Search This Blog

Monday, January 10, 2011

Nurul Dahyatul perlu jalani lebih banyak pembedahan

Berita Harian Online | Nurul Dahyatul perlu jalani lebih banyak pembedahan

Nurul Dahyatul perlu jalani lebih banyak pembedahan


2011/01/10

KUALA TERENGGANU: Kanak-kanak malang yang menjadi mangsa simbahan asid oleh bapanya, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 9, terpaksa melalui lebih banyak siri pembedahan untuk mengurangkan parut di mukanya.

Ketua Jabatan Pembedahan Plastik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Dr Najihah Sharida Zakaria berkata, ia akan mengambil masa bertahun-tahun untuk melakukan proses berkenaan kerana ia terpaksa dilakukan peringkat demi peringkat.
"Pembedahan semalam adalah untuk membuang lebihan di pipi kiri dan kanannya selain menampal parut mukanya dengan mengambil kulit daripada bahagian pangkal peha.
"Ia akan mengambil masa enam minggu untuk pulih sepenuhnya daripada kesan pembedahan pertama dan pembedahan seterusnya pula hanya dapat dilakukan enam bulan selepas itu," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Dr Najihah mengiringi Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said melawat Nurul Dahyatul di Unit Rawatan Kebakaran HSNZ selepas menjalani pembedahan pertama semalam.

Katanya, Nurul Dahyatul boleh kembali bersekolah dalam tempoh dua minggu lagi, namun kanak-kanak itu memerlukan masa yang agak panjang untuk kembali pulih.

"Harus diingat, parut akibat simbahan asid tidak dapat dipulihkan sepenuhnya dan ia kekal. Apa yang dapat dilakukan oleh perubatan adalah mengurangkan kesan akibat terkena simbahan asid," katanya.
Beliau berkata, pembedahan dilakukan mengikut peringkat demi peringkat dan setiap pembedahan yang dilakukan bergantung kepada hasil pembedahan sebelumnya.

Dr Najihah berkata, Nurul Dahyatul perlu mengikut arahan ditetapkan doktor termasuk memakai topeng tekanan yang disediakan kepadanya untuk membolehkannya cepat sembuh.

"Dengan memakai topeng, ia dapat membuat isi yang berlebihan di muka menjadi rata seperti yang sepatutnya," katanya.

Sebelum ini, Nurul Dahyatul dilaporkan enggan untuk memakai topeng terutama di sekolah kerana merasa kurang selesa termasuk berasa gatal di bahagian muka.

Sementara itu, Ahmad menyatakan kesediaan kerajaan negeri menghulurkan apa jua bantuan termasuk menanggung kos rawatan pembedahan Nurul Dahyatul.

"Kalau perlu dihantar ke hospital swasta kita akan tanggung kosnya, tetapi kita dimaklumkan di HSNZ juga kita mempunyai doktor pakar yang mampu mengendalikan kes ini," katanya. - BERNAMA

Gempa kuat bermagnitud 6.4 melanda Vanuatu

Berita Harian Online | Gempa kuat bermagnitud 6.4 melanda Vanuatu:


2011/01/10

SYDNEY: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 dirasai berdekatan kepulauan Pasifik Selatan Vanuatu, sebentar tadi, kata Jabatan Kajiselidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Tiada amaran tsunami dikeluarkan dan gempa yang melanda jam 4.21 pagi (waktu tempatan) tidak mengakibatkan kerosakan harta benda.
Gempa terbabit, kata USGS dicatatkan pada kedalaman 33 ilometer (km), 125 km daripada pekan Isangel di pulau Tanna. - AFP"

70 maut pesawat Iran Air terhempas

Berita Harian Online | 70 maut pesawat Iran Air terhempas:


SALJI menimpa bangkai pesawat Boeing 727 IranAir yang terhempas ketika cuba melakukan pendaratan cemas semasa ribut salji di luar bandaraya Orumiyeh, 700 kilometer ke barat laut Tehran awal pagi tadi. Hampir 80 penumpang terbunuh dalam nahas itu. - Foto AP


Jan 10, 2011 9:22 pm

2011/01/10

TEHRAN: Sebuah pesawat milik Iran Air terhempas pagi tadi berdekatan barat laut ibu kota negara itu susulan cuaca buruk dan meragut sekurang-kurangnya 70 nyawa daripada 105 yang berada di dalam pesawat terbabit.

Agensi berita negara itu, IRNA yang memetik Timbalan Ketua Palang Merah Iran, Heydar Heydari berkata, berdasarkan maklumat yang diterima sehingga kini 70 mangsa dilaporkan terbunuh manakala 32 yang lain cedera.
Agensi berita Mehr turut memetik pegawai perubatan yang melaporkan 70 mayat sudah dipindahkan ke hospital tempatan. - AFP"

Senapang dan peluru dari kapal nelayan APMM rampas

SH: "
SANDAKAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini merampas tiga laras senapang patah termasuk dua buatan sendiri dan 32 butir peluru dari sebuah kapal nelayan di perairan berhampiran Pulau Berhala dekat sini semalam.
Berikutan rampasan itu, juragan kapal itu seorang rakyat tempatan berusia 60 tahun dan tiga krew kapal warga Filipina berusia 31 hingga 36 tahun ditahan bagi siasatan lanjut.
Ketua Penguatkuasa APMM Daerah Sandakan Kapt Onn Mohamad Khalil berkata, kapal nelayan itu diperiksa kira-kira pukul 7 malam oleh anggotanya di kawasan perairan behampiran Pulau Berhala ketika hendak menuju ke Bandar Sandakan.
Katanya, hasil pemeriksaan menemui selaras senapang patah, dua laras senapang patah buatan sendiri atau dikenali sebagai Bakakuk dan 32 butir peluru yang disorok di dalam kapal itu.
'Juragan kapal itu bersama tiga krewnya kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Senjatapi 1960,' katanya di sini hari ini.
Siasatan yang dijalankan termasuk bagi mengenal pasti tujuan senjata berkenaan dibawa di dalam kapal nelayan itu."

Akibat tanah, jambatan runtuh enam kampung orang asli terputus hubungan

SH
GUA MUSANG - Enam kampung penempatan Orang Asli sekitar Pos Bihai, dekat sini, terputus hubungan berikutan bukit runtuh, jalan berlumpur dan jambatan runtuh menyebabkan 500 penduduk terkandas sejak seminggu lepas.
Antara enam kampung Orang Asli yang menghadapi masalah perhubungan itu termasuk Tendrik, Sau, Bedak, Bihai, Palung dan Peyal hingga menyukarkan perhubungan penduduk termasuk bagi mengangkut keluar 40 pelajar di kawasan ke sekolah mereka sekitar bandar ini.
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Kelantan dan Terengganu, Abdul Razak Arshad, mengesahkan penduduk Orang Asli di kampung terbabit menghadapi masalah perhubungan.
Beliau berkata, pelajar terbabit bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra Satu (SMKTIP-1) dan SMKTIP-2 Gua Musang, SMK Sungai Asap, Paloh, Tengku Bendahara Bertam dan SMK Bandar Chiku.
"Saya bersama rombongan lima kenderaan mengadakan konvoi untuk membawa 40 pelajar di enam kampung terbabit keluar, tetapi gagal kerana masalah jalan rosak teruk hingga kenderaan terlekat dalam lumpur," katanya.

Abdul Razak berkata, pihaknya memang dalam perancangan untuk membaik pulih jalan yang rosak itu supaya perjalanan pelajar untuk keluar ke sekolah tidak terkandas.
"Tetapi, buat masa ini kita tidak boleh membaiki kerosakan yang berlaku itu kerana keadaan jalan becak dan sukar bagi jentolak menjalankan kerja-kerja menyodok tanah.
"Tengoklah apabila cuaca panas beberapa hari baru boleh menjalankan kerja seperti itu dan kebanyakan jalan menghubungkan ke kampung Orang Asli terbabit dibina syarikat pembalakan dahulu lagi," katanya.
Beliau berkata, kerosakan jalan itu berlaku setiap kali musim tengkujuh kerana hujan berterusan dan kerja-kerja penyelenggaraan tidak boleh dilakukan.
"Apa yang kita harapkan apabila cuaca panas nanti kenderaan akan masuk semula untuk membawa pelajar terbabit dan mereka hendaklah pergi sekolah menengah masing-masing," katanya

Lelaki Myanmar dibunuh di belakang kopitiam

SH: "

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja sebuah kopitiam tergamam setelah melihat mayat lelaki terbaring dengan kesan kecederaan di kepala di belakang premis itu di Jalan Kuchai 8, dekat sini, semalam.

Pekerja itu menjumpai mayat lelaki warga Myanmar, Aik Sang, berumur lewat 30-an, ketika membuka premis, kira-kira jam 7.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, lelaki itu mati akibat hentakan objek tumpul.

“Terdapat kecederaan serius di belakang kepala mangsa yang dipercayai menjadi penyebab kematiannya.

“Siasatan mendapati mangsa di bunuh di situ namun polis tidak menemui sebarang senjata yang digunakan penjenayah,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian:, semalam.

Katanya, beliau mempercayai mangsa mati kurang daripada 24 jam berikutan kesan kecederaan yang dialaminya.

Menurut Wan Abdul Bari, wang RM15 dijumpai dalam poket mangsa dan sarung telefon bimbit berhampirannya.

Wan Abdul Bari berkata, beliau mempercayai pembunuhan itu dilakukan oleh lebih daripada seorang suspek.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat."

Culik dan rogol remaja 16 tahun tiga lelaki dituduh

SH
KUALA TERENGGANU - Tiga lelaki termasuk dua adik beradik tiri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menculik dan merogol seorang remaja perempuan pada Disember tahun lepas.
Mohd Sabri Rosli, adik tirinya Wan Hafiz Wan Omar dan Norizal Mamat mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan kepada mereka di hadapan Hakim Zainal Abidin Kamaruddin.
Mohd Sabri, 27, Norizal, 28, dan Wan Hafiz, 21, dituduh secara bersama melarikan remaja perempuan berumur 16 tahun berkenaan dari sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Belukar Gorek, Bukit Payung Marang pada kira-kira 4 pagi, 27 Dis tahun lepas.
Mereka juga dituduh secara berasingan merogol remaja perempuan itu di sebuah rumah bernombor 1908-A, Kampung Gelong Gajah, Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu antara kira-kira 5.40 pagi hingga 6.40 pagi pada hari yang sama.
Bagi pertuduhan menculik, mereka didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda dan pertuduhan merogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Selain itu Wan Hafiz turut berdepan satu lagi pertuduhan iaitu meliwat remaja itu mengikut Seksyen 377(c) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.
Hakim menetapkan 10 Feb ini sebagai tarikh sebutan semula kes itu.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Fazliah Mahmud manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

5 NGO buat laporan polis mengenai pembakaran Interlok

Berita Harian Online | 5 NGO buat laporan polis mengenai pembakaran Interlok: "


2011/01/10

KUALA LUMPUR: Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis mengenai insiden pembakaran novel 'Interlok' oleh sekumpulan penduduk di depan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang (MPK) di Klang, Sabtu lalu.

Kelima-lima NGO itu membuat laporan secara bersama pada 3.30 petang tadi di Balai Polis Daerah Dang Wangi di sini.
NGO berkenaan ialah Gabungan Penulis Nasional (GAPENA), Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Majlis Kebudayaan Negeri Selangor, Majlis Permuafakatan PIBG Nasional dan Persatuan Ikatan Melayu Asli Nusantara.
'Kami mahu pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap tindakan kira-kira 100 orang penduduk yang membakar buku itu serta salinan gambar penulis novel berkenaan, Sasterawan Negara, Abdullah Hussain,' kata Presiden PENA, Mohamad Saleeh Rahamad kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Kumpulan penduduk itu mendesak kerajaan mengharamkan novel itu kerana didakwa menghina kaum India di negara ini dan menarik balik keputusan menjadikannya sebagai buku teks mata pelajaran Sastera untuk pelajar Tingkatan Lima. - BERNAMA"

Pengarah syarikat niaga hadapan dipenjara 7 tahun, denda RM5 juta


2011/01/10

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat niaga hadapan dipenjara tujuh tahun dan denda RM5 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini atas empat tuduhan menipu dan menjalankan khidmat pasaran modal secara haram serta 50 pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram.

Hakim SM Komathy Suppiah membuat keputusan itu selepas mahkamah menerima pengakuan bersalah pengarah FX Capital Consultant (M) Sdn Bhd, Raja Noor Asma Raja Harun, terhadap pertuduhan berkenaan.
Bagi empat kesalahan menipu dan menjalankan khidmat pasaran modal secara haram membabitkan jumlah pelaburan kira-kira RM100 juta, mahkamah menjatuhkan hukuman lima tahun penjara bagi setiap pertuduhan.
Komathy, bagaimanapun, mengarahkan Raja Noor Asma, 49, menjalani hukuman itu secara serentak bermula hari ini dan sekiranya gagal membayar denda itu, tertuduh boleh dipenjara enam bulan lagi.

Selain itu mahkamah turut mengenakan penalti RM7,528,250.29 terhadap tertuduh dan penjara enam bulan jika gagal membayar penalti itu.

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, Raja Noor Asma didakwa menggunakan satu skim membabitkan perdagangan dalam kontrak niaga hadapan bagi tujuan memperdayakan pelabur di kedua-dua syarikatnya.

Dia didakwa berbuat demikian di FX Capital Consultant (M) Sdn Bhd dan FX Consultant di alamat A-1-1, Jalan Rawang Mutiara 2, Bandar Rawang, antara 5 Februari 2007 dan 9 Mei 2008.
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 83(a) Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993 dan Seksyen 206(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1 juta dan penjara 10 tahun jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, Raja Noor Asma didakwa menjadi broker niaga dan menjalankan khidmat pasaran modal tanpa memiliki lesen sah di tempat sama antara 7 Mei 2007 dan 9 Mei tahun lalu.

Bagi semua kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 16(1)(a) Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993 dan Seksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 yang membawa hukuman denda maksimum RM10 juta atau penjara 10 tahun.

Sementara itu, bagi 50 pertuduhan menerima, menggunakan atau memiliki wang haram yang diperolehi melalui skim Ponzi sebanyak RM11 juta, Raja Noor Asma dihukum penjara dua tahun bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, mahkamah mengarahkan tertuduh menjalani hukuman itu secara serentak bermula hari ini.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di beberapa bank sekitar Rawang dan Gombak, antara 17 Disember 2008 dan 8 Julai 2009, mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA).

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Anselm Charles Fernandis, dan Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM), Susheel Kaur, manakala Raja Noor Asma diwakili peguam Jimmy Chou. - BERNAMA
Berita Harian Online | Pengarah syarikat niaga hadapan dipenjara 7 tahun, denda RM5 juta

Bedah siasat dapati lebih 50 gigitan pada tubuh warga Ireland





2011/01/10

GEORGETOWN: Hasil bedah siasat mendapati lebih 50 gigitan dikesan di seluruh badan, muka dan kepala pelancong warga Ireland yang maut akibat diserang dua anjing di sebuah ladang di Teluk Bahang semalam.

Pakar Pathologi, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh, berkata punca kematian Sullivan Maurice, 50, disahkan akibat kehilangan banyak darah akibat gigitan berkenaan.
"Kedua-dua belah telinga pelancong itu juga didapati hilang akibat digigit kedua-dua ekor anjing itu.
"Bagaimanapun satu daripada telinganya ditemui di tempat kejadian manakala satu lagi telinga masih dicari," katanya kepada pemberita selepas menjalankan bedah siasat atas mayat Maurice di sini hari ini.

Dalam kejadian pagi semalam, Maurice bersama teman wanitanya, Agnieszka Jablonska, 28, melawat ke sebuah ladang herba di Teluk Bahang dan sedang merakam gambar ladang itu sebelum Maurice diserang dua anjing pemilik ladang berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Mohd Hatta Mohd Zin, berkata polis masih mengambil keterangan pemilik anjing itu yang dikenali sebagai Joseph Teoh dan isterinya, Beatrice Teoh, untuk membantu siasatan.

Katanya, polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 289, Kanun Keseksaan iaitu kelalaian sehinggakan menyebabkan kecederaan parah atau kematian dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
Pengarah Veterinar Pulau Pinang, Dr Wan Mohd Kamil Wan Nik, ketika dihubungi berkata kedua-dua ekor anjing itu kini diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Veterinar Daerah Balik Pulau selama 10 hari untuk pemantauan sama ada anjing terbabit mempunyai sebarang penyakit.

Katanya, keputusan hasil pengawasan itu akan diserahkan kepada polis untuk tindakan. - BERNAMA
Berita Harian Online | Bedah siasat dapati lebih 50 gigitan pada tubuh warga Ireland

"‘Bar raba’ tumpuan warga tua tak serik diserbu

Utusan Malaysia Online - Terkini:

10/01/2011 4:20pm

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL dan FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
SEREMBAN 10 Jan. - Ini bukan kali pertama sebuah bar di Jalan Utam Singh di sini diserbu pihak berkuasa, malah sebelum ini sudah tiga kali tindakan diambil ke atas pengusahanya.

Namun, bar yang mendapat jolokan ‘bar raba’ di kalangan pengunjung itu semakin padat bermula pukul 8.30 malam dengan kehadiran pelanggan tua yang rata-ratanya berusia antara 45 hingga 74 tahun dan lebih layak digelar ‘warga senja’.

Lebih mengaibkan, gadis pelayan pelanggannya (GRO) pula ada yang telah mencecah usia 48 tahun dan kebanyakannya berasal dari China.

Mereka semua datang ke bar itu untuk berseronok, sambil melakukan adegan ‘ringan-ringan’ dengan GRO selain meneguk minuman keras. - Utusan"

"Miliki senjata api, 2 sahabat dipenjara

Utusan Malaysia Online - Terkini:

10/01/2011 4:13pm

KOTA BHARU 10 Jan. - Kesanggupan dua sahabat yang datang dari Kuala Lumpur ke negeri ini untuk menyeberangi Sungai Golok di Rantau Panjang semata-mata mahu membeli senjata api dari negara jiran membawa padah apabila mereka diberkas dan akhirnya meringkuk dalam penjara.

Dalam kejadian pada 15 Mac lalu, Shahrull Salleh, 27, dan Rose Azmeer Rosli, 21, datang ke negeri ini menggunakan sebuah kereta jenis Perodua Myvi sebelum menaiki bot untuk menyeberangi sungai berkenaan.

Bagaimanapun, sebaik kembali memasuki negara ini, mereka diberkas sepasukan anggota polis bersama senjata api yang dibawa.

Atas kesalahan tersebut, Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat tahun atas dua pertuduhan iaitu memiliki sepucuk pistol buatan sendiri jenis caliber .45 dan sekelopak magazin tanpa permit. - Utusan"

Lelaki dicekup rakam aksi wanita di tandas



10/01/2011 4:55pm

KUCHING 10 Jan. – Kegiatan seorang lelaki merakam video wanita membuang air kecil di dalam tandas awam di sini, terbongkar apabila seorang mangsa warga Australia menyedari perbuatan itu lalu melaporkannya kepada polis.
Berikutan itu, suspek berusia 20-an ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana menceroboh hak peribadi.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang ketika mangsa, pelancong warga Australia melawat Muzium Kuching bersama teman lelakinya.
Difahamkan, mangsa berusia 20-an sebelum itu bertanyakan suspek yang dipercayai bekerja di situ untuk ke tandas.
Namun sebaik sahaja selesai menggunakan tandas, wanita itu terkejut apabila ternampak kelipan cahaya mencurigakan daripada sebuah kotak sabun.
Jurucakap polis berkata, hasil pemeriksaan mangsa menemui sebuah telefon bimbit di dalamnya.
“Mangsa terus memaklumkan kepada teman lelakinya yang kemudian membawa telefon itu ke pondok polis berdekatan untuk tujuan laporan.
“Suspek bagaimanapun nekad mengikuti mangsa dan meminta pegawai polis memulangkan telefon bimbit itu kepadanya.
“Rayuan suspek tidak diendahkan dan sebaliknya dia ditahan untuk disoal-siasat,” katanya di sini hari ini.
Kata jurucakap itu, hasil pemeriksaan, polis menemui kira-kira sembilan lagi klip video wanita membuang air kecil di dalam telefon bimbit suspek. - UtusanUtusan Malaysia Online - Terkini

PGM rampas rokok kretek RM1.2 juta, tiga ditahan

Kosmo! Online - Terkini: "
10/01/2011 3:11pm

PELABUHAN KLANG - Pasukan Gerakan Marin (PGM) Pelabuhan Klang merampas 2,700 kartun rokok kretek bernilai RM1.2 juta termasuk cukai, dan menahan dua lelaki dan seorang wanita dalam satu operasi di sebuah kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Pulau Banting, Teluk Bunut, Banting dekat sini.

Pegawai Pemerintah PGM Wilayah 1 Pelabuhan Klang DSP Norzaid Muhammad Said berkata, kejayaan itu dicapai hasil operasi khas yang dilakukan unit risikan PGM di kawasan ladang itu kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi ekoran maklumat orang ramai.

Beliau berkata, unit itu terserempak dengan sebuah kereta Proton Wira serta lori satu tan dalam keadaan mencurigakan semasa di kawasan ladang itu, dan mereka terus menahan ketiga-tiga suspek yang berumur 25 dan 48 tahun untuk diperiksa.

'Mereka kemudiannya menemui muatan rokok kretek pelbagai jenama yang disembunyikan di dalam lori berkenaan, yang dipercayai untuk diseludup masuk dan dijual di pasaran tempatan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini. - Bernama"

Lelaki warga Republik Czech bebas tuduhan menipu

Kosmo! Online - Terkini: "
10/01/2011 3:13pm

SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang lelaki warganegara Republik Czech daripada tuduhan cuba memperdayakan seorang peniaga minyak untuk menjual cek bernilai RM480 juta dengan harga RM336 juta, pada Mac tahun lepas.

Hakim Asmadi Hussin memutuskan sedemikian selepas Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Fuad Abd Aziz memaklumkan bahawa pihaknya ingin menggugurkan pertuduhan ke atas Antonin Posposil, 68, berikutan pengadu dalam kes itu menarik balik aduan terhadap tertuduh.

Asmadi membuat keputusan itu dalam kamarnya. - Bernama"

Kastam PP tahan warga Iran, rampas dadah RM875,000

Kosmo! Online - Terkini: "
10/01/2011 4:43pm

BUTTERWORTH - Kastam Pulau Pinang menahan seorang lelaki warga Iran di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) semalam dan merampas dadah dipercayai jenis syabu seberat 3.5 kilogram bernilai RM875,00.

Timbalan Pengarah Kastam (Bahagian Penguatkuasaan) negeri R. Mariappa berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan kira-kira 11.30 pagi selepas imbasan pada bagasinya menunjukkan imej meragukan.

'Hasil pemeriksaan yang dilakukan pasukan Penguatkuasa Narkotik berjaya menemui sekeping kertas keras berwarna putih yang disorokkan di ruang khas dalam beg itu.

'Pemeriksaan lanjut ke atas kertas keras itu kita menemui sebungkus plastik lutsinar yang mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu,” katanya pada sidang media, di sini hari ini. - Bernama"

Empat maut tunjuk perasaan di Tunisia



TUNIS 9 Jan. - Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh, manakala enam lagi cedera parah dalam pertempuran antara tentera keselamatan dengan penunjuk perasaan di tengah Tunisia, lewat semalam.
Belgacem Sayhi yang merupakan seorang guru dan juga aktivis berkata, mangsa terbunuh apabila tentera keselamatan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan di Tala, wilayah tengah barat Kasserine.
Tambah beliau, mangsa berumur antara 17 hingga 30 tahun.
Dua lagi penduduk tempatan yang tidak mahu dikenali turut mengesahkan angka korban itu kepada AFP.
Enam lain yang mengalami cedera parah, telah dihantar ke hospital di wilayah ibu negara Kasserine.
Seorang lagi saksi yang turut enggan dikenali berkata, pertempuran berlaku antara tentera keselamatan dan penunjuk perasaan sepanjang malam tadi ketika seorang budak berumur 12 tahun terbunuh selepas ditembak di kepalanya.
Ketegangan di Tala bermula sejak Jumaat lalu di mana penunjuk perasaan menyerang dan membakar bank dan bangunan kerajaan, menurut ketua kesatuan, Sadok Mahmoudi.
Pasukan tentera telah ditempatkan di kawasan itu untuk melindungi bangunan awam, semalam.
Pihak berkuasa Tunisia bagaimanapun menolak untuk mengesahkan laporan kematian atau insiden tunjuk perasaan terbaru itu.
Tunjuk perasaan itu tercetus sejak pertengahan bulan lalu oleh kumpulan pemuda penganggur dan kemudian merebak dari tengah bandar Sidi Bouzid ke bahagian lain di negara itu. - AFPUtusan Malaysia Online - Luar Negara

Pemuda maut kereta dipandu rempuh tiang elektrik




ORANG ramai membantu mengangkat mangsa yang maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar tiang elektrik di Kilometer 14 Jalan Bahau Keratong, Jempol, semalam.


JEMPOL 9 Jan. - Seorang pemuda maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dalam satu kemalangan di Kilometer 14 Jalan Bahau Keratong, dekat sini semalam.
Kejadian pukul 4 petang itu berlaku ketika mangsa, Rohaizad Rosli, 24, yang memandu seorang diri dikatakan dalam perjalanan dari arah Serting ke Keratong.
Jurucakap polis berkata, mangsa dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya tetapi terbabas ke bahu jalan di arah bertentangan.
"Akibatnya, kenderaan mangsa, Proton Wira itu merempuh sebatang tiang elektrik. Mangsa cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sementara itu, Pegawai Turus Trafik Negeri Sembilan, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan kejadian tersebut.
Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian tersebut.
Jelasnya, jenazah Rohaizad telah dibawa ke Hospital Jempol untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada anggota keluarga untuk urusan pengebumian.Utusan Malaysia Online - Selatan

3 ditahan miliki pistol palsu



BUKIT MERTAJAM 9 Jan. - Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang warga Thailand kerana memiliki pistol palsu dalam satu operasi sekatan jalan raya di Plaza Tol Juru dekat sini, kelmarin.
Ketiga-tiga mereka yang menaiki kereta jenis Proton Perdana ditahan kira-kira pukul 11 malam selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, setelah diperiksa, pihaknya menemui pistol tersebut disembunyikan di bawah tempat duduk hadapan kenderaan tersebut.
"Hasil pemeriksaan lanjut, polis turut menemui kelopak peluru dan 10 butir peluru palsu di dalam kenderaan berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini.
Menurutnya, dua daripada lelaki terbabit merupakan warga tempatan berusia 34 dan 46 tahun masing-masing berasal dari Seberang Jaya dan Pendang, Kedah, manakala seorang lagi warga Thailand berumur 28 tahun.
Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada senjata tersebut digunakan untuk tujuan melakukan jenayah.
"Pemeriksaan lanjut mendapati, salah seorang daripada lelaki tempatan terbabit pernah terlibat dalam kes dadah di daerah ini," katanya.
Zahruddin memberitahu, kes ini disiasat mengikut di bawah Seksyen 36 (1) Akta Senjata Api 1960 kerana memiliki pistol palsu dan Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Merbahaya 1958.
Beliau menambah, ketiga-tiga lelaki tersebut kini ditahan reman sehingga Isnin depan untuk siasatan dan dijangka dihadapkan ke Mahkamah Bukit Mertajam minggu depan.Utusan Malaysia Online - Utara

Dua pelajar ditemui mati lemas



KOTA BHARU 9 Jan. - Dua pelajar ditemui lemas dalam kejadian berasingan di negeri ini petang ini.
Dalam kejadian pertama, seorang pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Cabang Empat lemas selepas dipercayai mandi bersama seorang rakan di sebuah sungai berdekatan rumahnya di Kampung Talak, Cabang Empat, di sini petang ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa, Mohd. Farid Zulkifli, 17, dikatakan mandi selepas memukat ikan di sungai tersebut.
Seorang saksi, Shaari Kadir, 35, berkata, ketika kejadian dia sedang berehat di rumahnya yang terletak kira-kira 100 meter dari tempat kejadian dan dapat melihat mangsa bersama dua lagi rakannya sedang mandi.
"Sejurus kemudian, saya nampak salah seorang daripada mereka tenggelam dan tidak timbul-timbul menyebabkan saya mengesyaki sesuatu perkara buruk telah berlaku," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini petang ini.
Tambahnya, dia kemudiannya terus berlari ke tempat kejadian untuk melihat apa yang berlaku dan memberikan bantuan kepada mangsa.
"Sebaik sahaja sampai, rakan mangsa yang berada di tempat kejadian memberitahu rakannya itu lemas dan saya kemudiannya terus terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan mangsa tetapi gagal.
"Selang beberapa minit kemudian, orang kampung datang memberikan bantuan dan menjalankan operasi mencari mangsa," ujarnya.
Shahri memberitahu, dia bersama beberapa penduduk kampung menemui mayat mangsa di sungai itu kira-kira setengah jam kemudian.
Ibu mangsa, Salma Jusoh, 39, berkata, ketika kejadian dia sedang berehat bersama keluarganya di rumah.
Menurutnya, dia dimaklumkan berhubung kejadian tersebut oleh salah seorang rakan anaknya beberapa minit kemudian selepas kejadian berlaku.
Sementara itu di Bachok, seorang kanak-kanak, Mohd. Haiqal Sabri, 8, turut lemas selepas dikatakan tergelincir dari atas jambatan Sungai Lubuk Kuin, Gunong dekat sini.
Ketika kejadian, mangsa yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jelawat 2 dikatakan berjalan seorang diri melalui jambatan berkenaan sebelum tergelincir ke dalam sungai.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Che Malek Che Omar berkata, mayat mangsa berjaya ditemui kira-kira empat meter dari tempat dia tergelincir pada pukul 6.30 petang.
"Kami menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.59 petang dan 17 anggota termasuk unit skuba segera ke situ untuk memberikan bantuan kepada mangsa," katanya.Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Mangsa banjir terus meningkat




Seorang penduduk, Hasnah Yusoff memimpin anaknya, Arisha Anas Anuar meredah air banjir yang semakin buruk di Kampung Kedai Lama, Rantau Panjang, semalam.


KUALA LUMPUR 9 Jan. – Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan bertambah 1,000 orang lagi walaupun beberapa pusat telah ditutup.
Sehingga pukul 6 petang ini, laman portal rasmi banjir negeri, http://ebanjir.kelantan.gov.my melaporkan sebanyak 3,585 mangsa daripada 1,089 keluarga masih ditempatkan di 21 pusat pemindahan.
Jumlah itu menunjukkan peningkatan lebih 1,000 mangsa berbanding hanya 2,236 orang daripada 931 keluarga semalam.
Bagaimanapun banjir di beberapa kawasan di negeri tersebut semakin surut dengan pusat-pusat pemindahan di Bachok, Pasir Puteh dan Tanah Merah telah ditutup sepenuhnya selepas kesemua 59 mangsa banjir di tiga daerah itu dibenarkan pulang petang ini.
Dua pusat pemindahan banjir di Pasir Mas juga ditutup dan hanya 14 masih dihuni mangsa manakala lima lagi pusat masih beroperasi di sekitar Kota Bharu.
Banjir yang melanda juga kini beralih ke daerah Tumpat apabila sebuah lagi pusat pemindahan dibuka berbanding hanya satu sebelum ini.
Sebanyak 1,146 mangsa daripada 354 keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di daerah itu.
Dalam pada itu, aras air Sungai Golok di Rantau Panjang masih melebihi tahap bahaya iaitu sedalam 10.15 meter.
Aras air Sungai Kelantan bagaimanapun semakin menurun tetapi masih berada di tahap berjaga-jaga begitu juga dengan sungai-sungai lain.
Enam laluan masih ditutup kepada kenderaan ringan di daerah Pasir Mas iaitu KM3 Jalan Pengkalan Rakit, KM9 Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Jalan lama), Kampung Siram, Pohon Tanjung-Meranti, KM10 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu, KM23 Jalan Banggol Kulim Lokasi 2 dan KM24 Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad hari ini mengambil peluang melawat mangsa banjir yang masih ditempatkan di Rantau Panjang iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Gual Tinggi dan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Turut mengiringi beliau ialah Panglima Dua Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Noor Daud dan Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Abdul Rahim Abdul Mutalib.
Abdul Latiff meluangkan masa selama beberapa jam melawat mangsa banjir di situ dan beramah mesra dengan mereka.
Sementara itu, di PAHANG, 18 mangsa banjir terakhir yang terdiri empat keluarga dari Kampung Chendor Tengah yang ditempatkan di Balai Raya Chendor telah dibenarkan pulang hari ini.
Sebelum ini lima kawasan penempatan di daerah Kuantan terjejas akibat banjir iaitu Taman Seberang Balok, Kampung Balok, Kampung Bukit Palas, Kampung Nyamuk dan Kampung Chendor Tengah dan mereka mula beransur pulang ke rumah masing-masing tengah hari semalam sebelum mangsa terakhir dibenarkan pulang pagi ini.
DI TERENGGANU pula, keadaan banjir di daerah Dungun, Kemaman dan Setiu tidak berubah dengan jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan kekal 121 orang petang ini.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri berkata, terdapat lapan mangsa banjir di pusat pemindahan di Dungun, Kemaman (24) dan Setiu (89).
Beliau berkata, semua jalan di kawasan pedalaman di tiga daerah itu yang sebelum ini ditutup kepada kenderaan kini sudah dibuka.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan paras air di semua sungai utama berada pada paras normal kecuali Sungai Nerus di Kampung Bukit pada paras 12.37 meter yang melebihi paras bahaya 12 meter.Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

990 meter kabel TM dirampas, 14 ditahan




MOHD. Yatim Osman (kiri) bersama Penyelia Teknik Telekom RNO Rawang, Rosli Waruah Matollah (dua dari kiri) menunjukkan kabel-kabel yang berjaya dirampas di Balai Polis Bukit Sentosa, semalam.


HULU SELANGOR 9 Jan. - Kegiatan sekumpulan 14 lelaki mencuri kabel bawah tanah milik Telekom Malaysia (TM) Berhad sejak dua tahun lalu terbongkar apabila kesemua mereka ditahan polis kelmarin.
Kesemua suspek ditahan di Sungai Buaya di sini ketika sedang bersiap-sedia untuk membakar kabel yang baru dicuri di Gadek, Melaka, awal pagi semalam.
Jurucakap polis berkata, kesemua suspek berusia 15 hingga 40 tahun itu ditahan dalam serbuan diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Hulu Selangor, Asisten Supritendan Mohd. Yatim Osman pada pukul 11.30 pagi.
Menurutnya, ketika serbuan semua suspek sedang memunggah sejumlah kabel yang telah dipotong daripada sebuah lori seberat tiga tan untuk dibakar.
"Hasil pemeriksaan, polis telah menemui 148 batang kabel di atas lori berkenaan. Panjang semua kabel tersebut adalah 990 meter.
"Siasatan lanjut mendapati suspek-suspek mencuri kabel tersebut yang ditanam sejauh hampir satu kilometer di Gadek, Melaka," katanya di sini hari ini.
Jurucakap itu menambah, pegawai Telekom Malaysia (TM) yang diminta memberi bantuan mengesahkan kabel tersebut milik syarikat berkenaan.
Jelasnya, menurut pegawai TM, kesemua kabel yang dicuri bernilai RM120,000.
"Polis percaya sindiket tersebut telah menjalankan kegiatan itu sejak dua tahun lalu berdasarkan kesan pembakaran kabel bagi mendapatkan tembaga di lokasi serbuan.
"Mereka juga dianggap licik kerana menggunakan lori yang mempunyai kren untuk menarik keluar kabel dari tanah sebelum mengangkat kabel ke atas lori," ujarnya.
Katanya, siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengesan jumlah keseluruhan kabel yang pernah dicuri sindiket tersebut sebelum ini.Utusan Malaysia Online - Jenayah

"70 terbunuh, Boeing 727 Iran terhempas

Utusan Malaysia Online - Terkini:
SALJI menimpa bangkai pesawat Boeing 727 IranAir yang terhempas ketika cuba melakukan pendaratan cemas semasa ribut salji di luar bandaraya Orumiyeh, 700 kilometer ke barat laut Tehran awal pagi tadi. Hampir 80 penumpang terbunuh dalam nahas itu. - Foto AP
Jan 10, 2011 9:22 pm-Foto Bharian
10/01/2011 11:21am

TEHERAN 10 Jan. – Sekurang-kurangnya 70 orang terbunuh dan 35 lagi cedera apabila pesawat Boeing 727 milik Iran terhempas dalam cuaca buruk di barat laut negara ini lewat semalam.

Ketua Bulan Sabit Merah Iran, Mahmoud Mozafar berkata, kebanyakan mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Katanya, seramai 106 orang iaitu 12 anak kapal dan 94 penumpang berada di dalam pesawat itu ketika nahas berlaku. – Reuters"

Kanak-kanak 3 tahun mati didera

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

10/01/2011 3:02pm

JOHOR BAHRU 10 Jan. - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun, Nordiana Qistina Nurafizan meninggal dunia dipercayai akibat didera di Kampung Sungai Tiram di sini semalam.

Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di seluruh badan. - Utusan"

60 pengunjung pusat hiburan positif dadah ditahan


IPOH 9 Jan. - Seramai 60 pengunjung sebuah pusat hiburan yang sedang leka dan khayal menari di Jalan Datuk Tahwil Azhar di sini, ditahan setelah didapati positif dadah dalam Ops Hiburan, awal pagi ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Asisten Komisioner Eiap Eng Kian berkata, ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati kesemuanya positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine dan ketamin.
Katanya, mereka yang ditahan terdiri daripada 38 lelaki dan 22 wanita berusia 18 hingga 63 tahun.
"Dalam serbuan bermula pukul 12 tengah malam hingga 4 pagi ini, seramai 67 pengunjung pusat hiburan itu telah diarah menjalani ujian saringan air kencing dan 60 daripadanya didapati positif dadah.
"Semua yang positif dadah ditahan untuk diambil keterangan dan akan dibebaskan dengan jaminan polis selepas itu.
"Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Eng Kian, hasil pemeriksaan polis tidak menemui dadah pada badan pengunjung pusat hiburan itu dan juga di premis tersebut.
"Pusat hiburan tersebut pernah disaman sebelum ini akibat melanggar syarat lesen kerana tidak mempunyai lesen karaoke," tambahnya.
Beliau memberitahu, operasi tersebut dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri.
Katanya, seramai 35 pegawai dan anggota polis terlibat dalam operasi tersebut.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_03.htm

AS bimbang senjata canggih milik China


2011/01/10

Gates gesa pulih hubungan dengan Beijing

DI DALAM PESAWAT TENTERA AS: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Robert Gates kelmarin menyuarakan kebimbangan berhubung pemilikan senjata berteknologi tinggi terbaru China dan menggesa pemulihan dalam hubungan ketenteraan dengan Beijing bagi membantu mengurangkan ketegangan.

Bercakap kepada media dalam perjalanan ke Beijing untuk rundingan tiga hari, Gates berkata China jelas membuat banyak peningkatan dalam membangunkan jet pejuang siluman pertama dan peluru berpandu antikapal memberi ancaman kepada tentera Amerika.
“Mereka jelas mempunyai potensi meletakkan sesetengah keupayaan kita dalam risiko. Kita perlu memberi perhatian terhadap mereka, kita perlu memberi tindak balas wajar dengan program sendiri,” kata Gates.
Namun katanya, kemajuan dalam program persenjataan China itu menekankan lagi betapa pentingnya satu dialog diadakan dengan tentera China, dan berharap kunjungannya bermula semalam akan menjalin hubungan pertahanan lebih erat dengan kuasa Asia itu.

“Harapan saya ialah menerusi dialog strategik yang saya katakan, mungkin keperluan sesetengah keupayaan ini dikurangkan,” kata Gates.

Dengan Presiden China Hu Jintao dijangka berada di Washington untuk kunjungan 19 Januari ini, kedua-dua pihak tidak sabar menunjukkan perkembangan dalam hubungan pertahanan yang mana China berulang kali menyekat jualan senjata Amerika ke Taiwan.

“Adalah jelas China mahu saya datang sebelum kunjungan Presiden Hu ke Wa-shington,” kata Gates.
“Pandangan peribadi saya ialah hubungan positif, menyeluruh antara Amerika dan China bukan saja bermanfaat untuk kedua-dua negara, tetapi juga semua negara di rantau ini dan seluruh dunia.”

Beberapa hari sebelum lawatan ketua pertahanan Amerika itu, gambar jelas diedar di internet oleh pihak yang tidak dikenal pasti menunjukkan satu prototaip pesawat pejuang siluman pertama China, J-20 di satu lapangan terbang tentera di barat laut China.

“Kami tahu mereka sedang mengusahakan pesawat siluman,” kata Gates apabila ditanya mengenai pesawat perang itu.

Gates juga berkata beliau bimbang mengenai peluru berpandu antikapal, krus dan balistik China sejak dirinya mengambil alih jawatan itu empat tahun lalu oleh China. – AFP
Berita Harian Online | AS bimbang senjata canggih milik China

Penembak Ahli Kongres tidak bertindak sendiri





2011/01/10

ANGGOTA kecemasan membawa Giffords (gambar kecil)  dengan helikopter untuk menerima rawatan.
ANGGOTA kecemasan membawa Giffords (gambar kecil) dengan helikopter untuk menerima rawatan.


Penyerang ada rekod jenayah ditangkap di lokasi kejadian

TUCSON: Polis mengesyaki lelaki bersenjata yang menembak sehingga cedera parah seorang ahli Kongres wanita, di samping membunuh enam yang lain di sini semalam tidak bertindak berseorangan.

“Kami mempunyai sebab untuk mengesyaki penyerang datang ke lokasi kejadian bersama seorang yang lain,” kata syerif mukim Pima, Clarence Dupnik, yang mengetuai siasatan terhadap kes serangan terhadap ahli Dewan Perwakilan Gabrielle Giffords.
Ketua polis itu berkata penyerang berusia 22 tahun itu ditangkap di lokasi kejadian.
Katanya, penyerang itu mempunyai rekod jenayah, tetapi beliau yakin dia tidak bertindak bersendirian.

Media mengenal pasti penyerang itu sebagai Jared Lee Loughner dan saksi berkata dia pergi ke perhimpunan awam yang dianjurkan Giffords untuk menemui ahli kongres Demokrat itu.

Menurut penganjur majlis Alex Villec, penyerang memakai topi berwarna hitam dan seluar serta baju “longgar”. “Dia meminta menemui Giffords tetapi diberitahu agar menunggu gilirannya. Berikutan itu dia meninggalkan tempat berkenaan dan kembali beberapa minit kemudian dan selepas itu kedengaran bunyi tembakan.”

Penyerang itu melepaskan tembakan menggunakan senjata separa automatik dengan menyasarkan Giffords ketika beliau menemui penyokongnya kira-kira jam 10 pagi hari Sabtu waktu tempatan. Lokasi berhampiran sebuah pasar raya itu sesak dengan pengunjung pada waktu kejadian.
Pihak berkuasa berkata hakim persekutuan Arizona dan lima yang lain terbunuh, manakala 13 orang turut cedera, termasuk ahli Kongres berkenaan.

"Penyerang itu tidak lebih dari tiga atau empat kaki dari ahli Kongres berkenaan,” kata kakitangan komunikasi Giffords, Mark Kimble.

Seorang doktor di University Medical Center di Tuscon yakin Giffords yang cedera parah akan pulih.

“Beliau dalam keadaan kritikal. Pembedahan sudah disempurnakan dan saya yakin beliau akan selamat,” kata pengarah perubatan hospital itu Peter Rhee.
Sementara itu, Presiden Barack Obama mengecam serangan terhadap ahli Kongres itu yang menyebabkan “tragedi yang dahsyat” dalam satu tindakan ganas yang tidak munasabah.

Kejadian tembakan itu mengejutkan Washington, di mana Kongres akan membentangkan rang undang-undang penjagaan kesihatan minggu depan.

Ada yang berpendapat bahawa keadaan politik semasa mungkin menyumbang dalam kejadian tembakan yang jarang membabitkan seorang ahli perundangan persekutuan.
Bagaimanapun tidak diketahui jika tembakan itu mempunyai kaitan dengan sebarang suasana politik walaupun Syerif Dupnik berkata beliau percaya Giffords menjadi sasaran tembakan. – Reuters
Berita Harian Online | Penembak Ahli Kongres tidak bertindak sendiri

‘Kontraktor’ tipu RM250,000 ditahan



Oleh Umi Nadirah Abdul Rahman

2011/01/10

Bekas kakitangan SAJ perdaya tujuh individu

PONTIAN: Kelicikan seorang bekas kakitangan Syarikat Air Johor (SAJ) menipu dengan menawarkan kontrak pemasa-ngan paip hingga menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh individu rugi RM250,000, berakhir apabila dia ditahan polis, Khamis lalu.

Lelaki berusia 40 tahun itu ditahan anggota Cawangan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Pontian yang mengesan kereta dipandunya berdekatan Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah, jam 2.45 petang.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin, berkata siasatan mendapati suspek memperdayakan tujuh individu sejak setahun lalu, dengan mempelawa mereka menjadi rakan kongsinya dalam perniagaan.
“Suspek dipercayai menggunakan pengalaman dan pengetahuannya ketika bertugas dengan SAJ sebelum ini, untuk memperdayakan mangsa, kononnya dia adalah kontraktor syarikat utiliti terbabit sebelum menawarkan projek pemasangan paip air di daerah ini.

“Suspek dikesan mempelawa semua mangsa menjadi rakan kongsi perniagaannya sebelum mereka menyedari tertipu selepas menyerahkan wang. Mereka tampil membuat laporan sebaik menyedari tertipu.

“Siasatan mendapati semua projek ditawarkan suspek kepada mangsa sebenarnya tidak wujud, malah dia juga tidak mempunyai dokumen berkaitan projek yang didakwa,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Zahaliman berkata, pihaknya percaya ramai lagi individu menjadi mangsa penipuan lelaki terbabit dan meminta mereka tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.
“Suspek kini ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan, jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dengan denda dan sebatan,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan semakan, suspek sebelum ini pernah dipenjara dua tahun pada 2004 atas kesalahan menipu dan terbabit dalam kes menyamar sebagai pegawai polis.
Berita Harian Online | ‘Kontraktor’ tipu RM250,000 ditahan

Abang maut, adik parah ditikam

Berita Harian Online | Abang maut, adik parah ditikam:


FAIZAL menerima rawatan selepas  terbabit dalam pergaduhan di Pekan Inanam, semalam.
FAIZAL menerima rawatan selepas terbabit dalam pergaduhan di Pekan Inanam, semalam.
2011/01/10




FAIZAL menerima rawatan selepas terbabit dalam pergaduhan di Pekan Inanam, semalam.
KOTA KINABALU: Kunjungan dua beradik ke sebuah pusat hiburan di Pekan Inanam, di sini, awal pagi semalam, berakhir tragedi apabila seorang mati ditikam, manakala seorang lagi parah.

Herman Abdul Rahman, 22, mati akibat cedera parah di rusuk kanannya, selepas dipercayai terbabit dalam pergaduhan di pusat hiburan itu, manakala adiknya, Faizal, 19, parah ditikam dua kali di pinggang, dalam kejadian pada jam 1 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, berkata polis sedang mengesan beberapa suspek yang dikenal pasti terbabit dalam pergaduhan berkenaan.
“Kita percaya lebih seorang yang melakukan serangan, Kita juga yakin dapat melakukan tangkapan dalam masa terdekat kerana identiti beberapa suspek sudah diketahui,” katanya ketika ditemui Berita Harian di sini, semalam.

Beliau berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu kira-kira jam 1.50 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, kita menemui seorang lelaki terdampar di atas jalan dengan kesan darah di bahagian rusuk kanan dipercayai akibat ditikam dengan menggunakan benda tajam,” katanya."

Dua penguat kuasa dicekup khalwat





2011/01/10

JITRA: Dua anggota penguat kuasa daripada sebuah agensi kerajaan di negeri ini dicekup berkhalwat oleh jemaah masjid di sebuah rumah sewa di Taman Mahsuri, Bandar Darulaman, di sini, pagi kelmarin.

Kedua-dua mereka bertugas di agensi sama tetapi suspek lelaki bertugas di cawangan Kulim, manakala pasangannya bertugas di cawangan Kubang Pasu.
Pasangan terbabit yang masing-masing berusia 25 dan 26 tahun dicekup kira-kira jam 11 pagi selepas jemaah masjid di kawasan perumahan itu mengesyaki sesuatu mencurigakan apabila rumah yang disewa penghuni wanita yang ketika itu tinggal seorang diri dikunjungi seorang lelaki.
Difahamkan, wanita itu dikatakan menyewa di rumah itu bersama beberapa rakannya yang lain, tetapi ketika kejadian semua rakan serumahnya pulang ke kampung sempena cuti hujung minggu.

Wanita yang berasal dari Lunas, Kulim itu dikatakan sengaja tidak pulang ke kampung seperti rakannya, semata-mata untuk memadu asmara bersama pasangannya di rumah itu.

Pasangannya yang berasal dari Kelantan itu dikatakan sanggup menempuh perjalanan sejauh lebih 140 kilometer dari Kulim ke sini, semata-mata untuk menemui teman wanitanya itu.

Sumber berkata, jemaah masjid yang menerima aduan itu, bergegas ke lokasi dan mengetuk pintu berulang kali sebelum dibuka seorang wanita yang berpakaian lengkap tidak lama kemudian.
Katanya, wanita itu dikatakan terkejut melihat ramai orang berada di luar rumah dan selepas menyatakan tujuan mereka ke rumah itu untuk membuat pemeriksaan, dia benar masuk.

“Selepas diperiksa, jemaah masjid terbabit menemui seorang lelaki bersembunyi dalam bilik air yang berada dalam ketakutan dan diarahkan keluar menyerah diri.

“Pasangan itu mengaku mereka tidak mempunyai sebarang ikatan suami isteri atau bukan mahram menyebabkan mereka terpaksa ditahan untuk siasatan,” katanya di sini semalam.
Berita Harian Online | Dua penguat kuasa dicekup khalwat

Isteri kaku dibangku bas



Oleh Azida Shahrudin dan Ahmad Othman

2011/01/10

KEADAAN bas kilang yang digesel treler menyebabkan Nor Haziena (gambar kecil) maut di Jalan Johor Bahru-Mersing, Kota Tinggi, semalam.
KEADAAN bas kilang yang digesel treler menyebabkan Nor Haziena (gambar kecil) maut di Jalan Johor Bahru-Mersing, Kota Tinggi, semalam.


Suami beralih tempat sebelum nahas dengan treler

KOTA TINGGI: “Sebaik tersedar, saya mencarinya, namun luluh hati melihat jasad isteri terbujur kaku di tempat duduk yang remuk teruk,” rintih pemandu van yang kematian isteri selepas bas kilang ditumpang mereka bertembung treler berhampiran Pusat Latihan Tempur Tentera Darat di sini, malam kelmarin.

Dalam kemalangan jam jam 8.30 malam di Kilometer 25.5 Jalan Johor Bahru-Mersing itu, Saiful Arhan, 25, cedera ringan tetapi isterinya, Nor Haziena Sulaiman, 25, meninggal di tempat kejadian akibat cedera parah.

Tujuh lagi penumpang cedera akibat tercampak dan terperosok dalam bas, sejurus sebahagian dinding terkopak selepas bergesel dengan treler dari arah bertentangan.
Pemandu treler dan kelindannya melarikan diri dan setakat ini belum membuat laporan polis.

“Mulanya saya duduk di sebelah isteri tetapi sebelum menghampiri tempat kejadian, saya pindah duduk bersebelahan pemandu bas. Ketika sampai di selekoh, tiba-tiba saya melihat sebuah treler dari arah bertentangan masuk laluan bas.

“Pemandu bas cuba mengelak ke kiri tetapi badan treler itu bergesel dinding bas sebelah kanan menyebabkan saya tercampak menerusi cermin depan yang pecah sebelum pengsan.

“Sejurus sedar, orang ramai sudah mengerumuni bas dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat serta polis sibuk membantu penumpang cedera.
“Mereka memaklumkan isteri saya sudah mati dan tidak benarkan saya melihatnya. Namun saya mendesak dan amat menyedihkan apabila melihat isteri terbujur kaku di tempat duduknya yang remuk,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot, berkata polis kini sedang mengesan pemandu dan kelindan treler itu.
Berita Harian Online | Isteri kaku dibangku bas

Banjir di Kelantan makin pulih





2011/01/10

KOTA BHARU: Keadaan banjir di Kelantan pagi ini semakin pulih apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara tuun kepada 3,190 orang berbanding 3,579 orang yang dilaporkan malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata, jumlah pusat pemindahan yang dibuka masih kekal 22 buah sebagaimana malam tadi iaitu membabitkan daerah Kota Baharu, Tumpat dan Pasir Mas.
"Seramai 3,190 mangsa membabitkan 970 keluarga masih berada di pusat pemindahan di tiga daerah negeri ini.
"Berdasarkan cuaca cerah dan panas kini, mangsa dijangka dibenarkan pulang secara berperingkat apabila keadaan banjir semakin pulih," katanya kepada
di sini hari ini.

Beliau berkata, tujuh laluan ditutup kepada kenderaan ringan iaitu enam di daerah Pasir Mas dan satu di Tumpat.

"Enam laluan yang ditutup kepada kenderaan ringan di Pasir Mas ialah KM3
Jalan Pengkalan Rakit, KM9 Pohon Tanjung-Rantau Panjang (jalan lama) Kampung Siram, Pohon Tanjung-Meranti, KM10 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu, KM23 Jalan Banggol Kulim Lokasi 2 dan KM24 Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang dan
satu laluan di Tumpat iaitu KM6 dan km 9 Jalan Cabang Empat Kampung Jambu/Meranti," katanya.

Jurucakap itu berkata, paras Sungai Golok juga menunjukkan penurunan mendadak iaitu 9.95 meter tetapi masih melebihi paras bahaya 9 meter. - BERNAMA
Berita Harian Online | Banjir di Kelantan makin pulih

Kes saman Anwar terhadap Saiful disebut semula 25 April

2011/01/10

KUALA LUMPUR: Saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan yang didakwa berniat jahat kerana membuat laporan polis dirinya diliwat bekas majikannya itu, ditetapkan untuk sebutan pada 25 April ini sementara menunggu perbicaraan kes liwat yang dihadapi Anwar di Mahkamah Tinggi Jenayah selesai.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Anisah Normah Muhammad Nor, menetapkan tarikh itu selepas berjumpa dengan peguam Jason Tay yang mewakili Ketua Pembangkang, di dalam kamar hari ini.
Mahkamah Tinggi Jenayah menetapkan 21 Januari ini untuk sambung bicara kes liwat Anwar.
Anwar, 63, memfailkan saman terhadap Mohd Saiful, 25, pada 30 Jun, 2008, mendakwa bekas pembantunya itu membuat laporan polis kerana mempunyai niat tersembunyi dan juga untuk mencemarkan peribadinya sebagai ahli politik.

Dalam pernyataan tuntutannya, beliau mendakwa Mohd Saiful tahu yang pertuduhan liwat itu adalah palsu tetapi tetap meneruskannya dan membuat laporan polis pada 28 Jun, 2008.

Beliau mendakwa hasil daripada laporan polis itu, maruah beliau telah tercemar dan beliau menanggung penderitaan dan aib.

Mohd Saiful, dalam pernyataan balasannya yang difailkan pada Mei 2009, berkata laporan polis itu mempunyai justifikasi dan sekiranya perkara itu tidak benar, pihak pendakwaan tidak akan mendakwa Anwar dengan pertuduhan liwat. - BERNAMA
Berita Harian Online | Kes saman Anwar terhadap Saiful disebut semula 25 April

Anjing jinak jadi pembunuh

ANJING jenis Mogul yang menggigit Sullivan Maurice, 50, mengakibatkan kematiannya di tanah persendirian di Teluk Bahang. (09/01/2010)
ANJING jenis Mogul yang menggigit Sullivan Maurice, 50, mengakibatkan kematiannya di tanah persendirian di Teluk Bahang. (09/01/2010)
MALANG...polis membawa mayat Maurice yang maut selepas digigit dua anjing di Teluk Bahang, pagi semalam.
MALANG...polis membawa mayat Maurice yang maut selepas digigit dua anjing di Teluk Bahang, pagi semalam.

TRAUMA...kekasih mangsa sebak.

TRAUMA...kekasih mangsa sebak.









GEORGETOWN: Seorang pelancong warga Ireland terbunuh dalam keadaan mengerikan akibat cedera parah di lengan dan paha, dagu hampir tercabut manakala kedua-dua telinganya putus akibat digigit sepasang anjing peliharaan jenis Mongrel di sebuah ladang organik di Teluk Bahang, dekat sini, pagi semalam.
Pelancong berkenaan, Sullivan Maurice, 50, baru tiba di ladang organik berkenaan bersama teman wanitanya, warga Poland berusia 28 tahun, kira-kira jam 11 pagi kelmarin, untuk menjadi sukarelawan serta merakam gambar pokok durian yang ditanam di ladang itu.

Pemilik ladang organik itu yang dikenali sebagai Teoh, 41, berkata mangsa bersama teman wanitanya sudah mesra bersama sepasang anjing peliharaannya sejak tiba di ladang terbabit dan mereka juga bermain-main dengan dua anjing hitam itu petang kelmarin.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi semalam, dua anjing jinak itu tidak diikat manakala dua warga asing yang dikenali melalui perbualan Internet itu baru saja turun dari rumahnya yang terletak di atas bukit iaitu kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

“Ketika kejadian, isteri saya yang berada di dalam rumah terdengar bunyi anjing menyalak dengan tiba-tiba. Apabila hendak turun ke bawah bagi menolong Maurice, ia sudah terlambat.


“Kami tidak sangka anjing yang sudah mesra bersama Maurice sejak kelmarin, menggigit sehingga menyebabkan kematiannya dalam tempoh 24 jam berkenalan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, dua anjingnya itu akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Pulau Pinang untuk tindakan lanjut dan tidak menyangka niat baik Maurice bersama teman wanitanya mengundang padah kepada mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Md Zin, berkata pihaknya difahamkan mangsa bersama teman wanitanya datang ke ladang berkenaan untuk merakam gambar bagi disiarkan pada laman web pasangan itu.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di lengan dan paha, dagu hampir tercabut manakala kedua-dua telinga putus akibat gigitan anjing itu.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Teman wanita mangsa enggan ditemui wartawan dan dilihat menghubungi seseorang dipercayai memaklumkan berita malang itu.

Dalam pada itu, carian di Internet mendapati anjing Mongrel itu campuran banyak baka dan kerana itu ia mudah dipelihara, malah makanannya sayur, nasi serta sampah organik.


Anjing coklat muda dan hitam jenis itu boleh mencapai berat sehingga 18 kilogram serta berukuran antara 38 dan 57 sentimeter tinggi.myMetro | Anjing jinak jadi pembunuh