Search This Blog

Saturday, January 8, 2011

Tumpas jua akhirnya

SH

REMBAU - Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah pepatah sesuai bagi seorang lelaki di sini yang paling dikehendaki polis.

Lelaki berusia 26 tahun itu antara tujuh yang disyaki terbabit dengan kes merogol seorang gadis secara berkumpulan pada 2007 di Tampin.

Sebelum ini, lima daripada mereka sudah pun dijatuhkan hukuman, manakala dua lagi masih bebas dan menjadi buruan polis.

Namun, selepas tiga tahun, semalam, seorang daripada suspek berjaya ditangkap, cuma tinggal seorang lagi yang masih dalam buruan polis.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom berkata, suspek ditahan anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau ketika sedang menunggang motosikal dalam Operasi Lalu Lintas dan Cegah Jenayah di Kilometer 40, Jalan Seremban-Tampin, dekat sini, semalam.

Beliau berkata, suspek merupakan seorang yang amat dikehendaki polis selepas menghilangkan diri dan gagal dikesan untuk membantu kes rogol secara berkumpulan, beberapa tahun lalu.

“Kejadian tersebut berlaku pada tahun 2007 di daerah Tampin melibatkan tujuh suspek, bagaimanapun lima daripadanya sudah dijatuhkan hukuman.

"Sementara dua lagi masih bebas. Namun, tangkapan kali ini membabitkan seorang suspek yang bebas selama beberapa tahun bagi membantu siasatan," katanya.

Menurutnya, kes berkenaan diklasifikasikan mengikut seksyen 376 Kanun Keseksaan dan suspek akan diserahkan ke IPD Tampin untuk tindakan selanjutnya.

Mizan turut menegaskan, operasi lalu lintas yang dilaksanakan polis bukan sekadar mengambil tindakan terhadap salah laku di jalan raya sahaja.

Tetapi, katanya, polis juga mempunyai rekod berkaitan kesalahan jenayah sebelum ini.
“Justeru, tiada istilah terlepas daripada hukuman jika individu terbabit mempunyai kesalahan jenayah, walaupun sebelum ini menghilangkan diri selama beberapa tahun.

"Penjenayah tetap akan dihukum mengikut undang-undang,” katanya.

11 cedera gempa bumi di selatan Iran

Berita Harian Online | 11 cedera gempa bumi di selatan Iran: "


2011/01/08

TEHRAN: Gempa bumi pada magnitud 5.1 yang melanda selatan Iran, wilayah FARS, hari ini mencederakan 11 mangsa dan merosakkan beberapa kawasan perkampungan.

Menurut laporan televisyen negara itu, gempa bumi terbabit adalah yang kedua melanda di wilayah FARS sejak Rabu lalu, iaitu menggegarkan bandar Nourabad pada jam 3.54 pagi.
“11 mangsa dilaporkan cedera, di mana lapan daripadanya sudah dirawat dan dibenarkan pulang,” katanya yang memetik laman web pusat pengurusan bencana tempatan. - AFP"

Ahli pengakap maut ketika latihan Flying Fox

Berita Harian Online | Ahli pengakap maut ketika latihan Flying Fox: "


2011/01/08

TAIPING: Seorang ahli Pengakap Muda, Goh Swee Khim, 14, maut selepas kepalanya dihentam takal ketika mereka sedang membuat persiapan latihan Flying Fox di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Hua Lian, di sini pada jam 6 pagi tadi.

Ketua Polis daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah, berkata mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala."

Kedai keropok dihempap pokok

Kosmo! Online - Terkini: "
08/01/2011 4:48pm

KUALA TERENGGANU - Seorang pengusaha keropok kerugian kira-kira RM40,000 selepas kedainya di Kuala Ibai, di sini, dihempap sebatang pokok ru pagi tadi.

Kejadian berlaku ketika angin kencang dan hujan lebat melanda kawasan itu kira-kira 5.30 pagi tadi.

Pemilik kedai berkenaan, Anna Izawati Hamzah, 41, berkata, kejadian disedari pada 6 pagi oleh seorang pekerjanya yang datang untuk membuka kedai. - Bernama"

Marin gagalkan seludup 1,000 kartun kretek

Kosmo! Online - Terkini: "
08/01/2011 7:02pm

PELABUHAN KLANG - Pasukan Gerakan Marin (PGM) Pelabuhan Klang, hari ini, berjaya mengagalkan cubaan menyeludup masuk lebih 1,000 kartun rokok kretek pelbagai jenama di kawasan perairan hutan bakau Sungai Chandong Besar, Pelabuhan Barat di sini.

Pegawai Pemerintah PGM Wilayah 1 Pelabuhan Klang, DSP Norzaid Muhammad Said berkata, kejayaan itu adalah hasil rondaan pasukan bot ronda PGR II di kawasan berkenaan pada kira-kira pukul 4.30 petang.

Beliau berkata pasukan itu terserempak dengan dua lelaki yang menaiki sebuah sampan dalam keadaan mencurigakan dan sebaik menyedari kehadiran anggota pihak berkuasa, kedua-dua lelaki itu terus melarikan diri ke kawasan hutan bakau.

'Mereka kemudiannya meninggalkan sampan yang dinaiki dan melarikan diri ke kawasan darat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama"

Lelaki maut kemalangan dengan bas

Kosmo! Online - Terkini: "ekspres
08/01/2011 7:07pm

LUMUT - Seorang pemandu terbunuh selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 4 Jalan Ipoh-Lumut, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohd Jamil Osman berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 10 pagi semasa Ong Yeow Ming, 24, yang berasal dari Sitiawan sedang dalam perjalanan dari Ipoh ke Lumut.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah kereta lain dikatakan tiba-tiba keluar dari satu lorong dan Yeow Ming yang cuba mengelak, memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan bas yang datang dari arah hadapan. - Bernama"

Korban pertama banjir Kelantan

Kosmo! Online - Terkini: "
08/01/2011 7:24pm

KOTA BAHARU 8 Jan. - Seorang kanak-kanak perempuan menjadi mangsa pertama banjir yang sedang berlaku di Kelantan apabila dia lemas ketika bermain air di kawasan rumahnya di Kampung Belukar Limbat dekat sini pagi tadi.

Ibu mangsa, Gayah Hassan, 35, hanya mampu melihat Siti Aisyah Kamarulzaman, 10, anak ketiga daripada lima beradik itu terkapai-kapai sebelum tenggelam dan dibawa arus.

'Setiap tahun kawasan rumah saya akan ditenggelami air. Anak-anak memang dah biasa main air termasuklah Siti Aisyah. Saya benarkan mereka bermain tetapi betul-betul di hadapan rumah, kira-kira tiga meter dari rumah.

'Ketika kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi itu, saya memang ada memerhatikan Siti Aisyah dan adik beradik dia yang lain main air, tetapi tak sangka ada kawasan yang airnya dalam menyebabkan Siti Aisyah lemas,” katanya kepada pemberita di Bilik Mayat Hospital Raja Perempuan Zainab Dua (HRPZII) di sini. - Bernama"

Marin tangkap 13 pendatang

Kosmo! Online - Terkini: "
08/01/2011 7:12pm

JOHOR BAHARU - Sekumpulan 13 pendatang tanpa izin ditahan Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah Dua hari ini kerana memasuki negara ini secara haram.

Mereka yang ditahan dalam “Ops Rantau” pada pukul 4.30 pagi itu terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita yang berusia antara 20 dan 45 tahun.

Mereka dikesan memasuki pantai Batu Layar di Pengerang dengan menggunakan bot panjang.

Ketika dihampiri, kumpulan yang dipercayai dari Indonesia itu cuba melarikan diri ke kawasan semak di pantai berkenaan, kata Timbalan Komander PGM Wilayah Dua, Supt N Kalai Chelven dalam kenyataan di sini. - Bernama"

12 wanita asing disyaki pelacur ditahan

Kosmo! Online - Terkini: "
08/01/2011 7:53pm

KUALA LUMPUR - 12 wanita warga asing yang disyaki pelacur ditahan dalam satu operasi di Jalan Pasar Baru, di sini malam tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, ASP Suffian Sulaiman berkata, operasi itu diadakan berikutan terdapat laporan mengenai kegiatan tidak bermoral di medan selera.

'Pihak Ketua Polis Daerah Dang Wangi telah mengambil tindakan segera dengan membuat operasi dan tangkapan ke atas kegiatan pelacuran warga asing di bangunan yang menempatkan beberapa buah medan selera di Jalan Pasar Baru, Kuala Lumpur.

'Hasil operasi yang dijalankan, pihak polis berjaya menahan seramai 12 orang warga asing yang disyaki pelacur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Bernama"

Warga emas ditahan disyaki rogol cucu

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

08/01/2011 3:18pm

Oleh MOHD. ZAAIN MD. ZIN
KUCHING 8 Jan. – Gara-gara menjadikan darah daging sendiri sebagai pemuas nafsu, seorang warga emas ditahan polis kerana disyaki merogol seorang cucunya yang berusia 16 tahun.

Lelaki berusia 64 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan terkutuk sejak mangsa berusia 10 tahun. Dia ditahan di rumahnya di Kampung Sungai Bedil, di sini, petang semalam.

Turut ditahan, bapa saudara mangsa yang berusia 36 tahun kerana dikatakan turut bersubahat merogol mangsa. – Utusan"

rugi RM 40 000 kedai dihempap pokok Ru

SH
KUALA TERENGGANU - Seorang pengusaha keropok kerugian kira-kira RM40,000 selepas kedainya di Kuala Ibai dekat sini dihempap sebatang pokok ru pagi tadi.

Kejadian berlaku ketika angin kencang dan hujan lebat melanda kawasan itu pada jam 5.30 pagi.

Pemilik kedai berkenaan, Anna Izawati Hamzah, 41, berkata, kejadian disedari pada 6 pagi oleh seorang pekerjanya yang datang untuk membuka kedai.

Beliau bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan oleh pekerjanya dan terkejut melihat kedai yang diusahakan bersama suami, Wan Yusoff Wan Ngah, 47, sejak enam tahun lalu, hampir ranap.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kejadian berlaku semasa tiada sesiapa di kedai termasuk pekerja," katanya ketika ditemui pemberita.

Turut rosak akibat pokok tumbang di kawasan sama ialah lima buah rumah dan sebuah lagi kedai keropok.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sementara itu, Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri Batu Buruk, Datuk Che Mat Jusoh berkata pihaknya akan mengkaji bentuk bantuan kepada pemilik rumah dan kedai terbabit.

"Pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu MBKT diharap dapat mengambil tindakan segera untuk mencantas dahan pokok ru berhampiran premis penduduk yang ada antaranya setinggi 15 meter.

"Ketinggian itu berbahaya, lebih-lebih lagi ketika angin kencang di musim tengkujuh," katanya ketika melawat tempat kejadian," katanya.

Pegawai Kesihatan Persekitaran MBKT, Razali Mohd pula berkata sejak semalam, banyak aduan berkaitan pokok tumbang diterima.

Sehubungan itu, beliau berkata, Bilik Gerakan Bencana pada musim tengkujuh telah dibuka dan orang ramai boleh menghubungi talian 09-6203179 atau 09-6203180 bagi memaklumkan sebarang kejadian agar tindakan segera dapat diambil. - BERNAMA

Tujuh kes buang bayi dalam minggu pertama tahun ini

SH: "

KUALA LUMPUR - Sebanyak tujuh kes buang bayi dilaporkan dalam seminggu tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, kes tersebut merupakan satu angka yang besar dan perlu diberi perhatian serius.

Menurutnya yang bimbang dengan gejala yang berterusan itu berkata, kerajaan akan memperhebatkan kempen kesedaran dalam usaha menyekat gejala itu daripada berlarutan.

'Kerajaan komited terhadap usaha membanteras perbuatan membuang bayi yang kini menuntut tindakan segera,' katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen 'Kami Prihatin' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dekat sini hari ini.

Kempen itu adalah untuk mencetuskan rasa keinsafan dan menebalkan kembali nilai kemanusiaan di kalangan masyarakat dalam usaha menangani kes penderaan kanak-kanak dan buang bayi.

Shahrizat berkata, kementerian akan terus mendekati golongan remaja hingga ke peringkat akar umbi selain mempergiatkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan dalam menjalankan kempen kesedaran mendidik masyarakat.

Beliau berkata, media massa dan badan-badan agama juga perlu terus memainkan peranan yang lebih kritikal bagi membendung gejala itu."

Rumah tanpa bekalan elektrik

SH: "

KAMPUNG SUNGAI TIMAH - Sebuah keluarga di sini, terpaksa tinggal di rumah pusaka yang uzur tanpa bekalan elektrik disebabkan kekangan hidup.

Ketua keluarga, Azhar Musa, 29, berkata, dia tidak dapat memasukan bekalan elektrik ke rumah itu kerana keadaan kediamannya yang tidak mengizinkan.

Menurutnya, dia tidak mampu memperbaiki rumah itu kerana hanya bekerja mengambil upah di Felcra dengan pendapatan yang tidak menentu.

'Saya dan isteri, Zaiton Ali, 28, bekerja di Felcra dengan pendapatan sebanyak RM18 sehari.

“Wang yang diterima hanya cukup untuk membeli perbelanjaan harian sahaja menyebabkan hasrat untuk memperbaiki rumah tidak dapat dilakukan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

:Azhar berkata, keadaan rumahnya sangat teruk menyebabkan dia tidak berani menyambungkan bekalan elektrik ke kediaman itu.

Menurutnya, kayu-kayu pada dinding rumah sudah reput dan atapnya pula bocor di sana-sini menyebabkan mereka hanya boleh mendiami rumah di bahagian tengah sahaja kerana bahagian lain hanya menanti masa untuk roboh.

“Masalah ini sudah berlarutan sejak dua tahun lalui dan pada waktu malam, tiga anak saya, Ahmad Shahrul, 9, Aiman Firdaus, 7, dan Alia Aliana, 4 terpaksa belajar menggunakan lilin kerana tidak ada bekalan elektrik,' katanya.

Azhar berharap ada pihak yang sudi membantu membaiki rumahnya itu demi keselesaan mereka sekeluarga."

Nur Ain gemar menyakat keluarga

SH

JOHOR BAHRU – Mangsa tikaman 19 kali dan disimbah cuka getah, Nur Ain Ashikin Jemedi, 17, merupakan seorang yang berperwatakan ceria.

Kakaknya, Marlina, 30, yang sentiasa menemani Nur Ain yang meninggal dunia selepas dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini sejak 16 Disember tahun lalu itu menyifatkan adiknya seorang yang kuat menyakat di kalangan ahli keluarganya.

“Beberapa hari sebelum kejadian Nur Ain ditikam dan disimbah asid, dia kelihatan semakin ceria dan suka bergurau. Malah dia juga rajin membantu kerja-kerja memasak di dapur sedangkan sebelum ini dia tidak gemar ke dapur.

“Arwah juga suka menyakat anak-anak saudaranya ,”katanya ketika di temui di HIS, di sini, semalam..

Marlina yang merupakan kakak sulung berkata, keluarganya reda dengan kematian mangsa berikutan sedih melihat penderitaan yang dialami mangsa akibat kejadian tersebut.

Nur Ain Ashikin, 17, meninggal dunia pada 8.32 pagi semalam di Hospital Sultan Ismail sambil ditemani tiga beradik yang lain.

Bagaimanapun, ibu mangsa, Tuminah Samsuri, 54, tidak berada di hospital berkenaan.

Dalam kejadian pada pukul 9.15 pagi 16 Disember lalu di Kampung Baru Sungai Redan, Kota Tinggi, Nur Ain Ashikin ditikam dengan pisau sebanyak 19 kali oleh suspek lelaki yang dikenali di rumahnya.

Mangsa juga melecur hampir 70 peratus akibat disimbah cuka getah oleh suspek yang juga anak angkat keluarga itu, akibat tidak dapat menerima hakikat cintanya tidak berbalas dan cemburu buta.

Geng curi petrol masih aktif

SH

SKUDAI – Penduduk Taman Damai Jaya kini terpaksa menanggung kerisauan selepas geng curi minyak petrol kian mengganas di perumahan itu sejak sebulan lalu selain disyaki menjalankan kegiatan itu pada tengah malam atau awal pagi.

Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Tambi Omar Latip berkata, pencuri petrol terbabit menjadikan kenderaan yang diletakkan di luar kediaman penduduk sebagai sasaran mereka.

“Berdasarkan aduan penduduk pada mulanya mereka tidak menyedari kegiatan curi petrol terbabit sehinggalah enjin kenderaan gagal dihidupkan menyebabkan salah seorang mangsa bertindak memanggil mekanik kerana menyangka kereta mengalami kerosakan,” katanya.

Katanya, selepas mekanik memeriksa di bahagian bawah kereta dan mendapati skru pada tangki terbuka sekali gus dapat mengesan terdapat kecurian petrol sehingga pemilik kenderaan terpaksa baiki kerosakan tangki minyak kenderaan mereka.

“Semenjak sebulan lalu, pencuri petrol itu ternyata licik dalam menjalankan aktiviti mereka kerana penduduk bersepakat membuat rondaan bagi menangkap pencuri tersebut namun masih lagi gagal,” katanya.

Menurutnya, kerisauan ternyata berasas memandangkan setiap malam ada sahaja laporan mengenai kecurian petrol yang berlaku walaupun pelbagai langkah berjaga-jaga dilaksanakan selain rondaan pada tengah malam.

“Pencuri itu seperti tahu memilih masa yang sesuai untuk memulakan aktiviti mereka kerana sepanjang mengadakan rondaan setiap malam, kami tidak pernah terserempak dengan mana-mana individu di dalam keadaan yang mencurigakan,” katanya.

Tambi Omar mengakui pencuri itu sememangnya pakar dalam selok-belok mencuri petrol tanpa dapat dikesan oleh orang ramai membuatkan beliau tampil mendedahkan kegiatan itu kepada Sinar Harian supaya orang ramai berhati-hati.

“Saya menasihatkan penduduk yang menjadi mangsa kecurian itu supaya membuat laporan polis kerana berdasarkan kenyataan kebanyakan mereka yang terlibat masih berdiam diri kerana menganggap masalah ini adalah perkara kecil,” katanya.

Beliau berkata, mungkin kerugian yang ditanggung oleh mangsa kerugian terbabit tidak sampai ratusan ringgit namun apa yang membimbangkan kes kecurian terbabit mencatatkan hampir 16 kenderaan.

“Jumlah itu berdasarkan laporan kepada saya namun, kemungkinan jumlah kes tersebut adalah lebih daripada 16 kenderaan, malah semenjak seminggu kebelakangan ini kes kecurian mencecah sehingga purata tiga hingga empat kereta bagi setiap malam,” katanya.

Katanya, rondaan tetap diteruskan dalam usaha membanteras kejadian kecurian petrol di perumahan itu yang semakin berleluasa sehingga tertangkapnya pencuri terbabit.

Hilang kawalan punca berlaku kemalangan




JEMALUANG - Sebuah kereta lama jenis Toyota bertembung dengan sebuah kereta waja dari arah bertentangan di sini dalam satu kemalangan yang berlaku semalam. 

Kereta Toyota milik Jamaluddin Safari, 62, itu dikatakan dilanggar oleh kereta waja dari arah bertentangan dan menyebabkannya masuk ke dalam parit. 

Sementara itu kereta waja yang dinaiki oleh dua remaja tersebut dikatakan hilang kawalan lalu berpusing dan terbabas sebelum melanggar kereta milik Jamaluddin. 

Jamaluddin berkata, semasa kejadian berlaku, dia bersama isterinya, Zaiton Simpoh, 62, dalam perjalanan ke Mersing dilanggar oleh kereta yang berpusing kerana hilang kawalan. 

“Kereta waja hitam itu dari arah bertentangan dan pada mulanya, ianya berpusing-pusing dan melanggar kereta saya serta menyebabkan kereta saya terbabas ke tepi,” katanya ketika ditemui Sinar Harian. 

Menurutnya, dia dan isterinya tidak mengalami sebarang kecederaan dan menerima kejadian tersebut sebagai takdir. 

“Tiada sebarang kecederaan yang berlaku. Mujurlah saya dan isteri tiada apa kecederaan dan selamat sahaja. Cuma isteri saya masih terkejut dengan kejadian ini.” katanya.

Lelaki amuk cederakan polis




PADANG SERAI - Seorang anggota polis, dari Balai Polis Padang Serai cedera di bahagian dahi apabila cuba menenangkan seorang lelaki berusia 25 tahun yang sedang mengamuk di Kampung Sidam Kanan, di sini. 

Koperal Mohd Roslan Abu Hassan berkata, ketika membuat rondaan pencegahan jenayah di kawasan itu, dia dimaklumkan melalui alat perhubungan supaya memberi bantuan kepada keluarga yang berdepan dengan masalah di mana salah ahli keluarga itu mengamuk dan cuba mencederakan orang ramai. 

“Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi ketika saya dan tiga anggota lain sedang membuat rondaan pencegahan jenayah di sekitar kawasan Kampung Sidam Kanan,” katanya. 

Menurutnya, dia cuba menenangkan suspek yang bertindak agresif dan berlaku pergelutan. Lelaki itu kemudian mengambil kerusi dan memukul bahagian dahi. 

“Akibat dipukul dengan kuat, saya rebah dan mengalami luka serta pendarahan. Bagi memastikan suspek tidak melarikan diri, saya bangun dan menangkapnya. Suspek kemudiannya di bawa ke Balai Polis Padang Serai, ” katanya. 

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim yang datang melawat Roslan di Balai Polis Padang Serai berkata, suspek berjaya ditangkap dan akan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. 

Menurutnya, walaupun anggota mengalami kecederaan tetapi dia terus menjalankan tugas seperti biasa. Ini menunjukkan dia komited terhadap tugas yang diamanahkan terhadapnya. 

“Dalam kejadian itu mangsa menerima kecederaan di bahagian dahi kerana dipukul dengan kerusi. Walaupun tercedera dan menerima tujuh jahitan, mangsa masih boleh bangun dan menangkap suspek. 

"Ini merupakan sikap yang harus di contohi oleh semua anggota polis. Selain itu dia tidak mengambil cuti sakit sebaliknya masih bertugas,” katanya. 

Ahmad berharap anggota polis dapat mengurangkan kadar jenayah yang berlaku di Kedah pada tahun ini.

Masalah banjir kilat belum diatasi

SH


TUMPAT – Penduduk Taman Sri Pekan, Wakaf Bharu di sini melahirkan rasa kecewa kerana pihak berkenaan masih tidak dapat menyelesaikan masalah banjir kilat di perumahan tersebut.

Wakil penduduk, Zuraiman Zahari, 40, berkata, penduduk sudah jemu meluahkan ketidakpuasan hati terhadap masalah banjir yang berlaku tiap kali hujan lebat.

Menurutnya, rumah teres yang didiami terdedah dengan banjir kerana beberapa faktor seperti longkang kecil serta tidak dapat menampung aliran air ke anak sungai.

“Pembinaan longkang perlu diteliti supaya masalah banjir kilat tidak berlaku, pihak berkenaan sepatutnya membuat kajian sebelum membinanya.

“Pembahagi jalan yang dibina di jalan utama kawasan itu memburukkan lagi keadaan apabila air tidak dapat mengalir ke longkang bersebelahan,” katanya.

Zuraiman berkata, banjir kilat juga menyebabkan kesesakan jalan kerana kenderaan yang melalui jalan utama ke Wakaf Bharu memperlahankan kenderaan masing-masing.

Katanya, keadaan itu terus menimbulkan kesulitan kepada penduduk sehingga ianya diatasi.

“Sehingga ke hari ini, belum ada tindakan daripada pihak tertentu, takkan nak tunggu pilihan raya umum baru masalah kami diberi perhatian.

“Kami berharap pihak berkenaan dapat segera berbincang dengan jawatankuasa taman ini dengan mengambil kira pandangan kami bagi menyelesaikan masalah yang dialami penduduk,” katanya

Terputus hubungan akibat banjir




KOTA BHARU- Lebih 100 mangsa banjir dari 20 keluarga banjir di Kampung Pelunggul, Melor di sini terputus hubungan apabila kampung mereka terkepung oleh banjir yang melanda kawasan berkenaan sejak dua hari lalu. 

Namun mereka enggan berpindah disebabkan bimbang untuk meninggalkan rumah dan ternakan masing- masing, selain serik untuk tinggal di pusat pemindahan mengenangkan apa yang pernah dilalui sebelum ini. 

Seorang mangsa, Hazimah Jusoh, 60, berkata, banjir melanda kawasan berkenaan selepas hujan turut tanpa henti sejak 3 pagi kelmarin, dan berlanjutan sehingga keesokan harinya menyebabkan kawasan berkenaan dinaiki air secara mendadak. 

“Kami langsung tidak menyangka akan terus terkepung setelah hujan berlanjutan untuk beberapa jam, sehingga ada yang tidak sempat membawa kenderaan dan ternakan masing-masing ke kawasan lebih tinggi.

“Akibatnya ada yang terpaksa membawa binatang ternakan naik ke atas rumah bimbang lemas dan dihanyutkan arus deras air banjir,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam. 

Menurutnya, bagaimanapun penduduk di kampung berkenaan enggan berpindah dan sanggup tinggal dalam keadaan air memenuhi ruang rumah masing-masing kerana bimbang lebih banyak kerugian dialami. 

“Kami pernah berpindah pada musim banjir beberapa tahun lalu, namun itulah yang pertama dan sehingga kini masing- masing serik, kerana ada yang terpaksa berdepan kerugian lebih besar, selain kerosakan akibat banjir, rumah mereka yang ditinggalkan beberapa hari turut dinaiki pencuri,” katanya. 

Hazimah berkata, ada di kalangan penduduk yang tidak sempat membawa kenderaan ke tempat lebih selamat pula terpaksa berdepan kerosakan, apabila sebahagiannya ditenggelami air. 

Beliau berkata, setiap tahun kawasan berkenaan akan dinaiki air, dan semua penduduk akan terkepung selain berdepan kerosakan harta benda selepas gagal diselamatkan. 

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Rohana Che Soh, 30an, berkata, bagaimanapun apa yang dikesalkan, walaupun mereka merupakan mangsa bencana, namun sehingga kini penduduk di kampung berkenaan tidak pernah menerima bantuan dari mana- mana pihak. 

“Kadang kala tertanya-tanya kenapa kami di sini tidak pernah dihulurkan bantuan, sedangkan kami juga mangsa banjir, mangsa bencana yang memerlukan bantuan seperti mana mereka yang dipindahkan di pusat pemindahan,” katanya. 

Menurutnya, penduduk juga tidak tahu di mana tempat mengadu, dan saban tahun hanya menunggu bantuan yang belum pasti akan diterima. 

Beliau mendakwa, musim banjir lalu ada pihak yang mendapatkan maklumat mengenai mereka, namun sehingga ke musim banjir kali ini, bantuan atau sumbangan tidak pernah diterima menyebabkan timbul rasa kesal di kalangan mereka.

Bumbung diterbangkan angin

SH


PASIR PUTEH– Seorang penduduk Kampung Wan Omar dekat sini hanya menyedari kejadian ribut berlaku di kawasan rumahnya apabila dia tersedar tidur setelah badannya terkena tempias hujan dari bumbung rumahnya yang tercabut.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.40 pagi kelmarin menyebabkan bumbung di bahagian ruang tamu rumah Mohd Yusoff,50, diterbangkan angin.

Mohd Yusoff berkata, selepas tersedar dari tidur, dia berada dalam keadaan tergamam seketika kerana kejadian ribut itu berlaku begitu pantas.

“Kejadian ini berlaku sekelip mata sahaja sehinggakan saya tidak terdengar apa-apa bunyi pun,’’ katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Beliau berkata, ini merupakan kejadian kedua yang berlaku tetapi ia lebih teruk jika dibandingkan dengan kejadian sebelum ini hanya menerbangkan beberapa keping zink rumahnya sahaja.

Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana tiada kecederaan yang berlaku kerana pada waktu kejadian isterinya, Saidah Mat Husein,38, keluar bekerja di kilang memproses bebola ikan sementara anak bongsunya, Fifi Nakesha, 3, berada di rumah neneknya.

Kejadian sama turut menimpa dua rumah jirannya, Che Mohd Hazli Fairuz Che Mod,26, yang mendakwa ribut itu berlaku tidak sampai satu minit.

Che Mohd Hazli berkata, kejadian berlaku ketika dia menjaga anaknya kerana isterinya bekerja di kilang bebola ikan.

“Ia terjadi betul-betul di atas kepala saya apabila beberapa keping zink diterbangkan angin sehingga menyebabkan saya dan anak basah kuyup.

“Sambil memeluk anak, saya bergegas turun dari rumah dan sempat melihat angin puting beliung membawa zink rumahnya hingga tersangkut di pokok petai berhampiran rumah saya,” katanya.

Walaupun penduduk pernah memberitahunya bahawa rumahnya berada di laluan puting beliung, dia tidak berhajat untuk pindah.

Kesemua mangsa ribut itu menerima sumbangan segera daripada Tabung Bencana Alam berjumlah RM500 setiap seorang daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim.

Mangsa hanya 48 jam di rumah

SH


RANTAU PANJANG – Keadaan banjir di pekan Rantau Panjang kini semakin teruk apabila air sudah mula membanjiri kawasan rendah seperti Kedai Lama, Lubok Gong, Kampung Tersan, dan beberapa kampung lain di sini.

Seorang penduduk yang ditemui, Ra Noor Asikin Husin, 38, berkata, selepas 48 jam sahaja pulang ke rumahnya di Kampung Kedai Lama, dia terpaksa berpindah semula ke pusat pemindahan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) .

Menurutnya, keadaan tersebut sudah biasa kepada penduduk setempat dan walau sudah dibersihkan mereka terpaksa berpindah untuk keselamatan.

“Penduduk di Kampung Kedai Lama hanya sempat berada di rumah kurang 48 jam dan ada yang tidak sempat membersihkan kawasan rumah mereka.

“Ini kerana keadaan hujan berterusan serta air Sungai Golok semakin meningkat dari semasa ke semasa menyebabkan air di kawasan ini hanya surut sekejap sahaja,” katanya.

Rantau Panjang sudah dinaiki air dan menyebabkan aktiviti perniagaan lumpuh di kawasan tersebut.

Jurucakap bilik gerakan Pasir Mas berkata, sebanyak enam pusat pemindahan dibuka sejak awal pagi semalam.

Pusat pemindahan tersebut KTMB (235 orang), Masjid Kubang Kua (14 orang), Kampung Putat Tujuh (20 orang), Sekolah Kebangsaan To’ Uban (9 orang), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Lati (89 orang) dan Sekolah Kebangsaan Bukit Jarum (10 orang).

Lima jalan ditutup untuk semua jenis kenderaan iaitu Kilometer 10 Jalan Pohon Tanjung ke Kampung Siram, Pohon Tanjung ke Meranti, jalan Gelang Mas ke Cabang Empat Jambu dan Pengkalan Rakit ke Cabang Empat Salam.

Sementara itu, jalan Kampung Manir ke Bukit Tuku hanya dibuka untuk kenderaan berat sahaja.

Sehingga jam 6 petang semalam, paras air Sungai Golok masih melebihi paras bahaya iaitu 10.23 meter.

Pesawah rugi padi ditenggelami banjir

SH


KOTA BHARU-Beberapa pesawah terpaksa menanggung kerugian sehingga RM50,000 apabila kira-kira 20 hektar sawah padi mereka ditenggelami banjir di Kampung Chepa dekat sini.

Hujan lebat sejak empat hari lalu menyebabkan lapan peserta tanaman sawah padi pada luar musim mengeluh kerana padi yang dijangkakan dapat dituai pada awal Februari ini rosak.

Seorang pesawah, Ramli Yaakob berkata, kali ini dia mengalami kerugian mencecah RM7, apabila hasil tanamannya rosak teruk.

“Sebelum ini padi kami rosak angkara diserang oleh tikus dan belum selesai dengan itu, kali ini ditenggelami banjir pula.

“Kami terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk menanamnya tetapi apakan daya sekarang ini musim hujan, untung yang dicari untuk sara keluarga tetapi ini pula yang berlaku,” katanya kepada Sinar Harian semalam ketika ditemui di Kampung Chepa.

Bagi Abdullah Ibrahim, 59, pula, dia menjangkakan pada tahun ini hasilnya lebih lumayan dari kebiasaannya tetapi sangkaan itu meleset kerana semua padinya rosak tidak dapat diselamatkan.

“Bila melihat padi menguning, kami jangka tahun ini lebih baik dari sebelumnya tetapi, sekarang ini, bukan sahaja untung kami tidak dapat, malah upah untuk bayaran membajak juga tidak diperoleh,” katanya.

Menerima nasib yang sama ialah, Abdul Majid Yusof, 80, dan dia mengharapkan ada pihak tertentu dapat membantu pesawah-pesawah dalam kesusahan terbabit.

“Kami sangat mengharapkan supaya ada pihak yang sudi menjenguk kami dan lebih elok jika ada pihak lain dapat mengambil alih pengurusan pesawah di sini,” katanya.

Lebih menghampakan bagi pesawah muda pula, Tun Mohd Amin Azmi, 20, pengalaman pertama menanam padi sangat memeritkan kerana sudah menanggung kerugian kerana 1.2 hektar tanaman padinya musnah dalam bencana banjir kali ini

Nelayan sesat cerita pengalaman

SH


KEMASIN – Seorang nelayan yang tersesat di laut akibat kabus tebal Selasa lalu bersyukur kerana sempat diselamatkan rakan dan ahli penyelamat yang lain selepas lebih 24 jam dihanyutkan arus.

Nelayan tersebut, Sahimi Abdullah, 43, berkata, dia keluar ke laut untuk menangkap ikan menggunakan bot tradisional yang tidak mempunyai sebarang alat perhubungan atau penunjuk arah.

Menurutnya, dia bersama dua lagi rakannya keluar menggunakan bot masing-masing ke arah timur Kuala Kemasin pada malam Isnin dan dijangka pulang tengah hari keesokan harinya.

“Kami keluar bertiga dengan bot masing-masing, kemudian pada jam 2 pagi saya mula bergerak pulang meninggalkan dua kawan lain kerana bot saya bermasalah.

“Dalam keadaan berkabus, saya tidak nampak haluan pulang dan apabila kabus hilang barulah saya sedar bahawa saya berada kira-kira 15 batu nautika dari Kuala Kemasin dan di luar laluan bot lain,” katanya semalam.

Beliau berkata, dia cuba menghidupkan enjin botnya namun gagal kerana kehabisan minyak.

Menurutnya, dia dihanyutkan arus sehingga dijumpai pasukan penyelamat kira-kira 2.30 pagi, hari Rabu.

“Saya amat bersyukur kerana dijumpai semula, jika tidak, saya tidak tahu apa yang akan berlaku terutama dalam musim tengkujuh ini,” katanya ketika ditemui.

Sahimi berkata, ini adalah kali ketiga dia keluar menggunakan bot kecil tanpa sebarang alat perhubungan atau penunjuk arah, namun tidak pernah mengalami perkara sebegini.

Menurutnya, dia keluar ke laut menangkap ikan kerana hasil tangkapan lebih memuaskan pada musim tengkujuh untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Beliau berterima kasih kepada semua rakan dan anggota penyelamat yang keluar semula mencarinya pada malam Rabu sehingga dijumpai.

Sepanjang perkahwinan Sahimi bersama isterinya, Nor Naimah Abdul Kadir, 43, mereka dikurniakan sepasang anak kembar berusia 8 tahun.

Sahimi adalah antara kelompok nelayan miskin di daerah ini yang memerlukan perhatian pihak berkenaan untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Rumah kerap dimasuki air

SH


KOTA BHARU- Penghuni Perumahan Taman Wakaf Stan, dekat Kubang Kerian sudah tidak tahan lagi kerana setiap kali hujan lebat kawasan kediaman mereka digenangi air sedalam kira-kira satu meter.

Penduduk di kawasan berkenaan bukan sahaja tidak selesa dengan keadaan tersebut tetapi mereka juga terpaksa menanggung kerugian apabila peralatan rumah turut ditenggelami air kerana air naik tanpa disedari dan difahamkan juga ada satu keluarga terpaksa berpindah ke rumah keluarganya.

Seorang penghuni, Teo Seng Hue, 40, berkata, sejak empat tahun lalu rumahnya digenangi air disebabkan tiada sistem perparitan yang sempurna.

“Kami penghuni di taman ini sudah memaklumkan kepada pihak pemaju dan juga pemimpin kawasan tetapi sekarang ini kami hanya menunggu masa mereka menunaikan janji-janji untuk membina sistem perparitan di kawasan taman ini.

“Saya sekeluarga sudah serik kerana sejak empat tahun tinggal di sini sebanyak tiga kali rumah kami ditenggelami air,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya dekat sini semalam.

Seng Hue berkata, bukan setakat rumah dimasuki air tetapi kelengkapan rumah termasuk perabot juga rosak.

“Saya menganggarkan kami kerugian kira-kira RM10,000 setiap kali hujan lebat dan ini kali kedua rumah kami dimasuki air pada tahun ini,” katanya.

Seorang penduduk lain, Poo Siau Yin, 32, dia bimbang keselamatan dua anaknya yang berusia tiga dan tujuh tahun kerana air di tingkat bawah rumahnya tidak selamat untuk kanak-kanak.

“Mengikut pengalaman lalu, ia mengambil masa kira-kira seminggu untuk surut, dan sekarang ini saya terpaksa ditinggal di tingkat kedua rumah.

“Saya juga tidak selesa dengan keadaan ini kerana sukar untuk memasak dan saya terpaksa makan di kedai kerana kawasan dapur tidak selamat untuk digunakan, bimbang berlaku renjatan elektrik ekoran air terlalu banyak,” katanya.

Seorang penduduk lain, Faris Abdul Rahim, 31, berkata, keluarganya mengambil inisiatif menggunakan enjin untuk pam air di kawasan rumah, tetapi bagaimanapun ia tidak berhasil kerana air terpalu dalam.

“Saya berharap pihak berkenaan dapat mempercepatkan kerja-kerja mengali parit dan menyediakan sistem perparitan supaya perkara ini tidak berulang lagi,” katanya.

Keluarga mahu polis jelaskan kes tembak 3 remaja - Malaysiakini

Keluarga mahu polis jelaskan kes tembak 3 remaja - Malaysiakini
Salhan K Ahmad


Anggota keluarga kepada tiga remaja yang maut ditembak dalam satu kejadian pada 13 November lalu hari ini menuntut polis membuat penjelasan berhubung kes berkenaan.


Anggota keluarga itu diwakili peguam Fadiah Nadwa Fikri yang turut menyerahkan satu memorandum kepada ketua polis negara, antara lainnya bagi menggesa supaya segera mendedahkan siasatan berhubung kes berkenaan.


Tiga remaja berkenaan, Mohd Shamil Hafiz Shafie, 15, Mohd Khairul Nizam Tuah, 20, dan Mohd Hanafi Omar, 22, maut ditembak dalam kejadian pada awal pagi 13 November tahun lalu di Glenmarie, Shah Alam.


Dalam memorandum berkenaan, peguam berkenaan turut menuntut supaya polis mengambil tindakan tegas, termasuk pendakwaan jenayah terhadap anggota yang bertindak melepaskan tembakan tersebut.


Memorandum itu juga mempertikaikan kenyataan pemangku ketua polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berhubung kes berkenaan.


"Datuk A. Thaiveegan membuat dakwaan tak munasabah bahawa kesemua yang meninggal dunia merupakan 'penjenayah tegar'.


"Polis mendakwa suspek yang meninggal dunia itu merupakan sebahagian daripada geng yang dikenali sebagai 'Geng Minyak'.


"Mereka juga mendakwa bahawa suspek, apabila dikepung telah meluru ke arah polis dengan parang dan polis menembak mati kesemua mereka dalam mempertahankan diri (mereka).


"Kami dapati cerita daripada polis ini sangat tidak boleh dipercayai," menurut memorandum tersebut yang diserahkan oleh peguam Fadiah Nafwa Fikri.


Dalam memorandum itu juga, tuntutan dikemukakan supaya polis mendedahkan prosedur yang perlu diikuti oleh anggota polis sebelum melepaskan tembakan.


Ia turut mempertikaikan, sekiranya benar suspek berkenaan hanya bersenjatakan parang dan bukannya senjata api, mengapakah perlu menembak mati kesemua remaja berkenaan.


"Adakah apa-apa tembakan amaran dilepaskan? Ianya sangat dipercayai bahawa orang bersenjatakan parang akan meluru ke dalam hujan peluru," memorandum itu dipetik.


Memorandum berkenaan diterima oleh pegawai perhubungan awam Bukit Aman Cif Insp Saipul Anuar Razali kira-kira jam 10.40 pagi ini.


Ketika bercakap kepada keluarga mangsa sebelum itu, beliau memberi jaminan bahawa perkara itu akan dijelaskan oleh ketua polis negara sendiri.


"Insya-Allah pada hari Isnin ini ketua polis negara sendiri akan beri jawapan," katanya yang tidak dapat menjelaskan apakah status sebenar siasatan ke atas kes berkenaan.
Beliau sebelum itu diminta menjelaskan demikian oleh naib presiden parti itu N Surendran yang turut mengiringi keluarga mangsa berkenaan.
Turut mengiringi keluarga mangsa bagi menyerahkan memorandum itu ialah dua ahli parlimen PKR, R Sivarasa (Subang) dan Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai).

Naluri ibu rungkai kehilangan anak

SH


KUANTAN - Naluri dan kasih sayang seorang ibu merungkai misteri penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan yang terdampar di Pantai Cherok Paloh, dekat sini, petang kelmarin.

Hasil pengecaman Hafizah Rashid, 31, kira-kira jam 3.30 petang semalam mengesahkan mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan itu anak ketiganya, Durani Arfah Masrul, 3, yang hilang sejak seminggu lalu ketika bermain air di depan rumahnya di Kampung Kubang Putat, Dungun, Terengganu.

Identiti mayat anaknya yang ditemui seorang pemukat ikan kira-kira jam 2.30 petang, kelmarin itu dicam berdasarkan keadaan gigi, rambut, tanda di dada dan tumit memandangkan wajah dan badan mangsa sudah berubah.

Bapa mangsa, Masrul Deris, 32, ketika ditemui berkata, dia reda dengan ketentuan Allah, bagaimanapun terkilan kerana gagal mengecam anaknya ketika melakukan pengecaman bersama beberapa saudaranya pagi semalam.

“Saya tidak menduga mayat ditemui itu anak saya kerana wajah dan badannya sudah berubah mungkin kerana terlalu lama berendam dalam air.

“Saya juga tidak menyangka, anak saya yang hilang ketika bermain air bersama kawannya di depan rumah Jumaat lalu dihanyutkan terlalu jauh sehingga ke Ceruk Paloh, Kuantan yang jaraknya menjangkau lebih 100 kilometer,” katanya.

Masrul bersyukur misteri kehilangan anaknya itu akhirnya terjawab walaupun terpaksa menerima hakikat anak kesayangannya sudah tiada.

“Sebelum isteri saya datang naluri saya kuat mengatakan Durani Arfah masih hidup dan berdoa agar dia selamat.

“Usaha mencarinya masih dijalankan penduduk kampung dan saudara mara sehingga pagi tadi (semalam) walaupun gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan pihak berkuasa sejak empat hari lalu dihentikan,” katanya.

Menurutnya, jenazah anaknya itu akan dituntut dan dibawa balik ke kampungnya untuk dikebumikan selepas segala urusan selesai.

Hafizah yang gagal mengawal perasaan selepas mengecam mayat anaknya kelihatan lemah sehingga memaksa suami dan saudara menenangkannya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintenden Zulkifli Taha mengesahkan menerima laporan penemuan mayat kanak-kanak itu.

Menurutnya, mayat kanak-kanak perempuan yang hanya berseluar hitam tanpa baju itu ditemui seorang penduduk Kampung Ceruk Paloh dikenali sebagai Mohd Bustaman ketika dia keluar memasang pukat di pantai itu kira-kira jam 2.30 petang kelmarin

Minyak masak dirampas

SH

MACHANG - Belian panik di kalangan pengguna gara-gara krisis minyak masak baru-baru ini mendorong sebuah syarikat tempatan pembungkusan minyak masak di Kampung Membunga di sini beroperasi semula secara tidak sah.

Namun pemiliknya terpaksa berputih mata apabila premis simpanan dan operasinya diserbu sepasukan pegawai dan anggota Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) cawangan Kuala Krai, di sini semalam.

Ketua cawangannya, Halijah Sandiman berkata, berdasarkan maklumat diterima, premis tersebut menghentikan operasinya sejak 2008 namun dipercayai beroperasi semula berikutan krisis minyak dan permintaan yang tinggi.

Katanya, operasi pada jam 9 pagi itu dilakukan apabila mendapat arahan daripada PPDNKK Putrajaya mengena kewujudan premis yang didakwa beroperasi secara haram.

Halijah berkata, ketika serbuan dilakukan, terdapat lima pekerja termasuk seorang penyelia sedang melakukan kerja-kerja pembungkusan di dalam premis tersebut yang terletak berhampiran lampu isyarat Machang lama.

“Selepas pemeriksaan dilakukan, wujud operasi di premis itu iaitu melakukan kerja-kerja pembungkusan minyak masak diadakan. Minyak masak tersebut diedarkan ke kedai-kedai runcit seluruh Machang tetapi tidak mempunyai lesen pemborong pembungkusan kerana minyak adalah barang kawalan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,’’ katanya.

Ekoran itu, pihaknya merampas kesemua minyak masak sebanyak 16.3 tan metrik termasuk 425 kilogram yang telah dibungkus.

“Sebanyak 25 kotak yang setiap satu mempunyai 17 kampit minyak (sekampit satu kilogram) telah siap dibungkus untuk diedarkan telah disita termasuk 15,875 yang masih terdapat di dalam tangki.

Nilai rampasan dalam operasi ini dianggarkan sebanyak RM40,850 manakala penyelia dan pekerja diambil keterangan untuk tindakan lanjut.

Katanya, premis tersebut telah beroperasi sejak 2008 dan pelanggannya terdiri di kalangan pekedai runcit dan pasar raya mini di seluruh Machang.

“Syarikat ini mahu menghidupkan semula operasi pembungkusan di sini berdasarkan terdapat beberapa peralatan yang baru dicat semula termasuk tangki dan juga tempat letak minyak,” katanya. Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974. Sabit kesalahan pemilik syarikat terbabit boleh didenda maksimum sebanyak RM250,000 bagi kali pertama manakala kesalahan kali kedua sebanyak RM500,000.

Rugi RM10,800 ditipu agensi pelancongan

SH


KUALA TERENGGANU - Hasrat sembilan bersaudara yang ingin melancong ke Taiwan bagi menghabiskan cuti akhir tahun bukan sahaja terbantut, malah mereka juga berputih mata setelah kerugian RM10,800 akibat ditipu agensi pelanco�ngan yang menguruskan pakej percutian terbabit.

Mangsa, Lim Eng Keong, 48, mendakwa, mereka menyedari cuba ditipu agensi pelancongan itu yang terletak di Jalan Kota Lama setelah mendapati tiket penerbangan dua hala dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur yang diuruskan oleh agensi berkenaan adalah palsu.

“Kami mengambil pakej percutian yang menawarkan harga RM2,400 untuk seorang bertarikh 25 Disember hingga 31 Disember, tetapi harga itu tidak termasuk tiket penerbangan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur.

“Jadi, selepas membuat pembayaran deposit 50 peratus berjumlah RM10,800, saya meminta bantuan pihak agensi untuk menempah tiket penerbangan Air Asia dua hala dari sini ke Kuala Lumpur dan membayar harga tiket dengan jumlah RM1,242,” katanya.

Menurut Eng Keong, dua minggu kemudian, dia membawa tiket yang dicetak dan diserahkan oleh agensi tersebut ke kaunter Air Asia di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) untuk pengesahan.

“Saya terkejut bila diberitahu tiket yang ditempah tiada dalam rekod dan selepas dikenal pasti, tiket yang diserahkan agensi tersebut ternyata palsu.

“Sejurus menerima maklumat itu, saya terus memaklumkan kepada agensi pelancongan itu dan alasan yang diberikan, mereka tersalah cetak dan mungkin untuk menutup ‘tembelangnya’ itu, mereka mencetak tiket baru serta-merta di hadapan saya,” katanya.

Selepas kejadian itu, Eng Keong mengakui sudah tidak yakin dengan kejujuran perkhidmatan yang diberikan oleh agensi pelancongan itu, tetapi masih tidak berniat untuk membatalkan urusan berkenaan disebabkan tidak mahu menghampakan ahli keluarga lain yang begitu teruja untuk bercuti bersama-sama.

Bagaimanapun, dia nekad membatalkan tempahan itu pada 1 Disember apabila mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena selepas agensi tersebut menyuruh dia menjelaskan kesemua bayaran yang masih tertunggak sebanyak 50 peratus lagi.

“Saya bersetuju untuk melangsaikan semua bayaran tetapi meminta agensi itu menyerahkan tiket percutian itu sebaik sahaja bayaran dijelaskan.

“Bagaimanapun, mereka memberi alasan tiket itu tidak boleh diserahkan kerana masih ada di Kuala Lumpur dan hanya boleh diberikan dua atau tiga hari sebelum tarikh penerbangan,” katanya.

Eng Keong berkata, menyedari dirinya hampir ditipu, dia terus membatalkan tempahan itu dan meminta wangnya dipulangkan termasuk bayaran deposit dan tiket penerbangan yang ditempah sebelum itu.

“Pihak agensi ada mengeluarkan cek bayaran tetapi pada 14 Disember, saya menerima panggilan telefon daripada bank menyatakan cek tersebut tidak boleh dipindahkan ke dalam akaun kerana dibatalkan oleh agensi berkenaan,” katanya.

Disebabkan tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, Eng Keong menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada individu dari agensi tersebut yang bertanggungjawab menguruskan pakej itu memaklumkan sekiranya gagal membayar wangnya, dia akan membuat laporan polis.

“Mungkin kerana takut, sehari selepas kiriman SMS itu, individu tersebut berjumpa saya dengan memberikan wang RM1,000 dan meminta tempoh sehingga 30 Disember untuk menyelesaikan wang selebihnya, namun sehingga hari ini, janji hanya tinggal janji,” katanya.

Eng Keong berkata, dia membuat laporan polis pada 30 Disember dan turut membawa kes ini ke Mahkamah Tribunal demi menuntut haknya sebagai pengguna.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Lorenz Law berkata, pihaknya telah membuat semakan di Jabatan Pelancongan dan mendapati agensi pelancongan tersebut hanya memiliki lesen menguruskan perjalanan di dalam negeri sahaja.

“Jadi, di sini ternyata agensi pelancongan ini sudah melakukan satu kesalahan secara terang-terangan dengan menipu orang awam.

“Saya berharap kepada sesiapa yang ingin berurusan dengan apa jua agensi pelancongan di negeri ini lebih berhati-hati agar tidak tertipu,” katanya.

Bagi sesiapa yang ingin mengetahui status lesen perniagaan agensi-agensi pelancongan sebelum berurusan bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini, boleh menghubungi talian pejabat pelancongan, 09-6262946.

GRO asyik layan pelanggan

SH


MANJUNG – Tujuh GRO warga asing ditangkap dalam operasi Jabatan Imigresen Cawangan Lumut di Manjung, petang kelmarin.

Ketua Jabatan Imigresen Cawangan Lumut, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Zaidi Dali berkata, Ops Sayang itu bertumpu kepada GRO warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan.

Menurutnya, lokasi operasi ialah di Kampung Selamat, Sitiawan dan menahan enam daripada mereka.

“Semuanya warganegara China yang leka melayan pelanggan di sebuah kedai makanan dan minuman.

“Mereka melakukan kesalahan bawah Peraturan 39B, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya ketika ditemui di Pejabat Imigresen Cawangan Lumut dekat sini.

Zaidi berkata, lokasi kedua operasi di Batu 10 Segari dan seorang GRO ditangkap atas kesalahan sama.

Menurutnya, semua GRO itu diletakkan dalam tahanan selama 14 hari sementara menunggu siasatan.

“Mereka masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial sementara dan pas penggajian atau pas kerja yang disalahgunakan.

“Tindakan mahkamah dan pengusiran akan diambil atas kesalahan itu,. Mereka berusia antara 32 hingga 44 tahun.

Menurut Zaidi, pihaknya selalu memantau dan Ops Sayang ini hasil maklumat orang ramai.

“Kita bertindak berdasarkan aduan penduduk yang mengatakan GRO itu telah melakukan aktiviti tidak bermoral di kawasan berkenaan.

“Ada juga kalangan GRO warga asing yang ditangkap cuba melarikan diri sebaik melihat kehadiran Pegawai Penguat Kuasa Imigresen, namun mereka gagal berbuat demikian,” katanya.

Menurut beliau, Ops Sayang petang kelmarin dengan kekuatan 15 anggota adalah operasi pertama tahun ini dan akan diteruskan dari masa ke semasa bagi mengatasi kegiatan penyalahgunaan pas lawatan terutama di Manjung.

“Semua mereka yang ditangkap dalam operasi ini menjalankan dan menumpukan kegiatan di kedai makan dalam kawasan ladang kelapa sawit sekitar Manjung.

“Kita juga percaya akan ada banyak lagi kes seperti ini berlaku menjelang sambutan Tahun Baru Cina dan kita akan terus memantau keadaan serta mengambil tindakan mengatasinya,” katanya.

Terperangkap judi internet

SH


JOHOR BAHRU – Seorang kontraktor syarikat pasir bergelar ‘Datuk’ hidup dalam ketakutan apabila diugut ah long setelah berhutang dengan peminjam wang tidak berlesen itu sebanyak RM700,000.

Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Datuk Simon, 35, berkata, dia menanggung beban kewangan itu selepas terlibat dalam perjudian Internet yang diperkenalkan rakan baiknya.

“Saya mengetahui perjudian Internet ini sejak tahun 2004, namun selepas diperkenalkan rakan bisnes mengenai satu permainan perjudian Internet seperti perlumbaan anjing, dia meyakinkan saya dalam tempoh 20 minit mampu meraih keuntungan RM100,000.

“Akibat percaya dengan desakan rakan, saya mula berjinak-jinak dengan permainan itu dan diperkenalkan dengan ‘bookie’ pada September tahun lalu. Namun dalam tempoh dua minggu, saya menanggung kerugian RM700,000,” katanya ketika hadir di pejabat Ketua Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru, Micheal Tay Chee Boon, di sini ,semalam.

Simon berkata, dalam tempoh dua minggu itu, beliau telah mengeluarkan modal lebih RM1 juta dan hanya pernah memenangi beberapa kali yang nilainya sekadar RM30,000.

Dia telah melunaskan hutangnya bernilai RM300,000 sejak beberapa bulan lalu, namun kini mengalami masalah kewangan bagi melangsaikan keseluruhan hutangnya yang berbaki RM400,000.

Apa yang dikesalinya kini, beliau mengetahui rakannya dan sindiket peminjam wang tersebut seakan memasang perangkap dan kekalahannya itu bagai diatur.

“Saya tidak akan lari, mahupun enggan membayar hutang yang dibuat. Cuma saya memerlukan masa dan akan melangsaikan hutang tersebut secara ansur-ansuran dalam tempoh dua tahun ini kerana saya memerlukan wang bagi menjalankan perniagaan,” katanya kesal.

Bapa kepada dua cahaya mata ini juga pernah diugut ah long dengan mengancam nyawanya dan keluarga serta memusnahkan perniagaannya jika dia gagal untuk melunaskan baki hutang tersebut mengikut ketetapan waktu yang diarahkan yang diterimanya menerusi sistem pesanan ringkas.

Atas sebab tersebut, Simon telah membuat laporan polis bagi melindungi dirinya dan keluarga.

Sementara itu, Micheal berkata, sebanyak 18 aduan diterima pihaknya mengenai bebanan hutang menerusi perjudian Internet sepanjang tahun lalu.

Beliau juga turut terkejut dengan bebanan hutang yang dibuat Simon dan menasihatkan orang awam agar tidak terpedaya dengan judi Internet yang akhirnya memakan diri sendiri.

“Kes-kes sebelum ini membabitkan jumlah perjudian yang kecil, namun saya tidak sangka adanya terperangkap dengan hutang ah long dengan jumlah yang besar.

“Saya nasihatkan kaki judi ini berhenti daripada melakukan aktiviti tidak berfaedah ini,” katanya.

Buaya tembaga tersesat dua kali

Berita Harian Online | Buaya tembaga tersesat dua kali 




2011/01/08

KUANTAN: Dua kali tersesat. Itu yang berlaku kepada seekor buaya tembaga betina sepanjang 2.7 meter yang ditemui sesat kali kedua di Lorong Permatang Chengal, Kampung Sungai Soi, di sini, awal pagi semalam selepas kali pertama ditemui sesat dan terdampar di pantai Teluk Cempedak, 13 Disember lalu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri, Khairiah Mohd Shariff, berkata, haiwan liar seberat 140 kilogram itu dipercayai buaya yang sama berdasarkan saiz, berat dan bentuknya.

“Saya percaya buaya yang dijumpai tersesat dan naik ke daratan di Kampung Sungai Soi adalah buaya yang sama ditemui di Teluk Cempedak berdasarkan saiz dan beratnya.
“Buaya yang ditemui sesat di Teluk Cempedak pada 13 Disember lalu dilepaskan semula di Sungai Soi dan kemungkinan hujan lebat dan arus deras yang membawa buaya itu sesat dan naik ke darat,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Khairiah berkata, buaya tembaga itu yang mengalami sedikit kecederaan kemudian dirawat sebelum dilepaskan semula di hulu Sungai Kuantan di sini kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

Terdahulu, penduduk Kampung Sungai Soi, di sini gempar seketika apabila melihat kelibat buaya yang berkeliaran tanpa arah di kampung berkenaan sebelum berjaya ditangkap, pagi semalam.

Haiwan liar itu mulanya ditemui seorang wanita yang kebetulan melalui lorong terbabit kira-kira jam 5 pagi sebelum memaklumkan penemuan berkenaan kepada pihak berkuasa.

Bayi sedang tidur ditemui dekat kedai

SH




KLANG SELATAN – Sungguh menyayat hati apabila bayi perempuan yang sedang tidur lena, ditemui diletakkan dalam kotak bersama ‘bekalan’, sebelum dibuang di kawasan kedai tidak berpenghuni di Taman Sentosa, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, penemuan itu dimaklumkan seorang lelaki yang menghubungi polis kira-kira jam 5.30 petang semalam.

Katanya, lelaki itu terkejut apabila mendapati sebuah kotak berisi bayi diletakkan di hadapan kedai yang sudah ditutup.

Menurutnya, siasatan awal mendapati bayi berusia antara 5 hingga 6 bulan itu ditemui masih lengkap berpakaian.

“Bersama bayi sedang tidur itu, kita temui botol susu, pampers, bantal serta selimut yang diletakkan dalam kotak itu.

“Tiada nota ditinggalkan bersama bayi yang disahkan sihat itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Mohamad berkata, bayi itu diserahkan kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk tindakan selanjutnya.

17 maut akibat insiden letupan berani mati

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

08/01/2011 2:05am

KANDAHAR 8 Jan. – Seorang pengebom berani mati meletupkan rumah mandi awam di selatan Kandahar menyebabkan 17 orang termasuk seorang komander polis terbunuh.

Kejadian yang berlaku semalam itu merupakan serangan paling buruk dalam tempoh lima bulan.

Pengeboman yang turut mencederakan 21 orang itu merupakan serangan paling berdarah sejak Julai tahun lalu.

Rumah mandi awam itu terletak di bandar Spin Boldak, sempadan Pakistan yang juga merupakan sempadan yang dijaga komander polis.

“Serangan kejam dan tidak berperikemanusiaan ini dilakukan oleh musuh orang Islam dan manusia keseluruhannya,” ujar jurucakap gabenor wilayah Kandahar, Zalmai Ayoubi. - REUTERS"

Banjir: Kelantan makin parah

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

08/01/2011 10:09am

KOTA BAHARU 8 Jan. - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan pusat pemindahan di Kelantan bertambah pagi ini berbanding semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata, setakat 8 pagi ini, empat lagi pusat pemindahan dibuka menjadikan jumlahnya 19 buah bagi menampung mangsa banjir yang meningkat kepada 1,571 orang daripada 438 keluarga berbanding 1,008 orang, malam semalam.

Beliau berkata, lima daerah yang terjejas banjir ialah Kota Baharu, Bachok, Pasir Mas, Tanah Merah dan Pasir Puteh.

'Daerah yang paling teruk terjejas banjir ialah daerah Pasir Mas dengan sebanyak 12 pusat pemindahan dibuka diikuti Kota Baharu (tiga pusat), manakala Tumpat, Tanah Merah, Bachok dan Pasir Puteh masing-masing satu pusat pemindahan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jurucakap itu berkata, lima laluan di Pasir Mas ditutup kepada kenderaan ringan iaitu di KM3, Jalan Pengkalan Rakit, KM9 Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang, Jalan Pohon Tanjung-Meranti, KM3 Jalan Tendong-Bunut Susu-Gelang Mas, KM10 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu dan KM9 Jalan Cabang Cabang 4/Kampung Jambu/Meranti di Tumpat.

Katanya, paras air di Sungai Golok kini berada di tahap 10.28 meter melebihi paras bahaya 9 meter, manakala sungai-sungai utama lain di Kelantan berada pada paras berjaga-jaga. - Bernama"

Suspek kes bunuh anggota majlis bandaran Filipina ditangkap


BUKTI KUKUH: Gambar yang diambil sendiri oleh mangsa, mendiang Dagsa, menunjukkan penembaknya sedang mengacukan pistol bersama rakan subahat (kanan) sebelum beliau dibunuh pada 31 Disember. -- Foto AFP
Cyberita Online Luar Negara: "MANILA: Polis Filipina telah memberkas seorang lelaki yang dikenal pasti melalui gambar yang menunjukkan dia mengacukan pistol ke arah mangsa sejurus sebelum menembak mati mangsanya.

Gambar lelaki itu, Arnel Buenaflor, dipercayai diambil secara tidak sengaja sedang mangsa, mendiang Reynaldo Dagsa, seorang ahli majlis perbandaran, mengambil gambar ahli keluarganya pada 31 Disember lalu.

Ketua Polis, Encik Jimmy Rivera, dari daerah timur laut wilayah Isabela, dilaporkan berkata bahawa Buenaflor diberkas di tempat persembunyiannya di sebuah rumah tumpangan di bandar Aurora, lewat kelmarin.

Gambar itu juga telah membawa kepada tangkapan seorang lagi lelaki, yang dipercayai penembak kedua dan rakan subahat Buenaflor.

Mendiang Dagsa, yang ditembak di tangan dan dada, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Beliau dikatakan aktif membanteras kegiatan jenayah di wilayahnya.

Polis percaya Beunaflor, yang menghadapi tuduhan merompak tetapi bebas setelah diikat jamin, mahu membalas dendam terhadap mendiang Dagsa kerana mengarahkan supaya dia diberkas tahun lalu.

Sementara itu, ketua polis bandar Caloocan, Encik Jude Santos, berkata Buenaflor telah membuat pengakuan kepada pegawai yang memberkasnya bahawa dia telah menembak mendiang Dagsa.

Encik Santos berkata Buenaflor, penembak kedua dan seorang rakan subahat yang bertindak sebagai pengawas akan dikenakan tuduhan membunuh. -- AP."