Search This Blog

Wednesday, January 5, 2011

Dugaan tahun baru

SH: "


Dugaan tahun baru

,,,,;ZAMRUD LAILI MOHD MUSTAP



NIBONG TEBAL - Penduduk sekitar kawasan Seberang Perai Selatan diuji dengan kejadian banjir berikutan hujan lebat selama dua jam yang melanda beberapa kampung dekat sini, semalam.

Lebih memilukan, semalam juga adalah hari pertama sesi persekolahan bagi 2011 dan pelajar sekitar kawasan ini terpaksa mengharungi banjir untuk meneruskan sesi pengajian mereka setelah bercuti lebih sebulan.

Dalam pada itu, seorang warga emas yang juga orang kurang upaya (OKU) terpaksa dipindahkan ke tempat yang lebih selamat bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Kawasan yang terlibat mengalami bencana berkenaan ialah Kampung Sungai Kecil, Kampung Sungai Buaya, Kampung Besar, Jalan Tasek, Sungai Jawi dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Seberang Perai Selatan."

Pembonceng maut

SH: "

SUNGAI UDANG - Malang bagi seorang remaja di sini apabila bukan saja terjatuh daripada motosikal yang diboncengnya, malah dia dilanggar dengan motosikal lain yang datang dari arah bertentangan.

Kemalangan berlaku kira-kira 9 malam kelmarin di Jalan Tangga Batu - Sungai Udang menyebabkan mangsa, Mohd Amirul Shamsuddin, 17, maut di tempat kejadian.

Sebelum kejadian, mangsa membonceng motosikal yang ditunggang irakannya, Mohd Zul Fahmi Balia, 16, sebelum motosikal berkenaan dikatakan berlanggar dengan sebuah lagi motosikal yang keluar dari Lorong Haji Nordin, di sini.

Akibat pelanggaran itu, mangsa dikatakan terjatuh ke atas jalan raya.

Kebetulan, sebuah lagi motosikal datang dari arah bertentangan merempuh mangsa yang terbaring di atas jalan raya menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaah parah di kepala dan badan.

Pegawai Turus Trafik Daerah Melaka Tengah, Asisten Superintendan Poonam E Kling ketika dihubungi mengesahkan kejadian."

Jaga anak baik-baik, abang mahu bunuh diri”

SH
Dungun - “Jaga anak baik-baik, abang mahu bunuh diri,” itulah kata-kata terakhir yang sempat dilafazkan Mohd Badrul (bukan nama sebenar) kepada isterinya, Alimah (bukan nama sebenar) sebelum dia ditemui mati dalam keadaan tergantung di bilik tidurnya di Rumah Murah Nibong, dekat sini petang semalam.

Alimah yang kelihatan masih trauma selepas berhadapan detik ngeri itu ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Dungun berkata, sebelum suaminya itu menggantung diri, berlaku sedikit pertengkaran mulut antara mereka berdua menyebabkan Supian mengarahkannya agar pulang ke rumah orang tuanya di Batu Rakit, Kuala Terengganu.

Alimah berkata, berikutan pertengkaran itu, suaminya turut menghalaunya keluar dari bilik tidurnya lalu dia bersama bayi lelakinya, Mohd Azhar beredar dari bilik tidur terbabit sebelum Mohd Badrul mengunci semua pintu bilik.

Alimah berkata, untuk mengelakkan daripada berlaku pergaduhan lebih besar, dia bersama anaknya yang baru berusia 11 bulan nekad untuk pulang ke rumah orang tuanya.

“Beberapa minit kemudian, dia memanggil saya semula, ketika menghampiri bilik tersebut, dia sempat memberitahu saya agar menjaga anak kami kerana dia berhasrat untuk membunuh diri.

“Pada mulanya saya anggap dia hanya bergurau, namun lebih kurang satu jam kemudian ketika saya berada di luar, kakak tirinya memberitahu saya bahawa dia melihat Mohd Badrul dalam keadaan tergantung sebelum memanggil datuknya untuk memecahkan pintu lalu melihat dia dalam keadaan yang amat mengerikan,” kata Alimah.

Menurut ibu yang baru menimang cahaya mata pertama itu, sebelum ini sering berlaku perselisihan faham antara mereka berdua, namun suaminya itu yang sebelum ini bekerja sebagai buruh tidak pernah menyatakan hasratnya untuk melakukan tindakan terkutuk itu.

Menurut Alimah, mereka menghadapi tekanan emosi kerana sering berselisih pendapat, terutama berkaitan tanggungjawab suaminya sebagai ketua keluarga yang tidak mempunyai pendapatan bagi menyara keluarganya.

“Sejak tiga bulan berpindah ke sini, sudahlah menumpang di rumah kakak tirinya, dia pula tidak bekerja, kami sudah mempunyai anak, jika dia tidak bekerja, bagaimana ingin menyara keluarga, sebab itulah saya sering bergaduh dengannya.

Mohd Badrul ditemui mati dalam keadaan tergantung dengan tali buai oleh kakak tirinya di sebuah bilik di Nibong, kira-kira jam 3.30 petang semalam.
Polis yang mendapat maklumat bergegas ke lokasi kejadian lalu membawa mayat mangsa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor berkata, hasil siasatan polis di lokasi kejadian mendapati mangsa dipercayai menggantung diri dengan menggunakan tali buai anaknya.

Turut ditemui dalam bilik berkenaan ialah satu botol gam dalam plastik dan mangsa difahamkan turut mempunyai rekod penyalahgunaan dadah.
Menurut Dahlan, pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa membunuh diri akibat tekanan emosi yang dipercayai berpunca daripada masalah rumahtangga.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Takut kesan radiasi

Berita Harian Online | Takut kesan radiasi


Oleh Muhammad Hatim Ab Manan
bhnews@bharian.com.my
2011/01/05

PENDUDUK memegang kain rentang membantah pembinaan struktur pemancar telekomunikasi  di atas bangunan tiga tingkat di Taman Megah, Bukit Beruang.
PENDUDUK memegang kain rentang membantah pembinaan struktur pemancar telekomunikasi di atas bangunan tiga tingkat di Taman Megah, Bukit Beruang.
Penduduk Taman Megah berang syarikat telekomunikasi bina struktur pemancar atas bangunan tanpa berbincang

MELAKA TENGAH: Penduduk Taman Megah, Bukit Beruang dalam Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), dekat sini, berang dan tidak berpuas hati dengan tindakan sebuah syarikat telekomunikasi membina struktur pemancar di situ tanpa mengadakan perbincangan dengan mereka.
Mereka mendakwa pembinaan struktur setinggi enam meter di atas sebuah bangunan tiga tingkat di situ boleh menimbulkan masalah kesihatan berpunca daripada radiasi dikeluarkan oleh sistem pemancar berkenaan.
Kemuncak rasa tidak senang hati dan bimbang itu diluahkan mereka baru-baru ini dengan mengadakan tunjuk perasaan secara aman di tapak projek itu. Mereka memaparkan bantahan itu menerusi kain rentang.

Bantahan itu turut disertai beberapa wakil dari taman berhampiran. Antaranya, Setiausaha JKKB Taman-taman Perumahan Bukit Beruang, Isa Harun dan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Melawis, Othman Abu.

Turut serta, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Bunga Raya, Sulaiman Baba; Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Kerjasama, Wee Seng Siang dan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Bukit Melaka, Tai Tam Yin.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Bandar (JKKB) Taman-taman Perumahan Bukit Beruang, Ng Soon yang mengetuai bantahan itu ketika ditemui berkata, pihaknya kesal dengan tindakan pemasangan sistem pemancar itu kerana dilakukan tanpa persetujuan penduduk.
Beliau membidas pemilik bangunan berkenaan yang didakwanya hanya mementingkan diri sendiri kerana membenarkan pemancar itu dipasang tanpa memikirkan keburukannya jangka masa panjang.

“Saya mendapat banyak aduan daripada penduduk berdekatan di sini yang memberitahu pemilik bangunan ini hanya mementingkan diri dengan membenarkan tapak di atas bangunan itu dipasang dengan struktur pemancar komunikasi.

“Mereka tidak memikirkan kesan yang boleh berlaku jika pemancar berkenaan terus beroperasi dalam jangka masa panjang yang boleh mendedahkan penduduk kepada pancaran radiasi, sekali gus menjejaskan kesihatan,” katanya.

Ng mengesahkan, beliau juga sudah mengadukan hal itu kepada Ahli Majlis MPHTJ, Loh Sin Wah. Ia turut dihadiri dua Ahli Majlis MPHTJ, Yong Fun Juan dan Fun Mei Lan.

Berita Harian yang membuat tinjauan di kawasan berkenaan difahamkan pembinaan struktur pemancar di bangunan berkenaan dimulakan pada awal bulan lalu dan mendapat kebenaran dari Melaka ICT Holdings Sdn Bhd (MICTH).

Sementara itu, penduduk, Flora Lock, 57, berkata dia kesal dengan sikap pemilik bangunan kedai jualan kereta terpakai yang membenarkan pihak terbabit memasang struktur pemancar di atas bangunan mereka.

"Jarak rumah saya juga begitu hampir iaitu 100 meter saja. Kini siaran televisyen juga sering terganggu dan ada kalanya tiada gambar langsung, tidak seperti sebelum ini,” katanya.

Loh ketika ditemui, berkata pihak berkuasa sepatutnya perlu berbincang terlebih dulu sebelum meluluskan pembinaan struktur pemancar berkenaan kerana kawasan itu padat dengan penduduk di sekelilingnya.

Beliau mengesahkan mendapat maklumat bahawa pihak berkuasa terbabit meluluskan pembinaan struktur pemancar telekomunikasi itu pada 30 Julai lalu dan menghantar surat kepada Pejabat Tanah dan Galian pada 10 Ogos lalu untuk makluman pemasangan.

Katanya, pada 6 Oktober lalu, pihak berkenaan memaklumkan kepada Unit Kawalan Bangunan MPHTJ mengenai kelulusan untuk mendapatkan pengesahan dan memulakan pembinaan pada awal Disember.

Ular, buaya ancam mangsa banjir di Australia

Berita Harian Online | Ular, buaya ancam mangsa banjir di AustraliaFoto
  • BERSESUAIAN dengan namanya, sebuah kedai dinaiki air dekat Sungai Fitzroy selepas banjir melanda Queensland.
  • Foto
    SEEKOR ular dilihat di kawasan banjir di Rockhampton, Queensland, semalam.
ROCKHAMPTON: Penduduk di bandar paling teruk dilancar banjir di Australia diberi amaran tidak cuba meredah air kerana selain ada kemungkinan dihanyutkan arus, mereka juga berdepan risiko digigit ular dan diserang buaya.

Sebahagian besar kawasan bandar Rockhampton tenggelam, semalam dengan 75,000 penduduk bersiap menghadapi banjir baru sehingga hari ini.
Berikutan amaran itu, penduduk menggunakan bot untuk pergi ke tempat perlindungan manakala anggota polis memeriksa sama ada rumah mangsa berpenghuni atau tidak. Sekurang-kurangnya dua orang lemas selepas kereta mereka dihanyutkan.
Datuk Bandar, Brad Carter memberi amaran penduduk melihat banyak ular dan haiwan lain cuba mencari tempat lebih kering.

Beliau juga berkata, ada beberapa buaya dilihat dari masa ke masa merentasi Sungai Fitzroy.

“Kami tidak fikir ia memberi risiko keselamatan awam jika penduduk tidak menyelam tetapi jika mereka berbuat demikian, keselamatan tidak dapat dijamin,” kata Carter kepada akhbar The Australian.

Pekerja kebajikan haiwan, Wendy Hilcher, berkata rasa takut terhadap ular dan buaya menjejaskan operasi menyelamat haiwan yang ditinggalkan penduduk ketika mereka pergi mencari tempat lebih selamat.
Rockhampton satu daripada 22 bandar di kota Queensland yang dilanda banjir sejak sebelum Krismas.

Tiada yang maut kerana air naik di Rockhampton, tetapi air sungai melimpah dan banjir menjadi punca 10 kematian di Queensland sejak November lalu.

Perdana Menteri, Julia Gillard, berkata kerugian ditaksirkan beratus juta dolar. Hujan semakin kurang dan paras air menurun di beberapa bandar di Queensland.

Di seluruh bandar itu, 1,000 orang tinggal di pusat perpindahan. Air hanya dijangka surut selepas sebulan. – Agensi

Gadis dakwa dirogol teman ruangan majalah hiburan

Berita Harian Online | Gadis dakwa dirogol teman ruangan majalah hiburan


Oleh Nor Azizah Mokhtar
bhnews@bharian.com.my
2011/01/05

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah di sini bukan saja dirogol beberapa kali oleh lelaki yang baru dikenalinya melalui ruangan mencari teman sebuah majalah hiburan, malah suspek turut menyimpan gambar bogel gadis itu.

Gadis berusia 15 tahun itu dikatakan menghantar gambar bogelnya kepada lelaki terbabit melalui khidmat pesanan multimedia (MMS) selepas hanya seminggu mengenalinya, walaupun belum pernah berjumpa.
Berikutan laporan polis dibuat gadis itu, polis menahan seorang pekerja kafe siber berusia 37 tahun dari Pulau Pinang di sebuah rumah di Jalan Imbi di sini kira-kira jam 3 petang kelmarin, bagi membantu siasatan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata mangsa dipercayai berkenalan dengan suspek melalui ruangan mencari kenalan di sebuah majalah dan mereka menjalin hubungan sejak akhir November tahun lalu.

“Selepas berhubung melalui telefon kira-kira seminggu, suspek mengajak mangsa berjumpa di sebuah hotel di ibu negara dan memperdayakannya untuk melakukan hubungan seks.

“Siasatan mendapati mangsa dirogol beberapa kali dalam empat pertemuan diaturkan suspek di beberapa hotel di sini,” katanya yang ditemui selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini, semalam.

Beliau berkata, siasatan turut mendapati suspek juga pernah cuba meminjam sejumlah wang tunai daripada mangsa.
“Buat masa ini polis masih menyiasat sama ada suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, polis turut menahan seorang pemandu teksi berusia 37 tahun kerana disyaki mencabul seorang penumpang wanita yang menaiki teksinya di sini, kelmarin.

Ku berkata, mangsa berusia lingkungan 20-an itu mendakwa dicabul suspek ketika menaiki teksinya dari Bangsar untuk ke pusat bandar.

Pesawat Israel gempur Gaza

Berita Harian Online | Pesawat Israel gempur Gaza: "


2011/01/05

BANDARAYA GAZA: Pesawat tempur Israel dilaporkan menyerang dua sasaran kawasan yang dikuasai Hamas di Semenanjung Gaza, awal hari ini tetapi belum ada laporan mengenai mangsa yang cedera.

Sasaran pesawat Isreal itu ialah di terowong yang menghubungkan Gaza dengan Mesir berdekatan Bandar Rafah yang juga didakwa menjadi markas latihan sayap kiri Hamas, Briged Ezzedine al-Qassam.
Sementara itu, tentera Israel mengesahkan dua pesawatnya menyerang kawasan yang didakwa mereka sebagai 'pusat aktiviti pengganas'. - AFP"

Jururawat maut tak sempat pindah rumah baru

ANGGOTA polis mengangkat mayat Che Esah (gambar kecil) yang maut apabila motosikal ditungganginya  bergesel dengan  kereta dari arah sama di hadapan Stesen Penyiaran ManisFM, Jalan Sultan Yahaya Petra, Kota Bharu semalam.
ANGGOTA polis mengangkat mayat Che Esah (gambar kecil) yang
 maut apabila motosikal ditungganginya bergesel dengan
 kereta dari arah sama di hadapan Stesen Penyiaran
 ManisFM, Jalan Sultan Yahaya Petra, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU: Hasrat seorang jururawat berpindah bersama keluarganya ke rumah baru tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di Jalan Sultan Yahya Petra, dekat bandar ini, pagi semalam. 

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa, Che Esah Che Noh, 31, bertugas di Hospital Raja Perempuan Zainab II dalam perjalanan ke bank mengeluarkan wang.
Mangsa dari Pasir Tumboh menunggang motosikal bergesel dengan kenderaan lain sehingga mengakibatkan hilang kawalan.
Allahyarham Che Soh mempunyai tiga anak berusia antara tiga hingga lapan tahun meninggal di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia untuk bedah siasat. 

Saudara mangsa, Rofiah Mohd, 43, berkata arwah dijadual berpindah ke rumah barunya di Pasir Tumboh yang baru siap. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Jabatan Pengangkutan Jalan 1957. 

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil memberi kerjasama atau menghubungi 09-7752229, katanya. 

Anak Shah Iran bunuh diri di AS

Berita Harian Online




2011/01/05

WASHINGTON: Anak bongsu kepada bekas pemerintah Iran, Shah Iran meninggal dunia selepas dilaporkan membunuh diri di rumahnya di Amerika Syarikat, menurut keluarganya hari ini.

“Kami ingin memaklumkan bahawa ahli keluarga kami, Putera Alireza Pahlavi sudah meninggal dunia," kata anak sulung Shah Iran, Reza Pahlavi dalam laman webnya.

Reza berkata, adiknya yang berusia 44 tahun yang sedang belajar di Universiti Havard kebelakangan ini menghadapi tekanan akibat perkembangan politik yang berlaku di Iran.
“Seperti jutaan anak muda Iran lain, dia juga amat sedih dan tidak menyenangi apa yang sedang berlaku di Iran.

"Malah dia juga tidak dapat menerima tekanan selepas kehilangan ayah dan kakak ketika dia masih usia remaja dulu," katanya.

“Walaupun dia bertahan sejak beberapa tahun lamanya, akhirnya pada malam semalam (Selasa), di rumahnya di Boston, dia meninggalkan kami serta rakan-rakan," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis Daerah Suffolk, Jake Wark berkata, Pahlavi, 44, ditemui meninggal dunia dengan satu kesan tembakan, dipercayai membunuh diri.
Katanya, pegawai polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 2 pagi waktu tempatan.

Polis bagaimanapun tidak mengetahui siapa yang membuat panggilan itu sama ada ia dari kediaman berkenaan atau sebaliknya.

Alireza sedang mengikuti pengajian sarjana muda di Harvard, Massachusetts dalam bidang psikologi dan pengajian sejarah Iran.

Ayahnya, Shah Iran atau Mohammad Reza Shah Pahlavi, digulingkan pada 1979 dalam Revolusi Islam dan sejak itu tinggal dalam buangan bersama keluarganya di Amerika Syarikat.

Shah Iran meninggal dunia pada Julai 1980 dan dikebumikan di Mesir.

Selepas itu, anak perempuannya Leila Pahlavi, meninggal dunia pada 2001 ketika berusia 31 tahun dengan mayatnya ditemui di sebuah hotel di London.

Laporan menyebut kematian Leila disebabkan pengambilan dadah yang berlebihan. - AFP

Ular sawa dikahwin

myMetro

"PNOM PENH: Satu majlis perkahwinan di Kemboja menarik hampir 1,000 orang kerana pengantin lelaki dan perempuannya ialah ular.

Perkahwinan antara Chamreun, ular sawa betina peliharaan yang sepanjang 3.7 meter dan berat 91 kilogram dengan Krong Pich, ular sawa jantan itu dilangsungkan di Kampung Satu, wilayah Kandal, kira-kira 19 kilometer dari Pnom Penh.


“Kami mengadakan majlis perkahwinan untuk ular sawa itu kerana mahu mengusir perkara tidak baik dan membawa rahmat dan kebahagiaan kepada kampung kami,” kata pemilik Cmareun, Neth Vy, 41.

Tukang tilik percaya ular sawa itu adalah haiwan ajaib yang membawa kemakmuran dan keamanan kepada kampung itu dan penduduk mengambil keputusan untuk mengahwinkan mereka selepas seorang budak dipercayai disampuk baru-baru ini.


Majlis itu berlangsung selama dua jam dan berakhir selepas dua sami Buddha merestuinya sambil penduduk kampung menaburkan bunga ke atas mereka. - AFP"

Wanita ditembak mati anak 10 tahun

myMetro | Wanita ditembak mati anak 10 tahun:


OHIO (Amerika Syarikat): Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditahan selepas dia memberitahu jiran yang dia sudah menembak ibunya hingga mati.

Deborah McVay, 46, ditemui mati selepas cedera akibat satu das tembakan di kepalanya Ahad lalu di Big Prairie di pertengahan jalan antara Cleveland dan Columbus di Ohio. Menurut polis, anggota paramedik menemui Deborah tertiarap di atas lantai di ruang tamu kediamannya. Dia disahkan mati di tempat kejadian dan dipercayai peluru ditembak daripada pistol .22 kaliber. Pihak berkuasa bergegas ke kediaman wanita itu selepas seorang jiran menghubungi polis memberitahu anak Deborah menemuinya dan mengatakan dia baru menembak ibunya. Anak lelakinya itu kini ditahan di Pusat Tahanan Juvana Daerah Richland dan akan tampil di mahkamah tengah hari ini.


Menurut pihak berkuasa, kanak-kanak yang dirahsiakan identitinya itu mempunyai sejarah masalah tingkah laku. - Agensi"

Sindiket tipu pinjam wang

myMetro | Sindiket tipu pinjam wang




KUALA LUMPUR: Satu sindiket dikesan aktif menipu syarikat pemberi pinjaman wang berlesen dengan menyamar peminjam sebelum menghilangkan diri.
Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong, berkata sindiket itu bukan saja aktif di Lembah Klang, malah di seluruh negara dengan mengemukakan dokumen palsu ketika membuat permohonan pinjaman.

“Terbaru, sebuah syarikat pemberi pinjam wang berlesen di Ampang Jaya hampir ditipu sindiket terbabit yang mahu meminjam RM500,000.

“Bagaimanapun, selepas pemeriksaan, pihaknya mendapati kenyataan bank yang diberikan ahli sindiket itu palsu,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Penasihat kewangan syarikat itu yang mahu dikenali sebagai Wong berkata, lelaki terbabit yang memperkenalkan diri sebagai Chin Soon berusia 41 tahun datang ke pejabatnya Khamis lalu untuk meminjam wang.


“Saya memintanya menyerahkan salinan kenyataan bank, kad pengenalan dan pendaftaran syarikat. Sebaik menerima kenyataan bank itu, saya terkejut kerana jumlah simpanannya RM613,789.40.

“Selepas itu, saya bertanya kenapa dia masih mahu membuat pinjaman dan lelaki terbabit mendakwa mahu membeli sebidang tanah di Puchong yang berharga RM1 juta,” katanya.

Namun, selepas pemeriksaan, pihaknya mendapati kenyataan bank itu palsu dan jumlah sebenar wang di dalam akaun berkenaan hanya RM5 bukan seperti kenyataan diberikan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, akaun lelaki itu baru saja dibuka pada 15 Disember lalu. Kenyataan bank yang diberikan kepada saya bertarikh 15 September,” katanya.

Cekup 12 GRO asing dalam restoran

myMetro | Cekup 12 GRO asing dalam restoran
PETALING JAYA: Lagi pelayan pelanggan (GRO) warga asing ditahan, kali ini 12 wanita diberkas dalam serbuan di sebuah restoran di premis dua tingkat di Taman Bukit Mayang Emas, di sini, petang semalam.
Dalam serbuan kira-kira jam 4.30 petang itu, sepasukan pegawai termasuk anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menyerbu premis terbabit yang dikenal pasti hanya dikunjungi pelanggan tetap.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed yang turut serta serbuan itu berkata, polis melakukan risikan sejurus menerima maklumat awam.

“Premis itu terkunci dan hasil pemantauan dan risikan, kami (polis) menyerbu masuk selepas pemilik terbabit leka dengan kunjungan ‘pelanggan’ tanpa menyedari pergerakan mereka diperhatikan,” katanya.

Bagaimanapun, keadaan dalam premis itu gelap dan hanya disinari kerlipan lampu neon sebelum menemui GRO terbabit.


Arjunaidi berkata, polis mendapati premis itu tidak mempunyai sebarang permit hiburan yang diluluskan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan tidak menolak kemungkinan turut menawarkan kegiatan maksiat selepas beberapa tilam dan ruangan khas turut ditemui.

Harian Metro difahamkan pusat hiburan yang terletak di bahagian atas premis bangunan kedai dua tingkat itu dilengkapi sofa dan ruang minum bagi pelanggan dan GRO terbabit.

Tinggal bayi bawah pokok

myMetro | Tinggal bayi bawah pokok

DI SINI...Norabiatul menunjukkan lokasi bayi malang berkenaan dibuang.
DI SINI...Norabiatul menunjukkan lokasi bayi malang berkenaan dibuang


KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki dipercayai berusia enam hari ditemui masih bernyawa dalam sebuah beg galas berwarna hitam ditinggalkan di bawah pokok di luar pagar sebuah sekolah rendah di Persiaran Titiwangsa di sini, semalam.
Difahamkan, bayi malang itu ditinggalkan di kawasan berkenaan lebih sejam sebelum ditemui orang awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, bayi lelaki terbabit terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disebabkan hampir lemas kerana ditinggalkan dalam beg galas yang tertutup, namun keadaannya kini dilaporkan stabil.

Saksi kejadian, Norabiatul Adawiyah Yunus, 23, berkata ketika kejadian, dia dan rakannya, Nizul Ahmad, 21, baru pulang dari tempat kerja apabila ternampak sebuah beg galas ditinggalkan di bawah pokok di luar pagar sekolah berkenaan.


“Curiga dengan keadaan beg itu, saya kemudian meminta Nizul melakukan pemeriksaan. Sebaik membuka beg galas itu, kami mendapati kandungannya adalah tuala putih sebelum segera meletakkannya semula.



“Sebaik meletakkan beg itu, kami terdengar suara bayi menangis membuatkan kami terkejut dan berpandangan antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini semalam.

Katanya, dia dan Nizul kemudian membuka semula beg galas itu sebelum terkejut apabila mendapati seorang lelaki bayi cukup sifat berada dalam beg berkenaan.

“Keadaan bayi itu agak lemah menyebabkan kami segera menahan beberapa kenderaan yang lalu lalang di kawasan itu untuk mendapatkan bantuan tetapi gagal.

“Kami bernasib baik apabila sebuah kenderaan polis kebetulan melalui kawasan itu.

“Sebaik menahan kenderaan itu, kami segera memaklumkan penemuan berkenaan dan anggota polis terbabit segera menghubungi pihak berkaitan,” katanya.

Sebuah ambulans tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian sebelum bayi lelaki itu dihantar ke HKL untuk pemeriksaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan penemuan bayi berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

“Saya berbangga dengan keberanian dan keprihatinan kedua-dua saksi kejadian yang bertindak pantas memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

“Tindakan mereka berjaya menyelamatkan satu nyawa. Saya berharap tindakan mereka akan menjadi contoh kepada orang ramai,” katanya.

Zainuddin berkata, pihaknya akan menggunakan pendekatan menyeluruh bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab membuang bayi berkenaan.

Oleh itu, polis meminta orang ramai yang mengetahui atau ada maklumat mengenai kejadian berkenaan agar menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Polis palsu tumpas

myMetro | Polis palsu tumpas

RAMPAS...Amiruddin menunjukkan alat renjatan elektrik dan kad polis yang digunakan suspek.
RAMPAS...Amiruddin menunjukkan alat renjatan elektrik dan kad polis yang digunakan suspek.


AMPANG: Dua sahabat karib yang giat menjalankan kegiatan samun dengan menyamar polis tumpas selepas seorang daripada mereka ditahan awal pagi akhir bulan lalu.
Difahamkan, kedua-dua lelaki terbabit yang berusia 30-an aktif menyamar polis sejak lebih setahun lalu dengan memakai jaket polis dan menunggang sebuah motosikal bagi mencari sasaran mereka.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata seorang daripada suspek mempunyai 10 rekod jenayah lampau dan paling dikehendaki polis berhubung kegiatan penyamaran itu. Katanya, pada 30 Disember lalu kira-kira jam 3.30 pagi, suspek berkeliaran di Pandan Perdana, Ampang, di sini, sebelum cuba memperdaya seorang pelajar yang melalui kawasan itu.

“Suspek menahan kereta mangsa yang berusia 21 tahun itu dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan mahu menjalankan pemeriksaan.


“Ketika pemeriksaan, suspek mengarahkan mangsa menyerahkan dua telefon bimbit dan wang RM20,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, semalam.

Menurutnya, ketika kejadian, sebuah kereta peronda polis yang melalui kawasan itu melihat gelagat suspek mencurigakan.

Suspek yang terkejut sejurus melihat kehadiran kereta peronda berkenaan melarikan diri, namun seorang daripada mereka diberkas dan seorang lagi meloloskan diri.

“Pemeriksaan polis menemui alat renjatan elektrik, sebilah pisau lipat dan sekeping kad tertera logo polis dipercayai digunakan mereka untuk menyamun.

“Selain itu, kami (polis) turut merampas sebuah motosikal yang digunakan mereka. Malah, siasatan lanjut mendapati motosikal itu motosikal curi yang dilaporkan hilang di Salak Selatan,” katanya.

Amiruddin berkata, suspek yang paling dikehendaki itu berkaitan kes penyamaran polis di Cheras, di sini, direman sehingga 10 Januari ini bagi membantu siasatan.


Katanya, polis kini giat mengesan seorang lagi rakan suspek yang masih bebas dan percaya suspek akan ditahan dalam tempoh terdekat.


“Kami percaya dengan penahanan suspek itu, kami menyelesaikan lebih tujuh kes samun membabitkan penyamaran polis sepanjang tahun lalu,” katanya.

2 siswa dihempap pokok

PARAH...Salman dikejarkan ke HPSF untuk menerima rawatan selanjutnya.
PARAH...Salman dikejarkan ke HPSF untuk menerima rawatan selanjutnya.



HAFIZUDIN...kejadian berlaku sekelip mata.
HAFIZUDIN...kejadian berlaku sekelip mata.


LEDANG: Perkelahan 14 pelajar Universiti Teknikal Melaka (UTeM) di kawasan peranginan Gunung Ledang berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka dihempap sebatang pokok.
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, Salman Al Farisi Ahmad Sabri serta rakannya, Muhammad Hafizudin Abdullah, masing-masing berusia 21 tahun, ditimpa pokok ketika berkelah di Kolam Puteri, Gunung Ledang.

Menceritakan semula tragedi itu, Hafizudin berkata, kejadian berlaku sekelip mata ketika dia dan rakan berehat selepas penat mandi-manda.

“Angin kencang tiba-tiba bertiup di kawasan kami berkelah dan dikejutkan dengan bunyi kayu patah, namun tiada apa-apa yang berlaku.


“Beberapa saat kemudian barulah saya sedar sebatang pokok tua tumbang ke arah saya dan Salman, tetapi kami tidak sempat mengelak,” katanya ketika di temui di Hospital Tangkak, petang semalam.



Menurutnya, separuh anggota badannya dihempap pokok menyebabkan dia terkedu dan terpinga-pinga selepas kejadian itu sebelum diselamatkan rakannya.

Hafizudin berkata, Salman yang turut dihempap pokok berkenaan mampu berdiri serta berjalan sebelum rebah secara tiba-tiba.


“Panik dengan keadaan Salman itu rakan yang lain meminta bantuan orang ramai di sekitar Gunung Ledang berikutan darahnya tidak berhenti mengalir dari lukanya,” katanya lagi.

Dua pelajar terbabit dikejarkan untuk rawatan kecemasan di Hospital Tangkak, sebelum Salman yang berasal dari Felda Hutan Perca, Alor Gajah, Melaka dirujuk ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.


Sementara itu, jurucakap hospital ketika ditemui berkata, Hafizudin yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan dirawat sebagai pesakit luar memandangkan kecederaan ringan dialaminya.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris, berkata pasukan Bomba dan Penyelamat Tangkak dengan bantuan renjer Gunung Ledang Resort (GLR) bergegas ke tempat kejadian membantu membawa mangsa turun sebelum dihantar mendapat rawatan kecemasan di Hospital Tangkak.

Maut tak sempat diami rumah baru



BEBERAPA anggota polis memeriksa mayat Che Esah yang maut dalam kemalangan di Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Impian seorang wanita untuk mendiami sebuah rumah baru bersama keluarganya tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Jalan Sultan Yahya Petra dekat sini semalam.

Mangsa, Che Esah Che Noh, 31, meninggal dunia kira-kira pukul 9.40 pagi ketika dalam perjalanan ke sebuah bank untuk mengeluarkan wang bagi membuat pembayaran bagi rumah yang dibelinya di Pasir Tumboh di sini.

Dalam kejadian itu, motosikal yang dinaiki mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah kenderaan lain sehingga dia tercampak di atas jalan raya."

Hamba nafsu penguat kuasa

myMetro | Hamba nafsu penguat kuasa
KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor mendakwa bukan saja menjadi hamba seks anggota penguat kuasa PBT berkenaan, malah diperlakukan seperti haiwan selama tiga tahun oleh tiga lelaki ‘durjana’ terbabit secara bergilir-gilir.
Suami mangsa yang mahu dikenali sebagai Mohd Hassan, 60, berkata dia tidak menyangka kelakuan isterinya yang kerap mengelak dan memberi alasan untuk pergi bekerja pada hujung minggu atau hari cuti berpunca daripada kejadian itu.

Katanya, perkara itu terbongkar apabila isterinya berhenti kerja dan pulang ke kampung halaman di Pasir Mas, Kelantan, dengan alasan mahu menjaga rumah ibunya yang menunaikan ibadat haji.

“Selepas setahun membisu dan sering didesak, baru dia membuka rahsia dengan menceritakan kejadian itu kepada saya dan ibunya. Isteri saya memberitahu, dia bukan sengaja mahu menyembunyikan perkara itu, tetapi perasaan bersalah kepada keluarga menghantui diri selain malu,” katanya ketika di temui di rumahnya, semalam.

Menyedari maruah isteri tergadai sedangkan lelaki ‘durjana’ terbabit masih bebas, Mohd Hassan menyarankan isterinya untuk membuat laporan polis supaya dirinya mendapat pembelaan sewajarnya.


“Sehingga kini, anak-anak kami tidak tahu kejadian yang menimpa ibunya, malah saya juga rasa bersalah kerana membiarkan dia bekerja dan tinggal di rumah seorang diri,” katanya yang menemani isterinya membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas, Mac lalu.

Menceritakan kejadian itu, Mohd Hassan berkata, isterinya dirogol buat kali pertama di kawasan berhampiran rumahnya selepas menerima pelawaan seorang anggota terbabit yang mahu menghantarnya pulang.

“Sejak itu, isteri saya menurut kehendaknya kerana dia mengugut untuk mencederakan isteri saya atau dibuang kerja sekiranya keinginannya ditolak. Lebih menyeksakan apabila dia turut membuat ‘promosi’ kepada dua lagi rakan sejawatnya untuk turut melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Tidak cukup memuaskan nafsu dalam kereta dan stor pejabat, isteri saya dirogol dan dipaksa memuaskan nafsu mereka di tangga serta tandas pejabat, malah ketiga-tiga lelaki itu pernah datang ke rumah kami dan membuat bising sehingga isteri saya menurut kehendaknya,” katanya.

Gemuk kerana ditinggal kekasih

myMetro | Gemuk kerana ditinggal kekasih

MASON hanya terbaring ketika berat badannya mencecah 444 kilogram.
MASON hanya terbaring ketika berat badannya mencecah 444 kilogram


LONDON: Lelaki paling gemuk di dunia, Paul Mason memberitahu kekecewaan ditinggalkan kekasih mendorong nafsu makannya menjadi-jadi hinggakan berat badannya mencecah 444 kilogram.
Mason, 50, tidak berhenti makan 24 jam sehari semata-mata untuk memulihkan hatinya yang terluka. Menjelang 2009 keadaan tubuhnya menjadi terlalu gemuk sehinggakan dia tidak dapat berjalan.
Akhbar ketika itu mendedahkan bagaimana dia memerlukan pembedahan bagi mengurangkan makanan yang diambil jika dia mahu terus hidup.
Sejak itu Mason yang berasal dari Ipswich sudah mengurangkan lebih 190 kilogram dan melepaskan gelaran Lelaki Paling Gemuk di Dunia dipegangnya. Dia juga berharap akan menemui cinta baru.
Mason mendedahkan dia menghadiri makan malam dengan seorang wanita istimewa pada Hari Tinju.
Namun, dia mengakui: “Makanan adalah dadah saya. Ia memerlukan usaha untuk memperoleh saiz sekarang ini. Saya tidak pernah makan begini ketika muda. Saya kurus dan aktif ketika itu.”
“Amalan makan tanpa henti 24 jam sehari disebabkan oleh sesuatu perkara yang berlaku ketika saya berusia 20-an. Anda boleh kata yang saya makan untuk menyembuhkan hati saya yang terluka.

“Saya bertemu seorang wanita pada usia 21 tahun dan dia membuatkan hidup saya cukup sempurna.

“Dia berbeza dengan wanita lain yang saya temui sebelum itu. Dia berusia 39 tahun dan lebih tua daripada saya. Saya masih berasa sedih untuk menceritakan apa yang berlaku.

“Saya memanggilnya Char. Saya menyukainya dan berfikir akan meneruskan hidup ini bersamanya.

“Dia mempunyai kediaman sendiri dan saya membantunya untuk menghias rumahnya. Kemudian, secara tiba-tiba dia memutuskan hubungan kami.
“Kejadian itu berlaku pada 1986 ketika saya berusia 26 tahun. Dia bertemu dengan lelaki lain dan kemudian terus bertunang.” - Agensi

Konstabel dijel 3 tahun

myMetro | Konstabel dijel 3 tahun:


KLANG: Seorang anggota polis berpangkat konstabel dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas didapati bersalah melupuskan harta curi iaitu sebuah motosikal Honda, 10 tahun lalu.

Majistret Afifah Mamat@Yusof membuat keputusan itu terhadap Zainuddin Rahmat, 32, selepas berpuas hati pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan."

"Gerhana matahari separa di Asia Barat dan Eropah

Kosmo! Online - Dunia:

GERHANA matahari separa yang dapat dilihat di Gaza semalam.

BERN - Langit musim sejuk bertukar menjadi gelap di Switzerland kerana fenomena gerhana matahari separa yang bermula di Asia Barat dan melitupi hampir seluruh Eropah pada pagi semalam.

Sebuah akhbar melaporkan, keadaan di bandar raya ini menjadi gelap seperti senja semasa orang ramai berpusu-pusu keluar dari tren dan bas untuk ke tempat kerja.

Gerhana itu dapat dilihat dengan jelas di Geneva dan beberapa kota lain di Switzerland menjelang pertengahan waktu pagi sebelum langit beransur cerah.

Gerhana itu buat pertama kalinya dilihat adalah di langit Baitulmuqaddis manakala gerhana matahari paling jelas berlaku di Sweden apabila hampir 85 peratus matahari berada di belakang bulan.

'Kerana jajaran kedudukan bulan dengan matahari, gerhana kali ini kelihatan kecil,' kata seorang ketua balai cerap, Tycho Brahe di selatan Sweden.

Gerhana matahari berlaku apabila bulan berada di antara matahari dan bumi menyebabkan bayang bulan dapat dilihat dari bumi manakala dalam gerhana separa hanya sebahagian matahari terhalang oleh bulan.

Sementara itu, penduduk di pedalaman Rusia, Kazakhstan, Mongolia dan barat daya China dapat melihat gerhana matahari itu pada waktu senja.

- Agensi"

Skandal rasuah cemar reputasi parti pemerintah India



Kosmo! Online - Dunia: "
NEW DELHI - Salah satu skandal rasuah terbesar India sekitar tahun 1980-an mencemarkan reputasi parti Kongres selain melumpuhkan sesi parlimen akibat satu siri protes berikutan dakwaan rasuah.

Seorang pemimpin kanan parti pembangkang, Parti Bharatiya Janata (BJP) menyatakan, wang sogokan dibayar semasa perjanjian pertahanan bernilai AS$1.4 bilion (RM4.29 bilion) dibuat pada 1986 oleh parti Kongres yang memerintah.

Menurut media, satu laporan Jabatan Hasil Dalam Negeri India yang diperoleh pembangkang pada minggu ini menunjukkan bukti bahawa bayaran dibuat kepada ejen Quattrocchi dan Bofors dari Sweden, Win Chadha, berjumlah AS$14.7 juta (RM45 juta).

Kontroversi perjanjian pertahanan pada tahun 1986 itu telah menyebabkan parti Kongres dipimpin Rajiv Gandhi gagal mendapat majoriti dalam pilihan raya tahun 1989.

Parti Kongres sebelum ini didesak oleh BJP untuk berdepan dengan satu inkuiri parlimen berkaitan satu lagi kes mengenai penipuan dalam projek telekom bernilai AS$39 bilion (RM119 bilion) melibatkan bekas menteri telekomunikasi, A. Raja.

'Ini merupakan satu isu serius yang mesti dinyatakan dalam semua forum termasuk di parlimen,' tegas seorang pemimpin kanan BJP, Arun Jaitley. - Reuters"

Buaya dan ular turut jadi ancaman



ROCKHAMPTON (Australia): Para penduduk di bandar pesisir Rockhampton yang terjejas dengan banjir terburuk dalam tempoh berdekad diberi amaran supaya menjauhi air.
Mereka bukan saja dikhuatiri dihanyutkan oleh arus deras malah berdepan dengan ancaman buaya serta ular.Sebahagian besar daripada bandar Rockhampton ditenggelami air semalam dan paras air terus meningkat.Banjir di bandar yang didiami sekitar 75,000 penduduk itu dijangka mencapai kemuncaknya hari ini.Sejauh ini, paras air banjir telah mencapai sehingga 10 meter.Bandar itu merupakan bandar terbaru daripada 22 bandar di Queensland yang kini ditenggelami banjir.Datuk Bandar, Encik Brad Carter, berkata para penduduk telah diberi amaran supaya tidak mendekati air sambil menarik perhatian bahawa arus yang deras boleh menghanyutkan kenderaan.Sekurang-kurangnya dua orang telah mati lemas setelah kereta mereka dihanyutkan.Para penduduk juga telah melaporkan mereka melihat lebih banyak ular, ada sepanjang dua meter, menyusur dalam air.Encik Carter berkata buaya juga telah dikesan di kawasan sungai Fitzroy.'Kami tidak rasa keselamatan awam terancam jika mereka tidak mendekati kawasan yang ditenggelami air. Namun, jika mereka masuk ke dalam air, keselamatan mereka tidak dapat dijamin,' kata Encik Carter.Cik Suzanne Miller, yang memiliki kelab malam di Hotel Pioneer di sini, berkata ibunya hampir-hampir mati dipatuk ular.'Ular merupakan satu masalah besar di sini. Saya telah menutup semua pintu kerana banyak ular yang masuk ke dalam,' kata beliau.Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Cik Hillary Clinton, menyampaikan ucap takziah kepada mangsa banjir.Beliau berkata Washington bersedia menghulurkan bantuan jika diperlukan.Kelmarin, pesawat kargo tentera telah mendarat di bandar ke utara Rockhampton untuk mengagihkan bantuan makanan, perubatan dan air. -- AFP, AP.

Syria senyap-senyap buka kasino




DAMSYIK: Sebuah kasino dibuka tanpa sebarang 'gembar-gembur' dekat ibu kota Syria pada malam Hari Natal, dalam usaha negara sekular itu untuk menarik kunjungan pelancong.
Sebelum ini, Syria mengharamkan perjudian sebagai menghormati ajaran Islam di negara tersebut.'Kasino itu penuh sesak, wang pun mengalir,' kata Encik Rami, 55tahun, seorang peniaga.Beliau, yang sering ke Casino du Liban yang terkenal di Maameltein, Jounieh, di Lebanon, hairan tentang adanya kasino terbaru dekat lapangan terbang Damsyik itu.Beliau berkata kasino terbaru itu akan menarik pelanggan dari Lebanon.Lebanon menarik para petaruh dari Syria, Iraq, Jordan dan beberapa negara Arab lain di kawasan Teluk yang kaya dengan minyak.Kasino terbaru di Syria itu dilancarkan tanpa banyak publisiti supaya tidak menyinggung para pemimpin agama Islam dan golongan konservatif Syria yang mematuhi pengharaman Islam terhadap permainan yang melibatkan perjudian dan nasib.'Orang ramai membelanjakan ribuan dolar di Casino du Liban, dan mereka pun berbuat yang sama di sini,' kata Encik Rami.Pada minggu pertama, kebanyakan pelanggan yang ke kasino di Syria itu adalah rakyat Syria, dengan beberapa di antara mereka datang dari Lebanon dan kawasan Teluk.Encik Hussam, seorang pelanggan berusia dalam lingkungan 50-an tahun, berasa hampa.'Terlalu ramai orang, bilik permainan pun penuh sesak,' katanya.Ramai rakyat Syria, termasuk para peniaga dan mereka yang mempunyai banyak wang, sering berkunjung ke Beirut dengan menaiki teksi, kata Encik Omar, 45 tahun, seorang pelanggan.Tetapi kelihatannya rakyat Syria lebih gemar berkunjung ke kasino di negara mereka sendiri.Perjudian diharamkan di Syria pada 1970-an, kata seorang pengamat, Encik Sami Mubayed.Pada lewat 1950-an, pihak ulama cuba mengharamkan pengambilan alkohol dan perjudian di bandar peranginan Bloudan, di barat laut Damsyik, yang menarik para pelancong dari kawasan Teluk, tetapi gagal, tambahnya.Pembukaan kasino baru itu kebetulan bersamaan dengan usaha Syria melonggarkan ekonominya, yang pernah cuba menarik pelancong dengan hidangan tapak-tapak bersejarahnya. -- AFP.

Gabenor di Pakistan dibunuh pengawal peribadi

ENCIK SALMAN TASEER: Berpendirian sederhana. -- Foto AP


ISLAMABAD: Gabenor wilayah Punjab di Pakistan, Encik Salman Taseer, yang dianggap penting dari sudut politik negara itu, ditembak mati oleh seorang pengawal peribadinya di Islamabad, semalam.
Pembunuhan itu dipercayai berpunca daripada tentangannya terhadap undang-undang perbuatan ingkar agama.Encik Taseer adalah antara suara paling sederhana dalam Parti Rakyat Pakistan (PPP) yang menghadapi krisis politik minggu ini apabila salah satu sekutu parti campuran yang memerintah negara itu keluar daripada pakatan tersebut.Beliau amat lantang dalam tentangannya terhadap kumpulan Taleban dan kumpulan militan lain yang bersembunyi di bahagian barat laut negara itu dan semakin mempengaruhi kawasan Punjab sejak beberapa tahun lalu.Baru-baru ini beliau menentang dengan keras undang-undang perbuatan ingkar agama yang kontroversial.Menteri Dalam Negeri Pakistan, Encik Rehman Malik, berkata pembunuhnya adalah anggota pasukan keselamatan Encik Taseer sendiri, yang telah mengaku melakukan jenayah itu.'Dia mengaku membunuh gabenor itu sendiri kerana beliau (gabenor itu) telah menyifatkan undang-undang perbuatan ingkar agama itu sebagai undang-undang hitam,' kata Encik Malik.Kejadian itu berlaku pada siang hari selepas golongan mewah dan ekspatriat Pakistan menikmati makan tengah hari mereka yang terlewat atau minum kopi di beberapa kafe berdekatan.Ketua pentadbiran setempat, Encik Amir Ahmad Ali, berkata Encik Taseer meninggal dunia di hospital selepas tercedera dalam serangan itu. -- AFP.

Lelaki dikenakan tujuh tuduhan tambahan dera anak rakan wanita

SINGAPURA

KES BUNUH DANISH

Oleh
Chairul Fahmy Hussaini

ALLAHYARHAM Danish Iman Abdullah, budak lelaki berumur tiga tahun yang meninggal dunia akibat penderaan lewat bulan lalu, didapati telah dianiaya sebanyak tujuh kali.
Antara penganiayaan yang didakwa dilakukan tertuduh, Muhammad Raffiq Jaffah, 23 tahun, melibatkan sebatan dengan menggunakan penyangkut baju.Selain daripada itu, dia juga didakwa menggigit tangan dan kaki mangsa selain mengenakan api menyala ke badan arwah Danish dengan menggunakan pemetik api.Semalam, Muhammad Raffiq menghadapi tujuh tuduhan tambahan kerana mendera anak rakan wanitanya, dikenali sebagai 'Nurul', 22 tahun.Muhammad Raffiq menghadapi tuduhan membunuh semasa diseret ke mahkamah pada 21 Disember lalu.Pihak pendakwa dalam membentangkan perincian setiap penganiayaan yang dilakukan, mendakwa Muhammad Raffiq telah menampar muka Allahyarham Danish di Kim Tian Hotel, di Lorong 22 Geylang, semasa budak itu berada dalam jagaannya pada pertengahan September tahun lalu.Kertas pertuduhan yang didapatkan Berita Harian menunjukkan bahawa tertuduh telah mendera mangsa sebanyak enam kali lagi di sebuah rumah kedai di Geylang Road, antara November dengan 10 Disember tahun lalu.Sekitar lewat November lalu, Muhammad Raffiq didakwa bukan saja telah menampar muka arwah Danish malah juga menggigit mangsa.Sekitar 2 Disember lalu pula, dia didakwa menampar dan mengenakan api ke badan budak kecil itu dengan menggunakan pemetik api.Pada 7 Disember pula, tertuduh dikatakan telah merotan Allahyarham Danish menggunakan sebuah penyangkut baju.Tidak cukup dengan itu, tertuduh dikatakan menampar pula pipi kanan mangsa antara lima hingga enam kali sekitar 10 Disember lalu.Bagi setiap kesalahan di bawah Akta Orang Muda dan Remaja, tertuduh boleh dikenakan denda sehingga $4,000 dan dipenjara empat tahun.Akibat penderaan yang dilakukan itu, Allahyarham mengalami kecederaan serius dan meninggal dunia lima hari selepas dimasukkan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH).Sijil kematian Allahyarham Danish yang diperoleh akhbar ini pada hari pengebumiannya 21 Disember lalu, menunjukkan mangsa mengalami 'kecederaan traumatik di kepala'.Muhamamd Raffiq kini direman di Pusat Perubatan Kompleks Penjara Changi bagi pemerhatian psikiatrik.Kesnya akan didengar lagi di Mahkamah Rendah pada 25 Januari ini.