Search This Blog

Wednesday, December 21, 2011

Duit lesap ditipu juru runding perkahwinan

SEREMBAN- Hasrat seorang remaja untuk mengadakan majlis pertunangan dengan meriah tidak kesampaian apabila ditipu juru runding perkahwinan, di sini, Sabtu lalu.
Nur Hidaty Faulina Rosly, 21, berkata, dia menanggung kerugian lebih RM600 apabila pakej ditawarkan seorang wanita, sebenarnya tidak wujud.
Menurutnya, kejadian bermula apabila dia melayari laman sosial Facebook milik wanita terbabit, yang memaparkan pengalamannya menguruskan majlis pertunangan dan perkahwinan.
“Setelah meneliti harga bagi setiap pakej, saya setuju menggunakan khidmatnya untuk majlis pertunangan saya.
"Wanita terbabit meminta wang pendahuluan kerana katanya sebagai bayaran untuk dia membeli barangan diperlukan terlebih dahulu," katanya, semalam.
Nur Hidaty Faulina berkata, dia membayar wang deposit sebanyak RM400 dan bakinya hanya akan dijelaskan ketika dia ke butik untuk mencuba pakaian tunang.
"Keadaan mula jadi serba tidak kena apabila pakaian yang ditempah tidak seperti yang saya inginkan.
"Lebih teruk lagi apabila sehari sebelum majlis berlangsung, wanita terbabit menghubungi saya memaklumkan dia tidak dapat memasang pelamin di rumah dengan alasan pekerjanya bawa lari semua peralatan perkahwinan termasuk pelamin yang ditempah," katanya.
Menurutnya, mahu tidak mahu, dia terpaksa mencari pelamin lain sebagai ganti supaya tidak mencacatkan majlis pertunangannya.
"Disebabkan rasa tertipu, saya telah membuat laporan polis semalam di Balai Polis Seremban 2 untuk menuntut ganti rugi," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Duit lesap ditipu juru runding perkahwinan - Melaka & NS - Sinar Harian:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment