Search This Blog

Monday, October 31, 2011

Sistem aliran air tidak sesuai

TENTERA Thai memaut antara satu sama lain menahan arus air apabila penghadang air pecah di Bangkok, semalam.
TENTERA Thai memaut antara satu sama lain menahan arus air apabila penghadang air pecah di Bangkok, semalam.
Rekaan tangani banjir di Bangkok relevan jika disebabkan hujan lebat

BANGKOK: Ibu kota Thailand berdepan kesukaran mengalihkan air keluar daripada bandar raya itu kerana sistem penyaliran direka menangani banjir disebabkan hujan lebat, bukan aliran besar dari utara, kata bekas pegawai kanan Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA).
Bandar raya itu memperuntukkan kos besar menaik taraf infrastruktur penyaliran selepas banjir besar melanda Bangkok pada tahun 1983. Sejak itu, terusan dan terowong dikorek, kolam tadahan dan stesen pam dibina untuk membantu mengeringkan air.
Sistem itu membabitkan pembinaan tembok panjang di seluruh bandar raya dan air banjir diarahkan ke laut menerusi pam, terusan dan terowong.

Bekas Gabenor Bangkok, Phichit Rattakul, berkata sistem saliran air dibangunkan untuk menangani banjir disebabkan hujan lebat dan aliran dari utara yang secara amnya menuju ke sebelah timur.

Langkah perlindungan utama terhadap aliran air ialah tembok diraja dan empangan Pasak Cholsid di Saraburi di timur laut Bangkok, yang membantu menampung sehingga 800 juta meter padu air.

Baki aliran air itu selalunya mengalir ke sungai Chao Phraya dan sungai Thachin. Bagaimanapun, ada satu lagi aliran air besar menuju ke Bangkok dari utara dan bandar raya itu tidak mempunyai infrastruktur mencukupi untuk mengendalikannya.
Kedatangan satu lagi aliran air itu memerlukan saliran khas untuk ia mengalir di seluruh bandar raya tetapi objek buatan manusia menghalang laluannya. – Agensi
Berita Harian Online | Sistem aliran air tidak sesuai:

'via Blog this'

Kegiatan curi tantalum dikesan kembali aktif

JAGDEEP menunjukkan tantalum  di tapak bekas kuarters lama milik MPPP  di Jalan Patani.
JAGDEEP menunjukkan tantalum di tapak bekas kuarters lama milik MPPP di Jalan Patani.
GEORGETOWN: Kegiatan kecurian tantalum di tapak bekas kuarters lama milik Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di Jalan Patani, dekat sini yang dikesan Februari lalu, kini kembali aktif.

Kegiatan itu dipercayai aktif semula kira-kira tiga minggu lalu selepas terhenti selama beberapa bulan selepas media mendedahkan mengenainya, Februari lalu.
Jika sebelum ini hanya dua rumah di situ menjadi sasaran tindakan tidak bertanggungjawab itu, kini kelima-lima rumah terbabit menjadi mangsa menyebabkan ada sesetengah struktur binaannya tidak lagi kukuh, sekali gus mengundang risiko kepada pelawat di sebuah kuil India yang terletak berdekatan.
Kuil terbabit hanya terletak beberapa meter dari rumah berkenaan dan sekiranya kegiatan mencuri tantalum itu berterusan, ia mungkin akan membahayakan nyawa pengunjungnya kerana struktur binaan rumah itu hanya menunggu masa untuk roboh.

Difahamkan, pencuri tantalum berkenaan memasuki kawasan perumahan itu pada waktu malam berikutan ketiadaan pengawal keselamatan yang hanya mengawal kawasan terbabit selama 12 jam iaitu mulai jam 7 pagi hingga 7 petang.

Selain itu, mereka juga menggunakan pintu belakang rumah itu dengan memecahkannya berikutan pintu depan rumah terbabit sudah ditutup dan mengelakkan kegiatan dikesan oleh orang ramai.

Tinjauan Berita Harian ke kawasan itu mendapati pintu belakang rumah terbabit sudah dipecahkan dan pemerhatian di bahagian dalamnya pula mendapati banyak lubang dipercayai dikorek oleh pencuri tantalum terbabit.
Keadaan itu menyebabkan struktur bangunan terbabit agak rapuh yang mana ada sesetengah daripada tiangnya tergantung tanpa mempunyai tapak asas kukuh.

Terdapat juga sisa tantalum yang ditinggalkan yang mana ada di antaranya sebesar bola tenis dan ia dipercayai hanya menunggu masa untuk diambil oleh pencuri.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo ketika mengulas isu berkenaan meminta supaya MPPP mengambil tindakan segera bagi memastikan keselamatan orang ramai terjamin.

“Struktur rumah ini sudah tidak kukuh kerana mereka yang mengambil tantalum membuat lubang besar dengan mengoreknya, ini membahayakan pengunjung sebuah kuil India terletak di belakang rumah berkenaan,” katanya.
Berita Harian Online | Kegiatan curi tantalum dikesan kembali aktif:

'via Blog this'

59 ditahan Ops Samseng Jalanan

SEBAHAGIAN  samseng jalanan yang ditahan menolak motosikal masing-masing dalam  Ops Samseng Jalanan di Jalan Silibin,  Ipoh awal pagi semalam.
SEBAHAGIAN samseng jalanan yang ditahan menolak motosikal masing-masing dalam Ops Samseng Jalanan di Jalan Silibin, Ipoh awal pagi semalam.
44 motosikal ditunggang remaja, belia dirampas di Jalan Silibin

IPOH: Polis menahan 59 remaja dan belia serta merampas 44 motosikal termasuk tiga motosikal yang ditinggalkan penunggangnya yang lari lintang-pukang selepas terserempak dengan sekatan jalan raya polis dalam Ops Samseng Jalanan di Jalan Silibin, di sini awal, pagi semalam.
Operasi selama tiga jam bermula dari jam 2 hingga 5 pagi itu turut mengeluarkan 185 saman terhadap pemilik kenderaan yang melakukan pelbagai kesalahan jalan raya.
Ketua Polis Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Mohd Rodzi Rejab, berkata semua mereka yang ditahan berusia 18 hingga 30 tahun itu kemudian diarahkan menyorong motosikal masing-masing dari kawasan sekatan jalan raya di Jalan Silibin ke depo simpanan kenderaan trafik di Jalan Chamberlain sejauh kira-kira lima kilometer.

“Semua mereka yang dipercayai terbabit dengan kegiatan lumba haram dan kegiatan merempit itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, semua motosikal terbabit bagaimanapun ditahan untuk semakan rekod bagi mengenal pasti sama ada terdapat motosikal curi atau dilakukan pengubahsuaian tidak mengikut spesifikasi ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Katanya, polis juga sedang mengesan pemilik tiga motosikal yang ditinggalkan oleh penunggangnya berhampiran kawasan sekatan jalan raya terbabit.
Berita Harian Online | 59 ditahan Ops Samseng Jalanan:

'via Blog this'

'Samseng cuba rampas tanah'

PENDUDUK Kampung Sungai Raya berkumpul di pekarangan Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang.
PENDUDUK Kampung Sungai Raya berkumpul di pekarangan Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang.
Pekebun diugut, tanaman dimusnah

GUA MUSANG: Seramai 167 penduduk di Kampung Sungai Raya, Kuala Betis, dekat sini, mendakwa dihalau sekumpulan 10 samseng yang merampas tanah mereka untuk dibangunkan sebagai ladang sawit sejak setahun lalu.
Mereka mendakwa turut diugut pelbagai cara termasuk akan dicederakan jika tidak mengikut arahan atau melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.
Penduduk, Mohd Safuan Mohamad, 23, berkata dia tidak berganjak dan tetap tinggal di kampung terbabit walaupun sebahagian besar daripada penduduk meninggalkan kampung berkenaan kerana takut dicederakan.

Beliau mengakui tanah seluas 720 hektar dimajukan penduduk sejak 1994 dengan pelbagai tanaman termasuk getah yang menjadi sumber rezeki diceroboh kumpulan itu sejak tahun lalu, selain tanaman dimusnahkan secara berperingkat.

“Kami sudah berulang kali menghalangnya dan mereka akan berhenti beberapa hari, tetapi selepas itu datang semula dan menyodok tanah sehingga memusnahkan tanaman penduduk.

“Penduduk yang takut dengan pelbagai ugutan itu terpaksa meninggalkan kebun masing-masing dan pulang ke kampung,” katanya selepas mengadakan perhimpunan secara aman membantah tindakan sekumpulan samseng itu di pekarangan Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, di sini, pagi kelmarin.
Warga tua, Kasim Hassan, 70, berkata perkara itu sudah dirujuk kepada pejabat tanah dan penjelasan yang diberikan ia masih hak penduduk terbabit sementara menunggu proses mengeluarkan geran hak milik.

“Memang tanah itu hak kami yang diterokai lebih awal lagi dan kumpulan samseng berkenaan sengaja bertindak merampasnya tanpa membuat sebarang permohonan dengan pejabat itu atau kerajaan negeri,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Mohamad Botok, 51, berkata pihaknya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang sebanyak empat kali, di samping merujuk perkara itu kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini tiada tindakan diambil hingga penduduk yang memajukan tanah berkenaan berdepan dengan banyak masalah termasuk keselamatan terancam jika tinggal di situ.

“Kami hairan dengan kumpulan samseng itu yang secara tiba-tiba menceroboh tanah penduduk hingga pernah hampir mencetuskan pergaduhan, tetapi kita yang terpaksa mengalah takut berlaku kejadian tidak diingini.

“Kita mengharapkan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri mengambil perhatian untuk menyelesaikan perkara ini bagi mengelakkannya terus berlarutan sehingga akhirnya merugikan kami semua,” katanya.
Berita Harian Online | 'Samseng cuba rampas tanah':

'via Blog this'

600 pembeli rumah rugi RM1.26 juta ditipu ‘haji’

KUALA LUMPUR: Kira-kira 600 pembeli rumah kos rendah di Selangor kerugian RM1.26 juta apabila ditipu seorang individu bergelar ‘haji’ yang mendakwa beliau pegawai tugas-tugas khas sebuah parti politik yang memerintah di negeri terbabit.

Pembeli mendakwa lelaki itu menawarkan pembelian rumah kos rendah berharga RM42,000 di bawah skim kerajaan negeri dengan pembeli hanya perlu menyediakan bayaran pendahuluan lima peratus atau RM2,100, tanpa perlu membayar yuran guaman, selain diberikan pinjaman tanpa faedah daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad.
Bagaimanapun sehingga berita ini ditulis, tiada seorang pun di kalangan pembeli yang kebanyakannya golongan pendapatan rendah seperti polis, tentera dan ibu tunggal, mendapat kunci rumah walaupun mereka sudah membayar wang pendahuluan diperlukan sejak Oktober tahun lalu.
Lebih menyedihkan ada di kalangan mereka terpaksa mengeluarkan wang simpanan dan bergolok gadai untuk membayar wang pendahuluan itu tetapi hanya menerima beberapa dokumen, termasuk surat tawaran pembelian rumah di bawah sistem pendaftaran terbuka berpusat rumah kos rendah di Selangor menggunakan kepala surat Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.

Pengerusi Gabungan Pembela Anak Selangor, Mohd Durrany Izam, berkata kerajaan Selangor perlu campur tangan bagi membantu menyelesaikan isu terbabit.

Katanya, ini disebabkan individu bergelar haji itu mendakwa beliau pegawai tugas-tugas khas parti yang diberikan tugas untuk mencari pembeli rumah kos rendah diberikan atas kuota politik.

“Laporan polis dibuat juga menunjukkan haji itu mengaku beliau bekerja sebagai pegawai tugas-tugas khas sebuah parti yang mengutip bayaran pendahuluan rumah kos rendah itu,” katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini.
Difahamkan, lelaki bergelar haji itu mendakwa beliau pegawai tugas-tugas khas yang diberikan tanggungjawab mendapatkan pemohon bagi perumahan kos rendah di Taman Selayang Mulia di Gombak, Taman Cheras Intan Batu 9 (Cheras), Taman Harmoni (Hulu Langat) dan Taman Botanik (Klang).

Seorang pembeli rumah, Hasbullah Ismail, 40, berkata lelaki itu gagal dikesan sejak akhir Ogos lalu selepas dia menerima surat daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad pada 15 Ogos lalu memaklumkan penangguhan penyerahan surat perjanjian sewa beli dan kunci bagi rumah dibelinya di Taman Selayang Mulia.
Berita Harian Online | 600 pembeli rumah rugi RM1.26 juta ditipu ‘haji’:

'via Blog this'

Barat cetus banyak huru-hara






2011/10/31

 PENUNJUK perasaan menyatakan sokongan kepada al-Assad  di hadapan Kedutaan Syria di Beirut, semalam.
PENUNJUK perasaan menyatakan sokongan kepada al-Assad di hadapan Kedutaan Syria di Beirut, semalam.
Presiden Syria beri amaran campur tangan asing wujud ‘Afghanistan’ baru 

DAMSYIK: Presiden Syria, Bashar al-Assad, memberi amaran keras sebarang campur tangan Barat akan mencetuskan lebih banyak huru-hara di rantau berkenaan, selepas berpuluh-puluh maut pada hari paling teruk sejak kebangkitan rakyat menentang pemerintahannya.
Dalam temubual dengan akhbar Sunday Telegraph, Assad, menegaskan kemunculan satu lagi ‘Afghanistan’ jika tentera asing masuk campur dalam urusan negaranya seperti dilakukan dengan kebangkitan rakyat Libya yang menumbangkan pemerintahan Muammar Gaddafi.
“Syria kini adalah hab rantau ini. Ia sebuah negara yang penting dan jika ada yang cuba ‘bermain’ dengannya ia bakal menyebabkan masalah besar. Adakah anda mahu melihat satu lagi Afghanistan atau 10 lagi Afghanistan? 

“Sebarang masalah di Syria akan membakar seluruh rantau ini. Jika rancangannya ialah untuk membahagikan Syria, bermakna ia membahagikan seluruh rantau,” katanya. 

Amaran itu dikeluarkan ketika 20 anggota tentera terbunuh dan 53 lagi cedera dalam pertempuran dengan askar yang berpaling tadah di Homs kelmarin, manakala 10 ejen keselamatan dan seorang yang berpaling tadah maut dalam satu serang hendap terhadap sebuah bas, kata aktivis. 

Keganasan itu, yang mengorbankan anggota kedua-dua penyokong dan penentang rejim itu adalah kejadian paling buruk dalam tempoh enam bulan, berlaku ketika 12 penduduk awam terbunuh dan beberapa lagi cedera terkena bedilan senjata penyokong kerajaan. 
Di Homs, sekurang-kurangnya 12 penduduk awam terkorban dibunuh penembak curi manakala sebilangan lagi yang tidak diketahui bilangannya dibunuh di rumah mereka oleh tentera, kata Pemantau Hak Kemanusiaan Syria. – AFP
Berita Harian Online | Barat cetus banyak huru-hara:

Aziz Bari serah peluru

GOMBAK: Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Abdul Aziz Bari hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, semalam, bagi menyerahkan nota ugutan bersama sebutir peluru yang diposkan ke rumahnya di Bandar Baru Selayang.
Beliau tiba di IPD itu pada jam 12 tengah hari untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan dan menyerahkan bahan bukti.

Abdul Aziz yang ditemui selepas selesai memberi keterangan berkata, ketika kejadian itu, beliau hendak ke rumah mentuanya di Taiping, Perak sebelum menerima surat daripada posmen pada jam 11.45 pagi.

Abdul Aziz berkata, dia yang tidak mengesyaki apa-apa menerima surat itu, namun mendapati cop yang tertera di surat itu tidak jelas.

“Apabila saya membuka surat itu terdapat nota bertulis ‘Jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti’ bersama sebutir peluru.

“Hari ini (semalam) saya hadir untuk menyerahkan bahan berkenaan dan polis meminta saya memberitahu sama ada mengesyaki sesiapa yang berpotensi mengancam nyawa saya,” katanya.

Abdul Aziz berkata, beliau tiada musuh dan sebelum ini juga tidak menerima sebarang panggilan daripada sesiapa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, Abdul Aziz menyerahkan peluru kaliber bersama surat cetakan berkomputer kepada polis.
Menurutnya, sampul surat itu berwarna coklat bersetem dua keping bernilai 60 sen.

“Cop pada sampul surat juga tidak jelas untuk dikenal pasti alamat pejabat pos yang boleh mengesan suspek.

“Barang kes akan dihantar ke jabatan kimia untuk dianalisa dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah,” katanya.

Anak gadis ghaib tak ambil periksa

KULIM: “Kami kini bimbang kerana Nur Ainina tidak hadir ke sekolah pada 24 Oktober lalu, sekali gus gagal mengambil dua subjek terakhir pada peperiksaan akhir tahun sebelum menghilangkan diri dan gagal dikesan.”
Begitu kata Mohd Zuki Jahaya, 47, dari Kampung Perenggang, Lunas, dekat sini, apabila anak perempuannya, Nur Ainina Adila, 14, pelajar Sekolah Menengah Lunas menghilangkan diri sejak seminggu lalu.

Mohd Zuki berkata, kali terakhir dia melihat anak perempuannya ketika mahu dihantar jirannya, Rosnah Ahmad, 46, ke Sekolah Menengah Lunas, di sini, dengan menunggang motosikal pada jam 11.30 pagi hari kejadian.

Menurutnya, anak bongsu daripada empat beradik berkenaan ketika itu berperwatakan seperti biasa apabila hanya memakai baju-T sekolah biru dan ungu serta berseluar sukan berwarna hitam.

“Pada hari terakhir persekolahan sebelum cuti Deepavali, dia ke sekolah dengan memakai baju-T, sedangkan dia sepatutnya mengambil dua subjek untuk peperiksaan akhir tahun.

“Bagaimanapun, kehilangannya disedari jiran kami apabila mahu menjemput Nur Ainina pulang selepas dia tidak muncul di pintu masuk sekolah pada jam 6.45 petang.

“Berikutan itu, Rosnah menghubungi isteri saya, Siti Hajar Othman untuk mengetahui sama ada anak kami sudah pulang ke rumah dengan ahli keluarga lain,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Katanya, hasil maklumat daripada rakan-rakan anaknya, dia diberitahu anak perempuannya langsung tidak hadir ke sekolah dan gagal mengambil dua subjek bagi peperiksaan akhir tahun.
“Terkejut dengan berita itu, kami mencari sehingga malam di Bukit Mertajam dan rumah saudara-mara serta kenalannya di Lunas, tetapi gagal lalu membuat laporan di Balai Polis Lunas pada hari kehilangannya,” katanya. Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenai Nur Ainina diharap menghubunginya di talian 019-5253307 atau isterinya, Siti Hajar Othman di talian 019-5033091 atau balai polis berhampiran.

Mekanik ditahan bersama pistol

KOTA BHARU: Seorang mekanik berusia 24 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes tembak hingga mengakibatkan kematian kepada seorang pekerja kampung dipercayai akibat hutang dalam kejadian di Rantau Panjang, baru-baru ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata, suspek ditahan Sabtu lalu, manakala hasil siasatan pada 24 Oktober lalu turut menemui sepucuk pistol bersama empat butir peluru dipercayai terbabit dalam insiden tembak berkenaan.

“Sebaik ditahan siasatan kemudian dilakukan terhadap suspek dan pada jam 10.15 malam, 24 Oktober lalu, polis berjaya menemui sepucuk pistol bersama peluru berkenaan dan senjata berkenaan diperbuat dari China.

“Ketika ini, lelaki berkenaan ditahan reman sehingga 2 November ini untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, berikutan kejadian itu, Mohd Anuar Mato Nor, 31, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kelmarin dan kes yang sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kini dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

4 pusat judi kena serbu

AMPANG: Kelicikan pengusaha empat premis perjudian haram di dalam sebuah pusat beli-belah menyembunyikan kegiatan mereka dengan menggunakan nama pusat hiburan keluarga dihidu polis selepas diserbu dalam Ops Padu, di Taman Putra, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang mengetuai operasi itu berkata, operasi bermula jam 1 tengah hari itu membabitkan empat pegawai dan 37 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Katanya, 43 pelanggan termasuk empat perempuan ditahan, selain empat pekerja premis terbabit.

“Polis merampas wang tunai RM933 hasil kegiatan haram dan merampas 143 mesin judi serta 16 komputer pelbagai jenama yang diubah suai menjadi mesin judi,” katanya.

Menurut Amiruddin, pelanggan yang ditahan berusia 20-an hingga 40-an manakala penjaga premis terbabit berusia 20-an.

Semua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 bagi setiap mesin perjudian dirampas dan penjara tidak lebih lima tahun.

Menurutnya, Ops Padu dijalankan sepanjang tahun bermula Januari lalu bagi memantau kegiatan perjudian haram yang semakin popular dikalangan masyarakat.

“Sejak operasi dijalankan, kami sudah membuat 153 serbuan dengan membabitkan 169 tangkapan,” katanya.

Geng 7 Eleven, Geng Din tumpas

KOTA BHARU: Polis Kelantan berjaya menumpaskan dua kumpulan penjenayah paling aktif melakukan kegiatan samun di negeri ini, Terengganu dan Pahang membabitkan ‘Geng 7 Eleven’ dan ‘Geng Din’, sekali gus menyelesaikan 40 kes samun.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kejayaan terbesar tahun ini hasil maklumat orang awam, selain kerja kuat dilakukan anggotanya bagi memastikan kegiatan itu dapat ditangani segera.

“Kumpulan penjenayah itu aktif menyamun kedai serbaneka 7 Eleven di negeri ini dan Terengganu dengan bersenjatakan parang.

“Selain samun 7 Eleven, satu lagi kumpulan samun dikenali Geng Din dari Besut, Terengganu, turut diberkas berikutan tertangkapnya individu yang terbabit dalam kes berkenaan di sekitar pantai timur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke tapak Karnival Jomheboh di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, kelmarin dengan diiringi Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaafar dan Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Bhd, Datuk Amrin Awaluddin.

Karnival dua hari itu mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk di negeri itu dengan dikunjungi 600,000 orang, selain menyediakan beberapa program termasuk gerai Slot Cereka, Inspirasi Wanita, Kota Ilmu dan TV3 Kids.

Mengulas mengenai kegiatan samun Geng 7 Eleven, Jalaluddin berkata, maklumat dikumpulkan sebelum itu mendapati mereka bergerak secara berkumpulan pada waktu malam sebelum menyasarkan kedai serbaneka 24 jam terbabit dengan bersenjatakan parang.

“Kumpulan itu bergerak pada waktu malam di Kelantan dan Terengganu dengan memasuki kedai 7 Eleven pada waktu malam. Dua atau tiga orang bersenjatakan parang pergi ke kaunter dan merampas serta menyamun rokok dan wang hasil jualan.
“Daripada kumpulan yang ditangkap itu, kita menyelesaikan 19 kes samun membabitkan kumpulan 7 Eleven di Kelantan dan Terengganu,” katanya.

Katanya, bagi kumpulan samun dikenali Geng Din pula, pihaknya sudah menangkap suspek berkenaan, sekali gus menyelesaikan 15 kes samun di Kelantan dan Terengganu dan enam lagi kes di Pahang.

“Polis turut merampas lapan pistol, lapan pistol tiruan, sembilan laras senapang buatan sendiri dan peluru. Rampasan senjata api itu kejayaan terbesar tahun ini.

“Kejayaan ini boleh dibanggakan kerana membabitkan penahanan 42 individu,” katanya.

Beliau turut memuji kerjasama orang ramai di negeri ini yang menyalurkan banyak maklumat berkaitan kes dadah, individu mencurigakan serta aktiviti haram di kawasan mereka.

Pemuda maut tercampak

LEDANG: Hasrat seorang pemuda membeli-belah bersama teman wanitanya di bandar Muar pada cuti hujung minggu tidak kesampaian apabila maut selepas terbabit nahas jalan raya di Kilometer 4.8 Jalan Muar-Tangkak di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa, Mohamad Syawal Rehat, 24, bersama teman wanitanya, Yuslinda Abdullah, 19, dalam perjalanan dari Sungai Mati ke bandar Muar.

Bagaimanapun, ketika tiba di tempat kejadian, Mohamad Syawal yang menunggang motosikal Honda EX5 dipercayai cuba memotong beberapa kenderaan di hadapannya, namun gagal sebelum bertembung sebuah lori.

Menurut seorang saksi yang enggan dikenali, akibat pertembungan itu, motosikal mangsa diseret kira-kira 15 meter sebelum mereka tercampak di atas jalan raya.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di kepala dan badan.

Teman wanita mangsa pula parah di kepala serta badan dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tangkak.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat.

Pelarian cinta pasangan OKU


SIASAT...pasangan OKU yang ditahan penguat kuasa Jaik, semalam.
SIASAT...pasangan OKU yang ditahan penguat kuasa Jaik, semalam.

ALOR SETAR: Sepasang kekasih orang kelainan upaya (OKU) membuat keputusan nekad melarikan diri ke negeri ini semata-mata untuk bernikah di negara jiran selepas hubungan cinta mereka mendapat tentangan daripada keluarga masing-masing.
Bagaimanapun, perjalanan mereka berakhir apabila lelaki berusia 26 tahun yang mengalami masalah lembam dan pasangannya berusia 18 tahun ditahan selepas disyaki berkhalwat di bilik sewa di tingkat atas sebuah bengkel di Jalan Langgar, dekat sini, semalam.

Difahamkan, mereka yang berkenalan ketika belajar di sebuah pusat latihan dan kemahiran OKU di Sentul, Kuala Lumpur sejak beberapa bulan lalu, menumpang di bilik berkenaan yang dipercayai disewa ibu saudara gadis terbabit.
Malah, hubungan cinta pasangan itu mendapat tentangan kuat daripada ibu si lelaki kerana bimbang anaknya tidak boleh bekerja serta menyesuaikan diri sendiri.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Syeikh Muhammad Suhaimi Salleh, berkata berdasarkan aduan, sepasukan anggota diketuai Md Nasir Md Dali memeriksa sebuah daripada empat bilik sewa itu, kira-kira jam 9.15 pagi.

Beliau berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki memakai seluar pendek paras lutut dan berkemeja-T kemudian membuka pintu lalu membenarkan pemeriksaan dijalankan.
“Pemeriksaan lanjut kemudian menemui seorang wanita sedang berbaring di atas toto dengan memakai kemeja-T dan berseluar pendek paras paha.

“Hasil siasatan mendapati wanita itu cacat fizikal apabila tidak dapat berjalan kerana masalah kaki dan tangannya, manakala si lelaki pula kelihatan normal, tetapi sebenarnya mengalami masalah lembam.
“Si wanita itu terpaksa dibawa turun bersama kerusi roda miliknya untuk memudahkan dia bergerak,” katanya ketika ditemui, di sini.

Muhammad Suhaimi berkata, pasangan itu mengaku lari dari rumah dan datang ke negeri ini dengan menaiki bas sebelum mengambil keputusan untuk bernikah di Thailand.

Katanya, pasangan itu kemudian ditahan untuk siasatan kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Star untuk dibuat laporan tangkapan.

“Mereka kemudian dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut dan dijamin oleh keluarga masing-masing.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkurung sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai,” katanya.

Masuk jerat ‘broker’

KUALA TERENGGANU: Teruja mendapatkan keuntungan sebagai rakan kongsi broker tanah yang dijanjikan bernilai lebih RM700,000, seorang petani warga emas kerugian RM20,000 apabila ditipu satu sindiket yang menyamar sebagai broker, pemilik dan pembeli tanah, 13 Oktober lalu.
Mangsa dari Kampung Lingai, Batu Rakit, di sini pada mulanya didatangi seorang lelaki yang mengaku sebagai broker kononnya untuk menyewa sebidang tanah miliknya pada kadar RM2,000 bagi perusahaan burung walet.

Terpikat dengan sewaan itu, mangsa berjumpa dengan broker berkenaan di sebuah hotel pada 13 Oktober.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Azmi Adam berkata, sebaik mangsa berbincang dengan broker itu, datang seorang lelaki yang menyamar sebagai pemilik tanah, kononnya mahu menjual sebidang tanahnya di bandar raya ini dengan harga RM800,000 kepada broker berkenaan.

Beliau berkata, beberapa ketika kemudian datang pula seorang lelaki yang mengaku berpangkat Datuk dan bersetuju membeli tanah yang mahu dijual ‘pemilik tanah’ berkenaan dengan harga RM3 juta.

Katanya, sebaik membuat semakan mengenai tanah itu melalui dokumen, mangsa diajak berkongsi menerima keuntungan hasil penjualan tanah berkenaan daripada broker itu.

“Mangsa ditawarkan satu pertiga daripada keuntungan bernilai RM2.2 juta atau lebih RM700,000.

“Mangsa yang tertarik dengan tawaran berkenaan terus bersetuju dan pada masa sama melihat ‘Datuk’ berkenaan menyerahkan wang tunai RM130,000 kepada broker terbabit sebagai deposit pembelian sebelum berjanji membayar selebihnya harga tanah itu keesokan harinya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya semalam.
Azmi berkata, sebaik ‘Datuk’ itu beredar, ‘pemilik tanah’ itu berkeras mahu mendapatkan keuntungan bahagiannya berjumlah RM700,000 pada hari sama menyebabkan broker berkenaan meminta mangsa mendahulukan wangnya sebanyak RM20,000.

Menurutnya, tanpa berlengah, mangsa pergi ke sebuah bank di bandar raya ini dan mengeluarkan wang tunai yang dikehendaki sebelum menyerahkannya kepada broker terbabit.

Namun, mangsa terkejut apabila dihubungi broker itu sekali lagi keesokan harinya dan meminta tambahan bayaran sebanyak RM10,000 lagi.

“Terkejut dengan permintaan itu, mangsa mula curiga dan bertanya broker itu mengenai keuntungan bahagiannya dalam penjualan tanah seperti yang dijanjikan. Sebaik beberapa soalannya tidak berjawab, broker itu tiba-tiba memutuskan talian telefon menyebabkan mangsa gagal menghubunginya lagi selepas itu.

“Mangsa yang curiga selepas menunggu selama empat hari kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada 18 Oktober kira-kira jam 1.30 tengah hari dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan curangnya mendorong supaya harta diserahkan, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun, disebat atau boleh juga didenda,” katanya.

Azmi berkata, orang ramai diingatkan jangan terpedaya dengan tawaran tidak munasabah untuk mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa kepada pihak tidak bertanggungjawab.

Dua gagal lolos sekatan

PECUT...suspek cuba melarikan diri daripada sekatan sebelum berjaya ditahan anggota polis.
PECUT...suspek cuba melarikan diri daripada sekatan sebelum berjaya ditahan anggota polis.

pix_topright
KUALA LUMPUR: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Begitu nasib dua penunggang motosikal yang melarikan diri daripada sekatan jalan raya Ops Bersepadu di Dataran Merdeka, awal pagi semalam.
Dalam operasi bermula jam 11.30 malam kelmarin hingga 3 pagi semalam itu, dua penunggang motosikal terbabit dicekup dalam tempoh tidak lebih 30 minit selepas mereka meloloskan diri daripada sekatan.

Operasi dilakukan Polis Trafik Kuala Lumpur dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan raya (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan mengadakan sekatan jalan raya di sekitar Dataran Merdeka, Jalan Raja Laut dan Jalan Tun Perak. Kedua-dua penunggang motosikal yang berusia 20-an itu pada mulanya mendekati kawasan berkenaan sebelum melarikan diri dengan menunggang melawan arus.
Bagaimanapun, hasil kecekapan pihak berkuasa, kedua-dua penunggang motosikal itu dicekup semula dalam tempoh tidak kurang 30 minit di kawasan berdekatan.

Kedua-dua suspek ditahan atas kesalahan memandu secara melulu dan berbahaya yang disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
KAJANG: Tindakan pantas seorang wanita menggenggam api mancis yang sudah dinyalakan, menyelamatkan suaminya daripada dibakar hidup-hidup empat penjenayah yang menceroboh rumah mereka di Bandar Rinching, Semenyih, dekat sini.
Dalam kejadian jam 3.30 petang Jumaat lalu, suami berusia 37 tahun sebelum itu sudah disimbah petrol di seluruh tubuhnya dan hanya menunggu masa untuk dibakar.
Bagaimanapun, menurut sumber polis, sebaik seorang daripada empat penjenayah itu menyalakan mancis untuk membakar mangsa, isterinya berusia 30-an nekad bergelut dengan suspek dan berjaya memadamkan api mancis itu dengan menggenggamnya dengan tangan kanan.

“Tindakan berani wanita itu menyelamatkan suaminya daripada dibakar hidup-hidup,” kata sumber itu.


Menurutnya, sebelum itu pasangan suami isteri terbabit yang leka menonton televisyen di rumah mereka terkejut apabila terdengar bunyi kaca pecah.

Bawa anak goda lelaki

ALOR GAJAH: Seorang isteri muda yang digantung tidak bertali dan dianugerahkan tubuh menggiurkan, dikesan menggunakan kelebihannya itu untuk mendapatkan wang bagi menyara anak selain memenuhi tuntutan batinnya.
Isteri berusia 18 tahun tahun itu menjadi idaman lelaki mata keranjang yang sanggup berhabis wang untuk menidurinya kerana pakej lengkap dimilikinya.
Dia mengakui selain bagi mencari nafkah untuk seorang anak perempuan tidak sah taraf hasil hubungan terlarang dengan seorang lelaki dua tahun lalu, dia turut mendapat kepuasan seks.

Wanita itu yang dikenali sebagai Ita berkata, dia berkahwin dengan seorang lelaki seawal usia 14 tahun atas pilihan keluarganya.


Bagaimanapun, dia ditinggalkan selepas seminggu berkahwain sebelum melakukan beberapa pekerjaan bagi menyara dirinya.

Trak bawa tetamu majlis kahwin jatuh gaung, 5 maut

 CEBU: Kira-kira dua bulan lalu, 10 penumpang dalam perjalanan ke sebuah acara pengkebumian terbunuh apabila trak yang mereka naiki terbalik. Kini, sebuah lagi trak yang membawa tetamu ke sebuah majlis perkahwinan pula jatuh ke dalam jurang di wilayah Gunung menyebabkan lima mati dan 38 orang cedera.
Jurucakap Polis Kebangsaan Filipina, Cif Superintenden Agrimero Cruz Jr. berkata, kejadian itu berlaku di Lebuhraya Halsema di Kampung Monamon Sur, Pekan Bauko pada jam 7.45 petang, semalam.
Lori kecil itu membawa 43 orang penumpang, semuanya hendak ke majlis resepsi perkahwinan apabila ia jatuh ke dalam gaung sedalam 80 meter.

Kesemua yang cedera itu dibawa ke hospital berasingan di Bandar Baguio, Banguet dan Pekan Bauko.


Pemandu lori kecil itu Tomas Magadia menyerah diri dan kini ditahan di Balai Polis Bauko.

Jurucakap Pentadbiran Wilayah Cordillera (CAR), Supperintenden Engelbert Soriano berkata, mereka masih menyiasat kejadian itu.

Menurut agensi Associated Press, anggota polis akan mencari mangsa yang lain dan barang peribadi mereka selepas kabus tebal hilang. Sebab kemalangan tidak diberitahu.

Dalam laporan yang berasingan, Pengurangan Risiko Wilayah dan Majlis Pengurusan berkata, pemandu dikatakan hilang kawalan kenderaannya. Menurutnya lagi, ketika itu hujan dan kabus tebal.

Lima maut dirempuh van dipandu polis mabuk



31/10/2011 2:40am

BEIJING 31 Okt. – Pihak berkuasa China menahan seorang pegawai polis yang disyaki memandu dalam keadaan mabuk selepas dia melanggar sebuah kereta dan menyebabkan lima orang terbunuh, semalam.
Menurut agensi berita Xinhua, pegawai tersebut yang bertugas di daerah Runan, tengah wilayah Henan, didakwa atas kesalahan 'menggugat keselamatan awam dengan cara berbahaya' apabila van polis yang dipandunya merempuh dua tiang lampu isyarat sebelum melanggar lima mangsa terbabit.
"Suspek disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol," kata agensi berita itu yang memetik kenyataan pihak kerajaan. – REUTERS

Lanun Indonesia rampas kapal?



KUALA LUMPUR 30 Okt. - Sekumpulan 10 hingga 12 lanun yang bertindak merampas kapal tangki MT Nautica Johor Bahru pada pagi Khamis hingga Jumaat lalu dipercayai dari Indonesia.
Pengarah Urusan E.A. Technique (M) Sdn. Bhd. Datuk Abdul Hak Md. Amin yang memiliki MT Nautica Johor Bahru berkata, maklumat itu diperolehi hasil siasatan pihaknya dengan kapten kapal, Tang Ah Bay.
"Selain bertutur dalam loghat Indonesia, kapten Tang turut memberitahu kami ketua kumpulan lanun itu juga menggunakan sedikit bahasa Inggeris.
"Bukti lain ialah mereka hilang ketika melarikan diri selepas meninggalkan kapal di Pulau Jemaja di republik itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Pada Khamis lalu, MT Nautica Johor Bahru dirampas di Selat Singapura ketika dalam pelayaran ke Sibu dan dikejar Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
Namun, Tentera Laut Diraja Malaysia mengambil-alih tugas Maritim Malaysia ketika lanun tersebut membawa kapal ke perairan antarabangsa sebelum masuk ke Indonesia.

Suspek lelaki mengamuk di hospital



BALING 30 Okt. - Seorang suspek lelaki yang dibawa ke Hospital Baling (HB) di sini, untuk pemeriksaan kesihatan, menggemparkan orang ramai apabila mengamuk sebelum bertindak merampas dan melarikan sebuah kereta milik orang awam hari ini.
Suspek yang dipercayai bekas anggota polis Thailand berusia 33 tahun itu kemudian memandu kereta tersebut ke arah Bukit Berapit di Pangkalan Hulu sebelum ditahan oleh pihak berkuasa sempadan.
Suasana panik tersebut berlaku pukul 8.30 pagi ketika orang ramai hendak mendapatkan rawatan di hospital terbabit.
Suspek sebelum itu, ditahan selepas polis menerima maklumat awam berhubung tindakan ganasnya memecahkan cermin pintu Klinik Pergigian Baling.

Mekanik maut selepas balik dari karaoke




KEADAAN mayat Lee Zin Hao selepas kereta yang dipandunya terbabas di KM 19.3 Lekas, Seremban, semalam.


SEREMBAN 30 Okt. - Kegembiraan lima sahabat selepas menghadiri satu majlis di pusat karaoke bertukar tragedi apabila seorang daripadanya terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terbabas di Kilometer 19.3 Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) arah utara dekat sini, hari ini.
Dalam kemalangan pukul 7.15 pagi itu, mangsa, Lee Zin Hao (gambar), 25, yang bekerja sebagai mekanik maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan selepas tercampak dari kenderaan dipandunya itu.
Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa memandu kereta Chevrolet Aveo bersama empat lagi rakannya berusia 20-an hingga 30-an dari Seremban menuju ke Kajang, Selangor.
Difahamkan, kelima-lima mereka yang berasal dari Kajang baru sahaja selesai menghadiri satu majlis di sebuah pusat karaoke di bandar ini.
"Siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke tepi lebuh raya lalu merempuh besi penghadang jalan.
"Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa dan seorang lagi penumpang di belakang tercampak keluar dari kenderaan sejauh kira-kira 10 meter," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Katanya, pemandu kereta itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan manakala seorang rakannya yang tercampak turut mengalami kecederaan serius dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS).
"Seorang lagi penumpang di dalam kereta terbabit turut mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut manakala dua lagi rakan mangsa hanya diberi rawatan sebagai pesakit luar," jelasnya.
Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan kejadian tersebut.
"Kami masih menyiasat punca sebenar kejadian dan mayat mangsa kini berada di HTJS untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga," ujarnya.

2 sahabat maut, seorang lagi parah



KUALA LUMPUR 30 Okt. - Dua sahabat maut selepas kereta dinaiki mereka yang dipercayai dipandu laju terbabas lalu merempuh tiang konkrit sebuah jejambat berhampiran Kompleks Desa di Jalan Kepong di sini, awal pagi tadi.
Kejadian berlaku pukul 3.05 pagi ketika kedua-dua mangsa, Chong Chee Seong, 26, yang bekerja sebagai juruteknik dan Low Kun Hong, 24, pula peniaga dalam perjalanan dari Sungai Buloh ke pusat bandar.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, kereta Proton Wira itu dipercayai tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan merempuh tiang konkrit jejambat.
"Selepas beberapa minit, sebuah kereta Honda Civic berwarna hitam yang dipandu seorang lelaki muncul dari arah sama namun, tidak sempat mengelak dan merempuh kereta berkenaan. Rempuhan kuat itu menyebabkan kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala manakala pemandu Honda Civic itu cedera parah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

30 motosikal disita, 130 saman dikeluar dalam operasi trafik





2011/10/30

KUALA LUMPUR: Sebanyak 30 motosikal disita dan 130 saman dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan dalam operasi bersepadu mencegah kesalahan lalu lintas dan lumba haram di Dataran Merdeka, Jalan Tun Perak dan Jalan Raja Laut di sini, malam tadi. 

Pegawai Turus Kuatkuasa dan Operasi Cawangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Ng Sook Long, berkata operasi itu yang dijalankan Polis Trafik dan Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur bersama-sama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar, bermula dari 11.30 malam dan berakhir pada jam 3 pagi.
Operasi itu membabitkan 68 anggota polis trafik dan narkotik serta 17 anggota JPJ dan 20 Jabatan Alam Sekitar.
Ng berkata, pemilik motosikal yang disita berusia antara 18 dan 30 tahun dan kebanyakannya melakukan kesalahan mengubah suai motosikal. 

"Polis mengeluarkan 130 saman trafik atas pelbagai kesalahan termasuk 58 saman atas kesalahan ubai suai kenderaan, penggunaan cermin gelap melebihi had dan dua saman kerana memandu secara melulu dan berbahaya," katanya ketika dihubungi Bernama sebentar tadi. - BERNAMA 

Polis serbu 4 premis judi di Pandan Mewah





2011/10/30

KUALA LUMPUR: Sebanyak empat premis dalam sebuah pusat beli-belah di Pandan Mewah di sini, diserbu polis hari ini kerana menjalankan kegiatan mesin judi slot dan komputer tanpa lesen. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin, berkata seramai 38 pelanggan termasuk empat wanita yang sedang berjudi ditahan dalam operasi yang dijalankan selama tiga jam dan berakhir pada 4 petang itu.
"Dalam serbuan hasil maklumat awam dan risikan itu, polis turut menahan empat lelaki yang juga penjaga premis.... Semua mereka yang ditahan berumur antara 20 dan 30 tahun," katanya kepada pemberita di sini, hari ini .
Beliau berkata, 159 mesin judi dirampas dalam Ops Dadu itu, kebanyakannya mesin 'jackpot' dan 'classic slot'. 

"Keempat-empat premis terbabit mempunyai pintu yang boleh menghubungkan satu sama lain dan premis ini berselindung di sebalik pusat hiburan keluarga untuk mengaburi pihak berkuasa," katanya. 

Sementara itu, Amiruddin berkata dalam tempoh 10 bulan tahun ini, sebanyak 153 serbuan di lakukan di daerah Ampang membabitkan 169 tangkapan dan 1,056 mesin judi dirampas. - BERNAMA 

Lelaki Thai mengamuk di Hospital Baling





2011/10/30

BALING: Seorang lelaki warga Thailand yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah ditahan apabila menimbulkan kekacauan di Hospital Daerah Baling, di sini hari ini. 

Ketua Polis Daerah Baling, Supt Mat Daud Mat Hassan, berkata lelaki berusia 33 tahun itu ditahan kira-kira 10 pagi tadi apabila mengamuk di hospital berkenaan ketika dibawa untuk mendapatkan rawatan.
"Dalam kejadian itu, suspek yang dipercayai bekas anggota polis Thailand cuba menahan seorang budak lelaki berusia sembilan tahun namun berjaya dihalang orang ramai," katanya.
Beliau berkata, suspek sebelum ini mengamuk di Klinik Pergigian Daerah Baling kira-kira 2 pagi dengan merosakkan peralatan di situ sebelum ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Baling. 

Bagaimanapun, katanya, melihat keadaan suspek yang lemah polis bertindak membawanya ke Hospital Baling bagi mendapatkan rawatan sebelum dia tiba-tiba mengamuk. 

"Suspek kini ditahan reman dan polis masih menyiasat motif lelaki itu mengamuk di kedua-dua tempat tersebut," katanya. - BERNAMA 

Ops Samseng Jalan Raya: 166 disaman



31/10/2011 2:33am

KUALA LUMPUR 31 Okt. — Sebanyak 166 saman kesalahan jalan raya dan 21 motosikal disita dalam Operasi Samseng Jalan Raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut malam semalam.
Ketua Unit Kuat Kuasa Khas Polis Trafik Kuala Lumpur, ASP Azmi Wahid yang mengetuai operasi Polis Trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu berkata, antara kesalahan dilakukan ialah cukai jalan tamat tempoh, tiada lesen memandu dan menggunakan plat nombor tidak mengikut piawaian.
"Kebanyakan yang disaman malam ini ialah mereka yang berumur antara 18 dan 24 tahun,” katanya kepada pemberita di sini.
Sementara itu, seorang remaja berumur 19 tahun ditahan kerana menunggang motosikal yang dipercayai dicuri dari kawasan pusat beli-belah Berjaya Times Square minggu lepas.
"Remaja itu yang menganggur ditahan di Jalan San Peng dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.
Operasi selama tiga jam mulai 7 malam itu membabitkan 17 anggota polis dan 25 anggota JPJ. — Bernama

Honda lesap selepas dilanggar



HULU SELANGOR – Kumpulan penjenayah menggunakan taktik langgar dan samun kenderaan mangsa muncul lagi.
Dalam kejadian Isnin lalu, seorang pengurus sebuah syarikat dekat sini kerugian lebih RM160,000 apabila kereta Honda Accord miliknya dilarikan tiga lelaki di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Lembah Beringin di sini.
Kejadian berlaku pada pukul 7.15 pagi ketika mangsa dalam perjalanan dari USJ, Subang menghala ke Pulau Pinang.
Sumber polis berkata, semasa kenderaan mangsa sampai di lokasi kejadian, kereta tersebut tiba-tiba dilanggar oleh sebuah kenderaan lain jenis BMW warna kelabu dari belakang.
Akibat perlanggaran itu mangsa diarah pemandu kereta BMW supaya memberhentikan keretanya di lorong kecemasan di tepi lebuh raya itu.
Kata sumber itu lagi, sebaik mangsa berhenti, tiga lelaki dari kereta BMW itu keluar dan salah seorang suspek terus mengacukan pisau ke arah mangsa yang semasa kejadian memandu seorang diri.

Dicekup ketika ghairah berjudi


Sebahagian kaki judi yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat beli-belah di Ampang Jaya, Selangor semalam.


AMPANG JAYA – Keghairahan 34 kaki judi mempertaruhkan wang simpanan untuk dihabiskan di sebuah premis judi yang berselindung di sebalik pusat hiburan terbantut apabila kesemuanya ditahan dalam serbuan di Taman Muda di sini semalam.
Serbuan Ops Dadu pukul 1 petang itu dilakukan selepas polis menerima maklumat mengenai kegiatan haram yang dijalankan di tingkat dua sebuah pusat beli-belah di taman tersebut.
Difahamkan, pemilik premis berjaya menarik minat orang ramai melaburkan wang mereka di situ apabila menyediakan khidmat judi secara talian dan mesin judi selama 16 jam bermula pukul 10 pagi. Premis itu juga pernah diserbu beberapa kali tetapi pemiliknya didapati masih berdegil.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, dalam serbuan itu, pihaknya merampas sebanyak 143 buah mesin judi dan 16 buah komputer yang disyaki digunakan untuk aktiviti perjudian.

Cubaan lari dari sekatan gagal



SEORANG penunggang motosikal yang ditahan ketika cuba melarikan diri.


KUALA LUMPUR – Cubaan seorang penunggang motosikal untuk melarikan diri dari sekatan jalan raya gagal apabila dia ditahan dalam satu operasi bersepadu di sekitar Dataran Merdeka di sini semalam.
Lelaki berusia 20 tahun itu sempat mengangkat sebelah tangannya kepada pihak berkuasa yang bertugas sebelum bertindak memecut sejauh 500 meter dari lokasi operasi dijalankan.
Bagaimanapun, dua anggota polis yang menyedari kejadian itu bertindak mengejar lelaki berkenaan sebelum menahannya kira-kira 10 minit selepas itu.
Dalam operasi yang diadakan selama empat jam bermula pada pukul 11.30 malam itu juga menyaksikan pelbagai aksi berbahaya beberapa penunggang motosikal dan pemandu kereta yang memecut bagi melarikan diri daripada pemeriksaan pihak berkuasa.
Pegawai Turus dan Operasi Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Ng Fook Long berkata, dalam operasi itu, sebanyak 130 saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal dan pemandu yang didapati melakukan pelbagai kesalahan.