Search This Blog

Wednesday, December 21, 2011

700,000 dapat elaun penganggur

JEDDAH: Kira-kira 700,000 lelaki dan wanita muda Arab Saudi layak untuk menerima elaun pengangguran sebanyak SR2,000 (RM 1,700) sebulan daripada Tabung Pembangunan Sumber Manusia.

“Kira-kira 80 peratus pemohon layak untuk mendapatkan elaun itu adalah wanita,” kata Ketua Pengarah Tabung, Ibrahim Al Moaiqel, semalam.

“Kami telah memberitahu semua pemohon melalui sistem pesanan ringkas untuk memeriksa keputusan pemohonan mereka melalui laman web www.hafiz.gov.sa,” katanya.

Menurut Ibrahim, pemohon yang gagal boleh menghubungi nombor telefon 920011559 untuk mengetahui mengapa permohonan mereka gagal.


Sebanyak 145,000 permohonan yang diterima tidak diisi dengan lengkap oleh pemohon.


“Kami akan mendeposit elaun itu ke dalam akaun penerima pada 31 Disember,” katanya.

Dalam program Hafiz ini, mereka akan memberikan latihan yang diperlukan untuk mereka yang menganggur ini mendapat pekerjaan dengan segera.

“Objektif asas program Hafiz ini adalah untuk menukar mereka yang mencari pekerjaan kepada pekerja yang efektif dan akan menyumbang kepada rancangan pembangunan negara ini,” katanya.

myMetro | 700,000 dapat elaun penganggur:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment