Search This Blog

Wednesday, December 21, 2011

Keluarga budak diserang siamang pasrah

MELAKA TENGAH: Keluarga Muhammad Afieq Haziq, 3, kanak-kanak yang parah diserang seekor siamang di Zoo Melaka, Ayer Keroh, 13 Disember lalu, kini dalam dilema kerana masih belum dapat membuat persiapan persekolahan lima anaknya yang lain bagi menghadapi penggal baru tahun depan.

Bapa kanak-kanak ini, Kamarul Baharin Othman, 37, berkata, mereka belum mempunyai kesempatan membeli pakaian, beg dan buku, selain membuat pembayaran yuran kerana masih memberi tumpuan kepada tahap kesihatan anak mereka yang sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Melaka, susulan kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu.
“Saya ada lima anak berusia antara enam hingga 13 tahun yang bersekolah tahun depan.
Sehingga sekarang, kami langsung tidak ada masa membuat persiapan persekolahan untuk mereka kerana berada di sini sejak hari kejadian.

“Selain itu, saya dan isteri juga terpaksa menutup gerai makan yang diusahakan setiap hari di Port Klang, Klang sejak Ahad lalu. Selagi keadaan Muhammad Afieq tidak pulih, kami terpaksa menghentikan operasi perniagaan itu,” katanya.

Beliau ditemui di Hospital Melaka ketika menerima lawatan kira-kira 20 ahli Skuad Sayang Wanita Barisan Nasional (BN) Kota Raja, Shah Alam, Selangor diketuai Ketua Wanita UMNO Bahagian Kota Raja, Nahar Ahmad.
Berita Harian Online | Keluarga budak diserang siamang pasrah:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment