Wednesday, January 12, 2011
Tipu menerusi telefon bimbit
Pengarah Polis Jeddah, Mejar Jeneral Ali Muhammad Al-Ghamdi berkata, beberapa cara penipuan menerusi telefon kini semakin tersebar. “Kumpulan yang terbabit dalam penipuan seperti ini menelefon nombor telefon bimbit secara rambang, mendakwa mereka memenangi wang tunai, biasanya kira-kira SR100,000 (RM82,000),” kata Ali.
“Mereka akan meminta mangsa mematikan telefon bimbit mereka, mencabut bateri dan memberitahu mereka tiga nombor pertama pada kad SIM masing-masing, yang biasanya mengandungi nombor 8966.
Apabila mangsa yakin ia bukan penipuan, kumpulan berkenaan akan meminta mereka memasukkan wang ke akaun mereka serta memberikan butir peribadi bank untuk menerima hadiah berkenaan. - Agensi
Bapa, ibu tiri direman hingga Isnin depan
Pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mendera.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, polis menahan kedua-dua suspek berusia 30 dan 25 tahun itu di sebuah rumah di Felda Tenggaroh 6, Mersing, kira-kira jam 9.30 malam kelmarin.
Beliau berkata, kedua-dua suspek berkenaan ditahan reman sehingga 17 Januari bagi membantu siasatan kes kematian Nur Dania dan penderaan ke atas kakak berumur lima tahun dan adik mangsa berusia setahun yang dipercayai turut didera.
Kakak, adik turut jadi mangsa
Ia berikutan, kakak mangsa, Nur Diana Batrisha, 5, dan adik lelakinya, Danish Irsyad, berusia setahun, yang kini menjalani rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) didapati mempunyai kesan penderaan fizikal di anggota badan.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr Robia Kosai berkata, ketiga-tiga kanak-kanak itu dipercayai menjadi mangsa penderaan selepas dilarikan bapanya daripada kediaman datuk dan nenek di Tenggaroh, Mersing.
Menurutnya, biarpun ibu kanak-kanak berkenaan yang bekerja sebagai kerani akaun di Pasir Gudang berusaha mengesan mereka, tempat tinggal bekas suaminya itu dirahsiakan hingga perkara itu mengundang masalah tidak diingini.
“Dua adik-beradik mangsa dapat diselamatkan termasuk anak sulung kini tinggal bersama ibunya, Nur Aquilla Razali, 27. “Manakala adik bongsu mangsa masih menerima rawatan di HSA berikutan kesan lebam pada muka, belakang telinga dan punggung selain demam ditemani oleh ibu saudaranya.
“Setakat ini, imbasan X-Ray menunjukkan Danish tidak mengalami sebarang kecederaan seperti patah tulang,” katanya.
Robia berkata, pihaknya juga menasihatkan keluarga mangsa supaya membawa anak sulung untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di hospital memandangkan kanak-kanak itu juga didapati mengalami kesan lebam dan bengkak di beberapa anggota badan. “Dari pandangan luaran kedua-dua mereka mempunyai pertumbuhan normal mengikut usia masing-masing...namun kita perlu menunggu laporan perubatan keseluruhan doktor.
“Kedua-dua beradik itu lebih sesuai tinggal bersama ibu kandung mereka selepas ini,” katanya ketika mengunjungi Danish di wad kanak-kanak di HSA di sini, semalam.
Robia bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenggaroh, T Murukasvary turut melawat keluarga mangsa di Felda Tenggaroh 6, dekat Mersing di sini, pagi semalam dan menyampaikan sejumlah sumbangan wang tunai.
Sementara itu, Aquilla berkata, dia terkilan dengan kejadian menimpa arwah Dania kerana kanak-kanak itu adalah seorang yang mudah mesra dan manja.
Menurutnya, bagi mengelakkan kedua-dua anaknya mengalami nasib sama, dia berusaha menuntut hak penjagaan daripada suaminya di mahkamah secepat mungkin.
Maut kena renjatan elektrik
DI SINI...nenek mangsa, Leba Mat Min, menunjukkan tempat cucunya maut terkena kejutan elektrik. |
TUMPAT: Seorang wanita terbunuh selepas terkena renjatan elektrik apabila wayar dipegangnya ketika menaiki tangga di hadapan rumah terputus sebelum dia terjatuh ke dalam air dalam satu kejadian di Kampung Simpangan Hulu, di sini, semalam.
Kejadian kira-kira jam 1 tengah hari apabila mangsa, Sazila Rosli, 27, yang tinggal sementara di rumah ibu mentuanya, terpegang wayar berkenaan apabila dia hampir jatuh selepas gagal mengimbangi dirinya ketika menaiki tangga berkenaan.
Wayar masih mempunyai voltan elektrik itu terputus dan Sazila yang terkena renjatan terjatuh ke bahagian bawah tangga yang masih ditakungi air akibat banjir baru-baru ini.
Suami mangsa, Mahadi Yahya, 30, yang terdengar jeritan berkenaan segera mendapatkan isterinya dan mengejarkannya ke Hospital Kelaboran, di sini, sebelum isterinya disahkan meninggal dunia.
“Ketika kejadian, saya sedang membersihkan kawasan rumah sebelum dikejutkan dengan jeritan isteri.
“Sebaik terdengar jeritan, saya berlari ke arah jeritan itu dan terkejut mendapati dia dalam keadaan tertiarap berhampiran tangga,” katanya.
Mahadi berkata, mereka berkahwin sejak 10 tahun lalu dan belum dikurniakan anak.
“Arwah terlalu inginkan anak dan kami sebenarnya berhajat mengambil anak angkat,” katanya yang terkilan kerana hasrat itu tidak terlaksana.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan memberitahu mangsa meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik.
“Polis mengklasifikasikan kes menimpa Sazila ini sebagai kematian mengejut,” katanya.
Tak sempat jamah bekal
Kemalangan berlaku kira-kira jam 12.45 tengah hari apabila motosikal ditunggang Muhammad Farhan Abdul Rahim, 20, dipercayai bergesel dengan motosikal dinaiki rakannya menyebabkannya terjatuh dan kepalanya terhentak ke jalan raya.
Lebih memilukan mangsa juga kempunan menikmati makan tengah hari nasi bekal bersama lauk ayam masak kicap yang dibawa dari rumah neneknya di Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan, yang turut bertaburan di atas jalan raya.
Difahamkan, mangsa menunggang motosikal sendirian untuk ke rumah rakannya, Muhamad Asyraf Posari, 19, di Kampung Bukit Durian, Umbai, Merlimau, dekat sini untuk makan tengah hari sebelum bertolak pulang ke kampus.
Mohd Asyraf berkata, sebelum kejadian, arwah menghubunginya kira-kira jam 10 pagi memaklumkan dia berada di Restoran Jejantas Ayer Keroh dan memintanya menunggu di sebuah stesen minyak di Ayer Keroh.
“Sebaik sampai untuk menjemputnya, arwah bertanya kenapa saya lewat sebelum kami bertolak ke Umbai, namun ketika menuruni kawasan berbukit menghampiri ke persimpangan lampu isyarat berkenaan, tiba-tiba motosikalnya bergesel dengan motosikal saya lalu terbabas.
“Saya dapat mengawal motosikal, tetapi motosikal arwah bergesel dengan sebuah Perodua Kancil di depan menyebabkan motosikalnya berpusing lalu dia terjatuh,” katanya yang ditemui di tempat kejadian, di sini.
Mohd Asyraf berpatah balik dan melihat darah banyak keluar dari kepala rakannya itu.
Dia cuba mengangkat Muhammad Farhan yang ketika itu masih bernyawa dan menggigil, namun dilarang orang ramai yang bimbangkan kecederaannya bertambah parah.
Bagaimanapun, katanya, tidak lama kemudian rakannya itu menghembuskan nafas terakhir.
“Kami berjanji pulang ke (UiTM) Segamat selepas solat Zohor dan kejadian ini amat menyedihkan. Muhammad Farhan rakan yang baik dan kami memang rapat kerana pernah tinggal bersama selama setahun,” katanya.
Ibu mangsa, Aina Kassim, 49, berkata, dia dan suaminya, Abd Rahim Wahab, 58, reda dengan kejadian itu walaupun amat sedih.
Katanya, suaminya mengetahui kejadian malang itu selepas dihubungi polis dan datang mengambilnya di tempat kerja.
“Saya amat terkejut. Baru malam tadi (kelmarin), kami sekeluarga makan bersama dan ketika itu Muhammad Farhan kelihatan gembira sambil menonton filem Seniman Bujang Lapok di televisyen.
“Itulah kali terakhir saya melihatnya sebelum keluar bekerja kira-kira jam 4 pagi tadi (semalam),” katanya sebak ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka, di sini.
Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Superintendan Poon Nam E Kling berkata, kejadian dipercayai berpunca apabila motosikal dinaiki mangsa yang berada di belakang bergesel dengan motosikal ditunggang rakannya.
Menurutnya, berikutan itu mangsa terjatuh menyebabkan berlaku hentakan kuat pada kepala manakala rakannya hanya cedera di kaki.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat dan pihak polis masih menyiasat kemalangan itu
Pencuri terpedaya
Hasil tangkapan itu berjaya menyelesaikan lebih 20 kes kehilangan meter air milik Lembaga Air Perak (LAP) yang berlaku di tiga taman perumahan termasuk sebuah kampung berhampiran pekan Teluk Intan seperti Taman Perumahan Eastern Garden, Taman Pearl Park dan Kampung Sungai Nibong.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang berdekatan Sekolah Kebangsaan St Anthony itu, dua pengawal keselamatan daripada syarikat Jayapadu Bersatu Kawalan berjaya memberkas seorang lelaki berusia 30-an ketika membuka meter air di depan rumah seorang penduduk.
Penyelia syarikat itu, T Xavier, berkata pihaknya menerima lebih 20 aduan daripada penduduk di tiga kawasan itu berhubung kehilangan meter air beberapa bulan lalu sebelum pihaknya membuat satu perangkap bagi menyelesaikan siri kecurian itu.
Beliau berkata, pihaknya berpura-pura tidak berkawal seperti biasa bagi mengesan dalang di sebalik kes kecurian itu sebelum berjaya memberkas seorang lelaki, kelmarin.
“Lelaki berkenaan kemudian diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut. Kami sudah lama mengesan dalang kegiatan itu sebelum bertindak memasang perangkap.
“Kami berharap penangkapan lelaki berkenaan dapat menyelesaikan masalah kehilangan meter air itu, malah yakin pelanggan akan dapat tidur lena selepas ini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang ketika dihubungi semalam mengesahkan penahanan suspek terbabit.
Katanya, dengan penahanan suspek, pihaknya percaya dapat menyelesaikan beberapa kes kecurian meter air yang sering berlaku di sekitar kawasan berkenaan.
“Lelaki itu kini direman untuk siasatan lanjut. Kami juga sedang menyiasat sama ada suspek mempunyai kaitan dengan beberapa siri kecurian meter paip di kawasan lain yang pernah dilaporkan sebelum ini,” katanya.
Van terjunam ke sawah
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa, Ismail Awang Hamat, sebelum itu memandu vannya dengan meredah banjir di kawasan itu selepas mengambil van berkenaan yang ditinggalkan di satu kawasan tinggi bagi mengelakkannya ditenggelami air.
Katanya, kenderaan itu diletakkan di kawasan berkenaan sejak banjir melanda kampungnya Rabu lalu.
“Air ketika itu berada pada ketinggian kira-kira 1.2 meter dan saya mahu membawa pulang van ke rumah selepas ditinggalkan di situ.
“Namun, sebaik tiba di simpang tiga berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Jering, saya keliru untuk membelok ke arah kiri kerana jalan berkenaan tidak begitu kelihatan kerana tenggelam,” katanya. Katanya, dia kemudian memandu ke hadapan sejauh dua meter sebelum membelok ke kiri menyebabkan vannya terjunam ke kawasan sawah.
“Ketika itu hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan saya dan hanya mampu mengucap kerana bimbang akan lemas berikutan bahagian depan van terhumban terus ke dasar tanah.
“Saya berusaha beberapa kali menolak pintu untuk keluar, namun tidak berdaya sebelum keluar tingkap dan naik ke permukaan,” katanya.
Berikutan kejadian itu, van yang baru dibeli dua bulan lalu dengan harga RM20,000 itu terpaksa ditarik naik menggunakan traktor dan mengalami kerosakan di bahagian enjin.
2 beranak maut pacuan 4 roda jatuh gaung
Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang, pemandu Mitsubishi Triton, Lui Wan Leong, 47, dan anak lelakinya, Lui Thong Hin, 10, ditemui dalam kenderaan yang terbenam di kawasan berair itu, manakala isteri dan seorang lagi anaknya berjaya dikeluarkan anggota bomba.
Pemandu sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda yang terbabit dalam kemalangan itu, Ramlan Hassan, 30-an, turut cedera akibat tersepit dan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku ketika hujan lebat apabila kenderaan dinaiki empat sekeluarga dari Taman Bachang Baru dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Sungai Baru menuju ke Lubok China.
Menurutnya, tiba di tempat kejadian, kenderaan dipandu Lui dipercayai hilang kawalan sebelum bertembung dengan kenderaan dinaiki Ramlan yang datang dari arah bertentangan.
Penunggang motosikal terbunuh dirempuh jip
Kejadian kira-kira jam 8 pagi itu mengakibatkan mangsa, Sidney Anak Regok, 35, dari Kampung Orang Asli Gedong Siam, Kilometer 48 Paya Bungor meninggal dunia di tempat kejadian.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Zulkifli Taha, berkata siasatan awal mendapati, pemandu jip terbabit yang dalam perjalanan menghala ke Maran dari Kuantan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan.
Menurutnya, pada masa sama, mangsa yang menunggang berseorangan datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan jip berkenaan mengakibatkan dia tercampak.
Katanya, akibat pertembungan berkenaan, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, untuk bedah siasat dijalankan.
Zulkifli berkata, pemandu jip terbabit yang dikatakan mengalami kecederaan ringan turut dikejarkan ke hospital sama untuk menerima rawatan lanjut.
“Polis masih meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Mayat mangsa dituntut ahli keluarganya selepas bedah siasat selesai dijalankan di hospital berkenaan, petang semalam,” katanya.
Tiga beradik belasah penyelia
Mangsa yang berusia 47 tahun dibelasah berhampiran rumahnya di Taman Pelangi, Labis dekat sini tengah malam kelmarin, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Daerah Segamat jam 9.20 pagi semalam, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali, berkata sebelum kejadian, tiga beradik terbabit yang berusia 21 hingga 29 tahun mendakwa ibu mereka berusia 49 tahun dan mempunyai sembilan anak menerima kiriman SMS berunsur lucah daripada mangsa.
Menurutnya, berang dengan sikap miang lelaki berkenaan yang sudah beristeri dan mempunyai dua anak, tiga beradik terbabit mengajak lima rakan mereka pergi ke rumah mangsa di Taman Pelangi, Labis dekat sini, kira kira jam 12.10 tengah malam, kelmarin.
“Sebaik tiba di rumah mangsa, tiga beradik itu dan lima rakan mereka memanggil penyelia kilang itu keluar rumah membawa mangsa ke sebuah taman berhampiran menggunakan dua kereta jenis Perodua Viva dan Kancil.
“Mangsa kemudian dibelasah sehingga tidak sedarkan diri. Berikutan itu, kumpulan lelaki terbabit panik dan membawa mangsa pulang ke rumah keluarga tiga beradik berkenaan di Jalan Muar-Labis,” katanya.
Menurutnya, bapa tiga beradik terbabit kemudian menghantar mangsa ke Balai Polis Labis sebelum beberapa anggota polis di balai itu mengejarkan mangsa yang parah ke Hospital Daerah Segamat.
Abdul Majid berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Daerah Segamat kira-kira jam 9.20 pagi semalam, selepas beberapa jam tidak sedarkan diri akibat kecederaan parah di kepala.
“Berikutan kejadian itu polis menahan lapan suspek di sekitar Pekan Labis dan mereka akan ditahan reman hingga Isnin depan untuk membantu siasatan,” katanya.
Menurutnya, semua yang ditahan berumur antara 21 hingga 29 tahun dan ada yang bekerja sendiri, pengawal keselamatan serta kakitangan awam. Mereka kini disiasat mengikut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Difahamkan, mangsa berkenalan dengan ibu suspek ketika sama-sama bekerja di sebuah kilang papan di Labis kira-kira enam tahun lalu.
Berikutan keakraban mangsa dan ibu suspek, menimbulkan tanggapan hubungan yang meragukan di kalangan keluarga suspek.
Pada 2008, mangsa dikatakan pernah membuat laporan polis di Balai Polis Labis akibat dipukul oleh seorang anggota keluarga wanita berkenaan.
Diperkosa 3 penculik
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa yang berusia 27 tahun dan bekerja sebagai pegawai teknologi maklumat baru pulang dari rumah keluarganya di Ulu Yam, Selangor.
Sumber polis berkata, sejurus mangsa keluar daripada Perodua Myvi dipandunya, tiba-tiba muncul tiga lelaki yang terus memukul dan menendangnya.
“Mangsa ditarik masuk semula ke dalam keretanya dan ketika itu mereka masih memukul mangsa tanpa belas kasihan dalam usaha melemahkannya.
“Mereka membawa mangsa ke sekitar ibu kota dan memaksanya menyerahkan barang berharga termasuk kad pengeluaran wang automatik (ATM) serta nombor pengenalan peribadi (PIN) daripadanya,” katanya.
Menurutnya, mangsa yang ketakutan mengikut arahan tiga lelaki terbabit sebelum dia dibawa ke sebuah lokasi berhampiran Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Chamang, Bentong, Pahang.
Sumber itu berkata, sebaik tiba di satu lokasi sunyi di situ, seorang daripada lelaki terbabit merogol dan meliwat mangsa.
“Mangsa berjaya meloloskan diri dan meminta pertolongan daripada orang ramai yang melalui jalan berkenaan.
Dia dibawa membuat laporan di Balai Polis Bentong sebelum menjalani pemeriksaan di Hospital Bentong.
“Pada masa sama, tiga lelaki terbabit melarikan diri dari tempat kejadian dengan kereta mangsa,” katanya.
Menurutnya, mangsa dipindahkan ke Hospital Temerloh untuk menjalani pemeriksaan dan kini masih dirawat di hospital itu. Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan trauma.
Sumber itu berkata, setakat ini polis sudah menahan seorang lelaki yang dipercayai mengenali mangsa untuk membantu siasatan.
Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa dan siasatan awal mendapati tiga lelaki terbabit kemungkinan warga Indonesia.
“Bagaimanapun, polis Ampang Jaya hanya menyiasat kes rompakan yang berlaku kepada mangsa. Mangsa dirogol dan diliwat di kawasan Bentong dan kami sudah menyerahkan kes terbabit kepada polis di daerah itu untuk tindakan lanjut,” katanya.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman ketika dihubungi turut mengesahkan menerima laporan mangsa berhubung dia dirogol dan diliwat.
Bekas eksekutif pembelian Proton didakwa terima rasuah
Fahmy Ameer Mohd Raf, 36, didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 5, Wisma Nusantara, Jalan Puncak, Off Jalan P.Ramlee di sini antara 12 September 2005 hingga 15 Jun 2006.
Mengikut setiap kertas pertuduhan, dia menerima RM432.61 untuk bayaran ansuran keretanya daripada pemilik Syarikat Enrich Ford Sdn Bhd, Mohd Sharid Md Salleh sebagai balasan supaya tidak menghalang syarikat itu mendapatkan kerja daripada Proton.
Dia didakwa mengikut Seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Hakim Rosbiahanin Ariffin membenarkan Fahmy Ameer diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Februari depan untuk sebutan kes.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Fadzillah Mohd Ossman daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, peguam Shahrul Nizam Azwir merayu agar jumlah jaminan dikurangkan kepada RM5,000 kerana Fahmy Ameer tidak bekerja.
"Anak guam saya mempunyai seorang anak berumur lima tahun dan isterinya baru sahaja melahirkan anak kedua mereka.
"Isteri kepada anak guam saya juga tidak bekerja dan tertuduh hanya berharap kepada bapanya untuk menjadi penjamin," katanya.
Bapa tertuduh kemudian membayar wang jaminan itu. - Bernama
Lelaki mati jatuh kondominium
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, Mohd Shanizam Aman yang merupakan bekas pemandu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mati di tempat kejadian dipercayai akibat terjatuh dari tingkat yang tinggi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Zainuddin Ahmad berkata lelaki itu dipercayai bukan penduduk di kondominium terbabit dan tujuannya ke kondominium itu sedang disiasat.
"Setakat ini kami belum dapat memastikan dari tingkat berapa mangsa terjatuh dan punca utama kematian mangsa dan hasil pemeriksaan awal mendapati lelaki itu mempunyai satu rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan mencuri," katanya.
Bekas pengurus Sime Darby mengaku tak bersalah
Kes pukul: Lima pelajar direman empat hari
Perintah tahanan reman tersebut yang bermula hari ini dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Sesyen, Datin Chan Lee Fong bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut. – Utusan
Banjir: 3 sekolah di Sarawak ditutup, Tumpat kian pulih
Dua lelaki Jepun seludup 50 ekor penyu ditahan
Aman Shah didenda RM3,000 berkhalwat dengan ibu tunggal
Nelayan hilang ditemui mati lemas
Pelajar tunggu SPM hutang along RM100,000
Remaja berkenaan bermain judi lumba kuda dan lumba anjing menerusi internet sejak beberapa bulan lalu selepas terpengaruh dengan rakan yang meraih kemenangan menerusi permainan itu.
“Ia mengecewakan ibunya dan menghalau remaja itu dari rumah mereka di sini dan membuat aduan kepada Biro Aduan Awam MCA. Ibunya memberitahu akibat kejadian itu, dia turut diugut along yang mengunjung premis niaganya sambil memberi amaran supaya anaknya melunaskan hutang,” katanya kepada Berita Harian semalam.
Tabiat ketagihan judi itu adalah antara 19 aduan diterima biro berkenaan mengenai gejala judi internet sejak November tahun lalu sehingga awal bulan ini yang menular di kalangan pelajar dan remaja berusia awal 20-an, termasuk mereka yang sedang menunggu keputusan peperiksaan.
Selain itu, katanya, seorang kontraktor syarikat pasir bergelar Datuk hidup ketakutan akibat diugut along selepas terjebak dengan judi menerusi internet yang diperkenalkan rakannya sehingga berhutang RM700,000.
Tay berkata, pihaknya mendapati permainan judi internet mempunyai pasaran luas hingga ke Hong Kong dan Macau dengan menyasarkan individu daripada keluarga kaya kerana mereka yang ingin menyertainya disiasat latar belakang masing-masing oleh ejen perjudian.
Katanya, selepas disahkan layak menyertai perjudian, mereka dibekalkan kata laluan oleh ejen atau wakil permainan yang dilantik sebelum dicaj menerusi kad kredit sejurus mula berjudi menerusi laman web yang ditetapkan.
“Selalunya apabila mula berjudi, mangsa terperangkap dan susah berhenti jika menang. Apabila menang, mereka perlu menghubungi ejen terbabit untuk mendapatkan wang, namun jika kalah, mereka akan dituntut membayar secepat mungkin.
“Justeru, saya menasihatkan ibu bapa memantau anak mereka supaya tidak terjebak dalam permainan berkenaan yang bukan saja merugikan masa dan wang, malah membahayakan keselamatan diri dan ahli keluarga apabila menjadi buruan along,” katanya. bharian
'Banjir tsunami' landa Australia
PENDUDUK sebuah rumah di Toowoomba menanti bantuan dibumbung kediaman. |
Sepuluh maut, 78 hilang, 40 rumah dihanyut arus deras di Queensland
BRISBANE: Penyelamat bertungkus lumus menyelamatkan mangsa banjir yang berada di bumbung kediaman mereka selepas banjir kilat seakan-akan tsunami melanda timur Australia semalam yang menyebabkan sekurang-kurangnya 10 mati dan 78 hilang.Hujan lebat melanda negeri Queensland yang menyebabkan beberapa pekan, kenderaan dan rumah dihanyutkan air deras, kata pegawai semalam.
Ribut petir dan hujan lebat menyebabkan usaha menyelamat menggunakan helikopter sukar dilakukan.
Perdana Menteri Queensland, Anna Bligh turut menyuarakan kebimbangan kerana ramai lagi mangsa masih hilang.
“Ketika ini, kami menggunakan apa saja cara untuk mencari penduduk yang masih hilang. Ini akan menjadi hari yang suram,” katanya kepada Nine Network Australia.
Queensland dilanda banjir teruk lebih dua minggu selepas hujan tropika turun tanpa henti di kawasan seluas negara Perancis dan Jerman yang digabungkan.
Seluruh pekan tenggelam, menjejaskan 200,000 orang dan industri pertanian dan arang batu terpaksa ditutup.
Jumlah yang terkorban akibat banjir sejak November lalu mencecah 18 orang.
Sehingga kelmarin, krisis makanan turut terjadi secara perlahan sebagai mana paras air sungai turut memecahkan tebing dan menghanyutkan pekan ke kawasan laut.
Lebih mengejutkan banjir kilat tanpa amaran kelmarin melanda Toowoomba, kawasan pergunungan 2,300 kaki (700 meter) dari aras laut dengan kepadatan penduduk 90,000 orang.
Bligh berkata bah turut melanda kawasan yang menjadi tumpuan dengan arus deras setinggi 26 kaki (lapan meter) merempuh bandar Toowoomba dan pekan kecil di kawasan lembah.
“Kita baru saja mula mempercayai bahawa situasi sudah berada dalam keadaan stabil apabila tiba-tiba bencana ini membawa sesuatu yang memeranjatkan dalam tempoh 24 jam. Ini menunjukkan situasi yang masih belum reda dan perjalanan masih jauh,” katanya kepada radio.
Pekerja penyelamatan bertungkus lumus dalam operasi walaupun cuaca masih buruk. Biro Kaji Cuaca memberi amaran hujan lebat dan ribut petir dijangka melanda wilayah ini sekurang-kurangnya sehari lagi, yang boleh menyebabkan banjir kilat.
Pegawai meminta penduduk di kawasan lembah dari Toowoomba supaya berpindah ke kawasan lebih tinggi.
Penduduk di kawasan rendah di ibu negeri Brisbane di bandar ketiga terbesar Australia diminta untuk meletakkan guni pasir di rumah mereka.
Timbalan Pesuruhjaya Polis, Ian Stewart berkata usaha penyelamat ditumpukan di pekan di kawasan hilir Toowoomba termasuk kawasan terjejas teruk di Murphy Creek dan Grantham di mana 30 orang berlindung di sekolah yang tidak terkena banjir. – AP
4 butik pengantin mangsa khianat
HANGUS...sebuah butik pengantin yang terbakar, semalam. |
SIASAT...anggota bomba menjalankan siasatan di tempat kejadian. |
KUALA LUMPUR: Angkara khianat. Empat butik pengantin di SS2, Petaling Jaya, tidak dapat menjalankan perniagaan masing-masing selepas tiga musnah dalam kebakaran manakala sebuah lagi dipecah masuk, sejak dua minggu lalu.
Difahamkan, semua butik berkenaan dipercayai dipecah masuk sebelum dibakar berdasarkan kesan pecah pada pintu premis.
Pengurus Operasi butik berkenaan, Soo Soon, berkata dia menyedari butik itu terbakar selepas menerima panggilan telefon daripada seorang kakitangannya.
“Saya amat pelik dengan kejadian ini. Sebelum itu, premis berhampiran kami terbakar, tetapi hari ini premis kami pula.
“Anggaran kerugian mencecah RM500,000. Bagaimanapun, polis dan bomba masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran itu,” katanya ketika ditemui, semalam.
Sementara itu, jurucakap bomba ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang orang awam yang menyaksikan kebakaran itu pada jam 5.30 pagi.
Menurutnya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara dikejarkan ke tempat kejadian dan api dipadamkan sepenuhnya 15 minit kemudian.
“Hanya tiga kebakaran dilaporkan dalam tempoh terdekat sejak 31 Disember lalu. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.
Belasah suka-suka
BERSIMEN...Johari menunjukkan kaki kiri Mohd Syazwan yang disimen selepas dipukul lima pelajar senior. |
ALOR SETAR: “Ketika menahan kesakitan, depa (mereka) pukul lagi tanpa belas kasihan, bila saya tanya kenapa, depa kata saja syok-syok,” kata Mohd Syazwan Johari, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mergong di sini, yang retak lutut kiri selepas mendakwa dibelasah lima pelajar senior di asrama sekolah berkenaan, Ahad lalu.
Dalam kejadian jam 6.55 petang itu, mangsa dikatakan baru selesai mandi apabila dipanggil seorang pelajar tingkatan tiga ke biliknya, namun dia enggan.
Menurutnya, berikutan itu, pelajar senior terbabit mengheretnya dari biliknya ke bilik bersebelahan sebelum empat lagi pelajar tingkatan tiga membelasahnya di badan dan kaki.
“Saya tidak tahu kenapa mereka marah dengan saya, walhal tidak pernah membuat mereka marah.
“Ketika memasuki asrama ini tahun lalu, mereka turut membuli saya.
“Mereka marah kerana saya tidak mengikut arahan menyebabkan mereka menarik dan mengheret saya sebelum empat rakan mereka menyerang saya termasuk menampar, menumbuk dan menendang bertubi-tubi.
“Saya rebah dan dan terduduk sebelum dua pelajar lain memegang kedua-dua tangan dan mengheret ke pintu bilik menyebabkan kaki kiri terkena rak kasut besi,” katanya ditemui di rumahnya di Kuarters Kakitangan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, semalam.
Mohd Syazwan berkata, rakan lain yang menyaksikan kejadian itu tidak berani membantu kerana pelajar berkenaan sudah memberi amaran.
“Lutut kiri saya begitu sakit menyebabkan mengerang kesakitan, namun langsung tidak dipedulikan mereka.
“Keesokannya, guru membawa saya ke klinik untuk rawatan sebelum pulang semula ke asrama,” katanya.
Menurutnya, bapanya terpaksa datang dan membawanya pulang ke rumah kerana tidak dapat meneruskan pembelajaran berikutan kesakitan teruk di kaki.
Bapa mangsa, Johari Zainon, 35, berkata, dia kecewa dengan pihak sekolah itu kerana lewat memaklumkan kejadian berkenaan kepadanya.
“Doktor mengesahkan tulang lutut kiri anak saya retak dan perlu disimen selain terpaksa menjalani pembedahan kedua.
“Perkara ini menyedihkan kerana kes gangsterisme berlaku di asrama sekolah dikawal warden,” katanya yang turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kota Setar jam 1 pagi semalam.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Baharom Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut kes berkenaan.
“Setakat ini, polis menahan lima pelajar berusia 15 tahun dan akan dibawa ke mahkamah esok (hari ini) untuk direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan,” katanya.myMetro | Belasah suka-suka
Penolong pegawai daerah dijel 6 bulan
SHAH ALAM: Seorang penolong pegawai daerah dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas didapati bersalah bersetuju menerima rasuah dalam bentuk pembayaran pangsapurinya, dua tahun lalu.
Hakim Mat Ghani Abdullah membuat keputusan terhadap Norhanizatuazwin Samsuni, 30, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan. Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara lima bulan, jika gagal membayar denda. Sepanjang perbicaraan, seramai 13 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan tampil memberi keterangan. Mengikut pertuduhan, Norhanizatuazwin yang bertugas di Pejabat Daerah/Tanah, Hulu Langat didakwa bersetuju menerima cek bernilai RM10,000 dari Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Winmont Development Sdn Bhd, Datuk Lau Kim So. Ia sebagai sebahagian daripada bayaran rumahnya di C-4-25, Rumah Pangsa, Kajang Impian, dekat sini.
Wanita itu didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat Trans Loyal Development Sdn Bhd di nombor 45A, Jalan Bukit Mewah, Kajang, jam 12.30 tengah hari, 14 Mac 2009."
SPRM bebas 2 anggota polis
GEORGETOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri membebaskan dengan jaminan dua anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) yang ditahan ketika cuba meminta rasuah daripada pegawai SPRM di Jalan Persiaran Gurney, di sini, kelmarin.
Pengarah SPRM negeri, Datuk Latifah Md Yatim berkata, kedua-dua anggota polis itu dibebaskan dengan jaminan SPRM sebelum sebarang tindakan susulan dilakukan kerana siasatan lanjut masih dijalankan.
Beliau berkata, tangkapan itu dilakukan kira-kira jam 1.30 tengah hari kelmarin selepas pihaknya menerima aduan awam mengenai tindakan dua anggota terbabit cuba meminta sogokan."
Tuntutan royalti Anuar Zain diputuskan 31 Jan.
Isteri penasihat White House terbakar dalam kereta
![]() |
SEORANG jiran, John Fawcett melihat garaj yang terbakar tempat Ashley Turton ditemui mati di Washington kelmarin. |
WASHINGTON - Isteri seorang penasihat White House, Ashley Turton, 37, terbunuh apabila kenderaan utiliti sport (SUV) yang dinaikinya terbakar di dalam garaj rumahnya kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.
Guru agama ditahan cabul gadis terkena sihir di bilik mandi
Dakwa ditipu ahli PPIM
![]() |
ROSLIN menunjukkan salinan aduan polis yang dibuat mengenai dakwaannya ditipu ahli PPIM di Kuala Lumpur semalam. |
KUALA LUMPUR - Seorang peniaga wanita tidak menyangka rakannya yang juga ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sanggup menipunya sehingga mengalami kerugian kira-kira RM200,000.
Wanita maut direnjat elektrik
![]() |
MAHADI menunjukkan lokasi Sazila terjatuh selepas terkena renjatan elektrik di Kampung Simpangan, Tumpat semalam. |
TUMPAT - Malang menimpa seorang wanita apabila dia mati selepas terkena renjatan elektrik ketika sedang menaiki tangga rumah mentuanya di Kampung Simpangan dekat sini semalam.
Hidang kopi sedap sebelum ajal
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my

Satu keluarga mangsa dera
berita@kosmo.com.my
JOHOR BAHRU – “Saya juga pernah menjadi mangsa dera suami sendiri.” Demikian pengakuan Nur Aquilla Razali, 27, ibu kepada Nur Dania Qistina, 3, yang meninggal dunia disyaki didera di Kampung Sungai Tiram di sini Ahad lalu.
Menurut Aquilla, dia telah didera sejak setahun lalu. Ekoran tidak tahan, dia membuat laporan polis tahun awal tahun ini dan kini dalam proses untuk bercerai.
Suaminya dan seorang wanita kini direman sehingga 17 Januari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.
“Suami sering menyepak dan menerajang saya sejak setahun lalu. Tidak tahan dengan perbuatannya, saya meminta cerai,” ceritanya ketika ditemui selepas membuat laporan berhubung penderaan anak sulungnya, Nur Dania Batrisha, 5, di Balai Polis Johor Jaya di sini semalam.
Nur Dania Batrisha dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas disyaki turut menjadi mangsa dera. Matanya bengkak dan masih ada kesan darah beku.
osmo! Online - NegaraPeniaga dijel rogol gadis anak yatim

Pesawat AirAsia terbabas

KUCHING - Sebaik-baik sahaja pesawat AirAsia mendarat, percikan api terhasil lantaran geseran yang berlaku antara sayap kanannya dengan landasan. Ruang kabin pula dipenuhi asap.
Bagasi yang diletakkan di ruang simpanan bertaburan. Lebih cemas lagi apabila penumpang dan anak kapal langsung tidak diberikan bantuan ketika mereka lari di padang berlumpur sebaik pintu pesawat dibuka.
Pengalaman ngeri pukul 10.02 malam kelmarin itu begitu mencemaskan buat 124 penumpang dan enam anak kapal pesawat jenis Airbus syarikat penerbangan tambang murah AirAsia yang tergelincir dan terbabas dari landasan sewaktu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini.
Kejadian berlaku sewaktu pesawat AK5218 dari Kuala Lumpur itu melakukan pendaratan dalam hujan lebat.
Bagaimanapun, penumpang dan anak kapal terselamat tetapi empat daripada mereka cedera.Kosmo! Online - Negara