Search This Blog

Wednesday, December 21, 2011

Nenek ke tali gantung akibat dadah


uganda

GEORGETOWN - Angkara sorok dadah di ruang sulit bagasi, seorang nenek warga Uganda menerima padah apabila dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam.
Hukuman terhadap Nabweteme Hadija, 56, dibuat mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama kerana kesalahan mengedar dadah jenis methamphetamin seberat 2,329 gram.
Dia didapati bersalah pada pertuduhan mengedar dadah di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL), kira-kira jam 11 malam, 9 September 2010.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Amril Johari manakala Nabweteme diwakili S Yagoo.
Dalam penghakimannya, Pesuruhanjaya Kehakimam Mohd Amin Firdaus Abdullah berkata, tertuduh dalam pembelaannya menafikan bagasi berisi dadah itu miliknya, sebaliknya mendakwa meminjam bagasi itu daripada rakannya di Uganda kerana bagasinya basah dan dihantar kedai dobi.
"Bagaimanapun, mahkamah mendapati pembelaan tertuduh adalah tidak munasabah iaitu tidak mempunyai masa untuk membeli bagasi baru dan terpaksa pinjam daripada rakannya untuk suatu perjalanan jauh.
"Mahkamah mendapati tertuduh sendiri menyimpan pakaiannya di dalam bagasi berkesempatan untuk memeriksa bagasi itu. Oleh itu, alasan tertuduh tidak sedar bahawa bahagian bawah bagasi itu keras dan mecurigakan adalah tidak logik,"katanya.
Berikutan itu, Mohd Amin Firdaus berkata, keterangan saksi pendakwaan juga konsisten bahawa tertuduh yang mengeluarkan anak kunci bagasi itu serta pakaian yang terdapat dalam bagasi itu sesuai dipakai oleh tertuduh.
"Ini menunjukkan tertuduh mempunyai pengetahuan tentang dadah itu dan mempunyai niat untuk melakukan kesalahan. Atas penilaian maksimum, pembelaan didapati gagal timbulkan keraguan yang munasabah terhadap pihak pendakwaan dan hanya satu hukuman di bawah undang-undang iaitu tertuduh dijatuhi hukuman mati," katanya.
Nenek ke tali gantung akibat dadah - Utara - Sinar Harian:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment