Search This Blog

Wednesday, December 21, 2011

Sindiket edar syabu RM500,000 tumpas

IPOH 20 Dis. - Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang bergiat aktif di negeri ini selepas menahan dua beranak dan merampas dadah jenis syabu bernilai RM500,000 dalam serbuan di sini, Khamis lalu.
Dalam serbuan pukul 10 pagi itu, seorang wanita berusia 73 tahun dan anak lelakinya berusia 43 tahun ditahan di sebuah rumah di Ampang Baru, New Village.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahalan berkata, siasatan awal bagaimanapun mendapati warga emas itu tidak terlibat dalam pengedaran dadah berkenaan dan dibebaskan dengan jaminan polis.
Menurut beliau, hasil pemeriksaan di rumah tersebut, polis menemui dadah jenis syabu seberat 3.64 kilogram yang sedang dalam proses pembungkusan untuk diedarkan.
"Kita percaya lokasi serbuan dijadikan transit untuk membungkus semula syabu dalam pek kecil seberat 23 hingga 24 gram sebelum dijual semula untuk pasaran luar seperti Kuala Lumpur," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Mohd. Shukri memberitahu, selain dadah, polis turut merampas wang tunai RM110,000, seutas jam tangan Rolex, wang dalam akaun berjumlah RM95,000 dan sebuah kereta yang keseluruhannya bernilai RM237,000.
Suspek kini ditahan reman sehingga 22 Disember ini untuk siasatan lanjut dan polis berusaha mengenal pasti penglibatannya dalam sindiket pengedaran dadah yang lain.
"Berdasarkan siasatan kita, sindiket ini bergiat aktif di Perak sejak tiga bulan lalu dan kita masih meneliti kemungkinan mereka mempunyai kaitan dengan sindiket lain," katanya.
Kes itu, kata beliau, disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.
Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment