Search This Blog

Sunday, January 2, 2011

Apa sudah jadi?



SUBANG JAYA – Kegembiraan sekumpulan remaja perempuan meraikan ‘ladies nite’ di sebuah pusat hiburan di Bandar Sunway di sini tidak bertahan lama apabila enam daripadanya positif pelbagai jenis dadah dalam ujian air kencing saringan awal yang dilakukan dalam satu serbuan awal pagi semalam.

Riak wajah keceriaan menikmati hiburan termasuk ada di antaranya yang meneguk arak bertukar pucat lesi apabila dimaklumkan mereka positif dadah jenis ketamin dan ganja dalam operasi 12 tengah malam itu sehingga 1.30 pagi semalam.

Dalam serbuan dengan kerjasama 33 anggota Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), 17 daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan 12 daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu, lima lelaki turut ditahan bagi kesalahan sama manakala tujuh lagi dicekup kerana didapati minum minuman keras.

Difahamkan, remaja perempuan beragama Islam yang rata-ratanya memakai skirt pendek dan sendat mengunjungi pusat hiburan terkenal itu berikutan pengusaha menawarkan harga istimewa kepada pengunjung perempuan setiap malam Rabu dan Khamis.

Malah berkemungkinan untuk mendapatkan harga istimewa pada malam itu, empat lelaki turut ditahan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 30 Enakmen Jenayah Syariah Selangor (EJSS) kerana berpakaian menyerupai wanita.

Ketua Unit Penguatkuasaan AADK Daerah Petaling, Syaiful Asfar Abdul Rahman berkata, dalam serbuan itu, 11 pengunjung ditahan selepas disyaki terlibat dalam penyalahgunaan pelbagai jenis dadah.

Katanya, kesemua yang ditahan dibawa untuk tindakan lanjut manakala ujian saringan air kencing akan dihantar ke makmal kimia untuk pengesahan selanjutnya.
SH

Peserta konvoi maut



KAMPAR – Hasrat seorang peserta konvoi yang sedang dalam perjalanan untuk meraikan Sambutan Tahun Baru 2011 di Pulau Pinang tidak kesampaian apabila motosikalnya terbabas sehingga merempuh pembahagi jalan di kilometer 304.3 Lebuhraya Utara Selatan, kira-kira jam 9.30 pagi semalam.

Mangsa, Fayzudin Ramlee, 21, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas ketika melalui selekoh di­syaki berpunca daripada tayar belakang motosikal pecah.

Semasa kejadian, mangsa dikatakan sedang berkonvoi bersama lebih 50 motosikal lain untuk meraikan Sambutan Tahun Baru di pulau mutiara itu.

Rakan konvoi yang mahu dikenali sebagai Maleng @ Rahim berkata, kumpulan itu bertolak dari Kuala Lumpur jam 2 pagi kelmarin namun berhenti rehat di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah sebelum kembali meneruskan perjalanan.

“Berdasarkan keterangan rakan konvoi yang lain, banyak motosikal rosak menyebabkan mereka berhenti rehat di Tapah sebelum meneruskan perjalanan,” katanya.

Maleng sepatutnya menganggotai konvoi berkenaan terpaksa membatalkan hasrat kerana menziarahi anaknya yang baru lahir di negeri ini.

Maleng yang juga dari Kuala Lumpur berkata, ketika dalam perjalanan untuk menemui isteri dan anak, dia ternampak kemalangan terbabit lalu menghentikan kenderaan bagi mengenal pasti sama ada ia melibatkan peserta konvoi atau sebaliknya.

“Telahan saya tepat apabila ternampak mangsa dan rakan-rakan lain. Arwah sebenarnya begitu gembira dan beria-ia mengenakan pakaian baru untuk berkonvoi,” katanya.

Menurutnya, motosikal yang ditunggang Fayzudin adalah milik rakan arwah berdasarkan maklumat rakan-rakan lain.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Abdul Aziz Saleh berkata, motosikal jenis Yamaha RX-Z itu telah hilang kawalan akibat tayar belakang motosikal pecah lalu terbabas melanggar pembahagi jalan.

“Akibat rempuhan itu, mangsa maut di tempat kejadian,” katanya.

Kes itu bagaimanapun dikendalikan Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar, Inspektor Mohd Ariffridzuan Ezahan.
SH

Kumpulan konvoi tak sedar rakan terbabit nahas





2011/01/02

GERIK: "Saya dan lapan lagi rakan lain tidak sedar bila masanya Mohd Faizul melanggar tiang elektrik sehingga menyebabkan dia tercampak ke dalam longkang, " kata Mohd Khairul Nizar Abdul Latif, 39.

Mohd Khairul berkata, dia menyedari Mohd Faizul terbabit kemalangan selepas seorang pemandu kereta memberi isyarat dan memberitahu seorang daripada kumpulan konvoi terbabas ke dalam longkang.
Dalam kejadian jam 9 pagi semalam, Mohd Faizul, 38, patah tulang dada selepas motosikalnya terbabas dan melanggar tiang elektrik di Kilometer 9, Jalan Gerik-Kuala Kangsar dekat Kampung Tawai, di sini.

Mohd Khairul Nizar berkata, ketika kejadian, dia bersama lapan lagi rakan lain dalam perjalanan ke Kota Bharu.

Sementara itu, jurucakap polis yang ditemui mengesahkan kemalangan itu dan mangsa dikatakan terbabas seorang diri menyebabkan motosikal yang ditungganginya merempuh penghadang jalan sebelum melanggar tiang elektrik.

"Kami bertolak kira-kira jam 8 pagi dari Kuala Kangsar dan Mohd Faizul berada di belakang sekali menunggang dalam kelajuan sederhana.

"Kemungkinan ketika melalui satu selekoh di hadapan Sekolah Kebangsaan Tawai, Mohd Faizul hilang kawalan sehingga motosikalnya terbabas ke kiri jalan dan merempuh besi penghadang jalan sejauh kira-kira lima meter.
"Berikutan itu, motosikalnya terlanggar tiang elektrik sehingga patah sebelum tercampak ke dalam longkang sedalam kira-kira satu meter," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam.

Sementara itu, jurucakap polis yang ditemui mengesahkan kemalangan itu dan mangsa dikatakan terbabas seorang diri menyebabkan motosikal yang ditungganginya merempuh penghadang jalan sebelum melanggar tiang elektrik.

“Mangsa cedera di beberapa anggota badan termasuk patah tulang dada, tetapi keadaannya dilaporkan stabil sebelum dihantar ke Hospital Gerik oleh orang ramai," katanya.
Berita Harian Online | Kumpulan konvoi tak sedar rakan terbabit nahas

1,000 penduduk Kota Marudu dibawa ke tempat selamat

Berita Harian Online | 1,000 penduduk Kota Marudu dibawa ke tempat selamat

1,000 penduduk Kota Marudu dibawa ke tempat selamat


2011/01/02

KOTA MARUDU: Hujan lebat melanda daerah ini sejak dua minggu lalu menyebabkan pemindahan penduduk beberapa kampung yang terbabit dalam projek pembinaan Empangan Milau, di sini terpaksa dipercepatkan bagi mengelakkan mereka terperangkap dalam banjir.

Ia berikutan kawasan tadahan hujan di empangan itu mula dinaiki air sejak dua minggu lalu, sekali gus 119 keluarga membabitkan kira-kira 1,000 penduduk terpaksa dipindahkan dengan segera ke penempatan semula. Setakat ini, 90 keluarga sudah dipindahkan, manakala baki 29 keluarga lagi akan dipindahkan tidak lama lagi.
Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Dr Maximus Ongkili, berkata antara penduduk yang sudah dipindahkan adalah dari Kampung Garau, Kiopu, Bonduk, Narandang and Nongkul dengan kerajaan negeri menyediakan rumah baru lebih selesa untuk mereka di dua kawasan penempatan semula kira-kira 15 kilometer dari kampung asal.
"Walaupun kawasan penempatan semula itu belum sempurna dari aspek sistem saliran, bekalan air bersih, rumah ibadat dan padang rekreasi, pemindahan terpaksa dipercepatkan kerana kawasan tadahan air itu mula dinaiki air," katanya ketika melawat Kampung Garau, di sini semalam.

Empangan Milau yang mula dibina pada 2008 mampu membekalkan 55 juta liter air sehari ke seluruh daerah ini dan Kudat. Pembinaannya menyebabkan penduduk di kawasan sekitar enam kilometer persegi terpaksa dipindahkan ke kawasan tinggi. Empangan setinggi kira-kira 35 meter itu setakat ini sudah dinaiki air 25 meter.

Ongkili berkata, beliau sudah berbincang dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mengenai nasib penduduk yang dipindahkan.

"Jabatan Kerja Raya negeri memberi jaminan tidak akan membayar kontraktor yang membina rumah penduduk jika mereka tidak menyempurnakan sistem saliran dan pelbagai aspek lain," katanya.

Sindiket tipu kad kredit, cek tumpas

Berita Harian Online | Sindiket tipu kad kredit, cek tumpas


Oleh Suhana Roslan
suhanaroslan@bharian.com.my
2011/01/02

Jadikan rumah sewa markas operasi

SERDANG: Polis berjaya menumpaskan sindiket penipuan cek dan kad kredit membabitkan nilai keseluruhan hampir RM3 juta dengan tertangkapnya lima anggota kumpulan itu di dua lokasi berasingan termasuk rumah sewa yang dijadikan markas pemprosesan dokumen di Taman Bukit Desa, dekat sini tiga hari lalu.
Semua suspek berusia antara 22 hingga 35 tahun diberkas dalam tempoh kurang 24 jam selepas polis membuat pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) di Pangsapuri Desa Saujana sebaik menerima laporan seorang lelaki mengenai rumahnya dipecah masuk.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata polis kemudian bergegas ke sebuah stesen minyak di Taman Sungai Besi Indah sebelum menahan seorang lelaki berusia 30-an yang memandu kereta Nissan Sentra dalam keadaan mencurigakan.

“Lelaki yang bekerja di sebuah hotel di ibu negara ditahan selepas ujian air kencingnya positif dadah dan suspek juga mengaku terbabit kes pecah rumah di Desa Saujana. Hasil soal siasat, polis menerima maklumat kumpulan itu terbabit dalam kes penipuan cek dan kad kredit sebelum menyerbu markas mereka di Taman Bukit Desa,” katanya.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, di sini semalam, beliau berkata, polis turut merampas peralatan untuk meminda cek termasuk mesin cetak, komputer, alat pengimbas, wang kertas palsu, sembilan walkie talkie, 2,501 cek pelbagai bank, sekeping surat belian barangan kemas bernilai RM64,000 dan jongkong emas.

Katanya, sebuah kereta jenis Mercedes Benz E240 yang sudah dilupuskan di Singapura, sebuah kereta Mitsubishi Lancer dan sebuah Nissan Sentra dikenal pasti digunakan anggota sindiket itu untuk melakukan kes pecah rumah sekitar Desa Saujana dan Taman Sungai Besi.
“Ujian kencing ke atas lima suspek berkenaan mendapati mereka positif dadah jenis methaphetamine. Malah polis turut menemui beberapa jenis dadah disyaki syabu, ketamin dan pil eramin 5 dalam rumah sewa mereka itu dengan anggaran berat kasar 42 gram. Bagaimanapun mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya.

Mereka kini ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Lebih 1,000 burung mati berguguran di Arkansas

Berita Harian Online


2011/01/02

BEEBE, Arkansas: Pegawai mergastua sedang cuba mencari punca lebih 1,000 burung hitam mati dan berguguran dari udara di sekitar sebuah bandar di Arkansas.

Suruhanjaya Mergastua dan Ikan Arkansas menyatakan ia mula menerima laporan mengenai kejadian itu pada 11.30 malam kelmarin.

Burung terbabit jatuh di kawasan seluas dua kilometer dan pemantauan dari udara mendapati tiada bangkai burung dilihat di luar kawasan berkenaan.
Ahli ornitologi suruhanjaya itu, Karen Rowe berkata burung berkenaan menunjukkan tanda-tanda trauma fizikal dan beliau mengesyaki 'kawanan burung itu mungkin disambar petir atau terkena hujan batu'.

Beliau juga menolak kemungkinan burung terbabit diracun.

Menurut suruhanjaya itu, tindakan membakar bunga api ketika menyambut tahun baru mungkin menyebabkan burung berkenaan terkejut lalu meninggalkan sarang dan mati akibat tertekan. - AP"

Pam minyak berselerak dipercayai angkara pencuri

Kosmo! Online - Terkini: "
02/01/2011 5:00pm

GUA MUSANG - Orang ramai yang ingin mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Rancangan Tanah Felda Aring Satu, dekat sini, pagi ini terkejut apabila melihat pam minyak di stesen terbabit tercabut dan ditinggal berselerak.

Pam berkenaan dipercayai dicabut sekumpulan pencuri tetapi gagal membawanya kerana bimbang untuk memotong kabel elektrik yang tersangkut di pam berkenaan.

Pengurus Kedai D’Mart Felda Trading Sdn. Bhd., Suraidi Yusoff berkata, beliau menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan oleh seorang peneroka yang ingin mengisi minyak motosikalnya pada kira-kira 7 pagi ini.

'Saya bergegas ke tempat itu dan melihat pam minyak tumbang selepas pencuri membuka skru, tetapi gagal membawa lari dipercayai takut kabel elektrik meletup,” katanya. - Bernama"

Lelaki hampir putus tangan akibat ditetak

Kosmo! Online - Terkini: "
02/01/2011 5:51pm

GEORGETOWN - Seorang lelaki hampir putus tangan kanannya selepas ditetak oleh sekumpulan lelaki yang bersenjatakan parang berhampiran sebuah hotel di Jalan Persiaran Gurney, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, dalam kejadian pukul 3.40 pagi, mangsa yang berusia 29 tahun dipercayai diserang sekumpulan lelaki menyebabkannya mengalami kecederaan parah di tangan, muka dan beberapa bahagian badan.

Polis yang bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat maklumat awam mendapati mangsa dalam keadaan parah, manakala kesemua suspek melarikan diri, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

'Siasatan awal di tempat kejadian menemui empat bilah parang disembunyikan di bawah kerusi batu serta tepi pokok dan kesan darah di bahagian bonet beberapa buah kereta di depan hotel berkenaan,” katanya. - Bernama"

Polis buru suspek buang mayat bayi

Kosmo! Online - Terkini: "

BACHOK - Polis sedang giat memburu suspek yang terlibat dalam kes pembuangan mayat seorang bayi perempuan di tapak pelupusan sampah di Beris Lalang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Yahya Salleh berkata, pihaknya percaya suspek dari Kota Baharu berdasarkan siasatan daripada keterangan beberapa saksi kejadian.

“Siasatan awal kita mendapati mayat berkenaan dijumpai bersama longgokan sampah yang dibuang lori dari Majlis Daerah Kota Baharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) ke tapak pelupusan sampah di sini, justeru kita percaya perkara itu dilakukan individu di daerah berkenaan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Yahya turut tidak menolak kemungkinan suspek terlibat mungkin juga dari daerah-daerah lain yang cuba membawa mayat berkenaan lebih jauh dari kawasan kediaman mereka. - Bernama"

"Mayat wanita bogel hampir reput ditemui dalam belukar

Kosmo! Online - Terkini:
02/01/2011 6:39pm

BUKIT MERTAJAM - Mayat wanita dalam keadaan bogel dan hampir reput dipercayai dibunuh ditemui di kawasan belukar berhampiran ladang kelapa sawit di Berapit, di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Zahruddin Abddullah berkata, mayat wanita dipercayai berbangsa Cina itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan kira-kira 10.30 pagi.

'Sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat daripada orang awam dan menemui mayat berkenaan dalam keadaan tertiarap,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata, polis percaya mangsa dibunuh dalam sebuah pondok milik Perbadanan Bekalan Air (PBA) yang terletak kira-kira 20 meter dari kawasan mayat ditemui berdasarkan terdapat kesan darah di situ sebelum mayatnya diseret dan dibuang di kawasan belukar.

Setakat ini polis belum dapat mengenal pasti identitinya ekoran tiada sebarang pengenalan diri ditemui bersama mayat terbabit, katanya. - Bernama"

Bayi baru lahir ditemui lemas dalam tandas

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

02/01/2011 4:57pm

SERIAN, 2 Jan. - Seorang pencuci tandas di Hospital Serian di sini menjumpai mayat seorang bayi perempuan dalam sebuah tangki simburan tandas kira-kira jam 5.00 petang semalam.

Pekerja terbabit Masitah Laden berkata, bayi tersebut yang beratnya sekitar satu kilogram dan cukup sifatnya dipercayai baru saja dilahirkan berdasarkan kepada keadaan tali pusatnya.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Jemali Umi yang mengesahkan laporan tersebut berkata, polis telahpun menghantar mayat bayi terbabit ke Hospital Umum Kuching untuk bedah siasat.

Beliau berkata, polis masih menyiasat kes tersebut dan setakat ini belum ada sebarang suspek ditahan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian itu diminta tampil membuat laporan di balai polis berdekatan. - Bernama"
utusan

Tumpat pula dijangka dilanda banjirerkini

Utusan Malaysia Online - Terkini:

02/01/2011 6:22pm

RANTAU PANJANG 2 Jan. - Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan menjangkakan daerah Tumpat bakal dilanda banjir dalam tempoh terdekat berikutan paras air di hulu Sungai Golok yang semakin surut.

Setiausahanya, Roslee Mamat berkata, limpahan air di hulu sungai tersebut telah mula turun ke kawasan muara dan akan menyebabkan kawasan rendah di Tumpat dinaiki air.

Beliau berkata, pihaknya sedang bersiap sedia untuk menghadapi keadaan tersebut tetapi menjangkakan ia tidak serius kerana berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi, taburan hujan tidak terlalu tinggi di negeri ini.

'Lazimnya air di hulu akan mula turun ke kawasan hilir dan disebabkan itu kita mula bersiap sedia untuk menghadapi banjir di Tumpat.

'Biar pun keadaan cuaca yang semakin baik, kita masih tetap berjaga-jaga selagi musim tengkujuh belum berakhir Mac ini dan berdasarkan sejarah lalu, negeri ini pernah dilanda banjir pada Januari dan Februari, malah ada juga tahun yang langsung tidak dilanda banjir. Jadi ini bukan satu fenomena yang pelik,' katanya ketika ditemui di pusat pemindahan banjir Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad di sini, hari ini. - Utusan"

Mangsa Banjir Di Kelantan Makin Bertambah

Jumlah penduduk yang dipindahkan akibat  banjir di Rantau Panjang, Kelantan meningkat kepada 494 orang pagi tadi, berbanding 280 orang semalam. Jurucakap bilik gerakan banjir ibu pejabat kontinjen Kelantan berkata tiga pusat pemindahan dibuka untuk menampung peningkatan mangsa banjir.

Pusat pemindahan ialah di Stesen Keretapi Malaysia Berhad Rantau Panjang, Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi dan Sekolah Kebangsaan Cina Rantau Panjang.

Kesemua 494 mangsa daripada 130 keluarga itu dipindahkan secara berperingkat sejak malam semalam sehingga pagi tadi.

Paras air sungai golok pagi tadi berada pada 10.13 meter, iaitu melebihi paras bahaya 9 meter manakala paras air di tujuh lagi sungai utama adalah normal.

Jurucakap bilik gerakan banjir IPK Kelantan berkata laluan di kilomtere 10, jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang, Kampung Siram dan Kilometer 11 jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu, turut dinaiki air dan ditutup kepada kenderaan ringan.

Banjir, tujuh buah sekolah di Kelantan ditutup


02/01/2011 6:22pm

KOTA BHARU 2 Jan. - Sebanyak tujuh buah sekolah iaitu enam sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di negeri ini ditutup akibat banjir.
Pengarah Pelajaran negeri, Hussain Awang berkata, sekolah terbabit ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Rantau Panjang (1), SK Rantau Panjang, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kay Boon, dan SK Lubok Stol di Rantau Panjang.
Beliau berkata, dua buah sekolah di daerah Tumpat iaitu SK Bendang Pak Yong dan SK Simpangan turut ditutup selepas dinaiki air.
"Semua sekolah ini ditutup kerana air masih banyak, bila dibuka semula kita tengok perkembangan esok. Setakat ini, keadaan paras air di Rantau Panjang dilaporkan semakin surut, tetapi di Tumpat paras air semakin naik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini. - Utusan

Makhluk halus tinggalkan RM10




2011/01/02

Rumah ibu tunggal, keluarga kena ganggu 

KOTA BHARU: Rumah misteri yang dikatakan diganggu makhluk halus di Kampung Bunga Emas, Panambang, dekat sini sejak seminggu lalu terus mendapat perhatian dan dikunjungi orang ramai.Kemuncak kepada perhatian orang ramai apabila pemilik rumah berkenaan, Zainab Sulaiman, 75, memanggil bomoh untuk menghalau makhluk halus itu petang semalam.
Malah ketika bomoh berkenaan, Abdul Razak Mohamad, 50, melakukan kerja menjampi di ruang tamu rumah itu tiba-tiba keluarga itu dikejutkan dengan kejadian kebakaran pada kain dan tilam di bahagian dapur dan bilik tidur Zainab. 

Zainab berkata, gangguan itu agak reda sedikit selepas penduduk kampung mengadakan solat hajat secara beramai-ramai selepas solat Jumaat semalam. 

“Kira-kira jam 3 petang semalam, saya terjumpa sekeping wang kertas bernilai RM10 yang tercatat dakwat merah ditulis perkataan ‘Selamat Tinggal Semua’ dipercayai dilakukan oleh makhluk halus itu,” katanya kepada pemberita. 

Sejak seminggu lalu, gangguan makhluk halus itu semakin kerap berlaku apabila beratus-ratus helai pakaian Zainab dan cucunya dibakar dan dikoyakkan selain membakar tilam, selain merosakkan beras dengan mencampurkan dengan pewarna serta budu. 
“Memang cara makhluk halus ini mengganggu kami seolah-olah sengaja mengkhianati dan berdendam dengan keluarga kami,” kata Zainab, seorang ibu tunggal yang kematian suami sejak 30 tahun lalu. 

Zainab berkata, beliau sudah puas berikhtiar sehinggalah Anggota Dewan Undangan Negeri Kijang, Wan Ubaidah Wan Omar membantu mendapatkan bomoh. 

Gangguan makhluk halus itu kebiasaannya berlaku antara jam 7 pagi hingga malam pada setiap hari. 

“Kadang-kadang kelihatan api menyala di bahagian tamu rumah, apabila kami berkejar memadamkan kebakaran itu, kelihatan pula api menyala di bahagian dapur dan dalam bilik pula. 

“Kami sudah membaca ayat al-Quran dan berdoa supaya dilindungi daripada gangguan makhluk halus itu, tetapi tidak juga dapat dihapuskan, sehinggalah kami panggil bomoh dan solat hajat beramai-ramai,” katanya. – BERNAMA 

3 maut, 43 cedera pesawat meletup di Siberia




2011/01/02

MOSCOW: Sebuah jet penumpang membawa 124 penumpang, terbakar ketika bergerak di landasan bersalji di Siberia dan meletup, menyebabkan tiga orang terbunuh dan 43 cedera, termasuk enam yang melecur teruk. 

Sebilangan besar penumpang dan anak kapal dikeluarkan sebelum letupan itu walaupun mereka menyifatkan keadaan kelam kabut apabila asap memenuhi kabin pesawat Tu-154 itu manakala penumpang berebut untuk keluar.Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Vadim Grebennikov berkata kebakaran bermula di bahagian enjin ketika pesawat berkenaan bergerak untuk berlepas, menyebabkan letupan kuat yang memusnahkannya.
Pesawat milik syarikat penerbangan Kogalymavia, sepatutnya terbang dari bandar barat Siberia, Surgut, ke Moscow. - AP 

Perkataan terakhir sebelum lemas

DUNGUN: “Adik tak minum dah susu tu, adik dah besar dah nak sekolah,” itulah kata-kata terakhir seorang kanak-kanak perempuan yang dikhuatiri lemas di Kampung Seberang Pintasan, dekat sini, petang kelmarin.
Durani Arfah Masrol, 3, berkata demikian kepada ibunya Afizah Abd Rashid, 28, selepas melihat ibunya menyimpan susu yang baru dibeli ke dalam almari di dapur rumahnya, kira-kira jam 9 pagi.

Afizah berkata, sebelum kejadian anak bongsunya meminta dia membuat sebotol susu untuknya ketika dia bersarapan nasi goreng bersama abang dan kakaknya.

“Ketika menyimpan susu yang baru dibeli ke dalam almari, dia tiba-tiba menunjukkan jarinya ke arah susu yang saya simpan sambil menyebut tidak mahu minum lagi susu itu.

“Saya tidak menyangka kata-kata dan permintaan akhir susunya itu adalah penyudah bahawa dia akan pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.

Afizah berkata, ketika memasak dia ada sekali menjengah di luar rumah dan mendapati arwah anaknya bermain bersama kakak dan abangnya.


Katanya, selesai memasak, dia mendapati ketiga-tiga anaknya tiada di rumah dan tidak menjangka sesuatu kejadian buruk kerana anaknya biasa bertandang ke rumah jiran iaitu pengasuh mereka.

“Saya tidak menjangka kejadian buruk menimpa Durani Afah kerana dia tidak pernah bermain jauh, termasuk bermain di tepi longkang di depan rumah,” katanya Menurutnya, dia mendapati Durani Arfah tidak bersama abang dan kakaknya sebaik kedua-dua anaknya pulang ke rumah kira-kira jam 12.30 tengah hari dan mereka tidak tahu di mana dia pergi.
“Hati saya gelisah dan saya mencari dia merata-rata di rumah jiran namun mereka mendakwa tidak nampak anak saya dan hati kecil mula menaruh kebimbangan sebelum menghubungi suami di tempat kerja,” katanya.

Katanya, suaminya dan penduduk kampung mula mencari dan menemui sepasang selipar dan payung milik arwah di tepi longkang kira-kira 50 meter dari rumah.

“Saya mengesyaki anak terjatuh ke dalam longkang sebelum penduduk kampung menghubungi polis dan melancarkan gerakan mencari dan menyelamat,” katanya.

Menurutnya, anaknya akan memasuki pra sekolah di Tabika Kemas dan dia menyiapkan semua kelengkapan, termasuk pakaian dan peralatan sekolah.

“Malam semalam (kelmarin) dia mencuba pakaian sekolahnya di depan cermin dan memaklumkan dia tidak sabar lagi untuk ke sekolah.

“Saya tidak menyangka perlakuannya yang terakhir dan saya terpaksa akur dengan apa disuratkan Ilahi,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Nor ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.

Surat RM300 ganti pasport

SEMBUNYI... seorang pendatang tanpa izin cuba bersembunyi
SEMBUNYI... seorang pendatang tanpa izin cuba bersembunyi

JOHOR BAHRU: Satu sindiket yang membawa masuk pendatang asing tanpa izin bekerja di negara ini ‘menjual’ surat sokongan kononnya atas nama seorang individu di Pahang, sebagai pasport sah.
Surat terbabit yang dibeli pada harga RM300 kononnya adalah ganti kepada pasport dan boleh digunakan untuk keluar masuk serta bekerja di negara ini.

Pendatang tanpa izin yang ditahan, Abdullah Said, 40-an, berkata dia membayar RM300 bagi mendapatkan surat sokongan itu.

“Surat ini saya peroleh daripada seorang individu ketika mencari kerja di sini, saya diyakinkan surat itu adalah ganti kepada pasport dan sah.

“Saya membayar RM300 untuk mendapatkannya bagi diri saya serta keluarga pada Januari 2008,” katanya yang bekerja kilang.

Perkara itu didedahkan selepas Jabatan Imigresen Johor menyerbu lebih 30 rumah di Kampung Mulia, Sungai Tiram di sini, malam kelmarin.


Dalam Ops Sapu kira-kira lima jam itu, 65 Pati warga Kemboja ditahan tetapi ada yang sempat melarikan diri ke ladang getah dan kelapa sawit berhampiran.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Imigresen (2) Johor, Amzari Abdul Jalil berkata, pihaknya yakin aktiviti menjual surat sokongan itu dilakukan sindiket yang membawa masuk pendatang.
“Semua yang ditahan menunjukkan sekeping surat dengan cop juga tandatangan individu berkenaan, tetapi pemeriksaan mendapati ia tidak benar.

“Sindiket menggunakan surat terbabit untuk mengambil kesempatan terhadap Pati yang terdesak mendapatkan kerja,” katanya.

Amzari berkata, hanya pasport tulen boleh dijadikan bukti kemasukan seseorang warga asing dan bukan sekeping kertas dengan tandatangan individu tertentu.

Dalam serbuan itu, seorang bayi berusia tiga bulan ditemui dipercayai sengaja ditinggalkan ibu bapanya yang melarikan diri bagi mengelak ditahan.

“Operasi membabitkan 80 pegawai dan anggota dilakukan hasil maklumat awam dan intipan selama dua minggu, seramai 37 wanita, 13 lelaki serta 15 kanak-kanak berusia 10 tahun hingga 40-an ditahan untuk membantu siasatan.

“Bayi berusia tiga bulan itu pula akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk penjagaan sementara, manakala yang lain dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nanas, Pontian untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, semua pendatang tanpa izin itu disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit sah.

Lelaki gelabah terjun sungai

IPOH: Gelabah selepas ditahan dalam sekatan jalan raya, seorang lelaki berusia 20-an bukan saja lari meninggalkan teman wanitanya yang membonceng motosikalnya, malah terjun ke sungai berhampiran bagi menyelamatkan diri ketika operasi bersepadu sempena sambutan tahun baru di sini, awal pagi semalam.
Difahamkan, lelaki itu yang tidak memiliki lesen memandu bertindak demikian selepas ditahan dalam sekatan jalan raya selain membiarkan teman wanitanya berusia 20-an menanggung malu dan disoal siasat polis yang terbabit dalam operasi itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi di Jalan Sultan Idris Shah, lelaki berkenaan terjun ke Sungai Kinta bagi menyelamatkan diri sebaik motosikal dinaiki bersama teman wanitanya ditahan.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam danTrafik Ipoh, Deputi Superintendan Mohd Rodzi Rejab berkata, kegilaan penunggang motosikal itu antara sikap tidak masuk akal dilakukan sekumpulan samseng jalan raya yang berkeliaran di sekitar beberapa jalan utama sekitar daerah ini awal pagi semalam.

Katanya, ada juga penunggang motosikal cuba mengelak sekatan jalan raya di Jalan Sultan Idris Shah, di sini, menyebabkan anggota Rela yang bertugas di lokasi berkenaan terpaksa menendangnya sehingga jatuh.

“Penunggang motosikal berusia 20-an bersama pasangannya cuba melepasi sekatan jalan raya, namun anggota Rela berjaya menendangnya sehingga jatuh daripada motosikal. Siasatan mendapati lelaki itu tiada lesen memandu.


“Pada masa sama, empat penunggang dan pembonceng, termasuk satu pasangan berusia 20-an, ditahan kerana cuba melarikan diri daripada sekatan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mohd Rodzi berkata, operasi ambang tahun baru itu membabitkan tiga fasa bermula jam 6 petang kelmarin sehingga 7 pagi semalam yang dijalankan di beberapa jalan utama di bandar raya itu seperti Jalan Raja Dr Nazrin Shah, Jalan Sultan Idris dan Jalan Raja Musa Aziz.

Cari wang tipu wanita

TERPEDAYA... ramai wanita ditipu kasanova cap ayam dengan menyerahkan wang.

TERPEDAYA... ramai wanita ditipu kasanova cap ayam dengan menyerahkan wang

KUALA LUMPUR: Dia ‘mengayat’ wanita yang tidak mempunyai rupa paras menarik dan mengikis duit mereka sebelum menggunakan wang itu untuk memikat dan menaja gadis cun hingga ramai terperangkap dengan jerat cinta palsunya.
Begitulah taktik licik seorang kasanova ‘cap ayam’ yang tidak mempunyai kelebihan daripada segi paras rupa dan bentuk tubuh, tetapi bijak bersandiwara dan meraih simpati untuk mencari mangsa.
Tembelang kasanova itu didedahkan seorang wanita yang pernah terperangkap dengan ‘cinta palsu’ dijanjikan lelaki terbabit.

Mahu dikenali sebagai Farah, 31, dia mengakui sudah ‘berhabis’ kira-kira RM20,000 untuk kasanova berusia 30-an itu.


“Dia tidaklah hensem, gemuk pula, tetapi ayat cinta yang diluahkan membuatkan saya ‘cair’. Pada masa sama dia mengaku kononnya menghidap penyakit kanser, membuatkan saya bersimpati kepadanya.

“Satu ketika, saya sanggup meminjam daripada bank sebanyak RM20,000 untuk diserahkan kepadanya selepas dia meminta wang itu untuk merawat penyakitnya.

“Dia kata dia sudah tenat dan perlukan wang dengan segera untuk berubat,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.

Menurut Farah, selepas meminjamkan wang itu, lelaki terbabit sering mengelak untuk bertemu dan menjauhkan diri.

“Sejak itu saya syak ada sesuatu yang tidak kena. Saya buat siasatan sendiri, termasuk daripada ahli keluarganya, dan terbongkarlah tembelangnya. Rupa-rupanya dia kasanova yang mencari wang dengan menipu orang lain.

“Dia tipu wang wanita yang tak cun dan menggunakan wang itu sebagai modal untuk mencari cinta di kalangan wanita cun.

“Wanita cun ditaja habis-habisan... dibawa bercuti dan dibelikan pelbagai barangan berjenama,” katanya yang enggan membuat laporan polis kerana malu diperdaya lelaki terbabit.

Farah yang berkenalan dengan lelaki itu menerusi laman sembang mengakui berjaya mengesan lapan lagi mangsa penipuan kasanova terbabit.

“Selain laman sembang, dia menggunakan laman sosial seperti Facebook dan Hifi untuk mencari mangsa.

“Dia juga menipu pekerjaan dilakukan, kononnya termasuk dalam golongan profesional seperti doktor dan peguam. Walhal, dia tidak bekerja dan hanya mencari wang dengan menipu wanita,” katanya yang mengenali kasanova itu sejak awal tahun lalu.

Beberapa mangsa lain yang ditemui Farah mengakui kasanova terbabit menggunakan pelbagai nama, antaranya Carl Iskandar, dan turut menggunakan taktik sama.

Malah lebih menyedihkan, ada yang sampai ke tahap menyerahkan kehormatan kepada lelaki itu.

“Yang cun dijanjikan cinta... janji hendak berkahwin sehingga ada yang tergadai ‘body’. Mujur saya tidak sampai ke tahap itu.

“Dia hanya memeras habis-habisan wang saya untuk kepentingan dirinya,” katanya.

Farah mengakui mengenali lelaki itu adalah kesilapan paling besar pernah dilakukannya.

“Saya bukan mahu mendedahkan aib orang, tetapi ini pengajaran untuk wanita lain di luar sana. Jangan terlalu mudah mempercayai lelaki yang dikenali menerusi Internet.

“Jangan percaya dengan lelaki yang kita tidak tahu latar belakangnya. Walaupun dia melutut menagih simpati, biarkan saja kerana saya sudah merasa peritnya ditipu apabila terpaksa ‘mengikat perut’ membayar balik pinjaman yang dibuat, malah masa saya juga banyak terbuang melayan kerenahnya,” katanya.

Farah turut yakin, sehingga hari ini lelaki itu masih bergiat aktif menipu wanita di laman web sosial.

“Ada ahli keluarganya beritahu dia sentiasa ada wang. Bagaimana ada wang jika tidak bekerja?” katanya.

Peralat anak buat maksiat

TAHAN... antara pasangan yang ditangkap khalwat dalam operasi di hotel sekitar Kuala Lumpur, semalam.
TAHAN... antara pasangan yang ditangkap khalwat dalam operasi di hotel sekitar Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR: Tembelang seorang wanita memperalatkan anak kecilnya berusia dua tahun sebagai penyelamat untuk menutup perbuatan sumbang terbongkar apabila dia ditahan pihak berkuasa ketika melampiaskan nafsu bersama kekasih hatinya, seorang warga asing, dalam bilik hotel di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, di sini, semalam.
Dalam serbuan kira-kira jam 4 pagi itu, perbuatan maksiat wanita berusia 40-an itu terbongkar selepas dia dan teman lelakinya warga Bangladesh dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ketika menjalankan operasi cegah maksiat sempena sambutan tahun baru.
Sumber berkata, pasangan terbabit menggunakan pelbagai alasan dan berkeras menafikan mereka berkhalwat dan mengaku berkahwin beberapa tahun lalu.

Katanya, wanita itu mendakwa mereka tidak melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang dan kepenatan selepas bersiar- siar di Dataran Merdeka.


“Pada mulanya wanita itu mendakwa bayi terbabit adalah hasil perkahwinan mereka kira-kira setahun lalu. Bagaimanapun, tembelang wanita terbabit pecah apabila mengaku baru mengenali lelaki itu beberapa jam sebelum tahun baru sebelum dibawa ke hotel berkenaan,” katanya.

Berikutan itu, Jawi mengeluarkan saman mengikut Seksyen 27 Akta 559 (a) (b) Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 kerana disyaki berkhalwat.

Dalam serbuan berasingan di hotel sama, dua remaja terkejut dan menangis teresak-esak selepas tergamam bilik ‘asmara’ mereka diserbu penguat kuasa.

Kedua-dua remaja, masing-masing berusia 18 dan 19 tahun, merayu dilepaskan dan mendakwa tidak berbuat apa-apa, sebaliknya hanya mendaftar di hotel untuk tidur selepas kepenatan menyambut tahun baru.

Difahamkan, mereka yang baru tiba dari Sabah ingin bermalam di hotel hanya sehari sebelum ke Johor untuk berjumpa ahli keluarga remaja wanita terbabit.

“Remaja itu mendakwa akan bertunang beberapa hari lagi, namun kita akan panggil ibu bapa mereka untuk soal siasat lanjut bagaimana mereka boleh sampai ke ibu kota,” katanya.

Mereka antara 20 orang membabitkan 11 pasangan kekasih berusia antara 18 hingga 40 tahun yang ditahan dalam operasi mencegah maksiat sempena sambutan tahun baru, membabitkan kira-kira 30 pegawai penguat kuasa Jawi.

Operasi bermula jam 12 tengah malam hingga 6 pagi semalam itu antara usaha berterusan Jawi bagi ‘membersihkan’ ibu kota daripada dicemari gejala maksiat, malah membendung budaya pembuangan bayi.

Empat rumah Kristian di Iraq diserang militan




BAGHDAD: Militan menyerang sekurang-kurangnya empat rumah penganut agama Kristian di Baghdad dengan bom dan bom tangan malam kelmarin, menyebabkan dua terkorban dan 16 cedera, menurut laporan semalam.
Letupan berlaku selepas militan yang ada kaitan dengan AlQaeda mengancam hendak meningkatkan serangan ke atas penganut Kristian semasa cuti Krismas.Pada 31 Oktober lalu, 68 orang terkorban apabila sekumpulan orang bersenjata menyerang dan menahan tebusan di sebuah gereja Katolik di Baghdad.Sumber polis dan Kementerian Dalam Negeri Iraq berkata sehingga 10 letupan telah berlaku.Serangan paling teruk berlaku di daerah Ghadir, timur Baghdad.Penyerang melempar dua butir bom tangan ke dalam rumah sebuah keluarga Kristian menyebabkan dua orang terbunuh dan lima lagi cedera, kata polis.Sebutir lagi bom yang dipasang di sebuah rumah Kristian di barat Baghdad meletup menyebabkan dua orang cedera.Jurucakap tentera Iraq di Baghdad, Mejar-Jeneral Qassim alMoussawi, mengesahkan bahawa dua orang terbunuh dan enam lagi cedera petang Khamis lalu.Menurut beliau, dua bom lain dapat dimatikan sebelum ia meletup.'Tujuan serangan ini adalah untuk menghalang penganut Kristian daripada menyambut cuti Tahun Baru,' kata Mejar-Jeneral Al-Moussawi.Belum ada sesiapa yang mengaku bertanggungjawab, tetapi serangan serupa itu biasanya angkara militan Sunni yang ada kaitan dengan Al-Qaeda.Ribuan penganut Kristian warga Iraq sudah pun melarikan diri ke utara negara itu kerana bimbang serangan selanjutnya.Sekitar 1,000 keluarga Kristian atau sekitar 6,000 penduduk sudah melarikan diri ke wilayah Kurdi atau negara jiran sejak serangan 31 Oktober lalu, kata Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) awal bulan ini.Paderi Mukhlis dari gereja Our Lady of Salvation di Baghdad, tempat insiden 31 Oktober berlaku, menyifatkan serangan kelmarin sebagai 'penindasan' terhadap penganut Kristian di Iraq.Pemimpin Kristian menganggarkan 400,000 hingga 600,000 penganut Kristian masih tinggal di Iraq.Sebelum Perang Iraq, jumlah mereka sebesar 1.4 juta orang. -- AP, AFP.

22 bandar ditenggelami air dalam banjir besar di Australia

HANYA TINGGAL BUMBUNG: Sebuah rumah ditenggelami banjir sehingga hampir ke bumbung di bandar Bundaberg, Queensland, timur laut Australia, semalam. -- Foto REUTERS

Kawasan terjejas lebih luas daripada gabungan Perancis dan Jerman


SYDNEY: Banjir di timur laut Australia menenggelamkan kawasan lebih besar daripada saiz Perancis dan Jerman yang digabung, menjejas 22 bandar dan menyebabkan 200,000 penduduk terkandas.
Ia memaksa lombong utama arang batu di Queensland dan pelabuhan utama eksport gula dan arang batu ditutup.Banyak firma perlombongan seperti Anglo American, Rio Tinto, BHP Billition, Xstrata dan Peabody Energy Corp terpaksa memperlahan atau menghentikan operasi.Banjir terburuk dalam tempoh 50 tahun itu berpunca daripada gejala La Nina yang membawa hujan lebat di timur laut Australia sepanjang dua minggu lalu.Sebanyak 41 kawasan di Queensland kini diisytihar kawasan bencana, kata Ketua Menteri Queensland, Cik Anna Bligh.'Ini satu tragedi yang sungguh meluas. Sebanyak 22 bandar kini ditenggelami air atau terputus hubungan. Ia menjejas 200,000 penduduk meliputi kawasan yang luasnya melebihi saiz Perancis dan Jerman yang digabungkan,' kata beliau.'Pada saat ini tiga sungai utama menjadi sumber banjir. Lebih 1,000 penduduk kini berada di pusat pemindahan, manakala ribuan lagi menginap di rumah sanak saudara atau sahabat handai,' kata Cik Bligh.'Di bandar utama seperti Rockhampton, air banjir yang sedang menuju ke hilir dijangka menyebabkan bah terbesar pernah kami alami. Kami akan menghadapi banyak masalah sebelum keadaan reda,' tegas beliau.Perdana Menteri Australia, Cik Julia Gillard, semalam melawat bandar Bundaberg dan bertemu penduduk yang berada di pusat pemindahan.'Ini satu bencana yang melanda seluruh Queensland,' kata Cik Gillard sewaktu mengumumkan bantuan sebanyak A$1 juta ($1.3 juta) kepada dana yang kini berjumlah A$6 juta.Kerajaan federal akan memberi bantuan tambahan kepada mangsa banjir, dengan setiap orang dewasa menerima A$1,000 dan kanak-kanak A$400, kata Cik Gillard dalam satu kenyataan.'Meskipun banjir cukup buruk, semua peringkat kakitangan kerajaan telah memberikan respons yang pantas,' kata beliau.Cik Gillard membatalkan rancangan hendak melawat Emerald selepas mengetahui minyak pesawat diperlukan para pekerja penyelamat.Beliau kemudian melawat Rockhampton, di pesisir timur laut.Semalam, bandar Bundaberg ditutup kepada semua kapal kerana adanya mendapan yang dibawa ke hilir oleh air bah, sementara lapangan terbang Rockhampton dijangka ditutup hujung minggu ini.Kerosakan besar tanaman dijangka menyebabkan harga pisang, mangga dan gula naik melambung.Para pegawai pula bimbang kekurangan makanan akan melanda kawasan yang kini terpisah akibat banjir dan kemungkinan dilanda masalah pencemaran air. -- AFP, Reuters, Bloomberg.

65 pendatang Kemboja ditahan



SEBAHAGIAN daripada pendatang asing tanpa izin dari Kemboja diperiksa selepas ditahan di Kampung Mulia, Sungai Tiram, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Sanggup meninggalkan anak berusia tiga bulan demi meloloskan diri daripada pihak penguat kuasa.
Itu yang dilakukan sebahagian daripada 65 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Kemboja yang ditahan termasuk 15 kanak-kanak pada satu serbuan oleh anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen di Kampung Mulia, Sungai Tiram di sini semalam.
Menurut Timbalan Penolong Pengarah II Jabatan Imigresen Negeri, Amzari Abdul Jalil, serbuan digelar Ops Sapu itu bermula pada pukul 2.30 pagi dan melibatkan 80 anggota.
Katanya, kesemua warga Kemboja terbabit melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah.
"Kami menahan 65 pendatang warga negara Kemboja yang terdiri daripada 37 wanita, 13 lelaki dewasa dan 15 kanak-kanak yang kesemuanya berusia lingkungan tiga bulan hingga 45 tahun.
"Ketika serbuan, mereka sedang nyenyak tidur dan ada yang sanggup meninggalkan anak masing-masing untuk menyorok di kebun getah berhampiran bagi mengelak ditahan," katanya kepada pemberita selepas selesai operasi berkenaan.

Datang dari Kedah memadu kasih




SEBAHAGIAN daripada remaja perempuan yang ditahan pada operasi cegah maksiat di Ampang malam kelmarin.




AMPANG - Seorang gadis sanggup datang dari Kedah semata-mata untuk meraikan sambutan Tahun Baru 2011 bersama kekasihnya yang bekerja di ibu negara.
Namun begitu, tindakannya itu mengundang padah apabila dia dan kekasihnya dicekup selepas mereka didapati berdua-duaan di dalam sebuah bilik hotel bajet di Cheras Indah di sini malam kelmarin.
Gadis yang berusia 25 tahun dan pasangannya yang berumur 26 tahun merupakan antara 142 pasangan beragama Islam yang ditahan pada operasi mencegah maksiat sempena Tahun Baru 2011 oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
Enam daripada pasangan itu ditahan ketika berada di dalam bilik hotel manakala selebihnya ditahan di tempat-tempat awam.

Korea Utara minta tamat konfrontasi


SEOUL 1 Jan. - Korea Utara hari ini meminta supaya konfrontasi dengan Korea Selatan dihentikan dan mendesak diadakan segera satu dialog antara kedua-dua negara.
Tiga akhbar rasmi Korea Utara termasuk Rodong Sinmun dalam satu artikel lidah pengarang bersama yang disiarkan oleh agensi berita negara KCNA berkata, konfrontasi antara utara dan selatan perlu dihentikan segera.
''Usaha aktif perlu dilakukan bagi membentuk satu suasana dialog dan kerjasama antara utara dan selatan dengan meletakkan kepentingan bersama bagi kedua-dua negara."
Bagaimanapun, sidang pengarang Tahun Baru itu sebanyak 6,000 perkataan itu tidak menyatakan cadangan perbincangan secara terperinci.
Ia sekadar mengulangi ayat sidang pengarang Tahun Baru, 12 bulan lalu yang menyatakan ''Perdamaian negara dan kerjasama harus dipromosi secara aktif."
Ia juga mengulangi keutamaan memansuhkan semua senjata nuklear dari Semenanjung Korea.
Dua bulan lalu, Korea Utara mendedahkan usaha untuk memperkayakan uranium, yang menggemparkan kuasa di rantau itu kerana ia akan membolehkan pembinaan bahan senjata nuklear gred kedua.
''Korea Utara konsistan dalam pendiriannya dan keinginan untuk mencapai kedamaian di Timur Laut Asia dan pemusnahan nuklear secara keseluruhan di Semenanjung Korea," kata sidang pengarang bersama itu.
Korea Utara keluar daripada rundingan enam pihak yang bertujuan memberi pampasan kepada langkah-langkah memansuhkan program nuklearnya, memanggil proses itu gagal kerana Amerika Syarikat (AS) ingin memusnahkan rejimnya.
Korea Utara sejak itu menyatakan keinginan untuk kembali kepada rundingan tetapi Washington dan Seoul berwaspda dengan kenyataan itu dan enggan dilihat terpedaya dengan taktik Pyongyang untuk meningkatkan tekanan, risiko dan kemudian memaksa kuasa serantau kembali berunding.
Bagaimanapun, Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak kini membuka pintu dialog dengan Pyongyang dan menyatakan krisis nuklear perlu diselesaikan melalui perbincangan enam hala termasuk dua negara Korea itu, AS, Jepun, Rusia dan China pada tahun ini. - Agensi

Kelantan, Terengganu banjir


PENDUDUK Kampung Kedai Lama, Rantau Panjang, Kelantan mula berpindah akibat banjir yang berlaku di kawasan itu, semalam. - Mingguan/AIZZUL A. Majid


KOTA BHARU 1 Jan. - Jumlah mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu semakin meningkat hari ini berikutan limpahan air sungai mula menenggelami beberapa kawasan di kedua-dua negeri itu.
Di Rantau Panjang, seramai 359 penduduk daripada 98 keluarga sekitar daerah ini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara selepas rumah mereka dinaiki air antara 30 sentimeter hingga satu meter berikutan limpahan air Sungai Golok disebabkan hujan yang kadangkala lebat sejak beberapa hari lalu.
Kesemua penduduk terbabit ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) dekat sini yang mula dibuka kira-kira pukul 11 pagi ini.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan berkata, setakat pukul 6 petang ini hanya sebuah pusat pemindahan yang dibuka bagi menempatkan kesemua mangsa berkenaan.
Beliau berkata, mangsa terbabit terdiri daripada lelaki dewasa seramai 92 orang, perempuan dewasa (115), kanak-kanak lelaki (82) dan kanak-kanak perempuan (70).
Menurut jurucakap itu, limpahan air Sungai Golok turut menyebabkan Jalan Pohon Tanjung-Jeram Perdah ditutup kepada semua kenderaan sejauh kira-kira satu kilometer selepas dinaiki air sedalam 1.4 meter.
"Sementara itu, Jalan Lalang Pepuyu-Rantau Panjang dekat Kampung Kubang Rambutan pula ditutup kepada kenderaan ringan sejauh 1.5 kilometer selepas dinaiki air sedalam 0.6 meter," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau berkata, paras air Sungai Golok sudah meningkat kepada 10.14 meter melebihi paras bahaya sembilan meter.
Sementara itu di Terengganu, jumlah mangsa banjir di Kampung Cacar, Paka, Dungun meningkat kepada 69 orang daripada 12 keluarga setakat pukul 2 petang ini berbanding 53 orang daripada tujuh keluarga malam semalam dan mereka kini ditempatkan di Dewan Serbaguna Kampung Cacar.
Pegawai Kebajikan Daerah Dungun, Wan Zabariah Wan Harun berkata, Kampung Padang Serai, Jalan Delima, Jalan Santong, Tanjung Hutang, Jalan Taman Indah dan Kampung Bukit Merah turut dinaiki air tetapi tiada penduduk dipindahkan setakat ini.

Pembedahan wajah Nurul Dahyatul 11 Januari


KUALA TERENGGANU 1 Jan. - Pembedahan ke atas wajah mangsa simbahan asid oleh bapanya sendiri, Nurul Dahyatul Fazlinda Khalid, 8, dijangka akan dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula pada 11 Januari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kesihatan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr. A. Rahman Mohktar bagaimanapun berkata, ia bergantung kepada laporan perubatan yang diterima sebelum tarikh berkenaan.
Katanya, jika laporan tersebut memuaskan, Nurul Dahyatul dijangka menjalani pembedahan yang dinamakan 'pembuangan parut dan penambahan kulit' di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dekat sini.
"Saya difahamkan bahawa kos untuk melakukan pembedahan ini tidak akan menelan belanja yang besar kerana ada dana khas yang diperuntukkan kepada pelajar sekolah untuk tujuan tersebut.
"Jika perlu, kerajaan negeri akan menanggung semua perbelanjaan itu kerana kita mempunyai segala kepakaran yang mencukupi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengunjungi rumah keluarga kanak-kanak malang itu di sini hari ini.
Nurul Dahyatul sebelum ini mengalami cedera parah di bahagian muka akibat disimbah asid dalam kejadian yang turut melibatkan ibu, adik dan neneknya Oktober tahun lepas.
Dia dijangka akan memulakan sesi persekolahan Isnin ini.

Lindsay Lohan keluar pusat pemulihan


LOS ANGELES 1 Jan. - Aktres kontroversi, Lindsay Lohan akan keluar dari pusat pemulihan Klinik Betty Ford pada Selasa ini setelah selesai menjalani rawatan pemulihan selama tiga bulan atas kebenaran mahkamah.
Lohan secara sukarela memasuki pusat pemulihan itu pada 27 September lalu, tiga hari selepas dia melanggar tempoh percubaannya disebabkan kesalahannya memandu dalam keadaan mabuk.
Hakim Mahkamah Tinggi, Judge Elden Fox membenarkan Lohan, 24, memasuki pusat pemulihan itu daripada dimasukkan ke dalam penjara atas kesalahan tersebut.
Namun, hakim itu menetapkan tarikh paling awal Lohan boleh dibebaskan ialah pada 3 Januari ini bagi mengelakkannya terlibat dengan sebarang parti sempena sambutan Tahun Baru.
Bapanya, Michael Lohan berkata, dia sibuk membuat persiapan untuk anaknya yang akan berpindah ke rumah baru di Los Angeles sebaik-baik pelakon itu meninggalkan pusat pemulihan tersebut.
Awal Disember lalu, Lohan disiasat kerana didakwa mengasari seorang pekerja Klinik Betty Ford.
Pekerja itu telah dipecat setelah memberi kenyataan berhubung kejadian itu.
Lohan masih dalam peringkat pemerhatian berhubung kes memandu di bawah pengaruh dadah pada 2007 dan dia akan kembali semula ke mahkamah pada 25 Februari ini dan bakal menjalani ujian dadah secara rawak bagi tempoh pembebasannya dari pusat pemulihan itu sehingga ke tarikh dia dihadapkan ke mahkamah. - AGENSI