Search This Blog

Tuesday, November 29, 2011

Lelaki kelar leher ibu masih kritikal


KUALA LUMPUR 28 Nov. - Lelaki dipercayai pesakit mental yang parah kerana cuba membunuh diri selepas mengelar leher ibunya sehingga mati di rumah mereka di Taman Bukit Serdang semalam, masih dalam keadaan kritikal.

Suspek berusia 35 tahun yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan itu masih tidak sedarkan diri dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang.

Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata, pihaknya masih mengklasifikasikan kes kematian ibu lelaki itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan namun belum mengambil apa-apa keterangan daripada suspek.

Setakat ini, katanya, polis hanya mengambil keterangan ahli keluarga suspek.

"Berdasarkan keterangan ahli keluarganya, suspek dikatakan amat menyayangi ibunya dan tindakannya mengelar ibu sendiri itu berkemungkinan berpunca daripada tekanan mental yang dialaminya.

"Menurut ahli keluarga itu lagi, suspek tidak pernah bergaduh dengan ahli keluarga yang lain termasuk ibunya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, suspek ditahan kerana dipercayai membunuh ibu kandungnya sendiri dengan mengelar leher mangsa di kediaman mereka di sebuah rumah banglo di Taman Bukit Serdang dekat sini.

Difahamkan, selepas mengelar ibunya, suspek cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya dengan pisau.

Kejadian berlaku pukul 10.45 pagi ketika mangsa iaitu ibunya yang lumpuh berusia 75 tahun baring di ruang tamu rumah seorang diri.

Suspek yang tidak bekerja dikatakan pernah cuba membunuh diri pada 25 September lalu.

Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment