Search This Blog

Sunday, January 9, 2011

Mayat rakyat Myanmar ditemui di belakang restoran

Kosmo! Online - Terkini: "
09/01/2011 1:19pm

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki Myanmar ditemui mati dengan kesan cedera di kepala dipercayai mangsa samun di lorong belakang sebuah restoran di Jalan Kuchai Maju 8 di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, mayat Aik Sang, 32, yang berpakaian lengkap itu ditemui pemilik restoran berkenaan yang ingin membuka perniagaannya pada pukul 7.30 pagi.

'Polis menemui dompet yang mengandungi pengenalan diri, wang tunai RM15 serta sarung telefon bimbit dalam poket mangsa yang ditemui terbaring di belakang lorong itu.

'Punca kematian masih tidak dapat dipastikan namun kita percaya mangsa disamun kerana hanya sarung telefon bimbitnya yang ditemui,” katanya. - Bernama"

Wanita direman berhubung kes suri rumah parah ditetak

Kosmo! Online - Terkini: "
09/01/2011 2:30pm

JITRA - Mahkamah Majistret hari ini memerintahkan seorang wanita ditahan reman selama empat hari berhubung kes seorang suri rumah cedera parah ditetak dengan parang di rumahnya di Kampung Baru, Sungai Korok dekat sini Jumaat lepas.

Majistret Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin memerintahkan wanita berusia 28 tahun itu ditahan reman mulai hari ini mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan polis.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt. Sawaludin Hamenudin berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mengakibatkan kecederaan parah dengan senjata.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, Siti Aminah Hanafi, 54, cedera di kepala, muka serta tangan selepas ditetak, dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu antara suspek dan mangsa yang tinggal sebumbung sejak dua minggu lepas. - Bernama"

Kebakaran: 50 peniaga hilang punca pendapatan

Kosmo! Online - Terkini: "
09/01/2011 3:25pm

TAWAU - Lima puluh peniaga kecil di Kampung Titingan, dekat sini, hilang punca pendapatan apabila kedai dan gerai mereka musnah dalam satu kebakaran awal hari ini.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran itu yang membabitkan 16 buah kedai papan dan 34 gerai menjual sayur-sayuran, buah-buahan dan kuih muih.

Pegawai Penjaga Bomba dan Penyelamat Tawau, Albert Jiran Tanjung, ketika ditemui di tempat kejadian, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.40 pagi dan sepasukan 16 anggota bersama dua jentera dikerah untuk memadam kebakaran itu.

'Setiba anggota kami di situ, kedai dan gerai yang diperbuat daripada papan itu sudah dijilat api sepenuhnya,” katanya.

Albert berkata, jumlah kerugian dan punca kebakaran masih disiasat. - Bernama"

Pembantu kantin maut bas bergesel treler

Kosmo! Online - Terkini: "
09/01/2011 3:26pm

JOHOR BAHRU - Seorang pembantu kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Kota Tinggi maut apabila bas kilang yang dinaikinya bergesel dengan sebuah treler di Kilometer 25.5 Jalan Johor Baharu-Jalan Kota Tinggi, malam tadi.

Nor Hazieana Sulaiman, 23, yang duduk di tempat duduk hadapan cedera parah di dada dan mati di tempat kejadian.

Kemalangan pada pukul 8.30 malam itu turut menyebabkan pemandu bas dan enam penumpang lain cedera ringan, kata Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Othman Muhammad Sebot ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, ketika kejadian bas yang membawa membawa 30 penumpang itu dari arah Johor Baharu manakala lori treler terbabit dari arah Kota Tinggi. - Bernama"

Polis tahan 60 orang positif dadah

Kosmo! Online - Terkini: "
09/01/2011 4:34pm

IPOH - Polis menahan 38 lelaki dan 22 wanita berumur antara 18 dan 63 tahun yang disyaki menyalahguna dadah dalam satu pemeriksaan di sebuah pusat hiburan di sini awal pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak, ACP Eiap Ng Kian berkata, daripada 67 orang yang diperiksa dalam serbuan ke atas pusat hiburan di Jalan Tahwil Azhar tengah malam tadi, ujian air kencing mendapati 60 daripada mereka positif dadah.

Beliau berkata semua yang positif dadah kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak untuk siasatan lanjut, dan operasi tamat pada kira-kira pukul 4 pagi. - Bernama"

Jabatan Hutan Selangor sita 45,564 kayu bakau

Kosmo! Online - Terkini: "
09/01/2011 6:15pm

KUALA LUMPUR - Jabatan Perhutanan Negeri Selangor menyita 45,564, kayu bakau bernilai hampir RM500,000 yang dipercayai dicuri serta sebuah kren pengangkut dalam serbuan di sebuah premis di Pelabuhan Klang dua hari lepas.

Penolong Pengarah Operasi dan Penguatkuasaan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor Mohd. Yussainy Md. Yusop berkata, dalam serbuan antara pukul 10 hingga 12 tengah malam Jumaat lepas, dua pengurus dan 13 pekerja premis kayu bakau itu ditahan.

Beliau berkata, serbuan oleh 15 anggota penguatkuasa jabatan itu dibuat setelah intipan lebih dua minggu ke atas premis terbabit yang dipercayai menyimpan kayu bakau yang dicuri.

'Kedua-dua pengurus itu akan didakwa di mahkamah selewat-lewatnya Khamis depan, manakala siasatan terhadap pekerja terbabit akan diteruskan,” katanya. - Bernama"

Tuan Azman’ ditahan reman kerana menipu lagi

Kosmo! Online - Terkini: "‘
09/01/2011 6:17pm

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki yang pernah menyamar sebagai ‘Tuan Azman’ dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor ditahan Khamis lalu selepas disyaki menipu membabitkan kerugian berjumlah RM250,000.

Ketua Polis Daerah Pontian Supt. Zahaliman Jamin berkata, suspek berusia 40 tahun itu merupakan bekas pekerja Syarikat Air Johor dan dipercayai menggunakan latar belakang pekerjaannya itu untuk memperdaya tujuh individu supaya menjadi rakan kongsi bagi melaksanakan projek pemasangan paip air.

'Mangsa-mangsa yang percaya dengan tipu helah dan janji manis suspek telah menyerahkan wang kepadanya tanpa sebarang keraguan, walaupun tiada sebarang dokumen berkaitan projek tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Bernama"

16,061 kes, 96 kematian akibat H1N1 tahun lepas

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

09/01/2011 6:18pm

KUALA LUMPUR, 9 Jan. - Jumlah keseluruhan pesakit yang disahkan menghidap Influenza A(H1N1) sepanjang tahun lepas ialah 16,061 orang dengan jumlah kematian 96 orang, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

'Wabak ini kini dapat dikawal terutama kerana kita ada vaksin dan kita telahpun memberi vaksin kepada semua pegawai barisan hadapan dan golongan berisiko tinggi.

'Bagaimanapun orang ramai terutama golongan berisiko tinggi perlulah sentiasa berwaspada terhadap perkembangan ini dan digalak mendapatkan vaksin di pusat perubatan kerajaan dan swasta,” katanya. - Bernama"

Akibat rumah hangus Tahun Baru Cina disambut hambar

SH
ALOR SETAR - Kehadiran Tahun Baru Cina tiga minggu lagi tidak bermakna bagi dua keluarga yang kehilangan rumah akibat kebakaran di Kampung Tepi Laut, Kuala Kedah malam tadi.
Kee Gaik Cheng, 33, seorang suri rumah berkata, ketika kejadian mereka sekeluarga tiada di rumah kerana keluar membeli barang, manakala anaknya yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) berada di rumah kakaknya di Taman Bersatu berhampiran kampungnya.
"Saya tergerak hati hendak menghantar anak saya yang OKU di rumah kakak, kalau dia ada di rumah, saya tidak tahu apa akan jadi padanya," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.
Beliau berkata kebakaran itu berpunca daripada rumah jirannya dan disebabkan angin kencang, api marak dengan cepat.
"Semasa kejadian jiran saya ada di rumah , tetapi dia tidak boleh berbuat apa-apa memandangkan api sudah marak dengan cepat, lagipun dia (jiran) sudah tua dan mengalami masalah kesihatan," katanya.
Kee berkata, suaminya yang bekerja sebagai tukang rumah baru menerima wang tunai berjumlah RM7,000 daripada pelanggan untuk mengubahsuai rumah dan wang itu turut musnah dalam kebakaran.
"Saya berasa amat sedih ... bagi saya sambutan Tahun Baru Cina tahun ini sudah tidak bermakna, tak raya pun tak apa sebab semua persiapan seperti baju raya dah habis terbakar dan sedih memikirkan duit yang hangus itu kerana kami tidak mempunyai duit untuk menggantikan semula duit yang hangus terbakar itu," katanya.

Lagaknya seperti 'orang alim'

SH


KOTA TINGGI – Gara-gara simpati kononnya terdapat seorang wanita sakit di dalam sebuah kereta, seorang warga emas di sini terpedaya dengan lagak seorang lelaki yang berperwatakan seperti orang ‘alim’ hingga menyebabkan wang RM200 lesap dikebas lelaki berkenaan.

Omar Ibrahim, 67, berkata, kejadian itu berlaku ketika dia menunggu seorang anaknya yang ketika itu sedang membeli barangan keperluan di salah sebuah pasar raya di Kota Tinggi, di sini.

Menurutnya, sebaik saja berada di tempat parkir kenderaan, dia didatangi seorang lelaki berperwatakan seperti imam itu meminta pertolongan kononnya isterinya sedang sakit di dalam sebuah kereta.

Omar berkata, lelaki terbabit memperkenalkan dirinya sebagai ‘Haji Zulkifli’ yang juga seorang pesara dan pernah menjawat jawatan sebagai Pegawai Pendidikan dari Singapura.

“Lelaki itu memegang bahu saya dan meminta tolong mengatakan isterinya sakit kuat dan menunggunya di kereta manakala dia sedang mencari tukang urut bagi mengubati penyakit isterinya itu.

“Saya berasa kesian apabila mendengar cerita lelaki terbabit dan mencadangkan kepada dia (suspek) berjumpa dengan seorang jiran di sebelah rumah yang ada kemahiran urutan tradisional,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Sebaik tiba di rumahnya, lelaki terbabit telah memuji keindahan dan ketenangan persekitaran di Kota Tinggi hingga memasang impian untuk membeli rumah rumah di kawasan tersebut.

“Suspek sering bercerita tentang keindahan Kota Tinggi, malah mahu memiliki sebuah rumah di sini serta bercadang mahu membawa anak dan isterinya tidur di rumah mangsa,” katanya.

Omar berkata, lelaki lagak alim itu kononnya ‘terliur’ dengan pisang yang sedang dipotong isterinya itu sebelum memasang umpan dengan memberitahu akan mengambil pi�sang itu selepas membawa isterinya itu berurut di rumah sebelah.

“Pada waktu isteri saya ada di rumah dan kebetulan sedang memotong pisang sebelum Haji Zulkifli meminta pisang untuk dibawa pulang tetapi setelah membawa isterinya itu berjumpa tukang urut,” katanya.

Bagaimanapun katanya, lelaki terbabit tidak mengambil isterinya sebaliknya mengajak seorang lagi rakannya ke rumah Omar yang pada ketika itu berada di pejabat atas urusan temu janji dengan suspek.

“Saya menunggu di pejabat, namun kelibat ’Haji Zulkifli’ tiada dan terkejut apabila mendapati lelaki terbabit ke rumah saya selepas diberitahu isteri bahawa dia (isteri) dipukau lelaki penipu berkenaan,” katanya.

“Isteri saya mendakwa pada petang tersebut, ’Haji Zulkifli’ bersama seorang lagi lelaki telah datang ke rumahnya dan meminta wang sebanyak RM500.

“Suspek beritahu kepada isteri bahawa saya pesan kepadanya (isteri) supaya memberi wang sebanyak RM500 kepada suspek untuk membeli minyak kereta kerana lelaki itu mendakwa dia hanya mempunyai dolar Singapura,” katanya.

Bagaimanapun katanya, isterinya itu hanya mempunyai RM200 hasil pemberian anaknya pada bulan tersebut, namun lelaki bertopengkan imam itu mendesak supaya memberinya RM500.

“Mujur isteri saya hanya ada RM200 jika tidak sudah tentu kesemua duit saya dikebas lelaki durjana terbabit,” katanya.

Menurutnya, tindakan berani isteri menyergah dengan parang menyebabkan dua suspek terbabit kecut perut sebelum bertindak meninggalkan rumah terbabit.

Myvi punca satu nyawa melayang

SH


LUMUT - Seorang lelaki maut di tempat kejadian apabila kereta jenis Honda yang dipandunya bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 4.0 Jalan Lumut – Ipoh, berhampiran lampu isyarat Kampung Acheh, di sini, kira-kira jam 10 pagi semalam.

Mangsa, Ong Yeow Hing, 24, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan seluruh anggota badan selain maut di tempat kejadian.

Menteri Pengangkutan, merangkap Ahli Parlimen Lumut, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkesempatan melawat tempat kejadian untuk melihat sendiri kemalangan itu.

Cho Ha berkata, mengikut maklumat yang diberikan pemandu bas ekspres itu, terdapat sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih melulu keluar dari simpang tiga di sebelah kiri jalan di laluan Ipoh – Lumut.

Menurutnya, dalam masa sama, kereta yang dipandu mangsa dari arah Ipoh menuju ke Lumut cuba mengelak Perodua Myvi itu dengan membelok ke kanan.

“Kereta mangsa kemudiannya masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas ekspres.

“Akibatnya, mangsa yang berasal dari No 2 Jalan Kampung Sitiawan, Taman Mewah Aman, Sitiawan, di sini, maut di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di kawasan kejadian.

Cho Ha berkata, pemandu bas ekspres terbabit mengaku terkejut dengan kemalangan yang berlaku dan cuba memberhentikan kenderaan.

“Pemandu bas ini tidak sempat mengelak daripada bertembung dengan kereta mangsa,” katanya.

Beliau berkata, apa yang menjadi masalah kini, pemandu kereta Perodua Myvi itu tidak dapat dikesan setelah kemalangan berlaku.

“Memang kereta Perodua Myvi itu tidak turut sama terlibat dalam kemalangan maut ini, namun ia punca utama kejadian ini berlaku.

“Saya rasa tentu ada kereta yang mengikuti kenderaan terlibat pada ketika itu dan dapat mengecam kereta Perodua Myvi berwarna putih ini,” katanya.

Katanya, diharap agar sesiapa sahaja yang melihat kejadian itu dapat mengecam kereta Perodua Myvi berkenaan atau mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta segera menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.

Sementara itu, pemandu bas ekspres yang tidak mahu namanya disiarkan mengaku telah cuba memberhentikan kenderaan pada masa kejadian berlaku.

Beliau bagaimanapun merasa bersyukur kerana semua 21 penumpang bas termasuk enam pelancong asing yang dibawa menuju ke Butterworth, Pulau Pinang, terselamat dalam kejadian itu tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd Jamil Osman ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Ajal dalam tandas

SH


KULIM - Kalau sudah ajal, di mana-mana pun boleh terputus nyawa.

Itulah nasib malang Beramalee Sangga Polee yang menghembuskan nafas terakhir di dalam tandas tempat kerjanya di Taman Perindustrian Taman Waja, di sini.

Lebih menyayat hati, antara yang menemui mayat lelaki berusia 65 tahun itu adalah isterinya, Kanagambal Marathamuthu, 64, yang sedang mencarinya bersama beberapa rakan mereka kira-kira jam 7.15 petang kelmarin.

Beramalee, bekas anggota tentera adalah ketua pengawal keselamatan di kilang berkenaan. Isterinya juga bertugas sebagai pengawal keselamatan di tempat yang sama.

“Kali terakhir saya bertemu suami kira-kira jam 2.30 petang ketika dia sedang menjalankan tugas rondaan,” kata Kanagambal sambil menyeka air mata.

Menurutnya, pada jam 3.15 petang, dia melihat suaminya dari jauh sedang berehat di tingkat atas bangunan kilang itu.

"Apabila habis waktu kerja jam 7 petang, saya mahu balik ke rumah bersamanya. Apabila saya datang ke pos pengawal, saya dapati dia tidak ada di sini lalu meminta bantuan rakan sekerja untuk mencarinya.

"Kira-kira jam 7.15 petang, seorang pengawal keselamatan yang meronda di kawasan belakang kilang, masuk ke dalam tandas yang sudah lama tidak digunakan. Ketika itulah, dia temui mayat suami saya terbaring di lantai tandas," katanya.

Kanagambal berkata, ambulans yang tiba tidak lama kemudian membawa mayat Beramalee ke Hospital Kulim (HK) untuk proses bedah siasat bagi mengesahkan punca kematiannya.

Jurucakap polis dalam satu kenyataan selepas bedah siasat selesai berkata, mendiang disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

"Daripada keadaan anggotanya yang sudah keras dan kaku, dia dipercayai mati kira-kira empat jam sebelum ditemui," katanya.

Dalam satu kejadian berasingan, seorang lelaki 82 tahun di Kampung Tunku Putra, Kilang Lama, di sini meninggal dunia kira-kira kam 11.30 malam selepas makan ubat. Mangsa dikatakan mengalami masalah tekanan darah rendah.

Rumah misteri

SH

MERU - Jeritan wanita dan tangisan bayi yang sering didengari penduduk di deretan rumah kosong di Jalan Muda 68A, Taman Meru Selatan sering menjadi tanda tanya sehinggakan menakutkan penghuni sekitar pada waktu malam.

Seorang penduduk, Kham Sia, 30, mendakwa, ada penduduk di sini sering terdengar bunyi menakutkan seperti wanita menjerit, bayi menangis dari deretan rumah teres dua tingkat yang kosong itu terutamanya pada lewat malam.

“Malah ada juga yang pernah ternampak kelibat wanita berpakaian putih berlegar-legar di kawasan itu dan semak berhampiran,” katanya.

Menurutnya, rumah terbabit juga dipercayai menjadi tempat lepak golongan yang tidak bertanggungjawab melakukan aktiviti tidak berfaedah seperti mengambil dadah, minum arak dan sebagainya.

“Saya dapati kebanyakan pintu dan tingkap serta pagar rumah terbabit dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab.

“Malah dindingnya juga diconteng manakala besinya juga dicuri. Mungkin pemiliknya tidak membuat pemantauan di kawasan itu sehingga ada pihak berani bertindak sedemikian,” katanya kepada Sinar Harian.

Kham Sia berkata, penduduk juga memaklumkan terdapat golongan yang dipinggirkan keluarga seperti warga emas mendiami rumah itu sebagai tempat tinggal."

Penyelia kilang maut nahas jalan raya

SH: "

KUANTAN- Seorang penyelia sebuah kilang roti maut apabila kereta yang dipandunya remuk teruk selepas terbabas di Jalan Pintasan Kuantan di sini, pagi semalam.

Dalam nahas kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa, Mohd Rofi Mohd Zin, 45 dari Taman Impianku, Jalan Sungai Lembing dekat sini mengalami kecederaan parah di dada dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan kira-kira lima jam kemudian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Zulkifli Taha berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa memandu bersendirian dalam perjalanan ke tempat kerjanya.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi nahas, mangsa dipercayai gagal mengawal kereta jenis Proton Wira yang dipandunya lalu terbabas ke kiri jalan.

“Akibat kejadian, kereta mangsa yang dipercayai turut terbalik remuk teruk manakala mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada.

“Mangsa yang parah dihantar ke HTAA bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah hari semalam ketika menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Zulkifli berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar nahas yang meragut nyawa penyelia itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."

12 wanita warga asing disyaki pelacur dicekup polis

SH: "

KUALA LUMPUR - 12 wanita warga asing yang disyaki pelacur ditahan dalam satu operasi di Jalan Pasar Baru, di sini, malam tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Suffian Sulaiman berkata, operasi itu diadakan berikutan terdapat laporan mengenai kegiatan tidak bermoral di medan selera.

“Pihak Ketua Polis Daerah Dang Wangi mengambil tindakan segera dengan membuat operasi dan tangkapan ke atas kegiatan pelacuran warga asing di bangunan yang menempatkan beberapa medan selera di Jalan Pasar Baru, Kuala Lumpur.

“Hasil operasi yang dijalankan, pihak polis berjaya menahan seramai 12 warga asing yang disyaki pelacur,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau juga berkata, polis akan meneruskan tindakan secara berkala bagi mengatasi masalah sosial seperti pelacuran.

Semalam, sebuah akhbar melaporkan bahawa terdapat kegiatan pelacuran di medan selera dan mendakwa wanita warga asing boleh dilanggan pada kadar RM30 seorang. - Bernama"

Budak 4 tahun dakwa dicabul pemilik tadika

SH


SHAH ALAM – Seorang murid prasekolah mendakwa dicabul suami kepada pemilik sebuah tadika Islam di Kuala Kubu Baru (KKB) sejak mangsa berumur empat tahun.

Mangsa yang kini berumur enam tahun juga memberitahu ibunya, Pembantu Pegawai Kesihatan Kuala Kubu Baru, kali terakhir dia dicabul suspek digelar ‘Pakcik Jan’, pada Selasa lalu.

Ibunya yang terkejut dengan pengakuan anaknya itu kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, sebelum membawa anaknya mendapatkan rawatan di Hospital KKB.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Asisten Komisioner Norel Azmi Yahya Affandi berkata, berikutan itu, suspek berusia 53 tahun ditahan di Kampung Kelapa, di sini.

“Mangsa hanya memberitahu ibunya setelah dia berusia enam tahun mungkin kerana kini dia sudah boleh berfikir akan kegiatan jenayah yang dilakukan terhadapnya.

“Ibunya yang mempunyai pengetahuan dalam bidang perubatan terus membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Norel Azmi berkata, polis masih menunggu laporan perubatan mangsa untuk siasatan lanjut.

“Kami sudah merakamkan percakapan mangsa dan tidak menolak kemungkinan mengambil keterangan kanak-kanak lain di pusat asuhan terbabit,” katanya.

Beliau berkata, suspek kini dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh tahan reman berakhir Jumaat lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun serta sebatan.

Banjir semakin buruk

SH





KOTA BHARU – Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk apabila seramai 995 mangsa banjir membabitkan 265 keluarga di Bachok, Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah dan Pasir Puteh ditempatkan di pusat pemindahan banjir sehingga semalam berikutan hujan berterusan sejak dua hari lalu.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata, sehingga kini sebanyak 15 pusat pemindahan dibuka di lima daerah.

“Meskipun keadaan cuaca di beberapa kawasan di negeri ini agak cerah hari ini (semalam), tetapi faktor hujan renyai sederhana berterusan itu me-nyebabkan air semakin naik,” katanya.

Dalam pada itu, laman web rasmi ebanjir.kelantan melaporkan, Pasir Mas masih mencatatkan angka tertinggi mangsa yang mendapatkan perlindungan iaitu 651 orang.

Sementara itu, penduduk Gong Nangka, Pasir Puteh, seramai 15 mangsa kini berada di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Awang manakala seramai lima penduduk di Kampung Padang Kijang dan sekitarnya berpindah ke balai raya.

Beberapa jalan ditutup untuk laluan kenderaan ringan mulai semalam termasuk Jalan Tendong-Bunut Susu-Gelang Mas, Pasir Mas; Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu di Kampung Kajang, Pasir Mas dan Jalan Cabang Empat/Kampung Jambu/ Meranti di Kampung Jambu, Tumpat.

Jalan Pangkalan Rakit di Kampung Padang Licin, Pohon Tanjung-Rantau Panjang (jalan lama)-Kampung Siram dan Pohon Tanjung-Meranti di hadapan Klinik Meranti masih ditutup untuk kenderaan ringan.

Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang melebihi paras bahaya dengan catatan 10.23 meter (9 m bahaya) manakala lima sungai lain pada paras waspada iaitu Sungai Lebir di Tualang (27.81 m), Sungai Kelantan di Kuala Krai (20.83 m), Sungai Kelantan di Jeti Kastam (3.57 m) dan Sungai Golok di Jenob (21.82 m).

Tenggelam ketika mandi

SH


KOTA BHARU - Seorang ibu hanya mampu melihat tangan anaknya terkapai-kapai sebelum tenggelam dan lemas ketika mandi bersama anggota keluarganya, dekat sini semalam.

Ibunya yang turut mandi banjir bersama mangsa tidak berdaya menyelamatkan Siti Aisyah Kamarulzaman, 10, kerana arus deras dan airnya sangat dalam hampir tiga meter.

Dalam kejadian di Kampung Belukar Limbat kira-kira jam 11.30 pagi itu, pelajar tahun empat Sekolah Kebangsaan Peringat mati lemas ketika bermain banjir bersama adik-beradik serta ibunya kira-kira tiga meter dari rumahnya dipercayai tergelincir ke dalam sungai kecil berhampiran rumahnya.

Selepas hampir dua jam aktiviti mencari dan menyelamatkan dilakukan penduduk kampung bersama anggota bomba akhirnya mayat berkenaan ditemui tersangkut pada pokok pisang berdekatan dengan rumahnya.

Ibu mangsa Gayah Hassan, 35, berkata, ketika kejadian, dia bersama lima anaknya dan sepupunya mandi berhampiran rumahnya ketika suaminya, Kamarulzaman Ismail, 41, tiada di rumah kerana keluar menghantar nama-nama mangsa banjir untuk pengagihan bantuan.

Menurutnya, dia tergamam apabila melihat Siti Aisyah sudah hampir tenggelam dan hanya mampu melihat sahaja, kemudiannya mendapatkan bantuan daripada sanak saudaranya.

“Saya tidak sedar Siti Aisyah mandi jauh daripada saya kerana ketika itu saya sibuk menjaga anak bongsu saya, Ahmad Nabil Ablah, 3, yang mandi bersama-sama kami.

“Setelah beberapa minit saya menoleh ke belakang kerana Siti Aisyah hilang daripada pandangan saya dan saya terkejut kerana mendapati hanya tangannya sahaja yang nampak,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, semalam.

Gayah juga tidak menyangka perubahan sikap anaknya yang sering termenung petanda dia akan kehilangan anak ketiganya itu dalam sekelip mata.

“Malam tadi (semalam) kira-kira jam 9 malam dia makan mee segera bersama kami tetapi dia hanya makan sedikit sahaja kebiasaannya dia seorang yang suka makan,” katanya.

Sementara itu Ketua Operasi Menyelamat dari Balai Bomba Ketereh, Wan Ngah Wang Long berkata, pihaknya menerima panggilan telefon kira-kira jam 11.40 pagi dan tujuh anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

Jenazah mangsa yang dihantar ke HRPZ II untuk siasatan dan kemudiannya dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Belukar Limbat semalam.

60 orang positif dadah ditahan oleh pihak polis

SH: "

IPOH - Polis menahan 38 lelaki dan 22 wanita berumur antara 18 dan 63 tahun yang disyaki menyalahguna dadah dalam satu pemeriksaan di sebuah pusat hiburan di sini awal pagi ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak, ACP Eiap Ng Kian berkata, daripada 67 orang yang diperiksa dalam serbuan ke atas pusat hiburan di Jalan Tahwil Azhar tengah malam tadi, ujian air kencing mendapati 60 daripada mereka positif dadah.
Beliau berkata, semua yang positif dadah kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak untuk siasatan lanjut, dan operasi tamat pada kira-kira pukul 4 pagi.
Katanya, polis bagaimanapun tidak menjumpai sebarang dadah dalam serbuan itu, dan semua yang ditahan kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin polis selepas keterangan diambil.
'Operasi itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Narkotik Bukit Aman,' kata Eiap kepada pemberita di sini."

Warga emas 73 tahun ditahan

Utusan Malaysia Online - Johor



OSMAN Muhammad Sebot (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian barang rampasan yang dirampas dari sebuah rumah di Kampung Lukut Cina di Kota Tinggi, kelmarin.


KOTA TINGGI 8 Jan. – Polis menahan seorang lelaki warga emas kerana disyaki menjadikan rumahnya di Kampung Lukut Cina di sini sebagai stor simpanan minuman keras dan rokok kretek tanpa cukai.
Dalam serbuan pukul 7 petang semalam, sebanyak l,000 tin minuman keras jenama ‘Carlsberg’, ‘Tiger Beer’, ‘Guiness Stout’, ‘Heineken’ dan ‘Andaman Gold’ buatan Myanmar dirampas.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Osman Muhammad Sebot berkata, turut dirampas, lapan kotak wain jenama ‘Vella’, ‘Vina Lanzar’ buatan Spain, ‘Carbonet Merlot’ dan ‘Wyndham Estate’ buatan Australia.
Selain minuman keras berkenaan, tambah beliau, turut dirampas adalah 1,000 karton rokok kretek jenama ‘Gudang Garam Surya’, ‘Gudang Garam International’, ‘Nusantara’ serta rokok putih jenama ‘Astro’ dan ‘Ray’.
“Polis tidak menolak kemungkinan kesemua barang rampasan ini diseludup masuk ke negara ini dari negara jiran. Jumlah rampasan masih disiasat.
“Susulan serbuan tersebut, kita turut menahan seorang lelaki berusia 73 tahun dipercayai pemilik rumah berkenaan bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurut Osman, pihaknya membuat pemerhatian ke atas rumah tersebut selama dua hari sebelum serbuan dilakukan setelah mendapat maklumat daripada orang awam.
Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 dan barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia tindakan lanjut.

Enam maut menjelang pungutan suara esok

Utusan Malaysia Online - Luar Negara: "

JUBA, Sudan 8 Jan. - Sekurang-kurangnya enam maut dalam satu serangan yang disasarkan ke atas tentera selatan Sudan hari ini, menjelang satu pungutan suara bersejarah yang akan diadakan esok, kata jurucakap tentera.

'Seramai enam orang maut dalam satu serangan di wilayah Mayom.

'Ia adalah serangan yang disasarkan ke atas Tentera Pembebasan Rakyat Sudan (SPLA),' kata jurucakap tersebut.

Sumber Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan pihaknya telah menerima laporan tentang serangan tersebut.

Satu konvoi bantuan makanan PBB yang sepatutnya dijadual ke Mayom, turut dibatalkan ekoran serangan itu.

Masih belum jelas sama ada kematian itu membabitkan tentera atau penyerang.

PBB dan SPLA berkata, serangan tersebut mungkin dilancarkan penyokong setia komander militia yang berpaling tadah, Gatluak Gai yang menolak tawaran pengampunan dari kerajaan selatan Sudan dan memiliki tentera yang aktif di wilayah tersebut.

Serangan itu berlaku menjelang pungutan suara esok yang bakal menyaksikan rakyat negara ini mengundi, dalam satu undian bersejarah yang mungkin mengakibatkan perpecahan antara utara dan selatan Sudan. - AFP"

Dua terbunuh rusuhan di Algeria

Utusan Malaysia Online - Luar Negara



PERUSUH melempar batu ke arah anggota polis antirusuhan dalam satu pertempuran di daerah Belcour, Algiers, kelmarin - AFP


ALGIERS 8 Jan. - Dua penunjuk perasaan maut semalam dalam rusuhan berterusan di seluruh negara yang dilancarkan ekoran kenaikan harga makanan, lapor Kementerian Dalam Negeri.
Menterinya, Dahou Ould Kablia berkata, sekurang-kurangnya seramai 300 pegawai polis turut cedera sejak rusuhan berlaku Rabu lalu.
Katanya, seorang remaja berusia 18 tahun mati ditembak semalam di Ain Lahdjel, wilayah M'Sila, kira-kira 300 kilometer dari Algiers.
Menurut akhbar berbahasa Arab, El Khabar, ketika kejadian, polis cuba menyuraikan perusuh yang memasuki pejabat pos dan sebuah bangunan kerajaan.
Kablia berkata, seorang lagi penunjuk perasaan maut di bandar Bousmail, barat Algiers.
Di ibu negara, rusuhan terus berlaku semalam sehingga memaksa polis menempatkan anggotanya di sekitar masjid-masjid dan pihak berkuasa menangguhkan satu kejohanan bola sepak ekoran keadaan yang tidak selamat.
Polis antirusuhan dilengkapi gas pemedih mata dan cota terus berkawal di masjid-masjid utama di ibu negara Algeria itu.
Di daerah Belcourt, rusuhan dilaporkan bermula selepas solat Jumaat yang menyaksikan golongan muda melempar polis dengan batu dan menyekat beberapa jalan.
Menurut agensi berita rasmi APS, perusuh turut menggeledah bangunan kerajaan, bank-bank dan pejabat pos di beberapa bandar utama di bahagian timur negara.
Persekutuan Bola Sepak Algeria berkata, liga tersebut akan ditangguhkan bagi mengelak perhimpunan yang diharamkan di bawah undang-undang darurat negara itu sejak 1992.
Kos tepung gandum dan minyak salad meningkat dua kali ganda sejak beberapa bulan lalu sehingga mencecah rekod tertinggi di mana satu kilogram gula yang beberapa bulan lalu berharga 70 dinar (82 sen) kini berharga 150 dinar (RM1.80). - AFP/Reuters

Pak haji cabul anak murid isteri

Utusan Malaysia Online - Jenayah


HULU SELANGOR 8 Jan. - Syaitan bertopengkan 'pak haji'.Watak itu sesuai digambarkan terhadap seorang ketua kampung berusia 53 tahun di sini yang didakwa tergamak mencabul seorang kanak-kanak berusia enam tahun sejak dua tahun lalu.
Lebih terkutuk, lelaki itu menjadikan murid-murid Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) yang dikendalikan isterinya sebagai mangsa.
Bagaimanapun, tindakannya itu terbongkar selepas seorang mangsa mengadu mengalami kesakitan di bahagian kemaluan kepada ibunya Rabu lalu.
Berikutan itu, ibu mangsa yang merupakan pembantu Pegawai Kesihatan membuat laporan di Balai Polis Kuala Kubu Bahru di sini berhubung kejadian tersebut.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Norel Azmi Yahya Affandi berkata, menurut laporan yang dibuat, mangsa dimasukkan ke pusat asuhan itu sejak berusia empat tahun.
"Sejak dimasukkan ke situ, mangsa dipercayai dicabul beberapa kali oleh seorang lelaki dikenali sebagai 'Pakcik Jan'.
"Kali terakhir mangsa dicabul ialah pada Selasa lalu sebelum kanak-kanak itu mengadu sakit di bahagian kemaluan. Berikutan itu, ibu mangsa membawa anaknya menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum laporan polis dibuat," katanya ketika dihubungi hari ini.
Difahamkan, mangsa sering diraba di bahagian kemaluan ketika berada di pusat asuhan berkenaan.
Norel Azmi menambah, hasil laporan tersebut, pihaknya telah menahan suspek yang tinggal di Kampung Kelapa, Kuala Kubu Bahru pada Rabu lalu.
Menurutnya, suspek telah direman selama tiga hari sejak ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 377(E) Kanun Keseksaan.

Ketua juruwang ditahan disyaki lesapkan RM650,000

Utusan Malaysia Online - Jenayah


SEREMBAN 8 Jan. - Polis menahan seorang ketua juruwang sebuah bank di Seremban 2 di sini bagi membantu siasatan kes kehilangan wang tunai berjumlah RM650,000 dari peti simpanan bank itu baru-baru ini.
Suspek, seorang pegawai lelaki berusia 30-an ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini semalam selepas diminta hadir untuk membantu siasatan.
Difahamkan, dia yang berkhidmat lebih 10 tahun di bank itu tidak hadir bertugas selama seminggu sehingga menimbulkan syak kepada pihak pengurusan bank.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin memberitahu, siasatan awal pihaknya mendapati, lelaki itu dipercayai telah membawa keluar wang dari bank berkenaan beberapa hari selepas sambutan Hari Krismas sebelum perbuatannya disedari oleh pihak pengurusan bank itu Isnin lalu.
"Kita sedang melakukan siasatan lanjut terhadap suspek berkenaan dan polis juga akan memanggil beberapa lagi pekerja di bank itu untuk memberi keterangan," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.
Saiful Azly memberitahu, polis bertindak menyerbu rumah suspek dekat sini sebaik sahaja laporan kehilangan wang berkenaan dilaporkan oleh pihak pengurusan bank berkenaan.
"Bagaimanapun, suspek yang telah berkahwin itu dikatakan tidak berada di rumahnya ketika serbuan dilakukan.
"Keluarga suspek kemudian cuba untuk menghubunginya dan memintanya untuk datang ke IPD untuk disoal siasat," kata beliau.
Beliau menambah, suspek juga ditanya mengenai kegagalannya datang ke tempat kerja sejak Isnin lalu dan dia mendakwa tidak sihat.
"Dia juga menafikan bahawa kehilangan wang berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan dirinya," kata beliau.
Difahamkan, juruwang bank akan menyerahkan segala lebihan wang tunai secara harian kepada suspek untuk dikemaskini sebelum dimasukkan ke dalam peti simpanan namun pihak pengurusan bank mendapati peti simpanan itu kosong.
Saiful Azly memberitahu, suspek kini ditahan reman sehingga Isnin depan dan kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun, sebatan, dan denda jika sabit kesalahan.

Datuk rogol cucu

Utusan Malaysia Online - Jenayah



Polis menahan dua suspek termasuk seorang warga emas (kiri) kerana disyaki merogol cucunya di Kuching, Sarawak, semalam.


KUCHING 8 Jan. - Akibat menjadikan darah daging sendiri sebagai pemuas nafsu, seorang warga emas ditahan polis kerana disyaki merogol cucunya yang berusia 16 tahun.
Lelaki berusia 64 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan terkutuk tersebut sejak mangsa berusia 10 tahun. Dia ditahan di rumahnya di Kampung Sungai Bedil di sini petang semalam.
Turut ditahan, bapa saudara mangsa yang berusia 36 tahun kerana dikatakan turut bersubahat merogol mangsa.
Kejadian yang menimpa mangsa terbongkar apabila remaja malang itu disahkan mengandung lima bulan sewaktu membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital.
Difahamkan, mangsa bersama dua lagi adik perempuannya tinggal bersama keluarga suspek selepas ibu bapa mereka bercerai beberapa tahun lalu.
Berikutan kejadian yang menimpa mangsa, keluarganya mengesyaki dua kanak-kanak tersebut turut dirogol.
Sehubungan itu, mereka telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mun Kock Keong ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua suspek petang semalam.
"Suspek ditahan di rumah mereka sejurus remaja itu membuat laporan bagi membantu siasatan. Pihak kami masih menjalankan siasatan, jadi tidak banyak maklumat yang boleh diberi setakat ini," katanya.
Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

15 mayat dipenggal kepala ditemui di Mexico

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

09/01/2011 3:05am

MeXICO CITY 9 Jan. - Sebanyak 15 mayat dijumpai berhampiran sebuah pusat membeli-belah di pantai terkenal Mexico, Acapulco semalam.

Pihak polis sebelum itu mendapat laporan kebakaran namun apabila ke tempat kejadian, pihaknya menemui lima buah kenderaan yang dibiarkan bersama 15 mayat lelaki muda yang dipenggal kepala.

“Kami menemui 15 tubuh mayat lelaki di pusat membeli-belah Plaza Senderos berumur sekitar 25 hingga 30 tahun,” menurut satu laporan polis. - AFP"

Mayat bayi baru lahir ditemui terapung di laut

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

09/01/2011 4:02pm

SANDAKAN, 9 Jan. - Mayat seorang bayi lelaki yang baru lahir ditemui terapung di laut berhampiran Kampung Sing Kee di Tanah Merah, dekat sini, semalam.

Mayat bayi itu ditemui kira-kira 10 pagi oleh sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di tepi pantai di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marung berkata, anggota polis yang dihantar ke lokasi kejadian kemudian menghantar mayat bayi berkenaan ke Hospital Duchess of Kent di sini untuk dibedah siasat.

Beliau meminta orang ramai khususnya penduduk di sekitar kawasan itu yang mempunyai maklumat mengenai penemuan mayat bayi itu supaya menghubungi polis dalam membantu siasatan. - Bernama"

Sindiket curi kabel TM tumpas

myMetro | Sindiket curi kabel TM tumpas: "

BUKIT BERUNTUNG: Polis melumpuhkan satu sindiket mencuri dan menjual kabel milik Telekom Malaysia (TM) dengan tertangkapnya sekumpulan lelaki yang menjalankan kegiatan itu di Sungai Gantung, Bukit Sentosa, dekat sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 9.30 pagi, 13 lelaki berumur 15 hingga 40 tahun ditahan ketika sibuk memotong tali kabel sebelum membakarnya bagi mendapatkan tembaganya.


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, siasatan mendapati kira-kira satu tan kabel yang diisi dalam lori muatan tiga tan jenis Mitsubishi dibawa ke lokasi pembakaran itu.

Katanya, suspek mengaku lori membawa tali kabel itu datang dari Alor Gajah, Melaka ke Bukit Sentosa beberapa hari lalu.


“Polis memanggil wakil pegawai Telekom dari Hulu Selangor untuk membantu siasatan lanjut. Polis juga berjaya menangkap semua suspek di lokasi kejadian,” katanya.


Norel berkata, kerugian akibat perbuatan itu dianggarkan bernilai RM120,000."

Rahsia terbongkar

myMetro | Rahsia terbongkar
KUALA KUBU BHARU: Rahsia selama dua tahun menjadi mangsa seks ‘Pak Cik Jan’ akhirnya terbongkar apabila kanak-kanak perempuan berusia enam tahun itu menceritakan kejadian terbabit kepada ibunya sebelum laporan polis dibuat, Selasa lalu.
Susulan laporan itu, polis menahan suspek berusia 53 tahun itu yang bekerja sebagai pembantu tadika milik isterinya.

Difahamkan, hanya kanak-kanak perempuan terbabit menjadi mangsa cabul lelaki itu kerana dia dikatakan berkulit putih dan lebih comel daripada kanak-kanak lain.

Lelaki berkenaan yang juga ketua kampung membantu menjaga tadika terbabit yang beroperasi hampir 10 tahun dan mangsa adalah anak saudaranya sendiri.

Lebih menyedihkan, suspek yang layak dipanggil datuk itu juga disyaki pernah meliwat mangsa sejak empat tahun lalu.


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, bapa mangsa yang juga pembantu Pejabat Kesihatan Kuala Kubu Bharu menyedari perbuatan itu apabila dimaklumkan mangsa kerap mengadu sakit di kemaluan.

“Mangsa mengadu sering dicabul oleh suspek sejak dua tahun lalu.

“Bapa mangsa membuat laporan Selasa lalu,” katanya kepada Metro Ahad di sini, semalam.

Menurutnya, suspek direman 5 Januari lalu dan dibebaskan kelmarin selepas dijamin ahli keluarganya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 337e Kanun Keseksaan kerana cubaan mencabul mangsa.

Penanam resah kecurian hasil

myMetro | Penanam resah kecurian hasil
BOTA: Harga getah dan kelapa sawit yang melambung tinggi di pasaran kini menyebabkan individu tidak bertanggungjawab mencuri hasil tanaman itu, sekali gus meresahkan pemilik tanaman itu, terutama yang mengusahakan ladang persendirian.
Kegiatan itu kian berleluasa kebelakangan ini dan beberapa laporan polis dibuat berhubung kegiatan kecurian hasil tanaman itu oleh pengusaha berkenaan.

Ketua Polis Perak Tengah, Superintendan Muhamad Fakhri Che Sulaiman berkata berikutan itu, pihaknya membentuk skuad pemantau bagi mengawasi beberapa lokasi panas di beberapa ladang di Bota, Kampung Gajah, Seberang Perak dan Parit.

Katanya, dalam tangkapan terbaru akhir bulan lalu, pihaknya menahan seorang pencuri ketika dia memasukkan tandan kelapa sawit dalam lori.

“Dalam kejadian jam 4 petang itu, lelaki terbabit mencuri beberapa tandan kelapa sawit milik persendirian di Kampung Gajah.


“Saya ingin mengingatkan peniaga, termasuk pembeli hasil tanaman, supaya tidak membeli hasil tanaman curi kerana mereka juga boleh disabitkan kesalahan kerana memiliki barang curi seandainya pencuri itu ditahan dan disoal siasat,” katanya di sini, semalam.

Muhamad Fakhri berkata, pihaknya menerima banyak laporan serta aduan daripada masyarakat di daerah itu mengenai kecurian terbabit.

Sementara itu, Pengurus Felcra Bhd Wilayah Perak, Mat Roni Zakaria berkata, pihaknya meminta peneroka dan masyarakat sekitar yang menetap berhampiran ladang agensi itu di beberapa lokasi di negeri ini membuat rondaan lebih kerap, terutama pada waktu malam.

Katanya, hasil siasatan pihaknya mendapati, antara kawasan yang menjadi tumpuan pencuri ialah di Pengkalan Hulu, Seberang Perak dan Perak Tengah.

“Kejadian berlaku disebabkan kadar harga getah melambung di pasaran iaitu sekitar RM14.80 sekilogram dan harga buah tandan sawit segar sekitar RM780 bagi satu metrik tan,” katanya.


Mat Roni berkata, bagi mengatasi masalah itu, pihaknya akan meningkatkan kawalan keselamatan di beberapa ladang miliknya serta membuat rondaan mengejut di kawasan yang sering menjadi sasaran pencuri.


“Justeru, kami meminta kerjasama masyarakat setempat melaporkan kepada kami jika melihat individu mencurigakan di ladang kami,” katanya pada majlis Mini Karnival Felcra peringkat negeri di Felcra Titi Gantung, di sini, semalam.

Celaka bertubi

myMetro | Celaka bertubi
KUCHING: Harapan seorang remaja untuk menumpang kasih di rumah datuknya selepas ibu bapanya bercerai berakhir dengan mimpi ngeri apabila dia bukan saja dijadikan ‘santapan’ lelaki bernafsu haiwan, malah bapa saudaranya turut ‘tumpang sekaki’ dengan merogolnya sehingga hamil.
Lebih mengejutkan, dalam kejadian di sebuah rumah di sini, datuk mangsa berusia 57 tahun dan bapa saudaranya turut dipercayai meratah dua lagi adik- beradik mangsa, sebelum kedua-dua suspek itu ditahan kelmarin.

Difahamkan, tiga remaja berkenaan terpaksa tinggal di rumah datuk selepas ibu bapa mereka bercerai beberapa tahun lalu dan sering dijadikan hamba seks dua lelaki jahanam itu.

Tembelang kedua-dua suspek berperangai haiwan itu terbongkar selepas ibu mangsa menyedari perubahan pada tubuh anaknya berusia 16 tahun itu lalu membawanya ke hospital untuk pemeriksaan.

Wanita itu terkejut apabila pemeriksaan mendapati remaja berkenaan hamil sebelum membuat laporan mengenai kejadian itu.


Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, laporan diterima daripada keluarga mangsa mengatakan remaja itu dirogol sehingga hamil.

Katanya, susulan laporan itu polis menjalankan siasatan sebelum menahan suspek dan bapa saudaranya berusia 34 tahun kira-kira jam 6 petang pada hari laporan dibuat.

“Penahanan mereka dibuat berdasarkan laporan diterima mangsa dan polis masih menjalankan siasatan untuk membolehkan kedua-dua suspek didakwa atas kesalahan dilakukan.

“Setakat ini, polis hanya menerima satu laporan iaitu daripada mangsa, manakala laporan berhubung dua lagi adik beradiknya yang turut menjadi mangsa belum diterima,” katanya.

“Polis akan mendapatkan perintah reman untuk kedua-dua suspek dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.” katanya.


Difahamkan, mangsa kini ditempatkan di rumah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak sebagai perlindungan sementara.

Wanita asing buat helah

myMetro | Wanita asing buat helah: "


GEORGETOWN: Cubaan seorang wanita warga asing membuat helah kononnya memiliki dokumen perjalanan diri sah kepada pihak berkuasa tidak berjaya apabila dicekup dalam operasi di sebuah bilik di Jalan Jelutong, di sini, awal pagi semalam.

Operasi ‘Ops Rantau’ yang bermula jam 10 hingga 12.30 tengah malam itu membabitkan sepasukan 50 anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL), Jabatan Imigresen dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) Daerah Timur Laut.


Jurucakap polis berkata, ‘Ops Rantau’ tertumpu di lokasi yang dikenal pasti menjadi ‘rumah singgah’ kepada pendatang tanpa izin.

Beliau berkata, dalam pemeriksaan di sebuah premis di Jelutong kira-kira jam 12 tengah malam, seorang lelaki warga Bangladesh yang bekerja sebagai tukang masak sebuah restoran nasi kandar dan seorang wanita warga Indonesia masing-masing berusia 20 dan 30-an ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.


Katanya, kedua-duanya gagal mengemukakan pasport atau dokumen ketika diminta, malah wanita itu cuba bertindak agresif kerana enggan memberi kerjasama kepada polis.


“Tindakannya enggan bekerjasama malah cuba meloloskan diri menyebabkannya ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya."

Bumbung terbang dipukul ribut

myMetro | Bumbung terbang dipukul ribut: "


KUALA TERENGGANU: Hujan lebat berserta ribut yang melanda bandar raya ini sejak kelmarin hingga awal pagi semalam menyebabkan beberapa rumah dan kedai rosak akibat bumbung diterbangkan angin selain ditimpa pokok.

Lima rumah dan sebuah kedai keropok lekor di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Burok membabitkan sebuah rumah di Kampung Kolam dan Gong Tok Nasek selain tiga rumah Kampung Rajawali serta sebuah kedai keropok lekor di Kuala Ibai rosak.


Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Pegawai Pembangunan DUN Batu Buruk, Datuk Che Mat Jusoh berkata, sebuah rumah rosak ditimpa pokok manakala selebihnya tercabut bumbung serta mengalami kerosakan kecil.


Katanya, beliau meminta pihak kontraktor membuat penilaian kerosakan semua rumah terbabit kerana pembaikan segera rancang.


“Kerajaan negeri memberi jaminan akan bantu semua mangsa dan kita akan dapatkan senarai sebenar rumah yang terbabit dengan kejadian itu,” katanya."

Polis serbu lelaki curi sawit

myMetro | Polis serbu lelaki curi sawit: "


LUMUT: Sekumpulan lelaki yang sibuk memuatkan buah kelapa sawit ke dalam lori milik mereka di sebuah ladang di sini tergamam selepas kegiatan mereka diserbu sepasukan polis dalam kejadian di sini, awal pagi Khamis lalu.

Sebaik diserbu, sekumpulan lelaki itu cuba melarikan diri ke dalam semak berdekatan sebelum seorang daripada mereka iaitu pemandu lori berusia 18 tahun ditahan di sebuah rumah tidak jauh dari ladang berkenaan.


Dalam kejadian jam 4 pagi di sebuah ladang kelapa sawit di Ayer Tawar, polis menerima maklumat mengenai satu kegiatan mencuri hasil kelapa sawit di lokasi itu dan membuat intipan.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd Jamil Osman berkata, dalam serbuan itu, pihaknya berjaya mengesan sekumpulan lelaki memasukkan kelapa sawit ke dalam lori sebelum menahan mereka.


“Bagaimanapun, kumpulan lelaki itu sempat melarikan diri dan kami hanya berjaya menahan seorang daripada mereka,” katanya ketika dihubungi di sini semalam."

Beri kad jemputan kahwin sebelum samun

myMetro | Beri kad jemputan kahwin sebelum samun: "
Oleh HADZLIHADY HASSAN
hadzlihady@hmetro.com.my

GOMBAK: Menggunakan taktik menghantar kad jemputan kahwin, empat sekawan menjadikan penghuni yang tinggal berseorangan sebagai mangsa samun dengan melarikan barang berharga.

Terbaru, seorang wanita berusia 50-an menjadi mangsa apabila dia yang terpedaya dengan taktik penjenayah terbabit membuka pintu rumah kerana menyangka mereka adalah saudaranya yang mahu menghantar kad jemputan kahwin.


Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang kelmarin di Kampung Laksamana, Batu Caves, mangsa didatangi empat sekawan iaitu dua lelaki dan dua wanita berpakaian kemas dan memberitahu mahu memberi kad jemputan kahwin.

Menurut sumber polis, dia yang ketika itu berseorangan di rumah terpedaya dengan lakonan mereka selain menyangka kumpulan penjenayah terbabit adalah saudaranya.


Mangsa mengalami kerugian hampir RM50,000 apabila suspek melarikan barang kemas dan wang tunainya.


“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa pada mulanya membuka pintu rumah, namun sejurus selepas itu penjenayah terbabit terus meluru dan menghulurkan parang.

“Wanita malang terbabit kemudian diikat kaki dan tangan sebelum biliknya diselongkar.


“Hasil siasatan mendapati tiga kes di sekitar Selangor berkaitan penjenayah menggunakan taktik menghantar kad jemputan kahwin,” katanya."

Wang dalam kereta lesap


KOTA KINABALU: Seorang peniaga berputih mata apabila wang sejumlah RM107,000 yang sepatutnya digunakan untuk membeli saham lesap selepas keretanya dipecah dalam kejadian di tempat letak kereta pekan Inanam, kelmarin.
Kejadian berlaku jam 4.30 petang, di mana mangsa berusia 54 tahun berada di sebuah bank atas urusan membeli kereta baru sementara keretanya diletakkan di kawasan kejadian.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa pergi ke sebuah bank di pekan terbabit dan mengeluarkan wang RM200,000 untuk membeli kereta dan saham.
Sebaik tiba tempat kejadian, mangsa membawa bersama wang sejumlah RM93,000 untuk membeli kereta manakala bakinya RM107,000 ditinggalkan dalam kenderaan miliknya.

Sebaik urusan selesai, mangsa kembali semula ke keretanya namun terkejut apabila mendapati cermin pintu pemandu pecah.

Mangsa cuba mencari beg berisi wang tunai yang diletakkan di bawah tempat duduk pemandu dan terkejut mendapati ia hilang.
Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Inanam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati modus operandi suspek ialah memecahkan tingkap di tempat duduk pemandu sebelum melarikan beg berisi wang tunai.

“Mangsa hanya menyedari kejadian itu apabila mendapati kaca bertaburan sebelum membuat pemeriksaan dan mendapati beg terbabit hilang,” katanya.

Ahmad Sofi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri dan orang ramai yang ada maklumat diminta menghubungi talian 088-242111.myMetro | Wang dalam kereta lesap

‘Madu mahu lihat saya mati’


http://www.bharian.com.my

2011/01/09

pix_gal0
Isteri pertama kena 42 jahitan dakwa suspek berniat bunuh kerana cemburu

ALOR SETAR: Mangsa tetak yang cedera parah di muka akibat ditetak madunya di Kampung Seri Muda, Sungai Korok di sini kelmarin, mendakwa suspek sememangnya berniat membunuhnya kerana perasaan cemburu selepas dua minggu mereka tinggal bersama di rumah berkenaan.

Siti Aminah Hanapi, 50, mendakwa ketika kejadian itu kelmarin, suspek turut menghamburkan kata-kata kesat dan menyatakan keinginannya untuk melihatnya mati sambil menetak kepala dengan parang beberapa kali.

“Selepas menetak kepala saya, dia terus mencekak baju saya dan berkata ‘biaq mampuih hang’ (biar mampus kau). Saya tidak tahu kenapa dia bertindak begitu, tapi saya tahu dia memang cemburu dan berniat membunuh saya,” katanya yang menerima 42 jahitan di dahi dan pipi kirinya selain urat tiga jari kanannya putus akibat tetakan itu.
Katanya, dua hari sebelum kejadian, madunya yang berusia lewat 20-an itu banyak menghabiskan masa berkurung dalam bilik bersama bayi lelakinya berusia lapan bulan.

“Namun pada hari kejadian, saya menyuruh anak saya, Nurul Shuhada Saad, 17, memanggil ibu tirinya itu danmembawabayi itu keluar untuk diberi makan.

“Disebabkan tiada jawapan dari dalam bilik, Nurul Shuhada cuba memanjat dinding untuk melihat ke arah dalam bilik sebelum tiba-tiba wanita itu cuba menetaknya.

“Selepas itu dia terus meluru ke arah saya dan menetak bahagian dahi dan pipi menggunakan parang sepanjang kira-kira 40 sentimeter itu. Saya tidak tahu di mana dia ambil parang itu, tetapi saya agak ia memang sudah disimpan suspek di dalam bilik itu,” katanya.
Menurutnya, suami, Saad Husin, 45, berkahwin dengan wanita itu di Thailand tanpa pengetahuannya kira-kira dua tahun lalu sebelum membawa isteri mudanya tinggal bersama dua minggu lalu kerana mahu mengurangkan beban tanggungan.

“Sepanjang tinggal bersama, tidak pernah berlaku sebarang pergaduhan. Malah, kami turut makan semeja selain bersembang, cuma madu saya itu kadang-kadang lebih suka berkurung di dalam bilik,” katanya.

Sementara itu, polis menahan seorang isteri muda yang didakwa menetak madunya di rumah abangnya petang semalam dan akan dibawa ke mahkamah hari ini bagi mendapat perintah tahanan reman.

Suspek yang dibawa suaminya ke rumah abangnya di Kuala Nerang sejurus kejadian kelmarin, ditahan kira-kira jam 3 petang semalam untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan, Sawaludin Hamenudin, ketika dihubungi semalam, mengesahkan penahanan itu bagi mengambil keterangan suspek mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Kita menahan suspek kira-kira jam 3 petang tadi (semalam) dan kita akan bawa dia ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman esok (hari ini),” katanya.
Berita Harian Online | ‘Madu mahu lihat saya mati’

Budak perempuan korban pertama banjir di Kelantan

Berita Harian Online | Budak perempuan korban pertama banjir di Kelantan


Oleh Khairul Anuar Abdul Samad dan Azman Mahmood, Rosli Abdul Jalil dan Zulkifle Che Abdullah

2011/01/09

Murid Tahun Empat tergelincir dalam tali air ketika bermain

KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak perempuan menjadi mangsa pertama banjir gelombang ketiga di negeri ini, apabila lemas dalam sebatang tali air di Kampung Belukar Limbat, Peringat, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa, Siti Aisyah Kamarulzaman, 10, dikatakan sedang bermain di satu kawasan air bertakung yang terletak kira-kira enam meter daripada rumahnya, sebelum tergelincir dalam tali air berkenaan.
Ibu mangsa,Gayah Hassan, 35, berkata sebelum kejadian, murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (SK) Peringat itu sedang bermain bersama beberapa orang adik beradiknya di kawasan yang ditakungi air berhampiran tali air kampung berkenaan.
Katanya, beliau berada di rumah sebelum kejadian itu dan sedang memerhatikan mereka bermain, sebelum tiba-tiba ternampak Siti Aisyah terkapai-kapai dalam tali air berkenaan.

“Melihat kejadian itu, saya terus ke tempat kejadian, namun gagal berbuat apa-apa kerana anak ketiga daripada lima beradik itu terus tenggelam.

Saya kemudian mendapatkan bantuan penduduk kampung yang bertindak menghubungi bomba.

“Keadaan air ketika itu amat deras menyebabkan saya tidak berani terjun menyelamatkan arwah. Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Bharu berjaya menemui mayat arwah kira-kira sejam kemudian.
“Arwah adalah seorang kanak-kanak periang dan kejadian ini adalah takdir Allah dan saya reda dengan pemergian arwah,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, semalam.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II, Hasmadi Jusoh, berkata bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 11.45 pagi dan bergegas ke kampung berkenaan bersama 10 anggota termasuk pasukan anggota skuba.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, gerakan mencari diteruskan sebelum berjaya menemui mangsa kira-kira jam 1.30 petang di dasar tali air itu yang sedalam kira-kira 4.5 meter.

Budak trauma dicabul lelaki gila seks

Berita Harian Online | Budak trauma dicabul lelaki gila seks: "


2011/01/09

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun kini trauma selepas menjadi mangsa lelaki gila seks berusia 53 tahun yang bertindak mencabulnya sejak dua tahun lalu ketika berada di sebuah tadika di Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor.

Bagaimanapun, perbuatan terkutuk suspek digelar mangsa ‘Pakcik Jan’ yang juga pembantu tadika berkenaan hanya didedahkan mangsa kepada bapanya Selasa lalu.
Difahamkan, suspek yang juga bekas ketua kampung itu, menjadi pembantu tadika milik isterinya yang dibuka sejak 10 tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy, ketika mengesahkan perkara itu berkata, bapa mangsa, membuat laporan polis untuk tindakan segera.

“Berdasarkan keterangan bapa mangsa, anaknya mendakwa sering dicabul dengan memegang dan mencium kemaluannya” katanya."

Maut kerana flying fox



  • Foto
    PHORN Thi Pha meratapi kematian anaknya selepas dihentam takal besi (gambar kecil) ketika mengadakan latihan flying fox.
  • Foto
TAIPING: Kegembiraan seorang pelajar Tingkatan Dua mengetuai sekumpulan pengakap di sekolahnya mengadakan latihan flying fox berakhir tragedi apabila dia maut dihentam takal besi pada tali yang sedang dipasang, kira-kira jam 6 pagi semalam.

Goh Swee Khin, (kiri) 14, pelajar lelaki yang aktif dengan aktiviti kokurikulum, ketika itu bersama kira-kira 40 rakannya di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) Hua Lian, di sini, menyertai program perkhemahan pengakap.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Md Diah, berkata kejadian berlaku ketika mangsa mengetuai rakannya membuat persediaan latihan flying fox dengan diawasi seorang guru.
“Ketika kumpulan pelajar itu meregangkan tali, tiba-tiba tali itu putus menyebabkan takal besi menghentam kepala mangsa menyebabkan dia meninggal di tempat kejadian.

“Petugas hospital yang tiba di lokasi kejadian sejurus kemudian mengesahkan pelajar itu meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Taiping (HT) untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai mati mengejut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dimaklumkan kejadian malang itu mengarahkan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong menziarahi keluarga mangsa, kira-kira jam 6.30 petang.
Kementerian Pelajaran turut menubuhkan jawatankuasa penyiasat diketuai Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud bagi mengenal pasti punca kejadian.

Ka Siong yang ditemui ketika melawat keluarga mangsa di sini, berkata Perdana Menteri terkilan dengan kejadian itu.

Katanya, jawatankuasa siasatan akan mengenal pasti punca kejadian dan kelemahan berhubung aktiviti yang dijalankan itu.

Katanya, kementerian juga mengarahkan SMJKC Hua Lian menghentikan semua aktiviti sekolah selama dua minggu kerana kejadian itu menyebabkan trauma kepada pelajar sekolah yang perlu diberi kaunseling.

Beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi RM2,000 kepada keluarga mangsa manakala Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon yang turut melawat keluarga mangsa sebelum itu menyerahkan sumbangan RM5,000 bagi pihak kerajaan Perak.

Sementara itu, ibu mangsa, Phorn Thi Pha, 38, yang mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Ka Siong dan kerajaan negeri berkata anak sulungnya itu bersemangat menjalankan kegiatan itu tetapi tidak menyangka ia berakhir tragedi. Berita Harian Online | Maut kerana flying fox

Keadaan banjir di Kelantan bertambah buruk


Keadaan banjir di Kelantan bertambah buruk

Berita Harian Online | Keadaan banjir di Kelantan bertambah buruk
KEADAAN banjir di Kampung Pasar Lama, Pasir Tumbuh dekat Tumpat, hari ini dipenuhi banjir sedalam hampir satu meter berikutan limpahan air Sungai Pengkalan Datu dan menyebabkan beberapa rumah ditenggelami serta laluan ke kampung itu terpaksa di tutup dan kebanyakkan penduduk menggunakan sampan dan bot gentian kaca menjalankan aktiviti harian mereka. - Foto Syamsi Suhaimi




2011/01/09

KOTA BHARU: Keadaan banjir di Kelantan pagi ini bertambah buruk apabila bilangan mangsa banjir di pusat pemindahan meningkat kepada 3,441 orang manakala keadaan banjir di Terengganu semakin pulih.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata, sebanyak 27 pusat pemindahan dibuka untuk menempatkan semua mangsa banjir dari enam daerah iaitu Bachok, Kota Baharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat.

"Sehingga jam 8.30 pagi ini, mangsa banjir terus meningkat kepada 3,441 orang berbanding 2,777 orang malam semalam, membabitkan 1,011 keluarga," katanya di sini hari ini.
Jurucakap itu berkata, daerah Pasir Mas paling teruk terjejas dengan 16 pusat pemindahan dibuka manakala enam pusat di Kota Baharu, dua pusat di Tumpat dan masing-masing satu di Bachok, Pasir Puteh dan Tanah Merah.

Enam laluan masih ditutup kepada kenderaan ringan di daerah Pasir Mas iaitu KM3 Jalan Pengkalan Rakit, KM9 Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Jalan lama) Kampung Siram, Pohon Tanjung-Meranti, KM10 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu, KM23 Jalan Banggol Kulim Lokasi 2 dan KM24 Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang.

Jurucakap itu berkata, paras air Sungai Golok masih melebihi paras bahaya 9 meter bagaimanapun telah turun kepada 10.22 meter berbanding 10.32 meter yang dilaporkan semalam. - BERNAMAPancaroba: Keadaan banjir di Kelantan bertambah buruk