Search This Blog

Wednesday, November 23, 2011

Siasat 51 saksi kes duit hilang

SHAH ALAM: Polis sudah menyoal siasat 51 saksi bagi membantu siasatan berhubung kehilangan wang RM11,700 dan dompet dalam simpanan polis di Menara 2, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner, Mohd Adnan Abdullah, dalam satu kenyataan media ringkas, berkata setakat ini tiada tangkapan dibuat dan siasatan masih diteruskan.


Akhbar pada 17 November lalu melaporkan wang tunai dirampas daripada tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyamun tiga pengurup wang asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 September lalu dilaporkan hilang dalam simpanan polis.

myMetro | Siasat 51 saksi kes duit hilang:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment