Search This Blog

Wednesday, October 19, 2011

2 remaja dikhuatiri lemas



Utusan Malaysia Online - Jenayah:


KUALA LUMPUR 17 Okt - Kegembiraan empat remaja memancing ikan di sebuah longkang besar berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka dikhuatiri lemas dihanyutkan arus deras di Taman Samudera di Gombak hari ini.
Mangsa, Muhammad Saiful Nasihin, 16, dan Muhammad Asharaf Salimin, 16, dipercayai hanyut dibawa arus setelah tergelincir bersama dua lagi rakan mereka di dalam longkang di hadapan stesen minyak Petronas Taman Samudera.
Dua lagi rakan mereka yang dikenali sebagai Daniel, 18 dan Suhaimi Rashid, 20 berjaya diselamatkan oleh orang awam.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu berlaku ketika remaja terbabit memancing di longkang tersebut.
"Berdasarkan makluman awal, kesemua mereka tergelincir dan dua daripada mereka sempat diselamatkan oleh orang ramai yang berada di situ.
"Bagaimanapun, dua lelaki remaja berusia 16 tahun masih belum dijumpai. Gerakan mencari oleh polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sedang dilakukan," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Dalam pada itu, salah seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Syah Lokman, 24, berkata, dia sempat melihat dua daripada empat remaja itu meminta tolong.
"Mereka sempat diselamatkan dan selepas itu barulah kami tahu, dua lagi rakan mereka dihanyutkan namun tidak menemui kesan mereka setelah puas mencari," katanya.
Dalam pada itu jurucakap bomba berkata, operasi akan diteruskan sehingga kesemua mangsa dijumpai.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment