Search This Blog

Tuesday, December 27, 2011

Dua sahabat terbunuh motosikal terbabas

ALOR GAJAH: Kegembiraan dua sahabat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dol Said, di sini, yang gemar bersiar-siar mengelilingi kampung dengan menunggang motosikal bertukar tragedi menyayat hati apabila mereka terbunuh dalam satu kemalangan, malam Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam di Kampung Rembia, dekat sini, pemboncengnya, Muhammad Firdaus Mohamad, 13, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.


Penunggang motosikal, Mohd Shazlan Rosli, 15, pula disahkan meninggal dunia lapan jam selepas menerima rawatan kecemasan di Hospital Melaka, kira-kira jam 7.30 pagi, kelmarin.

Menurut sumber, motosikal Honda Wave dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan apabila tiba di lakosi kejadian lalu terbabas di tebing bukit sebelum merempuh tiang telefon.


“Motosikal ditunggang Mohd Shazlan dipercayai gagal dikawal lalu tercampak di lereng bukit sebelum dia dan rakannya itu melambung dan tercampak pada bahagian tengah tiang telefon berkenaan,” katanya.


“Akibatnya, pembonceng motosikal cedera parah di kepala selain patah tangan kiri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Mohd Shazlan yang cedera di badan meninggal dunia lapan jam kemudian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, berkata siasatan awal pihaknya mendapati motosikal dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan ketika melalui satu jalan lurus di kampung itu.

myMetro | Dua sahabat terbunuh motosikal terbabas:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment