Search This Blog

Wednesday, December 21, 2011

100 Orang Asli resah


TINJAU...Vidyananthan (kanan)  meninjau keadaan rumah mangsa ditengelami air.
TINJAU...Vidyananthan (kanan) meninjau keadaan rumah mangsa ditengelami air.


KAHANG: Kira-kira 100 penduduk perkampungan Orang Asli di tiga perkampungan di daerah ini dikhuatiri berdepan kebuluran berikutan kawasan itu terputus hubungan dan bekalan makanan sejak Ahad lalu.
Malah, pelbagai usaha menghantar bekalan bahan mentah kepada penduduk di sana gagal berikutan jalan dinaiki air akibat hujan lebat.

Ketua Umno Cawangan Perkampungan Orang Asli Kahang 2, Sari Acu berkata, tiga kampung itu ialah Kampung Orang Asli Brasau, Pucur dan Sungai Peroh.
Menurut Sari, proses penghantaran sepatutnya dilakukan kelmarin oleh kakitangan Jabatan Kebajikan Orang Asli (JAKOA) namun sehingga semalam, ia gagal dilakukan berikutan jalan dinaiki air.

“Kami difahamkan JAKOA sepatutnya menghantar bekalan makanan pagi tadi (semalam) namun sehingga jam 2 petang, kami masih belum menerima apa-apa bantuan. “Apa yang kami tahu, semua bekalan makanan disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Isnin lalu namun disebabkan masalah tertentu, pengurusan JAKOA tidak dapat menghantar bekalan ke tiga kampung terbabit,” katanya ketika dihubungi. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kahang, R Vidyananthan melahirkan rasa kesal berikutan kegagalan bantuan dihulurkan gara-gara masalah remeh.

“Usaha menghantar bekalan makanan sepatutnya berjalan lancar namun disebabkan tiada persiapan rapi, ia gagal dilaksanakan.
“Persediaan pengangkutan seperti bot sepatutnya dilakukan sebelum banjir berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu,” katanya.

Vidyanathan berharap masalah itu dapat diselesaikan manakala bekalan makanan dihantar secepat mungkin bagi memastikan nasib penduduk di tiga perkampungan berkenaan terbela.
myMetro | 100 Orang Asli resah:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment