Search This Blog

Wednesday, November 30, 2011

Umar Patek mengaku palsukan identiti isteri


JAKARTA 29 Nov. - Suspek utama dalam serangan bom di Bali pada 2002, Umar Patek akhirnya mengaku dia adalah dalang di sebalik pemalsuan identiti isterinya.

Umar ketika memberi keterangan dalam kes pemalsuan identiti isterinya, Ruqayyah Husein Luceno yang dikenali sebagai Fatimah Zahra dalam dokumen yang dipalsukan, mengaku melakukan perkara itu bagi memperdayakan pegawai imigresen.

Dia memberitahu Mahkamah Daerah Jakarta Timur, isterinya tidak tahu mengenai pemalsuan kad identiti, sijil lahir dan kad keluarga itu.

"Ketika saya melakukannya, isteri saya tidak mengetahuinya dan perkara itu hanya terbongkar ketika dia ke pejabat imigresen untuk memohon pasport," katanya kepada mahkamah, semalam.

Umar hidup dalam pelarian pada Jun 2009 ketika pemalsuan itu dibuat.

Bagi memastikan semua berjalan seperti yang dirancang, dia turut mengubah penampilannya dengan mencukur misai serta janggutnya ketika memohon pasport di pejabat imigresen.

Dia mengaku memalsukan dokumen identiti itu kerana terdesak mahu ke Afghanistan untuk berjihad.

Umar mengaku bersalah dan memohon maaf kepada kerajaan Indonesia kerana memberi maklumat salah dalam dokumen perjalanannya. - AGENSI

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment