Search This Blog

Saturday, October 29, 2011

Duit Linzy lesap dengan satu panggilan

JAKARTA: Linzy, salah seorang anggota kumpulan 7 Icons terpaksa merelakan nasib malang yang menimpa dirinya apabila ditipu dan kehilangan wangnya.
Penipuan itu berlaku semalam, ketika Linzy diberitahu adiknya perlukan wang rawatan perubatan kerana terjatuh.
Tanpa berfikir panjang, dia terus memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun yang diberikan pemanggil.

“Saya mendapat telefon meminta saya memindahkan wang ke akaun ayah dan katanya adik saya jatuh dari tingkat empat dan perlu wang. Saya ditipu RS18,700 (RM6,470),” katanya ketika ditemui di Pancoran.


Sudah terlambat untuk mengambil tindakan apabila mengetahui dia kena tipu.

“Banyak juga yang hilang. Kerja penat-penat tetapi ditipu. Hendak buat macam mana lagi? Terpaksa belajar dari kesilapan,” katanya.

No comments:

Post a Comment