Search This Blog

Tuesday, January 11, 2011

Angka Korban Banjir Di Australia Semakin Meningkat



11/01/2011 13:15:32 

Angka korban akibat banjir yang melanda Queensland, Australia dijangka terus meningkat.

Kejadian banjir kilat di Toowoomba semalam meragut lapan nyawa dan menyebabkan 72 mangsa lagi disahkan masih hilang.

Pasukan penyelamat bertungkus-lumus membantu 40 mangsa yang terperangkap di atas bumbung kediaman masing-masing di Lockyer Valley.

Kejadian ribut petir dan hujan lebat juga menggugat operasi menyelamat dengan helikopter.

Pemimpin wilayah Queensland, Anna Bligh menggambarkan situasi banjir terkini sangat buruk dan mendesak.

Setakat ini angka korban rasmi direkod adalah 18 orang sejak banjir bermula tiga minggu lalu.

Arus deras banjir kilat kini bergerak ke kawasan pesisir pantai, memaksa ribuan penduduk di kawasan rendah Brisbane berpindah.

Operasi menyelamat kini tertumpu di kawasan yang terjejas teruk, Murphy's Creek dan Grantham.

Pelancong Ireland Maut Digigit Anjing Lebih 50 Kali



11/01/2011 14:36:10 

Lebih 50 gigitan disahkan, dikesan pada seluruh badan, muka dan kepala seorang pelancong Ireland yang maut akibat diterkam dua ekor anjing di sebuah ladang di Teluk Bahang, Pulau Pinang, Ahad lalu.

Ia disahkan pakar patalogi hasil bedah siasat ke atas mangsa, Sullivan Moreris, 50 tahun.

Datuk Dr Bhupinder Singh dari Hospital Pulau Pinang mengesahkan Moreris mati akibat pendarahan teruk ekoran gigitan itu malah kedua-dua cuping telinga mangsa putus, akibat digigit kedua-dua ekor anjing itu.

Satu daripada cuping telinga itu ditemui di tempat kejadian, manakala satu lagi telinga masih hilang.

Dalam kejadian Ahad lalu, Moreris bersama teman wanitanya berusia 28 tahun melawat sebuah ladang herba di Teluk Bahang.

Mangsa yang sedang mengambil gambar, tiba-tiba diserang dua ekor anjing jenis "Mongrel" milik, pemilik ladang.

Polis masih mengambil keterangan pemilik anjing, Joseph Teoh dan isterinya untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Pengarah Veterinar Pulau Pinang, Dr Wan Mohd Kamil Wan Nik berkata, kedua-dua ekor anjing itu kini diletak di bawah pengawasan Jabatan Veterinar selama 10 hari.

Yana kembali pada keluarga

S


BAGAN SERAI - Misteri kehilangan pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Abu Bakar Al-Baqir, Intan Liana Abu Bakar, 15, atau lebih mesra dengan panggilan Yana, 3 Januari lalu terjawab apabila remaja itu pulang ke rumahnya tengah hari, kelmarin.

:Ibu, Norhayati Mokhtar, 43, berkata, sejak kehilangan anaknya dilaporkan di dalam akhbar, dia dan suami, Abu Bakar Mustafa, 44, banyak menerima panggilan yang mendakwa terlihat kelibat Yana.

Menurutnya, empat malam berturut-turut dia, suami dan keluarga mencari Yana di Taiping setelah menerima panggilan daripada orang awam namun, masih tidak dapat menemui Yana.

“Pada petang Sabtu 8 Januari kira-kira jam 5 petang, barulah saya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Yana yang mengatakan dia ada di rumah emak angkatnya di Pantai Remis.

“Dia menyatakan mahu pulang dan meminta saya menunggunya di Stesen Bas Taiping,” katanya.

Norhayati berkata, dia, suami, keluarga dan jiran segera ke Taiping untuk menunggu tetapi hingga tengah malam dan awal pagi Yana tidak juga muncul.

“Pada jam 9 pagi Ahad lalu, saya menerima mesej sekali lagi daripada Yana mengatakan dia akan pulang dengan menaiki bas dari Pantai Remis ke Taiping dan meminta jangan dihebohkan kepada orang ramai.

“Sekali lagi saya dan keluarga bergegas ke Stesen Bas Taiping untuk menunggu kepulangannya. Kira-kira jam 12.05 tengah hari, Yana turun daripada bas dan terus memeluk saya,” katanya.

Menurutnya, sebaik tiba di Stesen Bas Taiping, dia terus membawa Yana ke Balai Polis Bagan Serai untuk memaklumkan kepulangan anaknya.

“Di balai polis pihak pegawai polis menasihati Yana supaya sentiasa mendengar nasihat kedua ibu bapa.

“Kira-kira jam 2.30 petang Yana selamat pulang ke rumah, ramai keluarga menyambutnya, tetapi dia enggan bergambar sebaiknya terus masuk ke dalam bilik dan tidur,” katanya.

Norhayati berkata, Yana hanya memberitahu pada pagi Isnin 3 Januari lalu, dia tidak ke sekolah, tetapi ke Kuala Parit Haji Taib Dua, Bagan Serai dengan menaiki bas ke Taiping.

“Sampai di Taiping dia naik teksi hingga ke Pantai Remis untuk ke rumah emak angkat yang tidak dinyatakan namanya.

“Semasa di Pantai Remis dia hanya tinggal di dalam rumah dan tidak terjadi perkara yang tidak baik,” katanya.

Katanya, Yana tidak membaca berita kehilangannya di akhbar, kerana ibu angkatnya tidak membeli akhbar.

“Malah Yana tidak dapat menghubungi kami sekeluarga disebabkan telefon bimbitnya tidak berfungsi.

“Kami sekeluarga bersyukur Yana telah pulang dan berterima kasih kepada pihak yang bekerjasama mencari Yana, selepas ini satu majlis kesyukuran akan diadakan,” katanya.
H

Nelayan hilang, bot ditemui terapung

SH

KEPALA BATAS - Seorang nelayan dikhuatiri lemas apabila bot yang digunakannya untuk menangkap udang, ditemui terapung dalam keadaan enjin masih hidup di Bayrote berdekatan perairan Kuala Muda di sini, semalam.

Abdu Samad Zakaria, 53, dari Kampung Pulau Mertajam, Penaga, hilang dipercayai terjatuh dalam laut ketika sedang memukat udang berseorangan di kawasan itu yang berjarak lebih kurang 3.2 kilometer dari pantai Kuala Muda.

Isterinya, Noriah Hashim, 58, yang ditemui di rumahnya berkata, kejadian itu disedari sekumpulan nelayan yang dalam perjalanan pulang selepas memukat udang di kawasan berhampiran jam 10.30 pagi semalam.

“Mereka terkejut apabila mendapati bot suami terapung dalam keadaan enjin masih hidup manakala dia gagal ditemui.

“Mereka kemudian menunda botnya ke pangkalan sebelum memaklumkan kepada saya. Selepas itu, saya pergi buat laporan polis,” katanya.

Menurutnya, sekumpulan nelayan kampung itu kemudian melancarkan gerakan mencari sebelum disertai pihak bomba, Unit Marin Polis yang berpangkalan di Batu Uban, serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sejurus selepas itu namun, sampai kini suaminya masih gagal ditemui.

“Kali terakhir berjumpanya ialah lewat malam semalam selepas saya pulang daripada melawat keluarga di Bayan Lepas.

“Tiada perubahan ketara padanya meskipun saya memintanya tidak keluar ke laut berseorangan kerana faktor umurnya yang semakin meningkat,” katanya.

Mariah ialah isteri kedua Abdu Samad dan mereka yang sudah 13 tahun berkahwin tidak mempunyai anak. Abdul Samad sudah bekerja sebagai nelayan lebih 30 tahun.

“Saya berharap dia ditemui dalam keadaan selamat. Apa pun saya reda dengan ketentuan tuhan jika ditakdirkan dia sudah tidak ada,” katanya.

Sementara itu, Komandan Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth, Penguasa Kanan Bomba Dua Wan Azni Ahmad, semasa ditemui di pantai Kuala Muda mengetuai gerakan mencari dan menyelamat disertai 20 anggota bomba berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian itu pada jam 12.29 tengah hari semalam.

Katanya, pihaknya menggunakan beberapa bot selain menggunakan anggota dari Unit Skuba namun, disebabkan arus air yang kuat, pencarian hanya dapat dilakukan di permukaan laut sekitar kawasan itu sahaja.

Warga emas bersama GRO




SEREMBAN – Seramai 19 gadis yang dipercayai bertugas sebagai pelayan pelanggan (GRO) warga asing dan lebih 30 pelanggan yang asyik minum arak, ditahan dalam serbuan ‘Ops Noda’ di pusat hiburan Jalan Utam Sigh, di sini, kelmarin.

Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, kira-kira jam 8.20 malam.

Pegawai Operasinya, Cif Inspektor Hasbullah Hamzah berkata, semua GRO yang ditahan itu, masing-masing berumur dalam lingkungan 24 hingga 48 tahun.

Menurutnya, dalam serbuan berkenaan, pihaknya juga berjaya menahan beberapa warga emas berumur lewat 74 tahun yang sedang asyik melayan GRO yang dilanggan.

“Selain 32 pelanggan berumur 22 hingga 74 tahun, tiga wanita tempatan berumur lingkungan 40-an dipercayai ‘ibu ayam’ kepada semua wanita berkenaan turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Ketika serbuan, semua wanita asing terbabit leka melayan pelanggan masing-masing sebelum tersentak sejurus menyedari kehadiran pihak berkuasa,” katanya.

Bagaimanapun Hasbullah berkata, mereka tidak cuba melarikan diri dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang pemeriksaan dilakukan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati 19 wanita asing yang ditahan, masing-masing terdiri daripada 15 warga China dan empat warga Vietnam.

"Mereka mempunyai dokumen perjalanan yang sah tetapi telah disalahgunakan bagi tujuan melakukan perbuatan tidak bermoral," katanya.

Menurutnya, siasatan awal pihaknya mendapati premis yang beroperasi sejak tiga tahun lalu itu, pernah diserbu beberapa kali sebelum ini namun masih berdegil menjalankan kegiatan berkenaan.

"Justeru, tiga wanita tempatan yang ditahan dan dipercayai penjaga premis terbabit, akan disiasat me­ngikut Seksyen 56 (1) (d) Akta Imigresen kerana memberi perlindungan kepada warga asing.

"Sementara, semua GRO tersebut akan disiasat me­ngikut Seksyen 39B Peraturan Imigresen 1963 dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk tindakan lanjut," katanya.
SH

KHIANAT




SEA PARK – Rata-rata pengusaha butik pengantin sekitar SS2 dekat sini diselubungi kebimbangan berdepan kerugian besar selepas empat premis mengusahakan perniagaan tersebut menjadi sasaran perbuatan khianat.

Butik terbabit bukan sahaja dipecah masuk malah turut dibakar tanpa dikenal pasti motif sebenar.

Terbaru, dua premis di Jalan SS2/24 dipecah masuk manakala sebuah lagi hangus dibakar, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 4 pagi namun hnya disedari pemiliknya jam 7 pagi setelah dimaklumkan jirannya.

Pengurus Butik Tom Collection, Jimmy Phang, 45, berkata, apa yang menghairankan, tiada pula barangan berharga di premisnya dilarikan pelaku

“Saya rugi hampir RM100,000 kerana perabot pameran, aksesori dan sebahagian kedai terbakar,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Damansara, Pegawai Bomba Kanan 2, Shamsul Anwar Antang berkata, sepasukan bomba bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan jam 4.30 pagi.

“Api dapat dipadam sepenuhnya jam 5 pagi dan api agak cepat merebak kerana dekorasi di premis tersebut menggunakan bahan mudah terbakar,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, mengulas kejadian kebakaran di sebuah lagi butik pengantin pada 1 Januari lalu, Shamsul berkata: “Api dapat dikawal sepenuhnya jam 8.15 pagi dan sewaktu tiba ketika dapati kunci pintu kayu belakang sudah tercabut dan mempunyai kesan seolah-olah ianya ditendang manakala cermin kaca pada bahagian kiri premis didapati tidak berkunci.”.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan sedang dijalankan berhubung kejadian–kejadian membabitkan butik pengantin di kawasan tersebut.

“Kita masih cuba mengesan suspek terlibat dan setakat ini motif awal kejadian ini adalah khianat,” katanya.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 436 kanun keseksaan kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.
H

Sorok minyak masak




MUAR - Kemelut kekurangan bekalan minyak masak dalam pasaran memberi peluang kepada peniaga tamak untuk menyorokkan sejumlah minyak masak sebelum diagihkan kepada pembeli dalam pasaran gelap.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dari Putrajaya yang membuat intipan selama dua hari bermula di Melaka dan berakhir di Sungai Balang Besar, Muar, berjaya mengesan dan merampas 3,500 kilogram minyak masak bernilai kira-kira RM8,977 yang disembunyikan di dalam dua lori berhampiran premis perniagaan di Sungai Balang, di sini.

Ketua Cawangan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Muar, Mohd Basha Zainal Abidin Ali berkata, serbuan dilakukan pada Sabtu lalu, kira-kira jam 10.30 pagi oleh enam anggota pegawai KPDNKK dari Putrajaya yang diketuai Nazrulhisham Ismail.

Menurutnya, rampasan berkenaan melibatkan 117 kotak yang mengandungi minyak masak paket seberat satu kilogram dan 75 kotak minyak masak botol seberat lima kilogram.

“Anggota menerima maklumat bahawa lori berkenaan sarat mengandungi minyak masak seberat enam tan. Namun, pihaknya hanya berjaya merampas 3.5 tan minyak masak ketika serbuan ini dilakukan,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, modus operandi yang digunakan oleh peniaga berkenaan ialah dengan mengambil bekalan minyak masak daripada ‘Repackers’ di Melaka dan menjual kepada mana-mana pembeli di sini.

“Hasil pemeriksaan mendapati peniaga lelaki berusia 46 tahun ini tidak mempunyai lesan menjual minyak masak.

“Turut dirampas dan disita ialah dua lori jenis Isuzu dan Daihatsu milik peniaga berkenaan,” katanya.

Mohd Basha Zainal Abidin berkata, barang-barang rampasan dan peniaga terbabit diserahkan kepada Pejabat PDNKK cawangan Muar untuk siasatan lanjut.

“Rampasan ini merupakan pertama kali di daerah Muar bagi tahun ini dan memberi amaran kepada peniaga agar tidak melanggar peraturan perdagangan yang boleh dikenakan hukuman berat.

“Kes disiasat di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana menjalankan perniagaan secara borong barang kawalan minyak masak tanpa lesen,” katanya.

Dalam pada itu, siasatan yang menyeluruh juga sedang dijalankan terhadap pembekal dan pembeli minyak masak.

“Suspek boleh didakwa di bawah Seksyen 22, Akta Kawalan Bekalan, 1961 dan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun.

“Manakala sesebuah syarikat boleh didenda tidak melebihi RM250,000, jika sabit kesalahan,” katanya.
SH

Perompak cucuk perut isteri




KAMPUNG KETAPANG HILIR – “Saya hanya memikirkan keselamatan isteri dan anak sulung yang berada dalam kandungannya,” kata L Ananthan, 36, ketika menceritakan detik cemas rumahnya dipecah masuk dua perompak bersenjatakan pisau, awal pagi kelmarin.
Ananthan berkata, ketika kejadian, dia dan isteri, N Indradewi, 36, sedang nyenyak tidur di bilik utama kediaman mereka.

Menurutnya, dia terdengar isterinya menjerit mengatakan ada orang masuk ke dalam bilik mereka sebelum dua perompak meluru dan mengacukan pisau ke perut isteri serta lehernya.

“Saya tergamam dan tidak mampu berbuat apa-apa sebelum tangan, kaki dan mulut saya diikat dengan pita pelekat hitam. Saya juga dipukul bertubi-tubi di muka dan beberapa bahagian badan kerana cuba melawan.

“Apabila melihat isteri yang mengandung lapan bulan menangis ketakutan dan kesakitan akibat perutnya dicucuk-cucuk dengan pisau oleh salah seorang perompak, saya :meng�alah dan membiarkan mereka menyelongkar bilik untuk mencari barangan berharga,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Jalan Ketapang Tengah, di sini.


Perompak bertindak agresif

Ananthan berkata, kedua-dua perompak itu juga bertindak agresif apabila mengancam untuk membunuhnya jika isterinya tidak memberikan nombor pin kad bank yang dijumpai mereka.

“Isteri saya terpaksa memberikan nombor pin terbabit, namun memberitahu tidak menyimpan barang kemas di rumah. Bagaimanapun perompak berkenaan terus menggeledah dan menemui wang tunai RM500 dan beberapa barangan kemas yang tersimpan.

“Saya berjaya meleraikan ikatan pita pelekat di tangan namun belum sempat bertindak, saya dipukul dan dibawa ke bilik sebelah sebelum isteri saya turut diletakkan bersama saya di bilik sama,” katanya.

Menurutnya, pada masa sama dia terdengar ada orang berbisik di luar rumah dan percaya kumpulan perompak terbabit melebihi dua orang yang menunggu di luar rumah bagi mengawal keadaan.

“Kira-kira selepas 10 minit menggeledah rumah, mereka keluar bersama barangan yang diambil dan melarikan diri dengan sebuah kereta sebelum sempat saya melepaskan diri.

“Saya cuba mengejar mereka, namun gagal. Saya kemudiannya menghubungi polis dan meminta bantuan rakan di bengkel kereta berdekatan,” katanya.


Isteri fobia

Ananthan berkata, selain wang tunai dan barangan kemas, perompak terbabit turut melarikan beberapa barangan antik yang disimpan sebagai perhiasan di rumahnya.

“Mereka memecah masuk melalui tingkap bilik belakang yang diumpil dan berada di dalam rumah kira-kira 45 minit sebelum melarikan diri.

“Saya tidak mahu melawan selepas perompak-perompak berkenaan bertindak agresif terutamanya mencucuk perut isteri dengan pisau selain bimbang dengan keselamatan diri,” katanya.

Kerana masih fobia dengan kejadian itu, isteri Ananthan kini masih berada di rumah ibunya di Kuantan.

Ananthan berkata, selepas ini dia akan memasang gril besi bagi mengelak kejadian seperti itu berulang lagi.

“Saya percaya polis akan dapat menangkap suspek berikutan saya mengecam suara dan bentuk fizikal mereka. Saya yakin perompak ini adalah penduduk tempatan,” katanya.

Dia yang melakukan kerja kontrak mengambil barangan lusuh berharap pihak berkuasa dapat mengesan perompak berkenaan dan menjatuhkan hukuman setimpal di atas perbuatan mereka.

“Saya dan isteri bersyukur kerana anak dalam kandungannya tidak terjejas, selain turut berharap kejadian seumpama ini tidak berulang lagi dan dapat menjalani hidup seperti biasa," katanya.


Kes masih disiasat

:Sementara: itu, Pegawai Turus Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Noor Asyikin Shamsuri berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, perompak berjaya melarikan sejumlah barang kemas, wang tunai dan beberapa barangan berharga milik mangsa dianggarkan berjumlah RM10,000.

Menurutnya, kedua-dua mangsa bagaimanapun terselamat dan tidak dicederakan.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.SH

Dua rakan dijel 4 tahun

SH


KOTA BHARU – Dua rakan dari Kuala Lumpur dijel empat tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas dua pertuduhan pilihan memiliki pistol dan ‘magazine’ senjata itu, pada 15 Mac lalu di Rantau Panjang.

Dalam pertuduhan pindaan pertama, Sharull Salleh, 27 dan Rose Azmeer Roseli, 20 didakwa memiliki sepucuk pistol buatan sendiri calibre.45 tanpa nombor siri, jenama, tanpa lesen atau permit dikeluarkan berdasarkan Seksyen 4 Akta Senjata 1960.

Bagi pertuduhan pindaan kedua pula, tertuduh pertama yang masih bujang dan bekerja sebagai penghantar geran (runner) JPJ manakala tertuduh kedua yang bekerja kilang didakwa memiliki seunit kelopak (magazine) senjata api pistol semi auto tanpa lesen.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan pangkalan haram Tok Awang Tinggi, Rantau Panjang, Pasir Mas pada jam 9.15 malam, 15 Mac 2010.

Mereka melakukan kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960. Jika sabit kesalahan boleh dijel tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.

Hakim Irwan Suainbon dalam penghakimannya berkata, kedua-dua tertuduh disabitkan atas kesalahan itu dan mahkamah mengambil kira pengakuan mereka, fakta kes dan juga rayuan mereka.

“Oleh itu mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun bagi pertuduhan pilihan pertama dan empat tahun juga bagi pertuduhan pilihan kedua mulai tarikh tangkapan pada 13 Mac lalu.

“Hukuman ini berjalan serentak. Sementara itu permintaan kedua-dua tertuduh untuk menjalani hukuman di Penjara Kajang yang berdekatan tempat tinggal mereka adalah atas budi bicara pihak penjara,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Azhari pula menegaskan kesalahan yang dilakukan kedua-dua tertuduh serius kerana membahayakan masyarakat.

“Hasil laporan pemeriksaan yang dijalankan mendapati ia senjata api buatan sendiri dan walaupun tidak dapat melepaskan tembakan namun masih boleh digunakan jika dibaiki.

“Senjata ini juga didapati pernah digunakan sebelum ini berdasarkan kesan-kesan yang terdapat padanya. Kedua-dua tertuduh juga berkongsi wang tunai semata-mata ingin membeli senjata api ini,” katanya.

Menurutnya, mereka ke Rantau Panjang dari Kuala Lumpur menaiki kereta dan parkir di tempat kejadian sebelum menyeberangi Sungai Golok dengan perahu untuk ke Thailand membeli senjata itu.

Katanya, faktor umur kedua-dua tertuduh tidak seharusnya menjadi alasan meringankan hukuman terhadap mereka kerana kedua-duanya berkongsi wang untuk membeli pistol itu.

Asmah lalu memohon mahkamah mengenakan hukuman yang boleh memberi pengajaran kepada mereka dan masyarakat.

Terdahulu, peguam bela tertuduh pertama dan kedua, Che Azmi Che Omar dan Mohaji Selamat memohon mahkamah mengambil kira pengakuan bersalah anak guam mereka dan mengenakan hukuman ringan serta ia dijalankan serentak.

“Tertuduh pertama bekerja sebagai ‘runner’ atau penghantar geran JPJ dengan pendapatan RM1,000 sebulan serta tinggal bersama ibu orang kelainan upaya (OKU) berusia 60 tahun di rumah sewa,” kata Che Azmi.

Mohaji pula berkata, senjata api buatan sendiri itu tidak berfungsi dan tiada peluru dijumpai oleh pihak polis.

“Faktor ia membahayakan masyarakat minimum berbanding senjata api yang berpeluru. Kes ini juga bukan sering berlaku seperti kes dadah atau ragut,” katanya.

Ahli Kongres Demokrat Amerika ditembak stabil


Ahli Kongres Demokrat Amerika ditembak stabil


2011/01/11

Otak Giffords cedera teruk, tujahan peluru tak berbahaya

TUCSON: Anggota kongres Amerika Syarikat, Gabrielle Giffords yang ditembak pada jarak dekat Sabtu lalu cedera teruk di otak, namun tujahan peluru yang tidak berbahaya membawa petanda baik untuk pemulihannya.
Doktor di Pusat Perubatan Universiti (UMC) di sini berkata, Giffords yang menjalani pembedahan dua jam bernasib baik kerana peluru itu tidak menembusi bahagian tengah otak.
“Disebabkan itu, Giffords berupaya berkomunikasi dengan kami pagi ini menerusi arahan mudah,” kata ketua pakar pembedahan saraf, Dr Michael Lemole.

Suspek yang dikenali sebagai Jared Lee Loughner, 22, dihadapkan ke mahkamah Arizona semalam di atas dakwaan cuba membunuh ahli Kongres itu dengan menembaknya di kepala.

Loughner juga didakwa dengan dua tuduhan membunuh tahap pertama, selain dua cubaan membunuh. Pendakwa berkata, dakwaan lain juga boleh difailkan.

Suspek melepaskan tembakan dengan satu pistol semi-automatik dalam satu perhimpunan dianjurkan.
Giffords di luar sebuah pasar raya di sini Sabtu lalu, mengorbankan enam orang, termasuk budak perempuan sembilan tahun. Empat belas orang turut cedera.

“Giffords, 40, seorang ahli Kongres Demokrat dan sepupu kepada pelakon Gwyneth Paltrow, tidak mengalami pendarahan teruk pada otak atau bahagian lebih besar pada tisu otak yang lemah,” kata Lemole.

Namun doktor menegaskan ia adalah satu kecederaan parah.

“Ini bukan kecederaan geseran ke atas otak. Ini adalah satu kecederaan teruk yang meliputi keseluruhan garis panjang otak pada bahagian kiri,” kata pengarah perubatan trauma di UMC, Dr Peter Rhee.

Peluru itu menembusi bahagian belakang kepala dan keluar di atas kening Giffords, beliau menambah.

“Giffords masih belum lagi dapat membuka mata dan tidak boleh bercakap kerana menggunakan alat bantuan pernafasan, namun beliau boleh menggenggam tangan dan mengangkat jari,” kata doktor.

“Kita menganggap arahan mudah seperti itu tidak penting, namun ia memberi petunjuk fungsi peringkat tinggi pada otak,” kata Lemole.

Rhee berkata, Giffords akan mengalami sesetengah kemerosotan sel otak.

“Ia masih terlalu awal, kami tidak tahu apa kekurangan yang akan dialami beliau pada masa akan datang,” kata Rhee.

Walaupun yakin terhadap pemulihan Giffords, doktor tetap berhati-hati dengan menyatakan ada bahagian otak yang kurang toleransi terhadap gangguan. – Reuters
Berita Harian Online

Banjir kilat ragut 4 nyawa

Berita Harian Online | Banjir kilat ragut 4 nyawa:


2011/01/11

BRISBANE: Ketika banjir besar di timur laut Australia belum menunjukkan tanda pulih sepenuhnya, wilayah itu sekali lagi dilanda banjir kilat dan banjir lumpur, menyebabkan empat orang terbunuh, manakala sebilangan penduduk terperangkap dalam kenderaan dan yang lain terpaksa berpaut di dahan pokok.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Queensland, Ian Steward, berkata air berlumpur dan arus deras melanda bandar Toowoomba di barat Brisbane menyebabkan dua orang, termasuk seorang pejalan kaki terbunuh.
Rakaman video di tempat kejadian menunjukkan seorang lelaki berpaut pada pokok ketika air deras melimpah ke jalan raya menyebabkan kenderaan terbalik, manakala sebuah van terhumban ke sebatang pokok.
“Banjir lumpur melanda secara tiba-tiba,” katanya.

Perkembangan terbaru ini meningkatkan lagi kebimbangan penduduk yang belum pulih daripada banjir dan hujan lebat berterusan sejak beberapa minggu lalu, menjejaskan 200,000 penduduk dan menyebabkan 11 orang terbunuh setakat ini.

Jalan raya dan landasan kereta api terputus hubungan di Queensland, manakala industri perlombongan arang batu ditutup. Pada masa sama, penternakan lembu dan pertanian di sebahagian besar negeri itu juga lumpuh. – AP"

Penumpang hilang ditemui selamat





2011/01/11

Nahas korbankan 77 orang dalam cuaca buruk

TEHRAN: Seorang penumpang nahas pesawat Iran Air yang dilaporkan hilang kelmarin dijumpai selamat semalam, mengekalkan jumlah keseluruhan yang terbunuh 77 orang.
“Malangnya, 77 warga Iran terbunuh dan 28 lagi cedera serta dimasukkan ke hospital,” kata televisyen tempatan Iran semalam yang memetik maklumat daripada pihak polis.
Antara yang cedera ialah seorang warga Turki dan dua orang warga Iraq.
Pesawat Boeing 727 terhempas berhampiran bandar Orumiyeh kira-kira jam 7.45 malam waktu tempatan dipercayai akibat cuaca buruk kelmarin, kata seorang pegawai wilayah Azerbaijan Barat.

Televisyen turut menyiarkan imej pesawat yang terputus tiga itu dan tertanam di dalam salji tebal. Beberapa mayat yang diselimuti kain kelihatan di atas salji berdekatan kawasan serpihan pesawat itu.

Pesawat membawa 105 orang termasuk 94 penumpang dan 11 krew penerbangan.
Berdasarkan maklumat terkini, selepas penumpang yang hilang ditemui, 77 orang terbunuh dan 28 cedera dalam nahas itu, kata ketua jawatankuasa krisis Kementerian Pengangkutan dan Jalan Iran, Ahmad Majidi kepada ISNA.

Majidi berkata, cuaca buruk adalah punca utama tragedi ini.

“Berdasarkan bukti, kapten pesawat tidak dapat mendarat di Lapangan Terbang Orumiyeh berikutan cuaca buruk dan beliau memutuskan untuk kembali ke Tehran.
Bagaimanapun, tanpa sebab yang diketahui pesawat itu terhempas kira-kira lapan kilometer dari lapangan terbang,” katanya.

Pegawai Kementerian Pengangkutan memberitahu satu daripada dua kotak hitam pesawat sudah dijumpai dan ia dijangka dapat membantu penyiasatan.

Gabenor Wilayah Azerbaijan Barat, Vahid Jalalzadeh berkata juruterbang terputus hubungan dengan lapangan terbang sebelum ia hilang dari radar.

“Kemudian, pesawat terhempas di kawasan perkampungan dan penduduk kampung memaklumkan pihak berkuasa mengenai tragedi itu. Ada sebahagian penumpang berjaya keluar dengan sendiri dan ada juga yang dibantu penduduk kampung serta dihantar ke hospital,” katanya.

Pegawai Bulan Sabit Merah Iran memberitahu televisyen tempatan, pesawat itu terhempas ke tanah dan pecah. “Syukur tiada kebakaran,” katanya. – AFP
Berita Harian Online | Penumpang hilang ditemui selamat

'Samseng' Jalan Sentul



Oleh Halina Mohd Noor
halina@bharian.com.my
2011/01/11

MASALAH lembu  mengganggu lalu lintas setiap petang di sekitar Bandar Baru Sentul masih berterusan.
MASALAH lembu mengganggu lalu lintas setiap petang di sekitar Bandar Baru Sentul masih berterusan.
PBT didesak bertindak terhadap penternak salah guna kemudahan awam

SENTUL: Kesengsaraan penduduk dan pengguna jalan raya di Bandar Baru Sentul (BBS) yang terpaksa berkongsi jalan dengan segerombolan lembu yang pulang selepas meragut rumput di padang bersebelahan kawasan komersial Boulevard sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas setiap petang di Jalan Sentul, masih berterusan.
Berikutan itu, orang ramai meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menyalahgunakan kemudahan awam hingga menimbulkan kesesakan lalu lintas setiap hari untuk kepentingan peribadi apabila jalan itu digunakan untuk laluan ternakannya pulang ke kandang.
Tinjauan ke kawasan itu sekitar jam 3 petang, mendapati sekurang-kurangnya 30 ekor lembu meragut rumput di kawasan lapang bersebelahan Boulevard sebelum ternakan itu dihalau turun ke jalan raya untuk pulang ke kandang oleh pengembala setengah jam kemudian.

Pengguna jalan raya yang sedang melalui simpang empat menghala ke Jalan Ipoh/ Mahameru dan ke Bandar Baru terpaksa berhenti sehingga sejam menyebabkan kesesakan di situ apabila gerombolan lembu berkenaan melintas dan berjalan di tengah jalan raya.

Lebih menjijikkan, najis lembu berselerakan di atas jalan sehingga menimbulkan bau kurang menyenangkan dan keadaan itu memang tidak sesuai untuk sebuah bandar yang semakin moden dan maju seperti BBS.

Menurut penduduk dan pengguna, kehadiran kumpulan lembu yang tidak diketahui pemiliknya itu bukan perkara baru tetapi sudah wujud sejak setahun lalu, malah bukan saja di Boulevard tetapi lembu berkenaan sengaja dibiarkan di kawasan lapang lain termasuk ke kawasan taman perumahan.
Pesara tentera, Zakaria Awang, 42, berkata kumpulan lembu berkenaan biasanya kelihatan melintasi jalan antara jam 3 hingga jam 4 petang ketika kenderaan banyak melalui jalan berkenaan dan keadaan itu bukan saja menjejaskan pemanduan, malah boleh menyebabkan kemalangan.

“Saya tinggal di Jalan Ipoh tetapi setiap hari melalui Jalan Sentul untuk menghantar dan menjemput isteri pulang dari kerja di klinik di sini sekitar jam 3.30 petang. Pada masa itu, biasanya gembala akan menghalau lembu berkenaan turun melintas dan berjalan di atas jalan raya.

“Ia bukan saja menyebabkan kesesakan di simpang empat tetapi juga membahayakan nyawa pengguna di sini. Pertama kali melihatnya, saya agak terkejut dan hairan mengapa pihak berkuasa tempatan tidak mengambil tindakan mengatasinya,” katanya yang mendakwa keadaan itu tidak sepatutnya wujud di tengah bandaraya.

Beliau berkata, lembu berkenaan akan dihalau untuk menaiki lori tiga tan yang menunggu di tepi jalan sebelum diangkut ke kandang yang didakwanya bersebelahan sungai berhampiran di situ.

“Kandang itu agak tersorok di bawah sungai dan tidak dapat dilihat dari luar jalan raya. Di depan kandang itu didirikan khemah tetapi saya kurang pasti tujuannya dan mungkin digunakan untuk pekerja yang menjaga lembu itu,” katanya.
Berita Harian Online | 'Samseng' Jalan Sentul

Tingkat 14 ‘port’ bunuh diri



Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi

2011/01/11

Penghuni flet minta pihak berkuasa pasang jeriji



SEREMBAN: Penduduk Rumah Pangsa Jalan Tun Dr Ismail di sini, resah kerana kediaman mereka menjadi pilihan individu untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan dua blok 14 tingkat itu.
Sejak diduduki pada 1966, lebih 60 kes bunuh diri dilaporkan berlaku menyebabkan penduduk bimbang apabila melihat kehadiran orang tidak dikenali kerana dikhuatiri mereka datang untuk menamatkan kehidupan mereka di situ.
Dalam kejadian terbaru bulan lalu, seorang wanita berusia 30-an terjun dari bangunan itu selepas datang ke rumah pangsa berkenaan bersama anaknya berusia 10 tahun. Mangsa naik hingga tingkat 14 dan kemudian terjun seorang diri dan mati di tempat kejadian.

Berikutan kes bunuh diri setiap tahun berlaku di situ, menyebabkan penduduk yang mengalami trauma melihat keadaan mayat terdampar selepas jatuh dari bumbung bangunan, menggesa pihak berkuasa menangani masalah itu.

Antara cadangan penduduk bagi mengelak kejadian sama berlaku lagi tahun ini ialah memasang jeriji di bahagian tertentu bangunan atau memagar kawasan itu bagi mengelak orang luar memasuki kawasan berkenaan.

Penghuni yang hanya mahu dikenali sebagai Wong, 45, hairan kerana rumah pangsa itu menjadi tempat popular untuk membunuh diri kerana sejak tinggal di situ kira-kira 10 tahun lalu, dia mengaku melihat banyak kejadian membunuh diri hingga menimbulkan kebimbangan seolah-olah kejadian itu tidak berkesudahan.
"Saya cadangkan pihak berkuasa memasang jeriji di tingkat atas bangunan kerana kebanyakan mereka yang mahu melakukan perbuatan tidak baik itu memilih terjun dari tingkat paling atas.

"Mungkin mereka memang berniat mahu membunuh diri dan tidak mempedulikan perasaan penduduk di sini yang trauma kerana terpaksa melihat mayat mereka yang terdampar di bawah,” katanya.

Peniaga, S Devi, 37, yang berniaga di kawasan itu sejak 1999 juga mengetahui banyak kejadian bunuh diri berlaku di situ, walaupun tidak pernah menyaksikan kejadian berkenaan.

"Saya mahu pihak berkuasa mewujudkan kaedah yang hanya membenarkan penghuni memasuki kawasan perumahan ini dengan membina pagar dan menempatkan pengawal keselamatan.

“Ia bukan saja dapat mengelak kejadian bunuh diri berulang, malah memastikan keadaan keselamatan penduduk lebih terjamin,” katanya.
Berita Harian Online | Tingkat 14 ‘port’ bunuh diri

Penyamun bermotor sasar wanita


Penyamun bermotor sasar wanita
Oleh Md Fuzi Abd Lateh

2011/01/11

Mangsa diekori dari bank hingga ke rumah



BUKIT BERUNTUNG: Penduduk beberapa kawasan perumahan di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa dekat sini bimbang untuk berurusan dengan sebuah bank di Jalan Melati berikutan wujud sekumpulan penjenayah menyamun pelanggan wanita yang mengeluarkan wang di bank itu, yang semakin berleluasa sekarang.
Penjenayah dikatakan menggunakan modus operandi sama iaitu menyamun mangsa terbabit dengan mengekori mereka menaiki motosikal hingga ke rumah dengan kes terbaru berlaku membabitkan dua mangsa, minggu lalu.
Mangsa, Norhasimah Harun, 43, berkata kejadian berlaku Jumaat lalu apabila beliau bersama rakannya disamun di kawasan perumahan Taman Adenium, pada jam 12.30 tengah hari.

Katanya, penjenayah dipercayai menjadikan beberapa restoran di Jalan Melati sebagai lokasi mereka melepak untuk memantau mangsa khususnya wanita yang mengeluarkan wang di bank berkenaan.

"Penjenayah menunggang motosikal bersama rakannya itu mengekori kami bermula dari bank hingga ke rumah. Mereka menggunakan palam pencucuh yang diubahsuai untuk memecahkan cermin kereta Proton Wira saya sebelum melarikan beg tangan berisi wang tunai RM800, Mykad, buku dan kad mesin ATM sebuah bank dalam sekelip mata," katanya kepada Sentral di sini semalam.

Berikutan itu, beliau berkata, penduduk merayu polis membanteras segera kes berkenaan dengan kerap membuat rondaan di kawasan terbabit. Katanya, polis juga perlu membina pondok sementara di kawasan terbabit bagi membantu mengawasi keadaan semasa supaya kejadian sama tidak berulang.
"Sebelum ini, kes samun itu berlaku di taman ini dua minggu lalu apabila penjenayah menyamun wanita yang baru pulang dari bank berkenaan, menyebabkannya kerugian RM300 dan hilang beberapa dokumen penting,” katanya.

Sementara itu, Norhayu Hanafi, 27, berkata pengurusan bank berkenaan sepatutnya mengambil langkah keselamatan dengan menghebahkan kejadian yang berlaku kepada orang ramai supaya mereka lebih berwaspada.

"Kejadian yang berlaku menyebabkan kami bimbang dengan keselamatan diri selepas berurusan dengan bank ini dan antara langkah yang diambil bagi mengelak kejadian itu termasuk menyimpan beg tangan di tempat selamat dan tersembunyi dalam kereta supaya gagal disamun penjenayah," katanya.

Peniaga, Teh Pek Hua, 43, berkata orang ramai tiada pilihan, sebaliknya terus berurusan di bank itu kerana kemudahan berkenaan satu-satunya yang ada di Bukit Beruntung.

"Saya takut dan bimbang berhubung kes penjenayah sering berkeliaran di kawasan ini untuk mencari mangsa terbaru. Penduduk berharap tindakan pantas anggota polis mengawal kawasan ini mampu mengekang masalah itu daripada berleluasa," katanya.
Berita Harian Online | Penyamun bermotor sasar wanita

Jumlah kematian banjir Sri Lanka meningkat

Berita Harian Online | Jumlah kematian banjir Sri Lanka meningkat:

2011/01/11

COLOMBO: Jumlah kematian akibat banjir dan tanah runtuh di beberapa daerah di Sri Lanka kini meningkat kepada 13 orang termasuk empat mangsa terbaru dilaporkan sejak hujung minggu lalu.

Jabatan Pengurusan Bencana Alam berkata, kira-kira 120,000 orang pula terpaksa dipindahkan dan ditempatkan di kawasan berkhemah.
Kerajaan negara itu sudah mengarahkan tentera udara dan tentera laut untuk menghantar makanan serta menyelamatkan penduduk terutama di daerah yang paling terjejas iaitu Batticaloa. - AP"

Susilo arah gabenor bertindak tegas



gambar bertarikh 5 julai, 2010 pemandangan dari udara merakamkan bukit gondol bagi memberi laluan kepada pembukaan ladang kelapa sawit di daerah Ketapang, wilayah Kalimantan barat. - REUTERS



JAKARTA 10 Jan. - Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono hari ini mengarahkan gabenor-gabenor wilayah supaya mengambil tindakan lebih tegas ke atas syarikat perlombongan dan perladangan yang terus memusnahkan kawasan hutan di negara ini.
Indonesia dianggap negara pengeluar gas rumah hijau ketiga terbesar di dunia, terutamanya disebabkan kegiatan pemusnahan hutan yang berleluasa oleh industri minyak sawit, kertas dan perlombongan dan gejala rasuah.
"Sebilangan operasi perlombongan dan perladangan mendatangkan kemusnahan kepada alam sekitar.
"Saya menggesa para gabenor supaya mengambil tindakan lebih tegas terhadap syarikat terlibat," kata Susilo pada forum kebangsaan yang dihadiri oleh pegawai atasan di ibu negara ini.
Presiden itu berkata, beliau sendiri akan memantau untuk memastikan arahannya dilaksanakan.
Kerajaan Susilo menghadapi tekanan daripada pertubuhan pencinta alam untuk melaksanakan pembekuan sementara selama dua tahun ke atas kegiatan pembersihan hutan dan tanah gambut, yang sepatutnya bermula pada 1 Januari tahun ini.
Norway pada Mei lalu bersetuju menyumbang AS$1 bilion (RM3.1 bilion) bagi membantu Indonesia memerangi kegiatan pemusnahan hutan.
"Usaha besar-besaran dilakukan oleh industri-industri terlibat dan wakil mereka dalam kerajaan menerusi Kementerian Perhutanan untuk merosakkan, melemahkan dan menggendalakan pelan tindakan itu," kata aktivis perlindungan hutan Greenpeace, Joko Arif pada Jumaat lalu.
Menurut Joko, Presiden perlu mematahkan segala usaha itu dan memastikan kerajaan beliau dapat melaksanakan amalan terbaik seperti yang disyorkan oleh masyarakat sivil dan seperti yang dituntut di bawah perjanjian dengan Norway. - AFP

Wanita Saudi dipenjara 3 tahun dera amah Indonesia


RIYADH 10 Jan. - Mahkamah Arab Saudi di Madinah semalam menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas seorang wanita warga Arab Saudi kerana menikam dan memukul pembantu rumahnya warga Indonesia serta melekap seterika ke atas tubuh gadis itu.
Wanita Saudi itu tetap mendakwa dia tidak bersalah dan tidak menyebabkan kecederaan ke atas Sumiati Salan Mustapa, 23, lapor akhbar al-Watan, hari ini.
Majikan itu dikenakan hukuman di bawah perintah diraja yang berkuat kuasa baru-baru ini bagi memerangi pemerdagangan manusia, menurut laporan yang memetik kenyataan peguam bagi konsulat Indonesia, Abdulrahman al-Muhamadi.
Muhamadi berkata, beliau akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu bagi memohon hukuman lebih berat.
Sumiati hadir di mahkamah pada minggu lepas untuk menunjukkan kesan-kesan kecederaannya kepada hakim, selepas dia gagal menghadiri perbicaraan sebelum itu.
Wanita Saudi itu ditangkap selepas didakwa memukul Sumiati dengan begitu teruk sehingga menyebabkan tulangnya patah dan pendarahan dalaman, menekap seterika panas pada kepalanya serta menikam dan mengelarnya dengan gunting.
Kes penderaan Sumiati itu mengejutkan dan membangkitkan kemarahan pertubuhan hak asasi manusia dan buruh yang menganggapnya sebagai satu lagi contoh tiadanya perlindungan untuk berjuta-juta pembantu rumah asing terutamanya di Arab Saudi dan negara-negara di Teluk.
Kementerian Buruh Saudi menyatakan rasa kesal dengan kes itu tetapi menyifatkannya sebagai insiden terpencil.
Pada November lalu, Sumiati menjalani pembedahan untuk merawat kecederaannya tetapi seorang pegawai konsulat Indonesia di Jeddah, Diddi Wahyudi berkata, dia memerlukan rawatan lanjut. - AFP

4 korban terbaru banjir di timur Australia


dUA buah kenderaan hampir tenggelam akibat banjir kilat di toowoomba, queensland, semalam. - REUTERS


BRISBANE 10 Jan. - Banjir di timur laut Australia yang disifatkan sebagai yang terburuk dalam tempoh beberapa dekad meragut korban terbaru apabila dua orang wanita dan dua kanak-kanak dilaporkan dihanyutkan air deras hari ini dalam kejadian banjir kilat.
Jurucakap polis Queensland berkata, air berlumpur yang mencurah deras di bandar Toowooba di barat Brisbane telah menghanyutkan dua pejalan kaki dan turut memerangkap beberapa orang di dalam kenderaan mereka serta ada yang berpaut pada pokok.
Beberapa kereta turut dihanyutkan ke sungai akibat banjir kilat itu dan tanah runtuh turut dilaporkan berlaku di lebuh raya utama.
Sebuah rakaman video merakamkan bagaimana seorang lelaki berpaut pada sebatang pokok dengan air deras melalui jalan di situ dan menghanyutkan kereta-kereta yang lalu menyebabkan ia berlanggar sesama sendiri serta ada sebuah van yang tercampak ke kawasan pokok-pokok.
"Hanya 15 sentimeter air yang deras mampu menolak dan menghanyutkan seseorang dan 60 sentimeter air mampu menghanyutkan kenderaan pacuan empat roda," kata ketua penyelamat, Lee Johnson.
Bandar Gympie terbahagi dua akibat banjir, manakala sebahagian Dalby dilanda banjir teruk empat kali baru-baru ini menyebabkan penduduknya trauma dan terpaksa berpindah semula.
Perdana Menteri, Julia Gillard berkata, 150 daerah di tiga buah negeri telah dilanda banjir sejak November lalu dan lebih 8,000 bantuan kecemasan telah dilancarkan bernilai AUS$10 juta (RM30.5367 juta) dan ia dijangka lebih daripada itu.
Guni-guni pasir turut diletakkan di sekitar Brisbane dan penduduk dipindahkan semula akibat banjir kilat itu.
Hujan lebat sehingga lebih 300 milimeter turun tidak sampai 24 jam di sesetengah tempat yang turut menyebabkan Queensland banjir dan becak memenuhi sungai dan menenggelamkan jalan raya serta jambatan.
Guni-guni pasir diserahkan di sekitar Brisbane, ibu negeri Queensland yang didiami seramai dua juta penduduk apabila banjir kilat itu dilihat mengancam penduduk terutamanya yang tinggal di kawasan tanah rendah, ujar polis, - AFP

Saudi keluar waran tangkap


Mansor Turki


RIYADH 10 Jan. - Arab Saudi mengeluarkan waran tangkap antarabangsa ke atas 47 suspek militan al-Qaeda yang dipercayai bersembunyi di Yemen, Afghanistan, Pakistan atau Iraq, yang didakwa cuba menubuhkan rangkaian pengganas di negara ini.
Sebahagian daripada gambar dan nama 47 suspek tersebut telah disiarkan di saluran televisyen kebangsaan, kata Kementerian Dalam Negeri, semalam.
"Satu daripada matlamat mereka adalah untuk menubuhkan satu sarang pengganas dan memilih rakyat Saudi untuk menjalani latihan," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Mansor Turki kepada wartawan.
Pengumuman tersebut dibuat berikutan penahanan seramai 149 suspek pada November lalu di mana mereka berjaya menubuhkan 19 sarang pengganas bagi persedian melakukan serangan terhadap kerajaan dan menghantar pemberontak ke kem latihan di Yemen dan Somalia.
Sebahagian daripada 47 suspek itu dikelaskan sebagai "sangat bahaya" dan mempunyai kaitan dengan penangkapan 149 pemberontak sebelum ini, ujar Turki.
Kementerian itu berkata, 16 daripada suspek itu telah meninggalkan Arab Saudi menuju ke Yemen, sementara 27 lagi dilaporkan berada di Pakistan atau Afghanistan dan empat lagi di Iraq, berusia purata sekitar 26 tahun. - REUTERS

Pemuda AS didakwa tuduhan membunuh


TUCSON 10 Jan. - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) semalam memfailkan lima tuduhan, termasuk tuduhan membunuh ke atas seorang pemuda, Jared Lee Loughner berhubung insiden tembakan di negeri Arizona yang turut mencederakan seorang anggota Kongres AS.
Doktor dalam pada itu melahirkan rasa optimis anggota Kongres AS, Gabrielle Giffords yang ditembak di kepala dalam kejadian kelmarin akan pulih.
Loughner, 22, melepaskan tembakan ke arah Giffords dan 19 orang lain, termasuk enam yang terbunuh, di sini kelmarin, dalam insiden yang menghangatkan perbahasan mengenai retorik politik yang keterlaluan di AS, berikutan kempen sengit pada pilihan raya Kongres pada November lepas.
Kerajaan AS mendakwa Loughner atas dua tuduhan membunuh, satu tuduhan percubaan membunuh seorang anggota Kongres dan dua lagi tuduhan percubaan membunuh.
Pendakwa raya berkata, tuduhan lain boleh difailkan kemudian.
Loughner dijadual dihadapkan ke mahkamah di Phoenix pada 2 petang ini (1 pagi esok waktu Malaysia), kata Jabatan Kehakiman, sementara laporan media menyebut mengenai seorang pemuda bermasalah yang disingkirkan dari sebuah kolej komuniti kerana mengganggu pelajar lain.
Dalam kertas pertuduhan, penyiasat berkata, mereka menemui satu sampul surat di rumah pemuda itu dengan ungkapan yang ditulis tangan 'aku merancang terlebih dahulu' dan 'pembunuhan aku' berserta nama 'Giffords' dan apa yang dipercayai tandatangan Loughner.
Suspek melepaskan tembakan pistol dari jarak dekat semasa ahli Dewan Perwakilan Parti Demokrat itu menghadiri satu perhimpunan politik di kawasan tempat letak kereta di sebuah pasar raya di sini.
Giffords, 40, dalam keadaan kritikal tetapi mampu mengikut arahan mudah seperti menunjukkan dua jari apabila diminta, kata doktor di Universiti Medical Center, Tucson. - Reuters

Bekas penagih kekal di Hospital Bahagia



PUTRAJAYA 10 Jan. – Semasa ditempatkan di sebuah pusat serenti sembilan tahun lalu, seorang penghuninya kerap mengganggu seorang penghuni lain termasuk memasukkan habuk rokok dalam makanan dan menyiram mukanya dengan air ketika sedang tidur.
Malahan penghuni berhati kering itu turut sanggup menendang, memijak dan menumbuk muka penghuni yang satu lagi selain kerap memarahinya menggunakan perkataan lucah.
Tidak tahan dengan perbuatan tersebut, amarah mangsa terbabit memuncak dan akhirnya bertindak menghayunkan cangkul terhadap lelaki itu menyebabkan lelaki itu meninggal dunia.
Meskipun begitu, bekas penghuni pusat serenti itu, K. Selvaraju Mudaliar kekal ditahan di Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak selepas Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan dia tidak waras ketika membunuh S. Sivalingan.
Selvaraju, 38, disabitkan membunuh Sivalingan kira-kira pukul 10.40 pagi, 12 Mac 2001 di Asrama Bakawali 3, Pusat Serenti Dengkil, Sepang dekat sini.
Panel tiga hakim diketuai oleh Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang bersidang bersama Hakim Tan Sri James Foong Cheng Yuen dan Hakim Datuk Abdull Hamid Embong memutuskan Selvaraju ditahan di Hospital Bahagia setelah menolak rayuan pendakwa raya.
Panel itu berpuas hati bahawa pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dengan menyatakan Selvaraju tidak waras ketika melakukan perbuatan tersebut.
Sehubungan itu, keputusan Mahkamah Rayuan pada 28 April tahun lalu yang memerintahkan dia ditahan di Hospital Bahagia setelah mendapati bekas penagih dadah tersebut tidak waras ketika membunuh mangsa, dikekalkan.
Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman ketika mengemukakan rayuan berhujah, walaupun menghidap gejala-gejala skizofrenia, dia boleh dibicarakan kerana berada dalam keadaan stabil dan sedar bahawa perbuatannya itu boleh meragut nyawa Sivalingan.Utusan Malaysia Online - Kota

Penganggur pecah rumah jiran ditahan

Utusan Malaysia Online - Kota



Abd Razak Elias (dua dari kiri) menunjukkan barangan curi yang dirampas daripada suspek kes pecah rumah di Serdang, semalam.


KUALA LUMPUR 10 Jan. - Seorang penganggur mengambil kesempatan semasa jiran-jiran keluar bekerja untuk melakukan samun di kawasan pangsapuri mereka di Bandar Puteri, Puchong dekat sini.
Namun, perbuatan pemuda berusia 22 tahun itu akhirnya terbongkar apabila seorang penduduk yang melihat suspek melakukan jenayah itu pada Jumaat lalu, bertindak menghubungi polis menyebabkan suspek berjaya ditangkap selepas lima minit mencuri di rumah seorang jirannya.
Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata, suspek berasal dari Sabah mendiami satu unit pangsapuri di tingkat enam bangunan tersebut bersama kakaknya.
Beliau berkata, pemuda yang sudah tiga bulan menganggur itu dipercayai melakukan kegiatan jenayah tersebut untuk mendapatkan wang bagi menampung kehidupannya.
"Kira-kira pukul 3 petang, suspek telah memecah masuk ke rumah seorang penghuni terletak di tingkat lima dan melarikan sebuah komputer riba, telefon bimbit serta barang kemas terdiri daripada anting-anting, rantai dan cincin.
"Perbuatan suspek bagaimanapun disedari oleh seorang penduduk yang tinggal berhampiran lalu menghubungi polis memaklumkan kejadian itu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang dekat sini hari ini.
Abd. Razak berkata, polis yang menerima laporan kemudian menghantar sepasukan anggota untuk menjalankan siasatan dan berjaya memberkas suspek yang menaiki sebuah kereta selepas lima minit dia melarikan diri.
Beliau berkata, pemeriksaan terhadap suspek menemui semula barang-barang yang dicuri dan dia dipercayai dalam perjalanan mahu menjual barangan tersebut.
Katanya, polis kemudian menghubungi pemilik rumah yang bekerja sebagai pengurus itu yang kemudian membuat laporan pada pukul 3.20 petang.
Dalam perkembangan lain, Abd. Razak berkata, polis masih menyiasat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan syarikat kawalan keselamatan di kawasan perumahan rumah Penasihat Editorial Kumpulan Malay Mail, Datuk Ahirudin Attan.
"Penelitian terhadap rakaman CCTV dan maklumat syarikat kawalan keselamatan terbabit diharap dapat membantu siasatan kes pecah rumah Ahirudin di Taman Damai Utama, Puchong pada Jumaat lalu," ujarnya.
Terdahulu pada perhimpunan bulanan di perkarangan IPD Serdang, Abd. Razak melancarkan Kad Sektor bagi daerah berkenaan.
"Mulai hari ini, pendekatan 'jumpa dan tegur' akan dilaksanakan dari pintu ke pintu sambil anggota polis sektor akan memperkenalkan diri mereka," katanya.

Erni harap kes diselesaikan

Utusan Malaysia Online - Jenayah


KUALA LUMPUR 10 Jan. - Erni Dekritawati Yuliana Bukhairi, 26, berharap kes bunuh melibatkan ibunya yang juga jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dapat diselesaikan segera pada tahun ini.
Beliau berkata, ia akan mengelak timbulnya pelbagai tanda tanya daripada pelbagai pihak termasuk ahli keluarganya mengenai perjalanan kes tersebut.
"Setiap masa orang bertanya kepada saya tentang kes pembunuhan ibu. Jadi, saya berharap kerjasama daripada semua pihak untuk menyelesaikan segera kes ini.
"Saya sedia maklum sebutan kes telah ditunda sehingga hujung bulan ini dan berharap ia dapat diselesaikan segera apabila sebutannya disambung nanti bagi mengelak lebih banyak persoalan mengenai kes itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia selepas hadir menyampaikan ceramah pada Seminar Keusahawanan anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini semalam.
Sebutan kes peguam, N. Pathmanabhan dan tiga lagi yang didakwa membunuh Sosilawati di Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting ditangguhkan sehingga 27 Januari ini.
Ia bagi membolehkan prosiding semakan dan rayuan yang difailkan oleh salah seorang pekerja ladang bekas peguam itu didengar dan diputuskan terlebih dahulu oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Sosilawati serta pemandu peribadinya, Kamarudin Shamsudin; pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim dilaporkan hilang sejak 30 Ogos tahun lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.
Setelah lebih seminggu hilang akhirnya misteri itu terjawab apabila polis menahan lapan suspek untuk membantu siasatan kes berkenaan pada 9 dan 10 September tahun lalu.
Keempat-empat mereka dibunuh secara kejam oleh suspek dengan mayatnya dibakar manakala abu pula dibuang ke dalam sungai dekat Ladang Gadong, Banting.
Dalam pada itu, Erni yang kini Pengarah Urusan Nouvelle Visages berkata, setakat ini perniagaan yang ditinggalkan ibunya masih berada dalam keadaan baik.
"Walaupun perniagaan kosmetik itu kehilangan ibu, jualan produknya masih baik.
"Apa yang saya dapat beritahu setakat ini semuanya berjalan lancar dan sebagai Pengarah Urusan yang baru, saya perlu banyak belajar untuk memajukan syarikat," katanya.

Denda RM5j, penjara 7 tahun


KUALA LUMPUR 10 Jan. - Seorang ahli perniagaan wanita dihukum penjara tujuh tahun dan denda RM5 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas 54 pertuduhan menipu, menjalankan perkhidmatan pasaran modal tanpa lesen dan terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram.
Raja Noor Asma Raja Harun, 48, turut diperintahkan Hakim S.M. Komathy Suppiah membayar penalti RM7,528,250.29 dan sekiranya gagal menjelaskannya, hukuman penjara tertuduh boleh ditambah enam bulan lagi.
Nilai penalti tersebut merupakan jumlah wang para pelabur yang tidak dapat diperolehi kembali oleh pihak berkuasa.
Terdahulu, ketika membaca keputusannya, Komathy menyatakan hukuman yang dikenakan ke atas ibu tunggal itu dibuat selepas mengambil kira keseriusan kesalahan yang telah dilakukan.
Ujarnya, keyakinan orang awam terhadap sistem kehakiman akan terhakis sekiranya tertuduh yang merupakan pengarah dua buah syarikat dagangan (trading) tidak dikenakan hukuman yang setimpal.
Pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Anslem Charles Fernandis dan pegawai pendakwa dari Suruhanjaya Sekuriti (SC), Susheel Kaur manakala tertuduh diwakili peguam bela, Jimmy Chou.
Raja Noor Asma mengaku bersalah atas empat tuduhan menipu dan menjalankan perkhidmatan pasaran modal membabitkan pelaburan RM100 juta tanpa lesen antara Februari 2007 dan September 2008
Dia didakwa menggunakan satu skim untuk menipu para pelabur di pejabatnya, FX Capital Consultant (M) Sdn. Bhd. dan FX Consultant, Bandar Rawang Mutiara 1, Rawang dekat sini antara 5 Februari dan 27 September 2007 serta 28 September 2007 dan 9 Mei 2008.
Bagi kedua-dua pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 83(a) Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993 dan Seksyen 206(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 yang memperuntukan hukuman denda minimum RM1 juta dan penjara tidak melebihi 10 tahun.
Dia juga didakwa berdagang dalam kontrak niaga hadapan bagi pihak pelabur dengan bertindak sebagai broker tanpa lesen yang sah antara 7 Mei dan 27 September 2007 di tempat yang sama dan dituduh mengikut Seksyen 16(1)(a) Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara maksimum 10 tahun.
Tertuduh turut didakwa di bawah Seksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 atas tuduhan menjalankan perkhidmatan pasaran modal tanpa lesen antara 28 September 2007 dan 9 Mei lalu.
Komathy menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan berjalan serentak bermula hari ini.
Bagi kesalahan di bawah Seksyen 206(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, hakim itu turut memerintahkan tertuduh membayar denda RM5 juta, gagal bayar penjara enam bulan.
Raja Noor Asma turut mengaku bersalah terhadap 50 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.
Dia didakwa terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram dengan menerima dan membuat pelbagai bayaran kepada beberapa bank serta syarikat di beberapa bank sekitar Rawang dan Gombak antara 5 April 2007 dan 9 Mei 2008.
Bagi setiap kesalahan ini, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan berjalan serentak.
Perintah pemenjaraan bagi kesalahan di bawah AMLATFA berkuat kuasa sejurus selepas tamat hukuman penjara bagi kesalahan-kesalahan terdahulu.
Komathy turut membenarkan permohonan Anslem agar jumlah wang pelabur yang tidak dapat diperolehi semula oleh pihak berkuasa dituntut daripada tertuduh dalam bentuk penalti.
Beliau turut menetapkan 1 April ini prosiding tuntutan oleh pihak ketiga terhadap wang yang telah berjaya dirampas oleh pihak berkuasa,
Pada masa ini, SC berjaya merampas wang RM8,381,853.64 daripada tertuduh.

Kanak-kanak 3 tahun mati didera


Nor Aqiulla Razali (gambar kecil) yang pengsan diberi bantuan selepas melihat mayat anaknya, Nordiana Qistina Nurafizan dibawa keluar dari Rumah Mayat Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, semalam. – utusan/Nasirruddin Yazid


JOHOR BAHRU 10 Jan. – Sukar untuk digambarkan betapa seksanya penderitaan ditanggung seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang menjadi mangsa dera di Kampung Sungai Tiram di sini.
Hampir keseluruhan tubuhnya penuh dengan 73 kesan lebam dan luka.
Hanya mereka yang tidak berperikemanusiaan sahaja sanggup melakukan kekejaman terhadap kanak-kanak kecil yang tidak berdosa itu.
Berikutan kecederaan itu, kanak- kanak tersebut, Nordiana Qistina Nurafizan, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9 pagi semalam di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.
Bukan hanya Nordiana Qistina, malah adiknya, Danish Irsyad berusia setahun, turut menjadi mangsa kekejaman yang dipercayai dilakukan oleh ibu tirinya. Kanak-kanak itu ini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.
Mangsa merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan tinggal bersama bapanya, Nurafizan Ludin, 29, seorang pekerja kilang manakala ibu tirinya pula seorang suri rumah.
Ibu kandung mangsa, Nor Aquilla Razali, 27, menetap di Pasir Gudang dan bercerai dengan Norafizan sejak setahun lalu.
Nor Aquilla ketika ditemui memberitahu, bekas suaminya itu menghubunginya untuk memaklumkan kematian Nordiana Qistina kira-kira pukul 11 pagi ini.
Wanita itu yang tidak dapat menahan perasaan setelah melihat keadaan mayat anaknya di Bilik Mayat HSI pengsan tiga kali.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat pendarahan dalaman yang serius.
“Punca kematian Nordiana Qistina adalah kerana 73 kesan penderaan di seluruh tubuhnya.
“Melalui bedah siasat, organ dalaman mangsa rosak teruk dan berdarah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Roslan berkata, mangsa dihantar oleh bapanya ke HSI kira-kira pukul 8.25 pagi semalam namun disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Beliau memberitahu, ibu tiri mangsa sedang dicari dan dia berkemungkinan akan ditahan dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Utusan Malaysia difahamkan, bapa mangsa membuat laporan polis mengatakan anaknya itu meninggal dunia kerana lemas ketika mandi dalam sebuah besen di rumahnya.
Jenazah Nordiana Qistina selamat dikebumikan di kampung datuknya di Felda Tenggaroh, Mersing, kira-kira pukul 5 petang tadi.tak caya klik sini

Rampas rokok seludup RM1.2j


Norzaid Muhammad Said (tengah) bersama pegawainya menunjukkan rokok yang berjaya dirampas di Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, semalam.


PELABUHAN KLANG 10 Jan. - Pasukan Gerakan Marin (PGM) berjaya mematahkan cubaan mengedar rokok kretek seludup pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM1.2 juta termasuk cukai selepas menahan sebuah lori di Ladang Kelapa Sawit Kampung Pulau, Teluk Bunut Banting dekat sini tengah malam tadi.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi PGM Pelabuhan Klang, Deputi Supritendan Norzaid Muhammad Said berkata, hasil maklumat orang ramai, pihaknya melancarkan operasi khas pada pukul 12.30 tengah malam di ladang terbabit dan menahan sebuah lori yang penuh dengan muatan rokok seludup.
"Dalam serbuan itu, PGM merampas 2,700 karton rokok kretek pelbagai jenama. Turut ditahan, dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia antara 25 hingga 45 tahun bagi membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.
Beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (A) Akta Kastam 1967 kerana cubaan menyeludup rokok dan kesemua suspek ditahan reman mulai hari ini.
Menurutnya, kejayaan tersebut jelas membuktikan kerjasama erat antara orang ramai dengan pihak berkuasa amat penting dalam membanteras aktiviti penyeludupan di negeri ini.
"Kami berharap orang ramai akan terus menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa jika melihat sebarang aktiviti mencurigakan di kawasan mereka," katanya.klik sini