Search This Blog

Friday, January 7, 2011

Kereta dirempuh kereta api lelaki maut, teman wanita parah

SH: "
KUANTAN - Seorang lelaki maut manakala teman wanitanya parah apabila Proton Wira yang dinaiki mereka dirempuh kereta api penumpang di km43 Jalan Temerloh-Bahau dekat Bera, awal hari ini.
Tee Wei Keong, 22, mati di tempat kejadian manakala teman wanitanya, Tan Peng Pie, 18, yang cedera parah dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.
Ketua Polis Daerah Bera DSP Mohd Zahid Mohd Noor berkata, kereta yang dipandu Tee dipercayai terbabas ke kiri jalan sebelum memasuki landasan kereta api menyebabkannya dirempuh kereta api yang melalui landasan itu.dalam kejadian pada pukul 1.45 pagi itu.
'Kereta mangsa dirempuh dan diseret sebelum terbalik, kedua-dua mangsa tercampak keluar daripada kereta mereka,' katanya.

Beliau berkata, ketika kejadian kereta terbabit dalam perjalanan dari Kemayan ke Temerloh manakala kereta api itu dari Singapura ke Tumpat, Kelantan.

Kereta api berkenaan tidak berhenti, sebaliknya meneruskan perjalanan ke Tumpat, Kelantan, katanya."

Nahas jalan raya di Pahang dua warga emas maut

SH
KUANTAN - Cameron Highlands dan Maran, dua lelaki warga emas maut dalam kemalangan semalam.
Kejadian pertama membabitkan seorang pengawal keselamatan berumur 75 tahun yang maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di jalan perkampungan Felda Jengka 7, Maran pada 12.50 tengahari semalam kata Ketua Jabatan Ketenteraman Awam Dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim.
Beliau berkata, motosikal yang ditunggang Rashid Osman terbabas ke kanan jalan.kejadian berlaku semasa Mohamed sedang dalam perjalanan ke rumahnya di Blok E felda berkenaan, apabila sebaik tiba di Blok D.
"Motosikal itu kemudiannya melanggar simen konkrit longkang di kawasan itu, mengakibatkan Mohamed Rashid tercampak ke tanah," katanya.
Beliau turut berkata, Mohamed Rashid yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Menengah Bandar Pusat Jengka meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Felda Jengka 2 akibat kecederaan di bahagian kepala.
Sementara itu, kejadian kedua pula membabitkan seorang lelaki berusia 57 tahun yang memandu pacuan empat roda, terbabas ketika mendaki bukit di km 65 Jalan Besar, Brinchang dekat Cameron Highlands kira-kira pukul 5.10 petang.
Mohamed Fauzi berkata Yeow Piek Lim yang berasal dari Honeymoon Villa, Jalan Pecah Batu, Brinchang maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Kalsom Cameron Highlands.
"Dalam kejadian itu, kenderaan yang dipandu Piek Lim yang dalam perjalanan menuju ke Kea Farm untuk menghantar baja dikatakan terbabas ke kiri jalan sebelum terhumban ke dalam longkang," katanya.

Inspektor polis dipenjara dan didenda terima suapan RM 3,000

SH: "

SHAH ALAM - Seorang inspektor polis dijatuhi hukuman penjara 30 bulan dan didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah memperoleh suapan RM3,000 daripada seorang lelaki Bangladesh lapan tahun lepas.

Hakim Mat Ghani Abdullah membuat keputusan itu setelah mendapati Jamil Osman, 40, gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Jamil juga boleh dipenjara selama 15 bulan sekiranya dia gagal membayar denda.

Mat Ghani bagaimanapun membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan Jamil membayar denda hari ini. Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan mengendalikan pendakwaan manakala Jamil diwakili peguam Datuk Dr Mohd Radzuan Ibrahim dan Azzizul Shahriman Mat Yusof."

Bayi perempuan ditemui dalam beg pakaian

Berita Harian Online | Bayi perempuan ditemui dalam beg pakaian: "


2011/01/07

KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan ditemui dalam sebuah beg pakaian di tepi jalan di KM7, Lebuhraya SILK dekat Semenyih hari ini.

Turut ditinggalkan bersama bayi cukup sifat itu di dalam beg berkenaan ialah kain dan lampin pakai buang.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Azman Ayob, ketika dihubungi hari ini berkata, bayi itu ditemui seorang peronda lebuh raya berkenaan kira-kira jam 9.50 pagi.
'Peronda itu yang sedang bertugas pada mulanya ternampak sebuah beg berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan dan bertindak mendekati beg itu sebelum terdengar tangisan bayi.

'Beliau kemudiannya membuka beg itu dan menemui seorang bayi perempuan di dalamnya, lalu menghubungi polis,' katanya.

Beliau berkata, bayi berkenaan dipercayai baru dibuang di lokasi itu dan berdasarkan keadaan tali pusatnya, bayi itu dipercayai baru dilahirkan kira-kira tiga hari lalu.

'Bayi itu dibawa ke Hopital Kajang untuk pemeriksaan dan polis kini mengesan individu yang bertanggungjawab,' katanya sambil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. - BERNAMA"

Pemilik kedai makan terkejut cicak dalam sos

Kosmo! Online - Terkini: "
07/01/2011 11:17am

ALOR SETAR - Seorang pemilik kedai makan di Pekan Langgar dekat sini terkejut apabila menemui satu objek yang didakwanya bangkai seekor cicak dalam botol sos ketika ingin memasak Rabu lepas.

Nor Hashima Mohd. Noor, 29, berkata, bangkai cicak itu ditemui pekerjanya Nor Hayati Abu Hassan, 25, yang ingin menggunakan sos berkenaan untuk memasak mee bandung kepada pelanggan.

'Ketika pekerja saya menuang sos yang baru dibeli di kedai runcit berhampiran ke dalam mangkuk, dia (Nor Hayati) nampak satu benda putih berekor tetapi dia tidak menyangka objek putih itu adalah cicak.

'Apabila saya dan rakan melihatnya dengan lebih dekat, kami terkejut apabila mendapati ia adalah bangkai cicak,” katanya.

Nor Hashima kemudian cuba menghubungi nombor syarikat berkenaan yang tertera pada botol sos itu, tetapi gagal. - Bernama"

Dadah RM80,000: Kakitangan kerajaan P. Pinang, rakan ditahan

Kosmo! Online - Terkini: "
07/01/2011 2:59pm

GEORGETOWN - Polis menahan seorang kakitangan kerajaan negeri dan pembantu kedai serta merampas 5.9 kilogram dadah bernilai RM80,000 dalam satu operasi di Air Itam di sini Rabu lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata, kedua-dua lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan pada pukul 3 petang dalam sebuah kereta dan hasil pemeriksaan polis menemui sejumlah dadah dalam kereta itu.

'Hasil siasatan lanjut terhadap mereka, polis turut menemui sejumlah lagi dadah di sebuah rumah yang dipercayai dijadikan tempat sindiket berkenaan beroperasi.

'Dalam dua serbuan itu, kami merampas 1.6 kilogram dadah jenis heroin dan 4.3 kilogram dadah jenis ganja. Polis percaya kesemua dadah itu akan diedar di sekitar negeri ini,” katanya.

Ayub berkata, polis turut menyita sebuah kereta jenis Proton Waja milik seorang daripada mereka bernilai RM50,000 dan hasil siasatan awal mendapati sindiket pengedaran dadah itu bergerak aktif di negeri ini sejak beberapa tahun lepas. - Bernama"

Bekas pegawai kanan DiGi didakwa rasuah

Kosmo! Online - Terkini: "
07/01/2011 5:29pm

SHAH ALAM - Seorang bekas pegawai kanan pemerolehan DiGi Telecommunication Sdn. Bhd. dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 14 tuduhan memperoleh rasuah berjumlah RM425,000 daripada sebuah syarikat.

S. Stanley, 39, dari Bandar Kinrara, Puchong, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Tertuduh didakwa memperoleh bagi dirinya kesemua wang tunai itu melalui akaun Maybank daripada Syarikat Nakhoda Sistem Sdn. Bhd. sebagai dorongan untuk memilih syarikat berkenaan sebagai pembekal kabel dan peralatan telekomunikasi kepada DiGi Telecommunication.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Maybank cawangan Taman Kinrara, Puchong dekat sini, antara 13 Ogos 2007 dan 22 Oktober 2008. - Bernama"

Api lilin punca kebakaran setinggan Sg. Chinda

Kosmo! Online - Terkini: "
07/01/2011 8:28pm

GUA MUSANG, 7 Jan. — Penduduk mendakwa kebakaran dipercayai berpunca daripada lilin yang menyambar kelambu sebelum membakar rumah sehingga menyebabkan 250 setinggan kehilangan tempat tinggal di Jalan Sungai Chinda, di sini, awal pagi ini.

Seorang daripada mangsa, Ariffin Mamat, 50, memberitahu, sewaktu menyelamatkan diri, dia terlihat dinding rumah jirannya terbakar sebelum api itu menyambar ke rumahnya pula.

Menurut Arifin, jirannya itu menggunakan lilin kerana bekalan elektrik terputus di kawasan tersebut terputus sejak pukul 10 malam.

“Saya yang ketika itu dalam keadaan kelam kabut terpaksa melaung sekuat hati untuk mengejutkan jiran yang lain hingga ramai-ramai keluar dalam keadaan terpinga-pinga sebelum bergegas masuk semula menyelamatkan anak-anaknya,” katanya.

Kebakaran yang berlaku ketika kebanyakkan penduduk sedang nyenyak tidur itu memusnahkan sebanyak 50 buah rumah kayu setinggan Kereta Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Jalan Sungai Chinda hangus dan menyebabkan 250 penghuninya tinggal sehelai sepinggang. — Bernama"

Wanita parah akibat ditetak madu

Kosmo! Online - Terkini: "
07/01/2011 8:31pm

JITRA — Seorang suri rumah cedera parah di bahagian kepala, muka dan tangan akibat ditetak dengan parang oleh madunya di Kampung Baru, Sungai Korok dekat sini, hari ini.

Kejadian pada kira-kira 10 pagi itu dipercayai berpunca dari perasaan cemburu antara kedua-dua wanita tersebut yang tinggal sebumbung sejak dua minggu lepas.

Wanita berumur 54 tahun itu kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dan keadaannya dilaporkan stabil manakala madunya yang berumur 27 tahun dipercayai telah melarikan diri selepas kejadian itu.

Anak perempuan mangsa yang berumur 17 tahun turut cedera di kaki akibat terpijak parang yang digunakan dalam serangan itu dan kini dirawat di Hospital Jitra.

Mangsa mempunyai enam orang anak manakala madunya mempunyai seorang anak lelaki berumur lapan bulan. — Bernama"

Penduduk kampung gempar jumpa buaya sesat

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

07/01/2011 4:21pm

KUANTAN 7 Jan. - Penduduk Kampung Sungai Soi di sini gempar apabila menemui seekor buaya tembaga dipercayai sesat di kampung mereka hari ini.

Kejadian tersebut disedari seorang penduduk, Fauzita Othman, 28, yang menyangka reptilia berkenaan adalah longgokan sampah yang ditinggalkan di tepi lorong kecil berhampiran rumahnya. - Utusan"

Hilang di Dungun, ditemui mati di pantai Kuantan

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

07/01/2011 7:02pm

KUANTAN 7 Dis. - Misteri kehilangan Durrani Arfah Masrol, 3, yang dikhuatiri lemas ketika bermain air sebelum terjatuh ke longkang berhampiran rumahnya di Kampung Kubang Putat, Dungun Jumaat lalu, akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui di Pantai Cherok Paloh, di sini, petang semalam.

Mayat kanak-kanak tersebut ditemui seorang penduduk yang ketika itu sedang menahan pukat di pantai berkenaan kira-kira pukul 2.30 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Zulkifli Taha berkata, mayat Durrani Arfah ditemui terdampar di tepi pantai dalam keadaan terlentang dengan berseluar panjang hitam tanpa baju dan masih dalam keadaan sempurna. – Utusan"

Mangsa tikam, disimbah asid meninggal dunia

SH: "

JOHOR BAHRU - Nur Ain Ashikin Jemedi, 17 yang koma akibat ditikam 19 kali dan disimbah asid meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail pada 8.32 pagi ini

Jeznazah mangsa akan dikebumikan di tanah perkuburan Sungai Redan selepas bedah siasat."

Polis kesan waris lelaki ditemui mati dalam tandas

SH: "

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan waris seorang lelaki yang ditemui mati dalam tandas awam di Pasar Pudu dekat minggu lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Supritendan Nor Azman Muhammad Yusuf berkata, mayat Shaharuddin Abdullah, 41, ditemui terbaring oleh orang awam pada 28 Disember lalu.

Menurutnya, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut
tetapi warisnya gagal dikesan sehingga kini.

'Berdasarkan alamat terakhir yang tertera di kad pengenalannya, Shaharuddin menetap di No 573, Jarak Tengah, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

'Waris mangsa boleh menuntut mayat itu yang kini berada di Hospital KL. Maklumat lanjut boleh diperoleh daripada Sjn Zainuddin Md Nor di Balai Polis Tun H.S Lee di talian 03-20702222 atau 016-3863344,' katanya."

Kilang padi terbakar di Yan

SH: "

YAN - Sebuah kilang memproses padi di Sungai Limau dekat sini terbakar awal pagi tadi yang kerugiannya ditafsir kira-kira RM300,000.

Menurut seorang pengawal keselamatan di situ, pada mulanya dia ternampak percikan api kecil pada bahagian bumbung yang menempatkan mesin pengering padi semasa tengah malam, namun dia tidak mengendahkan perkara itu.

'Pada pukul 4 pagi pula, saya nampak api marak pada bahagian bumbung kilang dan saya terus menghubungi bomba di samping meminta pertolongan kawan saya.

'Saya tidak menyangka api kecil pada awalnya akan merebak menjadi besar dan merosakkan peralatan dan sebahagian daripada kawasan kilang,' katanya.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Guar Chempedak, Hasbullah Mohd Isa berkata, pihaknya menghantar dua jentera masing-masing sebuah dari balai Guar Chempedak dan Yan beserta 16 anggota bagi memadam kebakaran.

'Ketika sampai api sedang marak pada bahagian mesin pengering padi dan kami turut menghadapi kesukaran untuk mendapat bekalan air, namun api berjaya dipadamkan setengah jam kemudian,' katanya."

Ragut tujuh wanita di Perlis dua penganggur didakwa

SH: "

KANGAR - Dua penganggur yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengaku tidak bersalah meragut tujuh wanita di beberapa lokasi di Perlis pada Disember lepas.

Tajuddin Mat Desa, 40, dan seorang remaja berusia 18 tahun dari Beseri, didakwa melakukan ketujuh-tujuh kesalahan antara 1 Dis dan 24 Dis lepas, mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun serta sebatan.

Hakim Wan Norzanuar Wan Ahmad menetapkan 8 Feb ini untuk perbicaraan.

Beliau membenarkan Tajuddin diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan, manakala remaja berkenaan dikenakan jaminan RM3,500 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka meragut beg tangan dan beg duit mangsa yang mengandungi wang antara RM40 dan RM1,320, kad pengenalan, lesen memandu serta telefon bimbit.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam."

Waspada ada individu menyamar meter TNB

SH: "

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) meminta orang ramai supaya berhati-hati dengan pihak yang menyamar sebagai pemeriksa meter syarikat utiliti negara berkenaan, ekoran terdapat laporan kes samun yang dilakukan oleh pihak yang menyamar tersebut.

Menurut TNB, pemeriksa meter syarikatnya boleh dikenal pasti melalui pakaian yang dipakai mereka serta kad kuasa yang mereka miliki.

'Anggota kerja TNB yang menjalankan tugas di premis pengguna, diwajibkan memakai pakaian seragam syarikat berupa baju T berwarna merah yang mempunyai logo TNB beserta jaket biru dengan sulaman logo TNB berwarna merah dan mempunyai nama anggota kerja tersebut.

'Anggota kerja TNB yang perlu memeriksa meter hanya akan masuk ke halaman rumah dengan kebenaran penghuni setelah menunjukkan kad kuasa,' menurut TNB menerusi satu kenyataan.

Kad kuasa itu merupakan kad pengenalan diri pekerja TNB yang memaparkan gambar anggota kerja beserta nombor kad pengenalan dan nombor pekerja berkenaan.

Dalam kejadian terbaru semalam, dua lelaki yang menyamar sebagai pekerja TNB dilaporkan menyamun seorang wanita warga emas di Teluk Kemang.

TNB juga berkata pemeriksaan oleh anggotanya hanya dapat dibuat setakat meter di luar premis dan mereka tidak dibenarkan membuat sebarang pemeriksaan pendawaian di dalam rumah kerana ia di luar bidang kuasa petugas syarikat berkenaan."

Empat nelayan hilang, APMM henti operasi dan penyelamat

SH
KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur menghentikan operasi mencari dan menyelamat empat daripada lima nelayan yang hilang dalam kejadian bot pukat tunda tenggelam pada 30 Dis lepas.
Ketua Penguatkuasa Wilayah Maritim Timur Laksamana Pertama Maritim Nasir Adam berkata pihaknya menghentikan operasi itu petang semalam berikutan faktor cuaca buruk yang menyukarkan usaha mencari dan menyelamat.
Beliau berkata, sepanjang operasi dijalankan bermula hari kejadian, keadaan angin kencang sehingga 70 kilometer sejam manakala ketinggian ombak melepasi 3.5 hingga 5.5 meter.
Dalam kejadian pada pukul 9 pagi pada 30 Dis lepas, empat nelayan Thailand yang dikenali sebagai Wuttichai, 28, Anan, 20, Phoysek, 28, dan Sai, 28, dan seorang tekong tempatan, Tan Kiew Kun, 62, hilang apabila bot pukat tunda kelas C yang dinaiki mereka tenggelam di 15 batu nautika tenggara dari Tanjung Gelang di sini.
Mayat seorang daripada mereka yang identitinya belum dikenalpasti ditemui oleh nelayan selasa lepas pada jarak 32 batu nautika dari Kuantan manakala mayat seorang lagi mangsa ditemui di 23 batu nautika dari Kuantan tetapi sebelum kapal Tentera Laut Diraja Malaysia tiba di kawasan berkenaan, mayat itu tenggelam semula.
"Kedua-dua mayat yang ditemui didapati tidak memakai jaket keselamatan dan daripada penemuan ini kita beranggapan semasa kejadian, semua mangsa tidak memakai jaket keselamatan," kata Nasir.
Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat yang dihentikan pada pukul 4 petang semalam bagaimanapun akan disambung semula jika pihaknya mendapat petunjuk baru berkaitan kejadian.

Polis siasat penglibatan mangsa tikam di jalan Ipoh dalam kegiatan wang palsu

SH: "

KUALA LUMPUR - Polis sedang menyiasat sama ada lelaki yang menjadi mangsa tikam di sebuah rumah di Kampung Kasipillay, Jalan Ipoh Selasa lepas, terlibat dalam kegiatan wang palsu.

Menurut laman facebook, Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur hari ini, ia ekoran penemuan wang palsu RM100 (54 keping) dan RM50 (35 keping) pada mangsa yang cedera parah ditikam tiga kali di dada kerana gagal melunaskan bayaran sewa rumah.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, lelaki berumur 35 tahun tersebut ditikam pemilik rumah berusia 41 tahun selepas gagal melunaskan tunggakan sewa rumah selama sebulan.

Mangsa dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan dilaporkan masih tidak sedarkan diri lagi namun keadaannya adalah stabil.

Sehubungan dengan itu, polis mendapatkan perintah tahanan reman terhadap pemilik rumah berkenaan mulai hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Dalam laman facebook polis ada menyebut suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau membabitkan dadah, dan dia dipercayai dipengaruhi dadah semasa kejadian."

Geng samun tumpas

SH


JOHOR BAHRU - Pihak polis terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah sebuah kereta Nissan Sentra yang dinaiki tiga suspek dipercayai terlibat dalam kes samun, setelah memandu secara berbahaya dan enggan berhenti walaupun sudah diarahkan.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif berkata, tembakan itu mengenai bahagian hadapan kereta suspek yang memandu secara agresif dan mahu melanggar kenderaan polis untuk melarikan diri.

“Kira-kira jam 3.30 pagi pada 4 Januari lalu, dua anggota polis yang membuat rondaan di kawasan Jalan Sutera, Taman Pelangi terserempak dengan sebuah kereta yang mencurigakan.

“Setelah diarahkan berhenti, kereta tersebut terus memecut laju sehingga ke jalan mati. Pemandu itu kemudiannya cuba merempuh bahagian hadapan kenderaan MPV polis,” katanya di Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, semalam.

Ketiga-tiga suspek yang berumur di antara 28 hingga 41 tahun itu berjaya ditahan.

Katanya, hasil siasatan, polis menemui sebuah beg berisi parang panjang, pisau, gergaji besi, topeng muka, spanar, sarung tangan dan telefon bimbit di dalam kenderaan terbabit.

“Semakan lanjut juga mendapati kenderaan suspek dilaporkan disamun di Kangkar Pulai sebelum ini. Kesemua suspek dikehendaki ditahan reman kerana dipercayai terlibat tidak kurang tujuh kes samun di sekitar Johor Bahru,” katanya di Ibu Pejabat Polis Johor Bahru.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu mencuba membunuh orang dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan sebatan. Kes itu juga

Kes itu juga disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Senjata Berbahaya 1958 iaitu membawa senjata berbahaya di tempat-tempat awam dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun dan sebatan.

Sementara itu, dalam kejadian lain di tepi Jalan Segget pada 4 Januari lalu, sepasukan polis dari Bahagian Jenayah IPD Johor Bahru Selatan telah membuat pemeriksaan ke atas empat lelaki berusia antara 19 hingga 21 tahun kira-kira jam 10.30.

“Hasil pemeriksaan termasuk pada sebuah kereta yang diletakkan berhampiran, polis telah berjaya merampas sembilan telefon bimbit, dua rantai emas,tukul besi, kamera dan pemain DVD.

“Manakala kenderaan jenis Proton Wira yang digunakan suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu dan telah dilaporkan hilang di Kelana Jaya, Selangor,” katanya.

Menurut Mokhtar, polis juga telah ke sebuah bilik hotel yang disewa suspek di Taman Sentosa dan merampas lima telefon bimbit.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan. Kes disiasat mengikut Sek�syen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu berkawan menggunakan senjata dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan disebat,” katanya.

Bekalan minyak masak meruncing

SH


MANJUNG – Penduduk di sekitar daerah ini dikejutkan dengan krisis kekurangan minyak masak selepas tidak sampai satu minggu pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memaklumkan bekalan berkenaan diyakini mencukupi.

Seorang pembeli, Noraini Mahamad, 38, berkata, dia telah ke beberapa kedai sebelum akhirnya ke Pasaraya Giant Seri Manjung untuk mencari minyak masak.

Menurutnya, dia terkejut kebanyakan kedai runcit kehabisan bekalan minyak masak, manakala di Pasaraya Giant, pembelian terpaksa dihadkan kepada dua unit minyak masak seberat lima kilogram bagi seorang pembeli.

“Sementara itu, bekalan minyak masak dalam paket sudah kehabisan di kedai runcit termasuk di pasar raya ini.

“Keadaan ini secara tidak langsung menimbulkan kerunsingan bagi pengguna kerana minyak masak adalah satu keperluan harian,” katanya ketika ditemui, semalam.

Noraini berkata, dia meminta agar pihak berkenaan dapat mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah itu.

Sementara itu, pengguna, Idris Sulaiman, 44, berkata, dia terpaksa memandu dari Seri Iskandar hingga ke Manjung untuk mencari bekalan minyak masak.

Menurutnya, tindakan segera perlu dilakukan bagi memastikan bekalan minyak masak mencukupi terutamanya menjelang Tahun Baru Cina ini.

“Keadaan kini berada dalam tahap kritikal berikutan bukan hanya di Manjung, malah Seri Iskandar juga menghadapi masalah kehabisan bekalan minyak masak.

“Paling merunsingkan apabila memikirkan kehadiran Tahun Baru Cina tidak lama lagi, dengan keadaan kini, saya risau bekalan ini tidak cukup untuk menampung keperluan rakyat nanti,” katanya.

Sementara itu, jurucakap KPDNKK Cawangan Manjung ketika dihubungi menjelaskan bahawa masalah bekalan minyak masak di sekitar daerah ini termasuk Perak Tengah sebenarnya masih terkawal dan belum mencapai tahap kritikal.

Katanya, keadaan itu terjadi mungkin kerana berlaku kelewatan dalam pengedaran bekalan minyak masak dan turut mempunyai kaitan dengan cuti umum selama tiga hari bermula Jumaat lalu.

Tinjauan Sinar Harian di salah sebuah pasar raya sekitar Seri Manjung mendapati terdapat masalah kekurangan minyak masak sehingga pembelian terpaksa dihadkan kepada dua unit sahaja bagi minyak masak lima kilogram bagi setiap pembeli.

Perompak toreh perut

SH


KEPALA BATAS - “Selepas berasa sakit ditoreh menggunakan kapak kecil di bahagian perut, saya nekad untuk menjerit kerana takut perkara lebih teruk berlaku.

“Akhirnya tindakan menjerit itu membuatkan mereka ketakutan sebelum melarikan diri.”

Begitulah tindakan yang dibuat, R Maliga, 48, dari Kampung Air Melintas Kecil di sini, hingga berjaya menggagalkan rompakan yang berlaku dalam rumahnya pada jam 12.15 tengah hari semalam.

Tindakan beraninya itu juga membuatkan dua perompak terbabit gagal meloloskan diri sebelum keduanya teruk dibelasah selepas penduduk kampung.

Ibu kepada enam anak itu berkata, ketika kejadian hanya dia seorang di rumah dan sedang membasuh bilik air selepas selesai memasak.

“Saya terkejut apabila dua lelaki muncul di hadapan pintu bilik air sebelum salah seorang daripada mereka mengacukan kapak kecil ke bahagian muka saya, manakala rakannya yang datang dari arah belakang memaut leher dan cuba menyumbatkan kain ke mulut saya.

“Ketika cuba meronta akibat sesak nafas, suspek yang memegang kapak itu menoreh perut dan bimbang akan lebih teruk dicederakan saya menjerit sekuat hati,” katanya.

Menurutnya, jeritan itu didengar jirannya, Azlan Din, 43, yang ketika itu sedang bersiap untuk ke pekan Tasek Gelugor yang kemudiannya turut sama menjerit selepas melihat dua lelaki terbabit keluar dari rumahnya dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, jeritan Azlan itu menyebabkan dua perompak itu yang pada awalnya cuba melarikan diri ke arah jalan besar berpatah balik dan melarikan diri ke hutan di belakang rumahnya.

Azlan yang disertai penduduk kampung seramai lima orang yang menyedari kejadian itu kemudiannya mengejar dua suspek terbabit sejauh 200 meter sebelum berjaya memberkas mereka sejurus selepas itu.

Kedua suspek itu kemudian teruk dibelasah penduduk kampung sebelum diserahkan kepada pihak polis yang tiba ke tempat kejadian selepas dimaklumkan kejadian itu.

Suami mangsa, S Balakrisnan, 52, berkata, dia bergegas pulang dari tempat kerja di pekan Tasek Gelugor selepas dimaklumkan kejadian itu dan berharap isterinya selamat.

“Mujur dia menjerit, jika tidak mungkin berlaku perkara yang tidak diingini.

“Mungkin pintu rumah tidak berkunci menyebabkan dua perompak terbabit mudah memasuki rumah,” katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Tasek Gelugor selepas itu.

Lauk kenduri basi

SH: "

AYER KEROH - Sebuah syarikat katering, Razak Catering & Event Servis semalam, diarahkan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Melaka membayar ganti rugi RM9,550.

Ia berikutan syarikat berkenaan mengingkari kontrak penyediaan makanan dan menyediakan makanan basi ke atas seorang pelanggan di sebuah majlis perkahwinan, yang berlangsung pada 4 Disember lalu.

Pelanggan, Kamaruddin Husin, 51, ketika ditemui berkata, dia kesal kerana pada hari perkahwinan anak sulungnya, ia dicemari dengan insiden dua makanan disediakan basi, tidak cukup dan beberapa makanan dijanjikan tiada.

“Malah, saya terpaksa mengeluarkan belanja tambahan hampir RM1,000 untuk menampung makanan tidak cukup dan mengupah tukang masak bagi tujuan berkenaan.

“Hanya tiga hidangan disediakan, berbanding lima dalam kontrak bernilai RM13,600 dan dua daripadanya basi sebaik sahaja dihantar ke rumah saya,” katanya.

Menurutnya, dia terpaksa membeli lauk di restoran luar untuk menampung lauk yang habis pada jam 12 tengah hari dan lauk makan beradab pula langsung tidak menepati masakan hotel seperti dijanjikan.

Kamaruddin yang juga Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pinang, Tanjung Keling berkata, nasi putih yang dijanjikan juga tidak disediakan."

Bumbung terbang

SH: "

SUBANG – Hujan lebat disertai angin kencang yang berlaku petang Selasa lalu di sekitar Subang menyebabkan puluhan rumah dinaiki air dan beberapa siri kejadian pokok tumbang.

Manakala dua buah rumah di Taman Setia Warisan dan tiga buah rumah di Kampung Melayu Subang rosak berikutan bumbung diterbangkan angin dan dihempap pokok tumbang.

Tinjauan Sinar Harian menemui mangsa rata-ratanya masih terkejut dengan kejadian itu.

Penduduk Jalan Merbau Kampung Melayu Subang, Johari Melan 59, berkata dia bersyukur kerana pokok rambutan berusia 50 tahun yang menghempap bumbung rumahnya tidak mencederakan sesiapa.

“Saya dengar bunyi dentuman yang kuat diikuti ranting kayu jatuh di dalam rumah bila periksa rupa-rupanya pokok rambutan tumbang,”katanya

Menurutnya kejadian itu pertama kali berlaku dan ketika kejadian hanya dia, isteri dan cucunya berusia tiga tahun berada di dalam rumah.

Seorang lagi mangsa Suratin Salleh 59, berkata pokok durian berhampiran rumahnya tumbang merosakkan bumbung rumahnya.

“Saya dan isteri sedang mengemas gerai di sebelah rumah, angin kencang diikuti hujan memang tidak nampak apa-apa, sedar-sedar pokok depan rumah tumbang,”katanya."

Tidak hormat tempat ibadat

SH: "

KUALA TERENGGANU - Taktik seorang pengedar dadah yang menjadikan kawasan surau berhampiran untuk ‘menyembunyikan’ kenderaan bagi menjalankan kegiatan haram itu terbongkar apabila dia berjaya diberkas malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid berkata, lelaki berusia 36 tahun itu ditahan dalam satu serbuan pada jam 9.45 malam di rumahnya di Kampung Losong Haji Awang, di sini.

“Ketika sampai di lokasi, suspek berada di luar kawasan rumah. Sejurus menyedari kehadiran kami, dia cuba melarikan diri dan ketika itu, berlaku pergelutan, walau bagaimanapun, dia berjaya ditangkap.

“Selepas itu, suspek telah membawa kami ke sebuah kereta jenis Proton Perdana yang diletakkan di kawasan surau, iaitu jaraknya hanya 50 meter dari rumah tersebut,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media, semalam."

Terlepas hukuman gantung

SH


KOTA BHARU – Tiga sahabat dari Pasir Mas yang dituduh mengedar dadah tiga tahun lalu terlepas daripada hukuman gantung dan dikenakan empat tahun penjara serta empat sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Syed Azman Syed Idrus, 30, Raja Andik Suwardy Raja Mudin, 23 dan Mohd Shukri Zulkifli, 26 dituduh di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kemudiannya diturunkan kepada pertuduhan pilihan Seksyen 12(2) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (1) akta yang sama.

Dalam pertuduhan pilihan terbabit, mereka didakwa mencapai niat bersama memiliki dadah jenis metamphetamine seberat 25.96 gram di Shell Kampung Belimbing, Tanah Merah, jam 12.20 pagi, 25 Jun 2007.

Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan terbabit seletah berpuas hati dengan keterangan pihak pembelaan, Hasif Hasan yang berjaya membuktikan kes prima facie secara minimum terhadap kesemua tertuduh.

“Kamu bernasib baik kerana saksi utama kes sudah meninggal dunia dalam keadaan tragis dan saya bersetuju dengan pihak pembelaan bahawa ini ada peluang kedua yang diberikan Tuhan kepada kamu,” katanya.

Mereka ditahan bersama 1588 biji pil metamphetamine itu selepas penyamaran dua anggota polis yang membuat perundingan penjualan dan pembelian dadah berkenaan dengan Syed Azman.

Setelah persetujuan dibuat, Raja Andik dan Mohd Shukri sebagai pemandu sebuah Proton Wira datang membawa barangan yang dijanjikan dan apabila dadah terbabit diserah kepada pembeli, mereka terus ditangkap.

Mohd Shukri bagaimanapun melarikan diri dengan melanggar kereta polis dan anggota yang melakukan serbuan, dia kemudiannya ditangkap di tangga rumahnya di Tok Uban, Pasir Mas.

Mahkamah menetapkan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkapan 25 Jun tiga tahun lalu.

Penemuan tengkorak dan lengan, polis ambil keterangan 13 saksi

SH
KAJANG -Berhubung penemuan beberapa anggota badan termasuk tengkorak dan lengan
dipercayai milik seorang pengusaha baik pulih pendingin hawa, Liew Kuan Mang,29, dalam kolam kumbahan di Taman Pasir Mas, Sungai Chua dekat sini pada 31 Disember lalu, polis mengambil keterangan daripada 13 saksi untuk disiasat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superitendan Azman Ayob berkata, 13 saksi termasuk tiga lelaki yang turut bersama mangsa yang terbabit dalam pergaduhan dengan seorang 'bouncer' kelab malam sebelum beliau dilaporkan hilang.

"Bedah siasat sudah dibuat, namun tidak dapat pastikan punca kematian mahupun identiti mayat kerana keadaannya yang sudah reput. Sehingga kini 90 peratus anggota badan sudah ditemui dalam kolam kumbahan itu.

"Kita masih menunggu keputusan asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti identiti mayat yang
ditemui dalam kolam kumbahan itu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dekat sini hari ini.

Kehilangan Kuan Mang dilaporkan oleh bapanya Liew Tin Soon, 66, kepada Pengerusi Biro Aduan Awam MCA Datuk Michael Chong pada bulan November lepas.

Turut ditemui dekat kolam itu ialah telefon bimbit, dompet berisi wang dan kad pengenalan milik Kuan Mang.

Azman berkata, kes yang sebelum ini disiasat di bawah kematian mengejut itu, kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh.

Terdahulu, Azman menerima tugas bagi memangku jawatan Ketua Polis Dearah Kajang daripada ACP Sakarudin Che Mood yang bersara wajib mulai hari ini.

Sementara itu, Sakaruddin berkata kejayaan mengurangkan kadar jenayah sepanjang dua tahun berkhidmat di Kajang adalah disebabkan kerjasama dari pihak media dan masyarakat.

Menurutnya, pada 2010, jumlah kes yang disiasat hanya 5,345 kes, di mana lebih dari separuh dapat diselesaikan, manakala pada 2009 pula daripada 6,004 kes yang disiasat, tidak sampai separuh dapat diselesaikan.

"Indeks di kawasan 'hotspot' untuk jenayah jalanan juga menunjukkan penurunan iaitu sebanyak 432 kes pada tahun lepas berbanding 619 kes pada 2009.

" Bagi kes samun tanpa senjata berkumpulan pula, 647 kes dicatatkan pada tahun lepas berbanding 893 kes tahun sebelumnya, dan menurutnya kes curi motosikal juga menunjukkan penurunan iaitu 1,923 kes pada 2010 berbanding 2,140 pada tahun sebelumnya.

"Manakala bagi kes ragut pula hanya 21 kes dicatatkan pada tahun lepas berbanding 85 pada tahun 2009," katanya.

Hukuman diringankan

Berita Harian Online | Hukuman diringankan: "Hukuman diringankan


2011/01/07

KUCHING: Mahkamah Tinggi Kuching semalam membenarkan rayuan seorang datuk yang dijatuhi hukuman penjara 62 tahun, Julai lalu, selepas didapati bersalah merogol cucunya sebanyak tujuh kali, kepada penjara 42 tahun, bagi memberi peluang kepada warga tua itu bertaubat.

Tertuduh yang berusia 60 tahun dalam rayuannya meminta hukuman diringankan berikutan faktor usianya, masalah kesihatan yang dihadapinya serta mahu mengambil peluang bertaubat atas kesalahan yang dilakukannya.
Selepas mempertimbangkan rayuan yang dikemukakan tertuduh, Hakim Rhodzariah Bujang, memutuskan hukuman ke atasnya dikurangkan sebanyak 20 tahun kepada 42 tahun bermula dari tarikh dia ditahan.
Tertuduh tidak diwakili peguam sepanjang perbicaraan berlangsung dengan pendakwaan dilakukan Penolong Pendakwa Raya Stella Augustine Deruce.

Dia didakwa merogol cucunya yang ketika kejadian pertama berusia lapan tahun di sebuah pondok di kawasan kebun di Jalan Kuching-Serian antara Januari hingga Disember 2004 dan mengulanginya pada 2005, 2006, 2007, 2008 dan 2009.

Kali terakhir tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama ialah pada 28 Jun tahun lalu dengan laporan perubatan cucunya itu mengesahkan mangsa mengandung 28 minggu selain ada kesan koyak di kemaluannya."

Syarikat katering diarah bayar RM9,505




2011/01/07

AYER KEROH: Sebuah syarikat katering di sini, diarah membayar ganti rugi RM9,505 selepas gagal menyediakan makanan serta keperluan seperti dijanjikan untuk majlis kenduri kahwin anak perempuan sulung seorang pelanggannya tahun lalu. 

Syarikat Razak Catering & Events Servis (Razak Catering) milik Abdul Razak Ab Rahman diarah membayar jumlah berkenaan kepada Kamaruddin Husin, 54, membabitkan wang pendahuluan perkhidmatan katering dan nilai perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan bagi menampung kekurangan.
Presiden Tribunal Tuntutan Pengguna Melaka (TTPM), Mohd Nasrim Mohd Salleh yang mendengar tuntutan itu, berkata syarikat terbabit sepatutnya lebih bertanggungjawab menyediakan semua keperluan yang sudah dipersetujui dengan pelanggan sebelum majlis diadakan.
“Dua hidangan iaitu dalca dan pajeri nanas yang ditempah untuk majlis berkenaan basi sebelum majlis bermula, selain syarikat juga gagal menyediakan jumlah makanan dan peralatan kenduri mencukupi serta hiasan majlis mengikut pakej dipersetujui. 

“Justeru, penentang diarah membayar ganti rugi dalam tempoh 14 hari bermula hari ini (semalam). 

“Jika tidak dipenuhi dalam tempoh itu, syarikat boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya di Mahkamah TTPM di sini, semalam.

Jamu selera selepas tanam janin


Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah

2011/01/07

POLIS memeriksa  janin yang  tertanam di  tanah lapang berhampiran Pusat Komersial Salut, Sepanggar,  semalam.
POLIS memeriksa janin yang tertanam di tanah lapang berhampiran Pusat Komersial Salut, Sepanggar, semalam.
2 pekerja saksi pasangan gali, timbus lubang

SEPANGGAR: Sepasang kekasih tanpa rasa bersalah menjamu selera di Pusat Komersial Salut di sini, selepas menanam janin baru digugurkan di satu kawasan lapang berhampiran pusat itu, jam 8.30 malam kelmarin. 

Ini kes kedua pembuangan janin dilaporkan di kawasan sama selepas kejadian pertama, Selasa lalu.
Perbuatan pasangan terbabit menanam janin bagaimanapun disaksikan dua pekerja kilang, Noor Mohamad Mat, 23 dan Pance Fransisu, 22, kebetulan minum di sebuah kedai makan berhampiran.
Noor Mohamad berkata, mereka terlihat wanita bertudung itu duduk mencangkung, manakala pasangannya menggali tanah sebelum memasukkan sesuatu lalu menimbusnya. 
“Selepas itu, lelaki terbabit berjalan ke arah sebuah Proton Iswara untuk mengambil sebotol air. Dia kemudian menyiram lubang ditimbus itu, diikuti wanita terbabit. 

“Selepas itu mereka masuk ke restoran bersebelahan sebelum beredar kira-kira 20 minit kemudian. 

“Saya dan rakan tidak sedap hati lalu mengorek lubang itu selepas pasangan berkenaan beredar. 
“Selepas dikorek, kami temui kotak berisi bungkusan kain putih dan sebaik dibuka kami terkejut melihat janin yang masih berdarah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam. 

Noor Mohamad berkata, pada mula mereka menyangka pasangan itu menanam bangkai haiwan tetapi curiga apabila melihat pasangan terbabit menyiram tanah yang baru ditimbus, seolah-olah menyiram air mawar di pusara. 

Terkejut dengan penemuan itu, katanya, mereka menghubungi Balai Polis Menggatal untuk melaporkan kejadian. 

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria yang dihubungi berkata, sepasukan anggota dihantar ke tempat kejadian sejurus mendapat maklumat. 

Beliau berkata, pihaknya kini melancarkan gerakan mengesan kenderaan pasangan terbabit, manakala janin dipercayai berusia lima bulan itu dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di talian 088-242111. 

Pemandu cedera treler rempuh bangunan lama


Berita Harian Online | Pemandu cedera treler rempuh bangunan lama: "
KEADAAN treler yang remuk teruk selepas terbabas dan merempuh tiga kedai di Jalan Kuala Kangsar, Chemor, hari ini. Dalam kejadian itu, pemandu treler, Mat Lazim Osman, 51, yang berasal dari Kampung Tunku Husin, Manjoi mengalami cedera ringan dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. - Foto Ikhwan Munir



2011/01/07

IPOH: Seorang lelaki cedera selepas treler dipandunya merempuh bangunan lama menempatkan deretan kedai dan ditimpa konkrit simen bangunan itu dalam kejadian di Jalan Kuala Kangsar-Ipoh, pekan Chemor, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 8.15 pagi itu, pemandu treler, Mat Lazim Osman, 51, dari Kampung Tunku Husin, Manjoi, cedera di kepala dan beberapa anggota badan dan dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Mohd Rodzi Rejab, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila treler bermuatan batu bata yang dipandu dari Kanthan ke Ipoh hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan.
Katanya, sebuah kereta jenis Proton Gen-2 yang diletakkan di tepi kedai berkenaan turut rosak akibat dihempap runtuhan kedai bagaimanapun tiada pemandu dalam kenderaan.

Beliau berkata, antara kedai yang terbabit ialah kedai menjual alat memancing, kedai gunting rambut dan sebuah kedai kosong, bagaimanapun pemilik kedai tidak berada di premis berkenaan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987."

Israel rancang musnahkan ekonomi Gaza

BAITULMAQDIS: Sekatan Israel terhadap Semenanjung Gaza bertujuan untuk memusnahkan ekonomi wilayah Palestin itu, menurut kabel diplomatik yang didedahkan Wikileaks, semalam.
Ia menunjukkan rejim Zionis sedar dasar berkenaan memberi kesan buruk terhadap penduduk awam Gaza.

Pemimpin Israel sejak dulu lagi berkata, sekatan itu bertujuan melemahkan kumpulan Hamas yang menguasai wilayah itu.

Dokumen baru yang didedahkan itu, disiarkan oleh akhbar Norway, Aftenposten, menunjukkan Israel berharap untuk mencapai matlamat itu dengan mensasarkan 1.5 juta penduduk Gaza.

Menurut kabel mesej bertarikh 3 Mac 2008 yang ditulis oleh pegawai Amerika, pegawai Israel memberitahu diplomat Amerika Syarikat berulang kali bahawa mereka merancang untuk meletakkan ekonomi Gaza di ambang kemusnahan.

Jurucakap Israel, Mark Regev enggan mengulas.


Israel mengenakan sekatan itu selepas kumpulan Hamas menguasai Gaza pada Jun 2007.

Dasar rasmi kumpulan itu ialah ia tidak akan membenarkan krisis kemanusiaan berlaku di Gaza.

Sekatan itu bagaimanapun gagal menumbangkan Hamas meskipun ia menyebabkan ekonomi Gaza terhenti.

Puluhan ribu pekerjaan lenyap, sebahagian besar eksport terhenti dan selama tiga tahun Israel mengawasi dengan ketat barangan pengguna yang dibawa masuk ke Gaza.

Di Gaza, jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum menyifatkan pendedahan Wikleaks itu sebagai satu lagi bukti jenayah yang dilakukan oleh Israel terhadap penduduk Palestin.- Reuters

Tinggal nota bunuh diri di Facebook

LOKASI TRAGEDI...anggota keselamatan berkawal di luar Sekolah Tinggi Millard South di Omaha selepas Butler (gambar kecil) mengamuk, kelmarin.
LOKASI TRAGEDI...anggota keselamatan berkawal di luar Sekolah Tinggi Millard South di Omaha selepas Butler (gambar kecil) mengamuk, kelmarin.


OMAHA: Seorang pelajar Sekolah Tinggi Millard South di Omaha, Nebraska, kelmarin, sempat meninggalkan nota terakhir di Facebook sejurus sebelum menembak dua pegawai kanan sekolah itu.
Pelajar terbabit, Robert Butler Jr, 17, kemudian membunuh diri dan mayatnya ditemui dalam sebuah kereta hampir dua kilometer dari tempat kejadian.

Ketua Polis Omaha, Alex Hayes, berkata remaja itu adalah anak kepada anggota polis tempatan.

Katanya, Butler menembak pengetua sekolah tinggi itu, Curtis Case, dan penolongnya, Vicki Kaspar.

Kaspar yang mengalami kecederaan parah akibat terkena beberapa das tembakan kemudian disahkan mati tidak lama kemudian, manakala Case masih dirawat kerana parah.

Menurut sumber, dalam catatan terakhirnya di Facebook, Butler berkata, sekolah berkenaan banyak mengubah dirinya menjadi seseorang yang berbeza daripada biasa.


Disulami dengan kata-kata mencarut, Butler membayangkan dia bosan dengan sekolah berkenaan.

“Saya harap anda semua mengenang saya seperti sebelum ini dan saya meminta maaf kepada keluarga yang terjejas. Selamat tinggal,” katanya.

Menurut sumber, serangan Butler itu mungkin berpunca daripada tindakan sekolah tinggi itu menggantungnya sehari sebelum itu kerana memandu kereta di padang bola.

Saksi, Laura Olson, berkata dia baru saja mula makan tengah hari di kantin apabila kakitangan sekolah berkenaan tiba-tiba datang dan menjerit menyuruh semua orang masuk ke dapur.

Kata Laura, 16, melihat keadaan kakitangan itu yang panik, dia segera sedar ada sesuatu yang tidak kena berlaku.

“Pastilah ia bukan latihan kecemasan,” katanya.

Sekolah tinggi itu terletak di bahagian barat Omaha dan menempatkan kira-kira 2,100 pelajar. - Agensi

Janda dihumban dari tingkat 10

myMetro | Janda dihumban dari tingkat 10
SIASAT...anggota polis melakukan siasatan di tempat kejadian, semalam.
SIASAT...anggota polis melakukan siasatan di tempat kejadian, semalam.

AMPANG: Seorang janda maut disyaki dihumban dari tingkat 10 Kondominium Bukit Pandan, Pandan Perdana, di sini, selepas bertengkar dengan kekasihnya, awal pagi semalam.
Wanita berusia 28 tahun itu mati di tempat kejadian akibat parah pada seluruh badan. Mayatnya ditemui dalam keadaan terbaring di tempat letak kereta kondominium berkenaan, jam 3.10 pagi.

Mayat mangsa ditemui seorang pengawal keselamatan sebelum melaporkan kepada polis.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa bekerja sebagai kerani dan tinggal di Setapak Jaya, Sentul.



 Difahamkan, mangsa, Lai Puai Sern, 28, yang bercerai tiga tahun lalu mempunyai dua anak perempuan berusia enam dan lapan tahun. Bagaimanapun, kedua-dua anak mangsa kini dijaga bekas suami.

Seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, Lai menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun selepas bercerai.

Dia yang ditemui di luar perkarangan Bilik Mayat Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPHUKM) berkata, mangsa pergi ke kondominium berkenaan untuk bertemu kekasihnya itu, awal pagi semalam.

“Mangsa yang ditemani seorang rakan naik ke tingkat atas kondominium itu bersendirian, manakala rakannya hanya menunggu di dalam kereta. Bagaimanapun, tidak lama kemudian mangsa ditemui jatuh berlumuran darah,” katanya.

Menurutnya, mangsa sebelum ini pernah mengadu menghadapi masalah dengan kekasihnya berikutan hubungan cinta itu dihalang keluarga teman lelakinya.

“Malah, mangsa sebelum ini turut memadamkan semua SMS dihantar kekasihnya berikutan kecewa dengan apa yang berlaku. Bagaimanapun, kami terkejut kerana mangsa ditemui mati dalam keadaan tragis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang dihubungi mengesahkan penemuan mayat wanita itu yang ditemui terjatuh dari kondominium berkenaan.

Menurutnya, polis tidak menolak andaian mangsa dicampak dari kondominium itu berpunca daripada pertengkaran dengan individu yang dikenali.

“Berdasarkan siasatan, ada penduduk mendakwa mendengar bunyi pertengkaran dari tingkat atas kondominium berkenaan. Polis sudah mengenal pasti identiti lelaki yang mempunyai hubungan dengan mangsa dan tindakan lanjut akan diambil,” katanya.

Ditanya sama ada kematian mangsa berunsurkan kes pembunuhan, beliau bagaimanapun enggan mendedahkan perkara itu sehingga siasatan lengkap dilakukan.

Edar dadah dekat surau

myMetro | Edar dadah dekat surau
KUALA TERENGGANU: Perwatakan alim seorang lelaki sering dilihat di sebuah surau di Kampung Losong Haji Awang, di sini, terbongkar apabila dia sebenarnya menjadikannya sebagai lokasi mengedar dadah disimpan dalam kereta di parkir di kawasan berdekatan.
Taktik licik lelaki berusia 36 tahun dari Bachok, Kelantan itu berakhir apabila ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira jam 9.45 malam Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid berkata, ketika serbuan, suspek cuba melarikan diri dengan melawan anggota polis hingga berlaku pergelutan.

“Sebaik ditahan, suspek membawa polis ke Proton Perdana diletak berhampiran surau kira-kira 50 meter dari rumahnya sebelum menemui 67 botol dadah jenis heroin seberat 311.6 gram bernilai RM100,500.

RAMPAS...Roslan (tengah) menunjukkan heroin dan pil kuda yang dirampas dalam serbuan, Selasa lalu.
RAMPAS...Roslan (tengah) menunjukkan heroin dan pil kuda yang dirampas dalam serbuan, Selasa lalu.

“Polis turut merampas wang tunai RM3,165 disyaki hasil kegiatan penjualan dadah. Suspek kini direman seminggu hingga 11 Januari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati mandatori,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.


Beliau berkata, suspek dipercayai pengedar dan penagih yang aktif mengedar bahan terlarang itu sejak 10 tahun lalu dan mempunyai enam rekod kesalahan lampau berkaitan dadah serta pernah dihukum mahkamah.

Katanya, suspek pernah dihukum dan ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak mengikut Seksyen 12(2), Seksyen 6, Seksyen 7(1), Seksyen 12(2) dan Langkah-Langkah Pencegahan Khas 11(A)(1) ADB 1952 dan Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan.

“Susulan penahanan suspek, polis menyerbu sebuah rumah lain berhampiran dan berlaku pergelutan sebelum pihak polis menahan lima lelaki dan seorang wanita dalam premis berkenaan berusia antara 20 hingga 36 tahun.

“Ujian saringan awal air kencing terhadap semua suspek mendapati kelima-lima lelaki yang tidak bekerja itu positif dadah jenis methamphetamine dan opiate.

“Tiga suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan kes dadah dan masih lagi dalam pengawasan,” katanya.

Menurutnya, polis turut merampas 800 pil kuda bernilai RM24,000 manakala semua suspek direman seminggu hingga 11 Januari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39A(2) ADB 1952.

“Polis percaya dengan tertangkapnya lelaki berkenaan yang dipercayai perancang utama, dapat menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang aktif sekitar daerah ini,” katanya.

Bayi dalam beg galas meninggal

myMetro | Bayi dalam beg galas meninggal: "


KUALA LUMPUR: Bayi lelaki berusia enam hari yang ditemui ditinggalkan dalam sebuah beg galas di Jalan Persiaran Titiwangsa, berhampiran Istana Budaya, di sini Selasa lalu, meninggal dunia di Unit Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 3 pagi, semalam.

Mangsa meninggal dunia akibat masalah pernafasan dan lahir tidak cukup bulan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad berkata, bayi malang berkenaan ditempatkan di Unit Pediatrik HKL sejak ditemui empat hari lalu.

Katanya, bayi berkenaan ketika ditemui masih hidup, namun keadaannya lemah selepas dipercayai sejam diletakkan dalam beg galas yang ditutup.


“Polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat bagi memastikan punca sebenar kematian bayi berkenaan,” katanya."

Pendakwa raya minta Ariel dihukum 5 tahun penjara

Kosmo! Online - Dunia

GAMBAR fail menunjukkan Ariel di dalam sebuah mahkamah di Bandung pada 13 Disember lalu.





BANDUNG - Pihak pendakwa raya Indonesia menuntut di sebuah mahkamah di sini supaya bekas vokalis kumpulan Peterpan, Nazriel Irham alias Ariel dipenjara lima tahun dan didenda 250 juta rupiah (RM85,461) kerana dia melanggar undang-undang pornografi dengan mengedar dan menyalin dua klip video lucah, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang pendakwa Raya, Rusmanto membaca tuntutan itu dalam mahkamah dengan menyatakan, tertuduh terbukti melanggar Undang-undang No.44 Tahun 2008 Tentang Pornografi dan Pasal 282 KUH Pidana.
Beliau turut meminta supaya Ariel Peterpan ditahan sepanjang perbicaraan kesnya.
Ariel didakwa menyalin dan menyebar dua klip video seks.
Satu klip video itu menampilkan seorang lelaki mirip Ariel melakukan hubungan seks dengan kekasihnya yang juga aktres Luna Maya.
Klip video kedua menampilkan lelaki mirip Ariel dengan seorang lagi selebriti tempatan, Cut Tari.
Cut Tari pernah mengaku bahawa dia adalah wanita yang disiarkan dalam video tersebut.
"Sebagai artis yang menjadi tumpuan ramai, dia (Ariel) gagal menjadi teladan yang baik kepada masyarakat dan dia tidak mengakui perbuatannya. Video porno ini juga tersebar di dunia maya (Internet) sehingga memudahkan masyarakat untuk mengaksesnya," ujar Rusmanto.
Ariel, 29, menyerah diri kepada polis pada 22 Jun lalu selepas dua klip video seks itu tersebar di Internet.
Hukuman ke atasnya akan diputuskan hakim dalam tempoh dua minggu lagi. - Agensi

Buruh baru bekerja mati ditikam

Kosmo! Online - Negara


ALOR GAJAH - Baru enam hari bekerja di sini, seorang pekerja syarikat pembinaan menemui ajal setelah ditikam tiga lelaki yang tidak dikenali di sebuah restoran di Taman Perindustrian Kelemak di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, mangsa, V. Parassu, 38, maut selepas mengalami cedera parah akibat ditikam bertubi-tubi di pipi kanan oleh tiga lelaki tidak dikenali ketika sedang makan tengah hari di restoran tersebut.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, kejadian bermula apabila salah seorang suspek tiba-tiba meluru ke arah mangsa lalu terus menikam pipi kanannya dengan menggunakan sebilah pisau.
"Selepas ditikam, mangsa cuba menyelamatkan diri untuk meminta bantuan dengan berlari ke sebuah kedai gunting rambut kira-kira 200 meter dari restoran tersebut.
"Bagaimanapun belum sempat mangsa diselamatkan, dia rebah lalu meninggal dunia akibat kecederaan parah," katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Bicara kes hartanah Khir Toyo Jun

Kosmo! Online - Negara

RUMAH Mohamad Khir di Seksyen 7 di Shah Alam yang turut mencetuskan kontroversi.





SHAH ALAM - Kontroversi kes bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang didakwa memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah yang bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta daripada sebuah syarikat akan dibicara di Mahkamah Tinggi di sini pada Jun ini.
Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki semalam menetapkan perbicaraan kes itu selama tiga minggu bermula 6 hingga 24 Jun ini.
Beliau juga menetapkan supaya Mohamad Khir, 45, dibicarakan bersama dengan Pengarah Ditamas Sdn. Bhd., Datuk Shamsuddin Hayroni, 52, yang didakwa bersubahat atas tuduhan itu.
Mohtarudin turut melanjutkan ikat jamin berjumlah RM750,000 yang ditetapkan ke atas Mohamad Khir dan Shamsuddin oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 6 Disember lalu.