Search This Blog

Monday, December 5, 2011

Gempa bumi sederhana melanda Irian Barat, Laut Banda

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berlaku di dua kawasan di Indonesia iaitu Irian Barat dan Laut Banda pagi ini.

Menurut Jabatan Metereologi Malaysia, Irian Barat dilanda gempa berukuran 5.4 pada skala Richter pada 2.53 pagi, 884 kilometer dari barat laut Port Moresby, Papua New Guinea dan 2,687 kilometer tenggara Kunak, Sabah.

Laut Banda pula dilanda gempa pada 5.45 pagi yang berpusat di 96 kilometer dari barat daya Ambon dan 1,408 kilometer tenggara Tawau. - BERNAMA

myMetro | Gempa bumi sederhana melanda Irian Barat, Laut Banda:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment