Search This Blog

Monday, December 5, 2011

Penganggur curi duit tabung surau dipenjara 7 hari

KUALA LUMPUR: Gara-gara mencuri duit tabung surau, seorang penganggur hari ini dipenjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Majistret Parvin Hameedah Natchiar memerintahkan hukuman penjara terhadap Muhd Rosdi Ismail, 26, bermula hari ini.

Dia didakwa mencuri duit tabung surau berjumlah RM35 di tingkat 15, Kompleks Dayabumi pada 6.50 petang Sabtu lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Tan Siew Ping. - Bernama

myMetro | Penganggur curi duit tabung surau dipenjara 7 hari:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment