Search This Blog

Thursday, September 15, 2011

Dicekup jual rokok seludup di tokong




MOHD. JASri (kanan) bersama anggotanya menunjukkan sebahagian rokok bernilai yang dirampas di Kuala Kedah semalam.


ALOR SETAR – Taktik seorang penyeludup menjadikan sebuah tokong di sini sebagai tempat untuk menjalankan urus niaga jualan rokok yang diseludup terbongkar apabila dia ditahan bersama 365 karton rokok bernilai RM37,270.80 termasuk cukai.
Lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah di tempat letak kereta sebuah tokong di Jalan Gangsa di sini kira-kira pukul 12 tengah hari kelmarin.
Ketika ditahan, lelaki terbabit pernah diberkas atas kesalahan sama pada April lepas dipercayai sedang menunggu pelanggannya yang terdiri daripada pengedar dan peniaga rokok kecil-kecilan sekitar negeri ini.
Menurut Komander UPP Kedah, Mohd. Jasri Othman, bertindak daripada satu maklumat, pihaknya membuat pemeriksaan ke atas sebuah kereta jenis Toyota Corolla yang diletakkan di dalam kawasan tokong tersebut.
“Hasil pemeriksaan lanjut menemui 365 karton pelbagai jenis rokok dipercayai di seludup dari Pulau Langkawi dalam but kereta dan bahagian tempat duduk belakang penumpang.
“Nilai rokok RM6,2700 sementara cukai terlibat sebanyak RM31,000.80,” katanya pada sidang akhbar di pejabat UPP Kuala Kedah di sini kelmarin.

No comments:

Post a Comment