikan indah khabar dari rupa, apabila dia bukan saja tidak menerima bayaran keuntungan, malah syarikat terbabit masih berhutang benih serai bernilai RM2,500.

“Berdasarkan perjanjian, saya sepatutnya menerima hasil keuntungan RM17,000 untuk 0.4 hektar tanah yang diusahakan. “Namun, walaupun syarikat itu sudah menuai hasil serai seluas 0.4 hektar, tetapi keuntungan dijanjikan belum diterima,” katanya.

Rakannya, Rahsidi Hussain, 36, berkata, wang RM10,000 yang dilaburkan dalam projek itu lesap begitu sahaja.

Menurutnya, kini pengurus syarikat yang turut mendaftarkan dua lagi syarikat dimiliki isteri dan adik-beradiknya menghilangkan diri bersama hasil dan wang pelaburannya.

“Saya memulakan projek itu pada Jun 2009 dan berdasarkan surat perjanjian, saya mampu menuai hasil tanaman itu selepas enam bulan.

“Tetapi, kami ditipu,” katanya yang berasal dari Ampang, Selangor.

Lelaki telan 137 kapsul syabu mati

PUTRAJAYA: Lelaki warga Iran yang dimasukkan ke Hospital Putrajaya (HP), di sini, Rabu lalu selepas menelan 137 kapsul dipercayai syabu meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara itu.

Beliau berkata, mangsa gagal diselamatkan akibat pendarahan teruk dalam perut dan meninggal dunia pada jam 9.14 pagi, semalam.

“Berdasarkan dokumen perjalanan yang ditemui, lelaki itu dikenali sebagai Fathollah Mahadi, berusia 52 tahun dan warga negara Iran.

“Ketika ini, kita masih menyiasat bagaimana dia boleh berada di negara ini. Kita belum mendapat maklumat terperinci mengenai lelaki berkenaan dan hanya tahu identiti mangsa melalui dokumen perjalanannya.

“Mayatnya masih berada di bilik mayat Hospital Putrajaya sementara siasatan lanjut dijalankan,” katanya.

Isteri, anak perempuan ditiduri along dek hutang tidak dilunas

JOHOR BAHRU: Ada peminjam yang berhutang lebih RM100,000 kepada pemiutang haram, atau along, di Johor terpaksa menyerahkan isteri atau anak perempuan mereka untuk ditiduri atau dirogol sebagai ganti melangsai hutang.
Ia sebahagian daripada 100 laporan tentang ancaman along terhadap peminjam, yang mempunyai hutang tertunggak hampir RM1.8 juta, yang diterima Biro Aduan Awam Persatuan Cina Malaysia (MCA) Johor Bahru sepanjang tahun lalu.Ketua biro itu, Encik Michael Tay, berkata beberapa pemilik pusat kesihatan dan kecantikan pula berdepan risiko hilang perniagaan mereka yang dijadikan cagaran kepada along.'Walaupun terpencil, kejadian peminjam terpaksa membiarkan isteri atau anak perempuan ditiduri along adalah ancaman sangat serius. Ancaman itu sewajarnya menjadi pengajaran kepada orang ramai supaya jangan berurusan dengan along,' katanya kelmarin.Menurutnya lagi, peminjam mempunyai hutang tertunggak biasanya dipaksa pinjam daripada ceti haram lain bagi melunas hutang pertama, sehingga menyebabkan mereka menanggung hutang berlipat kali ganda dengan beberapa along.'Dalam situasi itu, mangsa biasanya tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya menurut saja kerana tidak mahu di apa-apakan. Malah, ada peminjam dikehendaki mencagarkan perniagaan jika berhutang dalam jumlah yang besar,' katanya.Beliau turut mendedahkan ada seorang pengedar akhbar meninggalkan perniagaannya dan lari ke luar negara kerana ketakutan selepas berhutang RM20,000 dengan lapan along. Lelaki 50 tahun itu membiarkan isteri dan dua anaknya berusia lima dan lapan tahun meneruskan hidup serba kepayahan. -- BHM.

Dibebaskan

KUALA LUMPUR: Suspek lelaki kasanova yang ditahan reman kerana dipercayai menipu dan memperdayakan beberapa wanita hingga mengakibatkan mangsa melabur ratusan ribu ringgit dibebaskan tanpa sebarang syarat selepas siasatan selesai dijalankan.
Difahamkan selepas pihak pendakwa raya meneliti kertas siasatan, mereka berpendapat tiada asas kukuh untuk mendakwa suspek dan dia dibebaskan selepas direman enam hari.
Pegawai Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL), Asisten Superintendan, Suffian Sulaiman mengesahkan pembebasan lelaki terbabit semalam.

3 suspek masih di Lembah Klang

KUALA LUMPUR: Polis mengesan tiga suspek yang merompak sebuah van keselamatan membabitkan kerugian wang RM300,000 di Taman Segar, Cheras, di sini, dan yakin mereka akan ditahan dalam tempoh terdekat.
Ketua Polis Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh, berkata berdasarkan maklumat, semua mereka masih berada di Lembah Klang dan polis mengesan lokasi persembunyian semua suspek.

“Sehingga kini, polis masih berusaha mendapatkan petunjuk baru bagi mengesan suspek,” katanya.

Harian Metro, Selasa lalu, melaporkan tiga lelaki melarikan wang rompakan bernilai RM300,000 daripada sebuah van milik sebuah syarikat keselamatan yang ketika itu mengambil wang dari sebuah syarikat telekomunikasi di Taman Segar, Cheras. Seorang daripada mereka mengacukan pistol ke arah pengawal keselamatan sebelum mengarahkan beberapa jaga dalam van itu keluar sebelum mereka melarikan van terbabit.

Mereka melarikan van terbabit ke sebuah lorong di belakang premis kira-kira 120 meter dari tempat kejadian dan mengambil semua karung berisi wang yang dianggarkan RM300,000.

Hasil siasatan awal mendapati tiga pekerja syarikat kawalan keselamatan itu baru selesai mengambil wang di beberapa premis sekitar kawasan berkenaan. Semua suspek dipercayai berusia 30-an.

Penagih dadah hanya sempat memecut 5km

KUALA KEDAH: Akibat kereta kehabisan minyak, dua lelaki dipercayai penagih dadah hanya berjaya memecut kereta itu sejauh lima kilometer saja sebelum ditahan di Kampung Telok Talipon, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, lelaki berusia 31 dan 26 tahun itu sempat meminta dua penduduk kampung membantu mereka menolak kereta Proton Saga itu.

Penduduk terbabit, Mohd Nor Othman, 62, berkata dia tidak menyangka dua lelaki yang meminta pertolongan daripadanya itu adalah buruan polis.

Sebelum itu, suspek dikejar tiga anggota polis bermotosikal dari Jeti Marina Kuala Kedah di sini, kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian.

Mohd Nor berkata, ketika kejadian, dia berada di luar rumah bersama anaknya, Mohd Faizal Izwan, 20, sebelum ternampak kereta berkenaan cuba memasuki kawasan rumah mereka dan terhenti sebelum seorang daripada mereka memanggilnya bagi meminta tolong untuk menolak kereta.

“Tanpa mengesyaki apa-apa, saya memberikan bantuan tetapi terkejut apabila tiba-tiba muncul tiga anggota polis bermotosikal lalu menahan mereka. Ketika itu barulah saya tahu mereka dipercayai pengedar dan penagih dadah,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi lelaki yang juga penduduk kampung berkenaan yang cuba membantu menolak kereta suspek, turut ditahan polis kerana disyaki penagih dadah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Baharom Abu ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan.

Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati suspek dipercayai membuang dadah yang dibawa sewaktu mereka melarikan diri daripada polis.

Sindiket gores ajak mangsa tuntut wang bertumbuk

KUALA LUMPUR: Satu sindiket gores dan menang berpejabat di Taman Danau Desa, di sini, bertindak samseng dan mencabar mangsa bertumbuk dan membuat laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang jika ingin menuntut wang mereka.
Sepanjang tahun lalu, sindiket terbabit memperdayakan 49 mangsa membabitkan kerugian lebih RM317,000, namun jumlah itu yang dilaporkan kepada Biro Pengaduan Awam MCA.

Ketuanya, Datuk Michael Chong, berkata pihaknya percaya masih ramai menjadi mangsa sindiket terbabit, namun tidak melaporkan kejadian itu kepada pihaknya dan polis.

Terbaru, seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Mok, 26, mendakwa ditahan seorang lelaki berusia 20-an ketika berjalan di Plaza Sungei Wang, di sini, minggu lalu sebelum menyuruhnya membuka sekeping kertas.

“Lelaki itu memaklumkan saya menerima hadiah tilam jed dan perlu ke pejabatnya di Taman Desa. Lelaki itu membawa saya menaiki teksi dan sebaik tiba di pejabat terbabit, saya dipaksa membayar RM3,000 sebagai wang pendahuluan bagi pembelian tilam itu,” katanya.

Menurutnya, sebaik menyerahkan wang, beliau diberikan tilam jed itu sebagai hadiah sebelum diarah pulang.

Menyedari ditipu, Mok yang bekerja sebagai eksekutif IT meminta lelaki itu memulangkan wangnya, namun dia dikepung 10 lelaki dan dua wanita yang mengajak bertumbuk sambil mengugut supaya tidak meminta kembali wang pendahuluan berkenaan.

“Saya menghubungi abang saya memaklumkan kejadian itu. Seorang lelaki kemudian membawa saya ke sebuah stesen minyak berhampiran sebelum meninggalkan saya di situ.

“Abang saya yang tiba kemudian pergi semula ke pejabat terbabit dan meminta penjelasan, tetapi lelaki itu mengajak abang saya bergasak,” katanya.

Jumpa mayat bengkak ketika menuju kebun

KUANTAN: Seorang lelaki yang dalam perjalanan ke kebunnya terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki dengan keadaan muka membengkak di Kampung Pahang, Sungai Soi, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, pekebun berusia lingkungan 40 tahun berkenaan menunggang motosikal seorang diri menuju ke kebunnya sebelum terpandang kelibat seorang lelaki dalam keadaan terbaring beralaskan guni di dalam kawasan semak berhampiran.

Curiga melihatkan perkara itu, dia mendekati lelaki berkenaan, namun terkejut apabila melihat keadaan mukanya yang membengkak selain sudah tidak bernyawa sebelum memaklumkan kejadian berkenaan kepada ketua kampung berkenaan, Taib Awang Kassim, 55.

Taib ketika ditemui di tempat kejadian berkata, seorang penduduk di kawasan berkenaan memaklumkan kepadanya bahawa lelaki terbabit dipercayai warga Bangladesh berusia lingkungan 40-an.

Katanya, turut ditemui di kawasan penemuan mayat lengkap berpakaian itu ialah sebotol air, payung dan bekalan makanan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar, mengesahkan mengenai penemuan itu dan memaklumkan mayat berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini, bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.

Mayat gadis tanpa seluar

MELAKA: Bau busuk yang dikatakan bangkai haiwan sejak dua minggu lalu oleh penduduk di Lorong 1 Taman Bukit Beruang Utama, dekat sini, membawa kepada penemuan menggemparkan mayat seorang gadis separuh bogel di sebuah rumah, di situ, pagi semalam.
Mayat mangsa, Charlene Sivasakkti, 24, ditemui tertiarap di atas tilam di biliknya kira-kira jam 10 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Bukit Baru, dekat sini, semalam selepas dihubungi orang awam yang tidak tahan dan curiga terhadap bau busuk itu.

Mangsa dipercayai meninggal dunia sejak dua minggu lalu dan ditemui di dalam satu daripada bilik di dalam rumah teres berkenaan.

Jiran mangsa, Hoh Peck Ha, 48, mendakwa dia dan keluarganya terhidu bau busuk sejak dua minggu lalu, tetapi menyangkakan ia bau bangkai haiwan.

Katanya, dia bertanya kepada beberapa jiran yang mengadu perkara sama.

“Selepas mencari dari mana bau busuk itu akhirnya kami mendapati ia berpunca daripada rumah di sebelah sini. Tetapi, rumah berkenaan bertutup rapat dan tiada penghuni.

Permohonan Teresa batal saman Utusan 21 Mac



KUALA LUMPUR 14 Jan. - Permohonan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok untuk membatalkan saman Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB) terhadapnya atas dakwaan akhbarUtusan Malaysia telah 'memutar-belitkan' pernyataan beliau, ditangguhkan oleh Mahkamah Tinggi di sini sehingga 21 Mac ini.
Timbalan Pendaftar, Norazlin Othman menetapkan tarikh itu selepas peguam Sarah Abishegam yang hadir bagi pihak peguam utama, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah mewakili UMMB dan peguam kepada Teresa, Rahmath Nisa Segu Alavubin memohon penangguhan kerana mahu memfailkan penghujahan lanjut.
Permohonan tersebut akan didengar oleh Hakim Datuk John Louis O'Hara dan pihak-pihak dikehendaki memfailkan penghujahan masing-masing sebelum 11 Mac ini.
Pada 27 Februari 2009, UMMB selaku plaintif telah menyerahkan writ saman dan pernyataan tuntutan kepada Teresa atau nama penuhnya Teresa Kok Suh Sim, 47, kerana didakwa mengeluarkan pernyataan berunsur fitnah terhadap plaintif tersebut.
Ia ekoran dakwaan Teresa bahawa Utusan Malaysia telah 'memutar-belitkan' pernyataan-pernyataan beliau mengenai makanan yang disajikan ketika berada dalam tahanan mengikut Seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 setelah disyaki memudaratkan keselamatan negara pada 2008.
Plaintif dalam pernyataan tuntutannya berkata, pernyataan-pernyataan fitnah Teresa itu telah dibuat pada 22 September 2008 dan ia telah diterbitkan oleh pihak media tempatan serta blog beliau sendiri.
UMMB antara lain menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel-artikel, perkataan, petikan atau komen yang berunsur fitnah daripada laman blog dan laman web tersebut.
Plaintif juga menuntut perintah injunksi menghalang defendan sama ada melalui dirinya sendiri, ejen atau pekerja-pekerjanya daripada membuat dan menerbitkan selanjutnya menyebabkan penerbitan perkataan-perkataan fitnah itu atau yang serupa dengannya terhadap UMMB.
Turut dituntut ialah ganti rugi am, khas, tambahan dan punitif serta faedah bagi ganti rugi yang diberikan selain daripada kos serta relif-relif lain.

3 suspek masih di Lembah Klang

KUALA LUMPUR: Polis mengesan tiga suspek yang merompak sebuah van keselamatan membabitkan kerugian wang RM300,000 di Taman Segar, Cheras, di sini, dan yakin mereka akan ditahan dalam tempoh terdekat.
Ketua Polis Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh, berkata berdasarkan maklumat, semua mereka masih berada di Lembah Klang dan polis mengesan lokasi persembunyian semua suspek.

“Sehingga kini, polis masih berusaha mendapatkan petunjuk baru bagi mengesan suspek,” katanya.

Harian Metro, Selasa lalu, melaporkan tiga lelaki melarikan wang rompakan bernilai RM300,000 daripada sebuah van milik sebuah syarikat keselamatan yang ketika itu mengambil wang dari sebuah syarikat telekomunikasi di Taman Segar, Cheras. Seorang daripada mereka mengacukan pistol ke arah pengawal keselamatan sebelum mengarahkan beberapa jaga dalam van itu keluar sebelum mereka melarikan van terbabit.

Mereka melarikan van terbabit ke sebuah lorong di belakang premis kira-kira 120 meter dari tempat kejadian dan mengambil semua karung berisi wang yang dianggarkan RM300,000.

Hasil siasatan awal mendapati tiga pekerja syarikat kawalan keselamatan itu baru selesai mengambil wang di beberapa premis sekitar kawasan berkenaan. Semua suspek dipercayai berusia 30-an.

4 remaja ditahan reman

JEMPOL: Empat remaja yang membunuh Mokhtar Yusof, 71, di Felda Palong 2, dekat sini, kelmarin ditahan polis dalam masa tiga hingga empat jam selepas kejadian dan mereka termasuk seorang cucu mangsa berusia antara 14 hingga 17 tahun.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri Sembilan, Superintendan Zazali Hashim, berkata sepasukan polis yang menerima maklumat kejadian itu bergegas ke lokasi dan menahan keempat-empat suspek dengan kerjasama penduduk kampung.

Menurutnya, kumpulan penjenayah remaja itu ditahan di lokasi tidak jauh daripada rumah mangsa dan polis menemui wang tunai dan barang berharga milik mangsa.

“Polis turut menemui pisau yang dipercayai digunakan untuk menikam mangsa. Dengan tertangkapnya empat remaja itu polis percaya kes ini dapat diselesaikan dalam tempoh singkat,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut kejadian itu dan semua suspek kini direman.

Harian Metro difahamkan, cucu mangsa yang terbabit dalam kejadian itu tidak bersekolah dan pernah terbabit kes jenayah.


Sementara itu, orang ramai datang ke perkarangan rumah mangsa selepas berita sedih menimpa pasangan warga emas itu tersebar.

Sepasukan polis Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) turut dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu kerja penyiasatan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya untuk dikebumikan.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol di talian 06-4544999 atau balai polis berhampiran.

Cucu bawa geng bunuh datuk


TUTUP...mayat Mokhtar dalam kenderaan polis untuk dibawa ke Hospital Seremban, semalam.
TUTUP...mayat Mokhtar dalam kenderaan polis untuk dibawa ke Hospital Seremban, semalam.

JEMPOL: “Saya memangku suami yang ketika itu nazak dan berlumuran darah di dada sebelum dia meninggal dunia,” kata Halimah Mat Yassin, 57, isteri Mokhtar Yusof, 71, yang maut dalam kejadian samun dan bunuh di Felda Palong 2, dekat sini, malam kelmarin.
Lebih memilukan, dalam kejadian jam 9 malam itu, Mokhtar dibunuh seorang daripada empat penjenayah berusia belasan tahun termasuk seorang cucunya yang menceroboh masuk ke rumahnya.
Halimah berkata, sebelum kejadian dia dan suaminya yang bekerja sebagai pemandu teksi baru pulang dari Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah kerana melawat seorang saudara yang cedera dalam kemalangan.

“Sebaik sampai ke rumah dan membuka pintu saya nampak sebuah bilik berselerak seperti digeledah. Kami memeriksa satu lagi bilik sebelum melihat ada parang di situ.


“Saya bertanyakan suami kerana jika dia meletakkan parang di situ. Suami saya menafikannya, jadi kami mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurut Halimah, dia dan suami cuba memeriksa satu lagi bilik dan terkejut apabila melihat dua lelaki termasuk cucu mereka berada di dalam bilik itu.

“Saya menasihatkan cucu saya supaya tidak melakukan perkara buruk, namun tiba-tiba muncul satu lagi pasangan remaja di dalam bilik itu menjadikan mereka empat orang semuanya.

“Tanpa disangka, seorang daripada mereka menikam belakang badan suami saya sebanyak dua kali dan kejadian berlaku pantas hingga saya tidak sempat berbuat apa-apa,” katanya.

Halimah berkata, suaminya rebah sebaik ditikam di dada dan darah memancut keluar hingga mengenai badan dan bajunya menyebabkan dia terkejut dan panik.

Halimah juga tidak menyedari tangan kanannya cedera dipercayai akibat dikelar kerana terlalu terkejut dengan kejadian itu.

Katanya, selepas melihat suaminya berlumuran darah, dia memangku suaminya dan menjerit meminta tolong menyebabkan jiran datang memberikan bantuan.

“Keempat-empat remaja itu melarikan diri bersama beg mengandungi wang tunai dan barang kemas.

“Saya tidak sangka mereka tergamak melakukan perkara ini,” katanya yang tinggal berdua dengan suaminya di rumah berkenaan.

Halimah berkata, walaupun sedih dengan kejadian yang meragut nyawa suaminya itu, dia reda dan menganggapnya sebagai suratan takdir.

Katanya, jenazah suaminya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Palong 1, sebaik segala urusan bedah siasat selesai dilakukan hospital.

Wargaemasmautkeretabertembung

SEREMBAN: Seorang lelaki warga emas terbunuh selepas kereta yang dinaikinya bertembung kenderaan lain di jalan baru Seremban-Kuala Pilah, di Bukit Putus, dekat sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi, Ya’akop Ederis@Idris, 61, mati di tempat kejadian kerana parah di bahagian dalaman badan.

Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal, kemalangan dipercayai berlaku selepas Perodua Kelisa dipandu anak perempuan mangsa menghala Seremban bertembung Proton Saga daripada arah bertentangan.

“Kejadian itu dipercayai berlaku selepas Proton Saga itu terbabas lalu masuk ke laluan kenderaan dinaiki mangsa,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, akibat pertembungan itu, kedua-kedua kenderaan terbabit remuk teruk dan mangsa yang duduk di kerusi penumpang depan maut di tempat kejadian.

Menurutnya, anak perempuan mangsa yang juga pemandu kereta berusia 29 tahun parah di badan manakala isteri Ya’akop yang duduk di kerusi belakang patah kaki kanan.

27 maut, lebih sejuta hilang tempat tinggal


BAK LAUTAN: Para penduduk setempat menolak basikal masing-masing meredah banjir di daerah Batticaloa, yang terletak sekitar 320 kilometer ke timur Colombo. -- Foto REUTERS
15 Jan 2011
LUAR NEGARA
BENCANA BANJIR DI SANA SINI -- SRI LANKA


COLOMBO: Angka korban banjir dan kejadian tanah runtuh di Sri Lanka telah meningkat kepada 27 orang, dengan lebih sejuta orang kehilangan tempat tinggal.Menurut Pusat Pengurusan Bencana (DMC), lagi 12 orang masih dilapor hilang ekoran hujan lebat selama seminggu di wilayah timur, utara dan tengah negara itu.'Paras air mula surat tetapi bilangan orang yang berpindah ke pusat perlindungan sementara telah meningkat,' kata jurucakap DMC.Menurut beliau, lebih sejuta orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka yang ditenggelami air.Pemerintah kini mengendalikan 633 pusat perlindungan sementara menempatkan 367,000 orang.Penduduk lain yang terjejas telah berpindah ke rumah rakan atau saudara mara.Pusat kaji cuaca melaporkan hujan telah reda di wilayah timur Sri Lanka dan banyak jalan raya kini boleh dilalui. Ini memudahkan usaha membekalkan bantuan makanan kepada mangsa.Menurut Kementerian Pertahanan, hampir seperlima sawah padi negara itu musnah ekoran ditenggelami air.Sementara itu, sekitar 3,000 askar telah dikerah untuk membantu usaha menyelamat dan pengagihan bantuan.Mereka disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan agensi bantuan antarabangsa lain.Tujuh lori membawa bantuan - seperti tangki air, khemah, pil klorin dan alat memasak - daripada Tabung Kanak-Kanak PBB (Unicef) tiba di daerah Ampara dan Batticaloa di timur Sri Lanka. -- AFP.



Pelajar dikepung, dipukul 10 senior


 



CHUKAI – Angkara dendam lama, seorang pelajar Tingkatan Empat dikepung sebelum ditumbuk dan diterajang sekumpulan 10 pelajar tingkatan lima.

Akibat kejadian itu, mangsa yang juga anak seorang anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan.

Dalam kejadian di sebuah sekolah pada Rabu lalu, mangsa, Mohamad Hakimi Abdullah, 16, mendakwa dibelasah sekumpulan pelajar senior.

Kumpulan samseng junior itu melarikan diri sebaik menyedari kehadiran guru.

Mohd Hakimi berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.45 pagi ketika waktu rehat.

“Ketika kejadian, saya sedang berbual bersama beberapa kawan di hadapan kelas dan secara tiba-tiba 20 pelajar tingkatan lima menghampiri saya dan menolak kawan saya ke belakang. Hampir 10 pelajar senior menyerang saya manakala yang lain hanya memerhati.

“Beberapa pelajar senior itu saya kenal dan salah seorang daripadanya pernah mengugut mahu memukul saya pada pertengahan tahun lalu gara-gara saya menasihatinya agar tidak bergaduh menggunakan pisau,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kediaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Mentok, di sini, semalam.

Katanya, pada tahun lalu, pelajar yang mengugutnya itu berkelahi dengan adik angkatnya yang berada di Tingkatan Satu.

“Saya tak sangka meskipun kejadian itu sudah lama berlalu tetapi dia masih menyimpan dendam.

"Malah sewaktu menumbuk saya di mata kanan, dia sempat berkata bahawa dia masih tidak puas hati dengan saya,” katanya.

Akibat ditumbuk dan ditendang bertubi-tubi, Mohamad Hakimi yang juga anak bongsu daripada lima beradik mengalami lebam pada mata selain bengkak di belakang kepala dan anggota badan yang lain.

Laporan berhubung kejadian itu dibuat kira-kira jam 2.30 petang kelmarin di Balai Polis Chukai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat yang mengesahkan laporan itu berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Pakistan arah sekat laman web anti-Islam dalam tempoh 24 jam



ISLAMABAD 14 Jan. - Menteri Dalam Negeri Pakistan, Rehman Malik hari ini mengarahkan pihak berkuasa untuk menyekat laman web dan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang 'menyebarkan agenda anti-Islam' dalam tempoh 24 jam.
Malik mengarahkan Setiausaha Dalam Negeri untuk mengesan kesemua laman web yang 'menyebarkan propaganda anti-Islam'.
Kes-kes harus difailkan terhadap individu-individu yang terlibat dalam perbuatan sedemikian dan tinggal di Pakistan.
Menteri itu juga mengarahkan Setiausaha Dalam Negeri untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada wakil-wakil daripada Pihak Berkuasa Telekomunikasi, Pihak Berkuasa Pengawal Atur Media Elektronik dan Agensi Penyiasatan Persekutuan bagi menangani propaganda anti-Islam.
Ahli panel jawatankuasa itu perlu menghantar laporan mereka dalam tempoh seminggu, katanya.
Beliau juga menyeru orang ramai agar memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai laman web yang 'menyebarkan propaganda anti-Islam dan Pakistan'.
Dalam perkembangan berasingan, Rehman memberitahu wartawan di kampung Pirpai di barat laut Pakistan bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk memansuh atau meminda undang-undang kenyataan menghina agama.
Disebabkan 'sensitiviti' isu itu, orang ramai tidak harus menimbulkan kontroversi kerana kerajaan telah mengambil 'pendirian mutlak berhubung isu itu', katanya.
Malik mengunjungi Pirpai di wilayah Khyber-Pakhtunkhwa bagi menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga pemimpin kanan Parti Rakyat Pakistan (PPP), Naseerullah Babar yang meninggal dunia baru-baru ini.
Jelasnya, undang-undang kenyataan menghina agama akan diteliti oleh golongan ulama dan cerdik pandai agama daripada aliran sekolah yang berbeza dan isu itu bakal 'selesai secara aman'. - AGENSI

Enam ditahan miliki dadah



BUKIT MERTAJAM 14 Jan. - Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita dalam satu sekatan jalan raya di Plaza Tol Juru arah Selatan semalam kerana memiliki dadah.
Ketua Turus Unit Peronda, Cif Inspektor Rozihad Halim berkata, tangkapan pertama melibatkan tiga lelaki dan seorang wanita yang menaiki sebuah kereta Perodua Myvi.
Menurutnya, kesemua suspek itu cuba berlagak selamba seolah-olah tidak melakukan sebarang kesalahan ketika ditahan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri.
"Hasil pemeriksaan, polis menemui 70 peket dadah jenis Eramin 5 yang disorokkan ke dalam beg galas berwarna hitam dan beg tangan wanita terbabit.
"Dalam tangkapan kedua, polis menahan dua lelaki kerana memiliki dadah jenis syabu yang disorok di dalam kotak rokok," katanya.
Operasi selama tiga jam itu disertai seorang pegawai dan 26 anggota dan bermula pukul 11 malam.
Rohizad berkata, kesemua suspek berusia antara 20 dan 30-an akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya kerana memiliki dadah.
Dalam pada itu, seorang lelaki berusia 30-an turut ditahan dalam operasi sama kerana memiliki sebilah parang yang disorok di tepi tempat duduk penumpang hadapan.
"Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya.

Pembeli barang ragut dicekup



KUALA LUMPUR 14 Jan. - Polis menahan dua pemilik kedai pajak gadai yang disyaki menjadi pembeli hasil ragut dua peragut yang diberkas dalam kejadian di Lebuh Ampang, Jumaat lalu.
Kedua-dua suspek ditahan di sekitar Gombak Isnin lalu, hasil soal siasat yang dijalankan polis terhadap dua peragut terbabit.
Jurucakap polis berkata, kedua-duanya juga direman selama seminggu bagi membantu siasatan kes itu.
Dalam kejadian Jumaat lalu, dua peragut menerima padah apabila ditangkap oleh anggota dari Unit Risikan dan Operasi Rekod (D4) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur yang mengintip mereka sebelum sempat meragut seorang wanita.
Kejadian berlaku pukul 12.30 tengah hari ketika dua peragut berusia 20-an itu merancang meragut mangsa yang baru keluar dari sebuah kedai emas.
Kedua-dua suspek sebelum itu dilihat berlegar-legar di deretan kedai di kawasan tersebut sebelum memberhentikan motosikal mereka.

Motif tembakan mungkin kaitan pinjam wang



KUALA LUMPUR 14 Jan. - Polis tidak menolak kemungkinan punca ahli perniagaan yang ditembak di hadapan premis perniagaannya di Jalan Siput Akek, Taman Billion, Cheras, semalam, mempunyai kaitan dengan pinjaman wang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, polis sudah mendapat petunjuk positif mengenai penjenayah terbabit.
"Kita tidak menolak kemungkinan kes itu ada kaitan dengan pinjaman wang, tambahan pula perayaan Tahun Baru Cina yang semakin hampir," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam kejadian semalam, seorang ahli perniagaan ditembak dua das di hadapan premis perniagaannya di Jalan Siput Akek, Taman Billion, Cheras di sini.
Berikutan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di paha serta rusuk dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

AS kenakan sekatan ke atas 24 firma kapal



WASHINGTON 14 Jan. - Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan ke atas 24 syarikat perkapalan termasuk 20 dari Hong Kong yang didakwa mempunyai kaitan dengan Iran kerana terlibat dengan program peluru berpandu Teheran.
Menurut jabatan tersebut, syarikat-syarikat perkapalan berkenaan merupakan anggota gabungan Syarikat Perkapalan Republik Islam Iran (IRISL), yang tertakluk di bawah sekatan antarabangsa berikutan peranannya dalam program senjata Iran.
Jabatan itu turut mengenakan sekatan ke atas dua syarikat yang mempunyai kaitan dengan Pertubuhan Industri Angkasa Lepas (AIO) Kementerian Pertahanan Iran yang terlibat dengan program peluru berpandu balistik negara tersebut.
Keputusan Jabatan Perbendaharaan itu yang diambil bagi memberi tekanan ke atas program nuklear Iran, akan menyekat syarikat-syarikat berkenaan daripada sistem kewangan dan komersial AS.
"IRISL dikenakan sekatan kewangan antarabangsa yang amat besar dan ia cuba untuk mengaburi kewujudan rangkaiannya dan pemilikan kapal-kapal terlibat .
"Keputusan yang diambil hari ini mendedahkan usaha terbaru Iran untuk meneruskan kegiatan haramnya," kata Penolong Setiausaha Risikan Keganasan dan Kewangan di Jabatan Perbendaharaan, Stuart Levey dalam satu kenyataan.
Sebanyak 20 daripada 24 syarikat perkapalan itu mempunyai kaitan dengan dua alamat di Hong Kong.
Jabatan itu berkata, empat daripadanya dimiliki dan diuruskan Ahmad Sarkandi dan Ghasem Nabipour yang telah dikenakan sekatan AS Oktober lalu kerana bekerja untuk pihak IRISL.
Sebanyak 16 firma Hong Kong lain juga dikatakan dimiliki dan dikawal IRISL selain mengendalikan beberapa kapal bagi pihak kumpulan perkapalan Iran berkenaan.
AS menggiatkan usahanya untuk menyekat entiti komersial berkaitan Iran kepada program ketenteraannya sejak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan sekatan pusingan keempat terhadap republik Islam itu sejak Jun 2010. - AFP

Hanya didakwa ringan



JAKARTA 14 Jan. - Tiga tentera Indonesia yang dituduh mendera dua orang lelaki dari kawasan timur Papua dibicarakan atas kesalahan kecil sahaja iaitu melanggar arahan, ujar pendakwa raya.
Sebuah video yang tersebar di dalam internet akhir tahun lalu yang menimbulkan rasa marah antarabangsa, menunjukkan pasukan keselamatan itu membakar kemaluan seorang daripada tahanan dan menghunus sebilah pisau ke leher seorang lagi.
Di dalam kes penganiayaan tentera yang jarang berlaku ini, kerajaan telah membuat kenyataan segera dengan berjanji untuk menegakkan kebenaran.
Namun dalam tribunal tentera yang bermula semalam di Jayapura, Papua, tiga tentera Indonesia utu hanya didakwa atas kesalahan kecil, melanggar arahan, yang membawa hukuman penalti maksimum penjara sehingga 30 bulan.
Pendakwa raya berkata, mereka terlepas dari tuduhan berat kerana selain video itu, tiada bukti fizikal kesalahan mereka dan dua warga Papua itu turut enggan memberikan sebarang kenyataan kepada mahkamah.
Aktivis hak asasi manusia menggelarkan tribunal itu satu penipuan manakala Amerika Syarikat (AS) mendesak kerajaan untuk melaksanakan komitmen mereka dengan menyiasat serta mendakwa askar-askar itu.
Pengerusi Suruhanjaya Orang Hilang dan Mangsa Keganasan, Haris Azhar berkata, ia menunjukkan dakwaan terhadap penganiayaan oleh tentera sekali lagi dikaburkan kebenarannya.
"Adakah ini adil? Setahu kami, langsung tiada penyiasatan yang dijalankan.
"Proses ini tidak memberikan keadilan kepada mangsa-mangsa," ujar Azhar yang turut menambah mangsa-mangsa itu takut memberikan sebarang keterangan kerana tiada jaminan yang mereka akan dilindungi. - AP

Mohd. Ali fail saman RM100j ke atas PBT, ROS



KUALA LUMPUR 14 Jan. - Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom akan memfailkan saman RM100 juta masing-masing ke atas Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berikutan kenyataan yang didakwanya berunsur hasutan dan pembohongan terhadapnya.
Mohd. Ali mendakwa Presiden PBTM, Datuk Muhammad Abd. Ghani cuba mengaibkan dirinya serta menghasut bekas tentera apabila mengatakan beliau tidak berdisiplin kerana menggunakan gelaran Datuk palsu sejak beberapa tahun lalu.
Selain itu, katanya, Muhammad serta ROS juga melakukan pembohongan apabila mengatakan PVTM tidak pernah berdaftar dengan badan tersebut walhal ia telah dilakukan pada 23 September tahun lalu.
Menurutnya, beliau akan membuat laporan polis serta memfailkan saman ke atas kedua-dua pihak itu di ibu negara esok.
"Saya amat kecewa kerana kedua-dua pihak itu mengecam saya di sebalik niat ikhlas mengakui kekhilafan lalu (menggunakan gelaran Datuk palsu).
"Pada waktu sebegini, individu seperti saya amat memerlukan sokongan serta nasihat, bukannya kutukan," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Mohd. Ali yang meminta maaf secara terbuka kepada semua pihak ekoran tindakannya memakai gelaran itu kelmarin, memberi reaksi tersebut ekoran kenyataan Muhammad serta ROS semalam yang didakwanya berniat mengaibkan beliau.
Dalam satu kenyataan semalam, Muhammad menyatakan kekesalan dengan tindakan Mohd. Ali itu yang disifatkan sebagai mencemarkan nama baik bekas tentera.
Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman pula mendakwa, PVTM tidak pernah berdaftar dengan pihaknya dan menasihatkan PVTM supaya menggunakan nama lebih menggambarkan konsep 1Malaysia apabila mendaftar kelak.
Mohd. Ali berkata, nasihat ROS itu amat pelik dan bersifat 'pilih bulu' kerana badan itu tidak pula mempersoalkan pendaftaran Persatuan Bekas Angkatan Tentera India Malaysia (Perim) selama ini.

Penerbit filem, 2 anak perempuan diperintah bela diri



KUALA LUMPUR 14 Jan. - Seorang penerbit filem, Datuk Adzhar Sulaiman hari ini diperintahkan membela diri atas tiga tuduhan membabitkan penerimaan deposit lebih RM100 juta tanpa lesen dan 360 tuduhan aktiviti penggubahan wang haram berjumlah RM59 juta.
Mahkamah Sesyen di sini turut mengeluarkan perintah yang sama terhadap dua anak perempuannya, Noradzma, 35, dan Noradzrin, 26, serta syarikat milik mereka, Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. di akhir kes pendakwaan.
Hakim Rozana Ali Yusof memutuskan untuk memanggil Adzhar, 56, yang merupakan pengurus besar syarikat itu dan dua anaknya, serta syarikat terbabit untuk membela diri atas kesemua pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie dalam kes itu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fahmi Abd. Moin dan pegawai pendakwa, Anthony Kularaj, kedua-duanya dari Bank Negara Malaysia (BNM) serta dua Timbalan Pendakwa Raya dari Jabatan Peguam Negara, Mohd. Farez Rahman dan Mohd. Haziq Razali.
Kesemua tertuduh diwakili peguam bela, Datuk Salehuddin Saidin.
Dewan mahkamah hari ini juga dipenuhi hampir 90 orang awam dipercayai 'pelabur' yang terlibat dalam kes itu sehingga menyebabkan ada yang terpaksa berdiri sepanjang prosiding.
Mahkamah menetapkan 26 Januari ini untuk tertuduh-tertuduh memberi keterangan di peringkat pembelaan.
Pada 22 Disember tahun lalu, Adzhar, Noradzma dan Noradzrin didakwa menggunakan wang haram untuk membeli beberapa hartanah di Perak dan Pahang, membeli produk insurans, pelaburan serta memindahkan wang ke akaun anak syarikat mereka.
Noradzma merupakan pengarah syarikat pelancongan Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. (Noradz Travel & Services) sementara adiknya Noradzrin, bekas penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan pengurusan perniagaan.
Mereka didakwa melakukan aktiviti penggubahan wang haram tersebut di beberapa buah bank di sekitar Kuala Lumpur termasuk EON Bank Bhd., Malayan Banking Bhd., Ambank (M) Bhd. dan Eoncap Islamic Bhd. di antara 14 Ogos 2007 dan 6 Januari 2009.
Bagi kesalahan ini, kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.
Adzhar dan Noradzma turut menghadapi tuduhan menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen yang sah di antara Julai 2006 dan Oktober 2008 di No. 14-1A, Jalan 3/10, Pandan Jaya, di sini.
Sementara itu, syarikat Noradz Travel & Services yang diwakili oleh Noradzma turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan serupa pada tarikh dan tempat yang sama.
Bagi kesalahan ini, kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Akta 372) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM10 juta atau kedua-duanya.
Cabang perniagaan yang diceburi oleh ketiga-tiga beranak itu antaranya pelaburan, penyewaan kereta, insurans dan penerbitan filem serta drama.
Filem Shhh...Dia Datang diterbitkan oleh salah sebuah anak syarikat mereka, Noradz Productions Sdn. Bhd dan dibintangi pelakon, Saiful Apek.
Filem tersebut bagaimanapun sehingga kini masih belum ditayangkan di pawagam.

Tukang cat rasuah polis dipenjara tujuh tahun, denda RM575,000



KUALA LUMPUR 14 Jan. - Seorang tukang cat dihukum penjara tujuh tahun dan didenda RM575,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah menawarkan rasuah RM54,950 kepada seorang pegawai polis bagi melepaskan diri daripada ditangkap atas kesalahan memiliki dadah.
Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati Yap Ten Ooi, 47, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.
Beliau turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tiga tahun sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Ten Ooi disabitkan bersalah atas tuduhan secara rasuah menawarkan wang RM54,950 kepada Cif Inspektor D. M. Suresh dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sebagai dorongan melepaskannya ketika ditangkap atas kesalahan memiliki dadah.
Kesalahan itu dilakukannya di tempat meletak kereta di Tingkat 4, Vista Mutiara, Persimpangan Jalan Kepong di sini pada pukul 8.15 malam, 15 Julai tahun lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.
Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan atau mana yang lebih tinggi.
Rozilah dalam keputusannya menyatakan, selain keterangan bela diri yang tidak menimbulkan sebarang keraguan, Ten Ooi juga berpura-pura tidak memahami bahasa Malaysia.
''Ia jelas apabila tertuduh boleh menjawab soalan yang diajukan oleh pihak-pihak berkaitan sebelum jurubahasa menterjemahkannya ke dalam bahasa Hokkien,'' kata beliau lagi.
Terdahulu, ketika rayuan sebelum hukuman dijatuhkan, peguam bela, Hermes Ibrahim yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan ke atas anak guamnya yang masih belum berkahwin itu atas alasan tertuduh menghidap penyakit kulit dan gastrik.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Sophian Zakaria pula memohon hukuman setimpal kerana kesalahan merasuah penjawat awam boleh merendahkan imej jabatan tersebut serta menjejaskan keseluruhan sistem keadilan.
Beliau menyatakan, tertuduh juga menghadapi kes di Mahkamah Tinggi atas tuduhan mengedar dadah.
Sepanjang perbicaraan yang bermula pada 10 November tahun lalu berlangsung, sebanyak sembilan saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil memberikan keterangan.

Kes seludup dadah ke KLIA kritikal





PUTRAJAYA 14 Jan. - Penyeludupan dadah ke Malaysia oleh warganegara asing kini di tahap sangat membimbangkan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak pernah 'rehat' untuk mengekang dan membanteras kegiatan itu di pintu- pintu masuk utama.
Mengambil perhatian serius isu itu, Ketua Pengarah JKDM, Datuk Mohamed Khalid Yusuf(gambar) memberitahu, peningkatan kegiatan itu sehingga menyebabkan penguat kuasa kastam dengan dibantu anggota Polis Diraja Malaysia terpaksa menunggu sehingga operasi pesawat selesai setiap hari.
Ini khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Beliau turut menarik perhatian mengenai kebimbangan kastam terhadap kebanjiran warga Iran di negara ini berikutan tangkapan tertinggi terhadap warga negara terbabit dalam kes-kes penyeludupan dadah ke KLIA.
"Pada 2009, hanya tujuh warga Iran ditangkap tetapi tahun lepas sahaja, bilangannya mencapai 32 orang.
"Saya tidak mahulah timbul tanggapan bahawa Kastam mengesyaki warga Iran semuanya terlibat dalam kegiatan dadah tetapi cuba kita perhatikan kebanjiran mereka yang terlalu ramai di Seri Kembangan dan Balakong, ada tu sampai tiga apartment penuh dengan warga Iran.
"Jadi, kita tidak pernah 'rehat' sehingga flight (penerbangan) habis (operasi), keutamaan Kastam pada masa ini ialah meletakkan dadah sebagai bahan risiko pertama untuk dikesan dan dibanteras di pintu-pintu masuk utama negara terutama di KLIA," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Editor RTM sasaran pencuri Arab



KUALA LUMPUR 14 Jan. – Editor Meja Jenayah Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak menyangka dirinya menjadi sasaran pencuri pasangan warga Arab, walaupun biasa mendengar kelicikan rakyat negara itu.
Kejadian berlaku pukul 1 tengah hari ini ketika Hafini Hashim sedang makan di sebuah restoran makanan segera di pusat beli-belah The Mall di sini.
Insiden itu menyebabkan Hafini kehilangan beg tangannya yang mengandungi MyKad, MyKid, lesen memandu, kad mesin juruwang automatik (ATM), kad kredit, kunci rumah dan kereta selain telefon bimbit dan wang tunai RM350.
Menurutnya, ketika kejadian, dia sedang leka menikmati makanan tengah hari bersama enam rakannya.
“Masa makan, saya lihat pasangan warga Arab tersebut dalam keadaan mencurigakan, sedang minum tidak jauh dari tempat duduk kami. Saya juga perasan mereka asyik memerhatikan saya.
“Tidak lama kemudian mereka berlalu pergi. Saya kemudian berpaling ke belakang dan barulah perasan beg tangan saya telah hilang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tukang tilik nasib disamun RM6,000



SHAH ALAM 14 Jan. – Setiap hari kerjanya menilik nasib dan masa depan orang lain. Namun yang menghairankan, dia sendiri tidak tahu mengenai nasib dirinya.
Begitulah terjadi kepada seorang tukang tilik yang ditimpa ‘nasib buruk’ apabila disamun dua lelaki menyamar sebagai pelanggan di premisnya di Klang, kelmarin.
Ketika kejadian kira-kira pukul 3 petang, mangsa yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun sedang bersendirian di premisnya.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof berkata, ketika mangsa sedang menilik tangan seorang suspek, tiba-tiba seorang lagi lelaki mengacukan pisau ke arahnya.
“Kedua-dua suspek seterusnya mengikat tangan mangsa dengan tali sebelum melarikan dompet, wang tunai RM1,000 dan barang kemas bernilai lebih RM5,000 milik mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Polis sahkan anggota badan milik juruteknik



KUALA LUMPUR 14 Jan. - Polis mengesahkan beberapa anggota badan manusia yang ditemui terpisah antara satu sama lain di loji pengolahan kumbahan Taman Pasir Mas, Kajang, dekat sini, 31 Disember lalu, adalah milik Liew Kuan Mang, 29.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kajang, Supritendan Azman Ayob berkata, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan anggota badan itu milik mangsa yang juga juruteknik pendingin hawa dari Taman Berjaya, Sungai Chua, Kajang.
"Siasatan kes itu masih dijalankan dan polis memohon saksi tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi Inspektor T. Nallasamy di talian 03-87362222," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dalam kejadian itu, beberapa pekerja Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. yang sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan terkejut selepas menemui anggota badan manusia dari paras pinggang hingga lutut di loji terbabit.
Penemuan anggota badan tersebut kemudian dilaporkan kepada pihak polis sebelum operasi mencari anggota badan lain mayat terbabit dijalankan.
Hasil usaha pasukan Bomba dan Penyelamat serta forensik polis di loji terbabit berjaya menemui tengkorak, separuh lagi badan termasuk tangan dan kaki selain serpihan tulang mangsa secara berasingan.
Pemeriksaan awal ke atas seluar jean dipakai mangsa menemui sebuah dompet mengandungi kad pengenalan, wang tunai dan dokumen-dokumen dipercayai miliknya.
Berdasarkan identiti itu, mangsa dipercayai Kuan Mang yang dilaporkan hilang setelah tidak pulang ke rumah di Taman Pasir Mas, Kajang, sejak 7 November lalu.
Dalam kes berasingan, Azman berkata, polis tidak menolak kemungkinan tekanan emosi merupakan punca seorang kanak-kanak hampir dua tahun menjadi mangsa dera ibu kandungnya sendiri.
Semalam, akhbar melaporkan seorang bayi lelaki cedera dengan kesan lebam di kepala dan patah tulang kening kanan dipercayai didera ibu kandungnya di sebuah rumah di Sungai Long.
Wanita tersebut yang merupakan warga China berusia 32 tahun kemudian direman sehingga esok untuk siasatan di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Tiga warga asing jadi dalang pasport palsu ditahan



KUALA LUMPUR 14 Jan. - Tiga bersaudara warga asing yang dipercayai dalang sindiket pemalsuan dokumen pasport dan visa dengan pendapatan mencecah RM100,000 sebulan, ditahan dalam satu operasi di sekitar bandar raya ini malam semalam.
Timbalan Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Kuala Lumpur Mohamed Yusof Khan Mohd Hassan berkata mereka yang ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 25 hingga 35 tahun.
"Hasil risikan selama sebulan, kami berjaya menahan mereka dan kini mencari saki-baki sindiket itu.
"Ketika ditahan, mereka cuba melawan dan melarikan diri sehingga pihak kami terpaksa menggunakan serbuk lada," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Imigresen di sini hari ini.
Antara barangan yang dirampas ialah pasport palsu, surat permohonan visa palsu, kad ketibaan dan cop.
Mohamed Yusof Khan berkata modus operandi kumpulan itu ialah mencari warga asing yang terdesak untuk mendapatkan dokumen, dan mengenakan bayaran sehingga RM2,500 seorang.
Mereka ditahan reman selama 14 hari dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen. - BERNAMA

20 GRO warga China ditahan salah guna permit



IPOH 14 Jan. – Polis menahan seramai 20 gadis pelayan pelanggan (GRO) warganegara China kerana disyaki menyalah guna permit kerja di sebuah pusat hiburan di Taman Ipoh, semalam.
Semua wanita berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun itu ditahan sepasukan polis dalam serbuan di premis berkenaan kira-kira pukul 9 malam.
Dalam serbuan itu juga, polis turut menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 29 tahun dipercayai bapa ayam.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, siasatan awal mendapati semua wanita itu mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
“Seorang memiliki pas kerja, manakala bakinya telah menyalahgunakan pas lawatan sosial dan pelajar dengan melibatkan diri dalam kegiatan tidak bermoral,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambahnya, semua wanita itu ditahan reman selama dua minggu di bawah Seksyen 39B Akta Imigresen 1959/63 kerana menyalahgunakan pas pekerja untuk siasatan lanjut.
Lelaki warga tempatan itu pula disiasat di bawah Seksyen 55 (b) akta yang sama kerana menggaji pekerja tanpa dokumen sah.