Search This Blog

Monday, December 5, 2011

Rakyat Malaysia di New Zealand terselamat gempa bumi


KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia termasuk penuntut dilaporkan selamat daripada kejadian gempa bumi berukuran 5.7 pada skala Richter yang melanda New Zealand pada pukul 7.19 malam waktu tempatan (2.19 petang waktu Malaysia) pada Sabtu lalu.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, ibu negara New Zealand, kini memantau keadaan dan berhubung dengan para penuntut Malaysia di negara itu, menurut Kementerian Luar dalam kenyataan di sini semalam.

Pada masa ini terdapat lebih 400 rakyat Malaysia menuntut di beberapa universiti dan politeknik di negara tersebut.

Gempa bumi itu berpusat 30 kilometer (km) timur Picton dengan kedalaman 60km, 30km timur laut Blenheim dan 40km barat Wellington.

Kenyataan itu menyatakan bahawa gempa bumi tersebut yang melanda Wellington, Marlborough dan kebanyakan kawasan rendah Pulau Utara New Zealand, mengesahkan laporan mengenai kemusnahan di beberapa tapak di pusat bandar Wellington, terutamanya Meridien Building di Custom Quay Street di tengah-tengah ibu negara berkenaan.

Gempa bumi itu adalah yang terkuat yang menggegarkan negara tersebut sejak 1966 dan bagaimanapun tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan oleh Polis New Zealand.

- Bernama.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment